post-pr kjh 2013 johor[1] - apps.tv3.com.myapps.tv3.com.my/jomheboh/postprkjh2013johor.pdf ·...

7
UNTUK SIARAN SEGERA 1 TERUS HEBOH SELEPAS 11 TAHUN! Hampir 500,000 Pengunjung Meriahkan Angsana Johor Bahru Petaling Jaya, 2 April 2013 – Sejak diperkenalkan 11 tahun yang lalu, Karnival Jom Heboh jelas sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia terutamanya penonton-penonton setia TV3. Bermula dengan acara padang pada tahun 2003 yang menjadi platform kepada pihak stesen untuk mendekati jutaan penonton setianya tanpa mengira bangsa dan lapisan umur, Jom Heboh kini menjadi satu fenomena pada setiap kali penganjurannya di lokasi-lokasi terpilih. Seramai hampir 500,000 orang pengunjung telah hadir ke Karnival Jom Heboh yang berlangsung selama dua hari, 30 & 31 Mac (Sabtu & Ahad) lepas di Angsana Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Sempena konsep ‘Rekreasi & Riadah’, Karnival Jom Heboh edisi tahun 2013 (KJH 2013) memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik di gerai-gerai kendalian TV3 seperti Cereka, Studio 3, Selera@Jom Heboh, Bananana! Land, Wow Bag! dan Kota Ilmu yang memuatkan segala maklumat, cenderamata eksklusif dan promosi program-program TV3. Atas dasar keprihatinan dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya, Karnival Jom Heboh dimulakan dengan program amal di lokasi-lokasi yang dikunjungi. Pada hari Jumaat (29 Mac 2013), rombongan KJH 2013 yang diketuai oleh Puan Zuraidah Atan, Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan, Media Prima Berhad dan disertai oleh barisan personaliti TV3 dan artis popular, antaranya, Maria Tunku Sabri, Hazlin Hussain, Zakiah Anas, Hazrena Kassim, Nor Azzura, Fariha Onn, Shadiya Abbas, Helmi Yusof, Tam Suhaimi, Afiq Muiz, Eina Azman, Tunku Hanis, Siti Elizad dan Adam Shah telah menyempurnakan aktiviti gotong-royong membaik pulih serta menaik taraf Sekolah Tabika Kemas di Desa

Upload: phamnhu

Post on 01-Mar-2018

284 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Post-PR KJH 2013 Johor[1] - apps.tv3.com.myapps.tv3.com.my/jomheboh/PostPRKJH2013Johor.pdf · tabika, menggantikan kipas siling, kipas dinding, pintu pagar dan banyak lagi. ... Prima

UNTUK SIARAN SEGERA    

1    

   

TERUS  HEBOH  SELEPAS  11  TAHUN!  Hampir  500,000  Pengunjung  Meriahkan  Angsana  Johor  Bahru  

Petaling Jaya, 2 April 2013 – Sejak diperkenalkan 11 tahun yang lalu, Karnival Jom Heboh jelas sangat

sinonim dengan masyarakat Malaysia terutamanya penonton-penonton setia TV3. Bermula dengan acara

padang pada tahun 2003 yang menjadi platform kepada pihak stesen untuk mendekati jutaan penonton

setianya tanpa mengira bangsa dan lapisan umur, Jom Heboh kini menjadi satu fenomena pada setiap kali

penganjurannya di lokasi-lokasi terpilih.

Seramai hampir 500,000 orang pengunjung telah hadir ke Karnival Jom Heboh yang berlangsung selama

dua hari, 30 & 31 Mac (Sabtu & Ahad) lepas di Angsana Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Sempena

konsep ‘Rekreasi & Riadah’, Karnival Jom Heboh edisi tahun 2013 (KJH 2013) memberi peluang kepada

para pengunjung untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik di gerai-gerai kendalian TV3 seperti Cereka, Studio 3, Selera@Jom Heboh, Bananana! Land, Wow Bag! dan Kota Ilmu yang memuatkan segala

maklumat, cenderamata eksklusif dan promosi program-program TV3.

Atas dasar keprihatinan dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya, Karnival Jom Heboh

dimulakan dengan program amal di lokasi-lokasi yang dikunjungi. Pada hari Jumaat (29 Mac 2013),

rombongan KJH 2013 yang diketuai oleh Puan Zuraidah Atan, Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan, Media

Prima Berhad dan disertai oleh barisan personaliti TV3 dan artis popular, antaranya, Maria Tunku Sabri, Hazlin Hussain, Zakiah Anas, Hazrena Kassim, Nor Azzura, Fariha Onn, Shadiya Abbas, Helmi Yusof, Tam Suhaimi, Afiq Muiz, Eina Azman, Tunku Hanis, Siti Elizad dan Adam Shah telah

menyempurnakan aktiviti gotong-royong membaik pulih serta menaik taraf Sekolah Tabika Kemas di Desa

Page 2: Post-PR KJH 2013 Johor[1] - apps.tv3.com.myapps.tv3.com.my/jomheboh/PostPRKJH2013Johor.pdf · tabika, menggantikan kipas siling, kipas dinding, pintu pagar dan banyak lagi. ... Prima

UNTUK SIARAN SEGERA    

2    

Rahmat, Tampoi, Johor Bahru yang menelan kos berjumlah RM 13,000.00. Antaranya, membaiki saluran

air dan tangki air, membaiki saluran longkang, menambah bumbung, kerja-kerja mengecat keseluruhan

tabika, menggantikan kipas siling, kipas dinding, pintu pagar dan banyak lagi.

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad,

“Alhamdulillah...Saya bagi pihak TV3 amat bersyukur kerana Karnival Jom Heboh terus mendapat

sambutan hebat walaupun sudah memasuki tahun penganjuran yang ke-11. KJH tidak akan dapat

direalisasikan tanpa sokongan daripada penonton setia TV3 dan para pengunjung yang tidak pernah jemu

datang tanpa mengira cuaca panas atau hujan. Selain itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan

penganjuran KJH 2013 di negeri Johor terutamanya Kerajaan Negeri Johor, PDRM Johor, Majlis

Bandaraya Johor Bahru, pihak penaja, personaliti TV3 dan artis-artis yang turun padang.”

“Selama 10 tahun penganjuran, KJH pernah memperkenalkan Soopa Doopa, Petting Zoo, Pameran

Astronomi dan tahun ini, KJH 2013 mengetengahkan pula Selera@Jom Heboh, Wow Bag! Booth,

Bananana! Land dan One Stop Centre sebagai tarikan terbaru. Kami sentiasa berusaha untuk

memperbaiki kelemahan dan menyajikan program-program terbaik supaya Jom Heboh 2013 terus dilihat

sebagai tempat beriadah serta mengisi waktu lapang di hujung minggu untuk orang ramai”, tambah Encik

Izham.

Secara kolektif, Karnival Jom Heboh adalah antara karnival yang paling berjaya dan meriah yang pernah

dianjurkan. Ia telah memberikan banyak manfaat kepada para pengunjung untuk menjadi wahana penjana

minda dengan pelbagai pameran dan aktiviti yang berteraskan ilmiah di samping dapat berhibur bersama-

sama artis-artis popular dan juga personaliti-personaliti TV3. Sambil berhibur, Jom Heboh juga meletakkan

Tabung Wira Lahad Datu di gerai-gerai program bagi mengumpul dana untuk keluarga ahli pasukan

keselamatan yang terkorban dalam misi Ops Daulat Lahad Datu.

Tarikan terbaru KJH 2013 semestinya Selera@Jom Heboh, Wow Bag! Booth, Bananana! Land dan

Kiosk Perkhidmatan selain mengekalkan gerai Cereka, Studio 3 dan Kota Ilmu. Selera@Jom Heboh

yang berkonsepkan “food pavilion” ini mengetengahkan pelbagai jenis makanan tradisi di Malaysia

mengikut lokasi yang dikunjungi. Selain itu, Selera@Jom Heboh juga mempamerkan dan menjual buah-

Page 3: Post-PR KJH 2013 Johor[1] - apps.tv3.com.myapps.tv3.com.my/jomheboh/PostPRKJH2013Johor.pdf · tabika, menggantikan kipas siling, kipas dinding, pintu pagar dan banyak lagi. ... Prima

UNTUK SIARAN SEGERA    

3    

buahan tempatan yang segar keluaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), pertandingan

menghias kek, demonstrasi masakan daripada chef selebriti dan banyak lagi akitviti menarik yang

melibatkan penyertaan pengunjung.

Wow Bag! Booth menjual koleksi cenderahati eksklusif dari semua rangkaian televisyen dan radio Media

Prima Berhad seperti TV3, TV9, ntv7, 8TV, Bananana!, HOT FM dan Tonton. Di sana, selain membeli

pelbagai cenderahati yang ditawarkan dalam pakej RM15 dan RM 25, para pengunjung juga boleh

beramah-mesra dengan artis jemputan.

KJH 2013 juga memberi kelainan kepada kanak-kanak dan golongan remaja melalui Bananana! Land.

Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik di ruangan Bananana! Land Stage, B-Model

Studio & B-instaSnap, Out of the Box, dan gerai BoBoiBoy & Bola Kampung. Di Out of the Box, adik-adik

boleh mencuba kreativiti mencipta kraftangan D-I-Y (Do-It-Yourself) dan membawa hasil tersebut pulang ke

rumah selain sertai pertandingan mewarna. Di gerai BoBoiBoy & Bola Kampung, kanak-kanak boleh

mendaftar menjadi ahli dan membeli barangan eksklusif BoBoiBoy dan Bola Kampung.

Selain itu, pengunjung berpeluang menyertai aktiviti menyeronokkan yang dianjurkan oleh rakan animasi

Canimals, Supertots, Winx Club, berhibur sambil belajar bersama Oxford-Fajar serta bergembira bersama

Deera, Harris, Hadi dan Ben dari Idola Kecil di Bananana! Land Stage. Dengan pembelian kupon RM 5

(seorang), kanak-kanak juga boleh mendapatkan solekan ‘make-over’ menjadi bintang rock, putera, puteri

atau karakter animasi pilihan tersendiri dan bawa pulang gambar polaroid di B-Model Studio & B-

instaSnap.

Di KJH 2013, para pengunjung juga dapat menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh beberapa badan

kerajaan seperti Pos Malaysia, PERKESO, PTPTN & Skim Pinjaman Pendidikan Nasional (SPPN),

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kiosk Perkhidmatan. Orang ramai boleh menyemak dan membuat bayaran saman, memperbaharui lesen

memandu, menjelaskan bil-bil dan lain-lain lagi untuk kemudahan mereka.

Di gerai Cereka pula terus menjadi tumpuan utama para pengunjung untuk beramah mesra bersama artis-

artis popular yang terlibat dengan drama TV3 seperti Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir (Aksi: Karlos), Eina

Page 4: Post-PR KJH 2013 Johor[1] - apps.tv3.com.myapps.tv3.com.my/jomheboh/PostPRKJH2013Johor.pdf · tabika, menggantikan kipas siling, kipas dinding, pintu pagar dan banyak lagi. ... Prima

UNTUK SIARAN SEGERA    

4    

Azman (Samarinda: Bangkitnya Seorang Perempuan), Amar Asyraf, Adam Shah (Azalea: Duri Di Hati) dan Elyssa Johari (Akasia: Rindu Bertamu Di Abu Dhabi). Selain beramah mesra, para

pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti bersama artis, antaranya, Sembang-sembang

Artis, Aneka Peraduan, ‘Dunia Tersembunyi’ (cari barang dalam tepung) dan banyak lagi.

Para pengunjung berpeluang menjadi penonton bertuah menyaksikan episod akan datang drama bersiri

TV3, antaranya, ‘Karlos’, ‘Kisah Cinta’ dan ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ sebelum disiarkan di kaca TV di

Studio 3. Mereka hanya perlu menderma di pintu masuk Studio 3 dan simpan keratan tiket tersebut untuk

cabutan bertuah. Mereka juga berpeluang memenangi cendarahati menarik menerusi pelbagai aktiviti

pentas yang dijalankan di Cereka.

Kota Ilmu pula menfokuskan program ilmiah dan kerohanian TV3 seperti Al-Kuliyyah, Al-Hidayah dan Da’i.

Para pengunjung berpeluang mengikuti siaran langsung program Al-Kuliyyah di Kota Ilmu pada hari

Jumaat (29 Mac) dari jam 5.00 hingga 6.00 petang bersama pengacara, Mohd Fasil. Peserta Da’i iaitu

Hazwan Bin Padzil akan turut berada di Kota Ilmu.

Pameran Astronomi di Planetarium diteruskan sejak diperkenalkan pada Karnival Jom Heboh tahun lalu.

Pameran ini melibatkan Digital STARLAB Planetarium menggunakan sebuah kubah hitam yang

mensimulasikan langit malam hemisfera utara dan objek-objek ruang angkasa. Ia merupakan satu

pendekatan menyeluruh berkaitan bidang astronomi untuk menggalakkan generasi muda mendalami

jurusan Sains.

Tidak ketinggalan untuk pengunjung generasi muda, TV9 di bawah jenama 9X membawakan 9X GIG

bersama barisan band Indie seperti Oh Chentaku, Monoloque, Pita Hati dan Madinee (sebelum ini

dikenali sebagai Laila’s Longue) pada hari Ahad (31 Mac) bermula jam 9.00 malam. Majlis pelancaran

album terbaru Faizal Tahir dengan tema “New Sound of Rock” oleh En. Ahmad Izham Omar, Ketua

Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan Datin Jacynta Au-Yong, Ketua Jabatan

Pengurusan Artis, The 8Unit juga berlangsung di 9X GIG, disusuli dengan persembahan selama satu jam

oleh Faizal Tahir menampilkan lagu-lagu daripada album terbaru dan juga beberapa lagu hits terdahulu.

Sebelum itu, Faizal Tahir berada di Wow Bag! Booth pada hari yang sama dari jam 4.00 hingga 5.00

petang sempena jualan t-shirt, cd dan mug ‘limited edition’ beliau.

Page 5: Post-PR KJH 2013 Johor[1] - apps.tv3.com.myapps.tv3.com.my/jomheboh/PostPRKJH2013Johor.pdf · tabika, menggantikan kipas siling, kipas dinding, pintu pagar dan banyak lagi. ... Prima

UNTUK SIARAN SEGERA    

5    

Berikut adalah senarai aktiviti sepanjang dua hari Karnival Jom Heboh di Angsana Johor Bahru, Johor

Darul Takzim, Sabtu dan Ahad (30 & 31 Mac 2013) dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang:

SENARAI GERAI AKTIVITI-AKTIVITI

1

CEREKA

� Sesi beramah mesra dan menyertai pelbagai pertandingan

bersama Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir (Aksi: Karlos), Eina Azman (Samarinda: Bangkitnya Seorang Perempuan), Amar Asyraf, Adam Shah (Azalea: Duri Di Hati) dan Elyssa Johari (Akasia: Rindu Bertamu Di Abu Dhabi)

� Sembang–sembang Artis � Aneka peraduan � Dunia Tersembunyi’ (cari barang dalam tepung)

2.

STUDIO 3

� Tayangan perdana drama-drama hebat TV3 secara eksklusif,

antaranya, Aksi: Karlos, Samarinda: Bangkitnya Seorang Perempuan, Cerekarama: Lara Qaseh, Lestary: Kisah Cinta, Zehra: Sebenarnya Saya Isteri Dia dan Akasia: Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

� Hanya perlu menderma di pintu masuk Studio 3 dan simpan keratan tiket untuk cabutan bertuah di dalam Studio 3

3.

BANANANA! LAND

� Ruang hiburan dan pembelajaran khas untuk kanak-kanak � Serlahkan kreativiti seni dan kraftangan di Out of the Box � Riang ria bersama maskot Boboiboy dan Bola Kampung � Penampilan artis – Deera, Harris, Hadi dan Ben dari Idola

Kecil � ‘Make-over’ dan ‘Photo Booth’

4.

SELERA@JOM HEBOH

� Demo masakan oleh chef selebriti � Pertandingan dekorasi kek � Pameran dan jualan buah-buahan tempatan FAMA

5.

WOW BAG! BOOTH

� Aktiviti jualan cenderahati eksklusif dari semua rangkaian

televisyen dan radio Media Prima Berhad seperti TV3, TV9, NTV7, 8TV, Bananana!, Hot FM, dan Tonton

� Pelbagai jenis cenderahati seperti t-shirt, buku nota, beg, pen, kipas tangan, poskad, lanyard dan banyak lagi

Page 6: Post-PR KJH 2013 Johor[1] - apps.tv3.com.myapps.tv3.com.my/jomheboh/PostPRKJH2013Johor.pdf · tabika, menggantikan kipas siling, kipas dinding, pintu pagar dan banyak lagi. ... Prima

UNTUK SIARAN SEGERA    

6    

� Sesi ramah mesra bersama Alex Yanz dan Talha Harith

6.

MEDIA PRIMA DIGITAL – HOT FM

� Pendaftaran akaun Tonton secara percuma sepanjang hari � Khidmat langganan akhbar digital dalam talian (e-paper)

untuk Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times � Penampilan penyampai Hot FM, Chad dan Sharifah Aleya � Pelbagai kuiz dan permainan serta peluang untuk

memenangi wang tunai berjumlah sehingga RM 1,000.

7.

TV9

� Aktiviti Senda Pagi: Aerobik & Nasi Lemak � Ramah mesra bersama Faizal Tahir � Berlakon bersama barisan artis, Riz Amin, Siti Elizad,

Tunku Hanis (Ratu: Kerana Lelaki Itu) dan Idzham Ismail (Aurora: Bunga Merah Punya)

SIARAN LANGSUNG DAN RAKAMAN DARI TAPAK KARNIVAL 1.

Sembang Sembang Berlangsung dari tapak KJH 2013 Johor pada hari Sabtu & Ahad dari jam 10.00 hingga 10.30 pagi. Membincangkan isu-isu semasa selain menemuramah artis-artis, pihak berkuasa dan wakil penaja.

2.

Al-Kuliyyah Siaran langsung dari tapak karnival jam 5.00 – 6.00 petang hari Jumaat Topik : ‘Ahli Syurga’ Ahli Panel : Ustaz Hanafiah Abd. Razak Pengacara : Mohd Fasil

3.

Melodi Siaran langsung dari tapak karnival jam 12.30 tengah hari – 1.30 petang hari Ahad Pengacara : Zizan Razak & Awal Ashaari

4.

9X GIG & Majlis Pelancaran Album Terbaru Faizal Tahir Pentas Utama, Hari Ahad bermula jam 9.00 malam Artis: Oh Chentaku, Monoloque, Pita Hati, Madinee dan Faizal Tahir Hos: Bone Alfie

Page 7: Post-PR KJH 2013 Johor[1] - apps.tv3.com.myapps.tv3.com.my/jomheboh/PostPRKJH2013Johor.pdf · tabika, menggantikan kipas siling, kipas dinding, pintu pagar dan banyak lagi. ... Prima

UNTUK SIARAN SEGERA    

7    

Selepas ini, KJH 2013 akan meneruskan siri penjelajahan ke negeri Pulau Pinang, Pahang, Putrajaya,

Kelantan, Sabah, Sarawak dan akhir sekali di Kuala Lumpur.

Layari laman sesawang rasmi Karnival Jom Heboh 2013 di www.tv3.com.my/jomheboh serta laman sosial

Facebook dan Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Pengguna laman sosial Twitter juga

boleh menggunakan tanda pagar #JomHeboh2013 untuk sebarang perbualan dan komen.

-Tamat-

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI KUMPULAN PENGURUSAN JENAMA TV3 (PUBLIC RELATIONS UNIT):

Muhammad Aziz Tel: 03-7726 6333 ext 5134 HP: 016 223 7576 email: [email protected] Lee Chai Yin Tel: 03-7726 6333 ext. 5158 HP: 012 902 7510 email: [email protected] Mohd Firdaus Suleiman Tel: 03-7726 6333 ext. 5158 HP: 013 336 4706 email: [email protected] Zahirah Abdul Rahim Tel: 03-7726 6333 ext. 5306 HP: 012 394 4747 email: [email protected]

Nota Kepada Editor

Mengenai TV3 Sejak penubuhannya pada tahun 1984, Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3, stesen swasta siaran terestrial nombor satu di Malaysia telah berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai stesen televisyen peneraju utama di negara ini. TV3 memantapkan kedudukannya dengan pelaburan berterusan dalam menyediakan program berkualiti bagi tiga segmen penonton utama – Pasaran Massa, Wanita, Kanak-kanak dan Remaja dan juga dengan memperkenalkan konsep-konsep baru yang relevan kepada penonton dan situasi semasa.