pksr2 bmk1th4

17
SULIT 2 011 Soalan 1 - 18 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 ___________adik Aizin yang kusut itu disikat oleh ibunya. A Tali B Benang C Rambut D Janggut 2 Damia menghadiahkan sebatang pen kepada gurunya pada ___________. A Hari Ibu B Hari Bapa C Hari Krismas D Hari Guru 3 Azmeen dan Aiman bersahabat baik._________ sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama. A Beliau B Mereka C Kalian D Dia 4 Ariff menggigil kerana suhu pada hari ini sangat ___________. A panas

Upload: azman-ismail

Post on 11-May-2017

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PKSR2 BMK1TH4

SULIT 2 011

Soalan 1 - 18

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 ___________adik Aizin yang kusut itu disikat oleh ibunya.

A Tali

B Benang

C Rambut

D Janggut

2 Damia menghadiahkan sebatang pen kepada gurunya pada ___________.

A Hari Ibu

B Hari Bapa

C Hari Krismas

D Hari Guru

3 Azmeen dan Aiman bersahabat baik._________ sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama.

A Beliau

B Mereka

C Kalian

D Dia

4 Ariff menggigil kerana suhu pada hari ini sangat ___________.

A panas

B sejuk

C beku

D suam

Page 2: PKSR2 BMK1TH4

SULIT 3 011

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Uzmana __________ basikal baharu untuk ke kedai .

A menunggang

B memandu

C membawa

D menyorong

6 Perut budak itu ________ kerana sudah beberapa hari dia tidak makan.

A lembik

B buncit

C kempis

D kembong

7 Allesya membeli pensel _________ pemadam untuk menghadapi peperiksaan PKSR 2 pada minggu hadapan.

A kecuali

B tetapi

C lalu

D dan

8 Aishah sangat tekun membaca buku ________ kawan-kawannya yang lain sibuk bermain.

A malahan

B padahal

Page 3: PKSR2 BMK1TH4

SULIT 4 011

C kecuali

D bahawa

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Adib jatuh ___________ semasa berlari dengan kakaknya di kawasan rumah mereka.

A terduduk

B terhumban

C tersungkur

D terjelepok

10 __________, sakitnya kaki saya ! Lukanya sangat dalam.

A Aduhai

B Amboi

C Aduh

D Ah

11 ___________ perkara yang menyebabkan Nisa dan Siti bergaduh ?

A Bilakah

B Apakah

C Di manakah

D Mengapakah

12 __________ burung layang-layang berterbangan di udara pada waktu petang menuju ke sarang.

A Sepasukan

B Serumpun

Page 4: PKSR2 BMK1TH4

SULIT 5 011

C Sekawan

D Segerombolan

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah

13 Bantal kekabu itu ____________ oleh ibu di bawah cahaya matahari.

A disidai

B dijemur

C diangkat

D dipanaskan

14 Pada bulan puasa, kita akan dapat merasai __________ jenis kuih yang dijual di bazaar.

A seluruh

B setengah

C sesetengah

D berbagai-bagai

15 Kita perlulah ____________ kesihatan supaya terhindar daripada penyakit berbahaya.

A dijaga

B penjagaan

C berjaga

D menjaga

16 Khairul sedang menggantikan ________ basikalnya yang bengkok kerana terlanggar pembahagi jalan.

A bebenang

B sesikat

Page 5: PKSR2 BMK1TH4

SULIT 6 011

C bebuli

D jejari

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah

17 Zamarul yang lumpuh itu menyara hidupnya dengan menjual wau _______ pelancong yang datang ke negeri Kelantan.

A daripada

B kepada

C pada

D dari

18 Setiap kali sebelum memulakan persekolahan pada awal tahun, kami akan membeli ______________.

A alat tulis

B alat dapur

C alat bantuan

D alat pertanian

19 Ingatan Mak Munah terhadap anaknya yang belajar di Melaka tidak pernah pudar.

Perkataan seerti bagi pudar ialah…

A mati

B pupus

C luntur

D kusam

Page 6: PKSR2 BMK1TH4

SULIT 7 011

20 Jalan raya yang lengang itu selamat dilalui oleh murid sekolah.Perkataan berlawan bagi lengang ialah..

A rapat

B sibuk

C jarang

D sunyi

Soalan 21 - 22

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21 I Keadaan di makmal itu menjadi senyap apabila Cikgu Zaidi memarahi murid-muridnya.

II Semua pelajar mesti senyap semasa guru sedang mengajar.

III Hatinya senyap apabila mendengar berita kemalangan itu.

IV Wang tunainya senyap kerana dirompak oleh penjenayah.

A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

22 I Adik jatuh gelas itu dengan sengaja.

II Pakaian yang dijemur oleh ibu jatuh kerana ditiup angin.

III Melaka pernah jatuh ke tangan Portugis suatu masa dahulu.

IV Harga kelapa sawit jatuh dengan tiba-tiba.

A I, III dan III sahaja

B I, II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

Page 7: PKSR2 BMK1TH4

SULIT 8 011

Soalan 23

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah

23 Siapakah yang menghadiahi kamu buku cerita ini ?

A Buku cerita ini baru saja diterbitkan pada minggu lepas.

B Saya belum membaca buku cerita yang dihadiahi oleh Nita

C Jalan cerita buku ini diolah oleh pengarang dengan baik sekali.

D Guru Bahasa Melayu saya yang menghadiahkan buku cerita ini.

Soalan 24

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

24 Ayah menasihati abang supaya memandu kereta dengan berhati-hati.

A Apakah nasihat ayah kepada abang ?

B Mengapakah ayah menasihati abang ?

C Bagaimanakah reaksi abang terhadap nasihat ayah ?

D Siapakah yang memandu kereta dengan berhati-hati ?

Soalan 25 - 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 Semua pemain mengerumuni pengadil untuk membantah keputusannya.

A Pengadil dikerumuni oleh para pemain yang membantah keputusannya.

B Keputusan pengadil dibantah oleh semua pemain yang mengerumuninya.

C Pengadil mengelilingi semua pemain kerana mereka membantah keputusannya.

D Pengadil membantah keputusan semua pemain di sekelilinginya.

26 Pokok rambutan itu amat rimbun dan buahnya amat lebat dan manis.

Page 8: PKSR2 BMK1TH4

SULIT 9 011

A Pokok rambutan yang amat rendah itu buahnya rimbun,lebat dan manis.

B Buah rambutan itu amat manis kerana rimbun dan lebat buahnya.

C Pokok rambutan itu tidak tinggi tetapi rimbun dan buahnya lebat serta manis.

D Pokok rambutan yang amat rendang itu sangat lebat buahnya dan manis pula.

Soalan 27 - 28

Pilih ayat yang betul.

27 I Pelajar itu berasal daripada Selangor.

II Abang menaiki motosikal ke sekolah.

III Azmeera tidak hadir ke sekolah akan demam.

IV Ramli menulis surat kepada rakannya pada minggu lepas.

A I dan II sahaja

B II dan IV sahaja

C I dan IV sahaja

D III dan IV sahaja

28 I Pada minggu lepas saya menonton bola di mini stadium .

II Saya suka minum jus epal apabila ke restoran itu.

III Semua tetamu itu berpuas hati oleh layan tuan rumah.

IV Tarian Joget popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

A I dan II sahaja

B II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

Page 9: PKSR2 BMK1TH4

SULIT 10 011

Soalan 29 – 30

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29 Buruh binaan itu __________ untuk menyiapkan projek perumahan tersebut dalam masa yang ditetapkan.

A bertikam lidah

B berpeluk tubuh

C bertegang urat

D bermandi keringat

30 Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan ibarat ___________.

A pahat dengan penukul

B pinang dibelah dua

C telur di hujung tanduk

D aur dengan tebing

Page 10: PKSR2 BMK1TH4

SULIT 11 011

Soalan 31 - 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Lemang ialah sejenis makanan tradisional yang disukai oleh masyarakat Melayu. Biasanya lemang disediakan pada Hari Raya Aidilfitri.

      Lemang dibuat daripada pulut dan santan. Rasanya seperti ketupat pulut, namun lemang lebih lazat. Lemang lazimnya dimakan dengan rendang daging atau rendang ayam.

      Lemang dimasak di dalam buluh. Untuk membuat lemang, buluh akan dipotong mengikut panjang setiap ruas. Daun pisang dimasukkan ke dalam buluh sebagai pengalas di sekeliling permukaannya. Kemudian, beras pulut dan santan dimasukkan ke dalam buluh itu. Buluh ini diletak berdekatan dengan bara api dan dibiarkan hingga masak.

      Kini, lemang bukan sahaja disukai oleh masyarakat Melayu malah masyarakat lain di Malaysia.

31 Apakah makanan yang sangat disukai oleh masyarakat Melayu?

A Pulut

B Rendang

C Lemang

D Ketupat

32 Bilakah lemang biasanya disediakan?

A Hari Raya AidilfitriB Tahun Baru CinaC Hari Krismas

D Hari Guru

Page 11: PKSR2 BMK1TH4

SULIT 12 011

33 Lemang biasanya dimakan dengan __________.

A daging goreng

B ayam bakar

C kuah gulai

D rendang

34 Daun apakah yang dimasukkan ke dalam buluh sebagai pengalas dalam proses membuat lemang?

A Daun getah

B Daun pisang

C Daun kelapa

D Daun pandan

35 Apakah bahan yang dimasukkan ke dalam buluh sebelum diletakkan berdekatan bara api?

A Gandum

B Beras pulut

C Daging ayam

D Beras pulut dan santan

Page 12: PKSR2 BMK1TH4

SULIT 13 011

Soalan 36 - 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Apabila cuti sekolah, Abu dan ayahnya sering ke sungai untuk memancing. Abu dan ayahnya sama-sama minat memancing. Abu pandai memancing. Dia belajar daripada ayahnya. Cara memasang umpan, membaling pancing dan merasai pancing semuanya dia tahu.

       Sambil memancing, Abu dan ayahnya berbual-bual tentang hobi mereka. Asyik berbual-bual, pancing Abu mula ditarik ikan. Batang pancingnya meliut kuat. Abu terus memegang pancingnya dengan kuat. Bapanya segera membantu Abu menarik pancingnya secara perlahan, kalau tidak ikan akan terlepas.

       Nasib Abu memang bertuah, dia mendapat seekor ikan lampam yang besar setelah dibantu oleh ayahnya. Dia semakin bersemangat. Dibalingnya sekali lagi pancing ke tengah sungai, tetapi kali ini tali pancingnya tersangkut di dahan pokok. Ayahnya menyuruh Abu menarik perlahan tetapi Abu tidak sabar, disentaknya tali tersebut dan terpelanting balik ke dahinya.

       Sifat gopohnya menyebabkan dahi Abu telah bengkak terkena ketulan timah yang tersangkut di hujung pancing. Mulai hari itu, Abu berjanji kepada ayahnya untuk berhati-hati dengan keadaan tersebut.

36 Apakah hobi Abu?

A Melancong

B Berbasikal

C Memancing

D Berehat

37 Daripada siapakah Abu mempelajari selok-belok memancing?

A bapa

B kawan

C pengalaman

Page 13: PKSR2 BMK1TH4

SULIT 14 011

D Bapa saudara

38 Apakah ikan yang berjaya diperoleh oleh Abu ?

A puyu

B haruan

C lampam

D keli

39 Mengapakah Abu tidak tergesa-gesa menarik pancingnya apabila dimakan ikan?

A Bimbang pancingnya patah

B Bimbang ikan akan terlepas

C Bimbang mata pancing tercabut

D Bimbang umpannya akan habis

40 Maksud disentaknya ialah

A tarik perlahan.

B lepas secara perlahan.

C ditariknya dengan kuat.

D dirampas dengan cepat.

KERTAS SOALAN TAMAT