petikan teks aku sebuah tong sampah (2)

3
Nama: Kelas: 3 Tarikh:12 Ogos 2014 Bacakan petikan teks di bawah ini. Aku sebuah Tong Sampah Aku sebuah tong sampah. Aku dibuat di sebuah kilang barangan plastik di Kuching. Badanku diperbuat daripada plastik. Setelah siap, aku dan rakan-rakanku dibawa ke sebuah taman permainan dan diletakkan di situ. Di badanku tertulis namaku dengan warna yang garang supaya dapat menarik perhatian orang ramai. Selain itu, tertulis juga kata-kata ‘‘Kebersihan Amalan Mulia”. Aku bangga dengan tugasku ini. Kini aku bersedia untuk menjalankan tugas. Manusia mula mencampakkan sampah sarap ke dalam perutku. Ada yang memasukkan sampah-sarap betul-betul ke dalam perutku. Sebaliknya , ada juga yang hanya melemparkan sampah ke arah diriku. Setiap pagi, pekerja majlis pembandaran akan mengaut sampah dari perutku. Kadang-kadang mereka memandikanku supaya kelihatan ceria. Tetapi biasanya keceriaanku tidak berpanjangan kerana sikap segelintir manusia yang pengotor. Aku sungguh sedih dengan nasib diriku ini. Manusia seolah-olah tidak menghargai jasa-jasaku terhadap mereka. Mereka memandang jijik akan diriku. Mereka tidak sedar , jika tanpa diriku, persekitaran mereka akan tercemar dan berbau busuk.

Upload: yolandac04

Post on 17-Jan-2016

519 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: Petikan Teks Aku Sebuah Tong Sampah (2)

Nama:Kelas: 3Tarikh:12 Ogos 2014

Bacakan petikan teks di bawah ini.

Aku sebuah Tong Sampah

Aku sebuah tong sampah. Aku dibuat di sebuah kilang barangan plastik di Kuching. Badanku diperbuat daripada plastik. Setelah siap, aku dan rakan-rakanku dibawa ke sebuah taman permainan dan diletakkan di situ.

Di badanku tertulis namaku dengan warna yang garang supaya dapat menarik perhatian orang ramai. Selain itu, tertulis juga kata-kata ‘‘Kebersihan Amalan Mulia”. Aku bangga dengan tugasku ini.

Kini aku bersedia untuk menjalankan tugas. Manusia mula mencampakkan sampah sarap ke dalam perutku. Ada yang memasukkan sampah-sarap betul-betul ke dalam perutku. Sebaliknya , ada juga yang hanya melemparkan sampah ke arah diriku. 

Setiap pagi, pekerja majlis pembandaran akan mengaut sampah dari perutku. Kadang-kadang mereka memandikanku supaya kelihatan ceria. Tetapi biasanya keceriaanku tidak berpanjangan kerana sikap segelintir manusia yang pengotor.

Aku sungguh sedih dengan nasib diriku ini. Manusia seolah-olah tidak menghargai jasa-jasaku terhadap mereka. Mereka memandang jijik akan diriku. Mereka tidak sedar , jika tanpa diriku, persekitaran mereka akan tercemar dan berbau busuk.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda yang berpakaian compang-camping. Tiba-tiba sahaja pemuda tersebut membakar sampah yang terdapat di dalam perutku. Dalam masa beberapa minit sahaja seluruh tubuhku musnah dibaham oleh api . Begitulah nasib diriku. Nama:Kelas: 3Tarikh: 12Ogos 2014

Bacakan petikan teks di bawah ini.

Aku sebuah Tong Sampah

Page 2: Petikan Teks Aku Sebuah Tong Sampah (2)

Aku sebuah tong sampah. Aku dibuat di sebuah kilang barangan plastik di Kuching. Badanku diperbuat daripada plastik. Setelah siap, aku dan rakan-rakanku dibawa ke sebuah taman permainan dan diletakkan di situ.

Di badanku tertulis namaku dengan warna yang garang supaya dapat menarik perhatian orang ramai. Selain itu, tertulis juga kata-kata ‘‘Kebersihan Amalan Mulia”. Aku bangga dengan tugasku ini.

Kini aku bersedia untuk menjalankan tugas. Manusia mula mencampakkan sampah sarap ke dalam perutku. Ada yang memasukkan sampah-sarap betul-betul ke dalam perutku. Sebaliknya , ada juga yang hanya melemparkan sampah ke arah diriku. 

Setiap pagi, pekerja majlis pembandaran akan mengaut sampah dari perutku. Kadang-kadang mereka memandikanku supaya kelihatan ceria. Tetapi biasanya keceriaanku tidak berpanjangan kerana sikap segelintir manusia yang pengotor.

Aku sungguh sedih dengan nasib diriku ini. Manusia seolah-olah tidak menghargai jasa-jasaku terhadap mereka. Mereka memandang jijik akan diriku. Mereka tidak sedar , jika tanpa diriku, persekitaran mereka akan tercemar dan berbau busuk.

Pada suatu hari, datang seorang pemuda yang berpakaian compang-camping. Tiba-tiba sahaja pemuda tersebut membakar sampah yang terdapat di dalam perutku. Dalam masa beberapa minit sahaja seluruh tubuhku musnah dibaham oleh api . Begitulah nasib diriku.