perutusan tahun 2014 menteri

Upload: muetband5

Post on 25-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    1/20

    1

    PerutusanYB. Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein

    Menteri Pertahanan Malaysia

    Majlis Perutusan Menteri Pertahanan Tahun 2014

    Tarikh : 25 Februari 2014 (Selasa)

    Tempat : Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan

    Masa : 9.30 pagi

    Bismillahirrahmanirrahim

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

    Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim bin BakriTimbalan Menteri Pertahanan

    Yang Berbahagia Dato Sri Dr. Hj Ismail Bin Hj AhmadKetua Setiausaha Kementerian Pertahanan

    Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin

    Panglima Angkatan Tentera

    Yang Berbahagia Panglima-Panglima Perkhidmatan

    Yang Berbahagia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha

    Para Pegawai Kanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia serta seluruh wargaKementerian Pertahanan yang dihormati sekalian,

    1. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran ke

    hadrat Allah SWT kerana berkat dan limpah kurnia-Nya, kita diberi kesempatan untuk

    berada di dewan ini bagi menjayakan majlis yang sungguh bermakna pada pagi ini.

    Bagi saya, perhimpunan ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja merupakan

    platform bagi menilai pencapaian dan prestasi kita pada tahun lalu tetapi juga untuk

    meletakkan hala tuju baru Kementerian ini pada tahun 2014.

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    2/20

    2

    2. Tanpa kita sedari, kita telah pun melalui tempoh 56 hari di tahun baru 2014

    bersamaan dengan 1435 Hijrah. Sesungguhnya, saya berasa amat bertuah dan

    berbangga kerana diberi kesempatan mencurahkan khidmat bakti serta bekerjasama

    dengan seluruh warga Kementerian Pertahanan. Selama 9 bulan menerajuikementerian ini, saya melihat terlalu banyak potensi dan peluang untuk kita terus

    mencipta kejayaan dan melakar sejarah penting dalam bidang keselamatan dan

    pertahanan negara. Saya amat berkeyakinan, kita mampu merealisasikan hasrat ini

    bersama-sama berkat komitmen, disiplin dan sikap profesionalisme yang dimiliki oleh

    tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

    3. Meskipun ketika ini saya dituntut untuk membahagikan masa di antara 2kementerian iaitu Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan, namun,

    core business saya adalah di Kementerian Pertahanan. Kini, saya telah pun

    meletakkan hala tuju yang jelas di Kementerian Pengangkutan khususnya dalam

    sektor Darat, Udara dan Maritim. Saya juga telah melaksanakan pelbagai pendekatan

    di luar kotak yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini di Kementerian

    Pengangkutan. Misalnya, buat pertama kalinya dalam sejarah, Kementerian

    Pengangkutan telah berjaya menghimpunkan pemain-pemain utama sektor

    penerbangan negara seperti MAS, Air Asia, Firefly dan Malindo untuk duduk bersama

    dalam persidangan meja bulat bagi membincangkan hala tuju industri penerbangan

    negara melalui Dasar Penerbangan Negara (National Aviation Policy-NAP) demi

    kepentingan nasional. Wakil daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut

    bersama menyertai persidangan meja buat ini. Selain itu, baru-baru ini, saya telah

    mendedahkan Laporan Panel Penasihat Bebas kepada Menteri Pengangkutan

    berhubung nahas bas terjunam di Genting Highlands. Ini merupakan pertama kali

    laporan sebegini didedahkan kepada umum tambahan pula ia melibatkan nahas

    terburuk dalam sejarah di negara ini. Pendedahan ini menggambarkan ketelusan dan

    betapa seriusnya kerajaan dalam menangani insiden ini tanpa menyembunyikan

    sebarang maklumat serta syor penambahbaikan yang dikemukakan.

    4. Bagi saya, tidak banyak bezanya antara sektor Darat, Udara dan Maritim di

    Kementerian Pengangkutan dengan Tentera Darat, Udara dan Laut di Kementerian

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    3/20

    3

    Pertahanan. Barangkali pendekatan dan skop kerja mempunyai perbezaan, namun,

    matlamatnya sama iaitu memikul amanah dan kepentingan negara. Justeru, apa yang

    saya lakukan di Kementerian Pengangkutan sebenarnya amat berhubung rapat

    dengan perancangan saya di Kementerian Pertahanan. Dalam soal ini, beberapa isulama yang tertunggak di antara kedua-dua kementerian ini telah dapat diselesaikan.

    Sebagai contoh, Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) iaitu agensi di bawah

    Kementerian Pengangkutan telah bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang caj

    penginapan kepada anggota ATM yang bertugas menjaga keselamatan di lapangan

    terbang seluruh negara. Sebelum ini, ATM perlu membayar caj penginapan tersebut.

    Selain itu, saya juga telah mengarahkan TUDM dan Jabatan Penerbangan Awam

    (DCA) untuk memperincikan cadangan saya bagi menempatkan seorang pegawaiTUDM untuk berkhidmat di DCA. Ini hanya lah sebahagian contoh yang menunjukkan

    saling kaitan antara dua kementerian ini.

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

    KEJAYAAN MINDEF SEPANJANG TAHUN 2013

    5. Mengimbas kembali pencapaian dan kejayaan Kementerian Pertahanan

    sepanjang tahun 2013, kita patut berbangga serta berazam untuk terus mencipta

    kegemilangan selaras dengan visi Kementerian Pertahanan iaitu Menjadi Sebuah

    Organisasi Pertahanan Yang Berwibawa dan Bertaraf Dunia. Antara Kejayaan

    tersebut termasuklah penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa LIMA 2013;

    Program Offset Kementerian Pertahanan; penubuhan ASEAN Defence Industry

    Colaboration (ADIC); Pameran SMIDEX13; Karnival Kedaulatan, Keselamatan dan

    Kesejahteraan Negara (4KN); Programme for Specialised Marketing Mission on

    Defence Related Industry to Myanmar; Bantuan Misi Kemanusiaan ke Filipina;

    pelaksanaan Ops Murni iaitu bantuan misi kemanusiaan untuk mangsa-mangsa banjir

    di Pahang, Terengganu serta Johor; perjanjian pertahanan dan hubungan bilateral

    dengan negara-negara luar termasuk China dan Amerika Syarikat serta pelbagai lagi.

    INSIDEN LAHAD DATU- ESSCOM

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    4/20

    4

    6. Namun, di sebalik pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah kita kecapi

    sepanjang tahun 2013, kita tidak seharusnya melupakan detik hitam yang telah

    melanda negara. Pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada 12 Februari tahunlalu harus membuka mata dan menyedarkan kita agar tidak leka dengan nikmat

    keamanan yang kita kecapi selama ini. Setelah sekian lama negara berada dalam

    keadaan aman, seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan serangan

    sekumpulan 200 orang pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai Tentera

    Kesultanan Sulu. Insiden ini telah meragut 10 nyawa anggota keselamatan negara.

    Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mengelak berlakunya

    pertumpahan darah, namun pengganas-pengganas tersebut tidak menghiraukanpeluang yang diberikan Kerajaan Malaysia untuk berundur secara aman dan pulang

    kembali ke tempat asal mereka tanpa syarat.

    7. Berikutan kegagalan beberapa siri rundingan dengan pihak pengganas,

    Kerajaan pada 5 Mac 2013 telah menggambil tindakan ketenteraan yang bersepadu

    bagi menegakkan kedaulatan serta mengembalikan keamanan di Sabah. Pendekatan

    diplomasi yang diambil oleh pemimpin kita dalam menangani insiden pencerobohan

    ini pada peringkat awal adalah satu pilihan yang tepat. Pendekatan ini menunjukkan

    kematangan pemimpin kita dalam menangani sesuatu krisis dan hanya mengambil

    tindakan ofensif apabila tiada pilihan lain. Kaedah ini memberi impak yang besar

    dalam memelihara hubungan baik Malaysia-Filipina. Berkat kerjasama dan hubungan

    diplomasi ketenteraan yang erat di antara ATM dan Tentera Filipina telah berjaya

    membendung serangan pengganas Sulu daripada terus merebak.

    8. Dari sudut pandang yang berbeza, insiden pencerobohan pengganas ini sedikit

    sebanyak telah memberi hikmah yang besar rakyat dan kerajaan. Kerajaan kini telah

    mengambil tindakan serius bagi meningkatkan tahap keselamatan serta

    pembangunan ekonomi dan sosial kawasan-kawasan mundur yang sering dijadikan

    pusat transit penceroboh dan penjenayah dengan pelan pembangunan yang lebih

    bersepadu. Semangat patriotisme, sokongan padu yang tidak berbelah bahagi serta

    semangat cintakan negara harus diterapkan dalam jiwa sanubari setiap rakyat

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    5/20

    5

    Malaysia bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.

    Perpaduan rakyat dan daya tahan dalam menghadapi sebarang cabaran yang

    mendatang adalah kunci utama kepada keutuhan dan kedaulatan negara kita.

    9. Susulan daripada peristiwa berdarah di Lahad Datu, YAB. Perdana Menteri

    telah mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah

    (Eastern Sabah Security Command-ESSCOM) yang berpusat di Lahad Datu.

    ESSCOM ditubuhkan untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan di kawasan

    sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah. ESSCOM membabitkan

    penyelarasan kerjasama antara 3 komponen iaitu penduduk setempat, pasukan

    tentera dan pihak polis bagi membanteras ancaman penceroboh.

    10. Saya akan memastikan kesiagaan ATM akan sentiasa berada di tahap yang

    paling tinggi. Pada ketika ini ATM mempunyai 2 formasi utama di Pantai Timur Sabah

    iaitu i) Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), yang telah ditubuhkan untuk mengawasi

    Maritim, pulau dan perairan Sabah berkerjasama dengan APMM; dan ii) Briged

    ESSCOM yang telah ditubuhkan selepas berlakunya insiden Lahad Datu bagi

    memperkukuhkan kesiagaan Keselamatan Timur Sabah. Briged ini bertanggungjawab

    terhadap Operasi Daratan meliputi 13 pos sedia ada dan tambahan 2 pos gabungan

    yang menempatkan pihak PDRM dan ATM.

    11. Bagi peningkatan kesiagaan dan bantuan pengawasan keselamatan Briged

    ESSCOM, aset yang digunakan semasa insiden Lahad Datu akan terus digunakan

    oleh pasukan-pasukan yang bertugas di bawah Briged ESSCOM. Pasukan ini juga

    telah diperlengkapkan dengan Sistem Pengawasan seperti Radar dan juga peralatan

    Pandang Malam yang dapat mengesan elemen-elemen ancaman dengan segera.

    Selain itu, tim Quick Reaction Force (QRF) juga ditempatkan di lokasi dan pulau-

    pulau strategik di Timur Sabah yang boleh bertindak pantas, apabila berlaku

    ancaman. ATM juga menempatkan Combained Arms elemen terdiri daripada unit

    infantri, unit mekanise, tim anjing perang, Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), Trup

    Armor bagi memperkukuhkan pertahanan ESSCOM.

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    6/20

    6

    12. Malah, saya juga ingin memaklumkan bahawa ATM telah mendapat

    mandat daripada Perdana Menteri untuk membina sebuah kem tentera di Felda

    Sahabat untuk memantapkan pertahanan Timur Sabah yang akan menempatkan

    Markas Briged, Markas Batalion dan unit-unit sokong dan logistik.Perbincangan antara pihak ATM dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan

    Unit kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah JPM serta FELDA, sedang

    berlangsung. Saya difahamkan Perdana Menteri telah bersetuju dengan

    cadangan pembinaan kem ini dan menetapkan kos tidak melebihi RM400 juta

    (had syiling yang ditetapkan).

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

    HALA TUJU- 5 ASPEK PENTING

    13. Setelah 9 bulan saya menerajui Kementerian ini, saya telah menerima pelbagai

    maklum balas daripada perbincangan dalaman dan luaran yang telah diadakan

    termasuk yang melibatkan perbincangan dua hala dengan negara luar. Hasil daripada

    maklum balas ini, saya telah menetapkan 5 aspek penting yang perlu diberi tumpuan

    oleh Kementerian Pertahanan untuk memantapkan gerak kerja dan perancangan

    pada masa depan. 5 aspek tersebut ialah i) latihan dan kursus, ii) eksasais

    ketenteraan, iii) perolehan aset, iv) program offset, dan iv) pemantapan industri

    pertahanan.

    14. Aspek pertama- latihan dan kursus. Saya menyedari bahawa ketika ini kita

    kerap menghantar pegawai-pegawai kanan tentera untuk menjalani latihan dan

    kursus di luar negara. Pada masa yang sama, kita turut menerima kehadiran

    pegawai-pegawai tentera untuk menjalani latihan dan kursus di negara kita. Dalam

    soal ini, saya amat berharap agar kita dapat memperluaskan penghantaran pegawai-

    pegawai kita untuk menjalani latihan dan kursus ke lebih banyak negara. Dan ia tidak

    hanya melibatkan pegawai kanan tetapi juga pegawai di peringkat pertengahan.

    Pegawai-pegawai tentera yang terpilih ini pula perlu memanfaatkan kesempatan yang

    diberikan dengan menjalinkan hubungan rapat dan memantapkan komunikasi dengan

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    7/20

    7

    pegawai-pegawai dari negara luar, bukan sahaja semasa mengikuti latihan dan

    kursus tetapi juga selepas tamat. Serentak itu, saya bercadang untuk menaik taraf

    Maktab Pertahanan Angkatan Tentera/Armed Forces Defence College (MPAT) agar

    ia dapat menampung kapasiti latihan dan kursus yang lebih besar. Ini kerana, sejakpenubuhannya dari tahun 1981 hingga kini, Maktab Pertahanan Angkatan

    Tentera/Armed Forces Defence College (MPAT) hanya mampu melahirkan seramai

    1,107 graduan. Saya mohon kerjasama Dato Seri KSU dan Tan Sri PAT untuk

    memperincikan cadangan saya ini.

    15. Aspek kedua- eksesais ketenteraan. Kita akan memperbanyakkan lagi

    eksesais ketenteraan melibatkan tentera darat, udara dan laut. Berhubung perkara ini,saya telah berbincang dengan rakan sejawatan saya dari Brunei, Singapura, Amerika

    Syarikat dan China untuk melaksanakan dan memperkukuhkan eksesais ketenteraan

    dengan negara-negara tersebut. Sebagai contoh, pada pertengahan tahun ini,

    Malaysia dan China akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai skop eksesais

    yang akan dilaksanakan bersama oleh kedua-dua negara. Eksesais ketenteraan ini

    penting bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan, kemahiran dan kepakaran angkatan

    tentera kita bagi menghadapi sebarang ancaman luaran ataupun dalaman.

    16. Aspek ketiga- perolehan aset. Saya telah meminta Kementerian Pertahanan

    untuk menjalinkan kerjasama dengan negara-negara jiran berhubung pembelian aset-

    aset strategik. Dalam soal ini, kerjasama dengan negara-negara jiran seperti Brunei

    dan Singapura bagi pembelian aset ketenteraan dapat mengelakkan duplikasi atau

    pembaziran di mana kita boleh menggunakan aset dari negara lain untuk menjaga

    keamanan dan kestabilan rantau ini secara bersama. Bagi saya, warga kementerian

    tidak harus hanya melihat dalam silo masing-masing, sebaliknya harus memandang,

    memikir dan merancang dari sudut yang lebih luas bukan hanya di peringkat Asean

    tetapi juga ke peringkat global. Ancaman global seperti pengganas, pengedaran

    dadah, penyeludupan manusia, penyeludupan wang, penyeludupan senjata dan

    sebagainya menuntut kerjasama sepadu antara pihak keselamatan serantau.

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    8/20

    8

    17. Aspek keempat- program offset. Pada masa ini, kontrak perolehan dalam

    Rancangan Malaysia Ke-10 yang melibatkan program-program offset termasuklah

    perolehan bagi kenderaan perisai AV-8 melalui DRB Hicom Defence Technologies

    Sdn Bhd (Deftech); Network Centric Operation (NCO) melalui Sapura Holdings SdnBhd; sewaan satelit komunikasi X-Band melalui Astrium SAS France; pembelian

    senapang Colt M4 Carbinemelalui SME Ordnance Sdn Bhd; pembelian 2 unit Kapal

    Latihan melalui NGV Tech Sdn. Bhd. dan pembelian 6 buah kapal Littoral Combat

    Ship(LCS) melalui Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.

    18. Bagi pemantapan pelaksanaan program ini, saya mencadangkan agar kita

    terus memperkukuhkan hubungan dengan negara luar. Sebagai contoh, melaluihubungan rapat yang sedia terjalin antara Malaysia dan Brunei, kita ketika ini sedang

    memperhalusi cadangan untuk meluaskan pelaksanaan ESSCOM ke Sarawak.

    Perluasan ini juga akan melibatkan kawasan pelantar-pelantar minyak yang

    beroperasi di perairan Sarawak dan Brunei. Syarikat-syarikat pengeluar minyak yang

    terlibat ialah Petronas, Shell, Esso dan lain-lain. Kedua-dua negara akan memulakan

    perbincangan berhubung cadangan perluasan ini tidak lama lagi. Pada masa yang

    sama, atas hubungan rapat kita dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat

    dan China, kita telah ditawarkan pelbagai peralatan dan aset ketenteraan dari mereka

    untuk kegunaan angkatan tentera kita. Pelaksanaan program ini jelas telah

    menjimatkan perbelanjaan kerajaan sekali gus membolehkan kita mendapatkan aset-

    aset penting untuk pertahanan negara.

    19. Aspek kelima- pemantapan industri pertahanan. Penggubalan dasar serta

    pelaksanaan program-program yang menjurus kepada pertumbuhan industri

    pertahanan perlu menjadi fokus utama Kementerian Pertahanan bagi membolehkan

    negara kita mempunyai jaringan pertumbuhan industri pertahanan yang sistematik

    dan mantap di samping mengurangkan pergantungan kepada sumber dari luar

    negara. Sehingga akhir tahun 2013, sebanyak 157 syarikat industri pertahanan

    tempatan berjaya didaftarkan di bawah keahlian MIDES. Usaha-usaha ini menjadi

    asas kepadaASEAN Defence Industry Council(ADIC) yang dipelopori oleh Malaysia.

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    9/20

    9

    ADIC berupaya menjadi platform terbaik kepada perkembangan pertumbuhan industri

    pertahanan serantau.

    20. Dalam konteks ini, saya berpendapat kita harus berfikiran di luar kotak sertamemposisikan kedudukan negara kita dengan meluaskan lagi pasaran ke seluruh

    ASEAN serta menjadi gateway untuk pasaran di negara-negara Timur Tengah. Dalam

    hal ini, saya berhasrat untuk melihat industri-industri tempatan mengenal pasti

    keupayaan serta kekuatan produk kita. Kemudiannya berkolaborasi dengan mana-

    mana organisasi penyelidikan dan pembangunan (R&D), baik di dalam ataupun luar

    negara, untuk meningkatkan kualiti produk serta kompetensi pengeluarannya. Usaha

    ini penting kerana apabila produk tersebut dipasarkan, ia akan menjadi lebihkompetitif bukan sahaja di rantau ini bahkan di rantau yang lebih luas. Malah syarikat-

    syarikat besar dari luar negara juga boleh berkolobrasi dengan syarikat-syarikat

    tempatan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran produk pertahanan

    untuk pemasaran ke negara-negara ASEAN serta rantau-rantau lain seperti Timur

    Tengah. Malah, Malaysia boleh memainkan peranan sebagai pelopor, di mana rantau

    ASEAN akan menjadi kilang pengeluaran produk pertahanan. Sebagai contoh, tidak

    ada salahnya Malaysia menjadi kilang untuk produk Colt M4, Filipina pula untuk

    magazine senjata manakala negara ASEAN lain boleh berperanan untuk

    menghasilkan komponen untuk kegunaan senjata colt tersebut.

    21. Kesemua perancangan dan langkah-langkah yang kita ambil ini, seperti

    meluaskan pasaran ke negara ASEAN; menjadi hub pengeluaran; mengadakan

    ASEAN Hall yang julung-julung kalinya dalam pameran DSA, serta perkara-perkara

    lain bukanlah hanya untuk syok sendiri. Tetapi ia adalah sebagai persiapan untuk

    meletakkan Malaysia dalam kedudukan bersedia bagi memimpin ASEAN serta

    menduduki kerusi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjelang 2015. Sebagai

    contoh, saya dan juga Timbalan saya, telah melawat sebahagian negara ASEAN dan

    akan mengadakan perbincangan dua hala dengan semua negara ASEAN sepanjang

    2014 sebagai persiapan untuk Malaysia memimpin ASEAN pada 2015.

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    10/20

    10

    PROGRAM YANG DEKAT DENGAN HATI RAKYAT

    (a) Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR)

    22. Pihak ATM haruslah memainkan peranan penting melalui pelaksanaan misi-

    misi kemanusiaan baik di dalam ataupun luar negara. Dalam hal ini, Operasi Bantuan

    Kemanusiaan atau HADR telah menjadi sebahagian daripada operasi bantuan

    bencana ATM bukan sahaja di dalam negeri malah turut mendapat pengiktirafan di

    peringkat antarabangsa. Saya berharap ATM terus komited dalam menyumbangkan

    tenaga untuk menjayakan Operasi Bantuan Kemanusiaan di peringkat ASEAN danantarabangsa. Penglibatan dan kejayaan ATM dalam pelbagai operasi kemanusiaan

    telah meningkatkan imej Kerajaan Malaysia dan ATM di dalam negara dan di persada

    antarabangsa. .

    (b) PLKN

    23. PLKN sejak penubuhannya pada 2004 sehingga sekarang telah berjaya

    melatih seramai 750,000 remaja Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau

    keturunan. Latihan yang dilalui selama 3 bulan di kem-kem seluruh negara telah

    berjaya menyemai semangat cintakan negara, perpaduan serta semangat

    kesukarelaan yang tinggi dalam diri pelatih. Dalam tempoh 10 tahun ini, pelbagai

    penambahbaikan telah dilakukan khususnya berkaitan prasarana kem, taraf

    perjawatan jurulatih PLKN dan juga modul latihan. Ini bagi memastikan setiap pelatih

    PLKN dapat menjalani latihan di kem-kem seluruh negara dalam keadaan yang

    selesa dan selamat. Dalam hal ini, kem-kem yang tidak menepati Garis Panduan

    Minima atau tidak memenuhi tahap keselamatan tertentu akan diarah tutup. Dari segi

    taraf perjawatan jurulatih PLKN pula, perjawatan mereka telah ditingkatkan daripada

    sambilan kepada kontrak.

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    11/20

    11

    24. Sementara itu, saya ingin melahirkan rasa bangga di atas kejayaan yang

    dikecapi oleh JLKN sepanjang tahun 2013. Antara usaha dan inisiatif yang telah

    berjaya dilaksanakan dan mencapai matlamatnya adalah :

    i) Sijil ISO Pengurusan Kem PLKN

    Keseluruhan 79 Kem PLKN di seluruh negara telah mempunyai persijilan MS ISO

    9001:2008 bagi prosedur kerja yang berkaitan dengan pengurusan PLKN. Saya

    juga telah mengarahkan pengusaha-pengusaha kem agar mendapatkan MS ISO

    bagi kem mereka masing-masing.

    ii) Laman Web 5 StarJLKN telah mendapat Penarafan 5 Bintang oleh Multimedia Development

    Corporation (MDeC) yang mana ia dinilai berdasarkan kriteria Malaysian

    Government Portal / Web Assessment 2013 (MGPWA) untuk tahun 2013.

    iii) Pembaharuan Modul PLKN

    Pilot projectsub modul Kenegaraan yang dinamakan sebagai 'Malaysia Berdaulat'

    telah berjaya dilaksanakan di Kem-kem PLKN Negeri Pahang pada Kumpulan 3

    Siri 10/2013. Manakala Pilotproject sub modul 'Klik Bijak @ PLKN' telah berjaya

    dilaksanakan pada Kumpulan 3 Siri 10/2013 di Kem-Kem PLKN Negeri Selangor.

    Kedua-dua Sub Modul ini telah dilaksanakan kepada seluruh Kem PLKN bermula

    pada Kumpulan 1 Siri 11/2014.

    iv) Penubuhan Pasukan Inspektorat Kem PLKN

    JLKN telah berjaya menubuhkan 10 Tim Inspektorat bagi memantau pelaksanaan

    modul PLKN. Tim Inspektorat ini terdiri daripada pegawai JLKN, pihak pengurusan

    kem dan jurulatih PLKN yang telah mengikuti Bengkel Pemantau Modul (Quality

    Control).

    v) Program Transformasi Minda (PTM)

    JLKN telah diamanahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai

    penceramah jemputan di bawah tajuk Budaya Kerja Kelas Pertama-

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    12/20

    12

    Mengutamakan Masyarakat dalam Program Transformasi Minda yang

    dilaksanakan sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi

    semua anggota Perkhidmatan Awam.

    vi) Memasyarakatkan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN)

    Sepanjang tahun 2013, sebanyak 43 aktiviti kesukarelaan dan 8 kursus Asas

    Pengenalan Sukarelawan telah dilaksanakan dengan penglibatan keseluruhan

    seramai 8,150 ahli BSKN. Aktiviti kesukarelaan yang dijalankan merangkumi

    pelbagai aspek diantaranya kemasyarakatan dan sosial, projek, alam sekitar, gaya

    hidup sihat, kejiranan dan sukan

    25. Semasa Mesyuarat Majlis Latihan Khidmat Negara pada 9 Januari lalu, JLKN

    telah mengemukan beberapa cadangan untuk melaksanakan tranformasi secara

    menyeluruh bagi tempoh 10 tahun kedua pelaksanaan PLKN. Hasil daripada

    mesyuarat tersebut, saya telah mengarahkan supaya sebuah Jawatankuasa

    Pemandu ditubuhkan bagi meneliti dan seterusnya mencadangkan kepada saya

    rancangan transformasi dan penambahbaikan untuk saya kemukakan kepada

    Kabinet.

    (c) Angkatan Sukarela

    26. Selain daripada PLKN, angkatan sukarela merupakan satu lagi pendekatan

    penting yang berperanan menyokong angkatan tetap dalam operasi ATM dan pihak

    berkuasa awam yang lain semasa darurat dan bencana. Dalam perancangan

    pembangunan ATM, keupayaan angkatan sukarela perlu turut diberi penekanan

    terutamanya dalam meningkatkan jumlah pasukan dan keanggotaannya. Sebagai

    barisan kedua pertahanan negara, kekuatan anggota sukarela akan dipertingkatkan

    ke paras 1:1 dengan kekuatan anggota tetap. Peningkatan ini memerlukan lebih

    ramai rakyat Malaysia untuk menyertai angkatan sukarela. Bagi memperhebatkan lagi

    gelombang kesukarelaan dan social engagement, Kementerian Pertahanan akan

    melancarkan pelbagai program bagi mempromosikan angkatan sukarela menerusi

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    13/20

    13

    penubuhan Kompeni Askar Wataniah selaras dengan matlamat 1 Kawasan Parlimen,

    1 Kompeni Askar Wataniah.

    27. Sebagai permulaan dan bagi menunjukkan komitmen saya terhadappenambahan bilangan angkatan sukarela, saya telah mengarahkan semua

    pegawai dan kakitangan di pejabat saya, baik di Kementerian Pertahanan mahu

    pun di Kementerian Pengangkutan untuk menyertai askar Wataniah.

    Berhubung perkara ini, suka saya memaklumkan bahawa sesi taklimat dan

    pengisian borang keanggotaan askar Wataniah untuk pegawai dan kakitangan

    pejabat saya telah ditetapkan pada 28 Februari ini.

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

    SOKONGAN MALAYSIA KEPADA KEAMANAN SEJAGAT

    28. Sokongan Malaysia kepada keamanan sejagat sememangnya tidak boleh

    dipertikai. Dalam hal ini, pendirian Malaysia telah dizahirkan sejak tahun 1960 lagi

    apabila kerajaan memutuskan untuk menghantar sejumlah anggota ke Congo bagi

    memulihkan keamanan di sana. Sehingga kini, Malaysia masih lagi menghantar

    anggota tentera di seluruh pelusuk dunia di bawah piagam PBB. Tidak kurang

    daripada 30,000 anggota tentera Malaysia telah berkhidmat di bawah piagam PBB ini

    dengan mencatatkan rekod perkhidmatan dan sumbangan yang amat cemerlang.

    Tahniah saya ucapkan kepada ATM. Permintaan daripada PBB untuk mendapatkan

    perkhidmatan dari Malaysia menjadi keutamaan atas faktor kecemerlangan dan

    komitmen yang telah dipamerkan. Pada masa yang sama, Malaysia turut terlibat

    dalam proses keamanan di Mindanao dan Afghanistan.

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

    DIPLOMASI PERTAHANAN

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    14/20

    14

    29. Kita harus terus berusaha memastikan Malaysia terus dikenali sebagai sebuah

    negara yang disegani dan dicontohi bukan sahaja di kalangan negara-negara ASEAN

    malahan juga di rantau ini. Bagi memastikan status tersebut kekal, adalah penting

    bagi kita mengurus hubungan pertahanan dengan negara-negara berkepentingansebaik mungkin menerusi Diplomasi Pertahanan. Prinsip ini telah terbukti

    kejayaannya bagi membolehkan Malaysia terus berada dalam keadaan yang stabil.

    30. Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, pada tahun depan

    tibalah giliran Malaysia untuk menjadi Pengerusi ASEAN yang mana Kementerian

    Pertahanan akan terlibat sama secara aktif. Saya sendiri akan mempengerusikan

    ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM), ADMM Retreat dan ADMM Plus buatkali pertamanya. Justeru, saya memohon kerjasama semua pihak di Kementerian ini

    agar menjayakan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan ini sekali gus memastikan

    keutuhan Malaysia memimpin rantau ini.

    31. Sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia perlu menjaga kepentingan

    strategik dan hubungan dua hala yang baik dengan negara-negara jiran serta negara-

    negara berkepentingan. Diplomasi pertahanan merupakan pendekatan utama bagi

    mengukuhkan keselamatan negara dan rantau Asia Tenggara. Justeru, pendekatan

    ini perlu diperkukuh oleh Kementerian Pertahanan. Misalnya, melalui aktiviti seperti

    ADMM Retreatdan 2nd ADMM-Plus Meetingdi Brunei pada 28 dan 29 Ogos 2013,

    saya berpeluang bertemu dengan rakan sejawat secara bersemuka bagi bertukar

    pendapat dan pandangan dalam isu-isu keselamatan semasa.

    32. Pendekatan yang sama digunakan ketika lawatan kerja saya ke China pada 28

    hingga 31 Oktober 2013 dan Vietnam pada 30 Oktober hingga 1 November 2013.

    Lawatan sebegini bukan hanya bertujuan mengeratkan hubungan dua hala dan

    mempertingkatkan kerjasama pertahanan dengan negara-negara berkenaan tetapi

    juga dijadikan platform untuk membincangkan ancaman-ancaman keselamatan yang

    wujud ketika ini. Semasa lawatan saya ke China, kedua-dua belah pihak telah

    bersetuju untuk merapatkan lagi kerjasama dalam bidang pertahanan terutamanya

    melalui eksesais bersam a, pertukaran pegawai-pegawai tentera laut dan

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    15/20

    15

    ketenteraan, penubuhan kerjasama dalam bidang industri pertahanan, usaha-usaha

    memerangi keganasan, dan jenayah transnasional. Pada masa yang sama,Malaysia

    dan China dijangka akan menganjurkan eksesais bersama buat pertama kalinya pada

    tahun ini sejak Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahananditandatangani pada tahun 2005.

    33. Selain itu, saya juga berkesempatan mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat

    pada Januari lalu. Peluang tersebut saya gunakan sepenuhnya untuk berbincang

    mengenai langkah-langkah meningkatkan hubungan pertahanan dan juga usaha-

    usaha menangani isu-isu keselamatan serantau. Kedua-dua negara turut

    membincangkan pelbagai isu pertahanan antarabangsa termasuk mengenaiAfghanistan, Korea Utara dan peranan ASEAN dalam menangani cabaran-cabaran

    keselamatan serantau.

    34. Manakala yang terbaru, saya telah mengadakan pertemuan dengan Perdana

    Menteri Singapura, Lee Hsieng Loong serta rakan sejawat saya di Singapura semasa

    menghadiri Singapore Airshow. Ketika berada di Singapura, saya turut mengaturkan

    lawatan penghormatan dan majlis tahlil di Bukit Candu, Singapura, sempena

    memperingati Pertempuran Bukit Candu yang berlaku pada 14 Februari 1942

    sehingga mengorbankan Leftenan Adnan Saidi dan rakan-rakan seangkatan ketika

    mempertahankan Singapura dan Tanah Melayu daripada pencerobohan Jepun.

    Lawatan ini benar-benar menginsafkan saya. Bagi saya, kematian Lt Adnan

    merupakan episod perjuangan seorang anak Melayu yang berjiwa cekal dan

    kental mempertahankan tanah air tercinta. Beliau tidak pernah merasa gentar

    walau berdepan dengan maut. Justeru, pengorbanannya harus menjadi nadi

    dan kekuatan seluruh wira dan wirawati negara dalam mempertahankan tanah

    air tercinta ini.

    Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

    KEBAJIKAN ANGGOTA DAN VETERAN

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    16/20

    16

    35. Sememangnya menjadi keutamaan saya untuk melihat dan memberi tumpuan

    kepada aspek kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup anggota dan veteran

    tentera. Berhubung perkara ini, suka saya mengumumkan bahawa bermula

    tahun ini, pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 Jutasetahun untuk sewaan bas sekolah bagi membawa anak-anak tentera pergi-

    balik sekolah di sekitar Lembah Klang. Bas sekolah ini akan mengantikan trak

    tentera yang ketika ini digunakan sebagai kenderaan untuk membawa anak-

    anak tentera ke sekolah. Ianya melibatkan seramai 1,800 orang pelajar.

    Perkhidmatan bas ini akan mula beroperasi pada 1 April ini dan ianya juga

    termasuk perlindungan insuran untuk kesemua penumpang. Saya juga

    berhasrat untuk memperluaskan perkhidmatan bas ini secara berperingkatkepada Kem Tentera di seluruh Negara. Dalam soal ini, pihak Kementerian telah

    memohon peruntukan tambahan berjumlah RM21 juta untuk tujuan perluasan

    perkhidmatan bas ini.

    36. Selain itu, pihak Kementerian juga telah memperoleh peruntukan

    kewangan sebanyak RM60 juta bagi tujuan membaik pulih kuarters-kuarters

    anggota yang daif. Sebagai permulaan, 6 buah kem utama iaitu Kem Tok Jalai-

    Alor Setar, Kem Desa Pahlawan- Kelantan, Kem Seberang Takir- Terengganu,

    Kem Tapah- Perak, Kem Port Dickson- Negeri Sembilan dan Kem Desa Tun

    Hussein Onn- Kuala Lumpur akan dibaik pulih. Kerja membaikpulih akan

    dilaksanakan mengikut keutamaan secara berperingkat. Manakala, sebagai

    usaha menggalakkan amalan dan gaya hidup sihat, pihak Kementerian juga

    telah memperuntukan sebanyak RM30 juta bagi membina kemudahan sukan

    dan olahraga untuk warga ATM di Kem Perdana Sungai Besi.

    37. Dalam pada itu, berkuatkuasa 1 Januari 2013, kerajaan telah meluluskan Skim

    Gaji Baru ATM dengan peningkatan skala gaji minimum dan maksimum serta

    kesetaraan gred pangkat tentera dan awam. Skim gaji baru ini ternyata telah memberi

    faedah yang besar kepada seluruh warga tentera khususnya anggota Lain-lain

    Pangkat. Kerajaan turut mempertimbangkan pemberian 6 jenis elaun yang

    masih dalam kajian agensi pusat dan Perbendaharaan melibatkan Elaun

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    17/20

    17

    Stesyen Luar Pantai termasuk ESSCOM, Elaun Pasukan Khas ATM (Komando),

    Elaun Pasukan Atur Gerak Cepat (PACparatroopers), Bayaran Insentif Kapal

    Selam, Bayaran Insentif Juruterbang dan Bayaran Insentif Juruteknik Pesawat.

    38. Bagi Warga Veteran ATM pula, kebajikan mereka tidak pernah dilupakan.

    Kementerian telah menjadikan usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi Veteran

    sebagai Sasaran KPI Kementerian sejak tahun lalu dan akan diteruskan pada tahun

    ini. Pada ketika ini, terdapat seramai 379,727 warga veteran tentera yang berdaftar

    dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dan daripada jumlah tersebut seramai

    103,250 orang berpencen dan 275,977 orang tidak berpencen.

    39. Bagi meringankan beban warga veteran khususnya yang tidak berpencen,

    Kementerian telah mengadakan pelbagai inisatif antaranya melaksanakan Program

    Baik Pulih dan Bina Baru Rumah Veteran 1Malaysia. Melalui program ini, sebanyak

    200 buah rumah diberikan kepada warga veteran dan balu yang layak pada setiap

    tahun bermula pada tahun lalu. Setiap rumah diperuntukkan sebanyak RM45,000.00

    sama ada untuk dibaik pulih atau dibina baru bergantung kepada keutamaan,

    melibatkan veteran di seluruh negara.

    40. Sementara itu, JHEV dan PERHEBAT turut menetapkan sasaran KPI

    dalam menyediakan skim latihan serta peluang pekerjaan kepada bekas tentera

    dan veteran yang telah memohon untuk mencari kerja sebagai kerjaya kedua

    (second career). Melalui Skim pembiayaan Mikro Keusahawanan Veteran

    ATM/TEKUN, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM13.5 juta

    (melibatkan 2 fasa) bagi membantu para veteran yang berminat untuk

    menceburi bidang keusahawanan. Sehingga kini, seramai 546 veteran telah

    berjaya mendapat skim bantuan berkenaan.

    PROGRAM TAHUN 2014

    (a) Pameran Defence Services A sia(DSA) 2014

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    18/20

    18

    41. Pada tahun ini, beberapa lagi program telah dirancang oleh Kementerian

    Pertahanan dan program yang terdekat adalah Pameran DSA bagi kali ke-14 bermula

    pada 14 hingga 17 April 2014. Pameran yang berprestij dan bertaraf antarabangsa ini

    merupakan agenda strategik Kerajaan di rantau Asia bagi membuktikan komitmendan penglibatan Malaysia secara serius dalam bidang teknologi dan industri

    pertahanan khususnya kepada aspek pertahanan darat.

    42. Selain jemputan tetamu-tetamu kenamaan antarabangsa, pameran ini akan

    turut dihadiri oleh pelawat perdagangan, anggota tentera dan pasukan keselamatan,

    pasukan kadet beruniform, penganalisis serta pemerhati dari dalam dan luar negara.

    Ketika semakin hampir berlangsungnya DSA 2014, saya menerima begitu banyakmaklum balas positif dan sokongan daripada peserta pameran, peserta industri dan

    juga media antarabangsa. Dalam konteks ini, saya bangga untuk menyatakan

    bahawa sebanyak 1,000 syarikat industri pertahanan tempatan dan

    antarabangsa daripada 50 negara dijangka akan menyertai pameran DSA 2014

    dengan sasaran tapak Pameran seluas 41,000 meter persegi. Jumlah ini adalah

    yang tertinggi setakat ini berbanding 850 peserta pameran di DSA 2012. Selain

    itu, lebih 27,000 pelawat perdagangan daripada 50 buah negara dijangka akan

    hadir ke DSA 2014.

    43. Serentak dengan DSA 2014, turut berlangsung adalah Putrajaya Forum 2014

    yang merupakan persidangan dwi-tahunan antarabangsa pertahanan dan

    keselamatan yang akan diadakan pada 14 hingga 15 April ini. Forum edisi ketiga ini

    dianjurkan oleh Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) dengan tema

    Strengthening Security and Regional Stability. Selain itu, buat pertama kali dalam

    penganjuran DSA akan diadakan ASEAN Hall. Melalui Asean Hall, setiap negara

    dalam Asean akan mempamerkan kejayaan, perkembangan dan hala tuju

    industri pertahanan masing-masing. Inisiatif ini juga bagi menunjukkan

    kerjasama dan kesepakatan di kalangan negara-negara Asean.

    (b) Komitmen Ke Atas Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA)

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    19/20

    19

    44. Dalam perkembangan yang berkaitan, Insyaallah, pada Mei tahun ini saya

    akan mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri FPDA. Dalam soal ini, saya akan

    memastikan bahawa aspirasi serta semangat setiakawan negara FPDA iaitu

    Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom akan kekal mantap danrelevan. Di samping itu, Malaysia turut mendapat manfaat dari segi pengetahuan dan

    pengalaman dalam menangani isu dan ancaman tradisional serta bukan tradisional,

    bantuan kemanusian serta operasi mencari dan menyelamat melalui mesyuarat dan

    latihan bersama dalam FPDA.

    45. Sejak tahun 1971 sehingga kini, FPDA telah membuktikan keberkesanannya

    dalam mempertingkatkan lagi keupayaan pertahanan negara. Ini terbukti pada setiaptahun, tidak kurang 3 latihan bersama dilakukan melibatkan kesemua komponen

    pertahanan negara. FPDA juga berperanan menjalin kerjasama pertahanan Malaysia

    dengan negara-negara luar serta menjadi penanda aras kepada kematangan

    kerjasama pertahanan.

    Tuantuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

    HARAPAN TERHADAP WARGA KEMENTERIAN PERTAHANAN

    46. Saya menyeru seluruh warga Kementerian Pertahanan dan ATM untuk

    bersama-sama dengan saya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang

    telah diamanahkan ini. Dalam hal ini, tumpuan harus diberikan kepada pembangunan

    keupayaan pertahanan dan mengamalkan sifat-sifat positif seperti intergriti, ketelusan,

    kerja secara berpasukan, berdisiplin, mengamalkan tadbir urus yang baik bagi

    memastikan misi dan visi kementerian tercapai.

    47. Selama 9 bulan saya menerajui Kementerian ini, saya berpuas hati dengan

    kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh setiap warga Kementerian bermula dari

    pengurusan atasan sehinggalah kepada kumpulan pelaksana. Selain itu, agensi-

    agensi di bawah Kementerian serta pihak berkepentingan turut menunjukkan prestasi

    yang membanggakan. Tanpa kerjasama dan komitmen daripada semua pihak, belum

  • 7/25/2019 Perutusan Tahun 2014 Menteri

    20/20

    20

    tentu kita mampu mengecap pelbagai bentuk kejayaan. Pada saat ini, saya bangga

    untuk menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan berada di landasan yang

    mantap. Oleh itu, teruskan usaha dan perjuangan untuk melaksanakan transformasi

    ini bagi setiap dimensi.

    48. Bagi saya, sudah sampai masanya untuk Kementerian Pertahanan terus

    melonjak, melakar kejayaan yang lebih besar, memenuhi harapan dan kehendak

    rakyat. Pada masa yang sama kita tidak boleh berasa terlalu selesa dan leka kerana

    cabaran-cabaran sentiasa mendatang. Kita harus sedia menghadapi cabaran-

    cabaran ini dengan semangat juang yang jitu dan jiwa kental demi membela tanahair

    yang kita cintai ini.

    49. Sebelum berundur, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kehadiran

    tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini. Pada kesempatan ini, saya merakamkan

    setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Pertahanan atas

    kerjasama dan usaha keras dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

    Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh

    warga Tentera Darat yang akan menyambut Ulangtahun ke-81 pada 1 Mac ini.

    Sekian.