perutusan ketua pengarah pelajaran malaysia

6
PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian, 1. Semenjak tahun 1972, peranan dan fungsi guru telah diiktiraf begitu signifikan dan diabadikan menerusi ungkapan tema Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun. Guru dipandang tinggi sebagai pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru yang melengkapi diri dengan kualiti dan Standard Guru Malaysia diakui mampu menjamin keberhasilan negara, antaranya guru yang inovatif dan kreatif teras kejayaan wawasan, guru berkesan pendidikan cemerlang, guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru cemerlang negara terbilang. 2. Pada tahun ini, tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” telah dipilih sebagai galakan kepada guru menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012 3 merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan itu, amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri membudayakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah.

Upload: mohamad-hatta-bin-yahaya

Post on 06-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Page 1: Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan  murid-murid yang dikasihi 

sekalian,

1. Semenjak tahun 1972, peranan dan fungsi guru telah diiktiraf begitu signifikan  dan diabadikan menerusi ungkapan  tema Hari Guru yang diraikan  pada  16 Mei setiap tahun.  Guru  dipandang tinggi sebagai 

pemangkin pembangunan negara,  pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara  di samping memacu kejayaan rakyat.  Guru yang  melengkapi diri dengan kualiti dan  Standard  Guru Malaysia diakui mampu menjamin  keberhasilan negara, antaranya guru  yang inovatif dan kreatif  teras  kejayaan wawasan,  guru berkesan pendidikan cemerlang, 

guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru cemerlang negara terbilang.

2. Pada tahun  ini, tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” telah dipilih sebagai galakan kepada guru 

menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012 3

merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan itu, amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri membudayakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti koakademik serta 

kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah.

3. Sebagai  golongan profesional yang menjana dan menjuaraiperubahan, kita perlu peka dan bersedia  memperlengkapi diri menjadi 

guru yang inovatif. Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan  dalam 

menyampaikan  ilmu kepada generasi  anak didik. Guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta kelainan  atau modifikasi  menggunakan unsur 

dan sumber sedia ada  serta menjelmakannya sebagai elemen  sintesisyang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, seorang guru yang inovatif  juga  mempunyai  tahap  ketekunan yana tinggi,  belajar daripada kesilapan, menyusun dan mengurus idea secara perekodan sistematik serta sentiasa cenderung mendapatkan 

pengetahuan baharu. Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan

teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea.

Warga pendidik yang diraikan sekalian,4. Kesinambungan sistem pendidikan negara  dimanifestasi melalui 

transformasi  yang berbentuk dinamik dan progresif  yang  akan 

Page 2: Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

direalisasikan oleh  para guru yang inovatif, proaktif, berdedikasi,  dan berdaya saing. Sehubungan itu,  Kementerian Pelajaran Malaysia telah 

melaksanakan  program  bina upaya  untuk  meningkatkan  amalan profesionalisme keguruan bagi menyokong usaha melaksana transformasi 

pendidikan secara keseluruhan.  Objektif  Pelan Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan  secara khususnya 

bermatlamat melahirkan para pendidik  yang berwatak profesional, berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah yang lebih besar. 

Warga pendidik sekelian,

5. Pelbagai ganjaran  disediakan  dan inisiatif  direncana  oleh pihak kerajaan  bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin.

Keprihatinan kerajaan ini disalurkan  menerusi pelbagai usaha, misalnyamelalui  pemberian dan penganugerahan kepada warga guru seperti dalam 

aspek perjawatan dan perkhidmatan. Anugerah dan beberapa 5penambahbaikan dalam skim perkhidmatan guru menggambarkan 

keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini diharapkan menjadi sebagai satu inspirasi dan dorongan kepada guru untuk terus memberikan perkhidmatan yang effisyen dan  cemerlang dalam dunia pendidikan yang 

berkembang pesat di samping melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global.

6. Pihak kerajaan dan kementerian juga amat prihatin dengan beban tugas guru yang semakin bertambah dan rencam. Sehubungan itu, 

bermula pada tahun 2012, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah memberikan tumpuan kepada lima fokus utama bagi  menangani isu beban tugas guru iaitu menambah baik pelan operasi latihan tahunan untuk mengelakkan pertindihan kursus; menambahkan staf sokongan untuk tugas perkeranian; mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah; mengurangkan bilangan 

ujian/peperiksaan dan meningkatkan  penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah dan pengajaran dan pembelajaran.

7. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili semua warga pendidik di negara ini untuk menyatakan setinggi penghargaan dan 

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang tidak pernah meminggirkan kebajikan para guru. Keprihatinan berterusan 

oleh kerajaan ini merupakan suntikan semangat  agar warga pendidik terus gigih, inovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab  melahirkan  generasi masa depan yang berjati diri, berdaya saing, bertanggungjawab,  berpegang teguh kepada ajaran 

agama serta mengamalkan nilai sejagat.

Anak-anak murid yang disayangi sekelian,8. Saya  yakin  bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh para 

guru di samping tekanan yang dihadapi sedikitpun tidak melunturkan rasa 

Page 3: Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Semua guru yang ada di hadapan murid-murid semua adalah guru penyayang.  Kehadiran murid ke sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu dan  mempertingkat kualiti diri.  Setiap murid di mata dan hati seorang 

guru adalah permata yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. Jika digilap dan dikembangkan potensinya nescaya  akhirnya mereka dapat menjadi  individu  dan warganegara  yang berdaya saing, 

berfikiran  kreatif dan kritis, berbudi pekerti mulia dan  sedar akan kepentingan  amalan  berterima kasih. Sekiranya ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk 

murid-murid semua. 

9. Akhir kalam, besarlah harapan saya agar warga pendidik yang dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi  penuh 

dedikasi,  bertunjangkan integriti dan  berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku  pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik  mempunyai 

kedudukan tersendiri,  disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap 

kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk  melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa.

Sebagai penutup,  ingin saya titipkan mutiara kata  Syeikh Muhammad Abduh, seorang tokoh pendidikan di Mesir, “Kemuliaan ialah membangun 

umat yang telah binasa, membuka selubung kebodohan mereka, memberi peringatan dan petunjuk (hidayah), menuntut hak yang 

terampas, mengingatkan akan kemuliaan yang hilang, membangun umat 8dari tidur dan kelalaian mereka, serta menyatukan suara untuk 

memperbaharui gerak langkah”.

WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIANTERIMA KASIH CIKGU … 

“SELAMAT HARI GURU”!

DATO’ SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUDKetua Pengarah Pelajaran Malaysia

Perutusan Hari Guru 2012