pertanyaan-pertanyaan bertulis daripada y.b...

49
PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. DATO' MOHD SHAMSUDIN BIN LIAS (N08 SUNGAI BURONG) TAJUK : LAPORAN WANG MARRIS 141. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:- a) Berikan huraian jumlah peruntukan dan perbelanjaan MARRIS dari Januari hingga Disember 2018. b) Nyatakan jumlah pembahagian wang MARRIS kepada setiap PBT dan status perbelanjaan. JAWAPAN: a) Sebagai makluman, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 35/2017 yang bersidang pada 25 Oktober 2017 telah meluluskan siling peruntukan MARRIS Tahun 2018 berjumlah RM473 juta kepada Agensi Pelaksana iaitu JKR Selangor, dua belas (12) Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), sembilan (9) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan JPS Negeri Selangor. Kerajaan Negeri menerusi Perbendaharaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM8.1 juta peruntukan tambahan bagi menangani isu-isu kecemasan, ad- hoc dan aduan awam sepanjang tahun 2018. Ini menjadikan Siling Peruntukan MARRIS 2018 (dikemaskini) berjumlah RM 481.1 juta. Daripada peruntukan tersebut, sejumlah RM464 juta atau 96.52% telah pun dibelanjakan oleh agensi pelaksana. Butiran kepada perkara ini adalah seperti di Jadual A. BIL AGENSI PERUNTUKAN 2018 PERBELANJAAN 2018 ASAL (RM) TAMBAHAN (RM) KEMASKINI (RM) JUMLAH (RM) % 1. JKR SELANGOR 196,000,000.00 2,597,225.00 198,597,225.00 196,000,000.00 98.69 2. PDT SELANGOR 28,465,122.00 427,563.00 28,892,685.00 27,491,803.11 95.15 3. JPS 2,000,000.00 - 2,000,000.00 1,861,730.06 93.09

Upload: others

Post on 12-Feb-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. DATO' MOHD SHAMSUDIN BIN LIAS

    (N08 SUNGAI BURONG)

    TAJUK : LAPORAN WANG MARRIS

    141. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Berikan huraian jumlah peruntukan dan perbelanjaan MARRIS dari Januari

    hingga Disember 2018.

    b) Nyatakan jumlah pembahagian wang MARRIS kepada setiap PBT dan status

    perbelanjaan.

    JAWAPAN:

    a) Sebagai makluman, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan

    Negeri (MMKN) Ke 35/2017 yang bersidang pada 25 Oktober 2017 telah

    meluluskan siling peruntukan MARRIS Tahun 2018 berjumlah RM473 juta

    kepada Agensi Pelaksana iaitu JKR Selangor, dua belas (12) Pejabat Daerah

    dan Tanah (PDT), sembilan (9) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan JPS

    Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri menerusi Perbendaharaan Negeri telah meluluskan sejumlah

    RM8.1 juta peruntukan tambahan bagi menangani isu-isu kecemasan, ad-

    hoc dan aduan awam sepanjang tahun 2018. Ini menjadikan Siling

    Peruntukan MARRIS 2018 (dikemaskini) berjumlah RM 481.1 juta.

    Daripada peruntukan tersebut, sejumlah RM464 juta atau 96.52% telah pun

    dibelanjakan oleh agensi pelaksana. Butiran kepada perkara ini adalah seperti

    di Jadual A.

    BIL AGENSI

    PERUNTUKAN 2018 PERBELANJAAN 2018

    ASAL

    (RM)

    TAMBAHAN

    (RM)

    KEMASKINI

    (RM)

    JUMLAH

    (RM) %

    1. JKR

    SELANGOR

    196,000,000.00 2,597,225.00 198,597,225.00 196,000,000.00 98.69

    2. PDT

    SELANGOR

    28,465,122.00 427,563.00 28,892,685.00 27,491,803.11 95.15

    3. JPS 2,000,000.00 - 2,000,000.00 1,861,730.06 93.09

  • BIL AGENSI

    PERUNTUKAN 2018 PERBELANJAAN 2018

    ASAL

    (RM)

    TAMBAHAN

    (RM)

    KEMASKINI

    (RM)

    JUMLAH

    (RM) %

    SELANGOR

    4. PBT

    SELANGOR

    246,534,878.00 5,078,604.00 251,613,482.00 239,012,409.30 94.99

    JUMLAH 473,000,000.00 8,103,392.00 481,103,392.00 464,365,942.47 96.52

    Jadual A: Peruntukan dan Perbelanjaan MARRIS Tahun 2018

    b) Jumlah pembahagian wang dan perbelanjaan MARRIS kepada setiap PBT

    adalah seperti berikut :

    BIL

    PIHAK

    BERKUASA

    TEMPATAN

    PERUNTUKAN 2018 PERBELANJAAN 2018

    ASAL

    (RM)

    KEMASKINI

    (RM)

    JUMLAH

    (RM)

    %

    1. MBPJ 26,042,590.05 26,042,590.05 26,042,590.05 100.00

    2. MBSA 28,567,382.66 28,567,382.66 27,293,990.45 95.54

    3. MPK 34,672,520.60 34,672,520.60 32,792,904.33 94.58

    4. MPAJ 20,439,072.32 20,439,072.32 20,439,072.32 100.00

    5. MPKJ 24,760,409.03 29,839,013.30 24,758,607.42 82.97

    6. MPS 25,894,916.70 25,894,916.70 25,664,170.40 99.11

    7. MPSP 14,764,710.82 14,764,710.82 14,699,057.47 99.56

    8. MPSJ 20,827,236.50 20,827,236.50 19,696,857.39 94.57

    9. MDKL 11,440,460.66 11,440,460.66 10,727,060.98 93.76

    10. MDHS 11,116,689.74 11,116,689.74 11,095,998.24 99.81

    11. MDSB 12,000,000.00 12,000,000.00 10,760,560.56 89.67

    12. MDKS 16,008,888.92 16,008,888.92 15,041,539.69 93.96

    JUMLAH 246,534,878.00 251,613,482.27 239,012,409.30 94.99

    Jadual B: Peruntukan dan Perbelanjaan MARRIS kepada setiap PBT Tahun 2018

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. DATO' MOHD SHAMSUDIN BIN LIAS

    (N08 SUNGAI BURONG)

    TAJUK : JAWATAN DIPEGANG AHLI EXCO

    142. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Senaraikan semua jawatan yang dipegang oleh setiap ahli EXCO di anak

    syarikat, badan berkanun serta agensi-agensi lain.

    b) Nyatakan jumlah gaji, elaun dan segala kemudahan yang diterima oleh setiap

    ahli EXCO dengan semua jawatan tersebut.

    JAWAPAN:

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. DATO' MOHD SHAMSUDIN BIN LIAS

    (N08 SUNGAI BURONG)

    TAJUK : MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

    143. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Nyatakan struktur, pengurusan kanan dan lembaga pengarah MBI serta

    semua anak syarikat yang terkini.

    b) Berapakah jumlah pendapatan, keuntungan selepas cukai, zakat dan dividen

    MBI pada 2018?

    JAWAPAN:

    a) Berikut adalah struktur pengurusan kanan MBI

    Senarai Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan bagi MBI dan Anak-anak Syarikat Di Bawah Kumpulan MBI seperti berikut:-

    Nama Syarikat Nama Tarikh

    Lantikan

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)

    (”MBI”)

    1. YAB Tuan Amirudin bin Shari

    2. YB Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya

    3. YB Dato’ Nor Azmie bin Diron

    29/06/2018

    29/02/2016

    01/01/2018

  • 4. YBhg Dato’ Noordin bin Sulaiman

    5. YM Raja Shahreen bin Raja Othman

    6. Encik Soffan Affendi bin Aminudin

    12/11/2012

    06/09/2016

    06/09/2016

    Bil. Nama Syarikat Ahli Lembaga Pengarah Tarikh

    Lantikan

    1 Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

    (”KSSB”)

    1. YB Dato’ Nor Azmie bin Diron

    2. YBhg Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

    3. YB Tuan Mohd Khairuddin bin Othman

    4. YBhg Dato’ Sri Haji Ahmad bin Omar

    5. Encik Cheong Seng Gee

    6. YM Raja Shahreen bin Raja Othman

    7. Encik Soffan Affendi bin Aminudin

    8. Encik Abdul Rahman bin Ishak

    30/03/2017

    19/10/2018

    06/01/2010

    11/04/2016

    08/09/2011

    23/12/2014

    23/12/2014

    15/02/2018

    2. Permodalan Negeri Selangor Berhad

    (”PNSB”)

    1. YAB Tuan Amirudin bin Shari

    2. YB Dato’ Nor Azmie bin Diron

    3. YBhg Dato’ Sri Haji Ahmad bin Omar

    4. YM Raja Shahreen bin Raja Othman

    5. Encik Soffan Affendi bin Aminudin

    19/06/2018

    22/01/2018

    05/12/2009

    17/12/2014

    17/12/2014

    3. Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad

    (”BBGC”)

    1. Tuan Haji Mohd Zubir bin Idrus

    2. YBhg Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

    3. Encik Ahmad Ashraf bin Asnan

    31/12/2018

    17/10/2014

    17/09/2015

    4. Communication Corporation Sdn. Bhd.

    (”CCSB”)

    1. YAB Tuan Amirudin bin Shari

    2. YB Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya

    3. YB Dato’ Nor Azmie bin Diron

    4. YM Raja Shahreen bin Raja Othman

    29/06/2018

    15/03/2016

    30/01/2018

    14/01/2016

    5. Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd.

    (”PIYSB”)

    1. YAB Tuan Amirudin bin Shari

    2. YB Dato’ Nor Azmie bin Diron

    3. YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

    4. YB Dato’ Masri bin Mohd Daud

    5. YB Datuk Dr Hasan bin Bahrom

    6. YBhg Prof (E) Dato’ Ir Dr Muhamad Zohadie bin Bardaie

    29/06/2018

    05/02/2018

    19/09/2018

    12/12/2018

    19/09/2018

    03/09/2008

    06/09/2016

  • Bil. Nama Syarikat Ahli Lembaga Pengarah Tarikh

    Lantikan

    7. YBhg Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan bin Othman

    6. Inpen (Selangor) Sdn Bhd

    (”INPENS”)

    1. YBhg Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

    2. YBhg Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan bin Othman

    3. Puan Rahilah binti Rahmat

    4. Puan Zannifa Azura binti Ahmad

    05/02/2018

    01/06/2016

    07/11/2018

    30/03/2017

    7. Kumpulan Darul Ehsan Berhad

    (”KDEB”)

    1. YAB Tuan Amirudin bin Shari

    2. YB Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya

    3. YB Dato’ Nor Azmie bin Diron

    4. Encik Suhaimi bin Kamaralzaman

    5. YM Raja Shahreen bin Raja Othman

    6. Encik Soffan Affendi bin Aminudin

    29/06/2018

    28/01/2016

    29/01/2018

    11/04/2011

    05/01/2015

    05/01/2015

    8. Invest Selangor Berhad

    (”ISB”)

    1. YAB Tuan Amirudin bin Shari

    2. YB Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya

    3. YB Dato’ Nor Azmie bin Diron

    4. YBhg Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

    5. YB Dato’ Teng Chang Khim

    6. Encik Hasan Azhari bin Haji Idris

    25/06/2018

    13/01/2016

    17/12/2015

    01/06/2018

    15/10/2014

    27/01/2012

    9. Rantaian Mesra Sdn. Bhd.

    (”RMSB”)

    1. YB Dato’ Nor Azmie bin Diron

    2. YBhg Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

    3. YB Puan Dr Daroyah binti Alwi

    05/02/2018

    25/05/2018

    29/10/2014

    10. Yayasan Warisan Anak Selangor

    (”YAWAS”)

    1. YAB Tuan Amirudin bin Shari

    2. YB Dato’ Nor Azmie bin Diron

    3. YBhg Dato’ Idris bin Md Tahir

    4. YBhg Puan Siti Khamnah binti Hashim

    23/10/2018

    05/02/2018

    05/01/2011

    04/10/2011

    11. Yayasan Hijrah Selangor

    (”YHS”)

    1. YB Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya

    2. YB Dato’ Nor Azmie bin Diron

    3. YBhg Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

    4. Tuan Dr Abdul Rani bin Osman

    5. YB Puan Dr Daroyah binti Alwi

    18/08/2016

    18/08/2016

    23/01/2018

    07/05/2012

    10/02/2015

  • Bil. Nama Syarikat Ahli Lembaga Pengarah Tarikh

    Lantikan

    6. YB Dato’ Mansor bin Othman 20/05/2015

    12. Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd.

    (”DEFM”)

    1. YAB Tuan Amirudin bin Shari

    2. YB Dato’ Nor Azmie bin Diron

    3. YBhg Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

    4. Tuan Haji Mohd Zubir bin Idrus

    5. Encik Ahmad Ashraf bin Asnan

    14/11/2014

    02/12/2015

    27/11/2018

    27/11/2018

    01/04/2016

    13. SRM Setia Sdn Bhd

    (”SRM”)

    1. YBhg Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

    2. YBhg Dato’ Romzi Saat bin Din

    3. Encik Muhammad Khalid bin Sidi Abdul Latiff

    4. Puan Zannifa Azura binti Ahmad

    5. Encik Ahmad Ashraf bin Asnan

    06/02/2018

    29/03/2016

    29/03/2016

    29/03/2016

    29/03/2016

    14. Darul Ehsan Investment Group Berhad

    (”DEIG”)

    1. YAB Tuan Amirudin bin Shari

    2. YAD Dato' Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi

    3. YBhg Dato’ Noordin bin Sulaiman

    4. YM Raja Shahreen bin Raja Othman

    5. Encik Soffan Affendi bin Aminudin

    29/06/2018

    21/07/2015

    21/07/2015

    05/06/2015

    05/06/2015

    15. Tourism Selangor Sdn. Bhd.

    (”TSSB”)

    1. YB Datuk Abdul Rashid bin Asari

    2. YB Dato’ Nor Azmie bin Diron

    3. Encik Soffan Affendi bin Aminudin

    14/11/2018

    15/03/2016

    02/02/2018

    16. SMARTSEL Sdn Bhd

    (”SMARTSEL”)

    1. YBhg Dato’ Mazalan bin Md Noor

    2. Encik Daud bin Abd Rahman

    3. Encik Mohamad Suhaimi bin Mohamad Tahir

    30/01/2018

    15/03/2017

    15/03/2017

    17. Landasan Lumayan Sdn Bhd

    (”LLSB”)

    1. YBhg Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim

    2. YM Raja Shahreen bin Raja Othman

    3. Encik Syaiful Azmen bin Nordin

    4. Tuan Dr Mohammad Fahmi bin Ngah

    26/10/2018

    04/01/2017

    04/01/2017

    04/01/2017

    18.

    KDEB Waste Management Sdn Bhd

    (”KDEBW”)

    1. YM Raja Shahreen bin Raja Othman

    2. Encik Ramli bin Mohd Tahir

    3. Tuan Dr Mohammad Fahmi bin Ngah

    19/12/2017

    17/03/2011

    07/11/2016

  • Bil. Nama Syarikat Ahli Lembaga Pengarah Tarikh

    Lantikan

    4. Encik Syaiful Azmen bin Nordin 07/11/2016

    19.

    SSDU Innovations Sdn Bhd

    (”SSDU”)

    1. YM Raja Shahreen bin Raja Othman

    2. Tuan Dr Mohammad Fahmi bin Ngah

    14/03/2018

    14/03/2018

    b) Jumlah pendapatan, keuntungan selepas cukai, zakat dan dividen MBI pada

    tahun berakhir 31 Disember 2018 adalah seperti berikut :

    Jumlah

    Pendapatan

    (Belum Diaudit)

    (RM)

    Keuntungan

    Selepas Cukai

    (Belum Diaudit)

    (RM)

    Zakat

    (Belum Diaudit)

    (RM)

    Dividen

    (Belum Diaudit)

    (RM)

    125,418,531 19,021,285 1,891,350 Tiada

    Nota 1 - MBI Selangor adalah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No.3 tahun 1994)(“Enakmen”) untuk memacu kegiatan ekonomi dan sosial di Negeri Selangor bagi pihak Kerajaan Negeri. Ia memainkan peranan untuk mempromosikan dan menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada rakyat. Seiring dengan objektif penubuhannya, MBI telah menyokong program anjuran Kerajaan Negeri dan CSR pada tahun 2018 sebanyak RM34,964,393 dan RM17,465,168 masing-masing.

    - Nota 1

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. DATO' MOHD SHAMSUDIN BIN LIAS

    (N08 SUNGAI BURONG)

    TAJUK : PELABUR MASUK KE SELANGOR

    144. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Berikan statistik peluang pekerjaan, jumlah projek dan nilai kemasukan

    pelabur ke Selangor dari 2015-2018.

    b) Nyatakan faktor turun naik jumlah pelaburan yang masuk ke Selangor.

    c) Senaraikan 5 negara tertinggi nilai pelaburannya di Selangor.

    JAWAPAN:

    a) Statistik peluang pekerjaan, jumlah projek dan nilai kemasukan pelabur ke

    Selangor bagi tahun 2015 hingga 2018 seperti jadual berikut;

    Tahun Projek Peluang

    Pekerjaan

    Pelaburan

    Tempatan (RM)

    Pelaburan

    Asing (RM)

    Jumlah Modal

    Pelaburan

    (RM)

    2015 222 14,139 4,182,475,179 3,781,323,681 7,963,798,860

    2016 242 16,427 4,529,119,807 3,351,647,567 7,880,767,374

    2017 202 10,031 3,427,583,083 2,164,898,536 5,592,481,619

    Jan-Sept.

    2018 143 9,196 2,407,814,766 5,839,091,435 8,246,906,201

    Jumlah 809 49,793 14,546,992,835 15,136,961,219 29,683,954,054

    * sumber : MIDA

    b) Antara faktor-faktor yang mempengaruhi turun naik jumlah pelaburan yang

    masuk ke Selangor adalah seperti;-

    i. Keadaan ekonomi global semasa

    ii. Permintaan pasaran terhadap sesuatu produk keluaran syarikat.

    iii. Persaingan dengan Negara-Negara Asean yang lain.

    iv. Polisi pelaburan semasa di Negara-Negara lain seperti Negara China.

    v. Impak daripada trade war antara Amerika syarikat dan China.

    vi. Pengwujudan ekosistem sesebuah sektor industri yang berkaitan.

  • c) 5 Negara tertinggi nilai pelaburan di Negeri Selangor seperti berikut;-

    Bil. Negara Projek Peluang

    Pekerjaan

    Pelaburan Asing

    (RM)

    1. Japan 60 6,368 2,801,127,272

    2. British Virgin

    Islands 5 1,639 2,760,296,062

    3. Singapore 62 4,280 1,958,224,075

    4. Korea, Rep. 18 1,406 1,154,312,728

    5. Hong Kong 11 543 1,136,044,493

    * sumber : MIDA

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. DATUK ROSNI BINTI SOHAR

    (N05 HULU BERNAM)

    TAJUK : BANTUAN UNTUK WANITA DAN IBU TUNGGAL

    145. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Nyatakan bantuan dan program untuk memperkasakan wanita dan ibu tunggal

    di Selangor.

    b) Nyatakan jumlah bantuan melalui setiap DUN dan peruntukan keseluruhan

    bagi tahun 2016-2018.

    JAWAPAN:

    a) Kerajaan Negeri sentiasa menyediakan pelbagai program pemberdayaan

    wanita dan inisiatif-inisiatif bantuan yang dapat memberi manfaat kepada

    semua golongan wanita termasuklah golongan ibu tunggal sama ada melalui

    pelaksanaan di bawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan

    Keluarga, program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) mahupun

    pelaksanaan program-program melalui Pusat Wanita Berdaya (PWB) di

    seluruh Selangor.

    Program-program IPR yang disediakan Kerajaan Negeri sebagai contoh

    adalah layak untuk dimanfaatkan oleh semua golongan wanita termasuklah

    ibu tunggal sekiranya memenuhi kelayakan yang ditetapkan sama ada

    program-program berbentuk kesihatan, pendidikan, perniagaan dan

    perusahaan mahupun bantuan kepada anak-anak.

    Berikut adalah antara program dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan

    Negeri untuk memperkasakan golongan wanita dan ibu tunggal di Selangor

    seperti berikut :

    BIL PERKARA CATATAN

    1. Program Pemberdayaan

    Wanita

    Berbentuk kursus-kursus kemahiran, latihan

    dan bimbingan, program keusahawanan

    sosial, pembinaan jati diri melalui

    Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan

    Wanita dan Keluarga dan 56 Pusat Wanita

    Berdaya (PWB) Selangor.

  • BIL PERKARA CATATAN

    2. Skim Kesihatan Wanita

    (Mammosel)

    Pemeriksaan Saringan Mammogram

    Percuma kepada Wanita Selangor yang

    berumur 35 tahun ke atas.

    3. Program Kasih Ibu Smart

    Selangor (KISS)

    Bantuan kewangan bulanan kepada ibu

    yang berkeluarga yang mempunyai

    tanggungan anak berumur 21 tahun ke

    bawah sebanyak RM200.00 sebulan untuk

    membeli barangan keperluan asas keluarga

    yang dibenarkan.

    4. Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar)

    Bantuan yuran taska atau nurseri sebanyak RM100.00 setiap bulan.

    5. Bantuan Tadika Negeri Selangor (TUNAS)

    Bantuan yuran tadika sebanyak RM50.00 setiap bulan.

    6. Hadiah Anak Masuk Universiti

    Hadiah sebanyak RM1,000 untuk anak-anak melanjutkan pengajian ke IPT/IPTS yang diiktraf Kerajaan bagi pengajian diploma atau ijazah sarjana muda

    7. Skim Mikrokredit Hijrah Modal bantuan berniaga sehingga RM50,000.00.

    8. Bantuan Sihat Selangor Bantuan kos rawatan bagi pesakit buah pinggang, bantuan kaki palsu, pembedahan katarak serta rawatan- rawatan lain atau pembelian alat sokongan.

    Kesemua program yang ditawarkan ini meliputi pelbagai aspek bukan sahaja

    bagi mengurangkan beban kewangan tetapi juga sebagai salah satu jaringan

    sistem sokongan kepada golongan wanita dan ibu tunggal.

    b) Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk dimanfaatkan bagi tujuan

    pemberdayaan wanita melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita

    dan Keluarga kepada semua golongan wanita di seluruh Selangor tanpa

    pengkhususan mengikut setiap DUN. Berikut adalah peruntukan keseluruhan

    yang disediakan melalui vot pembangunan P01-06001 Program

    Pemberdayaan Wanita dan Keluarga bagi tahun 2016 hingga 2018 seperti

    berikut :

    BIL TAHUN PERUNTUKAN

    (RM)

    1. 2016 RM3,000,000.00

    2. 2017 RM13,000,000.00

  • BIL TAHUN PERUNTUKAN

    (RM)

    3. 2018 RM12,000,000.00

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. DATUK ROSNI BINTI SOHAR

    (N05 HULU BERNAM)

    TAJUK : PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR

    146. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Nyatakan jumlah kehadiran pengunjung ke Perpustakaan Awam dari 2014-

    2016.

    b) Senaraikan program yang dilaksanakan pada tahun 2018 bagi menarik

    kehadiran pengunjung.

    JAWAPAN:

    a) Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor mempunyai 104 pusat

    perkhidmatan di seluruh Selangor yang terdiri daripada:

    Bil Perpustakaan Jumlah

    1 Perpustakaan Negeri 1

    2 Daerah 7

    3 Cawangan 4

    4 Pekan 12

    5 Desa 71

    6 Bergerak 9

    Jumlah Keseluruhan 104

    Jumlah pengunjung yang telah mengunjungi Perpustakaan Awam Selangor

    pada tahun 2014 sehingga 2018 ialah seramai 8,258,415 orang. Berikut ialah

    pecahan statistik pengunjung Perpustakaan sejak daripada tahun 2014:

    Bil Perpustakaan 2014 2015 2016 2017 2018 Jumlah

    1 Perpustakaan

    Negeri 814,848 696,083 909,656 991,773 971,455 4,383,815

    2 Daerah 238,618 246,582 273,828 246,965 215,250 1,221,243

    3 Cawangan 145,395 155,975 172,423 89,158 89,598 652,549

    4 Pekan 71,627 71,900 77,529 114,050 104,181 439,287

    5 Desa Zon 1 197,133 182,762 190,612 196,385 190,140 957,032

    6 Desa Zon 2 85,647 83,761 82,621 119,528 124,010 495,567

    7 Bergerak 22,094 17,186 15,926 53,661 55,191 108,922

    Jumlah 1,575,362 1,454,249 1,722,595 1,811,520 1,694,689 8,258,415

  • *Perpustakaan Bergerak telah dijenamakan semula sebagai #SmartSelangor

    Mobile Library

    Nota tambahan: Penurunan pada 2018 adalah disebabkan oleh penutupan 2 perpustakaan daerah iaitu Sg. Besar dan Gombak, 1 perpustakaan cawangan iaitu Tanjung Karang, dan 2 perpustakaan desa iaitu Bukit Kapar dan Jeram

    b) Di antara program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018 bagi

    menarik kehadiran pengunjung ialah seperti berikut:

    Bil Program Dan Aktiviti Tarikh Lokasi Pengunjung

    1 Festival Buku dan Kanak Kanak Negeri Selangor (FESBUK 2018) Tema : Adiwira Membaca

    2 – 4 Februari 2018 SACC Mall, Shah Alam

    46,548 Pengunjung

    2 Seminar Skor A : Ke Arah Membina Kecemerlangan Pelajar Kolaborasi bersama SMK TTDI Jaya, Shah Alam

    11, 12 dan 13 Februari 2018

    Auditorium PPAS,

    Tingkat 2

    330 Pelajar dan

    Guru

    3 Karnival Ilmu @ Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang Kolaborasi bersama Y.B. Tuan Zaidy bin Abdul Talib, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap ADUN Templer

    24 Februari 2018 Dataran Ilmu Selayang

    3,543 Pengunjung

    4 Majlis Perasmian #Smart Selangor Tuition Online 2.0 Kolaborasi bersama Yayasan Selangor

    13 Mac 2018 Ruang Santai RATU, Shah

    Alam

    557 Pengunjung

    5 Pesta Buku Selangor 2018 (PBS 2018) Tema: Membaca Mencetus Kreativiti

    29 Mac – 8 April 2018

    (11 Hari)

    SACC CONVEC, Shah Alam

    515,801 Pengunjung

    6 Jom Baca Bersama untuk 10 Minit / Let’s Read Together for 10 Minutes (Seluruh Selangor)

    24 April 2018 (Selasa)

    11.00 – 11.10 pagi

    Seluruh Selangor

    973,923 Penyertaan

    7 Program Jalinan Kerjasama JPN Selangor bersama Stenco Pendidikan dan PPAS

    April – Mei 2018 JPNS / PPD 1,067 Penyertaan

    8 World #Quran Hour 2018 7 Jun 2018 (Khamis)

    12.00 tghari – 1.00 ptg

    Seluruh Selangor

    98,321 Penyertaan

    9 Tilawah Al-Quran Braille 2018 9 Jun 2018 (Sabtu)

    Seluruh Selangor

    326 (Peserta dan

    hadirin)

    10 Majlis Perasmian Perpustakaan Komuniti PJKita @ PJS 6, Kg. Lindungan

    28 Julai 2018 (Sabtu)

    PJS 6, Kg. Lindungan

    2,500 pengunjung

  • Bil Program Dan Aktiviti Tarikh Lokasi Pengunjung

    11 Program Jalinan Kerjasama JPN Selangor bersama Stenco Pendidikan dan PPAS

    Julai – Ogos 2018 JPNS / PPD / RATU

    2,357 Penglibatan

    12 Program Literasi Maklumat 2018 bersama BTPN Selangor

    27 Ogos 2018 (Isnin)

    Pustaka Raja Tun Uda

    120 Penglibatan

    13 Program Sambutan Hari Malaysia dan Mini Karnival Pendidikan Parlimen Sg. Besar 2018

    16 September 2018 (Ahad)

    Dataran Tonggak 10,

    Sg. Besar

    5,000 Penglibatan

    14 Karnival Pendidikan #Smart Selangor 2018

    10 – 12 Nov 2018 SACC CONVEC, Shah Alam

    34,596 Pengunjung

    A JUMLAH KESELURUHAN 1,684,989 pengunjung

    Selain itu, semua pusat perkhidmatan mengadakan program galak guna

    perpustakaan pada hujung minggu dan sepanjang cuti persekolahan.

    Program Galak Guna Perpustakaan di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam:

    Bil Nama Aktiviti Aktiviti Tarikh Penyertaan

    1 Aktiviti Hujung

    Minggu

    1) Aktiviti Kraf 2) Tayangan Video 3) Xbox

    83 Januari 2,432

    2 Aktiviti Hujung

    Minggu

    1) Aktiviti Kraf 2) Tayangan Video 3) Xbox

    87 Februari 2,759

    3 Aktiviti Hujung

    Minggu /

    Program Cuti

    Sekolah

    1) Aktiviti Kraf 2) Tayangan Video 3) Xbox 4) Storytelling 5) Senamria 6) Kelas D.I.Y

    200 Mac 7,429

    4 Aktiviti Hujung

    Minggu

    1) Aktiviti Kraf 2) Tayangan Video 3) Xbox 4) Storytelling 5) Senamria 6) Lawatan Dari Real Kids

    (Setiap Hari Bekerja)

    132 April 3,664

    5 Aktiviti Hujung

    Minggu

    1) Aktiviti Kraf 2) Xbox 3) Lawatan Dari Real Kids

    (Setiap Hari Bekerja)

    100 Mei

    2,993

    6 Aktiviti Hujung

    Minggu /

    1) Aktiviti Kraf 2) Tayangan Video 3) Xbox

    183 Jun

    3,783

  • Bil Nama Aktiviti Aktiviti Tarikh Penyertaan

    Program Cuti

    Sekolah

    4) Story Telling 5) Senamria 6) Kelas D.I.Y 7) Permainan Dalaman

    7 Aktiviti Hujung

    Minggu

    1) Aktiviti Kraf 2) Xbox

    96 Julai 2,228

    8 Aktiviti Hujung

    Minggu /

    Program Cuti

    Sekolah

    1) Aktiviti Kraf 2) Tayangan Video 3) Xbox 4) Story Telling 5) Senamria 6) Kelas D.I.Y 7) Permainan Dalaman

    156 Ogos

    5,819

    9 Aktiviti Hujung

    Minggu

    1) Aktiviti Kraf 2) Tayangan Video 3) Xbox 4) Story Telling 5) Senamria 6) Lawatan Dari Real Kids

    (Setiap Hari Bekerja)

    76 September 2,410

    10 Aktiviti Hujung

    Minggu

    1) Aktiviti Kraf 2) Tayangan Video 3) Xbox 4) Story Telling 5) Senamria 6) Lawatan Dari Real Kids

    (Setiap Hari Bekerja)

    87 Oktober 2,495

    11 Program cuti

    Sekolah/

    Aktiviti Hujung

    Minggu

    1) Aktiviti Kraf 2) Tayangan Video 3) Xbox 4) Story Telling 5) Senamria 6) Lawatan 7) Kelas D.I.Y

    180 November 6,493

    12 Program cuti

    Sekolah

    1) Aktiviti Kraf 2) Tayangan Video 3) Xbox 4) Story Telling 5) Senamria 6) Lawatan 7) Kelas D.I.Y

    287 Disember 10,246

    B JUMLAH KESELURUHAN 1,667

    Aktiviti

    52,751

    peserta &

    pengunjung

  • Program Galak Guna Perpustakaan di perkhidmatan daerah:

    Bil. PROGRAM DAN AKTIVITI TEMPOH LOKASI CATATAN

    1 Aktiviti Harian - Bantu Kerja Sekolah - Program Pengajian Al

    Quran dan Tajwid - Program Buku Nilam - Promosi Buku Baru di

    Perpustakaan

    Setiap Hari 1,110 Aktiviti 77 buah

    Perpustakaan

    44,543 peserta & pengunjung

    2 Aktiviti Mingguan - Kuiz - Kraftangan - Permainan dalaman - Sukaneka - Sesi Bercerita / Story

    Telling - Pinjaman Berkelompok

    Setiap Hari Sabtu pada Minggu ke 2 dan 4 setiap

    bulan

    1,434 Aktiviti 77 buah

    Perpustakaan Sekolah Masjid

    Balairaya Tapak Karnival/ Pesta/ Program

    30,311 peserta & pengunjung

    3 Karnival Cuti Sekolah - Pertandingan Dart - Eksplorasi Jejak Maklumat - Gotong Royong - Berkebun - Tiusyen - Sukaneka Rakyat - Pertandingan Peminjam

    Buku Terbanyak - Kraftangan - Demo Masakan

    Program Cuti Sekolah

    17 – 25 Mac

    2018

    9 - 23 Jun 2018

    18 – 26 Ogos 2018

    24 November – 1 Januari 2019

    2,682 Aktiviti 77 buah

    Perpustakaan Masjid

    Balairaya Tapak Karnival/ Pesta/ Program

    44,861 peserta & pengunjung

    4 Program Kerjasama bersama Jabatan lain dalam mempromosi penggunaan perpustakaan

    - Pejabat Daerah - Majlis Perbandaran/

    Daerah - Pejabat Pendidikan

    Daerah - Pusat Kegiatan Guru - Pejabat Agama Islam

    Daerah - Polis Diraja Malaysia/

    Agensi Anti Dadah Kebangsaan/ Jabatan Bomba Malaysia

    - Pejabat Kesihatan/

    Sepanjang tahun

    698 Aktiviti 77 buah

    Perpustakaan Sekolah Masjid

    Balairaya Tapak Karnival / Pesta / Program

    76,624 peserta & pengunjung

  • Bil. PROGRAM DAN AKTIVITI TEMPOH LOKASI CATATAN

    Hospital/ Klinik Kesihatan/ Klinik Desa

    - Pusat Wanita Berdaya - Pemimpin Parlimen/

    EXCO/ ADUN kawasan - Pusat Khidmat Masyarakat

    setempat - Jawatan Kuasa Penduduk/

    Komuniti setempat

    - Ulasan Buku/ Bedah Buku 5 Bengkel / Seminar/ Ceramah

    - Seminar Motivasi Peperiksaan UPSR/ PSRA/ PT3/ SPM

    - Ceramah Pemprosesan Bahan Perpustakaan/ Literasi Maklumat

    - Ceramah Kesedaran Mencegah Gejala Sosial

    - Literasi Maklumat

    794 Aktiviti 77 buah

    Perpustakaan Sekolah Masjid

    Balairaya Tapak Karnival / Pesta / Program

    17,706 peserta & pengunjung

    C KESELURUHAN PENGLIBATAN MASYARAKAT

    6,718

    214,045 peserta &

    pengunjung

    KESELURUHAN PENGLIBATAN MASYARAKAT (A + B+ C)

    8,399 Aktiviti/ Program

    1,951,785 penglibatan

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. DATUK ROSNI BINTI SOHAR

    (N05 HULU BERNAM)

    TAJUK : GANGGUAN BEKALAN AIR

    147. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Nyatakan jumlah aduan masalah gangguan air di Selangor.

    b) Senaraikan jumlah peruntukan setakat ini dalam proses memperbaharui paip

    pecah dan bocor dalam Selangor.

    JAWAPAN:

    a) Jumlah aduan gangguan bekalan air yang direkodkan di Negeri Selangor pada

    tahun 2018 adalah sebanyak 111,025 aduan dan 133,353 aduan pada tahun

    2017. Statistik aduan telah menunjukkan penurunan sebanyak 17%.

    Butiran aduan mengikut pecahan wilayah adalah seperti berikut: -

    Bil Wilayah

    Tahun Peratus

    Penurunan /

    Kenaikan 2017 2018

    1 Petaling 31,851 27,660 -13%

    2 Klang 30,123 25,088 -17%

    3 Gombak 34,300 29,001 -15%

    4 Hulu Langat 22,137 14,435 -35%

    5 Sepang 2,946 3,636 23%

    6 Kuala Selangor 2,419 2,394 -1%

    7 Hulu Selangor 6,788 5,675 -16%

    8 Kuala Langat 1,867 2,243 20%

    9 Sabak Bernam 922 893 -3%

    Jumlah 133,353 111,025 -17%

    Nota: Putrajaya adalah di bawah Wilayah Sepang.

  • b) Bagi tahun 2016 hingga 2019, Air Selangor telah memperuntukkan sejumlah

    RM 487.56 juta bagi melaksanakan program penggantian paip. Di samping itu

    jumlah yang diperuntukkan bagi pembaikan paip pecah dan paip bocor untuk

    tahun 2019 di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    i) Paip pecah : RM21,540,000.00 ii) Paip bocor : RM97,260,000.00

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. DATUK ROSNI BINTI SOHAR

    (N05 HULU BERNAM)

    TAJUK : HOTEL BAJET

    148. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Nyatakan jumlah hotel bajet yang berlesen dan tidak berlesen dari 2016-2018

    mengikut PBT.

    b) Nyatakan jumlah tindakan tutup dan saman ke atas hotel bajet dari 2016-2018

    mengikut PBT.

    JAWAPAN:

    a) Jumlah hotel bajet yang berlesen dan tidak berlesen dari 2016-2018 mengikut

    PBT adalah seperti di Jadual 1 berikut:

    Jadual 1 : Jumlah hotel bajet yang berlesen dan tidak berlesen dari 2016-2018

    mengikut PBT di Selangor

    PBT

    JUMLAH HOTEL BAJET

    BERLESEN

    JUMLAH HOTEL BAJET TIDAK

    BERLESEN

    2016 2017 2018 2016 2017 2018

    MBSA 24 33 38 38 22 22

    MBPJ 70 76 90 18 16 10

    MPK 33 32 32 0 0 0

    MPAJ 28 31 33 2 3 3

    MPSJ 0 0 0 47 25 25

    MPS 16 18 21 64 48 15

    MPKj 34 64 17 19 7 2

    MPSp 23 35 39 2 6 11

    MDKL 14 15 17 7 7 6

    MDHS 1 2 2 0 4 4

    MDKS 11 13 14 5 4 14

    MDSB 36 36 32 0 0 0

    JUMLAH 290 355 335 202 142 112

    Nota: Sumber data daripada PBT

    b) Jumlah tindakan tutup dan saman ke atas hotel bajet dari 2016-2018 mengikut

    PBT adalah seperti Jadual 2 berikut :

  • Jadual 2 : Jumlah tindakan tutup dan saman ke atas hotel bajet dari 2016-

    2018 mengikut PBT Selangor

    PBT TINDAKAN TUTUP TINDAKAN SAMAN

    2016 2017 2018 2016 2017 2018

    MBSA 2 0 0 77 68 62

    MBPJ 12 4 4 31 15 38

    MPK 0 0 0 0 0 0

    MPAJ 0 0 0 21 6 8

    MPSJ 2 0 0 603 422 397

    MPS 0 3 1 2 3 0

    MPKj 0 0 0 0 0 0

    MPSp 0 0 0 0 0 0

    MDKL 0 7 0 33 2 43

    MDHS 0 0 0 0 0 0

    MDKS 0 0 0 5 4 14

    MDSB 0 0 0 0 0 0

    JUMLAH 16 14 5 772 520 562

    Nota: Sumber data daripada PBT

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. DATUK ROSNI BINTI SOHAR

    (N05 HULU BERNAM)

    TAJUK : BIASISWA MENTERI BESAR

    149. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah status terkini biasiswa Menteri Besar?

    b) Nyatakan jumlah penerima biasiswa dari 2016-2018.

    c) Nyatakan jumlah permohonan yang ditolak dari 2016-2018.

    JAWAPAN:

    a) Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar telah dilaksanakan bermula tahun 2017

    setelah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 11 Oktober

    2017. Biasiswa ini telah diteruskan pada tahun 2018 dan Kerajaan Negeri

    berhasrat untuk meneruskan program ini pada tahun 2019 dengan beberapa

    cadangan penambahbaikan dasar.

    b) Jumlah penerima mengikut pecahan tahun adalah seperti berikut:

    Tahun Jumlah Penerima

    2016 Tidak berkaitan

    2017 20

    2018 14

    c) Jumlah permohonan yang ditolak adalah seperti jadual di bawah:

    Tahun Jumlah Permohonan Ditolak

    2016 Tidak berkaitan

    2017 50

    2018 43

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. DATUK ROSNI BINTI SOHAR

    (N05 HULU BERNAM)

    TAJUK : PROJEK RUMAH SAKIT

    150. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah status terkini Projek Rumah Sakit di Selangor?

    b) Nyatakan jumlah keseluruhan sehingga 2018.

    c) Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan Projek Rumah Sakit

    dapat diteruskan?

    JAWAPAN:

    a) Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan

    Tempatan Kerajaan (KPKT) mendefinisikan Projek Sakit iaitu projek yang

    mengalami kelewatan melebihi 30% berbanding kemajuan yang sepatutnya

    atau telah tamat tempoh Perjanjian Jual dan Beli (PJB). Manakala Kerajaan

    Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS)

    mengklasifikasikan projek rumah sakit di Negeri Selangor sebagai projek

    terbengkalai. Takrifan projek terbengkalai merupakan projek yang tidak siap

    dalam atau luar tempoh Perjanjian Jual dan Beli dan tiada sebarang aktiviti

    yang ketara di tapak pembinaan selama enam (6) bulan secara berterusan.

    Mengikut rekod LPHS status terkini projek terbengkalai di Negeri Selangor

    melibatkan 83 projek masih terbengkalai, manakala 21 projek sedang

    dipulihkan oleh pemaju, pemaju penyelamat atau pelikuidasi.

    b) Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga bulan Disember 2018 sebanyak

    104 projek terbengkalai yang melibatkan 24,487unit di Negeri Selangor.

    c) Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga

    Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha memberikan

    komitmen dalam mengatasi masalah projek terbengkalai agar dapat

    diteruskan walaupun bidang kuasa Kerajaan Negeri hanya terhad kepada

    tindakan secara pentadbiran sahaja tetapi kuasa pemulihan ini terletak di

    bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Akta

    Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966.

    Sehubungan itu, beberapa langkah proaktif telah diambil oleh Kerajaan

    melalui LPHS bagi memastikan usaha pemulihan perumahan terbengkalai

    dapat diteruskan adalah seperti berikut :

  • i. Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) bagi

    membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam

    memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini yang diurusetia oleh

    LPHS juga memainkan peranan penting dalam merangka pelan

    pemulihan disamping membuat penilaian semula projek terbengkalai

    sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. LPHS

    sebagai agensi pemantauan senantiasa berusaha memastikan projek

    terbengkalai dapat dipulihkan dan seterusnya dapat disiapkan sehingga

    Sijil Layak Menduduki diperolehi. Keahlian JPPT (Jawatankuasa Induk)

    adalah seperti berikut :

    *

    *Kehadiran ahli tertakluk dm mesyuarat yang dibincangkan

    ii. LPHS berperanan bagi mengeluarkan surat pengesahan projek

    terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank bagi

    Bil. Jabatan / Ahli Catatan

    1. Y.B. EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar Pengerusi

    2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Ahli Mesyuarat

    3. Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor

    Ahli Mesyuarat

    4. Pembantu EXCO Perumahan Dan Kehidupan Bandar

    Ahli Mesyuarat

    5. Jabatan Kerja Raya Ahli Mesyuarat

    6. Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Ahli Mesyuarat

    7. Pejabat Tanah Dan Galian Selangor Ahli Mesyuarat

    8. Pejabat Tanah Dan Daerah Ahli Mesyuarat

    9. Pihak Berkuasa Tempatan Ahli Mesyuarat

    10. Panel Juru Ukur Bahan Ahli Mesyuarat

    11. Panel Jurutera Ahli Mesyuarat

    12. Panel Penilaian Ahli Mesyuarat

    13. Pemaju Ahli Mesyuarat

    14. Jabatan Insolvensi Malaysia / Pelikuidasi Swasta Ahli Mesyuarat

    15. Jawatankuasa Pembeli / Pembeli Rumah Ahli Mesyuarat

    16. Bank Ahli Mesyuarat

  • menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada

    pembiaya atau bank.

    iii. LPHS juga mengadakan perbincangan bersama pelikuidasi

    (liquidator) terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan

    projek yang terbengkalai.

    iv. LPHS turut mengadakan perbincangan dengan semua jabatan

    teknikal seperti SYABAS, TNB, IWK dan agensi berkaitan dengan tujuan

    mempercepatkan pemulihan projek di samping mengenakan syarat

    minima bagi membolehkan projek disambung semula dengan kos

    tambahan yang kecil tanpa mengabaikan isu-isu keselamatan.

    v. Sekiranya projek ini menghadapi defisit kos pemulihan, LPHS akan

    mengemukakan cadangan pemulihan daripada kontraktor yang berminat

    dan berwibawa kepada KPKT untuk membuat keputusan bagi

    mendapatkan peruntukkan khas pemulihan projek

    vi. Memberi khidmat nasihat dan panduan mengenai tindakan yang

    boleh diambil oleh pembeli untuk membawa kes ke Kementerian

    Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah ditadbir melalui Akta

    Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan

    Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989

    vii. LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan-

    tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak

    pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan

    tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah

    Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di

    bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran

    syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang sama.

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum pembelian sesebuah rumah atau

    hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli.

    Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah

    pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat perlu

    membawa kes mereka ke Mahkamah.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. DATUK ROSNI BINTI SOHAR

    (N05 HULU BERNAM)

    TAJUK : STATUS BANTUAN AIR SELANGOR

    151. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah status terkini bantuan air 20 meter padu kepada rakyat Selangor?

    b) Nyatakan secara terperinci cara untuk mengenalpasti pengguna yang layak

    menerima bantuan air percuma ini.

    JAWAPAN:

    a) Program Pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat Negeri

    Selangor masih berterusan sehingga penjajaran semula dikuatkuasakan pada

    01 Julai 2019.

    b) Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah

    meluluskan cadangan Penjajaran Semula Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Untuk

    Program Pemberian 20 Meter Padu Air Percuma seperti berikut:-

    (i) Isi padu air percuma di Program Pemberian 20 Meter Padu Air

    Percuma dinaikkan daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu;

    (ii) Penjajaran semula Program Pemberian 20 Meter Padu Air Percuma

    dikuatkuasakan pada 01 Julai 2019 bagi melengkapkan data

    pengguna oleh Air Selangor. Pengguna yang layak menerima air

    percuma sebanyak 25 meter padu ini adalah daripada kalangan

    Kategori B40 yang berdaftar dalam rekod E-Kasih;

    (iii) Pendaftaran berterusan E-Kasih akan dilaksanakan bagi pengguna

    yang belum didaftarkan;

    (iv) Kadar minimum pendapatan isi rumah bagi Penjajaran Semula

    Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Untuk Program Pemberian 20 Meter Padu

    Air Percuma ditetapkan pada RM2,000.00 sebulan; dan

    (v) Penjelasan terperinci hendaklah diberikan kepada rakyat Negeri

    Selangor melalui public engagement yang dibuat oleh Air Selangor

    melibatkan semua Ahli Dewan Negeri Selangor, Penghulu dan Ketua

    Kampung menerusi Pejabat Tanah dan Daerah, Ahli-ahli Majlis dan

    JMB menerusi Pihak Berkuasa Tempatan.

  • Untuk mengenal pasti golongan B40 yang berdaftar dengan E-Kasih layak

    menerima bantuan di bawah Program Pemberian Air Percuma, Kerajaan

    Negeri bersama-sama dengan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air

    Selangor) akan melaksanakan padanan (integrasi) data E-Kasih dengan rekod

    akaun pengguna domestik Air Selangor. Bagi nama-nama yang tidak ada

    dalam rekod Air Selangor, permohonan baru perlu dikemukakan oleh

    pengguna yang layak tersebut.

    Selain dari data E-Kasih, Kerajaan Negeri juga sedang meneliti untuk

    mengguna pakai data penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dari Lembaga

    Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga

    sedang mengenal pasti mekanisme pelaksanaan yang terbaik bagi

    memastikan tidak ada mana-mana individu di dalam golongan yang

    disasarkan itu tidak terpinggir dalam menikmati mendapat faedah dari

    Program Pemberian 20 Meter Padu Air Percuma. Mekanisme terperinci

    mengenai perkara ini masih dalam penelitian Kerajaan Negeri dan akan

    diumumkan dalam waktu yang terdekat ini.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. DATUK ROSNI BINTI SOHAR

    (N05 HULU BERNAM)

    TAJUK : PEMUTIHAN KILANG HARAM

    152. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Nyatakan status terkini program pemutihan kilang haram di Selangor.

    b) Nyatakan jumlah terkini kilang haram dan berlesen yang terdapat di Selangor

    mengikut PBT.

    JAWAPAN:

    a) Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor telah tamat

    pada 31 Disember 2015. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

    (MMKN) ke 5/2019 bertarikh 20 Februari 2019 dan disahkan oleh MMKN ke

    6/2019 bertarikh 27 Februari 2019 telah bersetuju untuk meneruskan program

    pematuhan syarat dan penguatkuasaan kilang tanpa kebenaran seperti yang

    telah dilaksanakan pada tahun sebelum ini. MMKN bersetuju agar satu

    tempoh masa yang terhad sahaja diberikan kepada kilang yang beroperasi

    tanpa kebenaran ini untuk membuat tindakan sepatutnya dan selepas tempoh

    tersebut tindakan penguatkuasaan perlu diambil dengan tegas.

    b) Jumlah terkini kilang haram dan berlesen yang terdapat di Selangor mengikut

    PBT adalah seperti berikut:

    PBT

    Jumlah Kilang Jumlah yang telah diambil Tindakan

    /Didakwa Berlesen Tidak Berlesen

    (Haram)

    MPAJ 47 277 Tindakan : 35

    Kompaun di bawah Peruntukan Undang-

    undang Kecil MPAJ 2007.

    1. UUK Pelesenan Tred, Perniagaan

    dan Perindustrian (MPAJ) 2007

    2. UUK Establisymen Makanan

    (MPAJ) 2007

    3. UUK Iklan (MPAJ) 2007

    Didakwa : -

    MDKL

    327 196 Tindakan :

    Operasi Kilang Haram Tahun 2019 – 19

    Ops

  • PBT

    Jumlah Kilang Jumlah yang telah diambil Tindakan

    /Didakwa Berlesen Tidak Berlesen

    (Haram)

    Pengeluaran Notis Kesalahan 2019 –

    27NK

    Didakwa :

    4 premis didakwa atas seksyen 70(13C)

    bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan

    1974

    MPK

    Tahun Jumlah

    2016 454

    2017 497

    2018 596

    0 Operasi bersepadu bersama Jabatan

    Alam Sekitar. Tindakan Notis dan

    Kompaun dikeluarkan oleh Jabatan Alam

    Sekitar.

    MBPJ 198 20 Tindakan : 10 Notis Penguatkuasaan

    Didakwa : Tiada

    MDSB 22 - Sebanyak 22 buah kilang tersebut telah

    dilesenkan dan tiada tindakan

    pendakwaan diambil

    MPSJ - 252 MPSJ masih lagi di dalam tindakan

    pemutihan

    MPKj 389 202 Tiada

    MPS 3590 56 Tindakan kompaun bagi semua kilang

    tidak berlesen

    * Sumber : PBT Negeri Selangor

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL

    (N01 SUNGAI AIR TAWAR)

    TAJUK : PROJEK LAMPU JALAN KAMPUNG

    153. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menambah jumlah lampu jalan di

    kampung-kampung?

    b) Jika ada, bila ianya akan dapat dilaksanakan?

    JAWAPAN:

    a) Di bawah Vot P01/02006 – Naiktaraf/ Baikpulih Jalan Luar Bandar, skop

    pemasangan lampu-lampu jalan kampung turut dimasukkan di dalam skop

    peruntukan ini melibatkan kawasan-kawasan yang dilaporkan banyak terlibat

    dengan kegiatan jenayah dan juga kemalangan. Peruntukan keseluruhan

    sebanyak RM3 juta telah disediakan di bawah Vot ini bagi tahun 2019. Selain

    daripada peruntukan Kerajaan Negeri, Kementerian Pembangunan Luar

    Bandar (KPLB) juga turut menyediakan peruntukan bagi Lampu Jalan

    Kampung yang boleh dipohon melalui Pejabat Daerah/ Tanah.

    b) Penambahan lampu jalan kampung adalah tertakluk kepada kemampuan

    kewangan Kerajaan Negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan. Walau

    bagaimanapun, pertimbangan hanya akan diberikan setelah mendapat

    pengesahan daripada Pejabat Daerah/Tanah bagi menanggung kos bil elektrik

    lampu jalan kampung yang dipohon. Ini kerana, Kerajaan Negeri hanya

    memperuntukkan peruntukan untuk pemasangan lampu jalan kampung sahaja

    dan tidak menyediakan peruntukan bagi bayaran bil elektrik lampu jalan

    kampung berkenaan.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL

    (N01 SUNGAI AIR TAWAR)

    TAJUK : KILANG HARAM

    154. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Berapa banyakkah kilang haram yang telah dikesan oleh Kerajaan Negeri

    Selangor sejak tahun 2016 hingga 2018?

    b) Berapakah jumlah lesen yang telah diberi dan berapa jumlah yang telah

    diambil tindakan atau didakwa?

    c) Apakah langkah proaktif Kerajaan untuk membendung kilang haram daripada

    terus beroperasi?

    JAWAPAN:

    a) Jumlah kilang haram bagi tempoh 2016 hingga 2018 adalah seperti berikut:

    PBT Bilangan Kilang Haram

    2016 2017 2018

    MBSA 167 106 89

    MBPJ 20 - -

    MPK 454 497 596

    MPS 56

    MPAJ - 277 277

    MPSJ 252 252 252

    MPKJ 202

    MDKL - - 31

    MDSB - - 22

    MPSP Tiada maklumat

    MDKS Tiada maklumat

    MDHS Tiada maklumat

    Namun demikian, bagi kawasan MPSJ sehingga Disember 2018 sejumlah 13

    lot tanah yang mengandungi sebanyak 71 unit kilang haram yang termasuk

    dalam Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran (PPKTK) ini telahpun di

    tukar syarat kepada Perusahaan.

    * Sumber : PBT Negeri Selangor

  • b) Jumlah lesen yang telah dikeluarkan dan tindakan penguatkuasaan yang telah

    diambil adalah seperti butiran berikut:

    PBT

    Jumlah Kilang Jumlah yang telah diambil

    Tindakan /Didakwa Berlesen

    Tidak Berlesen

    (Haram)

    MPAJ 47 277

    Tindakan : 35

    Kompaun di bawah

    Peruntukan Undang-undang

    Kecil MPAJ 2007.

    1. UUK Pelesenan Tred,

    Perniagaan dan

    Perindustrian (MPAJ)

    2007

    2. UUK Establisymen

    Makanan (MPAJ) 2007

    3. UUK Iklan (MPAJ) 2007

    Didakwa : Tiada

    MDKL

    327 196

    Tindakan :

    Operasi Kilang Haram

    Tahun 2019 – 19 Ops

    Pengeluaran Notis

    Kesalahan 2019 – 27NK

    Didakwa :

    4 premis didakwa atas

    seksyen 70(13C) bawah Akta

    Jalan, Parit Dan Bangunan

    1974

    MPK

    Tahun Jumlah

    2016 454

    2017 497

    2018 596

    0

    Operasi bersepadu bersama

    Jabatan Alam Sekitar.

    Tindakan Notis dan Kompaun

    dikeluarkan oleh Jabatan Alam

    Sekitar.

    MBPJ 198 20

    Tindakan: 10 Notis

    Penguatkuasaan

    Didakwa : Tiada

    MDSB 22 -

    Sebanyak 22 buah kilang

    tersebut telah dilesenkan dan

    tiada tindakan pendakwaan

  • PBT

    Jumlah Kilang Jumlah yang telah diambil

    Tindakan /Didakwa Berlesen

    Tidak Berlesen

    (Haram)

    diambil

    MPSJ - 252 MPSJ masih lagi di dalam

    tindakan pemutihan

    MPKj 389 202 Tiada

    MPS 3590 56 Tindakan kompaun bagi

    semua kilang tidak berlesen

    c) Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 5/2019 bertarikh 20

    Februari 2019 dan disahkan oleh MMKN ke 6/2019 bertarikh 27 Februari 2019

    telah bersetuju untuk meneruskan program pematuhan syarat dan

    penguatkuasaan kilang tanpa kebenaran seperti yang telah dilaksanakan pada

    tahun sebelum ini. MMKN bersetuju agar satu tempoh masa yang terhad

    sahaja diberikan kepada kilang yang beroperasi tanpa kebenaran ini untuk

    membuat tindakan sewajarnya dan selepas tempoh tersebut tindakan

    penguatkuasaan perlu diambil dengan tegas tanpa kompromi.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL

    (N01 SUNGAI AIR TAWAR)

    TAJUK : TANAH RIZAB MELAYU (TRM)

    155. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Berapakah keluasan tanah rizab Melayu yang masih ada di Negeri Selangor

    sehingga tahun 2018?

    b) Nyatakan jumlah yang telah ditukar hak statusnya.

    JAWAPAN:

    a) Untuk makluman Yang Berhormat, mengikut rekod PTGS, data Tanah Rizab

    Melayu (TRM) di Negeri Selangor sehingga Disember 2018 yang telah

    diwartakan adalah sebanyak 406,042.1999 ekar.

    b) Untuk makluman Yang Berhormat juga, merujuk kepada Seksyen 8(ii),

    Enakmen Rizab Melayu (ERM) :

    “Bahawa tiada apa jua pegangan Melayu boleh dipindahmilik, digadai, dipajak

    atau dilupuskan dengan cara lain kepada mana-mana orang yang bukannya

    seorang Melayu dan tiada apa jua memorandum pindahmilik, gadaian atau

    pajakan yang bertentangan dengan seksyen ini layak untuk pendaftaran di

    mana-mana Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftaran Hakmilik”.

    ERM telah menetapkan supaya semua TRM yang dibatalkan hendaklah

    diganti. Mengikut rekod, jumlah TRM yang telah digantikan sehingga

    Disember 2018 adalah sebanyak 4,289.5386 ekar.

    Kerajaan Negeri telah mengeluarkan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian

    Selangor Bilangan 3 Tahun 2015 mengenai Garis Panduan Urusan

    Pembatalan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu (TRM) Semasa

    Pengambilan Tanah Bagi Tujuan Awam Atau Kemudahan Awam Bagi

    Kegunaan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di Negeri Selangor

    Darul Ehsan yang dikuatkuasakan pemakaiannya di Pejabat Tanah dan

    Daerah (PTD) pada 20 Mei 2015. Pekeliling ini telah menetapkan sekiranya

    terdapat TRM yang terlibat dengan pengambilan tanah melalui Akta

    Pengambilan Tanah 1960, TRM yang dibatalkan hendaklah diganti.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL

    (N01 SUNGAI AIR TAWAR)

    TAJUK : STATUS PEMILIKAN TANAH DI KAMPUNG BARU/ BAGAN

    156. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah status pemilikan tanah di kampung kampung baru di Negeri Selangor?

    b) Berapa banyakkah yang telah diberi hak milik sepenuhnya?

    c) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah pemberian hak milik

    kepada penempatan kampung baru?

    JAWAPAN:

    a) Status pemilikan tanah di kampung-kampung baru/bagan di Negeri Selangor

    telah dikeluarkan hakmilik kepada pemohon-pemohon.

    b) Kampung-kampung baru/bagan yang telah diberimilik dari tahun 2015 hingga

    2018 adalah seperti berikut :

    BIL DAERAH KG. BARU / BAGAN JUMLAH

    1. Hulu Selangor 64

    2. Sabak

    Bernam

    1. Bagan Sungai Besar

    2. Bagan Sungai Burung

    3. Bagan Beting Kepah

    4. Bagan Sekinchan

    46

    1

    2

    5

    3. Petaling 1. Kg. Baru Damansara

    2. Kg. Baru Puchong

    3. Kg. Baru Sg. Buloh

    4. Kg. Baru Seri Kembangan

    5. Kg. Baru Subang

    1

    16

    51

    25

    5

    4. Kuala Langat Kg. Baru Jenjarom

    Kg. Baru Tg. Sepat

    15

    24

    5.

    Hulu Langat 1. Cheras

    2. Semenyih

    3. Ampang

    4. Kajang

    4

    9

    4

    6

    6. Sepang 1. Dengkil

    2. Sepang

    10

    16

  • BIL DAERAH KG. BARU / BAGAN JUMLAH

    7. Gombak 1.Kg Kepong Ulu

    2. Kg Dato’ Lee Kim Sai

    3. Kg Sg. Bakau

    4. Kg Rajah

    5. Kg Sg Terentang

    6. Kg Kundang

    7. Kg Sri Indah

    8. Kg Desa Aman

    9. Kg Kuala Ampang

    309

    71

    28

    5

    273

    629

    618

    317

    447

    8. Kuala

    Selangor

    1. Kg Baru Ijok

    2. Kg Baru Bestari Jaya

    3. Kg Baru Tiram Setia

    65

    43

    99

    9. Klang 1. Kg Baru Pandamaran 90

    c) Permohonan masih boleh dibuat bagi pemohon yang layak berdasarkan

    kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pada masa ini, Kerajaan Negeri

    sedang dalam proses untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah-

    masalah kampung-kampung baru/ bagan yang masih belum diberimilik.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL

    (N01 SUNGAI AIR TAWAR)

    TAJUK : DANA PEMBANGUNAN KAMPUNG-KAMPUNG BARU

    157. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Berapakah jumlah dana yang telah disalurkan ke kampung-kampung baru

    sejak 2013-2018?

    b) Pembangunan bagaimanakah dana itu disalurkan?

    JAWAPAN:

    a) Jumlah keseluruhan dana yang telah disalurkan ke kampung-kampung baru

    dari tahun 2013 sehingga 2018 adalah sebanyak RM22,897,065.52. Berikut

    adalah pecahan jumlah yang disalurkan mengikut tahun:

    Tahun Jumlah

    (RM)

    2013 3,882,316.82

    2014 1,994,838.90

    2015 4,970,669.51

    2016 3,985,527.80

    2017 4,971,114.12

    2018 3,092,598.37

    JUMLAH 22,897,065.52

    b) Dana yang disalurkan adalah bagi projek pembangunan menaik taraf/ bina

    baru balai raya, menaik taraf jalan raya/ catwalk, menaik taraf longkang,

    menaik taraf pusat riadah, pintu gerbang dan program kemasyarakatan.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL

    (N01 SUNGAI AIR TAWAR)

    TAJUK : WABAK PENYAKIT TANGAN KAKI DAN MULUT

    158. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Nyatakan langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani wabak penyakit

    tangan kaki dan mulut.

    b) Berapakah peruntukan yang akan disediakan untuk pencegahan wabak

    tersebut daripada terus merebak dalam kalangan kanak-kanak dan nyatakan

    pecahan peruntukan?

    JAWAPAN:

    a) Langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan sebagai pencegahan dan kawalan adalah :

    Memastikan pengusaha pusat jagaan kanak-kanak mengadakan saringan di pintu-pintu masuk (gate-keeping) bagi memastikan hanya kanak-kanak yang tiada tanda-tanda jangkitan HFMD dibenarkan memasuki premis;

    Mempergiatkan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai HFMD khususnya kepada ibubapa, pengusaha premis jagaan kanak-kanak dan guru-guru sekolah dari segi penjagaan kebersihan diri (personal hygiene) termasuk amalan mencuci tangan;

    Penjagaan kebersihan persekitaran termasuk nyahkuman permukaan (lantai, tandas, meja dll);

    Mempertingkatkan aktiviti pemantauan di semua sekolah (pra-sekolah) dan premis jagaan kanak-kanak (tadika/ taska /tabika);

    Menjalankan siasatan segera ke atas kes-kes yang dilaporkan oleh orang awam termasuk aduan wabak; dan

    Menjalankan mesyuarat Inter-Agensi yang dipengerusikan oleh Dato’ Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, bersama agensi-agensi lain seperti Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Taska Selangor, PBT, Pejabat Kesihatan Daerah, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan beberapa agensi lain (peringkat Negeri). Selain itu, di peringkat daerah juga turut dijalankan Townhall Meeting (THM) yang disertai oleh agensi-agensi berkaitan.

  • b) Peruntukan untuk aktiviti pencegahan dan kawalan diterima dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia secara pukal di bawah aktiviti kawalan penyakit di mana ia merangkumi aktiviti pencegahan semua kejadian penyakit berjangkit dan tiada agihan khas untuk menangani penyakit Tangan, Kaki dan Mulut. Sebarang agihan peruntukan di peringkat negeri adalah bergantung kepada pertimbangan dan arahan daripada Pengarah Kesihatan Negeri dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Bahagian Kesihatan Awam. Jumlah peruntukan yang diterima pada tahun 2018 ialah RM1,609,687.00 dan pada tahun 2019 ialah RM1,629,000.00.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL

    (N01 SUNGAI AIR TAWAR)

    TAJUK : PERUNTUKAN KHAS PENGUPAYAAN KAMPUNG-KAMPUNG

    159. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Adakah Kerajaan Negeri akan menambahkan jumlah peruntukan kepada

    Majlis Pembangunan Komuniti Kampung MPKK?

    JAWAPAN:

    a) Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) merupakan jentera

    pentadbiran di peringkat akar umbi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi

    membantu serta memudahkan pengurusan pentadbiran, memantau dan

    mengagih pembangunan secara menyeluruh serta adil terhadap semua

    penduduk kampung. Ia juga berperanan membantu melaksanakan agenda

    dan dasar-dasar Kerajaan dalam melahirkan komuniti yang berdaya saing dan

    cemerlang.

    Peranan MPKK bukan sahaja merupakan sebagai institusi kepimpinan penting

    di peringkat akar umbi dan nadi pembangunan desa, malahan kini dilihat

    sebagai ejen Transformasi Luar Bandar yang bertanggungjawab di dalam

    mentadbir dan memajukan sesebuah kampung serta menjadi badan

    penggerak utama di dalam mengembleng sumber tenaga, pembangunan dan

    perubahan sikap masyarakat kampung ke arah membentuk warga desa yang

    berdaya maju serta inovatif.

    Justeru pentingnya peranan MPKK sebagai tonggak pembangunan

    masyarakat di luar bandar, Kerajaan Negeri melalui keputusan Majlis

    Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 18/2018 pada 27 Jun 2018 yang telah

    disahkan oleh MMKN ke 19/2018 pada 4 Julai 2018 telah meluluskan

    cadangan kenaikan peruntukan pembangunan Kampung Tradisi Negeri

    Selangor daripada RM10,000.00 kepada RM20,000.00. Kenaikan peruntukan

    ini berkuatkuasa 1 Januari 2018 dan akan disalurkan terus kepada semua

    Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Selangor.

    Peruntukan ini bertujuan untuk digunakan oleh MPKK bagi menganjurkan

    program-program kemasyarakatan dan keceriaan yang melibatkan penduduk

    kampung dikawasan masing-masing. Antara aktiviti dan program yang boleh

    dilaksanakan menggunakan peruntukan tersebut ialah program gotong-

    royong, Majlis Jamuan Hari Raya, pemberian sumbangan kepada penduduk

  • kampung yang kurang mampu serta lain-lain program kemasyarakatan yang

    dirasakan releven dan memenuhi skop program yang telah ditetapkan.

    Selain daripada itu, mulai tahun 2019 ini Kerajaan Pusat melalui Kementerian

    Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM100 juta setahun

    melalui geran pembangunan untuk disalurkan kepada MPKK yang layak

    bertujuan membiayai projek dan program penjanaan peningkatan ekonomi

    kampung, selain berkaitan usaha meningkatkan kesejahteraan serta keceriaan

    kampung. Geran ini akan memberikan manfaat kepada 10,000 daripada

    16,749 kampung di seluruh Malaysia.

    Geran daripada KPLB tersebut menawarkan peruntukan maksima

    RM10,000.00 bagi setiap MPKK bertujuan untuk melaksanakan projek atau

    program di kampung masing-masing. Walau bagaimanapun, bagi

    mendapatkan peruntukan ini, MPKK perlu mengemukakan kertas cadangan

    pelaksanaan program kampung yang lengkap kepada KPLB dan peruntukan

    akan diluluskan berdasarkan penilaian kertas kerja yang diajukan.

    Memandangkan jumlah keseluruhan peruntukan kepada MPKK mencecah

    RM30,000.00, Kerajaan Negeri beranggapan jumlah tersebut adalah memadai

    bagi MPKK untuk melaksanakan program di kampung masing-masing. Oleh

    itu buat masa ini Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk menambahkan jumlah

    peruntukan kepada Majlis Pembangunan Komuniti Kampung MPKK.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL

    (N01 SUNGAI AIR TAWAR)

    TAJUK : PENCEGAHAN MUSUH TANAMAN PERTANIAN

    160. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Apakah langkah pencegahan untuk menangani musuh tanaman seperti

    monyet dan babi di kawasan pertanian khususnya di kawasan Daerah Sabak

    Bernam dan DUN Sungai Air Tawar khasnya?

    b) Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan dana khas untuk tujuan

    tersebut?

    c) Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan untuk tujuan tersebut?

    JAWAPAN:

    a) Bagi pencegahan musuh tanaman seperti monyet dan babi, Jabatan Pertanian

    ada menyediakan perangkap yang boleh digunakan oleh para petani. Selepas

    haiwan ini berjaya ditangkap, Jabatan Pertanian akan menghubungi Jabatan

    Perhilitan bagi tujuan memindahkan haiwan ini ke lokasi yang lebih sesuai.

    b) Kerajaan Selangor melalui Jabatan Pertanian mempunyai program kawalan

    perosak tanaman melalui projek pencegahan perosak bersepadu.

    c) Sebanyak RM200,000.00 disediakan setiap tahun bagi tujuan ini.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL

    (N01 SUNGAI AIR TAWAR)

    TAJUK : MERAKYATKAN PELANCONGAN LUAR BANDAR

    161. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menjadikan sektor

    pelancongan luar bandar sebagai salah satu cabang program merakyatkan

    pelancongan Negeri Selangor?

    b) Nyatakan langkah proaktif Kerajaan untuk menjadikan kawasan luar bandar

    sebahagian daripada tarikan pelancong luar negara.

    JAWAPAN:

    a) Ya, Kerajaan Negeri Selangor sememangnya berhasrat dan telah

    mengadakan pelbagai langkah proaktif, untuk menjadikan sektor pelancongan

    luar bandar sebagai salah satu cabang program merakyatkan pelancongan

    Negeri Selangor.

    b) Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah menjalankan beberapa

    program bagi menjadikan kawasan luar bandar sebahagian daripada tarikan

    pelancong luar negara. Antara usaha yang telah dijalankan adalah seperti

    berikut:-

    i) Lawatan Teknikal Produk Pelancongan

    Sesi lawatan ini dijalankan sepanjang tahun mengikut jadual dan

    melibatkan beberapa agensi kerajaan dan swasta yang terlibat mengikut

    kawasan produk pelancongan yang berpotensi dibangunkan dan

    dipromosikan. Sebanyak 16 sesi lawatan teknikal telah dijalankan di 16

    kawasan pelancongan sepanjang tahun 2018.

    ii) Program Pembangunan Pakej Produk Pelancongan yang melibatkan

    produk pelancongan luar bandar

    Sebanyak 14 pakej pelancongan telah dibangunkan dan dilancarkan

    mengikut pasaran sepanjang Tahun 2018.

    iii) Program Hos Komuniti Pemandu Pelancong Negeri Selangor

    Program latihan untuk Hos Komuniti Selangor ini merupakan program

    pemangkin menggunakan pendekatan ‘Community Base Tourism Delivery

    Management”. Program ini diadakan adalah untuk untuk melantik dan

    melatih pemandu pelancong setempat di seluruh Negeri Selangor secara

  • profesional. Program sulung atau ‘Pioneer’ ini telah dijalankan bagi 3

    Daerah dahulu, iaitu, Daerah Klang, Daerah Kuala Selangor dan Daerah

    Sabak Bernam pada Tahun 2018. Untuk Tahun 2019, program ini akan

    diteruskan kepada Daerah Hulu Selangor, Daerah Kuala Langat dan

    Daerah Hulu Langat.

    Program ini dianjurkan bagi mencapai manfaat untuk; Meningkatkan

    pendapatan komuniti luar bandar; Menjadikan Budaya dan Warisan

    setempat sebagai produk pelancongan yang mapan; Menggalakkan

    komuniti setempat untuk memelihara warisan tempatan; dan

    Membangunkan produk pelancongan yang mesra alam sekitar. Program ini

    akan diaplikasikan kepada daerah yang lain di Negeri Selangor.

    iv) Program FAM (Familiarization) Tour

    Sesi lawatan FAM Tour ini dijalankan sepanjang tahun bersama pihak

    Agensi Pelancongan dan Media tempatan dan antarabangsa untuk

    membantu membangunkan pakej pelancongan seterusnya membantu

    mempromosikan produk pelancongan Negeri Selangor ke pentas global.

    Untuk Tahun 2018, sebanyak 21 sesi lawatan FAM Tour yang telah

    dijalankan mengikut kepelbagaian pasaran yang seterusnya membantu

    membangunkan produk pelancongan di Negeri Selangor khususnya yang

    berada di luar bandar.

  • PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA

    Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL

    (N01 SUNGAI AIR TAWAR)

    TAJUK : PENINGKATAN TARAF HIDUP KUMPULAN NELAYAN DAN PETANI

    162. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

    a) Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membantu meningkatkan

    taraf hidup kumpulan nelayan dan petani di luar bandar?

    b) Apakah langkah-langkah holistik untuk tujuan tersebut?

    JAWAPAN:

    a) Agenda peningkatan taraf hidup masyarakat luar bandar termasuk kumpulan

    nelayan dan petani sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Ia bertujuan

    untuk memastikan limpahan pembangunan dan kemakmuran negeri dapat

    dinikmati oleh semua rakyat dan jurang perbezaan antara masyarakat bandar

    dan luar bandar dapat dikurangkan secara berterusan.

    b) Antara langkah-langkah secara holistik yang sedang diambil oleh Kerajaan

    Negeri bagi membantu golongan petani, penternak dan nelayan adalah seperti

    berikut:-

    1. Program Bantuan

    Program bantuan dalam bentuk pemberian input dan peralatan masih

    diteruskan dengan jumlah peruntukan pembangunan sebanyak RM27.8

    juta telah disalurkan kepada jabatan yang berkaitan. Hampir 70%

    daripadanya adalah untuk program bantuan seperti bantuan baja,

    ternakan, peralatan menangkap ikan dan peralatan untuk pemprosesan

    produk atau Industri Asas Tani (IAT).

    2. Program Pemasaran

    Program pemasaran seperti Selangor Agro Market (SAM) telah terbukti

    memberikan impak yang amat positif kepada golongan tersebut termasuk

    golongan pembeli. Melalui program SAM, hasil pertanian dijual secara

    terus kepada pengguna dari ladang di mana melalui kaedah tersebut

    para pengusaha boleh menjual dengan harga yang lebih baik serta

    pembeli boleh membeli barangan dengan harga yang lebih murah

    sehingga 40% dari harga pasaran biasa. Program SAM telah dirancang

    untuk dilaksanakan di lebih 100 lokasi di seluruh Negeri Selangor.

    3. Pembukaan Kawasan Pertanian Baharu

  • Salah satu impak positif Program SAM ialah pembukaan beberapa

    kawasan pertanian baharu yang akan dilaksanakan melalui Program

    Ladang Kontrak di mana Kerajaan Negeri akan menyediakan bantuan

    dari segi pemilihan lokasi serta kos awal penyediaan infrastruktur asas

    dan bimbingan kepada pengusaha agar mengusahakan hasil yang telah

    dikenalpasti mempunyai permintaan pasaran (market demand).

    Dalam pada itu juga, pembukaan kawasan-kawasan pertanian baharu

    akan dibuat berdasarkan potensi pasaran semasa dan masa hadapan.

    Ini termasuk hasil-hasil pertanian untuk industri pemprosesan seperti

    tanaman roselle dan juga melon yang akan melibatkan pihak FAMA

    Selangor selaku agen pemasar serta jabatan dan agensi lain sebagai

    pelaksana projek. Kaedah tersebut lebih tersusun dan dapat

    mengelakkan lambakan hasil di pasaran yang boleh mengakibatkan hasil

    jualan yang terlalu rendah sehingga menyebabkan hasil pendapatan

    pengusaha akan berada pada tahap rendah.

    4. Program Penggalakkan Pemasaran Eksport

    Program Penggalakan Pemasaran Eksport (produk tier 1) adalah

    merupakan program yang dirangka bagi memastikan produk yang

    berkualiti tinggi dan menepati syarat-syarat eksport akan terus

    diperkasakan. Menerusi program ini, bukan sahaja produk yang menepati

    pasaran eksport akan dibantu, bahkan secara tidak langsung produk-

    produk yang berada pada tahap tier 3 iaitu produk yang masih

    memerlukan bantuan dari segi kualiti dan juga kuantiti boleh dikenalpasti

    dan seterusnya turut sama dibantu sehingga mencapai tahap tier 1.

    Ianya boleh membantu golongan pengusaha untuk memperoleh pasaran

    yang lebih luas serta meningkatkan pendapatan mereka.

    5. Program Pemodenan Pertanian

    Program Pemodenan Pertanian merupakan program yang menerapkan

    penggunaan peralatan moden dan berteknologi tinggi di dalam sektor

    pertanian. Memandangkan secara puratanya kos awal penyediaan

    sesuatu projek yang berkonsepkan moden dan berteknologi tinggi adalah

    tinggi, Kerajaan Negeri akan menyediakan infrastruktur asas di tapak

    untuk membolehkan pengusaha belajar dan menimba pengalaman serta

    akhirnya pengusaha yang terlibat mampu berdikari dan membuka

    kawasan sendiri. Program ini akan melibatkan agensi kewangan seperti

    Agro Bank untuk turut serta sebagai pemberi pinjaman di samping

    bantuan awal oleh Kerajaan Negeri.

    6. Program Tanaman Makanan Ternakan

    Bagi membantu golongan penternak yang menghadapi masalah

    kenaikan kos makanan ternakan, Kerajaan Negeri akan melaksanakan

  • Program Tanaman Makanan Ternakan lembu dan kambing di beberapa

    kawasan terpilih. Tanaman ternakan yang akan diusahakan oleh para

    penternak akan menggunakan kaedah cut and carry dan dijangka akan

    dapat mengurangkan kos makanan ternakan dan seterusnya

    meningkatkan keuntungan.