permohonan peruntukan kewangan khemah dari kokurikulum

4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRA, LANGKAWI KEDAH DARUL AMAN KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PEMBELIAN KHEMAH SMK TUNKU PUTRA 2016 DISEDIAKAN OLEH: ABDUL NASSER BIN MOHAMAD YUSOFF GURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM KOR KADET POLIS SMK TUNKU PUTRA 1.0 PENGENALAN Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari Unit Kokurikulum bagi membeli unit khemah SMK Tunku Putra untuk perancangan aktiviti luar

Upload: se-leman

Post on 11-Jul-2016

286 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Permohonan Peruntukan Kewangan Khemah Dari Kokurikulum

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANTUNKU PUTRA, LANGKAWI

KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJAPERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PEMBELIAN KHEMAH SMK TUNKU

PUTRA 2016

DISEDIAKAN OLEH: ABDUL NASSER BIN MOHAMAD YUSOFFGURU PENASIHAT BADAN BERUNIFORM

KOR KADET POLIS SMK TUNKU PUTRA

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari Unit Kokurikulum bagi membeli unit khemah SMK Tunku Putra untuk perancangan aktiviti luar

2.0 LATAR BELAKANG

Page 2: Permohonan Peruntukan Kewangan Khemah Dari Kokurikulum

Badan Beruniform Kor Kadet Polis memainkan peranan dalam menyemai kesedaran sivik dan perasaan bertanggungjawab kepada masyarakat di kalangan pelajar. Bagi mencapai objektif bagi membina satu bangsa Malaysia yang berdisiplin, maka penubuhan Badan Beruniform Kadet Polis akan menjadi pemangkin kepada proses untuk memiliki lebih golongan yang Berjaya di Negara ini.

Penubuhan Badan Beruniform Kadet Polis selaras dengan misi kokurikulum sekolah iaitu Penubuhan Kor Kadet Polis merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969. P.K. (A) 487 bertarikh 20 November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM.

Pengambilan ahli kadet pada tahun ini disaring dengan terperinci dalam memastikan nama baik persatuan dijaga dengan baik. Aspek disiplin, kekemasan diri, dan mutu pelajaran pelajar diambil kira di samping ujian fizikal dilaksanakan sendiri oleh PDRM dalam pemilihan ahli kadet.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memantapkan lagi matlamat kokurikulum iaitu mewujudkan minat serta meningkatkan keupayaan murid SMK Tunku Putra bagi menceburi badan beruniform Kor Kadet Polis dari peringkat sekolah sehinggalah meninggalkan alam persekolahan.

3.2 Memberi suntikan motivasi yang konsisten kepada murid SMK Tunku Putra supaya mereka terus mantap dalam aktiviti luar yang dianjurkan oleh PDRM.

3.3 Memberi bantuan kepada ahli Kor Kadet Polis yang tidak mempunyai kelengkapan uniform lengkap untuk mewakili sekolah.

4.0 ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN

1. Uniform Kadet 1 Set (Lelaki) X 7 RM 819.352. Uniform Kadet 1 Set (Perempuan) X7 RM 771.753. 1 Berret Kadet Polis (Lencana Polis) RM 456.60

(Pelapik Biru)(Aksesori)

Page 3: Permohonan Peruntukan Kewangan Khemah Dari Kokurikulum

JUMLAH RM 2047.60

5.0 PENUTUP

Saya amat berharap permohonan ini mendapat kerjasama dan dipertimbangkan dengan sebaiknya. Diharapkan dengan adanya bantuan ini, pasukan Kor Kadet Polis SMK Tunku Putra akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat tertinggi.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh: Disahkan oleh:

………………………… ………………………….. ……………………….

Abdul Nasser Mohd Yusoff En. Azudin B Mat Pn Azizah bt OthmanGuru Penasihat Kadet Polis Pen. Kanan Kokurikulum PengetuaSMK Tunku Putra SMK Tunku Putra SMK Tunku Putra

Ulasan :

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..