permohonan baharu / pembaharuan kad hijau · pdf filemenjalankan kerja-kerja di tapak binaan /...

3
PERMOHONAN BAHARU / PEMBAHARUAN KAD HIJAU CIDB BIL SOALAN JAWAPAN 1 Apakah Kad Hijau CIDB? Ia merupakan program integrasi yang melibatkan pendaftaran dan pengiktirafan personel binaan Bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak binaan personel. 2 Mengapa perlu mendaftar? Memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan dan kesihatan di tapak binaan Mendapat pengetahuan asas mengenai keselamatan & kesihatan di tapak binaan Memaklumkan kepada personel binaan mengenai keperluan undang-undang yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan di tapak binaan 3 Siapakah yang perlu ada Kad Hijau CIDB? Keperluan Kad Hijau CIDB bagi Kakitangan SYABAS adalah bagi mereka yang memenuhi keperluan seperti berikut;- Menjalankan kerja-kerja di tapak binaan / memantau kerja-kerja kontraktor SYABAS yang membaiki paip pecah / membuat kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam / tangki air / membuat kerja-kerja pemeriksaan kualiti air di kawasan pembinaan / terlibat dengan operasi penguatkuasaan dalam membuka dan mengalih (dismantling/removal) paip haram. 4 Kenapa kakitangan yang berkenaan wajib ada dan membawa Kad Hijau semasa di tapak? Sekiranya kakitangan tersebut tidak dapat menunjukkan Kad Hijau kepada pihak penguatkuasan semasa berada di tapak, ia adalah satu kesalahan dan boleh didenda RM 5,000 . -> Ini adalah pindaan terbaru Akta CIDB (masih belum diwartakan tetapi sudah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2012) 5 Kumpulan kakitangan (Jawatan) SYABAS yang manakah yang wujud keperluan untuk mempunyai Kad Hijau CIDB? Berdasarkan sejauh mana kakitangan tersebut terdedah kepada bahaya semasa berada di tapak. 1. Jurutera 2. Juruteknik 3. Juruteknik Pemotongan 4. Tukang 5. Chargeman 6. Kakitangan yang terlibat dengan operasi Penguatkuasaan.

Upload: lebao

Post on 06-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERMOHONAN BAHARU / PEMBAHARUAN KAD HIJAU · PDF fileMenjalankan kerja-kerja di tapak binaan / memantau kerja-kerja kontraktor SYABAS yang membaiki paip pecah / membuat kerja-kerja

PERMOHONAN BAHARU / PEMBAHARUAN KAD HIJAU CIDB

BIL SOALAN JAWAPAN

1 Apakah Kad Hijau CIDB? • Ia merupakan program integrasi yang melibatkan

pendaftaran dan pengiktirafan personel binaan

• Bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan di

tapak binaan personel.

2 Mengapa perlu mendaftar? • Memberi kesedaran tentang pentingnya keselamatan

dan kesihatan di tapak binaan

• Mendapat pengetahuan asas mengenai keselamatan &

kesihatan di tapak binaan

• Memaklumkan kepada personel binaan mengenai

keperluan undang-undang yang berkaitan dengan

kesihatan dan keselamatan di tapak binaan

3 Siapakah yang perlu ada Kad

Hijau CIDB?

Keperluan Kad Hijau CIDB bagi Kakitangan SYABAS adalah

bagi mereka yang memenuhi keperluan seperti berikut;-

Menjalankan kerja-kerja di tapak binaan / memantau

kerja-kerja kontraktor SYABAS yang membaiki paip

pecah / membuat kerja-kerja penyelenggaraan di

rumah pam / tangki air / membuat kerja-kerja

pemeriksaan kualiti air di kawasan pembinaan /

terlibat dengan operasi penguatkuasaan dalam

membuka dan mengalih (dismantling/removal) paip

haram.

4 Kenapa kakitangan yang

berkenaan wajib ada dan

membawa Kad Hijau semasa di

tapak?

Sekiranya kakitangan tersebut tidak dapat menunjukkan

Kad Hijau kepada pihak penguatkuasan semasa berada di

tapak, ia adalah satu kesalahan dan boleh didenda RM

5,000 . -> Ini adalah pindaan terbaru Akta CIDB (masih

belum diwartakan tetapi sudah diluluskan oleh Parlimen

pada tahun 2012)

5 Kumpulan kakitangan (Jawatan)

SYABAS yang manakah yang

wujud keperluan untuk

mempunyai Kad Hijau CIDB?

Berdasarkan sejauh mana kakitangan tersebut terdedah

kepada bahaya semasa berada di tapak.

1. Jurutera

2. Juruteknik

3. Juruteknik Pemotongan

4. Tukang

5. Chargeman

6. Kakitangan yang terlibat dengan operasi

Penguatkuasaan.

Page 2: PERMOHONAN BAHARU / PEMBAHARUAN KAD HIJAU · PDF fileMenjalankan kerja-kerja di tapak binaan / memantau kerja-kerja kontraktor SYABAS yang membaiki paip pecah / membuat kerja-kerja

BIL SOALAN JAWAPAN

6 Kumpulan kakitangan (Jawatan)

SYABAS yang manakah yang

tidak wajib untuk mempunyai

Kad Hijau CIDB?

1. Pembaca Meter

2. Polis Bantuan /Pengawal Keselamatan

3. Pegawai PUSPEL

4. Pemandu Lori Tangki/ Pemandu Kenderaan

5. Storekeeper (yang bekerja di warehouse)

6. Pengurusan dan kakitangan Jabatan/ Seksyen

(Bukan Teknikal) / Pembantu Pejabat

7. Operator Rumah Pam (tetapi sekiranya operator

tersebut membuat kerja-kerja penyelenggaraan,

keperluan Kad Hijau adalah WAJIB)

7 Apakah borang yang perlu diisi? Borang yang perlu diisi :

a. Borang permohonan Kad Hijau CIDB

b. Borang UPP1

Semua borang boleh dimuat turun di Portal e-Mesra

(e-Pusat@Syabas Ú Menu Khas/lain-lain Ú Maklumat

Latihan Ú CIDB) <- Klik disini

8 Bagaimanakah cara-cara mengisi

borang-borang ini?

Permohonan Baharu :

a. Pastikan maklumat waris diisi

b. Pemohon perlu tandatangan pada borang UPP1

c. Sertakan gambar terkini dan berwarna berukuran

paspot

d. Sertakan salinan Kad Pengenalan

e. Borang permohonan perlu mendapat kelulusan

Ketua Jabatan / Ketua Wilayah

Pembaharuan :

a. Pastikan maklumat waris diisi

b. Pemohon perlu tandatangan pada borang UPP1

c. Sertakan gambar terkini dan berwarna berukuran

paspot

d. Sertakan salinan Kad Pengenalan

e. Sertakan salinan Kad Hijau yang telah tamat tempoh

f. Borang permohonan perlu mendapat kelulusan

Ketua Jabatan / Ketua Wilayah

*Ketua Jabatan/Ketua Wilayah perlu memantau dan

mengesahkan permohonan kakitangan masing-masing

terlebih dahulu.

Page 3: PERMOHONAN BAHARU / PEMBAHARUAN KAD HIJAU · PDF fileMenjalankan kerja-kerja di tapak binaan / memantau kerja-kerja kontraktor SYABAS yang membaiki paip pecah / membuat kerja-kerja

BIL SOALAN JAWAPAN

9 Siapakah yang akan membayar

kos yang dikenakan?

Semua kos ditanggung oleh pihak syarikat di bawah

peruntukan Kod CIDB

* Bagi kakitangan yang telah mempunyai Kad Hijau CIDB

tetapi tidak lagi memenuhi kriteria WAJIB memiliki Kad

Hijau, syarikat berhak tidak memperbaharui Kad Hijau

mereka. Namun tiada halangan bagi kakitangan sekiranya

mereka mahu menggunakan wang sendiri untuk memohon

atau memperbaharui Kad Hijau masing-masing (syarikat

tidak bertanggungjawab dalam menguruskan pembaharuan

tersebut).

10 Siapakah yang bertanggujawab

menguruskan hal-hal

pembaharuan dan permohonan

baharu Kad Hijau?

Permohonan Baharu Pembaharuan

Wilayah Ú diuruskan oleh

Seksyen Latihan dgn

bantuan penyelaras di

wilayah

Wilayah Ú diuruskan

sepenuhnya oleh

penyelaras wilayah

Ibu Pejabat Ú terus

berurusan dengan Seksyen

Latihan

Ibu Pejabat Ú diuruskan

sepenuhnya oleh Seksyen

Latihan

Boleh berhubung dengan

Siti Zaharah/ Zuhaidi di

talian 03-2088 5106/5366

Boleh berhubung dengan

penyelaras wilayah di Unit

Sumber Manusia

11 Sekiranya Kad Hijau saya hilang

bolehkah diperbaharui?

• Sekiranya Kad Hijau hilang sebelum tamat tempoh

kad tersebut, kakitangan perlu perbaharui sendiri.

• Sekiranya Kad Hijau hilang selepas tamat tempoh,

boleh perbaharui seperti biasa tetapi sila maklumkan

kepada penyelaras.

12 Sekiranya berlaku sebarang

kemalangan yang membolehkan

tuntutan dibuat dengan siapa

saya perlu berurusan untuk

tuntutan insurans?

• Sebarang tuntutan insurans, sila berurusan terus

dengan pihak CIDB. Nombor telefon seperti yang tertera

dibelakang Kad Hijau masing-masing

13 Berapa lamakah masa yang akan

diambil untuk Kad Hijau saya

siap?

• Bagi permohonan baharu Ú paling awal dua minggu

selepas tarikh Kursus Kad Hijau

• Bagi pembaharuan Ú Borang akan dikumpulkan dan

akan dihantar ke pejabat CIDB sebulan sekali.