permintaan terhadap teknologi baru bagi · pdf filetanaman nanas adalah rm2,112.50 iaitu...

14
PROSIDING PERKEM V, JILID 2 (2010) 368 381 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V (PERKEM V), Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi, Port Dickson, Negeri Sembilan, 15 17 Oktober 2010 PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI PENANAM NANAS NEGARA DEMAND FOR NEW TECHNOLOGY FOR PINEAPPLE PLANTERS MOHD JOHAARY ABDUL HAMID ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan terhadap teknologi baru dan kepuasan terhadap teknologi sedia ada dikalangan penanam nanas, mengenalpasti teknologi baru nanas yang diperlukan dikalangan petani, memberi cadangan bagi menggalakkan penanaman nanas serta saranan terhadap penambahbaikan polisi industri nanas Negara. Kertas kaji selidik berstruktur yang melibatkan 129 responden telah dilakukan di Johor, Kedah, Terengganu, Selangor, Sabah dan Sarawak pada tahun 2009. Majoriti petani (95.3%) didapati memerlukan teknologi baru dalam amalan penanaman nanas kerana mereka masih menggunakan kaedah manual terutama dalam amalan penyelenggaraan, pengurusan tanaman dan pengurusan lepas-tuai. Faktor utama yang mempengaruhi permintaan terhadap teknologi baru adalah petani yang baru menceburi aktiviti penanaman nanas serta bilangan pekerja yang mengusahakan ladang tersebut, manakala petani yang mempunyai pengalaman luas menanam nanas, tahap pendidikan serta pendapatan petani yang rendah adalah lebih berpuashati terhadap teknologi nanas sedia ada. Di antara permintaan terhadap teknologi baru yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan tanaman nanas termasuklah jentera penanaman (yang murah, menjimatkan masa dan tenaga), varieti nanas kaleng baru yang tinggi hasilnya, teknik agronomi terkini yang dapat mengawal perosak dan penyakit serta jentera pengangkutan buah nanas keluar dari ladang. Sehubungan itu, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) disarankan supaya memainkan peranan yang lebih berkesan dan proaktif dengan menggalakkan lebih ramai pencipta teknologi di sektor awam atau swasta untuk terlibat di dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). Ekonomi inovasi yang dihasilkan haruslah menjurus terhadap permintaan terhadap teknologi baru yang diperlukan dikalangan petani di mana teknologi yang dihasilkan itu mestilah murah, mudah dikendalikan, menjimatkan masa dan tenaga serta kurang kos penyelenggaraan. Kata kunci: nanas, teknologi baru, permintaan, petani ABSTRACT This study intends to analyze the factors that may influence the demand for new technology and the level of satisfaction of current technology among pineapple planters, identify the need for new technology for pineapple planter and suggest how to encourage pineapple cultivation as well as recommend improvement in national pineapple industry policy. For data collection, structured questionnaire consists of 129 respondents has been administered in Johor, Kedah, Terengganu, Selangor, Sabah and Sarawak in 2009. The results show that the majority of farmers (95.3%) need the new technology in pineapple cultivation as they still rely on manual methods, especially in maintenance, plant management and post-harvest management. The main factors that may influence the demand for new technology is the presence of new pineapple planters as well as the number of worker that manage the farm while farmers that have wide experienced in cultivating pineapple, low level of education and income tend to be satisfied with the existing technology of pineapple cultivation. Among the demanded new technology that may increase the productivity and efficiency of pineapple cultivation include planting machinery (cheaper, time and energy saving), variety of new kaleng pineapple with higher prices, latest agronomy technique to control pests and diseases and transportation machinery to transport pineapple from the farm. Therefore, Malaysian Pineapple Industry Board (MPIB) is recommended to be more progressive and proactive to encourage public and private sectors to be involved in research and development (R&D) through the invention of new technology. This economic innovation must fulfill the demand for new technology required by the farmers, where the invented technology should be cheaper, easy-to-handle, time and energy saving with low maintenance cost.

Upload: phungkien

Post on 07-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

PROSIDING PERKEM V, JILID 2 (2010) 368 – 381

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V (PERKEM V),

Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi,

Port Dickson, Negeri Sembilan, 15 – 17 Oktober 2010

PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI PENANAM NANAS

NEGARA DEMAND FOR NEW TECHNOLOGY FOR PINEAPPLE PLANTERS

MOHD JOHAARY ABDUL HAMID

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan terhadap teknologi

baru dan kepuasan terhadap teknologi sedia ada dikalangan penanam nanas, mengenalpasti teknologi baru

nanas yang diperlukan dikalangan petani, memberi cadangan bagi menggalakkan penanaman nanas serta

saranan terhadap penambahbaikan polisi industri nanas Negara. Kertas kaji selidik berstruktur yang

melibatkan 129 responden telah dilakukan di Johor, Kedah, Terengganu, Selangor, Sabah dan Sarawak

pada tahun 2009. Majoriti petani (95.3%) didapati memerlukan teknologi baru dalam amalan penanaman

nanas kerana mereka masih menggunakan kaedah manual terutama dalam amalan penyelenggaraan,

pengurusan tanaman dan pengurusan lepas-tuai. Faktor utama yang mempengaruhi permintaan terhadap

teknologi baru adalah petani yang baru menceburi aktiviti penanaman nanas serta bilangan pekerja yang

mengusahakan ladang tersebut, manakala petani yang mempunyai pengalaman luas menanam nanas, tahap

pendidikan serta pendapatan petani yang rendah adalah lebih berpuashati terhadap teknologi nanas sedia

ada. Di antara permintaan terhadap teknologi baru yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan

tanaman nanas termasuklah jentera penanaman (yang murah, menjimatkan masa dan tenaga), varieti nanas

kaleng baru yang tinggi hasilnya, teknik agronomi terkini yang dapat mengawal perosak dan penyakit serta

jentera pengangkutan buah nanas keluar dari ladang. Sehubungan itu, Lembaga Perindustrian Nanas

Malaysia (LPNM) disarankan supaya memainkan peranan yang lebih berkesan dan proaktif dengan

menggalakkan lebih ramai pencipta teknologi di sektor awam atau swasta untuk terlibat di dalam aktiviti

penyelidikan dan pembangunan (R&D). Ekonomi inovasi yang dihasilkan haruslah menjurus terhadap

permintaan terhadap teknologi baru yang diperlukan dikalangan petani di mana teknologi yang dihasilkan

itu mestilah murah, mudah dikendalikan, menjimatkan masa dan tenaga serta kurang kos penyelenggaraan.

Kata kunci: nanas, teknologi baru, permintaan, petani

ABSTRACT

This study intends to analyze the factors that may influence the demand for new technology and the level of

satisfaction of current technology among pineapple planters, identify the need for new technology for

pineapple planter and suggest how to encourage pineapple cultivation as well as recommend improvement

in national pineapple industry policy. For data collection, structured questionnaire consists of 129

respondents has been administered in Johor, Kedah, Terengganu, Selangor, Sabah and Sarawak in 2009.

The results show that the majority of farmers (95.3%) need the new technology in pineapple cultivation as

they still rely on manual methods, especially in maintenance, plant management and post-harvest

management. The main factors that may influence the demand for new technology is the presence of new

pineapple planters as well as the number of worker that manage the farm while farmers that have wide

experienced in cultivating pineapple, low level of education and income tend to be satisfied with the

existing technology of pineapple cultivation. Among the demanded new technology that may increase the

productivity and efficiency of pineapple cultivation include planting machinery (cheaper, time and energy

saving), variety of new kaleng pineapple with higher prices, latest agronomy technique to control pests and

diseases and transportation machinery to transport pineapple from the farm. Therefore, Malaysian

Pineapple Industry Board (MPIB) is recommended to be more progressive and proactive to encourage

public and private sectors to be involved in research and development (R&D) through the invention of new

technology. This economic innovation must fulfill the demand for new technology required by the farmers,

where the invented technology should be cheaper, easy-to-handle, time and energy saving with low

maintenance cost.

Page 2: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 369

Keywords: Pineapple, New Technology, Demand, Farmers

PENGENALAN

Berpandukan kepada pelan tindakan pengeluaran buah-buahan bagi tempoh Rancangan Malaysia Kelapan

(RMKe-8) (Malaysia, 2000), penanaman nanas telah dipilih sebagai salah satu daripada lapan jenis buah-

buahan tempatan yang digalakkan tanamannya di dalam Rancangan Dasar Pertanian Negara Ketiga

(DPN3). Berdasarkan kepada potensi serta nilai komersialnya, maka komoditi nanas telah menjadi salah

satu komoditi buah yang terpilih untuk dibangunkan agar dapat menjadi satu industri yang berkembang

pada tahap yang lebih berdaya saing, mantap dan berdaya maju di peringkat pasaran domestik dan juga

antarabangsa dalam tempoh 5 tahun (2005-2010) bersesuaian dengan matlamat DPN3.

Pelan strategik nanas pada RMKe-9 yang dikemukakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri

Asas Tani (MOA) adalah untuk menambah keluasan kawasan tanaman nanas beserta infrastruktur,

menggalakkan penglibatan penanam/pengusaha, meningkatkan kaedah penanaman yang lebih efektif dan

mempelbagaikan produk (Malaysia, 2008). Bagi LPNM pula, beberapa strategi telah diatur berdasarkan

perancangan jangka panjang di mana fokusnya adalah untuk membuka kawasan-kawasan baru dan

meningkatkan produktiviti serta menangani isu kekurangan bekalan buah ke kilang-kilang.

Sehubungan itu, pelan strategik penanaman nanas bagi merealisasikan dasar yang telah ditetapkan

dalam RMKe-9 telah dirangka dengan menambah keluasan tanaman nanas di seluruh negara termasuk

Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan pengeluaran buah nanas bagi tujuan pemprosesan kaleng dan

eksport segar melalui penggunaan teknologi dan amalan pertanian yang moden serta terkini. Antara projek

LPNM yang sedang dan akan dilakukan bagi merealisasikan strategi yang ditetapkan adalah :

a. Menambahkan keluasan kawasan tanaman nanas kepada 33,500 ekar pada akhir tahun 2010.

b. Menyumbang kepada peningkatan bekalan buah nanas kepada 404,000 tan metrik pada akhir tahun

2010.

c. Menyumbang kepada pencapaian imbangan dagangan Negara (Balance of Trade - BOT).

d. Menebus guna tanah terbiar untuk dijadikan mini estet dan perladangan berkelompok.

Berdasarkan perkembangan terkini, keluasan penanaman nanas Negara (pekebun kecil dan estet)

telah meningkat daripada 7,271 hektar pada tahun 2000 kepada 11,923 hektar pada tahun 2008 (LPNM,

2009). Peningkatan ketara ini, jelas menunjukkan bahawa Malaysia sangat komited mengenai

perkembangan industri nanas sebagai sumber yang mempunyai potensi yang besar dalam pelaburan.

Sehubungan itu, sasaran atau pandangan yang lebih jauh amat diperlukan bagi merangka perkembangan

industri nanas dari aspek penggunaan dan permintaan terhadap teknologi baru.

Walau bagaimanapun, menurut Raziah ML (2010), analisis secara makro dan jangka panjang

umumnya menunjukkan teknologi yang dibangunkan selama ini tidak berjaya meningkatkan produktiviti

tanaman nanas secara mapan. Skinner dan Staiger (2005) pula menyatakan bahawa, teknologi pertanian

memainkan peranan yang cukup penting dalam pembangunan sesebuah Negara sekiranya majoriti

populasinya bergantung penuh kepada hasil pengeluaran pertanian. Sehubungan itu, penghasilan teknologi

baru amat penting bagi meningkatkan pengeluaran makanan yang menjadi nadi penggerak pertumbuhan

sektor ekonomi sesebuah Negara itu.

Menurut Ruttan (2003) pula, pembangunan teknologi telah mengalami proses transformasi

daripada pengeluaran pertanian berasaskan sumber kepada berasaskan teknologi moden. Sebelum abad ke-

20, peningkatan output pertanian majoritinya disebabkan peningkatan jumlah tanah pertanian. Walau

bagaimanapun, pada abad ke-21, peningkatan output pertanian kebanyakannya datang daripada

peningkatan produktiviti pertanian (peningkatan hasil per unit tanah). Fenomena ini mempunyai

hubungkait dengan mekanisasi, baka/klon/hibrid sesuatu varieti yang mempunyai hasil yang tinggi,

pengenalan kepada racun serangga dan baja serta teknik pengurusan tanaman (agronomi) yang baru.

Dalam industri pertanian, Ball dan Norton, (2002) menyatakan penyelidikan dan pembangunan

(R&D) teknologi merupakan asas yang sangat penting kepada peningkatan sesuatu produktiviti. Sejarah

Dunia membuktikan bahawa, agensi awam di Amerika Syarikat merupakan penyumbang utama kepada

bidang pertanian dan juga pembekal utama kepada teknologi baru. Oleh yang demikian, kajian yang

terperinci terhadap status penggunaan serta permintaan terhadap teknologi baru nanas berdasarkan senario

terkini amat diperlukan. Teknologi baru, terutamanya jentera yang bersesuaian dengan tanah gambut perlu

Page 3: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

370 Mohd Johaary bin Abdul Hamid

dikenalpasti bagi memajukan industri nanas Negara. Ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan lagi

tahap guna pakai teknologi terkini yang akan menambah pelaburan, meningkatkan kecekapan dan

pertumbuhan dalam sektor pertanian. Di samping itu, kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) juga

dapat dijimatkan kerana lebih banyak teknologi yang dijana menepati permintaan atau keperluan sebenar

pihak industri. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk (i) menganalisis faktor-faktor yang

mempengaruhi permintaan terhadap teknologi baru dan kepuasan terhadap penggunaan teknologi sedia ada

dikalangan petani, (ii) mengenalpasti teknologi baru yang diperlukan oleh petani, (iii) memberi cadangan

bagi menggalakkan tanaman nanas serta (iv) memberi saranan kepada penambahbaikan polisi industri

nanas Negara.

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan di Johor, Sarawak, Sabah, Kedah, Terengganu dan Selangor pada tahun 2009.

Pemilihan lokasi pada kajian ini dibuat berdasarkan data serta fakta yang diperoleh daripada LPNM

mengenai kawasan yang paling banyak aktiviti penggunaan teknologi nanas dilakukan serta memenuhi

segala tuntutan, keperluan dan kehendak kajian. Daripada 6950 orang petani yang dikenalpasti, sebanyak

lebih kurang 300 populasi yang menanam nanas seluas lima ekar dan ke atas telah dipilih. Pemilihan

penanam yang mengusahakan tanaman nanas seluas lima ekar dan ke atas di buat adalah kerana penulis

beranggapan kebanyakan mereka menanamnya secara serius dan menjadikan aktiviti ini sebagai pekerjaan

sepenuh masa serta dijangkakan akan mendapat reaksi yang sangat positif terutama terhadap penggunaan

serta permintaan terhadap teknologi baru nanas. Daripada populasi itu, sebanyak 129 responden telah

dipilih berasaskan persampelan rawak mudah. Kajian ini dilakukan secara temubual bersemuka dengan

menggunakan soal selidik berstruktur.

DAPATAN KAJIAN

Profail Responden

Secara keseluruhan (Jadual 1), hampir semua petani adalah berbangsa Melayu (78.2%), diikuti Cina

(10.9%) dan lain-lain bangsa (10.9%). Dari sudut jantina pula, majoritnya adalah lelaki (72.1%) dan

perempuan (27.9%). Dari segi tahap pendidikan, majoriti responden memiliki kelulusan minima sekurang-

kurangnya tamat sekolah menengah (48.8%) dan tamat sekolah rendah (37.0%). Hanya segelintir sahaja

yang memiliki diploma/ijazah/sarjana (2.4%) manakala, selebihnya adalah responden yang tidak

bersekolah (11.8%).

Purata umur responden ialah 49 tahun di mana purata petani yang terlibat di dalam bidang

pertanian (pengalaman) adalah selama 19 tahun. Pendapatan purata sebulan yang mereka peroleh daripada

tanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian yang diusahakan adalah

seluas 7.3 hektar tanah dengan mempunyai seramai tiga orang pekerja yang membantu mengusahakan

ladang nanas tersebut. (Jadual 2).

Majoriti petani (Jadual 3) mengusahakannya di atas tanah sendiri (90.4%), sewa (7.7%) dan lain-

lain (1.9%). Bagi memulakan aktiviti tanaman nanas ini (Jadual 4), kebanyakan responden menyatakan

bahawa punca utama modal diperoleh melalui simpanan sendiri (92.5%), pinjaman (1.9%) dan lain-lain

(5.6%).

Jadual 5 pula menunjukkan analisis terhadap nanas segar dan nanas kaleng dari aspek harga satu

sulur (benih), harga jualan diperingkat ladang (sebiji/sekilogram), hasil tuaian terkini (tan/hektar) serta

pendapatan kasar yang diperoleh oleh responden untuk tempoh masa setahun/sekali tuaian bagi setiap

tan/hektar. Analisis ini menunjukkan bahawa, harga sulur yang termahal adalah nanas Josapine (RM0.47),

manakala yang termurah adalah nanas Gandol (RM0.10). Hasil jualan diperingkat ladang pula mendapati

nanas Sarawak adalah yang tertinggi (RM1.20) bagi makan segar kerana ia dijual dalam bentuk biji

manakala nanas Gandol (RM0.45) adalah yang terendah kerana dijual kepada PKS dan pengilang besar.

Hasil tan/hektar pula menunjukkan nanas Moris adalah yang tertinggi (26 tan/hektar) manakala nanas

Gandol menunjukkan hasil yang semakin merosot (15.8 tan/hektar). Pendapatan kasar yang diperoleh

menunjukkan responden yang menanam nanas Josapine memperoleh pendapatan kasar paling tinggi

Page 4: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 371

semusim (RM24,380) berbanding nanas Gandol yang hanya memperoleh pendapat kasar paling minima

(RM7,110.00).

Menganalisis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Permintaan Teknologi Baru dan Kepuasan

Terhadap Penggunaan Teknologi Nanas Sedia Ada Dikalangan Petani

Analisis regresi linear digunakan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi tahap permintaan

teknologi baru dan kepuasan terhadap penggunaan teknologi nanas sedia ada dikalangan petani (Jadual 6).

Hasil kajian mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan terhadap teknologi baru nanas adalah

tahun terlibat dalam pertanian (0.004) dan bilangan pekerja (0.020) manakala, faktor-faktor lain adalah

tidak signifikan. Faktor-faktor yang menghampiri kepuasan petani terhadap teknologi nanas sedia ada pula

adalah pendapatan sebulan (0.078) dan tahap pendidikan (0.218) seseorang petani.

Semakin kurang pengalaman (-3.043) seseorang petani mengusahakan tanaman nanas, semakin

tinggi permintaan mereka terhadap teknologi baru dan semakin ramai bilangan pekerja (2.421) yang

mengusahakan tanaman nanas di ladang-ladang mereka, semakin tinggi pula hasrat mereka terhadap

penggunaan teknologi baru. Ini kerana, dengan adanya teknologi baru, penggunaan tenaga kerja petani

serta bilangan pekerja (buruh) dapat dikurangkan dan secara tidak langsung produktiviti dapat

dipertingkatkan. Walaubagaimanapun, faktor-faktor seperti pendapatan (-1.812) serta tahap pendidikan (-

1.253) petani yang rendah menyebabkan hasrat petani untuk mencuba teknologi baru nanas selain daripada

yang diamalkan terbantut kerana mereka tidak mempunyai modal yang mencukupi bagi membeli teknologi

baru serta tahap pemikiran mereka yang masih kurang pendedahan mengenai peri pentingnya inovasi bagi

meningkatkan produktiviti tanaman nanas yang mereka usahakan.

Analisis korelasi Pearson pula digunakan untuk menentukan tahap hubungan yang mempengaruhi

penggunaan dan permintaan terhadap teknologi nanas. Hubungan penggunaan dan permintaan terhadap

teknologi nanas terdiri daripada tahap pendidikan, tahun terlibat dengan pertanian (pengalaman),

pendapatan sebulan, keluasan tanaman nanas yang diusahakan dan bilangan pekerja.

Tahap pendidikan responden diukur berdasarkan skala 1 hingga 5. Skala 1 ialah responden yang

tidak bersekolah, skala 2 ialah responden yang sekolah setakat sekolah rendah, skala 3 ialah responden

yang bersekolah setakat sekolah menengah, skala 4 pula responden yang mempunyai sijil/diploma dan

skala 5 adalah responden yang mempunyai ijazah/sarjana.

Berdasarkan Jadual 7, tahap hubungan tahun responden terlibat dengan pertanian (pengalaman)

serta pendapatan sebulan responden menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap tahap kepuasan hati

responden mengenai penggunaan teknologi nanas yang diamalkan sekarang serta permintaan terhadap

teknologi baru.

Semakin lama tahun responden terlibat dengan bidang pertanian (penanaman nanas), semakin

berpuashati mereka terhadap teknologi yang diamalkan sekarang (0.009). Walaubagaimanapun, semakin

kurang tahun responden terlibat dalam bidang pertanian (0.034) semakin tinggi pula hasrat mereka terhadap

permintaan teknologi baru. Ini menjelaskan bahawa, terdapat jurang yang ketara di antara penanam nanas

yang sudah lama (yang lebih berpengalaman) di mana mereka berpuashati terhadap penggunaan teknologi

yang sedia ada berbanding dengan penanam nanas yang baru di mana mereka lebih memerlukan teknologi

nanas selain daripada yang diamalkan.

Manakala, pendapatan sebulan responden yang agak rendah (0.034) pula menunjukkan bahawa

mereka berpuashati dengan tahap teknologi yang diamalkan sekarang. Ini adalah kerana, kemungkinan

responden tidak mampu untuk membeli teknologi baru selain daripada yang diamalkan sekarang kerana

kekurangan dari sudut pendapatan serta modal untuk membeli teknologi baru (yang mungkin lebih mahal

harganya) selain daripada yang diamalkan. Walaubagaimanapun, responden yang mempunyai pendapatan

sebulan yang rendah berpuashati terhadap penggunaan teknologi nanas yang diamalkan sekarang.

Permintaan Terhadap Teknologi Baru Nanas

Secara keseluruhannya, majoriti responden (Jadual 8) menyatakan mereka berhasrat (73.6%) dan sangat

berhasrat (21.7%) terhadap permintaan teknologi nanas baru selain daripada yang diamalkan sekarang.

Hanya peratusan kecil sahaja yang menyatakan mereka sangat tidak berhasrat (2.3%), tidak berhasrat

(0.8%) dan selebihnya adalah sederhana berhasrat (0.8%) terhadap permintaan teknologi nanas baru selain

daripada yang diamalkan sekarang.

Page 5: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

372 Mohd Johaary bin Abdul Hamid

Mengenalpasti Permintaan Terhadap Teknologi Baru Nanas di Kalangan Petani

Beberapa permintaan terhadap teknologi baru nanas oleh responden adalah melalui amalan mencegah

daripada serangan penyakit dan perosak, penyediaan tanah untuk menanam benih, memetik buah dan

membawanya keluar dari ladang dan penyelenggaraan ladang seperti membersih dan membinasakan

tunggul lama (Jadual 9). Di antara beberapa penyakit yang dikenalpasti adalah buah hantu, reput teras

bakteria (BHR), koya, buah hitam, kulat, reput tangkai dan hama merah. Walaubagaimanpun, beberapa

langkah pencegahan telah diambil oleh responden seperti penggunaan racun (domain, malathion, eliot,

kulat), mencabut serta membuang kawasan yang bermasalah itu.

Manakala bagi menangani masalah perosak seperti babi hutan, kera, tupai, tikus dan musang pula

adalah dengan menggali parit, membuat perangkap, memasang pagar, menggunakan senjata api serta

memelihara anjing. Teknologi baru yang diperlukan adalah racun khas untuk nanas yang boleh mencegah

penyakit dan perosak. Teknik tanaman (agronomi) yang terkini, pagar elektrik bervoltan rendah dengan

harga yang murah (yang tidak membahayakan nyawa manusia) serta perangkap yang spesifik bagi perosak

yang spesifik amat perlu dibangunkan bagi menghindari serta mencegah penyakit dan perosak yang sering

mengganggu tanaman responden.

Selain daripada itu, majoriti responden masih lagi menggunakan kaedah manual seperti

menggunapakai peralatan ladang yang bersifat tradisional seperti cangkul, tugal, tombak, parang, kereta

sorong, pisau, bakul, sabit, guni dan sebagainya ketika melakukan amalan penyediaan tanah bagi membuat

lubang untuk menanam benih (sulur), pengurusan tanaman bagi memetik buah, membawa buah keluar

daripada ladang dan penyelenggaraan ladang bagi membersih serta membinasakan tunggul lama.

Sehubungan itu, di antara beberapa permintaan terhadap teknologi baru nanas adalah seperti

jentera pertanian yang berfungsi untuk membuat lubang dan menimbusnya kembali (untuk menanam

sulur), jentera seumpama : kubota, kenderaan bermotor yang diubahsuai seperti Badang (yang

menggunakan enjin Vespa) dengan harga yang lebih murah, kren bagi mengangkut buah khususnya di

kawasan tanah tinggi, jentolak/traktor/cest yang sesuai untuk kawasan tanah gambut bagi menyelenggara

ladang (membersih dan membinasakan tunggul lama) serta laluan/landasan khas yang kukuh untuk

memudahkan pengangkutan keluar dan masuk di kawasan tanah gambut.

RUMUSAN

Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Faktor-Faktor Penggunaan Teknologi Sekarang dan

Permintaan Terhadap Teknologi Baru Nanas dikalangan Petani

Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan yang signifikan antara penggunaan dan permintaan terhadap

teknologi nanas dikalangan petani adalah bilangan tahun mereka terlibat dengan pertanian (pengalaman),

bilangan pekerja, tahap pendidikan dan pendapatan yang mereka peroleh sebulan. Keputusan kajian juga

turut menunjukkan bahawa, majoriti petani (95.3%) menyatakan hasrat (permintaan) terhadap teknologi

baru nanas selain daripada yang diamalkan sekarang.

Faktor pengalaman menjadikan petani menjadi lebih matang dan hasrat mereka untuk

menggunakan teknologi baru kurang terserlah. Ini adalah kerana semakin lama petani mengusahakan

tanaman nanas, semakin mudah mereka menggunakan teknologi yang diamalkan sekarang bak kata pepatah

‘alah bisa tegal biasa’. Walaubagaimanapun, petani yang baru menceburi aktiviti penanaman nanas ini,

mereka lebih memerlukan teknologi baru bagi menggantikan teknologi sedia ada kerana ia dapat

memudahkan lagi aktiviti penanaman nanas yang dilakukan.

Faktor pendapatan pula menunjukkan bahawa, semakin rendah pendapatan yang diperoleh petani,

semakin mereka berpuashati terhadap penggunaan teknologi yang sedia ada. Ini mungkin disebabkan,

ketidak mampuan mereka untuk membeli teknologi baru disebabkan kekangan daripada aspek kewangan,

modal serta cagaran yang dikenakan oleh agensi kewangan bagi memulakan pinjaman untuk membeli

teknologi baru. Manakala, pendapatan petani yang tinggi menjadikan mereka kurang berpuashati dengan

tahap teknologi yang diamalkan sekarang.

Faktor bilangan pekerja menunjukkan bahawa dengan adanya teknologi baru, kebergantungan

terhadap bilangan pekerja (buruh) dapat dikurangkan terutama buruh warga asing. Ini secara tidak langsung

dapat mempertingkatkan produktiviti tanaman nanas disamping mengurangkan pengeluaran wang asing ke

Page 6: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 373

negara luar. Semakin ramai bilangan pekerja yang mengusahakan ladang-ladang nanas mereka, semakin

tinggi permintaan teknologi baru yang diperlukan.

Faktor tahap pendidikan petani yang rendah menyebabkan hasrat petani untuk mencuba teknologi

baru nanas selain daripada yang diamalkan kurang menyerlah kerana tahap pemikiran mereka yang masih

kurang pendedahan mengenai peri pentingnya inovasi bagi meningkatkan produktiviti tanaman nanas yang

mereka sendiri usahakan. Sehubungan itu, petani moden yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi

lebih cenderung terhadap penggunaan teknologi baru nanas selain daripada yang diamalkan sekarang.

Teknologi Yang Diamalkan Sekarang dan Permintaan Terhadap Teknologi Baru Nanas

Teknologi yang diamalkan oleh petani sekarang kebanyakkannya adalah bersifat konvensional. Justeru itu,

di antara permintaan mereka terhadap teknologi baru nanas bagi mengatasi masalah penyakit dan perosak

adalah racun dan baja khas untuk nanas, amalan agronomi yang terkini, pagar elektrik bervoltan rendah

(yang tidak membahayakan nyawa manusia dengan harga yang berpatutan), sistem ‘intercrops’ serta

perangkap yang spesifik bagi perosak yang spesifik. Sehubungan itu, agensi awam seperti MARDI dan

LPNM serta pihak swasta adalah disarankan supaya menangani permasalahan ini dengan melakukan R&D

serta bekerjasama dengan Negara-Negara pengeluar nanas Dunia yang lain dengan cara bertukar-tukar

pendapat atau pengalaman mengenai kaedah terbaik bagi menangani masalah penyakit dan perosak ini.

Kaedah konvensional seperti penggunaan cangkul, tugal, tombak, parang, kereta sorong, pisau,

bakul, sabit, guni dan sebagainya pada firasat petani ianya perlu diubah dengan menggantikannya kepada

teknologi yang lebih moden. Di antara beberapa saranan yang dikemukakan oleh petani mengenai

teknologi nanas adalah seperti penggunaan jentera pertanian, teknologi membuat lubang dan menimbusnya

kembali (untuk menanam benih/sulur), kenderaan bermotor seperti Vespa/Badang/Kubota yang diubahsuai

dengan harga yang lebih murah, kren bagi mengangkut buah khususnya dikawasan tanah tinggi,

jentolak/traktor/cest yang sesuai untuk kawasan tanah gambut bagi menyelenggara ladang serta

laluan/landasan khas yang kukuh untuk memudahkan pengangkutan keluar masuk ketika mengambil buah

di kawasan tanah gambut. Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian yang dilakukan oleh Stinner dan

Staiger (2005) dan Ruttan (2003) mengenai peri pentingnya teknologi baru dan moden yang diusahakan

oleh majoriti petani yang bergantung penuh kepada hasil pengeluaran pertanian.

Keunikan nanas di Negara kita adalah ianya banyak ditanam di tanah jenis gambut. Pengeluaran

nanas Dunia kebanyakkannnya dihasilkan melalui penanaman di tanah jenis mineral. Tanah gambut tidak

sesuai untuk kemasukan jentera berat kerana sifat tanahnya yang lembut. Sehubungan itu, mekanisasi yang

sesuai untuk tanah gambut seumpama ‘peat trak’ yang telah dibangunkan oleh MARDI, serta kenderaan

bermotor lain seperti ‘Kubota’, ‘motosikal Vespa’ dan ‘Badang’ yang diubahsuai perlu dibangunkan segera

dengan membuat beberapa penambahbaikan serta pengubahsuaian reka bentuknya supaya fungsinya

menjadi lebih serbaguna (multi-purpose) dengan kadar kos yang minima dan tidak terlalu membebankan

petani.

CADANGAN MENGGALAKKAN PENANAMAN NANAS

Masalah petani yang berusia

Bagi meramaikan lagi bilangan petani muda, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Belia

dan Sukan (KBS) adalah dicadangkan memperbanyakkan promosi dalam bidang keusahawanan dan

kerjaya dengan menggalakkan lebih ramai pelajar lepasan universiti yang menganggur serta belia-belia

yang sedang mencari pekerjaan supaya berkecimpung di dalam bidang usahawan tani terutamanya dalam

industri nanas. Ini kerana, majoriti pengusaha nanas adalah golongan yang mempunyai purata umur lima

puluh tahun dan pendapatan yang diperoleh daripada hasil tanaman nanas ini juga adalah amat

menggalakkan. Justeru, dengan adanya golongan ini, secara tidak langsung menggalakkan lebih ramai lagi

petani muda yang berilmu dan secara tidak langsung mengurangkan lagi jumlah pekerja asing daripada

luar Negara yang bekerja dalam sektor pertanian.

Kemudahan Kredit Yang Membebankan

Page 7: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

374 Mohd Johaary bin Abdul Hamid

Majoriti petani menyatakan bahawa, mereka menceburi tanaman nanas ini memperoleh modal hasil

daripada simpanan sendiri (92.5%). Hanya segelintir sahaja petani yang memperoleh daripada pinjaman

melalui bank (1.9%). Sehubungan itu, agensi-agensi penggalakkan pemberian modal seperti Perbadanan

Nasional Berhad (PNB), Agro Bank, SMEs Bank, Koperasi serta agensi kewangan lain seperti MAVcap

serta Cradle yang berfungsi sebagai Venture Capital perlu menawarkan skim yang menarik serta mudah

untuk mereka yang mahu terlibat dengan industri nanas. Mereka yang berminat perlulah mengikuti skim

aperantis (internship) terlebih dahulu selama enam bulan atau setahun dengan diberi elaun oleh MOA atau

KBS dengan ditempatkan mereka di ladang-ladang contoh, kilang-kilang pemprosesan, PKS serta dibantu

oleh petani berjaya (melalui skim anak angkat) dengan diberi latihan serta modul yang secukupnya oleh

agensi-agensi seperti MARDI, LPNM dan Jabatan Pertanian (DOA) bagi meningkatkan kecekapan mereka

sehingga bergelar usahawan muda ’champion’. Syarat pembayaran pinjaman juga perlu dilonggarkan di

mana peminjam hanya perlu dikenakan bayaran selepas keuntungan diperoleh semasa tahun ketiga atau

keempat jualan.

Penggunaan Teknologi Baru :

Varieti nanas baru.

Varieti baru yang dibangunkan nanti mestilah mempunyai ciri-ciri tahan terhadap serangan

penyakit, mempunyai kualiti buah yang boleh dipasarkan diperingkat domestik dan Global,

tempoh matang yang lebih singkat (kurang daripada setahun sebagai contoh antara 6 -10 bulan

boleh dituai), kurang penggunaan racun, baja dan hormon kimia. Kajian yang dilakukan oleh Zairy

(2009) pula menunjukkan bahawa di antara ciri-ciri buah nanas segar yang menjadi pilihan

dikalangan pengguna di Malaysia adalah saiznya yang sederhana, warna kulitnya yang separuh

kuning dan separuh hijau, ketebalan kulitnya yang nipis, rupa bentuknya yang bujur, rasanya yang

manis, empulur tengahnya kecil dan aromanya wangi. Manakala fokus penyelidikan sekarang

perlulah menjurus kepada penghasilan klon/hibrid baru bagi varieti nanas kaleng bagi mengatasi

masalah kekurangan buah nanas di kilang-kilang. Sehubungan itu, pembiak baka perlulah

mengambil kira input-input yang diberikan ini dengan menghasilkan varieti nanas sebagaimana

yang diutarakan.

Pengawalan Perosak & Penyakit.

Hanya racun serangga serta baja yang spesifik untuk tanaman nanas sahaja diperlukan bagi

mengawal perosak dan penyakit. Ini adalah kerana, kebanyakkan racun yang digunakan oleh

petani sekarang adalah terdiri daripada pelbagai jenama dan mempunyai fungsi yang umum.

Sebagai contoh, baja yang digunakan adalah baja campuran nanas (BCN) dan NPK 15:15:15 yang

digunakan untuk pelbagai jenis tanaman. Sehubungan itu, kajian mengenai tahap kesuburan tanah

serta kesesuaian terhadap racun dan baja yang digunakan untuk tanaman nanas perlu dilakukan

oleh saintis atau penyelidik. Kajian juga perlu mengambil kira pengurangan terhadap kadar bahan

kimia yang terkandung dalam racun dan baja itu sambil mengesyorkan penggunaan racun atau

baja organik sebagai alternatif.

Penyediaan tanah untuk penanaman benih (sulur) Majoriti petani memerlukan jentera pertanian yang sesuai untuk tanah gambut serta teknologi yang

boleh menggali lubang untuk menanam benih (sulur) dan menimbus tanah semula (jentera

penanaman). Ini adalah kerana, petani menghabiskan terlalu banyak masa bagi menanam setiap

sulur melalui penggunaan cangkul, tugal, tombak, parang tumpul dan kayu. Justeru, kajian

mengenai pembangunan terhadap jentera pertanian dan jentera penanaman perlu dilakukan dengan

mengambil kira kos jentera yang dihasilkan agar tidak terlalu mahal, mudah dikendalikan dan

kurang penyelenggaraan.

Pengurusan Tanaman (Memetik buah serta membawa buah keluar daripada ladang) Teknologi yang diamalkan oleh majoriti petani bagi pengurusan tanaman adalah pisau, parang,

bakul rotan, guni, kereta sorong, troli, basikal dan motor. Walaupun, MARDI telah

membangunkan teknologi ‘peat-trak’ untuk kegunaan di tanah gambut tetapi ianya tidak mendapat

sambutan ramai kerana kosnya yang agak mahal. Justeru, kenderaan seumpama ‘peat-trak’,

kubota, ’Badang’ serta kenderaan bermotor Vespa yang diubahsuai serta ditambahbaik strukturnya

Page 8: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 375

perlu dibangunkan segera dengan menjadikan harganya lebih murah dan mudah dikendalikan serta

kurang penyelenggaraan. Selain daripada itu, di antara permintaan petani juga adalah kren bagi

mengangkut buah dikawasan cerun bukit (khusus untuk kawasan tanah tinggi seperti di negeri

Sabah) serta membina laluan/landasan yang kukuh dengan menjadikan laluan bertar atau susunan

batu-bata yang rapat supaya pengangkutan mudah masuk dan keluar di kawasan ladang (terutama

dikawasan tanah gambut).

Penyelenggaraan Ladang (Membersih dan membinasakan tunggul lama) Kebiasaannya, majoriti petani menggunakan racun paraquat, parang, sabit dan cangkul bagi membersih dan

membinasakan tunggul lama sebelum di bakar semasa penyelenggaraan ladang dilakukan. Justeru itu,

jentera seperti Jentolak/Traktor/Cest (yang boleh diubahsuai serta boleh masuk ke kawasan tanah gambut)

diperlukan bagi menyelenggara ladang. Sehubungan itu, pembangunan terhadap jentera yang pelbagai guna

(multi-task) amat dituntut bagi tujuan penanaman, pengurusan tanaman dan penyelenggaraan ladang.

SARANAN TERHADAP PENAMBAHBAIKAN POLISI BAGI INDUSTRI NANAS NEGARA

Latihan Industri

Bagi memantapkan lagi ilmu keusahawanan, pihak universiti adalah dipelawa menggalakkan lebih ramai

siswazah universiti tempatan ditempatkan di ladang nanas terpilih bagi mengikuti latihan industri yang

diwajibkan ke atas mereka. Ini bagi meningkatkan lagi kesedaran serta membina keyakinan diri siswazah

supaya menjadikan bidang pertanian terutamanya nanas sebagai satu bidang yang menguntungkan.

Penempatan mereka ini diharap dapat mengukuhkan lagi industri nanas Negara, terutamanya daripada

aspek sumber tenaga manusia yang berilmu pengetahuan.

Membuka Lebih Banyak Kilang Besar

Industri nanas Negara perlu membuka lebih banyak lagi kilang memproses nanas kaleng selain daripada di

Johor seperti di kawasan-kawasan Utara Semenanjung Malaysia, Pantai Timur Semenanjung Malaysia

serta Sabah dan Sarawak. Dengan wujudnya kilang-kilang ini, diharapkan lebih banyak pengusaha PKS

serta menggalakkan lagi lebih ramai penanam nanas baru (yang menanam varieti Gandol, N36 dan

Maspine) untuk mengusahakannya. Justeru, ia akan menambahkan lagi kuantiti eksport nanas kaleng

Negara ke Negara-Negara Dunia yang sedia ada serta Negara yang berpotensi.

Agro-Tourism Nanas

Pihak pengilang besar juga adalah disyorkan untuk menjadikan kawasan mereka sebagai tempat

pelancongan pertanian (Agro-Tourism), pusat latihan dan pusat kecemerlangan. Melaluinya, masyarakat di

dalam dan luar Negara dapat melihat dengan sendiri bagaimana nanas-nanas ini dikalengkan disamping

meninjau lokasi tanaman nanas ditanam di estet-estet mereka untuk mengetahui teknik agronomi yang

betul. Sehubungan itu, infrastruktur serta dana yang banyak diperlukan bagi membangunkan serta

merealisasikan kawasan ini untuk dijadikan sebagai ‘Agro-Tourism’.

Mengeksploitasi Potensi Dalam Industri Hub Halal Global

Industri nanas Negara juga disaran supaya berusaha dengan lebih giat bagi menjadikan produk berasaskan

naas disenaraikan sebagai antara produk yang berprestasi tinggi di dalam industri hub-halal Negara.

Kelebihan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi meluaskan lagi rangkaian produk Negara kita di seluruh

Negara-Negara Islam yang lain kerana kelebihan Malaysia yang terbukti berkesan memperkenalkan logo

Halal yang diiktiraf oleh seluruh Dunia.

Memperkasakan Pemindahan Teknologi dan Sistem Penyampaian

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, kekuatan sesuatu industri itu berkait rapat dengan perhubungan

dikalangan agensi-agensi awam bagi memindahkan teknologi nanas tersebut. Akibat kelemahan tersebut,

varieti nanas yang telah diistihar oleh MARDI yang mempunyai kriteria nasional seperti pokoknya yang

tidak berduri atau sangat sedikit durinya sebagaimana nanas Josapine (yang diistihar pada tahun 1996)

kurang mendapat sambutan terutamanya di negeri Sabah, Sarawak dan Selangor (mengkomersialkan nanas

Yenkee @ Selangor Sweet). Manakala, pengistiharan nanas Maspine pada tahun 2007 oleh MARDI untuk

dwi-penggunaan (segar dan kaleng) bagi menggantikan nanas Gandol juga kurang mendapat sambutan

Page 9: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

376 Mohd Johaary bin Abdul Hamid

menurut kajian yang dilakukan Syahrin (2010). Ini menunjukkan bahawa, terdapat kelemahan dalam sistem

penyampaian yang dilakukan oleh agen pengembangan awam kita yang tidak fokus terhadap nanas yang

perlu diberi keutamaan Negara. Sehubungan itu, agensi-agensi awam terutama di bawah MOA seperti

DOA, FAMA, MARDI, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan LPNM adalah disarankan supaya

meningkatkan sistem penyampaian dan mempertingkatkan pemindahan teknologi bagi industri nanas

Negara. Di samping itu, hubungan LPNM dan agensi-agensi awam di bawah MOA dengan stakeholders

seperti petani, usahawan, pemborong, pengilang, GLC (syarikat berkaitan Kerajaan), universiti, agensi

swasta serta institusi daripada luar Negara juga perlu diperkukuhkan melalui aktiviti-aktiviti yang

dirancang bagi memperkukuhkan promosi serta bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan bagi

meningkatkan lagi produktiviti nanas Negara.

Fokus Terhadap Ekonomi Penumpuan (A-Economy)

Berdasarkan varieti nanas makan segar (Sarawak, Moris dan Josapine) kebanyakkan petani pada tahun

2000 sehingga 2009 telah mula memilih nanas Josapine untuk di tanam kerana harga jualannya yang

tinggi di peringkat ladang dan memperoleh pendapatan kasar dan bersih yang agak lumayan berbanding

varieti lain. Dapatan kajian ini menyokong beberapa kajian lepas yang dijalankan oleh Chan, YK (1995),

Lee H.K (1996), Syed (2005), Johaary (2007 : 2008) dan Raziah ML (2010) yang menyatakan keunikan

nanas Josapine berbanding dengan varieti nanas segar yang lain membolehkan mereka menikmati

pendapatan yang lebih tinggi. Petani juga perlu fokus terhadap penanaman nanas segar sahaja kerana

pendapatan yang dihasilkan adalah lebih tinggi berbanding menanam nanas kaleng dan Negara juga

mempunyai daya saing yang tinggi terhadap pasaran nanas segar diperingkat Dunia.

Justeru, LPNM selaku peneraju kepada industri nanas Negara perlu memberi tumpuan (attention)

terhadap nanas segar jenis apa yang perlu ditanam untuk keperluan domestik dan eksport serta nanas jenis

apa yang diperlukan untuk pengalengan. Justeru, ekonomi penumpuan (A-economy) yang diperkenalkan

oleh pakar motivasi Michael Goldharber boleh dijadikan garis panduan bagi mengetahui fokus LPNM

kerana Negara kita mempunyai kepelbagaian biologi tanaman nanas. Menurut M.Selamat (2007), MARDI

mempunyai berpuluh-puluh koleksi janaplasma dan disimpan dalam field gene-bank di MARDI Pontian

(Johor) di mana terdapat 99 baka dan aksesi nanas yang disimpan untuk kegiatan kacukan bagi penghasilan

nanas hibrid.

Maklumat mengenai varieti nanas pula memberi beberapa pilihan kepada pengusaha baru

(usahawan), pembuat polisi serta agensi kerajaan mahu pun swasta mengenai pasaran serta halatuju yang

perlu diberikan penekanan, terutama sekali terhadap varieti yang terbaik dan perlu menjadi pilihan

dikalangan petani-petani di Malaysia. Dengan wujudnya mekanisme ini, varieti yang terbaik itu perlu

dijadikan keutamaan dan penumpuan dengan melipatgandakan usaha dengan meluaskan lagi pasaran nanas

tersebut diperingkat domestik dan luar Negara manakala, bagi varieti yang kurang baik pula ianya perlu

dilakukan kajian yang mendalam untuk meningkatkan lagi kualitinya.

Memperbanyakkan Publisiti Melalui Hebahan Media Massa

Pengeksploitasian media massa serta promosi besar-besaran perlu dilakukan secara berterusan oleh agensi

kerajaan, swasta, NGO, persatuan dan orang perseorangan. Mereka perlu proaktif dalam merancang

program untuk mempromosikan industri nanas sama ada di dalam media elektronik (televisyen, radio dan

internet) serta media cetak (akhbar, majalah, buku, jurnal dan lain-lain), menganjurkan pertandingan seperti

gubahan, masakan, mewarna dan sebagainya, melakukan kempen memakan buah nanas serta publisiti yang

meluas bagi menggalakkan lebih ramai pengguna memakan nanas segar tempatan yang selaras dengan

peningkatan kesedaran akan kepentingan makanan untuk kesihatan.

Meningkatkan Penggunaan Nanas Per Kapita Setahun Akhirnya, adalah disarankan supaya jumlah penggunaan nanas segar untuk peringkat domestik meningkat

selaras dengan jumlah penambahan penggunaan per kapita setahun bagi setiap individu di Malaysia. Di

samping itu, program menjadikan varieti nanas Josapine sebagai nanas terbaik untuk kegunaan di makan

segar juga perlu diperhebatkan kerana keunikan serta kualitinya yang telah pun terbukti.

PENUTUP

Page 10: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 377

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dijadikan teras kepada penggunaan teknologi yang lebih

moden untuk meningkatkan produktiviti nanas sama ada yang ditanam ditanah gambut atau pun mineral.

Ini adalah kerana faktor-faktor petani yang baru menceburi tanaman nanas (pengalaman), bilangan pekerja

(buruh) yang mengusahakan ladang nanas, tahap pendidikan serta pendapatan petani yang tinggi

merupakan faktor-faktor penting permintaan terhadap teknologi baru nanas. Selain daripada itu, peranan

yang dimainkan oleh MOA serta agensi dibawahnya seperti LPNM, MARDI, DOA, FAMA dan LPP juga

perlu diperkasakan melalui sistem penyampaiannya yang berkesan bagi mempromosikan serta

meningkatkan lagi penggunaan dan pemasaran nanas diperingkat domestik dan luar Negara. Keupayaan

produk berasaskan nanas kita menembusi pasaran Negara-Negara luar serta penggunaan logo Halal yang

diiktiraf kerajaan di samping pengiktirafan kilang nanas yang bertaraf GMP (Good Manufacturing

Practices), HACCP dan ISO memberi impak yang positif terhadap industri pertanian Negara. Sehubungan

itu, penglibatan secara holistik semua pihak seperti MOA, pembuat dasar, agensi swasta, NGO, GLC,

universiti, persatuan nanas, kerajaan negeri, usahawan tani, pelajar, petani dan orang perseorangan adalah

amat diperlukan bagi memantapkan lagi daya saing industri nanas Negara.

RUJUKAN

Ball and Norton (2002). Agricultural Productivity: Measurement and Sources of Growth.

Boston/Dordrecht/London: Kluwer Academic Publishers.

Chan YK (1995). Performance and Stability of Pineapple Hybrids in GxE Trials in Malaysia. In

Proceedings of the 2nd

Symposium International Ananas, 20-24 February 1995. Martinique,

French & Wes Indies: Acta Horticultur, 425 : 201-211.

Johaary, A.H.,Abu, K.A.,Ariffin, T. dan Setefarzi, M.N. (2007). Teknologi Pertanian: Kajian Impak

Teknologi Bagi Penggunaan Varieti Nanas Josapine Di Kalangan Petani di Malaysia. Malaysian

Journal of Science and Technology Studies: Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Johaary, AH and Abu, K.A. (2008). Impact Assessment on Josapine Pineapple Variety Grown in Peat Soil.

Proceeding in International Symposium and Workshop on Tropical Peat Land at Hilton Kuching

Hotel, Sarawak on 19-22 August 2008.

Lee H.K (1996). ‘Josapine’: A new Pineapple Hybrid Developed at MARDI. In Mohamad, O., Mahani, et

al. (eds.). Proceedings of the 2nd

National Congress on Genetics. Kuala Lumpur, hlm. 217-220.

Malaysia (2000) Rancangan Malaysia Kelapan 2000-2005. Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana

Menteri: Kuala Lumpur.

Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan

Perdana Menteri : Putrajaya.

Mohamad, S.M. (2007). Meningkatkan Produktiviti Ladang Nanas: Memaksimumkan Penggunaan

Kepelbagaian-Bio dan Persekitaran Dalam Sistem Tanaman. Institut Penyelidikan dan Kemajuan

Pertanian Malaysia (MARDI). Serdang. Kertas Kerja Dibentangkan Pada Syarahan Khas

Penyelidikan pada 4 Oktober 2007.

Raziah ML (2010). Senario dan Prospek Industri Nanas Malaysia.Economic and Technology Management

Review. Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI). Serdang.

Ruttan, L.M (2003). How Individual and Institutions Matter. Review of Individuals, Institutions and

Markets by L. Mantzavinos, Cambridge University Press.

Skinner, J. and Staiger, D. (2005). The Adoption From Hybrid Corn to Beta Blockers. Proceedings at

Federal Reserve Bank of San Francisco, Nov 18-19, 2005.

Syahrin (2010). Kajian Impak Teknologi Nanas Maspine. Laporan Tidak Diterbitkan. Serdang, Institut

Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Syed A (2005). Anggaran Kos Pengeluaran dan Pendapatan Bagi Buah-Buahan. Serdang, Institut

Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Zairy Z (2009). Kajian Terhadap Ciri-Ciri Buah Nanas Segar Yang Menjadi Pilihan Pengguna. Laporan

Tidak Diterbitkan. Serdang, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Page 11: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

378 Mohd Johaary bin Abdul Hamid

JADUAL 1 : Frekuensi Diskriptif Bangsa, Jantina dan Tahap Pendidikan Responden

BANGSA FREKUENSI PERATUS (%)

Melayu 100 78.2

Cina 14 10.9

Lain-lain 14 10.9

Jumlah 128 100.0

JANTINA

Lelaki 93 72.1

Perempuan 36 27.9

Jumlah 129 100

TAHAP PENDIDIKAN

Tidak Bersekolah 15 11.8

Sekolah Rendah 47 37.0

Sekolah Menengah 62 48.8

Diploma / Ijazah / Sarjana 3 2.4

Jumlah 127 100.0

JADUAL 2 : Purata Umur, Tahun Dalam Pertanian, Pendapatan Sebulan, Luas Tanaman dan Bilangan

Pekerja

N Purata

Umur 129 49

Tahun dalam pertanian (pengalaman) 127 19.3

Pendapatan sebulan 71 2112.50

Luas tanaman (ha) 128 7.3

Bilangan pekerja 80 3

JADUAL 3 : Status tanah

Status Tanah Peratus (%) Peratus Kumulatif

Sendiri 90.4 90.4

Sewa 7.7 98.1

Lain-lain 1.9 100.0

JUMLAH 100.0

JADUAL 4 : Punca Modal

Punca Modal Peratus (%) Peratus Kumulatif

Simpanan 92.5 92.5

Pinjaman 1.9 94.4

Lain-lain 5.6 100.0

JUMLAH 100.0

Page 12: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 379

JADUAL 5 : Analisis Bagi Varieti Nanas Segar dan Kaleng Dari Aspek Harga Sulur (Benih), Harga Jualan

Diperingkat Ladang, Hasil Nanas Tan/Hektar Dan Pendapatan Kasar.

Varieti Harga sulur/

benih (RM)

Harga Jual

diperingkat

Ladang (RM)

Hasil tan/hektar Pendapatan Kasar

(RM)

Sarawak 0.18 1.25 9.5 11,875.00

Moris 0.15 0.60 26 15,600.00

Josapine 0.47 1.06 23 24,380.00

Gandol (N19) 0.10 0.45 15.8 7,110.00

N36 0.28 0.86 18.8 16,168.00

JADUAL 6 : Analisis Regresi Linear Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Terhadap

Teknologi Nanas Baru dan Kepuasan Terhadap Penggunaan Teknologi Nanas Sedia Ada.

Permintaan Terhadap Teknologi Baru Kepuasan Terhadap Teknologi

Sedia Ada

Faktor-faktor t Signifikan t Signifikan

Pendidikan -.936 .355 -1.253 .218

Tahun dalam

pertanian

(pengalaman)

-3.043 .004 .656 .516

Pendapatan sebulan -.546 .588 -1.812 .078

Luas tanaman -.375 .709 .161 .873

Bilangan pekerja 2.421 .020 -.369 .714

JADUAL 7 : Analisis Korelasi Pearson Terhadap Hubungan Yang Mempengaruhi Responden Mengenai

Permintaan Terhadap Teknologi Nanas Serta Kepuasan Penggunaan Teknologi Nanas Yang Diamalkan.

Permintaan Terhadap

Teknologi Baru Nanas

Kepuasan Terhadap

Penggunaan Teknologi Nanas

Yang Diamalkan Sekarang

Pendidikan Pearson

Correlation -.058 -.128

Sig. (2-tailed) .518 .154

N 126 126

Tahun terlibat dengan

pertanian (pengalaman)

Pearson

Correlation -.189(*) .233(**)

Sig. (2-tailed) .034 .009

N 126 126

Pendapatan sebulan Pearson

Correlation .050 -.254(*)

Sig. (2-tailed) .679 .034

N 70 70

Luas tanaman Pearson

Correlation -.008 -.017

Sig. (2-tailed) .930 .850

N 127 127

Bilangan pekerja Pearson

Correlation .180 .037

Sig. (2-tailed) .112 .746

N 79 79 * Korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 (2-tailed).

** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-tailed).

Page 13: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

380 Mohd Johaary bin Abdul Hamid

JADUAL 8 : Sikap (Hasrat) Responden Terhadap Permintaan Teknologi Baru Nanas Selain Daripada Yang

Diamalkannya Sekarang

Frekuensi Peratus (%) Peratus Kumulatif

Sangat Tidak Berhasrat 3 2.3 2.3

Tidak Berhasrat 1 .8 3.1

Sederhana 1 .8 3.9

Berhasrat 95 73.6 78.1

Sangat Berhasrat 28 21.7 100.0

Total 128 99.2

Tidak Menjawab Soalan 1 .8

JUMLAH BESAR 129 100.0

JADUAL 9 : Amalan, Penggunaan Serta Permintaan Terhadap Teknologi Baru Nanas

Amalan Teknologi Diamalkan

Sekarang

Teknologi Baru Nanas Yang

Diperlukan

(i) Penyakit - Racun

- Cabut & Buang

kawasan yang

bermasalah

- Racun khas untuk

nanas sahaja

- Teknik tanaman

(agronomi) yang

terkini bagi

mengelakkan

serangan penyakit

(contoh : sistem

‘intercrops’, fertigasi,

selimutkan)

(ii) Perosak - Racun

- Gali parit

- Buat perangkap

- Pagar zink

- Senjata api

- Pelihara anjing

- Racun khas untuk

nanas sahaja

- Pagar elektrik voltan

rendah dengan harga

yang murah (tidak

membahayakan

manusia)

- Perangkap yang

spesifik untuk musuh

yang spesifik.

(iii) Penyediaan tanah untuk

menanam benih (sulur)

- Cangkul

- Tugal

- Tombak

- Kayu

- Parang tumpul

- Jentera pertanian

yang berfungsi

membuat lubang bagi

menanam benih serta

menimbus semula

tanah yang digali (di

kawasan tanah

gambut)

(iv) Pengurusan Tanaman

(Memetik buah serta

membawa buah keluar

daripada ladang)

- Pisau

- Parang

- Bakul

- Kereta sorong

- Troli

- Guni

- Basikal

- Motor

- Gerabak

- Kubota

- Kenderaan bermotor

seperti enjin Vespa

yang diubahsuai –

‘Badang’ (yang

murah, efektif serta

sesuai masuk ke

dalam tanah gambut)

- Kren bagi

Page 14: PERMINTAAN TERHADAP TEKNOLOGI BARU BAGI · PDF filetanaman nanas adalah RM2,112.50 iaitu dengan purata keluasan tanah pertanian ... dan nanas kaleng dari aspek harga ... termurah adalah

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 381

mengangkut buah

dikawasan cerun

bukit (khusus untuk

kawasan tanah tinggi)

- Membina laluan /

landasan yang kukuh

supaya pengangkutan

mudah masuk dan

keluar di kawasan

ladang (terutama di

kawasan tanah

gambut)

(v) Penyelenggaraan Ladang

(Membersih dan

membinasakan tunggul lama)

- Parang

- Sabit

- Cangkul

- Racun Paraquat

- Jentolak/ Traktor atau

Cest (yang boleh

diubahsuai serta

boleh masuk ke

kawasan tanah

gambut)