permainan kanak-kanak

Upload: kalaivani-sandra

Post on 04-Mar-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

PERMAINAN KANAK-KANAKTAJUK PERMAINAN MENYUSUN PUZZLE GAMBARKONSEP PERMAINAN Pelajar dapat meningkatkan daya imaginasi dan ingatan. KEPENTINGAN Melatih kanak-kanak supaya fokus atau memberi sepenuh perhatian ketika melakukannya. Mempunyai ingatan jangka panjang semasa menyusun kepingan-kepingan puzzle tersebut sehingga selesai. Mengembangkan keupayaan kognitif (mental) apabila menggunakan otak bagi merancang dan menganalisis apakah bentuk sebenar gambar dalam permainan puzzle tersebut. Dapat meningkatkan daya imaginasi dan ingatan kanak-kanak bagi melengkapkan gambar puzzle tersebut. Dapat belajar memahami konsep bentuk, warna, ukuran dan jumlah.JENIS / KATEGORI Boleh menyusun puzzle secara individu atau berpasangan.CIRI-CIRI PERMAINAN Terdapat pelbagai jenis puzzle gambar seperti puzzle yang mempunyai 300 keping, 500 keping atau 1000 keping bagi membentuk sebuah gambar. Bagi kanak-kanak lemah diberikan puzzle yang lebih mudah untuk menyusun. Bagi kanak-kanak pintar cerdas puzzle yang seharusnya diberikan kepada mereka adalah berbentuk kompleks iaitu dari segi jenis gambar supaya mereka dapat berimaginasi dengan lebih tinggi lagi dalam menyelesaikan permainan tersebut.

CARA-CARA PERMAINAN i. Puzzle terdiri daripada pelbagai jenis gambar dimana kanak-kanak dikehendaki menyusun serpihan-serpihan kecil daripada kepingan tersebut untuk menjadikan ianya sebuah gambar. ii. Kanak-kanak harus memegang dan mengambil sesuatu dengan baik serta dapat memasang kepingan-kepingan tersebut dengan begitu berhati-hati sekali. iii. Kanak-kanak yang selesai menyusun gambar dengan betul dengan cepat dan dalam masa yang singkat dianggap sebagai pemenang.

KALAIVANI A/P R SANDRABT 1 PISMP SEM 2PERMAINAN KANAK-KANAKTAJUK PERMAINANPERMAINAN CUBA TEKAKONSEP PERMAINAN Pelajar dapat member sepenuh perhatian dalam sesuatu perkara dan mengembangkan keupayaan mental. KEPENTINGAN Melatih kanak-kanak supaya fokus atau memberi sepenuh perhatian ketika orang lain membuat aksi untuk meneka jawapan. Mengembangkan keupayaan kognitif (mental) apabila menggunakan otak bagi meneka jawapan yang betul. Menggalakkan sosial kanak-kanak dan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara kanak-kanak. Dapat menarik perhatian kanak-kanak serta merangsang minda mereka. JENIS / KATEGORI Permainan ini boleh dilakukan di dalam kelas secara berkumpulan. CIRI-CIRI PERMAINAN Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan. Kad-kad disediakan dengan nama binatang dan objek. Kanak-kanak perlu membuat bunyi ataupun aksi sepertimana nama yang terdapat dalam kad. Setiap kumpulan diberikan 1 minit untuk membuat aksi.

CARA-CARA PERMAINAN i. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak dikehendaki duduk dalam kumpulan. ii. Guru akan memberikan kad tentang nama binatang atau objek yang berlainan kepada wakil kumpulan yang akan melakukan aksi. iii. Kemudian kanak tersebut akan membuat bunyi, aksi binatang atau objek dan ahli kumpulannya perlu meneka binatang atau objek tersebut. iv. Kanak-kanak perlu membuat bunyi ataupun aksi sepertimana nama yang terdapat dalam kad.v. Ahli kumpulan mereka perlu meneka dengan betul dalam masa yang ditetapkan. vi. Setiap kumpulan diberikan 1 minit. vii. Setiap kumpulan perlu meneka dengan betul seberapa yang mungkin dalam 1 minit ini. viii. Apabila mereka telah meneka dengan betul boleh membuat aksi kepada kad seterusnya. ix. Kalau tidak dapat meneka oleh ahli kumpulan, wakil tersebut boleh guna kad seterusnya tanpa membuang masa. x. Selepas 1 minit wakil kumpulan akan bertukar untuk membuat aksi. xi. Kumpulan yang meneka banyak dalam permainan ini akan dipilih sebagai pemenang.

KALAIVANI A/P R SANDRABT 1 PISMP SEM 2