perkataan al-saff ayat ke empat dalam surah al-saff...

16
Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam _________________________________________ 1 PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF DAN HUBUNGANNYA DENGAN DAKWAH Lutpi Mustafa [email protected] Mohd Shafiee Hamzah [email protected] Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Malaysia THE WORD ‘AL-SAFF’ TAKEN FROM THE SURAT AL-SAFF, VERSE 4 AND ITS RELATION TO DA’WAH ABSTRACT The study discusses about the word ‘saff’ taken from the Surat al-Saff, verse 4 and its relation to da’wah. This method of study is actually content analysis which uses qualitative method, having to do with library reference. The objective of this study is to explain the meaning of the word ‘saff’ and its relation to da’wah. The study analysis is carried out using the inductive dan deductive methods in order to produce a good study outcome. The finding in study concludes that the word ‘saff’ is related to da’wah and struggle. In this study, the word ‘saff’ is interpretted as the line-up is solat, struggle, jama’ah and unity of ummah. The study board suggests that more detailed studys should be conclucted on this verse in order to know the figurative and literal meaning as well as the lessons that can be derived. Key Words: Surat al-Saff, da’wah, unity of ummah ABSTRAK Kajian ini membincangkan mengenai perkataan Saff yang diambil dari Surah al-Saff, ayat keempat dan hubungan dengan dakwah. Kaedah kajian ini merupakan analisis kandungan yang menggunakan metode kualitatif yang terarah kepada rujukan perpustakaan. Objektif kajian ini menjelaskan maksud perkataan saff dan hubungan dengan dakwah. Analisis kajian ini dibentuk dengan menggunakan metode induktif dan deduktif bagi merumuskan hasil kajian yang baik. Dapatan dalam kajian ini merumuskan bahawa perkataan saff mempunyai kaitan dengan dakwah dan perjuangan. Dalam kajian ini, perkataan saff dijelaskan sebagai barisan solat, saff dengan maksud perjuangan, jama’ah dan kesepaduan ummah. Kajian ini mencadangkan supaya kajian-kajian lebih terperinci dilakukan mengenai ayat ini untuk mengetahui maksud yang tersusat dan tersirat serta pengajaran yang baik. Kata Kunci: Surah al-Saff, dakwah, kesepaduan ummah

Upload: others

Post on 04-Dec-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

1

PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF DAN

HUBUNGANNYA DENGAN DAKWAH

Lutpi Mustafa [email protected]

Mohd Shafiee Hamzah [email protected]

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

Universiti Sultan Zainal Abidin Malaysia

THE WORD ‘AL-SAFF’ TAKEN FROM THE SURAT AL-SAFF, VERSE 4

AND ITS RELATION TO DA’WAH

ABSTRACT

The study discusses about the word ‘saff’ taken from the Surat al-Saff, verse 4 and its

relation to da’wah. This method of study is actually content analysis which uses

qualitative method, having to do with library reference. The objective of this study is

to explain the meaning of the word ‘saff’ and its relation to da’wah. The study

analysis is carried out using the inductive dan deductive methods in order to produce a

good study outcome. The finding in study concludes that the word ‘saff’ is related to

da’wah and struggle. In this study, the word ‘saff’ is interpretted as the line-up is

solat, struggle, jama’ah and unity of ummah. The study board suggests that more

detailed studys should be conclucted on this verse in order to know the figurative and

literal meaning as well as the lessons that can be derived.

Key Words: Surat al-Saff, da’wah, unity of ummah

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan mengenai perkataan Saff yang diambil dari Surah al-Saff,

ayat keempat dan hubungan dengan dakwah. Kaedah kajian ini merupakan analisis

kandungan yang menggunakan metode kualitatif yang terarah kepada rujukan

perpustakaan. Objektif kajian ini menjelaskan maksud perkataan saff dan hubungan

dengan dakwah. Analisis kajian ini dibentuk dengan menggunakan metode induktif

dan deduktif bagi merumuskan hasil kajian yang baik. Dapatan dalam kajian ini

merumuskan bahawa perkataan saff mempunyai kaitan dengan dakwah dan

perjuangan. Dalam kajian ini, perkataan saff dijelaskan sebagai barisan solat, saff

dengan maksud perjuangan, jama’ah dan kesepaduan ummah. Kajian ini

mencadangkan supaya kajian-kajian lebih terperinci dilakukan mengenai ayat ini

untuk mengetahui maksud yang tersusat dan tersirat serta pengajaran yang baik.

Kata Kunci: Surah al-Saff, dakwah, kesepaduan ummah

Page 2: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

2

Pengenalan

Ayat keempat dalam Surah al-Saff ini menyatakan tentang perjuangan dakwah yang

perlu berada dalam satu barisan yang tersusun kukuh dan kuat agar tidak dapat

tumbangkan oleh musuh-musuh yang datang menjelma.

ب الذين ي حقاتلحون ف سبيله صف يح يان أنح ا ك إن الل مرصحوص م ب حن

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyintai orang yang berjuang di jalanNya

dalam satu barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu

bangunan yang tersusun kukuh.” (al-Saff: 4).

Maksud Ayat

Ayat ini terkait dengan kecintaan Allah terhadap mereka yang berjuang dan berjihad

di jalanNya dalam satu saff yang kuat dan tersusun. Ibn Kathir (1988) menafsirkan

bahawa ayat ini merupakan berita baik dari Allah tentang kecintaanNya terhadap

orang-orang beriman yang berjuang dalam satu saff berhadapan dengan musuh-musuh

Allah. Mereka berjihad di atas jalan Allah menentang kaum kufur agar kalimahNya

tetap utuh dan sentiasa berada di atas ubun-ubun. Allah menyukai mereka yang

meneruskan perjuangan itu kerana berada dalam satu kelompok jama’ah bagaikan

satu bangunan yang berdiri kukuh, kuat dan tidak mungkin dapat diruntuhkan.

Sebab itu, perjuangan Islam merupakan perjuangan untuk mencari keredhaan

Allah yang memerlukan cara dan kaedah yang tertentu. Menurut Yusuf al-Qardawi

(2009), perjuangan dalam gerakan Islam harus berdasarkan strategi dan perancangan

untuk membangunkan sasaran-sasaran agar dapat direalisasikan Manakala Khatib al-

Sharibini (1285H) dalam huraiannya mengenai ayat ini memperkatakan tentang sifat

kesempurnaan Allah, iaitu ( yang melahirkan sifat cinta kepada hambaNya yang (الحب

berjuang dan berjihad di atas jalanNya dalam satu organisasi yang kemas tersusun dan

Allah pasti memudahkan jalan untuk mencapai redhaNya. Apabila berlalunya

peristiwa hijrah, di sana Allah telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada anggota

jama’ah yang mengikut baginda s.a.w. dengan memberi pertolongan dan kekuatan

yang tidak diperolehi sebelum ini. Lalu Allah mengfardukan jihad ke atas mereka

melalui beberapa ayat, termasuk ayat di atas (al-Syafi’i, 2006).

Ayat ini melanjutkan bicaranya dengan menyebut: ( كأنهم مرصوصصفا بنيان )

yang bererti: “Berada dalam satu barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti

suatu bangunan yang tersusun kukuh.” Menjelaskan ayat ini, al-Sa’d (2002) dalam

tafsirnya menghuraikan tentang gesaan Allah terhadap hamba-hambaNya supaya terus

Page 3: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

3

istiqamah berada di atas jalanNya, di samping mengajar mereka cara-cara perjuangan

dengan membina saff yang tersusun kukuh dan kuat. Manakala Abu Hatim (1997)

dalam pandangannya menjelaskan, bahawa Allah Taala telah mengatur segala urusan

orang-orang mukmin dengan membina saff dalam perjuangan dan dalam mendirikan

solat. Pandangan beliau ini merumuskan tentang maksud perkataan al-Saff ( (الصف

yang dapat dibahagikan kepada dua, iaitu saff dalam perjuangan dan saff dalam

mendirikan solat.

Menjelaskan ayat: (مرصوص بنيان iaitu: “Seperti bangunan yang tersusun (كأنهم

kukuh” bahawa ayat ini menggambarkan usaha sepakat dan kerjasama yang erat

dilakukan oleh para pejuang di sepanjang jalan untuk meninggikan agama Allah

sebagai satu binaan yang tersusun kukuh dan kuat yang tidak mungkin dapat

dirobohkan. Memimpin pandangan Sayyid Qutb (1988), tafsirannya adalah terarah

dan beliau menjelaskan, andaikata batu-bata itu tidak tersusun rapi, sama ada

terkeluar ke hadapan atau ke belakang atau batu-bata itu terpisah dari pegangan batu-

bata di bawahnya atau di atasnya atau di sebelahnya, maka struktur bangunan itu tidak

lagi kuat dan tidak selamat lagi digunakan, kerana susunan bangunan itu akan menjadi

senget dan berat sebelah, tidak seimbang dan pasti akan tumbang. Sesungguhnya

contoh perbandingan ini merupakan gambaran tentang hakikat yang sebenar, iaitu

gambaran tentang tabiat sebuah jama’ah yang terikat kukuh di antara para

anggotanya, ikatan sebuah perasaan, ikatan ukhuwwah dan ikatan harakah di bawah

satu sistem amal jama’i yang tersusun untuk mencapai matlamat keredhaan Allah.

Deskripsi Perkataan Saff dan Hubungannya dengan Dakwah

Ayat di atas menyebut perkataan (صفا) yang diterjemahkan dengan makna barisan.

Para ilmuan Islam dalam kalangan ulama tafsir telah menjelaskan pengertian

perkataan saff ini dalam empat keadaan, iaitu saff dalam ibadat solat, saff dengan

makna perjuangan, saff dengan makna jama’ah Islam dan saff dengan makna kesatuan

ummah. Penjelasan mengenai makna-makna saff ini adalah sebagaimana berikut:

Saff dengan Makna Barisan

Saff dengan makna barisan dalam ibadat solat telah dijelaskan oleh al-Suyuti (2003)

dalam kitabnya al-Durr al-Manthur al-Tafsir bi al-Ma’thur. Menunaikan ibadat solat

secara berjama’ah memerlukan keteraturan dan penyusunan saff yang dibina dalam

keadaan rapat, kedudukan kaki adalah sama dan tiada kelompangan di antara

seseorang jama’ah. Arahan membetulkan saff telah dijelaskan dalam sebuah hadith,

sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah

bersabda:

Page 4: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

4

ا تصفون بصفوف المل وا وسدوا اللل ولين اذوا بي المناكب وح ة ئك أقيموا الصفوف فإنم ت ب ا وصل صف ومن ان ف أيدي إخوانكم ول تذروا ف رجات للشميط ارك وت عال ومن وصله اللم

تبارك وتعال قطع صف ا قطعه اللم

Maksudnya:

“Hendaklah kamu luruskan saff, sesungguh kamu berbaris bersama saff

para malaikat, samakan di antara bahu-bahu kamu dan penuhi ruang-

ruang kosong, lembut tangan saudara kamu, jangan biarkan ruang-

ruang kosong untuk syaitan, sesiapa yang menyambung saff, maka Allah

akan menyambungkannya dan sesiapa yang memutuskan saff, maka

Allah akan memutuskannya.” (Ahmad, 2009).

Hadith ini membicarakan tentang kepentingan meluruskan saff ketika

menunaikan solat dan memenuhi ruang-ruang saff yang kosong di antara ahli jama’ah

adalah termasuk dalam perkara membetulkan saff. Menurut Abd al-Rahman Abadi

(2005), maksud hadith di atas mengenai menyambung saff dijelaskan sebagai mereka

yang datang pada saff tersebut dan kemudian memenuhi ruang-ruang kosong di celah-

celah antara para jama’ah solat. Maksud Allah menyambungnya dijelaskan sebagai

Allah menyambung dengan rahmatNya sehingga selesai menunaikan solat. Manakala

maksud sesiapa yang memutuskan saff pula ialah mereka yang tidak memenuhi

ruang-ruang saff yang kosong. Dengan sebab itu, Allah akan memutuskan rahmatNya

dan tidak akan memeliharanya.

Di dalam sebuah hadith yang lain, sebagaimana diriwayatkan dari Abu

Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

است ووا ول تتلفوا فتختلف قلوبكم

Maksudnya:

“Luruskanlah saff kamu dan jangan bercerai-berai, nanti hati-hati kamu

pula akan tercerai-berai.” (Muslim, 1996).

Meluruskan dan membetulkan saff merupakan amalan yang sangat dituntut

sebelum mendirikan solat secara berjama’ah. Amalan ini diajar oleh Nabi s.a.w.

secara praktikal dan baginda tidak akan menunaikan solat sehingga baginda berpuas

hati melihat saff para jama’ah itu sempurna. Oleh itu, setiap kali menunaikan ibadat

ini para imam disunatkan untuk memberi peringatan kepada para makmun supaya

membetulkan saff. Manakala para makmun hendaklah menoleh ke kiri kanan sahabat

mereka agar merapatkan dan meluruskan saff sehingga bahu dan tumit mereka

bersentuhan tanpa ada ruang di antara mereka untuk syaitan berdiri di celah mereka.

Page 5: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

5

Pentingnya meluruskan saff sehingga amalan ini dianggap sebagai sebahagian

daripada mendirikan solat, sebagaimana dinyatakan dalam sebuah hadith yang

diriwayat daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

ة ل سووا صفوفكم فإنم تسوية الصفوف من إقامة الصم

Maksudnya:

“Luruskan saff-saff kamu, kerana meluruskan saf itu termasuk dalam

mendirikan solat.” (al-Bukhari, 1986).

Persoalan memelihara dan merapatkan saff dalam solat perlu dilihat dari sudut

kesatuan umat Islam yang bermula dari ibadat solat. Dengan pembinaan saff-saff yang

betul ini melambangkan ikatan persaudaraan umat Islam terjalin dari sudut zahir dan

batin (Hasna, 2016). Namun, persoalan ini kian terabai dan diambil mudah. Ramai

dalam kalangan ahli jama’ah tidak menghiraukan tuntutan ini sebagaimana yang

berlaku di masjid-masjid hari ini. Saff-saff solat mereka kelihatan renggang, tidak

betul dan tidak sekata. Apa yang mengecewakan, terdapat dalam kalangan imam

sendiri yang tidak mengambil cakna mengenai perkara ini. Sedangkan dalam hadith-

hadith Nabi s.a.w. mengenai persoalan merapatkan saff sangat menitik-beratkan

kesempurnaannya (Ari Syaeful, 2017) sehingga terdapat hadith-hadith berbentuk

ancaman terhadap mereka yang tidak lurus dalam saff solat.

Di antara hadith tersebut sebagaimana yang diriwayat dari al-Nu’man bin

Bashir r.a. bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabada:

لتسونم صفوفكم أو ليخالفنم الله بي وجوهكم

Maksudnya:

“Hendaklah kamu meluruskan saff-saff kamu atau Allah akan

memperselisihkan di antara wajah-wajah kamu.” (Muslim, 1996).

Menurut Imam al-Nawawi (T.th), menjelaskan maksud ‘perselisihan wajah’ di

sini adalah terarah kepada permusuhan dan kebencian, perubahan wajah secara zahir

akan terkesan kepada hati secara batin. Manakala al-Qurtubi menyatakan, apa yang

dimaksudkan dengan ‘perselisihan hati’ pada hadith di atas adalah sikap seseorang

jama’ah yang tidak meluruskan saffnya dengan berdiri kehadapan atau ke belakang

yang menunjukkan kesombongan dalam hatinya yang tidak mahu teratur. Sikap

seumpama ini akan merosakkan hati dan akan menimbulkan gejala perpecahan (al-

‘Asqalani, 1986).

Page 6: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

6

Di antara kesan buruk dengan sebab perbuatan yang tidak merapatkan saff

atau menyambung saff ialah:

a. Kedudukan saff yang tidak betul menyebabkan solat menjadi tidak sempurna,

sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayat dari Anas bin Malik r.a.

bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

لة لصم اسووا صفوفكم فإنم تسوية الصفوف من إقامة وف لفظ: فإنم تسوية الصمف من تام الصملة

Maksudnya:

“Betulkan saff-saff kamu, kerana meluruskan saff-saff termasuk dalam

perkara menegakkan solat, dalam lafaz yang lain: Kerana meluruskan

saff termasuk kesempurnaan solat.” (al-Bukhari, 1986).

b. Keadaan saff yang tidak betul dan tidak sempurna merupakan punca

perpecahan umat Islam. Perkara ini dijelaskan oleh Nu’man bin Bashir r.a. dalam

sebuah hadith dengan sanad yang sahih:

الله ا صفوفكم ثلثا و ل أقيمو ف قاهه أق بل رسول الله صلى الله عليه وسلم على النماس بوج نكبه بنكب صاحبه ت الرمجل ي لزق م ال ف رأي ق بكم لو لتقيمنم صفوفكم أو ليخالفنم الله بي ق

وركب ته بركبة صاحبه وكعبه بكعبه

Maksudnya:

“Rasulullah s.a.w. pernah menghadap ke arah jama’ah solat dan

bersabda: Betulkan saff-saff kamu (diulang tiga kali), demi Allah..!

Apabila kamu tidak menegakkan saff kamu nanti Allah akan mencerai-

beraikan hati kamu. Nu’man berkata: Aku melihatkan sendiri masing-

masing di antara kami saling merapatkan bahunya dengan bahu

sahabatnya, lututnya dengan lutut sahabatnya dan tumitnya dengan tumit

sahabatnya.” (Abu Dawud, 1990).

c. Susunan saff dalam ibadat solat yang tidak betul dan tidak lurus pasti tidak

akan mendapat rahmat dari Allah, sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadith

sahih:

ا درجة رجة رف عه الله ب ف من سدم و فوف لص إنم الله وملئكته يصلون على المذين يصلون ا

Page 7: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

7

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya selalu mendoakan orang-

orang yang menyambung saff-saff dalam solat, sesiapa yang mengisi

kekosongan saff akan diangkat satu darjat oleh Allah.” (Ibn Majah, 2015).

Menurut al-‘Asqalani (1986), berdasarkan keterangan hadith-hadith di atas,

melurus, membetul dan merapatkan saff dalam ibadat solat secara jama’ah

menghukumkannya sebagai wajib dan tidak menyempurnakannya adalah haram.

Saff dengan Makna Perjuangan

Saff dengan makna perjuangan dalam peperangan untuk menegakkan agama Allah,

kerana mereka yang berjuang dan berjihad di jalan Allah memerlukan kepakaran dan

strategi untuk menghadapi barisan musuh, memerlukan kekuatan dan kecekalan, tidak

boleh terburuh-buru, saling berganding bahu dan bantu-membantu. Perkara ini

dijelaskan oleh al-Baghawi (1993) bahawa maksud dari ayat di atas ialah mereka yang

berada di dalam satu saff perjuangan dan tidak mungkin akan bergoyah dari tempat

tersebut.

Manakala al-Qurtubi (1988) menjelaskan makna saff sebagai perjuangan

menentang musuh-musuh Allah, di mana Allah menyifatkan hubungan orang-orang

mukmin bagaikan sebuah bangunan kukuh dalam perjuangan mereka dan dalam solat

mereka. Beliau kemudian mengukuhkan makna saff ini sebagai pembuktian bahawa

perjuangan dalam keadaan berjalan lebih baik daripada menunggang.

Menurut Jainudin (2017) dalam kajiannya mengenai konsep jihad menurut

Surah al-Saff, beliau merumuskan bahawa surah ini menceritakan tentang barisan

perjuangan dalam menegakkan agama Allah dengan tawaran pahala yang Allah

janjikan kemenangan apabila mengikuti seruanNya dengan mengadaikan harta dan

jiwanya semata mata demi perjuangan dakwah.

Dengan demikian, konsep perjuangan dalam Islam mestilah menepati al-Qur’an

dan al-Sunnah serta ijmak ulama supaya konsep tersebut tidak disalah-tafsirkan

(Ramlan, 2016) sebagai golongan teroris yang menafsirkan perjuangan itu sebagai

jihad semata-mata yang menghalalkan pembunuhan dan pertumpahan darah (Muhd

Imran, 2018).

Perkataan Saff diertikan Sebagai Jama’ah

Perkataan saff diertikan sebagai jama’ah dalam kalangan orang-orang Islam yang

berjuang di jalan Allah. Ini kerana konsep jama’ah adalah konsep penyusunan idea

Page 8: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

8

dan pendapat untuk membentuk Wahdat al-Fikri dan Wahdat al-‘Amali yang

memerlukan kesatuaan dalam apa jua tindakan supaya perjuangan yang dilakukan itu

terarah dan menepati objektif. Menjelaskan perkara ini, Sayyid Qutb (1998) dalam

huraiannya menjelaskan bahawa perkataan saff di dalam Surah al-Saff bererti jama’ah

Islam.

Penghuraian ayat di atas terkait dengan perkataan saff ini menerangkan

bahawa dalam sebuah jama’ah tidak boleh terdapat percanggahan yang boleh

membawa kepada permusuhan yang pada akhirnya mengakibatkan hancurnya

jama’ah tersebut. Perkara ini ditegaskan oleh al-Maraghi (1946) dalam tafsirnya,

bahawa pertentangan yang menyebabkan rosaknya hubungan dalam jama’ah akan

membawa kepada kelemahan dan kegagalan serta kehancuran. Dengan itu, konsep

berjama’ah sangat penting dan merupakan perkara asas dalam sesuatu pengurusan.

Menurut Said Hawa (1981), di antara ciri-ciri sesebuah jama’ah Islam ialah

menggunakan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan yang dibangunkan

untuk menegakkan agama Allah dan membina Dawlah Islamiyah di atas muka bumi.

Jama’ah tersebut hendaklah memahami Islam secara shumul dan pendekatan dakwah

yang diamalkan adalah bersifat komprehensif, tidak terbatas hanya kepada sesebuah

negara atau suku bangsa. Ini kerana, dakwah Islam adalah dakwah untuk sekelian

alam yang menekankan semua umat Islam adalah Wahdat al-Ummah dan sentiasa

bergerak ke arah matlamat yang satu.

Manakala Mustafa Masyhur (1995) yang mengulas ciri-ciri sebuah jama’ah

Islam mesti mengikut kaedah perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. ketika

berdakwah, sama ada sebelum hijrah atau selepas hijrah sehingga tertegaknya sebuah

negara Islam. Kaedah dakwah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. adalah secara

berperingkat-peringkat, beransur-ansur, jelas dan terang ketika membawa risalah

dakwah, dilaksanakan secara berhikmah dan sentiasa berwaspada dalam setiap

langkah serta mengambil kira faktor persekitaran.

Oleh itu, sesebuah jama’ah yang didokong memerlukan sistem pengurusan

yang baik dan berkesan, sama ada dari sudut organisasinya atau pelaksanaan

programnya atau perancangan yang diatur. Namun, terkadang sistem pengurusan

memerlukan maslahat (Abdul Hadi, 2016) dan kesesuaian mengikut situasi

setempat,supaya penyampaian dakwah dapat diterima oleh masyarakat dengan

sempurna.

Page 9: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

9

Saff dengan Makna Memelihara Kesatuan Umat Islam

Perkataan saff diertikan dengan makna perintah dan anjuran memelihara kesatuan

ummah dan menjauhkan dari perpecahan, perbalahan dan perselisihan sehingga

membawa kepada pergaduhan, sebagaimana yang ditegaskan dalam al-Qur’an:

يعا ول ت فرمقوا واذكرو ء فألمف بي ق لوبكم فأصبحتم كم إذ كنتم أعداللم علي اعمت ا ن واعتصموا ببل اللم ج بنعمته إخوان

Maksudnya: “ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan

janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika

kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan

hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara.”

(Ali Imran: 103).

Menjelaskan ayat ini, Syeikh al-Sa’di dalam tafsirnya menegaskan, bahawa

perpecahan dan permusuhan dalam kalangan kaum muslimin akan merosakkan

hubungan mereka dan memutus ikatan ukhuwwah sesama mereka, mereka akan

bersikap individualistik dan bekerja berdasarkan hawa nafsu sendiri, perkara ini akan

memberi bahaya kepada maslahat umum.

Dalam sebuah hadith, sebagaimana yang diriwayat dari Nu’man bin Basyir,

bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

هم ى له سائر جسده ا اشتكى عضوا تداع لسد إذ ثل ا كم وت وادهم وت عاطفهم ت رى المؤمني ف ت راح بلسمهر والممى

Maksudnya: “Kamu akan melihat orang-orang mukmin dalam hal saling mengasihi,

mencintai, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota

tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan panas (turut

merasakan sakit).” (al-Bukhari, 1986).

Gambaran kesatuan umat Islam dan melarang daripada melakukan perpecahan

telah dijelaskan dalam sebuah hadith, sebagaimana hadith yang diriwayat darri Abu

Musa, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

يان يشد ب عضه ب عضا وش ه أصابع ك بي بم المؤمن للمؤمن كالب ن

Page 10: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

10

Maksudnya:

“Orang-orang mukmin sesama mukmin bagaikan satu bangunan yang

satu sama lain saling menguatkan, sambil Rasulullah s.a.w. memasukkan

jari-jari tangannya.” (al-Bukhari, 1986).

Contoh perbandingan Rasulullah s.a.w. ini sungguh tepat, kerana ribuan batu-

bata yang berselerak di tepi-tepi jalan tidak mempunyai apa-apa nilai kerana tidak

dimanfaatkan. Tetapi apabila batu-bata tersebut diikat dan disusun dengan teratur dan

rapi, maka ianya akan membentuk suatu dinding yang kuat untuk membina sebuah

bangunan kukuh yang tidak mungkin dapat dirobohkan. Gambaran ini sama dengan

gambaran yang terdapat dalam Surah al-Saff ayat yang keempat ini, bahawa sikap

tolong-menolong dan bantu-membantu di atas jalan Allah untuk keperluan saudara

seagama termasuk alam konsep jihad. Perkara ini termasuk dalam perkara melepaskan

kesusahan yang dihadapi oleh saudara semuslim, nanti kita akan dilepaskan dari

kesusahan pada hari akhirat, benarlah sabda Nabi s.a.w.:

نيا ن القيامة بة من كراب ي وم عنه كر الله فس من ن فمس عن مؤمن كربة من كراب الد ته الله ف من ست مسلما س و الخرة يا و ن يسمر على معسر يسمر الله عليه ف الد ومن

ن يا اخيه د ف عون لعب ا ان والخرة والله ف عون العبد ما ك الد

Maksudnya:

“Sesiapa yang melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia,

Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat,

sesiapa yang meringankan penderitaan seseorang, Allah akan

meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat, sesiapa yang menutup

keaiban seseorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan

akhirat, Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu menolong

saudaranya.” (Muslim, 1996).

Implementasi Saff Sebagai Perjuangan Dakwah Terfokus

Muqatil Ibn Hayyan menjelaskan, bahawa ayat ini terkait dengan rungutan orang-

orang mukmin mengenai amalan yang paling disukai oleh Allah untuk mereka

amalkan. Kemudian Allah menunjukkan kepada mereka amalan yang paling disukai

melalui firmanNya ini: Bahawa Allah menyukai orang-orang yang berperang di

jalanNya dalam keadaan saff yang teratur. Mereka telah diuji oleh Allah melalui

peperangan Uhud, namun mereka berpaling dari Rasulullah s.a.w. dan meninggalkan

baginda.

Di dalam sepotong hadith yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri

r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Page 11: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

11

“Terdapat tiga kelompok orang yang Allah akan tertawa kepada

mereka, iaitu orang yang bangun tengah malam, orang-orang berada

dalam saff jama’ah untuk mendirikan solat dan orang-orang yang

berada dalam saff untuk berperang.” (Ahmad, 2009).

Menjelaskan perkataan (صفا) dalam ayat di atas, Ibn ‘Abbas r.a. menafsirkan dengan

makna tetap berdiri teguh di atas agama Allah, tidak tumbang-ambing dan masing-

masing dengan peranan serta mempunyai ikatan yang erat di antara satu sama lain.

Terkait dengan ayat ini, Qatadah cuba menjelaskan maksud contoh

perbandingan yang dikemukakan oleh Allah ( مرصوصكأ بنيان نهم ) - Bahawa hubungan

akrab dan erat di antara orang-orang muslim sesama muslim bagaikan satu bangunan

yang tersusun kukuh. Seseorang kontraktor yang membina sebuah bangunan

mengarahkan para pekerjanya agar melakukan kerja-kerja pembinaan mengikut segala

arahan yang ditetapkan. Penggunaan segala bahan material adalah mengikut

klasifikasi yang ditetapkan seperti adunan pasir dan simen serta bahan-bahan yang

lain. Tujuannya adalah untuk menjaga supaya bangunan yang dibina berdiri kukuh

dan tidak mungkin akan runtuh.

Demikian juga, bahawa Allah Yang Maha Perkasa tidak suka seandainya

perintahNya tidak dipatuhi dan apatah lagi diabaikan. Dia telah membariskan orang-

orang mukmin dalam peperangan dan ibadat solat dalam satu saff supaya mereka

dapat memusatkan ubudiyyah mereka kepadaNya. Dengan sebab itu, ayat ini secara

tidak langsung mengarahkan supaya setiap muslim wajib berpegang teguh pada

perintah Allah, kerana Dia adalah Tuhan yang menjadi pelindung kepada setiap

hamba berrpegang teguh kepadaNya.

Hubungan Ayat dengan Dakwah

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah amat menyintai orang-orang yang berjuang

dan berjihad di jalanNya, iaitu mereka yang melakukan perjuangan dakwah untuk

menyeru manusia ke pangkuan Allah (Levis B. Ch. Pellot and J.Schacht, 1965), sama

ada mereka menggunakan senjata yang berada di medan juang menghadapi musuh

atau menggunakan ucapan dan perkataan yang dilakukan secara berjama’ah dalam

satu saff organisasi yang tersusun kukuh. Perjuangan dakwah juga boleh diaplikasikan

dalam bentuk tulisan yang dihasilkan melalui buku-buku dan karya-karya yang

ditulis.

Syarat untuk mendapatkan kecintaan dari Allah bukan hanya semata-mata

berjuang di atas jalanNya, bahkan harus bersatu dalam satu saff perjuangan yang

didokong oleh mereka yang mempunyai kepimpinan yang terancang. Perbandingan

yang dinyatakan dalam ayat di atas sungguh menakjubkan. Saff perjuangan yang

Page 12: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

12

dibina bagaikan sebuah bangunan yang kukuh sebagai perlambangan tentang ikatan

anggota jama’ah dan ikatan perjuangan yang tersusun dan terancang. Ini kerana, tidak

mungkin sesebuah bangunan itu akan dapat berdiri kukuh andaikata batu batanya

rapuh dan kualiti pasir yang diadun dengan simen tidak mengikut spesifikasi yang

ditetapkan, pasti bangunan itu akan mudah roboh dan runtuh. Begitu juga dalam

dakwah, bahawa setiap individu muslim yang terbina di atas jalannya seharus

mempunyai iman yang mantap dan dikuasai dengan keikhlasan yang benar-benar

hebat.

Pentingnya konsep berjama’ah dalam perjalanan dakwah ke jalan Allah

dijelaskan dalam beberapa hadith, di antaranya ialah hadith yang diriwayat oleh al-

Turmidhi:

د من اراد ي أبعلثنياكم والفرقة وعليكم بلماعة فان الشيطان مع الواحد وهو من اإ ببوحة النة فليلزم الماعة

Maksudnya:

“Jauhkan kamu dari perpecahan dan hendaklah kamu bersama

jama’ah, kerana syaitan bersama dengan orang yang kesepian, namun

dia menjauhkan diri ketika orang itu berdua, oleh itu sesiapa yang

mahukan hidup di tengah syurga, maka dia hendaklah bersama dengan

jama’ah.”(Turmidhi, 1996).

Sabda Rasulullah s.a.w.:

سبيل الل فالهاد و جرة بلماعة والسمع والطاعة واله ن آمركم بخمس الل أمرني بنأو ع أن يرجل إ سلم من عنقهنه من خرج من الماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الإإف

لم ه مسن صام وصلى وزعم أنإن صلى وصام قال و إيا رسول الله و قالوا

Maksudnya:

“Aku menyuruh kamu dengan lima perkara yang Allah memerintahkan

aku dengannya, iaitu: tetap bersama jama’ah, dengar dan patuh,

berhijrah dan berjihad di jalan Allah. Maka sesungguhnya sesiapa yang

keluar meninggalkan jama’ah sekadar sejengkal, maka dia telah

mencabut ikatan Islam dari tengkoknya sehinggalah dia kembali semula

bersama jama’ah, sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, sekali pun

orang itu bersolat dan berpuasa? Baginda menjawab: Ya, sekalipun dia

berpuasa dan bersolat, dia menyangka seorang muslim.” (Ahmad,

2009).

Page 13: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

13

Dalam hadith yang diriwayatkan dari Jabir bin Abd Allah r.a. bahawa

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

قيامة ي وم ال ن إل ريل ت زال طائفة من أممت ي قاتلون على الق ظاه

Maksudnya:

“Akan sentiasa ada satu golongan dari umat ku, yang sentiasa berjuang

di atas kebenaran berterusan secara nyata sehingga ke hari kiamat.”

(Muslim, 1996).

Kefahaman tentang konsep perjuangan secara berjama’ah ini digambarkan

oleh kata-kata Umar al-Khattab r.a.:

ل إسلم إل بجماعة ول جاعة إل بإمارة

Maksudnya:

“Tidak sempurna Islam melainkan dengan jama’ah, tidak sempurna

jama’ah melainkan dengan kepimpinan.”(al-Darimi, 1987).

Menurut Jamil Farooqui (2014) dalam kajiannya berjudul The Sociological

Approach to Islamic Da‘wa menjelaskan bahawa tiga aspek dakwah yang sangat

terkesan kepada hubungan sosial dan kehidupan individu yang perlu diberi perhatian,

iaitu:

“First, the significance of da‘wah from the sociological perspective is

the nature of intellectual interaction where there is an exchange of ideas and

ideals affecting the mind-set of individuals. Second, it is a vital form of social

transformation which takes place at the intellectual level and proceeds to the

physical level. Third, it has a distinct method based on the communicator,

content, recipient and the style of communication.”

Setiap individu dakwah masing-masing mempunyai peranan untuk membina

nilai upaya dengan kemampuan dan kebolehan yang ada (Abdul Ghafar dan Jaffary,

2009), kerana di sana terdapat pelbagai cabang-cabang dan juzuk-juzuk dakwah. Ada

dalam kalangan mereka yang mampu bercakap, berceramah dan berpidato, tetapi

mereka lemah ketika berhujah, ada dalam kalangan mereka yang boleh melakukan

program dan aktiviti lasak, tetapi mereka lemah berhadapan dengan orang ramai, ada

dalam kalangan mereka yang hebat memberi pandangan dan kritikan, tetapi mereka

tidak mampu untuk berdialog dan berdiskusi, ada pula dalam kalangan mereka yang

banyak memberi sumbangan harta benda dan wang ringgit, tetapi mereka tidak petah

Page 14: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

14

bercakap dan diajak bicara. Oleh itu, kemampuan dan kebolehan adalah individual

skills yang tetap memberi saham kepada perjuangan walau sekecil mana sumbangan

yang dihulurkan.

PENUTUP

Kajian mengenai perkataan saff, ayat keempat dalam Surah al-Saff dan hubungan

dengan dakwah merumuskan bahawa perkataan saff sememangnya mempunyai kaitan

dengan dakwah. Dalam kajian ini, perkataan saff dijelaskan dengan empat pengertian,

iaitu saff dengan makna barisan dalam ibadat solat, saff dengan makna perjuangan,

saff dengan makna jama’ah dan saff dengan makna kesatuan ummah. Keempat-empat

makna ini merupakan elemen yang mempunyai kaitan dengan dakwah. Menjelaskan

perkara ini, saff dalam ibadat solat merupakan asas kekuatan di antara muslim,

manakala perjuangan, jama’ah dan kesatuan ummah adalah sinonim dengan dakwah.

Rahsia mengapa Allah mengumpamakan saff perjuangan itu dengan sebuah bangunan

yang kukuh dapat dijelaskan bahawa setiap individu muslim tidak cukup hanya

menjadi individu yang bersifat sendirian, melainkan dia harus bersinergi dan saling

mengisi dan melengkapkan perbezaan untuk mencapai hasil yang lebih besar untuk

melihat orang lain beramal soleh. Sudah tentu, bangunan yang dibina kukuh itu pasti

akan bertahan lama dan tidak mengalami kerapuhan dan kerosakkan pada musim

panas atau hujan. Begitu juga dengan barisan dakwah, kekuatan akidah adalah asas

perjuangan untuk membina kejayaan, kerana dalam perjuangan terdapat pelbagai

tribulasi yang datang dari pelbagai sudut dan ruang-lingkup kehidupan. Oleh itu,

prinsip istiqamah dan komitmen dalam perjuangan adalah perlu.

BIBLIOGRAFI

al-Tabari, Ibn Jarir. 1988. Jami’ al Bayân ‘An Ta’wil Ayi al-Qur’an. Bayrut: Dar al-

Fikr.

Abadi, Abu ‘Abd al-Rahman Sharf al-Haq al-‘Azim Abadi. 1990. ‘Aun al-Ma’bud

‘Ala Sharh Sunan Abi Dawud. Bayrut: Dar Ibn Hazm.

Abdul Hadi Sirat, Nurul Hilmiyah dan Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai. 2016. Al

Maslahah Based Quality Management: A Theoretical Overview. American

Journal of Applied Sciences 2016, 13 (3): 243.250

Abdul Ghafar Don dan Jaffary Awang. 2009. Knowledge Management and its Impact

on Islamic Da’wah A Historical Perspective. Journal of Islamic and Arabic

Education 1 (2), 2009 61-68.

Abu Hatim, Abd al-Rahman bin Muhammad bin Idris al-Razi Ibn Abi Hatim. 1997.

Tafsir al-Qur’an al-Azim Musnadan ‘An Rasul Allah s.a.w. wa al-Sahabat wa

al-Tabi’in. al-Riyad: Maktabat Nazar Mustafa al-Baz.

Page 15: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

15

al- Sa’di. Abdul Rahman al-Sa’di. Taysir Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-

Mannan.

al-‘Asqalani, Ibn Hajar. 1986. Fath al-Bari. Bab Taswiya al-Sufuf. Qahirah: Dar al-

Rayyan li al-Turath.

al-Baghawi, Abu Muhammad al-Husayn bin Mas'ud. 1993. Tafsir al-Baghawi

(Mu’alim al Tanzil). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.

al-Darimi, Abdullah bin Abdul Rahman. 1987. Sunan al-Darimi. Bayrut: Dar al-

Kutub al-‘Arabi.

al-Maraghi, Ahmad Mustafa al-Maraghi. 1946. Tafsir al-Maraghi. Qahirah: Mustafa

al-Babiy al-Halabiy.

al-Nawawi, Yahya bin Sharif Abu Zakariyya. 1996. Shar al-Nawawi ‘Ala Muslim.

Bayrut: Dar al-Khayr.

al-Qaradawi, Yusuf. 2009. Fiqh al-Jihad: Dirasah Muqaranat li-Ahkamihi wa-

Falsafatihi fi Daw al-Quran wa-al-Sunnah. Qahirah: Maktabah Wahbah.

al-Sayuti, Jalal al-Din al-Sayuti. 2003. al-Durr al-Manthur al-Tafsir bi al-Ma’thur.

Tahqiq: ‘Abd Allah bin Abd al-Muhsin al-Turki. Qahirah: Markaz Hijr li

Buhuth wa Dirasat al-‘Arabiyyat wa Islamiyyat.

al-Sa’d, Abd al-Rahman bin Nasir al-Sa’d. Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir

Kalam al-Mannan.

al-Sharibini, Muhammad bin Ahmad al-Khatib al-Sharibini Shams al-Din. 1285H. al-

Siraj al-Munir fi al-I’anah Ala Makrifat Ba’d Ma’ani Kalam Rabbi al-Hakim

al-Khabir. Matba’at Bulaq al-Amiriyyah.

al-Syafi’i, Abu Abd Allah Muhammad bin Idris al-Syafi’i. 2006. Tafsir al-Imam al-

Syafi’i. Tahqiq: Ahmad bin Mustafa al-Farran. al-Saudiyyah: Dar al-

Tadmuriyyah.

al-Turmidhi, Abu Isa. 1996. Jami’ al-Turmidhi. Bayrut: Dar al-Gharab al-Islami.

Bahri, Ari Syaeful. 2017. Pendapat Ulama dan Penerapan Metode Tekstual-

Konsekstual Terhadap Ilzaq. Tesis Sarjana Fakulti Usuluddin dan Filsafat,

Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Bidin, Hasna. 2016. Pelaksanaan Solat Dalam Kalangan Pelajar Muslim Di Kolej

Komuniti Negeri Johor. Tesis sarjana falsafah, Fakulti Tamadun Islam

Universiti Teknologi Malaysia.

Ibn Hanbal, Ahmad bin Hanbal. 2009. Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal. Tahqiq:

Shu’ayb al-Arna’ut. Bayrut: Muassasah al-Risalah.

Ibn Majah, Muhammad bin Yazid. 2015. Sunan ibn Majah. al-Riyad: Dar al-

Hadharah li Nashr wa al-Tawzi’.

Farooqui, Jamil. 2014. The Sociological Approach to Islamic Da‘wa. Journal of

Islamic in Asia, Vol. 11, No. 2, IIUM.

Levis B. Ch. Pellot and J.Schacht e.d.s. 1965. The Encyclopedia of Islam, J.2, New

Edition, E.J. Brill. Masyhur, Mustafa .1995. Min Fiqh al-Dakwah. Qahirah: Dar al-Tawzi’ wa al-Nashr

al-Islami.

Page 16: PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF …al-qiyam.net/wp-content/uploads/2019/12/PERKATAAN-AL... · 2019. 12. 14. · Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271

Vol. 2, No.3, September 2019, E-ISSN: 2637-0271 al-Qiyam

_________________________________________

16

Muhd Imran Abd Razak, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Mohd Anuar Ramli, Siti

Maimunah Hj. Kahal dan Rabiatul Adawiyyah Mohamed Ratha. 2018.

Analisis Fahaman Ekstremis Agama dan Media Sosial Di Malaysia (Analysis

Of Extreme Religion Followers And Social Media In Malaysia). Asian Journal

of Environment, History and Heritage June 2018, Vol. 2, Issue. 1, p. 91-103.

Muhammad Nasib al-Rifa’i. 2007. Ringkasan Tafsir Ibnu Kathir. Jakarta, Gema

Insani Press

Peran, Mohd Jainudin. 2017. Konsep Jihad Menurut Surah As Shaff. Tesis Sarjana,

Fakultas Dakwah dan Komunikasi, Universitas Islam Negeri Ar-Raniry

Darussalam, Banda Aceh.

Ramlan, Tengku Erwinsyahbana dan Nurul Hakim. 2016. The Concept of Jihad In

Islam. IOSR Journal Of Humanities And Social Science (IOSR-JHSS)

Volume 21, Issue 9, Ver. 7 (Sep. 2016) PP 35-42.

Said Hawwa. 1981. Durus fi al-Amal al-Islami. Qahirah: Dar ‘Ammar li al-Nashr wa

al-Tawzi’

Sayyid Qutb. 1988. Fi Zilal al-Qur’an. Qahirah: Dar al-Shuruq.