perkara - · pdf fileformat laporan anugerah inovasi pengurusan kewangan (aipk) bab 1 :...

1

Upload: leque

Post on 04-Feb-2018

399 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah
Page 2: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah
Page 3: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

PERKARA MUKA SURAT

1. Tujuan Garis Panduan 1

2. Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) 1

2.1 Pengenalan 1

2.2 Definisi Inovasi 1

2.3 Objektif Anugerah 2

2.4 Hadiah Penerima AIPK 3

2.5 Syarat Kelayakan Penyertaan 3

2.6 Proses Pemilihan Penerima AIPK 4

2.7 Kriteria Penilaian 5

2.8 Tatacara Permohonan 6

Lampiran A Borang Permohonan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) 9

Lampiran B Format Laporan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) 13

Lampiran C Kriteria Penilaian Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) 21

Lampiran D Senarai Semak Bagi Permohonan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) 27

Page 4: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah
Page 5: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

1.

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu Agensi Kerajaan mengemukakan permohonan untuk menyertai Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) dengan berpandukan syarat kelayakan, tatacara permohonan, format laporan permohonan, proses dan kriteria-kriteria penilaian AIPK.

TUJUAN GARIS PANDUAN

2. ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN

Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh agensi kerajaan. Bagi membudayakan inovasi dalam sektor awam terutamanya dalam aspek pengurusan kewangan, Kementerian Kewangan telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK) untuk memberi pengiktirafan kepada agensi kerajaan yang telah menghasilkan inovasi dalam pengurusan kewangan.

2.1 Pengenalan

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Pelaksanaan idea-idea ini akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Dalam konteks sektor awam, sesuatu inovasi itu seharusnya dapat memberi manfaat yang nyata kepada rakyat atau nilai awam (public value) dan memberi nilai tambah kepada keadaan sedia ada.

2.2 Definisi Inovasi

1

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 6: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

Inovasi dalam pengurusan kewangan merangkumi bidang-bidang antara lain seperti berikut : i. Pengurusan Belanjawan; ii. Pengurusan Perbelanjaan; iii. Pengurusan Perolehan; iv. Pengurusan Hasil; v. Pengurusan Aset dan Stor; vi. Pengurusan Kumpulan Wang Amanah / Akaun Amanah; dan vii. Pengurusan Proses-proses Lain Yang Berkaitan Dengan

Pengurusan Kewangan Seperti Kawalan Dalaman, Pengauditan Dalam dan Pengurusan Risiko.

Anugerah ini diwujudkan dengan tujuan :

Mewujudkan piawaian dan penandaarasan melalui kriteria anugerah bagi melaksanakan sistem pengurusan kewangan yang unggul secara berinovasi di Sektor Awam; Memberikan pengiktirafan secara formal kepada Agensi Kerajaan yang telah menunjukkan hasil inovasi dalam pengurusan kewangan; Menggalakkan perkongsian pintar amalan-amalan terbaik yang menghasilkan inovasi dalam pengurusan kewangan antara Agensi Kerajaan; Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan; Mengenalpasti dan memperkenalkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah agensi lain; dan Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

2.3 Objektif Anugerah

a. b. c. d. e. f.

2

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 7: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

2.4 Hadiah Penerima AIPK

Syarat kelayakan bagi menyertai AIPK adalah seperti berikut :

Semua Kementerian, Kerajaan Negeri, Jabatan dan Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri) serta Pihak Berkuasa Tempatan layak memohon dan dipertimbangkan sebagai pemenang AIPK; Inovasi hendaklah diterajui atau dihasilkan oleh Agensi Kerajaan sendiri; Agensi yang telah memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) bagi sistem aplikasi pengurusan kewangan tidak layak untuk menyertai Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK). Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang ingin menyertai anugerah ini hendaklah mempunyai Sijil Tanpa Teguran daripada Jabatan Audit Negara bagi Penyata Kewangan selama tiga (3) tahun berturut-turut; Agensi hendaklah mendapat penarafan sekurang-kurangnya 3 bintang dalam Indeks Akauntabiliti (AI) yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara. Bagi Agensi yang masih belum mempunyai penarafan dalam hal ini, penyertaan mereka akan diputuskan berdasarkan kepada ulasan Prestasi dari Jabatan Audit Negara;

2.5 Syarat Kelayakan Penyertaan

Penyertaan Hadiah Utama

Kementerian, Kerajaan Negeri, Jabatan dan Badan Berkanun (Persekutuan dan Negeri) serta Pihak Berkuasa Tempatan

Wang Tunai RM300,000.00

beserta Piala dan Sijil

a. b. c. d. e.

3

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 8: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

Inovasi daripada hasil penyelidikan dan pembangunan atau R&D yang tidak menghasilkan peningkatan kualiti dan produktiviti dalam pengurusan kewangan sesuatu organisasi tidak layak menyertai AIPK;

Inovasi yang dihasilkan hendaklah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh ianya diperkenalkan (mulai tahun 2013); Borang Penyertaan dalam AIPK hendaklah ditandatangani oleh Ketua Agensi; dan

Agensi hendaklah memberi kerjasama kepada Panel Penilai sepanjang tempoh penilaian dan bersedia untuk berkongsi idea inovasi dengan Agensi lain sekiranya dipilih sebagai pemenang.

Proses pemilihan penerima AIPK adalah seperti berikut :

Tapisan oleh pihak urus setia bagi memastikan agensi memenuhi syarat kelayakan penyertaan; Memperolehi ulasan dan perakuan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara (JAN), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Biro Pengaduan Awam (BPA) ke atas prestasi Agensi-agensi yang menyertai AIPK dari segi tadbir urus umum agensi; Penilaian laporan Agensi oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi senarai pendek di peringkat tapisan pertama; Agensi yang tidak tersenarai pendek di peringkat tapisan pertama dimaklumkan;

2.6 Proses Pemilihan Penerima AIPK

f. g. h. i.

a. b. c. d.

4

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 9: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

Kriteria Penilaian dan nisbah pembahagian markah bagi AIPK adalah seperti berikut :

2.7 Kriteria Penilaian

Penilaian dan senarai pendek di peringkat kedua oleh Panel Penilai AIPK berdasarkan Sesi Pembentangan oleh Agensi yang telah disenarai pendek di peringkat tapisan pertama; Agensi yang tidak tersenarai pendek di peringkat tapisan kedua dimaklumkan; Penilaian oleh Panel Penilai melalui lawatan ke Agensi yang telah disenarai pendek di peringkat tapisan kedua; Perakuan penerima AIPK oleh Panel Penilai kepada Mesyuarat Khas Perakuan Penerima Anugerah Inovasi Sektor Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara; dan Pengumuman penerima AIPK dalam Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Sektor Awam.

Bil. Kriteria Penilaian Peratusan (%)

1. Pembudayaan Inovasi (Innovation Culture) 20 2. Tahap Penambahbaikan (Value-add) 30

3. Impak Inovasi kepada Agensi, Stakeholder dan Nasional 30

4. Ciri-ciri Kelebihan Inovasi 20

JUMLAH 100

e. f. g. h. i.

5

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 10: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

Agensi yang ingin menyertai AIPK perlu menyempurnakan tindakan-tindakan berikut :-

Melengkapkan borang permohonan menyertai AIPK seperti di Lampiran A dengan ditandatangani oleh Ketua Agensi; Menyediakan lima (5) salinan Laporan AIPK bersama softcopy dalam bentuk PDF berdasarkan format di Lampiran B yang mengandungi penerangan dan bukti pencapaian di bawah empat (4) kriteria penilaian seperti di Lampiran C; Mengisi senarai semak permohonan AIPK seperti di Lampiran D; dan Mengemukakan borang permohonan AIPK bersama Laporan AIPK sebelum atau pada tarikh tutup seperti yang dinyatakan di dalam surat pelawaan kepada :-

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Aras 6, Blok Selatan Kompleks Kementerian Kewangan No. 5, Persiaran Perdana Presint 2 62592 PUTRAJAYA (u.p.: Urus Setia Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan)

2.8 Tatacara Permohonan

a. b. c. d.

No. Tel : Pn. Kanmani Tangavello (03-8882 9042) Cik Wan Nur Aifaa Wan Zakaria (03-8882 3760)

No. Faks : 03-8882 3872

E-mel : [email protected]

6

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 11: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

BORANG PERMOHONAN

ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN

(AIPK)

Page 12: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah
Page 13: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

BORANG PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN TAHUN 2015 Kategori: Sila tandakan (√) dalam kotak yang berkaitan 1. Maklumat Inovasi

Nama Inovasi : Tarikh Pelaksanaan Inovasi : Peneraju Inovasi :

2. Maklumat Agensi Nama : Alamat : Laman Web : 3. Nama Pegawai Yang Boleh Dihubungi Nama : Jawatan : No. Tel. Pejabat : No. Tel. Bimbit : E-mel : No. Faks : Tandatangan Ketua Agensi

Nama : Tarikh :

s.k. : Ketua Setiausaha / Setiausaha Kerajaan Negeri *Nota: Sila potong mana yang tidak berkenaan

LAMPIRAN A :

Badan Berkanun (Persekutuan / Negeri)*

Kementerian Jabatan (Persekutuan / Negeri)*

Kerajaan Negeri

9

Pihak Berkuasa Tempatan

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 14: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah
Page 15: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

FORMAT LAPORAN

ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN

(AIPK)

Page 16: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah
Page 17: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF

Format laporan penilaian anugerah ini adalah merupakan satu garis panduan yang umum. Agensi perlu memberi maklumat mengenai setiap kriteria penilaian sebanyak mana yang mungkin seperti di Lampiran C. Format ini disediakan sebagai rangka laporan dan sebarang maklumat lain boleh ditambah mengikut keperluan Agensi.

1.1 Ringkasan Eksekutif bagi produk inovasi AIPK

BAB 2 : LATAR BELAKANG AGENSI

2.1 Latar Belakang Agensi Yang Bertanding • Profil ringkas (Pengenalan Agensi) • Objektif • Misi dan Visi • Ringkasan bilangan dan kategori perjawatan • Carta Organisasi • Piagam Pelanggan Agensi • Slogan atau Moto Agensi

13

LAMPIRAN B : FORMAT LAPORAN

BAB 3 : PEMBUDAYAAN INOVASI (INNOVATION CULTURE)

3.1 Dasar Penerapan Budaya Inovasi Dan Pelaksanaan Inovasi • Penubuhan Jawatankuasa Induk Inovasi • Penubuhan Jawatankuasa Inovasi di semua peringkat Agensi • Mewajibkan cadangan alternatif berasaskan inovasi dalam

semua kertas perakuan • Penerbitan laporan berkala dan tahunan mengenai pencapaian

hasil inovasi • Penyertaan pegawai-pegawai dalam program latihan berkaitan

inovasi • Meraikan inovasi - Sambutan Hari / Minggu / Bulan Inovasi dll

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 18: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

3.2 Komitmen Pengurusan Atasan Untuk Membudayakan Inovasi

Dalam Agensi • Perancangan membudayakan inovasi dalam pengurusan

kewangan • Pewujudan suasana kerja yang menggalakkan idea

berinovatif • Program Change Management ke arah membudayakan

inovasi di Agensi • Pewujudan insentif untuk hasil inovasi • Pelaksanaan Program Value For Money seperti Value

Reengineering / Cost Validation 3.3 Penyediaan Peruntukan Untuk Menggalakkan Pemikiran Dan

Penghasilan Produk / Perkhidmatan Yang Berinovatif • Sumber-sumber yang disediakan oleh Agensi untuk

menggalakkan penghasilan Inovasi dalam bidang pengurusan kewangan.

14

BAB 4 : HURAIAN DAN BUTIR-BUTIR INOVASI PRODUK / PERKHIDMATAN YANG TELAH DIHASILKAN

4.1 Penerangan Mengenai Inovasi • Tajuk inovasi • Tujuan dilaksanakan • Tarikh pelaksanaan inovasi • Peneraju inovasi • Huraian secara terperinci mengenai ciri-ciri inovasi • Penerangan-penerangan lain seperti :

• butir-butir mengenai perubahan yang telah dicapai • bagaimana inovasi dilaksanakan

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 19: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

BAB 5 : PENAMBAHBAIKAN (VALUE-ADD)

5.1 Penjimatan Kos • Peratus penjimatan perbelanjaan dari inovasi yang telah

dilaksanakan • Penjimatan sumber manusia • Penjimatan kos peralatan • Nisbah faedah berbanding dengan kos inovasi (Cost Benefit

Ratio) 5.2 Peningkatan Dalam Hasil Agensi

• Peningkatan hasil bagi keseluruhan Agensi daripada inovasi yang dilaksanakan

5.3 Penjimatan Dalam Masa

• Penyingkatan proses kerja / pusingan kerja

5.4 Keberkesanan Kos • Peningkatan produktiviti hasil kerja Agensi dengan kos yang

sama atau lebih rendah

15

BAB 6 : CIRI-CIRI KELEBIHAN INOVASI

6.1 Tahap Penglibatan Agensi • Peringkat pencapaian inovasi - Unit, Bahagian atau seluruh

Agensi • Kerjasama melalui collaboration strategy dengan Agensi lain

6.2 Pengiktirafan Oleh Pihak Luar • Memperolehi pengiktirafan daripada pihak luar dan mendapat sijil

/ surat penghargaan bagi penghasilan inovasi

6.3 Kesesuaian Untuk Pelaksanaan Di Agensi Lain (Replicability) • Boleh digunapakai oleh agensi-agensi dan pihak lain secara

terus atau dengan diubahsuai mengikut keperluan

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 20: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

6.4 Keaslian Idea (Kreativiti) • Inovasi yang diperkenalkan hendaklah bercorak kreatif sama

ada yang baru atau yang telah diubahsuai • Inovasi yang dibangunkan adalah secara ‘in-house’ atau

menggunakan khidmat luar

BAB 7 : IMPAK INOVASI KEPADA AGENSI, STAKEHOLDER DAN NASIONAL

7.1 Peningkatan Tahap Kepuasan Stakeholder • Pengurangan dalam bilangan aduan stakeholder • Hasil kajian maklum balas stakeholder yang positif

7.2 Peningkatan Faedah Kepada Stakeholder

• Sistem penyampaian lebih cekap, cepat, mudah dan mesra pengguna

• Sistem komunikasi yang lebih berkesan 7.3 Memenuhi Ekspektasi Stakeholder Dengan Lebih Efektif

• Keperluan stakeholder dalaman dan luaran boleh dipenuhi dengan lebih responsif, efektif dan efisien

7.4 Peningkatan Faedah Kepada Agensi • Peningkatan tahap kepuasan dan motivasi bekerja stakeholder

dalaman • Peningkatan produktiviti stakeholder dalaman

7.5 Tahap Signifikan Dari Segi Mencapai Teras Misi Nasional

• Meningkatkan nilai ditambah dalam ekonomi negara • Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi

negara serta memupuk “Minda Kelas Pertama” • Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang

berterusan secara membina dan produktif • Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup • Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan Negara

16

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 21: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

BAB 8 : RUMUSAN

8.1 Ringkasan mengenai kelebihan inovasi, penerapan dasar penjimatan dari aspek kewangan secara keseluruhan dan hujah-hujah mengapa Agensi berkenaan wajar dipertimbangkan untuk memenangi AIPK.

17

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 22: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah
Page 23: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH INOVASI

PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK)

Page 24: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah
Page 25: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

LAMPIRAN C : KRITERIA PENILAIAN

BIL KRITERIA CIRI-CIRI

1. PERTAMA : Pembudayaan Inovasi (Innovation Culture) (Dasar, komitmen dan sokongan pihak pengurusan terhadap pembudayaan inovasi dalam Agensi) (20%)

1.1 Dasar Penerapan Budaya Inovasi dan Pelaksanaan Inovasi

a. Penubuhan Jawatankuasa Induk Inovasi

b. Penubuhan Jawatankuasa Inovasi di semua peringkat Agensi

c. Mewajibkan cadangan alternatif berasaskan inovasi dalam semua kertas perakuan

d. Penerbitan laporan berkala dan tahunan mengenai pencapaian hasil inovasi

e. Penyertaan pegawai-pegawai dalam program latihan berkaitan inovasi

f. Meraikan inovasi – Sambutan Hari / Minggu / Bulan Inovasi dll.

1.2 Komitmen Pengurusan Atasan Untuk Membudayakan Inovasi Dalam Agensi

a. Perancangan membudayakan inovasi dalam pengurusan kewangan

b. Pewujudan suasana kerja yang menggalakkan idea berinovatif

c. Program Change Management ke arah membudayakan inovasi di Agensi

d. Pewujudan insentif untuk menghasilkan inovasi

e. Pelaksanaan Program Value For Money seperti Value Re-engineering / Cost Validation

1.3 Penyediaan Belanjawan Untuk Menggalakkan Pemikiran dan Penghasilan / Produk Yang Berinovatif

a. Sumber-sumber yang disediakan oleh Agensi untuk menggalakkan penghasilan Inovasi dalam bidang pengurusan kewangan

21

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 26: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

BIL KRITERIA CIRI-CIRI

2. KEDUA: Tahap Penambahbaikan (Value-add) (Tahap pencapaian penambahbaikan dari segi value for money dan produktiviti dalam penyampaian perkhidmatan) (30%)

2.1 Penjimatan Kos

a. Peratus penjimatan perbelanjaan dari inovasi yang telah dilaksanakan

b. Penjimatan kos sumber manusia c. Penjimatan kos peralatan

d. Nisbah faedah berbanding dengan kos inovasi (Cost Benefit Ratio)

2.2 Peningkatan Dalam Hasil Agensi

a. Peningkatan hasil bagi keseluruhan Agensi daripada inovasi yang dilaksanakan

2.3 Penjimatan Dalam Masa

a. Penyingkatan proses kerja / pusingan kerja

2.4 Keberkesanan Kos

a. Peningkatan produktiviti hasil kerja Agensi dengan kos yang sama atau lebih rendah

22

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 27: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

BIL KRITERIA CIRI-CIRI

3. KETIGA :

Impak Inovasi Kepada Agensi, Stakeholder dan Nasional

(Kesan positif inovasi dari segi memenuhi keperluan dan ekspektasi stakeholder serta manfaat kepada Agensi) (30%)

3.1 Peningkatan Tahap Kepuasan Stakeholder

a. Pengurangan dalam bilangan aduan stakeholder

b. Hasil kajian maklum balas stakeholder yang positif

3.2 Peningkatan Faedah Kepada Stakeholder

a. Sistem penyampaian yang lebih cekap, cepat, mudah dan mesra pengguna

b. Sistem komunikasi yang lebih berkesan

3.3 Memenuhi Ekspektasi Stakeholder dengan Lebih Efektif

a. Keperluan stakeholder dalaman dan luaran boleh

dipenuhi dengan lebih responsif, efektif dan efisien

3.4 Peningkatan Faedah Kepada Agensi

a. Peningkatan tahap kepuasan dan motivasi bekerja stakeholder dalaman

b. Peningkatan produktiviti stakeholder dalaman 3.5 Tahap Signifikan Dari Segi Memenuhi Misi Nasional

a. Meningkatkan nilai ditambah dalam ekonomi negara; atau

b. Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk “Minda Kelas Pertama”; atau

c. Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif; atau

d. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup; atau

e. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan Negara.

23

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 28: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

BIL KRITERIA CIRI-CIRI

4. KEEMPAT: Ciri-ciri Kelebihan Inovasi (Ciri-ciri kelebihan dan aspek-aspek keistimewaan inovasi yang telah dihasilkan) (20%)

4.1 Tahap Penglibatan Agensi

a. Peringkat pencapaian inovasi - Unit, Bahagian atau seluruh Agensi

b. Kerjasama melalui collaboration strategy dengan Agensi lain

4.2 Pengiktirafan oleh Pihak Luar

a. Memperolehi pengiktirafan daripada pihak luar dan mendapat sijil / surat penghargaan bagi penghasilan inovasi

4.3 Kesesuaian Untuk Pelaksanaan Di Agensi Lain (Replicability)

a. Boleh digunapakai oleh agensi-agensi dan pihak lain

secara terus atau dengan diubahsuai mengikut keperluan

4.4 Keaslian Idea (Kreativiti)

a. Inovasi yang telah diperkenalkan hendaklah bercorak kreatif sama ada yang baru atau telah diubahsuaikan

b. Inovasi yang dibangunkan adalah secara ‘in-house’ atau menggunakan khidmat luar

24

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 29: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

SENARAI SEMAK

BAGI PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI

PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK)

Page 30: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah
Page 31: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

S

LAMPIRAN D : SENARAI SEMAK

SENARAI SEMAK BAGI PERMOHONAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK)

Menyertakan borang permohonan AIPK seperti di Lampiran A yang telah ditandatangani oleh Ketua Agensi;

Menyertakan lima (5) salinan Laporan AIPK berdasarkan format di Lampiran B dalam bentuk hardcopy;

Menyertakan salinan softcopy Laporan AIPK dalam bentuk PDF;

Menghantar sesalinan Borang Permohonan dan Laporan AIPK kepada Ketua Setiausaha / Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkenaan; dan

Melampirkan sesalinan Sijil Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan oleh Jabatan Audit Negara untuk tiga (3) tahun berturut-turut dalam Laporan AIPK bagi Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Saya dengan ini mengesahkan bahawa perkara-perkara tersebut telah dipatuhi dalam mengemukakan borang permohonan AIPK ( Sila tandakan √ )

Tarikh Tandatangan

Nama : Jawatan : Cop Jabatan :

27

Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan GARIS PANDUAN PERMOHONAN

Page 32: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah
Page 33: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah
Page 34: PERKARA -  · PDF fileFORMAT LAPORAN ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN KEWANGAN (AIPK) BAB 1 : RINGKASAN EKSEKUTIF Format laporan penilaian anugerah

Urus Setia Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan Kementerian Kewangan Malaysia

Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Aras 6, Blok Selatan

Kompleks Kementerian Kewangan No. 5, Persiaran Perdana

Presint 2 62592 PUTRAJAYA

No. Tel. : 03-8882 9042/3760

No. Faks : 03-8882 3872 E-mel : [email protected]

URUS SETIA