peristiwa israk mikraj

7
Peritiwa israk mikraj Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan kilat Rasulullah s.a.w. pada sebahagian malam atas kekuasaan dan kehendak Allah dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan menembusi tujuh lapisan langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malam yang sama. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku mengikut beberapa riwayat pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Baginda dan berlaku setahun sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w. ke kota Madinah. Walaubagaimanapun sebenarnya para ulama' tidak bersependapat mengenai tarikh sebenar berlakunya israk mikraj ini walaupun yang pastinya ia berlaku sebelum hijrah nabi ke Madinah....ada pelbagai pendapat tentang tarikh ini iaitu ada yang menyatakan ia berlaku pada 17 Rabiulawal, bulan Zulkaedah, Syawal, Ramadhan , Rejab, 17 Ramadhan, 27 Rejab dan lain-lain lagi. Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul

Upload: redwanismail

Post on 10-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

abt

TRANSCRIPT

Peritiwa israk mikraj

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan kilat Rasulullah s.a.w. padasebahagian malam atas kekuasaan dan kehendak Allah dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa,kemudian naik ke langit sampai ke Sidratulmuntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawahArasy Allah dengan menembusi tujuh lapisan langit, lalu kembali semula ke Mekah pada malamyang sama.Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku mengikut beberapa riwayat pada malam 27 Rejab tahunkesebelas kerasulan Baginda dan berlaku setahun sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w. ke kotaMadinah. Walaubagaimanapun sebenarnya para ulama' tidak bersependapat mengenai tarikhsebenar berlakunya israk mikraj ini walaupun yang pastinya ia berlaku sebelum hijrah nabi keMadinah....ada pelbagai pendapat tentang tarikh ini iaitu ada yang menyatakan ia berlaku pada 17Rabiulawal, bulan Zulkaedah, Syawal, Ramadhan , Rejab, 17 Ramadhan, 27 Rejab dan lain-lainlagi.Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pulaberpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan RabiulAwal, sementara as-Suddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelumbaginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdisi berpendapat ia berlaku pada27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenaiperistiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugatkedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkanpenjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab keranaia tidak disokong dengan hadis-hadis Sahih atau pun kata-kata Sahabat yang Sahih.Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yangberpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal.Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peritiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalananbaginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (SidratulMuntaha).Peristiwa ini bersabit dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Isra ayat yang pertamamaksudnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam haridari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya,untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. SesungguhnyaAllah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Pada paginya, Rasulullah s.a.w. termenung, memikirkan bagaimanakah baginda dapatmemberitahu umat manusia tentang peristiwa tersebut, kerana ia adalah sesuatu yang di luarkemampuan manusia. Sedangkan perjalanan ke Baitulmaqdis sahaja mengambil masa hamper sebulan, inikan pula dalam satu malam.Begitu pun Rasulullah s.a.w. menyahut cabaran Abu Jahal agar dikumpulkan manusia untukmemberitahu mereka tentang peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w. ke Masjidil Aqsa. Apabilamanusia telah berkumpul, dan Rasulullah s.a.w. menceritakan mereka tentang perjalanan bagindake Masjidil Aqsa dalam satu malam, ramai daripada mereka yang tidak percaya. Malah, merekayang lemah imannya juga mendustakan Rasulullah s.a.w. Namun, dalam masa yang sama,mereka yang sudah kuat imannya, bertambah kukuh lagi keimanan, seperti Sayidina Abu BakarAs-Siddiq r.a.Keberanian Rasulullah s.a.w. memaklumkan kepada umat manusia tentang perjalanan Bagindatersebut, memberikan iktibar kepada umat Islam masa kini supaya perlu bersabar dan terusmenunjukkan akhlak yang baik, walaupun ditentang oleh mereka yang tidak beriman dan tidakmemahami Islam.Sudah menjadi lumrah, mereka yang tidak memahami Islam akan mempunyai pandangan serongdan silap faham terhadap Islam. Tetapi, contohi Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda diperli, dikejidan didustai kerana menyampaikan berita Israk, Rasulullah s.a.w. tetap bersabar danmenunjukkan akhlak yang baik.Maka, sebagai orang Islam yang tinggal di negara majmuk seperti Malaysia ini, ada kalanya kitamenghadapi silap faham daripada mereka yang bukan Islam. Kita perlu tunjukkan akhlak yangbaik serta bersabar dan terangkan kepada mereka tentang ajaran Islam yang sebenar, yangmenggalakkan keharmonian dan juga kemakmuran.Kita juga perlu tunjukkan bahawa kewujudan kita di negara ini, di tempat kerja, di sekolah dan dirumah, membawa kesejahteraan bagi orang di sekeliling kita. Sesungguhnya, orang Islam yangbaik adalah juga rakyat, pekerja, majikan, pelajar dan ahli keluarga yang baik.Di dalam perjalanan yang begitu istimewa ini, terlalu banyak yang dilihat oleh Baginda Rasulullahs.a.w. dan begitu banyak pelajaran yang dapat kita peroleh. Antara pelajaran yang harus kitarenungkan bersama adalah manusia harus sentiasa memerhatikan hubungannya dengan Allah,dan sentiasa menilai kembali dan berusaha memperelokkan hubungan tersebut.Hubungan dengan Allah s.w.t. ini mestilah wujud tatkala ditimpa kesusahan dan ujian mahupun dikala mendapat kesenangan dan kemudahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang berkuasa danmampu memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahankepada diri kita.Menyingkap kembali peristiwa Israk dan Mikraj ini, Nabi telah ditimpa beberapa kesulitan sebelumterjadi Israk dan Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk dan Mikraj, iaituuntuk berhadapan dengan Allah s.w.t. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan dirikepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan.Caranya ialah kita sentiasa beristiqamah, terus-menerus melaksanakan semua perintah-Nya danmenjauhi semua larangan-Nya dan bukan menjadi orang taat hanya pada waktu susah danmelupakan Allah pada waktu senang.Kehidupan kita yang ingin berjuang untuk kebaikan pasti akan dipenuhi dengan cabaran dandugaan. Ia tidak akan sentiasa mudah tetapi kita akan berhadapan dengan kesusahan terlebihdahulu.Namun, semua yang berlaku itu demi untuk mengukur dan menilai keimanan kita di dalam hati.Adakah kita sanggup menghadapinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran atau kita tergolongdalam golongan yang mudah berputus harapan? Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Insyirahayat 5 dan 6., Ertinya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu bahawa) Sesungguhnya tiap tiapkesukaran ada disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): sesungguhnya tiap-tiapkesukaran ada disertai kemudahan.Seperti yang ditunjukkan Allah s.w.t. kepada Nabi-Nya yang tercinta, bahawa Allah tidak akanmembiarkan hamba-Nya yang ikhlas dan benar berjuang keseorangan. Ia akan dibantu Allah s.w.t.Ia akan diberikan kegembiraan oleh Allah s.w.t. Bahkan Allah s.w.t. akan mengangkat darjat dankedudukannya.Pengajaran yang besar juga daripada Isra dan Mikraj ini ialah kewajipan untuk menjauhi perkaramungkar dan maksiat. Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda Rasulullah s.a.w. telahditunjukkan keadaan neraka dan ahlinya.Baginda melihat pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaumakibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabidiperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar,setelah pecah ia kembali seperti sedia kala.Nabi, juga melihat seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah danlain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar kepada kita yang hidup di dunia ini, agar tidak melakukansegala perbuatan yang mungkar dan tercela, tidak kira apa bentuknya sekalipun kerana seksaanyang disediakan Allah s.w.t. amatlah dahsyat.Selain itu, Perintah solat merupakan suatu bentuk ibadah yang begitu penting di dalam kehidupanseseorang hamba Allah s.w.t. Kewajipan solat begitu istimewa dibandingkan dengan kewajipanyang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabis.a.w. daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikatJibrail.Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat jugaamalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak.