periksaan percubaan spm 2011 negeri johor

3
PERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 NEGERI JOHOR BAHASA MELAYU KERTAS 1 CADANGAN JAWAPAN DIPETIK DAN DIMURNIKAN DARIPADA SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 NEGERI JOHOR BAHAGIAN A (30 MARKAH) Fokus jawapan: 4 kebaikan membeli barangan buatan Malaysia Para pelajar boleh menambah isi lain yang sesuai Malaysia sebuah negara pertanian pada awal kemerdekaannya telah mengorak langkah menjadi negara perindustrian pada era ini. Namun begitu , sejak akhir- akhir ini Malaysia lebih giat memajukan industri n yang menghasilkan barangan buatan tempatan. Langkah ini dianggap perlu bagi mengimbangi nilai import dan eksport negara agar Malaysia tidak terlalu bergantung pada negara luar

Upload: normarjana-ibrahim

Post on 18-Jul-2015

6.879 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor

PERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 NEGERI JOHOR

BAHASA MELAYU KERTAS 1

CADANGAN JAWAPAN DIPETIK DAN DIMURNIKAN

DARIPADA SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 NEGERI JOHOR

BAHAGIAN A (30 MARKAH)

Fokus jawapan: 4 kebaikan membeli barangan buatan Malaysia

Para pelajar boleh menambah isi lain yang sesuai

Malaysia sebuah negara pertanian pada awal kemerdekaannya telah mengorak

langkah menjadi negara perindustrian pada era ini. Namun begitu , sejak akhir-

akhir ini Malaysia lebih giat memajukan industri n yang menghasilkan barangan

buatan tempatan. Langkah ini dianggap perlu bagi mengimbangi nilai import

dan eksport negara agar Malaysia tidak terlalu bergantung pada negara luar

Page 2: Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor

untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada rakyatnya. Lebih-lebih

lagi, jika diteliti , terlalu banyak manfaat yang diperoleh rakyat Malaysia jika

sokongan padu diberikan kepada industri tempatan.

Kebaikan-kebaikannya

1. menjimatkan perbelanjaan keluarga

- harga barangan buatan Malaysia lebih murah berbanding dengan barangan

import

- Barangan buatan tempatan tidak dikenakan duti kastam/cukai import

menjadikan kos pengeluarannya lebih murah.

- barangan import dikenakan cukai import/duti kastam yang meningkatkan harga

barangan

- Hal inilah yang menjadikan barangan buatan di dalam negara lebih murah.

- Kemurahan harga menjadikan kos perbelanjaan pengguna/keluarga lebih

rendah dan hal ini menjimatkan perbelanjaan keluarga.

2. menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia

- kekerapan menggunakan barangan buatan tempatan dapat menyemai dan

menyuburkan semangat cinta akan negara.

- kita berasa yakin akan kualiti barangan yang setanding dengan barangan

berjenama dari luar negara.

- akan kebolehan rakyat Malaysia menghasilkan produk bertaraf dunia.

- rasa sayang dan bersyukur akan pencapaian negara yang menjadi sebutan di

luar negara.

Contoh produk bertaraf dunia:

Kereta Proton Wira yang dipasarkan di England

Kereta Perodua Kancil yang dipasarkan di Singapura

3. meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa

- barangan buatan tempatan yang berjaya dieksport ke luar negara mampu

menjulang nama negara di persada antarabangsa

- keupayaan, kekreatifan dan kemahiran rakyat negara ini diiktiraf dan

dipandang tinggi oleh masyarakat dunia.

- Malaysia mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-

negara lain dalam bidang kraf tangan sebagai contohnya.

Page 3: Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor

- Hasil kraf tangan seperti batik dan songket berjaya menembusi pasaran

bertaraf elit di England; hasil kerja tangan seperti sarung bantal sutera

bermotifkan songket, kain alas meja bermotifkan corak batik gaya

Malaysia berjaya dipamerkan sebagai barangan eksklusif di gedung beli

belah ternama Harrod di tengah-tengah kota London.

4. memajukan industri tempatan

- Industri tempatan dapat dimajukan kerana rakyat Malaysia sendiri

sanggup berbelanja untuk membeli barangan buatan tempatan.

- Permintaan pengguna yang tinggi akan menjadikan sektor perindustrian

tempatan meningkatkan pengeluaran domestik bagi memenuhi kehendak

pengguna.

- Industri tempatan dapat melipatgandakan keuntungan dan mampu

mengembangkan perkhidmatan sama ada di dalam negara atau di luar

negara.

- Lebih banyak pula rakyat yang berminat menceburi bidang perindustrian

kerana pulangan yang lumayan

- Situasi ini, memajukan sektor perindustrian di negara kita

Contoh:

Industri asas tani yang semakin luas pasarannya di dalam negara kerana telah

popular dalam kalangan rakyat.

-Makanan kesihatan berasaskan herba tempatan seperti misai kucing sebagai

ubat alternatif kepada ubat moden.

Kesimpulan

Rakyat perlu menghargai usaha gigih pemerintah yang mahu meningkatkan

pengeluaran barangan buatan tempatan sama ada di dalam negara atau di luar

negara.

Tiada orang lain yang boleh kita harapkan untuk memajukan industri tempatan

melainkan rakyat negara ini sendiri.