percuma 22 - 28 november 2017, 3 - 9 rabi'ulawal 1439 ... syahiran zairi, 12, mun cul pelajar...

23
MediaSelangor selangortv.my Media_Selangor www.selangorkini.my PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 7 �, �6� berjaya capai mumtaz Pelihara dan lindungi seni bina warisan RM� �. � juta baiki PPR DERITA 30 TAHUN TAMAT 3 14 2 Peduli sihat terus diperkasa BERITA PENUH MUKA � Untuk mengeluarkan notis �F,perlu dilakukan proses pengukuran semula dengan kos RM� �,���. Tetapi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berbesar hati untuk menanggung sepenuhnya kos itu. Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar

Upload: tranthuy

Post on 26-May-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

MediaSelangorselangortv.my

Media_Selangorwww.selangorkini.my

PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439

7

�,�6� berjaya capai mumtaz

Pelihara dan lindungi seni bina warisan

RM��.�� jutabaiki PPR

DERITA 30 TAHUN

TAMAT3

14

2

Peduli sihat terus diperkasa

BERITAPENUH

MUKA �

Untuk mengeluarkan notis�F,perlu dilakukan proses pengukuran semula dengan kosRM���,���. Tetapi PerbadananKemajuan Negeri Selangor(PKNS) berbesar hati untukmenanggung sepenuhnya kos itu.Dato’ Seri Mohamed Azmin AliDato’ Menteri Besar

Page 2: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 2

UtamaSelangorKini 22 - 28 November 2017

Tanggung kos lebih RM1.5 juta

Akhiri derita �� tahun penduduk Keramat PermaiOLEH AFIX REDZUAN

HULU KELANG - Kerajaan Ne-geri mengumumkan tanggu-ngan kos lebih RM1.5 juta bagi memastikan penduduk Pang-sapuri Keramat Permai AU 1B, di sini, memiliki hak milik strata selepas menanti, hampir 30 ta-hun.

Berita gembira yang diumum-kan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali itu menyak-sikan penyelesaian hak milik stra-ta menerusi empat inisiatif bagi memastikan penduduk khusus-nya orang Melayu memiliki aset sendiri.

“Kegagalan mendapatkan hak milik strata ini menimbulkan ba-nyak masalah kepada pemilik dan penduduk untuk menjalani kehidupan seharian.

“Tanpa hak milik strata, per-badanan pengurusan atau JMC tidak dapat ditubuhkan untuk membolehkan menyelenggara kediaman dengan lebih berke-san. Tidak dapat menjamin pemi-likan aset terutama dalam kala-

ngan Melayu.“Di mana jaminan Melayu nak

memiliki aset berkualiti jika ma-salah strata ini tidak dapat di- selesaikan pemilik unit juga tidak dapat menjadikan aset mereka sebagai harta yang boleh diurus-niagakan jika mendapat tawaran selain masalah mewariskan aset ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyelesaian Hak Milik Strata Pangsapuri Keramat Per-mai AU 1B dan Program Menye- marak Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), pada 18 November lalu.

Penyelesaian pertama me-nyaksikan Kerajaan Negeri menanggung kos tunggakan cu-kai tanah berjumlah RM300,000 sementara penduduk hanya per-lu membayar baki RM100,000.

Jumlah RM100,000 itu akan dibayar secara bersama semua 480 pemilik kediaman dan di-anggarkan setiap mereka akan membayar sekitar RM300 hingga RM1,000.

Kerajaan Negeri turut berbesar hati menanggung fi tunggakan

akibat kelewatan pembayaran cukai tanah hampir tiga dekad berjumlah RM300,000.

“Untuk mengeluarkan notis 5F, perlu dilakukan proses pe-ngukuran semula dengan kos

RM230,000. Tetapi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berbesar hati untuk menanggung sepenuhnya kos itu.

“Selepas keluar notis 5F, pembiayaan urusan pindah

milik (MOT) dari PKNS ke pe-milik adalah RM1,600 satu petak. Tetapi, kos berjumlah RM750,000 itu akan dibiayai Kerajaan Negeri dan PKNS,” ka-tanya.

Kegembiraan penduduk selepas Kerajaan Negeri mengumumkan tanggungan kos lebih RM1.5 juta

Biar saya bayar premium pendudukHULU KELANG - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali berbesar hati membayar kadar premium nominal RM1,000 bagi tujuh keluarga yang tinggal sejak sekian lama, di Kampung Batu 7 3/4, di sini.

Berita gembira itu nyata di-sambut dengan tepukan ge-muruh penduduk setempat yang sudah dianggap Mohamed Az-min sebagai keluarganya sendiri walaupun beliau membesar, di Kampung Klang Gates.

Beliau sendiri akan membuat pembayaran berjumlah RM7,000 menggunakan pendapatannya bulan ini.

“Saya dengan penuh rasa tawaduk mengambil keputusan bahawa RM1,000 yang dikena-kan kepada tujuh keluarga ini, bi-arlah saya tolong bayarkan.

“Bukan daripada Kerajaan Negeri tetapi akan gunakan gaji saya bulan ini dan membayar bagi pihak keluarga kepada Pegawai Daerah Gombak,” ka-tanya pada Majlis Penyerahan Hak Pemilikan Tanah Notis 5A, di Kampung 7 3/4, di sini, pada 18 November lalu.

Berdasarkan kadar semasa

premium tanah kampung itu di-anggarkan bernilai RM52,000.

Katanya, perjuangan pen-duduk kampung itu bermula sejak sekian lama, bahkan tidak mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri ketika ditadbir Barisan Nasional.

Ia termasuk pengalaman be-liau bersama Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib, yang bermalam dengan penduduk kampung untuk menghalang ak-tiviti perobohan dilakukan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, satu ketika dahulu.

Menceritakan sejarah di Kam-pung Batu 7 3/4, beliau me-ngakui pernah menyorok di sana ketika namanya termasuk dalam senarai tangkapan ISA, sekitar ta-hun 1998 hingga 2000.

“Saya pernah menyorok di sini sekitar tahun 1998-2000 apabila diburu polis selepas nama naik dalam senarai tang-kapan ISA. Saya menyorok di kedai makan Tokpat Hamid dan Mak Tam.

“Saya duduk minum teh tarik sehingga lewat malam dan apa-bila keadaan tenang baru balik,” katanya.

PSRA: Selangor catat peningkatan �.�%SHAH ALAM - Selangor men-catat pencapaian 90.8 pera-tus dalam keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dengan peningkatan 1.2 pera-tus, tahun ini.

Selangor mencipta pencapai- an itu melalui 38,230 dari 38,921 calon yang menduduki peperik-saan berkenaan berbanding pencapaian 89.6 peratus, tahun lalu.

Ketika mengumumkan kepu-tusan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim berkata, pen-capaian itu terus menunjukkan peningkatan membanggakan demi kemajuan pendidikan

berteraskan agama Islam, di negeri berkenaan.

“Saya percaya, kejayaan ini tidak datang secara mudah se-baliknya hasil daripada usaha gigih serta kerjasama semua pi-hak antaranya guru, pelajar, ibu bapa juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak demi mengekalkan kecemer-langan dalam PSRA dan ia perlu dijadikan penanda aras kepada Pendidikan Islam serta usaha ke arah menjana generasi Al-Quran,” katanya dalam maj-lis pengisytiharan keputusan PSRA, di sini, pada 15 Novem-

ber lalu.Turut hadir, Exco Hal Ehwal

Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Ah-mad Yunus Hairi.

Pelajar KAFAI Baitul Hikmah, Taman Seroja, Sepang, Danial Khan Syahiran Zairi, 12, mun-cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus.

Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari SRA Kampung Melayu Subang, Petaling, pula diumumkan sebagai pelajar terbaik perempuan dengan catatan sama dan anugerah daerah terbaik peringkat negeri pula diraih Sepang.

Danial Khan dan Farrahah dinobatkan sebagai pelajar terbaik negeri kerana mencapai keputusan cemerlang, pada PSRA 2017

Mumtaz - 5,464

Jayyid Jiddan - 12,428Jayyid - 9,576Maqbul - 7,271Musaadah - 3,505

Keputusan PSRA Selangor 2017

Page 3: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

Utama3SelangorKini 22 - 28 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Gerbang kedaulatan negeri

Pelihara dan lindungi seni bina warisanOLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA - Gerbang Kota Darul Ehsan bukan sahaja pintu masuk utama ke sebuah negeri termaju, dinamik, kosmopolitan yang kaya dengan budaya dan khazanah warisan, malahan sim-bol kedaulatan Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, maka memang wajar Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor ber-bangga dengan kemegahan pintu gerbang yang siap dibina, pada Januari 1982.

“Brandenburger Tor atau Bran-denburg Gate di Berlin adalah

pintu gerbang terkenal di dunia yang menarik jutaan pelancong seluruh pelusuk dunia dan pintu gerbang itu adalah kebanggaan rakyat Jerman yang menjadi identiti Kota Berlin dan signature attraction–menjadi destinasi utama pelancong yang berkun-jung ke Berlin.

“Perasaan ini juga dizahirkan rakyat Selangor terhadap Kota Darul Ehsan kerana ia adalah seni bina kebanggaan yang menjadi jati diri watan,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika menyampaikan sembah ucapan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sul-

tan Sharafuddin Idris Shah pada Majlis Perasmian Pemuliharaan Kota Darul Ehsan di Hotel Hilton, di sini, pada 19 November lalu.

Katanya, seni bina Kota Darul Ehsan menggabungkan ciri Is-lam Andalusia atau Moorish Ar-chitecture dan tempatan selain sejajar dengan jati diri Selangor yang global juga kosmopolitan tetapi pada masa sama berakar dengan budaya serta resmi tem-patan.

“Maka, adalah menjadi tang-gungjawab Kerajaan Negeri un-tuk memelihara dan melindungi gerbang kedaulatan negeri,” ka-tanya.

Mohamed Azmin mengiringi Sultan Sharafuddin ketika Majlis Perasmian Pemuliharaan Kota Darul Ehsan

Tangani segera banjir Hulu LangatHULU LANGAT - Jabatan Peng-airan dan Saliran (JPS) Selangor dan kontraktor diarahkan bertin-dak segera menangani masalah banjir di Kampung Sungai Serai, dekat sini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia berpunca daripada sebahagian bunded yang rendah di kawasan Sungai Langat hingga menye-babkan air melimpah ke kawasan kampung.

“Saya meminta semua jen-tera masuk segera ke kawasan ini supaya bunded dapat diting-katkan lebih kurang dalam satu

kilometer.“Pihak terbabit juga akan

membantu membersihkan rumah yang dimasuki air,” katanya sambil menambah terdapat kira-kira 20 hingga 25 rumah terjejas.

Beliau berkata demikian selepas melawat kawasan ban-jir di Batu 12, Sungai Serai, Hulu Langat, di sini, pada 14 November lalu.

Pada masa sama, Ahli Dewan Negeri Dusun Tua, Razaly Hassan ketika ditemui berkata, kawasan itu kerap dilanda banjir apabila hujan.

“Hujan sejak jam 6 pagi tadi

menyebabkan paras air semakin kritikal, jadi saya minta supaya Kerajaan Persekutuan dan Kera-jaan Negeri komited dalam me-nyelesaikan masalah banjir yang berlaku, di kawasan ini.

“Dato' Menteri Besar juga su-dah menjalankan tanggungja-wabnya dengan mengarahkan pihak terbabit menyelesaikan ma-salah ini dan saya sendiri akan me-mantau kerja berkenaan,” katanya.

Razaly berkata, terdapat tiga kampung terjejas akibat banjir berkenaan iaitu Kampung Sungai Serai, Kampung Sungai Tekali dan Kampung Sungai Gahal.

Mohamed Azmin bersama wakil agensi berkaitan turun padang meninjau kawasan banjir, di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat

Nasib Melayu kekal terbela tanpa Umno

PAHANG - Nasib masyarakat Me-layu di Selangor kekal terbela wa-laupun pentadbiran negeri itu ditadbir Kerajaan PAKATAN, sejak 2008.

Timbalan Presiden KEADIL-AN, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali yang juga Dato’ Menteri Besar berkata, kebajikan ma-syarakat lain seperti Cina, India dan kaum lain turut terbela di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri kini.

“Umno dakwa PAKATAN tidak mampu urus negara. Mereka kata kami hanya pandai berpolitik tetapi tidak, malahan kata mere-ka kalau kami urus negara, orang Melayu akan makan ubi seperti zaman dulu.

“Tapi kami sudah buktikan Se-langor maju tanpa Umno. Umno di Selangor sudah masuk mu-zium dan nasib orang Melayu di sana terbela sejak lapan tahun kami memerintah. Orang Melayu Selangor tidak ketinggalan lagi seperti 50 tahun dulu.

“Pada masa sama, sebagai se-buah kerajaan yang berkebaji-kan, nasib kaum lain juga tidak pernah dilupakan, di Selangor,” katanya ketika berucap pada Je-lajah KEADILAN Peduli Rakyat di Kampung Batu Kapur, Mentakab, di sini, pada 18 November lalu.

Mohamed Azmin berkata, simpanan rizab Selangor kini yang mencatat simpanan kira-ki-ra RM3.5 bilion dimanfaatkan se-

baiknya untuk masyarakat semua kaum, di Selangor.

Katanya, kepedulian Kerajaan Negeri dilaksanakan meneru-si agenda Inisiatif Peduli Rak-yat (IPR) yang dilaksanakan membabitkan kepentingan selu-ruh masyarakat negeri.

Oleh itu, katanya, perubahan sama mampu dilaksanakan di negeri lain yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional jika PAKATAN di-beri kepercayaan untuk menera-jui kepimpinan pada masa akan datang.

“Saya percaya kalau kepimpin-an negeri ditadbir pemimpin berintegriti dan berani bawa pe-rubahan, maka banyak perkara baru kita dapat laksanakan untuk Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Saya percaya kalau kepimpinan negeri ditadbir pemimpin berintegriti dan berani bawa perubahan, maka banyak perkara baru kita dapat laksanakan untuk Malaysia yang lebih baikMOHAMED AZMINTimbalan Presiden KEADILAN

Page 4: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 4

UtamaSelangorKini 22 - 28 November 2017

Pinjaman kewangan tanpa faedah

RM�� juta untuk �,��� pembeli Rumah SelangorkuOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - RM15 Juta diperuntukkan Kera-jaan Negeri bagi memberi pinjaman tanpa fae-dah kepada pembeli rumah seluruh Selangor di bawah pelaksanaan Skim Smart Home Buyer.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Ab-dul Samad berkata, peruntukan itu dijangka bakal memberi manfaat kepada 1,000 pembeli rumah.

“Skim ini terbuka kepada pembeli yang su-dah mendapat pinjaman daripada bank seba-nyak 90 peratus dengan baki 10 peratus pem-bayaran itu akan dibayar oleh Kerajaan Negeri.

“Melalui peruntukan kos RM15 juta, ia di-jangka akan memberi manfaat kepada 1,000 pembeli rumah yang sudah mendapat pinjam- an daripada bank untuk pembelian Rumah Se-langorKu.

“Menariknya, pelaksanaan pinjaman yang diberi tidak dikenakan kadar faedah atau caj tersembunyi,” katanya kepada SelangorKini pada Majlis Penyerahan Kunci Simbolik Projek Perumahan Masreca N19eteen oleh Syarikat Pemaju Bumiputera, Kumpulan Sterling.

Terdahulu, pelaksanaan skim berkenaan membolehkan Kerajaan Negeri membuat pen-dahuluan bayaran deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli Rumah Selangorku.

Ia mula dilaksanakan sejak 2016 lalu sebagai asas pelaksanaan Skim DanaSel dengan inisiatif bantuan khas bagi membolehkan rakyat memi-liki rumah.

Tabur janji hanya retorik politikSHAH ALAM - Tan Sri Noh Omar hanya mampu mencanang pel-bagai janji bersifat retorik poli-tik yang masih diragui belum mampu dilaksanakan di selu-ruh negeri, kata Mohd Khairud-din Othman.

Sebaliknya Ahli Dewan Negeri Paya Jaras itu ber-kata, Kerajaan Negeri dilihat lebih konsisten memperke-nalkan agenda berkebajikan membabitkan pembangunan isu perumahan negeri, sejak 2008 hingga kini.

“Kerajaan Pusat banyak ‘me-niru’ skim kebajikan yang su-dah lama dilaksanakan Kera-jaan Negeri. Malah, apa yang disebut menteri (Noh) masih di peringkat janji yang belum ter-bukti akan dilaksanakan.

“Kita di Selangor sudah buk-tikan sejak 2008 bukan sekadar ucapan kosong,” katanya dalam kenyataan kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian se-bagai mengulas kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tem-patan (KPKT) itu untuk mem-perluas lebih banyak lagi agen-da berkebajikan membabitkan isu perumahan negeri jika menawan Selangor, pada pili-han raya akan datang.

Khairuddin berkata, Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Iskan-dar Abdul Samad, lebih kon-sisten dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mening- katkan isu perumahan negeri pada kadar terbaik.

Katanya, ia dibuktikan menerusi pengumuman pel-bagai inisiatif dan dasar berke-bajikan, di samping tumpuan meningkatkan kualiti peruma-han kos rendah seluruh negeri.

“Kerajaan Selangor juga mendapatkan keyakinan rakyat kerana Exco kita bekerja bukan untuk pilihan raya.

“Justeru, saya minta KPKT se-lesaikan projek rumah pangsa yang terbengkalai dan jangan dilihat terlalu berpolitik de-ngan rakyat,” katanya.

Noh Omar akui manfaat Skim Smart SewaSHAH ALAM - Menteri Umno, Tan Sri Noh Omar mengakui pelaksanaan Skim Smart Sewa memberi manfaat kepada rakyat, se-luruh negeri.

Ia susulan kenyataan Menteri Kesejahteraan Ban-dar, Perumahan dan Kera-jaan Tempatan itu untuk meneruskan pelaksanaan skim berkenaan jika berjaya menawan Selangor, pada pilihan raya akan datang.

Katanya dipetik Malay-sia Kini, pelaksanaan skim sama akan diguna pakai di bawah Projek Perumahan Rak-yat (PPR) yang diperkenalkan di peringkat Persekutuan.

Smart Sewa adalah program Kerajaan Negeri membantu pe-nyewa memiliki kediaman me-lalui pemulangan deposit sewa pada kadar minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Pemulangan deposit berke-naan boleh digunakan sebagai wang pendahuluan bagi pem-

belian kediaman.Difahamkan, sebanyak 862

unit rumah mampu milik dise-diakan di bawah pelaksanaan skim berkenaan dengan 221 daripadanya sudah ditawarkan kepada pembeli sementara 641 lagi sudah dikenal pasti.

Untuk rekod, RM100 juta di-peruntukkan sebagai bantuan kewangan bagi merealisasikan pelaksanaan skim berkenaan.

Smart Sewa adalah program Kerajaan Negeri membantu penyewa memiliki kediaman melalui pemulangan deposit sewa pada kadar minimum dua tahun dan maksimum lima tahun

Page 5: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

Utama5SelangorKini 22 - 28 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB

PENGARANG KUMPULAN: Mohsin AbdullahKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Ermizi Muhamad : [email protected] Aziz : [email protected] Fathil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Hafiz OthmanGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Sultan Sharafuddin sempurnakan perasmian

Jambatan Raja Muda Nala atasi masalah aliran trafik OLEH AFIX REDZUAN

KLANG - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berke-nan menyempurnakan perasmi-an Jambatan Ketiga Klang yang dinamakan Jambatan Raja Muda Nala.

Baginda berangkat tiba seki-tar jam 10 pagi bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Per-maisuri Norashikin sambil diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, Datin Seri Shamshida Taharin.

Jambatan sepanjang 2.5 kilo-meter (km) yang merentasi Su-ngai Klang sejauh 1.2 km tan-pa tol dengan kos pembinaan RM199 juta mula dibina pada 17 Julai 2014 dan siap sepenuhnya, 15 Jun lalu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika me-nyampaikan sembah ucapan Maj- lis Perasmian Jambatan Ketiga Klang berkata, jambatan itu dibina dengan pembiayaan sepenuhnya Kerajaan Negeri tanpa pinjaman daripada institusi perbankan tem-patan atau luar negara.

“Pembangunan yang diberi-kan keutamaan Kerajaan Negeri adalah pembangunan berkua-liti demi keselamatan dan kese-jahteraan rakyat serta menjamin alam sekitar, pemuliharaan hutan dan kawasan hijau serta mem-budayakan teknologi hijau,” ka-tanya.

Rasmi pemuliharaan Kota Darul Ehsan

PETALING JAYA - Mercu tanda yang juga simbol kedaulatan Se-langor, Kota Darul Ehsan men-empa satu lagi sejarah apabila Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Shara-fuddin Idris Shah berkenan be-rangkat ke majlis perasmian pemuliharaannya.

Perasmian pemuliharaan Kota Darul Ehsan itu dimulakan de-ngan keberangkatan baginda menaiki bas tidak berbumbung ‘KL Hop-On Hop-Off’ dari Sta-dium Shah Alam ke Hotel Hilton Petaling Jaya menerusi Lebuhra-ya Persekutuan untuk melalui Kota Darul Ehsan dengan diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Baginda dan rombongan ke-mudiannya tiba di Holten Hilton Petaling Jaya kira-kira jam 9.00 malam bagi mengikuti acara se-terusnya.

Kota Darul Ehsan dibina ber-dasarkan cetusan fikiran DYMM Sultan Selangor pada masa itu, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, sebagai monu-men penanda dan peringatan sejarah juga sempadan wilayah serta negeri itu apabila Kuala Lumpur dilepaskan untuk dijadi-kan Wilayah Persekutuan.

Selepas perancangan reka bentuk seni bina dan pelaksa-naan projek yang teliti dijalan-kan, akhirnya pada 3 Januari 1982 sebuah binaan gerbang penuh berseni dirasmikan juga diberi nama Kota Darul Ehsan.

Reka bentuk asal Kota Darul Ehsan menerapkan beberapa un-sur bentuk ikonik yang baginda berkenan daripada bangunan warisan di Kuala Lumpur seperti ‘kiosk’ berhias di bumbung Ste-sen Keretapi Lama Kuala Lumpur dan kubah yang terdapat di atas bahagian depan Bangunan Sul-tan Abdul Samad,

Bagaimanapun, disebabkan keadaan bangunan yang sentiasa terdedah dengan cuaca, gegaran

dan asap jutaan kenderaan yang melaluinya sejak 1982, maka se-dikit sebanyak memberi kesan kerosakan juga lusuh pada bi-naan berusia lebih tiga dekad itu.

Maka pada Mac 2015, usaha memajukan projek pembaharu-an Kota Darul Ehsan dijalankan di bawah perkenan Sultan Shara-fuddin.

Kerja pemuliharaan itu turut memberi kesempatan memper-indahkan lagi gerbang berke-naan dengan memperkenalkan beberapa unsur hiasan lebih in-dah dan bermakna.

Antara penambahan dijalan-kan adalah Jata Selangor lebih besar dan jelas selain pemasa-ngan tiang bendera simbolik di atas pemegang bermotif bunga tanjung yang menjadi lambang Kerajaan Selangor.

Pelestarian seni tempatan diterapkan termasuk kerawang dinding dengan corak halus ukir-an Melayu selain unsur bentuk kekuda serta unjuran atau kanopi di dua sisi binaan juga deretan ukiran ‘muqarnas’ yakni elemen yang tidak asing dalam dunia senibina Islam yang menimbul-kan kesan seni tiga dimensi lebih menarik.

Selain itu, meriam asli yang menghala ke luar Selangor dikekalkan sebagai tanda per-tahanan, manakala meriam yang asalnya menghala ke arah dalam negeri digantikan de-ngan arca pasu berhias sebagai simbol kedamaian.

Bahan binaan bagi kerja pemuliharaan itu adalah bahan kuat tetapi ringan supaya tidak menambahkan lagi berat struk-tur, di atas Lebuhraya Perseku-tuan.

Keindahan Kota Darul Ehsan diserikan lagi dengan suntikan elemen pencahayaan menggu-nakan teknologi lampu terkini bagi menyerlahkan lagi wajah baru simbol kedaulatan Sela-ngor.

Beliau berkata, pembangunan berkualiti mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan selain penyediaan in-frastruktur terbaik untuk menarik kehadiran pelabur berlabuh, di Selangor.

Katanya, Jambatan Raja Muda Nala bakal menyelesaikan ma-salah aliran trafik yang meng-hubungkan Teluk Pulai dan Su-ngai Bertek di bahagian selatan dan Tanjung Syawal, di sebelah utara.

Jambatan jenis segmental box girder yang terletak di tengah

Sungai Klang adalah antara ter-panjang, di Malaysia.

Proses tender terbuka dilaku-kan bermula 24 Mac hingga 22 April 2014 dengan penyertaan 23 kontraktor.

Syarikat Cergas Murni Sdn Bhd dipilih menerusi Lembaga Tender peringkat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada mesyuarat 21 Mei 2014 untuk menyiapkan jambatan itu selepas melepasi penilaian teknikal dan menawar-kan harga terbaik dengan tem-poh pembinaan, selama tiga ta-hun.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin diiringi Mohamed Azmin serta Shamshida bergambar di atas Jambatan Raja Muda Nala

Page 6: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR KE TIGA BELASLaporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Ermizi Muhamad & Sabirah Aziz Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Hafiz Othman

6

Serangan penyakit hawar daun bakteria (BLB)

Bantu �,��� pesawahKERAJAAN Negeri memberikan bantuan kewangan kepada 9,124 pesawah, di Selangor selepas ha-sil tanaman mereka dijangkiti pe-nyakit hawar daun bakteria (BLB).

Exco Infrastruktur, Kemudah-an Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, ia berdasarkan laporan hasil ban-cian dilaksanakan Jabatan Perta-nian Selangor (JPS) bagi musim 2/2016 membabitkan semua pe-sawah itu di 8,892 lot sawah.

“Secara keseluruhan, penye-rahan cek bantuan kewangan kepada pesawah selesai dilak-sanakan bermula dari kawasan blok pengairan Panchang Be-dena, Sungai Burong, Sekinchan, Sungai Nipah, Bagan Terap, Su-ngai Leman dan Sungai Panjang, pada 20 Jun lalu,” katanya men-jawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Khasim Ab-dul Aziz.

Bagaimanapun, Zaidy berkata, JPS mengesahkan terdapat 9.5

peratus atau 847 lot sawah apa-bila pengusahanya masih belum menerima cek bantuan kewa-ngan mereka.

“Ini disebabkan pelbagai masalah antaranya pesawah asal meninggal dunia, kesilap-an pada ejaan nama, nombor kad pengenalan juga perkara berkaitan isu antara pemilik tanah sawah dengan pemajak iaitu pengusaha sebenar sawah.

“Selain itu, terdapat juga isu disebabkan cek rosak ser-ta tamat tarikh tempoh untuk dimasukkan ke dalam akaun penerima,” katanya.

Beliau berkata, syarat ditetap-kan untuk pesawah menerima bantuan kewangan itu ialah penerima mesti pengusaha sawah, kawasan diserang pe-nyakit BLB perlu sekurang-kurangnya 20 peratus daripada keseluruhan lot dan lot sawah diperakui JPS dijangkiti melalui bancian dilakukan.

Zaidy meninjau keadaan padi di Blok Sawah Jalan Parit Lima bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim

Peserta AGROGEMS terima hampir RM� jutaKERAJAAN Negeri menyalurkan bantuan hampir RM1 juta ke-pada 65 peserta program Agro Generasi Muda Selangor (AGRO-GEMS) di Selangor, pada 2015 dan tahun lalu.

Exco Infrastruktur, Kemudah-an Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, bantu-an keseluruhan RM948,048 itu di-berikan kepada 21 peserta, pada 2015 dengan jumlah RM279,975, manakala 44 peserta dengan per-untukan RM668,123 (2016).

“Melalui pemantauan dilak-sanakan jabatan berkaitan se-hingga Julai lalu, pelaburan Kerajaan Negeri kepada peser-ta yang berjaya amat positif dengan kenaikan jumlah jual-an tahunan yang melonjak 63 peratus, berbanding sebelum menerima bantuan.

“Berdasarkan hasil positif me-lalui dapatan diperolehi, Kera-jaan Negeri akan terus memberi penekanan dan galakan serta mempertingkatkan lagi promosi program supaya semua generasi muda, di Selangor yang terbabit dalam sektor pertanian dapat turut sama menyertainya, pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian men-jawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Khasim Ab-dul Aziz.

Beliau berkata, AGROGEMS ia- itu program yang dimulakan

pada 2015 bertujuan memberi galakan dan kesedaran kepada golongan generasi muda beru-sia antara 18 hingga 40 tahun menceburi sektor pertanian serta menjadikan ia sebagai sumber utama pendapatan.

Selain itu, katanya, ia juga dapat mengurangkan kebergan-tungan kepada sektor pekerjaan yang semakin menguncup.

“Terdapat dua sasaran uta-ma digariskan sebagai panduan pelaksanaan program iaitu golo-ngan yang sudah memulakan projek pertanian dan golongan berminat tetapi belum memu-lakannya ekoran faktor kekura- ngan pengalaman serta ilmu pe-ngetahuan, tanah juga modal.

“Bagi melayakkan seseorang

peserta AGROGEMS menerima bantuan Kerajaan Negeri, syarat utama adalah mereka sudah memulakan projek sekurang-kurangnya setahun di atas tanah yang jelas statusnya.

“Jenis bantuan disediakan ber-bentuk peralatan dan input per-tanian serta baka bahan binaan iaitu setiap bantuan diluluskan menerima tidak melebihi daripa-da nilai RM30,000 untuk seorang pengusaha,” katanya.

Katanya, semua peserta yang menerima bantuan pada 2015 dan tahun lalu memenuhi syarat asas serta melepasi kelulusan la-wat siasat Jabatan Pertanian Se-langor, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor juga Jabatan Perikanan Selangor.

Kerajaan Negeri terus komited mengupaya sektor pertanian sekali gus membantu menjana pendapatan yang lumayan kepa-da petani

Terima usul penyata JP-PADAT isu Orang AsalKERAJAAN Negeri akan me-nyemak semula saranan untuk mempercepatkan pewartaan ta-nah Orang Asal, di Selangor, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong.

Beliau berkata, penyata yang dikemuka disifatkan baik dan pihaknya akan memanjangkan perkara itu kepada Pengarah Ja-batan Kemajuan Orang Asli (JA-KOA).

“Hampir semua saranan ter-tumpu kepada peranan JAKOA. Kita tidak mempunyai hubung-kait secara langsung bersama JA-KOA.

“Tetapi saya akan bawa penya-ta ini kepada Pengarah JAKOA Semenanjung supaya ia disele-

saikan di peringkat persekutuan,” katanya.

Beliau juga akan memberikan penjelasan terperinci berhubung perkara itu, pada sidang akan datang.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri Bangi, Shafie Ngah, mengemu-kakan usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) untuk menerima Pe-nyata Jawatankuasa Pilihan Me-ngenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT) Berhubung Perma-salahan Penentuan Hak Milik Dan Pewartaan Tanah Orang Asli Di Negeri Selangor yang dibentang-kan sebagai Kertas Mesyuarat Bi-langan 31 Tahun 20177.

Usul berkenaan diterima sepenuhnya Dewan Negeri Se-langor tanpa bahas.

Page 7: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR KE TIGA BELAS 7Laporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Ermizi Muhamad & Sabirah Aziz Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Hafiz Othman

PHSSB laksana tanggungjawab

RM��.�� juta baik pulih tiga PPRPERUMAHAN Hartanah Sela-ngor Sdn Bhd (PHSSB) membe-lanjakan kira-kira RM14.73 juta bagi membaik pulih dan penye-lenggaraan Program Peruma-han Rakyat (PPR), di Selangor, dari 2014 hingga tahun ini.

Exco Perumahan, Penguru-san Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, anak syarikat Lembaga Perumahan dan Har-tanah Selangor (LPHS) itu men-jalankan proses berkenaan selepas mengambil alih tiga PPR, di negeri itu.

Beliau berkata, dua dari tiga PPR ialah PPR Kampung Baru Hicom dan PPR Seri Kiambang, Serendah, yang diambil alih daripada LPHS, pada 1 Mei 2013 dan 1 September 2014.

“PHSSB melaksanakan kerja baik pulih dan penyelenggara-an untuk PPR Kampung Baru Hi-com sebanyak RM5,196,191.66, manakala PPR Seri Kiambang RM472,999.50.

“Manakala, PPR Kota Daman-sara diambil alih daripada Majlis

Bandaraya Petaling Jaya pada 1 Mei 2013 membabitkan kos RM13,081,953.40,” katanya men-jawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan.

Beliau berkata, antara kerja baik pulih dijalankan PHSSB di tiga PPR itu ialah membaik pulih dan menaik taraf lif serta railing koridor juga tangga hilang, me-naik taraf dan membina tempat letak motosikal dan memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Manakala kerja penyeleng-garaan dijalankan di tiga PPR itu, katanya, ialah menyelenggara sistem mekanikal dan elektrikal merangkumi lif, genset, pam dan tangki air serta penyelengga-raan lampu kawasan guna sama.

“Selain itu, ia juga men-jalankan kerja pembersihan dan pencucian seperti di lobi, laluan koridor, tangga, long-kang dan tempat parkir serta menjalan-kan kerja pemoto-ngan rumput.

“Ia juga membabitkan pe-ngurusan sampah domestik

Invest Selangor bantu pelabur dari awalKEWUJUDAN agensi khusus seperti Invest Selangor berupaya membantu pelabur memulakan pelaburan dari peringkat awal, di negeri itu.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Ami-rudin Shari berkata, ia meliputi proses mengenal pasti tapak dan menyelaras permohonan kelu- lusan pembangunan.

“Selain itu, agensi ini turut membantu pelabur menyele-saikan masalah dihadapi sama ada membabitkan Kerajaan Ne-geri atau Kerajaan Persekutuan,”

katanya.Beliau berkata demikian men-

jawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib berkenaan insentif utama Kera-jaan Negeri menarik minat pela-bur, di Selangor Bio Bay.

Pada masa sama, Amirudin berkata, insentif berbentuk ke-wangan diberi Kerajaan Perse-kutuan menerusi agensi se-perti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Malaysian Bioeconomy Develop-ment Corporation Sdn Bhd serta agensi lain berkaitan industri bioteknologi.

PHSSB melaksanakan kerja baik pulih dan penyelenggaraan untuk PPR Kampung Baru Hicom sebanyak RM5,196,191.66, manakala PPR Seri Kiambang RM472,999.50ISKANDAR SAMADExco Perumahan

dan pukal, keselamatan ba-ngunan, harta awam juga pen-duduk PPR,” katanya.

Page 8: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

SIDANG DEWAN NEGERI SELANGOR KE TIGA BELASLaporan: Hafizan Taib, Nazli Ibrahim, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Ermizi Muhamad & Sabirah Aziz Foto: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Hafiz Othman

8

PROGRAM Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) membu-ka lembaran baru kepada peser-tanya apabila 75 peratus dari-pada mereka berjaya membuka perniagaan sendiri, setakat ini.

Exco Pendidikan, Pembangu-nan Modal Insan, Sains, Teknolo-gi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ah-mad berkata, jumlah itu memberi peluang dan impak positif kepa-da pembangunan bakal usaha-

wan, di Selangor.“Jumlah ini membabitkan 120

peserta yang dibantu melalui pakej bantuan latihan kemahiran RKRS dan pinjaman mikrokredit Yayasan HIJRAH, pada 2016.

“Sementara itu, seramai 180 peserta dipilih menyertai kur-sus sama dan turut menerima tawaraan pinjaman daripada Yayasan HIJRAH, tahun ini,” ka-tanya menjawab pertanyaan

Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib berkenaan manfaat program RKRS.

Nik Nazmi berkata, peserta didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti soft skill dan insaniah di bawah tajaan Pe-rangsang Selangor sebelum di-beri bantuan pinjaman melalui Yayasan HIJRAH untuk memu-lakan perniagaan melalui pro-gram itu.

Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS)

��% peserta berjaya buka perniagaan

JAJARAN koridor bagi pembi-naan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singa-pura membabitkan sebahagian ka-wasan di Selangor belum dimukta-madkan.

Exco Pemba-ngunan Generasi Muda, Sukan, Ke-budayaan dan Pembangunan U- sahawan, Amiru-din Shari berkata, pihak MyHSR Corp Sdn Bhd (My-HSR) belum membentangkan hasil kajian tapak kepada Kerajaan Ne-geri untuk pertimbangan selanjut-nya, sehingga kini.

“Kerajaan Negeri masih menunggu maklumat daripada MyHSR dan mengambil maklum jajaran koridor bagi pelaksanaan projek berkenaan belum dimukta-madkan di kawasan selain dimak-lumkan.

“Merujuk isu pengambilan ta-

nah yang dibangkitkan, ia hanya dapat dilaksanakan selepas lot terbabit dengan cadangan jajaran dikenal pasti dibentangkan MyHSR kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian me-wakili Exco Pelaburan, Per-industrian IKS, Perdagangan dan Pengang-kutan, Dato’ Teng Chang

Khim, bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tan-jung Sepat, Mohd Haslin Hassan dan ADN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif.

Dijangka mula beroperasi pada penghujung 2026, perkhidmatan HSR akan mempunyai tujuh stesen di Malaysia iaitu Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Mela-ka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri sebelum berakhir, di Jurong East, Singapura.

Jajaran koridor HSR belum dimuktamadkan

DEWAN orang ramai di atas ta-nah rizab pendidikan, di Jalan 19 Taman Putra, Ampang, dibina se-belum PAKATAN mengambil alih pentadbiran negeri.

Exco Kerajaan Tempatan, Pem-bangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, bangu-nan itu dibina penduduk setem-pat sebagai balai raya sebelum diambil alih Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pada 2009.

“Pengambilalihan ini selaras keputusan Majlis Mesyuarat Ne-geri Bilangan 15/2008 bertarikh 18 Jun 2008 yang memutuskan mengambil alih mana-mana ba-ngunan yang dibina di atas rizab kerajaan atau kawasan lapang di-urus tadbir pihak majlis,” katanya.

Dewan atas tanah rizab pendidikan sebelum ����

KERAJAAN Negeri menjayakan program ikatan desa dalam usaha menjaga keselamatan kampung tradisi, di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Sijangkang berkata, program dijalankan itu menun-jukkan progres diharapkan de-ngan tahap keselamatan baik.

“Kita menjalankan kursus ke-selamatan kampung melalui program ini bagi meningkatkan tahap keselamatan kampung tradisi, khususnya di pinggir ban-dar dan luar bandar.

“Setakat ini, 10 jawatankuasa

kselamatan kampung ditubuh-kan dan tiada keperluan bagi membekalkan kamera litar ter-tutup (CCTV) di kawasan kam-pung berkaitan,” katanya menja-wab pertanyaan lisan ADN Selat Klang, Dr Halimah Ali.

Menjawab pertanyaan tamba-han, beliau berkata, ketua kam-pung di kampung berkenaan su-dah dimaklumkan bagi melihat beberapa bilik di masjid atau ba-lai raya yang boleh dijadikan bi-lik gerakan supaya jawatankuasa terbabit boleh menggunakannya untuk tujuan berkaitan.

“Selain itu, beberapa peralatan dalam proses untuk dibekalkan kepada mereka termasuk walkie talkie dan first aid kit,” katanya.

Ikatan desa tingkat keselamatan kampung

Akademi Usahawan MJ Fatonah menawarkan Kursus Usahawan Ternakan di bawah program Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS)

Beliau berkata demikian men-jawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Teratai, Tiew Way Keng.

Hian Wah berkata, MPAJ se-dang menyelaras pewartaan semula tapak bangunan itu dari-pada rizab pendidikan kepada kemudahan awam, ketika ini.

Pengambilalihan ini selaras keputusan Majlis Mesyuarat Negeri Bilangan 15/2008 bertarikh 18 Jun 2008 yang memutuskan mengambil alih mana-mana bangunan yang dibina di atas rizab kerajaan atau kawasan lapang diurus tadbir pihak majlis

EAN YONG HIAN WAHExco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram

Page 9: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

9SelangorKini 22 - 28 November 2017

Nasional MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

PERAK - Pentadbiran cemerlang di Selangor dan Pulau Pinang dalam menjaga kepentingan rakyat adalah gambaran jelas PAKATAN mendokong amanah diberikan selama ini.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hubungan kukuh antara semua parti di dalam gabungan itu memudahkan PAKATAN men-corak pentadbiran penuh ce-merlang demi memenuhi keper-luan rakyat.

“Dengan pentadbiran penuh tanggungjawab dan telus, maka kita berjaya mencapai kejayaan dengan ekonomi baik.

“Ia seterusnya mampu diter-jemahkan melalui program ke-bajikan demi kepentingan rak-yat dan kita dapat melakukannya kerana tiada penyelewengan seperti di dalam pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN),” ka-tanya dalam Santai Petang dan Dialog Isu Semasa, di Kampung Baru Sungai Terap, di sini, pada 17 November lalu.

Dalam program Jelajah KE-ADILAN Peduli Rakyat di Perak itu, beliau yang juga Dato' Men-teri Besar Selangor berkata, Ke-rajaan Negeri serta Pulau Pinang membuktikan kerjasama erat dengan saling membantu keti-ka keadaan memerlukan dan ia dapat direalisasikan hasil penca-paian baik diraih demi kebaikan rakyat keseluruhannya.

Pimpinan PAKATAN

Cemerlang dokong amanah rakyat

Mohamed Azmin beramah mesra dengan penduduk Kampung Baru Sungai Terap, Batu Gajah dalam Santai Petang dan Dialog Isu Semasa ketika Jelajah KEADILAN Peduli Rakyat, di Perak

“Ketika Pulau Pinang dilanda banjir, kita di Selangor datang membantu dan menghulurkan bantuan segera.

“Ia menimbulkan kegusa-ran Umno-BN yang tidak turun membantu. Jadi, rakyat Perak boleh membuat perubahan dalam pentadbiran negara, pada pilihan raya akan datang," ka-tanya.

Ia seterusnya mampu diterjemah-kan melalui program kebajikan demi kepentingan rakyat dan kita dapat melakukannya kerana tiada penyelewengan seperti di dalam pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN)

MOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

PAHANG - Budaya politik bersih diamal-kan pentadbiran PAKATAN mampu men-jana kepada pembentukan Malaysia baru dan sejahtera.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, prin-sip kesatuan dan integriti dipegang utuh pentadbiran PAKATAN mampu merealisa-sikan hasrat itu.

“Saya berikrar, kita mahu politik meng- angkat martabat Islam, orang Melayu dan rakyat keseluruhannya.

“Saya tidak mahu kita berlumba melakukan fitnah tetapi mahu pimpinan kita berlumba untuk mengangkat hak rakyat,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian ke-tika berucap pada Ceramah Umum Jela-jah KEADILAN Peduli Rakyat, di Simpang Kepayang, Bera, pada 18 November lalu.

Pada masa sama, penganjuran jelajah

KEADILAN di Pahang diadakan sebagai medan terbaik kepada pimpinan PAKA-TAN untuk menyalurkan informasi keja-yaan gabungan itu dalam mentadbir Se-langor.

Penganjuran jelajah itu juga mampu membuka ruang kepada rakyat untuk menilai seadilnya bagi membuat pilihan, pada pilihan raya umum akan datang.

Siri jelajah itu membabitkan beberapa daerah utama di Pahang antaranya Men-takab, Temerloh dan Bera.

Kemuncak program menerusi pengan-juran Ceramah Umum di Simpang Kem-payang yang disaksikan lebih 5,000 pen-duduk setempat.

Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor turun padang menyantuni masyarakat setem-pat di Kampung Batu Kapur, Mentakab dan Kampung Paya Pulai, Temerloh.

Politik bersih bina Malaysia baru

Pimpinan PAKATAN bersama penduduk setempat pada Ceramah Umum Jelajah KEADILAN Peduli Rakyat di Simpang Kepayang, Bera

Page 10: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

10Fokus

SelangorKini 22 - 28 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Usaha Majlis Per-bandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi mewujudkan pusat pengkom-posan di pasar dan medan selera di kawasan pentadbirannya wajar di-contohi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.

Exco Pelancongan, Alam Seki-tar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong (gam-bar) berkata, ia kerana projek peng-komposan itu dijangka mampu mengurangkan sisa sampah untuk

dibuang ke tapak pelupusan. "Projek ini sangat bagus untuk

bantu mengurangkan sisa sampah pasar atau sisa makanan di medan selera untuk dihantar ke tapak pelu-pusan dan hasilnya juga boleh di-gunakan untuk lanskap PBT selain dijual, di pasaran.

"Langkah ini harus digalakkan di pasar dan kedai makan lain kera-na memelihara alam sekitar adalah satu usaha berterusan juga perlu dipertingkatkan untuk generasi akan datang," katanya kepada Se-langorKini.

Pusat kompos di pasar dan medan selera

Usaha MPAJ wajar dicontohi

AMPANG JAYA - Masyarakat di Ampang Jaya dibenarkan meng-gunakan tanah lapang seki-tar kawasan perumahan untuk dijadikan kebun komuniti se- bagai galakan kepada mereka untuk lebih terbabit dalam aktivi-ti pemuliharaan alam sekitar.

Yang Dipertua Majlis Perban-daran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain berkata, akti-viti kebun komuniti perlu dilak-sanakan secara berkumpulan bu-kan individu.

"Kebun komuniti adalah salah satu program yang kita galak-kan dan beberapa kawasan baru dibuka jika dipohon persatuan penduduk secara berkumpulan bukan individu. Terbaru kita buat, di Pandan Indah.

"Kebun komuniti ini juga adalah sebahagian daripada program alam sekitar dengan kawasan terbiar yang tidak di-

gunakan akan diberikan kepada penduduk untuk dimanfaatkan dengan buat kebun komuniti," katanya dalam satu pertemuan eksklusif dengan SelangorKini, di pejabat beliau, di Menara MPAJ, baru-baru ini.

Katanya, tanah lapang yang dipohon bukan membabitkan kawasan lapang yang dijadikan kawasan rekreasi penduduk se-tempat.

Abd Hamid berkata, persa-tuan penduduk yang mengusa-hakan kebun komuniti berhak menentukan sama ada hasil itu nanti akan dikongsikan untuk ke-gunaan mereka atau dijual bagi menjana dana persatuan.

Beliau berkata, langkah itu ter-bukti berjaya apabila sebelum ini komuniti di Keramat AU2 berjaya menghasilkan pendapatan dari-pada kebun komuniti yang me-reka usahakan.

"Salah satu kebun komuniti yang berjaya adalah di Kera-mat AU2 hingga menghasilkan pendapatan dari kebun komuniti itu seperti kejayaan menghasil-kan jus bunga rossele dan me-reka juga tak perlu lagi membeli sayur, di pasar.

"Selain itu, mereka juga dah boleh jual cili, keladi, sayur-sa-yuran. Mereka hasilkan di atas ta-nah seluas dua ekar. Biasanya, di kawasan perumahan bertingkat ini memang ada kawasan rizab lapang yang boleh digunakan untuk kebun komuniti," katanya.

Abd Hamid berkata, selain memberi galakan mengusa-hakan kebun komuniti, MPAJ turut mencuba kaedah menye-diakan sangkar kitar semula di beberapa lokasi dan aktiviti berkaitan alam sekitar, pada Hari Alam Sekitar MPAJ yang berlang-sung, baru-baru ini.

Galak penduduk usaha kebun komuniti

AMPANG JAYA - Tiga pengiktirafan penting diberikan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam tempoh dua bulan ini mem-bakar semangat warga kerjanya un-tuk melipat gandakan usaha menja-dikan Ampang Jaya sebagai bandar hijau dan selamat untuk didiami warganya.

Pengarah Perancang Bandar MPAJ, Zuraina Said berkata, tiga pengiktirafan itu membabitkan pengiktirafan peringkat antara-bangsa, kebangsaan dan negeri.

"Pada 12 September, Ampang Jaya menerima pengiktirafan seb-agai clean land di 4th Asean Environ-mentally Sustainable (ESC) Award Presentation Ceremony yang dia-dakan di Brunei diikuti Anugerah Khas Inovasi Hijau yang diterima daripada Kerajaan Negeri, pada 12 Oktober lalu.

"Manakala, satu lagi pengiktira-fan diterima daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi Anugerah Khas Hari Alam Sekitar Negara 2017 (Bandar Lestari), pada 21 Oktober lalu. Tiga pengiktirafan ini amat penting kepada MPAJ," ka-tanya pada satu pertemuan dengan SelangorKini, di Ibu Pejabat MPAJ, di sini, baru-baru ini.

Zuraina berkata, Ampang Jaya terpilih menerima pengiktirafan se-bagai clean land apabila ciri yang terdapat di kawasan berkenaan ber-jaya memenuhi kriteria ketat yang ditetapkan jawatankuasa anugerah antarabangsa itu.

Katanya, antara kriteria penting yang melayakkan Ampang Jaya di-pilih sebagai clean land juga apabila 54 peratus dari 143.5 kilometer per-segi kawasan pentadbirannya masih dikekalkan sebagai hutan simpan.

Beliau berkata, antara ciri me-narik hutan simpan di Ampang Jaya adalah Permatang Kuaza Gombak, Bukit Tabur dan Empangan Klang

Tiga pengiktirafan tempatan dan antarabangsa

dengan menjalankan aktiviti peng-komposan secara kecil-kecilan, di kediaman masing-masing.

Terdahulu, Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain berkata, pi-haknya sedang berusaha bagi mewujudkan pusat pengkom-posan di beberapa pasar besar yang sedang dinaik taraf dan pasar baru.

Selain itu, pusat pengkom-posan juga diadakan di medan se- lera membabitkan lebih 100 pre-mis yang beroperasi, di seluruh Ampang Jaya.

Katanya, peniaga dan orang ramai dapat terbabit secara lang-sung dalam kempen memelihara alam sekitar dengan wujudnya pusat pengkomposan, di pasar juga medan selera.

"Pada peringkat permulaan, memang MPAJ mahu timbulkan kesedaran dalam kalangan ma-syarakat untuk terbabit dalam ak-tiviti pengkomposan kerana kalau kita sahaja yang laksanakan tanpa pembabitan mereka, maka usaha ini tidak akan bertahan lama," ka-tanya.

Beliau berkata, usaha MPAJ itu diharap dapat mendidik ma-syarakat untuk terbabit sama bagi memelihara alam sekitar lebih aktif

Gates."Perkhidmatan Bas Smart Se-

langor turut menyumbang kepa-da pengiktirafan ini, ekoran orang ramai menggunakan kenderaan awam berbanding persendirian, sekali gus mengurangkan pengha-silan karbon.

"Ciri lain yang turut diambil kira adalah usaha MPAJ menukar lampu sedia ada kepada lampu LED, peng-gunaan sistem solar dan laluan pe-jalan kaki berbumbung yang mem-punyai 12 elemen berkonsepkan pembangunan berasaskan transit (TOD), kejiranan hijau serta bandar selamat," katanya.

Kataya, antara 12 elemen itu adalah pembangunan sejagat iaitu mewujudkan persekitaran mesra orang kelainan upaya (OKU), ele-men kejiranan hijau seperti Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH), mengekal-kan pokok sedia ada dan lanskap.

Manakala elemen bandar sela-mat pula, mewujudkan pengasi-ngan pejalan kaki juga kenderaan, pencahayaan dan elemen teknolo-gi hijau pula membabitkan lampu sistem solar.

Perkhidmatan Bas Smart Selangor turut menyumbang kepada pengiktirafan ini ekoran orang ramai menggunakan kenderaan awam berbanding persendirian, sekali gus mengurangkan penghasilan karbon

ZURAINA SAIDPengarah Perancang Bandar MPAJ

Page 11: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

11SelangorKini 22 - 28 November 2017

Ekonomi MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berke-nan merasmikan Smart Selangor Pavilion di Smart City Expo World Congress, di Barcelo-na, Sepanyol, baru-baru ini.

Baginda memuji usaha Selangor beraksi di pentas antarabangsa bagi mendekati dan berkongsi idea serta pengalaman dengan masyarakat global.

Baginda berkata, ia selaras status Sela-ngor sebagai negeri termaju dengan pen-duduk paling ramai, di negara ini.

“Selangor perlu meningkatkan daya sa-ing untuk terus kekal menjadi negeri paling hadapan, di Malaysia. Menerusi pameran ini, amalan, pengalaman dan model terbaik bo-leh diadaptasi serta dibawa balik untuk dija-yakan dalam usaha meningkatkan gaya hi- dup rakyat Selangor,” katanya dipetik The Star.

Baginda diiringi Exco Pelaburan, Perin-dustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta Pengangkutan, Dato' Teng Chang Khim dan Ketua Pega-

wai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) merangkap Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), YM Raja Shahreen Raja Othman.

Smart Selangor dalam satu kenyataan, tu-rut berbesar hati dengan kesudian baginda merasmikan Smart Selangor Pavilion.

“Terdapat aliran pelawat berterusan dan mereka diperkenalkan dengan Smart Sela-ngor, kemajuan serta perkembangannya juga projek yang dijayakan rakan kongsi pa-vilion kami.

“Pada hari pertama juga, Timbalan Penga-rah SSDU, Dr Fahmi Ngah, turut berkesempa-tan menyampaikan ceramah bertajuk ‘Ke Arah Negara Pintar: Pencapaian Sehingga Kini’ ke-pada pihak berminat,” kata kenyataan itu.

Rakan kongsi pavilion Smart Selangor adalah Invest Selangor Berhad, Central Spec-trum Sdn Bhd, Telekom Malaysia, Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC), Setia Haruman Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Sepang dan KDEB Waste Management Sdn Bhd.

Kongsi idea bersama masyarakat global

Delegasi negeri sertai Smart City Expo World Congress, Sepanyol

Tengku Amir Shah bersama delegasi Kerajaan Negeri di Smart Selangor Pavilion ketika Smart City Expo World Congress, di Barcelona, Sepanyol

Lebih �� buskers bakal gegar SACC MallSHAH ALAM - ‘Battle of the Buskers’ yang memasuki musim ketiga kem-bali dengan penyertaan lebih 30 penghibur jalanan, di Black Box@SACC Mall, pada 16 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn bhd (PREC), Fak-ru Radzi Ab Ghani berkata, akti- viti itu bertujuan mengisi masa la-pang generasi muda, di samping mengelakkan mereka daripada ter-jebak dengan gejala sosial dan ak-tiviti tidak bermanfaat.

“Kami mahu anak muda men-jadi modal insan berguna dengan semangat setiakawan, cergas dan berdaya saing secara sihat melalui pertandingan ini.

"Kita juga ingin mencungkil bakat, selain mengetengahkan bakat sedia ada sejajar impian Dato' Menteri Besar untuk menjadi-kan Shah Alam sebagai kota seni," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, PREC ingin turut sama membantu merealisasikan hasrat Dato' Seri Mohamed Azmin Ali menerusi aktiviti yang memu-puk semangat jiwa muda terhadap seni termasuk teater, lukisan juga tarian.

Katanya, peserta yang berminat hanya perlu membayar RM50 untuk penyertaan, sekali gus melayakkan mereka merebut hadiah RM3,800 berdasarkan penilaian vokal, pe-nyu-sunan lagu, teknik persemba-

han dan markah bonus menerusi juri tempatan profesional seperti Amir Jahari serta Mark Adam.

"Bagaimana anda busking, begi-tulah anda battle. Setiap kumpulan hendaklah membariskan sekurang-kurangnya tiga ahli kumpulan atau

enam maksimum."Peserta hanya dibenarkan berada

di atas pentas dalam tempoh 10 minit dengan penggunaan alat muzik se- perti saxophone, violin, keyboard, percussion dan double bass, kecuali gitar elektrik juga dram," katanya.

Fakru Radzi berkata, penyertaan terbuka untuk seluruh rakyat Malay-sia dan sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Black (013-878 1471) atau layari laman sosial (Facebook dan Instagram) SACC Mall dan Black Box@SACC Mall.

Page 12: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

Album Album13SelangorKini 22 - 28 November 201712 SelangorKini 22 - 28 November 2017

02Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa turun padang merasmikan program kemasyarakatan, Program Bangunan Ceria 2017

04ADN Meru, Dr Rani Osman turun padang menyampaikan sumbangan beg sekolah skim TAWAS di Dewan Serbaguna MPK di Meru

1

4

2 3

5

01ADN Sri Muda,

Shuhaimi Shafiei turun padang menyantuni penduduk setempat

dan mendengar permasalahan mereka

03ADN Pandamaran,

Tan Pok Shyong menyantuni dan

merasmikan Persatuan Kwong Shiu Ui Koon di

kawasan beliau

05ADN Kuang, Datuk

Abdul Shukur Idrus turun padang

merasmikan Program Percambahan Minda di

Kampung Orang Asli Hulu Kuang

INDAH TERSERGAM KOTA

DARUL EHSAN,JAMBATAN KETIGA

KLANG ASET KEMUDAHAN

Page 13: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

14IPR

SelangorKini 22 - 28 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

Pada 2014, Pertubuhan Ke-sihatan Sedunia (WHO) melaporkan kadar perbe-lanjaan kesihatan Malay-

sia hanya berada, pada tahap 4.2 peratus dari Keluaran Dalam Ne-geri Kasar (KDNK).

Walaupun hakikatnya nilai minima dicadangkan WHO un-tuk perbelanjaan kerajaan bagi menjayakan perkhidmatan ke-sihatan adalah lima peratus dari-pada KDNK, ia masih pada paras minima.

Malah, jumlah itu dilihat agak rendah berbanding negara lain seperti Cuba (11.1%), Brazil (8.3%), Vietnam (7.1%) dan Thailand (6.5%).

Sambut baik saranan WHO

Namun, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri me-ngambil pendekatan berbeza dalam menyumbang kepada per-tumbuhan faktor itu.

Mohamed Azmin berkata, komitmen itu dizahirkan melalui pelaksanaan dasar berkebajikan, di bawah program skim perlin-dungan perubatan dan kesihatan (medical and healthcare coverage).

Beliau mengumumkan, pelak-sanaan inisiatif kesihatan berke-bajikan yang dijayakan menerusi Skim Peduli Sihat bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 pera-tus terendah (B40).

Tumpuan itu membabitkan fasa kelompok paling tertekan dengan peningkatan kos kini ekoran kenaikan kos sara hidup yang semakin tidak terkawal, di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Dato' Menteri Besar berkata, peruntukan RM125 juta setahun disalur bagi pelaksanaan Skim Peduli Sihat yang akan menye-diakan khidmat kesihatan percu-ma itu.

Menariknya, pelaksanaan skim

Skim Peduli Sihat

Khidmat kesihatan terbaik negara

berkenaan menjadikan Selangor sebagai negeri terawal melak-sanakan skim kesihatan, sekali gus mendahului negeri lain.

"Aspek penjagaan kesihatan ditawarkan kepada 250,000 ke-luarga atau sejuta rakyat Sela-ngor berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

"Skim Peduli Sihat yang diurus-kan Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administra-tor akan membiayai rawatan ke-sihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak, sehingga RM500 setahun," katanya.

Permohonan mudah

Lebih mudah, bagi pemohon yang berminat untuk menikmati keberkesanan perkhidmatan itu secara mudah boleh membuat pendaftaran mudah, di Pejabat Ahli Dewan Negeri, Pihak Berkua-

sa Tempatan juga Pejabat Daerah dan Tanah.

Pendaftaran sama juga bo-leh dilakukan di klinik berdaf-tar termasuk pendaftaran dalam talian dengan menyer-takan bukti atau pengesahan pendapatan.

"Setiap peserta akan mene-rima kad kesihatan Peduli Si-hat. Pemegang akaun utama Peduli Sihat serta tanggungan-nya iaitu isteri dan anak bawah 21 tahun.

"Mereka boleh menerima rawatan doktor (general prac-ticioner) di klinik berdaftar menurut had gunaan dan ke-layakan ditetapkan.

"Pada masa sama, klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras

ditetapkan Persatuan Peru-batan Malaysia (MMA)," kata-nya.

Namun, fokus pelaksanaan-nya ditegaskan Dato' Menteri Besar bukan bersifat berke-pentingan untuk meraih undi masyarakat, dalam tempoh hampir diadakan pilihan raya.

Tumpu kebajikan kesihatan rakyat

Beliau menafikan, Skim Peduli Sihat yang akan dinik-mati rakyat Selangor sebagai ole-ole pilihan raya.

Secara jelas, ia dijayakan penuh konsisten bagi meng- angkat mutu perkhidmatan ke-sihatan, di Selangor menerusi kepelbagaian agenda berkeba-jikan untuk rakyat negeri itu.

Perkara sama turut di-tekankan Exco Kebajikan, Ke-sihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi yang mengesahkan pelaksa-naan skim itu terbuka kepada seluruh rakyat memerlukan.

“Selain kad peduli sihat bernilai RM500 untuk satu ke-luarga berpendapatan bawah RM3,000, ibu bapa yang ada anak istimewa boleh dapatkan insentif khas RM200,” katanya.

Beliau berkata, ia membuk-tikan Kerajaan Negeri berusa-ha sedaya upaya memastikan tiada golongan tercicir dari-pada berkongsi hasil kekayaan Selangor.

"Matlamat kita untuk mening- katkan kesihatan golongan yang tidak mampu mendapat-kan ubat untuk selesema, batuk dan sejuk kerana sekali ke klinik boleh menelan kos RM35 hingga RM45," katanya.

Malah, kata Dr Daroyah, skim kesihatan subsidi di peringkat Kerajaan Negeri itu akan me-ningkatkan kualiti hidup golo-ngan miskin.

Untuk rekod, Skim Peduli Sihat dijayakan selaras de- ngan Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) yang mesra rakyat bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan ne-gara.

Sasarannya untuk mening-katkan kesejahteraan semua serta kesihatan individu, sekali gus mewujudkan rumah tang-ga bahagia.

Jaminan pelaksanaan pasti-nya akan diteruskan dalam u- saha memastikan kebajikan ke-sihatan rakyat Selangor men-jadi teras utama kepada inisia- tif jangka panjang itu.

Page 14: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

WAKTU OPERASISETIAP HARI6 pagi - 10 malam

KEKERAPAN PERJALANAN15-20 minit

15SelangorKini 22 - 28 November 2017

LALUAN BAS SMART SELANGOR MDKL

MULA / TAMAT

BANDARBANTING

Tmn Sri Telok Datok

Hadapan Syabas

SMK Telok Datok

SMK Banting

Alam Point Plaza

SM Sg Manggis

Bandar Mahkota Bating

Bertentangan SGL Group

Kg Olak Lempit (Persimpangan Jln Gate)

Kg Olak Lempit (Persimpangaan Jln Bahagia)

Tmn Merbah (Persimpangan Jln Merbah Rimba 1&2)

Tmn Merbah (Persimpangan Jln Merbah Rimba)

SRA Olak Lempit

Kg Olak Lempit (Persimpangan Jln Hj Wahad)

Zetcom Business & Sport Centre

Kompleks Perabot Olak Lempit

Labohan Dagang

Genting Sanyen Paper Mill

JALAN KLIA 1JALAN PEKELILING JALAN PEKELILING

LEBUHRAYA KLIA EXTENSIONJALAN KLIA 1

JALAN PEKELILINGPINTASAN DENGKIL BYPASS

PERSIARAN WARISAN

JALAN WARISAN MEGAH JALAN WARISAN MEGAHSK Kota Warisan SK Kota Warisan

STESEN ERL SALAK TINGGI

PERSIARAN WARISANPINTASAN DENGKIL BYPASSJALAN PEKELILING

KLIA 2

Mitsui Outlet Park

Taman Langat Utama

Genting Sanyen Paper Mill

Kolej MARA Banting

Kawasan Perindustrian Olak Lempit

Kompleks Niaga Al-Bajuri

Kg Olak Lempit (Persimpangan Jln Kemat)

SRA Olak Lempit

Taman Desa Idaman

Kg Olak Lempit (Bertentangan Jln Bahagia)

Tmn Desa Idaman (Persimpangan Jalan Idaman 2/2)

Kg Olak Lempit (Persimpangan Jln Bkt Perah)SGL Group

Mahkota Industrial Park

SJK (T) Sungai ManggisSM Sg Manggis

Aim Point PlazaTNB Sg Manggis

KAFA Intergrasi As-Syariff

Syabas Kuala Langgat

Pejabat Pertanian

JALAN DENGKIL - BANTING

JALAN SULTAN ABDUL SAMAD

JALAN BANTING - KLIA

JALAN BUNGA PEKAN

MULA

TAMAT

BANDARBANTING

BANDARBANTING

Pasaraya Econsave

JLN KLAMBANG 5

SM Sains Banting

Kuarters TUDM

Kem TUDM

SMK Jugra

ILP Kuala Langat

IKBN Kuala Langat

Bertentangan Gereja Banting

99 Speedmart

PPD Kuala Langat

Hadapan AEON Credit Service

Indah Pesona

Bertentangan IPD Kuala LangatMajlis Daerah Kuala Langat

MEDAN SELERA MAJLISTaman Kemuning

Kawasan Perniagaan Jln Sg Lang

Hadapan Sheng Leong Cycle Trading

HOSPITAL BANTINGIPD KUALA LANGAT

SJK (C) Choong Hua

Restoran Nafih

7E BANTINGPawagam My Cinema

MASJID AT-TAQWATaman Seri Putra

Bertentangan IKBN Kuala Langat

Bertentangan ILP Kuala Langat

Bertentangan SeK. Keb Jugra

TAMAN BANTING BARUKolej Matrikulasi Selangor

Taman Desa Permatang Jaya

PEKAN PERMATANG PASIRTaman Chodoi Bestari

PEKAN CHODOI

LALUAN 1 LALUAN 2

Page 15: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 22 - 28 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AZRIN FAUZI

Dengan nafas yang be-rat, adik beritahu aku tadi ibu telah tiada.[1] Masih ingat lagi

sewaktu kami ghairah bermain tanah[2] di halaman teratak tok wan – pada waktu tiang-tiang terataknya masih lagi kelihatan tinggi – aku dan adik langsung tidak endahkan tok wan yang se-dang terlantar di dalam. Tok wan cepat dahaga lalu ibu memberi-nya minum air daripada buyung yang besar perutnya itu di tepi katil. Malah sudah lupa terus kami akan ibu dan ayah. Yang kami ingat: hanya tanah. Betapa adik teruja mengepal-ngepal ta-nah coklat kehitaman yang lem-bik lagi liat itu. Sesekali terkeluar melalui celah-celah jarinya persis lintah yang melanting-lanting i- ngin bebas dari genggam ke-cilnya. Dapat kulihat juga tanah mula memenuhi dalam kukunya. Dan mula memenuhi dalam ku-kuku.

Sepertinya akan bergulat de-ngan tanah. Itupun tidak lama se-belum aku mengajak adik mem-buat istanah (kerana di halaman teratak tok wan tiada pasir untuk kami buat istana pasir). Sambil mencangkung, kami mula me-nguis-korek tanah dengan ta- ngan. Ayam itik memandang aneh perlakuan kami. Dan desir daun-daun kelapa seakan berbisik dari atas. Tetapi matahari seolah lang-sung tidak menghiraukan kami. Diam-diam menggelongsor tu-run ke balik bukit. Bila saat senja memercikkan cahaya merahnya ke keringat keruh kami itulah aku beritahu adik, kita semua dicip-takan daripada tanah. Daripada tanah kita datang dan kepada ta-nah kita kembali.[3]

Tangan adik terhenti daripada menempek segempal tanah ke

atas istanahnya. Dapat kulihat ista-nahnya sudah tinggi menyenget persis Menara Babel. Dan dapat kulihat juga getar di bibirnya seperti mahu membe-bel. Tidak seperti aku, adik yang sepan-jang waktunya di rumah tidak pernah renggang matanya de-ngan tivi, langsung membenam- kan kenyataanku tadi ke dalam tanah. Katanya, yang diciptakan daripada tanah hanya Adam.

Hanya Adam.

Ingatanku langsung meng-oleng-oleng atas pengamatanku yang tidaklah berapa luas dan dalam sebelum meluncur ke peristiwa malam itu – beberapa

bulan sebelum adik hadir ke du-nia. Ibu dan ayah membawaku ke kampung kerana ingin men-jaga tok yang sudah tenat. Tok batuk-batuk sesampai kami tiga beranak di sana. Tok wan beri-tahu ayah sesuatu yang tidak dapat kutebak isinya. Ibu terus mendapatkan tok yang sedang terlantar lemah di atas katil di ru-ang tamu.

Dan tengah malam itu, kerana tidak dapat tidur dek nyamuk-nyamuk lapar, aku mahu mendapat-kan tok dan tok wan. Belum pun sempat melangkah longlai ke ruang tamu, ada bi-ngit-bingit kecil yang ditangkap telingaku – dari dapur. Langkah langsung lencong ke sana. Dan[4]

Ada rupa dan ben-tuk yang memadat pe-jal dalam kepalaku.[5] Usai bangkit daripada tidur keesokannya, aku ingat-ingat lupa akan apa yang keluar dari mulut tok antara cungap-mengahnya itu: “Adunan kena tepat… tangan kena lembut meng-uli… supa-ya adik cukup sifat… sempurna serba-serbi.” Mungkin begitulah yang mahu dititipkan kepada cu-cunya yang masih mamai pagi itu.

Ceritanah inilah yang kukisah-kan kepada adik senja itu. Me-mang sukar untuk adik telan cerita ini. Sukar juga untuk aku luahkannya.

Ibu melaung-panggil kami naik-masuk ke dalam (sebelum marahamun kerana kami kotor

bolor dengan tanah). Dari atas katil di ruang tamu, tok wan in-gatkan kami agar jangan main lagi senja-senja begini, nanti kena sorok. Adik mengerling ke-padaku. Dia masih tidak percaya. Langsung tidak percaya dengan ceritaku. Langsung tidak mahu percaya yang kita semua dijadi-kan daripada tanah. Kerana se- perti katanya pada awal tadi, yang diciptakan daripada tanah

hanya Adam. Lantas dia me-nerangkan kepadaku – barang kali daripada dokumentari yang ditontonnya di tivi – proses ke-jadian manusia dari A ke B ke C ke kromosom X dan Y sehinggalah apa-apa yang berakhir dengan Z.[6] Benar aku mengagumi akal celik adik. Dan benar kami tidak sempat menghadiri pengebumi-an jenazah tok wan.

Tetapi adik juga tidak mendapat ceritaku yang penuh kerana versi yang adik dengar ialah versi yang terhenti sewaktu

ibu melaung-panggil kami naik-masuk. Adik tidak tahu, sehari setelah menitipkan kata-kata keramat itu, terus tok meninggal dunia. Dan aku masih ingat, dan aku mampu lihat, tatkala celik sa-haja pada pagi itu, ibu dan ayah dan tok wan dan sanak saudara lain yang tidak kukenal masing-masing sedang menahan sebak di ruang tamu. Itupun sebelum ibu mula pecah tangis dan sanak saudara yang lain tadi langsung ikut meratap meraung sama…

…mengelilingi setimbun ta-nah di atas katil.[7]

*

[1] Lama kutatap skrin tele-fon. Fikirku, mujurlah dibawa oleh ayah ke kampung, senang untuk diuruskan oleh sanak saudara. Aku percaya, pada wak-tu kereta api ini akan meluncur di dalam terowong dasar laut untuk ke pulau beberapa minit sahaja lagi, adik menerima segala apa yang terjadi di hadapan mata.

[2] Kerana membesar di Kuala Lumpur, di mana setiap langkah kami berlegar di atas as-pal, konkrit, simen dan segala je-nis batuan lain, tanah sentiasa di-anggap asing – tanah dianggap keramat.

[3] Atau: “Daripada tanah kampung ini kita datang dan kepada tanah kampung ini kita kembali.”

[4] aku nampak ibu dan ayah. Dalam suram, ibu sedang asyik menguli-ramas sesuatu yang meliat di dalam buyung. Sambil ayah menuangkan air se-dikit demi sedikit ke dalamnya. Mereka tidak hiraukanku. Dan apabila kudatang dekat, mereka langsung tidak menyedari ke-hadiranku. Mereka berdua begitu asyik. Ibu asyik dengan uliannya. Dan ayah asyik dengan tuangan-nya.

[5] Segala-galanya masih jernih. Sejernih air yang meliuk len-tok ke dalam buyung. Membasah-kan tangan gemalai ibu yang se-dang ghairah menguli tanah.

[6] Atau cerita kejadian ma-nusia memang tidak pernah tamat?

[7] Haruskah cerita ini kuta-matkan? Aku mengeluarkan tiket yang belum ditebuk, menembus-kan renungan ke arah destinasi: George Town. Aku merasakan per-jalanan ini akan jadi perjalanan pa-ling panjang sepanjang hidupku. Dan sewaktu kereta api mula me-nerobos laut dalam, kusumbat fon telinga, mainkan lagu dalam mod shuffle lantas Disintegration oleh The Cure pun mula berkecai dalam kepala.

SANG EKONOMIS

Dia sang ekonomisseteguh gunung pertahan hujahdi kaca televisi nasionalissuaranya suara rakyat cilikmenggegarkan jantungsang naga kapitalis.

Setiap hujahnya keris yang menikambiar pedih menjalar kebenaran tidak lagi di kaki.

Biarkan saja suara itu bersiarandi gelanggang demokrasisuara sang ekonomis itumenjadi rindu-rinduan di kedai-kedai kopi.

BAHARUDDIN SAIRISungai Nibong, Sekinchan

Tangan adik terhenti daripada menempek segempal tanah ke atas istanahnya. Dapat kulihat istanahnya sudah tinggi me- nyenget persis Menara Babel. Dan dapat kulihat juga getar di bibirnya seperti mahu mem-bebel. Tidak seperti aku, adik yang sepanjang waktunya di rumah tidak pernah renggang matanya dengan tivi, langsung membenamkan kenyataanku tadi ke dalam tanah. Katanya, yang diciptakan daripada tanah hanya Adam

Page 16: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

17SelangorKini 22 - 28 November 2017

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Ringan sama dijinjing,berat sama dipikul

Prinsip ringan sama dijinjing, berat sama dipikul memang banyak membantu melancarkan lagi kerja bantuan kepada mangsa.

Jelas, setiap anggota misi tahu peranan masing-masing seperti dirancang awal se-belum itu.

Tidak terkecuali, Mohamed Azmin; Da-tuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain; Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd Hamid Hussain dan beberapa pega-wai tinggi Kerajaan Negeri yang meletak-kan kedudukan mereka sama seperti ang-gota misi lain.

Menjelang tengah hari, masing-masing mula kepenatan. Misi Kemanusiaan Sela-ngor Prihatin berhenti berehat, di sebuah wakaf berhampiran bendang yang sebe-lumnya turut ditenggelami banjir. Sesekali angin bertiup sepoi-sepoi bahasa mem-bawa sekali bau lumpur menusuk hidung anggota misi.

Ketika menantikan hidangan nasi

gota NGO PANTAS yang diberi tanggung-jawab menjaga kebajikan anggota misi sudah bertungkus lumus menyediakan bekalan makanan sebelum fajar menyin-sing.

Belum sempat kepenatan menyediakan sarapan pagi reda, tugasan memasak un-tuk hidangan tengah hari menanti dan diikuti pada petangnya, tugasan menye-diakan hidangan malam pula.

Tanggungjawab memastikan kebajikan lebih 500 anggota misi secara keseluruhan terurus memang tidak mudah. Kesilapan sudah pasti mengundang kegagalan misi.

Selepas seminggu berkampung di Pu-lau Pinang, masing-masing sudah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Pengalaman membantu mangsa ben-cana banjir, di Pulau Pinang menjadi satu pengalaman berharga bagi setiap ang-gota Misi Kemanusiaan Selangor Prihatin.

Walaupun memenatkan, namun ia satu pengalaman yang tidak boleh dibeli. Bagi anggota misi cukuplah ucapan terima ka-sih, semoga Pulau Pinang bangkit.

Cukup ucapan terima kasih

Semoga Pulau Pinang bangkit

bungkus tiba, walaupun mereka keletihan, namun penulis melihat tanda kepuasan terpancar di wajah setiap anggota misi bantuan.

Sementara itu, di Yayasan Aman, ang-

OLEH NAZLI IBRAHIM

Tiga hari bersama Misi Kemanu-siaan Selangor Prihatin memban-tu mangsa banjir di Pulau Pinang baru-baru ini memang agak

memenatkan.Pada 11 November lalu, tepat jam 7

pagi, konvoi kami sudah bergerak ke Kam-pung Belah Dua bagi memulakan liputan hari keenam misi itu.

Setiba di kawasan berkumpul, sudah ramai anggota misi terdiri daripada Skuad PANTAS Pihak Berkuasa Tempatan sudah ada di bawah kanopi bagi menantikan ke-tibaan Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Men-teri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dalam misi kali ini, Skuad PANTAS PBT yang kebanyakannya sudah memiliki pe-ngalaman menyertai misi seumpama itu di Kelantan, Perak dan beberapa tempat lain termasuk di Selangor sendiri menghantar kekuatan 185 anggota yang dipecahkan ke beberapa kawasan.

Turut terbabit dalam misi kali ini adalah kira-kira 200 anggota badan bukan kera-jaan Pertubuhan Misi Kemanusiaan Sela-ngor (PANTAS) dan lebih 150 sukarelawan Univerisiti Selangor (UNISEL) yang masing-masing dipecahkan, di beberapa kawasan dengan tugasan berbeza.

Di bahu jalan, pelbagai jentera seperti jengkaut, lori pemampat, lori pengang-kut sampah pukal dan deretan kenderaan pacuan empat roda yang membawa pel-bagai mesin serta peralatan sudah tersedia.

Selesai acara ringkas penyerahan cek sumbangan, sarapan dihidangkan. Hanya sebungkus nasi lemak dan minuman pa-nas untuk membekalkan tenaga sehingga tengah hari nanti.

Perut sudah diisi. Maka, tugasan hari keenam Misi Kemanusiaan Selangor Priha-tin pun bermula. Dari satu rumah ke satu rumah, satu kampung ke satu kampung mereka kunjungi bagi menghulurkan ban-tuan yang diperlukan mangsa banjir.

Ternyata kedatangan anggota misi menghulurkan bantuan sangat dialu-alu-kan mangsa banjir. Kata-kata penghargaan dan terima kasih tidak putus diterima.

RALAT: Cek sumbangan RM1 juta daripada Kerajaan Selangor ketika Misi Kema-nusiaan Selangor Prihatin, di Pulau Pinang, disampaikan Pegawai Kewangan Ne- geri, Dato’ Noordin Sulaiman bukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, seperti yang tersiar di akhbar ini edisi 15-21 November 2017 muka surat 14. Pihak kami memohon maaf atas segala kesilapan dan kesulitan.

Page 17: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

18PBT

SelangorKini 22 - 28 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengan-jurkan Program Menembak Ber-sama Agensi Kerajaan dan Rakan Media MPSJ 2017, pada 16 No-vember lalu.

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohammad Zulkurnain Che Ali berkata, acara tahunan itu diteruskan bagi membina hubungan dan kerjasama erat berterusan dengan pelbagai agensi kera-jaan lain serta rakan media.

“Kerjasama erat yang terjalin mam-pu melancarkan lagi perkhidmatan semua agensi terbabit kepa-da masyarakat.

“Adakala, hubu-ngan sesama agensi ini juga ada pasang dan surutnya, namun ber-harap dapat merapat-kan lagi hubungan serta kerjasama, bermula hari ini,” ka-ta-nya pada program itu di Lapa- ngan Sasar, Jalan Padang Tem-bak, Lapangan Terbang Abdul Aziz Shah.

Terdahulu, kira-kira 100 pega-wai dan kakitangan daripada pelbagai agensi kerajaan juga media menyertai program ter-

Kerjasama dengan pelbagai agensi

Menembak cara MPSJ rapat hubungan

Aksi menembak beberapa wakil agensi yang menyertai Program Menembak Bersama Agensi Kerajaan dan Rakan Media MPSJ 2017

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menero-ka pelaksanaan pin-tar yang diguna pakai Korea Selatan dalam menguruskan sistem pengurusan sampah, di negara itu.

Komitmen itu di-nyatakan meneru-si kunjungan de- legasi MBPJ diketuai Penolong Pengarah Kanan Jabatan Peng-urusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awamnya, Mahzura Mohd Amin, ke negara itu, pada 13 November lalu.

Delegasi MBPJ disambut Pengarah Jabatan Pengurusan Pentadbiran Ban-dar Asan, Ryu Ji-won, pada satu majlis.

MBPJ dalam kenyataan memaklum-kan, kunjungan itu diadakan bagi me-ngenal pasti pendekatan pengurusan sampah terbaik yang dilaksanakan di Korea Selatan, sejak bertahun lalu.

“Kedatangan delegasi ini untuk mem-pelajari pengurusan sampah sistematik diamalkan bandar Asan.

“Harapan MBPJ adalah mengimple-mentasikan pengurusan sampah yang lebih berkesan dan bersih untuk bandar Petaling Jaya,” menurut kenyataan itu.

Justeru, MBPJ turut berbesar hati un-tuk mengangkat bandar Asan sebagai Sister City kepada Pihak Berkuasa Tem-patan itu sebagai simbolik kerjasama terbabit.

Terdahulu, inisiatif pengurusan sam-pah pintar MBPJ dilaksanakan di bawah pelan Smart PJ Waste Solution Lab.

Ia berperanan sebagai usaha me-ngurangkan kos pelupusan sampah di tapak pelupusan bagi membolehkan pengurangan penjanaan karbon diok-sida dilakukan.

Selain itu, inisiatif sama dapat mening- katkan keberkesanan pengurusan sisa pepejal, di kawasan bandar raya berke-naan.

MBPJ teroka kemajuan Korea Selatan

Mahzura menerima cenderamata daripada Ryu Ji-won ketika lawatan ke Korea Selatan

babit.Antara agensi itu adalah Po-

lis Diraja Malaysia (PDRM) dae-rah Subang Jaya, PDRM daerah Serdang, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahan-an Awam, Jabatan Pendidikan daerah Subang, Jabatan Agama Islam Selangor, Media Selangor dan Sinar Harian.

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan / Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (Jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

*Jenis Pendaftaran:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat 100% milik tempatan ATAU Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang diisenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Pejabat yang

Memanggil Tawaran

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

MENAIKTARAF JALAN MELATI, KUANG, MUKIM

RAWANG – MENAIKTARAF PERSIMPANGAN

B25 JALAN KUANG/B149

JALAN KUNDANG,

DAERAH GOMBAK,

SELANGOR

JKR/SEL/(N)056(T)/2017

Bumiputera T1

PPK, SPKK, STB & UPEN

Gred:G7

Kategori:CE

Pengkhususan:CE01 & CE21

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

27/11/2017 (Isnin)

Sehingga

12/12/2017(Selasa)

RM700.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama:Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

18/12/2017(Isnin)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak DIGALAKKAN. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor. No. Telefon: 03 55447753

KENYATAAN TENDER

Page 18: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

19SelangorKini 22 - 28 November 2017

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

SELAYANG - Dua gerai kekal di bahu Jalan Desa Ria, Bandar Country Homes, diroboh dan barangan perniagaan disita Majlis Per-bandaran Selayang (MPS) dalam satu ope-rasi, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Korporatnya, Ahmad Fauzi Ishak berkata, tindakan tegas itu di-ambil kerana penjaja berkenaan berniaga tanpa kebenaran selain mengganggu ali- ran trafik dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

“Sitaan juga dilakukan terhadap barang perniagaan yang tidak dikemas pemilik gerai meja lipat, sepanjang laluan bahu jalan itu.

“Pemilik gerai di kawasan sekitar juga di-

nasihat memberhentikan operasi mereka sebelum MPS mengambil tindakan.

“Ini kerana kegiatan mereka menimbulkan kesesakan teruk terutama apabila pelanggan memberhentikan kenderaan,” katanya.

Ahmad Fauzi berkata, pembinaan struk-tur kekal adalah kesalahan di bawah Sek- syen 46 (1)a Akta Jalan Parit & Bangunan 1974.

“Pada masa sama, tiga gerai di Jalan Ta-man Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri, turut disita di bawah Seksyen 3 Undang-undang Kecil Penjaja kerana menjaja tanpa permit,” katanya.

Operasi membabitkan 30 anggota itu ber-jalan lancar dan terkawal tanpa sebarang in-siden.

Berniaga tanpa kebenaran

MPS roboh dua gerai

Penguatkuasa menjalankan operasi penguat kuasaan di sekitar kawasan seliaan Majlis Perbandaran Selayang

SHAH ALAM - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mempunyai beberapa cadangan lokasi yang sesuai dan selesa bagi me-nempatkan peniaga kendera saji, di dae-rah itu.

Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A Hamid berkata, setakat ini perniagaan berkonsepkan kendera saji belum popular di Kuala Langat sementara peniaga sedia ada tidak dibenarkan meletakkan kerusi dan meja.

“Kita mempunyai beberapa cadangan lokasi bersesuaian untuk menempatkan kendera saji antaranya di tapak letak ken-deraan baru, di Pantai Morib dan tapak letak kenderaan, di Jalan Persiaran Majlis, Pekan Banting.

“Lokasi dicadangkan itu bersesuaian kerana tidak mengganggu lalu lintas dan mempunyai kemudahan tandas awam,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Katanya, buat masa ini MDKL mem-benarkan peniaga kendera saji men-jalankan perniagaan tetapi menggunakan konsep beli dan bawa pulang.

Daripada segi pemantauan, peniaga hanya dikenakan lesen penjaja bergerak bagi memudahkan MDKL membuat pe-nguatkuasaan, ketika ini.

Mohamad Zain berkata, peniaga yang menjalankan perniagaan kendera saji per-lu mengikut Garis Panduan Trak Bergerak (makanan, barangan dan perkhidmatan), pada masa akan datang.

MDKL kenal pasti lokasi kendera saji

LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)KENYATAAN TENDER

1. Tawaran adalah dipelawa kepada perunding Bumiputera yang pengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor bagi melaksanakan kajian berikut :-

2. Perunding Bumiputera hendaklah mengemukakan sijil Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen.

Satu salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan LUAS semasa membeli dokumen. LUAS berhak menolak permohonan yang pada tanggapan LUAS tidak layak.

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara Tunai / Bank Darft / Wang Pos atas nama Lembaga Urus Air Selangor. Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender sahaja.

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat di alamat seperti di bawah. Dokumen tidak akan dijual selepas tempoh ini.

5. Dokumen tender yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Tender di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di pejabat :-

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Tingkat 13, Bangunan Darul Ehsan

No.3, Jalan Indah, Seksyen 14 40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari

6. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima

KAJIAN KEPENGGUNAAN JETI KOMERSIAL DAN MOD PENGANGKUTAN SUNGAI LANGAT DAN SUNGAI KLANG

No. Tender

LUAS/T/05/2017

Kod Bidang

330101

Tempoh Penjualan Tender

20 November 2017 hingga

12 Disember 2017

ISNIN – KHAMIS 8.30 pagi – 1.00 petang 2.00

petang – 3.30 petang

JUMAAT 8.30 pagi – 12.15 tengah hari

2.45 petang – 3.30 petang

Harga Dokumen

RM50.00

Tarikh Tutup Tender

12 Disember 2017

(sebelum 12.00

tengah hari)

KUALA SELANGOR - Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Noraini Roslan bakal menerajui Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ) sedikit masa lagi.

Exco Kerajaan Tempatan, Pem-bangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, keputu-san itu dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada bulan lalu dan turut memutuskan nama un-tuk jawatan tertinggi lain.

Katanya, ia termasuk meletak-kan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Shukri Mohamad Hamin sebagai YDP MDHS dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Ba-hagian Pengurusan Tanah Klang, Rahilah Rahmat dilantik YDP Maj-lis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

“Kita melihat Noraini mem-punyai sikap kepimpinan yang tinggi dan berpengalaman luas untuk membimbing MPSJ.

“Dasar Kerajaan Negeri juga memberi peluang pegawai muda yang bertenaga dan berkela-yakan menjadi pegawai kanan di peringkat agensi Kerajaan Ne-geri,” katanya kepada Selangor-Kini, pada 2 November lalu.

Pada 1 Februari lalu, Noraini mula menerajui MDHS selepas lebih lima tahun bergelar YDP MDKS, sejak 1 Julai 2011.

Sementara itu, jawatan terting-gi MPSJ buat masa ini dipangku

Tiga PBT terima YDP baru

Timbalan YDP, Mohd Zulkurnain Che Ali dan MDKS dipangku Mo-hamad Yusli Askandar.

Sementara itu, Noraini ber-kata, MPSJ seharusnya menjadi bandar pertama bergelar Smart City sepenuhnya (full fledge) yang merangkumi aspek pentadbiran, pembangunan fizikal, sosial, eko-nomi dan persekitaran.

Katanya, semua elemen itu perlu digabungkan secara pintar bagi membolehkan masyarakat berinteraksi secara maya dengan pihak kerajaan dengan mudah.

“Bagi populasi bandar, me-reka sentiasa berpegang teguh kepada prinsip kebersamaan membuat keputusan adalah sa- ngat penting. Semuanya kini mengaku Smart City tetapi Su-bang Jaya perlu menjadi bandar pertama mencapai tahap itu se-cara full fledge,” katanya.

Noraini Roslan

KENYATAAN TENDER

Page 19: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

20Pendidikan

SelangorKini 22 - 28 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Inisiatif Kera-jaan Negeri dan swasta memba-ngunkan pendidikan Islam, di Selangor membuka ruang lebih besar kepada pelajar melanjutkan pelajaran.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pemba-ngunan Desa dan Kampung Tradi-si, Dato’ Ahmad Yunus Hairi ber-kata, ia adalah usaha berterusan

bagi mengatasi masalah kekura-ngan pusat pendidikan, di Sela-ngor.

“Kita hanya mampu menem-patkan lebih kurang 3,800 pelajar setiap tahun dengan dua Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) dan 23 Sekolah Agama Bantuan Kera-jaan (SABK) yang ada.

“Kalau nak letak pelajar men-capai mumtaz di sekolah agama berkenaan juga masih mempu-nyai kekangan, namun saya me-

lihat insiatif Kerajaan Negeri ter-masuk membina MITS di setiap daerah sedikit sebanyak memberi ruang kepada pelajar yang mahu menuntut ilmu dalam pendidkan berteraskan agama,” katanya.

Ahmad Yunus berkata demiki-an kepada media selepas majlis pengisytiharan keputusan Pe-nilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2017, di sini, pada 15 No-vember lalu.

Beliau berkata, peranan pihak

swasta bagi pembangunan seko-lah agama juga memberi kesan baik tetapi Kerajaan Negeri me-mahami kekangan dihadapi ke-rana pendidikan memerlukan perbelanjaan agak tinggi.

“Maka, peruntukan RM12 juta disediakan untuk membina dua sekolah agama swasta tahun de-pan dengan pembiayaannya dari-pada Kerajaan Negeri. Saya kira, ia cukup membantu kerana sekolah sebegini mempunyai masalah ke-

wangan dengan jumlah pelajar yang ramai.

“Saya melihat kejayaaan pe-lajar dalam PSRA adalah hasil keberkesanan Sistem Pendidik-an Holistik Bersepadu (IHES) yang mula diamalkan, di Sela- ngor,” katanya.

Selangor mencatat peningkat-an 1.2 peratus dalam PSRA tahun ini dengan mencapai 90.8 peratus berbanding 89.6 peratus, pada ta-hun lalu.

BANGI - Jenama sesebuah institusi di-harap tidak dijadikan tembok pemisah dalam mengurus perbezaan membina kesatuan ummah, kata Pengerusi Dewan Pendidikan Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Dato’ Dr Noor Inayah Yaakub.

Beliau berkata, itu adalah harapan yang dizahirkan Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

“Beliau memberi con-toh UNISEL yang terletak di dalam Selangor dan sering disabitkan dengan kerajaan pembangkang.

“Beliau sangat berharap, semua pihak datang ke UNISEL dan jangan takut me-nampilkannya dalam aktiviti yang me-ngurus kesatuan pemikiran demi kese-jahteraan masyarakat.

“UNISEL adalah institut pengajian tinggi yang program akademiknya tertak-luk kepada entiti dan kementerian yang sama,” katanya.

Beliau membacakan ucapan penutup

Mohamad Redzuan ketika mewakili Naib Canselor itu menyempurnakan Majlis Multaqa Fuqaha 2017, di sebuah hotel, di sini, pada 16 November lalu.

Majlis itu anjuran bersama Fakulti Sya-riah dan Undang-undang Kolej Univer-

siti Islam Selangor, MDN dan Institut Maqasid Syariah, UNISEL.

Ia disertai 142 peserta terdiri dalam kalangan ahli akademik universiti, man-tan pegawai tinggi kerajaan, pentadbir, jabatan agama, profesional dan mahasiswa.

Multaqa itu turut me-nampilkan sesi pembenta-

ngan panel multaqa dengan tema ‘Me-ngurus Perbezaan Membina Kesatuan’.

Antaranya, Datuk Dr Zulkifli Moham-mad Al-Bakri dengan tajuk Isu Khilafiah: Peranan Institusi Fatwa dan Agama; Prof Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid (Pe- ngurusan Ikhtilaf Dalam Politik dan Pen-tadbiran) dan Dato’ Dr Siddiq Fadzil (Pe-ngurusan Ikhtilaf Dalam Konteks Hubu-ngan Kaum).

Inisiatif bangun pendidikan agama

Buka ruang pelajar lanjut pelajaran

Jangan biar branding jadi tembok pemisah

SHAH ALAM - Kolej Antarabangsa Inpens (INPENS) berjaya menggondol pingat emas di Worldskills Malaysia Belia (WSMB 2017) dalam bidang Teknologi Fesyen yang di-umumkan, di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), pada 16 No-vember lalu.

Pingat emas itu dirangkul Azni Syafika Alizar yang menyaksikan beliau turut mem-bawa pulang RM5,000 selepas menewaskan seorang lagi wakil INPENS, Kashtoori Tho-mas dan lapan lagi finalis, di peringkat akhir.

Ketua Sektor Tekstil dan Pakaian INPENS, Zalina Rahmat berkata, usaha peserta yang tidak mengenal masa dan keringat ber- baloi dengan kejayaan menggondol pingat emas itu.

“Kita ada dua wakil di peringkat akhir yang akhirnya dimenangi Azni Syafika. Ini kejayaan yang membanggakan dan ucap- an tahniah juga kita ucapkan kepada

seorang lagi wakil INPENS, Kashtoori, yang turut berada dalam senarai 10 finalis.

“Dengan kemenangan ini, INPENS juga sudah bersiap sedia melatih barisan pela-pis dalam bidang jahitan untuk memasuki pertandingan sama, pada tahun hadapan,” katanya.

WSMB adalah arena pertandingan un-tuk pelajar kemahiran menunjukkan bakat masing-masing di dalam pelbagai bidang kemahiran yang mempertandingkan 22 kategori dan disertai ratusan pelajar insti-tusi kemahiran milik kerajaan serta swasta, di seluruh Malaysia.

Zalina juga berkata, beliau dan barisan tenaga pengajar itu akan terus melatih Azni Syafika sebagai persediaan untuk menyertai Worldskills ASEAN 2018 yang akan diada-kan, di Bangkok, Thailand, pada Ogos 2018.

Sementara itu, Ketua Eksekutif INPENS, Ahmad Zabri Mohd Yaman berkata, pe-

nyertaan dua wakilnya dalam bidang Teknologi Fesyen di WSMB 2017 mem-buktikan graduan INPENS berkemahiran dan mempunyai daya kompetitif yang tinggi.

“Tahun hadapan juga, WSMB bakal menyaksikan INPENS akan menghan-tar lebih ramai wakil untuk bidang kemahiran yang lain seperti elektrik, automotif dan penyaman udara.

“Kemenangan tahun ini juga sebenarnya adalah pencetus motivasi kepada pelajar IN-PENS yang lain untuk menyahut cabaran mengangkat prestij dunia kemahiran,” katanya.

Katanya, kejayaan itu menunjukkan INPENS komited memperkasakan Sistem Pen-didikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), di Se-langor dalam usaha menjayakan agenda Smart Selangor.

INPENS ungguli emas WSMB ����

Page 20: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

Wakil MAIS dan MUIS bergambar selepas sesi pembelajaran pengurusan harta pusaka juga hibah, di Bangunan Sultan Idris Shah

21SelangorKini 22 - 28 November 2017

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

BANGI - Multaqa Fuqaha Kebangsaan 2017 bertemakan ‘Mengurus Perbezaan Membina Kesatuan’ dengan penyertaan 142 peserta mencapai tujuh resolusi.

Pengurus Multaqa Fuqaha Kebang-saan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Muhammad Ismail Abdullah berkata, resolusi pertama adalah me-nubuhkan jawatankuasa yang diang-gotai ilmuan, pertubuhan bukan kera-jaan (NGO) dan pergerakan Islam bagi mewakili kepentingan umat Islam.

Katanya, ia bertindak sebagai pengimbang dan pendamai terhadap usaha menyatukan ummah dan menyu-rai perbezaan yang boleh memecah be-lahkan.

“Resolusi kedua adalah menggerak-kan kegiatan ilmiah dalam kalangan fuqaha bagi mengukuhkan idea bang-sa Malaysia sebagai gagasan ke arah mewujudkan kesatuan masyarakat ber-bilang kaum berdasarkan konsep um-mah Malaysia.

“Ketiga, mendidik masyarakat su-paya menghormati institusi agama dan pandangan ulama islam berwibawa juga bagaimana mendepani isu per-bezaan pandangan dalam kalangan tokoh,” katanya ketika membentang-kan resolusi di Majlis Multaqa Fuqaha Kebangsaan 2017, di sini, pada 16 No-vember lalu.

Ia adalah anjuran bersama Fakulti Syariah dan Undang-Undang KUIS, De-wan Pendidikan Majlis Dakwah Negara (MDN) dan Institut Maqasid Syariah

Panel sedang membentangkan resolusi ketika Majlis Multaqa Fuqaha Kebangsaan 2017

Multaqa Fuqaha Kebangsaan 2017

Capai tujuh resolusi

Universiti Selangor (UNISEL).Muhammad Ismail berkata, resolusi

seterusnya adalah menjalinkan hubu-ngan proaktif di antara fuqaha Malaysia dan negara Asia Tenggara dalam aspek fiqh serta pembangunan ummah me-nyeluruh.

Katanya, resolusi kelima pula bagi menggalakkan kegiatan penulisan dalam kalangan fuqaha bagi menjelas-kan pelbagai persoalan berkaitan ke-satuan dan pembangunan ummah menerusi wadah penerbitan bersama yang diselia MDN, KUIS serta UNISEL.

“Seterusnya, mengembangkan pe-

mahaman ilmu maqasid syariah dalam kalangan masyarakat terutama genera-si muda sebagai wasilah ilmiah pembi-naan keselarasan fikrah kesatuan dan pembangunan ummah.

“Resolusi terakhir adalah untuk men-jadikan forum ini sebagai agenda ta-hunan dengan mengumpulkan seramai mungkin fuqaha nasional daripada pel-bagai latar belakang seperti universiti, NGO, institusi penyelidikan dan institu-si pondok,” katanya.

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, fuqaha ialah orang yang ahli dalam ilmu fiqh.

SHAH ALAM - Pengurusan harta bai-tulmal yang dikendalikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendapat per-hatian Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Seramai 13 pegawai MUIS hadir ke Bangunan Sultan Idris Shah bagi mem-pelajari pengurusan harta pusaka dan hibah, di samping melihat sistem yang diguna pakai MAIS terutama permo-honan wasiat secara dalam talian, baru-baru ini.

Lawatan itu diketuai Pengarah Ka-nan Kewangan dan Pembangunan Aset MUIS, Mohamed Azam Abdul Aziz dan dipengerusikan Setiausaha MAIS, Dato’ Bakhtiar Hussin.

Turut hadir, Pengarah Baitumal, Norzaihan Mohd Zain dan Pengurus Har-ta Baitulmal, Indera Shahril Mohd Shahid.

Sepanjang program pelbagai perkongsian dibincangkan, sekali gus diharap dapat mengeratkan hubungan dua hala antara MAIS dan MUIS.

MAIS-MUIS erat hubungan dua hala

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan / Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (Jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

Pejabat yang

Memanggil Tawaran

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

CADANGAN MEROBOH

DAN MEMBINA SEMULA

MASJID KG. KLANG GATE, HULU KLANG,

DAERAH GOMBAK,

SELANGOR DARUL EHSAN

JKR/SEL/(N)045 (T)/2017

Bumiputera T1

PPK, SPKK, STB & UPEN

Gred:G7

Kategori:B

Pengkhususan:B04

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

27/11/2017 (Isnin)

Hingga

04/12/2017(Isnin)

RM810.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama:Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

12/12/2017(Selasa)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak Di WAJIBKAN. Pada: 27/11/2017 (Isnin) Masa: 9.30 pagi. Bertempat di Pejabat JKR Gombak. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri

Selangor. No. Telefon: 03 55447753 / JKR Gombak No 03 61311313

*Jenis Pendaftaran:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat 100% milik tempatan ATAU Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang diisenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

WAKTU SOLAT SELANGOR22 - 28 November 20173 - 9 Rabiulawal 1439H

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

22 Rabu 5:31 5:41 7:00 1:02 4:24 6:59 8:1223 Khamis 5:32 5:42 7:00 1:02 4:25 6:59 8:1324 Jumaat 5:32 5:42 7:00 1:03 4:25 7:00 8:1325 Sabtu 5:32 5:42 7:01 1:03 4:25 7:00 8:1326 Ahad 5:32 5:42 7:01 1:03 4:26 7:00 8:1427 Isnin 5:33 5:43 7:01 1:04 4:26 7:00 8:1428 Selasa 5:33 5:43 7:02 1:04 4:26 7:01 8:14

22 Rabu 5:34 5:44 7:02 1:04 4:26 7:01 8:1423 Khamis 5:34 5:44 7:02 1:05 4:27 7:01 8:1524 Jumaat 5:34 5:44 7:03 1:05 4:27 7:02 8:1525 Sabtu 5:34 5:44 7:03 1:05 4:27 7:02 8:1526 Ahad 5:35 5:45 7:03 1:05 4:28 7:02 8:1627 Isnin 5:35 5:45 7:04 1:06 4:28 7:02 8:1628 Selasa 5:35 5:45 7:04 1:06 4:28 7:03 8:17

Page 21: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 22 - 28 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Pusat Wanita Berdaya (PWB) terus diupaya dengan penambahan per-untukan RM50,000 tahun hadapan, seka-li gus membolehkan pelbagai program membabitkan wanita Selangor dirangka.

Exco Kesihatan Kebajikan, Pembangun-an Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, PWB setiap kawasan hanya mam-pu melaksana 12 program sahaja meneru-si peruntukan RM30,000 bagi tahun ini.

“Peruntukan tambahan berjumlah RM50,000 diterima untuk PWB, sekali gus ia akan diguna pakai untuk memperba-nyakkan program, pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tambahan perun-tukan PWB pada Majlis Kerjasama MoU

SHAH ALAM - Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor dan Kolej Pengajian Tinggi Raffles menandatangani perjanjian perse-fahaman (MoU) Biasiswa Rekaseni khusus kepada wanita, di negeri itu.

Exco Kesihatan Kebajikan, Pembangun-an Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, MoU berkenaan memberi im-pak sangat baik bagi melahirkan graduan wanita berjaya dalam bidang reka seni.

“Melalui inisiatif ini, kami berharap usa-ha IWB memberdayakan wanita di Sela-ngor dapat diperkasakan dan ia salah satu bidang berprestij.

“Kerajaan Negeri mengalukan wanita di negeri ini untuk merebut peluang di-tawarkan,” katanya pada Majlis Kerjasama MoU Biasiswa Rekaseni IWB dan Kolej

Pengajian Tinggi Raffles di Pusat Konven-syen Shah Alam (SACC), di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Penasihat Pusat Wanita Berdaya, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Eksekutif Kolej Pengajian Tinggi Raffles, Wan Azmawi Wan Azmi.

Sementara itu, Wan Azmawi berkata, tajaan biasiswa hampir RM65,000 dita-warkan kepada setiap pelajar yang ber-jaya melepasi saringan temu duga.

“Proses pemilihan melalui beberapa pe- ringkat iaitu sesi bengkel dan temu duga. Malah, wanita daripada keluarga ber-pendapatan rendah juga diberi peluang.

“Bidang reka seni yang dimaksudkan adalah seperti fesyen, pembuatan barang kemas dan rekaan dalaman,” katanya.

Biasiswa Rekaseni IWB dan Kolej Pengajian Tinggi Raffles, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, pada 16 November lalu.,

Terdahulu, Dato ‘ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan peruntukan PWB sebanyak RM30,000 ditambah menjadi RM50,000 setahun ketika mem-

Dari RM30,000 ke RM50,000

Peruntukan Pusat Wanita Berdaya meningkat

Prihatin nasib wanita

Dr Daroyah (tiga dari kiri) pada Majlis Kerjasama MoU Biasiswa Rekaseni IWB dan Kolej Pengajian Tinggi Raffles, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)

IWB - Raffles tawar biasiswa reka seni

bentangkan Belan-jawan 2018.

Di samping itu, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri mengakui

kejayaan PWB me-nyuntik dinamisme

dalam masyarakat melalui

program pemberdayaan ekonomi dan program bersifat advokasi.

“Ia dilaksanakan demi memberdaya pe-nyertaan wanita dalam ekonomi sebagai tenaga kerja mahir, usahawan dan pakar teknologi serta melahirkan wanita Sela-ngor yang berdaya untuk membangun sebuah masyarakat maju juga progresif,” katanya.

PERAK - Kerajaan Selangor ber-jaya melaksanakan agenda Ini-siatif Peduli Rakyat (IPR) dengan berkesan untuk manfaat rak-yat tanpa meminggirkan kaum wanita.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, keprihatinan pentadbiran ne-geri diketuai Dato ‘ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali terhadap golongan wanita terbukti melalui program khusus diwujudkan.

“Pentadbiran Kerajaan Sela-ngor bukan setakat menjaga

kebajikan rakyat secara keselu-ruhan tetapi juga prihatin terha-dap nasib dan masa depan kaum wanita menerusi skim khusus di-laksanakan.

“Sekiranya rakyat Perak mahu menikmati kemudahan sama seperti apa diperoleh rakyat Se-langor, maka harus melakukan perubahan dalam pilihan raya umum nanti,” katanya dalam Ma-jlis Kenduri Rak-yat di Kampung Ulu Chemor, di sini, pada 17 No-vember lalu.

Ia adalah sebahagian daripada program Inisiatif KEADILAN Peduli

Rakyat yang diadakan, di Perak.Ahli Parlimen Ampang itu

berkata, Perak mampu melaku-kannnya jika perubahan pentad-biran berlaku di negeri berke-naan dengan hasil kekayaan dimiliki.

“Keprihatinan Selangor ter-hadap kaum wanita terbukti dengan pemberian kemudahan melalui program dijayakan,” ka-tanya mengambil contoh pro-gram Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang memperuntukkan bantuan RM2,400 setahun kepa-da golongan berkenaan.

Page 22: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

23SelangorKini 22 - 28 November 2017

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

IWB - Raffles tawar biasiswa reka seni

OLEH SABIRAH AZIZ

SERI KEMBANGAN - Worldwide Holdings Berhad (WHB) menyo-kong aspirasi Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) memperka-sakan anak muda yang kurang bernasib baik mengembangkan bakat dan kemahiran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, perkara itu dapat di-laksanakan melalui penyerta-an daripada syarikat korporat, anak syarikat negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang turut menyumbang ke arah pemba- ngunan modal insan terbabit.

“Ia adalah inisiatif Kerajaan Negeri yang memberi galakan penyertaan daripada agensi ter-babit bagi bersama menyum-bang melalui yayasan ini.

“Ia khusus untuk memban-tu anak yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran atau mengembangkan bakat dan ke-mahiran mereka ke peringkat lebih tinggi,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah sem-pena kejohanan Golf Jemputan Raja Muda Worldwide Holdings Selangor edisi ketiga 2017, pada 18 November lalu.

Dalam majlis itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sul-tan Sharafuddin Idris Shah berke-nan mencemar duli menyampai-

Bantu golongan kurang berkemampuan

Worldwide Holdings sokong lebar bakat anak muda

Sultan Sharafuddin mencemar duli menghadiri kejohanan Golf Jemputan Raja Muda Worldwide Holdings Selangor edisi ketiga 2017

kan hadiah kepada pemenang diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Se-tiausaha Kerajaan Negeri, Dato ‘ Mohd Amin Ahmad Ahya.

Kejohanan kali ini disertai 120 pemain terdiri daripada pengu-rusan tertinggi Kerajaan Negeri

dan Persekutuan, agensi kera-jaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) badan korporat dan swasta.

Ia bertujuan mendapatkan sumbangan bagi melahirkan lebih ramai anak muda berke-mahiran tinggi dalam pelbagai bidang.

Penganjuran golf itu mena-warkan tiga kategori iaitu Medal A, Medal B dan Medal C.

Kategori A dijuarai Ahmad Fadali Baharuddin, kategori B di-menangi Muhamad Abdul Rah-man sementara juara kategori C diugguli Datuk Jalil Marzuki dan

juara keseluruhan pula milik Mo-hamad Yusly Askandar.

Kejohanan pada kali ini juga berjaya mengumpul RM1.27 juta hasil sumbangan dari 22 pena-jaan seperti Eco World Dev Group Bhd, Prolintas, AEON dan LBS Group.

Kembangkan seni silatkepada kaum lain

SHAH ALAM - Pertubuhan silat seperti Pesaka Selangor disaran mengambil ini-siatif mengembangkan seni memperta-hankan diri itu kepada kaum lain.

Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pem-bangunan Desa dan Kampung Tradisi, Razaly Hassan berkata, inisiatif itu ber-potensi sebagai medium untuk me-nyatukan masyarakat pelbagai kaum.

“Diseru pertubuhan silat mengambil inisiatif mengembangkan seni persilat-an bukan hanya kepada Melayu, malah-an kepada kaum lain seperti Cina, India dan Orang Asal.

“Selain itu, diharap akan ada usaha menyelidik dan mengenal pasti lebih mendalam seni silat ini melalui kewu- judan pertubuhan silat seperti Pe-saka Selangor bagi memastikan ke-

sinambungannya,” katanya.Beliau berkata demikian mewaki-

li Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi merangkap Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi yang tidak dapat hadir.

Temasya Silat Seni dan Warisan Sela-ngor anjuran PADAT dibahagikan kepa-da dewasa dan kanak-kanak membabit-kan lima kategori yang berlangsung, pada 18 hingga 19 November lalu.

Ia bertujuan mempersembahkan ke-senian gerak dan langkah dalam per-silatan Melayu juga memelihara keles-tarian seni bagi generasi akan datang, sekali gus berperanan sebagai medan menghimpunkan pesilat.

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan / Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (Jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

Pejabat yang

Memanggil Tawaran

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

CADANGAN MEROBOH DAN MEM-

BINA SEMULA MASJID

AR-RAHMAH (RTB), DAERAH

KUALA LAN-GAT, SELAN-GOR DARUL

EHSAN

JKR/SEL/(N)058/(T)/2017

Bumiputera T1

SPKK, PPK, STB & UPEN

Gred:G7

Kategori:B

Pengkhususan:B04

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

29/11/2017(Rabu)

Hingga

13/12/2017(Rabu)

RM1035.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama:Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

20/12/2017(Rabu)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak Di WAJIBKAN. Tarikh: 29/11/2017 (Rabu) Jam: 10.00 pagi. Bertempat di Pejabat JKR Kuala Langat. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri

Selangor. No. Telefon: 03 55447747

*Jenis Pendaftaran:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat 100% milik tempatan ATAU Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang diisenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

KENYATAAN TENDER

Page 23: PERCUMA 22 - 28 November 2017, 3 - 9 Rabi'ulawal 1439 ... Syahiran Zairi, 12, mun cul pelajar terbaik lelaki dengan pencapaian 99.8 peratus. Manakala, Farrahah Mohd Husen, 12, dari

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

23

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - PKNS FC membuat keputusan untuk mengekalkan 10 pemain musim ini bagi meneruskan cabaran dalam aksi liga, pada 2018.

Pengumuman dibuat menerusi laman rasmi Face-book mereka yang menyaksi-kan empat pemain tengah, tiga per-tahanan, dua penyerang dan seorang penjaga gol dikekalkan, pada 13 No-vember lalu.

Antara tersena-rai adalah bekas pemain kebangsaan, Mohd Safee Mohd Sali dan Khyril Muhymeen dari posisi penyerang.

Bagi posisi tengah, K Gurusamy, Mohd Nazrin Shamsul Bahri, Shahrul Azhar Ture dan Mohd Aliff Haikal Sabri masing-masing akan terus beraksi ber-sama Red Ants.

SHAH ALAM - Shah Alam Condoh FC me-newaskan Ingress Penchala FC 4-1 untuk me-nempah tiket ke suku akhir Selangor Cham- pions League (SCL) 2017, pada 16 Novem-ber lalu.

Shah Alam Condoh FC ber-tindak cemerlang meraih tiga mata untuk menduduki tangga ketiga dengan 13 mata dalam perlawanan terakhir Kumpulan B, di Stadium Kompleks Sukan Panasonic, di sini.

Kemenangan itu menying-kirkan Puchong Fuerza FC (12 mata) ke tangga kelima kumpu-lan dan terlepas slot ke suku akhir walaupun menewaskan Ampang ATY Serayan FC 5-0 dalam perlawanan, pada 14 November lalu.

Mengisi slot ter-akhir, PJ Level Up FC yang mengatasi Naga FC 2-1 (15 November) un-tuk berada di tempat keempat (13 mata) bagi

Shah Alam Condoh layak ke suku akhir SCL ����

Aksi liga 2018

PKNS FC kekalkan �� pemainManakala, M Sivakumar,

Azmizi Azmi dan P Guna-lan pula kekal bagi po-sisi pertahanan.

Sementara Tauffiq Rashid menjadi wakil tunggal yang

dikekalkan di posi-si penjaga gol, untuk

musim hadapan.

mengiringi Kajang Ultimate FC (21 mata), Klang Southern FC (13 mata) dan Shah Alam

Condoh FC dari Kumpulan A.Sementara itu, Hartamas Rebel FC,

PIB FC, Axis-02 FC dan Em-payar Bangi FC dari Kum-pulan B layak ke suku akhir apabila menguasai kedudukan pertama hing-ga keempat.

Hartamas Rebel FC te-rus mengekalkan kedudu-kan di tangga teratas (21

mata) dengan mencatat ke-menangan dalam perlawan-

an terakhir kumpulan menga-tasi Axis-02 PJ FC 61.

Empayar Bangi FC merebut tiket terakhir kumpulan apabila meraih tangga

keempat dengan mengumpul 12 mata hasil catatan seri 2-2 ketika bertemu Shah Alam United FC.

Musim ini adalah tahun per-tama PKNS FC beraksi dalam

Liga Super Malaysia selepas mempamerkan kecemerla-ngan dalam kempen Liga Perdana, musim 2016.

PKNS FC mempertaruh-kan khidmat jurulatih, E Ela-

varasan, pada awal kempen liga sebelum beliau digantikan dengan jurulatih Akademi Merah Kuning, Sven Gartung.

Jodoh Gartung bersama PKNS FC turut tidak panjang di penghujung musim dan akhirnya digantikan dengan Muhammad Adam Abdul-lah selaku pemangku jurulatih.

Sokong perkasa bakat anak muda

www.footballselangor.my