percubaan 2013

5
Nama : …………………………………….. Kelas : …………… 900/2 STPM PERCUBAAN PENGAJIAN AM PENGGAL 2 2013 KERTAS 2 ( 1 Jam 30 minit ) SMK BATU LAPAN, JALAN PUCHONG 47100, PUCHONG, SELANGOR SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE ) Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan satu soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C. Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada ruang yang disediakan. Gunakan helaian jawapan bagi menjawap soalan dalam Bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib berangka. Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini. Sekiranya bahan yang perlu diperiksa dibuat pada kertas graf disertakan dalam soalan, helaian berkenaan hendaklah dipisahkan daripada kertas soalan dan diserahkan bersama kertas jawapan anda. Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda kurung [ ] . Untuk kegunaan pemeriksa Bahagian A 1 2 3 4 Bahagian B Bahagian C Jumlah Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak dan 1 halaman kosong

Upload: pengajian

Post on 02-May-2017

236 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERCUBAAN 2013

Nama : …………………………………….. Kelas : ……………

900/2 STPM

PERCUBAAN PENGAJIAN AM

PENGGAL 2

2013

KERTAS 2

( 1 Jam 30 minit )

SMK BATU LAPAN, JALAN PUCHONG

47100, PUCHONG, SELANGOR

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA

DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A,

Bahagian B dan Bahagian C

Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A

dan satu soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C.

Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada

ruang yang disediakan.

Gunakan helaian jawapan bagi menjawap soalan dalam

Bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian

kertas yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib berangka.

Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.

Sekiranya bahan yang perlu diperiksa dibuat pada kertas graf

disertakan dalam soalan, helaian berkenaan hendaklah

dipisahkan daripada kertas soalan dan diserahkan bersama kertas

jawapan anda.

Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan

dalam tanda kurung [ ] .

Untuk kegunaan

pemeriksa

Bahagian A

1

2

3

4

Bahagian B

Bahagian C

Jumlah

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak dan 1 halaman kosong

Page 2: PERCUBAAN 2013

900/2 2 STPM

Bahagian A

[ 15 markah ]

Jawab semua soalan.

1. Berikan dua cabaran negara dalam bidang ekonomi pada masa kini. [4]

i. …………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………..…....................

ii. …………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………..…....................

2. Bagi mengurangkan jurang ketidakseimbangan pembangunan yang berlaku antara

wilayah, kerajaan telah memperkenalkan koridor pembangunan ekonomi negara.

Jelaskan dua koridor pembukaan yang telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia

Kesembilan (RMK-9) pada tahun 1976-1980 [4]

i. …………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………..................………..…..

ii. …………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………..…....................

3. Berikan dua objektif Dasar Kepimpinan Melalui Teladan. [4]

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

…......................……………………………………………………………………………..

4. Konsep cekap dalam Dasar Bersih, Cekap dan Amanah mementingkan sikap: [3]

i. ……………………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………………

iii. ……………………………………………………………………………………

Page 3: PERCUBAAN 2013

900/2 3 STPM

Bahagian B

[ 20 markah )

Jawab Satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai

untuk menunjukkan jumlah peruntukan kewangan Persekutuan kepada sektor negara dan

peratus kepada KDNK pada tahun dinyatakan.

Kerajaan terus menyediakan peruntukan kewangan kepada pelbagai sektor negara untuk

memastikan pembangunan negara dapat dipacu berdasarkan pola perancangan yang telah

disusun. Perkhidmatan melibatkan sektor ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran am.

Sektor perkhidmatan ekonomi pada tahun 2008 sebanyak RM21 353 juta meningkat

kepada RM27 863 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2010 sektor ini mengalami pengurangan

sebanyak RM2481 juta akibat kemelesetan ekonomi dunia. Peruntukan ini bagi membiayai

pembinaan, penyelenggaraan untuk menaik taraf jalan dan jambatan, landasan kereta api,

lapangan terbang, pelabuhan dan jeti serta infrastruktur luar bandar.

Sektor perkhidmatan sosial pada tahun 2008 menyumbang sebanyak RM13 717 juta dan

meningkat sebanyak RM5246 juta pada tahun 2009. Peruntukan diberi untuk meningkatkan

infrastruktur dan kemudahan serta menyelenggarakan peralatan universiti, politeknik, pusat

latihan kemahiran, kolej komuniti, dan latihan perguruan. Sektor ini terus mengalami

peningkatan kepada RM20 308 juta pada tahun 2010.

Keselamatan negara dan ketenteraman awam terus diberi keutamaan. Penambahan

kapasiti dan keupayaan kakitangan beruniform diberi tumpuan dengan menaik taraf peralatan

serta meningkatkan pengawasan juga kemahiran. Sektor keselamatan pada tahun 2009 pula

berjumlah RM4547 juta, iaitu berkurang sebanyak RM1232 juta berbanding tahun 2008. Pada

tahun 2010, jumlah sektor ini terus menurun sebanyak RM2051 juta dari tahun 2008.

Pada tahun 2010, sektor pentadbiran am berjumlah RM1802 juta, iaitu berkurang

sebanyak RM389 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2008, jumlah sektor pentadbiran am

berjumlah RM1998 juta. Usaha ini melibatkan peningkatan produktiviti dan kecekapan sistem

penyampaian awam. Pembangunan aplikasi baru ICT dan penggunaan yang lebih meluas dalam

sektor awam akan ditingkatkan berterusan. Peruntukan juga disediakan untuk pengubahsuaian,

pembaharuan dan penyelenggaraan kemudahan kerajaan seperti kuarters, mahkamah dan institut

latihan.

Pada tahun 2008, jumlah perbelanjaan berjumlah RM42 847 juta, iaitu kurang sebanyak

RM10 717 juta berbanding pada tahun 2009 dan sebanyak RM8373 juta pada tahun 2010.

Sementara itu, peratus kepada KDNK pada tahun 2010 berjumlah 7.1% berbanding hanya

sebanyak 5.8% pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak 1.9% pada tahun 2009.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian

Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2011)

Page 4: PERCUBAAN 2013

900/2 4 STPM

2. Berdasarkan kepada maklumat dalam petikan berikut, sediakan carta yang sesuai untuk

menunjukkan bilangan penagih dadah yang berjaya dikesan di negeri-negeri terpilih di Malaysia

pada tahun yang dinyatakan.

Sebanyak 57.6% orang penagih dadah di Malaysia telah berjaya dikesan pada tahun 2007 di

negeri Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Kelantan. Keadaan

ini menggambarkan bahawa masalah penagihan dadah terutama dalam kalangan remaja hari ini

berada pada tahap yang membimbangkan.

Pada tahun 2007, terdapat sejumlah 21 342 orang penagih yang dikesan di lima buah negeri

berkenaan. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 6486 orang atau 29.53% penagih telah dapat

dikesan di Pulau Pinang. Walaupun Kuala Lumpur merupakan pusat bandar raya utama di

Malaysia, namun jumlah penagihnya hanyalah 4964 orang, iaitu kedua tertinggi selepas Pulau

Pinang. Bilangan penagih dadah yang dikesan di negeri Kelantan mencatatkan bilangan yang

paling sedikit berbanding dengan negeri- negeri yang dinyatakan di atas, iaitu seramai 2603

orang. Jumlah ini menunjukkan pengurangan sebanyak 477 orang berbanding dengan tahun

2009.

Pada tahun 2007, juga bilangan penagih yang telah berjaya dikesan di negeri Johor seramai

3927 orang. Walaupun negeri Perak lebih luas saiznya berbanding dengan negeri Johor, tetapi

bilangan penagih dadah yang dikesan berkurang sebanyak 565 orang jika dibandingkan dengan

negeri Johor. Pengurangan bilangan penagih yang dikesan oleh pihak berkuasa di negeri ini

menunjukkan satu kejayaan yang membanggakan dalam usaha untuk membanteras

penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

Pada tahun 2009, bilangan penagih yang dikesan di negeri Pulau Pinang masih lagi

menunjukkan bilangan yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain. Walau

bagaimanapun, bilangan tersebut telah berkurang sebanyak 439 orang atau 6.8% berbanding

tahun 2007, manakala di Perak bilangan penagih yang dapat dikesan berjumlah 3250 orang.

Situasi yang berbeza ditunjukkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan.

Kesemua negeri ini mencatatkan bilangan penagih dadah yang lebih ramai berbanding tahun

2007.

Pada tahun 2009, pihak berkuasa telah berjaya mengesan sejumlah 5760 orang penagih di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menunjukkan peningkatan sebanyak 796 orang atau

16.03% berbanding dengan tahun 2007. Peningkatan ini sering dikaitkan dengan kemasukan

warga asing yang ramai untuk mencari peluang pekerjaan di sekitar ibu negara. Negeri Johor

yang merupakan pintu masuk utama dari Singapura memperlihatkan pertambahan jumlah

penagih dadah yang dikesan, iaitu sebanyak 392 orang berbanding tahun 2007.

Dalam usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat

terutamanya golongan remaja hari ini, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah

untuk mengurangkan kegiatan negatif ini.

(Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Tahunan Persatuan

Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM), 2007-2009)

Page 5: PERCUBAAN 2013

900/2 5 STPM

Bahagian C

[ 25 markah ]

Pilih satu daripada tajuk di bawah, dan tulis karangan yang panjangnya tidak kurang

daripasda 350 patah perkataan

1. Walaupun Malaysia bergerak ke arah negara maju, warisan budaya tempatan amat penting

dikekalkan kerana mempunyai nilai budaya yang tinggi. Walau bagaimanapun, unsur ini

mula terhakis oleh proses pemodenan dan perlu ditangani segera untuk mengekalkan

kepentingan tersebut. Bincangkan

2. Penemuan pelbagai sumber tenaga alternatif telah banyak memberi manfaat kepada manusia.

Namun banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk memajukannya. Jelaskan.

Disediakan Oleh

.................................

Panel Penggubal Soalan Pengajian Am

SMK Batu Lapan, Jalan Puchong