peraturan tetap sekolah

7

Click here to load reader

Upload: noli-dina

Post on 22-Jan-2018

114 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan tetap sekolah

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SMKTMU 2016

SMK TUN

MUTAHIR

PERATURAN TETAP SEKOLAH

1. Menepati Masa

1.1 Semua guru mestilah berada disekolah sebelum jam 7.30 pg pada hari-hari persekolahan dan bersedia untuk mengajar pada

jam 7.30 pg. 1.2 Semua guru hendaklah merekodkan kedatangan (“thumb print’) sewaktu sampai ke

sekolah dan sebelum balik pada setiap hari persekolahan. 1.3 Ketetapan masa juga amat perlu untuk semua aktiviti tambahan yang

dipertanggungjawabkan kepada semua guru. Guru-guru yang tinggal jauh mestilah membuat persediaan awal supaya dapat memenuhi ketetapan masa.

1.4 Guru-guru hendaklah memasuki kelas pada waktu yang ditetapkan.Lambat masuk ke kelas tanpa sebab munasabah adalah dianggap kelalaian menjalankan tugas.Meninggalkan kelas untuk berulang-ulang kekantin,tandas dan sebagainya juga diertikan demikian.

1.5 Guru-guru adalah bertanggungjawab untuk menanam semangat menepati masa di kalangan murid-murid.Murid-murid yang selalu sahaja datang lewat perlu diambil tindakan tegas.

2. Pakaian Dan Rambut

2.1 Sewaktu menjalankan pengajaran formal di dalam kelas ,pakaian yang sesuai hendakalah digunakan.Bagi guru lelaki,berpakaian baju keluar adalah dilarang.Memakai T-Shirt yang sendat adalah tidak dibenarkan.Berpakaian batik dibenarkan pada hari Khamis sahaja.

2.2 Waktu mengajar Pendidikan Jasmani guru-guru seharusnya berpakaian yang sesuai dan berkasut getah.

2.3 Guru-guru wanita harus berpakaian sesuai lagi sopan.Pakaian yang sendat adalah dilarang 2.4 Guru-guru lelaki dilarang berambut panjang dan tidak berkecuali

dari Arahan Kementerian Pendidikan seperti Surat Perkeliling Iktisas 2/1976 dan sepatutnya menjadi contoh kepada murid-murid.Tindakan akan diambil terhadap guru-guru yang tidak mematuhi arahan ini.

3. Cuti Sakit

3.1 Seorang guru yang tidak dapat hadir ke sekolah untuk menjalankan tugas hendaklah memberitahu pihak sekolah seberapa segera yang boleh paling lewat jam 7.30 pg pada hari berkenaan.Sijil doktor hendaklah disampaikan kepada Pengetua Sekolah pada hari berikut.

3.2 Jika seseorang guru bercuti lebih 2 hari,buku rekod mengajar hendaklah diserahkan ke Pejabat.

3.3 Diharap seboleh-bolehnya guru-guru akan mengambil cuti apabila keadaan sungguh- sungguh tiada mengizinkan mereka menjalankan tugas kerana ketiadaan seorang guru disekolah akan menambahkan tugas -tugas guru-guru lain.

3.4 Segala tugas pengajaran dan sebagainya perlu di selesaikan oleh guru-guru yang bercuti. 3.5 Guru-guru yang ditugaskan mengantikan (relief) guru lain yang sakit tidak hadir kerana

sesuatu sebab adalah menjalankan tugas rasmi yang seterusnya mengajar sesuatu.Segala peraturan dalam kelas adalah tanggungjawab guru yang ditugaskan sebagai pengganti itu.

3.6 Semasa cuti sakit,guru berkenaan hendaklah berada di rumah atau di hospital.

4. Jadual Kedatangan

4.1 Jadual ini adalah dokumen rasmi dan juga boleh dianggap ringan.memadam,potong- memotong sesuka hati tidak dibenarkan.Sekiranya berlaku kesalahan, guru berkenaan mestilah memotong kesalahan tersebut dengan kemas dan menandatangani (ringkas) disebelah setiap kesalahan.

4.2 Murid-murid tidak dibenarkan menulis atau mencatat sesuatu dalam jadual ini.Jadual ini boleh digunakan oleh guru sahaja.Sekiranya guru tingkatan tidak hadir kerana sesuatu sebab guru penyelaras tingkatan bertanggungjawab mengisi butiran yang perlu dalam jadual kedatangan.

4.3 Selepas dicatat jadual kedatangan dihantar ke pejabat selewat-lewatnya sebelum waktu kedua.

Page 2: Peraturan tetap sekolah

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SMKTMU 2016

SMK TUN

MUTAHIR

4.4 Jadual ini mestilah dikemaskini dan sentiasa disimpan di pejabat sekolah.Jika ada keraguan tentang cara mengisi jadual ini,sila bertanya pada Guru Penolong Kanan HEM.

5. Buku Rekod Guru

5.1 Buku Rekod guru adalah dokumen rasmi dan hendaklah sentiasa dikemaskini.Setiap bahagian hendaklah diisi menurut kehendaknya.

5.2 Setiap bahagian hendaklah diisi dengan teliti dan dipertanggungjawabkan.Sistem menulis catatan disemak oleh Pengetua.Buku ini boleh di ambil balik dari pejabat sesudah disemak.

5.3 Semua buku rekod mengajar hendaklah disimpan ke Pejabat Sekolah pada waktu akhir Jumaat untuk disemak oleh Pengetua.Buku-buku ini boleh diambil balik dari Pejabat sesudah disemak.

6. Telefon

6.1 Telefon sekolah adalah kegunaan Pentadbiran Sekolah.Guru-guru tidak dibenarkan

menelefon keluar pada waktu mengajar atau ‘free period’ kecuali waktu rehat sekolah. 6.2 Jika sesuatu tugas memerlukan menelefon pada waktu lain,kebenaran hendaklah diperoleh

daripada Pengetua. 6.3 Semua panggilan tempatan akan dikenakan bayaran dan akan direkodkan dalam buku

yang tersedia ada di pejabat.Guru-guru yang membuat panggilan rasmi juga hendaklah membuat catatan dalam buku ini.

6.4 Guru-guru tidak dibenarkan membuat panggilan jauh ‘Trunk Call’

7. Pembelian Alat atau Peralatan Sekolah

7.1 Guru-guru tidak dibenarkan membeli sebarang alat atau barangan

bagi sekolah dengan akaun sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada Pengetua dan perlu dapatkan Borang Pesanan Awal untuk kelulusan Pengetua.

7.2 Setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua, guru-guru berkenaan boleh memenuhkan Borang Pesanan (Local Order)

7.3 Segala bil atau invoice hendaklah disahkan oleh Ketua Bidang dan dimasukkan ke dalam stok.

7.4 Segala bil mestilah diserahkan ke Pejabat satu minggu selepas membeli barang.

8. Disiplin Kelas dan Sekolah

8.1 Setiap guru adalah bertanggungjawab masalah disiplin dan tidak bergantung pada Pengetua atau Guru Disiplin sahaja.

8.2 Tanpa disiplin dalam kelas,sebarang pengajaran adalah kurang berkesan.Mengajar dengan keadaan murid tidak berdisiplin dianggap cuai dalm menjalankan tugas.

8.3 Guru dilarang memeriksa buku rampaian dalam kelas.Guru-guru juga dilarang merokok,membaca akhbar,majalah dan sebagainya dalam kelas.Menghisap rokok di kawasan sekolah adalah dilarang.

8.4 Guru-guru seharusnya berdiri sewaktu menyampaikan pengajaran secara formal.Duduk di kerusi dan mengajar adalah dilarang kecuali sebab-sebab kesihatan yang mesti dilaporkan pada Pengetua dahulu.

8.5 Guru-guru yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua.

9. Pelawat

9.1 Semua pelawat hendaklah melapor diri di pondok jaga 9.2 Pelawat peribadi dibenarkan berjumpa dengan guru pada waktu

bertugas.Rasmi disini bererti ada kaitan dengan tugas sekolah atau Jabatan dan Kementerian Pendidikan.

9.3 Semua pelawat hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada

Page 3: Peraturan tetap sekolah

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SMKTMU 2016

SMK TUN

MUTAHIR

Pengetua sebelum berjumpa dengan guru berkenaan.

10. Aktiviti Sukan Dan Persatuan

10.1 Aktiviti sukan akan disediakan oleh Setiausaha Sukan dengan persetujuan Pengetua.Sebarang masalah hendaklah dibawa ke pengetahuan Setiausaha sukan untuk dipertimbangkan.

10.2 Rekod aktiviti persatuan hendaklah dihantar kepada Pengetua selepas aktiviti dijalankan. 10.3 Segala aktiviti persatuan hendaklah juga direkodkan dan rancangan mingguan hendaklah

disusun rapi. 10.4 Semua persatuan dikehendaki membuat persembahan setiap minggu yang dipilih semasa

perhimpunan dan membuat pameran.

11. Meninggalkan Negara

11.1 Apabila seseorang guru meninggalkan Negara Malaysia mestilah

memohon kebenaran keluar negeri dengan menggunakan borang yang terdapat di Pejabat Sekolah.

12. Alat dan kemudahan

12.1 Alat-alat dan kemudahan sekolah tidak boleh dipinjam kepada mana-mana pihak tanpa

kebenaran bertulis daripada Pengetua.

13. Bantuan Luar dan lawatan Luar

13.1 Jika seorang guru ingin mendapatkan pertolongan orang luar ntuk sesuatu tugas di sekolah,kebenaran mestilah diperolehi daripada Pengetua

13.2 Menjemput Penceramah Luar ke sekolah ini hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengetua.

13.3 Sebarang lawatan yang dirancang oleh guru mestilah mendapat kebenaran pihak-pihak yang berkenaan sebulan lebih awal.

14. Tugas-tugas guru

A. Penyelia Tingkatan

1. Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam tingkatan dibawah jagaanya.

2. Kuota pelajar mengikut kaum harus dipatuhi.Pengetua dan Guru Penolong Kanan mestilah dimaklumkan.

3. Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan dan minat aliran pelajar Tingkatan 4 dan 5.

4. Membantu Guru Tingkatan membuat agihan Buku Bantuan (SPBT).

5. Membantu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang layak untuk menerima Bantuan dan Biasiswa.

6. Memaklumkan kepada Pengetua dan Guru Penolong Kanan jumlah pelajar di dalam sesebuah tingkatan dari masa kesemasa.

7. Penyelaras Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 sekaligus bertindak sebagai penyelaras PMR dan SPM.

8. Memastikan setiap pelajar baru didaftar dalam buku daftar masuk(ikut Tingkatan)dengan kemas dan teratur

9. Berkerjasama dengan Kaunselor pelajar bagi mendapat yang berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran pelajar.

9.1 Rekod Kemajuan Pelajar 9.2 Rekod Penilain Aktiviti Kokurikulum 9.3 Kad 001 dan Kad 002. 9.4 Borang kelulusan SPBT

Page 4: Peraturan tetap sekolah

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SMKTMU 2016

SMK TUN

MUTAHIR

9.5 Keterangan Kerja Kursus Kemahiran Hidup,Pendidikan 9.6 Islam,Sejarah,Geografi,PLBS, ULBS bagi subjek B.M/B.Idan PEKA Sains

bagi Tingkatan 3 serta Pendidikan Seni bagi Tingkatan .

10. Sentiasa mengemaskinikan fail-fail pertukaran pelajar.Fail tersebut mesti di simpan di Pejabat.Kerjasama Pembantu Am Rendah (Pejabat) perlu diminta.

11. Berkerjasama dengan Guru Tingkatan bagi menyiapkan sijil -sijil di peringkat sekolah iaitu:

11.1 Sijil Ujian Lisan Bahasa Melayu . 11.1.1 Sijil Ujian Lisan Bahasa Inggeris 11.1.2 Sijil Pendidikan Seni 11.1.3 Sijil Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan 11.1.4 Sijil Berhenti dan lain-lain.

12. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan PMR dan SPM 13. Bekerjasama dengan Penyelaras atau Setiausaha Peperiksaan

bagi menyelia Bilik Peperiksaan. 14. Berada di sekolah pada Hari Pendaftaran Baru Pelajar Baru dan

membantu guru-guru Tingkatan 1 mengagihkan kemasukan pelajar.

14.1 Memastikan Guru Tingkatan memberi bilangan nombor pendaftaran dan memasukkan butir-butir dalam buku pendaftaran.

14.2 Menyemak fail kemasukan pelajar dan memastikan ia dikemaskinikan.

14.3 Bertanggungjawab menjaga dan mengurus buku pendaftaran pelajar.

14.4 Menyimpan Borang Kemasukan Pelajar ke dalam Fail Daftar Masuk mengikut kelas.

14.5 Memastikan Pelajar Baru ditempatkan di Tingkatan mengikut Matapelajaran Elektif dipilih.

14.6 Menyimpan laporan tentang pelajar baru kepada Pengetua 14.7 Menjalankan tugasan lain yang diarahkan oleh Pengetua.

B.Guru Tingkatan 1. Pengurusan dan Organisasi Kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas terdiri daripada Ketua

Tingkatan,,Penolong Ketua Tingkatan,Bendahari dan AJK Kebersihan.Mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan putih,menyapu lantai,lap tingkap,menyusun kerusi meja dan membuang sampah.

1.2 Memastikan AJK Kebers ihan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa ke semasa,menyediakan langsir dan bunga(jika perlu) untuk kelas

1.3 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada dalam kelas 1.3.1 Jadual Waktu 1.3.2 Jadual Tugas 1.3.3 Perabot Kelas seperti kerusi,meja pelajar dan

meja guru,papan hitam dan inventori.

1.3.4 Visi dan misi sekolah serta moto kelas 1.3.5 Alat pembersihan seperti penyapu,bakul

sampah,dan pengaut sampah.

1.4 Menentukan Kawalan Elektrik,kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

1.5 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkaitan

1.6 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas 1.7 Mengadakan tabung kelas yang berjumlah terpulang kepada

budi bicara pelajar.Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:

1.7.1 Keceriaan kelas 1.7.2 Kebajikan kelas

Page 5: Peraturan tetap sekolah

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SMKTMU 2016

SMK TUN

MUTAHIR

2. Jadual Kedatangan Pelajar

2.1 Menandakan Jadual kedatangan harian setiap hari pada waktu pagi dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di Pejabat,kecuali hari jumaat sebelum waktu kedua.

2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada ditulis didalam buku daftar kedatangan pelajar.

2.3 Memastikan kedatangan pelajar tidak disimpan di bilik guru dan di bawa balik ke rumah.

2.4 Memastikan data terkini palajar didalam kelas 2.5 Memastikan kelas mempunyai buku kawalan ponteng kelas dan

di selenggara seperti yang diarahkan. 2.6 Buku Kawalan Ponteng Kelas dihantar pada waktu dan tempat

yang ditetapkan.

3. Laporan Pelajaran,Sijil Berhenti,Surat Akaun,Kad 001

3.1 Memastikan semua pelajar mempunyai Rekod Kemajuan Pelajar.

3.2 Mengisi markah dan membuat Laporan Kemajuan Akademik,Kurikulum,Kokurikulum dan Fizikal dalam Kad Kemajuan Pelajar bagi setiap Unit Peperiksaan.

3.3 Menyampaikan Rekod Kemajuan Pelajar pada ibubapa 3.4 Mengambil Kad 001 dari unit bimbingan dan kaunseling 3.5 Menyedia dan mengisi:

3.5.1 Senarai markah bagi setiap peperiksaan sekolah

3.5.2 Kad 001 3.5.3 Sijil Berhenti dan Buku Akaun

4. Masalah Pembelajaran, Kesihatan dan Disiplin

4.1 Memberikan galakan,motivasi dan ransangan minat pelajar terhadap akademik.

4.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk Akademik dan memberikan hadiah

4.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat kemerosotan Pelajaran di kalangan pelajar.

4.4 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.

4.5 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang menghadapi disiplin.

4.7 Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang ditetapkan.

5. Buku Teks,Biasisiwa dan Bantuan

5.1 Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.

5.2 Mengemaskini fail SPBT dari semasa kesemasa. 5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan

menyenaraikan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada Guru SPBT.

5.4 Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bantuan yang lain dan melaporkan kepada guru kebajikan

5.5 Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan yang mendapat biasiswa.

Page 6: Peraturan tetap sekolah

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SMKTMU 2016

SMK TUN

MUTAHIR

6. Kutipan Bayaran Tambahan Dan Derma

6.1 Mengutip yuran sekolah daripada murid-murid mengikut arahan KPM dan menggalakkan pelajar membayar yuran sekaligus.

6.2 Mengutip PIBG 6.3 Mengeluarkan Resit kepada pelajar-pelajar bagi pembayaran yang

dibuat. 6.4 Menyerahkan wang kutipan kepada Kerani Kewangan selepas

membuat kutipan

7. Pendaftaran Pelajar Baru

7.1 Menerima kemasukan Pelajar Baru daripada Penyelaras Tingkatan 7.2 Mendaftarkan pelajar baru ke dalam Buku Kemasukan Pelajar

daripada GPK (HEM) 7.3 Menentukan Penerimaan Borang SPBT dari sekolah yang terdahulu dan

memastikan pelajar mendapat buku teks. 7.4 Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk Biasiswa

dan melaporkan kepada guru biasiswa. 7.5 Menentukan Kad Kemajuan Pelajaran dan Kad 001 diterima

dari sekolah yang terdahulu.

7.6 Menentukan rumah sukan 7.7 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

8. Murid Keluar

8.1 Menentukan borang SPBT,kad Kemajuan pelajar dan kad 001 dihantar ke Pejabat.

8.2 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajaran Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

8.3 Menentukankelulusan untuk bertukar telah diterima 8.4 Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

9. Pendaftaran sukan,persatuan dan lain-lain

9.1 Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah sukan 9.2 Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan kelab

dan unit beruniform yang dipilih 9.3 Menggalakkan pelajar bergiat dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum

10. Guru Bertugas Mingguan Dan Harian

10.1. Guru bertugas mingguan hendaklah datang sekurang- sekurangnya 15 minit sebelum sekolah bermula dan pulang selepas kegiatan petang berakhir.

10.2 Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu,sampah telah dibuang,serta lampu dan kipas serta tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan

10.3 Mengawas disiplin pelajar diluar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika diperlukan

10.4 Mengawas kawasan kebersihan bilik-bilik darjah,tandas,kantin dan kawasan kelas.

10.5 Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah 10.6 Mengurus rawatan pelajar yang sakit dan menghantar ke

klinik atau ke rumah. 10.7 Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan

nama pelajar yang memohon

Page 7: Peraturan tetap sekolah

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SMKTMU 2016

SMK TUN

MUTAHIR

10.8 Mengawasi pelajar supaya menepati waktu datang dan pulang ke sekolah,masa rehat dan pertukaran kelas.

10.9 Menguruskan hal-hal yang bersabit dengan kehilangan barang 10.10 Menentukan keselamatan pelajar di sekolah serta

mengawasi harta benda sekolah. 10.11 Mencatat kegiatan sekolah seperti sukan,persatuan,uniform

dan aktiviti-aktiviti yang lain. 10.12 Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang

berlaku sepanjang hari dan minggu persekolahan ke dalam

buku laporan bertugas di antara perkara yang perlu di catat ialah: 10.12.1 Kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan 10.12.2 Pelajar ponteng yang tidak hadir atau sakit 10.12.3 Lawatan-lawatan dan pelawat