peraturan sekolah 1

7
PERATURAN SEKOLAH 1. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 1.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki a. Baju putih berlengan pendek, tanpa berlipat, bersaku satu disebelah kiri. Baju putih lengan panjang juga dibenarkan tetapi hendaklah dipakai tanpa berlipat, dan butang di pergelangan tangan hendaklah dikenakan. b. Baju mestilah dimasukkan ke dalam seluar dan semua butang hendaklah dikenakan kecuali butang kolar baju. c. Seluar pendek berwarna biru tua. Murid beragama Islam dan bukan beragama Islam yang mampu digalakkan menggunakan seluar panjang berwarna biru tua. d. Kasut kanvas berwarna putih bertapak getah dan berstokin putih. Kasut “fansy” tidak dibenarkan. e. Tidak dibenarkan memakai sebarang perhiasan. f. Tali pinggang berwarna gelap ( hitam atau coklat tua, biru tua atau hijau tua ) tanpa berkepala besar atau berbentuk yang tidak sesuai. 1.2 Pakaian Seragam Murid Perempuan a. Blaus putih, berlengan pendek ( kalau lengan panjang hendaklah dipakai tanpa berlipat ) b. Murid perempuan ( bukan Islam ) memakai baju putih berlengan pendek, skirt pinafore biru tua yang panjang melebehi paras lutut. c. Kasut kanvas berwarna putih dan stokin putih. d. Murid perempuan Islam memakai baju kurung putih dan memakai telekung mini putih. e. Murid perempuan tidak dibenarkan memakai persolekan dan barang kemas seperti cincin, anting-anting dan barang-barang kemas lain. 1.3 Tag Nama / Lencana a. Semua murid dikehendaki memakai tag nama sepanjang sesi persekolahan. b. Tag nama / lencana hendaklah disematkan pada bahagian sebelah atas kira-kira 2 sm dari saku baju dan kira-kira 16 sm dari bahu sebelah kiri. Bagi pelajar perempuan beragama Islam disematkan pada tudung sebelah kiri. c. Murid dilarang daripada melakukan pengubahsuaian pada tag nama / lencana 1.4 Pakaian Senaman / PJ a. Semua murid lelaki dan perempuan digalakkan memakai seluar panjang sukan dan berkemeja – T putih atau kemeja –T sekolah b. Semua murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai kasut sukan dan berstokin. 1.5 Potongan Rambut 1.5.1 Murid Lelaki a. Rambut hendaklah pendek dan kemas. b. Rambut pada bahagian hadapan tidak boleh menyentuh kening c. Rambut pada bahagian belakang tidak boleh menyentuh paras bawah telinga dan mesti berkeadaan nipis. 1.5.2 Murid Perempuan

Upload: ujibeston

Post on 06-Dec-2015

266 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PERATURAN

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN SEKOLAH 1

PERATURAN SEKOLAH

1. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH1.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki

a. Baju putih berlengan pendek, tanpa berlipat, bersaku satu disebelah kiri. Baju putih lengan panjang juga dibenarkan tetapi hendaklah dipakai tanpa berlipat, dan butang di pergelangan tangan hendaklah dikenakan.

b. Baju mestilah dimasukkan ke dalam seluar dan semua butang hendaklah dikenakan kecuali butang kolar baju.

c. Seluar pendek berwarna biru tua. Murid beragama Islam dan bukan beragama Islam yang mampu digalakkan menggunakan seluar panjang berwarna biru tua.

d. Kasut kanvas berwarna putih bertapak getah dan berstokin putih. Kasut “fansy” tidak dibenarkan.

e. Tidak dibenarkan memakai sebarang perhiasan.f. Tali pinggang berwarna gelap ( hitam atau coklat tua, biru tua atau

hijau tua ) tanpa berkepala besar atau berbentuk yang tidak sesuai.

1.2 Pakaian Seragam Murid Perempuana. Blaus putih, berlengan pendek ( kalau lengan panjang hendaklah

dipakai tanpa berlipat )b. Murid perempuan ( bukan Islam ) memakai baju putih berlengan pendek,

skirt pinafore biru tua yang panjang melebehi paras lutut.c. Kasut kanvas berwarna putih dan stokin putih.d. Murid perempuan Islam memakai baju kurung putih dan memakai telekung

mini putih.e. Murid perempuan tidak dibenarkan memakai persolekan dan barang kemas

seperti cincin, anting-anting dan barang-barang kemas lain.

1.3 Tag Nama / Lencanaa. Semua murid dikehendaki memakai tag nama sepanjang sesi persekolahan.b. Tag nama / lencana hendaklah disematkan pada bahagian sebelah atas

kira-kira 2 sm dari saku baju dan kira-kira 16 sm dari bahu sebelah kiri. Bagi pelajar perempuan beragama Islam disematkan pada tudung sebelah kiri.

c. Murid dilarang daripada melakukan pengubahsuaian pada tag nama / lencana

1.4 Pakaian Senaman / PJ a. Semua murid lelaki dan perempuan digalakkan memakai seluar panjang

sukan dan berkemeja – T putih atau kemeja –T sekolah b. Semua murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai kasut sukan dan

berstokin.

1.5 Potongan Rambut1.5.1 Murid Lelaki

a. Rambut hendaklah pendek dan kemas.b. Rambut pada bahagian hadapan tidak boleh menyentuh keningc. Rambut pada bahagian belakang tidak boleh menyentuh paras bawah

telinga dan mesti berkeadaan nipis.

1.5.2 Murid Perempuana. Rambut panjang yang mencecah lebih daripada paras bahu mestilah

diikat dengan riben atau klip yang berwarna hitam, biru tua atau putih. Riben yang berwarna-warni tidak dibenarkan.

b. Rambut pada bahagian hadapan tidak dibenarkan melebehi kening, dan mesti disikat rapi.

1.5.3 Murid lelaki dan murid perempuan dilarang daripada mewarnakan rambut.

1.5.4 Murid-murid dilarang memakai barang-barang kemas seperti rantai emas, gelang emas (tangan atau kaki), anting-anting, subang, cincin dan lain-lain yang berharga.

Page 2: PERATURAN SEKOLAH 1

1.5.5 Murid perempuan dilarang menggunakan perhiasan muka (make-up)ke sekolah.

1.5.6 Murid lelaki dilarang memakai anting-anting walaupun merupakan adat.

2. PENGAWASa. Semua pengawas dikehendaki memakai tali leher (kecuali pengawas

perempuan yang berbaju kurung ) yang disediakan oleh pihak sekolah dan tag nama / lencana,

b. Kasut dan stokin berwarna putih.c. Semua pengawas dikehendaki memastikan jadual tugas dikawasan, zon

pemberishan masing-masing.

3. KETUA KELASa. Ketua kelas adalah bertanggungjawab melaporkan kepada guru, segala

kemalangan yang berlaku semasa berada dalam kelas, bengkel dan makmal.

b. Ketua kelas hendaklah memastikan jadual waktu bertugas harian dijalankan dengan sempurna.

c. Ketua kelas hendaklah memastikan papan tulis dibersihkan selepas setiap waktu pelajaran. Jadual bertugas memadamkan papan tulis hendaklah disediakan.

d. Tindakan yang keras akan diambil kepada sesiapa yang didapati mencuri alat-alat kelengkapan dari bengkel, makmal dan stor.

e. Peralatan yang diberi kepada murid hendaklah dijaga dengan baik, sebarang kerosakan atau kehilangan adalah tanggungjawab murid berkenaan. Murid hendaklah menggantikan alat yang hilang.

f. Ketua kelas hendaklah mengambil buku kawalan kelas di pejabat pada jam 6.55 pagi ( sesi pagi ) 12.10 tengah hari ( sesi petang ) dan memulangkannya ke pejabat waktu rehat.

g. Ketua dan Penolong Ketua kelas hendaklah memastikan guru berada dalam kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

4. JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN

a. Sesi Pagi : -

Isnin – Selasa Rabu - Khamis Jumaat7.00 pagi–12.50 7.00 – 12.20 7.00 pagi – 11.20

b. Sesi Petang : -

Isnin – Selasa Rabu - Khamis Jumaat12.55-5.45 ptg 12.25-5.40 1.30 - 5.15

petang

c. Masa Belajari. Semua murid tidak dibenarkan membuat bising walaupun ketiadaan guru.ii. Sekiranya guru mata pelajaran waktu itu lewat hadir ke kelas

atau guru tidak hadir kerana berkurusus atau sakit, Ketua Kelas / Penolong Ketua hendaklah mendapatkan guru tersebut di bilik guru atau mendapatkan guru ganti ( berhubung dengan PK 1 sesi pagi / Penyelia Petang sesi petang ). Dalam keadaan tertentu Ketua Kelas dikehendaki mengawasi kelas.

iii. Perhatian yang penuh hendaklah diberikan kepada setiap mata pelajaran dan arahan guru.

iv. Murid tidak dibenarkan merayau-rayau atau ke tandas pada masa belajar atau semasa pertukaran mata pelajaran melainkan dengan kebenaran guru ( dalam keadaan terdesak ). Gunakan pas tandas untuk ke tandas dan pas am untuk berjumpa guru.

Page 3: PERATURAN SEKOLAH 1

v. Murid mestilah meninggalkan bilik darjah dengan senyap dan tertip ( beratur ) pada waktu pertukaran kelas, bengkel dan makmal, waktu rehat atau semasa balik.

vi. Murid tidak dibenarkan membeli makanan atau minuman di kantin semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kecuali bagi kes-kes mendesak dan dengan kebenaran guru sahaja.

d. Waktu Rehat

i. Sewaktu membeli makanan di kantin, murid hendaklah beratur mengikut barisan yang ditetapkan oleh pihak kantin dan dipersetujui oleh sekolah.

ii. Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan kantin.iii. Murid tidak dibenarkan makan atau minum dalam kelas kecuali

hujan atau keadaan semasa dan murid memastikan kebersihan meja dan kelas selepas digunakan.

iv. Murid hendaklah membuang air kecil / besar dan membersihkan diri sewaktu rehat, bukan menunggu loceng berbunyi.

v. Murid tidak dibenarkan ke tandas, sekurang-kurangnya satu waktu selepas loceng rehat dibunyikan kecuali dalam keadaan terdesak mengikut budi bicara.

5. KEDATANGANa. Murid hendaklah hadir pada setiap hari persekolahan. Murid yang tidak

dapat hadir ke sekolah hendaklah memaklumkan secara bertulis dari ibubapa atau penjaga mereka. Sekiranya sakit, surat cuti sakit dari doktor hendaklah dikemukakan ke sekolah atau memaklumkan kepada guru kelas.

b. Murid yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab lain, ibubapa atau penjaga hendaklah berjumpa dengan Guru Besar atau Penyelia Petang untuk memberi penjelasan.

c. Murid yang sakit semasa di sekolah wajib memohon kebenaran balik daripada Guru Besar/ Penolong Kanan 1, sesi pagi atau Penyelia Petang / Penolong Kanan KK bagi sesi petang. Ibubapa / Penjaga murid yang mengambil hendaklah mencatat nama didalam buku kawalan di pejabat.

d. Semua murid dikehendaki menghadiri kelas tambahan yang diadakan.e. Semua murid juga mestilah hadir dalam semua perjumpaan dan aktiviti

persatuan yang diceburi dengan pakaian seragam masing-masing.

6. PERHIMPUNAN SEKOLAHa. Semua murid dimestikan menghadiri perhimpunan sekolah.b. Murid hendaklah beratur dan berjalan dengan tertib ke tempat

perhimpunan dan dikehendaki berdiri dan berbaris mengikut susunan kelas selewat-lewatnya pada 7.00 pagi ( sesi pagi ) 5.10 petang (sesi petang ).

c. Semua dalam keadaan ‘senyap’ semasa di tempat perhimpunan.d. Perhatian yang sepenuhnya diberikan kepada pengumuman Guru Besar,

Penyelia Petang, guru atau pengawas yang bertugas.

7. KEGIATAN KOKURIKULUMa. Murid Tahap 2 ( Tahun 4,5,& 6 )diwajibkan menyertai 3 jenis gerakerja

kokurikulum sekolah (Sukan & Permainan, Kelab/Persatuan dan unit beruniform).

b. Murid mesti menepati masa dan jadual yang ditetapkan. Murid yang tidak hadir mesti memberi alasan yang munasabah kepada guru penasihat masing-masing. Guru penasihat wajib mengesahkan kehadiran murid dengan menandatangani Kad gerko Murid.

c. Murid akan diberikan satu senarai gerakerja kokurikulum pada awal tahun. Mereka mesti memilih gerakerja dengan berhati-hati kerana setelah membuat pilihan, mereka tidak dibenarkan menukar gerakerja itu.( Murid harus mengambilkira tuisyen, pengangkutan, masa dan lain-lain ). Adakalanya gerakerja akan ditetapkan oleh unit/bahagian Penolong Kanan Kokurikulum memandangkan kepakaran guru,masa, jadualwaktu perjumpaan dan lain-lain.

Page 4: PERATURAN SEKOLAH 1

d. Borang pendaftaran gerakerja kokurikulum akan diedarkan kepada murid pada awal penggal pertama sesi persekolahan. Murid diwajibkan mengisi borang tersebut dan menyerahkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk didokumentasikan.

e. Murid yang terlibat dengan gerakerja kokurikulum di luar sekolah wajib mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing dengan menlengkapisikan serta menandatangani bornag pengesahan dan borang kebenaran.

f. Murid mesti memakai pakaian seragam sekolah iaitu pakaian unit beruniform yang lengkap atau baju berlogo sekolah dengan seluar sukan yang sesuai semasa menghadiri kegiatan kokurikulum. Murid tidak dibenarkan memilih Rumah Sukan. Murid yang ingin hadir pada waktu latihan rumah yang lain, perlu berjumpa dengan Guru Sukan.

g. Ketua murid yang telah dipilih atau yang dilantik akan mengambil kedatangan setiap ahli kumpulan, persatuan/kelab atau unit masing-masing yang disahkan oleh guru penasihat. Kehadiran dan penglibatan dan prestasi murid-murid dalam gerakerja kokurikulum diambil perhatian oleh guru penasihat masing-masing pada tiap-tiap akhir penggal.

h. Guru Besar/Penolong Kanan/Penyelia Petang/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum berhak dan berkuasa menyemak Kad Gerako/Kedatangan /Perancangan Aktiviti pada bila-bila masa. Ketua murid/guru penasihat bertanggungjawab memastikannya dikemskinikan pada setiap masa.

i. Penilaian dan pemarkahan diberi kepada murid yang melibatkan diri dalam semua aktiviti kokurikulum berdasarkan keada 4 aspek iaitu; Kehadiran (50%). Pencapaian (20%). Penglibatan (20%) dan Jawatan yang disandang (10%).

j. Penganugerahan Persijilan Kokurikulum diberi kepada murid yang tamat persekolahan Tahun 6 dengan pencapaian gred keseluruhan sekurang-kurangnya tahap C.

k. Gred penilaian adalah seperti berikut :- Gred Markah A antara 80% hingga 100% B antara 60% hingga 79% C antara 40% hingga 59% D antara 20% hingga 39% E 19% ke bawah.

8. MENJAGA HARTA SEKOLAHa. Setiap murid hendaklah menjaga harta benda sekolah.b. Orang luar yang mencurigakan yang dilihat merayau-rayau dikawasan

sekolah mestilah dilaporkan kepada guru bertugas atau mana-mana guru yang dapat dihubungi serta merta.

c. Murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja atau perabot lain. Oleh itu, semua perabot mestilah dikembalikan ke tempat asal sekiranya telah dipindahkan (atas kebenaran Guru Besar)selepas sahaja digunakan.

d. Harta sekolah yang dirosakkan mesti diganti (kalau perlu termasuk kos pembaikan).

9. SKIM PINJAMAN BUKU TEKSa. Buku teks hendaklah sentiasa dijaga dengan baik.b. Murid dikehendaki membalut kulit buku teks dengan kertas atau plastik

yang bersih. Menulis dan menconteng di dalamnya tidak dibenarkan sama sekali.

c. Murid bertanggungjawab mengganti buku teks yang hilang atau yang koyak ( kalau diperlu, termasuk kos penghantaran ). Sekiranya murid tersebut gagal mengganti, kemudahan pinjaman seterusnya tidak akan diberikan lagi / tidak dilayan.

d. Segala peraturan tentang buku teks hendaklah dipatuhi dengan sepenuhnya oleh semua murid.

Page 5: PERATURAN SEKOLAH 1

10. AIR DAN APIa. Semua paip mesti ditutup sebaik sahaja selepas digunakan atau selepas

dibuka walaupun mendapati tidak ada air keluar.b. Murid diingatkan bahawa bermain atau merosakkan system pendawaian

elektrik seperti soket, suis dan wayar adalah berbahaya.c. Semua lampu mesti ditutup selepas digunakan, atau apabila keadaan

tidak memerlukannya lagi (misalnya selepas hujan atau cuaca buruk atau sesi persekolahan tamat atau meninggalkan bilik tersebut).

11. KUTIPAN KHASa. Semua jenis kutipan mestilah dijelaskan pada masa yang ditetapkan.

Sila pastikan menerima resit pembayaran dan resit tersebut hendaklah disimpan untuk urusan berikutnya.

b. Murid bertanggungjawab memberitahu ibubapa / penjaga mereka supaya membayar kutipan khas sekolah dan kutipan itu harus dijelaskan secepat mungkin. Sekira gagal membayar kutipan yang telah ditetapkan, kemungkinan kemudahan yang ada tidak akan diberikan.

12. PENGGUNAAN PERPUSTAKAANa. Murid digalakkan pergi ke perpustakaan pada masa yang dijadualkan.b. Berbuat bising dan makan di perpustakaan dilarang sama sekali.c. Murid wajib menjaga kebersihan dan keselamatan buku-buku di

perpustakaan sepanjang masa.d. Murid tidak dibenarkan membawa beg, fail dan buku-buku masuk ke dalam

perpustakaan tanpa izin pengawas perpustakaan.e. Murid hendaklah sentiasa patuh kepada peraturan-peraturan lain yang

mungkin ditambah atau dipinda dari masa ke semasa oleh pihak sekolah.

13. MENJAGA KEBERSIHANa. Semua murid wajib menjaga kebersihan diri sendiri dan kebersihan

sekolah.b. Semua sampah sarap mestilah dibuang ke dalam tong sampah.c. Semua bilik darjah mesti sentiasa bersih dan kemas. Kerusi meja

hendaklah disusun dengan kemas dan teratur. Jadual waktu dan jadual tugas pembersihan hendaklah dipamerkan ditempat yang mudah untuk dirujuk oleh semua.

d. Murid digalakkan menghias bilik masing-masing dengan gambar, carta atau sesuatu yang berunsur pendidikan.

14. MENJAGA KESELAMATANa. Semua murid berbaris dan tidak berebut-rebut apabila membeli di

kantin.b. Semua murid tidak dibenarkan berlari atau kejar-mengejar dihalaman

sekolah semasa rehat atau sebelum loceng dibunyikan.c. Waktu persekolahan; murid tidak dibenarkan keluar pagar sekolah pada

mana-mana waktu tanpa pengetahuan guru atau pengawal keselamatan dan hendaklah mencatat nama dalam buku keluar.

d. Pengawal Keselamatan berhak menahan murid dari masuk atau keluar dengan tanpa kebenaran.

e. Kereta awam dilarang memasuki kawasan sekolah tanpa kebenaran.f. Semua murid dikehendaki berbaris dari kelas masing-masing apabila

balik.g. Semasa balik,murid tidak dibenarkan keluar pagar sehingga kenderaan

atau ibubapa/penjaga menjemput mereka.

15. AMa. Setiap murid hendaklah bersopan-santun, berkelakuan baik dan sentiasa

bertatertib di dalam mahupun di luar sekolah.b. Setiap murid hendaklah mematuhi arahan Guru Besar, guru, pangawas dan

Ketua Kelas.c. Merokok,minum minuman keras, berjudi dan mencuri dilarang sama

sekali.d. Sebarang penglibatan murid di dalam kegiatan yang berkaitan dengan

penyalahgunaan dadah dan menhidu gam diharamkan.

Page 6: PERATURAN SEKOLAH 1

e. Perkelahian atau apa sahaja bentuk kelakuan yang boleh menyakitkan dan mencederakan termasuk mencabar atau mengancam orang lain adalah dianggap sebagai salahlaku yang serius.

f. Murid yang memerlukan nasihat, bimbingan dan kaunseling digalakkan berjumpa dengan guru-guru.

g. Murid yang didapati melanggar peraturan sekolah akan dikenakan tindakan tatatertib yang setimpal.

h. Mana-mana peraturan yang tidak tercatat dan didalam senarai di atas tetapi tersirat, maka ianya dikira mengikut budi bicara pengurusan pihak sekolah.

PENGUATKUASA PERATURAN SEKOLAHSEKOLAH KEBANGSAAN SAINT EDMUND, LIMBANG.