peraturan pinjaman buku teks

3
PERATURAN PINJAMAN BUKU TEKS Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar mestilah mematuhi syarat-syarat peraturan pinjaman yang telah ditetapkan oleh Unit SPBT sekolah sebagaimana berikut : 1. Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku. 2. Membalut buku dengan pembalut plastik. Stapler, double- sided, binding tape adalah dilarang sama sekali. 3. Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan. 4. Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan. 5. Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain. 6. Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat. 7. Mengganti balik buku-buku yang hilang dengan harga buku teks 8. Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan. 9. Lain-lain yang ditetapkan kemudian.

Upload: noor-azamimi-othman

Post on 09-Apr-2016

82 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

spbt

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Pinjaman Buku Teks

PERATURAN PINJAMAN BUKU TEKSAdalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar mestilah mematuhi syarat-syarat peraturan pinjaman yang telah ditetapkan oleh Unit SPBT sekolah sebagaimana berikut :

1. Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku.2. Membalut buku dengan pembalut plastik. Stapler, double-

sided, binding tape adalah dilarang sama sekali.3. Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di

bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan.

4. Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan.

5. Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.6. Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik

dan selamat.7. Mengganti balik buku-buku yang hilang dengan harga

buku teks8. Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan.9. Lain-lain yang ditetapkan kemudian.

Page 2: Peraturan Pinjaman Buku Teks

Dimaklumkan juga bahawa mana-mana  pelajar yang tidak membalut buku teks dan meninggalkan buku teks mereka di dalam meja/ laci, pihak sekolah berhak untuk merampas dan mengambil tindakan. Pelajar yang berkenaan akan diambil tindakan seperti berikut:1. Pelajar diberi amaran.2. Pelajar dikehendaki membayar RM0.50 (Lima puluh sen sahaja) untuk setiap buku yang tidak dibalut bagi pembelian plastik pembalut untuk membalut buku tersebut.3. Pelajar juga hendaklah memastikan buku teks yang diperolehi dibawa mengikut jadual bagi setiap matapelajaran. Sekiranya didapati pelajar tidak membawa buku teks semasa waktu pembelajaran bagi matapelajaran tertentu, pihak sekolah juga berhak mengambil tindakan disiplin.4. Pihak SPBT juga telah menurunkan kuasa kepada semua guru matapelajaran/ guru tingkatan untuk mengenakan denda sebanyak RM 0.50 bagi  kesalahan tidak membalut atau tidak membawa buku teks semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan kutipan denda tersebut boleh digunakan untuk duit tabung kelas yang terlibat. Ini bertujuan untuk mengekang masalah tidak membawa buku teks ke sekolah.5. Bagi buku teks yang dirampas:a. Pelajar mestilah berurusan secara terus dengan Guru SPBT untuk mendapatkan semula buku tersebut. Pelajar juga tertakluk

Page 3: Peraturan Pinjaman Buku Teks

kepada peraturan yang dikeluarkan oleh unit SPBT sekolah.b. Tempoh tuntutan barang rampasan hanya 2 minggu sahaja .KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN SEMUA PIHAK AMATLAH DIHARGAI.“ PENJAGAAN DAN KESELAMATAN BUKU TEKS TANGGUNGJAWAB BERSAMA”