peraturan am majlis konvokesyen ke - 5 kolej pertanian malaysia 2010

8

Click here to load reader

Upload: kementerian-pertanian-dan-industri-asas-tani

Post on 26-Jun-2015

122 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Am Majlis Konvokesyen Ke - 5 Kolej Pertanian Malaysia 2010

PERATURAN AM MAJLIS KONVOKESYEN KE – 5

KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA

1. MAKLUMAN

Terlebih dahulu Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan ingin memohon maaf kepada seluruh graduan dan keluarga di atas penangguhan Majlis Konvokesyen yang ke 5 pada 7 November 2010 yang lalu. Penangguhan tersebut adalah dibuat berdasarkan keselamatan semua pihak termasuk para petugas konvokesyen yang disebabkan oleh bencana alam iaitu banjir besar di Negeri Kedah.

2. PENDAHULUAN

Sebagai menghargai kejayaan saudara/ri, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia akan mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-5 yang akan disempurnakan oleh YB. Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mengikut butiran berikut :

Tarikh : 21 Disember 2010 (Selasa) Masa : 8.00 pagiTempat : Dewan Wawasan, Jitra

Kedah Darul Aman.

3. SEMINAR MERINTIS KERJAYA TANI

Sempena Majlis Konvokesyen tersebut, pihak Majlis Latihan Pertanian Malaysia (NATC) akan menganjurkan Seminar Keusahawanan kepada semua graduan SKM dan DKM (graduan DLKM, DPLP, SKM PPT dan DKM PPT adalah DIKECUALIKAN). Butiran seminar adalah seperti berikut:

Tarikh : 19 Disember 2010 (Ahad)Masa : 3.00 petang – 10.30 malamTempat : Dewan Konvensyen

Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

Sehubungan itu, semua graduan terlibat adalah diwajibkan untuk mengikuti seminar tersebut. Hanya graduan yang menghadiri seminar sahaja akan dibenarkan menyertai konvokesyen.

(Sila rujuk LAMPIRAN 1 untuk jadual lengkap seminar.)

4. MAJLIS KONVOKESYEN 1

Page 2: Peraturan Am Majlis Konvokesyen Ke - 5 Kolej Pertanian Malaysia 2010

Bagi memastikan Majlis Konvokesyen yang ke 5 dan juga seminar Keusahawanan berjalan dengan sempurna, para graduan diminta mengambil perhatian tentang panduan berikut:

4.1.Melapor Diri Untuk Majlis Konvokesyen dan Seminar

Para graduan dikendaki membuat pendaftaran seperti maklumat berikut :

Para graduan diingatkan supaya mematuhi masa untuk melapor diri. Kelewatan melapor diri akan menyebabkan graduan tidak dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.

4.2 Penginapan Graduan

2

BIL GRADUAN TARIKH MASA TEMPAT CATATAN

1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

19.12.2010 10.00pg – 12.00tgh

Kolej Pertanian Malaysia, Kampus Induk, Bukit Tangga, Kedah

Lapor Diri Seminar Dan Majlis Konvo

2 Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

19.12.2010 10.00pg – 12.00tgh

Kolej Pertanian Malaysia, Kampus Induk, Bukit Tangga, Kedah

Lapor Diri Seminar Dan Majlis Konvo

3 Sijil Kemahiran Malaysia Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (SKM PPT)

20.12.2010 8.00pg – 9.00pg

Dewan Wawasan,Jitra, Kedah

Lapor Diri Untuk Majlis Konvo

4 Diploma Kemahiran Malaysia Pentauliahan Pencapaiana Terdahulu (DKM PPT)

20.12.2010 8.00pg – 9.00pg

Dewan Wawasan,Jitra, Kedah

Lapor Diri Untuk Majlis Konvo

5 Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

20.12.2010 8.00pg – 9.00pg

Dewan Wawasan,Jitra, Kedah

Lapor Diri Untuk Majlis Konvo

6 Diploma Pengajar Latihan Pertanian - AITT & VTO (DPLP)

20.12.2010 8.00pg – 9.00pg

Dewan Wawasan,Jitra, Kedah

Lapor Diri Untuk Majlis Konvo

Page 3: Peraturan Am Majlis Konvokesyen Ke - 5 Kolej Pertanian Malaysia 2010

Hanya disediakan untuk graduan DKM dan SKM di Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah.

4.3 Majlis Raptai

Majlis Raptai akan diadakan pada 20 Disember 2010 (Isnin), bertempat di Dewan Wawasan jam 9.00 pagi. Sehubungan dengan itu, graduan diingatkan supaya berkumpul di Dewan Wawasan, Jitra pada jam 8.00 pagi. Semua graduan diminta berpakaian formal semasa majlis raptai. Seluar jeans atau sebarang pakaian yang menjolok mata atau jarang adalah tidak dibenarkan sama sekali sepanjang majlis raptai.

Hanya graduan yang hadir pada hari raptai sahaja akan dibenarkan menyertai Konvokesyen. Kedudukan graduan di dalam perbarisan dandi dalam dewan akan ditetapkan pada hari raptai nanti.

(Sila rujuk LAMPIRAN 1 untuk Jadual Raptai)

4.4 Pakaian Graduan

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Lelaki :

- Baju kemeja putih lengan panjang

- Seluar slack hitam

- Kasut kulit berwarna hitam

- Stokin hitam

- Tali leher (disediakan oleh NATC)

- Vest konvokesyen (disediakan oleh

NATC)

Wanita :

- Baju kemeja putih lengan panjang

- Kain hitam (tidak berbelah)

- Kasut kulit berwarna hitam

- Stokin hitam

S ijil Kemahiran Malaysia Pentauliahan

Pencapaian Terdahulu (SKM PPT)

Lelaki :

- Long suit gelap

- Kasut kulit berwarna hitam

- Stokin hitam

- Songkok hitam (tanpa lilitan)

Wanita :

- Baju kurung / Kebaya labuh (tidak

berbelah)

- Kasut bertutup, bertumit berwarna

hitam

3

Page 4: Peraturan Am Majlis Konvokesyen Ke - 5 Kolej Pertanian Malaysia 2010

- Tudung (disediakan oleh NATC)

- Tali leher (disediakan oleh NATC)

- Vest konvokesyen (disediakan oleh

NATC)

Diploma Kemahiran Malaysia

Lelaki :

- Baju kemeja putih lengan panjang

- Seluar slack hitam

- Kasut kulit berwarna hitam

- Stokin hitam

- Tali leher (tidak disediakan)

- Songkok hitam (tanpa lilitan)

-Jubah konvokesyen (disediakan oleh

NATC)

Wanita :

- Baju kurung / Kebaya labuh (tidak

berbelah)

- Tudung putih

- Kasut bertutup, bertumit dan

berwarna hitam

- Jubah konvokesyen (disediakan oleh

NATC)

Diploma Kemahiran Malaysia

Pentauliahan Pencapaian Terdahulu

DKM PPT

Lelaki :

- Long suit gelap

- Kasut kulit berwarna hitam

- Stokin hitam

- Songkok hitam (tanpa lilitan)

- Jubah konvokesyen (disediakan oleh

NATC)

Wanita :

- Baju kurung / Kebaya labuh (tidak

berbelah)

- Kasut bertutup, bertumit berwarna

hitam

- Jubah konvokesyen (disediakan oleh

NATC)

4

Page 5: Peraturan Am Majlis Konvokesyen Ke - 5 Kolej Pertanian Malaysia 2010

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

Lelaki :

- Long suit gelap

- Kasut kulit berwarna hitam

- Stokin hitam

- Morta Board (disediakan oleh NATC)

-Jubah konvokesyen(disediakan oleh

NATC)

Wanita :

- Baju kurung / Kebaya labuh(tidak

berbelah)

- Kasut kulit berwarna hitam

- Morta Board (disediakan oleh NATC)

- Jubah konvokesyen(disediakan oleh

NATC)

Diploma Penga jar Latihan Pertanian

(VTO Dan AITT (Sijil) )

Lelaki :

- Long suit gelap

- Kasut kulit berwarna hitam

- Stokin hitam

- Songkok hitam (tanpa lilitan)

Wanita :

- Baju kurung / Kebaya labuh (tidak

berbelah)

- Kasut bertutup, bertumit berwarna

hitam

Diploma Pengajar Latihan Pertanian

(AITT (Diploma) )

Lelaki :

- Long suit gelap

- Kasut kulit berwarna hitam

- Stokin hitam

- Songkok hitam (tanpa lilitan)

- Jubah konvokesyen (disediakan oleh

NATC)

Wanita :

- Baju kurung / Kebaya labuh (tidak

berbelah)

- Tudung putih

- Kasut kulit berwarna hitam

- Jubah konvokesyen (disediakan oleh

NATC)

5

Page 6: Peraturan Am Majlis Konvokesyen Ke - 5 Kolej Pertanian Malaysia 2010

PERHATIAN : GRADUAN TIDAK DIBENARKAN BERPAKAIAN YANG MENJOLOK MATA@JARANG

4.5 Jubah dan Vest Konvokesyen

Graduan dikehendaki memakai Jubah (Graduan Diploma / Diploma Lanjutan / Diploma Pengajar Pertanian) dan Vest (Graduan Sijil) yang disediakan oleh pihak NATC.

4.6 Folder Sijil

Folder sijil untuk menyimpan Skrol Akademik akan diberikan pada hari konvokesyen.

4.7 Gambar Konvoksyen

Gambar khas setiap graduan ketika menerima sijil / diploma akan diuruskan oleh jurufoto yang dilantik oleh pihak kolej.

4.8 Kad Jemputan Waris

Kad Jemputan Waris telah diedarkan sebelum ini. Kanak–kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Seorang graduan hanya dibenarkan membawa dua orang waris sahaja. Hanya waris yang membawa kad jemputan sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan.

5.0 PANDUAN AM

• Para graduan diingatkan supaya mematuhi masa untuk melapor diri. Kelewatan melapor diri akan menyebabkan graduan tidak dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.

• Kerjasama para graduan, ibu bapa dan tetamu amat diperlukan supaya TIDAK MEMBAWA masuk telefon bimbit, alat keluli, kamera serta perakam video ke dalam dewan konvokesyen.

• Majlis konvokesyen akan disempurnakan oleh YB. Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia.

• Kepada graduan yang menerima sijil / diploma daripada YB. Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia:

6

Page 7: Peraturan Am Majlis Konvokesyen Ke - 5 Kolej Pertanian Malaysia 2010

Apabila tiba giliran di atas pentas, para graduan diminta berjalan terus ke arah Menteri Pertanian, tunduk sebagai tanda hormat, menerima skrol dengan kedua belah tangan dan beri ucapan;

“ TERIMA KASIH YANG BERHORMAT DATO’ ”

PERHATIAN : PARA GRADUAN TIDAK DIBENARKAN KELUAR DEWAN SEHINGGA SELESAI UPACARA KONVOKESYEN.

6.0 TETAMU GRADUAN

• Kad Jemputan ibu bapa / tetamu graduan.

Setiap graduan akan diberi satu (1) kad jemputan untuk dua (2) orang tetamu (termasuk ibu bapa) bagi menghadiri Majlis Konvokesyen. Ibu bapa / tetamu yang tidak membawa dan mempamerkan kad jemputan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Ibu bapa / tetamu graduan dikehendaki masuk ke dewan antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi.

• Tempat letak kenderaan graduan, ibu bapa / tetamu graduan.

Sila patuhi arahan keselamatan daripada pegawai–pegawai keselamatan yang bertugas bagi melicinkan urusan letak kereta graduan / tetamu graduan / ibu bapa.

• Pakaian Ibu bapa / Tetamu Graduan.

Pakaian Lelaki :Long Suit Gelap / Kemeja / Baju Batik

Pakaian Perempuan :Baju kurung / Kebaya Labuh

SELUAR JEANS DAN KEMEJA-T TANPA KOLAR TIDAK DIBENARKAN

Perhatian :

TETAMU GRADUAN ADALAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI PANDUAN BERPAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MEMUDAHKAN URUSAN MASUK KE DEWAN KONVOKESYEN

7

Page 8: Peraturan Am Majlis Konvokesyen Ke - 5 Kolej Pertanian Malaysia 2010

PENTING : KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 12 TAHUN TIDAK DIBENARKAN MASUK KE DALAM DEWAN SEPANJANG MAJLIS KONVOKESYEN DIADAKAN.

8