peraturan

6
BATU SEREMBAN PERATURAN BATU SEREMBAN 1.1 PESERTA 1.1.1 3 peserta perempuan bagi setiap negeri. 1.2 PERTANDINGAN 1.2.1 Perlawanan melibatkan sepuluh ( 10 ) bunga. 1.2.2 Bunga-bunga yang perlu diselesaikan oleh setiap peserta adalah seperti berikut :- 1.2.2.1 Bunga satu, satu, kanan 1.2.2.2 Bunga dua, dua, kanan 1.2.2.3 Bunga tiga, tiga, kanan 1.2.2.4 Bunga satu, satu, kiri 1.2.2.5 Bunga dua, dua, kiri 1.2.2.6 Bunga tiga, tiga, kiri 1.2.2.7 Bunga mengumpul satu-satu di tangan kiri atau sebaliknya 1.2.2.8 Bunga mengumpul dua-dua di tangan kiri atau sebaliknya

Upload: selvasangeetha-selvarajan

Post on 12-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: peraturan

BATU SEREMBAN

PERATURAN BATU SEREMBAN

1.1 PESERTA

1.1.1  3 peserta perempuan bagi setiap negeri.

1.2 PERTANDINGAN

1.2.1 Perlawanan melibatkan sepuluh ( 10 ) bunga.

1.2.2 Bunga-bunga yang perlu diselesaikan oleh setiap peserta adalah seperti berikut :-

1.2.2.1   Bunga satu, satu, kanan

1.2.2.2 Bunga dua, dua, kanan

1.2.2.3 Bunga tiga, tiga, kanan

1.2.2.4 Bunga satu, satu, kiri

1.2.2.5 Bunga dua, dua, kiri

1.2.2.6 Bunga tiga, tiga, kiri

1.2.2.7 Bunga mengumpul satu-satu di tangan kiri atau sebaliknya

1.2.2.8 Bunga mengumpul dua-dua di tangan kiri atau sebaliknya

1.2.2.9 Bunga mengumpul tiga-tiga di tangan kiri atau sebaliknya

1.2.2.10 Bunga ‘gua’

Page 2: peraturan

1.3  CARA PERMAINAN

1.3.1 Bunga satu, satu, kanan

Peserta hendaklah melambung sebiji cakak ( pundi ), mengambil sebiji cakak di bawah

dan disambut semula cakak yang dilambung bersamasama cakak yang diambil dengan

menggunakan tangan kanan.  Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak

dan kira bilangan cakak yang dapat disambut.

1.3.2 Bunga dua, dua, kanan

Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil dua cakak di bawah dan

disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan

menggunakan tangan kanan. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan

kira bilangan cakak  yang dapat disambut.

1.3.3 Bunga tiga, tiga, kanan

Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil tiga cakak di bawah dan

disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan

menggunakan tangan kanan. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan

kira bilangan cakak yang dapat disambut.

1.3.4 Bunga satu, satu, kiri

Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil satu cakak di bawah dan

disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan

menggunakan tangan kiri. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan

kira bilangan cakak yang dapat disambut.

1.3.5 Bunga dua, dua, kiri

Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil dua cakak di bawah dan

disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan

menggunakan tangan kiri. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan

kira bilangan cakak yang dapat disambut.

1.3.6 Bunga tiga, tiga, kiri

Page 3: peraturan

Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, mengambil tiga cakak di bawah dan

disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan

menggunakan tangan kiri. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan

kira bilangan cakak yang dapat disambut.

Bunga mengumpul satu-satu di tangan kiri atau sebaliknya Peserta hendaklah

melambung sebiji cakak, ambil sebiji cakak di bawah, letak di tangan kiri atau

sebaliknya. Ambil cakak sehingga  habis. Sebiji cakak yang lebih hendaklah dilambung

dan disambut dengan tangan yang telah berisi dengan enam biji cakak tadi. Timbang

dengan tangan yang berisi dengan cakak. Bunga mengumpul dua-dua di tangan kiri

atau sebaliknya Peserta hendaklah melambung sebiji cakak, ambil dua biji  cakak di

bawah, letak di tangan kiri atau sebaliknya. Ambil cakak sehingga habis. Sebiji cakak

yang lebih hendaklah dilambung dan disambut dengan tangan yang telah berisi dengan

enam biji cakak tadi. Timbang dengan tangan yang berisi dengan cakak.

Bunga mengumpul tiga di tangan kiri atau sebaliknya Peserta hendaklah melambung

sebiji cakak, ambil tiga biji cakak di bawah, letak di tangan kiri atau sebaliknya. Ambil

cakak sehingga habis. Sebiji cakak yang lebih hendaklah dilambung dan disambut

dengan tangan yang telah berisi dengan enam biji cakak tadi. Timbang dengan tangan

yang berisi dengan cakak.

1.3.10 Bunga ‘gua’

Peserta hendaklah melambung sebiji cakak dan tolak keenam-enam biji cakak ke

bawah tapak tangan kiri atau sebaliknya sambil menyambut cakak dengan tangan yang

melambung. Angkat keenam-enam biji cakak, lambung sebiji cakak dan sambut dengan

tangan yang berisi enam biji cakak tadi. Kemudian timbang dengan tangan yang berisi

dengan cakak.

2.     UNDANG-UNDANG PERMAINAN

2.1 PERMAINAN / PERLAWANAN

2.1.1 Permainan / perlawanan yang berlangsung bergantung kepada bilangan pengadil

yang          terlibat di dalam pertandingan sama ada diadili secara individu ( seorang

pengadil seorang peserta ), berpasangan / berkelompok ( seorang pengadil dua @ tiga

orang  peserta ).

2.1.2 Setiap perlawanan dijalankan secara serentak.

Page 4: peraturan

2.1.3 Semasa menimbang :-

2.1.3.1  buah yang berjaya disambut sahaja akan dikira mata.

2.1.3.2  sekiranya buah yang disambut tercicir, timbangan  dikira batal  dan

hendaklah

meneruskan dengan bunga yang berikutnya.

2.2.4 Kemenangan dikira apabila pesera mengumpul timbangan terbanyak.

2.2.5 Kemenangan dasar dikira apabila ketiga-tiga peserta mengumpul mata terbanyak.

2.2.6 Sekiranya seri, timbangan sebanyak lima ( 5 ) kali dijalankan oleh peserta-peserta

yang

          terlibat.

2.3  PENGADILAN

2.3.1 Setiap perlawanan akan diadili oleh seorang pengadil.

2.3.2 Semasa bermain, pengadil berhak menegur pemain-pemain yang tidak mematuhi

undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

2.3.3 Pengadil akan memaklumkan kemenangan di akhir perlawanan.

2.3.4 Keputusan pengadil adalah muktamad.

2.4 LARANGAN

2.4.1 Peserta tidak dibenarkan menyentuh cakak-cakak yang tidak berkenaan semasa

permainan dijalankan. Sekiranya tersentuh, bunga berkenaan dikira batal dan tidak

boleh menimbang cakak. Hendaklah diteruskan dengan bunga yang seterusnya.

2.4.2 Sekiranya peserta gagal menyambut cakak semasa permainan dijalankan, bunga

tersebut dikira batal, tidak boleh menimbang dan mesti meneruskan dengan bunga

yang berikutnya.