peranan wanita dalam institu keluarga

18
Peranan wanita dalam Institut keluarga

Upload: norazlinarahman

Post on 20-Nov-2015

295 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kl

TRANSCRIPT

Peranan wanita dalam Institu keluarga

Peranan wanita dalam Institut keluarga

HAK DAN KEWAJIPAN ISTERI

Hak isteri dalam keluarga:

Mendapat nafkah zahir dan batin daripada suami yang secukupnya agar hubungan yang harmonis dapat diwujudkan dengan suasana keseimbangan dan kesederhanaan.

Memperoleh perlindungan pakaian, tempat tinggal, jaminan keselamatan daripada suami agar dapat melaksanakan amanahnya dengan sebaik-baik mungkin.

Mendapat panduan nasihat yang baik daripada suami sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab dan berjiwa kasih sayang

Dirahsiakan kecacatan isteri agar orang luar tiada mengetahui keaiban keluarga sendiri. Sikap memaafkan kelemahan isteri adalah perkara yang baik dalam menjamin kesejahteraan keluarga.

Suami wajar mengasihi keluarga isteri

Kewajipan isteri:

Hendaknya isteri menyedari bahawa kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita. (An-Nisa:34)Hendaknya kamu menyedari bahawa hak(kedudukan) suami adalah setingkat lebih tinggi daripada isteri(Al-Baqarah:228)Isteri wajib mentaati suaminya selagi bukan kemaksiatan((An-Nisa:39)

Antara kewajipan isteri terhadap suami adalah:

Menjaga kehormatan diri dan mentaati suami

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:Maka para wanita yang baik itu yang berlaku taat dan memelihara diri ketika suami ketiadaan di rumah sebagaimana Allah memeliharanya.(Surah an-Nisa: 34)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Seorang isteri yang bersolat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadan dan memeliharakan kemaluan dan berlaku taat kepada suaminya pasti masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dia suka daripada pintu-pintu syurga.(HR. Ahmad dan Tabarani)Tidak keluar rumah kecuali dengan keizinan suami Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Mana-mana isteri yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya adalah dia dalam kemurkaan Allah Taala hinggalah dia balik ke rumah suaminya semula dan diredai suaminya.(HR. al-Khatib)

Hormat dan patuh kepada suami dalam batas-batas tidak menyimpang dari ajaran Islam

Menyenangkan dan berbakti kepada suami dengan tulus ikhlas, seboleh-bolehnya selalu bermuka jenih dan manis.

Memelihara dan mendidik anak sebagai amanat Allah dan nikmatNya yang tak ternilai.

Mengurus rumah tangga dan menjadikan rumah tangga bahagia dunia akhirat.

Peranan anak lelaki dalam keluargaSebagai anak lelaki, banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.Walaubagaimanapun telah memiliki keluarganya sendiri, tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.Dalam Hadis Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :

Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?Jawab Nabi Ibu kamuSelepas itu?-Ibu kamuSelepas itu?-Ibu kamuKali ke 4 lelaki itu bertanya, Selepas itu?Jawab Nabi Ayah kamu

Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata,

Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu.Jawab Umar r.a., Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu.

Menghormati dan mengasihi kedua ibu bapa.

Mentaati perintah ibubapa dan tidak menderhaka .

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Peranan wanita membina ummahWanita merupakan makhluk Allah yang punyai keistemewaan tersendiri sehingga terdapat satu surah di dalam al-quran yang di namakan surah an-nisa yang menceritakan tentang perihal wanita dan hak-haknya.

Wanita yang di kenali sebagai hawa mempunyai peranannya yang tersendiri untuk memajukan dirinya dan di dalam al-quran juga telah menjelaskan bahawa wanita adalah satu unsur yang turut bergiat dalam membangunkan dan membentuk masyarakat serta menjaga keutuhan dan kesejahteraan ummah.

Peranan wanita dalam keluarga:peranan yang dimainkan oleh kaum ibu yang bergelar wanita adalah penting agar pembangunan dan kemakmuran negara dapat di majukan dengan baik tanpa mengorbankan pembangunan institusi keluarga.

Ini kerana sekiranya diperhatikan dalam institusi keluarga, kaum ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan generasi yang berpekerti mulia banyak terletak ditangan mereka

Peranan wanita sebagai ibu bukanlah menjaga makan minum, kesihatan, dan keselesaan anak-anak sahaja, tetapi berperanan untuk mendidik,mengasuh dan membimbing anak-anak

Kesan daripada didikan tersebut,memberikan manfaat kepada diri, keluarga dan negara.

Peranan wanita dalam masyarakat:Berperanan melibatkan diri dalam bidang sosial dan mempersiapkan diri dengan ilmu yang bukan tertumpu kepada ilmu undang-undang sahaja tetapi juga ilmu syariah.

Ilmu tersebut akan membawa kepada keimanan dan akhirnya melahirkan amalan-amalan yang baik bagi membentuk sebuah masyarakat madani

Ini merupakan pemangkin bagi penghijrahan bagi kaum wanita agar berjaya memikul tanggungjawab ini dalam membentuk sebuah masyarakat yang berketrampilan dan bukannya membentuk sebuah masyarakat yang ekstrim

untuk menampilkan imej wanita sebagai berketerampilan selain memiliki ilmu, wanita juga hendaklah memiliki sifat ketakwaan

Melalui ilmu, seorang wanita mampu mempertingkatkan kualiti diri sebagai wanita mithali yang dapat menyumbangkan ke arah pembangunan negara.

Kegigihan wanita

Al-Quran telah merakamkan banyak perjuangan wanita-wanita Islam.

Contohnya perjuangan Siti Sarah, seorang wanita yang gigih dalam mengharungi perjuangan menegakkan tauhid dan kebenaran bersama-sama suaminya, Nabi Ibrahim a.s. Seluruh kudrat wanitanya telah dicurahkan untuk perjuangan tersebut.

Siti Sarah telah melahirkan Nabi Ishak yang seterusnya mewarisi perjuangan Nabi Ibrahim untuk menegakkan tauhid dan akidah ynag sahih.

Bangunlah tamadun besar selepasnya yang berlatarkan kegigihan wanita unggul Siti Sarah

Isteri Nabi Ibrahim yang kedua, Siti Hajar juga telah banyak berkorban demi Islam.

Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menghantar Siti Hajar dan anaknya ke Lembah Bakkah yang kering kontang.

Siti Hajar telah berjuang demi memastikan anaknya dapat meneruskan hidup. Allah telah memberkati Siti Hajar dengan air zam-zam yang tidak pernah kering.

Jika Siti Sarah dan Siti Hajar telah membuktikan wanita berupaya menegakkan perjuangan dalam keadaan daif dari segi kuasa dan kebendaan

Keperibadian wanita IslamWanita Islam terhadap Tuhannya:

Mendirikan solat lima waktu dan solat-solat sunatMenunaikan zakat Berpuasa di bulan Ramadhan serta berpuasa sunatMenunaikan ibadah haji ke BaitullahSentiasa mentaati perintah TuhanTidak berjabat tangan dengan laki-laki yang bukan mahramnyaSenantiasa redha terhadap qadha dan qadar Allah

Wanita Islam terhadap dirinya sendiri:Aspek aqliyah:Sentiasa memelihara akalnya dengan ilmuJauh dari khurafatTidak pernah berhenti membaca

Aspek jasmani:Seimbang dan pertengahan dalam makan dan minumRutin berolahragaBersih badan dan pakaiannyaSenantiasa menjaga kesehatan mulut dan giginya

Wanita Islam terhadap kedua orang tuanya:Berbakti kepada kedua orang tuanyaMenyedari kemampuan kedua orang tuanya dan mengetahui kewajibannya kepada mereka berduaSenantiasa bersikap baik dengan kedua orang tuanya walaupun mereka tidak beragama Islam Sangat takut untuk menderhakai kedua orang tuanya

Wanita Islam terhadap suaminya:Taat dan berbakti kepada suaminyaBerbakti kepada ibu mertuanya dan memuliakan keluarga suaminyaTidak membocorkan rahsia suaminyaMendorong suaminya untuk gemar berinfaq di jalan AllahMembantu suaminya untuk taat kepada AllahSenantiasa berusaha untuk menyenangkan suaminyaBerhias dan mempercantik diri untuk suaminyaBersikap lembut dan pandai berterima kasih kepada suaminyaMenundukkan pandangannya dari selain suaminya

Kerjaya wanita masa kiniIslam tidak menghalang wanita untuk melakukan pekerjaan di luar rumah sekiranya ia merupakan keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Malahan Islam menganggap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita atau lelaki merupakan suatu ibadah selagi dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tidak terkeluar dari landasan dan peraturan Islam.

Bidang kerjaya wanita adalah dalam bidang pendidikan, kesihatan kecantikan, fesyen, peragaan, perkhidmatan, perkeranian dan lain-lain bidang yang kurang berisiko. Ini selari dengan sifat wanita yang teliti, penyayang, tekun, penyabar dan sikap positif.

Faktor pertama yang menyebabkan wanita bekerja ialah pendidikan yang mereka miliki dan keinginan untuk mahu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada secara menyeluruh

Perubahan sosial dan keperluan ekonomi yang tinggi juga merupakan antara faktor wanita keluar bekerja kerana tuntutan ini memerlukan mereka membantu suami untuk membentuk keluarga yang bahagia dan selesa serta meringankan beban suami

Walau apa sekalipun faktor yang menjuruskan wanita, isteri dan ibu keluar bekerja, tanggungjawab dan pembahagian masa antara keluarga dan kerjaya perlulah seiringan agar tidak mengabaikan mana-mana pihak.