peranan ibu bapa dan guru dalam mempertingkatkan tahap bacaan kanak-kanak prasekolah

13
[email protected] Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak “Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005 PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH Zainiah Mohamed Isa Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. [email protected] Abstrak Membaca merupakan satu tumpuan utama dalam komponen kurikulum prasekolah. Oleh kerana membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak kini didapati banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan membaca dan perkaedahan membaca bagi kanak-kanak prasekolah. Walaupun kebanyakan kajian menumpukan kepada perkaedahan membaca tetapi kajian mengenai faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi tahap bacaan kanak- kanak masih kurang. Oleh yang demikian pengkaji telah menjalankan kajian untuk melihat perhubungan di antara peranan ibu bapa dan guru dengan tahap bacaan kanak-kanak prasekolah. Di antara faktor-faktor yang dianalisis adalah latar belakang ibu bapa, bahan bacaan di rumah dan juga di sekolah, peranan ibu bapa membaca buku di rumah serta peranan guru dalam aktiviti bercerita di bilik darjah.

Upload: zainiahmohamedisa

Post on 03-Jul-2015

4.981 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK  PRASEKOLAH

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Zainiah Mohamed Isa

Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[email protected]

Abstrak

Membaca merupakan satu tumpuan utama dalam komponen kurikulum prasekolah. Oleh kerana membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak kini didapati banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan membaca dan perkaedahan membaca bagi kanak-kanak prasekolah. Walaupun kebanyakan kajian menumpukan kepada perkaedahan membaca tetapi kajian mengenai faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak masih kurang. Oleh yang demikian pengkaji telah menjalankan kajian untuk melihat perhubungan di antara peranan ibu bapa dan guru dengan tahap bacaan kanak-kanak prasekolah. Di antara faktor-faktor yang dianalisis adalah latar belakang ibu bapa, bahan bacaan di rumah dan juga di sekolah, peranan ibu bapa membaca buku di rumah serta peranan guru dalam aktiviti bercerita di bilik darjah.

Page 2: PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK  PRASEKOLAH

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

1. Pengenalan

1.1 PendahuluanBidang bacaan awal sentiasa menjadi tumpuan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini kerana kemahiran ini perlu didedahkan sejak lahir lagi. Menurut Greenberg (1990) dalam Ramlah dan Mahani (2002) menyarankan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan kepada kesusasteraan dan bahasa di peringkat awal perkembangan lagi. Keadaan yang sama telah dijelaskan oleh Tatat (1998) dalam Ramlah dan Mahani (2002), iaitu melalui pendedahan kemahiran membaca di peringkat awal dapat membantu rasa ingin tahu kanak-kanak, membentuk sikap positif terhadap membaca serta menimbulkan rasa seronok.

Oleh itu untuk menyemaikan pembacaan di peringkat awal ini memerlukan penglibatan dari insan yang rapat dengan kanak-kanak, iaitu ibu bapa dan guru. Ini kerana kanak-kanak di usia ini perlu belajar dalam persekitaran yang baik dan memerlukan sokongan orang dewasa. Di sini peranan guru dan ibu bapa amat penting dalam menyediakan persekitaran yang kondusif terhadap pembelajaran dan juga melalui interaksi yang positif. Bagi peranan guru, Frost (2000) melihat membaca sebagai sosio kognitif di mana guru berperanan sebagai penyokong bagi usaha kanak-kanak membina pengetahuan. Guru juga akan menunjuk ajar kanak-kanak mengikut cara yang guru fikirkan sesuai untuk kanak-kanak.

Begitu juga ibu bapa turut memainkan peranan penting di mana banyak kajian yang menunjukkan bahawa pengetahuan kanak-kanak terhadap pembacaan telah ada sebelum mereka memasuki alam persekolahan lagi. (Marie Clay, 1967). Ibu bapa haruslah memastikan perbualan sering berlaku dan selalu membacakan buku cerita kepada kanak-kanak. Dengan adanya kesediaan bahasa tersebut, mudahlah proses bacaan didedahkan dan dijalankan di sekolah. Menurut IRA (1998) juga, pengalaman kanak-kanak sejak lahir akan mempengaruhi tahap pencapaian literasi kanak-kanak. Kegagalan membekalkan pengalaman literasi sebelum kanak-kanak menjejakkan kaki ke alam persekolahan akan mempengaruhi tahap literasi mereka kelak.

Oleh itu guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatur persekitaran dan menyediakan bahan serta melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan bagi membantu kanak-kanak memperkembangkan bahasa dan kemahiran membaca mereka.

Metodologi Kajian

Secara umumnya matlamat kajian ini adalah untuk melihat apakah faktor-faktor yang dapat mempengaruhi tahap bacaan. Oleh itu objektif khusus kajian ini ialah;

i. Melihat perkaitan antara latarbelakang ibu bapa dengan tahap bacaan kanak-kanak prasekolah.

ii. Melihat perkaitan bahan bacaan di rumah dan di sekolah dalam mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak prasekolah.

iii. Melihat perkaitan di antara peranan ibu bapa membacakan buku kepada kanak-kanak dengan tahap pembacaan kanak-kanak prasekolah.

iv. Melihat perkaitan antara aktiviti bercerita di bilik darjah dengan tahap pembacaan kanak-kanak prasekolah.

Page 3: PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK  PRASEKOLAH

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang melibatkan 112 orang kanak-kanak prasekolah kerajaan di seluruh Malaysia seperti Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Sekolah-sekolah ini dipilih berdasarkan sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal guru-guru pelatih yang ditugaskan untuk membuat Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Setiap guru pelatih diminta memilih secara rawak 3 orang kanak-kanak untuk ditemuduga berdasarkan borang soal selidik yang disediakan. Sebanyak 30 buah sekolah telah dijadikan sebagai tempat kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS). Analisis data menggunakan ujian Khi Kuasa Dua bagi menguji perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah dalam kajian (Gravetter dan Wallnau,1996).

Sementara itu tahap bacaan pula diukur berdasarkan konsep penampilan literasi Marie Clay dalam Sulzby (1985) yang menyatakan “Perlakuan menulis dan membaca kanak-kanak yang mula timbul dan berkembang kepada kebolehan membaca dan menulis yang biasa”. Oleh itu pendapat yang menyatakan bahawa tidak boleh mengajar membaca terlalu awal kerana kanak-kanak belum bersedia adalah tidak tepat. Ini kerana menurut teori ‘emergent literasi’ kanak-kanak melalui tiga peringkat pembacaan semasa di peringkat awal persekolahan.

a. Penampilan pembaca (Emergent reader)Peringkat pertama ialah tahap penampilan pembaca di mana kanak-kanak melakukan

perlakuan-perlakuan membaca. Mereka membacakan berulang-ulang buku yang sama atau meneliti buku yang baru. Mereka mengingati cerita dan menggunakan gambar sebagai tanda atau isyarat untuk membantu pembacaan. Kanak-kanak sedar tentang peranan tulisan sebagai pencerita dan bukannya gambar. Mereka mula menunding kepada perkataan yang biasa mereka lihat dan mencari perkataan yang mereka kenali seterusnya. Apabila kanak-kanak mula memadankan cerita di dalam ingatannya dengan perkataan-perkataan di setiap muka surat, mereka telah mula masuk ke peringkat kedua iaitu peringkat pembaca awal.

b. Pembaca awal (Early Reader) Pada peringkat ke dua ini iaitu tahap pembaca awal, kanak-kanak membaca dengan kuat,

tetapi bacaan lambat dan berhati-hati memadankan apa yang dikatakan dengan perkataan di muka surat. Selalunya mereka akan menunding perkataan tersebut sambil menyebut dengan kuat. Mereka masih bergantung kepada daya ingatan mereka terhadap teks tersebut dan gambar masih memainkan peranan penting tetapi mereka sudah menggunakan fonem, makna perkataan, susunan kata dalam ayat dan mengenal tanda dalam teks. Mereka berasa berjaya menjadi pembaca dan mereka sering membuat pembetulan diri semasa membaca. Akhirnya kanak-kanak akan tiba ke peringkat pembaca mahir.

c. Pembaca mahir (Fluent reader)Di peringkat ke tiga ini ialah peringkat pembaca mahir di mana kanak-kanak telah boleh

membaca. Mereka biasanya membaca dengan senyap dan bacaan mereka adalah sepontan kecuali apabila mereka terjumpa perkataan yang sukar. Mereka akan menggunakan fonem, makna perkataan, susunan kata dalam ayat untuk meneka perkataan tersebut dan meneruskan pembacaan. Mereka banyak membaca dan jika mereka seronok membaca, tabiat ini akan menjadi minat mereka sepanjang hayat.

Oleh itu jelaslah teori penampilan literasi menepati peringkat perkembangan awal kanak-kanak yang bukanlah bermula dengan kosong tetapi mempunyai pengetahuan sedia ada dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Pengkaji memilih teori ini kerana teori ini dapat

Page 4: PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK  PRASEKOLAH

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

membahagikan tahap pembacaan kepada tiga peringkat yang kriteria bagi setiap tahap adalah jelas dan bersesuaian dengan perkembangan bacaan awal kanak-kanak. Ianya juga mudah digunakan secara pratikal dalam amalan pengajaran pembacaan awal kanak-kanak seharian oleh guru-guru tanpa perlu merujuk formula-formula tertentu. Tahap perkembangannya dapat diterima secara logik kerana ianya berkembang tahap demi tahap, bermula sebelum kanak-kanak ada kemahiran membaca dan menulis lagi, menjurus kepada permulaan mengenal konsep membaca, melalui proses membaca yang merangkak-rangkak dan akhirnya ke tahap menguasai bacaan dengan lancar.

Dapatan dan Perbincangan

1. Latar belakang ibu bapa

Peranan ibu bapa turut diberikan perhatian sebagai salah satu faktor bagi mempertingkatkan tahap pembacaan kanak-kanak. Melalui kajian yang dibuat oleh Vukelish (1977), Criscuolo (1974), dan Woods (1974) dalam Khadijah Rohani (1989) dalam Koh Boh Boon (1989), menyarankan bahawa ibu bapa yang berpengetahuan cukup dan menunjukkan minat terhadap pembacaan dapat menolong mengembangkan kemahiran-kemahiran prabacaan yang sangat penting dalam proses pembelajaran seterusnya. Mereka mendapati bahawa faktor-faktor seperti taraf pendidikan ibu bapa dan pendapatan ibu bapa memberi kesan terhadap perkembangan kemahiran pembacaan kanak-kanak.

1.1 Pendidikan Ibu Bapa

Dalam kajian yang dijalankan ini analisis dilakukan untuk melihat perhubungan yang wujud di antara tahap pembacaan dengan taraf pendidikan ibu bapa telah dijalankan dan didapati berjaya menolak nol hipothesis di mana terdapat perhubungan yang signifikan x²(4, n=112)=14.564, p=.006.

Jadual 1Tahap bacaan dan pendidikan ibu bapa

Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

KolejAtau Universiti

Jumlah

Emergent 583.3%

5367.1%

1037.0%

6860.7%

Early 116.7%

2127.3%

1344.8.1%

3531.3%

Page 5: PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK  PRASEKOLAH

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Fluent 339.3%

620.7%

98.0%

Jumlah 6100%

77100%

29100%

112100%

Ujian Khi Kuasa Dua Likelihood Ratio nilai x² (4, n=112)=14.564,p= 0.006

Ini bertepatan dengan kajian yang telah dibuat oleh Vukelish (1977), Criscuolo (1974), dan Woods (1974) dalam Khadijah Rohani dalam Koh Boh Boon (1989), menyarankan bahawa ibu bapa yang berpengetahuan cukup dan menunjukkan minat terhadap pembacaan dapat menolong mengembangkan kemahiran-kemahiran prabacaan yang sangat penting dalam proses pembelajaran seterusnya. Oleh itu jelaslah pendidikan ibu bapa turut memberikan kesan terhadap tahap pembacaan kanak-kanak kerana lebih tinggi taraf pendidikan ibu bapa maka lebih tinggilah kesedaran mereka tentang pentingnya membaca dan mereka akan lebih berminat terhadap buku-buku kanak-kanak.

1.2 Jumlah Pendapatan Ibu Bapa

Analisis menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap bacaan kanak-kanak dan jumlah pendapatan ibubapa. Ujian Khi Kuasa Dua Likelihood Ratio telah berjaya menolak nol hipotesis dan didapati terdapat perhubungan yang signifikan pada x²(8, n=112)=20.392,p= 0.009

Jadual 2Tahap Bacaan dan Jumlah Pendapatan

Tahap < 500 500-1000 1000-1500 >1500 NA JumlahEmergent 16

72.7%2379.3%

1758.6%

1033.3%

2100%

6860.7%

Early 627.3%

517.2%

931.0%

1550.0%

3531.3%

Fluent 13.4%

310.3%

516.7%

98.0%

Jumlah 22100%

29100%

29100%

30100%

2100%

112100%

x² (8, n=112)=20.392,p= 0.009

Ini menunjukkan tahap bacaan kanak-kanak adalah lebih tinggi pada ibu bapa yang berpendapatan tinggi berbanding dengan ibu bapa yang berpendapatan rendah. Hasil dapatan ini adalah sama dengan hasil dapatan dalam kajian yang telah dijalankan oleh Vukelish (1977), Criscuolo (1974), dan Woods (1974) dalam Khadijah Rohani dalam Koh Boh Boon (1989), menyarankan bahawa pendapatan ibu bapa dapat menyumbangkan kesan yang positif terhadap bacaan kanak-kanak.

2. Jumlah bahan bacaan

Page 6: PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK  PRASEKOLAH

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Jumlah bahan bacaan memainkan peranan penting dalam mempertinkatkan tahap bacaan. Menurut kajian oleh Morrow & Weinstein (1986) dalam Neuman & Roskos (1997) dalam IRA (1998) telah mendapati bilangan lima buah buku bagi setiap kanak-kanak adalah bilangan paling minimum bagi mewujudkan persekitaran yang kaya dengan cetakan.

Dalam kajian jangka panjang oleh Halle, Kurzt-Costes dan Mahoney (1997) dalam McQuillan dan Au (2001) terhadap 41 orang kanak-kanak Darjah Tiga dari kawasan pinggir bandar telah mendapati bilangan buku di rumah dapat menentukan kemajuan dalam pembacaan, walaupun taraf pendidikan ibu bapa dan tahap pembacaan kanak-kanak sebelumnya dikawal bagi tujuan kajian.

Begitu juga kajian yang dibuat oleh Morrow (1992) dalam Mcquillan & Au (2001) terhadap bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akses kepada buku di dalam bilik darjah dengan cara menambahkan perpustakaan dalam bilik darjah disertai aktiviti kesasteraan yang dibimbing oleh guru telah membawa kepada peningkatan pembacaan serta peningkatan tahap pembacaan kanak-kanak. Ini menunjukkan akses kepada buku boleh mendatangkan kesan yang unik terhadap kemajuan dalam pembacaan.

2.1 Bilangan Buku di Rumah

Analisis melihat terdapat perhubungan yang wujud di antara tahap pembacaan dengan bilangan buku di rumah. Hasil ujian Khi Kuasa Dua Likelihood Ratio didapati berjaya menolak nol hipothesis di mana terdapat perhubungan yang signifikan antara ke dua-dua pembolehubah pada x²(4, n=112)=13.756, p=.008.

Jadual 3Tahap bacaan dan bilangan buku di rumah

1-10 10 ke atas tiada JumlahEmergent 50

55.6%1885.7%

6860.7%

Early 3235.6%

314.3%

3531.3%

Fluent 88.9%

1100%

98.0%

Jumlah 90100%

1100%

21100%

112100%

x²(4, n=112)=13.756, p=.008.Kajian ini juga bersamaan dengan dapatan kajian oleh Halle, Kurzt-Costes dan Mahoney

(1997) dalam McQuillan dan Au (2001) yang mendapati bilangan buku di rumah menentukan kemajuan dalam pembacaan.

2.2 Jumlah Bahan Bacaan di Bilik Darjah

Analisis mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pembacaan dengan jumlah bahan bacaan di bilik darjah. Analisis didapati gagal menolak nol hipotesis di mana, x²(4, n=112)=3.020 p=.554.

Jadual 4

Page 7: PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK  PRASEKOLAH

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Tahap bacaan dan jumlah buku di bilik darjahKurang

100101-300 301-500 Jumlah

Emergent 5363.1%

1555.6%

6860.7%

Early 2428.6%

1037.0%

1100%

3531.3%

Fluent 78.3%

27.4%

98.0%

Jumlah 84100%

27100%

1100%

x²(4, n=112)=3.020 p=.554.

Dapatan dalam kajian ini mendapati tiada perhubungan di antara tahap pembacaan dengan jumlah bacaan di sekolah. Ini mungkin kerana masa untuk kanak kanak meluangkan masa di sudut bacaan kurang dan buku-buku tidak digunakan dengan berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran yang boleh menyebabkan kanak-kanak biasa dengan buku tertentu seterusnya berminat terhadap buku tersebut bagi mendorong mereka untuk memotivasikan diri membaca buku tersebut.

Selain dari itu pembacaan yang diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan bacaan tersebut akan menanamkan minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Morrow (1992) dalam Mcquillan & Au (2001) terhadap bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akses kepada buku di dalam bilik darjah disertai aktiviti kesasteraan yang dibimbing oleh guru telah membawa kepada peningkatan pembacaan serta peningkatan tahap pembacaan kanak-kanak. Jelaslah jumlah buku yang mencukupi di bilik darjah sahaja tidak menjamin tahap pembacaan meningkat, aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan bacaan tersebut perlu diadakan agar dapat menanam minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan tersebut.

3. Membaca bersama ibu bapa

Menurut Neuman, Caperalli & Kee (1998), program membaca bersama keluarga melibatkan aktiviti yang dilakukan bersama-sama di antara ibu bapa dan anak-anak. Mereka meluangkan masa serta suka melakukan aktiviti bersama-sama dan ini seterusnya membawa kepada penglibatan ibu bapa dengan pendidikan anak-anak mereka. Dalam kebanyakan program, aktiviti yang dilakukan bersama-sama keluarga ialah aktiviti membaca dan membincangkan buku bersama-sama.

Dalam kajian Gregory & Morrison (1998) terhadap keluarga yang berpendapatan rendah di United State, ibu bapa kepada tiga kanak-kanak telah dilatih untuk meriba anak-anak untuk dibacakan buku. Buku-buku dibekalkan kepada ibubapa dalam lawatan guru sekali seminggu. Rakaman bagi setiap sesi telah dijalankan selama 14 minggu. Dapatan menunjukkan faktor motivasi terbentuk di mana bagi kanak-kanak yang pertama, kanak-kanak tersebut selalu meminta untuk dibacakan buku pilihannya mereka berbanding dengan menonton televisyen. Semasa kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan patung beruang mainannya, dia akan membacakan buku kepada patung beruang. Dapatan bagi kanak-kanak kedua pula melaporkan ibunya memberitahu yang kanak-kanak tersebut selalu meminta dibacakan buku sebelum tidur

Page 8: PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK  PRASEKOLAH

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

dan ini telah menjadi rutin. Dalam kajian Gregory & Morrison (1998) juga menyatakan ibu bapa melaporkan kanak-kanak amat menyukai buku yang mereka baca bersama-sama dan ibu bapa menyukai masa yang diluangkan membaca bersama dengan anak-anak. Ini menunjukkan membaca bersama memberi kesan yang positif terhadap kanak-kanak dan juga kepada ibu bapa mereka yang melibatkan diri. Oleh itu, jika kanak-kanak kerap dibacakan buku, mereka akan menyukai buku dan pembacaan. Mereka akan lebih bersedia dengan pengajaran pembacaan yang akan dihadapi apabila mereka mula bersekolah kelak

Dalam analisis kajian ini mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pembacaan dengan masa membaca bersama di rumah. Analisa Ujian Khi Kuasa Dua Likelihood Ratio didapati gagal menolak nol hipotesis di mana, x²(2, n=112)=5.217, p=.074.

Jadual 5Tahap bacaan dan masa membaca bersama

Ya Tidak JumlahEmergent 50

58.8%1866.7%

6860.7%

Early 2630.6%

933.3%

3531.3%

Fluent 98.0%

98.0%

Jumlah 85100%

27100%

112100%

x²(2, n=112)=5.217, p=.074.

Dapatan kajian ini menolak pandangan Gregory & Morrison (1998) yang mendapati kesan yang positif terhadap kanak-kanak yang dibacakan buku.

Dalam kajian yang dijalankan ini mendapati kebanyakan kanak-kanak menyatakan yang mereka ada masa membaca bersama di rumah namun tidak menyatakan kekerapan aktiviti tersebut untuk dianggap sebagai rutin. Oleh itu peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan budaya membaca bersama keluarga diterapkan di rumah masing-masing. 4. Faktor kekerapan bercerita dalam bilik darjah

Bercerita sememangnya menjadi satu cara menyampaikan maklumat sejak zaman berzaman. Ianya digemari oleh kanak-kanak sejak dahulu lagi. Menurut Yasin (1989) dalam Koh Boh Boon (1989), kaedah bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang paling sesuai digunakan untuk para pelajar yang baru mempelajari sesuatau bahasa. IRA (1998) juga mencadangkan agar orang dewasa membacakan buku yang berkualiti kepada kanak-kanak setiap hari secara individu ataupun berkumpulan.

Ini kerana melalui dapatan kajian McGee & Richgels (1996) dalam Gregory & Morrison (1998) menunjukkan salah satu faktor penunjuk bagi pencapaian pembacaan murid di sekolah ialah bilangan jam mereka dibacakan buku semasa di prasekolah. Ini disokong oleh Roskos & Neuman (1994), dalam Mc Gee & Richgels (1996), dalam Gregory & Morrison (1998) yang menyatakan dalam ‘setting’ bagi kanak-kanak berisiko, guru dan ibu bapa membaca lantang kepada kanak-kanak untuk memberikan pengalaman pembacaan yang kurang pada kanak-kanak tersebut.

Page 9: PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK  PRASEKOLAH

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Oleh itu bercerita merupakan faktor yang penting dalam bilik darjah pendidikan awal kanak-kanak. Menurut kajian yang lepas ianya memberi kesan terhadap pencapaian pembacaan serta menanam minat suka membaca. Analisis kajian melihat perhubungan yang signifikan di antara tahap pembacaan dengan aktiviti bercerita di sekolah. Ujian Khi Kuasa Dua Likelihood Ratio didapati berjaya menolak nol hipotesis di mana , x²(2, n=112)=11.696, p=.003.

Jadual 6Tahap bacaan dan aktiviti bercerita

Sekali 2-3 kali JumlahEmergent 9

36.0%5967.8%

6860.7%

Early 1560.0%

2023.0%

3531.3%

Fluent 14.0%

89.2%

98.0%

Jumlah 25100%

87100%

112100%

x²(2, n=112)=11.696, p=.003.

Dapatan kajian ini menyokong dapatan Gregory & Morrison (1998) , dan kajian oleh Roskos & Neuman (1994), dalam Mc Gee & Richgels (1996), dalam Gregory & Morrison (1998) yang mendapati bercerita memberikan kesan positif kepada kanak-kanak.

Cadangan dan Kesimpulan

Cadangan yang dikemukakan di sini merujuk kepada pihak guru di bilik darjah, pihak ibu bapa di rumah dan beberapa cadangan lain bagi meningkatkan lagi tahap bacaan kanak-kanak. 1. Ibu bapa

Ibu bapa adalah pendidik pertama kanak-kanak semenjak mereka lahir ke dunia lagi. Mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam mencorakkan perkembangan anak-anak mereka.

Sudah dibuktikan melalui kajian-kajian yang lepas, kanak-kanak yang didedahkan dengan pembacaan di rumah akan lebih bersedia menerima instruksi pengajaran di sekolah kelak dan mereka mempunyai minat terhadap pembacaan. Oleh itu adalah amat perlu bagi ibu bapa membacakan buku kepada anak-anak sebagai rutin harian (seperti sebelum waktu tidur) semenjak anak-anak lahir lagi. Adakan satu masa membaca bersama keluarga di mana setiap ahli keluarga akan melakukan pembacaan masing-masing. Jika semua keluarga boleh ada masa menonton televisyen bersama, tentukan juga ada masa untuk semua ahli keluarga membaca bersama kerana aktiviti membaca adalah amat penting dalam kehidupan semua individu.

Page 10: PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK  PRASEKOLAH

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Ibu bapa juga harus peka terhadap perkara yang menjadi minat anak-anak dan mengadakan bahan baca yang berkaitan dengan minat kanak-kanak tersebut. Selain dari buku cerita dan buku yang memberi pengetahuan, langganlah majalah yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak agar kanak-kanak mengetahui peristiwa-peristiwa semasa di kalangan rakan-rakan sebaya mereka yang berada di tempat lain.

Sediakan sudut mini bacaan di rumah dalam keadaan yang selesa agar ia menjadi tumpuan kanak-kanak. Rak buku yang digunakan biarlah yang boleh dicapai oleh kanak-kanak. Letakkan karpet dan kusyen agar kanak-kanak dapat duduk atau berbaring-baring dengan selesa. Pastikan peredaran udara mencukupi dan pencahayaan cukup terang bagi sudut tersebut. Pastikan kedudukan sudut mini bacaan itu di tempat yang suka dikunjungi oleh kanak-kanak agar ianya selalu mendapat perhatian mereka.

Jika ibu bapa memainkan peranan mereka seperti cadangan-cadangan di atas sudah pasti anak-anak mereka akan mendapat pendedahan awal terhadap bacaan dan bahan bacaan sebagai bekal sebelum melangkah ke sekolah.

2 Guru

Guru prasekolah memainkan peranan penting terhadap perkembangan kanak-kanak. Mereka adalah di antara orang yang paling awal berinteraksi dengan kanak kanak selepas ibu bapa. Oleh itu mereka adalah ’role of model’ yang berupaya mempengaruhi dan membimbing kanak-kanak. Adalah dicadangkan agar guru turut sama menunjukkan minat terhadap pembacaan dengan kerap membacakan buku kepada kanak-kanak sebagai aktiviti harian.

Selain daripada membacakan buku, guru perlu kreatif mengadakan aktiviti-aktiviti lanjutan yang berkaitan dengan buku-buku yang dibaca tersebut bagi memanjangkan lagi perhatian dan minat kanak-kanak terhadap isi kandungan buku tersebut. Dengan adanya minat akan memotivasikan kanak-kanak untuk membaca sendiri buku-buku tersebut berulang-ulang kali.

Oleh itu sebaik-baiknya guru meletakkan buku yang telah dibacakannya di sudut bacaan untuk diakses dengan mudah oleh kanak-kanak setelah mendengar pembacaan tersebut. Adakan beberapa salinan buku tersebut di sudut bacaan agar tidak mendatangkan kekecohan apabila beberapa orang kanak-kanak ingin melihat buku yang sama selepas sesi bacaan oleh guru.

Benarkan kanak-kanak mengunjungi sudut bacaan walaupun tanpa pengawalan guru akan menjadikan mereka lebih bebas membuat pilihan terhadap bahan bacaan mereka, berbincang sesama teman dan meneliti buku yang disukai dengan cara mereka sendiri. Suasana positif ini akan memberi makna kepada kanak-kanak dan juga memberi kesan yang berpanjangan terhadap minat membaca.

Benarkan juga kanak-kanak meminjam buku yang disukainya untuk dibawa pulang dan dibaca bersama ibu bapa di rumah. Ini akan membantu ibu bapa dari segi mengadakan bahan bacaan yang menarik kepada kanak-kanak dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkongsi bersama buku yang disukainya bersama keluarga. Ini akan yang memberi peluang kepada ibu bapa bagi melibatkan diri mereka dengan sesuatu yang menarik bagi kanak-kanak dan ini akan merapatkan lagi hubungan kedua-dua pihak.

3. Lain-lain Pihak

Page 11: PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK  PRASEKOLAH

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Selain daripada ibu bapa dan guru, masyarakat juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan perpustakaan awam bagi setiap kawasan kecil seperti kampung dan daerah. Sediakan pelbagai jenis bahan bacaan untuk dinikmati oleh setiap lapiasan masyarakat sehingga perpustakaan menjadi tepat kunjungan keluarga pada hari cuti am bagi mendapatkan bekalan bacaan masing-masing.

Adakan juga berbagai-bagai aktiviti seperti aktiviti bercerita bagi kanak-kanak dan aktiviti mengarang bagi para remaja serta pelbagai jenis aktiviti yang lain. Jika ini dapat dilakukan masalah sosial seperti lepak dan sebagainya dapat dikurangkan kerana kanak-kanak dan remaja ada aktiviti-aktiviti yang berguna bagi mengisi masa lapang mereka. Ini kerana bagi menjamin kecemerlangan kanak-kanak bukan hanya peranan ibu bapa dan sekolah sahaja. Masyarakat juga turut memainkan peranan penting.

Sebagai kesimpulan diharapkan kajian ini dapat mengingatkan ibu bapa, guru dan masyarakat betapa pentingnya peranan mereka dalam membentuk perkembangan kanak-kanak, terutamanya dalam bidang bacaan. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing sebaik-baiknya, sudah tentu generasi yang akan datang adalah generasi yang bukan sahaja celik huruf tetapi juga generasi yang mengamalkan budaya membaca.

Rujukan

Clay, M.M. (1967). The reading behavior of five-year-old children. A: Research report. New Zealand Journal of Educatioanal Studies, 2, 11-31Fisher, R. (2001). Analysing the role of the teacher in early reading: A lesson for researchers. Teachers and teaching theory and practice, 7(3). 297-313.Frost (2000). ‘Epi’ through ‘Meta’ to mystery. The balance of meaning and skill in early reading instruction. Educational research, 44(2). 125-144.Gravetter, F. & Wallnau L.B. (1996).Statistics for Behavioral Sciences. USA: West Pub.Com.Gregory, L.P. & Morrison, T.G. (1998). Lap reading for young at-risk children: Introducing families to books. Early childhood education, 26(2). 67-77.Guthrie, J.T. & Wingfield, A. (1999). How motivation fits into a science of reading. Scientific studies of reading, 3(3). 199-205.Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.International Reading Association (IRA) and The National Association for Education of Young Children (NAEYC) (1998). Diperolehi 24 November 2003 daripada http:[email protected], J. (2001). Parental involvement in literacy development: Using media texts.

Page 12: PERANAN IBU BAPA DAN GURU DALAM MEMPERTINGKATKAN TAHAP BACAAN KANAK-KANAK  PRASEKOLAH

za

inia

h@

fp

pm

.up

si.

ed

u.m

y

Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dalam Diversiti Sosial”. Universiti Malaya. 22 Februari 2005

Research in reading, 24(3). 266-278.Mcquillan, J. & Au, J. (2001). The effect of print access on reading frequency. Reading psychology, 22. 225-248.Neuman,S.B., Caperelli B.J. & Kee, C.(1998). Literacy Learning, a Family Matter. The Reading

Teacher, Vol 52, No. 3.Nolen, S.B. (2001). Constructing literacy in the kindergarten: Task structure, collaboration & motivation. Cognition & instruction, 19(1). 95-142.Koh Boh Boon (1989). Perspektif-perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.Sidek Mohd Noah (2002). Rekabentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang:Universiti Putra MalaysiaSulzby, E., 1985. “Kindergarteners as writers and readers” dalam M. Farr (Ed). Advancein Writing Research, Vol. 1. Norrwood, NJ:AblexRamlah Jantan & Mahani Razali. (2002). Pelaksanaan pemulihan membaca oleh guru- guru biasa dibeberapa buah sekolah di daerah Batang Padang. Dalam Persidangan antarabangsa bahasa Melayu (m.s. 1-17). Beijing, China.Yorosz, D.J. & Barnett, W.S. (2001). Who reads to young children?: Identifying predictors of family reading activities. Reading psychology, 22. 67-81.