peranan ibu bapa

3
PERANAN IBU BAPA Hubungan Kekeluargaan yang Erat Amat Penting dalam Melahirkan Keluarga Bahagia. Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, istilah 'Rumahku Syurgaku' kian terhakis dalam pemikiran masyarakat. Istilah itu seolah- olah telah hanyut ditelan zaman kerana masyarakat hari ini lebih menumpukan kepada kerjaya dan berlumba-lumba mengejar kemewahan hidup. Kesan daripada itu, institusi keluarga kian rapuh dan berlaku pelbagai pergolakan dalam keluarga. Untuk mengembalikan kegemilangan keluarga, ibu bapa melaksanakan tanggunjawab dengan cemerlang dan perlu bijak menguruskan masa agar hubungan kekeluargaan dapat diperkukuhkan dan dipertautkan kembali. Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mengeratkan hubungan ahli keluarga akan saya huraikan dalam perenggan berikutnya. Antara peranan utama ibu bapa untuk mengeratkan hubungan ahli keluarga ialah dengan memperuntukkan masa bersama-sama ahli kelurga. Jika ibu bapa dapat menjadualkan masa untuk bersama-sama dengan anak-anak dalam tempoh tertentu, anak-anak akan berasa dihargai, diberi perhatian dan disayangi oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa oleh memperuntukkan masa untuk makan bersama-sama, solat berjemaah, mengadakan mesyuarat keluarga atau sebagainya. Denga cara ini, hubungan ahli keluarga akan dapat dipereratkan dan menimbulkan rasa kasih sayang sesama ahli keluarga. Selain itu, ibu bapa juga perlu bersikap terbuka dengan anak-anak. Ibu bapa perlu memberi kebebasan yang terkawal kepada anak-anak sesuai dengan zaman semasa. Sikap mengongkong kehidupan anak-anak akan membuatkan mereka memberontak dan akan cuba bertindak di luar kawalan ibu bapa. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mencari ruang masa untuk berbincang dan mendengar permasalahan anak-anak agar mereka dapat meluahkan perasaan berkaitan dengan hal peribadi, keperluan hidup dan memberi idea untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia selari dengan peribahasa muafakat membawa berkat. Dalam kesempatan ini juga, ibu bapa boleh memberi teguran tehadap tingkah laku anak-anak yang dianggap tidak sesuai. Jelaslah bahawa bersikap terbuka mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa juga perlu merancang untuk membawa anak-anak mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi . Aktiviti riadah dan rekreasi ini umpama serampang dua mata kerana bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan, melepaskan tekanan kerja tetapi juga dapat merapatkan ikatan kekeluargaan. Dalam hal ini, ibu bapa bukan sahaja dapat bersiar-siar, beriadah atau melancong dengan anak-anak tetapi dapat bermesra, bergurau senda dan memahami hati budi anak-anak. Antara aktiviti beriadah yang baik ialah melancong, berkelah, membeli-belah dan sebagainya. Konotasinya, dengan aktiviti beriadah dan berreakrasi dapat memantapkan ikatan kekeluargaan. Peranan ibu bapa yang seterusnya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan ialah dengan menyediakan keperluan harian dan pembelajaran anak-anak . Sebagai anak, mereka mendambakan keperluan sepertimana yang diperoleh rakan-rakan mereka. Antara keperluan harian yang diinginkan ialah pakaian, makanan dan hiburan.

Upload: muhammad-safwan

Post on 11-Feb-2016

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PERANAN IBU BAPA

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Ibu Bapa

PERANAN IBU BAPA

Hubungan Kekeluargaan yang Erat Amat Penting dalam Melahirkan Keluarga Bahagia.

Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, istilah 'Rumahku Syurgaku' kian terhakis dalam pemikiran masyarakat. Istilah itu seolah-olah telah hanyut ditelan zaman kerana masyarakat hari ini lebih menumpukan kepada kerjaya dan berlumba-lumba mengejar kemewahan hidup. Kesan daripada itu, institusi keluarga kian rapuh dan berlaku pelbagai pergolakan dalam keluarga. Untuk mengembalikan kegemilangan keluarga, ibu bapa melaksanakan tanggunjawab dengan cemerlang dan perlu bijak menguruskan masa agar hubungan kekeluargaan dapat diperkukuhkan dan dipertautkan kembali. Peranan ibu bapa dalam usaha untuk mengeratkan hubungan ahli keluarga akan saya huraikan dalam perenggan berikutnya.

Antara peranan utama ibu bapa untuk mengeratkan hubungan ahli keluarga ialah dengan memperuntukkan masa bersama-sama ahli kelurga. Jika ibu bapa  dapat menjadualkan masa untuk bersama-sama dengan anak-anak dalam tempoh tertentu, anak-anak akan berasa dihargai, diberi perhatian dan disayangi oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa oleh memperuntukkan masa untuk makan bersama-sama, solat berjemaah, mengadakan mesyuarat keluarga atau sebagainya. Denga cara ini, hubungan ahli keluarga akan dapat dipereratkan dan menimbulkan rasa kasih sayang sesama ahli keluarga.

Selain itu, ibu bapa juga perlu bersikap terbuka dengan anak-anak. Ibu bapa perlu memberi kebebasan yang terkawal kepada anak-anak sesuai dengan zaman semasa. Sikap mengongkong kehidupan anak-anak akan membuatkan mereka memberontak dan akan cuba bertindak di luar kawalan ibu bapa. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mencari ruang masa untuk berbincang dan mendengar permasalahan anak-anak agar mereka dapat meluahkan perasaan berkaitan dengan hal peribadi, keperluan hidup dan memberi idea untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia selari dengan peribahasa muafakat membawa berkat. Dalam kesempatan ini juga, ibu bapa boleh memberi teguran tehadap tingkah laku anak-anak yang dianggap tidak sesuai. Jelaslah bahawa bersikap terbuka mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ibu bapa juga perlu merancang untuk membawa anak-anak mengadakan aktiviti riadah dan rekreasi. Aktiviti riadah dan rekreasi ini umpama serampang dua mata kerana bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan, melepaskan tekanan kerja tetapi juga dapat merapatkan ikatan kekeluargaan. Dalam hal ini, ibu bapa bukan sahaja dapat bersiar-siar, beriadah atau melancong dengan anak-anak tetapi dapat bermesra, bergurau senda dan memahami hati budi anak-anak. Antara aktiviti beriadah yang baik ialah melancong, berkelah, membeli-belah dan sebagainya. Konotasinya, dengan aktiviti beriadah dan berreakrasi dapat memantapkan ikatan kekeluargaan.  

Peranan ibu bapa yang seterusnya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan ialah dengan menyediakan keperluan   harian dan pembelajaran   anak-anak . Sebagai anak, mereka mendambakan keperluan sepertimana yang diperoleh rakan-rakan mereka. Antara keperluan harian yang diinginkan ialah pakaian, makanan dan hiburan. Sewajarnya ibu bapa memenuhi keperluan tersebut mengikut kemampuan

Page 2: Peranan Ibu Bapa

masing-masing supaya anak-anak tidak berasa terasing atau ketinggalan berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Keperluan pembelajaran juga perlu dipenuhi agar anak-anak dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna sama ada di sekolah atau di rumah. Antara keperluan pembelajaran ialah alat tulis,buku-buku latihan dan bilik belajar yang sempurna. Jika semua keperluan ini dapat dipenuhi, anak-anak akan berasa seronok dan ukhwah keluarga dapat dimantapkan.

Konklusinya, ibu bapa perlulah melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam mendidik anak-anak dengan sempurna agar ikatan kekeluargaan dapat dipereratkan. Ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan anak-anak hanya kerana untuk mengejar kemewahan hidup atau kerana mementingkan kerjaya. Anak-anak ibarat kain putih yang suci dan bersih, ibu bapalah yang berhak untuk mencorakkan kehidupan anak-anak, untuk menjadikan mereka itu berguna untuk agama, bangsa dan negara. Kemesraan yang terjalin antara ibu bapa dan anak-anak akan mewujudkan keluarga yang bahagia.  

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak dalam membentuk masyarakat yang cemerlang.

          Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Demikianlah satu proklamasi yang menggambarkan kepentingan golongan remaja atau lebih dikenali sebagai generasi Y dalam menerajui kepimpinan negara suatu ketika nanti. Namun, sayang seribu kali sayang, dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara melanda golongan sahmura ini. Menurut kajian yang sahih antara masalah yang membabitkan golongan ini sehingga menjadi buah mulut orang ramai dan menimbulkan kontroversi  ialah gejala vandalisme, buli, gangsterisme dan entah seribu satu macam lagi gejala. Adakah salah ibu yang mengandung atau bapa yang mendukung? Oleh itu, keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial lantaran institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Persoalan yang bermain di ruang legar minda kita ,  apakah peranan yang perlu dilaksanakan oleh institusi keluarga dalam menangani masalah yang menjadi duri dalam daging ini?

Peranan yang dianggap dominan ialah golongan ibu bapa wajar mencurahkan kasih  sayang kepada anak-anak mereka. Mengapakah dikatakan begitu? Hal ini kerana ibu bapa bertanggungjawab  mengasuh anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh . Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan atau materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan urusan kerja mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Sebagai uswah, pada hujung minggu, ibu bapa

Page 3: Peranan Ibu Bapa

perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama dengan anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah sedar  bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sudah terang lagikan bersuluh, ibu bapa perlu mengimbangi kepentingan keluarga dan tuntutan kerjaya  kerana anak-anak  amat memdambakan kasih sayang seorang bapa dan ibu.                       Bukan itu sahaja, pada masa yang sama, golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!  Lantaran itu, ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan mental remaja kerana didikan agama dan moral mampu mendorong remaja  membezakan antara intan dengan kaca lantas melatih remaja mengawal tingkah laku mereka. Tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Mereka juga harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna.Secara analoginya, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agama kepada anak-anak mereka sejak kecil  kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justifikasinya, didikan agama yang dibekalkan dapat memastikan  anak-anak mereka mempunyai benteng diri yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam kancah maksiat atau  tindakan yang mampu memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga.                          Peranan terakhir yang juga dianggap signifikan termasuklah  ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, Ibu bapa  perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa mereka merupakan cermin kepada anak-anak. Cuba kita bayangkan, dapatkah ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok  mendidik  anak-anak mereka agar tidak merokok juga? Tepuk dada tanya selera! Ghalibnya, ibu bapa perlulah mengatasi setiap kelemahan yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah pada amalan yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh yang anaknya berjalan betul .  Izharnya, melalui contoh yang baik, golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masa depan mereka.                        Sebagai penutup wacana, gejala sosial yang menjadi api dalam sekam perlu dihapuskan dari akar umbinya kerana api kecil baik dipadam . Oleh itu , ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah yang drastik dan ampuh bagi memastikan golongan remaja tidak akan dijangkiti sebarang penyakit sosial kerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Sesungguhnya, mereka perlu dibimbing agar  menjadi modal insan  yang berintegriti dan berwawasan. Secara tidak langsung, impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan dan bukan retorik semata-mata.