peraduan “debit & atm card replacement” · pdf filesebarang penentuan oleh...

8
Tempoh Peraduan 1. Peraduan “Debit & ATM Card Replacement” (“Peraduan”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) dan akan berlangsung dari 1 Julai 2017 hingga 30 September 2017, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Peraduan”). 2. Peraduan ini diadakan bersama-sama dengan Peraduan “Debit & ATM Card Replacement” yang dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) (“CIMB Islamic Bank”). Dengan menganjurkan Peraduan bersama-sama dengan CIMB Islamic Bank, Hadiah di bawah Peraduan ini akan diambil daripada himpunan Hadiah yang sama untuk Peraduan yang dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank. 3. “CIMB” atau “Bank” merujuk kepada CIMB Bank. 4. CIMB berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar. Kelayakan 5. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Peraduan ini terbuka kepada semua pemegang kad CIMB Debit MasterCard dengan logo MyDebit sedia ada dan baharu (termasuk CIMB Tesco Debit Mastercard dengan logo MyDebit dan CIMB Petronas Debit Mastercard dengan logo MyDebit) (“Kad Debit”) (“Pemegang Kad Debit”). 6. Orang/entiti berikut TIDAK layak menyertai Peraduan ini: (a) Kakitangan atau pekerja tetap, sementara dan/atau kontrak CIMB Bank/CIMB Islamic Bank (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya); dan/atau (b) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB, MasterCard Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of Delaware, yang mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America (“MasterCard”) (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitan mereka masing-masing); dan/atau TERMA DAN SYARAT Peraduan “Debit & ATM Card Replacement”

Upload: vucong

Post on 07-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraduan “Debit & ATM Card Replacement” · PDF fileSebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang transaksi yang merupakan transaksi ... “Debit Card Replacement” dengan CIMB Islamic

Tempoh Peraduan

1. Peraduan “Debit & ATM Card Replacement” (“Peraduan”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad

(13491-P) (“CIMB Bank”) dan akan berlangsung dari 1 Julai 2017 hingga 30 September 2017,

termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Peraduan”).

2. Peraduan ini diadakan bersama-sama dengan Peraduan “Debit & ATM Card Replacement”

yang dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H) (“CIMB Islamic Bank”). Dengan

menganjurkan Peraduan bersama-sama dengan CIMB Islamic Bank, Hadiah di bawah

Peraduan ini akan diambil daripada himpunan Hadiah yang sama untuk Peraduan yang

dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank.

3. “CIMB” atau “Bank” merujuk kepada CIMB Bank.

4. CIMB berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh

Kempen dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar.

Kelayakan

5. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Peraduan ini terbuka kepada

semua pemegang kad CIMB Debit MasterCard dengan logo MyDebit sedia ada dan baharu

(termasuk CIMB Tesco Debit Mastercard dengan logo MyDebit dan CIMB Petronas Debit

Mastercard dengan logo MyDebit) (“Kad Debit”) (“Pemegang Kad Debit”).

6. Orang/entiti berikut TIDAK layak menyertai Peraduan ini:

(a) Kakitangan atau pekerja tetap, sementara dan/atau kontrak CIMB Bank/CIMB Islamic

Bank (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitannya); dan/atau

(b) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB, MasterCard

Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of Delaware, yang

mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street,

Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America (“MasterCard”) (termasuk

anak syarikat dan syarikat berkaitan mereka masing-masing); dan/atau

TERMA DAN SYARAT

Peraduan “Debit & ATM Card Replacement”

Page 2: Peraduan “Debit & ATM Card Replacement” · PDF fileSebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang transaksi yang merupakan transaksi ... “Debit Card Replacement” dengan CIMB Islamic

(c) Keempunyaan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Persatuan Amal/Bukan Untung,

Pelanggan Korporat dan Perdagangan; dan/atau

(d) Individu yang berumur di bawah lapan belas (18) tahun.

(selepas ini dirujuk sebagai “Peserta Layak”)

Kriteria Kelayakan

7. Pendaftaran tidak diperlukan untuk menyertai Peraduan ini.

8. Peraduan ini akan berlangsung selama 3 bulan, dengan tarikh kuat kuasa seperti yang

dinyatakan di Klausa 1 dan berdasarkan Kriteria Peraduan yang dinyatakan dalam Jadual 1

(“Kriteria Peraduan”).

9. Untuk menyertai Peraduan ini, Peserta Layak perlu memperoleh mata kemasukan dengan

melakukan mana-mana yang berikut:

Jadual 1: Kriteria Peraduan

Kriteria Bilangan

Penyertaan

Penggantian kad debit/ATM yang lama dengan Kad Debit baharu

yang mempunyai logo MyDebit

100

Setiap pembelian/transaksi pengeluaran wang dari ATM dengan

menggunakan Kad Debit yang mempunyai logo MyDebit

10

Contoh

Pelanggan A menggantikan kad debit/ATM lamanya dengan Kad Debit baharu yang

mempunyai logo MyDebit (memperoleh 100 penyertaan) dan telah membuat 3 transaksi

runcit dan 10 pengeluaran wang dari ATM (memperoleh 130 penyertaan), kesemuanya dalam

Tempoh Peraduan. Jumlah penyertaan Peraduan yang Pelanggan A telah mengumpul

adalah sebanyak 230 penyertaan.

10. Penyertaan yang diperoleh akan dikesan berdasarkan Kad Debit spesifik yang digunakan

untuk transaksi dan tidak akan digabungkan dengan Kad Debit yang lain jika Peserta Layak

memegang beberapa Kad Debit.

Page 3: Peraduan “Debit & ATM Card Replacement” · PDF fileSebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang transaksi yang merupakan transaksi ... “Debit Card Replacement” dengan CIMB Islamic

11. Transaksi hendaklah dipost kepada Kad Debit Peserta Layak sebelum 7 Oktober 2017

(Malaysia GMT) supaya dapat dirangkum agar mencapai Kriteria Peraduan. Sila ambil

maklum bahawa transaksi mungkin dipost oleh peniaga sehingga 30 hari selepas tarikh

transaksi. Bank tidak akan dipertanggungjawabkan untuk posting yang lewat dilakukan.

12. Perbelanjaan runcit bermaksud transaksi pembelian untuk barangan dan perkhidmatan yang

ditanggung untuk penggunaan peribadi dan bukan bagi tujuan perniagaan dan TIDAK BOLEH

termasuk transaksi berikut: -

(a) Transaksi Kuasi Tunai – misalnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian;

(b) Pembayaran fi tahunan atau caj perkhidmatan, caj penghantaran, pembayaran tunai, fi

penggantian kad, cukai perkhidmatan kerajaan,caj pertikaian, caj fraud atau sebarang fi,

caj atau penalti lain sama ada dikenakan oleh CIMB atau sebaliknya;

(c) Transaksi pendahuluan /pengeluaran/deposit tunai; dan

(d) Transaksi yang belum dipost, dibatalkan, tidak sah, dipertikaikan, dikembalikan wang,

menipu atau tidak dibenarkan.

Sebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang transaksi yang merupakan transaksi runcit

adalah konklusif dan tidak boleh dicabar dalam apa cara jua.

13. Akaun Semasa atau Simpanan CIMB dan Kad Debit Peserta Layak tidak boleh dorman atau

ditutup dalam Tempoh Penunaian.

Hadiah

14. Sebanyak 1,000 (seribu) pemenang akan dipilih di bawah Peraduan ini. Setiap pemenang

akan mendapat hadiah tunai sebanyak RM 1,000 (“Hadiah”).

15. Hadiah sebanyak RM1,000,000 diperuntukkan bagi Peraduan ini.

Pemilihan Pemenang

16. Pada akhir Tempoh Peraduan, Peserta Layak yang memperolehi Penyertaan dalam Tempoh

Peraduan akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik daripada

jumlah Penyertaan yang diperolehi (“Peserta Disenarai Pendek”).

17. Setiap penyertaan Peraduan yang diperolehi dalam Tempoh Peraduan memberi peluang

kepada Peserta Layak untuk disenarai pendek untuk memenangi Hadiah.

Page 4: Peraduan “Debit & ATM Card Replacement” · PDF fileSebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang transaksi yang merupakan transaksi ... “Debit Card Replacement” dengan CIMB Islamic

18. Peserta Disenarai Pendek akan dihubungi oleh CIMB melalui perkhidmatan pesanan ringkas

(“SMS”) kepada nombor telefon mudah alih mereka yang didaftar dengan pembekal

perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi atau U-Mobile dalam rekod CIMB.

19. Peserta Disenarai Pendek dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan tepat dalam masa

terpantas dengan membalas SMS tersebut. Seribu (1,000) Peserta Disenarai Pendek yang

pertama yang membalas dengan jawapan yang tepat dalam masa terpantas akan

diisytiharkan sebagai pemenang (“Pemenang Peraduan”).

20. Untuk mengelakkan keraguan, hanya jawapan pertama yang diterima oleh CIMB akan

dipertimbangkan. Tarikh tamat (iaitu tarikh dan masa) untuk menjawab soalan akan

dinyatakan di dalam SMS.

21. Jika Peserta Disenarai Pendek gagal menjawab soalan dengan tepat dan/atau tidak

membalas di dalam tempoh tamat yang diberikan atau tidak dapat dihubungi atas apa sebab

jua, Peserta Disenarai Pendek tersebut akan disingkirkan dan tidak berhak memenangi

Hadiah.

22. CIMB tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara jua sekiranya Peserta Disenarai Pendek

tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab.

23. Untuk mengelakkan keraguan, semua caj telekomunikasi hendaklah ditanggung oleh Peserta

Disenarai Pendek (termasuk caj perayauan yang ditanggung oleh Peserta Disenarai Pendek

di luar Malaysia) apabila CIMB menghubungi Peserta Disenarai Pendek dan CIMB tidak akan

bertanggungjawab untuknya.

24. Semua sesi soalan dan jawapan akan dihakimi dan diputuskan oleh panel hakim yang dipilih

oleh CIMB dan keputusan panel hakim yang dipilih oleh CIMB adalah muktamad dan

mengikut.

25. Setiap Peserta Layak hanya dibenarkan memenangi maksimum satu (1) Hadiah di dalam

Peraduan ini.

26. Untuk mengelakkan keraguan, Peserta Layak yang menyertai Peraduan ini dan Peraduan

“Debit Card Replacement” dengan CIMB Islamic Bank hanya berhak memenangi satu (1)

hadiah di bawah kedua-dua Peraduan dalam Tempoh Peraduan.

27. CIMB akan memaklumkan Pemenang Peraduan melalui paparan komunikasi elektronik di

laman web CIMB di www.cimbbank.com.my atau melalui mel elektronik atau melalui SMS

kepada nombor telefon mudah alih Pemenang Peraduan atau melalui sebarang kaedah

makluman lain yang boleh dipilih oleh CIMB jika mereka memenangi Hadiah.

28. Peserta Layak bertanggungjawab memastikan nombor telefon mudah alih atau alamat e-mel

mereka yang diberikan adalah terkini dan dikemaskinikan dengan CIMB sekiranya mereka

Page 5: Peraduan “Debit & ATM Card Replacement” · PDF fileSebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang transaksi yang merupakan transaksi ... “Debit Card Replacement” dengan CIMB Islamic

membuat apa-apa perubahan terhadapnya. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada

Peserta Layak atas sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian

berbangkit yang menyusul daripadanya) yang dialami sekiranya nombor telefon mudah alih

atau alamat e-mel Peserta Layak dalam rekod CIMB bukan nombor telefon mudah alih atau

alamat e-mel yang semasa atau yang tepat.

29. Hadiah Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun Semasa atau Simpanan Utama CIMB

Pemenang Peraduan yang ditentukan oleh bank dalam masa 8 hingga 10 minggu selepas

tamat Tempoh Peraduan. (“Tempoh Penunaian”).

30. Pada masa pemilihan Pemenang Peraduan, akaun Semasa atau Simpanan CIMB Pemenang

Peraduan yang terpilih HENDAKLAH dalam keadaan baik dan TIDAK BOLEH melanggar

sebarang terma dan syarat dalam perjanjian akaun Semasa atau Simpanan CIMB atau

perjanjian kad atau akaun CIMB atau ingkar, dan/atau tidak sah atau dibatalkan menurut

definisi CIMB, jika tidak mereka akan disingkirkan daripada menyertai atau menjadi

Pemenang Peraduan dalam Peraduan ini.

31. Hadiah Wang Tunai akan dikreditkan ke dalam akaun Semasa atau Simpanan CIMB

Pemenang Peraduan. CIMB tidak akan melayan apa-apa permintaan daripada Pemenang

Peraduan untuk mengkreditkan Pulangan Tunai ke dalam akaun Semasa atau Simpanan

CIMB lain, akaun Kad Kredit CIMB, akaun Kad Debit CIMB atau akaun Kwik CIMB Pemenang

Peraduan atau mana-mana akaun Semasa atau Simpanan CIMB, akaun Kad Kredit CIMB,

akaun Kad Debit CIMB atau Akaun Kwik CIMB milik pihak ketiga.

Terma-terma dan Syarat-syarat Am

32. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan

bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini dan bersetuju bahawa

semua keputusan yang dibuat dengan adil dan munasabah oleh CIMB berkaitan dengan

setiap aspek Peraduan, termasuk Hadiah yang akan diberikan dan penentuan Pemenang

Hadiah adalah muktamad, mengikat dan konklusif.

33. Debit MasterCard sertaan Peserta Layak (i) HENDAKLAH TIDAK melanggar terma-terma dan

syarat-syarat material dalam perjanjian CIMB Debit MasterCard atau perjanjian akaun CIMB

atau Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks atau Perjanjian Perbankan Mudah Alih CIMB

Clicks; DAN (ii) TIDAK ditamatkan atau ditutup atau dikenakan sebarang penahanan, perintah

bertentangan yang dibuat oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan

oleh undang-undang, DAN (iii) TIDAK ingkar, dan/atau tidak sah atau dibatalkan menurut

definisi CIMB, jika tidak Peserta Layak akan disingkirkan daripada menyertai Peraduan ini

dan tidak berhak menerima Pulangan Tunai.

34. Keputusan hakim CIMB berkaitan dengan setiap aspek Peraduan adalah muktamad,

mengikat dan konklusif dengan syarat sentiasa bahawa keputusan hendaklah nampaknya

Page 6: Peraduan “Debit & ATM Card Replacement” · PDF fileSebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang transaksi yang merupakan transaksi ... “Debit Card Replacement” dengan CIMB Islamic

adil dan munasabah. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan lanjut

untuk mempertikaikannya tidak akan dilayan.

35. CIMB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan dalam apa cara jua

berhubung dengan sebarang kerosakan teknikal tidak kira apa jua jenisnya, apa jua campur

tangan, gangguan dan/atau kepincangan elektronik atau manusia dalam pentadbiran

dan/atau pemprosesan transaksi yang dilaksanakan oleh Peserta Layak melalui CIMB Debit

MasterCard kecuali jika ini disebabkan oleh keingkaran yang disengajakan atau kecuaian

melampau oleh CIMB.

36. CIMB berhak menggantung, membatalkan, menamatkan atau menarik balik Kempen ini

secara keseluruhan atau sebahagian, dengan memberikan notis terdahulu selama empat

belas (14) hari kalendar kepada Peserta Layak. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang

penggantungan, pembatalan, penamatan atau penarikan balik Peraduan ini tidak akan

memberikan hak kepada Peserta Layak untuk membuat sebarang tuntutan atau menuntut

sebarang pampasan terhadap CIMB atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami

oleh Peserta Layak yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan

penggantungan, pembatalan, penamatan atau penarikan balik tersebut.

37. CIMB berhak, dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar

untuk mengubah (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi, meminda atau

sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pindaan”) mana-mana terma dan syarat di dalam ini.

Makluman tentang Pindaan kepada Peserta Layak akan dilakukan menurut budi bicara

mutlak CIMB melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut, iaitu melalui pos biasa ke

alamat Peserta Layak yang terakhir diketahui atau dengan memaparkan notis tentang

Pindaan di setiap cawangan CIMB atau menyiarkan iklan mengenai Pindaan dalam satu

akhbar pilihan CIMB atau melalui laman web CIMB atau melalui sebarang cara makluman

lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan akan dianggap mengikat dari tarikh makluman

Pindaan atau dari sebarang tarikh yang boleh ditetapkan oleh CIMB dalam makluman.

Peserta Layak mengakui dan bersetuju mengakses laman web CIMB Bank dengan tetap

untuk membaca Terma-terma dan Syarat-syarat dan memastikan mereka mempunyai

pengetahuan terkini mengenai apa-apa perubahan pada Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

38. Terma-terma dan Syarat-syarat ini (seperti yang dipinda dari semasa ke semasa selaras

dengan Klausa 41) akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung

dalam apa-apa bahan promosi lain yang mengiklankan Peraduan ini. Terma-terma dan

Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat

semasa perjanjian CIMB Debit MasterCard atau perjanjian akaun CIMB atau Perjanjian

Perbankan Internet CIMB Clicks atau Perjanjian Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks dan

terma-terma dan syarat-syarat dalam perjanjian akaun Semasa atau Simpanan CIMB

dan/atau perjanjian kad atau akaun CIMB yang akan dikenakan di samping Terma-terma dan

Syarat-syarat di dalam ini.

Page 7: Peraduan “Debit & ATM Card Replacement” · PDF fileSebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang transaksi yang merupakan transaksi ... “Debit Card Replacement” dengan CIMB Islamic

39. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta Layak dengan ini bersetuju bahawa tidak akan

mempertanggungjawabkan CIMB sekiranya CIMB tidak dapat melaksanakan obligasinya di

dalam ini secara keseluruhan atau sebahagian, yang berpunca secara langsung atau tidak

langsung oleh kegagalan sebarang peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan

data, talian penghantaran, kerosakan elektrik, pertikaian perusahaan, peperangan, mogok,

rusuhan, sebarang bencana alam di luar kawalan CIMB atau disebabkan oleh sebarang faktor

dalam bentuk force majeure di luar kawalan munasabah CIMB.

40. Dengan menerima Hadiah, Pemenang Peraduan bersetuju untuk tidak

mempertanggungjawabkan CIMB dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan

agen mereka masing-masing bagi dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding,

penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB

dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing

berhubung dengan penyertaan Pemenang Peraduan dalam Peraduan atau penerimaan,

penebusan atau penggunaan Pulangan Tunai.

41. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana pihak, termasuk Peserta Layak, atas

sebarang kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami oleh Peserta Layak atau

mana-mana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kecederaan atau kematian,

kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, gantirugi langsung atau tidak langsung,

sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak)

yang walau bagaimanapun jua berbangkit, berkaitan dengan tindakan Peserta Layak

menyertai atau tidak menyertai Peraduan termasuk sekiranya Peserta Layak menerima, tidak

menerima dan/atau lewat menerima panggilan telefon atau Perkhidmatan Pesanan Ringkas

(SMS) atau e-mel oleh Peserta Layak tertentu kecuali jika disebabkan oleh keingkaran yang

disengajakan atau kecuaian melampau oleh CIMB.

42. CIMB tidak menanggung sebarang tanggungjawab untuk sebarang implikasi cukai yang

mungkin berbangkit daripada Hadiah atau penggunaannya. Sebarang kewajipan pemfailan

cukai atau sebarang pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak

berkuasa akibat penerimaan Hadiah kekal sebagai tanggungjawab Pemenang semata-mata.

Setiap Pemenang bertanggungjawab mendapatkan nasihat bebas tentang kemungkinan

implikasinya terhadap situasi kewangannya sendiri.

43. Dengan menyertai Peraduan, Peserta Layak dengan ini membenarkan dan bersetuju bahawa

CIMB berhak menerbitkan dan/atau memaparkan, tanpa sebarang kos dikenakan terhadap

Peserta Layak, bahan dan/atau maklumat termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor

kad pengenalan, bandar kediaman dan gambar Peserta Layak yang memenangi Hadiah

untuk Peraduan ini bagi tujuan pengiklanan dan publisiti dalam apa jua cara yang

dianggapnya wajar. Ketidakpatuhan mungkin menyebabkan pemilihan Pemenang Peraduan

yang lain.

44. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau

percanggahan antara versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan

Page 8: Peraduan “Debit & ATM Card Replacement” · PDF fileSebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang transaksi yang merupakan transaksi ... “Debit Card Replacement” dengan CIMB Islamic

Bahasa Inggeris atau bahasa lain, versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa

Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika

permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya

bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal

operasi Akaun Semasa atau Simpanan CIMB yang dipautkan kepada Debit MasterCard,

maka versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang

lain.

45. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Peraduan ini, Peserta Layak boleh

menghubungi ‘Customer Resolution Department’ CIMB di alamat, nombor telefon, dan

nombor faks berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks lain yang

boleh diubah oleh CIMB dengan memaklumkan Peserta Layak): Customer Resolution Unit,

Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: +603

6204 7788 / Faks: +603 2283 5302/ [email protected].