peperiksaan pertengahan tahun

12
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2015 Arahan : Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat. 1 Kita perlu mempunyai __________ diri sebelum melakukan sesuatu. A keegoan B kekuatan C ketrampilan D keyakinan 2 Kita perlu berfikir secara kreatif untuk A meningkatkan imej diri B mengembangkan potensi diri C menunjukkan kekuatan diri D meningkatkan daya pengeluaran 3 Potensi diri dalam aspek emosi meliputi ciri-ciri berikut, kecuali A menghargai keindahan B tingkah laku yang terkawal C menjaga kesihatan badan D semangat kekitaan 4 Kita boleh memanfaatkan kebolehan yang ada dengan A menggunakannya untuk tujuan menunjuk-nunjuk B menggunakan ketika perlu sahaja C menggunakannya untuk diri, masyarakat dan negara D menggunakannya ketika menghadapi masalah sahaja 5 Apakah tindakan yang wajar diambil sekiranya rakan anda terlibat dengan gejala buli di sekolah? A Memaklumkan kepada guru disiplin B Memberitahu kepada rakan-rakan yang lain C Memarahi rakan tersebut D Mengugutnya untuk memberitahu kepada ayah dan ibunya 6 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri sahsiah positif seseorang pelajar? A Datang lewat ke sekolah 1

Upload: intan

Post on 03-Feb-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan sivik tingkatan 1

TRANSCRIPT

Page 1: Peperiksaan pertengahan tahun

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2015

Arahan : Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Kita perlu mempunyai __________ diri sebelum melakukan sesuatu.

A keegoanB kekuatanC ketrampilanD keyakinan

2 Kita perlu berfikir secara kreatif untuk

A meningkatkan imej diriB mengembangkan potensi diriC menunjukkan kekuatan diriD meningkatkan daya pengeluaran

3 Potensi diri dalam aspek emosi meliputi ciri-ciri berikut, kecuali

A menghargai keindahanB tingkah laku yang terkawalC menjaga kesihatan badanD semangat kekitaan

4 Kita boleh memanfaatkan kebolehan yang ada dengan

A menggunakannya untuk tujuan menunjuk-nunjukB menggunakan ketika perlu sahajaC menggunakannya untuk diri, masyarakat dan negaraD menggunakannya ketika menghadapi masalah sahaja

5 Apakah tindakan yang wajar diambil sekiranya rakan anda terlibat dengan gejala buli di sekolah?

A Memaklumkan kepada guru disiplinB Memberitahu kepada rakan-rakan yang lainC Memarahi rakan tersebutD Mengugutnya untuk memberitahu kepada ayah dan ibunya

6 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri sahsiah positif seseorang pelajar?

A Datang lewat ke sekolah

B Mengikut rakan yang terlibat dalam gejala buli

C Menjaga imej sekolah

D Hadir ke sekolah kerana terpaksa

7 Setiap individu perlu bertindak ____________ apabila menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

A cergasB pantasC meluluD rasional

1

Page 2: Peperiksaan pertengahan tahun

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2015

8 Antara berikut merupakan nilai yang berkaitan dengan pelajar yang ingin membantu sekolah

mencapai hala tuju sekolah, kecuali

A malasB bersatu paduC berkerjasamaD bertanggungjawab

9 Antara berikut merupakan tindakan yang sesuai ketika anda mahu menyelesaikan dilema, kecuali

A bertenang semasa ingin membuat keputusanB yakin akan tindakan yang diambilC menyangkal pendapat orang lain

D berfikir tentang kesan dan akibat tindakan tersebut

10 Anda tidak menyiapkan latihan Matematik yang diberikan oleh guru anda kerana keletihan. Anda

dimarahi oleh guru Matematik atas perkara tersebut. Apakah tindakan yang sewajarnya anda

ambil?

A Bertindak mencalarkan kereta guruB Berpakat dengan kawan untuk memukul guruC Bertindak untuk memancitkan kereta guruD Berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut

11 Antara berikut merupakan sikap pelajar yang negatif, kecuali

A mencuriB menghisap rokokC ponteng sekolahD mengulang kaji pelajaran

12 Bagaimanakah cara untuk kita mensyukuri kelebihan yang dikurniakan oleh Tuhan?

A Menunjuk-nunjuk kelebihan kita kepada orang lainB Merendah-rendahkan kekurangan orang lainC Menindas kehidupan orang lainD Menggunakan kelebihan yang dikurniakan dengan sebaik mungkin

13 Pada minggu hadapan, sekolah anda akan mengadakan hari sukan. Sebagai pelajar di sekolah

tersebut, anda akan

A menarik diri daripada menyertai acara sukanB memberi sokongan moral kepada pasukan lawanC membantu guru menyediakan peralatan sukanD menyuruh tukang kebun membersihkan kawasan sekolah

14 Antara berikut, yang manakah menunjukkan sikap menjaga persekitaran sekolah?

A Menanam pokok bunga di kawasan sekolahB Membuang sampah di merata-rata tempat C Memetik bunga yang ditanam di sekitar sekolahD Membuang sisa makanan ke dalam longkang

2

Page 3: Peperiksaan pertengahan tahun

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2015

15 Persekitaran sekolah yang bersih dapat

A meringankan tugas tukang kebun sekolahB menarik pengunjung untuk berkunjungC mengharumkan nama sekolah D mengelakkan pelajar daripada melakukan aktiviti gotong-royong

16 Mengapakah semangat berpasukan harus diamalkan oleh setiap pelajar?

A Untuk menunjukkan kehebatan kaum masing-masingB Untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian hidupC Untuk mengawal disiplin pelajarD Untuk menjaga nama baik sekolah

17 Apakah yang dimaksudkan dengan makanan seimbang?

A Makanan yang mengandungi semua nutrienB Makanan yang disyorkan oleh doktorC Makanan yang mempunyai pelbagai warna dan rasaD Makanan yang mengandungi vitamin dan protein sahaja

18 Semangat _____________ dapat dipupuk ketika menjalani aktiviti kokurikulum.

A perpaduanB permusuhanC perkaumanD pengasingan

19 Antara berikut, yang manakah merupakan kesan sekiranya pelajar tidak mematuhi peraturan

sekolah?

I Pelajar tidak dapat belajar dengan selesaII Membebankan guru untuk mengawal keadaanIII Meningkatkan nama dan imej sekolahIV Mendatangkan bahaya kepada pelajar

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

20 Kerajaan memberikan perhatian serius terhadap gejala sosial dalam kalangan remaja kerana

A remaja belum matang dan tidak mempunyai pengalamanB remaja bakal mencorakkan masa depan negaraC remaja ialah golongan yang paling ramai di MalaysiaD remaja tidak pandai mengawal tingkah laku mereka

21 Individu yang tidak mudah dipujuk serta dipengaruhi oleh orang lain dalam membuat keputusan

merupakan individu yang

A mampu berdikariB boleh membuat penolakanC bertindak keterlaluanD keras hati

3

Page 4: Peperiksaan pertengahan tahun

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2015

22 Antara berikut merupakan contoh masalah yang boleh dikongsi dengan rakan sebaya, kecuali

A masalah semasa mengulang kaji pelajaran SainsB masalah peribadi anda dengan rakan sebaya lainC masalah untuk memahami ajaran guruD masalah kewangan yang dihadapi oleh jiran anda

23 Antara berikut merupakan sikap pelajar yang positif, kecuali

A menghisap rokokB membaca bukuC membantu pelajar lain yang menghadapi masalah dalam pembelajaranD bertanya guru tentang topik yang tidak difahami

24 Mengapakah sikap positif dan bersahsiah penting kepada pelajar?

A Supaya pelajar dapat pujian dan hadiahB Supaya imej dan nama sekolah sentiasa cemerlangC Supaya menambahkan pendapatan pihak sekolahD Supaya pelajar mudah dipengaruhi oleh sikap negatif rakan

25 Rakan baik anda telah dikenakan tindakan disiplin oleh guru disiplin kerana datang lewat ke

sekolah. Rakan baik anda itu mengajak anda memancitkan tayar kereta guru disiplin tersebut.

Apakah tindakan sewajarnya yang boleh anda ambil?

A Bersetuju untuk turut sertaB Menasihati rakan baik anda agar tidak meneruskan niatnyaC Menerima ajakannya dengan penuh gembiraD Mencadangkan untuk memecahkan cermin kereta pula

26 Antara berikut, yang manakah merupakan kesan sekiranya kita melibatkan diri dengan kegiatan

negatif ?

I Masa depan menjadi gelapII Menjatuhkan maruah keluargaIII Kita akan dipandang tinggi oleh orang lainIV Kita akan ditangkap dan dipenjarakan

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

27 Antara berikut, yang manakah bukan rakan yang baik?

A Memberi nasihat apabila kita memerlukanB Berkongsi idea dan pendapat antara satu sama lainC Mengelakkan diri daripada perkara yang negatifD Mengajak kita melakukan perkara-perkara yang negatif

4

Page 5: Peperiksaan pertengahan tahun

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2015

28 Antara berikut merupakan peranan rakan sebaya, kecuali

A menolong apabila rakan memerlukan bantuanB mengikut semua kemahuan rakanC menggembirakan hati rakan sewaktu mereka kesedihanD berkongsi pengalaman dan masalah

29 Budaya penyayang boleh diamalkan di sekolah dengan mengadakan aktiviti seperti

I hari sukan

II Kempen Kitar Semula

III derma Hari Perajurit

IV hari kantin

A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV

30 Antara berikut merupakan ciri-ciri asertif seseorang individu, kecuali

A berfikir dengan matangB tidak mudah terpengaruh dengan pujukan orang lainC mempunyai harga diriD penakut

31 Berdasarkan piramid makanan di atas, pilih jenis-jenis makanan yang betul.

32 Aktiviti yang manakah tidak memerlukan penglibatan pelajar?

A Sukan tahunan sekolahB Gotong-royong membersihkan kawasan sekitar sekolahC Mesyuarat guruD Sambutan hari kantin

33 Berikut merupakan peraturan-peraturan sekolah yang harus dipatuhi oleh seorang pelajar, kecuali

A beratur ketika membeli makanan di kantinB tiba di sekolah sebelum loceng berbunyiC keluar dari kelas tanpa meminta kebenaran daripada guru

5

Page 6: Peperiksaan pertengahan tahun

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2015

D tidak membuat bising ketika berada di perpustakaan

34 Pilih individu yang mempunyai identiti diri yang positif.

I Walaupun gagal dalam mata pelajaran Matematik namun Firdaus berusaha

memperbaiki prestasinya dengan membuat banyak latihan.

II Kamarul memarahi Ramesh kerana sering menasihatinya supaya belajar bersungguh-

sungguh.

III Zailan meningkatkan potensi dirinya dalam bidang lukisan dengan sering menyertai pertandingan melukis.IV Helmi berasa bangga akan kejayaannya dalam pertandingan syarahan walaupun dia

seorang yang cacat anggota.

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

35 Fasya telah membeli sebuah buku cerita. Semasa Fasya tiada di rumah adiknya telah

menumpahkan air di atas buku itu secara tidak sengaja.

Sekiranya anda Fasya, apakah tindakan yang anda akan ambil?

A Menasihati adik supaya lebih berhati-hatiB Memarahi dan memukul adikC Memaksa adik menggantikan buku tersebut dengan buku yang baruD Mendiamkan diri dan tidak bercakap dengan adik dalam tempoh tertentu

36 Ranjit mengambil keputusan untuk lari dari rumah apabila menghadapi konflik dengan

keluarganya. Tindakan Ranjit ini menunjukkan dia

A bersikap matang dan bijakB mampu membuat keputusan yang tepatC mampu membuat pertimbangan yang baikD membuat keputusan dengan mengikut emosi

37 Kita haruslah minum sekurang-kurangnya

A 2 gelas air sehariB 4 gelas air sehariC 6 gelas air sehariD 8 gelas air sehari

38 Konflik bermaksud

A perselisihan pendapat kerana perasaan tidak puas hatiB penyelesaian masalah yang dilakukan oleh dua pihakC perselisihan faham antara individu disebabkan oleh idea dan kepentinganD pergolakan yang berlaku dalam diri seseorang

6

Page 7: Peperiksaan pertengahan tahun

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2015

• Memiliki komunikasi lisan dan penulisan yang cemerlang

• Memiliki perasaan sabar, belas kasihan dan simpati yang tinggi

• Minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu

39 Potensi diri tersebut sesuai dengan kerjaya sebagai

A guruB arkitekC akauntanD pakar bedah

40 Seseorang yang berupaya mengatakan ‘tidak’ terhadap ajakan negatif merupakan seorang yang

bersikap

A asertifB toleransiC beraniD angkuh

41 Berikut merupakan tindakan yang boleh menjejaskan hubungan antara anggota keluarga, kecuali

A mengamalkan perlakuan yang tidak sopanB menganiayai anggota keluargaC membantu dengan mengharapkan balasanD menyelami perasaan ahli keluarga

42 Apakah kesannya jika banyak peralatan sekolah rosak?

A Pelajar-pelajar terpaksa berkongsi peralatanB Menjejaskan imej sekolahC Pelajar tidak dapat belajar dengan tenangD Sekolah akan ditutup

• Latar belakang sekolah

• Sejarah sekolah

43 Apakah faedahnya pelajar mengetahui perkara-perkara di atas?

A Meningkatkan pencapaian akademikB Dapat menunjuk-nunjuk kepada sekolah lainC Dapat menjaga nama baik dan imej sekolahD Menambahkan pengetahuan tentang sekolah

44 Bagaimanakah cara untuk mengasah bakat dari segi jasmani?

A Mengadakan latihan secara berterusanB Mengamalkan amalan-amalan yang dituntut agamaC Mengembangkan kemahiran manipulatif yang dimilikiD Menggunakan ilmu yang dipelajari untuk diri sendiri dan orang lain

7

Page 8: Peperiksaan pertengahan tahun

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2015

45 Perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan anak yang tidak mengenang jasa ibu bapa ialah

A seperti belut pulang ke lumpurB seperti kacang lupakan kulitC seperti si buta mendapat tongkatD seperti rusa masuk kampung

46 Kita boleh mengenal pasti identiti sekolah melalui

A bangunan sekolahB pencapaian akademikC aktiviti yang diadakan di sekolahD warga sekolah

47 Sekolah yang baik mempunyai

A misi dan visi yang jelasB bilik darjah yang banyakC pelajar-pelajar yang pandaiD perpustakaan yang luas

48 Stacy berbakat dalam bidang nyanyian. Oleh itu, dia menyertai banyak pertandingan nyanyian untuk mengasah bakatnya. Stacy telah mengasah bakat yang dimilikinya melalui faktor

A pendidikanB genetikC persekitaranD semula jadi

49 Apakah yang dimaksudkan dengan identiti diri?

A Nilai-nilai murni dalam diri seseorang B Bakat yang tersembunyi dalam diri seseorangC Potensi seseorang individu yang semakin berkembangD Gambaran keseluruhan tentang individu dan matlamat hidup yang ingin dicapai

50 Perkara-perkara di atas berkaitan dengan

A peraturan sekolahB harapan sekolahC budaya sekolah

8

Amalan kitar semula

• Program Mentor-mentee

• Ponteng Sifar

Page 9: Peperiksaan pertengahan tahun

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2015

D imej sekolah

BAHAGIAN B : Jawab semua soalan.

1 Tandakan () pada pernyataan yang BETUL dan tandakan (x) pada pernyataan yang SALAH

(a) Orang yang bersikap pesimis tidak mudah terpengaruh dengan unsur negatif.

(b) Perkembangan potensi individu banyak bergantung kepada rangsangan yang diterimanya.

(c) Usaha mengembangkan kebolehan diri memerlukan sikap positif seperti yakin diri.

(d) Sikap suka berangan-angan tanpa berusaha untuk mencapai kejayaan ialah amalan orang yang mempunyai potensi diri yang positif.

(e) Potensi diri dalam aspek jasmani boleh dikembangkan dengan cara menceburi aktiviti kokurikulum di sekolah.

2 Tandakan () pada sikap anggota keluarga yang positif dan (x) pada sikap anggota keluarga

yang negatif.

(f) Zaini menonton rancangan kegemarannya meskipun kakaknya akan menghadapi peperiksaan keesokan harinya

(g) Azmee tidak mahu mengikut ayahnya menghantar kakaknya ke stesen bas untuk balik ke kolej kerana ingin berlumba motosikal haram dengan kawan-kawannya.

(h) Fatihah membatalkan rancangannya untuk menonton wayang bersama kawan-kawannya kerana ibunya tidak sihat.

(i) Puan Susmita akan menyediakan sarapan untuk keluarganya sebelum keluar bekerja.

(j) Rony menengking ibunya kerana memarahinya pulang lewat dari sekolah.

(10 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

9