penyediaan bahan tanaman keratan lada lakaran 4 - mpb… · penyemaian di dalam polythene bag. lot...

2
PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN–KERATAN LADA KAEDAH PENYEMAIAN KERATAN LADA DI TAPAK SEMAIAN 1) Tujuan penyemaian keratan lada di tapak semaian adalah untuk menggalakkan pengakaran pada buku sebelum dipindah ke ladang. 2) Sebelum disemai di dalam “sand bin”, adalah digalakkan keratan direndam di dalam air campuran carbofuran dan benomyl dalam masa 10 minit untuk mengelakkan serangan kulat dan serangga perosak. MALAYSIAN PEPPER BOARD (LEMBAGA LADA MALAYSIA) 3) Digalakkan juga menggunakan Seradix (hormon pengakaran) untuk mempercepatkan pengakaran pada buku keratan. 4) Untuk keratan 5 buku, 3 buku ditanam di dalam tanah manakala buku yang ke-4 berada di paras permukaan tanah seperti dalam Lakaran 4 di bawah. 5) Keratan disiram dengan air mengikut keperluan. 6) 8 minggu adalah merupakan had maksimum penyemaian di dalam polythene bag. Lot 1115, Jalan Utama, Tanah Putih, 93450 Kuching, Sarawak Tel: 082-331811 Fax: 082-336877 Email: [email protected] Homepage: www.mpb.gov.my Terbitan Bahagian Pembangunan Pengeluaran & Usahawan Tani dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak 7) Selepas 4 – 8 minggu, keratan bolehlah ditanam di kebun. Jika tidak sempat ditanam di kebun, keratan perlu dipindah ke polythene beg dengan menggunakan medium tanah campuran (2:1:1 campuran top soil, pasir dan kompos). CIRI-CIRI TAPAK SEMAIAN YANG DISYOR KAN (Rujuk Lakaran 6) 1) Bahan perlindungan menggunakan shading net. 2) Tinggi perlindungan adalah 2.5m – 3m dihadapan dan 1.5m-2m di belakang. 3) Tinggi ‘Sand Bin’ adalah 30cm, lebar adalah 120cm. 4) Kecondongan keratan adalah 45 – 60 darjah. KERATAN LADA Cadangan jarak penyemaian keratan di Sand Bin. Lakaran 4 Lakaran 5 Lakaran 6 Keratan lada dalam polythene bag

Upload: dohuong

Post on 24-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENYEDIAAN BAHAN

TANAMAN–KERATAN LADA

KAEDAH PENYEMAIAN KERATAN LADA DI TAPAK SEMAIAN

1) Tujuan penyemaian keratan lada di tapak

semaian adalah untuk menggalakkan

pengakaran pada buku sebelum dipindah ke

ladang.

2) Sebelum disemai di dalam “sand bin”, adalah

digalakkan keratan direndam di dalam air

campuran carbofuran dan benomyl dalam

masa 10 minit untuk mengelakkan serangan

kulat dan serangga perosak.

MALAYSIAN PEPPER BOARD

(LEMBAGA LADA MALAYSIA)

3) Digalakkan juga menggunakan Seradix (hormon

pengakaran) untuk mempercepatkan pengakaran

pada buku keratan.

4) Untuk keratan 5 buku, 3 buku ditanam di dalam

tanah manakala buku yang ke-4 berada di paras

permukaan tanah seperti dalam Lakaran 4 di

bawah.

5) Keratan disiram dengan air mengikut keperluan.

6) 8 minggu adalah merupakan had maksimum

penyemaian di dalam polythene bag.

Lot 1115, Jalan Utama, Tanah Putih, 93450 Kuching, Sarawak

Tel: 082-331811 Fax: 082-336877 Email: [email protected]

Homepage: www.mpb.gov.my

Terbitan Bahagian Pembangunan Pengeluaran & Usahawan Tani

dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak

7) Selepas 4 – 8 minggu, keratan bolehlah

ditanam di kebun. Jika tidak sempat ditanam

di kebun, keratan perlu dipindah ke polythene

beg dengan menggunakan medium tanah

campuran (2:1:1 campuran top soil, pasir dan

kompos).

CIRI-CIRI TAPAK SEMAIAN YANG DISYOR

KAN (Rujuk Lakaran 6)

1) Bahan perlindungan menggunakan shading

net.

2) Tinggi perlindungan adalah 2.5m – 3m

dihadapan dan 1.5m-2m di belakang.

3) Tinggi ‘Sand Bin’ adalah 30cm, lebar adalah

120cm.

4) Kecondongan keratan adalah 45 – 60 darjah. KERATAN LADA

Cadangan jarak penyemaian keratan di Sand Bin.

Lakaran 4

Lakaran 5

Lakaran 6

Keratan lada dalam polythene bag

DEFINISI BAHAN TANAMAN Bahan tanaman bagi lada adalah dari bahagian keratan. Keratan lada adalah diambil dari bahagi-an pokok lada yang sesuai yang dipotong dan kemudiannya dijadikan sebagai anak benih. Ia dicadangkan disemai di tapak semaian sebelum dipindah ke kebun.

CIRI – CIRI PEMILIHAN KERATAN 1) Diambil daripada pokok muda berusia 1 – 2

tahun 2) Pokok induk yang berusia lebih daripada 2

tahun akan melambatkan pertumbuhan mata tunas aksil.

3) Keratan mesti diperolehi daripada pokok induk yang sihat dan subur serta mempunyai akar yang banyak dan mencengkam supaya pertumbuhannya lebih cepat dan baik.

4) Bebas daripada serangan serangga perosak, penyakit dan kekurangan nutrient

5) Keratan mestilah daripada varieti yang disy-orkan iaitu Kuching, Semongok Emas dan Semongok Aman

LANGKAH – LANGKAH PENGAMBILAN KERATAN

1) Keratan lada mesti diambil daripada batang uta-

ma.

2) Pemotongan keratan boleh dijalankan dengan

menggunakan pisau.

3) Pisau atau sekateur hendaklah dibersihkan

sebelum digunakan bagi mengelakkan penyeba-

ran penyakit berjangkit.

4) Elakkan daripada mengambil pucuk muda yang

terdapat di hujung pokok (tiga buku dari atas).

Rujuk Lakaran 1.

5) Keratan mesti mempunyai 4 – 5 buku. Rujuk

Lakaran 1.

6) Pastikan 2 dahan cabang dikekalkan pada kedua

-dua buku yang paling atas sekali. Cabang dari 3

buku di bawah perlu dibuang. Rujuk Lakaran 2.

7) Keratan boleh dipotong 10-14 hari kemudian

apabila mata tunas baru tumbuh daripada aksil

daun Rujuk Lakaran 3.

Keratan lada

8) Keratan dipotong dan dipindah berhati-hati dari

tuat menggunakan bahagian belakang pisau tut

supaya keratan tidak rosak. Keratan ini sudah

boleh disemai di tapak semaian atau terus

ditanam di kebun pada musim landas (hujan)

Lakaran 1

Lakaran 2

Lakaran 3

Pemotongan keratan lada dengan menggunakan pisau