penyata rasmi parlimen dewan rakyat · s.s.d.k., s.sap., s.p.m.s., s.p.m.j., d.p. ... multimedia,...

87
Bil. 60 Khamis 1 November 2001 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA

Upload: phungthu

Post on 02-Apr-2019

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

Bil. 60 Khamis 1 November 2001

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA

MESYUARAT KETIGA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan (2002)

USUL

Anggaran Pembangunan 2002

Diterbit Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002

(Halaman 1)

(Halaman 14)

(Halaman 14)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001

SENARAI AHU DEWAN RAKYAT

Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N . .

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Sari Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu)

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato' Sari Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas)

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato' Sari Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis)

Menteri Ke~a Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput)

Menteri Perusahaan Utama, Dato' Sari Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N, D.P.C.M. (Beruas)

Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Maggie anak lrok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, Dato' Sari Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar)

Menteri Pertahanan, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan)

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato' Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei)

Menteri Luar Negeri, Datuk Sari Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh)

Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.I.M.P, S.M.J, P.I.S (Bakri)

Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Dr.

Siti Zaharah binti Sulaiman, S.I.M.P., D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar)

Menteri Penerangan, Tan Sri Dato' Sari Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan)

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu)

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Sari Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian)

Menteri Pembangunan Usahawan, Dato' Sari Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh)

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Haji Azmi bin Khalid, ,. D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)

Menteri Belia dan Sukan, Dato' Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

11 DR.1.11.2001

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Kinabalu)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu)

Menteri Pertanian, Datuk Effendi Norwawi (Kuala Rajang)

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.I.M.P. (Lembah Pantai)

Timbalan Yang di-Pertua, Dato' Haji Muhamad bin Abdullah, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran)

Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai)

Timbalan Menteri Penerangan Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol)

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah)

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A(Titiwangsa)

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri)

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, Dato' Kerk Choo Ting, D.P.M.P. (Taiping)

Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Chan Kong Choy, D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang)

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat)

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Douglas Uggah Embas, P.G.B .. K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong)

Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat)

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Aior Setar)

Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak)

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor)

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya)

Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak)

Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor)

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato' Zainal bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam)

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai)

Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 iii

Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Mohamed Khaled bin Haji Nordin

"

"

"

P.I.S. (Johor Bahru)

Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman (Beaufort)

Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut)

Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Late (Mas Gading)

Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato' Dr. Ng Yen Yen (Raub)

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Marsing)

Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban)

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato' Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi)

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin lsnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin)

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik)

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang)

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Tuan lr. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)

Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin)

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang)

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera)

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Sayan Baru)

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan 5. G. Sothinathan (Telok Kemang)

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato' Kosai (Muar)

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato' 5. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah)

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom)

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B., (Santubong)

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani)

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, Datuk Fu Ah Kiow, D.I.M.P. (Mentakab)

Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun)

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang)

Tun Abdul Ghafar bin Saba, S.S.M. (Batu Berendam)

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

iv DR.1.11.2001

Yang Berhonnat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, D.S.S.S.M.T. (Marang)

Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (Sungai Benut)

II

II

Tan Sri Dato' Sari Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Kangar)

Dato' Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai)

Tuan Abel. Rahman bin Yusof (Kemaman)

Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C, D.P. (Kota Samarahan)

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang)

Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Aior Gajah)

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun)

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok)

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, D.S.A.P. (Larut)

Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit)

Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Putah)

Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis)

Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu)

Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, D.P.M.S., A.S.A. (Hulu Lang at)

Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang)

Datuk Bung Mokhtar bin Radin, P.G.D.K., A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan)

Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Galang Patah)

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu)

Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara)

Puan Chong Eng (Bukit Mertajam)

Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)

Tun Dato' Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P. (Merbok)

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor, D.S.D.K. (Pendang)

Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah)

Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal)

Dato Goh Siow Huat (Rasah)

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit Buntar)

Tuan Hassan bin Mohamed (Besut)

Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas)

Dato' Hew See Tong, D.P.M.P., J.P. (Kampar)

Dato' Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (lpoh Barat)

Tuan Hoo Seong Chang (Kiuang)

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 v

Yang Berhormat Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian)

Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas)

"

"

"

"

Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram)

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Ja~is, S.I.M.P., D.I.M.P., (Rompin)

Dr. James Dawes Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong)

Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu)

Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman)

Tuan Joseph Mauh anak lkeh (Selangau)

Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau)

Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau)

Tuan Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran)

Dato' Kamarudin bin Jaffar, B.C.M, D.S.N.S. (Tumpat)

Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka)

Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang)

Tuan Kong Cho Ha (Lumut)

Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan)

Tuan Lee Kah Choon (Jelutong)

Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai)

Tuan Lim Hock Seng (Bagan)

Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong)

Dato' Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim)

Tuan Mah Siew Keong (Teluk lntan)

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena)

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau)

Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit)

Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau)

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading)

Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah)

Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai)

Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor)

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau)

Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa)

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli)

Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said Keruak, P.G.D.K. (Kota Belud)

Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh)

Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang)

Dato' Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K, P.J.M., (Balik Pulau)

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

Vl DR.1.11.2001

Yang Berhormat Dato'lr. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam)

Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus)

Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat)

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu)

Dato' Mustafa bin Ali, D.P.M.T. (Dungun)

Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah)

Tuan Nasharudin bin Mat lsa (Yan)

Tuan Ng Lip Yong (Batu)

Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar)

Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok)

Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang)

Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar)

Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam)

Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu)

Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, O.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang)

Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian)

Tuan Robert Lau Hoi Chew, J.B.S., (Sibu)

Tuan Ronald Kiandaa, A.S.D.K. (Beluran)

Datuk Ruhania bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong)

Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah)

Datin Paduka Hajah Saripah Noli binti Syad Hussin, D.S.S.A (Sapang)

Dato' Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik)

Tuan Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin)

Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau)

Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat)

Datuk Song Swae Guan, P.G.B.S. (Bandar Kuching)

Dato' Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan)

Puan Sukinam Domo (Satang Sadong)

Tan Sri Datuk Sari Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)

Dr. Syad Azman bin Syad Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu)

Tuan Taib Azamuddan bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling)

Tuan Tan Kok Wai (Charas)

Dr. Tan Sang Giaw (Kepong)

Datin Paduka Dr. Tan Yae Kaw, D.S.S.A (Kalang)

Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

Tuan Thong Fah Chong (lpoh Timur)

Dato' Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng)

Dato' Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu)

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 vii

Yang Berhormat Dato' nong Thai King, (Lanang)

"

" n

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh)

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S., P.B.S. (Satang Lupar)

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok)

Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K. (Tuaran)

Dato' Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang)

Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru)

Datuk Yong Teck Lee, P.G.D.K., P.J.N. (Gaya)

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang)

Dato' Seri Hajah Zaleha binti Ismail, D.P.M.S., S.M.S, K.M.N (Gombak)

Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap)

Dato' Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

MENTERimMBALAN MENTERI (SENATOR)

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin, K.M.N., P.A.T., D.P.M.P., J.S.M., P.J.N.

"

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia

Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M.

Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, K.M.N., D.S.D.K., D.I.M.P., D.S.A.P., P.J.N.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Kayveas, P.J.N.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, P.J.N., J.M.N., S.M.S., A.M.K.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

viii

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah

Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman

Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

JURUBAHASA SERENTAK

DR.1.11.2001

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah

Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Mazidah binti Mohamed

Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Zaiton binti Yaacob Abd. Talip bin Hasim Ramlah binti Mohd. Yusuff Jamilah lntan binti Haji Bohari Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Syed Azuddin bin Syed Othman Habibunisah Mohd. Azir Abu Bakar bin Hasan

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK Kamal bin Oyub Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

Hajah Paizah binti Haji Salehuddin

BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman Zafniza binti Zakaria Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Ruhana binti Mohd. Sani Mazlina binti Ali Norlaila binti Abdullah Sidi Alias bin Mohd. Nor

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Khamls, 1 November 2001

Mesyuarat dimulakan pada pukul10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengeruslkan Mesyuarat}

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Lau Ngan Slew [Sandakan] minta Mentert Oalam Negert menyatakan berapa banyak pendatang haram yang telah dihantar pulang ke negara asal mereka di antara tahun 1999 hingga 2001 dan apa langkah-langkah dan tindakan yang telah diambil untuk mencegah mereka dartpada balik ke Sabah lagi.

Tlmbalan Menterl Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua, perangkaan penghantaran pulang pendatang tanpa izin (PTi) di Sabah bagi tahun 1999 hingga Jun 2001 adalah seperti bertkut:

Tahun Flllpina Indonesia Lain-lain banasa Jumlah

1999 9 755 6,567 624 16946

2000 15 258 7,595 86 22,939

2001 (Jan-Jun) 5,233 3,522 74 9,119

Langkah-langkah dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk mencegah kemasukan pendatang tanpa izin ini ialah dengan menyekat kemasukan ataupun membuat pemertksaan ketat di pintu-pintu utama terutamanya di Pelabuhan Tawau dan Pelabuhan Sandakan serta mengadakan operasi berterusan secara bersepadu oleh agensi-agensi penguat kuasa dan pihak berkuasa tempatan.

Selain dartpada itu, hukuman keras juga dikenakan terhadap pendatang tanpa izin ini yang didapati masuk kali kedua secara tidak sah dengan mengenakan hukuman rotan mandator! sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 36, Akta lmigresen 1959 dan 1963.

Tuan Lim Hock Seng: Tertma kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat memberitahu, siapakah menanggung perbelanjaan untuk menghantarkan pendatang tanpa izin (PATI) inl balik ke negara asal mereka. Sekiranya mereka ditanggung oleh kerajaan kita, maka ia adalah satu beban yang besar dan juga satu kerugian kepada negara kita. Bolehkah Yang Berhormat tolong terangkan sama ada kita ada berbincang dengan kerajaan negara asal pendatang itu supaya kedua-dua negara berkongsi untuk perbelanjaan menghantarkan mereka balik.

Dato' Zalnal Abidin bin Zln: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat bagi Bagan, bagi menjawab persoalan ini, pada pertngkat awal dahulu memang tidak dapat kita adakan perbincangan kerana peraturan hendak menghantar balik pendatang tanpa izin ini yang pertama sekali, kita mesti mendapat pengesahan dartpada kerajaan­kerajaan yang berkenaan. Umpamanya, kalau kita mengesyaki, kerana pendatang tanpa izin ini tidak ada satu surat kenyataan bagi dirt mereka. Oleh sebab itu, dengan laporan dart mulut, dartpada orang yang berkenaan, kita terpaksa merujuk kepada kedutaan ataupun konsulat mereka masing-masing bagi mengesahkan bahawa orang yang ditangkap dan ditahan ini adalah dartpada bangsa yang berkenaan iaitu Indonesia, Thailand, Filipina, Bangladesh dan sebagainya. Setelah disahkan ini barulah kita boleh menghantar pulang.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

2 DR.1.11.2001

Peringkat awal yang saya katakan, tidak ada perbincangan ini kerana untuk mendapat pengesahan juga adalah memakan masa yang begitu lama, kerana negara yang berkenaan pun tidak akan menerima hanya dengan alasan-alasan yang mereka beri, kemungkinan akan tersilap dan menerirna orang asing dihantar ke negara mereka, setelah disahkan barulah dihantar pulang. Sememangnya perbelanjaan ini ditanggung oleh kerajaan kita. Ak.hir-akhir ini kita ada berbincang dengan Kerajaan Indonesia bagaimana kita hendak menghantar pulang khasnya ke Indonesia sahaja tetapi ini pun masih dalam perundingan bahawa Kerajaan Indonesia hanya berkemungkinan akan menawarkan kemudahan pengangkutan. Tetapi perbelanjaan pengangkutan mungkin ditanggung oleh kita sendiri.

Tetapi untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, perbelanjaan kita ambil untuk mengatasi pengurusan penghantaran pulang ini adalah daripada levi-levi yang kita pungut daripada pendatang dengan izin. lnilah sebahagian daripada pendapatan levi ini kita gunakan untuk mengurus, menghantar pulang pendatang-pendatang tanpa izin ini.

Datuk Lau Ngan Slew: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Di Sabah terdapat banyak pendatang asing tanpa izin tinggal di kawasan perumahan setinggan di Sabah seperti di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, BDC Sandakan, Icebox -Tawau. Apakah rancangan-rancangan atau tindakan telah diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Sekian, terima kasih.

Dato' Zalnal Abldln bin Zln: Tuan Yang di-Pertua, tindakan yang kerajaan ambil bukan sahaja hendak menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin yang tinggal di Pulau Gaya - Kota Kinabalu, BDC - Sandakan dan lain-lain. Tindakan yang kita ambil ialah untuk keseluruhannya. Tetapi kalau terdapat kumpulan-kumpulan pendatang tanpa izin tinggal di kelompok-kelompok perumahan yang berkenaan, adalah menjadi kebiasaan kepada pihak kerajaan mengadakan satu-satu operasi bagi mengesan pendatang-pendatang tanpa izin lni. T etapi sekiranya orang-orang In I tinggal di atas rumah yang tertentu, adalah menjadi sukar bagi kita kalau kita tidak mendapat laporan­laporan yang terperinci bagi menentukan bahawa pendatang-pendatang tanpa izin ini tinggal di rumah yang beralamat yang demikian, kerana ia akan menjadi kesusahan kepada orang-orang lain kalau kita membuat operasi rambang, kerana di setiap rumah kita mesti kejut. Adalah menjadi masalah kepada penduduk Pulau Gaya ataupun penduduk di BDC, Sandakan dan sebagainya. Oleh sebab itu, kalau kita dapat laporan maka kita akan menjalankan operasi ini.

Bilakah operasi ini kita jalankan, kita tidak beritahu kepada sesiapa pun. Biasanya pihak imigresen dan pasukan polis serta bantuan polis-polis PGA dan sukarela yang lain, kita menjalankan operasi-operasi mengikut masa dan penempatan yang telah diduduki oleh mereka ini. lnsya-AIIah, kita berharap bahawa laporan-laporan ini bukan sahaja daripada rakyat biasa, tetapi daripada para pimpinan yang lain juga kita boleh terima untuk mengurangkan masalah pendatang tanpa izin ini kita boleh jalankan dengan lebih sempurna. Terima kasih.

2. Dato' Serl Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan:-

(a) kegiatan pembakaran terbuka oleh pembalak dan kilang­kilang papan haram di Sarawak terutama sekali di Bintulu; dan

(b) kegiatan pembakaran oleh kilang-kilang papan di sekitar kawasan perindustrian Kemena dan Jepak yang telah menyebabkan pencemaran udara dan habuk serta menyebabkan kesihatan orang ramal te~ejas.

Tlmbalan Menter! Sains, Teknologl dan Alam Sekltar [Dato' Zainal bin Dahalan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menjawab soalan,

(a) Suka saya memaklumkan bahawa bagi tempoh Januari hingga September 2001, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu tidak mengesan sebarang kegiatan pembakaran terbuka oleh pembalak dan kilang-kilang haram di Bintulu, Sarawak. Walau bagaimanapun, kementerian ini bersedia

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001

mengambil tindakan susulan yang sewajamya sekiranya maklumat mengenai sebarang kegiatan pembakaran terbuka yang dilakukan.

(b) Suka saya memaklumkan bahawa kebanyakan kilang papan di kawasan perindustrian Kemena dan Jepak menjalankan pelupusan sisa-sisa kayu dengan cara pembakaran dalam incinerator yang diluluskan. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap kilang-kilang tersebut dan didapati pelepasan habuk dari incinerator adalah terkawal.

Untuk makluman Yang Berhormat, seterusnya Jabatan Alam Sekitar tidak menerima apa-apa aduan untuk tempoh Januari hingga September 2001 mengenai pembakaran terbuka iaitu dengan adanya pengawalan yang lebih ketat yang telah dijalankan ekoran daripada terdapatnya Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu yang sentiasa membuat pemeriksaan lebih kerap dan tlndakan penguat kuasa yang tegas diambil. Terima kasih.

3

Dr. James Dawos Mamlt: Terima kasih Tun, kegiatan pembakaran lni oleh kilang-kilang kadang kalanya berlaku di tengah-tengah malam, jika pegawai-pegawai penguatkuasaan sudah tldur. Pada sesi yang lepas Yang Berhormat Timbalan Menteri, Dewan ini meluluskan Rang Undang-undang Pindaan Akta Alam Sekeliling bagi menurunkan kuasa kepada pihak-pihak kerajaan tempatan untuk membantu pihak Jabatan Alam Sekitar menjalankan kerja penguatkuasaan. Setakat ini sejauh manakah penurunan kuasa ini dilakukan dan adakah usaha ini berkesan bagi kerja penguatkuasaan?

Dato' Zalnal bin Dahalan: Terima kasih Yang Berhormat daripada Mambong. Mengikut apa yang dapat kita rekodkan di slni, keglatan pembakaran dalam tempoh yang dinyatakan tadi tidak terdapat aduan. Bagaimanapun kami mendapati adanya masalah-masalah yang berkaitan dengan pelepasan habuk dan asap hitam yang dijalankan oleh pihak pengilang dan sebagainya termasuklah kegiatan yang dijalankan di waktu malam ataupun waktu cuti.

Berkaitan dengan penurunan kuasa yang telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar kepada beberapa pihak tertentu seperti pihak berkuasa tempatan, tahap penurunan kuasa adalah setakat ini bagi memberikan maklumat dan siasatan. Manakala tindakan-tindakan seterusnya terus masih dijalankan di bawah kuasa Jabatan Alam Sekitar sendiri.

Jadi kita dapati bahawa dari segi laporan-laporan memang ada kesan yang balk dan dengan itu kita dapati bahawa sebahagian daripada masalah pengawasan telah dapat diperluaskan menerusi kuasa yang telah diberikan kepada agensi-agensi tersebut. T erima kasih.

Tuan Chan See Ten: Tun Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan bagaimana pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dapat mempertingkatkan kerja penguatkuasaan untuk menangani masalah pencemaran seperti sama ada pihak kementerian akan mengarahkan atau mendatangkan secara mandatori iaitu pihak syarikat mesti wujudkan satu jawatankuasa audit alam sekitar di tiap-tiap syarikat dan mereka mesti tunjukkan berapa banyak perbelanjaan mereka aturkan untuk menangani masalah alam sekitar yang kemungkinan diwujudkan kerana operasi syarikat mereka, perkiraan mereka dan adakah pihak kementerian mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan turun kuasa kepada mereka sama-sama bertindak menggunakan usaha untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar. Sekian terima kasih.

Dato' Zalnal bin Dahalan: Terima kasih Yang Berhormat Galang Patah. Ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh di sini berkenaan dengan keberkesanan dari penguatkuasaan. Satu daripada perkara yang pemah saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, ialah masalah bilangan kakitangan yang dianggap tidak mencukupi dan kerana itu langkah yang pertama diambil ialah menurunkan kuasa kepada beberapa pihak tertentu untuk bersama-sama menguasai pada tahap ini dan pada masa akan datang mungkin memberikan kuasa untuk mengambil tindakan-tindakan di bawah kuasa-kuasa tertentu penguatkuasaan kualiti alam sekitar.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

4 DR.1.11.2001

Yang keduanya ialah penyusunan semula ataupun penambahan kakitangan yang sedang diuruskan oleh pihak kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar dengan pihak JPA.

Perkara ini masih lagi dalam rundingan dengan JPA untuk mengkaji berapa ramaikah bilangan kakitangan yang mungkin akan dipertimbangkan bagi menambahkan lagi kekuatan penguatkuasaan di bawah Jabatan Alam Sekitar untuk mengawasi masalah-masalah pencemaran dan sebagainya.

Perkara yang berkaitan dengan peranan, sumbangan, peruntukan dan mungkin sistem auditing yang dibuat oleh pihak-pihak kilang dan lain-lain agensi yang berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan penjagaan alam sekitar ini satu perkara baru dan saya fikir ini akan kita kaji dan bagaimanakah pandangan-pandangan yang telah disuarakan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat di sini supaya kita memberikan satu bentuk insentif dan sebagainya bagi agensi, pengilang dan sebagainya yang memberikan atau memperuntukkan di dalam belanjawan atau perbelanjaan mereka satu peruntukan untuk mengatasi atau mengawal perkara­perkara yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar. lni akan kita kaji. Terima kasih

3. Tuan Haji Tuan Alwi bin Jusoh [Pasir Puteh) minta Menteri Pertanian menyatakan apakah usaha kerajaan bagi memastikan petani bumiputera akan terus maju dan berjaya dalam arus pertanian negara.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato' Abu Bakar bin Taib]: Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha transformasi sektor pertanian ke arah sektor yang moden dan berdaya saing seperti digariskan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga, kaum bumiputera khususnya kaum petani, pentemak dan nelayan dan usahawan tidak pernah dilupakan.

Satu program khusus yang dinamakan Program Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) Kementerian Pertanian telah dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh dan terus dipergiatkan lagi dalam Rancangan Malaysia Kelapan.

Program ini mempunyai komponen-komponen yang berbentuk latihan, bimbingan, fungsi perdagangan dan juga pembiayaan di samping itu program-program perkembangan, latihan keusahawanan, latihan teknikal dan program-program lain turut disediakan yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi-agensi di bawah kementerian.

Menerusi program pembangunan MPPB dalam Rancangan Malaysia Kelapan pada akhir tempoh rancangan ini Kementerian Pertanian menyasarkan seramai 120 usahawan bumiputera yang berjaya dalam pelbagai subsektor pertanian dan digolong dalam kelompok bumiputera kelas menengah. Sekian terima kasih.

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih Tun dan kepada Setiausaha Parlimen. Dalam masa kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan petani bumiputera terus maju, soalan tambahannya adakah kerajaan sedar bahawa majoriti rakyat Kelantan khususnya majoriti petani-petani bumiputera di Kelantan ini masih lagi didiskriminasikan oleh kerajaan. Contohnya subsidi baja padi, subsidi barang-barang input pertanian dan sebagainya.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat soalan itu terkeluar, ya tak? Tetapi walau bagaimanapun saya cuba jawab. Kerajaan tidak pernah mendiskriminasikan mereka-mereka di Kelantan. Walau macam mana pun kalau Yang Berhormat ada bukti-bukti ataupun nama-nama mereka yang perlu diberi bantuan lnsya-AIIah kementerian akan timbang.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husln: Terima kasih Tuan Yang di­Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di atas jawapan tadi. Tun, kita melihat sekarang ini sektor makanan, import makanan terutamanya meningkat dari tahun ke tahun. Misalnya 1994 (RM9 bilion), 1999 (RM10 bilion), sekarang kita dengar RM13 bilion. lni satu angka yang membimbangkan dan dalam Dasar Pertanian Ketiga saya melihat bahawa tumpuan lebih diberikan kepada sektor swasta bagaimana pertanian ini dijalankan secara komersial, secara perdagangan yang lebih besar.

Kita melihat juga bahawa agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian, pengerusinya bukan lagi pada masa dahulu dipegang oleh pemimpin-pemimpin masyarakat yang berkemampuan dan berkebolehan tetapi hari ini pengerusi-

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 5

pengerusinya dipegang oleh ahli akademik, badan-badan korporat dan mereka ini mungkin tidak dapat melihat masalah petani yang sebenamya.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, bagaimana nasib petani-petani yang selama ini mendukung industri pertanian di negara kita dengan Dasar Pertanian Ketiga yang saya sebutkan tadi dengan dasar kementerian yang baru, bagaimana petani-petani ini dapat kita bawa dalam arus pembangunan supaya mereka dapat menggunakan pengalaman mereka selama ini supaya dapat kita tingkatkan untuk kita mengatasi masalah import makanan yang begini besar. Terima kasih Tun.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Untuk maklum Dewan yang mulia ini, sukacita saya tegaskan di sini bahawa, walaupun import makanan terdapat begitu banyak sekali tetapi 'net' importnya adalah lebih kurang RM6 billion. Sebab kadang-kadang kita import susu umpamanya dan re-export balik dan juga kita import gula, kita re-export balik dalam bentuk coklat dan lain-lain lagi yang berkenaan dengannya.

Walau bagaimanapun pihak kementerian sedar bahawasanya dalam hal ini kita perlu adakan program tertentu, malahan dari segi sektor perusahaan ini kita telah berjaya mengadakan tanaman misalnya, kita sudah be~aya, 66 usahawan yang berjaya dalam bidang tanaman, landskap dan nursery 9 orang, perikanan, perusahaan ikan laut dalam 41 orang, temakan ikan dan udang 49 orang, prosesan hasil perikanan 39 orang.

Dan subsektor temakan pula, temakan lembu dan kambing, 102 orang, ternakan ayam itik, 26 orang, ternakan puyuh 9 orang, prosesan hasil tenusu 12 orang.

Dalam prosesan makanan pula, 23 orang yang telah be~aya usahawan yang telah kita majukan, makanan ringan 38, bakery 20 orang, minuman 27, pengedaran dan pengeluaran bekalan ialah 49 orang, rekreasi dan agro-pelancongan 7 orang.

Semua ini kita buat untuk kemudahan orang ramai dan saya sukacitalah menyatakan di sini nama-nama seperti Halim Mohamad iaitu usahawan Melayu yang terdapat.

Dalam sektor herba pula kita ada Nasuha dan Nona Rogay yang be~aya dalam sektor herba dan Brahim, makanan segera. ltu yang telah kita adakan.

Tetapi walau macam manapun memang kita hendakkan input daripada pihak­pihak lain yang dahulu kita ada orang politik tetapi sekarang ini kita ada imput daripada pensyarah-pensyarah juga orang usahawan menerajui bidang-bidang tertentu dalam bidang pertanian. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Ali.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum soalan saya, izinkan saya Tuan Yang di-Pertua hendak mengucapkan selamat datang kepada penyokong dan pengundi Yang Berhormat Shah Alam yang ramai di belakang itu. Dengan izin, welcome to Parliament Malaysia. [Ketawa]. Soalan saya soalan no. 4 Tuan Yang di-Pertua. {Ketawa]

4. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan [Tebrau] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan membina masjid dan surau yang dikeluarkan oleh kerajaan daripada tahun 1997 sehingga September 2001.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menterl [Dato' Hajl Noh bin Hajl Omar]: Tun Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pembinaan masjid dan surau di peringkat negeri adalah dilaksanakan dan diuruskan oleh kerajaan negeri sendiri. Walau bagaimanapun pembinaan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan adalah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan pusat.

Oleh itu peruntukan dan perbelanjaan pembinaan masjid untuk Wilayah Persekutuan dari tahun 1997 hingga September tahun 2001 ialah sebanyak RM288.4 juta. Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Soalan tambahan sedikit Tun. lni kerajaan dah umumkan baru-baru ini semua kakitangan kerajaan dapat elaun, tentera sukarela dapat elaun, semua dapat elaunlah. Saya hendak tanya Yang Berhormat, bila lagi ini elaun imam, bilal dinaikkan lagi. lni bilal dan imam banyak ke~a kebelakangan ini. Mandi orang mayat, sembahyang orang mayat. Kita mati pun cari imam. Jadi tak ada timbangkah kerajaan hendak naikkan elaun imam-imam, bilal ini? Sila jelaskan. [Ketawa]

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

6 DR.1.11.2001

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat, di atas keprihatinan Yang Berhormat mengenai kebajikan imam-imam ini. Sebagaimana kita sedia maklum yang saya nyatakan tadi, urusan pentadbiran masjid adalah urusan negeri. Oleh itu kita dapati pada hari ini elaun imam-imam ini berbeza-beza di setiap negeri. Ada yang dapat RM100 sebulan, RM300 sebulan dan RM220 sebulan, RM150 sebulan dan berbagai-bagai terpulang kepada negeri masing-masing.

Oleh kerana tidak ada penyeragaman ini dan maka kerajaan telah pun membuat keputusan di mana kerajaan telah membuat keputusan supaya imam-imam masjid mukim dan kariah diberi elaun tetap bulanan yang seragam sebanyak RM450 seorang (Tepuk}. Pemberian ini adalah sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh imam-imam kepada agama, masyarakat dan negara.

Mengenai pemberian ini Tun, selama ini 450, ertinya kalau imam itu pada hari ini mendapat elaun RM200 sebulan, kerajaan pusat akan tambah sebanyak RM250 lagi. Kalau hari ini dia dapat RM1 00, kerajaan pusat akan tambah RM350 tetapi ianya tidak termasuk masjid-masjid daerah dan juga negeri dan juga masjid-masjid di Sabah kerana mereka ini imam-imam ini telah pun mempunyai gaji tetap. Mereka merupakan kakitangan kerajaan ada yang gred 7, ada yang grad 57, 59 dan juga yang gred 51.

Peruntukan ini akan melibatkan sebanyak 5,208 masjid di seluruh negara di mana ianya sudah tentu melibatkan 5,208 imam-imam kerana kita akan buat permulaan ini kita hanya member! setiap masjid hanya satu imam sahaja yang akan dapat elaun ini.

Tuan Yang di-Pertua, ianya melibatkan tambahan perbelanjaan sebanyak RM15.9 juta setiap tahun dan oleh kerana ini urusan agama, kita tidak seperti Kerajaan PAS di Terengganu ataupun di Kelantan, urusan agama pun hendak dipolitik, jawatankuasa masjid yang dipilih anak mukim pun ditukar-tukar, tetapi Kerajaan Pusat ini kerajaan Islam, kita tidak pilih bulu, fasal ini urusan agama maka lanya juga kita beri kepada imam-imam di Kelantan dan juga di negeri Terengganu. Dan di Kelantan dan di Terengganu ini kita melibatkan perbelanjaan, di Kelantan sahaja kita akan buat tambahan sebanyak sebanyak RM943,200 dan di Terengganu melibatkan RM765,000.

Tuan Yang di-Pertua, kita amat berharap bayaran ini akan kita bayar, kita bercadang untuk membayarkan elaun ini kepada imam-imam mulai bulan Oktober, November dan Disember tahun ini dan sekararig ini pekeliling telah pun kita beri kepada jabatan-jabatan agama negeri dan kita harap semua jabatan-jabatan agama negeri akan dapat memberikan ke~asama sepenuhnya supaya elaun-elaun ini dapat kita bayar menjelang hari raya ini, mudah-mudahan 5,208 orang imam inl akan mendapat durian runtuh sempena Aidilfitri ini. Terima kasih.

Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kita sangat mengalu-alukan kerajaan membina masjid dan surau di mana-mana di seluruh negara. Kerana masjid merupakan institusi terpenting dan tertua dalam Islam di mana ianya mual-mula sekali diasaskan oleh Rasulullah S.A.W. semasa berhijrah ke Madinah ai-Munawarah dan merupakan tempat yang boleh menjinakkan hati-hati manusia dengan Allah S.W.T. bagi semua peringkat masyarakat.

Soalan tambahan saya, adakah kerajaan sudah dan sedang merangka satu dasar yang boleh menarik hati golongan terutama orang-orang muda supaya berminat untuk mengimarahkan masjid dan surau atau dengan kata lain, hati mereka jinak dan dekat dengan masjid, maka dengan itu insya-AIIah boleh mengelak dari pelbagai gejala buruk, jenayah dalam masyarakat. Terima kasih.

Dato' Hajl Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat, terutama sekali saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana Yang Berhormat sebagai ahli PAS benar-benar faham mengenai fungsi sebuah masjid. Kalau semua ahli PAS dan penyokong-penyokong PAS di kampung-kampung faham seperti Yang Berhormat perkatakan, tidak timbul masalah masjid dipolitikkan. {Ketawa]

Mengenai cadangan Yang Berhormat, sesungguhnya kita memang sentiasa membuat program-program untuk mengimamhkan masjid. Kita ada program Rakan Masjid dan kita juga menggalakkan masjid-masjid membuat aktiviti-aktiviti di dalam perkarangan masjid. Ada kawasan-kawasan tertentu kita buat program dan kita hendak galakkan kalau boleh sukan juga dibuat di dalam kawasan masjid. Jadi, budak-budak muda ini, selepas mereka bermain sukan, bermain takraw, bermain badminton, sampai

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 7

waktu sembahyang mereka boleh berhenti bermain untuk menunaikan fardhu solat, selepas itu mereka boleh sambung bermain balik.

Tetapi kalau tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak, maka hasrat kerajaan ini tidak akan tercapai dan kita percaya usaha-usaha yang kita buat seperti yang saya umumkan tadi, yang mana kita memberikan galakan kepada imam-imam supaya mereka ini memberikan tumpuan dan kerjasama yang lebih untuk mengimatahkan masjid, supaya dengan adanya inisiatif yang baru ini akan memberikan satu galakan kepada imam untuk mengimatahkan masjid dan juga kita harap bahawa apabila imam-imam ini kita telah memberikan elaun, kita harap PAS janganlah pula mengambil kesempatan di atas apa yang telah kita beri faedah kepada imam-imam ini. Terima kasih.

5. Tuan Wilfred Madlus Tangau [Tuaran] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah perbezaan di antara tangga gaji, kuasa dan kedudukan jawatan dalam hierarki Jabatan Pendidikan, di antara pegawai pendidikan daerah (PPD) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kenapakah wujudnya perbezaan ini dan adakah kerajaan bercadang untuk menyelaraskan jawatan PPD di seluruh negara.

Setlausaha Parllmen Kementerlan Pendldlkan [Dato' Mahadzlr bin Mohd. Khlr]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Jawatan hakiki pegawai pendidikan daerah di Sabah dan Sarawak ialah pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma gred DGA4. Manakala di Semenanjung ialah pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah gred DG2. Saya harap Yang Berhormat dapat fahamkan ini. Oleh yang demikian, kedudukan jawatan dan tangga gaji pegawai pendidikan daerah di Sabah dan Sarawak adalah berbeza daripada pegawai pendidikan daerah di Semenanjung.

Di Sabah dan di Sarawak pegawai pendidikan daerah adalah bertanggungjawab kepada pegawai pendidikan bahagian yang mana pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah gred DG2 yang bertanggungjawab kepada Pengarah Pendidikan Negeri. Manakala di Semenanjung, pegawai pendidikan daerah adalah bertanggungjawab terus kepada Pengarah Pendidikan Negeri.

Untuk makluman, perbezaan ini wujud oleh kerana di Sabah dan di Sarawak terdapat pejabat pendidikan bahagian. Fungsi dan tanggungjawab pejabat pendidikan bahagian, di Sabah dan di Sarawak ini adalah setanding dengan pejabat pendidikan daerah di Semenanjung.

Kementerian memang bercadang mengkaji semula untuk menaikkan kedudukan taraf pejabat pendidikan daerah dan gred jawatan pegawai pendidikan daerah di Sabah dan Sarawak kepada pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah gred DG2 supaya dapat diselaraskan dengan pejabat pendidikan daerah di Semenanjung dengan mengambil kira keperluan memansuhkan pejabat pendidikan bahagian di Sabah dan Sarawak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, jumlah pejabat pendidikan bahagian di Sabah ialah sebanyak enam buah, manakala di Sarawak sebanyak tujuh buah. Jumlah pejabat pendidikan daerah di Sabah ialah sebanyak 26 buah, manakala di Sarawak ialah sebanyak 19 buah. Terlma kasih.

Tuan Wilfred Madlus Tangau: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas jawapan yang begitu baik tadi, begitu jelas. Soalan tambahan, di kawasan saya sebagai contoh terdapat dua pejabat pendidikan daerah iaitu Tamparuli dan Tuaran. Jumlah sekolah di bawah satu pejabat pendidikan daerah ini lebih kurang 40 buah dan sekolah-sekolah ini ada yang di tepi pantai dan ada yang di darat. Dan yang di darat ini kemudahan prasarana dari segi jalan raya begitu susah untuk berhubung dan sebagainya. Persoalan saya di sini ialah kenapakah penyelarasan itu mengambil begitu lama, sedangkan tugas pegawai pendidikan daerah sudah meningkat terutama sekali bukan sahaja memantau darl segi prasarana pendidikan tetapi juga dari segi memantau prestasi mengajar guru-guru.

Jadi, persoalan di sinl ialah jika sekiranya taraf PPD yang ada sekarang, dari segi kuasa, dari segi tangga gaji dan sebagainya dibiarkan dan tidak ditingkatkan, adakah kementerian sedar bahawa prestasi PPD itu sendiri tidak akan dapat meningkat, dan bilakah kerajaan bercadang untuk menyelaraskan jawatan PPD di Semenanjung dan di Sabah dan di Sarawak ini. Terima kasih.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

8 DR.1.11.2001

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali, di situ saya harus nyatakan di sini kepada Yang Berhormat, perbezaan gaji antara DG2 dan DGA4, misalnya gaji DG2 ialah RM3,544.20 hingga RM4,347.20. Begitu juga dengan elaun-elaun yang diperolehi DG2 itu ialah elaun sebanyak RM150, kalau elaun perumahan dia dapat RM700, kalau elaun keraian dia dapat RM550.

Jadi, soalnya di sini, Yang Berhormat harus faham, tadi telah saya nyatakan bahawa perbezaan gaji ini adalah disebabkan kerana kelayakan mereka. Yang seorang adalah lepasan ijazah, yang seorang lagi lepasan diploma. Jadi, ini yang mengambil masa pihak kami untuk menjawab soalan yang pertama itu, mengambil masa kepada pihak kami untuk membuat penentuan ini kerana kenaikan pang kat juga adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik seseorang itu. Jadi, harus Yang Berhormat fahamkan. Oleh itu, bukanlah pihak kami mengambil masa begitu lama dan cuai dalam hal ini. Saya berharap, tadi telah saya beri jaminan kita akan cuba menyelaraskan.

Keduanya, ialah mengenai dengan keadaan di Sabah di Sarawak, mereka perlukan orang di Sabah dan di Sarawak untuk menduduki jawatan itu. Kalau kita buka, sudah tentu orang dari Semenanjung yang ramai boleh dinaikkan pangkat di Sabah dan di Sarawak, sudah tentu Yang Berhormat daripada Tuaran akan terus "mengebom" [Ketawa] pihak Kementerian Pendidikan.

Begitu juga dengan taraf PPD ini hendak dinaikkan taraf. Saya faham, memang di Semenanjung pun kita juga bermasalah di mana satu-satu PPD itu menguasai dua daerah yang mana kalau dua daerah bayangkanlah berapa ratus buah sekolah dalam satu daerah dan kalau dua daerah bagaimana? Kita pun juga sedang mengambil langkah bagaimana supaya setiap daerah itu dikendalikan oleh PPD, memang cadangan Yang Berhormat bagi Tuaran, kita akan mengambil kira secara serius.

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih kepada jawapan daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen kerana memberi suatu keyakinan kepada pihak guru bahawa berlakunya kenaikan pangkat dalam perkhidmatan guru daripada DG3, DG2, DG1 dan disebutkan tadi DGA4 dan sebagainya. Logiknya kenaikan pangkat ini khususnya kepada jawatan pegawai pendidikan daerah (PPD) berlaku daripada pengalaman mereka yang pernah menjadi guru-guru besar dan sedikit peluang untuk mereka daripada guru-guru biasa.

Persoalannya, ialah dalam kes pe~awatan kepada pengarah pendidikan negeri, sejauhmana pihak kementerian mengambil kira dari pengalaman pegawai­pegawai di peringkat PPD ini untuk dinaikkan pangkat sampai kepada peringkat pejabat pendidikan negeri sama ada di peringkat timbalan pengarah ataupun pengarah. Sebab apa yang berlaku dalam kes yang terbaru di Kelantan, penolong pengarah negeri telah diberi peluang untuk memangku jawatan Pengarah Pendidikan Negeri, tiba-tiba yang datang untuk menduduki jawatan pengarah itu ialah seorang pengetua daripada maktab perguruan, minta penjelasan dalam isu ini. Terima kasih.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Saya mula-mula saya ingat Yang Berhormat Bachok hendak bangkitkan masalah PPD di Sabah dan Sarawak. Jadi Tuan Yang di-Pertua, boleh saya jawab mengenai dengan Kelantan?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila, sila.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih. Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi kebenaran, saya akan jawablah. Jadi, mengenai naik pangkat ini, memang kita tahu dalam perkhidmatan pendidikan ini begitu besar sekali. Pihak gurulah merupakan kakitangan kerajaan yang paling besar sekali di dalam perkhidmatan awam. lni saya tegaskan dalam skop perkhidmatan awam, gurulah yang paling besar sekali. Oleh yang demikian, saya kira daripada setiap masa kita telah membuat tinjauan untuk kenaikan pang kat ini dapat dilakukan secara teratur dan berkesan.

Bagi dalam kes Yang Berhormat Bachok bangkitkan tadi ialah mengenai dengan naik pangkat di negeri Kelantan. Memang kita faham di situ Yang Berhormat harus faham, bukan bermakna seseorang apabila dia memangku jawatan, kedudukan dia daripada Timbalan Pengarah kemudian dia acting, dengan izin, jawatan Pengarah tidak bermakna secara automatik dia dinaikkan. Yang Berhormat harus tahu dalam kenaikan pangkat itu dia ada DG2 dan DG1. Bagi mereka yang menjawat jawatan Pengarah Pendidikan Negeri, semuanya berjawatan DG1. Begitu juga dengan

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 9

pengetua maktab-maktab perguruan juga, kedudukan mereka ialah DG1. Dalam kes ini, orang yang mempunyai DG1 itu diberi keutamaan. ltu perkiraan dari segi kenaikan pangkat. Terima kasih.

Dato' lr. Mohd. Zln bin Mohamed (Shah Alam] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan bagaimanakah hasil kajian yang telah dijalankan untuk mewujudkan satu konsep kerahan tenaga di kalangan belia di negara ini. Apakah bentuk kerahan yang bakal diperkenalkan bagi mewujudkan semangat kenegaraan di kalangan belia dan bila ianya akan dilaksanakan.

Timbalan Menter! Bella dan Sukan (Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di­Pertua, cadangan untuk mewujudkan satu bentuk khidmat nasional di kalangan belia Malaysia telah dibangkitkan dalam Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang telah diadakan pada bulan Jun yang lalu. Cadangan ini adalah berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan semangat kesukarelaan dan patriotisme di kalangan belia kita. Buat masa sekarang Kementerian Belia dan Sukan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) yang bermatlamat untuk membentuk generasi belia Malaysia yang mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang mumi, mempunyai kekuatan rohani, fizikal dan mental serta menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai semangat kesukarelaan dan patriotisme yang tinggi.

Program PKSN ini sebenamya merupakan satu bentuk khidmat nasional atau national service, dengan izin, yang dirangka khas untuk belia yang sedang menunggu keputusan SPM. Program ini tidak bersifat ketenteraan yang bertujuan untuk keselamatan dan pertahanan negara, tetapi ianya Jebih menekankan aspek-aspek pembangunan diri generasi muda dari segi mental, semangat kenegaraan dan pemupukan nilai-nilai pembangunan komoditi masyarakat belia sebagai persediaan bagi meneroka ke alam dewasa.

Tuan Yang di-Pertua, daripada maklum balas yang diterima setakat ini sama ada dari para peserta sendiri ataupun dari kalangan ibu bapa, mereka berpendapat bahawa program ini telah pun banyak membantu peserta-peserta yang terlibat dalam mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dan gaya hidup yang mereka tidak perolehi di bilik darjah. Mereka sangat-sangat berharap program ini dapat diteruskan malah diperluaskan lagi pada masa yang akan datang.

Untuk makluman Yang Berhormat, seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita di dalam ucapan Belanjawannya pada 19 Oktober tahun ini, Program Khidmat Sosial Negara akan diperluaskan penyertaannya kepada 20,000 orang remaja setiap tahun mulai tahun 2002. Peningkatan bilangan peserta ini sesungguhnya akan memberi peluang yang lebih kepada para remaja khususnya mereka yang lepasan SPM untuk mengisi masa lapang mereka dengan program yang dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pembinaan sikap positif di kalangan mereka.

Dato' lr. Mohd. Zln bin Mohamed: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya hendak buat soalan penjelasan ini saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri ini, apa khabar ini? Dalam keadaan serangan yang bertubi-tubi ini, {Ketawa]. Sebagai pemimpin belia saya rasa tentu Yang Berhormat ada ketahanan yang ..... .

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Tuan Yang dl-Pertua: Tidak berkenaan itu.

Dato' Jr. Mohd. Zin bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, [Ketawa] jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ini saya mengalu-alukan, cuma yang kita sedar bahawa kalau kita lihat negara jiran di utara dan selatan telah pun memulakan Program Kerahan Tenaga ini secara military untuk mendisiplinkan rakyat dan kita lihat bahawa terutama di selatan dari segi kebaikan dalam mempertingkatkan disiplin telah pun timbul. Jadi, yang tidak faham yang kementerian mengemukakan PKSN lni dengan harapan ianya memberikan hasil yang dimaksudkan tetapi saya ingat dia punya kumpulan sasaran ini, dia terkeluar sedikit kerana kanak-kanak sekolah. Kerana takrif belia ini saya ingat pihak kementerian harus mengadakan definisi. Kalau macam itu pemimpin-pemimpin belia yang berumur 55 tahun ini patut kena pergi kerahan tenaga. Kalau tidak ada macam itu, jadi kumpulan sasaran mana yang kita

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

10 DR.1.11.2001

hendak ini, kumpulan yang memasuki ke pasaran yang memerlukan ketahanan diri ini. Terima kaslh.

Seorang Ahll: Masa sudah cukup.

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkanlah saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat bagl Shah Alam atas keprihatinan beliau terhadap saya.

Beberapa Ahll: [Ketawa]

Datuk Ong Tee Keat: .... dan saya bersyukur kerana setakat inl saya maslh slhat, khabar balk dan ketahanan itu tetap ada. Walaupun demlkian, berbalik kepada soalan tadl, saya lngin maklumkan kepada Dewan yang mulia lnl bahawa unsur ataupun dlmensl ketenteraan seperti mana yang diamalkan negara jlran klta ltu tidak dlterima pakal sebab keperluan kita agak berbeza berbanding dengan negara jlran klta. Seperti mana yang kita sedla maklum bahawa setakat lni soal pokok ataupun masalah yang perlu kita atasi adalah gejala soslal yang semakin menjadl-jadl, yang semakln menganggu-gugat masyarakat klta. ltulah sebabnya program lnl adalah dlkhususkan untuk mereka, untuk pelajar-pelajar kita, anak-anak remaja klta yang lepasan SPM khususnya.

Di samping ltu dalam pelaksanaan program ataupun dasar Kementerian Selia dan Sukan setakat ini kumpulan sasaran yang dlsasarkan itu terutamanya mereka yang berusla dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun, ltu blasanya diberi penekanan yang leblh sebab merekalah merupakan satu-satunya golongan usia yang mudah te~erumus, yang mudah te~ebak kepada pengaruh-pengaruh negatif. Seklan.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawl: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Soalan tambahan, dari segl teorinya program-program sedemikian ini adalah balk terutamanya dalam usaha untuk membanteras permasalahan gejala soslal dl negara kita terutamanya di kalangan generasi muda. Tetapi kalau klta melihat statistik yang ada, permasalahan gejala keruntuhan akhlak, gejala sosial di kalangan remaja semakln hari, semakin meningkat walaupun pelbagai program telah dlsedlakan, contohnya seperti Rakan Muda dan sebagalnya. Permasalahan yang ada, persoalan yang lngln saya timbulkan lalah dari segi role model dl kalangan belia. Golongan bella tidak nampak role model yang balk dalam masyarakat kita. Contohnya, Tuan Yang di­Pertua, Puteri UMNO sendirl dl Universiti Malaya, Ketua Puterl UMNO telah gig-crash dengan lzln, satu press conference yang dibuat oleh TNC Unlverslti Malaya dengan cara yang begltu tldak sopan dillhat, dlsaksikan oleh golongan remaja.

Yang keduanya, Tuan Yang di-Pertua, role model dalam konteks contoh yang berlaku dalam MCA sendlri.

Beberapa Ahll: [Tepuk]

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawl: Pemuda MCA baling kerusl, baling meja. Jadl apakah lnl boleh menjadl satu role model kepada generasi muda bila mereka melihat pemimpin-pemimpin belia, pemlmpin-pemimpin pemuda berkelakuan tidak senonoh dalam konteks kepimpinan di negara kita.

Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu, walaupun beliau membangkitkan perkara yang saya nampak terpesong daripada apa yang dibangkitkan sebelum ini. Walaupun demikian, tetap saya hendak maklumkan Yang Berhormat bahawa sebenamya pelaksanaan Program Khldmat Soslal ini adalah semata-mata untuk mencegah golongan remaja kita khususnya kumpulan sasaran kita daripada te~erumus, daripada terjebak kepada pengaruh negatif dan bukannya membanteras segala gejala sosial seperti mana yang didakwa tadi. lni yang pertama.

Yang keduanya, bersabit dengan role model. Role model ini saya tertarik juga dengan ungkapan atau istilah yang digunakan tadi oleh Yang Berhormat, sebab sekurang-kurangnya Yang Berhormat juga cuba hendak faham apa yang kementerian saya tengah buat sekarang ini. Role model ini seperti mana yang pemah berkali-kali saya cakap dalam Dewan yang mulia ini, ianya tetap merupakan satu-satunya dimensi yang utama dalam pelaksanaan-pelaksanaan Program Rakan Muda alaf baru. Role model yang sihat biasanya ditonjolkan tetapi berbalik kepada apa Yang Berhormat bangkitkan tadi khususnya isu-isu yang berbau politik itu kenalah saya jawab juga.

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 11

Yang Puteri UMNO dan sebagainya, saya rasa Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak sepatutnya hubungkaitkan kes yang berkenaan dengan role model yang saya sebutkan tadi. lanya memang irrelevant, dengan izin, ini yang pertama.

Yang keduanya, bila Yang Berhormat ambil kesempatan atas apa yang berlaku ataupun kekeruhan yang berlaku dalam parti saya, saya memang boleh faham motif Yang Berhormat tetapi kana saya jawab Yang Berhormat juga dalam Dewan yang mulia ini. laitu Yang Berhormat tidak pun sekali-kali dapat fakta yang sahih, itulah yang saya rasa kecewa sebab takkanlah pihak yang terkilan pula dipertuduhkan, dipersalahkan. Yang Berhormat sanggup membuat dakwaan yang putar belit menyatakan bahawa Ketua Pemuda iaitu saya sendiri yang baling kerusi dan saya sanggup cabar Yang Berhormat supaya mengulanginya di luar Dewan ini. [Tepuk]

Akhir kata, Tuan Yang di-Pertua, belum habis cerita lagi. Walaupun demikian, saya tetap hargai keprihatinan Yang Berhormat. Ha, ini kena puji sedikit tetapi eloklah Yang Berhormat tujukanlah keprihatinan Yang Berhormat terhadap semakin meningkatnya gejala sosial khususnya kes-kes HIV yang sedang berlaku di negeri Kelantan yang diperintah oleh Kerajaan Negeri PAS. Sekian, terima kasih. [Sorak] [Tepuk]

Beberapa Ahll: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, [menggeleng kepa/a], sudah cukuplah, Yang Berhormat. Dua orang sudah berucap dan bertanya soalan.

[Soalan No. 7 - Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [Keningau] tidak hadir]

[Soa/an No. 8- Y.B. Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor (Pendang] tidak hadir]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad Husni.

Dato' Hajl Ahmad Husnl bin Mohd. Hanadzlah: [Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Rompin. Mmm .. dia tidak hadir, sudahlah. Ehl

Dato' Hajl Ahmad Husnl bin Mohd. Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, ....

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.

Puan Fong Po Kuan: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Nanti kejap, ada Peraturan Mesyuarat.

Puan Fong Po Kuan: Peraturan Mesyuarat.. ..

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Puan Fong Po Kuan: 21 (1) ya, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ada apa?

Puan Fong Po Kuan: lni saya hendak tanya, apakah Ahli Parlimen dari Barisan Nasional tidak perlu mengikuti Peraturan Mesyuarat ya? Soalan ini telah melebihi 40 perkataan ya, Tuan Yang di-Pertua. Mereka sentiasa mendapat privilege ya, Tuan Yang di-Pertua? Nampaknya dalam Dewan soalan dikemukakan lebih 40 perkataan pun boleh dikemukakan dalam Dewan ya? Apakah ini privilege kepada pihak sana ya, Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, merujuk ....

Puan Fong Po Kuan: Saya telah kira ada lebih kurang 63 perkataan Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Puan Fong Po Kuan: Mereka selalu boleh berjumpa dengan Menteri untuk bincang drat Rang Undang-undang. Kita sebelah sini tidak dipanggil, dalam Dewan ini soal jawab mereka pun ada privilege ya Tuan Yang di-Pertua? Saya persoalkan sahajalah. Saya pun hendak jawapan tetapi saya hendak persoalkan apa ini tidak perlu ikut peraturan. Pohon rulinglah, Tuan Yang di-Pertua.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

12 DR.1.11.2001

Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa] Ya, ya, ya, Yang Berhormat. Baiklah, kita ambil ambil perhatianlah ya.

9. Dato' Hajl Ahmad Husnl bin Mohd. Hanadzlah [Tambun] minta Perdana Menteri menyatakan adakah kemerosotan prestasi agensi-agensi Kerajaan antaranya KWSP, L TH dan Bank Pembangunan mendesak Kerajaan untuk membuat kajian menyeluruh ke atas pengurusan, kepakaran, kewangan dan prestasi semua agensi­agensi Kerajaan yang terlibat dalam pengurusan dana dan pembangunan ekonomi. Tidakkah Kerajaan bercadang memperkenalkan kakitangan profesional 'dan' sistem pengurusan baru dalam semua agensi Kerajaan yang terlibat dalam kegiatan pengurusan dana dan ekonomi Kerajaan seperti yang dilakukan ke atas KWSP dan LTH.

Tlmbalan Menterl Kewangan [Dato' Dr. Hajl Shafle bin Hajl Mohd. Salleh]: Tuan Yang di-Pertua, kemelesetan ekonomi negara yang bermula pada pertengahan tahun 1997 telah memberi kesan kepada pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan institusi-institusi kewangan. Secara keseluruhannya prestasi agensi­agensi kerajaan yang terlibat dengan pengurusan dana telah menunjukkan peningkatan kecuali pada tempoh kemelesetan di mana terdapat penurunan selari dengan penurunan prestasi semua pihak yang telah terjejas akibat kemelesetan. Namun begitu prestasi agensi-agensi tersebut masih boleh dianggap sebagai kukuh dan tinggi apabila diambil kira persekitaran pertumbuhan ekonomi global yang perlahan.

Pada keseluruhannya agensi-agensi tersebut telah diurus dan ditadbirkan oleh pengurusan yang profesional, cekap dan berwibawa di mana mereka telah mengambil berbagai langkah dan pendekatan bagi membendung kesan kemelesetan ekonomi. Kerajaan sentiasa memantau prestasi syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan (MKD) dan semua agensi kerajaan yang terlibat dengan pengurusan dana dan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan pengurusan kewangan dan pelaburan, memantapkan tadbir urus korporat, meningkatkan profesionalisme pemantauan dan kawalan. Dalam hubungan ini langkah-langkah tertentu yang dilaksanakan termasuklah:

(i) mengasingkan kuasa Pengerusi dan Ketua Eksekutif. Kerajaan tidak lagi melantik Pengerusi Eksekutif dalam agensi-agensi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji (L TH) dan Bank Pembangunan dan lnfrastruktur (BPIMB) dan di syarikat­syarikat MKD;

(ii) mengehadkan keanggotaan Ketua Eksekutif di dalam Lembaga Pengarah syarikat yang lain bagi memastikan mereka memberikan tumpuan terhadap tugas utama masing-masing; dan

(iii) melantik lebih ramai golongan profesional sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Panel Pelaburan.

Dato' Hajl Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, selain daripada badan-badan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, saya dapati banyak agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan dana dan ekonomi yang mung kin tidak dilihat oleh Yang Berhormat. Persoalannya, badan-badan ini sepatutnya lebih merupakan badan-badan korporat.

Di samping itu, saya dapati bahawa pihak kerajaan melalui JPA begitu melindungi perkhidmatan awam menyukarkan golongan profesional untuk memasuki bidang perkhidmatan awam yang sepatutnya perlu untuk memastikan agensi-agensi tersebut berjaya terutama masalah dari segi untuk pewujudan skim kerja, kenaikan pangkat, latihan dan sebagainya.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan sistem yang lebih fleksibel? Pertama, membuat kajian ke atas agensi-agensi tersebut keseluruhannya melihat kepada pengurusannya, dan yang kedua fleksibiliti dari segi skim-skim gaji, jawatan dan sebagainya supaya selaras dengan kehendak pasaran.

Terima kasih.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 13

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang ini JPA sedang mengkaji supaya kita dapat lebih fleksibiliti dalam kenaikan pangkat dan juga struktur organisasi. Kalau dulu kita ada pyramid structure - dengan -izin, sekarang ini kita ada flat organization. lni bermakna bahawa tiap-tiap anggota akan diberi peluang untuk membuat decision (decision-making), tidak lagi melalui tangga-tangga yang begitu banyak. Selain daripada itu, skim gaji juga akan diperlihat dan ini akan terangkum dalam satu proses yang dinamakan administrative re-invention ataupun administrative re-engineering.

Terima kasih.

Tuan Husam bin Haji Musa: {Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kubang Kerian.

Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan bahawa Kementerian Kewangan sentiasa memantau badan-badan kewangan dan berkanun yang ada di bawah Kementerian Kewangan. Saya ingin tahu, mengikut laporan audit Kumpulan Wang Amanah Pencen telah melakukan pelaburan tanpa melalui kelulusan panel pelaburan. Mengapakah keadaan serupa itu boleh berlaku jika pemantauan itu berlaku?

Dan, Tuan Yang di-Pertua, dalam soalan saya sebelum ini kepada Timbalan Menteri saya telah bertanya di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan ada satu agensi yang dinamakan Arena Target yang diberikan setengah bilion loan. Saya belum mendapat kepastian apakah sebenarnya tujuan loan tersebut dan apakah aktiviti Arena Target supaya kita dapat mengetahui kenapa peruntukan sebesar itu diberikan.

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana saya katakan tadi bahawa di peringkat Kementerian Kewangan sendiri satu bahagian baru telah pun ditubuhkan iaitu bahagian penyelarasan syarikat-syarikat MKD, penswastaan dan juga pengurusan awam bagi memantau dan menyelia semua syarikat MKD bagi agensi awam dan kita sedang mengisi jawatan-jawatan berkenaan supaya ianya lebih mantap lagi.

Selain daripada itu, semua Ahli Lembaga Pengarah yang mewakili Kementerian Kewangan dalam syarikat-syarikat MKD yang berkenaan perlu memainkan peranan pemantauan yang lebih aktif di peringkat lembaga. Dan oleh kerana itu semua pegawai Kementerian Kewangan yang dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah diwajibkan menghadiri kursus seperti yang dikatakan being an effective director dan juga seperti public-listed company mereka terpaksa juga menghadiri kursus dalam konteks corporate governance.

Mengenai Arena Target ini oleh kerana ianya baru muncul, dulu saya katakan tidak ada di dalam rajah yang saya terangkan hari itu, saya akan cuba beri jawapan secara bertulis.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, yang ini saya katakan tadi bahawa Kementerian Kewangan sentiasa memantau dan bahagian ini baru ditubuhkan. Jadi, kita harapkan dengan adanya bahagian baru yang saya katakan tadi, kita hendakkan lembaga-lembaga pengarah dan pegawai-pegawai di kementerian yang menghadiri mesyuarat-mesyuarat directorship itu akan lebih efektif lagilah.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, masa untuk Jawab Lisan selesai.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

14

RANG UNDANG-UNDANG DAN USUL

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2002

Bacaan Kall Yang Kedua

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 2002

DR.1.11.2001

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, MBahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2002 di bacakan kali yang kedua sekarang• dan MBahawa usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis".

MBahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih tiga puluh tiga bilion lima ratus tiga puluh enam juta empat ratus sembilan puluh satu ribu enam ratus tiga puluh ringgit (RM33,536,491,630) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2002, bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 2002 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 31 Tahun 2001 adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran­butiran itu di ruangan Iapan dan sembilan senarai tersebut, hendaklah disahkan. [31 Oktober 2001]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, ramaikah lagi yang hendak berucap?

Beberapa Ahll: Ramal. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Oh, ya. [Disampuk]

Dato' Kamarudln bin Jaffar: Tuan Yang di-Pertua, saya sambung yang semalam.

Tuan Yang di-Pertua: Nantilah. (Ketawa). Baiklah Yang Berhormat, kalau macam ltu saya terpaksa mengehadkan masa. [Sorak] [Disampuk]. Saya akan berikhtiarlah supaya tiap-tiap ahli boleh berucap, tetapi jikalau tidak boleh bolehlah kita berucap - kalau boleh - yang mana yang sesuai dalam masa Jawatankuasa. [Disampuk]. lyalah, iyalah. Minta maaflah kerana bukanlah tiap-tiap kali dalam Dewan Mesyuarat mana-mana negeri pun kesemua ahli boleh berucap. Tidak pemah ada. Kali ini luar blasalah Yang Berhormat. Ramai yang hendak berucap.

Ahli Yang Berhormat bagi Tumpat sila sambung. Yang Berhormat ada 15 minitlagi.

11.08 pagl.

Dato' Kamarudln bin Jaffar [Tumpat): 15 minit. Terima kasih Tuan Yang di­Pertua. Semalam dalam bahagian pertama ucapan saya kita telah menyentuh berkenaan dengan masalah dalaman ekonomi negara yang mana oleh sebab negara kita terlalu menumpukan seluruh kegiatan ekonominya termasuk eksport kepada Amerika Syarikat dan Jepun sahaja dan oleh kerana ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun telah menurun - lebih-lebih lagi selepas peristiwa 11 September - maka keadaan ekonomi Malaysia menjadi lebih teruk pada sekarang ini.

Saya juga telah menyebutkan oleh kerana itulah negara Malaysia dalam dasar luarnya kerana terlalu terikat dengan Amerika Syarikat, dan amat susah untuk membuat keputusan dan pendirian yang jelas tentang keadaan serangan oleh Amerika Syarikat terhadap Afghanistan ini.

Saya juga telah menyebut tentang bagaimana Yang Berhormat Menteri Luar Malaysia sebelum lagi Afghanistan diserang oleh Amerika Syarikat hanya kerana telah bertemu dengan Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Menteri Luar Malaysia telah mengatakan Malaysia bersetuju bahawa Amerika Syarikat ada niat yang balk untuk

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 15

menyerang Afghanistan. lnilah kebimbangan kita dan kesedihan kita bahawa negara kita telah memberikan - dengan izin - endorsement dengan begitu jelas kepada Amerika Syarikat untuk menyerang negara Afghanistan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah adakah Menteri Luar sedar bahawa alasan Britain yang Afghanistan ...

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun Yang Berhormat. Ada yang bangun.

Dato' Kamarudln bin Jaffar: Kalau boleh, saya ada masa yang amat terhad. Kalau boleh saya akan bagi untuk Rompin.

_ Tuan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi, Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat selepas ini hendak bagi siapa-siapa bangun minta penjelasan?

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Kalau boleh saya tidak mahu bagi kalau masa tidak cukup, Tuan Yang di-Pertua.

Adakah Yang Berhormat Menteri Luar sedar yang alasan Britain bahawa Afghanistan mesti diserang kerana melindungi Osama bin Laden adalah tidak konsisten dengan dasar Britain sendiri? Britain ada masalah dengan pengganas IRA- dengan izin - Irish Republican Anny yang inginkan Northern Ireland menjadi sebahagian daripada Republic of Ireland dan bukannya sebahagian daripada United Kingdom. Tentera IRA ini telah mengganas, membunuh dan menyerang anggota pasukan keselamatan Britain, tempat-tempat di Britain, di London, bangunan orang ramal di Britain selama lebih daripada 30 tahun dan tentera IRA ini berpengkalan di Republic of Ireland. Semua orang tahu.

Soalan kita, kenapa Perdana Menteri Britain, Tony Blair, tidak mengarahkan serangan tenteranya ke atas Republic of Ireland kerana Republic of lrelandlah yang melindungi tentera-tentera IRA yang mengganas di Britain itu? Adakah kerana Republic of Ireland orangnya berkulit putih manakala Afghanistan bukan? Adakah kerana Republic of Ireland seagama walaupun berlainan mazhab dengan mereka dan Afghanistan orangnya beragama Islam? lni hipokrasi Barat yang mesti sama-sama kita dedahkan dan inilah yang menjadikan kita begitu tidak bersetuju dengan sikap Amerika atau Britain atau mana-mana negara Barat yang sedang menyerang Afghanistan sekarang ini!

Kalau di pihak Amerika pula alasan mereka untuk menggantikan Kerajaan Taliban adalah kerana Kerajaan Taliban itu tidak demokratik, adakah Yang Berhormat Menteri Luar kita yang menyokong Amerika ini sedar bahawa tentera Amerika menggunakan pangkalan-pangkalan di Pakistan antara lainnya yang mana Pakistan itu Presidennya Jenera I Pervez Musharraf adalah lebih tidak demokratik daripada Tali ban dan mendudukl kerajaan secara rampasan kuasa? Cadangan kuasa Barat untuk memberi kuasa kepada Northern Alliance adalah lagi aneh. Northern Alliance hanyalah gabungan kumpulan-kumpulan etnik kecil yang menguasai peratusan yang amat kecil bumi Afghanistan. Namanya pun Tuan Yang di-Pertua, Northern Alliance bererti Pakatan Utara ataupun nama yang lebih terkenal di Malaysia Perikatan Utara. Kalau Barisan Altematif di Malaysia yang berkuasa di dua negeri dan mempunyai majoriti kerusi Parlimen di Kedah lagi pun Back-benchers UMNO tidak mahu iktiraf, bagaimana pula Malaysia boleh mengiktiraf Northern Alliance sebagai kerajaan Afghanistan? [Sorak] [Tepuk].

Berkenaan dengan Kerajaan Taliban adakah ianya sebegitu teruk seperti apa yang digambarkan oleh media Barat dan media-media Kerajaan Malaysia sendiri? Mengikut majalah Asiaweek seorang doktor Jepun yang bemama Dr. Tek-su Nakamura yang bekerja dengan pesakit-pesakit di Afghanistan selama 17 tahun telah memberikan gambaran yang positif tentang suasana di Afghanistan di bawah pemerintahan Taliban.

Dengan izln, Tuan Yang di-Pertua saya baca sedikit petikan daripada Asiaweek. Kata Dr. Nakamura: " ..... that from what I have seen the Taliban are being wrongly portrayed internationally. There is something wrong with the media reports ... ". Kata Dr Nakamura lagi:- "This talk of the Taliban being vicious and disliked doesnY fit with reality ... " Nakamura says that " ... the fundamentalists have wide support from the population particularly ini rural areas. Otherwise," kata Nakamura, "How can they rule 95% of the country with only 15,000 soldiers?

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

16 DR.1.11.2001

Satu lagi yang dijelaskan oleh Dr. Nakamura berkenaan dengan kedudukan wanita adalah tidak betul. Kata Nakamura: "Women are not deprived of education or jobs as far as I can see. In fact," kata beliau, "Half of the local doctors at my clinic are women". Separuh daripada doktor-doktor yang berkhidmat di klinik beliau adalah wan ita.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, satu tokoh yang dirancang oleh Barat untuk menggantikan pemimpin Taliban, Mullah Mohamad Omar, ialah orang yang bemama Abdul Haq. Dengan sokongan dan keljasama daripada kuasa Barat pada suatu hari minggu lalu Abdul Haq masuk ke Afghanistan, tetapi oleh kerana tidak ada sokongan daripada rakyat Afghanistan beliau dikepung, diserang dan akhimya ditangkap pada 26 Oktober dan dihukum bunuh. lnilah yang jelas menunjukkan dan kita ada buktinya bahawa Abdul Haq, mengikut laporan daripada akhbar The Observer London, apabila beliau dengan kumpulannya yang mengikut laporan ini hanya mempunyai 50 orang tribesmen sahaja pengikut beliau, apabila beliau diserang, mengikut petikan daripada laporan ini beliau terpaksa menggunakan - apabila tengah dikepung - satellite phone nya untuk telefon ke Pakistan. Dan di Pakistan yang menjawab telefon itu ialah orang yang bemama James Richie, "A wealthy American with a bizarre range of connections" dan berkawan pula dengan orang yang bemama Robert Me Fallen yang merupakan bekas penasihat keselamatan kepada Presiden Reagan dulu lagi.

Me Fallen ini pula menghubungi Amerika Syarikat, CIA at the Operation Centre in Verginia dan meminta bantuan CIA. CIA menjawab, the agency said they would do what they could to have in the end, kata laporan ini it was not much, maknanya CIA pun tak dapat menolong apabila rakyat Afghanistan tidak menerima mana-mana pemimpin yang ditonjol oleh mereka. Apabila Afghanistan diserang dengan sebegitu ganas oleh kelengkapan canggih tentera Barat, reaksi segera sebahagian besar umat manusia dan hampir semua orang-orang Islam seluruh dunia ialah untuk membantu rakyat Afghanistan. Apabila seruan jihad dibuat oleh pemimpin-pemimpin Islam seluruh dunia termasuk PAS untuk membantu Afghanistan yang memeranjatkan kita ialah UMNO dan ulamak-ulamaknya menentang tindakan ini. Apakah yang dahsyat dan militan sangat hasrat dan tindakan untuk membantu satu masyarakat...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' HajJ Muhamad bin Abdullah]: Ya ... Rompin berdiri Yang Berhormat. Tumpat, Rompin berdiri.

Dato Kamarudin bin Jaffar: Tida ada itu, 33(6) merujuk kepada peraturan ....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Peraturan tidak kira tidak ada ... kena duduk dahulu Yang Berhormat. Ya peraturan apa?

Dato' Dr. Haji Jamaludln bin Dato' Mohd Jarjls: Tuduhan yang tidak benar. {Disampuk] Cakap yang kenyataan. Perdana Menteri kata kita tidak menyokong Amerika mengebom Afghanistan, jelasnya PAS sekarang ini dengan cuba .... .. {Disampuk] .

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, tidak apa Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat.

Dato Kamarudln bin Jaffar: Saya teruskan Dato'. Apakah yang dahsyat dan militan sangat hasrat dan tindakan untuk membantu satu masyarakat dan negara yang persamaan sejarah, agama, sosial dan ekonominya ada dengan kita, apabila negara itu diserang? Apakah konsep menolong negara sekedudukan dengan kita yang diserang secara ketenteraan yang berterusan selama 4 minggu sekarang ini suatu perkara yang salah? Dari sudut agama amat jelas yang kita mesti bantu negara umat yang diserang sebegitu rupa. Dari segi politik pula, kalau Amerika dengan Britainnya, Germannya, Belandanya, Perancisnya dan negara-negara lain boleh berpakat untuk menyerang atau mempertahankan diri melalui peljanjian yang dipanggil pakatan NATO, kenapakah pula negara dan masyarakat lain tidak boleh? NATO sekarang ini telah menggunakan apa yang dipanggil artikel 5 yang mana apabila sesebuah negara mereka diserang, mereka akan menganggap seluruh negara-negara pakatan itu juga diserang. Sebab itulah mereka menyerang balik Afghanistan. Walaupun tidak ada asas untuk menyerang Afghanistan.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 17

Malaysia sendiri juga ada pel]anJian pertahanan seperti NATO iaitu Five Power Defence Arrangement atau FPDA. Dalam pe~anjian lima negara ini Malaysia, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Singapura bersetuju jika mana satu negara dlserang, mereka mestilah berbincang dan mempertahankan negara yang diserang. Adakah ini bermakna Malaysia lebih bersedia mempertahankan atau be~ihad untuk menyelamatkan Britain, Australia, New Zealand dan Singapura dan perbuatan ini tidak militan tetapi ianya menjadi militan kalau mempertahankan Afghanistan? Adakah ini sikap kerajaan sebuah negara yang sekarang di anggap oleh UMNO sebuah negara Islam? [fepuk]

Adakah negara kita, sudah menerima bantuan khas daripada Britain? Sebabnya sebagaimana yang saya sebut dahulu, Britain telah dikatakan menjanjikan kepada Kerajaan Malaysia peralatan-peralatan yang berbentuk alat-alat untuk mengintip yang disebut dalam akhbar di Guardian ini, London telah offer to Malaysia sophisticated intelligent surveillance kit to use against internal defence, maknanya Britain mengikut laporan intelligent Barat telah menggunakan pengaruh dan kuasanya untuk memaksa Malaysia menyokong tindakan mereka kerana mengikut laporan ini British Intelligent Sources said interception and surveillance equipment to enable rigid regime like Malaysia to spy on their own people is being offered as a sweetener to state such as Malaysia offering information about Bin Laden dan AI-Qeada.

Sekarang serangan Amerika di Afghanistan sudah dalam minggu ke-4. Osama bin Laden dan kerajaan Taliban masih bertahan tetapi ratusan kalau pun tidak ribuan rakyat termasuk orang tua, orang sakit, wanita dan kanak-kanak telah terbunuh. Kadar pengeboman dan janis senjata dan born dan hari ini kita dengar pula cluster born digunakan dan peluru juga bertambah dahsyat. Strategi Amerika untuk pengeboman terhad atau targeted bombing sudah menjadi sudah menjadi 'carpet bombing'. Manakala pengeboman ke atas Afghanistan bertambah dahsyat bukti tentang jenayah Osama bin Laden menjadi semakin lemah, teori-teori baru ...

Timbalan Yang di·Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat, masa dah cukup.

Dato' Kamarudln bin Jaafar: lnsya-AIIah .... teori-teori baru tentang peristiwa September 11, nampaknya melibatkan pula kumpulan-kumpulan dan negara-negara lain. Kesalahan membuat kesimpulan dan pertuduhan terlalu awal ini juga berlaku dalam kes ....

Timbalan Yang di·Pertua [Dato' HajJ Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Dato' Kamarudln bin Jaafar: Saya habiskan ayat ini, dalam kes serangan Anthrax, yang mana hari ini Amerika mengaku bahawa serangan Anthrax terhadap Amerika Syarikat itu bukannya datang daripada Iraq ataupun Osama bin Laden atau Taliban tetapi daripada ekstremis-ekstremis dalaman di Amerika Syarikat itu sendiri. lnilah keadaan yang berlaku dan kita amat sedih dan kecewa Tuan Yang di-Pertua bahawa kerajaan Barisan Nasional nampaknya tidak dapat membuat keputusan yang tegas daripada awallagi peristiwa ini berlaku. Terima kasih.

Tlmbalan Yang dl-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa dah Jimitya, 15 minit, Wangsa Maju, Wangsa Maju .. ya 15 minit.

11.23 pagl

Dato' Zulhasnan bin Raflque [Wangsa Maju]: Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas memberi kesempatan membahas Belanjawan 2002. Oleh sebab kesuntukan masa saya akan menumpukan ucapan saya kepada beberapa sektor khususnya pertahanan dan keselamatan dalam negeri serta perumahan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana menyediakan peruntukan yang besar di dalam Belanjawan 2002 terutamanya peruntukan sebanyak RM7.8 billion untuk pertahanan, RM4.4 billion untuk keselamatan dalam negeri dan RM2.3 billion untuk perumahan.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan sektor pertahanan yang agak besar bagi tahun 2002 dapat digunakan oleh Kementerian Pertahanan untuk meningkatkan lagi kapasiti serta kemahiran anggota-anggotanya dengan pembelian lebih banyak peralatan seperti kereta kebal, radar, kapal selam dan kapal terbang untuk kemudahan

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

18 DR.1.11.2001

angkatan tentera Malaysia. Saya juga percaya bahawa peruntukan insentif kenaikan elaun adalah satu pengiktirafan daripada kerajaan kepada kakitangan ATM khususnya pegawai-pegawai lalu-lintas, udara iaitu air traffic controller, dengan izin. Saya yakin dengan penambahan peruntukan dan kenaikan gaji serta elaun akan meningkatkan komitmen serta kesungguhan anggota ATM di dalam melaksanakan tugas mereka dengan jayanya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuhkan tentang pendapat saya mengenai konsep baru di dalam ketenteraan, the revolution military affairs dengan izin. Dunia kini telah pun berputar. Satu perubahan yang besar dan radikal telah berlaku dari segi pandangan umum terhadap pertahanan dan aspek ketenteraan. Dalam dunia moden ini sesuatu operasi ketenteraan harus dilihat dari konsepsi dan tanggapan masyarakat khususnya pandangan media. lni bermakna seorang pemimpin tentera kini bukan sahaja perlu mempunyai kebolehan memimpin bala tentera tapi perlu juga mempunyai kebolehan berinteraksi dengan media, media savvy ....... dengan izin.

Operasi ketenteraan kini bukan lagi sesuatu yang eksklusif pada negara yang menjalankannya sahaja tetapi akan bergantung kepada pendapat serta pengadilan oleh badan-badan antarabangsa serta negara-negara lain seperti Pertubuhan Bangsa­Bangsa Bersatu atau PBB, Pertubuhan Ketenteraan Atlantik Utara (NATO) dan Amerika Syarikat. Sebagai contoh serangan Iraq ke atas Kuwait dahulu mungkin merupakan satu operasi ketenteraan yang be~aya kepada Iraq tetapi Amerika Syarikat dan PBB melihatnya sebagai satu pencerobohan dan ancaman kepada keselamatan dunia yang mengakibatkan tindakan ketenteraan dan sekatan ekonomi yang masih dirasakan oleh rakyat Iraq.

Kredibiliti sesebuah angkatan tentera itu bukan sahaja bergantung kepada bagaimana ia boleh menangani sesuatu peperangan konvensional iaitu conventional warfare dengan izin, tapi juga kepada tatacara bagaimana ia menyelesaikan konflik kecil, low intensity conflict dengan izin, di dalam negara seperti ancaman kumpulan AI­Ma'unah dan militan Islam di mana penggunaan senjata-senjata berat tidak praktikal. Konflik begini bukanlah berlaku di dalam medan perang sebenar tetapi di kawasan bandar, kampung dan desa. Ia juga banyak bergantung kepada penggunaan psikologi dan pendekatan lembut berbanding perang konvensional yang berdentuman dengan bunyi ledakan.

Kepandaian memimpin bala tentera dan kebolehan berinteraksi dengan media masih tidak mencukupi bagi seseorang panglima tentera yang ingin be~aya, jika tidak disertakan dengan kebolehan, perisikan, pencegahan iaitu predictive intelligent, dengan izin. Perisikan ketenteraan yang wujud kini bukanlah bertujuan untuk meramal dan mencegah sebaliknya ianya hanya bertujuan untuk mengetahui kekuatan, kelemahan serta posisi pihak lawan tetapi ia tidak dapat meramalkan implikasi atau akibat sesuatu tindakan ketenteraan atau perlaksanaan sesuatu dasar itu di masa hadapan. Kelemahan inilah yang dikatakan punca sebenar mengapa pihak tentera Amerika Syarikat tidak dapat meramal dan mencegah serangan pengganas di WTC dan Pentagon pad a 11 September yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, perubahan di dalam persepsi terhadap angkatan tentera konvensional, pertukaran corak peperangan dan pertukaran medan perang sepertimana yang telah saya nyatakan di atas menunjukkan betapa dunia ini sudah bertukar dan berubah. Ia perlu satu revolusi di dalam bidang ketenteraan. Kita berharap kepada ATM akan memahami perubahan ini akan merevolusikan bidang ketenteraan di negara ini.

Usaha-usaha yang dilaksanakan adalah hasil dari pemantauan dan kajian terperinci terhadap persekitaran luaran dan kesesuaiannya dengan keperluan negara kita. Saya yakin perkembangan ini akan melahirkan satu angkatan tentera yang dinamik, moden dan tidak bergantung kepada bantuan luaran untuk menjalankan sesuatu operasi ketenteraan.

Dalam pada itu saya juga melihat perlunya dan saya perlu cadangkan diadakan satu pergabungan di antara ATM dengan pihak polis di atas konsep dan dasar keselamatan dalam negeri. Di dalam hal ini kerajaan wajar mengeluarkan garis panduan dan tatacara ke~asama di antara pembentukan satu pasukan pemantau dan penggerak kepada kegiatan pertahanan negara dan ancaman dalaman.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 19

Ke~asama yang be~aya di antara ATM dan polis di dalam menangani kes AI­Ma'unah tidak lama dahulu boleh jadikan titik permulaan ke~asama seperti ini.

Selain daripada itu saya difahamkan ada di antara anggota ATM yang mengalami masalah pendidikan anak-anak mereka kerana selalu berpindah-pindah. lni kerana mengikut prosedur terkini seorang anggota ATM akan ditempat di sesuatu kem iaitu posting dengan izin, selama 3 tahun. lni bermakna mereka mungkin akan berpindah sebelum tempoh itu. lni akan menyukarkan program pembelajaran dan pendidikan anak-anak mereka menyebabkan anak-anak mereka mendapat keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Mungkin ini juga menyumbang kepada kemerosotan prestasi akademik pelajar-pelajar bumiputera khususnya di dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Seperti mana yang kita sedia maklum kerajaan telah pun membina sekolah termasuk sekolah berasrama penuh untuk kemudahan anak-anak anggota tentera di beberapa tempat. Di sini saya cadangkan agar anak-anak tentera begini diberi peluang untuk meningkatkan tahap pembelajaran mereka serta menceburi bidang-bidang teknikal dan vokasional yang semakin popular hari ini. Saya ingin mencadangkan satu pendekatan baru dari segi pendidikan dirangkaikan untuk seluruh ATM bagi menyelaraskan pergerakan untuk meningkatkan tarat pendidikan anak-anak tentera.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedang dilanda angin perubahan akibat putaran dunia. lni membawa kepada perubahan dalam pandangan manusia segajat terhadap bidang ketenteraan. Oleh yang demikian, persepsi kita terhadap tentera perlu diubah terutama daripada pandangan terhadap tahap profesionalisma dan kecekapan anggota tentera. Saya difahamkan kini PBB sendiri sudah menyedari hakikat ini dan telah mula mengambil peke~a dan tenaga nasihat di kalangan bekas anggota tentera. Mereka telah membuka satu pejabat khas untuk pengambilan pakar-pakar dari kalangan bekas anggota tentera. Saya yakin dengan kemajuan dalam bidang ketenteraan di negara ini, ditambah pula dengan peningkatan dan pengiktirafan kemahiran profesional anggota tentera, kita akan dapat membentuk satu angkatan tentera moden yang dinamik dan berpengetahuan.

Seperti mana yang kita sedia maklum, keselamatan dalam negeri amat panting untuk menentukan kestabilan sebuah negara. Tanpa satu sistem yang efisien dan struktur organisasi yang berkesan, langkah-langkah untuk menjamin kesejahteraan dan keamanan dalam negara tidak akan be~aya malah akan mudah digagalkan. Ancaman Militan Islam bukanlah satu sandiwara seperti yang cuba digambarkan oleh setengah pihak tetapi satu ancaman nyata yang serius. Jika kita gagal untuk nip the problem in the bud, dengan izin, ia akan menular dan memporak-perandakan rakyat. Persepsi yang salah berkenaan Islam akan berkembang. Rakyat Malaysia bukan Islam akan kehilangan kepercayaan kepada rakan-rakan Islam mereka.

Salama 44 tahun kita merdeka, tunggak kejayaan pembangunan ekonomi negara ini adalah di atas perpaduan kukuh dan kestabilan negara yang memangkinkan pelaburan dan aktiviti ekonomi membawa kepada pembangunan berterusan. lklim pelaburan yang sihat serta kepercayaan rakyat di antara satu sama lain telah membawa negara ke persada global dengan pelbagai kejayaan. Sayang sekali ada pihak yang tidak suka akan pembangunan ini. Mereka ini bukanlah pejuang kebebasan, bukanlah pejuang keadilan, bukanlah pejuang perubahan tetapi pemberontak dan penjenayah yang telah membelot negara mereka. Tidak kira apa pun permasalahan mereka, Malaysia adalah sebuah negara Islam demokratik yang mempunyai pelbagai premis untuk mereka menyuarakan isi hati mereka.

Bukan itu sahaja, mereka boleh menukar kerajaan yang tidak disukai dengan kerajaan idaman mereka hanya dengan cara undian. Apakah ini wujud di negara di mana puak-puak pelampau ini akan berkuasa? Sudah tentulah tidak. Mereka akan memastikan tidak ada jalan untuk mereka digulingkan kerana mereka sedar yang rakyat tidak akan puas hati dengan kekejaman yang akan dilakukan mereka di atas nama agama. Puak-puak pelampau walau dari apa agama sekalipun tidak boleh dibenarkan untuk bertapak di negara ini. Pelampau-pelampau agama ini tidak akan diam selagi belum melihat pertumpahan darah musuh-musuh agama mereka.

Keganasan yang kita saksikan pada 11 September dahulu adalah satu contoh perbuatan puak pelampau agama yang boleh berlaku di mana sahaja. Kerana itulah kita wajar mengambil pendekatan serius dan tegas untuk menanganinya. Tidak ada gunanya untuk mengharapkan kepada perbincangan dengan pihak yang hanya ingin

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

20 DR.1.11.2001

pertelingkahan. Tindakan efektif dan cepat adalah cara terbaik sebagai pencegahan daripada masalah ini merebak. Kadang kala penyiasatan pihak berkuasa, dalam hal ini, polis memakan masa yang lama. Sedangkan puak pelampau ini pula bebas tanpa sebarang syarat untuk menumbangkan kerajaan sah yang dipilih sendiri oleh rakyat. Apakah akibatnya nanti? Saya kira kita semua sedar yang tanpa tindakan pencegahan awal tidak akan ada jalan penyelesaian dapat ditemui.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, mengapakah harus perundangan ISA dipersoalkan? Peruntukan perundangan inilah yang memberi ruang dan masa yang cukup untuk pihak polis menjalankan siasatan terperinci terhadap golongan pelampau ini. Tanpa ISA mereka ini masih bebas untuk berhujah dan menyeru kepada penentangan bersenjata terhadap kerajaan yang mereka tuduh kafir. Apakah kerana ISA ini telah be~aya mengawal keamanan dalam negara, ianya bahaya? Atau apakah ISA ini be~aya mengekang rnereka yang cuba membawa isu sensitif agama dan kaum dari merebak yang membawa kepada perpecahan rakyat. Tidak wajar ISA itu dimansuhkan hanya kerana pihak minoriti merasakan diri mereka dirnangsai walhal selama ini merekalah pemangsa besar yang menyalahgunakan kebebasan bersuara di negara ini untuk menyeru kepada perpecahan dan pergaduhan. Bagaimana pula hak majoriti yang menyintai keamanan dan kestabilan negara. Apakah nasib mereka wajar diketepikan? Jawapannya jelas dan tersurat. Apa lagi yang hendak dibahaskan? Tidak ada persoalan yang patut timbul. Mereka yang menyeru kepada pemansuhan ISA hanya menabur garam di laut masin sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga telah melihat dengan sendirinya bagaimana Amerika Syarikat negara yang selama ini melaung-laungkan hak kebebasan telah mengambil langkah meluluskan satu perundangan mirip ISA Malaysia membenarkan tahanan tanpa bicara atas dasar keselamatan dalam negara itu. ltu berikutan krisis keselamatan yang dialami super power dengan izin, setelah dilanda serangan pengganas pada 11 September yang lalu. Pada pandangan saya isu demokrasi dan hak asasi manusia wajar diketepikan buat sementara demi kepentingan keselamatan dalam negara kita. Dengan itu saya menyokong penuh tindakan kerajaan menggunakan ISA dalam kes-kes berkaitan dan turut menyokong supaya ianya dikekalkan.

Tuan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan ini di Malaysia telah dihujani dengan kemasukan pendatang-pendatang asing yang bertujuan untuk mencari kehidupan yang lebih selesa dan pekerjaan. Malang sekali jumlah pendatang yang masuk negara ini dengan izin, legal immigrants tidak seramai jumlah pendatang yang masuk tanpa izin iaitu illegal immigrants. Oleh kerana kedudukan Malaysia yang mempunyai kawasan persempadanan yang agak luas dengan beberapa negara adalah agak sukar untuk pihak berkuasa mengekang dengan sempuma kemasukan pendatang tanpa izin. Tidak salah jika saya katakan masalah pendatang tanpa izin ini ada di setiap negeri di Malaysia walaupun ia lebih menyerlah di bandar-bandar besar. Saya tidak mempunyai statistik sebenar jumlah pendatang tanpa izin tetapi saya rasa jumlahnya semakin ramai dan telah mencecah 1 juta orang. lni termasuk pendatang daripada Indonesia, Bangladesh, Filipina, Thailand, Kemboja dan China.

Pada hemat saya, kerajaan wajar memberi perhatian yang serius dan melakukan sesuatu di dalam hal ini. Oleh kerana ianya dalam keadaan ekonomi yang sedang dilanda masalah, peluang-peluang peke~aan untuk pendatang-pendatang ini agak terhad. Jadi apakah pula yang dapat dilakukan oleh pendatang-pendatang ini terutamanya yang masuk tanpa izin ke negara ini. Satu jalan keluar yang mudah adalah dengan membabitkan diri dalam kegiatan jenayah. Peningkatan kes-kes penipuan, samun, rogol, rompak dan bunuh saya rasa membabitkan pendatang­pendatang tanpa izin ini.

Tuan Yang di-Pertua, ada juga di kalangan pendatang-pendatang yang masuk dengan izin ke negara ini selepas beberapa ketika beke~a lari dan menghilangkan diri. Kes-kes yang selalunya berlaku membabitkan pembantu rumah. Mereka sanggup meninggalkan peke~aan sah dan pas masuk ke negara ini untuk menjadi pendatang tanpa izin. Saya tidak tahu apakah tujuan sebenar mereka tetapi jangkaan saya ialah terdapat sindiket-sindiket yang didalangi pendatang tanpa izin yang bertindak untuk mempergunakan proses bawaan masuk pembantu-pembantu rumah ini kemudiannya melarikan peke~a ini untuk kegiatan jenayah yang dikatakan lebih lumayan.

Yang amat menyedihkan ialah majikan-majikan pembantu rumah yang melarikan diri ini pula boleh diheret ke mahkamah, dikenakan denda malah

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 21

dipenjarakan. Jadi, apakah tindakan yang wajar diambil oleh kerajaan menyelesaikan masalah ini. Pada pandangan saya, kita tidak boleh hanya menghalakan tumpuan terhadap pencegahan kemasukan pendatang-pendatang tanpa izin sahaja. Sebaliknya kita juga perlu menyelesaikan masalah pendatang-pendatang tanpa izin yang telah pun berada dalam negara ini dan mengambil tindakan ke atas mereka. Corak dan kesan tindakan ke atas mereka inilah yang akan menjadi kayu pengukur mesej pencegahan kita kepada semua pendatang-pendatang yang ingin menjejakkan kaki ..... .

Datuk Ahmad Zahld bin Hamidi: (Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, ada yang berdiri tetapi ada masa Yang Berhormat sudah .... sila gulung Yang Berhormat ataupun hendak bagi?

Dato' Zulhasnan bin Raflque: Okay, bagi.

Tlmbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila, sila.

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, saya berminat tentang pendatang tanpa izin ini. Mungkin Yang Berhormat bagi Wangsa Maju ada pengalaman sendiri tetapi soalnya kalau hukuman dikenakan hanya kepada pendatang tanpa izin, tetapi tidak dikenakan cara berat hukumannya kepada tekong-tekong haram ataupun mereka yang bersekongkol membawa pendatang-pendatang tanpa izin ini, maka tidak adil rasanya. Merekalah jadi punca. Macam pengedar dadah juga. Jadi orang hisap dadah kita hukum, pengedar dadah harus juga dihukum. Jadi, kerajaan telah proaktif dalam menghukum pengedar dadah. Jadi pengedar-pengedar pendatang haram ini pun Tuan Yang di-Pertua, harus diambil tindakan. Adakah Yang Berhormat bersetuju?

Dato' Zulhasnan bin Raflque: [Ketawa] Terlma kasih, Yang Berhormat bagi Bagan Datuk. Setuju sangatlah itu. Hukuman ini saya setuju sangat supaya semua sekali yang terlibat dihukum termasuklah tekong-tekong haram ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis, ya.

Dato' Zulhasnan bin Raflque: Berapa minit lagi?

Tlmbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudah habis, sudah habis. [Ketawa]

Dato' Zulhasnan bin Raflque: Last, satu minit lagi Tuan Yang di-Pertua ya. Sebelum akhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kelulusan lesen-lesen penjaja. Kami di kawasan Wilayah Persekutuan dan Parlimen Wangsa Maju khususnya menyambut balk usaha kerajaan untuk meningkatkan pembabitan golongan berpendapatan sederhana dan rendah di dalam sektor ekonomi khususnya bidang pemiagaan dan penjajaan makanan. Saya melihat kebaikan dari sudut meningkatkan bilangan penjaja berdaftar yang sudah tentu akan meningkatkan lagi kualiti makanan dan barangan yang dijualkan. lni secara tidak langsung akan membantu menggalakkan aktiviti ekonomi di kalangan rakyat dan memangkinkan pertubuhan.

Akhir kata saya dengan ini menyokong penuh peruntukan Belanjawan 2002 supaya ianya menjadi bahan perundangan dalam mengimplementasikan pembangunan oleh kerajaan pada tahun 2002. Mohon izin, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teluk lntan, Teluk lntan.

11.40 pagl

Tuan Mah Slew Keong [Teluk lntan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk Teluk lntan mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Belanjawan 2002.

Saya ingin bangkitkan dua perkara sahaja. Yang pertama, ekonomi. Ekonomi Malaysia telah dilanda oleh krlsis kewangan Asia 1997 dan sebelum kita boleh pulih sepenuhnya, ekonomi dunia telah mula menurun dan peristiwa September 11 telah menghapuskan prospek pemulihan awal. Pada minggu dahulu di Amerika Syarikat,

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

22 DR.1.11.2001

lnteiCorp. telah mengumumkan kejatuhan keuntungan sebanyak 77% untuk suku ketiga dan Apple Computer telah jatuh 60%. Di dalam senario ini di mana eksport kita telah menurun, harga komoditi telah jatuh dan pelaburan asing adalah berkurang. Strategi untuk memperkukuh semula pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah begitu panting. Oleh itu saya menyokong penambahan perbelanjaan kerajaan dan suntikan wang dalam negara melalui projek-projek infrastruktur.

Tuan Yang di-Pertua, banyak kritikan yang mengatakan kita tidak boleh belanja lebih dari pendapatan kita. Saya maklum bahawa Malaysia adalah dalam tahun kelima dengan belanjawan defisit. Saya juga setuju bahawa ini tidak sustainable dengan izin, dalam long term tetapi pada masa sekarang, bagi saya ini adalah the only option dalam senario ekonomi sekarang. Oleh kerana defisit hanya 5% dan short term dan saya tidak bimbang tetapi apa yang lebih saya pentingkan, macam mana duit ini digunakan?

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa tidak berapa selesa dengan cogan kata 'We must spend our way out of the recession" kerana ramai rakyat berasa keliru apabila mereka digalakkan berbelanja lebih. Mereka tanya dalam ekonomi sekarang, bukankah adalah lebih baik untuk menyimpan duit kerana mungkin mereka di layout, mungkin gaji diturunkan.

Bagi ramai rakyat jelata, ramai yang tidak faham mengapa apabila duit kurang, kerajaan belanja lebih. Adalah tanggungjawab kita supaya menerangkannya kerana spending ini adalah untuk menolong ekonomi dan kita patut membuka terminologi spending to help our economy kepada investing to help our economy bukannya spending dan deficit budget adalah satu pelaburan untuk masa depan dan bukan untuk kegunaan sekarang.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa projek­projek ini dapat memberi manfaat kepada generasi akan datang dan oleh itu peratusan perbelanjaan pembangunan patut ditingkatkan. Saya merayu kepada kerajaan untuk meningkatkan projek infrastruktur sekarang seperti jalan raya, parit dan bekalan air kerana peningkatan standard infrastruktur juga akan menarik pelaburan dan meningkatkan produktiviti. Belanjawan infrastruktur akan ada multiplier effect.

Pada masa ekonomi meningkat iaitu boom time, itulah masa kita patut hentikan atau kurangkan ke~a infrastruktur tetapi apa yang sentiasa berlaku adalah pada masa ekonomi baik, pihak swasta, pihak kerajaan dan semua pihak bersaing untuk memulakan projek. Gaji melambung, harga simen naik dan basi melambung tinggi. Kerajaan pada masa boom time patut kurangkan ke~a infrastruktur dan go full steam apabila ekonomi lembap seperti masa sekarang. Dengan ini boom and bust economy cycle akan disederhanakan. Saya harap pada boom yang akan datang, kita akan menerima lesson supaya kita jangan berebut untuk memulakan projek kerana pada boom time adalah terlalu banyak projek pada masa itu.

Sekali lagi saya menekankan kita mesti mengurangkan projek-projek kerajaan. Oleh itu, adalah menyedihkan bahawa projek infrastruktur pada masa recession ini seperti Jalan Changkat Jong, jalan masuk utama ke Teluk lntan sudah tunggu 10 tahun, begitu juga Bagan Datok, tahun dahulu di Parlimen, jawapan adalah peruntukan sudah siap dan ke~a akan mula pada tahun 2000. Saya telah pergi ke seluruh kampung dan saya telah buat pengumuman seperti 'hero'.

Sekarang sudah akhir 2001, saya sudah jadi orang jahat sebab belum mula ke~a. [Ketawa] Seperti Highway Simpang Pulai-Cameron Highland, seperti Lebuhraya Pantai Barat yang dapat meningkatkan aktiviti ekonomi juga ditangguhkan. Hendak tunggu sampai bila? Hendak tunggu sampai ekonomi pulih? Pada masa itu, semua projek akan sekali gus mula. Jadi, ini adalah tidak baik untuk penyelenggaraan cycle economy.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya satu sebab besar kelewatan projek, besar mahu pun kecil adalah terlalu banyak red tape dan birokrasi, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, kelewatan ini bukan sahaja hinder economy activity tetapi meningkatkan kos. Mengapa banyak kos projek kerajaan begitu tinggi? lni adalah sebab birokrasi dan red tape ini yang melewatkan bayaran, yang mengakibatkan masalah cash flow. Oleh sebab itu, kos tender adalah begitu tinggi. Untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang dapat bersaing, saya harap birokrasi dan red tape adalah faktor utama bagi saya yang mesti diselesaikan.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 23

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang ingin saya bangkitkan adalah masalah kekurangan tanah perkuburan bukan Islam dan kuil-kuil serta tokong-tokong Cina yang tidak didaftar. Dalam Wawasan 2020, kita berhasrat untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia. Tetapi, pada hari ini kita mesti mengakui bahawa kita memang masih menghadapi banyak halangan. Banyak cadangan yang baik yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan pelbagai aspek perpaduan telah dibahaskan. Hari ini, saya lngin membangkitkan dua aspek yang jarang dibincangkan iaitu masalah yang pertama, masalah kekurangan tanah perkuburan bukan Islam dan masalah-masalah kuil dan tokong Cina yang illegal.

lni adalah satu per:kara yang sensitif tetapi kita mesti menghadapi realiti kerana ini akan menjadi satu time bomb jika tidak dikendali dengan balk. lni kerana, bagi saya masalah kekurangan tanah perkuburan itu dapat diselesaikan kerana ianya satu masalah logistic dan management.

Tuan Yang di-Pertua, di mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Oktober, 1997 dan Mesyuarat Majlis Tanah Negara dalam tahun 1998 telah memutuskan satu dasar. Yang pertama, adalah untuk kepentingan orang ramal, tanah perkuburan dan tempat pembakaran mayat dan penyimpanan abu sepatutnya diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan untuk yang tidak berasaskan keuntungan. lni adalah untuk memastikan setiap mayat bukan Islam walaupun yang miskin akan ditanam atau dibakar dengan kos yang paling minimum dan tidak membebankan ahli-ahli keluarga terdekat. Tetapi, in practice, adalah sangat susah untuk mencari tanah perkuburan dan terdapat banyak halangan dari pejabat yang sepatutnya menolong.

Ada kes yang permohonan telah dibuat sejak 20 tahun yang lalu, tetapi tidak diberi tanah. Apabila komuniti beri tanah dari estet-estet untuk membuat tanah perkuburan, tetapi permohonan untuk convert kepada tanah perkuburan tidak akan diberi. Di kawasan saya, di satu tanah perkuburan Kristian, new graves are put on top of the old graves, sudah tiga, empat level macam rumah pangsa. Sudah tiga, empat level mayat itu dikebumikan di Teluk lntan.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah masalah logistik bagi saya dan bukan begitu sensitif sebab mereka mesti dapat tanah untuk kebumikan dan adalah problem yang begitu serius sekarang kerana kekurangan tanah. Tanah adalah di bidang kuasa negeri dan ada banyak pihak Kerajaan Negeri yang tidak mahu memberi keprihatinan. Oleh itu, saya harap dalam peringkat kementerian, dapat membuat kajian dan mengarahkan Kerajaan Negeri membantu untuk mereservekan tanah perkuburan dan agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan Koperasi harus membantu keperluan tanah perkuburan masyarakat bukan Islam dan merancang kawasan yang sesuai supaya ditandakan dengan jelas sebagai kawasan perkuburan, tempat pembakaran mayat dan tempat menyimpan abu.

Tuan Yang di-Pertua, masalah yang sama berlaku untuk tempat ibadat. Minggu dahulu, satu kuil telah diruntuhkan oleh pihak berkuasa Subang Jaya dengan empat hari notis sahaja termasuk Sabtu dan Ahad. Saya tidak membangkitkan perkara ini sebab Ahli Parlimen Subang duduk tepi saya tetapi masalah ini berlaku di merata­rata tempat dan saya dimaklumkan bahawa 30 lagi kuil akan menghadapi masalah yang sama tetapi saya mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor yang telah revoked demolition notice dua hari yang lalu kepada 30 kuil ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menggalakkan pembinaan illegal kuil atau tokong Cina sesuka hati. Saya juga bersetuju jika ada pembangunan, illegal kuil ini patut dipindah, itu saya sebut. Tetapi, saya harap mereka diberl notis yang munasabah dan perbincangan diadakan dahulu. Yang lebih panting, jika kita hendak panggil tokong atau kuil pindah, pindah ke mana? lni kerana banyak kes di mana mereka cadang satu tempat tidak sesuai. Cadangan yang lain pun tidak sesuai, semua tempat tidak boleh digunakan. Bagi saya, masalah ini mesti diselesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut piawaian Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, peruntukan ruang untuk rumah ibadat bukan Islam perlu disediakan iaitu satu tapak seluas 0.5 hektar bagi setiap 2,600 orang penganut agama yang berkaitan. lni bermakna satu tempat ibadat bagi 2,600 orang penganut agama yang berkaitan. Tetapi, ini tidak dipractise. Sepatutnya pihak berkuasa perancang tempatan mesti menolong menyediakan tempat ibadat bukan Islam mengikut agama masing-masing.

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

24 DR.1.11.2001

Tuan Yang di-Pertua, dijangka sekarang ada tokong Cina sahaja yang saya tahu, tetapi kuil-kuillndia, saya dapat angka 16,000 kuil di Malaysia dan jumlah yang besar ini patut di kendali dengan rasional. Bagi saya, ini adalah satu time bomb, sebab jika kita hide the problem under the pillow, masalah ini tidak akan lenyap sebegitu. Jadi, kita hendak face the reality dan lihat macam mana kita hendak mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan perkara ini. Dua perkara ini memerlukan tindakan yang cepat dan apa yang diperlukan ialah komitmen yang ikhlas daripada semua pihak dan political will supaya situasi ini tidak bertambah buruk dan saya menyeru semua kerajaan negeri membuat kajian yang komprehensif dan komited untuk menyelesaikan masalah kuil dan tokong illegal serta kekurangan tanah perkuburan. Masih ada masa lagi, Tuan Yang di-Pertua?

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Satu minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Mah Slew Keong: Satu minit ya? lni, saya simpan untuk lain perbahasan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Kuala Nerus, Kuala Nerus.

11.54 tgh.

Tuan M. Shukrlmun bin Shamsudln [Kuala Nerus]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya membahaskan ucapan Belanjawan ini. Seperti Allah S.W.T. menjadikan manusia, dia bekalkan segala-galanya untuk kepentingan manusia agar manusia dapat hidup sempuma. [Membaca sepotong ayat AI-Quran] yang bermaksud, •o;a tundukkan kepada kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi, kesemuanya daripadaNya". Khazanah Allah S.W.T. di atas muka bumi ini bukan sahaja cukup untuk memenuhi keperluan manusia malah ianya boleh menampung keperluan setiap benda hidup di atas muka bumi ini, dari mula ianya diwujudkan hinggalah ke harl kiamat. Walaupun ada ahli-ahli sains, ahli-ahli sosiologi ataupun ahli-ahli statistik yang tidak yakin dengan kekuasaan Allah S.W.T. telah pun menyatakan kebimbangan mereka terhadap kadar pertumbuhan penduduk dunia dewasa ini dengan mencadangkan pelbagai cara untuk mengatasinya termasuklah cadangan mengecilkan saiz keluarga agar dunia tidak akan over-populated, dengan izin, atau kekurangan makanan kononnya.

Kekayaan yang Allah S.W.T. kumiakan kepada makhlukNya bukan hanya sekadar untuk menampung keperluan golongan yang 'kais pagi, makan pagi' bahkan kalaulah manusia benar-benar bertanggungjawab serta amanah dalam mentadbir dunia ini dan segala hasilnya, insya-AIIah, tidak akan berlaku kebuluran di atas muka bumi ini. Tidak akan wujud golongan yang tidak mendapat keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian serta pendidikan di mana sahaja mereka tinggal. Tetapi, manusia yang telah pun diberi amaran oleh Allah S.W.T. agar tidak mengikut jejak langkah syaitan laknatullah yang angkuh, bongkak dan takbur itu telah lupa daratan. [Membaca sepotong ayat AI-Quran] yang bermaksud, ·oan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang nyata".

Makhluk yang bemama manusia yang kesemuanya berasal daripada tanah, yang sama-sama dilahirkan dalam keadaan telanjang, lupa kepada golongan yang kurang bemasib baik setelah dikumiakan sedikit kelawasan serta kesenangan hidup. Golongan yang kaya seolah-olah matlamat kekayaannya semata-mata ingin menjadi kaya tanpa memikirkan nasib golongan yang miskin, yang seagama, sebangsa dan senegara dengannya. Mereka tidak menghiraukan kesakitan dan kesengsaraan orang lain yang terkena mata cangkulnya semasa sibuk dan rakus menggali harta Qarun, malah kalau boleh hendak dicangkulnya kepala orang lain agar tidak lagi menjadi saingan kepadanya. Begitulah rakusnya makhluk yang bemama manusia ini.

Golongan yang berkedudukan dan berpangkat pula sanggup memijak kepala kawannya sendiri dalam usaha untuk melonjak ke atas mengejar pangkat, mencari kemasyhuran seolah-olah sudah lupa asal usulnya dan lupa tempat kesudahannya. Apakah kekuatan dan kekukuhan ekonomi negara diukur dengan bangunan-bangunan tinggi? Apakah ketinggian utama dunia sebenar bagi sesuatu bangsa tidak mengambil kira soal-soal akhlak, moral kesopanan serta kebajikan rakyat terbanyak. Kita bukan anti pembangunan. Kita tidak sekali-kali menentang sebarang bentuk pemodenan tetapi berulang kali kami tegaskan dan kami tidak akan jemu menegaskannya bahawa

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 25

selagi wujud golongan masyarakat yang masih belum dapat memastikan keperluan asasnya te~amin, selagi nilai-nilai mumi kemanusiaan belum menjadi budaya nasional, selagi akhlak, moral dan disiplin rakyat belum dapat ditanam, negara belum mencapai tahap tamadun dalam erti kata yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagairnanapun, kita sudah punyai Bangunan Berkembar Petronas yang begitu tersergam. Kita sudah memiliki menara yang dikatakan tertinggi di dunia. Kita sudah ada lapangan terbang besar, moden lagi canggih. Kita punyai bandaraya ICT di Cyberjaya yang dikenali sebagai MSC. Apakah pihak kerajaan masih lagi memikirkan perkara-perkara lain untuk kemasyhuran dalam keadaan masih ramal lagi rakyat yang nasibnya belum terbela? Tidak mahukah kerajaan berhenti sejenak menoleh ke belakang, menarik nafas panjang, melihat kebajikan rakyat yang kurang bernasib baik dan bertanyakan sudah cukup makankah mereka? Sempumakah tempat tinggal mereka? Memadaikah pendidikan mereka? Te~aminkah masa depan mereka? Apakah kekayaan dan kemewahan negara tidak berhak untuk mereka kecapi bersama? Apakah turut kita merasa kenyang dengan makanan bertaraf cafe di hotel-hotel lima bintang?

Apakah tekak kita merasa hilang dahaga kehausan naluri sekiranya kita mengenangkan nasib mereka di kampung yang masih menimba air di perigl. Alangkah mulianya kita sebagai penentu hala tuju negara, sekiranya kita luangkan masa, tenaga dan peruntukan yang secukupnya untuk memikirkan dan mencari formula bagaimana untuk membela nasib mereka. Saya yakin rakyat akan sentiasa mendoakan kesejahteraan, kelangsungan serta kejayaan sesebuah kerajaan yang sentiasa memikirkan kebajikan mereka. Saya yakin kerajaan akan lebih dihormati sekiranya keper1uan golongan daif didahulukan dari kepentingan golongan yang mewah. Yang lebih panting daripada itu, saya yakin Allah S.W.T. akan menambahkan nikmatNya kepada kita sekiranya kita benar-benar bersyukur dan amanah dalam memikul tanggungjawab mentadbir negara dan menjaga kebajikan rakyat.

Saya tidak menuduh kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk rakyat miskin. Tetapi, dengan kadar dan tahap kemiskinan yang masih wujud dalam negara sekarang, berbanding dengan komitmen kerajaan dalam bidang-bidang yang lain, usaha kerajaan jauh dari mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, murah atau Rahmannya Allah S.W.T. terhadap makhlukNya insan kerdil serta segala-gala yang terhad ini, 'AI-Khaliq' telah pun menyediakan panduan hidup kepada kita. Semua perkara-perkara prinsip dan dasar mengenai pentadbiran, kehakiman dan perundangan ada terkandung dalam AI-Quranul Karim. Manakala pada perkara-perkara detail, terserahlah kepada kebijaksanaan manusia yang disediakan akal ini untuk memllihnya selagi ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas Islam. Tiada kebaikan pada amalan-amalan yang bercampur aduk dengan kebatilan atau kemungkaran. Islam tidak pemah menghalalkan cara dalam usaha untuk mencapai matlamatnya. Jika sesuatu perbuatan itu tidak bersabit dengan usaha-usaha untuk menjaga kepentingan agama, menjaga kepentingan nyawa, keturunan, akal atau harta, maka yang haram itu tetap haram.

Allah S.W.T. telah melarang dengan jelas dan keras amalan riba dalam bentuk apa sekalipun dan saki bakinya berkaitan dengannya hendaklah dikikis. [Membawa sepotong ayat AI-Quran] Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah S. W. T. dan tinggalkan segala saki baki riba jika kamu benar-benar beriman." Malah Allah S.W.T. dan Rasulnya telah mengisytiharkan perang terhadap pengamal riba. Manusia mana yang waras akalnya sanggup berperang dengan penciptaNya walaupun Tuhan tidak bermaksud peperangan sebagaimana yang kita fahami. Namun, begitulah gambaran betapa bencinya Allah dan Rasulnya kepada pengamal riba. Begitulah beratnya dosa mereka dan orang-orang yang bersubahat dengannya sehingga dikatakan dosanya lebih berat daripada berzina dengan ibu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, sistem ekonomi dalam negara kita sekarang adalah sistem yang rata-ratanya berasaskan riba. Kami yakin dan percaya sistem ekonomi yang berasaskan riba ini tidak dipelopori oleh orang-orang Islam. Amalan ekonomi berasaskan riba ini dimulakan sejak zaman jahiliyah lagi dan diinstitutionalizekan oleh orang-orang Yahudi dalam bentuk sistem perbankan yang mengenakan bayaran lebih kepada seseorang itu apabila berhutang. Alangkah jelik dan zalimnya kaedah ini. Kenapa tidaknya orang yang susah atau berkesempitan datang untuk meminta pertolongan agar dipinjamkan duit untuk digunakan bagi meringankan beban hidup

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

26 DR.1.11.2001

seperti untuk membeli makanan, pakaian, kenderaan, membina rumah atau memulakan pemiagaan dan sebagainya. Mereka ini dikenakan bayaran balik lebih dari yang dihutangkan, seolah-olahnya golongan yang senang yakni yang kaya mengambil kesempatan dari golongan yang miskin agar sentiasa bergantung kepadanya dan sentiasa membayar kepadanya. Sering kali berlaku di mana kemampuan membayar balik kurang daripada bunga yang dicajkan. Akibatnya, bukannya hutang semakin berkurang, malah semakin besar, sepanjang hayat membayar hutang. Apakah antara punca syarikat-syarikat atau orang perseorangan terpaksa gulung tikar, malah di peringkat negara sekalipun. Bukankah ancaman bankrap itu kerana mereka tidak mampu membayar hutang? Kalau mampu pun hutangnya semakin besar, bukan semakin kecil. Bukankah mereka ini bankrap kerana sistem riba? Pihak kerajaan jugalah yang kadangkala menanggungnya kerana terpaksa membailoutkan mereka.

Sudah tiba masanya kita merdeka di bidang ekonomi. Cukuplah penyiksaan, kezaliman ekonomi Barat yang bertuhankan Keynes mencengkam golongan miskin dan berkeperluan. Sudah tiba masanya kita menggariskan sistem dan prinsip ekonomi kita sendiri berpandukan kitab suci. It is high time, dengan izin, kita buktikan kepada dunia kebenaran dan kesyumulan Islam dalam suasana runtuhnya sistem-sistem lain. Laksanakanlah keseluruhan ajaran Islam yang terkandung dalam AI-Quran agar kita dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. bukan dengan hanya mengisytiharkan negara Islam sedangkan sistem perundangannya, sistem kehakimannya dan sistem pentadbirannya jauh dari memenuhi aspirasi konsep negara Islam yang pemah diasaskan oleh Rasulullah S.A.W. dan Khurafat Ar-Rasyidin yang benar-benar merdeka, bebas, adil dan sejahtera serta harmonis dengan semua makhluk termasuklah alam sekelilingnya tanpa wujud sebarang bentuk diskriminasi, pilih kasih (favouritism), pilih kawan (cronyism), pilih waris (nepotism) atau pilih bangsa (racism).

Sejarah telah membuktiJ.:an bahawa antara zaman keemasan umat Yahudi adalah semasa mereka berada di bawah pemerintahan Islam di Sepanyol. Menurut satu artikel yang pemah menjadi kontroversi dalam majalah Times sedikit masa dahulu yang menyiarkan lukisan gambar Rasulullah S.A.W. telah menyebut bahawa sejarah telah menunjukkan bahawa orang Yahudi tidak boleh hidup di bawah pemerintahan Kristian. Orang Islam tidak boleh hidup di bawah pemerintahan Yahudi, tetapi semuanya boleh hidup di bawah pemerintahan Islam. Islam satu-satunya calon untuk dijadikan agama memerintah di masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita punyai banyak sumber asli. Kita telah pun kilangkan barangan kita sendiri. Kita punyai kedaulatan mata wang sendiri, kita ada bank-bank yang berwibawa, tenaga mahir atau sektor perkhidmatan kita agak mencukupi, tanah-pamah kita cukup luas dan subur untuk menampung keperluan makanan sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Tetapi kenapakah bala yang menimpa negara lain khususnya panggilan kecemasan 911 (Rescue 911) di Amerika Syarikat yang kebetulannya 911 itu ialah September 11, telah memberi kesan yang begitu teruk juga ke atas ekonomi negara-negara lain termasuklah negara kita.

lni berlaku tidak lain dari kerana pergantungan kita kepada sistem ekonomi mereka. Barangan kita mereka yang tentukan harganya, mata wang kita mereka yang tentukan nilainya dengan berpandukan keadaan pasaran wang, bukannya berasaskan rizab negara. Import, eksport kita mereka yang hadkan. Merdekakah kita dalam erti kata yang sebenar? Memang betul kita bercakap dalam nada antarabangsa, global economy, borderless world dan sebagainya.

Di mana sahaja berlaku kegawatan atau kelembapan ekonomi tempat lain akan merasainya juga, tetapi sekiranya serangan dahsyat itu berlaku ke atas negara kita dan mengakibatkan kegawatan. Adakah ekonomi dunia akan lumpuh juga sebagaimana yang berlaku sekarang? I don't think so, dengan izin. lni membawa erti kita bergantung kepada mereka. Ekonomi kita tidak merdeka sedangkan kita mampu untuk merdeka. Kalau kita tidak mampu sendirian lantaran kecilnya negara kita, gabungkan dengan negara-negara serantau Asia Tenggara, gabungkan Asia Pasifik. Entah apa yang telah te~adi kepada East Asia Economic Caucus (EAEC) atau EAEG. Malah kita ada forum yang lebih besar iaitu OIC. Pokoknya, jangan biarkan kuasa­kuasa besar mendalangi kita dalam keadaan kita memiliki segala-galanya.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai mengakhiri ucapan saya, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa kalau benar-benar pihak kerajaan ingin merapatkan jurang antara penduduk desa dengan penduduk bandar dalam semua aspek, kurangkanlah sedikit kadar pertumbuhan pembangunan di kawasan bandar. Saya gunakan perkataan

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 27

'kadar pertumbuhan' atau rate of growth, not the growth itself, sebaliknya tumpukan pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar atau desa-desa. Lengkapkan infrastruktumya, pertingkatkan kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, jalan-jalan raya, pengangkutan awam, sekolah-sekolah dan perkara­perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan seumpamanya tanpa mengambil kira fahaman politik.

Menteri Kewangan sendiri memperakui bahawa negeri-negeri Terengganu dan Kelantan merupakan negeri-negeri yang miskin, tetapi mengapakah pemberian royalti ditarik balik? Bukankah itu kerana politik? Apakah langkah ini wajar, munasabah, waras? Apakah hujah ianya diperlakukan sedemikian? Adakah kerana telaga minyak itu di luar perairan Terengganu atau dalam pe~anjian tidak ada perkataan 'royalti' atau ianya bukan pe~anjian ataupun sudah dibayar dalam bentuk wang ihsan? Kalaulah begitu keadaannya, 20 tahun yang lalu itu bagaimana.? Baru bangkit dari tidurkah, baru sedar dari keadaan pengsankah ataupun akalnya baru waras? (Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, kalau perkara-perkara yang saya cadangkan ini benar­benar dapat dipertimbangkan, maka barulah rakyat terbanyak dapat mengerti dengan lebih jelas apa itu erti pembangunan, apa itu tamadun dan barulah Belanjawan dapat diisytiharkan sebagai mesra rakyat. Sekian, terima kasih.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng): Serdang.

12.07 tgh.

Dato' Yap Plan Hon [Serdang): Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana member! peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2002.

Tuan Yang di-Pertua, dunia kini sedang berhadapan dengan isu konflik dan penuh dengan krisis. Serangan keganasan ke atas Amerika Syarikat pada 11 September yang lalu telah mencetuskan isu anti keganasan yang pada masa ini diketuai oleh Amerika Syarikat. Negara kita mempe~uangkan supaya kempen memerangi pengganas dan keganasan patut diketuai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan satu persidangan antarabangsa perlu diadakan bagi membincangkan cara­cara mengatasi masalah keganasan seperti mana yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita telah menyatakan pendirian jelas dalam isu anti keganasan iaitu menentang sebarang bentuk keganasan tetapi pada masa yang sama membantah penggunaan pendekatan ketenteraan oleh kuasa-kuasa besar kerana Ia boleh membunuh, mencederakan orang awam termasuk kanak-kanak yang kini telah dijadikan kenyataan. Sokongan, pendirian yang disuarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita bahawa masyarakat antarabangsa harus mencari punca keganasan terlebih dahulu kerana cara terbaik memerangi keganasan ialah dengan melihat kepada punca-puncanya dan mencari jalan untuk menghapuskan punca tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, matlamat untuk menghapuskan keganasan sehingga ke akar umbinya mungkin tidak akan be~aya dicapai jika Amerika Syarikat tidak menukar pendekatannya dalam memerangi keganasan. Pada masa ini telah wujud gesaan dan mendesak supaya Amerika Syarikat segera menukar serangan ketenteraannya kepada penyelesaian politik dalam konteks isu anti keganasan antarabangsa.

Saya berpendapat bahawa Malaysia perlu memainkan peranan untuk menekankan kepada masyarakat antarabangsa perlu bertindak segera untuk memastikan keganasan dunia ditangani secara bersama, bukannya digunakan oleh satu, dua negara sehingga lari dari matlamat sebenar tindakan ketenteraan.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama penuh mencintai keamanan, keharmonian dan membenci keganasan yang telah disemai empat dekad lalu harus dipertahankan. Malangnya, negara kita telah diuji oleh beberapa insiden sepanjang dua tahun lalu.

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan peristiwa kumpulan AI-Ma'unah [Disampuk], kemudian dengan pendedahan gerakan bawah tanah iaitu Kumpulan Militan Malaysia (KMM). Sesetengah insiden ini diketahui dengan cepat oleh pihak polis tetapi setengahnya tidak diketahui dan dikesan sehinggalah kejadian tidak diingini te~adi. Apa yang pentlng sekarang ialah mengadakan perisikan dan mengetahui lebih

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

28 DR.1.11.2001

awal mengenai gerakan seumpama itu supaya tindakan awal mengelakkannya daripada berkembang. Tindakan kita soal-soal mengenai perisikan adalah sesuatu yang bersifat rahsia yang hanya diketahui dengan usaha-usaha dari Cawangan Khas Polis atau Sahagian Staf Perisikan Pertahanan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mencadangkan bahawa pihak kerajaan perlu menimbangkan dengan seriusnya untuk tubuhkan badan risik negara {national intelligence council) dengan menyusun semula mekansime perisikan yang sedia ada bagi menghadapi cabaran semasa dan mempertingkatkan kemahiran dengan kemampuan agensi perisikan negara kita bagi menghadapi ancaman baru oleh kumpulan militan dan situasi politik antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kelapan telah memberi penekanan bahawa kaum bukan Melayu akan digalakkan menyertai perkhidmatan awam kerana pada masa kini kadar penyertaan bukan Melayu masih rendah dan memang tidak memuaskan. Harus kita sedari bahawa perkhidmatan awam adalah dibiayai oleh kerajaan dan merupakan jentera pentadbiran negara untuk seluruh rakyat. Oleh kerana perkhidmatan awam dibiayai menerusi Belanjawan Negara, maka keanggotannya hendaklah mencerminkan penyertaan rakyat berbilang bangsa. Langkah ini penting dalam usaha meningkatkan integrasi masyarakat makmur di samping memastikan pembangunan sumber manusia yang bersepadu.

Tuan Yang di-Pertua, Presiden CUEPAC pemah menyatakan punca atau sebab-sebab mengenai kedudukan antara kaum yang tidak seimbang ekoran golongan bukan Melayu yang tidak berminat untuk berkhidmat dalam sektor awam. Dengan keadaan ini menyebabkan masa musim harl raya setengah-setengah pejabat kerajaan seolah-olah lumpuh kerana cuti perayaan.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan pihak kerajaan telah mula memberi keutamaan untuk memperbaiki keadaan ini menerusi Rancangan Malaysia Kelapan, usaha berterusan perlu dilaksanakan untuk menikmati kesan positif jangka panjang. Negara kita pasti akan merasai faedah yang meluas dalam jangka panjang jika usaha ini benar-benar dilaksanakan secara menyeluruh. Dengan ini saya menyokong cadangan CUEPAC bahawa satu jawatan kuasa khas ditubuhkan untuk meneliti dan mengambillangkah segera bagi mengatasi masalah yang tidak seimbang antara kaum yang berlaku di dalam sektor awam.

Gambaran serta wajah perkhidmatan awam yang terdiri dari berbilang bangsa yang seimbang akan meliclnkan pelaksanaan dasar kerajaan dan penerima di kalangan rakyat kerana perkhidmatan awam mempunyai peranan yang strategik dan panting dalam pelaksanaan dasar pembangunan dan pentadbiran negara.

Tuan Yang di-Pertua, perkembangan dalam negara dan dunia kini memerlukan perubahan cara pemikiran di kalangan penggubal dasar, pelaksana dan semua pihak yang terlibat dalam pembangunan negara. Ia juga menunjukkan keperluan untuk belajar melebihkan pengetahuan yang tidak sesuai dan mempelajari semula serta melakukan sesuatu menggunakan cara yang berlainan termasuk memakai kaedah yang inovatif supaya menjadikan lebih berkesan demi mencapai matlamat pembangunan.

Dalam pelaksanaan program pembangunan yang dijadualkan, pihak kerajaan telah menggaris dan mengaturkan strategi berkesan untuk memelihara kepentingan dan kebajikan rakyat. Klta perlu be~aga agar tindakan setengah-setengah golongan yang tidak bertanggungjawab tidak akan menghalang program pembangunan negara. Dengan ini jentera penyelarasan pelaksanaan dasar pembangunan negara rancangan Malaysia lima tahun perlu disusun semula terutama struktur jentera penyelarasan di peringkat daerah dirasakan perlu supaya skop dan peranan jentera ini dikemas kini bagi memenuhi agenda pembangunan ke arah negara maju.

Jabatan Perdana Menteri melalui unit pelaksanaan penyelarasan pernah mengeluarkan arahan jentera penyelarasan pelaksanaan dasar pembangunan negara bagi mempe~elaskan peranan, tugas dan tanggungjawab jentera-jentera penyelarasan ini di semua peringkat pentadbiran kerajaan. Bagi peringkat daerah fungsi penyelarasan, pelaksanaan dan pengawasan telah dipertanggungjawabkan kepada jawatan kuasa pembangunan daerah untuk mengesan dan menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan agar dapat be~alan lancar mengikut jadual. Tetapi masih terdapat kelemahan kerana kurang koordinasi antara agensi kerajaan yang

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 29

menyebabkan projek yang tertentu tidak dapat diuruskan atau lambat mencapai keputusan untuk pelaksanaan, Maka unit penyelarasan, pelaksanaan ICU di dalam Jabatan Perdana Menteri melalui pejabat pembangunan negeri perlu sentiasa menyernak minit-minit jawatankuasa pembangunan daerah khasnya program-program yang tidak dilaksanakan dalam masa yang lama.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri perbahasan saya ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai pembangunan dl kawasan Parlimen Serdang yang bersempadan dan diapit dengan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Dengan terletak di kedudukan yang begitu strategiknya maka adalah wajar tumpuan lebih mendalam diberi ke atas pertubuhan sosial ekonomi dan perancangan infrastruktur bagi memastikan kawasan Serdang tidak ketinggalan. Oleh itu saya mencadangkan supaya satu pelan pembangunan bersepadu dan menyeluruh dapat dirangka dan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri. Meski pun aspek pentadbiran ketiga-tiga wilayah ini terletak di bawah kuasa dan penyeliaan pihak berkuasa tempatan atau pentadbiran yang berlainan, tetapi saya rasa ia boleh diseragamkan menerusi satu pelan induk yang teratur dan tersusun meliputi Kuala Lumpur, Serdang dan Putrajaya.

Tindakan harus wujud ketidakseimbangan pembangunan sosial ekonomi dan infrastruktur memandangkan ketiga-tiga kawasan ini dihubungkaitkan menerusi laluan termasuk lebuh raya-lebuh raya yang sama. Saya berharap cadang.an ini dapat dipertimbangkan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri dan pihak kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kuala Selangor.

12.20 tgh.

Tuan Mohamed Sayutl bin Said [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian membahas dan membincangkan mengenai agenda panting iaitu Belanjawan 2002 demi untuk kepentlngan rakyat secara keseluruhannya serta kemajuan di masa depan negara.

lzinkan saya membacakan sepotong ayat AI Quran untuk renungan kita bersama [membaca sepotong ayat AI Quran] yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak dari orang lelaki yang mencemuh dan merandah-rendahkan kaum lelaki yang lain kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan jangan/ah kamu panggil memanggil di antara satu sama laian dengan ge/aran yang buruk. Larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukan akan menjadi fasik, maka amatlah buruk sebutan nama fasik kepada seseorang sesudah ia beriman dan ingat/ah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim"

Wallahualam.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dengan pegawai­pegawainya dengan ketegasan dan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memilih acuan sendiri di dalam mentadbir nilai mata wang negara meskipun negara pada ketika dilanda krlsis kegawatan ekonomi yang menjadikan nilai mata wang jatuh merudum. Namun di atas kegigihan dan kemampuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berjaya untuk membuat perkiraannya yang tersendiri yang menjadikan negara tidak membuat pinjaman mata wang dari luar negara.

Syukur alhamdulillah, pada 19 Oktober 2001 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memangku Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2002 dengan menjurus kepada perbelanjaan mesra rakyat dan menurut perkiraan saya ianya begitu

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

30 DR.1.11.2001

memberangsangkan untuk menjana pembangunan negara melalui kesemua aspek meskipun negara telah dikejutkan dengan tragedi 11 September 2001 yang menimpa Amerika Syarikat yang mana tragedi tersebut boleh menggugat kestabilan ekonomi sejagat termasuk negara kita.

Namun berpaksikan kepada kekuatan dalaman yang ada pada negara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dapat mengaturkan ke arah mana dan hala tuju negara ini demi kesejahteraan serta kemakmuran rakyat di samping kesungguhan kerajaan ke arah untuk memulihkan keyakinan seluruh rakyat terhadap kerajaan kerana ekonomi negara pada ketika ini di dalam keadaan stabil walaupun menghadapi ekonomi dunia yang tidak menentu. Meski pun terdengar kritikan serta laungan pihak tertentu yang menyatakan bahawa ekonomi negara kita dalam keadaan tenat dan sukar untuk dipulihkan, jelas diperhatikan dalam Belanjawan 2002 yang dibentangkan kesemua pihak akan menerima manfaatnya secara langsung ataupun tidak langsung yang menjadikan belanjawan bersifat penyayang, berani serta begitu agresif dengan mencatatkan peningkatan 10.4% berbanding pada tahun yang lalu.

Maka dengan ini marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas segala keamanan, kenikmatan serta kesejahteraan negara kita sama-sama yang kita rasai pada hari ini dan pastinya tragedi 11 September 2001 yang menimpa Amerika Syarikat ada hikmahnya yang Allah S.W.T sahaja yang mengetahui ke atas balk dan buruknya sesuatu kejadian yang menimpa di atas muka bumi ini.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan seharusnya peka dengan pertumbuhan kampung-kampung di luar bandar dan kawasan pedalaman yang mana struktur pembentukan semula kampung perlu diselaraskan dengan mengadakan pelbagai jenis kemudahan asas iaitu jalan perhubungan, jalan raya, bekalan elektrik, air, telefon dan pada satu tempat yang strategik. Saya mencadangkan diwujudkan kawasan pertumbuhan industri sederhana bagi menempatkan penduduk-penduduk terutama golongan belia yang meningkatkan taraf sosioekonomi dan tidak menjadikan kawasan bandar sebagai tumpuan dan hala tuju untuk punca pekerjaan, yang menjadikan gejala sosial begitu mendesak sekarang ini terutamanya di kawasan bandar yang padat dengan penduduk serta peluang pekerjaan yang terhad.

Diharapkan peruntukan belanjawan untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM5.34 bilion dapat di manfaatkan kepada penduduk-penduduk luar bandar dan pedalaman. Dengan objektif sebenar agenda pembangunan rakyat yang paling diharapkan kawalan serius dapat dilakukan agar pelaksanaan projek sampai ke matlamat dengan telus.

Tuan Yang di-Pertua, apakah rangsangan yang dapat di manfaatkan kepada golongan pekebun kecil getah, kelapa sawit, kelapa, penanam padi dan sebagainya, sekiranya penentuan harga komoditi tersebut masih tidak mencapai tahap pembela sara diri. Dengan ini saya memohon kementerian yang terlibat dengan secara langsung kepada pembangunan kemanusiaan, pembangunan infrastruktur dan sebagainya dapat menterjemahkan segala bentuk budget dengan adil dan saksama supaya pembangunan ekonomi di bandar seimbang dengan pembangunan ekonomi di luar bandar kerana bagi saya selaku wakil rakyat yang mewakili kawasan luar bandar amat berpuas hati sekiranya rakyat di peringkat luar bandar dapat menikmati segala bentuk penyaluran peruntukan dengan tidak mengira fahaman politik. Kerana apabila diimplementasikan ianya akan dapat diterima dengan realiti oleh semua peringkat di akar umbi. Mudah-mudahan rakyat akan menerima manfaat dalam masa yang sama dapat meningkatkan ekonomi dan secara langsung mengurangkan penghijrahan belia ke bandar-bandar.

Hari ini kerajaan sentiasa memikirkan serta menginginkan perpaduan dan kesejahteraan ummah di dalam memperjelaskan objektif sebenar agenda pembangunan rakyat agar menerima faedah daripada pelaksanaannya.

Tuan Yang di-Pertua, syabas dan tahniah kepada kerajaan, kepada kakitangan perkhidmatan awam dengan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 bagi tahun 2001 dan kenaikan 10% gaji pada tahun 2002. Adalah begitu melegakan kepada kakitangan sektor awam, namun apakah pembelaan kepada kakitangan sektor swasta yang terdapat laporan ramal pekerja dan beribu diberhentikan akibat kelembapan ekonomi negara? Apakah formula yang harus Kementerian Sumber Manusia lakukan ke atas usaha-usaha pembelaan terhadap kakitangan sektor swasta agar mereka ini tidak terpinggir dengan rangsangan ekonomi

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 31

fiskal yang menjurus kepada pembelaan mesra rakyat? Namun sumbangan sektor swasta juga turut memainkan peranan ke atas pertumbuhan ekonomi semasa.

Maka dengan fenomena ini saya mencadangkan agar kerajaan melaksanakan tindakan drastik memantau berlakunya pemberhentlan pekerja-pekerja sektor swasta secara berterusan dan sekiranya perkara ini berterusan kedudukan ekonomi kekeluargaan akan menimpa permasalahan yang besar bahkan kepada negara juga.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah import makanan pada tahun lepas melebihi RM11 bilion. lanya satu perbelanjaan yang besar dan negara boleh mengimport bahan makanan di masa keamanan, namun tiada siapa yang dapat memberi jaminan bahawa rakyat negara ini akan menghadapi masalah ataupun kekurangan makanan. Maka negara harus melaksanakan dengan menjadikan industri pertanian dengan cara sistematik bagi menghasilkan bahan-bahan makanan yang mencukupi untuk rakyat, kerana masih terdapat banyak tanah-tanah yang tidak diusahakan walaupun boleh dimajukan kawasan sektor pertanian secara komersial. Dan melalui usaha-usaha ini pertambahan stok makanan negara dapat diwujudkan bagi mengelakkan pergantungan secara serius kepada bahan makanan yang diimport.

Begitu juga dengan kawasan persisiran pantai yang tidak di komersialkan untuk pelancongan. Perlu diadakan perancangan untuk diadakan kawasan industri temakan ikan dan udang bagi menampung permintaan ikan dan udang untuk negara.

Tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri Selangor yang akan melaksanakan perusahaan udang dengan secara besar-besaran di pesisiran pantai Kuala Selangor dan Sabak Berenam di masa tidak lama lagi. Dalam konteks ini juga proses pendidikan negara perlu menitikberatkan kepada pencapalan lebih ramal petani dan peladang muda yang lebih cekap kerana bidang pertanian di negara kita juga memerlukan golongan yang terpelajar dan intelektual untuk memajukannya.

Bermula dari sinilah kita harus menggalakkan anak-anak agar dapat menjadi petani moden kerana dengan menjadi petani akan menghasilkan bahan makanan untuk rakyat dan pekerjaan yang mulia dan tanggungjawab yang mumi. Saya juga berpendapat peruntukan Belanjawan 2002 kepada Kementerian Pertanian sebanyak RM1.316 bilion mampu untuk digunakan di dalam menggunakan pertanian serta makanan.

Keutamaan kepada Bank Pertanian Malaysia bagi menyalurkan bantuan pinjaman pada petani-petani atau pihak syarikat yang mengusahakan industri pertanian yang berasaskan makanan.

Kepada agensi FAMA, peranan serta tanggungjawab sebagai pengeluar industri pemprosesan makanan perlu dipertingkatkan di atas kepakaran yang sedia ada bagi membangunkan industri makanan halal yang mempunyai potensi untuk pasaran antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mengusahakan pelbagai jenis perusahaan seperti pertanian, ternakan, pembuatan dan sebagainya, perlu juga kita melihat ke atas orang tengah yang berperanan mengambil atau membeli segala hasil usaha-usaha yang begitu mudah, mengeksploitasikan harga yang mengakibatkan pengusaha dan pengguna iaitu rakyat sentiasa menjadi mangsa oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Di atas keseringkalinya kepada persoalan ini saya mencadangkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dapat mencari pendekatan yang lebih bijaksana agar kedua-dua pihak iaitu pengusaha dan pengguna tidak terus dibebani dengan turun, naik harga yang tidak menentu terutama kepada komoditi makanan seharian.

Tuan Yang di-Pertua, perbelanjaan pendidikan RM15.689 bilion merupakan peruntukan bagi memastikan keseluruhan rakyat yang terdiri daripada pelajar-pelajar mendapat pendidikan moden yang sempuma dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang selesa. Melalui penempatan sekolah-sekolah berasrama penuh, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan kerana menempatkan Sekolah Menengah Sains di Kuala Selangor meskipun di kawasan luar bandar.

Namun yang menjadi persoalan dan tanda tanya, mengapa tidak sampai 1% anak-anak tempatan diberikan peluang untuk belajar di sekolah tersebut, sedangkan

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

32 DR.1.11.2001

keupayaan ataupun kelulusannya adalah sama. Justeru itu, saya memohon Kementerian Pendidikan agar kuota kemasukan pelajar daripada anak-anak tempatan melebihi daripada 1% diberikan kepada pelajar-pelajar anak tempatan yang layak dan agar anak-anak tempatan itu sendiri tidak disisihkan daripada arus perdana pendidikan yang sememangnya ada di kawasan mereka sendiri.

Berpandukan kepada pendidikan secara menyeluruh, saya mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan membina setiap daerah, penempatan sekolah anak­anak istimewa sama ada kecacatan pendengaran atau lain-lain kecacatan dengan memberikan pengecualian kos pembayaran dengan sepenuhnya seperti yuran persekolahan atau pengajian sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Sebagai dorongan serta keprihatinan kerajaan kepada golongan orang-orang yang istimewa dan tidak menyisihkan golongan ini dari semua keadaan yang boleh melemahkan semangat untuk berdikari serta berusaha secara bersama dengan golongan yang sempuma sifatnya.

Tuan Yang di-Pertua, mendekati kepada kesihatan. Kesihatan adalah hak untuk semua rnanusia. Di mana setiap daripada mereka mahukan setiap kesihatan yang selesa semasa ..... .

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng): Yang Berhormat, Yang Berhormat sila gulung, sila gulung.

Tuan Mohamed Sayutl bin Said: Seminit lagi, boleh? Untuk rakyat di luar bandar ataupun di bandar. Bagi golongan yang berpendapatan tinggi ianya mampu mengunjungi pusat-pusat perubatan swasta yang memberikan khidmat kesihatan serta rawatan yang lebih komersial.

Namun kepada masyarakat miskin mereka begitu mengharapkan khidmat kepada klinik atau hospital kerajaan yang tidak begitu inisiatif kerana tidak ada doktor pakar yang berkhidmat di klinik ataupun hospital kerajaan terutama di luar bandar. Saya mohon kepada Kementerian Kesihatan, pembinaan hospital di Kuala Selangor bagi menggantikan hospital Tanjong Karang disegerakan bagi memanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat serta saya mencadangkan Hospital Kuala Selangor diberi peruntukan dengan pakar bagi menawarkan mutu perkhidmatan yang lebih balk serta selesa kepada rakyat luar bandar.

Untuk mendorong serta mengekalkan perkhidmatan para doktor, pegawai perubatan, kakitangan klinik atau hospital kerajaan daripada berhijrah daripada klinik atau hospital swasta maka saya mencadangkan gaji ke atas golongan tersebut dikaji semula agar perbandingan tawaran gaji dari pihak swasta dapat dikurangkan.

Tuan Yang di-Pertua, sikit lagi.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Pokok Sena.

Tuan Mohamed Sayutl bin Said: Dalam perhubungan khususnya jalan raya adalah elemen panting ..... .

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, .....

Tuan Mohamed Sayutl bin Said: Sikit lagi. [Disampuk] - dalam menyumbang pembangunan dalam mana kedudukan prasarana serta lain-lain infrastruktur pembangunan akan dibina. Jadi, itu saya mencadangkan kawasan, jalan raya-jalan raya terutama di daerah Kuala Selangor yang memerlukan untuk diupgradekan maka saya mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk dilaksanakan.

Akhimya, saya ingin membacakan sepotong ayat [Membaca sepotong ayat ai­Quran], 'Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa dan hendak/ah kamu mencari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain. Sukakah seorang daripada kamu makan daging saudara yang mati. Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu jijik kepadanya. 0/eh itu patuhilah larangan yang tersebut dan bertakwa/ah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menerima taubat lagi amat mengasihani." Wallahualam.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001

Dengan ini saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Pokok Sena.

12.37 tgh.

33

Tuan Hajl Mahfuz bin Hajl Omar [Pokok Sena]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertama apa yang saya hendak sentuh berkaitan dengan soal isu yang sedang berlaku di Afghanistan. Apa yang telah disebut oleh rakan saya daripada Tumpat sebenamya telah mendedahkan satu sikap stereotype pemikiran pemimpin­pemimpin Amerika yang seringkali apa sahaja yang berlaku ke atas negara mereka yang berkaitan dengan soal yang mencabar kewibawaan mereka selalunya pemimpin­pemimpin mereka akan terus meletakkan satu kesalahan kepada golongan Islam tanpa melakukan apa-apa proses penyiasatan dan pengkajian.

lni terbukti, sebelum daripada ini pun tentang letupan dan runtuhan Federal Building di Oklahoma. Tanpa siasatan kerajaan Amerika telah meletakkan kesalahan bahawa ia dilakukan oleh kumpulan Islam daripada masyarakat Arab sehingga mencetuskan rasa kebencian masyarakat Amerika terhadap masyarakat Arab .....

minta ...

Dato' Dr. Hajl Jamaluddln bin Dato' Mohd. Jarjls: [Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat Rompin.

Tuan Hajl Mahfuz bin Hajl Omar: Saya tidak bagi, saya tidak bagi. Saya

Dato' Dr. Hajl Jamaluddln bin Dato' Mohd. Jarjls: [Menyampuk]

Tuan Hajl Mahfuz bin Haji Omar: Tidak apa, tidak apa. Saya tidak hendak orang mengganggu saya. Saya tidak bagi. [Disampuk] 15 minit sahaja. Kalau boleh pakai [Sambi/ memegang lencana di dada] masuk ISA saya bagi. Ha! Syarat. Dan

Dato' Dr. Hajl Jamaluddln bin Dato' Mohd. Jarjis: [Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya sanggup pakai tetapi semuanya pakai.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Tidak apalah, jangan ganggu saya, ini habis masa saya ini. Dan, sehingga menimbulkan, mencetuskan satu suasana di mana kebencian masyarakat Amerika yang bukan daripada golongan Islam ini terhadap masyarakat Islam sama ada daripada Arab ataupun daripada keturunan Pakistan. Sehingga dilaporkan bahawa sehari selepas kes keruntuhan Federal Building di Oklahoma akibat daripada kenyataan pemimpin-pemimpin Amerika yang menyebabkan ada report yang berkaitan dengan kes jenayah ke atas orang-orang Islam, kesan daripada tuduhan yang dilakukan oleh pemimpin Amerika telah berlaku dalam satu hari, 200 kes jenayah.

Tetapi temyata bahawa selepas daripada satu penyiasatan telah dibuat terbukti bahawa yang bertanggungjawab terhadap meletupkan Federal Building di Oklahoma bukannya daripada golongan Islam, bukannya daripada orang Islam, bukannya daripada masyarakat Arab tetapi daripada seorang yang bemama Timothy iaitu daripada rakyat Amerika sendiri.

Dan ini saya hendak menunjukkan satu bukti bahawa stereotype pemimpin­pemimpin Amerika bahawa apa sahaja yang berlaku ke atas mereka lalu akan dilihat ianya dilakukan oleh Islam. Dan, stereotype ini juga berlaku dalam negara kita. {Disampuk) laitu stereotype pemikiran yang begitu terkongkong di kalangan pemimpin­pemimpin negara kita, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Apa sahaja yang berlaku dalam negara kita ini yang mencabar tentang soal kelangsungan politik mereka, maka tuduhan akan terlebih dahulu dilakukan terhadap PAS dan juga parti-parti pembangkang. Lalu akan keluarlah pelbagai hujah bahawa ini golongan militan, ini golongan pengganas, gerakan bawah tanah dan sebagainya. Kalau di Amerika, isu kes WTC, kita di Malaysia isunya ialah DTC - Bangunan Dewan Tengku Canselor.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

34 DR.1.11.2001

Perdana Menteri - sebelum daripada penyiasatan dibuat, sebelum daripada penyiasatan dibuat oleh pihak polis, oleh bomba dan sebagainya, Perdana Menteri telah menuduh bahawa dia adalah satu perbuatan sabotaj daripada golongan militan gerakan bawah tanah daripada pelajar-pelajar mahasiswa yang anti kepada kerajaan. lni kenyataan Perdana Menteri tetapi sehingga sekarang, Perdana Menteri tidak boleh membuktikan sama ada daripada agensi-agensi penyiasatan polis dan sebagainya, Perdana Menteri tidak boleh membuktikan apakah benar ianya dilakukan oleh pelajar­pelajar yang dikatakan gerakan bawah tanah, militan dan sebagainya.

Sehingga sekarang, kerajaan masih gagal untuk mengemukakan apakah hasil penyiasatan yang telah dibuat oleh ......... .

Dato' Dr. Haji Jamaluddln bin Dato' Mohd. Jarjls: 36 (6).

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat Peraturan Mesyuarat.

Dato' Dr. Hajl Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih, tolong duduk. Seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Baik, cukuplah.

Dato' Dr. Hajl Jamaluddln bin Dato' Mohd. Jarjls: Perdana Menteri ahli Parlimen - dia menuduh itu tidak benar. Perdana Menteri tidak membuat kenyataan itu. ltu tuduhan yang dia kena tarik balik.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Baik, Yang Berhormat.

Dato' Dr. Hajl Jamaluddln bin Dato' Mohd. Jarjls: Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak keluar kenyataan begitu. [Meno/eh ke belakang] Ada?

Beberapa Ahll Barisan Nasional: Tidak ada.

Dato' Dr. Hajl Jamaluddln bin Dato' Mohd. Jarjis: Hal lni sangkaan jahat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim 51 Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, cukuplah.

Dato' Dr. Hajl Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: lngat sudah masuk ISA, keluar sudah baik, lagi teruk.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim 51 Cheng]: Cukup, Yang Berhormat. Balk, teruskan ucapan.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Sambi/ menekan butang mikrofon]lni pun sabotaj juga ini. [Ketawa] Saya rasa bahawa mungkin Yang Berhormat ini duduk jauh, Rompin, akhbar tidak sampai ke kawasan dia. Wallahualamlah. [Ketawa] lni tersiar dalam akhbar, tuduhan ini dibuat oleh Perdana Menteri. Sehingga sekarang tidak ada satu bukti malah satu laporan ringkas yang diterbitkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan khususnya oleh pihak bomba telah pun menyebut bahawa ianya bukan daripada perbuatan sabotaj, ianya berkaitan dengan soallintas elektrik.

Tidak ada kaitan dengan soal [Disampuk] mungkin kerana ada kaitan dengan TNB. [Disampuk] lni mungkin kelemahan TNB tidak check dan sebagainya, ini mungkin satu kelemahan. lni pengerusinya pun kena disoalsiasat, [Ketawa] mungkin kelemahan sehingga dikatakan bahawa berlaku wirering yang terlalu lama, puluhan tahun dan sebagainya. lni berlaku.

Sebab itu saya katakan bahawa stereotype pemimpin ...

Dato' Dr. Hajl Jamaluddln bin Dato' Mohd. Jarjis: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Dato' Dr. Hajl Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjls: [Ketawa] 36(6). Tuduhan kepada ....

Tuan Hajl Mahfuz bin Hajl Omar: lni niat jahat. Dia yang sebenar bemiat jahat.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 35

Dato' Dr. Hajl Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjls: Tidak . Saya minta kalau Yang Berhormat hendak kepakaran dalam bidang elektrik, Tenaga Nasional boleh menganjurkan kursus untuk Yang Berhormat .....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng): Ala, cukuplah Yang Berhormat bagi Rompin.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: . .. barulah Yang Berhormat pakar untuk berkata begini. Tidak bolehlah berbincang di luar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Lepas ini bolehlah buatkan kursus untuk dia.

Tuan Hajl Mahfuz bin Haji Omar: lni sebenamya 36(6) itu dia yang bemiat jahat kepada saya.

Tlmbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Teruskan Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Sebab itu saya hendak katakan bahawa stereotype pemimpin ini bukan sahaja stereotype pemimpin Amerika tetapi stereotype Amerika sama dengan stereotype pemimpin-pemimpin UMNO. Apa sahaja yang berlaku semuanya PAS, berlaku sahaja semuanya PAS. lnilah dia, bagi saya bahawa suatu yang harus difahami oleh masyarakat dan rakyat kita.

Namun begitu saya masih lagi meletakkan satu pengharapan kepada kerajaan, kepada negara-negara umat Islam, negara-negara OIC untuk memikirkan suatu langkah tindakan bagi menjamin satu perlindungan kepada masyarakat dan negara Afghanistan itu sendiri. Tidak cukup sekadar membantah tetapi tidak mengutuk. Bagi saya bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kerajaan kita, Perdana Menteri ini hanya sekadar membantah tidak ada siapa yang berani untuk mengutuk perbuatan serangan yang dilakukan oleh Amerika ke atas negara Afghanistan.

Apakah kita masih dihantui oleh beberapa kepentingan dan sebagainya. Jadi, oleh sebab itu bagi saya ...... .

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Rompin bangun.

Tuan Hajl Mahfuz bin Haji Omar: Saya tidak bagi, saya tidak ada masa. Oleh sebab itu bagi saya bahawa saya sangat kesal dengan kenyataan-kenyataan yang telah disebut oleh rakan saya daripada Tumpat - Menteri Luar Negeri yang berpuas hati dan sebagainya, kenyataan mufti kita - sepatut kita tidak pergi be~ihad. Soal orang tidak hendak pergi be~ihad itu satu lain tetapi hujah yang diberikan oleh mufti di dalam negara kita bahawa serangan Amerika itu bukan serangan ke atas orang Islam tetapi serangan untuk memburu pengganas. Apakah ini satu kenyataan yang boleh dikeluar oleh seorang mufti di negara Malaysia?

lni satu sikap yang sangat mengecewakan. Begitu juga kenyataan yang dibuat oieh OIC yang saya percaya bahawa kenyataan itu juga turut disepakati oleh wakil Malaysia dalam persidangan agong OIC baru-baru ini bahawa OIC bersetuju mengizinkan Amerika untuk melakukan selective bombing.

lni sepatutnya satu kenyataan yang tidak harus dikeluarkan oleh negara­negara OIC, negara-negara orang-orang Islam. Sebab itu saya meletakkan satu pengharapan untuk Malaysia menerajui ataupun menggerakkan satu usaha untuk memanggil sidang khas Menteri-menteri Pertahanan OIC sebagaimana kumpulan­kumpulan NATO itu bersidang untuk mengambil keputusan bersetuju untuk membantu Amerika, begitulah seharusnya dilakukan oleh negara-negara OIC.

Malaysia seharusnya berusaha untuk memanggil segera sidang Menteri­menteri Pertahanan OIC untuk memikirkan apakah bentuk langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh negara-negara OIC untuk memberikan jaminan perlindungan kepada umat Islam dan rakyat serta negara Afghanistan. Tidak cukup hanya sekadar untuk kita hantar bantuan kain selimut, wang, ubat dan sebagainya kerana bagi saya bahawa semua itu kita hantar untuk pelarian daripada peperangan.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

36 DR.1.11.2001

Sebab bagi saya, apakah selamanya negara orang Islam akan dibebankan dengan pelarian? Apakah selamanya pelarian akan menjadi bebanan kepada negara orang Islam? Saya bukan mengatakan tidak bersetuju untuk menghantarkan bantuan tetapi harus diingat pelarian lahir daripada peperangan. Untuk mengelak daripada berlakunya pelarian, peperangan mesti dihentikan. Tidak cukup sekadar untuk kita berseminar untuk menghentikan peperangan tetapi langkah harus dilakukan untuk melakukan satu perlindungan kepada kepentingan umat Islam dan rakyat Afghanistan itu sendiri.

Yang keduanya, saya hendak mengulangi apa yang telah saya sebut sebelum ini dalam perbahasan yang dibuat oleh Yang Berhormat bagi Tanah Merah yang mengatakan bahawa sepatutnya juga sebagai satu tindakan yang serius daripada Kerajaan Malaysia ialah melakukan satu kempen "Buy American Last, Buy British Last" di kalangan masyarakat Malaysia, di samping Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggalakkan kempen "Belilah Barangan Buatan Malaysia".

lnilah sikap yang seharusnya ditunjukkan oleh masyarakat dan rakyat dalam negara kita untuk mengimplementasikan rasa bantahan kita yang amat sangat terhadap perbuatan ganas yang dilakukan oleh Amerika itu sendiri.

Yang ketiganya ialah seharusnya juga Malaysia menyegerakan ataupun melakukan satu usaha untuk memanggil sidang khas Menteri-menteri Luar OIC untuk memikirkan apakah tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang wajar termasuklah untuk menggantung hubungan diplomatik sepanjang serangan Amerika ke atas Afghanistan. lnilah sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh umat Islam oleh OIC. Bukan hanya sekadar untuk kita bercakap seperti mana yang telah saya katakan bahawa ucapan Perdana Menteri, pandangan Perdana Menteri walaupun digembar­gembur bahawa gambaran bagaimana Bush hendak mendengar tetapi Bush hanya melihat ianya "seperti anjing menyalak bukir. Bush tidak pemah menghiraukan, tidak pemah prihatin terhadap keluhan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan juga oleh ....

Datuk Hajl Mohamad bin Hajl Azlz: [Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.. ...

Tuan Hajl Mahfuz bin Hajl Omar: ... pemimpin-pemimpin ....

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat... ...

Tuan Hajl Mahfuz bin Haji Omar: ... dalam negara umat Islam yang lain.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng): Sri Gading.

Tuan Hajl Mahfuz bin Hajl Omar: Minta maaf. Yang Berhormat kelmarin setengah jam, saya 15 minit. Minta maaf Yang Berhormat.

Datuk Hajl Mohamad bin Hajl Azlz: [Menyampuk}

Tuan Hajl Mahfuz bin Hajl Omar: Minta maaf, minta maaf. Perkara yang kedua, saya hendak menyentuh tentang soal belanjawan ini. Saya bersetuju dengan rakan saya dari Kuala Selangor yang telah menyebut bahawa walaupun berterima kasih atas kenaikan gaji 10%, bonus setengah bulan dan sebagainya tetapi ditimbulkan tentang ialah apakah langkah-langkah kerajaan terhadap sektor-sektor lain [Gangguan kepada sistem pembesar suara} daripada sektor awam itu sendiri.

Jadi, saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat bagi Kuala Selangor tetapi saya agak terkejut dengan pandangan daripada rakan saya dari Parit Sulong dalam ucapannya, dia menyebut bahawa Belanjawan 2002 ini membawa manfaat kepada semua pihak. lni membuktikan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional kepada kesejahteraan petani, nelayan, masyarakat bandar, warga desa, kakitangan awam dan sebagainya.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjls: [Menyampuk]

Tuan Haji Mahfuz bin Hajl Omar: Tidak, tidak.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng): Panggilan telefonkah, Yang Berhormat?

Dato' Dr. Hajl Jamaludln bin Dato' Mohd. Jarjis: [Menyampuk]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Ada ya?

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 37

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ada. Saya sudah tutup.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ha, terima kasih,

Tlmbalan Yang di.Pertua [Oatuk Lim Si Cheng]: Kalau hendak terima panggilan, boleh keluar dulu. (Ketawa)

Dato' Dr. Hajl Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: (Menyampuk]

Tuan Hajl Mahfuz bin HajJ Omar: Balk.

Dato' Dr. Hajl Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjls: [Menyampuk]

Tlmbalan Yang di.Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat. Sila gulung.

Tuan HajJ Mahfuz bin Haji Omar: Kebakaran pun terbakar juga. TNB meletup di sana sini. [Ketawa]

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Menyampuk]

Tuan HajJ Mahfuz bin HajJ Omar: Di Langkawi baru-baru ini meletup.

Dato' Dr. HajJ Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjls: Sepatutnya berterima kasih kepada kami semua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat boleh gulung.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Baik. Saya terkejut juga dengan pandangan daripada Yang Berhormat bagi Parit Sulong yang mengatakan bahawa ini untuk kepentingan rakyat. Saya bersetuju bahawa ada beberapa langkah-langkah yang dibuat tetapi secara umumnya saya lihat bahawa kerajaan seperti tidak dapat menyediakan satu ruang yang benar-benar dapat dimanfaatkan dalam belanjawan ini untuk kepentingan seluruh masyarakat khususnya masyarakat bawahan.

Walaupun kalau hendak dibandingkan dengan kakitangan awam, mungkin saya rasa kakitangan awam sendiri tidak sedar. Saya tetap berterima kasih atas kenaikan gaji tetapi kenaikan gaji 10% dengan kenaikan minyak 10 sen satu liter, sebenamya 10 sen satu liter itu ialah 8.3% kenaikan harga minyak. lni bermakna bahawa kakitangan awam hanya ada lebih tidak sampai 2% dari kenaikan gaji.

Dato' Dr. Hajl Jamaludln bin Dato' Mohd. Jarjls: [Menyampuk]

Tuan Hajl Mahfuz bin Hajl Omar: lni harus disedari. ltu tidak termasuk dengan kenaikan 10 sen pada belanjawan yanglalu, kenaikan minyak. [Disampuk] lni menunjukkan bahawa lebihan tidak sampai 2% itu sebenamya tidak banyak membantu untuk kakitangan sektor awam untuk perbelanjaan mereka. ltu daripada kenaikan harga minyak. Kesan daripada kenaikan harga minyak ini pun [Disampuk] masih lagi. ...

cukup.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng): Yang Berhormat.

Tuan Hajl Mahfuz bin Hajl Omar: .... begitu teruk.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Ada akhir satu lagi, Tuan Yang di-Pertua. [Disampuk} lni pasal banyak gangguan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Nasib Yang Berhormatlah.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Dan apatah lagi kepada masyarakat di luar bandar, masyarakat petani, nelayan dan sebagainya sudah tentulah bahawa mereka akan menjadi mangsa yang lebih berat kepada kenaikan harga minyak ini sendiri.

Jadi, oleh sebab itulah saya hendak mencadangkan kepada pihak kerajaan, demi untuk kepentingan kesejahteraan kehidupan rakyat dalam negara kita ini, kerajaan hendaklah menurunkan harga minyak sebanyak 20 sen, sebaliknya mensubsidikan daripada kerugian yang mungkin terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan itu sendiri. Sekian.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Cukup. Hulu Langat.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

38 OR.1.11.2001

12.52 tgh.

Dato' Hajl Badrul Hisham bin Abdul Aziz [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selepas perbahasan yang agak serius, merantau ke Amerika Syarikat, Afghanistan dan sebagainya, izinkan saya balik ke Malaysia [Ketawa) dengan menarik perhatian Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia iaitu mengenai siaran radio swasta.

Terdapat siaran-siaran radio khususnya yang berbentuk panggilan ke udara ataupun phone-In program yang tidak sesuai langsung didengar. Walaupun dalam siaran itu ada dikatakan mereka yang berusia 18 tahun sahaja patut mendengar tetapi yang 81 tahun pun apabila mendengar dialog akan merasa jelik dan jijik dengan perbualan OJ dan orang yang phone-in.

Untuk menerangkan apa yang saya maksudkan, izinkan saya sampaikan kembali di antara dialog yang saya dengar di radio berkenaan pada minggu lalu, lebih kurang 12.30 malam. Oengarkan ya.

DJ berkata, "Hello, siapa itu?". Pemanggil menjawab, ·saya Julia dari Sentul". Nama saya sudah tukar untuk elak identiti dialah. (Ketawa] OJ dan tetamu seorang wanita sambil ketawa bertanya, ·sudah kenyangkah?". Julia jawab, "Sudah kenyang, bang". DJ tanya, "Abang Julia di mana?". "Abang?~ kata Julia, "Abang sudah tergolek, pengsan. Sudah kenyang, tergolek/ah dia". OJ menyambung, "Tadi sebelum tergolek, sendawa tidak?". Kata Julia, "Sendawa, puas." Kata OJ, "Macam mana sendawa tadi?". Julia terkejut, tergamam dan dia bertanya, "Hendak sebutjugakah?".

Tetamu seorang wanita di studio cepat mencelah. Katanya, "Beritahulah, pendengar hendak dengar". Dengan malu-malu tetapi mahu, Julia meneruskan dialognya dengan mengerang, "Ah, wah, wah". OJ pula naik seronok, kata, "Uh, oh, uh kenyangnya," kata OJ lelakl. Tetamu berkata lagi, "Julia sudah berapa orang anak?". Nasib balk dia cepat ke situ. Kata Julia, "Baru dua". OJ lelaki kata .....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: JJ atau OJ?

Dato' Hajl Badrul Hlsham bin Abdul Azlz: OJ.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: OJ.

Dato' Haji Badrul Hlsham bin Abdul Aziz: DJ bukan JJ. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Ha OJ, saya ingat JJ.

Dato' Haji Badrul Hlsham bin Abdul Aziz: Dee Jay. [Ketawa] Sahabat kita Yang Berhormat bagi Rompin, JJ, tidak buat macam itu. [Ketawa}

Apabila Julia memberitahu bahawa anaknya baru dua, OJ berkata, "Oh, you punya dot com dot my masih okah lagilah." Julia kata, "Okay, okay. Sejak makan produk ini lagi okay." Tetamu di radio berkata, "ltu yang buat abang pengsan tadi itu". OJ bertanya lagi, "Ada tak Julia perkenalkan produk ini kepada kawan-kawan?". Terang-terang Julia berkata, "Ada, jiran saya. Anak dia sudah Iapan. Dulu suami dia selalu tidak batik rumah. Sekarang ini saya tengok ada sahaja di rumah. Dia kenyang di rumahlah itu. Makan di rumah seronok. Kakak itu pun nampaknya berseri-seri sahaja."

Tuan Yang di-Pertua, banyak dialog ini tetapi saya tidak larat hendak menyampaikan di sini. Oemikianlah sedutan .....

Datuk Hajl Mohamad bin Hajl Azlz: (Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat... ..

Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz: .... perbualan ...

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat... ..

Dato' Hajl Badrul Hisham bin Abdul Azlz: ... tiga insan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Sri Gading.

Dato' Hajl Badrul Hlsham bin Abdul Azlz: Sekejap, sekejap, sekejap. Biar saya habiskan ini dahulu, Yang Berhormat. Demikianlah sedutan perbualan tiga insan di sebuah stesen radio swasta. Bayangkanlah sekiranya Tuan Yang di-Pertua tengah memandu bersama anak-anak dalam kereta, tengah malam pula itu, terdengar

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

·,-

DR.1.11.2001 39

perbualan sedemikian. Steering ke mana, tayar ke mana agaknya. Saya sungguh hairan kenapa siaran berbayar sedemikian boleh dibenarkan ke udara.

Datuk Hajl Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat. Apakah stesen radio swasta ini sama dengan stesen radio swasta yang menyiarkan berita kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Kalau stesen yang sama, satu ketertaluan telah dilakukan oleh stesen ini dan sebenamya stesen ini mencabar kuasa kerajaan yang ada bagi negara ini dan saya rasa siapa yang bertanggungjawab tentang mengeluarkan lesen kepada stesen ini harus bertanggungjawab atas perbuatan­perbuatan biadab yang mereka lakukan.

Dato' Haji Badrul Hlsham bin Abdul Aziz: Terima kasih Datuk Sri Gading. Saya tidak tahulah apa kaitan dua radio ini iaitu Radio Era dengan radio yang saya ~kap ini. Radio yang saya cakap ini, Yang Berhormat, hendak dengar dia boleh dengar di highway sahajalah.

Saya amat bersetujulah tindakan mesti diambll. Kalau tidak pun membatalkan lesen, sekurang-kurangnya batalkan program sedemikian. Sebabnya siaran ini adalah pada waktu malam, siapa yang hendak memantau. Saya takut orang yang hendak memantau pun sudah tergolek juga. Jadi, tidak ada sesiapa. Takut dia tidak dapat hendak memantau. Jadi, saya harap sangat minta respons daripada Yang Berhormat bagi Sri Gading, saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap siaran yang tidak bermorallni.

Hendak jual ubat perangsang seks, bukanlah di radio atau di TV. Ubat sebeglni, saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat lelaki percaya, kalau betul-betul balk punya dan berkesan, tidak pertu iklankan pun orang tahu mana hendak dicari. Tidak payahlah hendak iklan-iklan seperti itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada tajuk lain sedikitlah. Minggu lalu Yang Berhormat bagi Kemaman ada menyebut bahawa akhbar-akhbar Utusan Melayu, Utusan Malaysia dan akhbar arus perdana lain termasuk Berlta Harlan dan The Star. Menurut beliau, akhbar-akhbar ini telah memperbodohkan orang Melayu dan dalam reaksinya ketika meminta penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Parit Sulong pula, beliau menyatakan bahawa Utusan telah menghina orang Melayu.

Sebagai salah seorang produk Utusan Melayu, saya merasa amat terpanggil untuk menyentuh perkara ini khususnya berkenaan akhbar yang telah begitu lama membangunkan negara kita Malaysia tercinta ini. Utusan Malaysia mempunyai pembaca yang menjangkau angka hampir 2 juta orang. Begitu juga dengan rakannya Berlta Harlan atau The Star yang semakin meningkat pengedarannya. Bodohkah dan hinakah pembaca sebanyak itu?

Di Utusan, beritanya yang terkini, rencananya bernas, ada portal Pendidikan, ada ruangan agama dan pembaca semakin meningkat. Sekiranya Utusan memperbodohkan orang Melayu, bagaimana pembacanya semakin bertambah.

Sebenamya Melayu bodoh terdapat di pihak yang menerbitkan akhbar yang menyebarkan fitnah, berita palsu, kecam, keji, tipu dan propaganda negatif dan akhbar itu tentunya bukan Utusan ataupun Berlta Harlan. Sekiranya benarlah Utusan memperbodohkan orang Melayu, malang sungguhlah orang Melayu dalam parti pembangkang khususnya PAS kerana .....

Tlmbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat, masa cukuplah. Boleh sambung pada petang ini.

Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 2.30 petang.

Mesyuarat dltempohkan pada puku/1.00 tengah harl.

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

40

Mesyuarat disambung semula pada puku/ 2.30 petang

[fuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

DR.1.11.2001

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bagi Hulu Langat, sila sambung. Yang Berhormat ada 8 minit lagi.

2.30 ptg.

Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz: Terima kasih Tun, tadi saya tengah bercakap mengenai media tetapi nampaknya Yang Berhormat bagi Kemaman yang membangkitkannya tidak ada. Saya teruskan. Bahawa sekiranya benarlah Utusan Melayu memperbodohkan orang Melayu, malang sungguhlah orang Melayu dalam parti pembangkang khususnya PAS kerana sekarang ini bekas orang kuat Utusan Melayu khabarnya adalah penasihat media PAS. Hari ini tidak ada pula. Kalau tidak, setiap hari saya tengok dia ada di sebalik tiang belakang itu.

Sebagai orang nombor dua di Utusan, beliau terlibat dalam pemilihan berita, rencana dan gambar yang disiarkan. Beliau juga berkuasa mengolah kembali sebarang tulisan yang mahu disiarkan khususnya apabila orang atasan lebih tinggi tidak ada. Jika dahulu dia memperbodohkan orang Melayu melalui Utusan, hari ini Harakah pulalah landasannya. Maka habislah orang Melayu menjadi bodoh semuanya.

Di Harakah, saya difahamkan lagi salah seorang penulisnya ialah seorang yang pernah bergelar pengkhianat bangsa ketika Melayu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara menjadi penulisnya. Bijakkah langkah pembangkang mengagungkan penulis sedemikian.

Tun Yang di-Pertua, Utusan Melayu lah juga yang telah meniupkan semangat kemerdekaan dan perjuangan serta mengisi erti kemerdekaan telah disambung pula oleh Utusan Malaysia. Bodohkah Melayu, bodohkan pejuang-pejuang agama, bangsa dan negara atau sekali lagi saya bertanya, Kemamankah yang bodoh?

Lihatlah dengan hati terbuka, siapakah penulis-penulis ternama di Utusan. Mereka adalah para profesional, karyawan, seniman ternama, tokoh agama, teknokrat, ilmuwan, karyawan, sejarawan dan sebagainya. lni amat berbeza dengan akhbar pembangkang yang adapun penulisnya tidak ketahuan.

Saya sekadar bertanya khususnya kepada KeADILan, siapakah Rostam A. Sani dan Dr. Chandra Muzaffar sebelum ini? Mereka adalah kolumnis seangkatan dengan saya sendiri di Utusan Malaysia.

Hari 1m mereka menjadi pemimpin KeADILan. Bodoh dan memperbodohkankah mereka ini. Jika benar mereka bodoh, cukuplah. Agaknya dengan kebodohan itulah sekarang mereka sedar lantas tidak mahu lagi memimpin KeADILan.

Tokoh-tokoh seperti Datuk Lee Lam Tye, Kasim Ahmad, Dr. Amran Kasimin, Dr. Ambriee Buang, Tan Sri Dr. Awang Had Salleh dan Datuk Salleh Majid, bolehkah penulis-penulis tetap Utusan ini juga dianggap sebagai orang yang membodohkan orang Melayu.

Satu lagi pertanyaan kepada KeADILan. Di manakah saudara Roslan Kasim mencanangkan namanya jika tidak melalui Utusan. Di Utusan lah namanya naik. Dahulu PAS pernah anjurkan pembakaran akhbar Utusan sebagai langkah memulaukan akhbar tersebut. Ahli-ahli disuruh membakar Utusan tetapi pemimpin mereka beli dan tetap baca. lnilah yang dikatakan bodoh yang sebenarnya. Manakan mungkin membakar surat khabar hari-hari, jual kati atau jual kilo lagi baik.

Tinggalkan media, Yang di-Pertua, saya masuk kepada angkatan keselamatan kita. Saya bersyukur kerana negara kita mempunyai pasukan keselamatan yang cukup baik dan kehadiran mereka cukup berkesan. Walaupun dicabar, diasak dan kadang kala bagaikan dibodohkan dengan reformasi jalanan, perhimpunan haram, tunjuk perasaan dan sebagainya, negara kita tetap aman. Kecuali pada pandangan mereka yang celik mata tetapi buta hatinya.

Lantaran itu kenaikan gaji dan pemberian elaun tambahan kepada pasukan tentera dan polis adalah amat wajar. Malah jika direnung tanggungjawab yang mereka galas, saya mencadangkan kedua-dua pasukan ini diberikan pelbagai keistimewaan yang lebih baik.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 41

Cerita mengenai polis ini, saya masih ingat dan terbayang satu peristiwa pada tahun 1999, sebaik sahaja selepas Pilihanraya Umum, apabila seorang Ahli Yang Berhormat yang sedang berada di dalam Dewan ini menaiki kereta peronda polis Volvo 740 Station Wagon ke Dewan Undangan Negeri Selangor untuk upacara angkat sumpah walaupun pasukan polis sebelum ini pemah disumpah seranah, akhimya mencari polis juga.

Tun Yang di-Pertua, hari ini izinkan saya mencadangkan agar pihak PDRM menimbangkan semula dan segerakan cadangan daripada anggota-anggota wanitanya, membenarkan mereka memakai tudung kepala semasa bertugas. Khabamya perkara ini pemah diseminarkan dengan serius dan Kertas Cadangan telah pun diserahkan kepada Ketua Polis Negara. Jabatan telah bersedia untuk melaksanakan cuma menunggu lampu hijau daripada pihak atasan.

Terdapat kira-kira 15,000 anggota wanita dalam pasukan polis. Majoriti adalah Islam. Semasa bertugas mereka tidak memakai tudung kepala hanya bertopi sahaja sedangkan di luar tugas mereka menutup aurat. Oleh itu kalau sekali imbas kita melihat penerapan nilai-nilai Islam seolah-olah tidak berlaku dengan baik di PDRM kerana masih ada kepincangan dari segi pakaian. Oleh itu eloklah rasanya dikaji semula pakaian anggota-anggota wanita termasuk bush jacket berlengan pendek ditukar dengan Iangan panjang.

Pemakaian tudung kepala ini tldak melibatkan wang banyak sebab sehelai tudung RM1 0 pun dapat. Pakaian seragam yang sedia ada bukan tidak cantik, cuma kurang sempuma dan kurang sesuai pula untuk waktu-waktu tertentu. Umpamanya adalah sangat tidak sesuai tanpa bertudung kepala atau tidak menutup aurat apabila ke majlis-majlis agama di pejabat, ziarah kematian, memasuki pejabat agama dan yang paling aib ialah ketika memasuki rumah Allah atas apa tugasan sekali pun tanpa menutup aurat.

Saya sangat yakin bahawa 95% anggota WPC atau pun polis wanita setuju dan mereka menanti-nanti keputusan untuk membenarkan memakal tudung. Saya cukup yakin bahawa tidak ada masalah. Dahulu apabila jururawat dan doktor hendak pakai macam-macam orang kompelin. Yang kompelin itu orang lain bukannya orang yang hendak pakai tudung. Jadi kita bagilah kesempatan.

Seperkara lagi, Tun, saya sentuh ialah mengenai PDRM juga iaitu ke mana perginya kereta-kereta peronda tidak bertanda PDRM? Dahulu ada kereta-kereta ini, kereta berkuasa tinggi yang meronda di lebuh raya. Kereta-kereta ini diperoleh melalui sumbangan syarikat-syarikat gergasi.

Semasa menjadi wartawan dahulu, saya banyak membuat liputan mengenai kereta-kereta peronda ini, mengenai kejayaannya. Sebab kehadiran mereka tidak disedari oleh orang ramai atau pesalah-pesalah lalu lintas. Tiba-tiba kereta ini sudah tlada. Sebahagian daripada nombor kereta itu saya masih ingat tetapi saya dah lama cari tak jumpa lagi. Jika kereta lama telah dilupus guna kenapa tidak diganti dengan yang baru seperti Proton Perdana yang memang hari ini digunakan sebagai MPV atau mobile patrol vehicle.

Juga mengenai kereta, tadi Proton, kali ini Perodua Kancil. Produa Kancil dibekalkan kepada OCS atau Ketua Polis Balai. Namun walaupun sebagai kereta pentadbiran, ada ketikanya OCS bawa juga kereta lni untuk ronda dan operasi. Bayangkanlah, saya melihat sendiri dalam satu operasi, seorang OCS hendak kejar pelumba motosikal secara haram, motor kapchai tetapi yang hendak mengejamya Kanci/, diketawakan orang sahaja Tun [Ketawa] Jadi izinkan saya mencadangkan ... [Beberapa Ahli ketawa} Ahli Yang Berhormat dengar pun ketawa, kalau tengok pun 10 kali ketawa. lzinkan saya mencadangkan up-grade kanlah supaya diberi Proton Wira 1.5 dan kereta Kancil itu digunakan untuk dispatch, hantar surat dan hantar pegawai untuk pergi meeting cukuplah.

Di sinilah saya rasa, kalaulah kita benar-benar mahu mendapat perkhidmatan yang terbaik sesuai dengan slogan PDRM iaitu Sedia Berkhidmat, adalah sangat wajar kita menyediakan kemudahan-kemudahan yang terbaik untuk setiap anggota Polis di negara ini.

Yang terakhir, Tun, saya beralih kepada Jabatan Pertahanan Awam iaitu JPA3 bukan JPA1. Jabatan ini digerakkan oleh pegawai sepenuh masa yang cukup kecil bilangannya. Anggota-anggota yang lain ialah sukarelawan yang berhak dibayar

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

42 DR.1.11.2001

apabila menjalankan tugas khususnya kerja-kerja menyelamatkan dan bantuan kecemasan melalui perkhidmatan 991.

Perkhidmatan sukarela ini amat mulia. Semakin ramai anak muda yang menyertainya. Sehubungan itu saya sekali mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah menaikkan elaun pegawai-pegawai LLP atau lain-lain pangkat, dari RM1.60 kepada RM3.00 sejam. lni bermakna kalau bertugas sepenuh masa sukarelawan ini boleh mendapat RM600 sebulan. Bagaimanapun ........ .

Tuan Yang di-Pertua: Minta gulung Yang Berhormat, minta gulung Yang Berhormat.

Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz: Seminit lagi Tun. Setengah muka. Bagaimanapun perkhidmatan 991 hanya terdapat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Seramban, Kajang, Klang, Melaka dan sebagainya.

Kos hidup cukup tinggi, RM600 tidak cukup. Saya mencadangkan kerajaan kajilah semula bagilah anggota-anggota LLP atau lain-lain pangkat ini sekurang­kurangnya RM4 satu jam untuk membolehkan mereka dapat sekitar RM800 hingga RM900 sebulan. Kalau tidak ramai yang hendak kerja di kilang sahaja.

Dan yang terakhir mengenai 991 ini ialah mereka ini bekerja secara sukarela. Dari segi pampasan untuk insurans, dikenakan bayaran yang cukup kecil iaitu RM17. Apalah salahnya kerajaan bayarkanlah RM17 ini untuk anggota. Sudahlah mereka bekerja tenaga percuma, kalau bayar pun sekadar RM3.o0 menggadai nyawa. lnsurans RM17 pun kena bayar sendiri. Jadi saya mencadangkan kerajaan bayarkanlah untuk mereka terus bekerja dengan baik. Sebenamya mereka boleh bayar tetapi rasa apresiasi kita terhadap mereka, saya mencadangkan kerajaan bayarlah RM17 ini jumlahnya tidak banyak kerana anggota JPA3 pun tidak ramai.

2.43 ptg.

Sekian, Tun. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Sipitang, sila.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipltang]: Terima kasih Tun Yang di­Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan Belanjawan 2002.

Tun Yang di-Pertua, saya dan rakyat Sipitang yang saya wakili ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas Ucapan Belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada 19 Oktober yang lalu yang memperuntukkan RM100.5 bilion untuk belanjawan tersebut.

Sebenamya pihak pembangkang terkejut dengan belanjawan yang sebegitu rupa kerana dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini negara kita masih boleh merancang belanjawan yang terbaik. Walaupun cukai korporat yang tidak diturunkan dan kenaikan harga minyak sekitar 8% hingga 12% ia tetap menarik dan memberi banyak kelebihan kepada pembangunan negara dan baik untuk keseluruhan rakyat khususnya rakyat mendapat faedah daripada segi penurunan cukai dan beberapa insentif yang lain.

Tun Yang di-Pertua, sebenarnya ada yang sangat penting di sebalik belanjawan itu yang sebilangan besar kita tidak sedar atau tidak mengetahui kerana mungkin menerima begitu sahaja dengan izin taken for granted. Ertinya nikmat yang ada ini kita tidak sedar khususnya yang pertama, negara kita berada dalam keadaan aman damai, ertinya tidak ada peperangan, tidak ada pergaduhan antara kaum, tidak ada bencana alam yang besar yang boleh menghuru-harakan negara.

Yang kedua, ekonomi kita masih kukuh dan tidak di bawah gangguan ataupun jagaan IMF seperti negara lain. Ertinya, walaupun dalam keadaan ekonomi global dan rantau Asia yang tidak menentu, kita boleh merancang belanjawan kita tanpa ada kongkongan oleh agensi ataupun orang lain.

Saya sempat berjumpa dengan salah seorang menteri dari Korea Selatan yang kebetulan berada di Sabah pada awal bulan ini yang mana beliau mengatakan bahawa segala perbelanjaan kerajaan mereka diselia dan dikawal oleh pihak IMF. Keadaan ini amat berbeza dengan keadaan kita di Malaysia yang mana kita masih bebas untuk mengatur negara kita sendiri. Sepatutnya kerajaan dan Kementerian

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 43

Kewangan menerangkan kepada rakyat seluruh negara ini tentang peraturan ataupun kongkongan-kongkongan yang dibuat oleh IMF terhadap negara-negara yang bergantung ataupun telah menerima pinjaman daripada IMF supaya mereka boleh membandingkan ataupun memahami keadaan yang sebenamya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai dengan ekonomi Malaysia. Kelembapan ekonomi Amerika dan Jepun dan kesan serangan pada 11 September 2001 yang lalu telah menimbulkan masalah kepada ekonomi global dan ekonomi rantau ini yang mana masalah ini telah pun sedia ada sebelum ini.

Walaupun negara kita pada asas yang kukuh, kita tetap akan merasai akibat daripada gangguan ini. Saya tidaklah ingin membaca satu persatu akibat daripada krisis ekonomi ataupun akibat daripada serangan pada 11 September yang lalu, tetapi kalau kita membaca memang kesannya terhadap negara kita begitu merumitkan.

Tuan Yang di-Pertua, akibat daripada krisis ini juga, ada syarikat-syarikat dan industri yang mengaut keuntungan sebenamya walaupun banyak di antara mereka yang mengalami kemelesetan. Di Amerika sendiri misalnya syarikat penjual alat-alat keselamatan telah menjadi tumpuan dan mendapat permintaan yang tinggi akibat daripada ketakutan ancaman perang kimia dan biologi. Apabila Amerika menyerang Afghanistan, ia merupakan satu berita balk untuk industri membuat senjata, born dan peluru, tentunya inilah sebabnya mungkin Amerika terus menyerang Afghanistan kerana untuk membuang stok peluru yang banyak dan juga mengembangkan industri membuat senjata mereka yang selama ini tidak begitu aktif.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut peredaran masa, krisis demi krisis berlaku di dunia ini sama ada krisis besar ataupun krisis kecil, misalnya Perang Dunia yang Pertama pada tahun 1917, Perang Dunia yang Kedua pada tahun 1941 hingga 1945, beberapa siri krisis kemelesetan ekonomi Amerika Selatan, Asia, Eropah,

Perang Teluk pada tahun 1991 dan lain-lain krisis sehinggalah krisis pada hari ini, apabila krisis ini berlaku, ia akan memberi pengaruh kepada negara kita sama ada kesan negatif ataupun kesan positif. Misalnya selepas Perang Dunia Kedua, harga getah asli telah melambung pada harga yang paling tinggi dan ini menguntungkan industri perladangan getah di Malaya pada masa itu, di Sabah dan juga di Sarawak pada tahun 1950'an dan 1960'an.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya ingin menyatakan ialah keadaan dunia boleh menjadi tidak menentu pada masa ini dan masa yang akan datang, akibat penempatan dunia melalui globalisasi, apa yang berlaku di sesuatu tempat akan dirasai di tempat yang lain. Oleh yang demikian, saya minta penjelasan daripada Kementerian Kewangan daripada Jabatan Perdana Menteri, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, apakah strategi negara kita dari segi percaturan industri dan perdagangan antarabangsa ini.

Juga saya ingin meminta penjelasan darlpada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, sama ada kita telah ada ataupun bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa pemantauan dan mengkaji kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku di masa akan datang supaya kesan daripada krisis yang saya katakan tadi akan dapat kita tangani dan kita lebih bersedia untuk menghadapi krlsis­krisis yang berlaku di masa akan datang.

Kita mesti belajar dan mengambil iktibar dari sorotan peristiwa yang telah berlaku seperti yang saya katakan tadi. Kita mesti boleh menyusun aktiviti ekonomi negara kita yang mana ekonominya terlalu bergantung kepada satu-satu industri boleh mengakibatkan kemelesetan yang begitu serius. Misalnya, negara yang begitu bergantung kepada industri perkhidmatan, misalnya Singapura dan industri yang bergantung kepada pengeluaran satu jenis barangan sahaja misalnya Taiwan terjejas begitu teruk akibat daripada keadaan sekarang ini.

Apa yang ingin saya katakan ialah ekonomi kita mestilah dibentuk supaya lebih fleksibel, dengan izin, ataupun anjal, yang mana boleh berubah secara cepat apabila memerlukan.

Kita bukan tidak pemah melakukan perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, kita sudah melakukannya. Dalam industri pertanian misalnya, bila harga koko jatuh merudum, dan harga sawit begitu baik, kerajaan telah mengatur dan menggalakkan pekebun bertukar darlpada penanaman koko kepada penanaman sawit. lni boleh dibuat secara cepat. Oleh itu, begitu juga dengan sektor yang lain, saya mohon

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

44 DR.1.11.2001

kerajaan mengkaji hala tuju ekonomi kita supaya ia lebih anjal dan boleh ditukar apabila memerlukan. Saya rnohon supaya kerajaan menyediakan infrastruktur yang boleh menyediakan ataupun boleh accommodate, dengan izln, pertukaran ini dengan cepat.

Syabas kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan yang bila saya melihat begitu cepat mengatur iklan, misalnya Cuti-cuti Malaysia, ini adalah perubahan apabila keadaannya di luar negara, pelancong-pelancong di dalam negeri tidak boleh keluar negeri, maka kita digalakkan supaya lebih rnelancong dalam negeri.

lni misalnya suatu perubahan yang begitu cepat, yang mana boleh mengubah hala tuju ekonomi kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik saranan dan tindakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai beberapa isu sejak akhir-akhir ini. Dan ini merupakan suatu kesungguhan beberapa kementerian yang sebelum ini tidak mengambil tindakan yang tegas. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa kementerian yang sejak akhir-akhir ini mempunyai kesungguhan yang tinggi juga untuk sama-sama menyelesaikan beberapa masalah. Yang Berhormat bagi Kinabatangan telah pun menyatakan perkara ini dan saya telah pun juga menyatakan dalam ucapan saya yang lalu, iaitu kita mestilah berubah daripada suatu keadaan kepada keadaan yang lain.

Saya mengucap terima kasih kepada tindakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana melihat perkara ini, saranan daripada Ahli-ahli Back-benchers. Kita bukanlah marah dengan menteri-menteri ataupun sesiapa, tetapi kita cuma ingin menegur mana yang kita fikirkan perlu ditegur, kerana kita ini mempunyai pandangan sendiri dan juga mendapat feed back daripada grass root, dengan izin.

Saya bersetuju dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita berada dalam satu kaca, kalau kita baling kaca itu dengan batu, kaca ini akan roboh dan boleh meruntuhkan kita sendiri. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak baling kaca, kita cuma boleh baling biji kacang supaya kacang itu berbunyi dan boleh dilihat. Kita tidak mahu dinding kaca ini runtuh oleh seluruh rakyat Malaysia, dan kalau itu runtuh nanti sudah terlambat dan susah untuk diperbetulkan.

Tuan Yang di-Pertua: Minta gulung Yang Berhormat.

Datuk Dr. Hajl Yusof bin Hajl Yacob: Baru. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sedikit mengenai dengan pengeluaran makanan. Pengeluaran makanan negara kita perlulah dipertingkatkan. Negara kita ini masih perlu industri ini. Aspek pengeluaran makanan ini amat panting sebenarnya. Cuba kita analisa perkara ini, yang pertama, makanan adalah keperluan wajib manusia, selagi ada kehidupan selagi itu diperlukan makanan. Sehingga hari ini, belum ada teknologi baru yang kita tidak payah makan, Tuan Yang di-Pertua, kita mesti makan.

Yang kedua, pengeluaran makanan adalah dalam golongan industri strategik yang boleh digunakan sebagai alat peperangan ataupun tekanan kepada sesebuah negara.

Yang ketiga, pengeluaran makanan dan bekalan menjadi begitu kritikal apabila krisis dan bencana seperti peperangan, kemarau dan banjir. Negara yang tidak mengeluarkan makanan akan camas walaupun tiada perang dalam negara mereka.

Yang keempat, indusbi ini memberikan peluang peke~aan kepada rakyat Malaysia. Tahun 2000 sahaja indusbi ini memberi peluang peke~aan sekitar 1.5 juta peluang pekerjaan ataupun 15% daripada tenaga ke~a keseluruhan negara.

Yang kelima, industri ini membantu mengurangkan tukaran asing, yang mana kita membelanjakan sekitar RM12 bilion untuk mengimport makanan.

Yang keenam, negara kita masih mempunyai tanah yang luas yang boleh dimajukan untuk pertanian.

Yang ketujuh, pengeluaran bahan makanan yang berlebihan boleh disimpan sebagai stok berbanding dengan menyimpan mikro chips ataupun perabot yang mana tidak boleh digunakan.

Perkara ini telah disarankan oleh Ahli-ahli Parlimen dahulu tetapi belum ada tindakan yang konkrit. Saya menyambut baik saranan Yang Amat Berhormat Perdana

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 45

Menteri dan Menteri Pertanian supaya satu tindakan tegas dan penglibatan ahli-ahli korporat besar untuk memajukan pertanian ini.

Saya ingin mencadangkan perkara ini harus dilihat dengan lebih serius dan saya ingin menyarankan supaya satu transformasi besar-besaran dibuat terhadap pertanian ini. Satu rnasa dahulu ada Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang melahirkan tenaga kerja petani rnoden, tetapi sekarang ini cuma ada Fakulti Bioteknologi dan nama pertanian tel~h menjadi Putra, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mencadangkan supaya Universiti Teknologi Pemakanan (UNITEM) ataupun University of Food Industry ditubuhkan yang memberi kursus pertanian, perladangan, pentemakan, perikanan, pengurusan pemasaran dan sebagainya, apa juga yang bersangkut paut dengan pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, akhimya saya ingin respons kepada kenyataan daripada Yang Berhormat Parit pada 24 Oktober yang lalu, melalui Hansard muka surat 10, cuba kita analisa kenyataan beliau. Yang Berhormat bagi Parit Buntar, muka surat 10 pada 24 Oktober Rabu yang lalu. Cuba kita analisa kenyataan beliau ini.

Kenyataan beliau Tuan Yang di-Pertua, saya quote .....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukuplah itu.

Datuk Dr. Hajl Yusof bin Hajl Yacob: Saya hendak gulung, Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya duduk.

"Pemimpin tinggal di mahligai-mahligai, sedangkan rakyat hidup daif di pondok-pondok usang sepertl yang terdapat di Kampung Kuala Chahaya, Mukim Teluk Teloi Kanan, Kuala Ketil. Adakah selari dengan semangat negara Islam, Dr. Perdana Menteri"

Tuan Yang di-Pertua, apakah tujuan kenyataan ini. Apakah sesuai ia satu perbandingan, apakah ia matang Tuan Yang di-Pertua, kenyataan itu. Apakah layak diluahkan oleh seorang terpelajar yang ada PhD.

Tuan Yang di-Pertua, ia adalah satu kenyataan, tujuannya jahat. Rakyat dan orang yang tidak berpelajaran mungkin menerlma kerana kenyataan dari pemimpin dan juga orang yang berkelulusan PhD. Kenyataan ini menunjukkan kebodohan mereka dan membodohkan rakyat. Saya hendak bertanya Yang Berhormat Parit Buntar yang naik kereta mewah tetapi masih ramal rakyat Parit Buntar dan Sungai Burung tidak mampu bell basikal. Apakah ini sesuai dengan Islam yang PAS mahukan.

Raja Fahd tinggal di istana mewah dan masih ada rakyat Badwi, rakyat keturunan Badwi tinggal, duduk di pondok buruk, dl padang pasir dan menjaga unta, apakah Parit Buntar dan PAS melabelkan Arab Saudi itu kurang Islam ataupun tidak Islam.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Dr. Hajl Yusof bin Hajl Yacob: ltu yang saya hendak tanya. Jadi, cuba kita fikirkanlah kenyataan ini. Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi tetapi saya tidak cukup masa. Saya menyokong belanjawan ini Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yan

2.58 ptg.

Tuan Nasharudin bin Mat lsa [Yan]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Bismillahir rahmanir rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kerana memberikan saya peluang untuk turut serta membahaskan Ucapan Belanjawan 2002 yang telah dibentangkan pada 19 Oktober baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan mengenai jumlah dana yang diperuntukkan kepada sektor pertanian. Kesedaran kerajaan untuk memberikan tumpuan kepada sektor pertanian dengan peningkatan belanjawan dan penyediaan insentif cukai tertentu bagi menggalakkan pengembangan sektor ini membuktikan bahawa teguran dan cadangan kami selama lni benar-benar bahawa peminggiran sektor ini selama ini telah mengakibatkan negara terkebelakang dari pengembangan lndustrl pertanian moden terutamanya pengeluaran makanan dibandingkan dengan negara jiran sepertl Thailand. Dan negara juga terpaksa dibebani

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

46 DR.1.11.2001

dengan peningkatan import makanan sehingga RM11 bilion yang secara terus merugikan tukaran wang asing negara.

Peminggiran sektor ini juga telah mengakibatkan tiada peningkatan produktiviti serta kualiti yang ketara dalam industri pengeluaran pemakanan terutamanya pengeluaran padi. Pelbagai faktor pengeluaran lain seperti harga baja dan racun yang tinggi juga telah mengakibatkan kos pengeluaran terus meningkat menyebabkan pengurangan daya saing pengeluaran hasil dibandingkan dengan negara jiran sekali lagi seperti Thailand.

Tuan Yang di-Pertua, kenaikan harga bahan api akan terus memburukkan lagi situasi ini. Situasi ini akan menjadi lebih kronik apabila sektor pengeluaran makanan mula dikuatkuasakan dalam AFTA 2003. lmplikasi buruk dan bleak future akan melanda kepada lebih daripada 150,000 keluarga pesawah jika kerajaan terus gagal untuk menangani situasi ini. Saya ingin bertanya apakah jaminan kerajaan untuk memastikan survival petani dan mengekalkan pengeluaran padi sebagai security crop negara dipertahankan pada era post AFT A.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan seharusnya sedar seperti dinyatakan berulang kali oleh PAS dalam Dewan ini bahawa sewajamya industri pengeluaran padi ini dipertahankan dan diberikan tumpuan sewajamya. Penggandaan peningkatan produktiviti serta kualiti mesti dilaksanakan. Di samping itu juga mental preparedness -dengan izin - golongan petani patut dijanakan supaya mereka bersedia pada era post AFTA.

Peristiwa lewat tahun 2000 lepas, di mana kegagalan penanam menjual padi dan beras sejumlah 90,000 tan metrik disebabkan kebanjiran import murah dari Thailand mesti tidak diulangi. Dan saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa sebarang dasar yang berkaitan dengan dasar liberalisasi pasaran khususnya pengeluaran beras negara mesti memperhitungkan untung nasib masa depan petani dan negara.

Sebagai security crop negara, dengan membiarkan sahaja market forces menentukan bekalan beras dalam pasaran adalah tidak wajar kerana akan mengakibatkan industri pertanian, pengeluaran beras tempatan terus lemah kerana kurang daya saing. Sudah sampai masanya di samping usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti beras negara, saya ingin mendesak kerajaan menubuhkan satu dana khas pesawah padi yang bertujuan menstabilkan harga berbanding dengan harga pasaran terbuka. Dana ini hendaklah diurus dengan talus dan berhemah, sama ada oleh agensi atau badan kerajaan yang diaktakan dalam Dewan ini bagi menjamin harga padi dapat dikekalkan dan petani terus dapat menikmati margin keuntungan yang setimpal dengan usaha serta pengorbanan terhadap negara dan menjamin security crop mencukupi bagi kegunaan domestik.

Tuan Yang di-Pertua, kelapa sawit mempunyai keluasan ladang lebih 3.6 juta hektar telah lama mengambil alih tempat getah sebagai tanaman komoditi utama. Dewasa ini harga kelapa sawit yang tidak stabil membimbangkan dan secara tidak langsung menjejaskan pendapatan pekebun kecil dan ladang-ladang swasta. Kegagalan mempertahankan negara sebagai pengeluar hasil getah terbesar dunia sepatutnya dijadikan iktibar. Sekalipun Malaysia masih menjadi pengeluar utama minyak sawit dunia, namun dengan globalisasi, era post AFTA serta WTO yang akan dikuatkuasakan tidak lama lagi sepatutnya menjadi asas bagi perancangan jangka panjang negara mempersiapkan diri supaya mempunyai kelebihan daya saing.

Indonesia contohnya, saingan yang terdekat negara mempunyai kos pengeluaran yang rendah secara progresif mengekori kebolehan negara kita mengurus industri minyak sawit. Usaha kerajaan melalui Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti produk tidak memadai sekiranya usaha-usaha penerokaan pasaran baru dan penciptaan baru penggunaan hasil minyak kelapa sawit atau hasil buangan tidak diusahakan.

Saya di sini ingin mencadangkan beberapa pendekatan supaya minyak sawit negara dapat menguasai pasaran dan meningkatkan pendapatan negara melalui pertama, penerokaan pasaran baru. Sudah tiba masanya kerajaan menggandakan usaha untuk melangkaui batas pasaran tradisi yang besar seperti China, Indian Sub­Continent, dan Asia Tengah. Usaha penerokaan pasaran baru di Eropah Timur, Afrika dan Amerika Selatan sepatutnya menjadi agenda utama kerajaan. Packaging product

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 47

untuk pengeksportan yang menarik patut diformulate - dengan izin - bagi menjayakan usaha ini. Usaha-usaha product marketing, pendekatan counter trade dan penggunaan mekanisme kredit yang efektif semestinya menjadi asas di dalam memformulasikan Dasar Sawit Negara.

Cadangan yang kedua, mempelbagaikan penggunaan hasil minyak kelapa sawit dan bahan buangannya. Nilai tambah atau value-added penggunaan minyak pokok kelapa sawit patut diusahakan. Negara mempunyai banyak agensi kajian seperti MARDI. RRI, MPOB dan sebagainya. Sekalipun begitu, usaha R&D yang dibuat kerapkali tidak dicommercialize sekali pun jutaan ringgit telah dibelanjakan. Alasan yang kerap digunakan untuk tidak commercialize hasil kajian tersebut adalah tidak cost­effective. Sebenamya ianya boleh menjadi cost-effective sekiranya kerajaan benar­benar bertanggungjawab untuk menggalakkan penggunaan, pembukaan dan penerokaan pasaran hasil pertanian tersebut dengan memberikan insentif tertentu seperti percukaian perintis dan sebagainya. Kerajaan sepatutnya tidak bersikap myopic dalam perkara ini dan perhitungan jangka panjang mesti diambil kira, bukan short-term profit mentality- dengan izin.

Contoh yang paling relevant adalah kegagalan kerajaan untuk membuka atau stimulate pasaran penggunaan perabot dari kayu getah lebih awal. lndustri perabot kayu getah ini masih muda antara 10 hingga 15 tahun sekalipun negara telah menanam pokok getah beberapa dekad yang lalu. Negara menghasilkan lebih 1 0.8 juta tan minyak kelapa sawit setahun dan 35 juta tan bahan buangan kelapa sawit setahun yang dianggarkan bemilai RM350 juta. Oleh itu penggandaan usaha-usaha R&D dan komersialisasinya perlu dibuat secara teratur dan tersusun supaya pelbagai kegunaan minyak dan bahan buangan kelapa sawit dipertingkatkan.

Tindakan-tindakan ini akan mengurangkan penggantungan hasil hanya kepada penggunaan tradisi sahaja. Sehingga kini sungguhpun usaha-usaha awal untuk mengkaji penggunaan minyak kelapa sawit sebagai bahan bakar altematif masih belum nampak kejayaannya dan penggunaan bahan buangan sebagai bio-mass fuel electricity - dengan izin - baru di peringkat awal. Kejayaan usaha-usaha seperti ini akan secara tidak langsung memberikan pendapatan tambahan kepada pekebun kecil dan ladang swasta serta memberikan technological edge kepada negara.

Tuan Yang di-Pertua, kajian untuk mengeluarkan bahan api iaitu minyak diesel daripada minyak sawit mentah telah dibuat lebih daripada 10 tahun yang lalu. Pakar­pakar tempatan dan asing telah berjaya menghasilkan produk ini dengan kos yang munasabah. Namun oleh kerana kurang keprihatinan kerajaan terhadap kajian ini dan hanya berminat untuk mengambil tindakan yang bersifat jangka pendek dan responsif terhadap keadaan semasa menyebabkan kajian ini tidak dimanfaatkan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya pengeluaran minyak diesel melalui minyak sawit mentah dihasilkan secara besar-besaran dengan melibatkan negara-negara pengguna seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat yang sedang memilih bahan api yang bersifat eco­friendly. Seterusnya bagi menjayakan cadangan ini satu mekanisme harga perlu diwujudkan dengan memberikan ketetapan harga berdasarkan jangka panjang dan jaminan pembelian dari negara pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, belanjawan yang baru dibentang sekali imbas kononnya dianggap belanjawan rakyat, tetapi apabila pengkajian terperinci dibuat ia adalah belanjawan serampang dua mata, menyelamatkan si kaya dengan bantuan penyelamatan korporat yang rugi atau bermasalah dengan pelbagai insentif potongan dan galakan cukai dan pada masa yang sama menindas rakyat terbanyak dengan kenaikan harga runcit bahan api. Keperluan asas rakyat terpenting dengan alasan subsidi yang tinggi terpaksa ditanggung oleh kerajaan sekiranya diteruskan. Jelas sekali Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam ucapan Belanjawan 2002, perenggan 104 dan 105, nyata bahawa tindakan ini adalah untuk off-set- dengan izin­kehilangan RM1.2 bilion yang disebabkan oleh pengurangan dan penghapusan cukai yang telah dibuat.

Saya tidak berhasrat untuk membincangkan isu ini kerana telah banyak dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat daripada pembangkang yang lain. Namun apa yang ingin dipersoalkan, bolehkah kerajaan memberi jaminan tiada kenaikan harga barang keperluan bukan kawalan atas tlndakan ini yang disebabkan oleh chain effect -dengan izin - dari kenaikan kos pengangkutan khususnya.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

48 DR.1.11.2001

Kita amat sceptical dengan beberapa kenyataan Menteri-menteri Kerajaan yang menyatakan kenaikan harga bahan api tidak memberi impak kepada inflasi dan kenaikan harga barangan. Sekiranya kita lihat negara industri besar dunia, Amerika Syarikat beria-ia untuk menguasai tempat-tempat strategik pusat pengeluaran minyak dunia dan sanggup berperang hanya untuk memastikan memperolehi bekalan bahan utama industri ini.

Yang terakhir adalah peperangan di Afghanistan sekarang. Tujuan mereka bukan hanya sekadar menghancurkan umat Islam tetapi supaya mereka dapat menguasai kawasan laluan simpanan gas, minyak dan mineral di Asia Tengah. lni adalah faktanya kerana bekalan berterusan dan simpanan minyak yang banyak serta murah secara langsung akan dapat menjana industri dan mengurangkan pelbagai kos yang berkait dengan minyak.

Tuan Yang di-Pertua, kenaikan harga minyak boleh menyebabkan penjual melepaskan kenaikan kos pengangkutan kepada pengguna. Kenaikan harga barang­barang bukan kawalan tetapi merupakan barangan perlu seperti pakaian sekolah, buku, peralatan persekolahan, bahan makanan seperti ikan dan sayur dan lain-lain bahan akan terus membebankan pengguna terutama golongan rakyat berpendapatan rendah yang berada di kampung dan di desa, yang tidak mendapat manfaat pengurangan dan pengecualian cukai secara langsung. Hatta peke~a bergaji tetap yang mendapat pengurangan cukai 1% juga akan merasa tekanan kenaikan kos kehidupan kerana kenaikan harga bahan api yang akan menghakis wang pelepasan cukai yang mereka bakal perolehi.

Oleh yang demikian, kerajaan khasnya melalui Kementerian Hal Ehwal Pengguna hendaklah diminta untuk formulate satu mekanisme bagaimana untuk memastikan penjual tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan bukan kawalan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, EPF merupakan tabungan hari tua bagi semua tenaga kerja. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan simpanan yang dibuat te~amin dan memberi pulangan yang terbaik untuk penabung. Sikap ketelusan, tanggungjawab dan akauntabiliti mestilah menjadi asas pentadbiran badan ini. Apa yang berlaku dengan kegagalan Skim Anuiti yang dikendalikan oleh syarikat insurans awam yang baru sahaja ditamatkan adalah satu ciri ketidaktelusan serta ego dan dasar kerajaan yang langsung tidak mengambil kira pendapat-pendapat penabung atau pencarum terutama dari Kesatuan Sekerja.

lni adalah satu lagi dari kegagalan the so-called dasar penswastaan kerajaan yang lebih menumpukan keuntungan kepada mereka yang diberi konsesi tanpa mengambil kira jerit perih pencarum. Sudahlah kadar dividen semakin menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana pendekatan pelaburan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak profesional, ditambah lagi dengan cubaan mempromosikan Skim Anuiti yang pendekatannya lebih favourable - dengan izin - kepada pemegang konsesi ini. Kita mengalu-alukan tindakan kerajaan yang sedar setelah menerima tekanan dari pelbagai pihak memberhentikan skim ini. Apa yang difahamkan, EPF sendiri akan menguruskan skim ini.

Oleh itu saya ingin menyarankan kepada kerajaan melalui EPF terus menawarkan produk anuiti yang favourable kepada peserta dalam dua bentuk: Pertama, Skim Anuiti Konvensional dan kedua Skim Anuiti secara Islam dengan Takaful bagi memberi pilihan kepada pelabur beragama Islam.

Tuan Yang di-Pertua, ..

Tuan Yang di-Pertua: Minta gulung, Yang Berhormat, ya.

Tuan Nasharudin bin Mat lsa: Akhimya Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang ingin disentuh ialah kegagalan kerajaan untuk meningkatkan jumlah golongan profesional bumiputera yang sepatutnya berdasarkan komposisi kaum di negara ini. Dari statistik guna tenaga 1990 dan 1999, peratus bumiputera masih jauh lagi dalam semua bidang profesional jika dibandingkan dengan etnik-etnik lain seperti di bawah:-

Contohnya, akauntan pada tahun 1990, 11.2% dari jumlah keseluruhan, pada tahun 1999 hanya 15.9%. Peningkatannya agak sedikit. Doktor pada tahun 1990, 27.8%; 1999, 36.7%; Peguam, 1990, 22.3%; 1999 hanya 31.3%.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 49

Sekalipun ada peningkatan yang tidak boleh kita nafikan tetapi adakah ini dapat dipertahankan selepas era biasiswa digantikan dengan pinjaman dan era pengembangan IPTS. Oleh itu saya sarankan supaya usaha-usaha bersepadu, pengembangan guna tenaga profeslonal mengikut etnik sewajamya diberi penekanan dengan menambah jumlah pengambilan lebih ramal siswazah bumiputera dalam bidang-bidang tersebut dan kemudahan pinjaman yang mudah disediakan bagi membolehkan penuntut bumiputera dapat memasuki bukan sahaja IPTA tetapi juga IPTS yanglebih daripada 90% penuntutnya masih daripada etnik bukan bumiputera.

Mekanisme untuk membolehkan penuntut bumiputera untuk memasuki IPTS patut disediakan selain dari pinjaman pelajaran, insentif seperti memberikan tax rebate pendidikan yang lebih baik kepada penuntut bumiputera dan keluarga bumiputera yang mendaftarkan anak ke IPTS yang menepati Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan umpamanya boleh merangsang pendaftaran penuntut bumiputera dalam IPTS dan turut juga menggalakkan pengembangan industri pendidikan swasta.

Akhimya Tuan Yang di-Pertua satu point sahaja lagi yang berkaitan dengan peruntukan belanjawan ini saya mengharapkan supaya perhatian dapat diberikan kepada masalah hakisan pantai di dalam kawasan saya, mintalah kementerian­kementerian berkenaan untuk memberikan perhatian masalah hakisan pantai yang begitu serius melanda kawasan Pantai Mumi dan Kuala Raga dalam Parlimen Van yang sekarang ini semakin teruk nelayan-nelayan terhapus sumber pendapatan mereka, penduduk juga menghadapi masalah banjir dan sebagainya. Diharapkan kementerian-kementerian yang berkenaan dapat memberlkan perhatian kepada isu hakisan pantai di kawasan Pantai Mumi dalam Parlimen Van. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Kuala Pilah.

3.16 ptg.

Dato' Napslah blntl Omar [Kuala Pllah]: Terlma kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana beri saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Memanglah memandangkan keadaan iklim dunia hari ini dari segi sosioekonomi dan politicalnya memanglah saya perhatikan amat cantik, amat sesuai dan amat progresif Belanjawan kita pada tahun 2002 ini. Saya dan juga pengundi-pengundi dari Kuala Pilah bersama-samalah member! ucapan tahniah kepada kerajaan terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan serta pegawai-pegawainya semuanya difikirkannya, tidak ada yang ketinggalan dari pegawai-pegawai kerajaan anggota-anggota dan pegawai-pegawai keselamatan, polis dan tentera, orang-orang di bandar, orang-orang di kampung termasuklah juga Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada dari bandar atau darl kampung dan juga seterusnya kepada kaum wanita dan juga kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, inilah dia Kerajaan Barlsan Nasional. Memangnya teringat kepada semua. Sungutan dan rungutan ini memanglah ada ini perkara biasa. Ada juga pihak kumpulan daripada pihak korporat yang saya dengar dari pihak swasta yang mengharapkan tax corporate ini diturunkan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan situasi hari ini saya rasa ingin juga saya mengingatkan mereka dengan izin, you also have your good days. Daripada pihak pembangkang pula, Tuan Yang di­Pertua, ingin jugalah saya menyatakan ini sudah memang kerja pihak pembangkang dan kita pun sudah, agak apa yang mereka akan jalankan. Tentulah apa yang kita buat ini, ada semuanya yang tidak baik. Tetapi takkanlah tidak ada yang balk. Saya faham dalam demokrasi, Tuan Yang di-Pertua, memang ada tempat untuk pembangkang terutamanya dalam demokrasi berparlimen. Dalam usaha mereka untuk menawan atau dengan izin, impress rakyat Malaysia janganlah keterlaluan mengata, mengata, memfitnah dan memutarbelitkan fakta-fakta.

Pada pandangan saya dalam isu-isu kepentingan negara kita mesti bersama. Mundumya negara atau majunya negara kita sama-sama merasa, tldak kira sama ada di sebelah pihak pembangkang dalam Dewan atau luar Dewan ataupun maksud saya kalau kita maju semuanya maju. Jadi, sama-samalah kita hendak menggembleng tenaga supaya kita majukan negara kita ini .

Tuan Yang di-Pertua, sudah terbukti, sudah diakui oleh Bank Dunia malah seluruh dunia, dulu ramai yang mengutuk negara kita Malaysia ini menguruskan wang, menguruskan ekonomi malah menguruskan politik kita, tetapi ini sudah terbukti

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

50 DR.1.11.2001

Malaysia mempunyai the winning formula dan ramai negara yang lain ingin belajar daripada Malaysia. lnilah kerajaan Barisan Nasional yang tidak pemah mengecewakan rakyatnya. lnilah barisan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamad yang menjanjikan kepada rakyat kemajuan, keselamatan, kesejahteraan dan keamanan untuk masa dulu, hari ini dan masa depan. Janganlah, saya minta pihak pembangkang mengecll-ngecilkan pihak kerajaan yang ada hari ini.

Kerajaan hari ini menang 11 kali pilihan raya dan kita sama-sama mengajak pihak pembangkang untuk kita membangunkan Malaysia ini dalam acuan kita sendiri in our own mould, tidak seperti sesetengah orang apabila angin tiup kuat kencang di timur, lari ke timur untuk mengadu. Apabila angin tiup ke barat, lari ke barat untuk mengadu. Hari ini ke mana lagi hendak mengadu, ke mana lagi hendak tunduk. Ha, bukan ramai pakar-pakar dalam Dewan ini pun ada juga pakar-pakar motivator yang mengatakan use your own internal strength, dengan izin. Dan hari ini saya mengajaklah mereka kita sama-sama guna kekuatan kita sendiri. lkut sahajalah Yang Amat Berhormat Data Seri Dr. Mahathir bin Mohamad yang hari ini saya mendengar pihak pembangkang bangun mengatakan iaitu dalam satu wawancara dengan Menteri Luar kita iaitu Menter! Luar mengatakan dia menyokong serangan orang Amerika kepada Afghan.

Sebenamya ini tidak betul dan saya hendak betulkan di sini. Pendirian kita: Malaysia memang, kita kutuk. Dan saya dan juga pengundi-pengundi saya di Kuala Pilah memang mengutuk serangan pengganas ke atas WTC dan juga Pentagon tetapi kita tidak menyokong serangan Amerika di Afghanistan. ltu harus kita terangkan seterang-terangnya kepada semua. Dulu memangnya banyak yang saya dengar adalah sesetengah orang itu kuat menyokong Amerika. Hari ini kita tengok Bush telah mula menelefon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Blair pun sudah telefon. Sekarang AI-Gore dengan laungan reformasinya sudah senyap dan lenyap. Albright pun sudah tidak bright lagi, Tuan Yang di-Pertua, sudah tidak terang lagi.

Yang terang hari ini, yang bright ialah Yang Amat Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamad. [Tepuk]. lni patut kita beritahu kepada Yang Berhormat bagi Parit Buntar yang inilah dikatakan world standard. Betul atau tidak? [Disampuk]. Ah, termasuklah sekali. Hari ini terguris juga hati saya apabila Yang Berhormat bagi Tumpat bangun mengatakan dia terbaca dalam The Guardian satu akhbar dari Britain yang mengatakan Malaysia ini katanya mungkin sudah disogok dengan alat-alat surveillance intelligent kit untuk mengesan, menggunakan di dalam negeri.

Saya agak sedihlah kerana Yang Berhormat bagi Tumpat itu pemah duduk semeja dengan saya dan saya mengenali hatinya. Saya rasa haruslah dia berfikir dua kali. Sepatutnya selepas membaca sahaja Guardian itu email and tick them off. Tell them Malaysia is not that cheap. Malaysia bukan semurah itu untuk mendapat sogokan begitu. 40 tahun kita sendiri melawan pengganas di negara kita. Tidak payah alat-alat yang canggih, yang panting ialah hati yang cekal yang inginkan kepada keamanan. Jadi, wahai pihak pembangkang janganlah ingatkan kita ini semurah itu. Sampaikan kepada orang-orang yang berkenaan.

Tuan HajJ Mahfuz bin Haji Omar: Merdeka!

Dato' Napslah blnti Omar: lnsya-AIIah.

Tuan Yang di-Pertua: Pokok Sena tolonglah.

Dato' Napsiah blnti Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa satu saya hendak bagi tahu kepada pihak pembangkang. Kita ini sudah menang pilihan raya, kita ada mandat dan kita mempunyai harapan yang besar kepada kerajaan yang ada hari ini. Sama-samalah kita berganding bahu untuk membangunkan negara kita ini. Sebab semua rakyat sama ada pihak pembangkang atau pihak di sini kita ingin mendapat harapan dan mandat daripada rakyat di negara ini dan harapan rakyat bukannya sedikit kepada kita dan juga kepada pegawai-pegawai kerajaan. Harapan rakyat ini memang banyak.

Daun palas di atas bukit,

Tempat menjemur buah pala,

Harapan rakyat bukan sedikit,

Sebanyak rambut di atas kepala.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 51

Rakyat semua berharap kepada kita. Habis yang tidak ada rambut habis ceritalah. [Ketawa).

Tuan Yang di-Pertua, sudah habis bab itu. Bagi pula bab yang lain. Bagi pihak wanita saya mengambil kesempatan ini...... {Yang Bert10rmat bagi Teluk Kemang berkata sesuatu]. Sony Sir. Bagi pihak wanita pula saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Barisan kerana telah memberi apa yang kita mintakan. Seperti mana sahabat saya daripada Arau telah mengatakan wanita telah lama berjuang untuk meminta supaya balu-balu yang mana menikah sekali lagi pencennya diteruskan. Alhamdulillah, ini telah kita dapat. Tetapi saya agak hairan bin ajaib pula sebabnya saya dengar hari itu Ketua Pembangkang mengatakan yang dia yang perjuangkan. lni saya rasa hairan bin ajaib kerana kita telah memperjuangkan ini sejak tahun 1980-an lagi. Ketua Pembangkang hanya merasa sahaja, kita merasa penderitaan ini dia tumpang merasa sahaja. lni tidak betul. Jadi, ini saya hendak betulkan. Wanita yang memperjuangkan ini. Terima kasih.

Yang keduanya, Tuan Yang di-Pertua, mungkin di waktu tidak mengizinkan tetapi ingin saya hendak juga membawa di sini berkenaan dengan separate taxation atau cukai berasingan. Kerajaan telah menjanjikan kepada pekerja-pekerja wanita supaya mereka itu boleh memilih sama ada hendak bercukai bersama suami ataupun bercukai bersendirian. Kalau separate taxation, dengan izin, biarlah mulanya daripada A sampai ke Z. Janganlah orang yang sama nombor yang sama kerana selalunya orang wanita juga rugi nanti di dalam keadaan itu.

Habis bab itu, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan jalan pula. Saya tidak puas hatilah kalau tidak saya sebut berkenaan dengan jalan ini. Kerana sebenamya saya ucap terima kasih juga kepada sahabat saya daripada Rasah yang telah membangkitkan Jalan Kuala Pilah-Seremban ini. lni sudah lama kita tunggu dan saya berharaplah kerajaan akan ambil masa dalam masa ini supaya dapat dilaksanakan jalan ini iaitu Jalan Seremban ke Kuala Pilah. Saya difahamkan letter of intent pun telah dikeluarkan tetapi malangnya waktu itu apabila kontraktor yang dipilih itu telah diberi peluang, saya rasa ia tidak memulakan kerjanya kerana ada internal squabbling, dengan izin. Jadi, saya berharap kerajaan akan dapat menyelesaikan perkara ini. Kalau misalnya kontraktor itu tidak mempunyai kemampuan kita tarik sahaja, beri lagi kepada kontraktor yang lain kerana ramal kontraktor yang boleh melaksanakan jalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada banyak lagi perkara yang hendak disampaikan hanya satu sahaja lagi, iaitu dalam bidang pendldikan. Kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kerajaan akan mengkaji semula dasar-dasar berkenaan pendidikan ini supaya dasar itu boleh dikatakan dengan izin, enabling policy supaya lebih mewujudkan satu industri dalam pendidikan dan memberi status pioneer supaya mereka ini, dua tiga tahun dibebaskan daripada memberi cukai supaya kita dapat wujudkan industri ini kerana maklum sajalah rasa saya kalau orang yang motivator pun selalu mengatakan tiap-tiap satu masalah itu boleh kita jadikan peluang, a problem becomes an opportunity dengan izin, dengan lepasnya September 11 ini rasa saya ramai lagi dapat kita tarik dan menawan anak-anak daripada negara-negara Timur Tengah untuk datang ke Malaysia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan pelajaran tetapi untuk membolehkan terutamanya pengusaha-pengusaha bumiputera untuk mewujudkan industri pendidikan ini saya berharap kerajaan akan dapat memberilah kelonggaran-kelonggaran supaya dapat mereka itu sama-sama maju, maju negara kita maju usahawan kita juga.

Jadi, dengan itu Tuan Yang di-Pertua, kerana masa tidak mengizinkan saya mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih dan saya menyokong belanjawan, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Satang Sadong, Batang Sadong.

3.27 ptg.

Puan Suklnam Domo (Batang Sadong]: Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta membahaskan rang undang­undang pembekalan tahun 2002. Saya hanya akan menumpukan perbincangan saya kepada satu topik sahaja iaitu pembangunan luar bandar dan pedalaman. Saya

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

52 DR.1.11.2001

gunakan istilah pedalaman kerana di Sarawak ada kawasan yang dipanggil pedalaman iaitu jauh lagi daripada luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, dalam membincangkan pembangunan luar bandar dan pedalarnan ini, saya perlu dulu qualify myself dengan izin supaya tidak timbul salah faham. Apa yang saya maksudkan dengan pembangunan luar bandar dan pedalaman adalah pembangunan yang menyeluruh dan bersepadu yang meliputi pertama, aspek fizikal iaitu kemudahan infrastruktur seperti kemudahan jalan raya, jalan kampung, jalan luar bandar, bekalan elektrik, bekalan air bersih, kemudahan riadah dan sebagainya. Yang kedua meliputi aspek ekonomi dan yang ketiga, pembangunan insan yang juga merangkumi bidang pendidikan dan latihan. Oleh itu saya melihat tugas, peranan dan tanggungjawab menangani pembangunan Juar bandar dan pedalaman ini tidak terletak hanya kepada satu kementerian sahaja iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar kerana biasanya apabila kita bercakap tentang luar bandar selalunya yang menjadi target kita ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar tetapi dalam hal ini ianya bukan hanya terserah kepada Kementerlan Pembangunan Luar Bandar tetapi semua jentera kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, isu pembangunan Juar bandar dan pedalaman adalah satu topik yang sangat popular. Bukan popular dari segi yang menyenangkan tetapi ianya tidak menyenangkan sehinggakan hampir setiap Ahli Parlimen sentiasa menimbulkan isu ini dalam perbahasan mereka walaupun Ahli Parlimen itu datangnya dari kawasan bandar. lni menunjukkan bahawa isu dan permasalahan masyarakat dan kawasan Juar bandar dan pedalaman masih belum ditangani sewajar dan sebijaknya. Kita sudah merdeka 44 tahun dan bagi kami di Sarawak sudah 38 tahun. Dan pada setiap tahun apabila rang undang-undang perbekalan dibentangkan kita dapati kerajaan memberikan peruntukan yang besar kepada pembangunan luar bandar yang disalurkan melalui berbagai kementerian. Tetapi masalah pembangunan luar bandar dan pedalaman nampaknya masih banyak dan seolah-olah terlalu sukar untuk diatasi. Kalau tidak, takkanlah kami Ahli-Ahli Parlimen khususnya dari Sarawak dan Sabah tetap tidak pemah serik untuk menimbulkan isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, cuba kita ambil beberapa contoh dari aspek fizikal, kita ambil contoh jalan luar bandar atau jalan kampung, kita semua maklum kalau ada jalan raya berbagai aktiviti ekonomi boleh dijalankan. Bekalan elektrik dan air bersih akan menyusul kalau adanya jalan raya dan petani atau nelayan akan mudah menjual hasil tanaman atau tangkapan. Tetapi pengalaman kami, pengalaman saya amat sukar untuk mendapat kelulusan bagi membuat jalan raya khususnya jalan luar bandar kerana ada bezanya Yang Berhormat Dato', jalan luar bandar dan jalan kampung dan jalan bandar. Satu lagi ialah tempoh perlaksanaan sesuatu projek itu mengambil masa terlalu lama sedangkan kalau kita lihat di bandar-bandar, bukan maksud saya di bandar tidak perlu dibaiki jalan raya, tapi kita lihat di bandar-bandar jalan rayanya sentiasa dibaiki. Katau berlubang sedikit segera dibaiki. Kalau lanya tidak begitu rata segera diratakan. Kalau sempit dibesarkan dan di Semenanjung pula dibina beberapa lebuh raya yang menelan belanja berbillion ringgit. Saya ingin bertanya tidak bolehkah diberhentikan dulu kerja pembesaran jalan bandar dan pembinaan lebuh raya buat beberapa tahun? Sebaliknya peruntukan itu disalurkan ke kawasan luar bandar dan pedalaman seperti di Sarawak kerana rakan-rakan di Sarawak khususnya Baram, tiap­taip kali menimbulkan masalah jalan di bandar khususnya di kawasan Baram dan di kawasan Rejang.

Contoh yang kedua dari aspek ekonoml, di Sarawak rata-rata masyarakat luar bandar dan pedalaman adalah masyarakat petani atau nelayan. Skop pertanian adalah secara kecilan dan secara tradisional ataupun konvensional. Wanitanya pula ada yang terlibat dalam aktiviti membuat kuih dan jahitan. Dalam dasar pertanian ketiga, kerajaan menekankan kepada pertanian cara moden dan commercial farming begitu juga dalam belanjawan tahun depan dengan izin, sebagai Jangkah meningkatkan ekonomi petani. Saya menyokong langkah ini, commercial farming ini pada jangka masa panjang kerana kita dapati di negara Barat petaninya maju kerana pertanian mereka bersifat commercial dan perladangan yang besar tetapi hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, petani luar bandar kita tidak ada kemampuan untuk melibatkan diri dalam commercial farming, dengan izin, sama ada kerana tiada pengetahuan atau kepakaran atau tiada modal atau tiada tanah yang seluas yang diperlukan untuk commercial farming dan tiada sokongan pasaran. Anak-anak petani yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading tidak mahu melibatkan diri dalam pertanian, kalau saya ambil kawasan saya sebagai contoh, 99.9% anak petani yang berpelajaran tinggi

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 53

tinggal di bandar tidak mahu tinggal di luar bandar kerana tidak ada sumber ekonomi dan tidak ter1ibat dalam pertanian. Mungkin ada yang mengambil jurusan pertanian tetapi tidak ter1ibat dalam pertanian secara praktikal tetapi lebih sebagai pegawai pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan kementerian-kementerian lain mencari jalan lain yang lebih realistik untuk membantu petani ini. Setiap strategi hendaklah menepati kumpulan sasar dan objektifnya hendaklah realistik, maksud saya kita tidak akan dapat menjadikan semua petani jutawan. Kalau ada petani di kawasan tertentu, misalnya di kawasan saya yang bersifat kecilan mengapa tidak dibantu mereka mengusahakan tanah mereka dengan cash crop dengan izin, secara kecilan tetapi ada pasaran tetap dengan dibantu oleh agensi seperti FAMA. Apa yang ber1aku Dato' Yang di-Pertua, mereka ini tidak ada pasaran, no marketing dengan izin, tidak outlet. Jadi mereka tidak mahu bercucuk tanam misalnya, tanam cili, tanam sayur kerana tidak ada pasaran susah nak menghantar barang-barang hasil pertanian ke pasaran. FAMA pula hanya beroperasi di kawasan bandar dan membuka pasar tamu mungkin dua kali seminggu atau sekali seminggu, jadi ini masalah yang mereka hadapi, tapi kalaulah ada Pasaran yang tetap saya merasakan petani kecil-kecilan ini boleh maju, boleh meningkatkan tahap ekonomi, tapi bukanlah sehingga menjadi jutawan, tapi mungkin mereka boleh dinaikkan tarat lebih selesa lagi hidup mereka dan mereka boleh keluar daripada kategori rakyat termiskin, ataupun kita gunakan contract farming, FAMA boleh menggunakan strategi contract farming.

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengeruslkan Mesyuarat]

Kemudian contoh ketiga ialah di bidang pembangunan insan khususnya dalam aspek pendidikan. Kita ambil contoh yang paling mudah yang boleh kita lihat iaitu bangunan sekolah. Dalam kajian yang dibuat oleh Sarawak Development Institute dan Universiti Sains Malaysia di daerah Simunjan pada tahun 1998, di kawasan Par1imen saya, didapati kedaifan bangunan sekolah adalah salah satu faktor penyebab guru dan pelajar kurang bermotivasi dan akhimya prestasi akademik rendah. Saya mengatakan salah satu, bukan faktor utama tetapi salah satu daripada faktomya. lsu ini bukan baru tetapi persoalannya, mengapa isu ini masih hangat diperkatakan? Apabila guru balik ke bandar dan bila pelajar dan ibu bapa pergi melawat bandar, mereka rasa cemburu melihat keadaan sekolah di bandar.

Saya akui kita tidak dapat membandarkan masyarakat dari segi cara hidup dan pemikiran selagi mereka tinggal dalam persekitaran luar bandar dan pedalaman. Tetapi saya merasakan kita boleh membina sekolah yang serupa di bandar dan luar bandar dari segi fizikal. Saya akui juga usaha untuk membina semula sekolah lama memang ada iaitu renovation ada, tetapi hanya sebuah sekolah setahun bagi setiap kawasan. Misalnya bagi kawasan saya hanya sebuah, yang sebuah lagi tergendala, sudah empat tahun tergendala.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan insan bererti juga keper1uan beriadah dan keperluan beriadah. Mereka per1u juga badan yang sihat. Remaja dan belia kita di kampung perlu juga bersukan. Keper1uan beribadah saya rasa telah diambil perhatian. Banyak surau dan masjid dibina begitu juga gereja dan sebagainya tetapi keperluan beriadah terabai dengan ketiadaan misalnya padang permainan, dewan serba guna dan pelbagai lagi yang tiada, bahkan sekolah pun tidak mempunyai kemudahan beriadah ini kerana kita difahamkan dalam membina sekolah, kemudahan beriadah ini adalah low priority dengan izin, sebab keutamaannya ialah bilik darjah. Sebab itu sekolah-sekolah tidak ada surau sehinggakan wakil rakyat yang menjadi tempat untuk sekolah memohon peruntukan untuk membina surau.

Begitu juga kalau kita lihat pra-sekolah yang ditadbirkan oleh KEMAS. Seperti yang kita semua maklum wakil rakyat lah menjadi kumpulan sasar untuk meminta bantuan untuk membina sekolah ataupun membekalkan bekalan elektrik, air dan sebagainya.

Pembangunan insan juga bererti membekalkan masyarakat dengan kemahiran tertentu untuk membolehkan mereka mencari nafkah hidup yang halal. Dalam aspek latihan kemahiran ini, saya mencadangkan agar kerajaan memberi tumpuan juga kepada kemahiran lain selain daripada aspek teknologi. Kajian

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

54 DR.1.11.2001

hendaklah dibuat untuk mengenal pasti kemahiran yang relevan bagi setiap kawasan atau daerah.

Apa yang berlaku ialah Tuan Yang di-Pertua, kita selalu membuat kajian yang menyeluruh, global ataupun universal dan apabila kita mengenal pasti masalah, kemudian kita membuat strategi yang global juga, yang tidak menepati kumpulan sasar. Tetapi apa yang saya ketahui dalam TQM- Total Quality Management (ISO) masalah dikenal pasti dan masalah itu hendaklah diselesaikan berdasarkan masalah setempat bukan kalau ada satu masalah kecil, seluruh sistem 1tu ditukar, tidak. Saya rasa tidak ada TQM memberi kita atau mengajar kita berbuat begitu.

Dalam TQM yang saya tahu masalah diselesaikan. Masalahnya itu juga bukan apabila ada satu masalah, seluruh sistem berubah. Tetapi apa yang berlaku seolah­olah kalau ada satu masalah, keseluruhan sistem itu perlu dirombak. Saya rasa ini tidak menepati keperluan sepatutnya ....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Sila gulung Yang Berhormat.

Puan Sukinam Domo: Okay. Kajian hendaklah dibuat untuk mengenal pasti kemahiran yang relevan bagi setiap kawasan atau daerah. Saya bersetuju kerajaan menekankan bidang IT tetapi janganlah sehingga mengabaikan kemahiran lain seperti pertanian. Kalau belia kita semua mengambil kursus berasaskan teknologi dan industri, luar bandar akan ketandusan belia dan orang berpelajaran kerana tidak mungkin industri akan dibina di luar bandar atau pedalaman. Jadi belia ini akan berhijrah ke bandar akhimya masyarakat luar bandar dan apatah lagi pedalaman akan terus ketinggalan, akan terus tidak dapat bersaing dalam zaman globalisasi ini.

Tuan Yang di-Pertua, strategi ketiga Belanjawan 2002 memberi penekanan kepada luar bandar. Saya petik penyataannya, strategi ketiga, " .. . Menentukan kekayaan menjadi /ebih saksama antara bandar dan /uar bandar, antara pendapatan rendah dan pendapatan tinggi dan antara negeri yang kurang maju dengan /ebih maju". RM5.34 bilion diperuntukkan untuk membangunkan luar bandar dengan penekanan kepada Sarawak dan Sabah seperti yang dihuraikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam buku ucapan Belanjawan beliau pada muka surat 43-48. Rakyat Sarawak mengucapkan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan atas keprihatinan beliau terhadap rakyat luar bandar di Sarawak. Adalah diharapkan segala yang dihuraikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan akan dilaksanakan tanpa apa-apa masalah dan alasan. Saya berpendapat semua ini dapat dilaksanakan sekiranya perkara-perkara berikut diikuti.

Pertama, kurangkan .....

Timbalan Yang di·Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis, Yang Berhormat. Panjang ini. ...

Puan Sukinam Domo: Sekejap, menggulung Tuan Yang di-Pertua. Kurangkan karenah birokrasi. Kedua, pegawai pelaksana hendaklah prihatin kepada tugas tanpa ada political ataupun business inclination ataupun mileage dengan izin. Perlu dingat kebanyakan kita berasal dari luar bandar. Jangan macam kacang melupakan kulit. Tambahkan bilangan pegawai pelaksana dan pemantau di Pejabat Pembangunan Negeri. Misalnya Sarawak hanya ada tiga orang tetapi Sarawak terlalu besar. JPA perlu prihatin, berilah pegawai. Kita tidak dapat memantau projek secara online, you have to do it manually dengan izin. Saya haraplah perkara-perkara ini diambil perhatian dan yang terakhir perlu ada kerjasama yang erat antara wakil rakyat dengan pegawai.

Jadi, oleh kerana masa tidak mengizinkan, itu sahaja terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Parit.

3.44 petang.

Tuan Haji Mat Baslr bin Rahmat (Parlt]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2002.

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 55

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan yang dibentangkan pada tiga minggu yang lepas menimbulkan pelbagai reaksi daripada segenap lapisan masyarakat. Memanglah bonus setengah bulan gaji, kenaikan gaji pegawai perkhidmatan awam mulai awal tahun depan menggembirakan kakitangan awam namun demikian kenaikan gaji dan bonus ini tidak memberi sebarang makna sekiranya kos sara hidup semakin meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat dijangka menanggung kos hidup lebih tinggi akibat kesan kenaikan harga barangan pengguna. Ekoran peningkatan harga petrol dan diesel, pakar-pakar ekonomi meramalkan sekiranya tidak dikawal, kadar inflasi akan meningkat dalam jangka panjang. Rakyat digula-gulakan dengan bonus dan kenaikan gaji. Bonus setengah bulan gaji tidak akan dapat membantu kesan kenaikan petrol. Belanjawan kali ini saya sifatkan tidak mesra pengguna. Sebaliknya, memeritkan pengguna. Harga tambang bas kemungkinan mengalami peningkatan berikutan kenaikan harga runcit minyak. Kesan psikologi dari kenaikan harga minyak ini amat dirasakan oleh pengguna yang berpendapatan rendah, manakala mereka yang berpendapatan tinggi dan gaji besar tidak merasa apa-apa bahkan akan berlumba­lumba membeli barangan dengan kuantiti yang banyak.

Apabila ada gara-gara barangan akan naik, tambahan dengan senario politik dunia yang melibatkan krisis Amerika-Afghanistan, kerajaan membuat alasan bahawa ekonomi akan bertambah teruk akibat serangan 11 September. Padahal ekonomi sudah mula teruk sebelum peristiwa 11 September. Tidakkah kerajaan mengambil iktibar dari kerajaan Mesir, yang Menteri Ekonominya ialah Nabi Allah Yusoff a.s.? Nabi Allah Yusoff a.s. telah mengetahui kemarau akan melanda negeri Mesir dan seluruhnya Nabi Allah Yusoff a.s menyimpan khazanah negeri sehingga 10 tahun. Negara-negara sekelilingnya habis musnah tetapi negeri Mesir sahaja yang selamat.

Tuan Yang di-Pertua, tidakkah boleh kerajaan berdikit-diklt projek-projek mega dahulu? Kalau ditangguhkan dan berjimat cermat dalam mengendalikan wang rakyat, sudah barang tentu rakyat tidak akan mengalami sengsara. Kata-kata hikmat dari Arab [Bercakap dalam Bahasa Arab} yang bermaksud "Betjimat-cermat adalah sebahagian kehidupan". Jangan terlalu boros berbelanja dan jangan pula terlalu kedekut, hendaklah sederhana. {Membaca sepotong Hadis] yang bermaksud, "Sebaik-baik peketjaan itu adalah sederhana". Jangan sampai negara berhutang dengan begitu banyak.

Kita tahu hari ini, negara berhutang beratus-ratus bilion dollar, lebih kurang RM125,625,133,883.00. lni hutang sahaja, hutang negara. Siapa hendak bayar semuanya ini kalau tidak rakyat? Singkirkanlah sifat-sifat ingin dipuji oleh manusia Barat. Negara membangun tetapi berhutang. Firman Allah [Membaca sepotong ayat AI-Quran] yang bermaksud, "Adakah kamu mohon kemuliaan daripada pujian-pujian mereka? Maka sesungguhnya kemuliaan dan pujian adalah di sisi Allah semuanya. Carilah keredhaan Allah dan jauhilah keredhaan manusia".

Tuan Yang di-Pertua, apakah tidak cukup dengan hasil negara yang begitu hebat, bumi Malaysia yang begitu subur? Saya juga telah merantau sampai di bumi Afrika sana, merantau begitu jauh. Bumi yang paling subur adalah Malaysia - paling subur selain daripada Thailand - yang daripadanya mengeluarkan pelbagai hasil buminya seperti minyak petrol, kelapa, kelapa sawit, getah, koko, gula dan hasil-hasil yang lain seperti cukai jalan, cukai kereta, cukai pintu, cukai tol dan banyak lagi.

Negara Malaysia ini bukanlah besar sangat. Oleh kerana pengurusan yang tidak cekap serta penyelewengan dan penipuan yang sangat ketara menyebabkan rakyat menderita dan sengsara. Di pekan tidaklah nampak tuan-tuan, tidak nampak penderitaan tetapi kalau tuan-tuan dan saudara pergi ke kampung, baru tahu betapa peritnya penoreh getah, petani dan peladang. Sebab itulah Rasulullah SAW memberi amaran keras dalam hadisnya [Membaca sepotong Hadis] yang bermaksud, "Sesiapa yang menjadi pemimpin perkara-perkara umat Islam, maka tiba-tiba dia mati iaitu, dalam keadaan menipu rakyat, maka melainkan diharamkan oleh Allah akan syurga".

Tuan Yang di-Pertua, mengenai teguran yang dibuat oleh Yang Berhormat bagi Parit Buntar yang mengatakan bahawa pemimpin duduk di bangunan-bangunan hebat sedangkan rakyat duduk di gobok-gobok buruk. Yang dikomentar oleh Yang Berhormat bagi Sipitang seolah-olah itulah tempat pemimpin yang sesuai. Tidakkah membaca sejarah Islam? Siapa dia Khalifah Abu Bakar? Siapa Khalifah Umar? Khalifah Umar pemah tidak makan semlnggu kerana didapati di rumahnya tidak ada apa-apa. Kalau hari ini, adakah pemimpin tidak pemah makan seminggu? Kalau

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

56 DR.1.11.2001

dahutu, ada pemimpin-pemimpin yang tidak pemah makan seminggu. Rumah pun tidak ada.

Yang paling akhir, yang paling terdekat ialah cucu-cicit kepada Umar bin Abdul Khatab iaitu, Umar bin Abdul Aziz yang memerfntah. Seluruh negara aman makmur, kaya-raya tetapi dia rumah pun tidak ada. Apabila datang raja darfpada Perancis bertanya di mana rumah baginda, beliau berkata bahawa rumahnya di batu dua. Yang paling terdekat ialah Ayatollah Ruhullah-Humeiri, Presiden Iran, rumahnya disewa di gobok-gobok buruk di bucu kedai. Jadi, kehebatan seseorang bukanlah terletak pada rumah dan pakaian.

Dato' Zalnal Abidln bin Zln: [Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' HajJ Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, Timbalan Menteri berdiri, Yang Berhormat.

Dato' Zainal Abidln bin Zln: Minta laluan.

Tuan HajJ Mat Baslr bin Rahmat: Saya tidak ada masa. Tidak ada masa.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak bagi atau bagi?

Dato' Zalnal Abldln bin Zln: Dia tidak bagi?

Timbalan Yang dl-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya?

Tuan Hajl Mat Baslr bin Rahmat: Tidak ada masa sekarang.

Tlmbalan Yang dl-Pertua [Dato' HajJ Muhamad bin Abdullah]: Cakap tidak bagilah, Yang Berhormat.

Tuan HajJ Mat Basir bin Rahmat: Saya tidak bagilah. Saya tidak bagi laluan.

Tlmbalan Yang dl-Pertua [Dato' HajJ Muhamad bin Abdullah]: Haah, dia tidak bagi, Timbalan Menteri. Sila duduk.

Tuan HajJ Mat Basir bin Rahmat: Tidakkah membaca sejarah Islam, siapa Rasulullah? Dan cicit Umar ibni AI-Khatab, sebagaimana yang telah saya tegaskan tadi, bila beliau ditanya di mana rumah baginda, Baginda menjawab, "Rumah aku di batu dua iaitu kubur." Walaupun mereka telah meninggalkan kita beribu tahun, tetapi masih subur dalam ingatan umat Islam. Dalam kata-kata Arab, ambillah iktibar dari sejarah. Kehebatan seseorang bukanlah pada pangkatnya, hartanya, rumahnya tetapi ialah kerana takwa di sisi Allah. [Membaca sepotong ayat AI-Quran] yang bermaksud, "Semulia-mulia kamu adalah yang paling takwa di sisi Allah". Tetapi pemimpin yang bertakwa mati tidak meninggalkan harta yang banyak. Sebaliknya, pemimpin golongan sekular Barat sahaja yang mati dengan menambunkan harta yang begitu banyak.

Dato' Mahadzlr bin Mohd. Khlr: [Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri lagi, Yang Berhormat. Hendak bagi jalan?

Tuan Hajl Mat Baslr bin Rahmat: Minta maaf, masa tidak ada. Kalau dia bagi... ...

Tlmbalan Yang dl-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak bagi, Yang Berhormat?

Tuan Hajl Mat Basir bin Rahmat: Tidak bagi, saya tidak bagi.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi, Yang Berhormat.

Tuan HajJ Mat Baslr bin Rahmat: Selalu, kalau pengajar di masjid ........ [Disampuk]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila duduk, Yang Berhormat. Dia tidak bagi.

Tuan HajJ Mat Baslr bin Rahmat: ..... tok guru sedang mengajar tidak boleh bertanya. Kalau hendak bertanya, selepas habis mengajar baru boleh bertanya.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 57

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya, betul.

Dato' Mahaclzir bin Mohd. Khir: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi, Yang Berhonnat.

Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: Tidak boleh! Tidak boleh! Saya tidak bagi.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi. Biarlah dia hendak bercakap dahulu.

Tuan Haji Mat Baslr bin Rahmat: Tuan Yang di-Pertua, sedikit mengenai negara Islam. Negara Islam yang sebenamya ialah negara yang mengamalkan hukum­hukum syariah iaitu menjalankan peraturan yang mengaturkan hidup individu dan kolektif. Peraturan-peraturan itu mencakupi bidang-bidang ritual: moral; keluarga: sosial; ekonomi: warganegara; sistem undang-undang: undang-undang perang dan damai; hubungan antarabangsa, ringkasnya ia mencakupi semua bidang kehidupan manusia. Peraturan-peraturan itu menunjukkan kepada perkara balk dan perkara yang berfaedah dan yang merosakkan. Perkara yang balk perlu digalakkan dan yang buruk hendaklah dilenyapkan. lni menunjukkan kepada cara-cara mencapai matlamat yang luhur dan peraturan-peraturan berkenaan.

Syariah menunjukkan cara-cara untuk menggerakkan masyarakat dinamik di bawah peraturan dan disiplin. Hukum syariah berbeza daripada undang-undang lain kerana ia merupakan sistem kehidupan yang digariskan oleh Islam. Untuk kesepaduan hidup insan, ia tidak boleh dipisah-pisahkan kerana pemisahan ini akan meretakkan dan mung kin meranapkan struktur syariah itu sendiri.

Logik syariah dan hukum-hukum Islam dalam kaitannya dengan kehidupan masyarakat adalah kehidupan masyarakat adalah secara sepadu hukum syariah akan dapat berjalan secara berkesan dan lancar dalam skim struktur hidup masyarakat mengikut garis Islam. Justeru syariat Islam tidak membenarkan sesiapa dari kalangan umat Islam menggubal undang-undang, mengharamkan perkara yang halal dan menghalalkan perkara yang haram.

Umpamanya di Malaysia, kerajaan yang ada sekarang, menghalalkan judi yang berlesen, mengharamkan kegiatan judi yang tidak berlesen. Adakah dengan menghalalkan judi berlesen, menepati ciri negara Islam? Jelas sekali yang mendatangkan keuntungan tiada kira halal dan haram. Merosakkan masyarakat ataupun tidak, tidaklah diambil kira kerana kerajaan Islam ala UMNO ini yang untung dikira halal. Pada hemat , world view atau 'tasawur' pimpinan kerajaan sekarang terhadap Islam, berasaskan fahaman materialisme, pemimpin kerajaan memandang Islam itu sebagai aset yang menguntungkan.

Dahulu kerajaan pemah menyatakan hendak menerapkan nilai-nilai Islam. Kerajaan Barisan Nasional bukanlah hendak menegakkan hukum Islam kerana bimbang pelabur-pelabur asing enggan melabur di negara ini. Kerajaan yang ada ingin menerapkan nilai-nilai Islam kerana ia menyebabkan pekerja-pekerja dapat meningkatkan produktiviti. Peningkatan produktiviti akan dapat menambahkan lagi keuntungan. Pembinaan masjid yang indah dan besar untuk menarik pelancong datang dan melihat seni ukir yang ada seperti di Putrajaya dan bukan lagi ingin menjadikan masjid sebagai tempat membesarkan Allah. ltulah sebabnya mengapa masjid di beberapa buah negeri di Malaysia dikunci kerana terlalu sayangkan material yang ada di dalam masjid.

Tempat untuk pemimpin dalam masjid - masjid juga dijadikan tempat untuk pemimpin-pemimpin UMNO mendapatkan kemasyhuran dan dipandang macam bagus [Tepuk] sahaja di kalangan masyarakat. Pada hemat saya kerajaan sekarang mematerialkan ibadat-ibadat penting dalam Islam umpamanya zakat dan ibadat haji. Zakat dan haji bukan lagi dianggap ibadat tetapi dianggap sebagai tempat mencari laba. ltulah sebabnya mengapa Lembaga Urusan Tabung Haji boleh mengalami kerugian. Kerugian ini bennula apabila dikorporatkan.

Jika hendak diukur projek Bank Islam sebagai syarat negara itu sudah Islam, Kerajaan Thai pun baru-baru ini menubuhkan Bank Islam. Soalnya adakah negeri Thai itu sudah menjadi negara Islam? Status negara kita sebenamya adalah negara sekular

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

58 DR.1.11.2001

sama seperti negara Thai dan negara-negara lain yang memisahkan antara agama dan negara.

Pada hemat saya Malaysia adalah negara sekular, bukan sahaja bersandarkan kepada Perlembagaan negara yang ada tetapi dari segi amalannya, pentadbiran negara sekarang ini terkeluar dari hukum-hukum agama dalam masyarakat sekular. Pentadbiran negara dijalankan terkeluar dari hukum-hukum agama.

Dato' Mahadzlr bin Mohd. Khir. {Bangun]

Puan Hajah Khamsiyah binti Yeop: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Sungai Petani berdiri Yang Berhormat.

Tuan Haji Mat Basir bin Rahrnat: Undang-undang negara adalah .....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, ada yang berdiri.

Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: Tidak ada masa.

Dato' Mahadzlr bin Mohd. Khlr: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Dua orang berdiri Yang Berhormat.

Tuan Hajl Mat Baslr bin Rahmat: Saya tidak benarkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak beri?

Tuan HajJ Mat Baslr bin Rahmat: Ha, saya tidak benarkan ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah): Dia tidak beri Yang Berhormat.

Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: ..... kerana saya pun inilah baru dapat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, itu tidak kira, itu tidak menjadi masalah.

Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: ..... baru dapat.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Hendak berikah atau tidak beri Yang Berhormat?

Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: Sudah lama saya berdiri, ini baru dapat. Saya tidak beri.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat. [Disampuk] Duduk, duduk.

Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: Undang-undang negara adalah undang-undang ciptaan manusia sendiri ...... .

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat.. ....

Tuan Haji Mat Baslr bin Rahmat: .... oleh itu dia boleh membuat apa sahaja keputusan sama ada yang bertentangan dengan agama atau tidak. lmplikasinya ialah ahli-ahli masyarakat bertindak atas dua keupayaan:

(i) sebagai ahli masyarakat. Dia mestilah bertindak supaya tidak melanggar peraturan masyarakat tetapi sebagai individu dia boleh melakukan apa sahaja dalam batas yang ditentukan ..... .

Datuk Ruhanle bin Hajl Ahmad: {Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, Parit Sulong berdiri Yang Berhormat. Hendak beri jalan? [Disampuk]

Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: Ya?

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 59

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Parit Sulong berdiri.

Tuan Hajl Mat Basir bin Rahmat: Saya tidak beri

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah): Dia tidak beri Yang Berhormat.

Tuan Hajl Mat Baslr bin Rahmat: Tidak, tidak beri.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ha, ha dia tidak beri.

Tuan Hajl Mat Basir bin Rahmat: Mengikut fahaman [Disampuk]- mengikut fahaman pemimpin-pemimpin sekular matlamat seluruh kegiatan manusia adalah demi manusia itu sendiri, bukan demi Allah atau demi kehidupan akhirat. Justeru itu, memenuhi keperluan material dalam kehidupan manusia adalah tujuan utama manusia.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Sila gulung Yang Berhormat.

Tuan Hajl Mat Baslr bin Rahmat: Hal ini akhimya menjadi dilema dalam fahaman sekular. Pada mulanya keperluan material adalah alat manusia mencapai kebahagiaan, tetapi akhimya keperluan material itu sendiri menjadi matlamat utama bagi mereka. Pada mulanya masyarakat yang menganut fahaman sekular berada di peringkat material rendah, kemudian dia semakin meningkat apabila dia dapat mencapai keperluan material yang lebih balk. Dengan itu, seluruh kegiatan mereka adalah untuk mencapai darjah kepuasan yang semakln tinggi dari semasa ke semasa. Matlamat mereka ialah untuk mencapai hasil pengeluaran yang maksimum. Oleh itu, seluruh kegiatan ekonomi yang moden itu mestilah patuh pada hukum itu supaya .....

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis Yang Berhormat.

Tuan Hajl Mat Baslr bin Rahmat: .... ya?

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, masa sudah habis.

Tuan Hajl Mat Baslr bin Rahmat: Sebaris lagi. Oleh itu, seluruh kegiatan ekonomi yang moden ini mestilah patuh kepada ekonomi itu supaya ia dapat menjamin kegiatan ekonomi itu terus berkembang dengan sendiri. Sekularisme adalah tonggak ekonomi moden. Sekianlah, terima kasih.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah): Ya. Saya beri Bukit Mas. [Disampuk] Ha? ltu tidak usah dipersoalkan. Ada yang enam hari saya tengok berdiri. Sila Bukit Mas. Bukit Mas ya.

3.59 ptg.

Tuan Henry Sum Agong [Buklt Mas]: Tuan Yang di-Pertua, ....

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah): Kita duduk sini kita nampak. Ya, sila.

Tuan Henry Sum Agong: .... saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Tahun 2002 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri petang Jumaat 19 Oktober 2001.

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya membendung segala bentuk ancaman terhadap negara baik yang berbentuk fizikal seperti serangan AI-Ma'unah dan kecurian senjata di Gerik, insiden di Kampung Medan dan KMM serta ancaman terhadap ekonomi negara. Rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato Sari Dr. Mahathir bin Mohamed dl atas kebijaksanaan memimpin negara ini dengan baik, adil dan saksama sehingga rakyat berbilang kaum, keturunan dan agama dapat hidup aman damai dan sejahtera di dalam negara Malaysia yang kita cintai ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan langkah dan tindakan kerajaan di dalam menyediakan Belanjawan Tahun 2002 yang komprehensif, yang boleh

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

60 DR.1.11.2001

menjanakan pertumbuhan ekonomi. Strategi dan pendekatan yang diambil sebagai panduan kepada belanjawan tersebut adalah sesuai dan tepat. Adalah menjadi harapan rakyat agar hasrat dan cita-cita kerajaan untuk terus be~aya membendung ancaman dan kemelesetan ekonomi negara tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan dan ilmu pengetahuan merupakan perkara panting untuk rakyat terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar seperti di Sarawak di mana tahap kesedaran dan pendidikan itu masih rendah dan jauh ketinggalan jika dibanding dengan prestasi dan pencapaian pelajar di kawasan bandar. Contohnya, di kawasan Parlimen P.193 - Bukit Mas yang saya wakili, pencapaian murid-murid sekolah dalam peperiksaan PMR tidak memuaskan. Di kalangan tujuh buah sekolah menengah yang terdapat di daerah Limbang dan Lawas hanya tiga buah sekolah yang mendapat kelulusan purata 55.1% pada tahun 1999 dan satu buah sekolah dengan 54.4% be~aya pada tahun 2000.

Prestasi sedemikian tidak banyak berubah dari tahun ke setahun, malah ada yang menurun. Jika keadaan seperti ini berlarutan masa depan anak-anak luar bandar akan menjadi gelap dan akhimya wujud jurang di antara pelajar-pelajar sekolah luar bandar yang kurang berilmu dan pelajar bandar yang cekap dan berilmu tinggi serta celik komputer dan IT.

Saya mlnta supaya penelitian dijalankan untuk mengenal pasti punca kemunduran pelajar-pelajar luar bandar dan langkah-langkah diambil untuk membaiki prestasi mereka. Sebab-sebab seperti kekurangan prasarana pembelajaran, tenaga pengajar, kemudahan asas yang belum ada dan lengkap harus mendapat perhatian dan pelaksanaan segera. Untuk meningkatkan daya saing pelajar-pelajar luar bandar, saya mencadangkan agar pendidikan prasekolah kepada anak-anak luar bandar dimestikan.

Adalah tidak munasabah bagi anak-anak yang tidak mendapatkan didikan awal dan tidak tahu apa-apa bersaing dengan mereka yang telah mengikuti pendidikan prasekolah, ada yang selama tiga tahun dan tahu membaca, menulis dan pandai mengira. Bagi tujuan untuk memberi didikan awal kepada anak-anak luar bandar, agensi-agensi yang menyediakan kelas bimbingan seperti KEMAS Perpaduan dan Pendidikan perlu berganding bahu untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan. Untuk memberi kemudahan dan peluang pembelajaran kepada lepasan sekolah dan pelajar yang tidak dapat meneruskan pelajaran formal, sekolah-sekolah teknik dan kolej harus didirikan di kawasan luar bandar untuk mengelakkan tumpuan di kawasan bandar.

Sehubungan dengan ini, saya minta supaya kerajaan mendirikan sebuah kolej komuniti bagi kawasan Parlimen P .193 - Bukit Mas di Lawas untuk menampung pelajar­pelajar dari daerah Limbang, Lawas dan Sipitang, Sabah. Selain itu saya memohon pihak Kementerian Pendidikan mempertimbangkan pembinaan sebuah sekolah rendah yang baru di Mengkalap Terusan sempadan dengan daerah Temburong, Brunei di mana ramai penduduk yang telah berpindah dan menetap di kawasan sempadan tersebut terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang be~auhan dan melibatkan kos harian yang agak tinggi. Dengan penyediaan peruntukan sebanyak RM900 juta dalam belanjawan tahun hadapan untuk projek sekolah rendah dan menengah, saya berharap pembinaan SMK Merapok di Lawas yang telah dipersetujui oleh kerajaan dapat dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan Tahun 2002 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM5.34 bilion yang terbesar pemah diberi mencerminkan hasrat dan cita-cita kerajaan untuk membawa pembangunan ke kawasan luar bandar.

Langkah bijak kerajaan ini amat dialu-alukan dan disanjung tinggi. Kita telah merdeka selama 44 tahun dan masih terdapat kampung-kampung luar bandar khususnya di Sarawak yang belum menikmati kemudahan-kemudahan asas seperti jalan luar bandar atau kampung yang sempuma, bekalan elektrik dan air. Saya mencadangkan agar tumpuan dan keutamaan diberi kepada pelaksanaan kemudahan­kemudahan asas tersebut.

Sehubungan dengan ini saya minta pihak kementerian membiayai kos projek bekalan air atau regional water supply yang dicadangkan di terusan bagi membekalkan air keseluruhan daerah Lawas termasuk kawasan luar bandar

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 61

menggantikan sumber yang ada sekarang yang tidak mencukupi menampung keperluan yang kian meningkat. Selain itu saya meminta Kementerian Pembangunan Luar Bandar menjalankan ke~a-ke~a menaikkan tarat jalan luar bandar atau kampung dari pekan Terusan ke Prussia yang dikenali sebagai jalan ... sejauh 15 kilometer.

Jalan ini pelik sedikit, sementara sambungan jalan tersebut dari Terusan ke Lawas sudah pun diturap dan dari Prussia ke Long Tenua sebelah ke hulu akan dibina sebuah jalan baru termasuk penurapan jalan pada tahun hadapan, bahagian tengah jalan yang sama iaitu Terusan Prussia tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk ke~a-ke~a kenaikan tarat jalan. Oleh itu saya memohon jasa baik pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar mempertimbangkan peruntukan sebanyak RM6 juta seperti yang dianggarkan oleh pihak JKR untuk tujuan ini.

Program-program lain pihak kementerian seperti PPRT dan lampu jalan kampung mendapat sambutan dan popular di kalangan masyarakat luar bandar. Disebabkan peruntukan terhad walaupun RM204.5 juta disediakan di dalam belanjawan tahun depan untuk pembangunan rakyat termiskin dan untuk memberi keseimbangan pengagihan peruntukan, saya mencadangkan agar peruntukan yang sama rata disalurkan kepada setiap kawasan Parlimen yang dikenal pasti memerlukan dan seterusnya diagih mengikut kawasan ADUN yang ada di bawah kawasan Parlimen tertentu.

Untuk tujuan ini sebuah jawatankuasa di peringkat daerah diberi tanggungjawab untuk menentukan siapa yang layak menerima bantuan. Bagi pemasangan lampu jalan luar bandar pertu diambil kira pemasangan di kawasan­kawasan rumah ibadat seperti masjid, surau, gereja dan kawasan dewan atau balai raya kampung.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah membangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini pada persidangan belanjawan bulan November tahun lepas mengenai cadangan pembinaan sebuah rangkaian jalan raya Persekutuan yang akan menghubungi Miri, Marudl, Limbang, Lawas, Sipitang Sabah tanpa melalui Brunei. Saya ingin merayu sekali lagi kepada kerajaan supaya memberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajamya ke atas cadangan ini. Pengguna-pengguna lebuh raya sekarang yang dibina melalui Brunei terpaksa menggunakan pasport dan bagi pe~alanan dari Miri ke Limbang, Lawas dan Balik memerlukan 26 cop Jabatan lmigresen Negeri Sarawak dan negara Brunei ke atas pasport yang digunakan.

Selain itu, pe~alanan darat ke destinasi tersebut memakan masa yang agak lama di antara 5-8 jam berbanding hanya 45 minit sahaja jika menggunakan pesawat Twin Otter dari Miri ke Lawas tetapi sukar untuk mendapatkan seat, dengan izin kerana kapal yang kecil dan penumpang-penumpang yang ramal termasuk juga peningkatan barang kargo yang terpaksa dibawa melalui penerbangan yang sama. Kadang-kadang, Tuan Yang di-Pertua, surat khabar yang datang daripada Miri dua hari kemudian baru sampai atau dapat dibaca di Lawas.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pihak berkuasa di Brunei menguatkuasakan undang-undang untuk tidak membenarkan kenderaan-kenderaan seperti Hilux, double cabin, van dan lain-lain masuk atau melintasi Brunei. Dengan alasan kenderaan-kenderaan tersebut harus mempunyai permit sedangkan permit ke atas kenderaan seperti ini tidak diperlukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Tuan Yang di-Pertua, maaf Dato' Yang di-Pertua ..

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah): Ya, tidak mengapa, teruskan.

Tuan Henry Sum Agong: (Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bagi kepentingan rakyat dan masa depan negara Malaysia kita harus mempunyai rangkaian jalan tersendiri tanpa melalui Brunei, supaya dapat digunakan untuk menghubungi semua tempat khususnya di Sarawak dan negeri Sabah pada bila-bila masa tanpa sekatan dan halangan baik semasa aman mahupun sewaktu ada ancaman atau darurat. Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya minta perkara ini diberikan keutamaan oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan terdapat masalah perhubungan seperti yang saya sebutkan di atas yang boleh menyekatkan pertumbuhan dan kemajuan rakyat dan masa depan daerah Lawas khasnya, saya mencadangkan agar kerajaan

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

62 DR.1.11.2001

membina sebuah lapangan terbang yang baru untuk daerah Lawas yang dapat menampung pendaratan pesawat F-50 menggantikan lapangan yang sedia ada sekarang. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini Lapangan Terbang Lawas sekarang telah dibina pada awal tahun 1960-an di satu kawasan yang tidak begitu sesuai subject to flood, dengan izin keen dan tidak dapat diperluaskan lagi.

Tapak tanah bagi cadangan projek baru ini telah dikenal pasti. Saya berharap projek ini mendapat persetujuan dan kelulusan kerajaan bagi memenuhi kehendak rakyat dan sekali gus menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Tlmbalan Yang di-Pertua (Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Sila gulung, Yang Berhormat.

Tuan Henry Sum Agong: Akhimya, Tuan Yang di-Pertua, berikutan rungutan dan syor daripada rakyat di daerah Limbang berhubung dengan kawasan pilihan raya ADUN N60 Limbang, saya mencadangkan agar di dalam exercise, dengan izin, persempadanan semula kawasan-kawasan pilihan raya akan datang kawasan N60 Limbang dibahaglkan menjadi dua kawasan ADUN. lni bertujuan untuk membawa perubahan dan pembangunan pesat yang dikehendaki oleh rakyat tempatan selain memberi peluang yang saksama mewujudkan keadaan harmoni serta mengelakkan ketegangan kaum yang terdapat di daerah ini.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, daerah Limbang seluas 3,978 kilometer persegi mempunyai penduduk berbilang kaum terdiri dari Melayu-Brunei, China, lban, Bisaya, Kedayan, Kelablt, Lun Bawang, Penan dan lain-lain. Seramai lebih kurang 35,000 orang dan pengundi berdaftar sebanyak 20,000. Kawasan lain yang terkandung di bawah kawasan Parlimen P193 Bukit Masini ialah daerah Lawas, Baric dan Long Lelang. Jumlah luasnya kawasan pilihan raya ini ialah 7,788.46 kilometer persegi dan penduduknya lebih kurang 80,000 orang. Jika cadangan ini mendapat persetujuan pihak SPR maka daerah Limbang itu sendiri dengan dua kawasan ADUN dijadikan satu kawasan Parlimen yang berasingan sementara daerah Lawas dengan dua lagi kawasan ADUN iaitu N61 Lawas dan N62 Ba'kelalan menjadi satu kawasan Parlimen yang lain.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis.

Tuan Henry Sum Agong: Jika ini berlaku perubahan mengenai sempadan .....

Tlmbalan Yang di-Pertua (Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat..

Tuan Henry Sum Agong: .. pilihan raya khususnya yang melibatkan ADUN N62 Ba'kelalan terpaksa diubah.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Beberapa Ahll: (Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Batu, tunggu tidak apa, tidak ramai sudah tu. Sila, sila 15 minit sahaja.

4.15 ptg.

Tuan Ng Lip Yong (Batu]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk turut sama membahaskan Belanjawan Persekutuan 2002. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan 2002 pada 19 Oktober.

Saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan bahawa sektor swasta terjejas teruk oleh kelembapan ekonomi dunia dan daya saing kita masih rendah. Perkembangan ekonomi kita 'Sejak tahun 1997, didorong terutamanya oleh pelaburan sektor swasta. Nampaknya sektor awam telah mengambil alih sebagai jentera pertumbuhan atau engine of growth dari sektor swasta.

Tuan Yang di-Pertua, banyak langkah-langkah untuk perangsangan ekonomi domestik telah diperkenalkan. Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan semasa kakitangan kerajaan dinaikkan gaji dan diberi bonus. lnsentif juga diberi kepada

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 63

industri antaranya had tempoh elaun pelaburan semula dilanjutkan. Semua insentif­insentif itu sangat dihargai dan akan membantu negara kita menghadapi kelembapan ekonomi dunia.

Walau bagaimanapun, saya minta kerajaan mempertimbangkan cadangan di bawah supaya pemulihan ekonomi negara dapat dipercepat;

i. kaji semula kenaikan harga minyak dan diesel atau mengadakan satu mekanisme supaya harga minyak akan naik turun mengikut harga minyak mentah dunia. lni sebab harga minyak terlibat dalam semua sektor ekonomi kita;

ii. mengurangkan kadar cukai korporat supaya negara kita dapat lebih berdaya saing dengan jiran kita; dan

iii. mengurangkan atau menghapuskan cukai bahan-bahan mentah ataupun raw material yang diimport untuk kilang­kilang seperti kulit dan besi. Pada masa sekarang pengilang kena bayar cukai atas bahan-bahan mentah yang diimport tetapi dengan izin, ready made bag kulit, kasut atau pipe dikecualikan cukai. Jika keadaan '"' berlanjutan, kemungkinan besar banyak pengilang tidak mampu melanjutkan pemiagaan mereka dan akan tutup.

Tuan Yang di-Pertua, dalam World Competitiveness Year Book 2001 dikeluarkan oleh International Institute For Management Development pada tiap-tiap tahun dalam bulan April, competitiveness Malaysia di antara 49 buah negara telah jatuh dari kedudukan berikut. Tahun 1997, ke 14, tahun 1998 ke 19; 1999 ke 28; 2000 naik ke 27 tetapi pada tahun ini jatuh ke tempat 29 lagi. Laporan ini dibaca oleh ramal tokoh-tokoh business di negara asing dan jika kita tidak mengawalkan kejatuhan ini mungkin susah lagi kita dapat pelaburan langsung asing atau foreign direct investment pada masa depan.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita tidak mengambil langkah-langkah mengubah kedudukan ini, saya bimbang negara kita akan ketinggalan. Untuk mengatasi masalah ini kegiatan menambah produktiviti dan tenaga ke~a yang lebih berkesan adalah faktor utama. Laporan ini juga menyatakan, dengan izin, "Competitiveness is linked more and more to intellectual power". Di samping itu, hanya dengan satu sistem pendidikan berkualiti, kita dapat tenaga intelek tinggi.

Saya telah beberapa kali menyentuh topik sistem pendidikan dalam setiap pembahasan belanjawan dua tahun kebelakangan ini sebab pendidikan sangatlah mustahak bagi masa hadapan negara kita khasnya menyediakan sumber manusia yang diperlukan dalam k-ekonomi. Sekali lagi Kementerian Pendidikan dapat peruntukan yang terbesar atau lion's share sebanyak lebih daripada RM15 bilion dari perbelanjaan mengurus dan RM5 bilion dari perbelanjaan pembangunan. lni bermakna lebih daripada 20% jumlah Belanjawan 2002 diberi kepada pendidikan.

Pada sesi persidangan Parlimen dahulu, saya minta Kementerian Pendidikan, back to basic dan menguatkan sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya dapati bahawa ada rancangan memperkenalkan mata pelajaran sains pada Tahun Satu pada tahun hadapan. Jika ini benar saya mengucapkan syabas tetapi jika tidak benar, saya sekali lagi menyeru kepada kementerian bahawa perubahan perlu dibuat secepat mungkin.

Langkah memperkenalkan makmal komputer di sekolah sangat dialu-alukan. lni adalah salah satu langkah kerajaan, level the playing fields, dengan izin, antara bandar dan luar bandar tetapi program ini mengambil masa yang panjang. Beberapa sekolah dalam kawasan saya dipilih, diberitahu bahawa mereka akan menerima makmal komputer tahun ini tetapi sampai sekarang masih tunggu sahaja. Seperti kita sedar, teknologi sentiasa berubah, kelewatan program ini akan mengakibatkan kelemahan daya saing negara kita berbanding dengan negara lain.

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan berkualiti akan menghasilkan sumber manusia berkualiti. Pada masa hadapan, modael intelek atau intellectual capital akan menentukan keupayaan daya saing negara kita dalam dunia tanpa sepadan ini dan globalisasi. Memandangkan perkembangan ekonomi di negara membangun seperti

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

64 DR.1.11.2001

negara China, India dan negara-negara di Latin America, kita tidak ada pilihan selain daripada mengutamakan sistem meritokrasi untuk survival kita.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengamalkan satu sistem meritokrasi cool blooded atau cool blooded meritocracy system, yang tidak mengambil kira ketidakseimbangan wilayah dan masyarakat dalam negara kita tetapi kita mesti melaksanakan sistem meritokrasi sendiri atau satu sistem yang mempunyai handicap mengikut keadaan negara kita.

Kepada mereka yang terkeluar dari pengecualian ini, sistem yang digunakan mesti menjamin bahawa sumber manusia cemerlang tidak dibazirkan. Di sini saya hendak menggunakan satu quotation daripada mendiang Perdana Menteri China, Teng Xiao Ping, yang baru digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita di persidangan APEC di Shanghai. lni adalah T eori Kucing. Beliau berkata, "Kita tidak kira apa wama kucing itu, putih atau hitam, selama kucing itu boleh tangkap tikus, ini adalah satu kucing yang bagus".

Saya yakin jika kita ikut langkah pragmatik ini, kita boleh menggunakan semua sumber manusia dengan kejayaan besar.

Tuan Yang di-Pertua, peristiwa keganasan di New York dan Washington DC pada 11 September telah mengubahkan dunia kita dari segi politik, ekonomi dan sosial. Malaysia selaku sebuah negara berbilang kaum, berbilang budaya dan berbilang agama juga affected. Oleh sebab peristiwa ini dianggap ada berkaitan dengan agama, tidak kira anggapan itu betulkah tidak, sampailah masanya kita di Malaysia memandang serius tentang kepentingan kesefahaman dalaman antara rakyat kita yang mempunyai Jatar belakang berbeza, khasnya dalam konteks negara kita yang moden, progresif dan demokratik.

Oleh yang demikian, saya bercadang bahawa sebuah institusi penyelidikan diwujudkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk tujuan menyelidik isu-isu masyarakat demoktratik pluralistic atau dengan izin, pluralistic democratic society dan religious accommodation. Objektif institusi dicadangkan ini akan merangkumi:

(i) penyelidikan sejarah negara kita dari segi contract social kita yang dipersetujui oleh tokoh-tokoh politik negara kita pada masa pencapaian kemerdekaan dan macam mana kita boleh memperkuatkan masyarakat pluralistic democratic kita;

(ii) kajian semula sistem demokrasi yang wujud di negara kita sejak kemerdekaan;

(iii) langkah-langkah memperkuatkan interaksi antara agama dan budaya yang berbeza.

Saya yakin sebuah institusi mempunyai tujuan ini akan menguatkan perpaduan negara dan menyumbang ke arah kemajuan dan perkembangan negara kita. Malaysia adalah sebuah negara moden dan progresif dan kesefahaman yang lebih tepat akan dijadikan contoh kepada negara lain yang kurang harmoni dan aman.

Tuan Yang di-Pertua, semasa syarikat-syarikat atau corporations tersenarai dan persendirian dalam sektor swasta mengambil langkah-langkah untuk memastikan dan menaiktaraf corporate governance mereka, sektor awam harus mengambil langkah-langkah seperti itu untuk memperkuatkan akauntabiliti.

Tiap-tiap tahun, kita luluskan belanjawan yang besar di Dewan yang mulia ini, tetapi hanya pada sesi belanjawan tahun hadapan atau belanjawan tambahan, kita dapat maklum balas sama ada projek telah dilaksanakan dan apakah prestasinya. Keadaan ini tidak memuaskan lagi memandangkan dalam zaman k-ekonomi dan era teknologi maklumat dan komunikasi. Maklumat terkini sangatlah panting. Time is the essence, dengan izin.

Ada beberapa badan agensi kerajaan seperti Bank Negara telah mengambil inisiatif memperolehi maklumat terkini kepada orang ramai. Contohnya, buletin statistik bulanan (Monthly Statistic Bulletin) dan Kenyataan Aset dan Liabiliti (Statement Of Assets And Liabilities) tiap-tiap dua minggu. Langkah-langkah seperti ini sangatlah dihargai dan harus dipuji dan ....

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 65

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Sila gulung Yang Berhormat.

Tuan Ng Up Yong: .... dan digalakkan ....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Sila gulung Yang Berhormat.

Tuan Ng Up Yong: .... khasnya laporan itu boleh mudah didapati dari Iaman web, tetapi masih ada jabatan atau badan-badan lain yang lemah dalam perkara ini. Saya minta Kerajaan Pusat mengeluarkan arahan kepada semua jabatan supaya mereka mesti membentangkan laporan suku tahun tidak lewat dari 3 bulan selepas hujung suku tahun yang berkenaan. Langkah ini akan menaikkan tarat jabatan kerajaan seimbang dengan syarikat tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur dan akan memberi gambaran jelas dan benar atas pelaksanaan dan prestasi mengenai projek dalam budget kita.

[fimbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengeruslkan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, sejak persidangan Parlimen ini bermula pada awal bulan Oktober, banyak retorik telah dikeluarkan dalam Dewan yang mulia ini. Sebenamya saya tidak mahu jatuh dalam perangkap yang sama sebab saya berharap semua Ahli­Ahli Parlimen akan menggunakan rasional dan logik dalam perbahasan tanpa emosi dan retorik.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat.

Tuan Ng Lip Yong: Tetapi.. ..

Tlmbalan Yang dl-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Masa pun sudah cukuplah.

Tuan Ng Lip Yong: Sedikit lagi ya. Tetapi bolehkah kita percaya bahawa orang bukan Islam menyokong Barisan Nasional kerana UMNO mengugut atau menakut-nakutkan mereka. Jika ini benar, apakah alasannya DAP keluar dari Barisan Altematif. Mereka dipengaruhi oleh UMNOkah? Pilihan di hadapan orang bukan Islam ....

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Tuan Ng Lip Yong: ... sangatlah jelas.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat.

Tuan Ng Lip Yong: Tuan Yang di-Pertua, saya bagi satu contoh iaitu yang terakhir. Dalam sistem demokrasi diamalkan sekarang ...

Puan Chong Eng: [Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Tidak ada masalah Yang Berhormat.

Tuan Ng Lip Yong: Saya sebagai seorang bukan Islam akan peranan sama dengan rakan-rakan orang Islam dalam Parlimen ini. Jika di bawah satu sistem Islam teokratik, bolehkah saya menikmati keadaan yang sama? Kita semua tahu apakah pilihan di hadapan kita. Adakah mereka sukarela menyerah cara hidup ataupun way of life yang mereka punyai sekarang.

Oleh sebab tidak ada masa lagi, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Balk, Tanjong.

4.32 ptg.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk membahaskan Belanjawan 2002 dengan hati yang berat memandangkan dunia kita sedang bergolak ekoran serangan ganas terhadap Amerika Syarikat dan serangan balas ke atas Afghanistan yang lebih ganas. [Ketawa]

Saya juga merasa begitu bimbang apabila pergolakan dunia ini telah membawa impak yang begitu serius kepada pembangunan ekonomi Malaysia dan

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

66 DR.1.11.2001

lebih-lebih lagi mencabar proses pembinaan negara dan kewujudan bangsa Malaysia melalui konsep Wawasan 2020.

Matlamat Wawasan 2020 yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju. Kemajuan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja, malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Salama ini kita diserang propaganda bahawa kita mahu mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Kita juga mahu mewujudkan dan membangunkan demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk kesefahaman yang matang dan di mana demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

Satu lagi agenda yang penting adalah mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur. Rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat dan kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Matlamat-matlamat ini adalah bersifat jangka panjang dan memerlukan satu tempoh yang panjang untuk mencapainya dan akan menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Misalnya, kelembapan ekonomi Amerika Syarikat dan kegawatan ekonomi rantau Asia telah menimbulkan rintangan dan halangan sementara yang telah menjejaskan sesuatu rancangan ekonomi ataupun ramalan kewangan bagi mencapai matlamat tahunan yang akan menyumbang kepada mencapai matlamat jangka panjang yang saya sebutkan tadi.

Turun naiknya kedudukan ekonomi dan kewangan dalam peringkat makro dan mikro adalah perkara yang lazim berlaku secara cyclical yang tidak akan menjejaskan secara total usaha mencapai matlamat Wawasan 2020 tetapi mungkin melambatkan tempoh pencapaian matlamat. Akan tetapi sekiranya wujud penyimpangan yang asas, maka usaha-usaha dan matlamat akhir akan terjejas.

Pada 29 September tahun ini Perdana Menteri telah menggunakan persidangan Parti Gerakan untuk mengisytiharkan Malaysia adalah negara Islam. Pengisytiharan ini telah dan akan membawa implikasi yang serius baik pun dalam jangka masa yang terdekat mahupun di jangka masa yang panjang.

Reaksi yang pantas disuarakan oleh Persatuan Pelabur-pelabur Taiwan di Malaysia yang menyoalkan apakah implikasi pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam terhadap pembangunan ekonomi negara dan peranan FDI di Malaysia dan apakah pelaburan asing telah terjamin?

Reaksi sedemikian adalah dapat dijangkakan kerana pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam adalah sesuatu dari luar Perlembagaan Malaysia dan juga Wawasan 2020 yang selama ini menjadi batu asas kewujudan identiti dan masa depan Malaysia yang tidak menganggap negara ini sebagai negara Islam seperti mana diisytiharkan secara 'unilateral' oleh Perdana Menteri

Proses pembinaan negara Malaysia dan cita-cita menjadi negara yang benar­benar maju menerusi Wawasan 2020 adalah berlandaskan kepada perjanjian sosial kewujudan negara ini, peruntukan Perlembagaan dan Rukun Negara yang entrench perwatakan sekular dalam pentadbiran negara di samping mengiktirafkan agama Islam sebagai Agama Rasmi dan juga mengiktirafkan kebebasan beragama rakyat yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, menurut Profesor Undang-undang Dr. Shad Saleem Faruqi, dalam sebuah negara Islam, 'The law of God is a supreme law of the land'. Di Malaysia walaupun ia memelihara Islam sebagai Agama Rasmi, Perlembagaan telah diterima pakai sebagai 'the supreme and the basic laws of the legal system', dengan izin. Beliau menambah, undang-undang Islam cuma diterima pakai kepada tahap yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Justeru, Malaysia bukan sebuah negara Islam dalam segi ini, beliau berkata.

Prinsip Rukun Negara mengakui Kedaulatan Undang-undang dan isu status agama Islam telah banyak kali melalui proses interpretasi dalam Mahkamah-mahkamah kita seperti kes-kes berikut:

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001

• Dato' Menteri Osman bin Baginda dan seorang lagi melawan Dato' Ombi Syed Alwi bin Syed idrus, (Tahun 1981, Federal Court Malaysia);

• Che Omar lawan Pendakwa Raya, (Tahun 1988, Supreme Court); dan

• kedudukan laporan 'Reid Commission and Cobbold Commission' dan juga 'Extra Judicial Views' yang dikemukakan oleh tokoh perundangan seperti Datuk Hashim Yeop Sani, Profesor Datuk Ahmad Ibrahim, Tun Mohd. Sufian dan Tun Salleh Abas yang kesemua ini menghalusi isu pokok dalam proses pembinaan negara ini selama 44 tahun dan ini telah mengelakkan segala pertikaian.

67

Rakyat jelata ini mesti menaruh harapan kepada hakikat bahawa negara ini masih bukan sebuah negara diktator atau autokrat di mana seorang Perdana Menteri boleh mengubah dan memusnah proses pembinaan negara selama setengah abad ini dengan cuma mengeluarkan satu pengisytiharan yang unilateral. Perdana Menteri bukan tidak sedar tentang kesemua ini tetapi cuma ingin menggunakan ini untuk bersaing dengan parti PAS dalam isu negara Islam [Tepuk).

Tuan Yang di-Pertua, parti DAP memandang berat tentang isu ini.. ...

Tlmbalan Yang dl-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, Arau bangun.

Puan Hajah Mastlka Junaldah blntl Husln [Arau]: Ya, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencelah ya! Yang Berhormat tadi ada menyebutkan ada orang Taiwan bimbang, takut apa yang berlaku pada negara-negara Islam. Tetapi bila saya pergi ke luar negara, ke mana-mana pun dalam kita mempromosikan negara, semua negara luar bertanya dan menyebutkan bahawa Malaysia negara Islam. Kefahaman dunia walaupun dalam perlembagaannya bagaimana boleh sebut, saya faham Yang Berhormat mempertikaikan soal Perlembagaan, tetapi seluruh dunia di negara-negara luar darlpada Malaysia kalau kita pergi ke mana pun bila dia bertanya dia menilai, dia melihat Malaysia dilihat sebagai sebuah negara Islam pada anggapan mereka. Jadi, adakah ini agaknya Yang Berhormat sedar perkara ini bahawa masyarakat di luar dunia melihatn di luar negara kita melihat bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam kerana majoritinya penduduk Islam dan Islam diamalkan secara meluas. Terima kasih.

Tuan Chow Kon Yeow: Terima kasih Yang Berhormat bagi Arau. Perdana Menteri orang yang membuat pengisytiharan itu. Jadi, beliau pada hari Selasa apabila menggulung perbahasan menjelaskan apakah negara Islam yang beliau maksudkan supaya seluruh dunia apa sebenamya negara Islam yang beliau hendak membina di negara ini.

Parti DAP memandang berat tentang isu ini kerana ia telah menyoalkan batu asas pembinaan negara dan telah memperkenalkan unsur-unsur baru yang tidak dipersetujui oleh rakyat dalam menentukan arah tuju negara ini. Pengisytiharan ini akan membawa implikasi yang serius kepada semua rakyat khususnya rakyat bukan agama Islam. Mandat rakyat yang diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional, Yang Berhormat bagi Arau, tidak termasuk menukar agenda pembinaan negara yang berlandaskan Perlembagaan, Wawasan 2020 dan bangsa Malaysia kepada satu landasan negara Islam.

Saya mahu mengingatkan parti-parti komponen Barisan Nasional yang mewakili kepentingan rakyat bukan beragama Islam bahawa mandat yang diberlkan kepada mereka tidak termasuk menyokong secara membuta tuli pengisytiharan Perdana Menteri bahawa secara tiba-tiba Malaysia sudah menjadi negara Islam. Parti MCA, GERAKAN dan SUPP yang selama ini menentang negara Islam tiba-tiba menyokong Perdana Menteri dan menerima negara ini sebuah negara Islam walaupun MCA, GERAKAN dan SUPP cuba memberi pelbagai justifikasl sebagai apologis UMNO dan negara Islam seperti alasan Malaysia sebenamya negara Islam sekular atau 'secular Islamic state' ataupun pengisytiharan ini semata-mata untuk menghadapi PAS sahaja dan bukan hendak tubuh negara Islam yang sebenar.

Parti MCA, GERAKAN dan SUPP cuba menggunakan pergolakan sedunia yang menonjolkan ekstremis Islam ala Taliban sebagai perbandingan dengan bentuk negara Islam yang dipe~uangkan oleh Perdana Menteri. Rakyat bukan Islam di peras

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

68 DR.1.11.2001

ugut untuk buat pilihan kepada negara Islam yang mana ingin disokong oleh mereka -negara Islam Perdana Menteri ataupun negara Islam Taliban, seperti mana dihujahkan Ahli Yang Berhormat bagi Batu tadi. Tetapi apakah isu ini isu yang sebenar pada hari ini di negara kita. Perlukah kita dipaksa untuk buat pilihan negara Islam yang mana yang ingin disokong - ala UMNO, ala PAS, ala Taliban, ala apa-apa pun. Ataupun persoalan ini tidak perlu langsung ditimbulkan kerana Perlembagaan Malaysia amatlah jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Lebih-lebih lagi proses pembinaan negara dan wawasan 2020 jelas menggariskan apa bentuk negara maju yang ingin dibangunkan oleh Malaysia.

Tlmbalan Yang di.Pertua (Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat , ada dua orang bangun.

Tuan Chow Kon Yeow: Tidak cukup masa. Cuma ada dua minit lagi. lsu negara Islam adalah satu isu yang melibatkan semua rakyat dan bukan sahaja menjadi isu yang melibatkan UMNO dan PAS sahaja, oleh itu ramai rakyat dan pertubuhan sudah mula membahas isu yang akan arah tujuan dan masa depan negara ini. Saya berharap pihak kerajaan akan menganggap kebimbangan rakyat ini sebagai kebimbangan yang berasas dan menunjukkan prihatin rakyat terhadap negara dan masa depan negara dan bukan kerana mereka anti-Islam. Encik V. Hascharan Singh, Naib Presiden Majlis Perundingan Agama Budda, Kristian, Hindu dan Sikh ...

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat, ada yang bangun.

Tuan Chow Kon Yeow: Sudah cukup masa? [Disampuk] .. telah menghuraikan sentimen rakyat bukan Islam iaitu kalau rakyat tidak menyuarakan sekarang ada kemungkinan kesenyapan mereka ditafsirkan sebagai penerimaan dan apa yang dibincangkan hari ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Proses pembinaan negara masih berjalan dan masih belum sempuma kerana masih kita dengar kritikan-kritikan mengenai racial hegemony ....

Timbalan Yang di.Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sila gulung.

Tuan Chow Kon Yeow: ... di negara ini. Kita tidak mahu racial hegemony ini diganti dengan religious hegemony atau lebih teruk lagi, racial dan religious hegemony.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya Parlimen ini sebagai forum yang mewakili suara rakyat dalam sistem demokrasi harus memancarkan suatu mesej yang terang kepada negara bahawa Malaysia akan terus mengejar pembangunan dan mencapai cita-cita negara maju menerusi Wawasan 2020 dan mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama berlandaskan kepada perjanjian sosial mewujudkan negara dan perlembagaan yang sedia ada dan bukan atas landasan negara Islam.

Tlmbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah.

Tuan Chow Kon Yeow: Sekian, terima kasih.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat Silam.

4.46 ptg.

Datuk Railey bin Hajl Jeffrey [Silam]: Tuan Yang di-Pertua, pembentangan Belanjawan 2002 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan pada 19 Oktober lepas, telah memberikan kita satu gambaran yang jelas berhubung dengan kedudukan ekonomi negara masa kini dan juga prospek masa hadapan.

Memandangkan pencapaian prestasi KDNK tahun 2001 yang menunjukkan trend yang menu run daripada 7% kepada 5% hingga 6%, dan kini turun lagi pada 1 o/o hingga 2%, ianya telah menjadi suatu perkara yang mencemaskan yang perlu ditangani segera.

Kesan serangan 11 September 2001 ke atas New York dan Washington telah menyebabkan satu chain reaction ke atas ekonomi kebanyakan negara-negara pedagang di seluruh dunia. Negara kita yang mengamalkan ekonomi terbuka tidak

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 69

terkecuali daripada musibah ini, walaupun negara kita baru sahaja bebas daripada cengkaman krisis kewangan tahun 1997 dan 1998.

Peristiwa ini telah menjadikan titik tolak dan pengajaran kepada kita semua, bahawa kita tidak lagi boleh terus menerus bergantung sangat kepada perdagangan luar untuk memantapkan ekonomi kita sama ada untuk jangka panjang ataupun jangka masa pendek. Satu pendekatan baru dan altematif plan perlu diusahakan.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana tindakan cekap dan pantas di dalam menangani kemelut ini bagi membendung kejatuhan daripada berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, perolehan dan penumpuan dalaman bagi mengatasi masalah ekonomi negara melalui dasar domestic-led growth adalah diharapkan merupakan cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ekonomi negara yang berlaku sekarang ini.

Melalui beberapa pakej rangsangan berjumlah RM7.3 bilion yang bertujuan juga untuk membendung kesan negatif terhadap golongan berpendapatan rendah bagi menambah pendapatan melalui perusahaan runcit dan kerja-kerja kecil luar bandar, adalah diharapkan akan dapat membantu usaha kerajaan di dalam memulihkan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan luar bandar. Pembangunan luar bandar adalah satu proses atau satu usaha yang berterusan. Selagi adanya keperluan maka selagi itulah bantuan dan keprihatinan kerajaan diperlukan bagi menyelesaikan dan sekurang-kurangnya bagi meringankan beban dan masalah rakyat di luar bandar.

Pembangunan luar bandar tidak boleh dilihat dari segi pembangunan projek­projek prasarana sahaja tetapi projek-projek dan kursus-kursus bina insan yang juga perlu ditekankan selain daripada pembelajaran di sekolah-sekolah rendah dan menengah. lni adalah perlu bagi menanamkan lagi semangat kesedaran dan berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa sedar akan tanggungjawabnya untuk membela nasib rakyat. Peranan agensi seperti KEMAS, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas dan lain-lain agensi perlu ditekankan ke arah merealisasikan perkara ini.

Saya mengucapkan terlma kasih kepada kerajaan yang telah memberikan peruntukan yang agak lumayan kepada negeri Sabah dan Sarawak di sektor luar bandar, terutama sekali bagi penyelesaian masalah bekalan air dan elektrik luar bandar. Proses bekalan air di Sabah masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan. Negerl Sabah kini masih mempunyai kadar air hilang atau non-revenue water, dengan izin, yang tertinggi sebanyak 45% jika dibandingkan dengan negeri­negeri lain di Malaysia.

Unjuran kerajaan negerl untuk membekal air bersih ke seluruh negeri bagi meliputi tahap 75% menjelang akhir Rancangan Malaysia Kelapan tidak mungkin akan terlaksana sepenuhnya kecuali langkah-langkah bijak diambil bagi mengatasi sebarang kelemahan yang ada dan menyediakan peruntukan yang mencukupi atas dasar-dasar dan pentadbiran yang cekap. Di kawasan luar bandar yang jauh terpencil dan tidak boleh dihubungi dengan paip air Jabatan Bekalan Air, masih terdapat golongan­golongan rakyat yang terpaksa berpuas hati dengan air perigi, air sungai, air aliran graviti dari bukit dan juga air hujan.

Adalah diharapkan dengan adanya peruntukan yang disediakan ini, Kerajaan Pusat akan terus dapat memantau dan membantu kepada kerajaan-kerajaan negeri termasuk Sabah di dalam mengatasi masalah bekalan air pada masa hadapan.

Begitu juga hainya dengan bekalan elektrik luar bandar. Di Sabah khususnya di kawasan saya sendiri, terdapat kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan yang perlu dibaiki demi keselesaan rakyat keseluruhannya. Umpamanya, ada tiang­tiang elektrik yang didirikan melalui kampung-kampung sedangkan kampung-kampung berkenaan masih lagi kegelapan dan perlu diberikan lampu.

Ada pula kampung-kampung di dalam kawasan rancangan FELDA sahabat di dalam kawasan Silam yang masih menerlma bekalan elektrik untuk 12 jam sahaja sehari iaitu daripada jam 6.00 petang hingga ke jam 6.00 pagi semenjak lebih daripada tujuh tahun sekarang ini. Saya rasa sudah sampai masanya bekalan di perkampungan FELDA dijanakan selama 24 jam sehari bagi menyamai bekalan-bekalan di tempat lain.

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

70 DR.1.11.2001

Lebih-lebih lagi keadaan ini sekarang di mana pembelajaran IT menjadi perkara yang amat ditekankan kerajaan di bawah dasar satu keluarga satu komputer, sudah tentu bekalan elektrik menjadi keperluan asas yang amat panting sekali.

Temyata masih banyak yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah yang disebutkan khususnya oleh pihak yang berwajib iaitu Sabah Electricity Sendirian Berhad ataupun agensi yang berkenaan. Jika tidak, nescaya hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap liputan bekalan elektrik kepada 100% menjelang akhir Rancangan Malaysia Yang Kelapan tidak akan tercapai.

Oleh yang demikian, dengan peruntukan yang telah disediakan dalam belanjawan ini, adalah diharapkan segala kelemahan dan kekurangan akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan, sama ada dari segi kekurangan kakitangan mahupun kelengkapan demi kesejahteraan rakyat.

Pendidikan- Penyediaan peruntukan sebanyak RM180 juta bagi Sabah dan Sarawak untuk membina dan menaik tarat rumah-rumah guru serta mengadakan kemudahan bekalan air bersih dan bekalan elektrik di sekolah-sekolah di luar bandar khasnya adalah tepat pada masanya. Demi meningkatkan lagi tarat pendidikan negara, adalah sebaik-baiknya kemudahan yang secukupnya disediakan untuk para guru kerana hingga kini ada di kawasan saya yang masih terdapat guru-guru yang terpaksa menyewa dan tinggal di rumah-rumah private. Dengan kemudahan yang selesa dan teratur akan dapat meningkatkan lagi keyakinan dan kecekapan para guru.

Sebanyak RM900 juta telah disediakan untuk projek sekolah-sekolah rendah dan menengah di luar bandar. Dengan peruntukan yang begitu besar, sekolah-sekolah dibina mestilah lengkap dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan. Konsep pembinaan sekolah-sekolah rendah dan menengah pada masa yang lepas dan masa kini, terdapat ada yang tidak konsisten dengan keperluan, ada di antara sekolah­sekolah yang dibina tidak dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dewan serbaguna untuk kegiatan riadah dan juga tidak dilengkapi dengan bilik-bilik sumber.

Sekolah-sekolah berkenaan terpaksa menggunakan dewan makan untuk pelbagai kegiatan sosialnya dan mengubah suai bilik darjah untuk dijadikan bilik sumber. Oleh yang demikian, perhatian dan usaha hendaklah diambil untuk memastikan supaya sekolah yang dibina pada masa hadapan lengkap dengan dewan serbaguna dan lain-lain keperluan. Konsep pembinaan sekolah hendaklah di update -dengan izin - dari masa ke semasa bagi memenuhi keperluan yang wujud.

Pelancongan - Satu jumlah yang besar telah diperuntukkan sebanyak RM613.9 juta telah disediakan bagi memajukan lagi kegiatan sektor pelancongan di seluruh negara dengan menekankan penggalakan pelancongan dalaman dalam negara yang bertujuan untuk membantu menjana ekonomi negara dengan rakyat tempatan membelanjakan wang sendiri di dalam negara dengan melawat destinasi-destinasi pelancongan di dalam Malaysia.

Seperti yang pemah saya sebutkan di dalam perbahasan pada sidang belanjawan yang lepas, sekali lagi saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, bahawa memandangkan di negeri Sabah masih lagi terdapat kemudahan-kemudahan pelancongan yang perlu dimajukan dan dinaik tarat, saya ingin mencadangkan supaya negeri Sabah diberikan keutamaan daripada segi mendapatkan peruntukan di bawah Tabung Khas Pelancongan yang telah diperuntukkan di dalam Belanjawan 2002 ini.

Kemudahan-kemudahan pelancongan yang dimaksudkan ialah seperti membaiki kemudahan-kemudahan di Lembah Danum, Pusat Hidupan Liar Tabin, Taman Negara Kinabalu, Lembah Maliau, Pusat Orang Utan Sipilok, Sanctuary Proboscis Monkey di Lower Kinabatangan, fishing spot di Pulau Mengalun, Pulau Sipadan dan Pulau Layang-layang dan diving spot, dengan izin, dan pulau-pulau lain yang berpotensi untuk dimajukan yang mana ada di antaranya tidak terdapat di Semenanjung Malaysia dan di tempat-tempat lain. Lebih-lebih lagi apabila Taman Negara Kinabalu diisytiharkan oleh UNESCO sebagai khazanah warisan dunia yang pertama di dunia daripada segi tumbuh-tumbuhan, flora dan fauna.

Tuan Yang di-Pertua, peristiwa serangan ke atas New York dan Washington pada 11 September 2001 tidak mengubah dari segi jumlah kedatangan pelancong ke negeri Sabah kerana kebanyakan pelancong yang datang ke Sabah adalah dari negara-negara ASEAN dan Asia khususnya Taiwan, Hong Kong, Korea, Singapura, Brunei dan Jepun. Pada tahun 2000, seramai 719,400 orang pelancong yang telah

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 71

melawat ke Sabah dan jumlah pelancong tahun 2001 dijangkakan akan melebihi bilangan pelancong tahun 2000 kerana dijangkakan pelancong-pelancong khususnya daripada Jepun akan beralih tumpuan ke negara-negara ASEAN selepas serangan ke atas New York dan Washington.

Saya dimaklumkan bahawa seramai lebih 4 juta pelawat Jepun telah melawat Amerika Syarikat dalam tahun 2000. Dengan prospek ekonomi di tahun-tahun hadapan yang mungkin tidak menentu, destinasi-destinasi baru untuk menarik pelancong datang ke Malaysia hendaklah diterokai umpamanya dengan menggalakkan pelancong­pelancong daripada negara-negara sahabat di Timur Tengah Afrika, Asia Tengah dan lain-lain negara ke Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang pemah dimaklumkan bahawa aktiviti pelancongan di Sabah terutama sekali yang melibatkan pulau, laut dan pantai sentiasa dikaitkan dengan masalah-masalah keselamatan yang datang daripada seberang iaitu Filipina Selatan khususnya yang dikaitkan dengan Kumpulan Abu Sayyaf dalam satu peristiwa penculikan di Pulau Sipadan dan Pandanan pada tahun lepas. Walaupun ada berbagai tanggapan negatif daripada pihak-pihak tertentu tetapi akhimya kita berjaya memulihkan semula keyakinan pelancong-pelancong asing untuk kembali melancong ke destinasi di Sabah khususnya ke Pulau Sipadan dan Pandanan sebagai diving spot utama di dunia.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai meyakinkan lagi para pelancong yang datang, pihak keselamatan juga telah memberikan jaminan yang berterusan kepada semua aspek keselamatan dalam negara dan juga kepada negeri Sabah. Dengan adanya jaminan ini akan lebih meyakinkan lagi kedatangan pelancong daripada dalam dan luar negeri ke destinasi-destinasi yang dimaksudkan. Saya juga mengucapkan syabas kepada Kerajaan Pusat kerana telah berjaya mengetepikan usaha Filipina yang telah memohon kepada ICJ untuk mencelah di dalam kes Sipadan dan Lingitan.

Tuan Yang di-Pertua, kita tahu tujuan Filipina untuk mencelah adalah amat jelas iaitu untuk menghalalkan tuntutan mereka ke atas Sabah. Niat Filipina ini adalah terlalu jelas untuk kita tidak percaya. Walaupun ICJ telah memutuskan, pihak Filipina masih tidak puas hati dan ingin merayu semula tetapi kita yakin Filipina tidak akan berjaya di dalam tuntutannya yang tidak berasas itu. Walaupun Filipina menganggap apa yang termaktub di dalam perlembagaan negaranya yang menyatakan Sabah sebahagian daripada wilayahnya melalui Kesultanan Sulu, kita sejak lama telah menganggapnya tidak sah dan satu perkara yang karut kerana rakyat Sabah telah pun membuat pili han melalui satu referendum atau ...... .

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng): Yang Berhormat, Yang Berhormat, boleh gulung ya.

Datuk Railey bin HajJ Jeffrey: Kejap lagi. . ..... Kerana rakyat Sabah telah pun membuat pilihan melalui satu referendum atau pungutan suara melalui Cabbold commission pada tahun 1961 untuk menyertai Malaysia. Saya amat yakin dan percaya, jika rakyat Sabah diberi peluang sekali lagi untuk memilih, mereka akan pilih untuk terus kekal dalam Malaysia. Malah bekas rakyat Filipina yang telah mendapat kewarganegaraan di Malaysia juga akan memilih untuk kekal dalam Malaysia kerana mereka lebih faham keadaan dan kehidupan di Filipina yang banyak membawa kesengsaraan kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, sebaliknya adalah harus bagi rakyat wilayah autonomi Islam seramai 7 juta orang di Selatan Filipina diberi peluang untuk pungutan suara melalui satu referendum yang dianjurkan oleh PBB untuk merdeka seperti mana dilakukan di Timor Timur. Tetapi kumpulan-kumpulan yang bangkit untuk memperjuangkan kemerdekaan telah dicap sebagai pengganas seperti MNLF dan MILF. Tidak hairanlah apabila Presiden Bush mohon kerjasama dan sokongan daripada negara-negara sahabat untuk memerangi keganasan, Presiden Arroyo cepat­cepat menyokong. Bukan sahaja menyokong malah menawarkan Amerika untuk menggunakan pangkalan tenteranya di Subbic Bay sebagai tempat persinggahan ke Afghanistan. Pendirian Filipina ini memang sudah kita duga.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai prinsip adalah sepatutnya setiap kumpulan yang berjuang untuk kemerdekaan yang amat serius hingga membawa kepada peperangan saudara diberikan peluang untuk pungutan suara atau referendum seperti di Timur Timor yang dianjurkan oleh PBB sama ada negara-negara yang terlibat

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

72 DR.1.11.2001

bersetuju ataupun tidak. Pada hari ini, kita tahu selain dari Timor Timur, wilayah­wilayah yang menuntut kemerdekaan adalah seperti wilayah autonomi Islam di Filipina Selatan, Wilayah Kashmir di India, Wilayah Jafna di Sri Langka, Chechya di Russia, Ireland Utara di Ireland dan lain-lain lagi. Jika tidak, peperangan-peperangan kecil di seluruh dunia akan berterusan dan menyumbang kepada ketidakstabilan antarabangsa.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang bijaksana, yang telah membentangkan satu belanjawan yang bersifat mesra rakyat bagi tahun 2002. Sekian, saya mohon menyokong.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: lpoh Barat, lpoh Barat.

5.03 ptg.

Dato' Ho Cheong Sing [lpoh Barat]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan pihak saya membahaskan Belanjawan 2002.

Saya juga ingin mengambil peluang ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Malaysia yang telah membentangkan satu belanjawan yang boleh dikatakan sebagai belanjawan rakyat. Walaupun keadaan ekonomi dunia tidak begitu cerah akibat kejadian malang pada 11 September, saya yakin belanjawan ini akan menolong serta meringankan beban rakyat di waktu ini. Pihak saya menyokong sepenuhnya Belanjawan 2002 ini di mana perhatian atau kepentingan diberi kepada pembangunan. Peruntukan sebanyak RM33.3 bilion untuk lndustri pembinaan dan pembangunan dijangka akan merangsangkan sektor ini.

Sebagaimana yang diketahui, sektor industri pembinaan merupakan satu sektor yang mempunyai kaitan yang amat besar dengan sektor-sektor yang lain. Malah boleh dikata sebagai pemangkin untuk pengembangan ekonomi negara. Selain daripada itu, ia boleh dikata produk akhir bagi satu pembangunan dan industri pembinaan. lni adalah untuk kegunaan rakyat. Pelaburan sebanyak RM33.5 bilion lnl boleh diumpamakan sebagai Kerajaan Malaysia membina kemudahan sebanyak RM33.5 bilion untuk kegunaan rakyat.

Oleh yang demikian pihak saya meminta Kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula pelaksanaan projek jenis turnkey design and built untuk belanjawan ini. Projek­projek janis design and built bukan hanya mempunyai kos yang lebih tinggi berbanding dengan projek-projek melalui tawaran tender malah pihak-pihak perunding terpaksa menggandakan tahap profesionalisme mereka supaya dapat mengaut keuntungan yang lebih besar untuk para kontraktor. Keadaan sebegini tidak akan berlaku jika pihak perunding dilantik terus oleh pihak kerajaan untuk mengawal serta menyenaraikan projek tersebut dan seterusnya memastikan rakyat akan dapat manfaat yang maksimum daripada projek-projek kerajaan.

Selain daripada itu, pihak saya juga mencadangkan supaya pihak kerajaan mengawal ataupun meneliti prestasi badan-badan pembekal, kemudahan service department seperti Lembaga Air, IWK, TNB dan Telekom dan jika perlu mengambil tindakan yang sewajamya terhadap badan-badan yang bertanggungjawab ini. lni adalah kerana pihak saya telah menerima banyak aduan daripada rakyat di rumah telah slap sediakan tetapi bekalan elektrik tidak dapat dibekalkan dan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga, empat bulan untuk membekalkan bekalan elektrik dari tarikh pembayaran wang sumbangan oleh pemaju. Perkara ini tidak hanya terhad kepada projek perumahan swasta tetapi mana projek kerajaan yang juga tersangkut akibat kelewatan bekalan kemudahan oleh TNB, misalnya projek hospital di Taiping, projek pejabat pertanian di Tanah Rata. Perkara ini akan menjejaskan pelaksanaan projek­projek kerajaan dan seterusnya imej kerajaan juga akan terjejas. Menyediakan peruntukan di dalam Belanjawan 2002 mungkin tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya jika perkara-perkara tersebut tidak diberi perhatian.

Pihak saya juga mencadangkan supaya kerajaan memulakan satu penyelidikan mengenai tahap penggunaan Lebuhraya Utara Selatan terutama rangkaian di antara Kuala Lumpur dan Selatan. Saya ingat Lebuhraya Utara Selatan sudah sampai satu tahap ultimate capacity. Pada pengetahuan pihak saya pada masa kini jumlah trafik yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan jauh melebihi jumlah trafik yang dijangka akan menggunakan lebuh raya tersebut ketika lebuh raya itu direka. Dengan itu, pihak kerajaan harus mengambil langkah untuk mengkaji

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

......

DR.1.11.2001 73

kemungkinan untuk mengadakan satu lagi expressway Utara Selatan yang hanya mempunyai jalan keluar di bandar-bandar besar sahaja dan dengan had laju melebihi 110 km~. Kajian serta pelaksanaan projek yang sebegini besar akan mengambil masa yang agak panjang. Dengan itu, pelaksanaan projek tersebut di waktu ini adalah amat sesuai untuk merangsangkan ekonomi negara.

Pada keseluruhannya pihak saya menyokong Belanjawan 2002 sebagai satu belanjawan yang bertujuan untuk merangsangkan ekonomi serta mengurangkan beban rakyat. Kita harus faham bahawa keadaan di mana negara kita mengalami perkembangan ekonomi yang besar, sementara negara-negara di rantau Asia ataupun dunia pula mengalami kemerosotan ekonomi adalah tidak realistik. Oleh yang demikian, Belanjawan ini merupakan satu Belanjawan yang boleh menolong rakyat negara ini mengharungi kelembapan ekonomi yang sedang melanda seluruh dunia dan dengan itu saya menyokong sepenuhnya Belanjawan 2002. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Kubang Kerian.

5.09 ptg.

Tuan Husam bin HajJ Musa [Kubang Kerian]: Bismillahi, Alhamdulillah, wassala tuwassalam mualarasulillah. Saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di­Pertua di atas peluang ini.

Sesi perbahasan dasar bagi Belanjawan selama Iapan hari ataupun sembilan hari seharusnya dihayati oleh semua menteri dan timbalan menteri kerana ini adalah melibatkan apa yang akan diucapkan oleh ahli-ahli Parlimen dalam Dewan ini akan melibatkan semua kementerian. Jika dalam tempoh Iapan hari dan sembilan hari ini menteri-menteri gagal untuk hadir dalam persidangan ini, mereka tidak akan menghayati argument, isu yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen termasuk oleh ahli-ahli Parlimen daripada Beck-benchers Barisan Nasional sendiri. Kita telah mendengar rungutan dan luahan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada kawasan-kawasan desa dan juga luar bandar, Sabah dan Sarawak tentang jurang pembangunan yang wujud dan ini adalah daripada mulut mereka sendiri, membenarkan apa yang telah didakwa oleh pembangkang selama ini bahawa ketidaksamaan itu wujud dalam pengagihan kekayaan dan juga peruntukan pembangunan, malah implementasi dan pelaksanaan projek-projek yang telah diberikan alokasi oleh kerajaan.

Sebelum saya menyentuh ucapan yang saya sediakan, saya 1ng1n memberikan beberapa penjelasan terhadap apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat pada hari ini. Yang Berhormat bagi Batu umpamanya menganggap bahawa negara Islam ialah negara yang tidak akan lagi dikunjungi oleh para pelabur dan kemajuan ekonomi akan tersekat. Pandangan ini adalah sangat singkat dan jika sekiranya Yang Berhormat, saya yakin telah pun diberikan kesempatan melawat negara-negara Islam seperti Saudi Arabia, Abu Dhabi, Dubai, Kuwait, Qatar, Oman dan Bahrain.

Kadar pertumbuhan ekonomi mereka adalah antara yang tertinggi dalam dunia dan pendapatan purata penduduk-penduduk mereka adalah yang terbaik dan tertinggi di dunia. Bukan sahaja pelabur-pelabur Amerika dan negara Barat, Jepun dan Korea berkunjung ke sana berpusu-pusu, bahkan tentera mereka sendiri sanggup duduk di tengah padang pasir kerana salah satu sebab ialah hasil minyak mereka, tetapi dalam proses 20 tahun kebelakangan ini mereka telah dapat transform kekayaan minyak mereka kepada kemajuan perdagangan dan juga perindustrian. Saya berharap kedudukan ini meyakinkan Yang Berhormat daripada Barisan Nasional bahawa negara Islam bukanlah satu negara yang akan membawa umatnya menjadi mundur ke belakang.

Juga untuk makluman Yang Berhormat bagi Batu, proses bagi menegakkan sebuah negara Islam yang komprehensif mestilah melalui proses penerimaan oleh rakyat terbanyak, bukan satu proses paksaan dan bukan satu proses yang akan mengetepikan hak dan kepentingan masyarakat yang lain. Jika pendekatan ini diambil tentulah negara Islam ini tidak akan mendapat sokongan dan kita sekarang bergerak dalam sistem demokrasi berparlimen menerusi pilihan raya. Tidak mungkin satu parti akan mendapat kuasa sekiranya rakyat tidak dapat menerima prinsip pe~uangan mereka dan PAS sendiri akan menerima hakikat, jika rakyat menolak, sudah 11 kali pilihan raya ditolak, kita tidak dapat berbuat lebih darlpada itu. Kita meneruskan

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

74 DR.1.11.2001

perjuangan kita memberikan gambaran yang sebenar tentang konsep yang kita ingin bina adalah jauh lebih baik termasuk dari segi menjamin hak-hak dan kebebasan masyarakat. Daripada sebuah negara yang tidak berpedoman kepada satu kitab yang tertentu, kepada satu dasar yang tetap, kepada satu latar belakang sejarah yang kukuh untuk membuktikan bahawa dasar dan philosophy mereka adalah lebih baik.

Oleh kerana itu kita berhasrat mendapatkan peluang memberikan gambaran yang menyeluruh dan baik dan sebahagian daripada ketakutan itu telah pun dapat dikurangkan apabila Kerajaan Kelantan dan Terengganu ditadbir oleh PAS secara Islam walaupun bukan seratus paratus kerana limitation yang tertentu. Sehubungan dengan ini, saya ingin menarik apa yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan Budgetnya, temJrizing of the truth pada saya, kebenaran telah diganasi. apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata bahawa PAS melarang perempuan daripada bekerja. Sebagai Perdana Menteri yang mempunyai saluran informasi dan laporan yang begitu canggih bagaimana seorang Perdana Menteri boleh terlucut daripada kata-katanya dalam satu sidang rasmi seperti itu. Benda ini tidak benar, yang tidak betul. Bilakah, pekeliling manakah, hari bulan manakah bahawa Kerajaan Kelantan dan Terengganu telah melarang perempuan daripada bekerja. Kalau perempuan tidak bekerja buat apa mereka diberi cuti bersalin 60 hari, tidak payah bercuti bersalin, duduk dekat rumah.

Jadi, gambaran yang tidak benar ini telah dikemukakan dan menyebabkan kedudukan Islam telah dipandang sarong oleh sebahagian daripada rakyat, kita tetapi saya percaya dengan proses demokrasi yang terbuka, lnsya Allah pada satu masa walaupun mungkin lima tahun lagi, sepuluh tahun lagi, lima belas tahun lagi kita akan mencapai satu masyarakat adil yang lebih baik.

Dalam Islamic Governance- dengan izin - Tuan Yang di-Pertua, salah satu prinsip utama ialah AI-'Adl Wal lhsan atau justice and kindness atau keadilan dan keihsanan. Keadilan bukan hanya dalam hukum dan kehakiman bahkan dalam hak dan kebenaran, pelaksanaan tanggungjawab dan pengagihan kekayaan baik hak politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. Keadilan itulah teras kestabilan, keharmonian dan perpaduan dan ihsan pula akan memperbaiki hubungan dan melebarkan kasih dan taat, hormat menghormati antara rakyat dan pemerintah. Sikap demokratik yang unggul tidak akan wujud tanpa sikap keihsanan.

Bagi Islam, keadilan dan keihsanan bukan sahaja perhitungan politik pilihan raya tetapi adalah satu tuntutan llahi. Oalam satu hadis Rasulullah S.A.W berkata, "kambing yang tidak bertanduk yang telah ditanduk secara zalim oleh kambing lain di atas bumi ini akan diberi peluang menanduk semula penanduknya di akhirat kalak. Apatah lagi manusia, apatah lagi rakyat yang telah dijamin hak-hak mereka dalam demokrasi berparlimen yang telah dinafikan hak-hak mereka secara yang tidak adil. Dalam perspektif inilah kita harus menilai pembatalan royalti minyak bagi Terengganu. Pembatalan ini adalah satu ketidakadilan. Kelambatan mengirim geran wajib bagi negeri tertentu, Kelantan dan Terengganu adalah satu ketidakadilan. Rakyat merempat yang tidak mendapat keprihatinan sewajarnya untuk mengangkat mereka keluar dari belenggu kemiskinan tanpa berlengah-lengah adalah satu ketidakadilan.

Yang Berhormat bagi Arau dan Parit Sulong telah membangkitkan dengan baiknya motif Amerika menyerang Afghanistan ialah kerana petroleum. Dalam hal ini kita telah melihat bagaimana petroleum juga telah menjadi motif kepada satu tindakan pembatalan royalti minyak bagi negeri Terengganu bersama dengan rakyatnya dan juga khazanah minyak dan petroleum yang telah dipersetujui didaratkan dalam kawasan JDA ke Songkla walaupun merugikan negara dan rakyat kita. Dalam konteks inilah secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kita semua supaya kembali kepada paksi keadilan kerana semua aksi ketidakadilan ini tidak akan tamat di persada kehidupan yang fana ini sahaja. Kata Nabi, tidak ada satu pun perbuatan di atas muka bumi yang tidak akan dibicarakan semula di hari akhirat kelak.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi Putrajaya diperuntukkan dengan jumlah yang mengkagumkan iaitu RM1 bilion. Pada tahun lalu pembangunan Putrajaya menelan peruntukan RM2 bilion. Mengikut anggaran kerajaan, perbelanjaan keseluruhan bagi Putrajaya bagi pihak kerajaan sahaja tidak termasuk khazanah dan Petronas ialah RM12.7 bilion. Perbelanjaan telah dibelanjakan setakat 2001 ialah RM6 bilion. Bagi pengindahan kawasan Putrajaya dan Cyberjaya sahaja peruntukan tahun ini adalah RM60 juta dan pada tahun yang lalu RM20 juta.

Page 85: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

.• '•'.' . ...

DR.1.11.2001 75

Saya telah mendengar hasrat dan luahan beberapa Ahli Parlimen dalam Dewan ini tennasuk dari Barisan Nasional yang membayangkan adanya ibu miskin yang masih terkial-kial di antara sesuap nasi dan sebutir harapan. Dari generasi ke generasi nelayan miskin Kuala Kedah mahupun petani desa mewarisi kepiluan mereka. Hardcore poor ini sebahagian telah lanjut usia untuk menunggu rancangan Malaysia akan datang bagi menikmati erti kenaikan harga petroleum yang telah dinikmati oleh Petronas kepada USD30 satu tong pada hari ini. Jika mereka ditakdirkan mati sebelum kekayaan negara menjenguk bangsal buruk mereka seperti yang difotokan oleh Laporan Ketua Audit Negara, menara tertinggi dan tasik indah Putrajaya telah merampas hak mereka untuk turut menikmati kekayaan minyak secara yang adil. Seperti yang dilagukan oleh sebuah doa, erti negara Islam itu antara lain, "Jadikanlah negara kami rakyatnya beragama, tempat istirahat kepada yang memerlukan bantuan dan tergolong miskin." [Membaca sepotong doa] Tempat istirahat kepada yang memerlukan bantuan dan tergolong miskin.

Laporan tahunan Putrajaya Holding tidak pemah dibentangkan sejak 1997. Adalah sukar untuk kita mengetahui bagaimanakah perbelanjaan sejumlah RM22 bilion dilakukan ke atas pembangunan Putrajaya. Saya ingin menyatakan kekesalan saya di atas percubaan menyembunyikan corak perbelanjaan Putrajaya ini dengan tidak mengemukakan laporan audit kepada Parlimen ini.

Tuan Yang di-Pertua, Perwaja sekali lagi menjadi seperti jari kudung yang disarungkan cincin bertatahkan berlian. Seperti biasa tanpa apa-apa penjelasan, Perwaja mendapat peruntukan RM1.348 bilion pada tahun depan dan RM2.337 bilion bagi tahun ini. Jumlah pinjaman dan jaminan hutang berbaki bagi Perwaja kini melebihi RM8.6 bilion. Cincin mahal di jari kudung ini manalah menambahkan serinya. Peruntukan terus menerus untuk Perwaja benar-benar seperti menjala angin, angin tidak lekat, wang habis, prospek untung langsung tidak kelihatan tetapi beban kewangan berterusan. Janji Menteri Kewangan untuk membentangkan Laporan Perunding S. Atkins terhadap Perwaja sehingga kini tinggal janji tetapi peruntukan untuk Perwaja tidak pemah dilupakan apa lagi dengan datangnya WTO dan harga keluli dunia yang begitu murah sekarang, masa depan Perwaja memerlukan kata pemutus selepas 18 tahun hidup dirundung kerugian. Sampai masanya, pandai menggunting, pandailah menjahit. lni saya tiru Kepong.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu daripada strategi Belanjawan kita ialah untuk menggalakkan pertumbuhan melalui peningkatan pennintaan domestik. Pennintaan pada asasnya Tuan Yang di-Pertua ada dua iaitu yang pertama ialah perbelanjaan daripada konsumer dan yang kedua ialah perbelanjaan daripada kerajaan tetapi kedua­dua perbelanjaan sektor ini mestilah seharusnya strategik. Perbelanjaan semata-mata tidak akan meningkatkan kesan pengganda dan seterusnya menambahkan kerancakan ekonoml tetapi pennintaan ini haruslah strategik. Oleh kerana itu saya mencadangkan, ada beberapa cara untuk kita menambahkan kesan bagi peningkatan pennintaan pengguna iaitu yang pertama ialah kita mengurangkan kos bagi perbelanjaan hidup rakyat kita. Kos ini boleh dikurangkan melalui beberapa cara yang tertentu umpamanya beberapa perbelanjaan yang tidak perlu dihapuskan. Umpamanya sampai sekarang ini saya masih lagi berharap bahawa Kementerian Pendidikan menghapuskan yuran persekolahan dan lebih-lebih lagi yuran peperiksaan kepada semua lapisan rakyat. Kita akan kekurangan hasil dalam Jingkungan RM15 juta, pada hemat saya jika kita menghapuskan yuran ini tapi kesannya adalah merata bagi orang-orang miskin di desa­desa.

Yang lain ialah pada hemat saya dengan keuntungan begitu besar TNB melebihi RM2 bilion sampai masanya kita mengurangkan tarif elektrik. Setelah membahaskan perkara ini dengan panjang Iebar pada kesempatan lain pada masa yang lalu dan saya tidak ingin mengulanginya tetapi saya yakin bahawa tarif elektrik di negara kita dapat dikurangkan dan sekali gus meningkatkan daya saing kita sebagai satu destinasi pelaburan.

Kadar tol lebuh raya juga boleh dimasukkan dalam kajian pengurangan. Seperti yang telah disebut oleh lpoh Barat bahawa jumlah kenderaan adalah telah melebihi apa yang telah dijangkakan dan ini telah memberikan keuntungan seharusnya kepada syarikat konsesi lebih-lebih lagi RM2 bilion adalah wang yang telah dipinjamkan oleh Kerajaan Persekutuan dan dengan cara itu kita dapat mengurangkan tol, bagi mengurangkan kos kepada pengangkutan bagi .....

Page 86: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

76 DR.1.11.2001

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng): Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila gulung.

Tuan Husam bin Haji Musa: Di samping itu, dalam kesempatan yang ringkas ini saya terpaksa petik satu dua sahaja yang saya harap dapat penjelasan. Kerajaan telah memberikan waiver kepada Tanjong, satu syarikat pe~udian dan termasuk dalam kajian kepada Magnum. Mengapakah perjudian ini telah diberikan waiver cukai sedangkan Tabung Haji terpaksa membayar cukai pada setiap tahun? Yang kedua ialah pulangan Pemas International ke tangan kerajaan sekali lagi menggoncangkan konsep penswastaan. Saya berharap mendapat penjelasan mengapakah Pemas International terpaksa dikembalikan kepada kerajaan. Saya ingin mendapat kepastian Tuan Yang di-Pertua bagaimanakah kerajaan akan menyelesaikan PUTRA dan STAR yang sedang nazak dengan hutang RM5.6 bilion. Adakah ini akan termasuk dalam Belanjawan tambahan? Yang akhir sekali ialah saya ingin mendapat penjelasan mengapakah PNB telah melabur RM8 juta dalam syarikat mengimport filem dari Hong Kong bemama TVV-1 yang telah dikatakan tidak mendapat kebenaran untuk mengimport filem daripada Hong Kong Movie dan oleh kerana itu PNB selanjutnya melaburkan RM50 juta untuk membuka kedai video dan VCD di seluruh negara. Saya memerlukan penjelasan berkenaan perkara-perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada orang lagikah? Berapa orang yang ingin berucap lagi? [Disampuk] Ya, saya akan jemput bagi kawasan Hulu Rajang, sila.

Tuan Billy Ablt Joo: Saya sambung hari lsnin Tuan Yang di-Pertua ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tengoklah, saya akan buat keputusan [Ketawa]

5.25 ptg.

Tuan Billy Ablt Joo [Hulu Rajang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian membahaskan Belanjawan 2002 ini.

Saya juga amat berpuas hati dengan jumlah RM1.5 bilion yang diperuntukkan untuk Belanjawan 2002, kenaikan sebanyak 10.4% dari jumlah tahun lepas. Daripada RM10.5 bilion ini, RM66.98 bilion adalah untuk perbelanjaan operasi dan bakinya untuk perbelanjaan modal. Kerajaan sedar dan sanggup menyahut cabaran semasa, maka dengan peruntukan 2002, kerajaan mahu melihat ekonomi terus berkembang yang bertujuan mengatasi kesan buruk dari ekonomi global yang tidak menentu. Dengan keadaan yang tidak menentu, maka keputusan kerajaan untuk meneruskan Projek Bakun, saya selalu tidak lari daripada topik ini ya, amat tepat untuk menjamin bekalan tenaga untuk masa depan negara. Daripada semua bahan yang boleh diguna sebagai altematif fossil fuel, misalnya minyak kelapa sawit, gas asli dan kuasa nuklear,tenaga hidro adalah yang paling sesuai dari segi kesan, kos dan juga availability ataupun terdapatnya di Sarawak.

Sarawak dianugerahkan oleh Tuhan dengan sungai-sungai yang sesuai untuk projek hydropower dan tidak salah jika dimajukan untuk kebaikan rakyat dan negara. Sementara mengalu-alukan pembinaan semula Bakun, saya ingin menyeru sekali lagi supaya pihak Perbendaharaan menekan syarikat yang berjaya mendapat kontrak untuk memberi peluang kepada orang atau syarikat tempatan untuk terlibat bersama. Orang Bakun rela berpindah dengan harapan Bakun Hydroelectric Power ini menjadi pemangkin kepada hidup baru mereka di penempatan semula Sungai Asap. Di penempatan semula Sungai Asap, kerajaan telah menyediakan satu tempat yang lengkap dari segi sekolah, klinik dan beberapa jabatan kerajaan.

Sungai Asap juga telah dinaikkan tarat sebagai sebuah daerah kecil dan Sungai Asap telah dibekalkan bekalan air dan elektrik. Walaupun begitu, ada beberapa perkara yang perlu dibuat dan dilengkapkan lagi seperti telefon. Walaupun Sungai Asap dibekalkan dengan telefon awam menerusi satelit, orang Asap memerlukan telefon talian tetap supaya dapat menikmati dunia IT yang kerajaan sentiasa galakan. Televisyen juga belum dapat di tonton di Sungai Asap kecuali melalui Astro. Diharapkan kerajaan dapat memanjangkan perkhidmatan televisyen ke Sungai Asap dan pendalaman Sarawak amnya. Jalan raya sepanjang 47 kilometer di Sungai Asap perlu diturap. Saya difahamkan sudah ada peruntukan RM16 juta, jelas ini tidak cukup. Kerja menurap memerlukan sekurang-kurangnya RM30 juta.

Page 87: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT · S.S.D.K., S.SAP., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. ... Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bandera) ... II II Tan Sri Dato

DR.1.11.2001 77

Saya juga mencadangkan jalan ke rumah panjang dari jalan utama juga diturap. Seperti yang saya pemah cadangkan kepada kerajaan untuk membina jalan raya dari Bakun ke Bandar Laga supaya di bawah Bakun tidak ketinggalan. Saya juga ingin memohon peruntukan dibuat untuk membina jalan ke lot-lot pertanian mereka yang dipindahkan ini,. Ada lot-lot yang jauh ke dalam hutan. Ia tidak dapat diusahakan tanpa adanya jalan.

Pertanian. Menyentuh tentang lot-lot yang lebih kurang luasnya 40,000 ekar, kita masih menunggu kerajaan untuk menjana projek yang kekal, yang boleh menjamin hasil yang lumayan untuk penduduk di sana. Dalam Belanjawan 2002, RM 1.58 bilion diperuntukkan untuk pertanian.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhonnat, masa sudah cukuplah.

Tuan Billy Ablt Joo: Okay.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat boleh sambung hari lsnin.

Tuan Billy Ablt Joo: Terima kasih.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 10.00 pagi hari lsnin, minggu depan.

Dewan dltangguhkan pada pukul 5.30 petang.