penyata rasmi parlimen dewan negara filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi...

68
Bil. 9 Selasa 5 September 1995 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA

Upload: trinhnhan

Post on 08-Apr-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

Bil. 9 Selasa 5 September 1995

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

KANDUNGAN

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA:

Perutusan daripada Dewan Rakyat

URUSAN MESYUARAT

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN:

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995

Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 1995

Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995

Dilerhit Oleh: CAW ANGAN DOKUMENTASJ PARLJMEN MALAYSIA 1999

[Ruangan 1]

[Ruangan 1]

[Ruangan 1]

[Ruangan 22]

[Ruangan 41]

[Ruangan 52]

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

- -- -----~-~-----~----------------

5 SEPTEMBER 1995

AHLI-AHLI DEW AN NEGARA

Yang BerhormatTuanYang di-Pertua, DATO'ADAM BIN KADIR, D.I.M.P. (Dilantik). ,

,

,

, ,

,

,

,

,

,

,

,

, ,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATUK CHONG KAH KIAT, P.G.D.K., J.S.M., J.P. (Dilantik).

DATO' ABDUL AZIZ BIN ABDUL RAHMAN (Dilantik).

TUAN ABDUL RASHID BIN ISMAIL, A.M.N., P.K.T., P.J.K., P.J.M. (Pulau Pinang).

TUAN HAJI ABDUL SALAM BIN AWANG, A.M.N. (Dilantik).

TuAN MICHAEL BoNG THIAM JooN, A.B.s., J.B.S. (Dilantik).

DATO' CHET SINGH s/o KARAM SINGH (Pulau Pinang).

TUAN CHONG CHI SIONG @ CHONG FAH (Negeri Sembilan).

PUAN FARIDAH BINTI ABU HASSAN (Dilantik).

TUAN FRANKIE CHONG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah).

TUAN DING SELING (Dilantik).

TUAN HAJI DOL BIN DOLAH, A.M.N., P.P.N., J.P. (Melaka).

TuAN ENG Hoi CHoo (Dilantik-Wilayah Persekututan).

TUAN HAn GHAZALI BIN HAn EMBONG, P.J.K. (Dilantik).

PuAN RAJAH HABSHAH BINTI HAn OsMAN, P.P.T., P.J.K. (Dilantik­Wilayah Persekutuan).

WAN HAMID EDRUCE BIN TUANKU HAJI MOHAMAD, A. B.S. (Sarawak).

TUAN HAn HAMZAH BIN HAn MoHAMED ZAIN (Dilantik).

TUAN HANIPAH BIN AHMAD, P.J.K. (Perlis).

TUAN HAn HASHIM BIN SAFIN @ SHAFAIN (Dilantik).

DATUK HAJI IBRAHIM BIN ALI, D.M.S.M. (Dilantik).

TUAN IBRAHIM BIN DAUD, J.S.M., K.M.N., P.L.P., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Johor).

TUAN lsu BIN HAJI SIPUT (Dilantik-Wilayah Persekutuan Labuan ).

TUAN ITAM WALl BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAn JAMALUDIN BIN HAJI AHMAD, A.M.N., A.N.S., P.M.C., P.J.K., J.c. (Negeri Sembilan).

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

-------------~ --- -- - --

ii 5 SEPTEMBER 1995

Yang Berhormat TUAN JANGGU ANAK BANYANG, P.B.K. (Sarawak).

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

DATUK JOHAN RO.T. GHANI @ CHRISTOPHER, P.G.D.K., K.M.N. (Dilantik).

PUAN KALTHOM BINTI HAJI OTHMAN (Kelantan).

PUAN KAMILIA BINTI IBRAHIM (Dilantik).

TUAN KAN KOK KWAN, D.N.S., K.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Dilantik).

PUAN KELSOM BINTI YAACUB, A.M.P., P.J.K. (Pahang).

PUAN KIAN SIT HAR, P.J.K., A.M.N., B.K.T., J.P. (Melaka).

TUAN P. KRISHNAN AIL PERMUAL (Dilantik).

TvAN Low KAI MENG, P.J.K., J.P. (Perak).

DATUK MAIDOM P. PANSAI @PAUL PANSAI (Dilantik).

TUAN N. MARIMUTHU AIL NADESAN, A.M.P., A.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Dilantik).

TUAN M. G. PANDITHAN @ NYANA PANDITHAN @ GANAPANDYTHAN AIL MUTHANDI (Dilantik).

PUAN MASTIKA JUNAIDAH BINTI RUSIN (Dilantik).

TvAN MoHO. ZAIN BIN HAJJ MAT DAUD (Kelantan).

DATO' HAJJ MoHD. ZUKI BIN KAMALVDDIN (Dilantik).

TvAN No SEE TIONG, A.M.N., P.r.s., P.K. (Johor).

DATO' (lr.) No THIAN HocK D.S.S.A., S.M.S., P.J.K., J.P. (Dilantik)

DR. No YEN YEN, P.J.K. (Pahang).

TUAN HAJJ OTHMAN BIN YUNOS, K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Dilantik).

PUAN RAJAH RAHAIAH BINTI BAHERAN, P.J.K. (Dilantik).

TUAN RAHIM BIN BABA, A.M.P. (Dilantik).

PUAN RAJAH RAHMAH BINTI SALLEH, P.J.K. (Terengganu).

TvAN SAAD BIN HAJI MAN (Dilantik).

TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

TuAN HAJJ SALLEH@ HASSAN BIN Au, P.J.K. (Terengganu).

PUAN SRI SARASA PASAMANICKAM, A.M.N., P.I.S. (Dilantik).

PUAN RAJAH SELEMIAH BINTI HASHIM (Dilantik).

TuAN SHVIB BIN ENDUT, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

DATo' SooNG SIEw HooNG, s.M.s., K.M.N., o.P.M.s, J.S.M. (Dilantik).

TUAN TAN SON LEE (Kedah).

TUAN TAN SWEE HUENG (Dilantik).

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995 iii

Yang Berhormat DATO' V.K.K. TEAGARAJAN, D.P.M.S., A.M.N. (Dilantik).

"

"

"

"

DATO' TING CHECK Sn, D.I.M.P. (Dilantik).

TAN SRI DATO' G. VADIVELOO AlL GOVINDASAMY, P.S.M., D.P.M.S., S.M.S., A.M.N. (Dilantik).

DATUK K. VIJAYANATHAN AIL KESAVA PILLA!, D.J.N., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).

DATIN HAJAH WAN INTAN BINTI HAn WAN AHMAD TAJUDDIN, P.J.K., A.M.S. (Dilantik).

DATUK DAVID YEOH ENG HocK, D.M.S.M. (Dilantik).

TUAN HAn ZAINAL BIN Mo. DEROS, s.s.A., P.J.K., J.P. (Selangor).

DATO' ZAINOL ABIDIN BIN JOHARI, D.S.D.K., K.M.N., P.P.N., B.K.M., P.J.K., J.P. (Dilantik).

PUAN HAJAH ZALEHA BINTI HUSSIN (Dilantik).

TUAN M. ZEEVILL @ SHARMUGAM AIL R.M.S. MUTAYA (Selangor).

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

iv

----------

5 SEPTEMBER 1995

DEWAN NEGARA

• PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara Haji Mohamed Salleh bin Abu Bakar, K.M.N.

Ketua Penolong Setiausaha Said bin Sidik

Pmk. Ketua Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha Kanan Zamani bin Haji Sulaiman.

CAW ANGAN DOKUMENT AS!

Pegawai Penerbitan Azhari bin Hamzah

Pelapor Perbahasan Parlimen Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop, P.P.N.

Bentara Mesyuarat

Haji Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Hajah Supiah binti Dewak.

Hajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Hajah Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abd. Samad.

Jainah binti Sakimin.

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

CAWANGAN BENTARA

Mejar (B) Abdul Halim bin Haji

Ali

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Selasa, 5hb. September, 1995

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA (Tuan Yang di-Pertua mem­

pengerusikan Mesyuarat)

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA

PERUTUSAN DARIPADA DEWAN RAKYAT

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang meminta Dewan Negara mempersetujukan Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan tersebut.

Saya jemput Setiausaha membaca perutusan itu sekarang.

(Setiausaha membacakan Perutusan)

PERUTUSAN DARIPADA DEW AN RAKYAT KEPADA

DEWANNEGARA

"4hb. September, 1995.

Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara,

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang yang berikut dan meminta Dewan Negara mempersetujukannya:

1. Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Bekas Perajurit (Pindaan) 1995;

1

2. Rang Undang-undang Perin­dustrian Niaga Hadapan (Pindaan) 1995; dan

3. Rang Undang-undang Suruhan­jaya Sekuriti (Pindaan) 1995.

Yang ikhlas,

t.t

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT."

URUSAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman): Tuan Yang di-Pertua, saya akan mencadangkan supaya Rang Undang-undang yang tersebut di dalam perutusan itu dibacakan kali yang kedua dan ketiganya di Mesyuarat ini:

1. Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Bekas Perajurit (Pindaan)1995;

2. Rang Undang-undang Perin­dustiran Niaga Hadapan (Pindaan) 1995; dan

3. Rang Undang-undang Suruhan­jaya Sekuriti (Pindaan) 1995.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

JAWAPAN-JAWAPAN MULUTBAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

INSTITUT TEKNOLOGI PETRONAS· OPERASI

1. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) bilakah Institut Teknologi Petronas akan beroperasi sepenuhnya;

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

2

(b) apakah kursus-kursus yang akan ditawarkan di institut tersebut; dan

(c) memandangkan majoriti aktiviti-aktiviti pengeluaran dalam industri-industri pertro­leum dan gas berpusat di Terengganu dan juga dengan ketiadaan institut pengajian tinggiluniversiti induk, adakah kerajaan bercadang untuk membina kampus induk ITP tersebut di negeri Terengganu.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Azmi bin Khafid): Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini penubuhan Institut Teknologi Petronas masih lagi diperingkat perancangan awal. Urusan untuk mendapatkan kelulusan dari pihak Kementerian Pendidikan sedang diusahakan.

Mengikut cadangan yang di­kemukakan, institut tersebut akan menawarkan kursus yang berkaitan dengan teknologi petroleum, petrokimia dan industri berat.

Di samping itu, memandangkan penubuhan institut tersebut adalah di dalam peringkat awal, soal mengenai tapaknya masih belum ditetapkan lagi.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Memandangkan Petronas merupakan suatu industri yang menjalankan usaha dapat memupuskan sumber gas dan juga minyak, kita mengucapkan tahniah atas usaha untuk hendak membangunkan

5 SEPTEMBER 1995

institusi pengajian tinggi. Tetapi adakah pihak Petronas memikirkan usaha­usaha lain bagi menentukan Petronas apabila tidak adanya minyak dan gas di negara ki~a ini mempunyai aktiviti­aktiviti yang boleh memberikan kesinambungan kepada wujudnya Petronas itu seperti misal kata mengusahakan dari segi, dengan izin, reforestation, membangunkan resource yang lain.

Tuan Yang di·Pertua: Saya rasa Yang Berhormat Dato' maksudkan Institut Teknologi Petronas, bukan Institut Pengajian Tinggi?

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Ya.

Tuan Yang di·Pertua: Sila, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.

Tuan Azmi bin Khafid: Tuan Yang di-Pertua, soalan tersebut nampaknya terkeluar daripada bidang soalan yang pertama. Tetapi sebagai menjawabnya, bolehlah saya mengatakan bahawa sebagai satu badan perniagaan, Petronas memang mempunyai perancangan jangka panjang untuk mengatasi apa sahaja problem yang akan dihadapinya apabila sampai masanya.

Puan Hajah Rahmah binti Salleh: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita sedia maklum bahawasanya Petronas adalah merupakan pembekal atau pun memberi biasiswa kepada penuntut-penuntut. Kalau sekiranya tidak menjadi satu masalah setakat ini, saya ingin mengetahui berapa ramaikah pelajar-pelajar yang telah diberi

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

biasiswa oleh Petronas bagi melanjut­kan pelajaran ke luar negeri? Kalau boleh, tolong nyatakan berapa ramaikah anak-anak negeri Terengganu yang telah dihantar belajar ke luar negeri bagi tahun 1995?

Tuan Azmi bin Khalid: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana permohonan ini untuk angka-angka, saya tidak dapat memberikan jawapannya sekarang. Bolehkah saya memberikan jawapan­nya secara bertulis?

Tuan Yang di-Pertua: Baik.

SIARAN TV 24 JAM­KEBENARAN

2. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Penerangan menyatakan apakah sebab sebenar kerajaan tidak membenarkan stesen TV Teresterial di negara kita melanjutkan tempoh penyiarannya kepada 24 jam. Dan apakah pihak kementerian bercadang untuk mengkaji semula penggunaan TV kabel (cable TV) pada masa yang kini mempunyai waktu siaran selama 24 jam.

Setiausaba Parlimen Kementerian Penerangan (Datuk Mobd. Shafie bin Haji Apdal): Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan ini, Kementerian Penerangan tidak membenarkart stesen Televisyen Teresterial di negara ini melanjutkan masa siaran kepada 24 jam sehari kerana secara jangka panjang ianya boleh menghasilkan impak kepada nilai hidup masyarakat yang

3

akhimya akan membawa kesan negatif kepada produktiviti rakyat di negara lDl.

Mengenai siaran televisyen dengan menggunakan kabel atau cable TV, dengan izin, ianya diwujudkan semata-mata bertujuan untuk memenuhi keperluan sebilangan rakyat yang memerlukan rancangan televisyen melalui satelit yang boleh menyalurkan maklumat perkembangan semasa pada setiap saat selama 24 jam sehari di seluruh dunia. Konsep kabel TV ini adalah berlainan daripada siaran televisyen biasa. Perkhidmatan kabel TV hanya diperolehi melalui langganan bagi mereka yang memerlukannya sahaja, manakala siaran televisyen biasa boleh ditonton oleh semua anggota masyarakat tanpa sebarang sekatan atau had asalkan mereka boleh menerima siaran televisyen berkenaan.

Tuan Saad bin Haji Man: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita difahamkan bahawa kerajaan ber­cadang untuk meluluskan penggunaan parabola (satellite disc) tidak berapa lama lagi. Apakah kerajaan bercadang untuk menghadkan juga waktu siarannya?

Datuk Mohd. Sbafie bin Haji Apdal: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan ini memang betul bahawa setakat ini Akta Telekomunikasi tidak membenarkan kita 'to have an open sky concept', dengan izin. Pada tahun akan datang, insya-Allah di mana kerajaan kita akan melancarkan satelit sendiri menerusi saluran daripada MEASAT, maka penggunaan parabola itu akan terhad. ·

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

4

Mengenai dengan siaran 24 jam ini, insya-Allah, kerajaan atau kementerian saya khususnya akan menimbang sama ada keperluan ini pada waktu itu kelak akan wujud, maka kementerian boleh mempertimbangkannya. Buat setakat ini, kementerian berpandangan bahawa berdasarkan akta yang ada, tidak boleh kita gunakan selama 24 jam.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kerajaan sekarang ini sedang mengalu-alukan dan sedang hendak mewujudkan rakyat berdisiplin. Adakah kita mengaku kalah sebelum kita mencuba. Saya rasa rakyat Malaysia sungguh berdisiplin dan kita pulang kepada rakyat Malaysialah untuk menunjukkan bahawa mereka tidak akan mengantuk, boleh bekerja esok hari dan akan memberi usaha yang lebih mantap lagi. Jikalau kita tahankan siaran 24 jam ini bermakna kita tidak percaya rakyat kita untuk berdisiplin sendiri.

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Yang Berhormat tadi, bukan bermakna sekiranya kita menolak kehendak untuk menyiarkan siaran 24 jam bahawa kerajaan mengaku kalah tentang perkara ini. Kita perlu yakin bahawa mandat telah diberikan oleh rakyat kepada Barisan Nasional untuk memerintah negara ini dan Kementerian Penerangan mempunyai harapan untuk membentuk pemikiran masyarakat yang betul-betul berguna dan bermanfaat untuk memenuhi Wawasan 2020. Maka, selaku leader, dengan tzm, pemimpin dalam membentuk, menerusi Kementerian Penerangan ini kita berpendapat bahawa pada saat ini untuk kita membuat pendekatan siaran 24 jam tidaklah berpatutan, oleh kerana berdasarkan rekod-rekod yang ada, di

5 SEPTEMBER 1995

Amerika Syarikat contohnya, di mana masyarakatnya terumbang-ambing oleh kerana · rakyatnya terdedah dengan menonton TV selama 24 jam. Maknanya, tidak ada masa bagi rakyat mereka untuk membuat dan

. melaksanakan kerja-kerja yang lain, hanya menumpukan masa 24 jam, dan kerajaan kita menerusi kementerian ini berharap sangat supaya sebahagian masa yang berguna di dunia ini dapat digunakan sepenuhnya dengan penuh manfaat. Terima kasih.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat. Saya hendak bertanya, kalaulah demikian jawapan Yang Berhormat, apakah RTM akan membatalkan, buat sekarang ini jika ada siaran bola sepak yang dibuat di waktu larut malam ataupun ada juga siaran-siaran khas, seperti tinju dan boleh sepak yang diadakan di waktu pagi di mana ditaja oleh syarikat­syarikat tertentu supaya relevan dengan jawapan Yang Berhormat.

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan ini kita perlu yakin dan maklum bahawa audience yang ada di negara kita ini adalah berbilang selera. Bila kita rasa audience itu memerlukan siaran langsung dalam menonton bola, sama ada F.A atau pun World Cup, kita adakah siaran langsung itu semata­mata untuk memenuhi selera golongan yang memerlukan siaran tersebut. Begitu juga dengan acara-acara yang lain. ltu tidak bermakna bahawa kita tidak selari dalam dasar untuk melaksanakan tugas kita.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi, Datuk Ibrahim sudah yakin?

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Saya rasa saya belum yakin.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

Tuan Yang di-Pertua: Hendak diyakinkan lagi? Tuan Low Kai Men g.

SUSU IBU-IKLAN MENGGALAKKANPENYUSUAN

3. Tuan Low Kai Meng minta Menteri Kesihatan menyatakan pada masa ini, pihak kerajaan sedang giat meng­galakkan ibu-ibu menyusu bayi mereka dengan susu ibu. Bagi menjayakan rancangan ini, adalah wajar mem­perbanyakkan iklan yang dapat menekan kepentingan dan kebaikan meminum susu ibu sebaliknya mengurangkan iklan promosi susu tepung di bawah umur satu tahun. Selain daripada itu, terdapat sebilangan jururawat melibatkan diri dalam aktiviti memperkenalkan susu tepung kepada ibu-ibu yang baru bersalin di hospital. Adalah wajar pihak Kementerian memberi perhatian sewajarnya ke atas isu ini.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' Dr. Siti Zaharab binti Haji Sulaiman): Tuan Yang di-Petua, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa menekan kepentingan pemeliharaan amalan penyusuan susu ibu sebagai satu cara memperbaiki kesihatan dan pe­makanan bayi dan kanak-kanak kecil sejak beberapa tahun yang lalu. Pada masa ini usaha sedang dipertingkatkan untuk menggalakan lebih ramai ibu menyusukan bayi dengan susu ibu termasuk ibu-ibu yang bekerja. Pada awal tahun ini pihak kementerian telah mengeluarkan sebuah buku kecil siri ketiga dan em pat jenis poster berkaitan kepentingan penyusuan susu ibu untuk diedarkan ke semua negeri, malahan pada akhir tahun lalu sebuah iklan televisyen selama 30 saat mengenai penyusuan ibu telah diterbitkan dan

5

saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merayu agar pihak Kementerian Penerangan akan terus menyiarkan iklan ini.

Pihak kementerian juga telah melancarkan satu Tata Etika Produk Susu Formula Bayi (Edisi Ketiga) pada 8 Ogos, 1995. Tata Etika ini meliputi prinsip-prinsip asas bagi pemasaran dan maklumat barangan untuk semua Produk Susu Formula Bayi, termasuk botol dan puting susu di Malaysia. Ia juga memberikan garis panduan berkaitan amalan etika untuk industri susu formula bayi dan profesional perubatan dan kesihatan dalam sistem penjagaan kesihatan. Di bawah etika ini sebarang pengiklanan Produk Susu Formula Bayi tidak dibenarkan secara bertulis, audio atau pun visual. Semua profesional perubatan atau pun kesihatan, termasuk jururawat juga tidak dibenarkan menerima atau membenarkan pemasaran, penggalakan a tau pengiklanan Produk Susu Formula Bayi di dalam sistem penjagaan kesihatan. Mereka juga tidak dibenar menerima sample susu formula bayi untuk diri mereka sendiri atau untuk pengedaran semula kepada ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak, ibu bapa yang mempunyai bayi dan anggota-anggota keluarga.

Untuk makluman pihak kementerian telah melancarkan konsep 'lnisiatif Hospital Rakan Bayi (Baby Fiendly Hospital Initiative) dengan izin, pada Ogos, 1993 untuk menggalakkan lebih ramai ibu-ibu yang baru bersalin supaya menyusukan anak dengan susu ibu. Inisiatif Hospital Rakan Bayi ini menyenaraikan 10 langkah ke arah penyusuan susu ibu yang berjaya bagi setiap kemudahan yang memberi perkhidmatan bersalin dan penjagaan bayi-bayi yang baru lahir. Dengan

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

6

pelaksanaan inisiatif ini adalah diharapkan agar semua hospital kerajaan dapat diiktiraf sebagai hospital rakan bayi menjelang akhir tahun 1967.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya dibesarkan dengan mendapat susu ibu dan mungkin ramai lagi yang sama dengan saya. Kemudahan yang saya dapat disebabkan ibu saya tidak bekerja dan tern pat menyusunya adalah di tempat kediaman. Sekarang ini ramai ibu yang mempunyai tugas dan tanggungjawab dan terpaksa keluar dari tempat kediaman. Pada anggapan Timbalan Menteri apakah persiapan dan persediaan yang patut dibuat atau disediakan . kepada ibu-ibu yang bertugas di luar dari tempat kediaman bagi memudahkan mendapat susu ibu kepada anak-anak pegawai yang berkenaan. Adakah kemungkinan pihak kerajaan akan memperbanyak kan lagi iklan-iklan ..... .

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Hanifah cuba bataskan kepada satu soalan sahaja.

Tuan Hanipah bin Ahmad: . ... dan lagi adakah kerajaan akan mem­perbanyakkan iklan-iklan tentang penggunaan susu ibu kepada masyarakat Malaysia?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat, sebab itu Yang Berhormat nampak sihat sahaja, itu menunjukkan satu petua yang baik, namun demikian, berkenaan dengan ibu-ibu yang bekerja itu tidak menjadi satu masalah yang penting ialah satu kesedaran yang tinggi dan dijadikan sebagai amalan dan tujuan untuk menggalakkan ibu-ibu memberi susu

5 SEPTEMBER 1995

ibu kepada anak-anaknya ialah dengan memberi latihan kepada mereka tentang ·bagaimana membuat perahan susu sewaktu di rumah dan latihan sebelum mereka bekerja supaya susu itu dapat disimpan di dalam botol yang boleh diberikan kepada bayi-bayi walaupun ibu bekerja dan di tempat kerja di mana majikannya adalah friendly kepada penyusuan susu ibu kepada bayi-bayi, pihak majikan juga menyediakan tempat bagi ibu-ibu yang kebetulan banyak susu semasa bekerja boleh juga melaksanakan perahan ini di tempat bekerja di masa-masa yang sesuai untuk diberikan sebagai simpanan tambahan kepada bayi-bayi itu.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Chong tadi bangun, hendak tanya lagi, sila.

Tuan Chong Chi Siong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya cuma hendak tahu bolehkah Yang Ber­hormat Timbalan Menteri mem­beritahu perbezaan kandungan antara susu ibu dan susu tepung?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Ini satu soalan teknikal. Sebenamya susu ibu adalah susu yang terbaik, ia 'original', tulen. (Ketawa) ltu memang semua setujulah. Ianya mengandungi bahan khasnya kolestrum iaitu bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronchitis dan radang paru-paru yang mengatasi kelebihan susu formula.

Susu ibu juga boleh mencegah penyakit seperti lelah, sakit perut bayi dan mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak. Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam keadaan penyusuan yang lain. Ada nak lagi atau tidak? (Ketawa) ·

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

Tuan Yang di-Pertua: Saya ingat yang bertanya tadi hendak tabu tentang tepung pula.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya soalan. Apakah yang menyebabkan kerajaan · terpaksa mengadakan kempen bagi memberi kesedaran kepada kaum ibu supaya digunakan susu ibu? Apakah sebabnya? Apakah yang menyusahkan wanita sekarang ini hendak memberi susu? Apakah sebabnya? Apakah kerana kesihatan, hendak menjaga kecantikan, hendak menjaga 'body' ataupun apakah sebabnya? Saya hendak tanya yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengadakan kempen dan mem­belanjakan wang? Apakah kaum wanita sekarang ini tidak sedar atas tanggungjawab mereka sebab orang tabu bahawa betapa khasiatnya susu ibu ini kalau hendak dibandingkan sehinggakan, kalau seseorang bayi itu lahir dan ibu dia meninggal, maka ada orang lain menyusukan bagi pihak anak itu, maka dia boleh dianggap sebagai adik-beradik seibu sebapa.

Tuan Yang di-Pertua: Sesusu.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Sesusu, saya takut hendak sebut sesusu. (Ketawa) Apa fasal yang begitu menjadi masalah? Apakah kaum wanita sudah lupa kepada tanggungj awab keibuan mereka dalam hal ini.?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan yang di-Pertua, sebenarnya kerajaan menggalakkan ibu-ibu supaya memberi susu ibu kepada anak kerana merasakan ini perlu untuk mengeratkan ikatan kemesraan dan jalinan kasih sayang secara psikologikal dan untuk

7

menjadikan asas keibuan itu menular atau berpunca daripada sifat dan amalan yang semulajadi (natural).

Kedua, kerana berlaku salah faham atau kurang kefahaman tentang kebaikan penyusuan ibu yang banyak memberi kebaikan kepada ibu itu sendiri iaitu penyusuan ibu itu boleh melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan ibu-ibu daripada kekerapan mengandung, yang juga merupakan sebahagian daripada penjagaan kesihatan. Ia juga boleh melangsingkan badan dan tidak seperti yang diandaikan iaitu boleh mem­percepatkan proses penuaan ataupun tidak cantiklah kalau mengamalkan penyusuan ibu. Ia juga boleh membantu rahim ibu kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.

Tolong beri nasihatlah juga kepada yang tersayang, bagi kaum bapa, Ahli­ahli Yang Berhormat ini. (Ketawa) Ia juga boleh mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari dan penyusuan susu itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dan tidak boleh dijadikan oleh wanita­wanita terutama dalam keadaan sekarang sebagai satu alasan untuk tidak menyusu. Sebenamya boleh dan seperti yang dikatakan tadi, boleh disimpan untuk diberikan susu itu kepada bayi masing-masing.

BEG PLASTIK DAN GAS EKSOS-KESAN KEPADA ALAM

SEKITAR DAN KESlliATAN

4. Tuan Kan Kok Kwan minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah beliau sedar yang sisa-sisa penggunaan beg­beg plastik dan bahan-bahan plastik lain amat menggugat alam sekitar kita.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

8

Bahan-bahan plastik ini tidak dapat reput atau larut, dan membebaskan gas-gas yang amat toksik hila dibakar. Bahan-bahan buatan plastik kini digunakan dengan bebas dan dibuang merata tempat. Bahan-bahan buatan plastik kini membawa lebih banyak kerugian dari manfaat, dan penge­luaran menggunakan bahan ini telah pun diharamkan di beberapa negara maju. Negara-negara ini menggalakkan penggunaan kertas, beg-beg, kotak­kotak dan sebagainya yang boleh digunakan semula. Adakah kementerian ini sedar tentang kemerosotan keadaan kesihatan akibat pengeluaran dan penggunaan bahan plastik; dan adakah kementerian beliau sedar yang kajian-kajian telah pun menunjukkan bahawa punca utama pencemaran udara adalah pengeluaran gas eksos dari kenderaan-kenderaan bermotor yang kian bertambah.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan sedia maklum bahawa sisa-sisa penggunaan beg-beg plastik yang tidak reput/larut dan membebaskan gas hila dibakar. Beg­beg plastik yang diguna hari ini kebanyakannya adalah dari jenis polypropylene yang boleh dikitar semula. Hasil bakar bahan plastik ini akan menghasilkan partikel karbon dan hidrokarbon alifatik yang kurang menjejaskan alam sekitar.

Setakat ini belum terdapat kajian berhubung dengan impak ke atas kesihatan. Namun begitu, Kementerian Kesihatan sedang mengumpul maklumat dan menyiasat impak pencemaran alam sekitar ke atas kesihatan. Kerajaan memang sedar bahawa kenderaan bermotor adalah

5 SEPTEMBER 1995

salah satu daripada punca utama pencem~ran udara.

Dalam usaha untuk mengurangkan bilangan kenderaan di jalan-jalan raya, kerajaan adalah menggalakkan orang ramai yang berulang-alik ke tenipat kerja dengan memandu kereta supaya berkongsi kereta. Di samping itu, kerajaan juga menggalakkan orang ramai supaya menggunakan per­khidmatan pengangkutan awam.

Dalam hubungan ini, kerajaan telah mengambillangkah mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam terlebih dahulu meliputi penggabungan syarikat-syarikat bas berhenti-henti, melaksanakan projek sistem transit laju ringan, melaksana­kan projek Linear City, dengan izin, yang melibatkan penyediaan kemudahan pengangkutan awam berasaskan rel dan melaksanakan projek landasan berkembar KTM Berhad serta memindahkan pusat pentadbiran Persekutuan ke Putrajaya.

TOL DI SELURUH NEGARA­JUMLAH KUTIPAN SEHARI

S. Tuan Hanipah bin Ahmad minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) berapakah jumlah kutipan tol di seluruh negara dalam satu hari dan tol manakah yang ter­banyak membuat kutipan dalam satu hari;

(b) berapakah jumlah semua kakitangan yang sedang berkhidmat dengan PLUS dan apakah kemudahan perkhid­matan yang disediakan; dan

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

(c) adakah pihak kerajaan ada menerima dari PLUS per­mohonan sama ada cadangan untuk mengurangkan atau menaikkan kadar bayaran tol.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya (Tuan Yong Khoon Seng):

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Purata jumlah kutipan tol di seluruh negara ialah sebanyak RM1.836 juta sehari untuk tempoh Januari sehingga Jun tahun ini. Plaza tol yang memperolehi kutipan tol yang terbanyak sekali dalam sehari ialah Plaza Tol Sungai Besi dengan kutipan tol harian sebanyak RM186,000.

(b) Jumlah kakitangan yang sedang berkhidmat dengan PLUS Berhad ialah 2,565 orang dan kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh PLUS adalah seperti berikut:

(i) caruman KWSP majikan akan dinaikkan sehingga 15% untuk pekerja yang telah berkhidmat lebih dari dua tahun;

(ii) pmJaman perumahan untuk bekas kakitangan kerajaan yang diserapkan ke dalam PLUS;

(iii) pinjaman kenderaan;

(iv) pinjaman pelajaran;

(v) pinjaman komputer;

pembelian

(vi) faedah perubatan untuk pekerja dan keluarga;

(vii) kemudahan insurans; dan

9

(viii) bonus prestasi syarikat dan bonus prestasi individual dan berbagai-bagai jenis kebajikan untuk kaki­tangan.

(c) Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan, ingin dijelaskan di sini bahawa kerajaan telah menerima memorandum dari­pada PLUS Berhad untuk menaikkan kadar tol. Buat masa ini, kerajaan sedang mengkaji permohonan tersebut. Ke­putusan sama ada kenaikan kadar seperti yang dimaktub dalam Perjanjian Konsesi akan dilaksanakan adalah tertakluk kepada persetujuan kerajaan.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, menurut jawapan daripada Yang Berhormat tadi, kutipan tol dalam kiraan saya dianggarkan setahun lebih daripada RM650 juta. Ini saya percaya mengatasi unjuran yang pemah dibuat oleh pihak PLUS semasa mereka menandatangani Perjanjian Konsesi dan ini juga bersesuaian dengan Laporan Lebuhraya Malaysia, kenderaan yang didaftar lebih daripada 30% daripada unjuran yang pemah dibuat bermaku.a PLUS telah pun mendapat keuntungan yang berlipat ganda daripada apa yang telah pun ditandatangani dalam Perjanjian Konsesi.

Jadi, adakah oleh kerana PLUS telah pun mendapat keuntungan yang melebihi daripada apa yang telah pun disuarakan ataupun diunjurkan dalam Perjanjian Konsesi, adakah kerajaan akan menimbangkan untuk me­nurunkan kadar tol yang dikenakan sekarang?

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

10

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya, dalam Per­janjian Konsesi ini telah dimaktubkan bahawa kenaikan tol boleh dicadangkan dan sebaliknya, kerajaan akan mengkaji sekiranya permohonan ini wajar dilaksanakan atau tidak. Kerajaim inasih mengkaji permohonan tersebut.

Tuan Saidin bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah kutipan tol bertujuan bagi membiayai pembinaan lebuh raya dengan sepenuhnya atau hanya bagi kos-kos tertentu ataupun pungutan itu hanya pungutan sebagai sumbangan pengguna di atas penggunaan jalan raya dan jika sekiranya jawapan bagi membiayai pembinaan jalan raya, adakah wajar pungutan itu dikurang­kan pada masa-masa tertentu kerana penggunaan jalan raya memakan masa yang panjang.

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, jalan raya ini dibuat secara penswastaan dan segala perbelanjaan sudah digunakan untuk membuat jalan­jalan tersebut dengan perbelanjaan yang besar. Di dalam konsesi ini, ada diberikan berapa tahun tempoh untuk mengutip tol dan ada juga di dalam syarat-syarat perjanjian di mana pihak PLUS memohon untuk menaikkan tol.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah pihak kerajaan menyatakan, di dalam Perjanjian Konsesi ini, adakah termaktub satu formula berasaskan kepada nisbah pulangan modal ataupun dengan izin, internal rate of return, di mana kalau sekiranya dengan jumlah pelaburan, kita dapat memikirkan tahap penerimaan ataupun revenue yang munasabah. Jadi, kalau ianya termaktub di dalam perjanjian konsesi,

5 SEPTEMBER 1995

berapakah nisbah pulangan modal yang ditetapk.an kepada syarikat PLUS ini supaya dapat kita kawal agar ia tidak mendapat keuntungan yang berlebih­lebihan?

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, kalau dikira dari jumlah wang yang dikutip, memang besar jumlahnya. Kalau kita bandingkan dengan apa yang telah dikeluarkan untuk membina jalan raya tersebut dan juga untuk menyelenggara jalan-jalan tersebut, ianya juga memang memerlukan wang yang banyak.

Mengenai ratio yang dikatakan tadi, memang ada di dalam perjanjian, tetapi saya tidak ada details. Saya akan memberikan secara bertulis.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita difahamkan, permohonan daripada PLUS ini akan dipertimbangkan jika ianya ada asas. Bolehkan kita dapat tabu, apakah asas-asas kemungkinan yang akan dipertimbangkan oleh kerajaan di atas permohonan kepada pihak PLUS dan jika adanya asas, bolehkan saya difahamkan bahawa kerajaan akan memenuhi kehendak PLUS untuk menaikkan kadar bayaran tol di seluruh negara?

Tuan Yong Khoong Seng: Tuan Yang di-Pertua, memang ada asas, tetapi maklumat tersebut tidak ada pada saya pada masa ini.

PROGRAMPEMBANGUNAN BELIA-USAHA-USAHA

KERAJAAN

6. Puan Selemiah binti Hashim minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(a) sehingga kini,-sejauh manakah usaha yang telah dilakukan oleh kementerian untuk memajtikan

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

----------------------

5 SEPTEM:SER 1995

belia-belia, khususnya dalam bidang ekonomi; dan

(b) apakah bentuk program yang telah dijalankan bagi belia-belia yang bekerja di kilang-kilang seluruh negara.

Menteri Belia dan Sukan (Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan telah pun berusaha untuk memajukan golongan belia dengan mem­perkenalkan program pem­bangunan belia bagi memper­lengkapkan mereka dalam bidang-bidang kemahiran, kepimpinan, kemasyarakat dan keusahawanan.

Dalam bidang ekonomi, kementerian saya telah pun melaksanakan program pem­bangunan ekonomi belia bagi memperlengkapkan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan dan di antara program yang dilaksanakan meliputi bidang-bidang yang berikut:

(i) Bidang Keusahawanan. Tumpuan bidang ialah memberikan latihan ke­usahawanan kepada golongan belia di institut­institut kemahiran belia negara;

(ii) Pinjaman Tabung Eko­nomi belia. Tumpuan bidang ini adalah mem­berikan bantuan pem­biayaan projek ekonomi belia dalam bentuk pinjaman di bawah tiga

11

skim iaitu Rancangan Perniagaan Kecil, Rancangan Belia Peladang dan Rancangan Belia Berniaga;

(iii) Pengembangan dan Khidmat Bimbingan Usahawan. Tumpuan bidang ini adalah mem­berikan khidmat nasihat dan bimbingan berbentuk teknik dan pengurusan bagi melahirkan usahawan belia yang berdaya tahan dan berdaya saing.

(b) Kumpulan sasaran pem­bangunan belia adalah meliputi golongan belia yang berumur di antara 15 hingga 35 tahun, termasuklah golongan belia yang bekerja di kilang-kilang di seluruh negara. Kementerian Belia dan Sukan sememangnya sedang merancangkan program untuk belia-belia yang bekerja di kilang-kilang di seluruh negara di bawah Program Gaya Hidup Rakan Wira Usaha dan Wira Mahir di bawah program Rakan Muda dan di antara tujuan program ini ialah:

(i) untuk memberikan peluang kedua ataupun second chance dalam bidang ekonomi dan kemahiran bagi mereka yang tercicir daripada arus pendidikan formal dan kini menjadi pekerja kilang separuh mahir; dan

(ii) mempelbagaikan peluang mendapat kemahiran teknikal dan soft skill demi usaha untuk me­ningkatkan tahap hidup mereka.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

12

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Tuan yang di-Pertua; soalan tambahan. Memandangkan pengangguran di kalangan belia di negeri Kelantan adalah tinggi kerana sikap kerajaan negeri Kelantan yang hanya me­nyerahkan kepada takdir semata-mata, apakah langkah-langkah khusus yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk mengatasi keadaan yang berlaku kepada pengangguran yang begitu tinggi di kalangan belia di Kelantan?

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Tuan Yang di­Pertua, sepatutnya program yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan di negeri Kelantan ini disambut baik oleh pibak kerajaan pimpinan Kelantan kerana tujuan kita ialab untuk memberikan peluang yang seluas-luasnya kepada anak-anak muda Kelantan mengambil babagian menambabkan pengetahuan dan juga kemabiran mereka supaya mereka dapat bidup dalam keadaan yang lebib terjamin. Tetapi malang sedikit kerana kadang-kadang program kita ini dipolitikkan di atas sebab-sebab tertentu yang kita semua tabu.

Dalam soal ini, tentunya kita tidak ada satu program tertentu khusus bagi negeri Kelantan. Apa yang sedang dibuat oleb pihak kementerian saya ialab supaya program Rakan Muda, kbususnya di dalam bidang kemahiran ini kita pertingkatkan dan salah satu daripada rancangan yang sedang dan akan kita laksanakan mulai tabun hadapan ialab untuk menyiapkan satu pusat kompleks pelbagai guna di mana kita juga akan menyediakan peluang­peluang latihan dan kemahiran bagi penuntut ataupun belia-belia di negeri Kelantan sendirinya.

------------"~---

5 SEPTEMBER 1995

Keduanya, di bawah program Rakan Muda, ~ita ada satu babagian yang kita panggil program Wira Usaha dan Wira Mabir. Di dalam program ini kita mengaturkan kursus-kursus untuk meningkatkan kemabiran belia di dalam berbagai-bagai bidang dan kalau sekiranya mereka berminat untuk menyertai di dalam program ini, kita akan memberikan perbatian yang lebib istimewa.

Soal yang penting bagi saya ialah supaya di peringkat negeri l(elantan sendiri, kbususnya di peringkat Kerajaan Kelantan, langkab barus dibuat untuk menarik lebib banyak pelaburan masuk ke negeri Kelantan. Kalau usaha itu dapat dibuat, rasa saya soal pengangguran tidak mungkin berbangkit di Kelantan. Saya tabu banyak orang-orang muda di Kelantan berbijrab pergi ke negeri-negeri yang dipimpin oleb Barisan Nasional kerana di sana banyak peluang kerja. Contobnya macam di Selangor ataupun di Perak dan tidak kurang juga di Job or.

Dengan sebab itu mereka dapat mengatasi sedikit sebanyak masalab. Tetapi dari segi jangka panjangnya, sepatutnya langkab yang barus dibuat ialab untuk menarik pelaburan dan dengan cara itu, lebib banyak peluang­peluang pekerjaan dapat disediakan.

Dalam soal ini, kementerian saya akan terus melaksanakan program yang lebib banyak di sana, khususnya untuk memberikan peluang kemahiran dan kalau mereka mempunyai kemahiran yang lebih, mungkin dengan cara ini mendapat peluang pekerjaan yang lebib baik.

Tuan Haji Hashim bin Satin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

selaku orang yang berpengalaman di dalam kepimpinan belia-daripada betul-betul belia sampai ke tua sekarang merasai bahawa sedikit kemalapan telah berlaku di dalam program-program yang pernah satu ketika dahulu program-program belia atau program belia, sama ada program ekonomi, program pertanian, sukan dan sebagainya, tetapi akhir-akhir ini begitu malap. Satu perkara yang saya terasa, kemungkinan ada kaitan dengan politicking di dalam persatuan­persatuan belia, misalnya suatu ketika dahulu.

Tuan Yang di-Pertua: Soalannya, Yang Berhormat?

Tuan Haji Hashim bin Safin: Soalannya, Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah Kementerian Belia untuk menggilap balik dan menye­marakkan balik bagi memastikan golongan belia mendapat faedah daripada program yang semakin diperbaiki oleh Yang Berhormat Menteri sekarang?

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Tuan Yang di­Pertua, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi memang benar. Kalau kita lihat dari segi kerancakan program yang dibuat dahulu memang jelas dan nyata. Kemungkinannya waktu itu ialah kerana peluang-peluang pekerjaan dan sebagainya tidak begitu banyak dan belia boleh dapat memberikan tumpuan yang lebih pada program­program yang kita aturkan. Sekarang ini kerja banyak di mana-mana sahaja kecualilah mungkin di Kelantan. Peluang hidupnya terbuka luas dan dengan sebab itu perhatian yang utama sudah beralih daripada program yang asal kepada keadaan yang baru. Ini orang kata anjakan paradigme. Perubahan dari segi paradigme.

------------ ·····-----·--

13

Namun begitu, mungkin salah satu daripada ~asalah yang berbangkit ialah soal kepimpinan dalam pertubuhan­pertubuhan belia itu sendiri dan Yang Berhormat Tuan Haji Hashim bin Safin tentu Iebih maklum kerana beliau juga pemimpin dan tokoh belia di negara kita.

Usaha sedang kita buat dan saya ingin maklumkan, kita baru tubuhkan sebuah jawatankuasa yang dipengerusi­kan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen saya, untuk melihat kedudukan semua pertubuhan belia di negara kita. Mengikut rekod tidak rasmi ada lebih kurang 9,000 persatuan­persatuan belia yang sudah didaftar tetapi dimaklumkan tidak sampai separuh daripada pertubuhan­pertubuhan ini benar-benar aktif atau berfungsi dalam erti kata yang sebenamya. Mungkin malap ataupun orang kata hidup segan, mati enggan kerana permasalahan-permasalahan yang mungkin banyak dan salah satu daripada yang kita kenai pasti ialah kurangnya daya kepimpinan di kalangan pemimpin-pemimpin per­satuan-persatuan belia di samping masalah-masalah perubahan yang sedang berlaku dalam masyarakat kita.

Jadi, dengan langkah ini kita harap kita akan dapat mengenal pasti apakah masalah sebenarnya yang dihadapi oleh persatuan-persatuan belia tadi. Di manakah masalah-masalah itu wujud dan apakah langkah yang harus kita buat untuk mencergaskan semula pertubuhan-pertubuhan belia ini? Dan ini memerlukan kita mendapatkan kerjasama daripada semua peringkat pimpinan dan juga pemimpin persatuan-persatuan bukan kerajaan yang berasaskali belia di samping

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

14

Pendaftar Pertubuhan yang mempunyai rekod yang banyak mengenai kedudukan persatuan belia. Ada yang tidak menghantarkan laporan kewangan, ada yang tidak mengadakan mesyuarat agung, ada yang bermasalah dari segi kepimpinan, dia sama dia bercakaran dan sebagainya.

Masalah-masalah ini kita sudah pun kenai pasti secara ram bang di peringkat awal tetapi tentu untuk hendak menyelesaikannya kita perlu mendapat satu angka yang terperinci dan saya berharap selepas jawatankuasa yang kita tubuhkan ini melengkapkan laporannya, ada perakuan-perakuan yang boleh kita buat untuk mengatasi masalah-masalah ini dari segi jangka pendek dan jangka panjang.

Tuan Yang di·Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Ali. Siapa mewakili Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Ali?

Tuan Ng See Tiong: Saya.

Tuan Yang di· Pertua: Sila.

GURU MENGHASUT PELAJAR-TlNDAKAN

KERAJAAN

7. Tuan Ng See Tiong (di bawah S.O. 23(2)) minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah tindakan kementerian beliau dalam mengatasi masalah guru-guru yang menjalankan kegiatan menghasut pelajar-pelajar supaya membenci kerajaan dan menjalankan dakyah dengan mengata­kan dasar-dasar kerajaan tidak betul.

Timbalan Menteri Pendidikan (Datuk Dr. Fong Chan Onn): Tuan Yang di-Pertua, setakat ini Kernen-

5 SEPTEMBER 1995

terian Pendidikan tidak menerima sebarang aduan rasmi tentang guru yang menjalankan kegiatan menghasut pelajar supaya membenci kerajaan.

Sekiranya didapati perkara tersebut . berlaku, Kementerian Pendidikan akan

mengambil tindakan untuk mengenal pasti guru-guru berkenaan dan memberi kesedaran mengenai dasar­dasar kerajaan melalui kursus dan ceramah serta seterusnya mengenakan tindakan tatatertib termasuk buang kerja jika didapati masih menjalankan kegiatan yang sama itu.

Tuan Haji Hashim bin Salin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya tentang teknikal masalah laporan rasmi. Apa yang dimaksudkan dengan laporan rasmi dan bagaimana car a? Keduanya, kalaulah pihak tertentu, pemimpin-pemimpin persatuan PffiG menulis surat seorang guru yang masuk ke kelas, ada dengar "tape" dan bercakap tentang penghasutan kerajaan, pakai lam bang PAS dan sebagainya, apakah cara untuk memastikan perkara ini dapat tindakan segera dari kementerian untuk mengambil tindakan yang sewajarnya?

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya terangkan kita belum dapat aduan rasmi. Aduan rasmi ertinya dalam hitam putih melalui surat, dengan bukti-bukti berkenaan, dengan gambar dan sebagainya. Kalau Ahli Yang Berhormat ada bukti-bukti tersebut, saya berjanji Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Yang Berhormat, soal aduan (report) rasmi ini siapa yang hendak buat? Siapa yang hendak buat? Saya hendak tanya siapa

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

yang hendak buat? Saya hendak tanya Yang Berhormat, apakah kerja-kerja seumpama ini menentukan guru-guru tidak menghasut pelajar-pelajar ialah kerja-kerja yang harus diselaras, diambil tabu oleh Pejabat Pendidikan Daerah? Kalau tanya saya, saya tabu. Saya pun malas buat laporan. Apa kerja, apa upahnya? Apa kerja kita hendak buat laporan? Seseorang hendak buat laporan, hendak cari typewriter, hendak taip, hendak buat itu ini, satu kerja. Kerja Kementerian Pendidikan menentukan tidak ada guru-guru yang menghasut pelajar­pelajar. Kalau hendak tunggu orang buat laporan, kalau tidak ada laporan maka tidak ada tindakan. Apakah itu maksud Yang Berhormat? Sebab saya menyatakan demikian Tuan Yang di­Pertua .....

Tuan Yang di-Pertua: Soalannya?

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Soalannya, apakah Yang Berhormat sedar, saya boleh kaitkan itu soalannya. Apakah Yang Berhormat sedar waktu pilihanraya baru-baru ini apabila ada pemimpin-pemimpin negara kita lalu, pelajar-pelajar di tepi jalan, mereka boleh kata, "kafir" kepada pemimpin­pemimpin kita? Ini berlaku. Saya hendak buat laporan tidak sempatlah, sibuk kempen juga. (Ketawa)

Jadi, saya tidak hendak kementerian bila beri jawapan jangan cuba lepas tangan, just for the sake, dengan izin, just to answer.

TuanYang di-Pertua: Pandai cakap orang putih ya.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Saya sudah lama ikut Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (Ketawa) dari segi bahasa Melayu, bahasa Inggeris.

Cuma saya hendak menekankan bahawa tugas menentukan bahawa

15

tidak ada guru-guru menghasut pelajar ialah tugas Kementerian Pendidikan. Maknanya prestasi diukur atas dasar itu, bukan semata-mata menunggu laporan daripada bawah. ltu soalan saya. Macam mana hendak dijawab, wallahualam. ·

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, memang Kementerian Pendidikan mengakui itulah tanggung­jawab tanggungjawab kementerian. Bahawa melalui kurikulum kita, melalui pendidikan yang kita bekalkan kepada pelajar-pelajar, kita tentukan mereka bukan sahaja taat setia kepada negara, taat setia kepada pemimpin­pemimpin. ltulah tanggungjawab Kementerian Pendidikan dan kita selalu laksanakan tugas-tugas super­vision, dengan izin, supaya semua guru­guru mengikut garis panduan yang kita ada dan kita sediakan kepada guru­guru.

Namun demikian, dari segi keadilan kita harus juga timbangkan dari segi guru-guru mereka. Jangan kita dengar ada dakwaan-dakwaan sahaja, kita ambil tindakan. Kita faham, ada ramai ibu bapa mereka tidak mempunyai kertas, tidak mempunyai typewriter untuk menulis surat dan sebagainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan tersebut, mereka boleh pergi berjumpa wakil-wakil rakyat termasuklah Yang Berhormat dan kalau Ahli Yang Berhormat ada bilik gerakan, bolehlah tolong mereka menulis surat tersebut, kita haraplah. Kalau tidak mahu tulis, memberi perhatian menghubungi pegawai-pegawai pendidikan dan saya berjanji pegawai tersebut akan ikut Ahli Yang Berhormat atau ibu bapa supaya kita boleh ada perbincangan dan memahami tentang masalah­masalah dengan mendalam dari segi semua pihak dan Kementerian

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

16

Pendidikan berjanji kalau dakwaan­dakwaan tersebut berasas, memang kita akan ambil tindakan. Itulah jaminan Kerajaan Barisan Nasional. Dari segi keadilan kepada semua, kita mestilah mengambil satu strategi yang boleh menjaga keadilan kepada semua.

PENDATANG TANPA IZIN­TINDAKAN KERAJAAN

8. Tuan Frankie Chong Yo Chee minta Perdana Menteri menyatakan berapa­kah jumlah orang pendatang tanpa izin yang ditahan di kern tahanan di Sandakan dan di Tawau Sabah setakat ini dan siapakah orang-orang ini dan apakah tindakan Kerajaan selanjutnya terhadap orang-orang berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di Pertua, sejumlah 6,960 pendatang tanpa izin telah ditahan di pusat-pusat tahanan sementara Sandakan dan Tawau sejak pusat tahanan sementara ini mula dibuka pada 6hb. April 1995. Mereka ini terdiri daripada 3,036 warganegara Indonesia, 3,924 warga­negara Filipina dan 13 terdiri daripada lain-lain warganegara. Sebagai tindakan selanjutnya, pendatang tanpa izin yang ditahan di pusat-pusat tahanan ini akan diusir pulang ke negara asal mereka masing-masing.

Datuk Maidom P. Pansai: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apa yang saya dapat lihat di negeri Sabah masih ramai lagi warganegara asing yang dikatakan pendatang tanpa izin berkeliaran di negeri itu. Kenapakah mereka masih dibiarkan berkeliaran dan tidak dimasukkan ke dalam kern tahanan yang dikatakan tadi itu. Apakah kriteria dan syarat-syarat yang

5 SEPTEMBER 1995

ada pada warganegara asing yang membol.ehkan mereka ditempatkan di dalam kern tahanan?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, sebenarnya kerajaan tidak membiarkan mereka berleluasa berada di mana-mana di Sabah. Pada hal, pada hakikatnya dalam terutamanya 5 tahun kebelakangan ini banyak operasi telah dijalankan kadang kala operasi itu tidak dinampak-nampakkan oleh orang awam. Saya boleh beri sedikit statistik. Sebenarnya, sejumlah 7,769 operasi telah dijalankan dalam 5 tahun kebelakangan ini. Walaupun tang­kapan, pengusiran itu sentiasa dijalankan, terdapat beberapa batasan. Pada suatu ketika batasan ialah kekurangan kem/pusat tahanan. Tetapi baru-baru ini 2 buah kern tahanan telah siap sedia di Sandakan dan Tawau dan 2 lagi sedang diusahakan di Kota Kinabalu dan juga di Labuan. Dengan adanya pusat-pusat tahanan ini, maka operasi-operasi ini boleh ditingkatkan lagi.

Dalam 5 bulan kebelakangan ini 40% peningkatan dari segi penguat­kuasaan telah diadakan. Ada satu lagi masalah yang lain, yang selalu merumitkan agensi-agensi penguat­kuasaan ialah hampir semua jenis dokumen sama ada kad pengenalan, permit kerja ataupun kad-kad banci dipalsukan, dipalsukan oleh sindiket ataupun dipalsukan oleh orang perseorangan. J adi, ini menjadi satu kerumitan apabila pihak-pihak penguatkuasa pergi menyemak, mengambil tindakan, mereka cuba tunjukkan dokumen-dokumen yang palsu ini. Jadi, ini telah menambah satu lagi beban di mana setiap kali operasi itu dijalankan, kita terpaksa mengadakan dan melibatkan banyak

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

jabatan. Bukan sahaja polis akan dilibatkan, Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Agama, Jabatan Buruh Asing dan sebagainya. Jadi, banyak jabatan terpaksa bersepadu, telah menjadikan semua ini bukan sen~ng, macam apa yang kita jangkakan.

Walau bagaimanapun, dengan adanya pasukan petugas yang sedang merancang lebih banyak operasi, dengan adanya lebih banyak kemudahan, Kerajaan Persekutuan ada juga satu usaha di mana perbincangan dua hala antara Malaysia dengan Filipina dan juga antara Malaysia dengan Indonesia, kita rasa keadaan ini boleh diperbaiki pada masa depan.

'BACAAN'-TINDAKAN DAN HUKUMAN KE ATAS PENULIS

9. Tuan Haji Wan Hamid Edruce bin Tuanku Haji Mohammad minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) mengapakah tiada tindakan diambil ke atas penulis buku­buku terjemahan Al-Quran bertajuk "Bacaan" yang menjadi platform untuk golongan anti­hadis menyebarkan ajaran mereka; dan

(b) apakah bentuk hukuman sesuai yang harus dikenakan terhadap penulis seperti ini kerana jelas ia boleh mendatangkan peme­songan akidah dan menyebar ajaran salah terdapat umat Islam di Malaysia khususnya dan juga negara-negara yang boleh membaca Bahasa Melayu seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

17

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana_ Menteri (Dato' Haji Mohamad· bin Abdullah): Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang belum mengambil tindakan ke atas penulis buku terjemahan Al-Quran bertajuk "Bacaan" yang menjadi platform anggota golongan anti-hadis kerana berpendapat bahawa memadai dengan tindakan mengharamkan buku-buku tersebut baru-baru ini. Kerajaan berharap tindakan itu telah menjadi pengajaran kepada penulis berkenaan bahawa kerajaan adalah serius terhadap kegiatan yang cuba menye­leweng akidah umat Islam di negara ini. Bagaimanapun, sekiranya penulis tidak menghentikan kegiatan itu, kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada.

SYARIKAT SIMEN YANG DIDAKWA DI BAWAH

AKTA-JUMLAH

10. Tuan Abdul Rashid bin Ismail minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan berapakah jumlah syarikat bekalan simen yang didakwa tidak mengikut peraturan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan­peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Tuan Tan Chai Ho ): Tuan Yang di-Pertua, Akta Kawalan Bekalan 1961 memperuntukkan kuasa kepada kementerian untuk sama ada menjalankan sesuatu pendakwaan di mahkamah atau mengkompaun pihak­pihak yang melakukan kesalahan di bawah akta atau peraturan-peraturan

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

18

yang dibuat di bawahnya iaitu Peraturan-peraturan· Kawalan Bekalan 1974. Sejak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 sehingga 31 Ogos 1995, sebanyak 244 syarikat yang berurusniaga simen telah diambil tindakan kerana melakukan berbagai-bagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Daripada jumlah tersebut, 25 syarikat telah pun didakwa di mahkamah dan didenda sejumlah RM17,233 manakala 160 syarikat pula telah dikenakan tindakan kompaun dengan nilai kompaun sebanyak RM43,660. Berikutan masalah bekalan simen baru-baru ini, kementerian telah melancarkan operasi konkrit mulai 24 Julai 1995 bertujuan untuk mengawasi pengeluaran, pengedaran dan penjualan simen dan sehingga 31 Ogos 1995, sebanyak 4,665 permit telah diperiksa. Dalam pemeriksaan yang dijalankan, 50 peniaga dan 18 kontraktor pembinaan telah diambil tindakan kerana melakukan berbagai­bagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan­peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Tuan Chong Chi Siong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya cuma hendak tanya mengapa berlaku kekurangan simen di pasaran pada mas a kebelakangan · ini sedangkan kilang-kilang simen di tanah air kita beroperasi seperti bias a sahaja? Adakah ini satu penyelewengan yang sengaja dibuat oleh pengilang­pengilang atas sebab harga simen tidak dapat naik sebelum ini?

Kedua, adakah pengilang-pengilang berpuas hati atas harga baru naik 10%

5 SEPTEMBER 1995

dan akan terus beroperasi untuk mencukupi keperluan pasaran sekarang? Sekiranya tidak, apakah tindakan yang akan diambil?

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, kekurangan bekalan sirilen sekarang ini adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan yang banyak ke atas simen akibat pertumbuhan pesat ekonomi negara kita, khususnya sektor pembinaan, sedangkan tahap kapasiti pengeluaran kilang tempatan masih rendah. Pada tahun 1995 didapati kekurangan bekalan simen lebih kurang sebanyak 220,000 tan.

Berkenaan dengan penyelewengan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian saya telah melancarkan operasi konkrit mulai 24hb. Julai, 1995 dan tidak ada apa­apa bukti didapati, walaupun kementerian saya telah memeriksa kilang-kilang simen.

Untuk menyelesaikan masalah ini banyak langkah-langkah yang perlu telah diambil seperti kenaikan harga simen 10% dan juga menggalakkan pengeluaran kilang-kilang yang sedia ada, mendapatkan kapasiti dan menggalakkan peniaga-peniaga peng­import simen dari negara asing.

Tuan Shuib bin Endut: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Tuan Shuib bin Endut.

Tuan Shuib bin Endut: Soalan tambahan. Yang Berhormat Menteri telah menyatakan kenaikan 10%, bererti harga simen RM9.90 sekampit. Jadi, saya hendak tahu kerana di tempat saya dijual RM14, RM15 macam mana? Orang kampung pening dengan masalah ini.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, kalau Yang ·Berhormat ada bukti-bukti yang spesifik, saya minta Yang Berhormat memberitahu kementerian saya supaya tindakan dapat diambil.

Tuan Ng See Tiong: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah tindakan, siasatan serta kajian yang telah dibuat oleh pihak kementerian terhadap simen yang diimport daripada luar negeri seperti negeri China kualitinya kurang memuaskan?

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, sebelum pengimportan simen dilakukan sample simen perlu dihantar kepada SIRIM untuk ujian dan ia mesti memenuhi taraf Malaysian Standard, dengan izin 522 atau BS12.

Berkenaan simen yang dibawa masuk dari negeri China, kementerian saya telah membuat pemeriksaan dan di dapati taraf atau standardnya adalah sama dengan negara kita.

Tuan Rahim bin Baba: Saya ingatkan sudah habis, Tuan Yang di­Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Sebenamya saya ingin menyatakan bahawa waktu soal jawab ini sampai pukul 3.45 petang kerana kita bermula pada jam 2.45 petang, ada kira-kira 10 minit lagi. Sila.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya faham bahawa menurut Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi, harga simen dinaikkan sebanyak 10% kerana berlakunya masalah kekurangan dan juga masalah kenaikan harga simen di rantau ini. Tetapi soal kekurangan ini tidak akan berlanjutan selama-lamanya. Jadi, adakah pihak kementerian akan

19

mengarahkan pembekal-pembekal simen ini menurunkan harganya apabila niasalah kekurangan ini dapat diatasi kelak?

Tuan Tan.Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, kementerian saya akan mengambil perhatian.

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Haji J amaluddin bin Haji Ahmad.

Tuan Haji Zainal bin Md. Deros: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin soalan yang ke-11.

EAEC-KEDUDUKAN MUTAKIDR

11. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros (di bawah S.O. 23(2)) minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah kedudukan mutakhir EAEC.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Tuan Kerk Choo Ting): Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk mewujudkan EAEC sekarang ini dilakukan secara formal melalui ASEAN. A SEAN telah komited kepada penubuhan EAEC seperti jelas diputuskan di mesyuarat Menteri-menteri Luar di Brunei Darussalam pada akhir bulan Julai 1995.

Usaha ASEAN untuk me­lancarkan EAEC masih menghadapi masalah terutama keengganan Jepun menerima EAEC secara terbuka. Ini adalah disebabkan oleh tekanan Amerika Syarikat terhadap negara itu.

Kita berpendapat ini adalah masalah dalaman J epun dalam hubungan dengan Amerika Syarikat.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

20

Apabila Jepun telah dapat mengatasi masalah ini, kita percaya Jepun dapat menerima EAEC dengan terbuka demi kepentingan ekonominya di Asia Timur yang berkembang pesat.

ASEAN telah pun mengambil pendekatan mengadakan rundingan tidak rasmi di peringkat Menteri­menteri Luar dan di peringkat Menteri Ekonomi dengan Jepun, Korea Selatan dan China bagi membincangkan isu-isu perhubungan dengan EAEC. Run­dingan ini yang juga dikenali sebagai rundingan 7+3 hanya dapat diadakan di kalangan Menteri-menteri Luar di Bangkok dalam tahun 1994 dan di Brunei berakhir pada bulan Julai 1995. Pihak Jepun masih enggan menyertai rundingan 7+3 di kalangan menteri­menteri ekonomi atas sebab-sebab yang dijelaskan awal tadi.

Malaysia akan terus berusaha melalui ASEAN dan secara dua hala untuk meyakinkan Jepun supaya menyertai rundingan 7+3 ke arab pelancaran EAEC.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah pihak kementerian menyiasat berkenaan dengan sebab­sebab Amerika memberikan tekanan kepada J epun supaya tidak menyertai perundingan ekonomi Asia Timur ini, membuat penyiasatan selanjutnya oleh Malaysia atau ASEAN secara berkumpulan terhadap Amerika Syarikat?

Tuan Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, jawapannya ringkas sahaja, senang sahaja. Ini adalah kepentingan ekonomi Amerika Syarikat.

5 SEPTEMBER 1995

KUALA LUMPURIPULAU PINANGIIPOHIJOHOR BHARU­

KEPADATAN PENDUDUK

12. Tuan Rahim bin Baba minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah ketumpatan penduduk bagi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu dan bandar-bandar lain di seluruh negara. Adakah pihak kementerian sedar bahawa kebanyakan majlis bandaraya atau majlis tempatan tidak mempunyai garis panduan mengenai ketumpatan penduduk dan akibatnya pembangunan yang dilaksanakan telah menjejaskan keselesaan penduduk. Adakah pihak kementerian akan menggubal garis panduan kepada semua majlis bandaran mengenai ketumpatan penduduk bagi sesuatu perumahan.

Timbalan Menteri Perumaban dan Kerajaan Tempatan (Tuan Peter Chin Fab Kui): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kepadatan kasar penduduk pada tahun 1991 bagi semua majlis-majlis perbandaran di Semenanjung Malaysia adalah masih dalam kategori rendah.

Untuk menyebutkan satu persatu akan memakan masa panjang. Oleh itu secara ringkas adalah dinyatakan yang paling tinggi ialah Petaling Jaya dengan kepadatan 5,654 orang satu kilometer persegi. Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bharu dan Kuala Terengganu adalah antara 2,000-5,000 penduduk satu kilometer persegi. Yang lain rendah 2,000 orang satu kilometer persegi.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan dua jenis garis

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

panduan kepada pihak berkuasa tempatan dalam usaha menwujudkan persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti di seluruh Majlis Tempatan di negara ini. Mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa Tahun 1976, setiap pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan rancangan struktur, rancangan tempatan sebagai asas panduan pembangunan kawasan masing-masing. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah menyediakan manual penyediaan rancangan tempatan bagi memberi panduan kepada pihak berkuasa tempatan dalam menggariskan pengzonan yang berkaitan dengan kepadatan perumahan dan jenis rumah.

Dalam keadaan di mana pihak berkuasa tempatan belum mempunyai rancangan tempatan, piawaian perancangan telah dikeluarkan bagi berbagai sektor perancangan. Ini memberikan panduan kepada pihak berkuasa tempatan dalam penelitian pelan-pelan tata atur projek-projek perumahan yang dikemukakan oleh pemaju-pemaju perumahan untuk memastikan kawasan perumahan yang dimajukan akan mewujudkan per­sekitaran kehidupan yang berkualiti. Sebagai contoh piawauan perancangan mengenai saiz lot rumah mengikut jenis cara tidak langsung memberi panduan kepada kepadatan yang boleh dibenarkan. Sekian sahaja.

Tuan Yang di·Pertua: Tuan Zeevil Sharmugam.

ANGKATANTENTERA­KEMUDAHAN

13. Tuan Hanipah bin Ahmad ( di bawah S.0.23(2)) minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah

21

kemudahan-kemudahan terkini yang dibekalkan kepada angkatan tentera kita supaya pasukan tentera dapat menjalankan tugas dengan lebih lancar lagi.

Timbalan Menteri Pertahanan (Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin di atas kemudahan­kemudahan yang disediakan untuk anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia. Perkara ini memang dikaji dari masa ke semasa untuk menentukan supaya ianya memenuhi kehendak semasa.

Kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh Angkatan Tentera Malaysia secara keseluruhannya adalah sama sebagaimana yang dinikmati oleh perkhidmatan awam yang lain. Namun demikian beberapa kemudahan tertentu telah diadakan untuk A TM berdasarkan kepada fungsi dan tugas­tugas tertentu anggota-anggotanya.

PEMBANGUNAN LUAR BAND~RIBANDAR-NISBAH

PROJEK

14. Tuan Tan Son Lee minta Menteri Pertanian menyatakan kenapakah pembangunan luar bandar sering diabaikan jika dibandingkan dengan pembangunan di bandar-bandar secara berleluasa.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor): Tuan Yang di-Pertua, adakah kurang tepat menyatakan bahawa pembangunan di luar bandar sering diabaikan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua program dilaksanakan oleh Kementerian

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

22

Pertanian adalah khusus untuk membangunkan taraf sosio-ekonomi para petani, penternak dan nelayan di luar bandar. Di bawah Rancangan Malaysia Keenam sebanyak 87.5% dari jumlah peruntukan RM4.5 bilion bagi Kementerian Pertanian adalah untuk memajukan projek-projek pertanian di luar bandar. Projek-projek ini telah dilaksanakan oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian.

PENDATANG TANPA IZIN DI KAWASAN TERPENCIL­

TINDAKAN

15. Tuan Itam Wali bin Nawan minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa terdapat ramai pendatang tanpa izin berselindung di kawasan­kawasan Orang Asli di kawasan perusahaan yang tersorok dan terpencil:

(a) apakah usaha-usaha untuk menangkap mereka tersebut untuk diambil tindakan;

(b) adakah rondaan pasukan keselamatan dibuat ke kawasan­kawasan berkenaan; dan

(c) setakat ini berapa ramai telah diberkas dan apakah tindakan yang telah dikenakan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di­Pertua, setakat ini kementerian tidak mempunyai maklumat ten tang bilangan pendatang tanpa izin yang berselindung di kawasan-kawasan Orang Asli dan kawasan-kawasan perusahaan yang tersorok dan terpencil.

Jawapan bagi bahagian (a), (b) dan (c), kerajaan akan mengambil tindakan

5 SEPTEMBER 1995

menangkap pendatang tanpa izin di kawasan-kawasan tersebut sekiranya mendapat maklumat dan mereka yang ditangkap akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang negara kita. Setakat ini pihak penguatkuasa seperti Jabatan Imigresen dan Polis belum mempergiatkan lagi rondaan ke kawasan-kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kerajaan sedar perkara ini dan sedang dalam perhatian dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian perhmyaan­pertanyaan bagi jawab mulut.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 16 hingga 54 akan dijilid dalam buku berasingan.).

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PEMBANGUNANPERBADANAN

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA 1995

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca­kan bagi menyambung semula perbahasan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang". (4hb September, 1995)

Tuan Yang di-Pertua: Tuan Ding Seling, sila sambung perbahasan.

3.47 ptg.

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di­Pertua, terima kasih atas izin menyambung ucapan saya mengenai Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

Pada pengakhir masa Dewan yang mulia ini semalam iaitu 4.9.1995, saya sedang bercakap tentang beberapa masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana. Saya ingin menyenaraikan beberapa masalah penting itu dengan tujuan bahawa perbadanan ini akan mengambil perhatian khusus agar cara ia mengatasi masalahnya adalah agak proaktif.

Yang pertama ialah mereka sering menghadapi kurang lengkap maklumat mengenai punca-punca sumber yang boleh diproseskan.

Kedua, ialah mengenai pemasaran. Oleh yang demikian sistem pemasaran adalah kurang lengkap dan dengan itu biasanya jauh pula dari bandar-badar mereka akan menghadapi masalah sehingga tidak dapat menjalankan perusahaan.

Ketiga, biasanya persoalan pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana ini menghadapi masalah kekurangan layanan daripada pihak­pihak autoriti, misalnya daripada jabatan-jabatan kerajaan di mana mereka perlukan layanan-layanan tertentu seperti memohon lesen dan sebagainya. Saya berharap supaya mereka juga diberi perhatian yang sama rata dengan usahawan-usahawan yang besar.

Keempat, pengurusan dan pentadbiran IKS biasanya kurang cekap dan kurang dinamis, malah ada yang usang. Jadi, perkara ini harus juga kita ambil berat kerana boleh menggalakkan supaya industri-industri kecil itu boleh menjadi tulang belakang khususnya di luar bandar.

Akhir sekali ialah modal dan mereka biasanya kekurangan.

23

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ada juga bentuk masalah yang lain yang dihadap1 oleh industri kecil dan sederhana iaitu ada sebahagian industri-industri yang besar, firma­firma raksasa yang ingin untuk menelan aktiviti-aktiviti industri kecil dim sederhana itu. Perkara ini biasanya berlaku apabila industri-industri kecil dan sederhana itu menunjukkan kejayaan dari segi perusahaan mereka.

Oleh yang demikian, adapun industri yang besar ingin menelan mereka untuk merebut market mereka. Kita berharap dari segi adanya badan yang mengawal dan menyelia aktiviti­aktiviti IKS, kita janganlah mem­biarkan firma-firma yang besar itu menelan industri-industri kecil kerana sebenarnya industri yang kecil itu boleh kita katakan, dalam bahasa Inggeris, "small is beautiful and efficient" dan kalau lebih besar walaupun diadakan 'economy of scale' mungkin tidak semua aspek industri dalam negara kita ini boleh mencapai 'economy of scale' kalau dibiarkan menjadi besar.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata­kata itu, saya ingin merakamkan sokongan saya kepada Rang Undang­undang ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Datuk Ibrahim Ali.

3.50 ptg.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya sukalah mengambil kesempatan di sini untuk turut memberi sedikit-sebanyak pandangan saya berhubung dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995 yang berada di hadapan kita ini. Rang Undang-undang ini merupakan rang undang-undang

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

24

baru, di mana sudah barang pasti ianya tertumpu kepada persoalan-persoalan dasar, tujuan matlamat rang undang­undang ini dikemukakan, iaitu bagi mewujudkan Perbadanan Pembanguan Industri Kecil dan Sederhana ataupun ringkasnya yang dinamakan IKS.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Antara­bangsa dan Industri yang telah mengambil daya usaha mewujudkan pembangunan ini bagi menyelaras dan membangun industri-industri kecil dan sederhana di negara kita ini. Memang tidak dapat kita nafikan bahawa perkembangan industri kecil dan sederhana penting dalam proses pembangunan negara kita ini kerana negara kita ini merupakan negara yang kaya dengan berbagai-bagai sumber alam dan juga mempunyai rakyat yang ada keupayaan dan kepandaian dalam berbagai-bagai bidang kemahiran, dan sekaligus sudah barang tentu ianya boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan juga meningkatkan pendapatan rakyat yang menceburi dalam bidang 101. Tinggal lagi, pengalaman­pengalaman lalu, 'nostolgia-nostolgia' lalu yang kita lihat apabila kerajaan mewujudkan berbagai-bagai per­badanan.

Tuan Yang di-Pertua: 'Nostolgia'kah atau 'nostalgia'?

Datuk Haji Ibrahim bin AU: Mana­mana pun boleh, Tuan Yang di-Pertua, asalkan soundnya itu serupa, okay.

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat dan kita harus belajar daripada pengalaman-pengalaman yang lalu. Ada perbadanan yang kita wujud di waktu Dasar Ekonomi Baru dibentuk, dan kemudian sesudah kita tamat

5 SEPTEMBER 1995

tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, kita dapati ada perbadanan diwujudkan oleh kerajaan berjaya. Ada yang mencapai tahap prestasinya cukup menggalakkan, dan ada juga agensi­agensi, perbadanan-perbadanan yang tidak sampai kepada 'expectation', dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana ianya ditaja oleh kerajaan, apa pun masalah sentiasa dapat diatasi, tetapi dari segi wang ringgit ada setengah-setengah menjadi sia-sia, tidak memadai dengan apa yang dibelanjakan oleh kerajaan.

Sebab itu kita lihat, apabila kita sampai kepada era penswastaan, apabila sesuatu agensi itu dinilai untuk diswastakan, kalau kita lihat dari segi jumlah pelaburan yang telah dikeluar­kan oleh kerajaan, dan apabila dinilai NTAnya (Net Tangible Asset), sesudah lima sepuluh tahun atau dua puluh tahun, ianya tidak memadai dengan apa yang telah diberi oleh kerajaan. Ertinya, yang saya hendak beri penekanan ini kepada perbadanan yang bakal ditubuhkan ini supaya belajar dan berhati-hati, dan supaya setengah­setengah pengalaman yang dialami oleh agensi-agensi sebelum ini tidak berulang lagi. ltu umum, saya tidak bercadang untuk memberi contoh. Kalau hendak contoh, saya boleh beri contoh, kata pepatah, 'buka pekung di dada sendiri.'

Saya menyebutkan perkara ini sebab ada beberapa perkara yang saya hendak bangkit dalam rang undang­undang ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong penuh dan kuat ..... .

Tuan Yang di-Pertua: Hebat, Datuk.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Ya. Tetapi ada dalam rang undang-undang ini, di mana di muka 9, Tuan Yang di­Pertua, saya baca. Di muka 9, Fasal

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

13D-ini saya tak berapa setuju, Tuan Yang di-Pertua, Ini pendapat saya. Mungkin pendapat kementerian atau kerajaan lebih baik daripada saya. Tetapi orang kata, ada juga kadang­kadang cerita 'Singapura dilanggar todak' dahulu. Yang menyelamatkan Singapura ini ialah budak sahaja. Ada juga waktu kita kena pakai fikiran budak-budak. Cuma ini berdasarkan pengalaman, Tuan Yang di-Pertua. "Untuk mengambil dan memegang modal dalam mana-mana syarikat dengan kelulusan menteri", ini saya tak berapa setuju. Saya lebih suka kalau boleh, hendak mencadangkan kepada pihak kementerian, khususnya untuk perbadanan ini. Sebagai sebuah perbadanan yang menyelaras, meng­koordinasi pembangunan industri kecil dan sederhana ini, lebih menumpu dari segi ke arab ini dengan tidak melibatkan diri dalam pegangan saham. Saya tidak nampak relevannya kerajaan atas nama perbadanan hendak pegang ekuiti dalam syarikat-syarikat. Kita sudah masuk era penswastaan. Syarikat yang ada ini pun kita hendak swasta.

Kerana pengalaman yang lalu, Tuan Yang di-Pertua, apabila ada syarikat­syarikat yang kerajaan melabur, selepas itu kita hantar pula pegawai kerajaan­kalau kerajaan melabur, orang kata mereka normally take things for granted, dengan izin. Tak apalah modal kerajaan ada, kalau rugi, rugilah bukan duit kita.

Tuan Yang di-Pertua: 'Take things for granted' dalam bahawa Melayu macam mana bunyinya.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Saya pun lupa hendak tanya Setiausaha Dewan apa 'take things for granted', cuma maknanya 'sambil lewalah'.

25

Maknanya, tidak committed, tidak berasa bertanggungjawab. Sebab itu kita lihat banyak yang rugi. Maka lebih baik perbadanan ini menumpukan memberi perkhidmatan dari segi nasihat, memberi idea dan sebagainya, termasuk mempromosi dari segi pasaran terhadap barang-barang yang dikeluarkan oleh industri kecil dan sederhana. Tak payah bemiagalah. Dan juga mencari jalan bagaimana industri kecil dan sederhana ini, kalau mereka tak cukup modal, perbadanan ini tolong mencari jalan supaya mereka mendapat modal yang cukup. Mengkoordinasikan-MARA ada, Bank Pembangunan ada, bank-bank banyak. Lepas itu macam-macam tabung lagi. Kementerian Belia dan Sukan pun ada untuk pembangunan belia seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Belia tadi. Di sana bemiaga, di sini bemiaga, semua kementerian pun ada, jabatan pun ada macam-macam tentang bemiaga ini. Kadang-kadang bertindih, overlapping. Yang MARA beri ptnJaman, Kementerian Belia dan Sukan pun beri pinjaman, cukup banyak, baguslah, sebab ini memberi peluang yang lebih banyak kepada rakyat negara kita, tetapi tinggal lagi bagaimana perbadanan ini boleh menyelaras supaya kemudahan-kemudahan pinjaman lebih dipercepatkan, mereka tidak terhalang untuk mendapat kemudahan daripada melabur sendiri. Tak payah, saya rasa tak perlu. Pada fikiran saya tak perlu, Tuan Yang di­Pertua. Lebih baik seperti saya katakan tadi, tumpukan kepada mempromosi dan menggalakkan industri kecil dan sederhana ini dengan memberi penekanan dari segi khidmat bagaimana hendak meningkatkan mutu hasil-hasil keluaran industri kecil dan sederhana ini. Kualiti-apabila tubuh

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

26

sahaja perbadanan ini nanti, mesyuarat Lembaga Pengarah pun buat-yalah, kerja pun jalan juga, tak sam.pai enam bulan pamerkan beberapa barang, tengok ada terompah, ada kasut lebih kurang, ayoh! promosi di Amerika Syarikat. Macam nak mempromosi pelanconganlah. 'Malaysia Festival' di Copenhagen, bawalah beberapa penari pergi promosi Malaysia di sana. Boleh buat, tetapi biarlah yang saya hendak tekankan, nak sarankan di sini, Tuan Yang di-Pertua, dengan belanja yang dibelanjakan di sini biar memadai apa produk kita hendak bawa.

Maka apa yang saya hendak beri penekakan di sini, Tuan Yang di­Pertua, memang ada dalam objektif, tujuannya saya sudah baca jelas, cukup cantik yang dikarang dalam rang undang-undang ini fasal satu demi satu covered, semua ada. Tetapi tinggallagi hendak diberi ingatan tidak supaya perbadanan ini lebih menumpukan kepada meningkat kualiti hasil-hasil barangan yang dikeluarkan oleh industri kecil dan sederhana ini. Apabila kualiti ini baik, kita jangan go for quantity, hendak banyak sangat pun tidak perlu, kalau sudah sam.pai kepada tahap perlu kepada jumlah kuantiti, itu tidak ada masalah tetapi untuk jangka waktu lima tahun perbadanan ini diwujud, pastikan dari segi kualiti tadi. Sebab saya percaya dengan kualiti yang baik mengikut pengalaman, kita dapat mengurangkan kos promosi di perlngkat antarabangsa kerana, Tuan Yang di-Pertua, bila barang baik orang carl-betul a tau tidak, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen?

Tuan Yang di·Pertua: Barang baik?

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Ya, barang baik, kalau barang tak baik letak di mana pun orang tak carl, tetapi

---------------- - ------ - --

5 SEPTEMBER 1995

kalau baik punya barang, insya-Allah di mana pun orang cari-betul atau tidak? Mesti punya, tak payah ada iklan, tak payah banyak keluar duit untuk promosi, kita tengok bagaimana barang-barang jenama yang hari ini telah menjadi trend, mula-mula kita dengar nama 'Christian Dior', kit a dengar nama 'Alfred Dunhill', selepas itu keluar 'Benson and Hedges', entah apa-apa nama pula, kita tengok sekarang ini, macam-macam tidak boleh disebut. Macam. mana dia punya strategi, tetapi barang-barang mereka memang hebat-hebat. Tengok! Saya cukup bangga dengan sebuah syarlkat 'Bonia' yang sudah disenarai di Bursa Saham. Kuala Lumpur yang sekarang ini boleh dikatakan mengikuti jejak­jejak syarikat-syarlkat darlpada negara German, daripada Perancis yang ada jenam.a istimewa ini.

Jadi, perbadanan ini tolong fikir, hendak meletakkan nama pada satu barang pun memerlukan kreativiti, carl nama-nama yang hebat. Kalau songkok, 'songkok Ibrahim Ali', contohnya, sebab itu dia berfikir lebih jauh sedikit daripada orang lain. (Ketawa)

Tuan Yang di-Pertua: ltu memang betul!

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Maknanya dia kena fikir, tolong, sebab kadang-kadang ada orang-orang kita ini yang melibatkan dirl dalam industri kecil dan sederhana, dia tabu keluarkan barang tetapi dia tidak tahu hendak letak nama, kadang-kadang hendak letak nama pun satu masalah. Macam letak nama anaklah, ada orang pandai Ietak nama anak sekarang ini, fasal dunia moden, nam.anya 'lka', 'Samu'­macam-macam. Tengok, bukan lawa pun, tetapi bila saya tengok kat

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

kampung nama 'Minah', eh! Bukan main cantik, dia punya beza itu. Sebab itu, bagus juga letak nama baik dari segi promosi tadi. Jadi, saya hendak minta perbadanan ini sampai ke peringkat peranannya sampai ke situ. Memikirkan nama-nama jenama yang mudah disebut di peringkat antara­bangsa, menentukan kualiti hasil barang-barang yang dikeluarkan oleh industri kecil dan sederhana ini, ini penting.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengingatkan perkara ini saya takut nanti, jadi pengalaman dahulu macam SPIK, sudah pernah terjadi dahulu, Syarikat Pemasaran Industri Kecil, saya rasa di bawah MARA dahulu, ada dahulu, macam-macam syarikat yang ada dahulu, himpun barang-barang keluar ke Jepun, ke Amerika, ke sana, ke mari berpromosi, hila kita buka belanja yang dibelanjakan tidak sedikit tetapi barang-barangnya tidak dapat menembusi pasaran antarabangsa ialah kerana masalah mutu. Tiro Thailand, kalau mutu tidak berapa bagus pun, nama bagus. Tetapi kalau boleh nama bagus, barang baik-lagi best. Macam Thailand nama baik barang .....

Tuan Yang di-Pertua: Baik? (Ketawa)

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Barang terpulanglah, ikut rasa masing-masing tetapi .....

Tuan Azmi bin Khalid: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Tuan Azmi.

Tuan Azmi bin Khalid: Yang mana dahulu, mutukah dahulu atau namakah dahulu yang membawakan sesuatu barangan itu meningkat dari segi kemasyhurannya?

27

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Kalau tanya s~ya, dari segi pandangan profesional, mutunyalah, nama kemudian, tetapi sebenarnya mutu dan nama kalau dicombinekan lagi hebat, maknanya mutu dahulu. Sebab hila orang sudah tahu mutunya baik, insya­Allah orang carl. Mana-mana pun kita tengok, dari segi kedai makan pun, kalau jauh macam mana pun, kalau tabu sedap mesti cari punya, kalau pergi ke Kelantan, Tuan Yang di­Pertua, orang kata 'nasi tok ayah'. Nasi tok ayah ini-nasi sop di Padang Perdana Kota Bharu, itu nasi tok ayah-sebab apa? Kerana sedap, nama tak berapa baik. Tetapi ada juga yang kerana nama, walaupun tidak berapa sedap orang pergi, macam restoran­restoran besar, makan bukan sedap pun, bayar RM80 hingga RMlOO, tak sampai sejemput pun, ia atau tidak? Sudu dengan pinggan lebih besar daripada makanan, saya tidak 'berlaga angin' betul!

Tuan Yang di-Pertua: Ini ada orang yang tidak tahu apa dia 'berlaga angin' ini?

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: 'Tak berlaga angin' maknanya 'tak berlaga daun'. (Ketawa)

Tuan Yang di-Pertua, itulah maksudnya. Jadi, saya bangkitkan perkara ini sebab perbadanan ini mempunyai fungsi yang penting, sepatutnya dan sebenarnya, per­badanan ini telah patut lama wujud. Actually, we are behind time, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua: Oh! Bercakap Inggeris lagi itu.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Bila saya sebut bahasa Kelantan tadi, pelek­pelek takut, Tuan Yang di-Pertua ingat

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

28

saya bukan orang international. Saya to compensate a little bit, dengan izin. Just to justified, I know what I am talking about, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, maksudnya penting, sepatutnya kita memang telah kebelakangan masa, sepatutnya sudah lama kita telah wujudkan perbadanan ini, tetapi tidak menjadi masalah kita masih mempunyai masa dan per­badanan ini penting saya katakan tadi.

Sehubungan dengan itu juga, saya ingin menyarankan kepada pihak kementerian dalam menentukan lokasi industri kecil dan sederhana, ini satu lagi, kalau boleh, kadang-kadang dia bergantung kepada bahan-bahan material dan siapa yang hendak mengusahakannya. Tetapi kalau boleh biarlah industri kecil dan sederhana ini. diberi tumpuan lokasinya di negeri­negeri yang masih lagi dikira membangun tetapi tidaklah sehebat­sehebat negeri yang sudah membangun. Ertinya kita lihat macam di Selangor, kalau pun hendak mewujudkan industri kecil mungkin di kawasan-kawasan yang belum lagi membangun tetapi di kawasan-kawasan yang telah hebat-hebat dan mem­bangun begitu hebat, saya rasa tidak lagi perlu, macam di Kelantan kalau kementerian tidak tolong pergi buat, Kerajaan Pusat tidak buat, memang tak adalah, sebab kalau tanya Menteri Besar Kelantan ini, Nik Aziz ini, IKS pun dia tidak tabu.

Tuan Haji Hashim bin Safin: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhorrnat, Tuan Haji Hashim hendak minta laluan.

Tuan Haji Hashim bin Satin: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan, saya

5 SEPTEMBER 1995

menyokonglah kalau buat di Kelantan, apakah tidak bermasalah tentang pengambilan tanah dan sebagainya di Kelantan itu untuk mempastikan industri kecil dan sederhana ini dapat dikembangkan di Negeri Kelantan Darul Nairn?

Tuan Yang di-Pertua: Sila.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, memang masalah, sebab masalah pengambilan tanah kerana Kerajaan Negeri Kelantan, apa sahaja yang dibuat oleh Kerajaan Pusat dia takut Barisan N asional dapat nama, dapat kredit di kalangan rakyat Kelantan, rakyat Kelantan akan sedar, ini jasa yang dibuat oleh Barisan Nasional, dia takut tidak dapat undi akan datang, dia timbulkan macam­macam masalah, dia perlambat­lambatkan pembangunan-itu betul! Tetapi, pada masa yang sam a, ada juga tempat-tempat yang memang tanah­tanah dikuasai oleh rakyat sendiri, yang tidak perlu mendapat kelulusan, sebab kalau industri kecil, saya percaya tapaknya tidak memerlukan tapak yang besar. Ini boleh dibuat secara langsung di antara pihak perbadanan dengan rakyat tanpa melibatkan Kerajaan Negeri secara langsung, sebab kalau tanya Kerajaan Negeri, dia akan kata tidak tabu ini.

Tuan Yang di-Pertua, kalau tanya Nik Aziz, apa itu IKS-tidak tabu! Saya tidak tabu, saya tabu mengajar di masjid. Saya pernah berjumpa dengan seorang Wakil Rakyat PAS negeri, saya pernah bercakap soal alam sekitar, saya sebut , 'chlorofluoro carbons'-soal lapisan ozon. Bila saya sebut 'chlorofluorocarbons', dia tanya: "Apa itu makna?" Saya kata: "Tikus kepala putih". (Ketawa) Di~ pun garu kepala dia. Maknanya orang-orang ini, pemimpin-pemimpin ini. ...... ·

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

~-- ---~ ~-------------

5 SEPTEMBER 1995

Tuan Yang di-Pertua: Dia percaya atau tidak yang itu?

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Dia percaya! Pemimpin-pemimpin di Kelantan ini, pemimpin-pemimpin PAS ini dia bercakap dalam satu bidang, kadang-kadang tafsir pun sudah tidak betul, tetapi mungkin dalam bidang itu dia tahulah buat tafsir dan sebagainya tetapi malangnya, ini kita tidak tahu siapa yang hendak dipersalahkan, mungkin 'they are born to be like that', dengan izin. Dia tidak sedar sekarang ini era globalisasi, transformasi yang begitu hebat, yang canggih dengan teknologi yang begitu moden, sekarang ini dia orang sudah tidak tabu, mereka tidak mengikuti perkara-perkara ini, jadi duduklah ditakuk yang lama. Sebab itu, saya minta kementerian dan Kerajaan Pusat, apa pun berlaku di Kelantan akibat daripada perbuatan pemimpin-pemimpin PAS ataupun S.46, jangan menghukum rakyat Kelantan.

Rakyat Kelantan kepada saya, umumnya, tidak bersalah dan tidak sedikit yang menyokong Kerajaan Barisan Nasional atas kejutan-kejutan politik tertentu dan kita tengok perubahannya pun sudah hebat, macam saya di Pasir Mas, tahun 1990 dahulu 12,900-baru ini tinggal 2,000 sahaja lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Tinggal2,000 apa itu,

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: 2,000 lebih lagi, maknanya sudah 9,000 orang rakyat sudah kembali menyokong kerajaan pusat yang ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional. Jadi, saya minta supaya kerajaan pusat terus memberi kesedaran dan berbudi kepada rakyat Kelantan. Saya percaya

29

lambat-laun rakyat Kelantan yang sememangnya tidak bersalah akibat daripada sentimen mereka, emosi mereka kepada pemimpin-pemimpin tertentu begitu kuat sekali, tetapi mudah-mudahan dengan perkembangan informasi sekarang inilah, kita bukan lagi duduk di bawah tempurung sekarang ini, kita hidup dengan satelit, kita dapat tahu apa yang berlaku di seluruh dunia, dan insya­Allah Kelantan pun begitu juga. Dahulu tidak ada semua, radio tidak ada, TV tidak ada, orang asli di Gua Musang sekarang ini pun sudah reti dengan TV. Pengalaman saya baru­baru ini, dahulu saya tidak tahu, tidak pemah masuk ke kawasan Orang Asli ini. ....

Tuan Yang di-Pertua: Banyak lagi musang di sana?

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Ada, saya masuk dan berjumpa dengan Orang Asli dan bila bercakap dengan Orang Asli, beri ceramah dan bersembang dengan mereka, dia minta apa? Dia kata "kami hendak TV". Saya kata, mana boleh masuk TV, elektrik tidak ada, pokok sahaja yang ada di sini. Tetapi saya hendak beritahu bahawa maknanya kesedaran mereka juga begitu tinggi untuk membangun. Berbeda dengan suasana seperti dahulu. Sebab itu, kalaulah dipercepat­kan proses pembangunan ini, saya percaya rakyat Kelantan boleh berubah dan perbadanan ini boleh membantu. Kerana di Kelantan adalah salah satu negeri yang boleh dipercepatkan proses penubuhan industri kecil dan sederhana kerana Kelantan kaya dengan alam semulajadi, banyak bahan-bahan mentah, terutamanya kayu-kayan dan kemahiran rakyat, tetapi ianya tidak terjadi oleh kerana

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

30

selama ini tidak diberi perhatian dan bimbingan yang cukup.

Tahun 1978 sewaktu Kelantan di bawah kerajaan pusat, sehingga tahun 1990, mungkin pada waktu itu kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional pada waktu itu lebih memikirkan tanggungjawab lain yang lebih besar-mungkin 'neglect'. Akibatnya hila rakyat beremosi mudah rakyat ini terperangkap kepada sentimen tertentu dan sekarang ini keadaannya sudah berbeda. Jadi, di Kelantan, dengan adanya kemudahan­kemudahan seumpama ini, saya percaya ianya boleh membantu bukan sahaja memastikan akan tertubuhnya industri kecil dan sederhana ini dengan lebih banyak lagi, tetapi kena pada sasarannya dan kita dapat meng­gunakan kemahiran rakyat dan alam semulajadi yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dengan semaksimum mungkin dan dapat meningkatkan pendapatan mereka dan dapat menambahkan peluang pekerja, tetapi semua ini adalah tanggungjawab perbadanan yang akan diwujudkan nanti.

Oleh sebab itu, sudah barang tentu dan pasti Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab melantik Ahli­ahli Lembaga Perbadanan, termasuk Pengerusinya nanti-saya ingin meningkatkan supaya melantik orang­orang yang benar-benar bertanggung­jawab.

Saya tidak begitu sentimen dengan soal perlantikan ini, dari segi politik. Biarlah saya bercakap berterus-terang, rekodkan dan terus sampai kepada Menteri yang bertanggungjawab. Lazimnya kalau boleh kita ikutlah pengalaman sesetengah negeri yang

5 SEPTEMBER 1995

maju. Saya hendakkan cadangkan macam di Singapura, kita tengok Singapura, saya hendak puji orang lebih malaslah, tetapi tempatnya yang begitu bagus kita kena kata juga bagus, kalau kita hendak berjaya 'put the right people at the right place', jangan 'for the sake of lantik untuk lantik'. Of courselah, kita ini multiracial society, kena jaga sentimen kuota ini, kuota itu dan seumpamanya, sekarang sudah sampai masanya. Dahulu kerana perbedaan antara kaum sudah nampak jurang, tetapi di kalangan satu kaum iaitu di kalangan bumiputera pula, go for the quality, go for the pro­fesionalism, jangan for the sake of 'letak kerana sahaja hendak letak'. Kita tengok seperti di Singapura, bagaimana mereka memberi tanggungjawab kepada kementerian dan kepada pemimpin-pemimpin itu, tengok dia punya latar belakang 'they mean business'.

Saya percaya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kita sekarang mean 'mean business, jadi, kita jugalah kena ikut 'mean business' termasuk di peringkat akar umbi dan diperingkat bawah, maka dengan sebab itu, hila hendak bukan saya tidak bersetuju, saya pun bersetuju, kalau tidak orang macam kita ini pun terlepas, just to be honoured, tetapi peranan yang penting-penting tadi diberi kepada orang yang-ada juga orang politik yang profesional, mungkin macam saya kot, mana hendak tabu, itu cakap sahajalah, kadang-kadang .....

Tuan Yang di-Pertua: Betul itu.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Ada juga yang 'politic for the sake of politik' dan ada juga 'politic for the sake of carrier'-macam-macam.

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

Tetapi seboleh-bolehnya-tidak kisahlah pegawai kerajaankah, bekas tenterakah, whatever it is, it doesn't mattter, but professional, trustworthy, transparent dan sebagainya. Ini boleh menjamin kredibiliti kerajaan dan boleh menjamin kejayaan perbadanan ini nanti.

Tuan Yang di-Pertua, itu yang saya hendak sebut dan saya percaya saya sudah menyebut perkara-perkara asas (basic) dengan tidak memberi secara terperinci sebab ini di peringkat Rang Undang-undang baru dan saya berharap, I wish all success, dengan izin, kepada Menteri dan kementerian yang bertanggungjawab kerana IKS ini merupakan salah satu nadi yang penting dalam proses pembangunan negara kita menuju negara maju, insya­Allah. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dato' Chet Singh s/o Karam Singh.

4.17 ptg.

Dato' Chet Singh s/o Karam Singh: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Saya menyokong rang undang-undang ini dengan sepenuhnya dan pada pendapat saya rang undang-undang ini sangat menepati masa, dengan izin, very timely.

Tuan Yang di-Pertua, apabila perbadanan ini ditubuhkan, akan membolehkan kerajaan mengambil tindakan untuk memproses dan membangunkan IKS dalam keadaan fokus dan perhatian yang lebih sempurna. IKS dalam negara kita

31

sebenarnya harus dipromosikan dan dibangu~an jikalau kita hendak sektor industri dimajukan dan diperdalamkan (deepened) dan dikembangkan. Dengan ini barulah kita boleh dengan penuh keyakinan menyatakan kita mempunyai kekuatan dalam sektor industri. Kebanyakan negara yang sudah. niembangun dan mencapai pembangunan perindustrian yang memuaskan mempunyi IKS yang kuat dan IKS nya mempunyai integrasi yang rapat dengan industri-industri yang lebih besar.

Di Malaysia juga kita perlu mempunyai satu IKS yang kuat dan integrasi dalam industri-industri besar. Di Malaysia IKS selama ini tidak sepenuhnya dibangunkan. Jadi, tindakan perlu diambil untuk memasukkan mereka ke dalam tunjang utama, dalam mainstream indus­trialisation. Cadangan perbadanan ini tentunya akan memainkan peranan dan memberi pertolongan dalam arab tuju ini. Cadangan Rang Undang-undang ini memberikan perbadanan satu struktur untuk mendefinisikan objektif, fungsi dan tanggungjawab. Peringkat yang paling sulit adalah operasi dan mendapatkan keputusan, favourable result, dengan izin.

Seperti yang telah dikatakan semalam dan hari ini oleh rakan-rakan Yang Berhormat, badan pengurusan perlu berdedikasi, praktik dan efektif dalam menjalankan tugas. Oleh kerana cadangan perbadanan ini adalah penting untuk pembangunan selanjutnya dalam struktur industri, maka badan pengurusan hendaklah dinamik dan berkebolehan untuk menghubungkan pemilik-pemilik dengan pengurus-pengurus dalam syarikat-syarikat dalam kategori IKS.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

32

Tetapi apa yang paling penting ialah menjalankan hubungan mesra dan rapat dengan pengusaha-pengusaha IKS dan pengurusan mesti ada, dengan izin, caring and friendly attitude.

Perbadanan juga perlu memupuk jaringan dan hubungan yang kuat di semua negeri-negeri, universiti­universiti, MMC dan korporat-korporat yang besar. Dengan negeri-negeri yang berlainan dicadangkan perbadanan menubuhkan satu rangka kerja yang efektif dengan PKEN-PKEN di negeri yang mana siapa akan di bawah araban Kementerian Pembangunan Usahawan untuk melaksanakan tanggungjawab perbadanan ini. Hubungan dengan universiti-universiti adalah penting di mana IKS kita akan memerlukan sokongan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), nasihat ke atas teknologi dan pengenalan kesedaran kualiti dalam pemerosesan pengilangan dan pengurusan.

Hubungan yang rapat dengan MMC dan lain-lain akan menolong membesarkan peluang-peluang business untuk IKS. Pada pendirian saya, dengan pengalaman dengan PKEN, saya melihat penubuhan perbadanan ini, walaupun sudah terlewat tetapi adalah lebih baik daripada tidak ada. Saya amat berharap perbadanan ini akan berjaya dengan usahanya. Kepada rang undang-undang ini, saya ada satu komen ke atas perkara keanggotaan perbadanan.

Saya mencadangkan seorang perwakilan dari Kementerian Pembangunan Usahawan dilantik sebagai anggota kerana kementerian ini ialah menteri yang menjaga PKEN­PKEN di negara kita. Kepada anggota yang lain, saya mencadangkan sektor perusahaan diwakilkan dengan

5 SEPTEMBER 1995

sewajarnya oleh orang yang berpengalaman dalam pengeluaran, pembankan dan . pemasaran. Perbadanan ini patut ada businesslike approach dalam badan keanggotaan dan dalam operasinya.

Dengan ini, saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana mengambil inisiatif untuk mengadakan rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Tuan Rahim.

4.25 ptg.

Tuan Rahim bin Baba: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin bersama rakan-rakan yang lain, ingin mengambil bahagian untuk membahas dan juga menyokong Rang Undang-undang Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana 1995.

Tuan yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Antara­bangsa dan Industri yang telah pun menggubal dan seterusnya mem­bentangkan Rang Undang-undang ini. Memang telah kena pada masanya, Rang Undang-undang penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana ini diluluskan memandangkan negara kita telah pun beralih daripada negara pertanian kepada negara perindustrian.

Kalaulah selama ini pembangunan dan juga perkembangan industri kecil dan juga sederhana (IKS) berjalan secara tidak terancang, adalah diharapkan melalui penubuhan perbadanan ini, industri kecil dan juga sederhana akan dapat dirancang dengan baiknya.

Tuan Yang di-Pertua, cara kebetulan juga Rang Undang-undang ini akan

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

dilaksanakan semasa sektor perin­dustrian negara akan menghadapi satu lagi cabaran pada tahun 1997 apabila Amerika Syarikat akan menarik balik skim keutamaan ataupun GSP bagi barang-barang keluaran negara. Sektor perindustrian hendaklah menerima penarikan ini sebagai satu pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap kemampuan negara kita khasnya kemampuan sektor perindustrian negara untuk bersaing dengan negara­negara yang lebih maju.

Tuan Yang di-Pertua, telah pun banyak diperkatakan mengenai peranan penting yang dimainkan oleh sektor IKS terhadap perkembangan sektor industri secara keseluruhannya. Sektor IKS adalah merupakan teras dan juga nadi pada industri besar dan juga kepada keseluruhan sektor perindustrian negara. Negara-negara yang maju seperti Taiwan, Korea Selatan, Jerman dan juga Jepun, di samping memberikan tumpuan kepada industri-industri besar dan juga industri-industri berat, tidak pernah melupakan industri-industri kecil dan juga industri-industri sederhana. Malaysia juga jika ingin terus menjadi negara perindustrian, tentunya tidak dapat lari daripada memberikan penumpuan terhadap industri-industri kecil dan juga industri-industri sederhana.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun meneliti sepenuhnya rang undang­undang ini dan mendapati ianya mempunyai hasrat yang murni dan peruntukan-peruntukan dan jika terlaksana, akan mencerahkan lagi masa hadapan industri kecil dan juga sederhana di dalam proses per­industrian negara. Adalah diharapkan dengan penubuhan perbadanan ini,

---------------------

33

ianya akan dapat melahirkan pengusa~a-pengusaha kecil dan sederhana yang lebih dinamik, yang lebih komited dan juga yang lebih mempunyai daya saing. Ianya juga akan dapat 'complement' ataupun untuk melengkapkan industri-industri besar seperti industri kereta, industri semikonduktor, industri motosikal dan juga industri aerospace yang akan diterokai oleh kerajaan ataupun oleh badan-badan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberikan pandangan terperinci mengenai rang undang-undang ini dan juga cadangan-cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak kemen­terian ataupun oleh pihak perbadanan yang akan ditubuhkan.

Mengikut Rancangan Malaysia Keenam, kerajaan telahpun mem­peruntukkan RM209 juta untuk IKS dan dari jumlah ini, sebanyak RM168 juga telah pun dibayar oleh pihak kementerian setakat ini.

Saya tidak fikir kerajaan menghadapi masalah dari segi kewangan, tetapi kemungkinan yang saya khuatiri akan m·enghadapi masalah dari segi pelaksanaan. Umpamanya, saya telah pun difaham­kan bahawa di bawah program Industri Kecil dan Sederhana, syarikat MIEL, iaitu Malaysia Industrial Estate Limited, membina sebanyak 1,168 unit IKS ataupun kawasan-kawasan per­industrian kecil dan sederhana di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia Keenam, iaitu bagi tempoh tahun 1991 hingga 1995. Tetapi hingga kini, di mana RM6 telah pun hampir tamat, hanya 130 unit sahaja yang telah pun berjaya dibina oleh MIEL, iaitu hanya 8.8%.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

34

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan ·Rahim, tunggu sebentar ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah peraturan yang relevan, saya dengan hormatnya menjemput Tuan Hanipah Ahmad untuk mem­pengerusikan Majlis.

(Tuan Hanipah bin Ahmad mempengerusikan M esyuarat)

Tuan Hanipah bin Ahmad: Yang Berhormat Tuan Rahim, silakan.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun menimbulkan dari segi pencapaian ataupun pelaksanaan yang telah pun dijalankan oleh pihak MIEL untuk membina kilang-kilang industri kecil dan sederhana bagi Rancangan Malaysia Keenam. Seperti mana telah pun saya katakan tadi, hanya 130 unit atau 8.8% telah pun siap dibina. Saya tidak tabu berapa banyak lagi dalam perancangan, pada hal, mengikut laporan, MIEL telah pun menerima lebih daripada 76% daripada peruntukan sebanyak 55 juta yang diperuntukkan kepada MIEL.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Dari segi peruntukan, lebih daripada 75% telah pun dikeluarkan kepada MIEL, tetapi dari segi pelaksanaan, tidak sampai pun 9% ataupun 10% yang telah pun terlaksana setakat ini. Apakah wang yang telah pun disalurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri itu tersimpan di syarikat MIEL kerana tidak dipergunakan dengan sebaik-baiknya untuk tujuan pendirian Industri Kecil dan Sederhana ini? Saya berharap pihak kementerian dapat memberikan penjelasan mengenai kedudukan kelewatan mendirikan

5 SEPTEMBER 1995

kilang-kilang industri kecil dan sederhana yang telah pun saya timbulkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, adalah diharapkan, dengan penubuhan Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana ·ini, masalah-masalah kelewatan ini akan dapat kita atasi. Di samping itu, saya juga berharap, di bawah Skim Pemasaran Bersepadu, dengan izin, Integrated Marketing Programme yang disalurkan melalui Besta Industries, akan lebih ban yak lagi pengusaha-pengusaha kecil mengeluar­kan bahan-bahan makanan dan akan mendapat faedah daripada skim ini.

Setakat ini, saya telah pun difahamkan, daripada 31 pengusaha­pengusaha yang telah pun mendapat faedah daripada Skim Pemasaran Bersepadu ini, hanya dua sahaja yang telah pun melibatkan diri untuk pasaran terbuka. Yang lainnya, yang 29 hanya tertumpu bagi mengeluarkan bahan-bahan untuk menjadi pembekal kepada kerajaan semata-mata.

Kita tidak mahu industri-industri kecil ini akan selama-lamanya bergantung kepada pasaran kerajaan sahaja. Usaha-usaha hendaklah terus dijalankan dan saya harap Perbadanan ini akan dapat memainkan peranan supaya mereka yang terlibat di dalam skim Integrated Marketing Programme ini tidak hanya tertumpu kepada pasaran kerajaan, tetapi juga tertumpu kepada pasaran di dalam negara dan juga seterusnya menumpukan juga kepada pasaran di seluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua, semalam ramai telah pun memperkatakan masalah yang dihadapi oleh mereka

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

yang terlibat di dalam industri kecil dan sederhana untuk mendapatkan pmJaman kewangan ataupun kemudahan-kemudahan kewangan. Bagi industri-industri besar ataupun industri-industri berat, mereka ini tidak mempunyai masalah untuk men­dapatkan pinjaman daripada institusi­institusi kewangan. Tetapi bagi mereka yang terlibat di dalam industri kecil dan sederhana, mereka ini sentiasa mendapat tekanan dan juga tidak mendapat layanan yang sepertinya daripada pihak institusi-institusi kewangan.

Jadi, saya berharap, dengan penubuhan Perbadanan ini, ianya juga akan dapat memainkan peranan untuk memastikan industri-industri kecil ataupun industri-industri sederhana ini juga mendapat kemudahan pinjaman seperti mana juga kemudahan kepada industri-industri besar ataupun kepada syarikat-syarikat gergasi. Kita hendak, biarlah pihak kementerian ataupun pihak kerajaan mensyaratkan kepada bank-bank supaya sebahagian daripada portfolio pinjamannya dikhaskan untuk industri-indusrti kecil dan juga industri­industri sederhana dengan kadar faedah yang paling kompetitif sekali.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap supaya Perbadanan yang akan ditubuhkan ini kelak akan menjadi sebagai satu one-stop-agency, dengan izin, sebagai satu agensi setempat yang akan menjadi tumpuan kepada pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana untuk men­dapatkan bantuan di mana mereka boleh mendapatkan pmJaman, bantuan-bantuan teknikal, bantuan­bantuan khidmat nasihat, bantuan­bantuan dari segi pemasaran, bantuan

35

dari segi tempat-tempat untuk memulakan industri dan juga perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu daripada perkara yang telah pun ditimbulkan di dalam Rang Undang­undang ini ialah Perbadanan ini akan menjadi centre ataupun menjadi pusat untuk research and development iaitu pusat R&D untuk industri kecil dan sederhana.

Oleh kerana industri kecil ini memainkan peranan ataupun memberikan sumbangan yang besar kepada industri-industri besar, saya juga berharap supaya industri-industri besar yang mendapat faedah daripada industri-industri kecil mt juga hendaklah bertanggungjawab dari segi research dan development. Mereka bukan hanya memperuntukkan budget industri besar ini khas untuk R&D industri mereka, tetapi juga industri­industri besar m1 diwajibkan memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan R&D mereka untuk kepentingan R&D untuk industri­industri kecil yang menjadi pembekal kepada industri-industri besar ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang ingin saya timbulkan ialah mengenai penubuhan kawasan­kawasan industri. Di dalam sesuatu kawasan industri yang hendak ditubuhkan, kita berharap supaya di sam ping kerajaan menubuhkan industri kereta seperti PROTON, kita berkehendakkan di kawasan yang sama di sekeliling kawasan itu ditubuhkan industri-industri kecil.

Kalau PROTON menjadi industri 'anchor'nya, di kaw..asan yang ber­kenaan juga ditubuhkan industri­industri kecil dan sederhana yang akan

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

36

menjadi pembekal kepada industri PROTON yang ditubuhkan di sesuatu kawasan itu. Umpamanya sekarang ini, pihak PROTON akan menubuhkan satu lagi kilangnya di Perak iaitu di kawasan Tanjong Malim.

Kita mencadangkan supaya satu kawasan yang berdekatan pula ditubuhkan industri kecil dan sederhana yang khas yang mana ia membekalkan peralatan-peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan oleh industri-industri kereta ataupun industri PROTON ini.

Jadi, dengan ini ianya akan dapat mengurangkan kos pengangkutan, akan juga dapat menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi oleh industri Proton tadi dengan serta merta kalau ada masalah-masalah yang berbangkit. Kita tidak mahu umpamanya sekarang ini walaupun Proton mendirikan kilang keretanya di satu tempat dan mempunyai sistem vendor, tetapi industri kecil yang membekalkan untuk industri anchor ini bertaburan di seluruh negara. Kadang-kadang masalah dari segi penghantaran, dari segi masalah-masalah teknikal. Kalau ianya berada dalam satu kawasan yang sama ianya boleh diselesaikan.

Saya juga berharap supaya perbadanan ini akan menubuhkan pejabat-pejabatnya di kawasan­kawasan bukan hanya di Kuala Lumpur. Kita berharap juga pejabat­pejabat perbadanan 1n1 akan ditubuhkan juga di beberapa kawasan lain, kawasan-kawasan tumpuan, jangan kita lupa kepada kawasan­kawasan di Sabah dan Sarawak dan juga kawasan Pantai Timur. Mungkin satu di selatan, mungkin satu di utara ataupun mungkin satu di kawasan Lembah Kelang ini. Jadi, dengan ini

5 SEPTEMBER 1995

industri-industri kecil ini dapat diseratakan dan juga apa-apa masalah yang dihadapi akan dapat diatasi dengan serta-merta.

Tuan Ya,ng di-Pertua, saya juga berharap supaya melalui perbadanan ini akan dapat diwujudkan kerjasama di antara industri-industri kecil bumiputera dengan industri-industri kecil bukan bumiputera. Kerana masing-masing mempunyai kemahiran yang tertentu dan yang berlainan di antara satu dengan yang lain. Apabila saya menimbulkan soal perkongsian ini biarlah ianya perkongsian yang bijak, perkongsian yang menimbulkan keadaan "win-win situation". Makna­nya semuanya menang, semuanya mendapat keuntungan. Jadi, apabila umpamanya industri besar untuk hendak berlaku adil, kadang-kala setengah-setengahnya terpaksa diberi kepada bumiputera, setengahnya terpaksa diberi kepada bukan bumiputera. Tetapi kalau ada penyatuan ataupun kerjasama di antara kedua-dua pengusaha-pengusaha industri kecil dan juga industri sederhana di an tara bumiputera dan· juga bukan bumiputera ini, saya harapkan perbadanan yang akan ditubuhkan ini akan memainkan peranan untuk mendapatkan kerjasama yang sebenar-benarnya di antara kedua-dua pengusaha industri kecil bumiputera dan juga bukan bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kata­kata itu, saya dengan sukacitanya menyokong Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995. Terima kasih.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Salam bin A wang.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

4.44 ptg.

Tuan Haji Abdul Salam bin A wang: Bismillahir-Rahmanir-Rahim. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana diberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995.

Industri kecil dan sederhana telah menjadi begitu terkenal kepada rakyat Malaysia. Tumpuan yang wajar perlu ditekankan supaya peluang-peluang terbuka ini diberi nafas baru supaya tiap-tiap industri kecil dan sederhana dapat perhatian yang saksama oleh pihak yang berkuasa. Apabila skim ini diperbadankan, maka banyaklah peluang yang dapat membina IKS dengan lebih berkesan. Apa yang diharapkan, pihak yang berkenaan dan bertanggungjawab hendaklah program­kan cara-cara yang patut diper­tingkatkan oleh perbadanan nanti supaya industri kecil dan sederhana berjaya terus.

Dengan menjayakan IKS ini diharapkan pihak kerajaan tidak abaikan kumpulan-kumpulan bumi­putera yang tidak begitu agresif lagi. Tindakan susulan dengan cara serius dan bersepadu perlu diselaraskan. Seterusnya saya berharap keanggotaan perbadanan ini juga hendaklah termasuk beberapa orang daripada Ahli Dewan Pemiagaan Melayu supaya bumiputera tidak akan diabaikan.

Dengan kata-kata itu, saya dengan ini mencadangkan Rang Undang­undang yang berkesan ini diluluskan.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Sekarang saya menjemput wakil kementerian untuk menjawab.

37

4.46 ptg.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustrl (Tuan Kerk Choo Ting): Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangun membahaskan mengenai Rang Undang-undang Perbadanan Pem­bangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bangun membahaskan Rang Undang­undang ini kesemuanya menyokong penubuhan Perbadanan Pembangunan IKS yang dianggap sebagai satu langkah proaktif kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan peranan IKS di negara ini.

Mengenai saranan Yang Berhormat Tuan Haji Hashim bin Safin supaya pendekatan pembangunan IKS diwujudkan melalui penubuhan kelas­kelas IKS di seluruh negara, adalah dimaklumkan bahawa pada masa ini telah terdapat kelab-kelab usahawan­usahawan muda diwujudkan di seluruh negara yang memberi pendedahan dan membimbing usahawan di dalam pelbagai sektor perindustrian dan perkhidmatan. Oleh itu, penubuhan kelab IKS mungkin kurang praktikal kerana di samping kelab-kelab usahawan muda tersebut, telah terdapat juga berbagai-bagai persatuan dan pertubuhan perniagaan, per­dagangan dan perindustrian di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan aspek kepimpinan di dalam perbadanan tnl seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Hashim bin Satin, adalah dimaklumkan bahawa keanggotaan perbadanan ini kelak akan diwakili oleh individu-individu dari berbagai

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

38

bidang kepakaran serta pengalaman dari sektor swasta juga. Ini bagi memastikan perkara-perkara mengenai pengurusan, kewangan dan juga program-program pembangunan IKS dapat diuruskan serta dilaksanakan dengan l~bih berkesan. Di samping itu, ianya juga dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang, dinamik, proaktif serta mengurangkan red tape, dengan izin, seperti yang disarankan juga oleh Yang Berhormat Puan Faridah binti Abu Hassan.

Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Perdagangan Antara­bangsa dan Industri (Mffi), mengambil perhatian semua cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tennasuk Yang Berhormat Dato' Soong Siew Hoong dan Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman dan saranan-saranan tersebut akan diambil kira oleh perbadanan bagi menggubal program­program pembangunan IKS. Di samping itu, saranan Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman supaya keanggotaan perbadanan diwakili oleh lain-lain kementerian dan agensi yang terlibat dengan pem­bangunan IKS sudah pun diambil kira dan perbadanan IKS ini juga akan menjalankan tanggungjawab penye­larasan bagi setiap aktiviti dan program pembangunan IKS oleh semua agensi yang terlibat. Perbadanan ini juga akan menjadi pusat sumber utama mengenai pembangunan IKS ataupun menjadi one-stop-agency, dengan izin, bagi pembangunan IKS pada keseluruhan­nya.

Mengenai cadangan Yang Berhonnat Puan Faridah Abu Hassan supaya takrif IKS diperluaskan lagi ...... .

5 SEPTEMBER 1995

Puan Kamilia binti Ibrahim: (Bangun)

Tuan Hanifah bin Ahmad: Minta laluan.

Puan Kamilia binti Ibrahim: Nama saya Kamilia Ibrahim bukan Faridah Abu Hassan. Semalam dia tidak berucap. Minta buat pembetulan.

Tuan Kerk Choo Ting: Apakah pembetulan itu?

Puan Kamilia binti Ibrahim: Yang berucap tentang cadangan itu bukan Faridah Abu Hassan, tetapi saya, Kamilia Ibrahim. Yang Berhormat Puan Faridah Abu Hassan tidak berucap langsung kelmarin, terima kasih.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Yang Berhormat Puan Kamilia binti Ibrahim

Tuan Kerk Choo Ting: Terima kasih. Jadi, sukacitalah dimaklumkan bahawa tujuan perbadanan ini diwujudkan adalah untuk memberi tumpuan kepada sektor perindustrian dalam aktiviti perkilangan bagi membangunkan negara kita untuk mencapai taraf negara maju dalam bidang perindustrian. Berhubung dengan penyertaan wanita dalam IKS terutamanya wanita dari kawasan luar bandar, mereka adalah diberi peluang

. yang sama yang melibatkan diri dalam pembangunan IKS bahkan pada masa ini. Kebanyakan daripada pekerja dalam sektor perkilangan adalah terdiri dari golongan wanita.

Mengenai sasaran yang lain supaya kumpulan wang yang diuruskan oleh perbadanan boleh digunakan bagi tujuan untuk memberi pinjaman kepada IKS, perkara ini mungkin tidak wajar dilaksanakan oleh perbadanan ini

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

memandangkan bahawa aktiviti memberi pinjaman telah dilaksanakan oleh institusi kewangan yang sedia ada dan perbadanan ini tidak mempunyai kuasa dan fungsi institusi kewangan yang khusus.

Tuan Yang di-Pertua, saranan Yang Berhormat Tuan Ding Seling supaya pembangunan IKS di kawasan luar bandar diberi keutamaan adalah diterima baik. Perbadanan ini akan turut memperluaskan aktiviti pembangunan IKS ke luar bandar terutama di tempat-tempat atau lokasi yang sesuai. Walau bagaimanapun, tugas untuk membangunkan pusat pertubuhan di kawasan luar bandar adalah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, pada petang ini Yang Berhormat Tuan Ding Seling juga menyarankan supaya perbadanan ini lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah-masalah IKS seperti ke­kurangan sumber maklumat, pemasaran kurang lengkap, kurang layanan daripada agensi kerajaan, pengurusan dan pentadbiran tidak begitu cekap dan kurang modal dan pasaran yang turut direbut oleh industri yang besar. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyambut baik saranan-saranan Yang Berhormat supaya perbadanan ini bertindak lebih proaktif untuk menyelesaikan masalah­masalah yang dinyatakan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Yang berhormat Datuk Haji Ibrahim Ali menyarankan agar perbadanan ini memberikan lebih tumpuan bagi menggalakkan IKS mempertingkatkan kualiti barangan dengan menggunakan jenama sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

39

Industri mengambil perhatian cadangan tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhorniat, kementerian telah menyediakan skim pinjaman mudah meningkatkan kualiti barangan bagi membolehkan IKS meningkatkan mutu barangan mereka.

Yang. Berhormat Datuk Haji Ibrahim Ali juga mencadangkan supaya pembangunan tapak perindustrian diadakan di seluruh negara termasuk Kelantan dan tidak hanya tertumpu di bandar sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, . untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program pembangunan tapak perindustiran yang dilaksanakan oleh MITI memang mengambilkira pembangunan IKS di bandar dan di luar bandar. Setakat ini, sejumlah RM30 juta lebih kurang daripada RM55 juta dari peruntukan itu telah dibelanjakan untuk membina tapak kilang di seluruh negara yang melibatkan kawasan seluas 150.3 ekar dengan penilaian lebih kurang 1,425 unit kilang.

Yang Berhormat Datuk Haji Ibrahim Ali dan juga Yang Berhormat Dato' Chet Singh mencadangkan supaya melantik orang yang ber­tanggungjawab dalam mentadbirkan perbadanan ini dan juga mereka yang berpengalaman.

Tuan Yang di-Pertua, keanggotaan perbadanan ini kelak akan terdiri daripada individu seperti yang saya katakan tadi dari pelbagai bidang kepakaran pengalaman dan juga di sektor swasta untuk mempertingkatkan pengurusan dan perkhidmatan perbadanan ini dan memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada usahawan-usahawan IKS.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

40

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuan Rahim Baba menyentuh pelaksanaan Malaysia Industrial Estate Limited (MIEL) dan bertanya kenapa prestasinya kurang baik. Pada pengetahuan saya, tapak perindustrian ini dijalankan dengan bebe_rapa tahap, iaitu:

(i) membeli tanah;

(ii) meratakan tanah; dan

(iii) kita mesti melaksanakan atau melengkapkan infrastruktur, barulah bangunan kilang-kilang itu didirikan.

Jadi, mungkin 8.8% itu adalah bangunan yang telah disiapkan. Yang belum disiapkan itu termasuk tanah dan infrastruktur itu sedang diadakan.

Yang Berhormat Tuan Rahim Baba mencadangkan skim pemasaran bersepadu (integrated marketing scheme) dijalankan dengan lebih baik dan juga pinjaman IKS itu menghadapi banyak masalah.

Tuan Yang di-Pertua, pinjaman ini adalah satu perkara yang khusus dan selalu diuruskan oleh institusi kewangan mengikut garis panduan yang lengkap dan peniaga IKS ini selalu menanggung risiko yang lebih besar. Oleh kerana itu, garis panduan untuk meminjamkan wang kepada IKS itu adalah satu garis panduan yang lebih ketat atau lebih lengkap.

Tuan Yang di-Pertua, ini terpulanglah kepada institusi kewangan. Kerajaan tidak boleh melonggarkan apa-apa garis panduan yang ditetapkan oleh institusi kewangan.

Berkenaan dengan one-stop-agency R&D itu, kementerian ini menyambut

5 SEPTEMBER 1995

dengan baik dan berkenaan dengan kawasa~ IKS di persekitaran industri utama, inipun disambut dengan baik.

Sebenarnya plan-plan induk industri akan digubalkan pada tahun ini dan menumpukan satu konsep yang dinamakan concept cluster atau konsep pusat industri yang akan diadakan untuk sesuatu industri. Sekiranya perindustrian motokar diadakan di sesuatu tempat itu, anchor company ada di sana dan IKS pun ada di sana, jadi cadangan ini disambut ·dengan baik.

Berkenaan kerjasama di antara bumiputera dengan bukan bumiputera, kerajaan sudah ada satu rancangan supaya satu perkongsian lebih rapat, yang lebih tulen (genuine), diadakan di antara bumiputera dengan bukan bumiputera memandangkan kerjasama di antara kedua-dua komuniti setakat ini adalah dianggap baik.

Yang Berhormat yang akhir juga menyentuh mengenai keanggotaan perbadanan di IKS itu untuk memasukkan anggota dari keturunan Melayu, perkara ini akan diper­timbangan.

Itulah sahaja jawapan yang dapat diberikan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai J awatankuasa.

(Tuan Hanipah bin Ahmad mempengerusikan J awatankuasa)

Fasall hingga 34 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PERUBATAN (PINDAAN)

1995

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

5.05 ptg.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' Dr. Siti Zabarah binti Haji Sulaiman): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan suatu Rang Undang-undang untuk meminda Akta Perubatan 1971 bertajuk Akta Perubatan (Pindaan) 1995.

Akta Perubatan 1971 bertujuan untuk mengawal amalan perubatan di negara ini. Akta ini memperuntukkan seseorang yang berkelayakan mengamal perubatan di negara ini. Apa-apa penyiasatan, pemeriksaan atau perawatan ke atas pesakit-pesakit merupakan amalan perubatan dan ini termasuk latihan klinikal yang perlu

41

dilalui oleh penuntut-penuntut perubatap..

Pada masa ini, Akta ini hanya membenarkan penuntut-penuntut perubatan di universiti atau kolej universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 sahaja untuk menjalankan latihan klinikal di kemudahan-kemudahan kesihatan dan perubatan yang diiktiraf di negara ini. Penuntut-penutut tersebut disyaratkan menjalankan penyiasatan pemeriksaan atau perawatan ke atas pesakit di bawah kawalan dan penyeliaan pengamal­pengamal perubatan berdaftar agar keselamatan pesakit sentiasa terjamin.

Kementerian ini mencadangkan seksyen 34A Akta ini dipinda untuk meluaskan komposisi penuntut perubatan di negara ini. Dicadangkan subseksyen 34A(l) dipinda dengan mengadakan perenggan baru (a) untuk mengekalkan peruntukkan sedia ada bagi penuntut-penuntut perubatan di mana-mana universiti atau kolej universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 menjalankan latihan klinikal mereka.

Perenggan baru (b) dicadangkan untuk maksud yang sama khusus bagi penuntut-penuntut perubatan di institusi pendidikan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

Seterusnya cadangan pindaan subseksyen 34A(2)m ens y ar atkan bagaimana institusi pendidikan boleh dinyatakan dalam Jadual Ketiga. Institusi Pendidikan itu hendaklah didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1961 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan pendaftaran

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

42

institusi pendidikan. Institusi pen­didikan itu juga hendaklah yang bergabung dengan universiti-universiti yang diiktiraf dan dianugerahkan kelulusan yang diiktiraf oleh universiti induk, lembaga perubatan negara berkenaan dan Majlis Perubatan Malaysia dan merekalah yang akan dibenarkan untuk menjalankan kursus pengajian perubatan di negara ini. Peruntukan ini bertujuan untuk memastikan agar penuntut-penuntut menerima latihan yang berkualiti dan graduan-graduan institusi berkenaan berpeluang untuk melanjutkan pengajian mereka dalam bidang-bidang kepakaran di institusi-institusi luar negeri kelak.

Subseksyen 34A(3) yang dicadangkan adalah pindaan kepada subseksyen 34A(2) dan adalah untuk memastikan bahawa imuniti dari tindakan sivil ke atas kerugian, kecederaan atau kerosakan yang dilakukan semasa aktiviti pengajian perubatan meliputi semua kemudahan kerajaan yang diluluskan sebagai tempat latihan klinikal. Walau bagaimanapun hak pesakit untuk mengambil tindakan sivil terhadap penuntut, pekerja, pegawai atau institusi pendidikan perubatan tidak terjejas.

Kementerian mencadangkan Jadual Ketiga diadakan untuk menyenaraikan nama institusi-institusi pendidikan yang berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1961 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan pendaftaran institusi pendidikan yang dibenarkan, mengadakan kursus pengajian perubatan dan pembedahan di negara ini.

Subseksyen baru 34(A) dicadangkan untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk meminda senarai institusi

5 SEPTEMBER 1995

pendidikan di dalam Jadual Ketiga tersebut dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta Perubatan 1971 yang disebutkan di atas adalah perlu dan tepat pada masanya supaya undang­undang untuk menambahkan peluang bagi penuntut-penuntut di negara ini mengikuti kursus pengajian perubatan yang berkualiti dapat dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya memohon supaya Rang Undang­undang Akta Perubatan (Pindaan)1995 diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Menteri eli Jabatan Perdana Menteri (Dato' Abang Abu Dakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan)1995 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Tuan Ding Seling.

5.10 ptg.

Tuan Ding Seling: Tuan Yang di­Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang suatu Akta untuk meminda Akta Perubatan 1971.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa saya dengan sukacita menyokong penuh kepada pindaan Rang Undang-undang ini seperti yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, adalah tepat pada masanya kita

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

----------- -------- --

5 SEPTEMBER 1995

membuat pindaan ini kerana ianya perlu untuk negara kita sekarang. Bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sedikit-sebanyak pandangan mengenai perkhidmatan kesihatan pada amnya.

Sekiranya kita lihat pada umumnya bahawa sekarang ini perkhidmatan perubatan adalah begitu baik di bandar-bandar yang besar tetapi kalau kita lihat di tempat-tempat pedalaman, perkhidmatan perubatan adalah kurang sekali.

Dalam aspek ini saya ingin menyarankan supaya latihan-latihan yang dibekalkan oleh kerajaan seperti mana yang dlnyatakan dalam akta ini hendaklah kita rancangkan supaya diperturunkan kepada peringkat­peringkat yang lebih bawah lagi, bukan sahaja untuk mereka yang bakal menjadi doktor ataupun pakar-pakar dalam negara kita ini tetapi untuk menjadi nurse ataupun pegawai­pegawai perubatan yang lebih rendah lagi. Saya menyebutkan perkara ini oleh kerana dari pengalaman­pengalaman dan pandangan kita yang kita lihat di tempat-tempat yang jauh seperti Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu ataupun bandar-bandar besar dalam negara kita ini, kita dapati begitu ketara sekali bezanya perkhidmatan perubatan. Bukan sahaja doktor-doktor tidak mencukupi, lebih­lebih lagi doktor-doktor pakar, tetapi pegawai-pegawai perubatan biasa memang tidak cukup.

Sering kali dalam Dewan yang mulia ini kita bertanya kenapa ataupun apakah sebab-sebabnya doktor-doktor pakar, doktor-doktor dan pegawai­pegawai keluar daripada perkhidmatan. Jadi, kita pun telah diberitahu bahawa doktor ataupun pegawai perubatan dan

43

jururawat yang tidak mencukupi dalam memberikan perkhidmatan perubatan dalam negara kita ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini meminta_ kerajaan memikirkan bagaimanakah kita boleh merancang­kan tempat-tempat latihan yang lebih rendah lagi untuk menentukan ada perkhidmatan yang sewajarnya diberikan kepada rakyat kita yang tidak bernasib baik supaya tinggal dekat kepada tempat-tempat yang mem­punyai perkhidmatan yang begitu selesa dan elok dalam negar kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, di negeri Sarawak misalnya, kita hanya mendapat perkhidmatan perubatan di tempat-tempat pedalaman melalui perkhidmatan pegawai perubatan yang pergi menziarahi tempat-tempat itu dua, tiga kali dalam satu minggu. Jadi, ini bermakna apabila ada pesakit­pesakit di tempat-tempat pedalaman itu, mereka terpaksa menunggu sehingga pegawai-pegawai perubatan itu membuat visit, dengan izin, di tempat itu.

Tuan yang di-Pertua, dengan kata­kata itu saya sekali lagi menyatakan sokongan kepada pindaan Rang Undang-undang ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Rahim Baba.

5.15 ptg.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut sama ingin mengambil bahagian untuk mem­berikan pandangan dan juga sokongan pada Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan), 1995.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah pun dinyatakan oleh Yang

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

44

Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, Rang Undang-undang ini bertujuan untuk menambahkan bilangan penuntut perubatan selain daripada mereka yang mengikuti kursus pengajian perubatan ataupun pembedahan di mana-mana universiti ataupun kolej universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Unversiti, 1971 dengan tujuan untuk memasukkan mana-mana orang yang mengikuti kursus pengajian perubatan ataupun pembedahan di mana-mana institusi pendidikan yang didaftarkan di bawah Akta Pendidikan, 1961.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya harapkan ialah seperti mana yang kita ketahui kebanyakan penuntut-penuntut perubatan ini berada di pusat-pusat bandar khasnya di Kuala Lumpur dan juga di Lembah Kelang. Mereka ini biasanya memberikan perkhidmatan kepada hospital-hospital yang terdapat di kawasan Lembah Kelang.

Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh sahabat saya tadi, di Lembah Kelang dan di Kuala Lumpur ini memang telah pun sedia ramai doktor­doktor, ramai pengamal-pengamal perubatan dan mereka mendapat kemudahan-kemudahan perubatan yang terbaik, mempunyai kemudahan­kemudahan yang serba terkini tetapi berbeza dengan kemudahan­kemudahan di kawasan-kawasan luar bandar ataupun di klinik-klinik ataupun di hospital-hospital yang terdapat di bandar-bandar kecil yang mana bilangan doktor-doktor ataupun kakitangan perubatan amatlah kurang sekali.

Apa yang kita harapkan ialah penuntut-penuntut yang dibenarkan untuk menjalani latihan ataupun

5 SEPTEMBER 1995

memberikan rawatan ini tidak hanya tertumpu kepada hospital-hospital dalam kawasan bandar tetapi kita harap penuntut-penuntut ini juga akan dihantar untuk memberikan khidmat mereka di hospital-hospital di kawasan luar bandar ataupun diklinik-klinik kawasan luar bandar supaya di samping ianya dapat menambahkan khidmat kerajaan kepada hospital-hospital di luar bandar, ianya juga akan dapat menambahkan pengalaman kepada penuntut-penuntut tnl kerana penuntut-penuntut yang mendapat pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi ataupun di hospital-hospital ini satu hari kelak akan juga ditempatkan di kawasan-kawasan luar bandar.

Kita harap semasa mereka ini masih Iagi menuntut, mereka ini juga didedahkan kepada suasana di kawasan-kawasan luar bandar. Saya percaya walaupun mereka ini masih belum mendapat kelulusan sebagai seorang doktor ataupun mempunyai ijazah, tetapi bagi pesakit-pesakit di luar bandar ini kalau dia nampak nurse lalu pun kadang-kadang suku daripada sakitnya telah pun hilang. Jadi, kalau ada pula mereka yang hendak jadi doktor ....

Tuan Haji Ghazali bin Haji Embong: (Menyampuk)

Tuan Rahim bin Baba: Setengah ya? Dia ini duduk di luar bandar, dia kata 'setengah'. Kalau dia nampak nurse lalu di hadapan pun dia sudah rasa setengah daripada sakitnya telah hilang. Ini pula orang yang mungkin satu hari esok akan menjadi doktor akan memberikan perkhidmatan atau rawatan kepada mereka, tentulah ianya akan mengurangkan bebanan pesakit­pesakit.

Saya berharap pihak kerajaan khasnya kementerian akan

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

menimbangkan untuk menghantar pengamal-pengamal ·perubatan atau mereka yang mengikuti kursus-kursus di pusat pengajian tinggi ini ke kawasan-kawasan luar bandar, malahan kalau terpaksa dihantar ke kawasan­kawasan yang terpencil sekalipun, kerana . mahu tidak mahu satu hari kelak apabila mereka ini telah lulus sebagai doktor mereka juga dikehendaki berkhidmat dan juga memberikan perkhidmatan kepada hospital-hospital ataupun klinik-klinik di kawasan-kawasan pedalaman.

Tuan Yang di-Pertua, di samping kita bercakap mengenai soal Kementerian Kesihatan, saya juga ingin mendapatkan penjelasan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Menteri sendiri. Pada masa sekarang ini oleh kerana minat rakyat kepada kesihatan, untuk mendapat badan yang sihat, terlampau ramai orang yang bercakap mengenai kesihatan. Kadang­kala kalau kita tengok televisyen di sebelah pagi, biasanya apabila satu syarikat hendak mempromote produk yang hendak dikeluarkan, mereka akan memanggil wakil-wakil dari syarikat yang berkenaan dan mereka akan bercakap mengenai kesihatan.

Saya tak tabu sama ada mereka itu seorang doktor ataupun sebagainya. Tetapi pada anggapan dan pandangan saya mereka ini tidak lebih daripada seorang jurujual yang bercakap memberikan nasihat mengenai kesihatan kepada masyarakat. J adi, apakah pihak kementerian tidak mempunyai garis panduan siapa yang boleh bercakap, khasnya di media­media yang dimiliki oleh kerajaan kepada orang ramai mengenai kesihatan. Kadang-kala jurujual bercakap memberikan nasihat; kena makan ini, makan itu, macam mana

45

hendak kuruskan badan, macam mana hendak rampingkan badan, berapa kali hendak bersenam ataupun sebagainya. Tetapi mereka ini pada anggapan dan agakan saya tidak mempunyai tauliah.

Jadi, apakah pihak kementerian tidak memikirkan supaya mereka yang bertauliah sahaja yang boleh bercakap memberikan ceramah mengenai kesihatan. Biasanya kalau orang hendak berceramah fasal agama, mereka itu mesti ada tauliah tentang agama. Tetapi kalau kita lihat mengenai kesihatan, khasnya kalau kita tengok di kaca TV di sebelah pagi, Tom and Herry datang bercakap mengenai soal kesihatan dan oleh kerana ianya dipancarkan melalui televisyen kadang­kala saya tidak mengatakan apa yang diperkatakan itu tidak betul-tetapi saya khuatir kalau ada apa-apa nasihat ataupun pandangan yang diberikan oleh mereka ini tidak sesuai ataupun tidak tepat dengan keperluan kesihatan kita. Saya harap pihak kementerian dapat melihat perkara ini dan dapat memikirkan apakah perlu satu undang­undang digubal supaya mereka yang betul-betul mempunyai sijil atau kelayakan bercakap mengenai kesihatan di media-media ataupun di televisyen yang kita dengar dari semasa ke semasa.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu, saya menyokong Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 1995.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Yang Berhormat Puan Kamilia binti Ibrahim

5.23 ptg.

Puan Kamilia binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana telah memberi saya peluang untuk membahaskan rang undang-undang ini.

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

46

Terlebih dahulu saya ingin menyatakan sokongan saya kepada rang undang­undang ini. W alau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang saya memerlukan penjelasan dan juga ingin menarik perhatian pihak kementerian.

Pertamanya, ialah di bawah seksyen 34A para yang terakhir, di mana dalam seseorang penuntut yang menjalankan latihan, ianya akan melaksanakan latihan tersebut "di bawah kawalan dan penyeliaan seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh yang memegang suatu perakuan pengamalan tahunan semasa dan sah."

Saya ingin mendapatkan penjelasan bahawa penyelia yang dimaksudkan di sini perlulah merupakan seorang yang mempunyai pengalaman yang mencukupi, kerana di sini kurang jelas apakah yang dimaksudkan dengan "pengamal perubatan berdaftar penuh yang memegang suatu perakuan pengalaman tahunan semasa dan sah." Kerana kita khuatir kalau pesakit­pesakit yang menerima rawatan di mana ianya juga mendapat perkhid­matan daripada pelatih-pelatih atau penuntut-penuntut, maka kita perlu memastikan bahawa penyeliaan dan kawalan itu adalah yang benar-benar dapat memberi kawalan dan penyeliaan dan dianggap reasonable, dengan izin, agar kita dapat mengurangkan apa-apa jenis negligence, dengan izin, kecuaian yang mungkin akan berlaku kepada pesakit, kerana kita perlu faham dan maklum bahawa pesakit adalah seorang yang dalam keadaan yang sangat memerlukan perkhidmatan 'duty of care' yang tinggi dalam keadaan­keadaan, terutamanya dalam keadaan kes-kes yang tenat.

Yang keduanya, ialah saya juga ingin dapat penjelasan mengenai kriteria

5 SEPTEMBER 1995

untuk membolehkan sesebuah institusi pendidikan perubatan yang boleh disenaniikan di bawah Jadual Ketiga, kerana kalau saya tak silap, International Medical College ini adalah merupakan sebuah kolej perubatan swasta. Memandangkan dalam keadaan kini dan juga dasar kerajaan yang mahu menjadikan negara ini satu pusat pendidikan, ini juga bermakna akan bercambah dan bercendawannya juga institusi pendidikan perubatan di negara ini. Jadi, saya ingin menyarankan bahawa apa kriteria yang digunakan hendaklah kriteria yang mencapai standard yang ' paling tinggi. Kerana kita pasti mahukan institusi pendidikan perubatan negara ini sebagai insitusi yang mempunyai kelulusan yang dapat diiktiraf dan dapat juga memberi perkhidmatan yang paling baik.

Yang ketiganya, Tuan Yang di­Pertua, ialah mengenai Iatihan bagi pendidikan perubatan. Kita sedar dan maklum bahawa dalam keadaan perkhidmatan perubatan kini kita dapati banyak terutamanya hospital­hospital swasta yang mana cajnya agak tinggi dan menampakkan bahawa penekanannya adalah lebih kepada ganjaran daripada perkhidmatan. Jadi, saya ingin menyarankan bahawa dalam kurikulum ataupun dalam latihan bagi pendidikan perubatan, perlulah diberi penekanan kepada etika dan perikemanusiaan terhadap pesakit ataupun khidmat dalam perkhidmatan agar penekanan dapat diberi bukan sahaja kepada ganjaran, tetapi lebih mementingkan kepada nyawa dan perkhidmatan kesihatan.

Semestinyalah kita dalam konsep negara Malaysia yang sentiasa mahukan nilai-nilai murni dan juga menerapkan nilai-nilai Islam bahawa

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

kita juga tidak akan ketinggalan dalam perkhidmatan kesihatan bahawa etika kemanusiaan-saya percaya etika perubatan itu sendiri mempunyai "ethics," atau etika yang mementingkan kepada peri-kemanusiaan.

Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah yang saya ingin kemukakan. Dengan kata-kata itu saya sekali lagi menyokong rang undang-undang yang telah dibentangkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Yang Berhormat Puan Hajah Zaleha.

5.29 ptg.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Terima kasih kepada Tuan Yang di­Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam membahaskan akta yang dinamakan Akta Perubatan (Pindaan) 1995.

Saya sebenamya ingin menambah dalam tiga perkara yang perlu diperkatakan dalam Dewan yang mulia ini mengenai masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, saya mengambil peluang mengucapkan setinggi ucapan tahniah kepada pihak kementerian kerana telah berjaya membentangkan suatu Akta Perubatan yang besar manfaatnya kepada kesihatan rakyat di negara ini kerana kita tahu kesihatan adalah harta yang paling mahal harganya kepada seseorang insan.

Saya ingin menyentuh dalam soal, pertama, ialah mengenai penambahan penuntut perubatan ini adalah amat perlu dan penting kerana apa yang kita lihat hari ini kebanyakan daripada pesakit-pesakit kita khususnya pesakit­pesakit yang ada di luar bandar, boleh dikatakan jumlah pesakit dengan ratio jumlah doktor perubatan yang ada di

47

luar~Iuar bandar amatlah jauh sama sekali daripada yang cukup. Dengan adanya pindaan akta ini, kita akan dapat mencukupkan pegawai-pegawai perubatan yang amat kurang didapati di luar-luar bandar.

Yang kedua, saya juga ingin menyatakan mengenai latihan perubatan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan, latihan perubatan sahaja bagi saya tidaklah mencukupi kalau ianya tidak dimasukkan juga satu latihan yang paling mustahak juga untuk · setiap pengamal perubatan iaitu latihan cara­cara berkomunikasi dengan orang ramai. Kerana ini juga merupakan salah satu daripada psikologi untuk memberi tarikan untuk memudahkan penyembuhan pesakit-pesakit apabila mereka dapat berhubung dengan para­para doktor dan para jururawat yang baik dan berbudi bahasa yang tinggi.

Apa yang saya ingin sebut di dalam Dewan yang mulia ini, ada contohnya yang berlaku, misalnya seorang jururawat terlatih yang bertugas sekarang ini di kawasan Klinik Chiku 1 Gua Musang. Jururawat terlatih ini telah pun menjadi buah mulut kepada orang ramai bahawa jururawat ini bukan sahaja menggunakan bahasanya yang kasar kepada pesakit-pesakit yang datang memohon rawatan, tetapi ianya telah pun menggunakan ugutan kepada orang-orang kampung di kawasan FELDA Chiku dan beberapa tempat, nama-nama kampung yang ianya bertugas. Beliau bukan sahaja mengugut dengan cara akan me­rosakkan kesihatan pesakit tersebut kalau sekiranya pesakit tersebut tidak mengikut kehendak yang dikehendaki oleh jururawat itu. Beliau juga menyebabkan ramai daripada pesakit­pesakit khususnya kaum wanita, di

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

48

dalam FELDA Chiku merasa takut dan gerun untuk membuat rawatan.

Bukan itu sahaja, segala makanan dan juga bekalan untuk penambahan zat makanan yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan menerusi jururawat terlatih itu, beliau telah pun mengeksploitkan, telah pun mengguna­kan perkara-perkara ataupun bahan­bahan yang telah diberi oleh Kementerian Kesihatan itu diper­katakan seolah-olahnya pemberian tersebut bukannya datang dari Kementerian Kesihatan, tetapi datang daripada seseorang individu tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, perbuatan yang seperti ini amatlah buruk dan perbuatan yang seperti ini dipandang serius oleh masyarakat di kampung tersebut. Saya ingin menegaskan di Dewan yang mulia ini, bahawa apa yang telah dilakukan oleh jururawat ini mendapat saksi daripada ramai pesakit dalam kawasan ini. Kalau inilah yang berlaku kepada pengamal perubatan ataupun jururawat-jururawat terlatih, yang telah dihantar ke kampung­kampung untuk memberi rawatan yang baik kepada masyarakat di situ, amatlah mengecewakan, khususnya bagi pihak Kementerian Kesihatan sendiri.

Saya di Dewan yang mulia ini memohon supaya pihak Kementerian Kesihatan dapat membuat penyiasatan yang rapi dan membuat tindakan yang tegas kepada jururawat terlatih ini dan supaya perkara ini tidak berulang berlaku kepada mereka khususnya pengamal-pengamal perubatan ataupun jururawat-jururawat yang lain di dalam negara dan khususnya di Negeri Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua, saya ingin bertanya kepada

5 SEPTEMBER 1995

Kementerian Kesihatan mengenai caj bayaran perubatan yang dibuat di hospital~hospital kerajaan di seluruh negara ini kerana setahu saya dan difahamkan kepada saya bahawa bayaran hospital ini boleh dirunding sekiranya ada pesakit-pesakit yang tidak mampu dan miskin yang tidak boleh membayar caj rawatan ini.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Kementerian Kesihatan, apakah caranya dan bagaimanakah boleh seseorang pesakit yang miskin itu mendapat rawatan percuma apabila beliau berada di hospital kerajaan kerana apa yang telah dimaklumkan kepada saya, apabila seseorang pesakit yang benar-benar miskin, yang tidak mampu untuk membayar rawatan perubatan, caj bayaran kepada hospital, mereka telah pun diberitahu bahawa mesti dibayar, kalau tidak mereka tidak akan diberi perawatan yang baik.

Jadi, perkara-perkara yang seperti ini hendaklah diteliti oleh Kementerian Kesihatan supaya perawatan kesihatan ini dapat dinikmati bersama oleh setiap lapisan masyarakat di dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, itulah tiga perkara yang dapat saya perkatakan di dalam Dewan yang mulia ini dalam menyokong suatu akta untuk meminda Akta Perubatan 1971. Sekian terima kasih.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

5.37 ptg.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman): Tuan yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah men yo kong dan membahaskan Rang Undang-undang iaitu Akta untuk meminda Akta Perubatan 1971.

Saya ingin merujuk kepada saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Ding Seling berkenaan dengan perkhidmatan kesihatan pada amnya ditempatkan ditempat-tempat kawasan bandar tetapi di kawasan pedalaman amat kurang sekali dan menyatakan supaya latihan itu perlulah juga dirancangkan untuk memanjangkan latihan-latihan yang dapat diberikan untuk dinikmati oleh pesakit-pesakit yang duduk di peringkat kawasan luar bandar.

Memang Kementerian Kesihatan berusaha menangani masalah untuk meningkatkan dan memberi perkhid­matan yang lebih sempurna ter­utamanya di kawasan-kawasan pedalaman. Tetapi ini semua haruslah bergantung kepada fakta-fakta seperti keperluan dari segi masalah perubatan dan penduduk tempatan yang berkenaan, jarak dengan hospital yang terdekat dan juga bilangan kakitangan yang mencukupi yang ditempatkan di hospital-hospital yang baru dan langkah-langkah ini memang dilaksana­kan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba bahawa penuntut-penuntut yang menjalani latihan biasanya lebih ditempatkan di kawasan-kawasan atau ditempat­tempat perbandaran di mana ada kemudahan-kemudahan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, sebenarnya dalam merujuk kepada soal latihan yang diadakan di hospital-hospital di

49

kawasan-kawasan luar bandar, dalam program latihan, penuntut yang asas di universiti~universiti tempatan, biasanya menjalani sebahagian daripada latihan di kawasan luar bandar. Contohnya di Universiti Malaya, untuk penuntut perubatan tahun 3 dan 4 menjalank~m 'district health posting', dengan izin, ataupun 'rural health posting' dan dalam program latihan 'Masters' dalam kesihatan keluarga, para doktor yang menjalani latihan akan menjalankan latihan amali mereka di hospital -hospital daerah dan di klinik-klinik kesihatan yang bertauliah.

Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan mengenai penjelasan tentang sama ada mereka bertauliah membuat penerangan tentang produk basil yang berkaitan dengan barangan kesihatan. Sebenarnya dari segi kawalan iklan di media seperti televisyen dan sebagainya memang terdapat undang-undang iaitu Akta Ubat iaitu iklan dan penjualan yang mengawal siaran iklan. Siaran iklan hendaklah mendapatkan kelulusan suatu lembaga di bawah Kementerian Kesihatan dan ini memang sentiasa diawasi oleh pihak kementerian.

Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Kamilia binti Ibrahim ..... .

Tuan Rahim bin Baba: (Ban gun)

Tuan Hanipah bin Ahmad: Yang Berhormat, Tuan Rahim minta penjelasan.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, saya faham dari segi iklan, memang diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan dan mesti mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. Yang saya maksudkan ialah mereka yang

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

50

memberikan ceramah ataupun memberi penerangan mengenai kesihatan, adakah mereka ini juga perlu mendapatkan sijil atau pun kelulusan daripada Kementerian Kesihatan? !klan itu saya faham, semuanya ada tulis KKLIU or something like that, lebih kurang. Tetapi dari segi orang yang bercakap mengenai kesihatan di kaca televisyen, adakah mereka ini diperlukan untuk mendaptkan sijil atau kelulusan daripada Kementerian Kesihatan?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan persoalan itu, kalau mereka merujuk kepada Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan penceramah dalam bidang-bidang atau aspek-aspek tertentu, sudah tentunya kementerian mencadangkan supaya mereka ini mestilah yang ber­pengalaman dan arif dalam bidang masing-masing. Umpamanya, kalau hendak cerita soal permakanan, akan dicadangkan seorang yang ber­kelulusan dieticion, seorang yang pakar makan, atau dalam, bidang pesakit. Saya tidak fikir pihak kementerian dengan sewenang-wenangnya memberi sebarang nama yang tidak ada kaitan dengan penguasaan bidang ilmu, kecuali pihak yang menaja rancangan tersebut adalah tidak di bawah kawalan Kementerian Kesihatan yang meng­gunakan budi bicara sendiri, yang merujuk kepada penceramah yang tidak di bawah kuasa atau pun meminta bantuan ataupun pertimbangan daripada pihak kementerian. Jadi, berkenaan dengan ....... .

Tuan Rahim bin Baba: Saya tidak hendak sambung, tetapi nampaknya Timbalan Menteri seolah-olah minta saya sambung lagi. Saya faham kalau

5 SEPTEMBER 1995

diminta dengan Kementerian Kesihatan. Maksud saya ialah, saya ambil contoh yang spesifik, yakni diet Healthy Image, kerana Puan Hajah Zaleha makan itu, dia kata-itu sebabnya dia slim, Puan Faridah pun kena makan itu. Jadi, yang bercakap pagi-pagi, seperti yang kita tengok dan kitil dengar itu, saya nampak­saya bukan hendak memperkecilkan, seolah-olah mereka yang bercakap di kaca televisyen itu, pada pandangan saya seolah-olah tidak mempunyai kelayakan. Jadi, adakah mereka yang hendak bercakap itu mesti mempunyai kelulusan dahulu daripada Kemen­terian Kesihatan, ataupun sesiapa pun boleh, misalnya saya pun boleh kalau hendak bercakap dari segi kesihatan­itu yang saya maksudkan.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Ini berkaitan dengan soal produk, Jadi, yang membuat pene­rangan tentang produk itu adalah mereka yang mempromosikan produk itu. Jadi, itu tidak berkaitan dengan keperluan untuk mendapatkan kebenaran daripada Kementerian. Cuma yang boleh terkawal ialah bahan yang bersabitan dengan ubat-ubatan yang jika melanggar akta Kawalan Dadah, di mana itu merupakan satu kesalahan kalau tidak didaftarkan di bawah Akta Kawalan Dadah yang boleh diambil tindakan oleh pihak kementerian.

Jadi, meneruskan tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Kamilia berkenaan dengan siapakah penyelia dalam soal latihan amali yang dijalankan oleh pelajar atau pengamal perubatan di samping pengamal perubatan yang memegang perakuan pengamalan tahunan, mereka memanglah

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

dikehendaki mempuyai pengamalan yang mencukupi. Mengenai kriteria yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, seperti dalam seksyen 34A(2), mestilah didaftarkan di bawah Akta Pendidikan dan bergabung dengan institusi yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, misalnya, IMC bergabung dengan institusi yang beriktiraf tinggi seperti University of Arberdeen.

Dari segi spesifik, kalau hendak dilihat dari segi kriteria, di antara ciri­ciri yang diberi perhatian ialah jenis kurikulum dan juga tenaga pengajarnya, ratio antara pelajar dan staff tenaga pengajar, kemudahan yang disediakan di tempat pengajaran dan juga pengiktirafan yang diberi oleh negara sendiri di samping pengiktirafan di peringkat antarabangsa untuk mendapatkan international standing, dengan izin. ltu merupakan di antara kriteria yang perlu diberi per­imbangan.

Yang Berhormat Puan Kamilia juga ada menyarankan dalam kurikulum perubatan perlu menekankan soal etika dan perikemanusiaan, kementerian memang mengambil perhatian berat dalam perkara ini dan isu-isu berhubung dengan etika dan perikemanusiaan adalah termasuk dalam kurikulum pendidikan per­ubatan universiti tempatan dan selain daripada itu doktor-doktor pelatih, doktor-doktor siswazah dan doktor­doktor amnya juga sering diingatkan untuk memahami dan mempraktikkan Kod Etika Amalan Perubatan atau pun 'Code of Professional Conduct, dengan izin, yang menekankan tentang isu-isu berhubungan dengan Akta Perubatan ini.

51

Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Be~hormat Puan Rajah Zaleha mengenai pegawai-pegawai perubatan yang ditempatkan di luar bandar, memanglah perkara ini sentiasa diusahakan oleh pihak kementerian untuk cuba mengatasi perkara penempatan pegawai-pegawai per­ubatan ini. Sebab itulah kita meneruskan perkhidmatan wajib sebagai contoh untuk memastikan supaya kekosongan yang terdapat di kementerian dapat terus dikurangkan.

Berkenaan dengan perkara yang bersabitan dengan tindak-tanduk jururawat klinik di Klinik Kampung Chiku 1, siasatan sedang dijalankan oleh pihak kementerian dan tindakan tegas akan diambil hila buktinya jelas menunjukkan beliau tidak mematuhi etika perkhidmatan yang patut diberikan kepada pesakit-pesakit.

Berkenaan dengan caj di hospital, ini adalah ditetapkan di bawah Perintah Fee Perubatan, 1982 di mana pesakit miskin boleh memohon pengecualian daripada Pengarah Hospital dan dalam keadaan pesakit yang berkenaan, yang susah dan memerlukan perbelanjaan khusus, specialise treatment yang agak lebih besar perbelanjaannya, mereka perlulah mendapat rujukan daripada doktor-doktor atau pegawai perubatan atau referer doctor, dengan izin, dan juga mendapat pengakuan daripada pegawai kebajikan kesihatan tempatan.

Jadi, dengan perkara-perkara dan penerangan yang telah saya berikan, saya ingin memaklumkan bahawa pindaan kepada seksyen 34 ini digubal dengan teliti, di mana kualiti pendidikan dan kepentingan penuntut diutamakan manakala keselamatan pesakit terpelihara. Hanya institusi

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

52

pendidikan yang boleh membuktikan keupayaan untuk memberi pendidikan yang berkualiti sahaja akan dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam Jadual Ketiga dan di samping itu institusi berkenaan akan dikehendaki menganugerahkan satu kelulusan yang diiktiraf oleh Majlis Perubatan Negara berkenaan dan Majlis Perubatan Negara ini. Dengan ini kualiti pendidikan yang diberikan perlulah memenuhi kehendak majlis-majlis berkenaan.

Selain daripada itu, institusi-institusi tersebut akan diawasi oleh Kemen­terian Pendidikan, Kementerian dan Majlis Perubatan Malaysia. Dengan adanya pindaan ini, penuntut institusi perubatan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, akan dapat menjalani latihan amali mereka di negara ini dan pertambahan bilangan penuntut perubatan akan me­nambahkan lagi bilangan doktor di negara kita yang masih kekurangan dan dengan tidak secara langsung ia akan mengeratkan lagi hubungan di antara sektor awam dan sektor swasta selain dari mendekatkan matlamat negara untuk menjadikannya sebagai satu pusat kecemerlangan pendidikan.

Dengan itu, sekian, terima kasih. Itulah sahaja yang dapat saya beri penerangan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

5 SEPTEMBER 1995

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatan­kuasa.

(Tuan Hanipah bin Ahmad mempengerusikan J awatankuasa)

Fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN

PUTRAJAYA 1995

Bacaan KaH Yang Kedua dan Ketiga

5.53 ptg.

Menteri eli Jabatan Perdana Menteri (Dato' Abang Abu Dakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men­cadangkan bahawa Rang Undang­undang bernama suatu Akta untuk memperbadanakan Perbadanan Putra­jaya dan untuk mengadakan per­untukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang yang dicadangkan ini bertujuan mewujudkan sebuah badan berkanun Kerajaan Persekutuan yang akan dikenali sebagai Perbadanan Putrajaya khususnya untuk mentadbir dan menguruskan kawasan perbadanan Putrajaya bagi pihak Kerajaan Per­sekutuan.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

Kuala Lumpur ibu kota Malaysia adalah sebuah bandar raya yang telah berkembang pesat dan mencapai berbagai-bagai kemajuan. Walaupun ia dibangunkan sejak dahulu lagi sebagai pusat pentadbiran, hari ini ia sudah menjadi pusat perdagangan yang terbesar di Malaysia. Dalam pada itu, ia masih perlu berlumba dan bersaing dengan ibu kota-ibu kota negara­negara jiran untuk menarik lebih banyak syarikat dagangan yang besar mendirikan regional headquarters, dengan izin, mereka di sini.

Pada masa ini, pejabat-pejabat Kerajaan Pusat bertaburan di banyak lokasi di Kuala Lumpur dan banyak pula daripada pejabat-pejabat ini disewa daripada pihak swasta. Dengan itu, kementerian-kementerian umpamanya terpaksa berkongsi ruang dengan penyewa-penyewa lain. Dengan sensitifnya urusan-urusan kerajaan, perkara ini tidaklah begitu baik. Setelah beberapa tahun perbincangan, kerajaan membuat keputusan untuk memindahkan beberapa aktiviti pentadbirannya ke sebuah pusat khas. Daripada beberapa tempat yang dikaji dan ditinjau di Selangor, Negeri Sembilan dan Perak, kerajaan telah memilih Prang Besar kerana ianya dekat dengan Kuala Lumpur dan terletak di antara Kuala Lumpur dengan lapangan terbang yang baru di Sepang, dengan jarak yang lebih kurang sama.

Pusat pentadbiran ini dirancang untuk menjadi sebahagian daripada multimedia super corridor, dengan izin, yang menyambungi lapangan terbang antarabangsa baru di Selatan dan Kuala Lumpur di Utara dengan mempunyai semua kemudahan yang tercanggih dan terkini.

53

Tuan Yang di-Pertua, pusat pentadbiran baru Kerajaan Per­sekutuan ini diberi nama Putrajaya bagi mengingati Bapa Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kawasan perbadanan Putrajaya ini melibatkan tanah seluas kira-kira 4,400 hektar di dalam daerah Sepang, Selangor.

Penubuhan Perbadanan Putrajaya ini adalah berasaskan kepada Perkara 85 dan 92(1) Perlembagaan Per­sekutuan. Mengikut Perkara 85 itu, perkiraan boleh dibuat antara Persekutuan dengan sesuatu negeri bagi pelaksanaan apa-apa tugas oleh pihak berkuasa Persekutuan bagi pihak berkuasa Negeri. Berdasarkan itu, satu perjanjian telah dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor pada 20hb. Julai 1995 bagi membolehkan Perbadanan Putrajaya menguruskan segala usaha pembangunan serta perkara-perkara yang berkaitan bagi pihak Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan fungsi-fungsi eksekutif, tanah, pembangunan, protokol, fungsi­fungsi pihak berkuasa tempatan dan mana-mana fungsi lain pihak berkuasa negeri.

Kerajaan Negeri Selangor telah pun meluluskan suatu enakmen bagi memberi efektif kepada perjanjian ini pada 1hb. Ogos 1995. Putrajaya akan diadun berteraskan bandar dalam taman, atau dengan izinnya, garden city bagi membolehkan ianya berkembang dengan tidak mengganggu alam sekitar serta sating dapat wujud dengan alam semula jadi. Bandar ini juga bercirikan bistari atau intelligence, dengan izin, yang berbentuk ultra modem. Kerja­kerja pembangunan dijangka akan

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

54

bermula pada akhir tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 10 tahun.

Pelaksanaan projek akan dibahagi­kan kepada dua fasa. Kos pembangunan dijangka dalam lingkungan RM20.09 bilion terdiri daripada antara lain kos pengambilan tanah sebanyak RM700 juta, infrastruktur dan pejabat kerajaan dan kemudahan awam-RM15.29 bilion, perumahan dan perdagangan-RM4.1 bilion. Kerajaan akan menentukan bahawa pembangunan Putrajaya ini tidak akan membebankan kewangan kerajaan. Sebahagian besar pem­biayaannya akan dibuat melalui pendekatan penswastaan.

Tuan Yang di-Pertua, Putrajaya yang bertemakan 'bandar raya dalam taman', berharmoni dengan alam sekitar, moden serta futuristik dan unik adalah merupakan model pem­bangunan bandar di peringkat antarabangsa. Pembangunannya akan turut memberi faedah kepada penduduk negeri Selangor me­mandangkan kawasan seluas 10,000 hektar di luar pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang terletak di dalam negeri Selangor akan turut terbangun bersama-sama kerana kawasan ini termasuk di dalam konsep plan struktur cadangan pusat pen­tadbiran tersebut.

Projek ini juga adalah pelengkap yang unik kepada projek Kuala Lumpur International Airport. Penyediaan kemudahan infrastruktur dan sosial yang dianggarkan bernilai RM15 bilion termasuk penyediaan sistem pengangkutan dan kemudahan asas akan memberi faedah secara langsung kepada negeri Selangor.

Pembangunan di kawasan Putrajaya akan menambah peluang pekerjaan di

5 SEPTEMBER 1995

mana kira-kira 15,000 peluang peke~~an sokongan akan dapat diwujudkan di dalam kawasan negeri Selangor, di luar kompleks pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan tersebut. ·

Pembangunan yang dirancangkan di kawasan Putrajaya ini akan men­datangkan faedah bagi kepentingan negara. Sehubungan itu, Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara dan Kerajaan Negeri Selangor telah pun dirundingi berkenaan dengan rancangan pembangunan di kawasan Putrajaya sebagaimana yang di­kehendaki oleh Perkara 92(1) Pelembagaan Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong telah berkenan serta mengisytiharkan rancangan pem­bangunan itu di dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 3hb. Ogos 1995 bagi penyiaran dan pada 10hb. Ogos 1995 bagi pengisytiharkan sebagaimana yang diperuntukan oleh Perkara 92(1) Perlembagaan Persekutuan itu.

Rang Undang-undang bagi me­wujudkan Perbadanan Putrajaya yang dibentangkan di Dewan ini terbahagi kepada 6 bahagian.

Bahagian I mengandungi perkara permulaan, tajuk ringkas dan takrif beberapa istilah yang digunakan dalam Rang Undang-undang tersebut.

Bahagian II mengandungi per­untukan-peruntukan berkaitan dengan Perbadanan Putrajaya. Di antaranya seperti pengwujudan Perbadanan Putrajaya serta objektif penubuhannya, iaitu bagi mentadbir dan menguruskan kawasan Perbadanan Putrajaya bagi

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

pihak Kerajaan Persekutuan. Bahagian ini juga menerangkan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa tempatan serta kuasa untuk menswastakan aktiviti­aktivitinya.

Selain daripada itu, perbadanan juga bertanggungjawab untuk memaju dan mengusahakan pembangunan ekonomi, sosial, komersil, infrastruktur serta tempat tinggal di dalam kawasan Perbadanan Putrajaya serta bertindak sebagai penyelaras dengan badan­badan kerajaan atau pihak-pihak lain, jika perlu.

Prosedur yang berkaitan dengan perbadanan seperti perlantikan anggota dan perjalanan mesyuarat dinyatakan secara terperinci di dalam Jadual Pertama Rang Undang-undang ini.

Bahagian III mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai Presiden, ketua pegawai eksekutif, pegawai-pegawai dan pengkhidmatan­pengkhidmat perbadanan. Perbadanan adalah bertanggungjawab dalam hal-hal pentadbiran berkaitan pegawai­pegawai dan pengkhidmat-peng­khidmatnya serta boleh membuat peraturan-peraturan mengenai ke­lakuan dan tatatertib mereka.

Bahagian IV pula mengandungi peruntukan-peruntukan mengenai perihal kewangan perbadanan. Ianya mengadakan peruntukan bagi penubuhan satu kumpulan wang. Sumber kumpulan wang ini, antara lainnya ialah daripada wang yang diterima oleh perbadanan dalam menjalankan fungsi-fungsi sebagai pihak berkuasa tempatan serta apa­apa harta yang diperolehi oleh perbadanan. Segala basil dan perbelanjaan perbadanan hendaklah dipertanggungkan kepada kumpulan wang ini.

55

Di antara perbelanjaan yang dibolehkan daripada kumpulan wang ini ialah bagi maksud membayar apa­apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh perbadanan termasuk fee dan kos ukur dan guaman serta membeli kelengkapan yang perlu dalam melaksanakan fungsi-fungsinya dan juga bagi membayar batik apa-apa wang yang dipinjam oleh perbadanan.

Bahagian ini juga memperuntukkan bahawa perbadanan perlu mengadakan satu anggaran perbelanjaan bagi tahun berikutnya yang perlu mendapat kelulusan Menteri yang diper­tanggungjawabkan ke atas kawasan Perbadanan Putrajaya.

Bahagian V menetapkan kuasa­kuasa dan fungsi-fungsi lain per­badanan seperti membenarkan perbadanan mewakilkan kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi tertentu kepada ketua pegawai eksekutif. Membenarkan perbadanan meminjam wang bagi membolehkan perbadanan melaburkan asetnya serta membenarkan per­badanan menubuhkan perbadanan.

Jadual Kedua adalah terpakai bagi perbadanan-perbadanan yang ditubuhkan oleh Perbadanan Putrajaya ini.

Bahagian VI mengandungi peruntukan-peruntukan am seperti pengecualian perbadanan daripada dikenakan duti setem dan obligasi menyimpan rahsia oleh kakitangan perbadanan.

Bahagian ini juga memberi kuasa kepada perbadanan dengan kelulusan Menteri untuk membuat apa-apa peraturan yang perlu bagi melaksana­kan peruntukan-peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

56

Selain daripada itu, Babagian VI ini membalebkan Menteri, selepas berunding dengan pibak berkuasa negeri, membuat apa-apa ubabsuaian kepada mana-mana peruntukan undang-undang bagi melicinkan perj alan an Akta ini.

Tuan Yang di-Petua, saya maban mencadangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Chong Kah Kiat): Tuan Yang di-Pertua, saya maban menyakang.

Tuan Yang di·Pertua: Ahli-abli Yang Berbannat, masalab di badapan Majlis ialab Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhannat Data' Abdul Aziz bin Abdul Rahman.

6.05 ptg.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya maban izin untuk menyakang Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995 yang dibawa aleb pibak kerajaan sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tabniab kepada kerajaan di bawab kepimpinan Yang Amat Berbannat Data' Seri Dr. Mahathir kerana mempunyai satu visi yang amat luas. Satu pandangan jaub untuk mengurangkan desakan, atau dengan izin, pressure, kepada kata raya kita, Kuala Lumpur bagi menempatkan satu kawasan seluas 4,400 bektar di mana pusat pentadbiran akan di­bangunkan. Lebib-lebib lagi kerana kawasan ini dirancang dengan begitu terperinci sebinggakan wujud satu hannani antara manusia, alam sekitar, kebijauannya dan saya difabamkan juga, tasik-tasik yang akan wujud di celab-celab kawasan pembangunan itu.

5 SEPTEMBER 1995

Di sini, kita mengbarapkan banyak lagi agenda nasional akan dibincangkan aleh pibak pemerintab dengan sokongan yang diberi oleb setiap lapisan masyarakat dan rakyat di selurub negara kita. Kita yakin dengan wujudnya satu pusat pembangunan yang akan menelan belanja sebanyak RM20 bilian tentunya akan me­rangkumi setiap aspek yang me­merlukan perancangan yang rapi di bawab satu perbadanan yang kita barapkan diterajui oleb mereka yang mampu memberikan implementasi yang efektif.

Kita juga mengharapkan kawasan yang dibangunkan ini bukan sabaja dapat memberi sokongan kepada Kuala Lumpur yang akan ditinggalkan, kerana kita sepatutnya memberikan satu pandangan yang terperinci tentang apa yang akan terjadi kepada bartanab kerajaan yang wujud di tengab-tengah kota Kulala Lumpur ini dan saya tidak tabu seluas mana­berapa kaki persegi kawasan-kawasan pejabat yang akan ditinggalkan dan siapa pula yang akan mengisinya? Adakab sekumpulan gergasi swasta yang akan mengambil alib kawasan­kawasan yang kita tinggalkan di tengab-tengah kota Kuala Lumpur ini atau ianya dirancang mengikut satu perancangan kbas?

Dalam kita merancang kota baru, dalam kita merancang pusat pen­tadbiran baru, kita juga mestilab memikirkan apa pula perancangan dari segi bartanab yang kita tinggalkan kerana kita bimbang dengan wujudnya satu keadaan pembangunan yang amat pesat di Kuala Lumpur itu sendiri, dengan wujudnya bangunan-bangunan yang mencakar langit oleb pibak swasta, kerajaan akan meninggalkan­kita tidak tabu berapa banyak atau

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

berapa kaki persegi luas kawasan­kawasan pejabat dan sebagainya.

J adi, elok juga pada masa yang sama kita merancang bagaimana kawasan atau hartanah yang ditinggalkan ini yang mempunyai nilai yang amat tinggi dapat juga diisi dengan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu tanpa menjejaskan dasar pembangunan ekonomi kita.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga mengharapkan kerajaan meneliti juga berkenaan dengan arus pembangunan atau cara membangunkan tempat­tempat lain kerana kita dapati pada satu ketika dahulu, semasa beberapa tahun dahulu, Janda Baik pernah difikirkan untuk dijadikan satu pusat pentadbiran yang merangkumi Kuala Lumpur-Janda Baik ini terletak di Kuala Lumpur dan saya tidak tabu mengapa dipanggil "Janda Baik", tetapi saya dengar cerita Janda Baik ini meninggalkan beberapa orang janda yang amat baik hati untuk meneruskan perjuangan orang-orang di zaman dahulu.

Tuan Yang di-Pertua: Bolehlah beri sedikit Jatar belakang untuk penge­tahuan senator-senator lain. (Ketawa)

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Saya difahamkan, mohon izin, Tuan Yang di-Pertua, Janda Baik ini adalah satu tempat yang terletak di kawasan tinggi iaitu bukit tinggi­antara terowong dengan Bentong. Kawasannya lebih kurang berpuluh ribu ekar juga, lebih kurang 2,000 kaki ke atas di mana pada waktu dahulu apabila ada pengembara di antara orang Pahang yang hendak pergi ke Selangor, dia terpaksa singgah di situ. Kerana sudah naik bukit dan turun bukit, dia letih, jadi saya difahamkan

57

Janda Baik ini telah pun memberikan perkhi~atan seperti air minuman dan sebagainya kepada mereka yang mengembara dan lekatlah nama "Janda Baik".

Tuan Yang di-Pertua: Itu sahaja?

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Saya difahamkan.

Tuan Yang di-Pertua: Itu sahaja yang diberikan? (Ketawa) Tidak ada yang lain?

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Saya difahamkan begitulah. Cerita-cerita lanjut itu kita kena buat satu selidikan khas. (Ketawa) Dan kita akan ...... .

Tuan Yang di-Pertua: Itu cakap bekas Timbalan Menteri Besar Pahang. Jadi, kita boleh terimalah.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Jadi, saya merasakan pihak kerajaan juga selain daripada me­mikirkan kawasan pembangunan di bandar Putrajaya ini di mana ianya membuatkan suatu koridor, suatu kawasan antara Kuala Lumpur menerusi Kajang, bandar Putrajaya dan Sepang sehinggalah sampai ke Johor sehingga sampai ke negara jiran kita Singapura adalah merupakan satu kawasan gergasi pembangunan yang amat pesat sekali termasuklah kawasan ke utara daripada Kuala Lumpur sampai ke Ipoh. Sehingga ini kita dapat cerita sampai juga ke Pulau Pinang dengan wujudnya Tiga Segi Utara, Tiga Segi Selatan. Kita mengidamkan pula tiga segi yang efektif di sebelah pantai timur merangkumi Pahang, Terengganu, Kelantan dan juga

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

58

Vietnam dan mungkin Kampuchea. Maka barulah wujud satu per­seimbangan.

Say a tidak lupa juga saudara saya di Sabah dan Sarawak yang mungkin termasuk dalam Tiga Segi sebelah timur dan Filipina mungkin. Jadi, saya merasakan pihak kerajaan dalam kita begitu gigih merancang satu kawasan pembangunan sesuatu tempat, me­mikirkan juga cara mana satu gagasan pemikiran yang dapat kita lahirkan semasa pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad yang kita kasihi.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kalaulah ini dapat kita imbangkan, saya yakin dan percaya hila kita melangkah ke abad 21, menerokai ke Wawasan 2020, negara Malaysia yang tercinta ini akan terus harum dan dalam kita me­ningkatkan ekonomi kita yang setakat ini sampai 8% dan baru-baru ini kita dengar, suku pertama 9.9%, suku kedua 9.3%-purata 9.5% dari segi pembangunan kita, perkembangan ekonomi kita.

Dalam kita menghadapi kegiatan ekonomi yang canggih dan mem­bangun ini, kita berdepan dengan berbagai-bagai masalah antarabangsa. Banyak negara sekarang masih menaruh perhatian serong kepada kita. Sebab itulah bila kita taja EAEC misalnya, negara-negara tertentu cuba mensabotaj, cuba mengadakan sekatan kerana itu merupakan tajaan kita daripada Malaysia. Bila pucuk pimpinan kita Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad pergi merantau ke seluruh dunia, menaikkan bendera dari segi nama baik Islam dan menerusi OIC, kita juga disekat.

Jadi, saya takut dan bimbang apabila kita membangunkan kawasan kita ini,

5 SEPTEMBER 1995

ianya menarik perhatian dunia. Bagaimana negara yang mempunyai penduduk 19 juta hingga 20 juta orang dapat merupakan satu "tiger" atau "harimau" yang bertaring begitu tajam. Ianya merupakan bukannya "anak harimau", merupakan "harimau" yang mempunyai kekuatannya sendiri. Apabila kita menerajui satu sistem merapatkan 350 juta orang di serantau ASEAN, kita juga memberikan satu cabaran kepada negara-negara mem­bangun yang lain. Kita juga menarik perhatian negara-negara yang maju kerana mereka cuba mencari jalan cara mana hendak menyekat kekuatan dan pembangunan kita yang kita laksanakan.

Jadi, jelas sekali, Tuan Yang di­Pertua, Bandar Putrajaya yang mengambil sempena nama Perdana Menteri yang pertama, yang diingatkan sendiri oleh Perdana Menteri yang keempat merupakan satu kesinam­bungan perjuangan bangsa. Di sinilah terletaknya kewibawaan pemimpin kita Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, memikirkan bagaimana sejarah dapat dimaktubkan dengan satu wawasan, wujudnya satu kawasan pentadbiran-4,400 hektar di mana serba-serbi lengkap, futuristik, bangunan-bangunan intelligent. Kita merasakan satu kebanggaan. Satu lambang sukses kepada anak yang merdeka selama 38 tahun.

Di sinilah kita ucapkan tahniah kepada kerajaan yang ada pada hari ini. Memang banyak orang-orang tertentu ini yang mengatakan ini pembaziran, tetapi kita berdiri di sini di belakang Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, mengatakan bahawasanya projek wawasan bandar Putrajaya 101

merupakan lambang kekuatan bangsa

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

di tengah-tengah kawasan pem­bangunan yang sekarang ini rata-rata menunjukkan kemampanan dan kekuatan bangsa kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ucapkan tahniah kepada negeri Selangor kerana sanggup memberikan kawasan yang seluas ini kepada Kerajaan Persekutuan kerana tidak ada emosi yang dapat dicurahkan di sini sebabnya apabila kawasan ini membangun, kita dapati Selangor juga akan mendapat berbagai-bagai kegiatan sampingan daripada 10,000 hektar di kawasan seluruh Selangor dengan mungkin melahirkan 15,000 pekerja-pekerja baru di kawasan itu. Ini menunjukkan bahawasanya projek seperti ini yang dikerjasama dan diusahakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan menerusi perundingan Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara dan Kerajaan Negeri Selangor, tripartite arrangement ini, dengan izin atau kerjasama tiga segi ini telah melahirkan satu kawasan yang tentunya akan menjadi sejarah pada generasi yang akan datang.

Dengan ir · ~.aya menyokong Rang Undang-und<·o" 5 Perbadanan Putrajaya 1995 ini dibawa ke Dewan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba. Silakan.

6.15 ptg.

Tuan Rahim bin Baba: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas dan juga seterusnya menyokong Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995.

59

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya semasa kita mendengar penerangan daripada ·Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai Bandar Putrajaya yang akan dilahirkan tidak berapa lama lagi, kita dapat membayangkan satu bandar s·e­pertimana yang telah pun dikatakan, satu bandaraya yang tumbuh di tengah­tengah taman, bandar raya yang bistari ataupun bandaraya yang intelligent, bandaraya yang sungguh-sungguh kita harap-harapkan.

Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dapat dinafikan Kuala Lumpur sebagai ibu negara kita telah pun mengalami pembangunan yang sebegitu pesat dan juga menjadi satu bandaraya yang bukan hanya sebagai ibu negara kita. Tetapi juga Kuala Lumpur menjadi pusat segala kegiatan ekonomi, pusat kewangan pun di Kuala Lumpur, pusat kesenian dan kebudayaan pun di Kuala Lumpur, pusat pentadbiran pun berada di Kuala Lumpur dan pusat hiburan pun berada di Kuala Lumpur juga. Jadi, telah pun sampai masanya kita memikirkan untuk mengasingkan bandar-bandar ini untuk meluaskan Kuala Lumpur m1 dan juga menubuhkan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan.

Saya percaya kita banyak belajar daripada pengalaman mengenai Kuala Lumpur. Kuala Lumpur yang telah pun didirikan sebagai satu bandar yang kurang perancangan dan banyak pengajaran yang kita perolehi daripada pembangunan Kuala Lumpur dan saya berharap perancang-perancang Putra­jaya ini akan mengambil kira pengalaman-pengalaman yang telah pun kita perolehi daripada pem­bangunan Kuala Lumpur yang dari semasa ke semasa terus menjadi satu bandar yang sesak dan dengan adanya

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

60

pertumbuhan Putrajaya ini, diharapkan kesesakan di Kuala Lumpur akan dapat dipindahkan sebahagian besamya ke dalam bandar Putrajaya yang akan dibina tidak berapa lama lagi.

Tuan Yang di-Pertua, pengajaran­pengajaran yang kita dapati daripada Kuala Lumpur dan juga pengalaman­pengalaman yang kita perolehi daripada Kuala Lumpur, saya percaya ianya akan dapat kita pergunakan dengan sebaik-baiknya apabila kita membangunkan Putrajaya yang akan dilaksanakan tidak berapa lama lagi.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga sepatutnya mengucapkan tahniah dan juga penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah pun satu ketika dulu berkorban memberikan Kuala Lumpur dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan dan hari ini pula Kerajaan Negeri Selangor walaupun tidak dinyatakan Putrajaya sebagai satu lagi kawasan Wilayah Persekutuan, tetapi seolah-olahnya Kerajaan Negeri Selangor telah pun bersetuju dan juga berkorban memberikan Putrajaya untuk dijadikan satu lagi kawasan seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini. Di atas pengorbanan kerajaan dan juga rakyat negeri Selangor itu, saya percaya seluruh rakyat di negara ini memberikan penghargaannya.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pucuk pimpinan sekarang kerana telah pun mengabadikan nama Almarhum Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri kita yang pertama, Bapa Kemerdekaan kita yang di­semadikan dengan nama Putrajaya iaitu satu bandar yang akan kita bangunkan. Dengan ingatan ini, saya percaya ianya, kita juga berharap

5 SEPTEMBER 1995

nama-nama pucuk pimpinan yang lain, Perdana-Perdana Menteri kita yang lain juga akan dapat difikirkan oleh kerajaan untuk disemadikan dengan nama-nama bandar-bandar ataupun bangunan-bangunan yang besar, yang

. akan dibina di Putrajaya kelak.

Tuan Yang di-Pertua, permulaan tadi saya telah pun menimbulkan soal pengalaman kita untuk mendirikan Kuala Lumpur. Kita jangan lagi oleh kerana Putrajaya merupakan satu kawasan lapang, seluas 4,400 hektar dan saya percaya ianya boleh dirancang dengan baik mulai daripada sekarang. Pengalaman-pengalaman, kesilapan­kesilapan yang telah pun kita lakukan semasa kita membina Kuala Lumpur dulu akan kita jadikan sebagai garis panduan supaya ianya tidak berulang lagi. Ianya tidak berulang supaya tidak akan berlaku kesesakan, mungkin tidak sekarang, mungkin generasi yang akan datang dalam masa 100 atau 200 tahun lagi, kita tidak mahu Putrajaya akan menjadi Kuala Lumpur seperti yang ada pada hari ini. Walaupun pada ketika itu kesemua kita di Dewan ini tidak berada lagi di dunia, tetapi kita tidak mahu anak-cucu kita besok mewarisi Putrajaya seperti yang kita warisi Kuala Lumpur pada hari ini, dengan masalah kesesakan, masalah perumahan dan juga sebagainya. Jadi, kita berharap kepada perancang­perancang yang akan rnerancangkan bandar Putrajaya ini akan rnengarnbil kira dan juga akan berpandangan jauh supaya pengalarnan-pengalarnan ini akan kita gunakan.

Saya telah pun bercakap dan bertanyakan soal keturnpatan pen­duduk dalam sesuatu kawasan. Kita lihat di Kuala Lumpur ini apabila kita bercakap tentang keturnpatan pen­duduk, tadi Yang Berhormat Timbalan

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

5 SEPTEMBER 1995

Menteri telah pun memperjelaskan, seolah-olah tidak ada garis panduan tentang ketumpatan penduduk. Jadi, kita mahu Putrajaya akan ada garis panduan. Kalau sesuatu kawasan itu telah pun ditetapkan sebagai berapa ketumpatan penduduk (population density) bagi sesuatu kawasan itu, biarlah population density itu akan wujud di situ sekurang-kurangnya untuk seberapa lama lease tanah yang akan diberikan. Kita tidak mahu seperti di Kuala Lumpur, kawasan-kawasan perumahan yang dibina di Kuala Lumpur, kalau kita duduk dalam satu kawasan yang bertumpatan pen­duduknya 100 orang untuk 1 ekar, dengan serta-merta keadaan itu akan berubah akan menjadi satu kawasan yang sesak.

Kita lihat di kawasan Bangsar telah pun berlaku. Kalau satu hari dulu, kawasan Bangsar, saya percaya ketumpatan penduduknya adalah rendah. Sekarang ini ketumpatan penduduk (population density) di kawasan Bangsar merupakan yang paling tinggi sekali dalam Kuala Lumpur ini. Kita tidak mahu perkara­perkara ini berulang. Jadi, biarlah ada perancangan yang terperinci di­jalankan oleh perbadanan yang menguruskan Putrajaya ini. Kalau tidak, kita akan mengualang kembali sejarah yang kita hadapi hari ini, mungkin kalau kita biarkan keadaan ini 200 tahun ataupun 100 tahun yang akan datang, kita akan terpaksa pula memikirkan satu lagi Putrajaya. Jadi, kita hendak biarlah Putrajaya yang kita ada ini, akan menjadi Putrajaya untuk selama-lamanya, akan menjadi satu bandar bercahaya dalam taman seperti yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri semasa mem­bentangkan Rang Undang-undang ini sebentar tadi.

61

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Lumpur juga banyak memberikan pengalanian-pengalaman. Saya melihat di dalam kedudukan struktur Per­badanan Putrajaya ini terdapat jawatan Presiden ataupun sebagai Pengerusi

1 3

orang pegawai Kerajaan Persekutuan, 2 anggota lain daripada sektor swasta. Tetapi apa yang saya harapkan ialah di antara 3 pegawai Kerajaan Persekutuan, saya harapkan juga akan dapat diletakkan beberapa orang yang berpengalaman mengenai Kuala Lumpur untuk duduk sama di dalam Perbadanan ini untuk memberikan pandangan-pandangan ataupun input­input untuk memajukan bandar Putrajaya ini kelak. Kerana, melalui pengalaman-pengalaman ini, kita harapkan kita tidak lagi mengulangi kesilapan-kesilapan yang telah dan pernah kita lakukan semasa mem­bangunkan Kuala Lumpur dulu.

Tuan Yang di-Pertua, bandar Putrajaya juga akan merupakan satu bandar yang akan dibina memakan belanja RM20.2 bilion iaitu akan melambangkan satu kerjasama di antara pihak swasta dan juga pihak kerajaan. Kita berharap pihak swasta yang dipilih untuk turut sama melaksanakan bandar Putrajaya ini, biarlah pihak swasta yang betul-betul bertanggungjawab, tidak hanya semata­mata memikirkan soal keuntungan. Kalau memikirkan soal keuntungan, kemungkinannya kita tidak akan dapat satu bandar raya sepertimana yang diidamkan oleh pucuk pimpinan kita ataupun seperti yang telah diper­jelaskan oleh Yang Berhormat Menteri semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya ini. Kerana saya khuatir kalau tidak kita kawal daripada sekarang, kalau kita tidak memilih pihak swasta yang

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA filebil. 9 selasa 5 september 1995 malaysia penyata rasmi parlimen dewan negara parlimen kesembilan penggal pertama mesyuarat kedua

62

mempunyai tanggungjawab kepada negara, tidak hanya mempunyai tanggungjawab kepada keuntungan, tetapi kita harapkan pihak swasta yang menyertai pembangunan bandar Putrajaya ini biarlah juga meliputi pihak swasta yang memikirkan soal tanggungjawab kepada negara dan juga tanggungjawab kepada masa hadapan negara.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana saya melihat di dalam Akta ini terdapat juga mengizinkan perbadanan ini menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersifat komersil, saya berharap perbadanan ini tidak terikat untuk memikirkan soal aktiviti-aktiviti yang bersifat komersil. Perbadanan ini biarlah menumpukan semata-mata

5 SEPTEMBER 1995

kepada perancangan bandar Putrajaya ini. Jangan sekali-kali kita meng­alihkan, kalau tidak, ada "conflict of interest" di antara untuk mendapatkan keuntungan dan juga untuk men­jalankan akt1viti-aktiviti komersil. .

Tuan yang di-Pertua, dengan itu saya menyokong Rang Undang-undang Putrajaya 1995. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi, Ahli­ahli Yang Berhormat, pandai betul Tuan Rahim habis tepat pada pukul 6.30 petang. Jadi, sidang ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.