penyata rasmi mesyuarat ketiga (bajet 2012 ......2011/12/19  · 1 penyata rasmi mesyuarat ketiga...

466
1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA KHAMIS, 8 DISEMBER 2011 BIL. 16 TAHUN 12 HADIR Y.B. Dato’ Speaker, Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan, DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN. Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS. (Serom); Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor. Dato’ Haji Ahmad Zahri bin Jamil, DPMJ., PJN., PIS. (Sri Medan) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor. Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai (Sungai Balang) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor. Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS. (Endau) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor. Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS. (Bekok) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor. Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN. (Parit Raja) Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor. Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN. (Johor Lama)

Upload: others

Post on 08-Dec-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

1

PENYATA RASMI

MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL

PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12

HARI PERTAMA KHAMIS, 8 DISEMBER 2011 BIL. 16 TAHUN 12

HADIR

Y.B. Dato’ Speaker,

Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,

DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,

Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.

(Serom);

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,

Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.

Dato’ Haji Ahmad Zahri bin Jamil, DPMJ., PJN., PIS.

(Sri Medan)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan

Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.

Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai

(Sungai Balang)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.

Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.

(Endau)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa

dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.

(Bekok)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.

Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN.

(Parit Raja)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.

Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN.

(Johor Lama)

Page 2: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

2

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan

dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.

Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.

(Tiram)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,

Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.

Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN.

(Gambir)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.

Encik Hoo Seong Chang, PIS.

(Paloh)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.

Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday

(Mahkota)

Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.

(Buloh Kasap)

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.

(Panti)

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.

(Tanjong Surat)

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.

(Bukit Serampang)

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., AMN., PIS.

(Kempas)

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP.

(Machap)

Y.B. Datuk Ng See Tiong, PJN., JP., KMN., AMN., PIS., PK.

(Parit Yaani)

Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.

(Yong Peng)

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.

(Puteri Wangsa)

Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.

(Semerah)

Page 3: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

3

Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.

(Layang-Layang)

Y.B. Encik Lau Chin Hoon,

(Pemanis)

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., PPN., AMN.

(Kemelah)

Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.

(Bukit Naning)

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee, DPSM.

(Jementah)

Y.B. Encik Cheong Chin Liang,

(Bukit Batu)

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.

(Pulai Sebatang)

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.

(Nusajaya)

Y.B. Datuk Koh Chee Chai, PJN., PIS.

(Penggaram)

Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.

(Johor Jaya)

Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.

(Pasir Raja)

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.

(Benut)

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu, PJN., PIS., BSI., KMN., AMN., PPN.

(Permas)

Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,

(Penawar)

Page 4: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

4

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,

(Kahang)

Y.B. Encik Tang Nai Soon,

(Pekan Nenas)

Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PMW.

(Jorak)

Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,

(Bukit Permai)

Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.

(Tangkak)

Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,

(Sedili)

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, PPN.

(Senggarang)

Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.

(Tenggaroh)

Y.B. Encik Chia Song Cheng,

(Pengkalan Rinting)

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru, KMN., AMN., PIS.

(Tanjung Puteri)

Y.B. Encik Mok Chek Hou,

(Stulang)

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim

(Tenang)

Y.B. Encik Ong Kow Meng,

(Senai)

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,

(Sungai Abong)

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,

(Bentayan)

Page 5: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

5

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau,

(Skudai)

Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim

(Maharani)

Y.B. Encik Ng Lam Hua,

(Mengkibol)

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN

NEGERI JOHOR)

Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,

Dato’ Haji Obet bin Tawil, DPMJ., PIS.

Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,

Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM.

Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,

Tuan Haji Marsan bin Kassim

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali

(Bukit Permai)

Page 6: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

6

Persidangan bermula pada jam 9:35 pagi.

Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.

DOA.

(Jurutulis baca doa).

Jurutulis : PEMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT DATO’ SPEAKER.

Y.B. Dato’ Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan

diucapkan selamat pagi, salam sejahtera, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Alhamdulillahlah dapat bertemu kembali dalam persidangan Dewan pagi ini. Jemput,

Jurutulis.

Jurutulis : PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS MESYUARAT.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon

membentangkan Kertas Mesyuarat Bil. 36 hingga 41 Tahun 2011.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon membentangkan

Kertas Mesyuarat Bil. 42 hingga 52 Tahun 2011.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon

membentangkan Kertas Mesyuarat Bil. 53 Tahun 2011.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon

membentangkan Kertas Mesyuarat Bil. 54 Tahun 2011.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya

mohon membentangkan Kertas Mesyuarat Bil. 55 Tahun 2011.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon membawa

rundingan menurut Peraturan Tetap 15(3) supaya Rang Undang-Undang Enakmen

Pembekalan (2012) Tahun 2011 dikemukakan sekarang, tanpa mengikut susunan

perkara-perkara mesyuarat.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker saya menyokong rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-

Undang Enakmen Pembekalan (2012) Tahun 2011 dikemukakan sekarang. Ahli-Ahli

yang bersetuju angkat tangan, yang tidak bersetuju rundingan itu dipersetujukan.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon membawa

Rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Pembekalan

(2012) Tahun 2011 dibaca kali yang pertama.

Page 7: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

7

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker saya menyokong rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang pertama.

Jurutulis : Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan

Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu

untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat bagi membolehkan sekalian dif masuk

ke Dewan ini untuk mengikuti ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor

mengenai Bajet Negeri Johor 2012, maka saya tangguhkan Persidangan ini selama 15

minit.

Persidangan ditangguhkan pada jam 9:50 pagi.

Persidangan disambung semula pada jam 10:05 pagi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan disambung semula. Jemput

Yang Amat Berhormat.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon membawa

rundingan, supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

Bismillahirrahmaanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam

sejahtera, Yang Berhormat Dato’ Speaker, alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah

Subhanahuwataala kerana dengan limpah kurnian-Nya juga dapat saya

membentangkan Ucapan Bajet Negeri Johor Tahun 2012 di Dewan yang mulia pada

pagi ini. Bersyukur juga kita kerana memperoleh kesihatan yang baik dan kekuatan

untuk terus memikul amanah membela rakyat dan memakmurkan negeri Johor.

Kita juga bersyukur kerana rancangan demi rancangan yang diterjemahkan dalam

bentuk pelaksanaan telah berjalan lancar untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

Pembangunan prasarana utama dengan rangkaian lebuh raya dan jalan-jalan utama,

persimpangan bertingkat dan sebagainya terbentang luas demi kemudahan rakyat.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan mendalam kepada

Kerajaan Persekutuan yang menyahut usaha membangunkan prasarana secukupnya

terutamanya di Iskandar Malaysia. Kerajaan Negeri berasa beruntung apabila hasrat

dan cita-cita ini mendapat dorongan dan sokongan yang kuat daripada Kerajaan

Persekutuan.

Banyak juga kemudahan dan prasarana diwujudkan bagi menghubungkan kawasan-

kawasan tertentu dengan bandar-bandar utama serta pusat-pusat pertumbuhan,

yang akan merancakkan lagi kemajuan negeri ini dan kini, boleh dikatakan

sebahagian besar kawasan yang ada penduduk di Negeri Johor ini tidak lagi dilihat

sebagai kawasan pendalaman malah dikatakan peratus kawasan yang berada

dalam kategori bandar di Negeri Johor ini semakin meluas saban tahun.

Page 8: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

8

Pada masa yang sama, pelbagai program pengisian telah dapat dilaksanakan

dengan mencakupi keperluan pelbagai lapisan masyarakat, yang bukan sahaja

dalam bentuk pembangunan ekonomi semata-mata, malah dari segi kerohanian,

modal insan dan alam sekitar demi membawa kesejahteraan bersama. Dasar yang

menyeluruh lagi seimbang ini telah kita teruskan, malah memberi tumpuan kepada

kualiti hidup rakyat dari segi menyediakan persekitaran yang lebih kondusif lagi ceria.

Oleh itu, Bajet 2012 ini bertemakan “Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat”

untuk menggerakkan usaha ke arah meningkatkan hasil Kerajaan demi memberi

perkhidmatan lebih baik di samping memacu pertumbuhan bagi meningkatkan

pendapatan rakyat.

Tumpuan diberikan kepada keselesaan hidup rakyat dengan meningkatkan kualiti

perkhidmatan yang menyentuh hati nurani dan juga kehidupan seharian mereka.

Cabang-cabang pembangunan seperti pembasmian kemiskinan, pembangunan

sosioekonomi, pendidikan dan alam sekitar dan kesihatan, diolah untuk meningkatkan

mutu hidup rakyat dan pelaksanaannya merentasi segenap lapisan rakyat dengan

sasaran merapatkan jurang sesama kumpulan masyarakat antara rakyat berbilang

kaum, bahkan antara wilayah sama ada di bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

Bajet 2012 digarap dengan mengambil kira suasana ekonomi dunia yang semakin

rencam dengan ketidaktentuan pasaran global, berikutan masalah yang dihadapi

oleh kebanyakan negara di dunia, tidak kira negara membangun ataupun yang

maju. Harga bahan api dan bahan makanan adalah tinggi selain banyak negara

berdepan dengan tekanan pengangguran dan hutang yang tinggi. Berpunca

daripada masalah kewangan ia membawa kepada kesan pelbagai terhadap

ekonomi termasuk kejatuhan nilai dagangan kenaikan kos pengeluaran dan

penggunaan yang menyebabkan kemerosotan pengeluaran dan pelaburan. Mujur di

Negeri Johor ini, pergantungan kepada pengeluaran komoditi utama sedikit sebanyak

dapat meredakan tekanannya termasuk di luar-luar bandar berikutan pendapatan

rakyat, rata-ratanya masih stabil. Begitu pun inisiatif lebih terancang dan berkesan

perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kesan akibat kelembapan ekonomi dunia.

Kita perlu mengambil langkah-langkah lebih proaktif dan tepat untuk menjamin

pertumbuhan berterusan dalam usaha memastikan perancangan ke arah negara

maju dan ekonomi berpendapatan tinggi tidak terencat.

Johor yang sudah pun mengenal pasti sumber kekuatan termasuk kedudukannya

yang strategik di laluan perdagangan, keyakinan tinggi pelabur asing, kepelbagaian

sumber ekonomi, tenaga manusia terlatih, prasarana yang lengkap dan

keseimbangan pembangunan wilayah, menggemblengkan kesemua sumber tersebut

dalam menghadapi cabaran masa depan.

Di luar Kota Iskandar, tempat kita bersidang ini, rakyat sendiri boleh menyaksikan

kerancakan pembangunan sedang pun berlaku di sekitar Nusajaya, di Kulaijaya, selain

daripada Johor Bahru dan sekitarnya. Timur Johor pula akan membangun dengan

pengkhususan dalam bidang minyak dan gas, selain daripada kluster khas industri lain

yang telah dikenal pasti. Kegiatan-kegiatan ini mewujudkan kek ekonomi yang lebih

besar untuk membolehkan pengagihan yang lebih merata lagi, adil, seimbang lagi

menyeluruh, sekali gus menjamin kemakmuran dan kesejahteraan di kecapi bersama

Page 9: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

9

oleh rakyat jelata. Inilah yang sedang berlaku di Iskandar Malaysia dan Timur Johor di

mana kesan limpahannya turut merentasi sempadan di daerah-daerah yang lain.

Pada masa yang sama kerajaan yang sememangnya mengamalkan perbelanjaan

yang berhemah, akan terus mengurus dengan penuh tanggungjawab dengan

melaksanakan apa juga pembangunan dan program berdasarkan kepada

keutamaan. Tumpuan akan diberikan kepada program-program yang memberi

impak lebih meluas yang mengutamakan kepentingan ramai. Perkhidmatan kerajaan

akan ditingkatkan dengan inisiatif-inisiatif yang lebih inovatif sesuai dengan aspirasi

rakyat masa kini.

Semua perancangan ini dapat diatur dan dilaksanakan dengan penglibatan merata

rakyat yang disertai sokongan padu mereka. Sokongan yang dicurahkan oleh rakyat

selama ini, sentiasa menjadi sumber kekuatan kepada kerajaan untuk meneruskan

pembelaan dan menjana kesejahteraan dan keyakinan yang tidak pernah luntur itu

membuktikan rakyat memahaminya, menyaksikan sendiri rekod perkhidmatan ini,

malah sama-sama menikmati generasi demi generasi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk kepada cabaran ekonomi dunia dalam

tempoh separuh pertama 2011 ini, kegiatan ekonomi global dijangka mencatat

pertumbuhan sederhana serta pemulihan ekonomi yang menjadi tidak sekata di

antara rantau. Ini dapat dilihat dengan perkembangan ekonomi yang lebih perlahan

di negara-negara maju terutama negara-negara Kesatuan Eropah dan juga Amerika

Syarikat. Negara-negara membangun ini terus dihimpit dengan masalah

pengangguran yang tinggi, pembaharuan sektor kewangan yang perlahan serta

defisit fiskal dan hutang negara yang tinggi.

Selain itu, gangguan rantaian pengeluaran dan bekalan berikutan siri bencana di

Jepun serta pergolakan di Afrika Utara dan Timur Tengah sedikit sebanyak

menyumbang kepada ketidaktentuan pasaran global. Walau bagaimanapun,

ekonomi negara-negara pesat membangun serta negara-negara membangun lain

terus mencatatkan pertumbuhan kukuh untuk menyokong pertumbuhan ekonomi

global.

Bagi separuh kedua tahun 2011 dan 2012, prospek ekonomi global dijangka lebih

mencabar. Ketidaktentuan pasaran global semakin menjadi kebimbangan pakar-

pakar ekonomi. IMF telah menyemak semula pertumbuhan ekonomi dunia kepada 4%

dan perdagangan dunia kepada 5.8%. Perkembangan ekonomi global ini sudah pasti

akan memberi impak langsung ke atas ekonomi Malaysia.

Berhadapan dengan persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar, ekonomi

Malaysia terus mencatat perkembangan sebanyak 4.4% pada separuh tahun pertama

2011. Meskipun, kadar pertumbuhan ini lebih perlahan berbanding tempoh sama

tahun lepas iaitu 9.5%, momentum pertumbuhan dijangka meningkat pada separuh

kedua tahun 2011 yang dipacu oleh penggunaan swasta yang berdaya tahan serta

pelaburan swasta yang kukuh.

Dan dari sudut penawaran, semua sektor dijangka mencatat pertumbuhan positif

kecuali sektor perlombongan pada tahun 2011. Perkara ini disebabkan oleh

Page 10: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

10

pengeluaran minyak mentah yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Berikutan perkembangan ini, keadaan pasaran buruh kekal stabil dengan kadar

pengangguran dijangka menurun kepada 3.3% serta kadar penyertaan tenaga buruh

dijangka meningkat kepada 64.8% pada tahun 2011. Seiring dengan trend inflasi global

yang terus menghimpit berikutan harga bahan api dan makanan yang lebih tinggi

pada tahun 2011, inflasi di Malaysia dinilai melalui indeks harga pengguna mencatat

peningkatan 3.1% pada 8 bulan pertama tahun ini, berbanding dengan 1.5% tempoh

yang sama. Walau bagaimanapun, berbanding negara lain, kadar inflasi Malaysia

kekal antara yang terendah di rantau ini.

Prospek pertumbuhan ekonomi pada tahun 2012, kekal menggalakkan yang dijangka

akan dipacu oleh permintaan domestik berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang

mencabar ini. Walaupun persekitaran luar tidak menentu, memberi kesan kepada

prospek 2012, asas-asas ekonomi yang kukuh seiring dengan dasar pengurusan mikro-

ekonomi yang pragmatik sudah pasti akan dapat merangsang pertumbuhan ekonomi

Malaysia.

Dan, merujuk kepada ekonomi Negeri Johor, pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri

Kasar (KDNK) Negeri Johor, kembali mencatat pertumbuhan ekonomi

memberangsangkan pada tahun 2011, dengan kadar 9.3% setelah mengalami

penguncupan pada tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini merupakan ketiga tertinggi

berbanding negeri-negeri lain yang diterajui oleh pemulihan dalam sektor pembuatan.

Sektor pembuatan merekodkan pertumbuhan tertinggi pada kadar 19.6% pada tahun

2010 dan merupakan penyumbang kedua terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri

Kasar sebanyak 33.8%. Ini adalah hasil daripada permintaan luar yang tinggi bagi

produk elektrik dan elektronik serta kemasukan pelaburan yang kembali aktif. Sektor

perkhidmatan yang merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK Negeri Johor

telah merekodkan pertumbuhan sebanyak 5.7% yang disokong oleh aktiviti berkaitan

perdagangan dan penggunaan.

Hasil pemulihan ekonomi ini, keadaan pasaran pekerjaan kembali pulih pada suku

ketiga tahun 2009 dan momentumnya dapat diteruskan sehingga sekarang dengan

jumlah pemberhentian yang rendah, diiringi kekosongan jawatan yang tinggi dan

kadar pengangguran pada tahun 2010, telah menurun kepada hanya 2.5%

berbanding 3.2% tahun sebelumnya. Pada tahun 2011, KDNK Negeri Johor diunjurkan

mencatat 5.9% yang dipacu oleh sektor perindustrian dan juga sektor perkhidmatan.

Dato’ Speaker, secara keseluruhan pencapaian, prestasi pelaksanaan program

pembangunan yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, adalah

memuaskan. Hingga 31 Disember 2010, 2,434 projek ataupun 90% telah berjaya

disiapkan. Manakala dari aspek perbelanjaan pula, sebanyak 82% daripada RM13.6

bilion telah dibelanjakan dalam tempoh tersebut.

Rancangan Malaysia Ke-10, memperkenalkan pendekatan Rolling Plan bagi

menyokong pencapaian outcome serta Bidang Keberhasilan Utama Nasional, NKRA.

Melalui pendekatan Rolling Plan dalam tempoh RMKe-10 ini, peruntukan yang

diluluskan kepada Kementerian dan agensi kerajaan bagi melaksanakan pelbagai

program dan projek pembangunan akan dikaji setiap tahun mengikut keutamaan dan

Page 11: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

11

keperluan yang menekankan perbelanjaan hemah agar segala perbelanjaan

kerajaan mendatangkan pulangan yang sewajarnya dengan izin, value for money

demi kesejahteraan rakyat. Dalam peringkat pelaksanaan projek yang bernilai RM50

juta ke atas mekanisme pengurusan nilai ataupun value management telah

diperkenalkan bagi memastikan semua stakeholder dilibatkan pada peringkat awal

agar pindaan dan perubahan keperluan di peringkat pelaksanaan dapat

diminimumkan.

Di dalam Rolling Plan Pertama, bagi tempoh 2 tahun iaitu 2011 dan 2012, sebanyak

RM5.4 bilion telah pun diluluskan kepada 19 Kementerian, agensi bagi melaksanakan

657 projek dan program pembangunan di Negeri Johor. Daripada jumlah tersebut

sebanyak 342 projek sambungan bernilai RM2.2 bilion dan bakinya 315 projek adalah

projek baru dengan anggaran siling berjumlah RM3.2 bilion. Dalam memastikan projek

dan program pembangunan dapat dilaksanakan dan disiapkan mengikut

perancangan, usaha-usaha pemantauan akan dilaksanakan dengan lebih kemas di

semua peringkat baik di peringkat daerah melalui Jawatankuasa Kerja Tindakan

Daerah, manakala di peringkat negeri melalui Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri

dan juga Majlis Tindakan Negeri. Semua isu dan masalah pelaksanaan projek kerajaan

akan dikenal pasti dan diselesaikan segera bagi menangani masalah projek lewat

jadual, sakit dan terbengkalai yang akan memberi imej yang tidak, yang negatif

kepada pihak pelaksana.

Dato’ Speaker, pada tahun 2011, ekonomi Negeri Johor dijangka akan meneruskan

momentum pertumbuhan dengan KDK Negeri Johor diunjurkan mencatat

pertumbuhan 5.9%. Semua sektor pengeluaran ekonomi Negeri Johor dijangka

mencatat pertumbuhan positif yang dipacu oleh sektor perindustrian dan

perkhidmatan. Hingga Ogos 2011, Negeri Johor telah mendapat suntikan pelaburan

bernilai RM6 bilion. Suntikan pelaburan dalaman mengatasi Foreign Direct Investment,

dengan izin. Penyumbang utama datangnya daripada industri kelengkapan

pengangkutan, industri pemprosesan makanan diikuti industri elektrik dan elektronik.

Suntikan pelaburan dijangka akan berterusan dengan Negeri Johor dijangka akan

menerima suntikan pelaburan luar berjumlah RM18.8 bilion daripada Gulf Petroleum

dan juga Solexcel. Prestasi baik ini adalah hasil daripada usaha dan pembentukan

mekanisma pelaburan terbaik oleh Kerajaan Negeri yang digalas secara profesional

oleh agensi-agensi kerajaan.

Dato’ Speaker, penubuhan Iskandar Malaysia sebagai pemangkin aktiviti ekonomi di

kawasan ini telah berjaya menyuntik kegiatan pembangunan ekonomi dan juga sosial.

Sehingga September 2011, Iskandar Malaysia telah merekodkan komitmen pelaburan

berjumlah RM77.82 bilion. Sehingga kini, sumbangan pelaburan domestik dan juga

asing telah meningkat secara konsisten. Ini memberi gambaran bahawa pelabur-

pelabur mempunyai keyakinan berterusan terhadap pembangunan wilayah ini. Bagi

memastikan Iskandar Malaysia terus memelihara kesejahteraan rakyat seiring dengan

pertumbuhan pesat aktiviti ekonomi, beberapa pelan pembangunan telah pun

dilaksanakan. Antaranya ialah segmen yang diutamakan ialah pemuliharaan alam

sekitar, keselamatan untuk komuniti dan perniagaan, pertumbuhan sosioekonomi yang

inclusive, modal insan yang berkualiti serta pengangkutan awam yang efisien.

Pembiayaan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, amat penting dalam

merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri.

Page 12: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

12

Selain itu, penglibatan sektor swasta juga amat penting sebagai pelengkap kepada

pembiayaan awam. RMK-10, merupakan pendekatan inovatif dalam memangkinkan

pembangunan di wilayah pembangunan ini. Penyertaan sektor swasta seperti dalam

projek Johor Premium Outlets yang telah pun dibuka, dijangka akan menjana serta

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi ini. Ditambah dengan beberapa lagi

projek mega yang dijangka siap seperti Legoland, Puteri Indoor Themepark dan

beberapa institusi pengajian tinggi di EduCity pada tahun 2012.

Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECERDC) yang melibatkan daerah Mersing

pula, memainkan peranan dalam memangkinkan aktiviti ekonomi dan taraf hidup

rakyat di kawasan berkenaan. Antara projek-projek ekonomi di Mersing adalah projek

pembangunan modal insan, keusahawanan, pertanian, pelancongan dan juga projek

infrastruktur.

ECERDC juga telah merancang beberapa projek pembangunan sosial melalui

beberapa pendekatan seperti program keusahawanan, pembangunan modal insan,

projek jahitan di Mersing, yang disertai oleh peserta yang terdiri daripada golongan ibu

tunggal dan golongan berpendapatan rendah telah membantu usaha kerajaan

dalam menjana pendapatan bagi golongan tersebut. Manakala program di bawah

Prakarsa, pembangunan modal insan pula, beberapa projek seperti Program

Perbadanan dan Latihan serta National Talent Enhancement Programme, dirancang

untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati dan disumbangkan oleh

golongan sasar iaitu golongan belia.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Strategi Bajet 2012:-

1. Menjana pertumbuhan ekonomi dengan lebih strategik.

2. Memangkin pembangunan dan penghayatan Agama Islam.

3. Membangunkan masyarakat Johor yang beridentiti dan mempunyai nilai-nilai

murni.

4. Meningkatkan kualiti hidup rakyat.

5. Melaksanakan transformasi perkhidmatan awam.

6. Meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat.

STRATEGI PERTAMA : MENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI DENGAN LEBIH STRATEGIK.

Mengambil kira ketidaktentuan ekonomi global. Kerajaan amat menyedari pelbagai

inisiatif dan pelan telah pun direncanakan bagi memastikan ekonomi domestik dapat

terus berdaya tahan. Di peringkat Kerajaan Persekutuan, Pelan Transformasi Ekonomi

yang telah mengenal pasti beberapa sektor sebagai Bidang Keberhasilan Utama telah

pun disempurnakan dengan melibatkan pelbagai agensi. Di peringkat negeri ini,

Pelan Induk Ekonomi bagi beberapa kawasan di luar Iskandar Malaysia akan

disediakan. Dan, untuk mencapai matlamat menjana pertumbuhan ekonomi dengan

lebih pesat dan strategik maka adalah dicadangkan prakarsa-prakarsa yang berikut.

Prakarsa 1 : Menyediakan Pelan Pembangunan Khas Bagi Kawasan Berimpak Tinggi.

Page 13: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

13

Kerajaan telah mengenal pasti beberapa Bidang Keberhasilan Utama yang berpotensi

untuk mengekal, memangkin pertumbuhan ekonomi di Negeri Johor. Bidang

Keberhasilan Utama ini akan memberikan fokus untuk memastikan matlamat yang

ingin dicapai dapat direalisasikan serta impaknya akan dikecapi oleh rakyat. Antara

Bidang Keberhasilan Utama yang dikenal pasti adalah :

Langkah Pertama : Membangunkan projek-projek berasaskan petroleum di

Pengerang.

Mengambil kira kedudukan yang strategik dan juga perairan yang mempunyai

kedalaman yang sesuai, kawasan Pengerang telah dikenal pasti sebagai hab industri

minyak dan gas di bawah aktiviti ekonomi utama nasional. Kerajaan Negeri telah

menerima cadangan beberapa syarikat yang berpotensi membawa masuk projek-

projek pembangunan berimpak tinggi seperti Dialog Group Berhad dan Petronas.

Antara projek-projek yang dicadangkan ialah pembangunan Terminal Petroleum,

Marin Laut Dalam dan juga Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak Mentah dan

Petrokimia.

Bagi memastikan projek hab industri minyak dan gas di Negeri Johor ini berjalan

dengan lancar, kerajaan telah menubuhkan Unit Minyak dan Gas Negeri Johor,

bertujuan untuk menjalankan dan memantau apa-apa perkara berhubung dengan

pemajuan pembangunan serta perancangan di dalam hab industri minyak, gas di

Negeri Johor.

Bagi memastikan kepentingan ekonomi dan sosial penduduk dan alam sekitar,

kerajaan sedang pun menyediakan Rancangan Khas Kawasan bagi kawasan

Pengerang. Kajian ini akan memfokuskan kepada 5 segmen utama iaitu guna tanah,

infrastruktur, alam sekitar, perancangan pengangkutan trafik serta penilaian impak

sosial bagi kawasan yang terlibat. Kajian ini amat penting untuk memastikan kebajikan

rakyat serta penduduk di kawasan Pengerang terbela serta dapat menikmati limpahan

pembangunan di kawasan ini. Industri minyak dan gas Negeri Johor termasuk di

Tanjung Bin dan di Tanjung Langsat dijangka menjana pendapatan negara kasar (GNI)

sebanyak RM17.95 bilion untuk menawarkan peluang pekerjaan sebanyak 7,950

menjelang 2020.

Langkah kedua : Melaksanakan Pelan Transformasi Daerah Sentral Johor Bahru.

Sebelas Bidang Keberhasilan Utama telah dirangka dalam memastikan Daerah Sentral

Johor Bahru menjadi sebagai pusat ekonomi yang mengekalkan nilai warisan dan

budaya. Antara fokus utama Pelan Transformasi ini ialah penambahbaikan kualiti air,

Sungai Segget semestinya, mengurangkan kejadian banjir kilat, menambah baik

persekitaran bandar raya dan juga menjadikan Daerah Sentral ini berdaya saing,

mampan serta menjadi pilihan utama untuk tujuan melancong, menetap, bekerja dan

menjalankan perniagaan.

Bagi tahun 2012, 2013 ini kerajaan akan melaksanakan 14 projek merangkumi 6 Bidang

Keberhasilan Utama antaranya projek-projek yang akan dijalankan ialah projek

penebatan di Sungai Segget, pengindahan dan penempatan pemulihan semula

Sungai Segget dan Jalan Ayer Molek, loji pembentangan Sungai Segget, kerja-kerja

Page 14: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

14

membaik pulih Bangunan Sultan Ibrahim, mewujudkan Muzium KTMB, menaik taraf

Taman Botani, menaik taraf serta pengindahan Jalan Wong Ah Fook dan

membangunkan semula Jalan Trus dan mewujudkan Meldrum Food Village, dengan

izin.

Prakarsa 2 : Meletakkan Johor Sebagai Destinasi Pelaburan Yang Kompetitif Dan Mesra

Pelabur.

Seterusnya Dato’ Speaker, hasil usaha giat Kerajaan Negeri dalam menarik minat

pelabur asing dan tempatan, kemasukan pelaburan kembali rancak setelah

mengalami sedikit kelembapan pada tahun 2009. Bagi memastikan momentum ini

dapat dikekalkan beberapa langkah untuk meletakkan Johor sebagai destinasi

pelaburan yang kompetitif akan dilaksanakan.

Langkah Pertama : Menumpukan Usaha Menarik Pelaburan Industri Sasaran.

Kerajaan Negeri menggunakan tiga pendekatan untuk menjayakan langkah ini.

Pendekatan yang pertama ialah dengan memberi tumpuan dan perhatian yang lebih

kepada industri yang konsisten, menerima pelaburan besar. Tumpuan terhadap

industri ini seiring dengan iltizam Kerajaan Negeri untuk membangunkan kluster industri

yang berdaya saing. Antara industri yang akan diberi tumpuan ialah industri elektrik

dan elektronik, bahan kimia, makanan, petrokimia dan logam asas. Lima kluster industri

ini berperanan mendukung aktiviti pelaburan di Negeri Johor.

Dalam pendekatan kedua, Kerajaan Negeri membangunkan kawasan industri bagi

tujuan kluster khas iaitu kluster yang berupaya menjadi pemangkin ekonomi negeri di

samping kluster industri asas yang sedia ada. Pengkhususan kawasan industri yang

diwujudkan bagi tujuan kluster khas ialah seperti kluster BioValley di Desaru, BioExel di

SILC dan Hab Minyak dan Gas di Teluk Ramunia dan beberapa kawasan lain. Walau

bagaimanapun, kluster industri yang sedia ada tidak akan diabaikan malah Kerajaan

Negeri akan terus memperkasakan industri-industri ini.

Kerajaan Negeri juga akan memberi tumpuan kepada industri berimpak tinggi yang

merangkumi perusahaan teknologi tinggi serta berintensifkan modal. Pendekatan

ketiga ini penting untuk menjaga pendapatan negeri yang stabil di samping

meningkatkan nilai tambah dalam sektor perindustrian. Antara industri berteknologi

tinggi dan berintensifkan modal yang wujud selain daripada industri minyak dan gas

ialah Industri Bioteknologi dan juga Industri Teknologi Hijau. Kedua-dua industri ini telah

berjaya menarik pelaburan lebih daripada RM3.8bilion ke dalam ekonomi Negeri

Johor.

Langkah Kedua : Mewujudkan Persekitaran Yang Kondusif Bagi Menggalakkan

Pertumbuhan Pelaburan.

Bagi mengerakkan langkah kedua ini, kerajaan telah menggariskan beberapa

pendekatan yang berupaya memacu pertumbuhan pelaburan di negeri ini.

Antaranya dengan mewujudkan pembangunan menyeluruh dari aspek kemudahan

infrastruktur dan utiliti. Dalam aspek ini kerajaan dalam peringkat cadangan untuk

Page 15: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

15

mewujudkan jaringan perkhidmatan kereta api dari Senai ke Pelabuhan Tanjung

Pelepas demi melicinkan kemudahan aliran transit kargo. Di samping itu,

penambahbaikan sistem bertelekomunikasi terus dipergiatkan terutamanya

penambahbaikan dalam perkhidmatan jalur lebar serta pencawang masuk utama

yang melibatkan Telekom Malaysia dan juga Tenaga Nasional.

Kerajaan Negeri juga komited dalam menyediakan kemudahan penempatan pekerja

yang berkualiti dan selesa di kawasan kilang atau pun di kawasan yang berhampiran.

Pemeriksaan secara berterusan di penempatan-penempatan pekerja asing untuk

memastikan keselamatan dan ketenteraman persekitaran terjamin.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan akan

berperanan lebih objektif dan memberi keutamaan terhadap penyelenggaraan

kawasan industri. Perkhidmatan selenggaraan yang cekap juga merupakan satu

faktor mendorong kedatangan pelabur ke negeri ini.

Langkah Ketiga : Menggalakkan Usaha-Usaha Menarik Masuk Pelaburan.

Agensi kerajaan berkaitan disaran supaya lebih bersedia untuk menyertai misi menarik

pelaburan di luar negara. Kerajaan Negeri mempunyai iltizam untuk mengamalkan

pendekatan current and state supaya kepesatan pelaburan di negeri ini tidak

menjejaskan kepentingan negeri dan rakyat. Di sebalik pelaburan dan pendapatan

yang dijana secara agresif. Di samping itu pemerkasaan modal insan yang menjadi

nadi penggerak ekonomi dan pelaburan akan dipertingkatkan sejajar dengan

kehendak pasaran.

Seterusnya, Prakarsa 3, Dato’ Speaker iaitu Mengoptimumkan Produktiviti Sektor

Pertanian.

Sektor pertanian akan memberi fokus kepada mengoptimumkan produktiviti selaras

dengan Model Baru Ekonomi, Dasar Pertanian Negara dan Dasar Agro Makanan

Negara. Matlamatnya adalah meningkatkan keluaran pertanian dan meninggikan

pendapatan petani, nelayan dan usahawan tempatan. Dalam usaha merancakkan

lagi sektor pertanian di negeri ini, langkah-langkah berikut telah dirancang :

Langkah Pertama : Memperhebatkan Perlaksanaan Program Tanaman Kekal

pengeluaran Makanan.

Kerajaan akan terus untuk meningkatkan usaha dalam memastikan perolehan petani

dan pengusaha meningkat dari paras RM3,000 sebulan pada tahun lepas kepada

RM4,000 sebulan pada tahun ini. Pengusaha-pengusaha juga digalakkan untuk

menjalankan aktiviti-aktiviti tambah nilai dalam meningkatkan pendapatan masing-

masing. Dalam usaha menjayakan program ini, kerajaan menyediakan tanah seluas

1,100 hektar di pelbagai kawasan di Negeri Johor bagi membolehkan semua rakyat

Johor yang berkelayakan dapat terlibat dalam arus pembangunan sektor pertanian.

Page 16: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

16

Langkah Kedua : Meningkatkan produktiviti kebun integrasi.

Pelaksanaan Program Kebun Integrasi akan diberi tumpuan khusus dalam

meningkatkan nilai tambah sektor pertanian melalui penggunaan sumber yang intensif

dan menggalakkan amalan pertanian yang lestari. Antara sasaran kerajaan dalam

melestarikan Program Kebun Integrasi adalah melalui penggunaan Effective

Microorganism (EM). Pelaksanaan Program Kebun Integrasi ini adalah melibatkan

kerjasama antara Jabatan terutamanya Pertanian, Perkhidmatan Veterinar dan juga

Perikanan. Para usahawan dan pengusaha disarankan agar memaksimumkan

penggunaan sumber yang terhad seperti tanah melalui aktiviti sampingan. Dengan

cara ini diharap akan dapat meningkatkan pendapatan para usahawan tani pada

tahap sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. Ini juga merupakan salah satu langkah

kerajaan membendung kenaikan harga bahan makanan di negeri ini.

Langkah Ketiga : Memangkin Pembangunan Industri Akuakultur Di Johor.

Dalam hasrat kerajaan merancakkan industri akuakultur yang sekian lama dipelopori

oleh negeri ini, sebuah pusat pembangunan pembenihan dan pengeluaran akuakultur

dirancang akan dibina di Sedili Kecil, Kota Tinggi. Ia akan berfungsi sebagai

penggerak aktiviti penternakan ikan air tawar termasuk ikan hiasan dalam bidang

pembenihan, penetasan, pembiakan dan sebagainya. Program ini diharap akan

dapat melahirkan lebih ramai lagi usahawan dalam bidang ternakan ikan air tawar

dengan Negeri Johor dirancang untuk menjadi model pengeluar ikan di peringkat

nasional khasnya penternakan ikan ketutu.

Langkah Keempat : Membangunkan Pasar Komuniti.

Dalam usaha memastikan 2,800 petani di Negeri Johor dapat memasarkan hasil

produk pada harga berpatutan. Kerajaan telah mengambil inisiatif membangunkan

pasar komuniti di kawasan-kawasan strategik bermula di Johor Bahru dan Mersing. Ia

akan menjadi pusat para usahawan tani memasarkan produk pertanian masing-

masing pada harga yang dikawal oleh kerajaan. Ini juga merupakan usaha kerajaan

mengawal bekalan dan harga barang makanan di negeri ini.

Langkah Kelima : Pembangunan Industri Lembu Tenusu.

Johor merupakan antara penyumbang terbesar industri tenusu, lembu tenusu di

peringkat kebangsaan. Bagi menyemarakkan lagi industri ini, kerajaan mengambil

langkah-langkah strategik dalam meningkatkan taraf pusat pengumpulan industri

tenusu dari segi kemudahan perkhidmatan dan teknologi. Langkah-langkah ini

dijangka akan dapat meningkatkan pengeluaran susu dari 5 juta kepada 6 juta liter

setahun. Ternakan tenusu bermutu telah dikenal pasti untuk dibawa masuk dan

diternak di Negeri Johor ini dan sebuah syarikat utama telah dikenal pasti untuk

menjalankan fungsi mengumpul dan membekal dalam usaha kerajaan memastikan

pengusaha dapat menjual hasil tenusu pada harga yang lebih baik.

Page 17: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

17

Prakarsa 4 : Memperkasakan Peranan Sektor Perkhidmatan Sebagai Penjana

Pertumbuhan Ekonomi.

Menyedari peranan sektor perkhidmatan sebagai penyumbang terbesar kepada

ekonomi Negeri Johor, kerajaan akan merangka beberapa pendekatan bagi

memastikan sektor ini dapat terus berkembang pesat dan menjadi pemangkin sektor

ekonomi yang lain. Pendekatan Kerajaan Persekutuan dalam meliberalisasikan 17 lagi

subsektor perkhidmatan secara berfasa pada tahun 2012, akan diambil sebagai

peluang terbaik dalam merancakkan lagi sektor ini terutamanya dalam subsektor

pendidikan dan juga subsektor perubatan :

Langkah Pertama : Merancakkan Penglibatan Subsektor Perkhidmatan Yang Akan

Diliberalisasikan.

Dengan liberalisasi ini, usaha untuk meningkatkan lagi penglibatan institusi pengajian

dan pendidikan Negeri Johor akan menjadi lebih menarik dan beberapa institusi

pendidikan terkemuka telah pun memulakan operasinya pada tahun 2011, iaitu

termasuk Newcastle University Medicine Malaysia serta Netherlands Maritime Institute of

Technology. Dan insya-Allah pada hari Sabtu ini, Perdana Menteri akan berada di

Johor, maka ada MOU akan ditandatangani dengan University of Rading dan

University of Southampton yang akan juga mewujudkan pengajian-pengajian dalam

bidang kejuruteraan dan juga bidang pengurusan, Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Perkembangan ini bukan sahaja dapat merancakkan subsektor pendidikan malah

ianya secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi beberapa sektor ekonomi

yang lain menerusi pendidikan dan latihan yang diberikan.

Pada tahun 2012, beberapa lagi institusi pendidikan akan beroperasi selain daripada

apa yang saya sebutkan tadi, Rading dan juga Southampton, ada lagi beberapa

universiti iaitu di antaranya Raffles University, Marlborough College of EduCity.

Seterusnya Dato’ Speaker ialah UiTM, UTM, UIA dan Politeknik di hab pendidikan di

Pagoh. Manakala Universiti Kuala Lumpur, Institut Latihan Perindustrian, Sekolah Seni,

Masterskills dan Politeknik di Seri Alam semuanya sudah pasti akan membantu

perkembangan sektor ini di selatan, di Negeri Johor ini. Bagi subsektor perubatan pula,

liberalisasi ini akan menggalakkan penubuhan hospital swasta dan perkhidmatan

perubatan terutama sekali kepada pelabur dalam negara dan juga anggota ASEAN.

Satu projek perubatan, perkhidmatan perubatan di antara Khazanah dengan pihak

Temasek akan terletak di Nusajaya ini.

Dato’ Speaker, selain daripada itu pembangunan logistik yang sudah ada di selatan

Negeri Johor akan terus dibangunkan dengan mulanya Projek Landasan Berkembar

Gemas-Johor Bahru dan projek ini akan memudahkan lagi perhubungan dan

pengangkutan daripada kawasan utara untuk pelabuhan-pelabuhan di Negeri Johor.

Seterusnya Dato’ Speaker,

Page 18: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

18

Prakarsa 5 : Melonjakkan Johor Sebagai Destinasi Pelancongan Yang Dinamik Dan

Berkualiti.

Sektor pelancongan merupakan peneraju utama dalam menyumbang pertumbuhan

dan pembangunan ekonomi negeri. Sektor pelancongan merupakan peneraju utama

dalam menyumbang pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negeri. Sektor ini

telah menjana pendapatan negeri serta mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

Kesan limpahan ketibaan dan perbelanjaan pelancong pada tahun 2010 seramai 16.6

juta pelawat telah mengunjungi Johor. Bagi meneruskan momentum ini, pihak

kerajaan akan mempergiatkan usaha dengan menyediakan kepelbagaian pakej dan

produk pelancongan yang inovatif bagi menarik lebih ramai pelancong ke Johor.

Langkah Pertama : Meningkatkan Tahap Infrastruktur Dan Kemudahan Asas

Pelancongan Di Johor.

Johor telah diperuntukkan sebanyak RM43 juta untuk pelaksanaan projek di bawah First

Rolling Plan, Rancangan Malaysia Ke-10. Peruntukan ini akan digunakan bagi

menjalankan beberapa projek, antaranya membina tiga jeti baru pelancongan di

Pulau Sibu Besar, Pulau Besar dan Pulau Aur. Selain daripada itu, peruntukan juga akan

digunakan bagi menaik taraf sebanyak 11 kawasan tarikan pelancongan yang sedia

ada dan meningkatkan tahap kemudahan asas bagi 12 homestay di negeri ini.

Langkah Kedua : Meningkatkan Imej Destinasi-Destinasi Utama Pelancongan Dan

Mewujudkan Produk-Produk Baru Pelancongan Di Negeri Johor.

Melalui peruntukan First Rolling Plan juga sebuah produk pelancongan baru akan

diwujudkan pada tahun 2012 iaitu fasa pertama Taman Botani yang dijangka siap

sepenuhnya pada tahun hadapan. Selain daripada itu juga, kewujudan Johor

Premium Outlets di Kulaijaya serta pembukaan Legoland, Taman Tema Keluarga di

Puteri Harbour, pembangunan semula Desaru, di mana sedang rancak dibina, lima star

hotel sedang pun dibina dan kesemuanya dijangka meningkatkan lagi kedatangan

pelancongan asing dan domestik.

Langkah Ketiga : Promosi Dan Pemasaran Produk-Produk Pelancongan Di Johor Akan

Terus Dipertingkatkan Pada Tahun Hadapan.

Justeru itu, sebanyak RM4.5 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pelancongan Negeri

Johor bagi tujuan tersebut. Penekanan juga akan diberikan kepada pemasaran

secara multimedia manakala keupayaan mereka yang terlibat dalam industri ini

dimantapkan lagi melalui kursus dan latihan.

Perkasa 6 : Menyokong Pembangunan Industri Kecil Sederhana Yang Lebih Kompetitif

Dan Berdaya Tahan.

Kerajaan Negeri prihatin Dato’ Speaker, dan sentiasa mengambil berat pembangunan

dan usahawan-usahawan kecil ini, lebih-lebih lagi IKS tempatan. Di mana Majlis

Pembangunan Usahawan Negeri Johor akan merancang dan mempergiatkan lagi

program-program keusahawanan agar usahawan Johor dapat terus bersaing dan

Page 19: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

19

berkembang. Sebanyak 15 program akan dilaksanakan antaranya ialah untuk sampai

kepada 4, 720 usahawan untuk mendapat manfaat daripadanya.

Di antara langkahnya:

Langkah Pertama : Membangunkan Usahawan Daripada Kalangan Pendapatan

Rendah.

Program pra usahawan akan diteruskan di mana penyertaan dibuka kepada semua

golongan kurang berkemampuan. Para peserta diberi bimbangan, menghasilkan

produk, menguruskan perniagaan, latihan praktikal, bantuan modal dan

perkembangan setiap usahawan dipantau untuk selama 6 bulan untuk menjadikan

mereka usahawan yang terlatih. Program ini akan dijalankan secara bersepadu

menggunakan sumber-sumber sedia ada dan melibatkan agensi seperti Pejabat

Daerah dan seterusnya MPUNJ.

Langkah Kedua : Memperbaiki Sistem Penyampaian Dengan Berkesan.

Dalam memastikan keberkesanan program-program keusahawanan sampai kepada

rakyat sehingga ke akar umbi, Kerajaan Negeri bercadang meneruskan lagi program-

program kursus asas keusahawanan yang melibatkan beberapa agensi dan jabatan

kerajaan. Dan dalam program ini, agensi dan juga jabatan akan memainkan peranan

penting dalam membantu usahawan seperti memberikan taklimat berkaitan bantuan-

bantuan yang disediakan sama ada dalam bentuk pendaftaran perniagaan, latihan,

kewangan, ruang niaga dan lain-lain.

Dari segi sebaran maklumat program-program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri

juga akan disiarkan dalam akhbar tempatan, juga akan mengeluarkan satu kalendar

tahunan 2012 yang memuatkan semua program berkaitan keusahawanan anjuran

jabatan dan agensi termasuklah kursus dan latihan. Dan kalendar ini akan disampaikan

merata untuk sampai kepada kumpulan sasarnya.

Langkah Ketiga : Mengadakan Program Motivasi Usahawan Johor.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh pihak MPUNJ melalui program usahawan

tahun 2011, salah satu maklum balasnya ialah mengenai keperluan meningkatkan lagi

semangat dan keyakinan dalaman untuk berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Atas

kehendak ini, Kerajaan Negeri telah mengadakan program motivasi usahawan Johor.

Langkah Keempat : Meningkatkan Ilmu Pengetahuan Usahawan.

Program-program yang sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada usahawan

iaitu yang berbentuk ilmiah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan akan diteruskan

pada tahun hadapan dan program ini adalah seperti bengkel asas perakaunan dan

bengkel persijilan halal adalah dijangkakan sebanyak 10 sesi program kerjasama

dengan pihak Universiti Teknologi MARA, Segamat dan juga tiga sesi iaitu program

kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri akan diteruskan bagi menambahkan

lagi ilmu pengetahuan usahawan. Selain daripada program ini, Kerajaan Negeri juga

akan mengumpulkan usahawan Johor untuk program siri lawatan ke kilang-kilang yang

telah pun menjadi contoh untuk mereka mendapat contoh-contoh yang baik.

Page 20: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

20

Seterusnya, saya beralih kepada strategi yang kedua Dato’ Speaker,

STRATEGI KEDUA : MEMANGKIN PEMBANGUNAN DAN PENGHAYATAN AGAMA ISLAM.

Pembangunan Agama Islam akan terus diperhebat supaya penghayatannya sebati

dalam jiwa dan sanubari rakyat Johor agar ianya dapat menjadi benteng ketahanan

ummah. Kerajaan Negeri akan terus menumpukan usaha-usaha di atas melalui

langkah-langkah berikut :

Prakarsa 1 : Meningkatkan Keharmonian Dan Kesejahteraan Hidup Berlandaskan

Undang-Undang Islam.

Kerajaan Negeri akan terus menerapkan pemahaman Undang-Undang Syariah dalam

kehidupan masyarakat Islam kerana dengan mengamalkannya masyarakat Islam

dapat terus hidup dalam suasana harmoni sejahtera. Ini boleh dicapai melalui:

Langkah Pertama : Memperbanyakkan Program Kefahaman Mengenai Undang-

Undang Islam Dan Institusi Keluarga Islam.

Program ini akan terus diperkembangkan bagi mempertingkatkan kefahaman

mengenai pre-pentingnya undang-undang syariah dalam kehidupan melalui seminar-

seminar serta program ilmu. Ini bertujuan bagi mengurangkan keterlibatan umat Islam

dalam jenayah Syariah.

Manakala Program Jiran Muafakat 1Malaysia akan dilaksanakan dengan tujuan untuk

memperkasakan lagi institusi kekeluargaan Islam di samping memperkukuhkan

perpaduan rakyat dengan ikatan dan nilai murni antara kaum di negeri ini.

Karnival Belia Islam pula akan dianjur dengan memberi fokus kepada golongan remaja

dan belia Islam bagi mendekatkan mereka dengan cara kehidupan Islam di samping

dapat meningkatkan keharmonian dan kesejahteraan hidup.

Prakarsa 2 : Membela Dan Membangunkan Golongan Yang Kurang Berkemampuan.

Masyarakat Islam yang kurang berkemampuan akan terus diberi perhatian bagi

memastikan mereka dapat memperbaiki ekonomi keluarga dan seterusnya keluar dari

kepompong kemiskinan. Pelbagai langkah telah dirancang agar aspirasi kerajaan

dapat diterjemahkan terhadap golongan sasaran ini.

Langkah Pertama : Penganjuran Ekspo Islam.

Kerajaan Negeri akan menganjurkan Ekspo Islam bukan sahaja bertujuan memberi

kefahaman mengenai Agama Islam, tetapi memberi peluang kepada umat Islam

untuk berniaga memandangkan 9 daripada 10 rezeki adalah datangnya daripada

sektor perniagaan. Malah ekspo ini turut menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran

dan pemahaman produk halal serta mengurangkan salah faham umat Islam

mengenai isu halal.

Page 21: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

21

Langkah Kedua : Perhimpunan Asnaf.

Golongan Asnaf akan terus diberi perhatian dan tidak akan dipinggirkan dalam

menikmati arus pembangunan yang sedang berlaku di negeri ini. Oleh yang demikian,

Jabatan Agama Islam Johor akan menganjurkan Perhimpunan Asnaf Peringkat Negeri

dengan sasaran untuk mengumpulkan 2,000 penerima Asnaf dengan tujuan untuk

memberi peluang kepada mereka untuk terlibat dalam bidang ekonomi yang

menawarkan peluang perniagaan dan pekerjaan. Jabatan Agama Islam

menyasarkan untuk mengurangkan 30% bilangan penerima Asnaf dengan

menampilkan Asnaf-Asnaf yang telah berjaya untuk dijadikan mentor dalam

perniagaan. Mereka akan dibantu secara komprehensif dari segi khidmat nasihat dan

bantuan bagi dapat berdikari serta memperbaiki ekonomi keluarga.

Prakarsa 3 : Memperkasakan Sistem Pendidikan Agama.

Dalam usaha memastikan Agama Islam dapat bergerak seiring dengan

pembangunan fiskal, Pendidikan Agama Islam akan dimantapkan dengan menstruktur

semula Bahagian Pendidikan Agama di Jabatan Agama Islam. Modul akademik dan

kokurikulum agama akan diperkasakan dengan melaksanakan penambahbaikan

termasuk menambah pengajian sekolah agama negeri selepas pengajian Darjah Khas.

Prakarsa 4 : Penghargaan Kepada Pengembangan Syariah Islam.

Di atas keprihatinan terhadap komitmen tenaga yang mengimarahkan masjid, surau

serta pengembangan Agama Islam, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam

bersetuju untuk menaikkan elaun pegawai masjid dan surau. Kenaikan ini akan

melibatkan seramai 793 orang Noja Masjid, 1,803 orang Imam Surau dan 1,803 orang

Bilal Surau. Elaun bagi Noja Masjid akan menerima elaun sebanyak RM960.00 setahun,

Imam Surau akan menerima RM1,200.00 setahun dan Bilal Surau akan menikmati elaun

sebanyak RM600.00 setahun. Purata kenaikan elaun yang diterima oleh mereka

adalah melebihi 100% dan akan dilaksanakan pada tahun 2012 ini.

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan elaun penggerak masjid dan surau yang

berperanan sebagai penasihat dan penggerak masjid dan surau di setiap kawasan

Dewan Undangan Negeri. Dengan kenaikan sebanyak 70% kepada RM1,200.00

sebulan berbanding dengan kadar sebelum ini dan kadar tersebut akan ditentukan

oleh pihak Jabatan Agama Islam Johor.

Jasa-jasa guru al-Quran di seluruh Negeri Johor tetap diingati bukan sahaja oleh

pelajar, tetapi juga oleh kerajaan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri bersetuju

untuk menaikkan elaun mengajar al-Quran bagi 2,013 guru-guru al-Quran yang

bertauliah sebanyak 100% kepada RM100.00 bagi setiap kelas. Kenaikan elaun ini

diharap dapat memberi motivasi kepada mereka agar dapat terus bekerja dan

mendidik dengan lebih tekun.

Kerajaan Johor juga pada dasarnya juga bersetuju dengan pelaksanaan kenaikan

pangkat secara time-base kepada guru-guru agama Kerajaan Negeri Johor mulai

tahun 2012. Seramai 800 guru-guru agama dijangka terlibat dengan kenaikan pangkat

tersebut pada tahun 2012 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Page 22: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

22

Dato’ Speaker,

STRATEGI KETIGA : MEMBANGUNKAN MASYARAKAT JOHOR YANG BERIDENTITI DAN

MEMPUNYAI NILAI-NILAI MURNI.

Dalam meniti arus pembangunan ekonomi, nilai jati diri dan keperibadian berperanan

penting untuk memastikan identiti sesuatu bangsa terus terpelihara. Arus kemajuan

ekonomi dan kemajuan pembangunan sering dikaitkan dengan punca berlakunya

masalah sosial dan sebagainya. Untuk membangunkan masyarakat Johor yang

beridentiti serta mempunyai nilai-nilai murni, pendekatan-pendekatan berikut akan

dilaksanakan :

Prakarsa 1 : Memartabatkan Imej Dan Budaya Johor.

Bagi mengembangkan aktiviti kebudayaan, warisan dan sejarah Negeri Johor,

beberapa pendekatan akan dilaksanakan pada tahun 2012 ini. Antaranya:

Langkah Pertama : Menulis Buku Sejarah Empayar Johor.

Penulisan ini telah dilaksanakan secara berperingkat untuk tempoh 2 tahun sejak

September 2011 dan dijangka berakhir penghujung tahun 2012 di bawah Yayasan

Warisan Johor.

Langkah Kedua : Mengadakan Festival Muzik Antarabangsa Johor.

Buat julung kalinya, beberapa program dan aktiviti kesenian pelbagai kaum akan

dihimpunkan dalam festival ini bermula pada tahun 2012 bagi menggalak dan

menyemarakkan seni muzik serta pemetaan Johor sebagai pusat pengembangan seni

dan budaya. Program ini dicadangkan untuk diadakan secara tahunan dan

dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri.

Langkah Ketiga : Meneruskan Aktiviti Budaya Warisan Pada Tahun 2012.

Antara program yang dilaksanakan adalah Pertandingan Zapin Johor, Pendidikan

Arkeologi dan Sejarah, Program Pengembangan Ghazal dan Sayembara, menulis

novel sejarah Negeri Johor. Malah program ini diperkembangkan dengan mengenal

pasti kumpulan-kumpulan budaya Cina dan India dan membangunkannya hingga

mencapai mutu yang paling terbaik.

Prakarsa 2 : Melonjakkan Pencapaian Dan Membudayakan Sukan Johor.

Kerajaan Johor akan lebih khusus dalam mengembangkan olahraga bagi tahun ini.

Sehubungan itu, kerajaan berhasrat untuk menaikkan taraf trek di Stadium Tan Sri Dato’

Haji Hassan Yunos bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada para atlet

olahraga dalam menjalani latihan dengan lebih baik. Kajian prasarana sukan Negeri

Johor akan dibuat bagi memberi gambaran sebenar keperluan pembangunan

prasarana sukan Negeri Johor bagi membolehkan kerajaan membuat perancangan

pembangunan kemudahan sukan dengan lebih tepat lagi.

Page 23: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

23

Prakarsa 3 : Mengukuhkan Perpaduan Dan Pembangunan Modal Sosial.

Langkah Pertama : Anugerah Rukun Tetangga Cemerlang Peringkat Negeri Pada Tahun

2012.

Penghargaan harus diberikan kepada Rukun Tetangga yang banyak memainkan

peranan, menyumbang keharmonian dan juga perpaduan di sektor suatu tempat dan

kawasan. Beberapa anugerah telah dikenal pasti bagi mencapai maksud iaitu

Anugerah Kawasan Rukun Tetangga Cemerlang, Anugerah Jiran Muda, Anugerah

Jiran Wanita dan Anugerah Skim Rondaan Sukarela, Kerajaan Negeri percaya

penghargaan seumpama ini mampu untuk meningkatkan 90% keaktifan Rukun

Tetangga selain dapat menyemarakkan lagi perpaduan di kalangan rakyat khususnya

di Negeri Johor ini.

Langkah Kedua : Menganjurkan Karnival Semarak Minggu Perpaduan 1Malaysia

Peringkat Negeri Dan Daerah Berserta Kayuhan Jalur Gemilang.

Pelbagai aktiviti disusun bagi mengimarahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan

Negara di samping dapat memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan kaum

di negeri ini, sambutan akan dilaksanakan selama 3 hari yang mencakupi penyertaan

25,000, terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang merentasi kaum.

Prakarsa 4 : Memperkasakan Golongan Muda Secara Holistik.

Usaha mengasuh generasi usahawan belia dilaksanakan seawal di peringkat tadika

dan taska melalui Tadika Hikmah. Selain meningkatkan pelajar prasekolah mendapat

pendidikan lebih tersusun dan berkualiti, peluang pekerjaan kepada belia akan

terwujud untuk menangani pelajar lepasan SPM yang gagal dan pelajar tercicir.

Kerajaan amat prihatin bagi mengurangkan masalah pengangguran dan sosial sekali

gus meningkatkan taraf hidup mereka dengan memberi program kemahiran kepada

golongan ini.

STRATEGI KEEMPAT : MENINGKAT KUALITI HIDUP RAKYAT.

Kerajaan terus komited dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat, yang merangkumi

beberapa aspek seperti segmen perumahan, kesihatan, keselamatan, alam sekitar

dan juga kemudahan awam. Bagi tujuan tersebut pendekatan-pendekatan berikut

akan dijalankan :

Prakarsa 1 : Meningkatkan Kualiti Perumahan Rakyat.

Kerajaan memberi perhatian serius terhadap isu-isu sektor perumahan sebagai salah

satu keperluan asas rakyat. Justeru itu, bagi memastikan sektor perumahan Negeri

Johor mencapai pembangunan yang sihat dan terus aktif dalam penyediaan

kediaman yang mencukupi dan berkualiti dan mampu dimiliki rakyat, maka beberapa

pendekatan dilaksanakan untuk tahun 2012 seperti berikut:-

Page 24: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

24

Langkah Pertama : Menambah Baik Dasar Perumahan Negeri Johor.

Dasar Perumahan Rakyat Johor di Iskandar Malaysia telah pun diluluskan oleh Kerajaan

Negeri pada bulan lalu dan dijangka akan diperluaskan ke seluruh Negeri Johor

mengikut keperluan rakyat. Melalui penambahbaikan dasar ini, penjenamaan semula

telah dibuat terhadap rumah kos rendah, kos sederhana rendah, bagi mengubah

stigma imej buruk komponen kos rendah pada masa ini dan sekali gus meningkatkan

kualiti hidup dan mengangkat taraf hidup rakyat Johor yang membeli rumah tersebut.

Segmen rumah mampu milik Johor akan mula diperkenalkan dengan cadangan had

maksima harga rumah antara RM120,000.00 sehingga RM150,000.00 dengan keluasan

minimum binaan 1,000 kaki per segi dan menyasarkan golongan berpendapatan isu

rumah kurang daripada RM5,000.00 sebulan, mampu memiliki rumah kediaman sendiri.

Bagi rumah segmen ini, pembangunan ditetapkan secara bertanah, atas tanah Dato’

Speaker, kecuali di lima kawasan Flagship di Iskandar Malaysia.

Kerajaan Negeri juga akan menubuhkan Lembaga Perumahan Negeri Johor,

Lembaga Perumahan Negeri Johor yang menjadi satu badan perancang dan

penyelaras pembangunan perumahan di negeri ini. Sehubungan dengan itu,

Enakmen Perumahan Negeri Johor juga akan disediakan dan dijangka selesai sebelum

tahun, bulan April 2013 nanti. Bagi memastikan pematuhan polisi oleh pemaju-pemaju

perumahan dan menjaga kepentingan pembeli.

Langkah Kedua : Untuk Usaha Pemulihan Projek Rumah Terbengkalai Di Negeri Ini.

Kerajaan Negeri memandang serius masalah rumah terbengkalai di Negeri Johor yang

mendatangkan kesulitan kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan

terus bekerjasama rapat dengan jabatan agensi kerajaan yang berkaitan seperti

Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan

Syarikat Perumahan Negara Berhad, bagi mencari penyelesaian pemulihan projek-

projek yang masih terbengkalai di Negeri Johor.

Bagi tujuan rekod, sebanyak 14 buah projek terbengkalai di Negeri Johor, di mana 9

buah projek sedang dibaik pulih oleh Jabatan Perumahan Negara dan Syarikat

Perumahan Negara Berhad. Manakala 3 buah projek telah dikenal pasti untuk

dipulihkan pada tahun 2012 – 2013 melalui peruntukan Bajet 2012 dan peruntukan

Kerajaan Negeri iaitu Taman Seri Mas 3, Seri Mas 7, Taman Seri Nilai di daerah Ledang

dan Taman Emas Surya di daerah Batu Pahat.

Langkah Ketiga : Kajian Terhadap Dasar Pemilikan Hartanah Oleh Bumiputera.

Dasar sedia ada akan dikaji semula dan diperhalusi bagi memastikan kepentingan

Bumiputera terpelihara. Melalui kajian ini juga diharap pegangan hartanah oleh

Bumiputera dapat ditingkatkan selari dengan pegangan hartanah oleh kaum-kaum

lain serta menjaga kepentingan Bumiputera sebagaimana yang termaktub pada

dasar sedia ada.

Page 25: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

25

Langkah Keempat : Memperkasakan Pengurusan Hartanah Berbilang Tingkat Menerusi

Kerjasama Antara Pesuruhjaya Bangunan, Jawatankuasa Pengurusan Dan Penduduk.

Kerajaan Negeri akan mengadakan beberapa siri penerangan yang jelas dengan

pihak pengurusan bangunan berbilang tingkat tentang keperluan mempunyai

pengurusan yang baik, bersistematik dan teratur bagi menjaga kepentingan

penduduk-penduduk, yang menduduki rumah bertingkat.

Prakarsa 2 : Meningkatkan Tahap Keselamatan Dan Kesejahteraan Rakyat.

Persekitaran yang selamat dan tenteram amat penting bukan sahaja untuk

memastikan kualiti hidup rakyat dapat dipertingkatkan malah ianya turut memainkan

peranan penting dalam menarik pelaburan asing ke dalam Negeri Johor. Sejak NKRA

mengurangkan jenayah diperkenalkan, ianya telah memberi nafas baru kepada pihak

Polis mengoptimumkan manpower, dengan izin, serta kepolisian bijak yang berjaya

mencatat penurunan kadar jenayah yang memberangsangkan. Sehingga Oktober

2011, Johor telah berjaya mencatatkan penurunan sebanyak 586 kes jenayah

kekerasan dan 200 kes jenayah harta benda berbanding tempoh sama tahun lepas.

Bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan dan ketenteraman Negeri Johor,

beberapa langkah melibatkan keselamatan awam akan dirancang. Maka di

antaranya :

Langkah Pertama : Meningkatkan Kehadiran Polis Di Kawasan-Kawasan Panas Serta

Memperkemaskan Lagi Perlaksanaan Program Bandar Selamat.

Antara pendekatan yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak PDRM adalah

program omni presence dengan izin, bertujuan untuk meningkatkan kapisiti, mobiliti

dan kehadiran pihak PDRM di kawasan-kawasan panas dengan kerjasama orang

awam dan pihak-pihak swasta.

Program Bandar Selamat yang merupakan sebuah lagi pendekatan dalam

mengurangkan jenayah serta meningkatkan persepsi keselamatan akan

diperkemaskan. Program Bandar Selamat ini akan menggariskan beberapa

pendekatan termasuk pemetaan jenayah menggunakan sistem maklumat geografi

iaitu GIS termasuk pemasangan dan juga pemasangan CCTV dan juga pencahayaan

di kawasan kerap berlakunya jenayah.

Selain daripada itu, pihak Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan kepada IRDA

dalam penubuhan pasukan Auxiliary Police dan polis komuniti dalam mengurangkan

kadar jenayah di kawasan Wilayah Iskandar Malaysia.

Langkah Kedua : Memperkemaskan Sistem Pengurusan Dan Pengendalian Bencana.

Bagi meminimumkan kesan bencana secara optimum serta memberikan bantuan

keselamatan dan pemantauan secara menyeluruh pihak Kerajaan Negeri melalui

Majlis Keselamatan Negeri Johor bercadang untuk menubuhkan Pusat Operasi

Bersepadu Bencana Negeri. Ini amat penting dalam meningkatkan kesiapsiagaan

untuk menghadapi bencana khususnya bencana banjir.

Page 26: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

26

Langkah Ketiga : Memperkasakan Pasukan Tindakan Kecemasan Bomba Di Premis-

Premis.

Dalam mengurangkan risiko serta meminimumkan kemusnahan akibat kebakaran,

pewujudan pasukan ERT ini di premis-premis berisiko di lihat amat penting untuk tujuan

ini dan bagi memperkasakan dan memantapkan pasukan ERT ini, emergency pasukan

Tindakan Kecemasan Bomba (ERT). Di mana latihan-latihan dan pembelajaran akan

diberi untuk menghadapi situasi kecemasan sebagai first responder sebelum kehadiran

pasukan Bomba utama, ini merupakan kerjasama dengan pihak swasta dan jabatan

kerajaan di premis-premis yang berkenaan.

Seterusnya Dato’ Speaker,

Prakarsa 3 : Melestarikan Alam Sekitar.

Dalam memacu pertumbuhan ke arah negara berpendapatan tinggi, pemulihan alam

sekitar tetap menjadi agenda kesejahteraan rakyat malah diurus dengan berstrategi

agar turut memberikan faedah ekonomi, kerajaan akan berpandu kepada amalan

pengeluaran secara mampan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak

mengakibatkan kemerosotan alam sekitar. Oleh yang demikian, langkah-langkah

berikut adalah dicadangkan:

Langkah Pertama : Mempromosikan Penggunaan Tenaga Yang Cekap.

Sebagai permulaan, bangunan-bangunan kerajaan di Kota Iskandar akan diaudit dari

segi kecekapan penggunaan tenaga. Langkah ini sejajar sokongan Kerajaan Negeri

terhadap amalan teknologi hijau di samping dapat mengurangkan kos kerajaan

dalam perbelanjaan utiliti.

Langkah Kedua : Menangani Isu Hakisan, Banjir Dan Pencemaran Sungai Di Negeri

Johor.

Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan beberapa

pendekatan termasuk perlaksanaan pelan kawalan hakisan dan kerja tanah yang

disahkan oleh badan-badan profesional untuk setiap projek yang melibatkan kerja-

kerja tanah bagi mengelakkan pencemaran sungai dan sebagainya.

Selain daripada itu, Kerajaan Pusat melalui Jabatan Pengairan dan Saliran sedang

dalam proses penyediaan Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu merangkumi

kawasan-kawasan sepanjang 155 km daripada Sungai Kesang hingga ke Tanjung Piai

dengan tumpuan di kawasan kritikal yang sering mengalami banjir dan hakisan. Pelan

ini bukan sahaja bermatlamat memperbaiki persekitaran persisiran pantai, malah akan

diintegrasikan dengan beberapa pelan pembangunan di kawasan yang terlibat.

Page 27: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

27

Langkah Ketiga : Menyediakan Pelan Tindakan Low Carbon Society Di Iskandar

Malaysia.

Kerajaan Negeri melalui IRDA dan UTM serta sokongan daripada pihak konsortium

Jepun tak salah saya Universiti of Kyoto sedang mengkaji dan mencadangkan Pelan

Tindakan Low Carbon Society di Wilayah Iskandar Malaysia. Pelan tindakan ini akan

menggariskan beberapa cadangan untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan

sasaran pengurangan sebanyak 50% dalam pembebasan gas rumah hijau menjelang

2025.

Langkah Keempat : Mengekalkan Hutan Simpan Negeri Johor Pada Paras 30%.

Dato’ Speaker, di luar sana banyak orang kata bahawa Negeri Johor ni tinggal 15%

sahaja hutan, sebenarnya Dato’ Speaker, penebangan hutan merupakan punca

pelepasan gas rumah hijau kedua utama yang menyumbang kepada lebih dari

kurang 20% daripada jumlah pelepasan global. Menyedari ini Kerajaan Negeri melalui

Jabatan Perhutanan menyasarkan untuk mengekalkan Dato’ Speaker, bukan tak ada,

yang ada ni pun kita nak kekalkan Hutan Simpan di Negeri Johor ni pada paras 30%.

Ada orang kata 50% tak betul, yang tak betul Dato’ Speaker kerana pihak yang

berkenaan tidak masukkan Taman Negara, Taman Negara Endau Rompin berpuluh

ribu ekar. Taman Negara di kawasan lembap di Tanjung Piai tidak dimasukkan. Yang

dimasukkan ialah Hutan Simpan yang ditadbirkan oleh Jabatan Hutan. Bila itu tidak,

maka bila tak dimasukkan dengan Taman Negara maka, maka itu yang digunakan

oleh pihak-pihak tertentu untuk mengatakan bahawa kita dah kehabisan hijau dalam

bentuk hutan.

Sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita masih lagi pertahankan Negeri Johor

ini dengan hutan, di antaranya Hutan tertua Tropika yang ada di Endau Rompin. Maka

saya ingin jelaskan bahawa kita pertahankan Negeri Johor ini dengan paras 30%, di

mana kita mengamalkan pengurusan hutan secara mampan sambil memastikan

kawasan hutan terus berfungsi sebagai penyerap gas karbon.

Di samping itu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak swasta akan melibatkan diri

dalam program penanaman pokok untuk menghijaukan kawasan kediaman mahupun

perindustrian. Dan kita selalu menang kalau ada pertandingan menanam pokok di

seluruh negara. Saban tahun Yang Berhormat Dato’ Speaker. (Dewan bertepuk). Itu

sebab Negeri Johor ini kalau orang luar datang, dia agak hairan mengapa hijau di

sana sini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, prakarsa seterusnya ialah :-

Prakarsa 4 : Perkhidmatan Kesihatan Yang Cekap Dan Gaya Hidup Yang Sihat.

Beberapa pendekatan baru telah diperkenalkan bagi meningkatkan lagi

keberkesanan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Negeri Johor melalui

Peningkatan Kecekapan Perkhidmatan. Langkah-langkah proaktif untuk meningkatkan

akses kepada perkhidmatan kesihatan terutamanya kepada golongan yang

memerlukan dilakukan melalui program turun padang antaranya beberapa langkah

yang akan dibangunkan untuk memperluaskan lagi perkhidmatan kesihatan serta

Page 28: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

28

menyediakan akses kepada perubatan yang lebih baik untuk rakyat adalah seperti

berikut :-

Langkah Pertama : Meningkatkan Tahap Kesihatan Penduduk Dengan Kos Yang

Minima.

Selain daripada penduduk luar bandar yang terpencil, penduduk bandar yang

berpendapatan rendah juga tidak dilupakan dan tetap diberi keutamaan. Perwujudan

Klinik 1 Malaysia di kawasan–kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai sangat

memberi manfaat kepada golongan pekerja yang berpendapatan rendah. Mereka

yang rata-rata adalah daripada golongan pekerja kesuntukan masa untuk ke fasiliti

kesihatan sekiranya mereka mengalami masalah kesihatan.

Kewujudan perkhidmatan di dalam kawasan penempatan mereka sendiri juga

membantu meringankan beban ekonomi selain daripada mendapat penjagaan

kesihatan yang mudah. Ini ditunjukkan oleh penerimaan masyarakat terhadap

perkhidmatan yang disediakan setakat ini di mana 25,000 hingga 30,000 pelanggan

mendapat perkhidmatan di klinik ini. Walaupun kini telah wujud sembilan buah Klinik 1

Malaysia, keperluan untuk mewujudkan lebih banyak klinik seperti ini masih luas dan

boleh dilihat sebagai peluang untuk meningkatkan tahap kesihatan penduduk dengan

kos yang minima.

Langkah Kedua : Mengadakan Projek Doktor Turun Ke Kampung.

Program Doktor Turun ke Kampung buat pertama kalinya di Malaysia telah dilancarkan

di Johor pada Julai tahun ini kerana bila doktor turun ke kampung yang melibatkan

berbagai pihak seperti agensi kerajaan, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan

serta masyarakat setempat secara bersepadu dapat memberikan kemudahan

berbagai perkhidmatan dalam suasana persekitaran yang selesa kepada masyarakat

setempat iaitu kampung halaman mereka sendiri. Suasana ini membuka peluang

kepada masyarakat mengutarakan terus masalah kesihatan mereka kepada pakar-

pakar perubatan.

Langkah Ketiga : Mengadakan Program Johor Bebas Daripada Asap Rokok.

Jadi orang merokok dia kena rokok dalam bilik air dia sahaja, Yang Berhormat Dato’

Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Ya, Ahli Parlimen selalu kuat rokok.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Program Johor Bebas Asap Rokok adalah satu inisiatif yang

menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam mencapai pembentukan masyarakat Johor

dengan taraf hidup berkualiti mengamalkan gaya hidup yang sihat. Program ini akan

diterajui oleh Kerajaan Negeri merupakan satu program yang mementingkan dan

melindungi kesihatan rakyat dengan melindungi hak golongan majoriti bukan perokok

dari ancaman pencemaran udara oleh asap rokok. Jadi suasana dah terbalik Yang

Berhormat Dato’ Speaker, majoriti perlu diberi perhatian dibandingkan dengan

perokok.

Page 29: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

29

Y.B. Dato’ Speaker : Teruk.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Polis..polisi, minta maaf. Polisi bebas asap rokok akan

menyediakan persekitaran yang lebih bersih, segar dan selesa serta dapat memberi

perlindungan kepada penduduk dan pelancong di Negeri Johor. Dalam fasa pertama

ini mulai 2011 hingga 2015 kawasan yang akan diwartakan sebagai kawasan bebas

asap rokok adalah kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar. Dalam fasa kedua dan

ketiga, kawasan bebas asap rokok ini akan diperluaskan lagi.

Prakarsa 5 : Meningkatkan Kualiti Kemudahan Awam Dan Infrastruktur Untuk

Memenuhi Keperluan Rakyat.

Langkah Pertama : Memantau Dan Menyelenggarakan Jaringan Jalan Raya Secara

Sistematik.

Pengurusan aset jalan negeri sepanjang 2,196 kilometer perlu diberi penekanan agar ia

dapat di selenggara dengan baik demi kemudahan dan keselesaan pengguna

memandangkan peruntukan penyelenggaraan sedia ada sangat terhad.

Pengumpulan maklumat melalui Sistem Pengurusan Pavemen HDM4 adalah diperlukan

untuk mewujudkan pangkalan data bagi mengenal pasti kaedah penyelenggaraan

paling berkesan dalam tempoh antara satu hingga sepuluh tahun. HDM4 ini juga boleh

digunakan untuk mengenal pasti kekuatan jalan sedia ada sejajar dengan sasaran

Ketua Audit Negara yang meminta semua jalan-jalan hendaklah diwartakan dari segi

had berat demi menjamin ketahanan jalan raya. Sebanyak RM4 juta juga akan

dibelanjakan bagi melaksanakan pengumpulan data HDM4 untuk jalan sepanjang

1,000 km.

Pada tahun 2012, sepanjang 250 km jalan-jalan negeri di seluruh Negeri Johor akan di

baru muka dengan kos sebanyak RM50 juta. Penekanan juga diberikan kepada

pendaftaran jalan-jalan kampung ke dalam sistem Malaysian Road Information System

(MARRIS) di mana hingga 18 November 2011 sebanyak 4,400 jalan kampung telah

didaftar sekali gus pemberian geran oleh Kerajaan Persekutuan di jangka bertambah

pada tahun 2012.

Langkah Kedua : Meningkatkan Rangkaian Jalan Kampung Daerah, Kerja-Kerja

Pelebaran Dan Menaikkan Taraf 1,074 Km Jalan-Jalan Kampung

Akan disempurnakan dalam tempoh 3 tahun dengan peruntukan sebanyak RM150

juta. Kerajaan Negeri telah meneliti dan bersetuju terhadap cadangan

perlaksanaannya dengan pembayaran berperingkat RM50 juta setahun melalui

kaedah reka dan bina oleh sebuah syarikat kerajaan iaitu Infra Desa Johor. Program ini

dijadualkan bermula pada Januari tahun 2012.

Sempena dengan inisiatif ini, jalan-jalan kampung yang telah di naik taraf akan

didaftarkan sama ada baru mahupun daftar semula melalui MARRIS untuk mendapat

peruntukan penyelenggaraan daripada Kerajaan Persekutuan. Dengan

bertambahnya senarai jalan-jalan kampung yang diiktiraf oleh MARRIS, Kerajaan

Negeri akan memperoleh semula pelaburannya melalui peruntukan penyelenggaraan

tambahan daripada Kerajaan Persekutuan.

Page 30: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

30

Langkah Ketiga : Kualiti Perkhidmatan Pengangkutan Awam Yang Lebih Efisien.

Kerajaan Negeri bersama pihak IRDA sekali lagi ingin menganjurkan program

Kompetensi Pemandu berikutan sambutan yang amat menggalakkan. Apabila ianya

dilancarkan tahun ini di mana peserta programnya terdiri daripada pemandu-

pemandu bas di dalam kawasan Iskandar Malaysia. Program ini bertujuan melahirkan

pemandu yang berhemah demi memberi tahap kualiti pengangkutan terbaik kepada

rakyat.

STRATEGI KELIMA : MELAKSANAKAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM.

Perkhidmatan awam merupakan nadi penggerak kepada perancangan

pembangunan yang telah dirangka peranan perkhidmatan awam sebagai pemudah

cara amat dituntut untuk memastikan kecekapan dan produktiviti ekonomi dapat

dicapai. Kecekapan dalam pentadbiran dan produktiviti penjawat awam merupakan

kunci untuk memastikan transformasi perkhidmatan dalam menghadapi cabaran

globalisasi dan kekangan fizikal yang semakin mencabar. Maka Perkasa-perkasa

berikut adalah dicadangkan.

Prakarsa Pertama : Pentadbiran Tanah Berprestasi Tinggi.

Langkah Pertama : Memberi Rebat 1% Atas Cukai Dan 5% Untuk Denda Cukai.

Tidak dinafikan kutipan cukai tanah merupakan salah satu sumber hasil Kerajaan

Negeri yang utama dan melaluinya Kerajaan mengembalikan semula pulangan itu

kepada orang ramai melalui pelbagai projek pembangunan dan kemudahan. Oleh

itu, bagi membolehkan kerajaan mendapat hasil yang awal dan sebagai langkah

untuk menggalakkan pemilik tanah membayar cukai tanah awal, Kerajaan akan

melancarkan kempen Bulan Membayar Cukai dengan memberikan pelbagai insentif

kepada rakyat. Kerajaan telah bersetuju memberikan rebat 1% atas semua cukai

tanah yang dijelaskan dari 1 hingga 31 Januari 2012.

Bagi mana-mana tanah yang telah dikenakan denda kerana kegagalan tuan tanah

menjelaskan cukai sebelum ini, kerajaan juga akan memberikan insentif hebat 5% atas

semua denda tunggakan cukai tanah bagi memberikan kemudahan kepada orang

ramai yang hendak menjelaskan cukainya secara advance tertakluk kepada tahun

akhir semakan cukai.

Langkah Kedua : Mengeluarkan Hak Milik Baru Dalam Tempoh 1 Hari.

Sebagai galakan untuk orang ramai menjelaskan bayaran premium atas mana-mana

permohonan yang telah diluluskan maka Kerajaan sekali lagi melalui pentadbiran

tanah Negeri komited supaya mana-mana tanah yang telah dijelaskan bayaran

premiumnya akan dikeluarkan geran tanahnya dalam tempoh 1 hari selepas premium

dijelaskan. Langkah ini juga sebenarnya memberi kesan positif kepada Kerajaan Negeri

kerana kerajaan bukan sahaja akan mendapat hasil dan bayaran premium tersebut

tetapi juga melalui cukai tanahnya apabila sesuatu tanah itu telah dikeluarkan geran

hak miliknya.

Page 31: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

31

Langkah Ketiga : Nilai Tambah Pada Hak Milik Pajakan.

Kerajaan Negeri sebelum ini telah bersetuju supaya mana-mana tanah yang berstatus

pajakan. Pajakkannya boleh disambung secara automatik. Maka susulan daripada itu,

pada tahun 2012 ini Kerajaan bersetuju supaya satu endorsement khusus kepada

semua hak miliknya untuk menyatakan bahawa tempoh pajakan itu boleh

diperbaharui untuk tempoh tidak melebihi 99 tahun. Permohonan sambung pajakan ini

boleh dibuat pada bila-bila masa walaupun pajakkannya masih banyak lagi berbaki

contohnya 25 ataupun 30 tahun lagi. Yang Berhormat Dato’ Speaker, apabila ini

dilaksanakan kelak, pemilik tanah terkini dan waris-warisnya akan merasa yakin

bahawa tanah mereka ini boleh terus dipunyai sehingga ke anak cucu dan sentimen

ini juga akan memberikan keyakinan kepada institusi kewangan dan perbankan untuk

memberikan pinjaman apabila tanah itu hendak diniagakan sedangkan tempoh

pajakkannya hanya tinggal berbaki beberapa tahun lagi.

Langkah Keempat : Selain Daripada Itu Kerajaan Juga Akan Mengadakan Peruntukan

Baru Mengenai Cukai Yang Berbeza Antara Hak Milik Berstatus Pajakan Dan Hak Milik

Yang Bertaraf Geran Kekal.

Ini adalah kerana hak milik yang berstatus pajakkan adalah tertakluk kepada bayaran-

bayaran tertentu apabila hendak dilanjutkan tempoh pajakkannya sedangkan hak

milik yang berstatus geran kekal tidak dikenakan sebarang bayaran selain daripada

cukai yang ditetapkan.

Langkah Kelima : Pembangunan Tanah Secara Tender Terbuka.

Kerajaan Negeri akan terus mengekalkan sistem tender terbuka bagi memaksimumkan

hasil kerajaan melalui kutipan premium dan pulangan kepada kerajaan melalui projek-

projek pembangunan. Maka bermula dengan tahun hadapan, mana-mana kawasan

yang telah dikhaskan untuk tujuan pembangunan dan telah pun lengkap dengan

konsepnya, maka Kerajaan akan mengambil pendekatan supaya semua

pembangunan tanah-tanah kerajaan yang bernilai tinggi sama ada untuk tujuan

pertanian dan lain-lain akan dibuat secara open tender. Ini adalah satu langkah positif

yang diambil untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua pihak untuk

membangunkan tender tersebut.

Langkah Keenam : Mengekalkan Ketuanpunyaan Tanah.

Selain daripada itu, bagi memastikan hartanah untuk tujuan perumahan di kawasan

MEDINI tidak akan melibatkan sebarang pindah milik secara kekal. Kerajaan akan

memperkenalkan konsep pajakan atas skim-skim perumahan ini. Ini bermakna warga

asing yang bercadang memiliki tanah di kawasan MEDINI hanya menjadi pemegang

pajakan sahaja. Manakala ketuanpunyaannya iaitu dengan izin, ownership masih

dimiliki oleh warga syarikat tempatan. Oleh kerana tidak berlakunya pindah milik

secara kekal ini, maka kerajaan bersetuju supaya bayaran kelulusan sepertimana yang

diperuntukkan kuasanya di bawah Kanun Tanah Negara dikekalkan kepada

RM10,000.00 manakala bayaran kelulusan RM30,000.00 akan dikenakan bagi pindah

milik yang secara kekal.

Page 32: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

32

Langkah Ketujuh : Lesen Melabuh (Port Marina Jetty).

Kebelakangan ini, Kerajaan Negeri mendapati terdapat banyak kapal dagangan dan

persendirian yang berlabuh di perairan pantai negeri kita ini seperti di Sungai Rengit di

Pengerang, Sg. Melayu, Stulang Laut, Pasir Putih dan di Danga Bay, apatah lagi di

Sungai Johor. Perairan-perairan tersebut tidak terletak dalam kawasan dan seliaan

Port Authority di mana kapal-kapal dagangan atau persendirian yang dilabuhkan di

kawasan Port Authority akan dilesenkan di bawah Port Authority Act 1963. Sehingga

kini tiada sebarang kebenaran sama ada dalam bentuk LPS dikenakan kepada

mereka yang berlabuh di perairan-perairan ini.

Kerajaan mendapati perairan-perairan ini sebenarnya berstatus tanah kerajaan dan

mereka yang melabuhkan kapalnya di perairan ini tidak dikawal oleh mana-mana

peruntukan dan telah tidak dikenakan sebarang bayaran. Oleh itu, selari dengan

pertambahan yang semakin meningkat ini, dan demi menjaga sensitiviti masyarakat

setempat dari pelbagai aspek, kerajaan telah bersetuju untuk dibuat satu kajian

terperinci untuk diwujudkan sama ada satu permit khas melabuh atau dalam bentuk

LPS yang boleh beri manfaat untuk semua pihak.

Langkah Kelapan : Sistem Pengeluaran Permit Pemantauan Dan Penguatkuasaan

Bahan Batuan Negeri Johor Secara Elektronik.

Sejak Kanun Tanah Negara dikuatkuasakan kaedah pelaksanaan tugas di pentadbiran

tanah masih dilakukan secara manual dan konvensional terutamanya dalam proses

pemantauan serta penguatkuasaan bahan batuan. Oleh itu, dalam era teknologi

maklumat dan ICT sudah tiba masanya bagi PTG melakukan penambahbaikan bagi

melengkapkan sistem yang telah sedia ada di pentadbiran tanah iaitu Sistem Hasil

Tanah Johor, Sistem Pendaftaran Tanah Bersepadu, e-RMKJ dan e-MMK. Oleh yang

demikian, satu kajian relevan akan dilakukan bagi tujuan pemantauan dan

penguatkuasaan khusus untuk bahan batuan melalui penggunaan teknologi dan ICT

bagi penambahbaikan di PTG dan PTD agar sistem penyampaian perkhidmatan lebih

telus, meningkatkan tahap integriti dan seterusnya menghapuskan tohmahan

terhadap penguatkuasaan di pentadbiran tanah serta meningkatkan hasil Kerajaan

Negeri untuk bahan batuan.

Prakarsa Kedua : Seterusnya Ialah Pihak Berkuasa Tempatan Menepati Aspirasi Rakyat.

Pihak Berkuasa Tempatan adalah organisasi kerajaan yang paling hampir dengan

kehidupan seharian rakyat sekali gus mempunyai tanggungjawab cukup kritikal dalam

mewujudkan persekitaran ceria, sejahtera dalam kawasan pentadbirannya. Prestasi

kakitangan PBT sangat tergantung kepada tahap kepuasan rakyat terhadap

perkhidmatan diberikan. Oleh itu Kerajaan menetapkan 4 langkah dalam usaha

menjadikan para kakitangan PBT yang berdedikasi dan sentiasa bersikap positif dalam

memikul amanah dan tanggung jawab tersebut:-

Page 33: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

33

Langkah Pertama : Mempergiatkan Unit Tindakan Khas Dan Pasukan 3K Yang Berkaitan

Dengan Kebersihan, Keceriaan Dan Keindahan.

Gerak kerja Unit Tindakan Khas atau Pasukan Tindakan Khas dan Pasukan 3K akan

diperkemaskan dengan menjadikan keselesaan penduduk sebagai matlamat

perkhidmatan yang menitikberatkan perkhidmatan perbandaran yang lebih baik dan

efisien sebagai satu penghargaan balas kepada pembayar cukai kepada PBT.

Melalui program ini, pelaksanaan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan

infrastruktur akan dilakukan dengan segera agar penduduk tidak menanggung

kesulitan pada jangka masa yang lama. Kerja-kerja seperti penampalan jalan yang

berlubang, pembersihan dan pembaikan parit, penurapan jalan, pembaikan guard

rail, curb, lampu jalan yang tidak berfungsi serta sisa pokok yang tumbang akan

dilakukan dengan kadar segera dengan adanya pasukan petugas dengan anggota

berdedikasi serta dilengkapi jentera dan peralatan yang baik.

Pada masa yang sama, Pasukan Tindakan Khas dan Pasukan 3K ini dari masa ke

semasa memantau kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh pihak syarikat

Southern Waste Management. Selain itu penggunaan Effective Microorganism akan

diperluaskan dalam kerja-kerja pembersihan dan kesuburan tanah.

Langkah Kedua : Melaksanakan Pelan Integriti Organisasi Pihak Berkuasa Tempatan.

Program ini dilaksanakan bagi mengujudkan, melahirkan anggota Pihak Berkuasa

Tempatan yang memiliki jati diri dan lebih berintegriti terhadap tugas dan tanggung

jawab masing-masing. Pelan kerja yang sistematik dan seragam akan diwujudkan

untuk semua PBT. Ia menekankan kajian Perintah-Perintah Am Pegawai Pihak

Berkuasa Tempatan Johor (Kelakuan dan Tatatertib) 1988, agar seiring dengan

keadaan semasa dan relevan dengan peraturan-peraturan lain yang sedia ada.

Kerajaan meletakkan harapan agar pelan ini mampu membentuk anggota kerja yang

sentiasa komited dengan tugas dan patuh dengan peraturan seterusnya mengekang

gejala rasuah atau pun apa jua kesalahan dalam menjadikan Negeri Johor sebagai

satu negeri yang bebas rasuah dan mempunyai anggota pekerja yang

bertanggungjawab.

Langkah Ketiga : Perekayasaan Proses Kerja Iaitu Businees Proscess Reengineeing,

dengan izin.

Aliran dan proses kerja di peringkat PBT diperkemaskan bagi mengurangkan karenah

birokrasi yang sering menjadi rungutan penduduk kerana merasakan sesuatu kelulusan

permohonan itu mengambil masa sebegitu lama. Maka proses ini diringkaskan lagi di

mana proses kerja melalui sama ada memendekkan tempoh ulasan satu-satu Jabatan

ataupun memansuhkan terus proses yang dirasakan tidak lagi relevan untuk diguna

pakai. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil kepada kerajaan. Antara

kelulusan serta merta yang dapat dikeluarkan hasil daripada proses ini ialah, kelulusan

permit anjing, permit bazar Ramadan, Lesen Arkib dan Gerai Statik serta pengeluaran

Lesen Komposit Hotel. Hasil daripada proses ini juga telah diperkenalkan dan

Page 34: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

34

dilaksanakan melalui OSC, One Stop Centre Online bagi memudahkan dan

mempercepatkan kerja secara lebih sistematik dan efisien.

Langkah Keempat : Membangunkan Inventori Lanskap Taman Rekreasi Hutan Bandar,

Taman Linear, Taman Tasik Dan Taman Botani.

Dalam menjadikan taman-taman yang ada dalam Negeri Johor ini sebagai tempat

tumpuan pelancong dan juga dari dalam dan luar negara, pembangunan dan

penyelenggaraan secara komprehensif perlu dilaksanakan.

Kerjasama yang berterusan antara PBT dan Jabatan Lanskap Negeri akan diadakan

bagi memastikan inventori landskap direkodkan, spesies pokok perlu di tanda dan

direkodkan dari segi bilangan, saiz dan ketinggian serta umur pokok tersebut.

Keadaan pokok-pokok berkenaan perlu dipantau dari masa ke semasa.

Langkah menggunakan inventori landskap ini akan membolehkan perancangan

dibuat secara berkesan dari segi keperluan tenaga manusia di samping apa juga

peralatan yang diperlukan dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan pemantauan.

Dan inventori ini juga penting sebagai rujukan dalam menyediakan permohonan

peruntukan dan mengawal perbelanjaan PBT itu sendiri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai maklumat tambahan mengenai taman-

taman ini, saya ingin memaklumkan bahawa sempena dengan syarat-syarat

dikenakan oleh kerajaan kepada pemaju-pemaju kawasan perumahan, maka kita

ada taman seluas lebih kurang 200 ekar di Kulai sempena dengan pembangunan

pihak pemaju yang keluasannya 5,000 ekar di mana syarat 10% di dikenakan kepada

5,000 ekar pembangunan. Bermakna tidak kurang 500 ekar perlu menjadi kawasan-

kawasan lapang maka di antara yang diputuskan ialah satu lokasi seluas 200 ekar. Itu

akan menjadi satu taman. Seterusnya di satu pembangunan seluas 8,000 ekar maka

10% daripadanya 800 ekar menjadi kawasan lapang maka kerajaan kenakan juga

syarat bahawa di pembangunan yang berkenaan, khususnya di Indahpura sebagai

contoh, maka ada lagi 200 ekar di satu lokasi menjadi satu taman.

Dan seterusnya Dato’ Speaker, saya ingin maklumkan juga bahawa di sebagai contoh

mengapa kajian mengambil berat tentang wujudnya taman-taman ini untuk

kegunaan masyarakat tempatan, maka di Mutiara Rini satu pembangunan seluas 900

ekar maka sudah pun dibangunkan 60 ekar satu kawasan, satu taman yang telah pun

dibangunkan dan di Nusajaya ini, Dato’ Speaker, bila kita tinggalkan Kota Iskandar ini,

kita akan menikmati satu taman seluas 90 ekar pada satu lokasi dan selain daripada

itu ialah ada satu, sempena pembangunan di kawasan Nusajaya ini, maka satu syarat

dikenakan oleh kerajaan ialah apa dipanggil Taman Wilayah seluas 600 ekar. Jadi ini

sebagai contoh-contoh di mana sempena dengan dasar Kerajaan Negeri untuk

memastikan bahawa Negeri Johor ini juga pada masa hadapan akan mempunyai

kawasan-kawasan lapang yang boleh dinikmati oleh penduduknya dan rakyatnya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau kita lihat sejarah Negeri Johor ini, yang kita warisi

daripada satu keputusan yang amat bijak oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu

Bakar, membina taman bunga seluas 120 ekar, yang kita warisi sampai pada hari ini

iaitu satu keputusan yang amat bijak.

Page 35: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

35

Oleh yang demikian Dato’ Speaker, kita sepatutnya tidak hanya terhad kepada

Taman Bunga Istana. Itu sebabnya Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk

mewujudkan taman-taman yang lain sempena dengan arus pembangunan yang

berlaku di sana sini di Negeri Johor.

Seterusnya Dato’ Speaker,

Prakarsa Ketiga : Berkaitan Dengan Perkhidmatan Awam Yang Efisien, Berintegriti Dan

Berprestasi Tinggi, Di Antaranya :-

Langkah Pertama : Mengekalkan Bakat Yang Terbaik Dalam Perkhidmatan Awam.

Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan penguasaan ilmu di kalangan penjawat

awam di Negeri Johor agar lebih mantap dari segi daya fikir, sekali gus lebih inovatif

dan kreatif dalam merencanakan pembangunan negeri dan memberi penghormatan

kepada rakyat. Pendekatan ini diharapkan dapat mendorong kakitangan awam

mencetuskan idea-idea baru serta lebih bermotivasi. Ia selari dengan perkembangan

Iskandar Malaysia yang menuntut penjawat awam negeri lebih bersedia menjadi

pendokong kepimpinan yang cemerlang. Sehubungan dengan itu penjawat awam

kumpulan atasan, pertengahan dan penyelia akan didedahkan dengan kursus

Transformasi Kepimpinan terkini agar ia dapat melonjakkan idea dan inovasi baru bagi

memajukan Negeri Johor.

Oleh itu Program Cross-Fertilisation Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor ke GLC akan

diperluaskan dan dikembangkan ke agensi Persekutuan. Program ini membolehkan

seorang pegawai menggarap pengalaman lebih luas, sekali gus memantapkan

keupayaan menangani cabaran perkhidmatan.

Dan rancangan pusingan kerja secara sistematik melalui kaedah mentor-mentee pula

akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Pegawai-pegawai muda dan pegawai-

pegawai lama dan berpengalaman akan berkongsi ilmu dan pengetahuan bidang-

bidang kerja utama. Keadaan ini akan memudahkan pusingan kerja tanpa

menjejaskan operasi jabatan. Pada tahun 2012 seramai 200 pegawai dicadangkan

dilibatkan dalam program mentor-mentee tersebut.

Langkah Kedua : Memberi Penghargaan Kepada Agensi Yang Mencipta Inovasi.

Selaras dengan Bajet Kerajaan Persekutuan yang menyasarkan tahun 2012 sebagai

Tahun Inovasi, maka dicadangkan agar diberi penghargaan dan ganjaran sebanyak

RM10,000.00 kepada pegawai dan agensi yang mencipta inovasi dan dipatenkan.

Penghargaan tersebut diharapkan dapat meningkatkan daya cipta dan inovasi di

kalangan penjawat awam dan sekali gus meningkatkan pencapaian perkhidmatan.

Pada tahun 2012 semua agensi kerajaan adalah digalakkan mengadakan Hari Inovasi.

Bagi peringkat negeri, Hari Inovasi akan disertakan dengan program pertandingan

kumpulan inovatif dan kreatif agar impak pertandingan tersebut lebih menarik.

Page 36: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

36

Langkah Ketiga : Melaksanakan Perkhidmatan Berfokuskan Pelanggan.

Kerajaan Negeri akan melaksanakan Kempen Amalan Senyum dalam Perkhidmatan

Awam Negeri pada tahun depan malah perkhidmatan Pegawai Awam barisan

hadapan akan diperkasakan dengan amalan budaya mesra kepada pelanggan

tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Ini bertujuan meningkatkan perkhidmatan

yang mesra pelanggan berteraskan nilai murni dan budi bahasa yang tinggi.

Bagi meningkatkan perkhidmatan agensi-agensi sektor awam yang mesra pelanggan

berteraskan nilai-nilai murni dan budi bahasa serta amalan senyuman ketika

menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dan pelanggan, maka pada tahun 2012

dicadangkan diadakan Kempen Amalan Senyum.

Budaya mesra pelanggan melalui amalan senyum semasa berurusan dengan orang

ramai akan ditekankan agar perkhidmatan yang disediakan sentiasa disenangi dan

memuaskan hati rakyat. Penyampaian perkhidmatan yang holistik melibatkan

perhubungan dan interaksi yang cukup dan cekap dan berkesan antara organisasi

dengan pelanggan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Prakarsa 4 : Menjana Hasil Kerajaan Yang Mampan.

Langkah Pertama : Menyemak Semula Kadar Hasil Yang Konsisten Setiap 5 Tahun.

Sesuai dengan transformasi perkhidmatan awam yang berteraskan Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dalam memberikan perkhidmatan yang

terbaik kepada rakyat, kerajaan merasakan adalah perlu melakukan semakan semula

ke atas kadar bayaran yang dikenakan oleh agensi-agensi kerajaan atas

perkhidmatannya terutamanya pada sektor swasta. Semakan semula ini dibuat

terhadap bayaran-bayaran perkhidmatan yang tidak pernah dikaji.

Antara bayaran perkhidmatan yang telah dikenal pasti untuk dibuat semakan semula

adalah bayaran hiburan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan

1998 yang melibatkan Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor dan Pejabat-Pejabat

Daerah. Kadar yang tidak pernah disemak sejak 1998 untuk membolehkan kadar

bayaran yang tidak pernah disemak sejak 1998 itu dikaji semula. Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri Bahagian Pengurusan hendaklah terlebih dahulu menyediakan

Peraturan-Peraturan hiburan yang berkenaan.

Setakat ini, kajian semula kesesuaian kadar dan kaedah perlesenan adalah

berdasarkan kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang membolehkan

kerajaan mengkaji semula kadar bayaran dan kaedah perlesenan secara konsisten

setiap 5 tahun. Kerajaan dapat meningkatkan hasilnya sekali gus menyumbang

secara positif kepada pengupayaan perkhidmatan kepada rakyat.

Pada ketika ini, Jabatan Agama Negeri Johor yang juga mengenakan kadar bayaran

yang amat minimum atas perkhidmatan yang diberikan dalam urusan daftar fail,

kaunseling, batu paket, tanah perkuburan, sijil halal, perkhidmatan van jenazah, nikah

Page 37: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

37

cerai rujuk untuk diselaraskan dengan sistem E-NCR dan cabutan sijil kematian.

Langkah semakan semula dengan mengenakan kadar baru akan menaikkan hasil

jabatan serta mutu perkhidmatan dijangka bertambah baik.

Penambahan hasil 100% juga dijangka diperoleh daripada Perbadanan Taman

Negara menerusi kadar baru yang lebih tinggi kepada warga asing berbanding warga

tempatan seperti bayaran permit membaiki dan permit masuk ke Taman Negara.

Kadar sedia ada bagi yuran konservasi yang dikenakan kepada warga tempatan

dewasa adalah RM5.00 manakala pelajar RM3.00. Caj warga asing dewasa pula

sekadar RM10.00, manakala pelajar asing RM5.00. Oleh itu, kerajaan mencadangkan

supaya yuran konservasi bagi warga tempatan dikekalkan manakala caj warga asing

dinaikkan kepada RM20.00 dan pelajar asing RM10.00.

Selain itu, lesen air dikenakan kepada pemunya atau pemegang tapak tanah yang

diliputi air bagi didirikan sesuatu binaan seperti jeti atau jambatan. Kerajaan juga

bercadang untuk meminda kadar lesen air tersebut iaitu sebanyak 5 kali ganda dari

kadar sedia ada. Pindaan tersebut hanya merujuk kepada Peraturan Air (Pindaan)

Ayer Negeri Johor 1971. Oleh yang demikian, peningkatan hasil negeri dapat

ditingkatkan sebanyak 5 kali daripada sekarang mengikut pada saiz kegunaan pemilik

jeti atau jambatan.

Langkah Kedua : Mengenal Pasti Sumber Hasil Baru Atas Perkhidmatan.

Jabatan Agama Islam telah mengenal pasti sumber-sumber hasil yang baru bagi

meningkatkan hasil seperti Sijil Penyembelihan, Penentuan Arah Kiblat, Sijil Pengesahan

Samak dan Permohonan Mengalihkan Kubur yang tidak pernah dikenakan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, jabatan akan membuat penetapan ke atas kadar-kadar baru

yang wajar dikenakan.

Sementara itu, bayaran permit masuk ke pulau-pulau, permit penyelidikan dan

penggambaran, permit menyelam dan permit kenderaan lasak akan dikenakan

mengikut kadar yang berbeza atau pelancong asing dan tempatan. Ini dapat

menambah baik hasil baru kepada Jabatan Pelancongan dan Agensi Kerajaan yang

berkenaan. Antara hasil baru yang dapat menambahkan hasil perkhidmatan ialah

barangan permit, penggambaran bagi video dengan kadar RM1,000.00 sehari dan

photoshoot RM100.00 sehari.

Langkah Ketiga : Meningkatkan Sumbangan GLC Dan Badan-Badan Berkanun.

Kerajaan Negeri akan menumpukan usaha-usaha untuk meningkatkan sumbangan

GLC kepada Kerajaan Negeri. Sebagai langkah permulaan, Kerajaan Negeri akan

mengkaji semula Enakmen SSI tersebut dengan mewujudkan badan pengurusan bagi

memantapkan pengurusan aset-aset SSI untuk menjamin pendapatan hasil dan

pulangan yang konsisten. Pihak UPEN ditugaskan untuk mengkaji cadangan

memperkukuhkan SSI.

Kerajaan Negeri juga mempunyai lebih 13 GLC dan badan-badan berkanun dalam

pelbagai bidang demi memastikan kegiatan GLC dan badan-badan ini menepati

Page 38: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

38

aspirasi rakyat dan negeri, sebuah lembaga ataupun badan bebas akan diwujudkan

bagi memantau operasi dan kemajuan semua organisasi ini.

Melalui lembaga atau badan ini, usaha menyusun semula GLC dan badan-badan

berkenaan boleh dilakukan mengikut pengkhususan supaya lebih fokus dalam

menjalankan kegiatan perniagaan terpilih. Selain itu, badan bebas berkenaan boleh

menetapkan KPI ke atas semua GLC dan badan-badan berkanun tersebut sebagai

ukuran kecekapan mencapai sasaran dalam operasi masing-masing.

Bermula tahun 2012 ini juga, semua GLC berkenaan diwajibkan membayar balik

pelaburan kerajaan yang telah banyak menyuntik modal sama ada dalam bentuk

tunai, kurniaan tanah dan kepakaran perundingan. Mereka dikehendaki membuat

bayaran balik dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Langkah ini adalah untuk

memastikan GLC menggunakan sepenuhnya sumbangan kerajaan terutamanya

dalam bentuk kurniaan tanah yang perlu dimajukan semula. Sekiranya tanah tersebut

tidak dimajukan dalam tempoh 5 tahun, kerajaan mempunyai hak untuk menarik balik

kurniaan tersebut.

Kerajaan juga menetapkan pulangan atas pelaburan (Returned of Investment),

dengan izin, kerajaan berdasarkan kepada keuntungan kasar 1% hingga 10% setiap

tahun ataupun pulangan berkala yang ditetapkan oleh kerajaan. Langkah ini

bertujuan memastikan kerajaan menerima dividen daripada pelaburan yang dibuat.

Selain itu, kerajaan juga akan meneliti kembali penglibatannya dalam syarikat-syarikat

usahasama dan GLC. Sekiranya penglibatan tersebut tidak mendatangkan hasil yang

mampan, kerajaan akan menarik diri daripada terus terlibat dalam syarikat berkenaan.

Langkah Keempat : Mencari Sumber Kewangan Yang Menjadi Punca Penambahan

Hasil Daripada Kerajaan Persekutuan Dan Badan-Badan Dunia.

Di mana agensi kerajaan adalah digalakkan bersifat kreatif dalam mencari sumber

kewangan berbentuk insentif bagi mendapatkan punca pendapatan tambahan

daripada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana badan dunia daripada masa ke

semasa.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Prakarsa 5 : Mentadbir Urus Pentadbiran Kerajaan Yang Kos Efektif Dan Produktif.

Bagi mencapai status belanjawan yang lebih sihat, perbelanjaan mengurus perlu

dikurangkan ke tahap yang lebih rendah di bawah Transformasi Perkhidmatan Awam

Negeri Johor. Beberapa strategi telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam Bajet

2012 bagi mencapai KRA ke-5 iaitu Pentadbiran Kerajaan Yang Kos Efektif.

Strategi yang perlu dilaksanakan ialah dengan memberi tumpuan untuk

mengurangkan kos 3 aktiviti perbelanjaan mengurus iaitu perbelanjaan bagi

Emolumen Perkhidmatan dan Berkala serta Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.

Page 39: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

39

Antara langkah yang akan diambil adalah untuk mengkaji semula dasar pengambilan

kakitangan agar ianya berdasarkan kepada keperluan sebenar jabatan dan

bukannya sekadar memenuhi peruntukan ataupun waran yang diperoleh. Dan di

samping itu, skop-skop kerja setiap pegawai akan diperluaskan.

Kerajaan juga mengemaskinikan dan melaksanakan garis panduan yang lebih

terperinci bagi perbelanjaan untuk jamuan, pemberian, cenderamata, mesyuarat,

penganjuran seminar, kursus dan bengkel yang agak umum ketika ini.

Satu pelan tindakan perlu dibangunkan bagi mengurangkan bil utiliti iaitu dengan

mengurangkan penggunaan bulanan elektrik dan air oleh jabatan kerajaan. Sebagai

permulaan, kerajaan akan melaksanakan audit tenaga, khususnya penggunaan

elektrik di setiap jabatan di Kota Iskandar bagi menggalakkan penjimatan

penggunaan tenaga, kerajaan akan meletakkan meter di setiap jabatan di Kota

Iskandar dan akan memaklumkan penggunaan elektrik tersebut kepada umum.

Dengan cara ini, setiap jabatan adalah bertanggungjawab untuk menjimatkan

penggunaan elektrik masing-masing

Prakarsa 6 : Keberkesanan Sistem Penyampaian Melalui ICT.

Penggunaan ICT dalam sistem penyampaian kerajaan telah ditingkatkan dari masa ke

semasa melalui pelbagai aplikasi yang turut menghubungkan semua jabatan dan

agensi melalui satu rangkaian yang mudah diakses oleh pelanggan, pengguna dan

rakyat keseluruhannya. Aplikasi-aplikasi ini telah menyediakan perkhidmatan lebih

cekap kerajaan dalam pelbagai urusan dengan rakyat termasuk bagi kutipan hasil

permohonan-permohonan dan rujukan maklumat. Untuk tahun 2012, penggunaan

teknologi ICT ini akan diteruskan lagi liputannya.

Langkat Pertama : Menaikkan Taraf Sistem Maklumat Sekolah Agama Johor.

Sistem ini akan dibangunkan bagi menggantikan pengumpulan rekod berkenaan

pelajar, sekolah, guru, subjek dan peperiksaan yang dilakukan selama ini melalui sistem

manual iaitu Microsoft Access. Jumlah data yang semakin meningkat ini tidak dapat

menampung kapasiti perkakasan sedia ada. Ini mengakibatkan kesukaran dalam

menjana laporan serta analisis terhadap rekod-rekod berkenaan. Sehubungan itu,

objektif utama pembangunan sistem ini ialah bagi pengumpulan data secara berpusat

yang seragam. Sistem ini juga melibatkan perkongsian data ataupun maklumat

antara Pejabat Pendidikan Agama Daerah dan sekolah secara atas talian.

Selain daripada itu, kemudahan menjana laporan dan lain-lain rekod secara elektronik,

sistem ini juga memberi kemudahan bagi merangka dan menyelaras penglibatan

kerajaan dalam bidang pendidikan agama.

Seterusnya,

Langkah Kedua : Membangunkan Portal Johor.

Satu portal serba lengkap mengenai maklumat Negeri Johor akan diwujudkan demi

kemudahan rakyat sekali gus mempromosikan negeri ini kepada masyarakat luar dan

Page 40: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

40

antarabangsa. Ketika ini didapati berlaku kekurangan input bagi sebaran informasi

menarik dan terkini mengenai Negeri Johor. Melalui projek ini, orang awam serta

pelancong dapat mengetahui lokasi tempat terkenal dan menarik di sekitar Negeri

Johor. Direktori lokasi utama negeri dan juga hebahan aktiviti yang dianjurkan oleh

negeri secara tidak langsung, projek ini dapat meningkatkan kadar pelancongan yang

melawat Negeri Johor serta dapat menjana ekonomi negeri.

Seterusnya, strategi yang terakhir Dato’ Speaker,

STRATEGI KEENAM : MENINGKATKAN TARAF HIDUP DAN SOSIOEKONOMI RAKYAT.

Kerajaan Malaysia berhasrat untuk mencapai status Negara maju, pendapatan tinggi

melalui pembangunan secara inklusif dan berdaya tahan sejajar dengan wawasan

2020. Kerajaan Negeri Johor bukan sahaja menggalas cabaran yang besar dalam

memangkin ekonomi negeri, bahkan pertumbuhan tersebut mestilah diiringi dengan

pertumbuhan yang inklusif dan merangkumi semua lapisan masyarakat. Aspek

keterangkuman ini akan membolehkan semua lapisan masyarakat menyumbang serta

menikmati kekayaan dan pertumbuhan ekonomi negeri, bagi menjayakan aspirasi ini

Kerajaan Negeri menggariskan beberapa prakarsa untuk meningkatkan taraf hidup

rakyat.

Prakarsa 1 : Transformasi Sosioekonomi Negara Secara Inklusif Dan Berdaya Tahan.

Agihan pendapatan dan pembasmian kemiskinan merupakan dimensi yang penting

dalam pembangunan negeri. Cara pengagihan juga perlu diperhalusi dan

dilaksanakan berasaskan kepada keperluan sosioekonomi dengan mengambil kira

impaknya kepada perpaduan rakyat. Matlamat keadilan sosial yang ingin dicapai

membolehkan kemiskinan tegar dihapuskan dan tiada mana-mana kelompok

masyarakat dipinggirkan. Dengan iltizam ini, Kerajaan Negeri akan melaksanakan

beberapa program seperti berikut :

Langkah Pertama : Membina Dan Membaiki Rumah Golongan Miskin Dan Miskin Tegar.

Program Bantuan Rumah yang telah dilaksanakan akan diteruskan untuk tahun

hadapan dalam memastikan keperluan asas rakyat terus terbela. Program tersebut

masih lagi memberi tumpuan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang

didaftarkan melalui pendaftaran terbuka yang telah disahkan dalam sistem e-Kasih.

Langkah Kedua : Memberi Bantuan Makanan Kepada Keluarga Miskin Dan Miskin

Tegar.

Bantuan barangan dan makanan yang terpilih akan diberikan kepada golongan

miskin dan miskin tegar yang memerlukan bagi memastikan golongan tersebut dapat

mengambil pemakanan yang sihat. Sehubungan itu, pihak Unit Perancangan Ekonomi

Johor dengan kerjasama beberapa agensi akan menguruskan proses pemilihan

penerima yang layak menerima bantuan tersebut. Manakala program MyKasih yang

dikendalikan oleh Yayasan MyKasih akan digunakan sebagai satu sistem audit yang

teliti dalam memastikan dana yang disalurkan oleh penderma dapat disampaikan

kepada golongan yang tepat dan mencapai hasrat murni ini.

Page 41: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

41

Langkah Ketiga : Memberi Tambahan Bantuan Am Keluarga.

Penambahan dalam jumlah bantuan yang diberikan adalah bertujuan untuk

membantu golongan yang kurang berkemampuan berhadapan dengan situasi

peningkatan kos hidup yang semakin tinggi. Kadar bantuan akan dinaikkan daripada

RM115.00 kepada RM150.00.

Langkah Keempat : Melaksanakan Program Latihan Kemahiran Dan Penempatan

Pekerjaan Untuk Isi Rumah Miskin Dan Miskin Tegar.

Ini merupakan kesinambungan daripada program yang telah dilaksanakan tahun lalu

yang menyediakan keperluan kemahiran dengan syarat kemasukan yang minima

kepada ahli isi rumah miskin dan miskin tegar yang tidak berpeluang mengikuti

pengajian tinggi di IPTA dan IPTS. Program ini bertujuan untuk mewujudkan golongan

tenaga mahir, terlatih di kalangan ahli isi rumah miskin dan miskin tegar yang boleh

bersaing dengan graduan dalam institut pengajian tinggi yang lain dalam merebut

peluang pekerjaan. Seterusnya, dapat membantu ahli keluarga keluar daripada

belenggu kemiskinan. Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor adalah

merupakan agensi pelaksana bagi program tersebut.

Langkah Kelima : Mengadakan Program Dan Kursus Khas Bagi Golongan Orang

Kurang Upaya Untuk Mempertingkatkan Kemahiran Mereka Dengan Menggunakan

Tempat Latihan Yang Sedia Ada.

Program latihan kemahiran untuk golongan Orang Kurang Upaya diwujudkan

terutamanya kepada orang golongan OKU yang tidak dapat bersaing daripada aspek

pendidikan mahupun keupayaan bertanding dengan golongan OKU yang lain untuk

mendapatkan pekerjaan. Program dan kursus yang akan diadakan adalah

merupakan kursus jangka pendek selama 6 bulan di pusat-pusat latihan terpilih yang

sedia ada seperti Kolej Komuniti dan Giatmara dengan mengambil kira

kebolehpasaran pekerjaan dan turut diberikan sijil.

Langkah Keenam : Menyediakan Pusat Gelandangan Yang Berkonsepkan “One Stop

Intervention Centre” Dengan Menggunakan Bangunan Sedia Ada Iaitu Asrama Bukit

Senyum Kendalian JKM.

Pusat ini menekankan konsep “Welfare Society” di mana agensi Kerajaan, swasta,

pertubuhan bukan kerajaan, komuniti dan individu. Penubuhannya dijangka akan

memudahkan perkumpulan profil bagi tujuan perancangan program pembangunan

sosial pada masa hadapan dan seterusnya membantu dalam penyelarasan dan

penyaluran bantuan dan perkhidmatan. Perkhidmatan psikologi dan kaunseling,

khidmat bantuan pencarian kerja Program Soup Kitchen, Program Pemberian Pakaian

dan Program Repatriasi merupakan antara perkhidmatan dan pengisian program

yang dicadangkan kepada golongan ini dalam pusat tersebut.

Page 42: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

42

Prakarsa 2 : Membangunkan Modal Insan Yang Berdaya Saing Dan Menepati

Kehendak Pasaran.

Pembangunan modal insan di Malaysia dilihat sebagai salah satu bidang yang turut

membantu meningkatkan produktiviti dan ekonomi Negara. Modal Insan yang

berkualiti bukan sahaja tertumpu kepada aspek pendidikan dan intelektual semata

tetapi juga mempunyai nilai etika dan keperibadian yang tinggi, kemahiran serta

berdaya saing. Usaha ke arah ini harus diperhebat terutama penyediaan sumber

tenaga kerja yang berupaya memenuhi keperluan industri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada beberapa langkah yang dirancang di antaranya

ialah :

Langkah Pertama : Penganjuran Karnival Kerjaya Perniagaan Dan Kemahiran (KEPAK

2012).

Untuk peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di Negeri Johor ini.

Langkah Kedua : Memperkenalkan Sudut Industri Di Sekolah-Sekolah.

Langkah Ketiga : Membangunkan Sistem Klasifikasi Tenaga Kerja Di Negeri Johor.

Prakarsa 4 : Memperkasakan Penglibatan Wanita Dalam Ekonomi Dan Kepimpinan.

Di antaranya termasuk mengadakan program kepimpinan wanita dan seterusnya

Dato’ Speaker, mempertingkatkan peranan pusat khidmat dan bimbingan nasihat

wanita.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bajet Negeri Johor tahun 2012 merupakan bajet

lebihan, di mana hasil dianggarkan berjumlah RM825.99 juta. Manakala perbelanjaan

mengurus berjumlah RM824.78 juta. Oleh itu, lebihan bagi tahun 2012, adalah

sebanyak RM1.21 juta berbanding dengan lebihan bajet tahun 2012 berjumlah RM2.77

juta.

Hasil Kerajaan Negeri dipecahkan kepada 3 komponen utama iaitu hasil cukai, hasil

bukan cukai dan terimaan bukan hasil. Hasil Cukai pada tahun 2012 dianggarkan

sebanyak RM329.78 juta iaitu penambahan sebanyak RM12.9 juta berbanding dengan

anggaran asal tahun 2011. Kutipan dari Hasil Bukan Cukai pula dianggarkan menurun

sebanyak RM51.5 juta kepada RM299.9 juta iaitu penurunan sebanyak 14.65%.

Terimaan Bukan Hasil adalah dianggarkan sebanyak RM196.29 juta berbanding tahun

2011 dianggarkan RM145.82 juta.

Perbelanjaan Mengurus dianggarkan meningkat sebanyak 1.66% dari RM811.53 juta

kepada RM824.78 juta.

Komponen utama Perbelanjaan Mengurus adalah terdiri daripada perbelanjaan

emolumen dengan anggaran berjumlah RM318.76 juta.

Page 43: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

43

Perbelanjaan Perkhidmatan dan Berkala pula sebanyak RM230.25 juta. Perolehan Aset

RM10.26 juta. Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, RM211.15 juta dan lain

perbelanjaan berjumlah RM54.36 juta.

Peruntukan Pembangunan untuk tahun 2012 adalah sebanyak RM311.2 juta. Sejumlah

RM61 juta diperuntukkan kepada Pejabat Menteri Besar bagi tujuan pelbagai projek

pembangunan termasuk pembinaan jalan-jalan kampung, pengambilan balik tanah,

pembinaan dewan orang ramai, pembinaan padang di Mukim-mukim dan pemberian

pembangunan usahawan Jabatan Kerja Raya Negeri Johor diperuntukkan sebanyak

RM133.6 juta yang mana sebahagian besar adalah untuk pembinaan jalan dan

jambatan negeri serta bangunan kerajaan.

Pertanian dan pembangunan luar bandar diperuntukkan sebanyak RM39.9 juta di

mana sejumlah RM22.7 juta adalah untuk projek pengairan dan saliran manakala

selebihnya untuk projek perikanan, pertanian dan perkhidmatan veterinar.

Perbelanjaan lain yang mendapat peruntukan besar adalah Jabatan Agama Negeri

Johor yang diperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi tujuan pendidikan agama,

pembinaan sekolah-sekolah agama dan program-program pembangunan ummah.

Kerajaan Tempatan dan Perumahan menerima peruntukan sejumlah RM12.45 juta.

Sebanyak RM10 juta untuk membantu penguasa-penguasa tempatan melaksanakan

projek pembangunan di kawasan mereka. Manakala baki sebanyak RM2.5 juta

adalah untuk pembinaan dan penyelenggaraan rumah-rumah rakyat. Sementara itu

sebanyak RM31.5 juta disediakan untuk pejabat-pejabat daerah. RM10.25 juta

disediakan untuk pekerja-pekerja pembangunan, perhutanan dan pelancongan.

Dato’ Speaker, Tabung Amanah Warisan Johor masih melaksanakan aktiviti pelaburan

untuk menjanakan pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Nilai terkumpul Dana

Tabung pada akhir November 2011 adalah sebanyak RM346 juta berbanding dengan

nilai dana terkumpul pada akhir tahun 2010 yang berjumlah RM319.1 juta.

Prestasi tabung sehingga akhir November 2011 telah mencatatkan jumlah keuntungan

bersih berjumlah RM26.49 juta. Keuntungan dalam tahun 2010 yang berjumlah RM17.8

juta. Dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu ini pengurusan tabung akan

mengambil langkah berhati-hati dan mengambil pendekatan sederhana supaya

pelaburan yang dijalankan memberi pulangan yang baik.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, demikianlah inti sari Bajet 2012 yang merupakan

kesinambungan pendekatan pembangunan holistik, adil, seimbang, menyeluruh

dengan usaha mendayakan pertumbuhan ekonomi menjana pendapatan untuk

membolehkan pengagihan yang lebih merata dan adil demi kesejahteraan bersama.

Pendekatan ini telah terbukti dapat meraih pembabitan segenap lapisan masyarakat

sejajar hasrat kepimpinan Negara supaya setiap rakyat dapat menikmati kehidupan

yang lebih sejahtera dalam suasana harmoni tanpa mengira kaum dan taraf sosial.

Sesungguhnya, Negeri Johor telah menempa era pemodenannya sejak Kesultanan

Maharaja Abu Bakar lagi, dan terus membangun dekad demi dekad sehinggalah ke

hari ini. Gerak kerja pembangunan sepanjang tempoh sejarah negeri yang panjang

itu, sentiasa meletakkan Johor di antara negeri yang memberi sumbangan bermakna

Page 44: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

44

kepada kemajuan negara keseluruhannya. Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri

agar tidak ada pihak, atau mana-mana lapisan rakyat sekalipun tercicir daripada arus

pembangunan ini, malah semuanya diajak bersama mengambil bahagian dan saling

memakmurkan.

Dalam memastikan matlamat ini dicapai dengan sempurna yang memerlukan

sokongan dan kerjasama semua pihak daripada kepimpinan negeri, Ahli-Ahli Dewan

yang mulia ini, pegawai-pegawai kerajaan, golongan profesional dan usahawan,

pimpinan masyarakat setempat, ahli perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan, malah

pengamal pelbagai bidang kerjaya serta rakyat jelata sekalian.

Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi penghargaan kepada rakyat Johor

yang secara berterusan memberikan sokongan yang padu kepada Barisan Nasional

untuk terus membentuk Kerajaan Negeri pilihan raya yang pertama sehinggalah yang

kedua belas ini (Dewan bertepuk). Sokongan tersebut ternyata mencerminkan

bahawa rakyat yakin dan penuh percaya dengan Kerajaan yang mereka dokong

berasaskan kepada rekod perkhidmatan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan

Nasional dengan kerjasama erat pegawai dan kakitangan kerajaan. Kerajaan amat

menghargai komitmen dan kesungguhan para pegawai dan kakitangannya dalam

menjalankan tugas serta peka dengan tanggungjawab masing-masing.

Kerajaan Barisan Nasional sentiasa bersedia untuk dinilai dan tidak gusar untuk kembali

kepada rakyat, menentukan mandat mereka dalam setiap tempoh 5 tahun. Kerajaan

penuh yakin rakyat Johor adalah masyarakat yang cukup memahami, serta sedar

peranan mereka dalam memastikan kestabilan negeri dan negara.

Pemodenan Johor dengan sikap keterbukaan yang ditempa sejak pertengahan abad

ke-19 telah menjadikan rakyat Johor sebagai masyarakat yang matang dan rasional

serta mempunyai kebijaksanaan bersama untuk menentukan masa depan mereka.

Sejarah telah menunjukkan bahawa rakyat Johor kental perpaduannya dalam apa jua

cabaran mendatang, teguh pendiriannya dan tidak mudah terperangkap dengan

asakan yang boleh menggugat kerukunan hidup bersama dan kemakmuran negara.

Semoga niat serta usaha kita ini, dengan penuh keikhlasan dan tekad yang tidak

berbelah bagi untuk membawa Negeri Johor ini ke arah satu anjakan masa depan,

menyumbang kepada kemajuan negara, membawa kepada kesejahteraan kepada

rakyat jelata, mendapat restu dan rahmat serta beroleh naungan dan keampunan

Allah jua, insya-Allah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah, ucap tahniah kepada

Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah pun membentangkan Bajet

Belanjawan 2012 yang amat begitu baik sekali. Dan, selepas ini saya dengan segala

hormatnya mempersilakan Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, dif-dif

jemputan, pemberita dan semualah yang dijemput untuk menikmati jamuan makan

Page 45: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

45

tengah hari yang telah disediakan, atas jasa baik Dato’ Speaker. Ucapan Yang

Berhormat dua jam suku, ha lebih kuranglah, boleh tahan eh?

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga hari Isnin, 12

Disember 2011, jam 9:30 pagi di mana Perbahasan Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali

Yang Kedua Enakmen Perbekalan (2012) Tahun 2011 akan dimulakan.

Dewan ditangguhkan pada jam 12:20 tengah hari.

Page 46: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

46

PENYATA RASMI

MESYUARAT KETIGA (BAJET) BAGI PENGGAL

PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12

HARI KEDUA ISNIN, 12 DISEMBER 2011 BIL. 16 TAHUN 12

HADIR

Y.B. Dato’ Speaker,

Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,

DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,

Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.

Dato’ Haji Ahmad Zahri bin Jamil, DPMJ., PJN., PIS.

(Sri Medan)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan

Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.

Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai

(Sungai Balang)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.

Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.

(Endau)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa

dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.

(Bekok)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.

Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN.

(Parit Raja)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.

Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN.

(Johor Lama)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan

dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.

Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.

(Tiram)

Page 47: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

47

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,

Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.

Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN.

(Gambir)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.

Encik Hoo Seong Chang, PIS.

(Paloh)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.

Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday

(Mahkota)

Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.

(Buloh Kasap)

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.

(Panti)

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.

(Tanjong Surat)

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.

(Bukit Serampang)

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., AMN., PIS.

(Kempas)

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP.

(Machap)

Y.B. Datuk Ng See Tiong, PJN., JP., KMN., AMN., PIS., PK.

(Parit Yaani)

Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.

(Yong Peng)

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.

(Puteri Wangsa)

Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.

(Semerah)

Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.

(Layang-Layang)

Y.B. Encik Lau Chin Hoon,

(Pemanis)

Page 48: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

48

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., PPN., AMN.

(Kemelah)

Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.

(Bukit Naning)

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee, DPSM.

(Jementah)

Y.B. Encik Cheong Chin Liang,

(Bukit Batu)

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.

(Pulai Sebatang)

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.

(Nusajaya)

Y.B. Datuk Koh Chee Chai, PJN., PIS.

(Penggaram)

Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.

(Johor Jaya)

Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.

(Pasir Raja)

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.

(Benut)

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu, PJN., PIS., BSI., KMN., AMN., PPN.

(Permas)

Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,

(Penawar)

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,

(Kahang)

Y.B. Encik Tang Nai Soon,

(Pekan Nenas)

Page 49: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

49

Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PMW.

(Jorak)

Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,

(Bukit Permai)

Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.

(Tangkak)

Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,

(Sedili)

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, PPN.

(Senggarang)

Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.

(Tenggaroh)

Y.B. Encik Chia Song Cheng,

(Pengkalan Rinting)

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru, KMN., AMN., PIS.

(Tanjung Puteri)

Y.B. Encik Mok Chek Hou,

(Stulang)

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim

(Tenang)

Y.B. Encik Ong Kow Meng,

(Senai)

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,

(Sungai Abong)

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,

(Bentayan)

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau,

(Skudai)

Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim

(Maharani)

Page 50: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

50

Y.B. Encik Ng Lam Hua,

(Mengkibol)

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN

NEGERI JOHOR)

Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,

Dato’ Haji Obet bin Tawil, DPMJ., PIS.

Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,

Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM.

Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,

Tuan Haji Marsan bin Kassim

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,

Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.

(Serom)

Page 51: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

51

Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi.

Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.

DOA.

(Jurutulis baca doa).

Jurutulis : PERMASYHURAN DARIPADA YANG BERHORMAT DATO’ SPEAKER.

Y.B. Dato’ Speaker : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala

wabarakatuh dan diucapkan selamat pagi, salam sejahtera, Ahli-Ahli Yang Berhormat

sekalian.

Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Tuan Yang

Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka telah berkenan menganugerahkan Darjah

Tauliah Bintang Dan Pingat Dan Kebesaran Negeri Melaka sempena hari jadi rasmi

pada 8 Oktober 2011, telah menganugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka yang

membawa gelaran Datuk kepada Yang Berhormat Y.B. Tuan Haji Adam bin Sumiru

daripada Tanjung Puteri, tahniah. Mana Yang Berhormat? Baru dapat Datuk dah

tertidur (Dewan ketawa) oklah tak apa tahniah. Ok, persidangan diteruskan.

Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim, jemput.

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Assalamualaikum, Yang Berhormat

Dato’ Speaker soalan saya nombor 1.

Minta Pejabat Agama Segamat atau Jabatan Agama Islam Johor memberi

penjelasan isu pentauliahan penceramah-penceramah agama di luar Johor yang

memberi ceramah. Ada terdapat isu pertindihan sama ada mereka berhak

mendapat ceramah atau sebaliknya.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum

warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Speaker, penceramah

yang di undang dari luar Johor yang telah mendapat kebenaran dan tauliah daripada

Jabatan Agama Negeri Johor hanya boleh berceramah di negeri berkenaan sahaja.

Adapun bagi seseorang yang hendak berceramah agama di dalam Negeri Johor

hendaklah mendapatkan kebenaran tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri

Johor dan tertakluk di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri

Johor 2003 dan Kaedah-Kaedah Mengajar Dan Memberi Syarahan Agama 1991.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, menurut Seksyen 6 Enakmen tersebut, Seksyen 1,

permohonan untuk mengajar atau memberi syarahan agama hendaklah dibuat

dengan menggunakan borang-borang yang ditentukan dalam Jadual iaitu Borang A –

bagi permohonan daripada penceramah manakala Borang B bagi permohonan dari

penganjur. Sementara itu Seksyen 6(2) menyebutkan permohonan daripada

penceramah hendaklah mengandungi pengakuan bertulis di dalam perkara-perkara

yang berikut :-

Page 52: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

52

1. Tidak menyentuh kedaulatan dan kuasa-kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan

sebagai ketua Agama Islam di Negeri Johor.

2. Tidak menyinggung perasaan mana-mana kaum yang menjadi penduduk

tempatan negeri ini.

3. Tidak menyentuh perkara-perkara khilafiah atau fahaman yang boleh

menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di antara umat Islam dan,

4. Tidak memberi penerangan dari sumber yang kurang jelas dan kandungan

syarahan dan ceramah hanya mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

sahaja.

Selain itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, Seksyen 7 menyatakan permohonan

daripada penganjur hendaklah memenuhi kehendak-kehendak berikut:-

1. Pengerusi atau Setiausaha mana-mana badan Penganjur hendaklah

mengemukakan permohonan dalam Borang B.

2. Borang permohonan itu hendaklah dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa

melalui Kadi Daerah bagi mendapatkan pandangan dan ulasan daripadanya.

3. Penganjur hendaklah mengemukakan permohonan selewat-lewatnya 2 minggu

sebelum tarikh syarahan itu diadakan. Ini bukan bidan terjun, Yang Berhormat

Dato’ Speaker.

4. Penganjur bertanggungjawab sepenuhnya di atas perakuan bertulis yang dibuat

oleh penceramah dan memastikan segala syarat-syarat yang diberikan kepada

penceramah dipatuhi sepenuhnya.

5. Penganjur hendaklah memastikan bahawa majlis di bawah anjurannya tidak

menimbulkan unsur-unsur perpecahan ummah dan tidak bercampur dengan ciri-

ciri maksiat di dalamnya.

6. Tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa

Keselamatan Daerah, jika perlu kebenaran Polis hendaklah didapatkan.

7. Majlis yang dianjurkan hendaklah bermotifkan dakwah dan agama semata-mata.

Sementara itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, Seksyen 8 pula iaitu 8(2), menyebut Kadi

Daerah hendaklah menyiasat latar belakang setiap permohonan dari segi pekerjaan,

pelajarannya, kelulusannya dan segala yang berkaitan dengan penyokong. Yang

Berhormat Dato’ Speaker, mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan tidak

menepati sebagaimana yang dinyatakan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam

Negeri Johor bagi Tahun 2005 boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.00 atau

dipenjarakan selama tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini Jabatan Agama telah pun

mengeluarkan sebanyak 668 tauliah yang mewakili 548 untuk mengajar bagi

penceramah agama, guru takmir, guru Al-Quran, guru agama, khatib, imam, guru

tahfiz Al-Quran, guru saudara kita, guru berzanji dan guru mengajar agama dan selain

daripada itu, sebanyak 120 telah dikeluarkan kepada guru pembimbing haji dan

umrah. Terima kasih.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’

Speaker. Apakah tindakan Pejabat Agama kerana ada di setengah-setengah

kawasan ini terdapat penceramah-penceramah atau yang datang ke masjid dan

Page 53: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

53

surau membuat ceramah tanpa tauliah ataupun tazkirah selepas sembahyang subuh,

ataupun sembahyang isyak ataupun maghrib. Saya nak tahu setakat ini apakah

tindakan Pejabat Agama jika berlaku perkara sedemikian ini dan adakah pihak yang

berkenaan itu diambil tindakan yang sewajarnya? Terima kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih

kepada soalan tambahan daripada ADUN Bukit Naning. Yang Berhormat Dato’

Speaker, sebagaimana yang saya nyatakan tadi, Enakmen Pentadbiran Agama Islam

Negeri Johor Tahun 2003 telah dengan jelas menyatakan bahawa mana-mana pihak

yang ingin menyampaikan ceramah ataupun apa jua yang berkaitan dengan agama

mestilah terlebih dahulu memperoleh tauliah daripada Jabatan Agama Johor.

Sekiranya mereka didapati melanggar peraturan ini mereka boleh dikenakan hukuman

di bawah Seksyen 119 (1), sebagaimana dinyatakan denda tidak melebihi RM5,000.00

atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kita sedar ada setengah-setengah pihak walaupun tidak ada tauliah mengambil

kesempatan dari keadaan yang ada. Namun demikian Yang Berhormat Dato’

Speaker, kita sentiasa beri nasihat kepada mereka supaya tidak mengulangi dan kalau

tidak kita akan mengambil tindakan keras seperti mana yang telah ditetapkan bentuk

dan jenis hukuman yang dinyatakan dalam Seksyen 119(1), Yang Berhormat Dato’

Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Machap.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Terima kasih Yang

Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Daripada jawapan Yang Berhormat

EXCO Agama tadi menyatakan bahawa kita akan mengambil tindakan keras. Jadi

saya ingin tahu Yang Berhormat Dato’ Speaker, bahawa selama hari ini memang kita

mendapat aduan, banyak aduan yang kes-kes langgar Peraturan ni Dato’ Pengerusi,

Dato’ Speaker. Jadi, sejauh manakah keras yang dikatakan oleh Yang Berhormat

Dato’ EXCO. Kadang-kadang terdapat juga penceramah-penceramah ini mencabar,

mencabar kita, apa kita boleh buat, apa Kerajaan boleh buat? Jadi saya ingin tahu

kerana kes ini kadang-kadang kita tahu ada kawalan, kita buat aduan, kadang-

kadang Yang Berhormat Dato’ Speaker, ketua-ketua kampung buat aduan dia pula

jadi mangsa. Jadi, saya ingin tahu setakat ini berapa banyak kes yang apa dah

berlaku dan diambil tindakan. Adakah mereka ini dibawa sampai ke muka pengadilan

ataupun kes-kes yang mana boleh mengurangkan kejadian-kejadian yang sebegini

rupa daripada berulang? Terima kasih, Dato’ Speaker.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di

atas soalan tambahan Ahli Yang Berhormat kawasan Machap. Yang Berhormat Dato’

Speaker, saya tidak ada data tentang beberapa kes yang kita ambil tindakan, tapi

sebagaimana yang saya nyatakan tadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita akan

ambil tindakan yang menurut peruntukan-peruntukan undang-undang yang telah

ditetapkan Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Sungai Abong.

Page 54: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

54

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Terima kasih Yang Berhormat

Dato’ Speaker, soalan tambahan saya dalam jawapan yang Berhormat EXCO tadi

ada mengatakan bahawa tidak menentukan secara khusus adakah larangan ini

meliputi di seluruh kawasan Negeri Johor ini dengan tidak ditentukan sama ada

dianya masjid ataupun surau-surau, bermakna kalaulah di surau di masjid ini kita rasa

munasabah tetapi kalau secara umumnya di tempat umum, di tempat awam, di

tempat peribadi pun tidak boleh memberi ceramah agama tanpa tauliah ini sudah

tentu sesuatu yang tidak munasabah.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, negeri lain boleh Yang Berhormat?

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Ia.

Y.B. Dato’ Speaker : Negeri-negeri lain boleh, tak payah minta tauliah?

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Tak, macam di setengah negeri

hanya di surau-surau dan di masjid-masjid.

Y.B. Dato’ Speaker : Di Selangor banyak kena tangkap.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Tidaklah macam secara umum

di semua tempat, tapi dalam jawapan tadi tidak ditentukan, adakah di masjid

ataupun di surau-surau dan satu lagi, Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Dia soalan satu sahaja, tak boleh dua, tambahan.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong): Ini satu juga, ada kaitan. Apakah

larangan ini meliputi pada isi-isi ceramah ataupun penceramah yang telah memberi

ceramah ditepati semua Peraturan, cuma dia tak ada tauliah aje, daripada segi isinya,

kandungannya, penceramahnya dengan kelayakan agamanya, kita tak boleh

pertikaikan, cuma dia tidak mendapat tauliah. Adakah ini juga termasuk dalam

golongan yang akan diambil tindakan? Terima kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin

tegaskan di sini bahawa dalam hal kita mengeluarkan tauliah ini kita tidak kira sama

ada orang itu dia ada PhD ke dalam bidang agama ke dan sebagainya. Dia tak kira,

dia mesti dapatkan tauliah daripada Majlis Agama Islam, itu syarat dia Yang Berhormat

Dato’ Speaker. Dan, dari segi perkara-perkara yang nak disentuhkan dalam, ini telah

pun saya nyatakan tadi ada beberapa perkara yang tidak boleh disentuh seperti hal-

hal yang berkaitan dengan kedaulatan kuasa Raja, tidak memberi penerangan dari

sumber-sumber yang kurang jelas kandungan syarahan, tidak menyentuh perkara-

perkara yang khilafiah dan kefahaman yang boleh menimbulkan kekeliruan dan

perpecahan di antara umat Islam.

Ini pun satu hal, kadang-kadang sesetengah penceramah, Yang Berhormat Dato’

Speaker, dia mengambil kesempatan daripada ceramah ini, dia bawa perkara-

perkara yang tidak ada kaitan dengan agama, dia ada kaitan dengan politik. Jadi

kita tidak mahu perkara-perkara seperti ini berlaku, yang akibatnya boleh memberikan

kesan perpecahan kepada masyarakat. Jadi, dia tak kira selagi dalam Negeri Johor

Page 55: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

55

dia mesti dapat tauliah, apa juga kelulusan dia, dari Al-Azhar ke, dari mana ke, Ijazah

Pertama hingga ke tahap PhD, itu syarat dia, dia mesti dapat tauliah, kecuali, Yang

Berhormat Dato’ Speaker, pengecualian yang diberikan di dalam Seksyen 119 (2) yang

menyebut bahawa mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh

Majlis di bawah Seksyen 121 Enakmen ini atau mana-mana orang yang mengajar

Agama Islam atau perkara-perkara yang tentang Agama Islam di dalam

kediamannya sendiri dan kepada anggota keluarganya sendiri, bukan pada dengan

orang luar. Kalau dengan orang luar dia kena ambil.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak, kalau saya ceramah kat rumah saya, saya panggil orang

ramai boleh?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Tak boleh Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Itu saya nak tanya tu.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Mesti ada tauliah. Kalau tak ada tauliah maka

tindakan boleh diambil eh. Kalau kita siasat, kita dapati memang dia melanggar

Peraturan yang telah kita tetapkan seperti di bawah Enakmen ini maka tindakan-

tindakan wajar boleh diambil. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof, jemput.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) bagi pihak Y.B. Datuk Md. Othman

bin Haji Yusof (Kukup) : Soalan nombor 2.

Adakah pemilihan kontraktor bagi kerja-kerja pembinaan dalam JKR tertakluk kepada

bidaan harga terendah dan apakah kriteria-kriteria dalam membuat pemilihan

kontraktor?

Y.B. Dato’ Speaker : Bila pula tukar orang? Ok, ini soalan Yang Berhormat eh.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jabatan Kerja Raya ataupun

Jawatankuasa Perolehan yang tertentu itu tidaklah tertakluk kepada bidaan harga

terendah dalam memilih kontraktor. Walau bagaimanapun, kontraktor yang dipilih oleh

Jawatankuasa mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut iaitu :-

1. Tender yang dikemukakan oleh pembida mestilah sempurna. Maknanya, borang

tender itu penuh, diisi sepenuhnya dengan segala syarat-syarat yang diperlukan

dipenuhi mengikut borang tender.

2. Mempunyai modal minima sebanyak 3% daripada anggaran jabatan.

3. Kontraktor tidak mempunyai rekod projek sakit.

4. Harga yang ditawarkan oleh pembida dalam kategori munasabah berbanding

anggaran jabatan kerja pembina untuk projek Kerajaan Negeri dan harga lebih

tinggi daripada harga cut of, dengan izin untuk projek ataupun peruntukan

daripada Kerajaan Persekutuan.

5. Kecukupan kakitangan teknikal dan loji pembida-pembida juga akan dinilai

sekiranya harga yang ditawarkan adalah dalam kategori yang rendah.

Page 56: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

56

Y.B. Dato’ Speaker : Yong Peng.

Y.B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan.

Didapati pembida lazimnya dia mengikut syarat-syarat dan mendapat tawaran, akan

tetapi apabila mereka melaksanakan projek mereka tidak mengikut itu Peraturan dan

juga terdapat projek-projek yang sakit. Apa terjadi, soalan saya dan apa tindakan

seharusnya diambil? Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Apa dah jadi eh?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Semua kerja-kerja kontrak adalah di bawah pengawasan

pegawai yang mengawal projek tersebut. Kalau ada yang tak ikut speks ataupun

spesifikasi yang ditetapkan maka tindakan yang dibuat oleh jabatan ialah untuk

meminta supaya diperbaiki dalam masa yang tertentu. Dan, kalau kerja-kerja tamat,

tak dapat buat, projek itu boleh, kontrak itu boleh ditamatkan dan ditawarkan kepada

kontraktor yang lain.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ok, Bentayan.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ha, Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan

tambahan. Tadi, Yang Berhormat Dato’ EXCO ada menyatakan modal minima

sebanyak 3% diperlukanlah untuk pembida. Saya nak tanya ialah di daerah Muarlah

ada 2 jambatanlah itu di Parit Jamil dan Parit Bulatlah. I tak tahu berapa kali, dah tak

tahu berapa kali kontraktor tu dah tukar. So, kebelakangan ini sudah siap, masuk juga

Parit Semerah juga. So, I nak tanya, adakah modal minima 3% mencukupi? Then,

misalnya di ketiga-tiga jambatan itu, projek itu, berapakah kerugian yang dicapai eh,

yang dicapai, yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Saya akan respons Yang Berhormat Dato’ Speaker kepada soalan

yang pertama.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Soalan yang kedua tu, saya tidak ada dia punya rekod. Itu dia

boleh tanya besok, sesi yang akan datang, eh. Ini projek yang disebut tu Parit Jamil,

Parit Bulat, Parit Semerah, buat jambatan oleh kontraktor. Sebenarnya, apabila kerja ni

diberikan kepada kontraktor tersebut, kontraktor tersebut adalah merupakan, adalah

kontraktor yang baik, ikut rekod dia. Dia adalah salah seorang daripada kalau tak silap

saya kontraktor yang berwibawa di peringkat negeri. Tetapi apabila dia dapat kerja

ni, tak tahu apa pasal agaknya, dia ada permasalahan, dan tak dapat, dia

melaksanakan, menghabiskan kerja-kerja ini iaitu Parit Jamil, Parit Bulat dan di

Semerah. Satu lagi pun ada dalam kawasan saya eh sebenarnya. Dan, oleh kerana

itu, kerja itu telah ditamatkan dan diberikan kepada, di tender semula dan beri

kepada kontraktor yang seterusnya telah pun menyiapkan semua kerja-kerja ini.

Page 57: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

57

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Puan Hamimah Bt. Mansor, jemput.

Y.B. Puan Hamimah Bt. Mansor (Penawar): Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,

soalan saya nombor 3.

Tidakkah FELDA dan PTG bercadang terus menguruskan pengukuran tanah untuk

Generasi Ke-2 dan terus membuat panggilan temu duga bagi mengatasi masalah

dalam sistem sedia ada seiring dengan seruan YAB Perdana Menteri bagi perhatian

Generasi Ke-2?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,

Kebudayaan dan Warisan : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Untuk

makluman Yang Berhormat ADUN Penawar, selaras dengan perbincangan bersama

Pejabat Tanah, Program Pengurniaan Lot Tanah untuk Generasi Ke-2 peneroka,

diuruskan secara berperingkat serta mengikut keutamaan khususnya tarikh peneroka

menerima hak milik. Dan, pada masa ini Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi dan juga

PTG bersama FELDA sedang menyelesaikan urusan pemprosesan bagi permohonan

tanah Generasi Ke-2 di Rancangan FELDA Air Tawar 1 dan FELDA Air Tawar 2.

Manakala, Rancangan FELDA Air Tawar 3, telah pun dibawa untuk pertimbangan

Kerajaan Negeri.

Bagi Rancangan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Penawar iaitu di FELDA Air

Tawar 4, Air Tawar 5, Semenchu, Papan Timur dan Sungai Mas, FELDA sedang mengatur

program mengenal pasti lokasi tanah melalui lawatan bersama Pejabat Tanah dan

juga FELDA. Dan, lawatan bersama bertujuan untuk memastikan hanya tanah yang

sesuai yang akan dicadangkan untuk dikurniakan. Sementara kawasan paya dan

bukit yang tidak sesuai dibuat rumah kediaman atau yang memerlukan kos yang tinggi

dikeluarkan sebagaimana amalan sebelum ini. Pengukuran kawasan dilaksanakan

oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan. Dan, untuk makluman, bagi Negeri Johor setakat ini

sebanyak 18 buah Rancangan FELDA yang telah selesai penerimaan hak miliknya telah

diluluskan pemberian tanah Generasi Ke-2, yang melibatkan seramai 2,552 orang

Generasi Ke-2 FELDA.

Y.B. Dato’ Speaker : Heh, tak ada yang nak tanya. Yang Berhormat Dato’ Haji Osman

bin Haji Sapian, jemput.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

soalan nombor 4.

Apakah kejayaan yang telah dicapai dalam program pelancongan, kursus pemandu

pelancong, program pelancongan pelajar (3P) dengan kerjasama IPTA, Jualan

Domestik Antarabangsa, Lawatan Familiarization, Homestay, MIEC, Pengiklanan,

Program Pemasaran Online oleh kerajaan bagi menggalakkan pelancongan datang

ke Negeri Johor?

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Dr. Lee Hong Tee, jemput.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

nombor 5.

Page 58: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

58

Sepanjang tahun 2011, apakah hasil yang diperoleh oleh Kerajaan Negeri kesan

daripada promosi pelancongan yang telah dibuat oleh Jabatan Pelancongan Negeri?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna : Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya menjawab soalan 4

dan 5 secara serentak kerana kedua-dua soalan adalah berkaitan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, usaha untuk mempromosikan dan menarik lebih ramai

pelancong datang ke Negeri Johor adalah melalui :-

1. Menganjurkan acara-acara pelancongan bertaraf antarabangsa dan peringkat

nasional yang dilihat sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan

jumlah pelawat dan pelancong ke Negeri Johor.

2. Misi Jualan ataupun Sale Mission di dalam dan juga di luar negara. Ini juga

merupakan salah satu program pelancongan yang dilaksanakan oleh Kerajaan

Negeri dari semasa ke semasa untuk mempromosikan dan menarik kedatangan

pelancong ke Negeri Johor.

3. Kerajaan Negeri juga mengaturkan satu program lawatan ataupun FAM Trip

kepada media masa, penulis pengembaraan ataupun The Travel Writers dan

agensi pelancongan dari negara luar untuk dibawa melawat produk-produk

pelancongan yang terdapat di negeri ini. Dan untuk makluman, pada tahun ini

Kerajaan Negeri telah pun mengadakan sebanyak 6 program lawatan ataupun

FAM Trip bagi negara luar dengan jumlah delegasi dianggarkan seramai 3,180

orang.

4. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Johor telah mewujudkan

Portal Pelancongan Negeri Johor iaitu www.tourismjohor.com dengan jumlah

pelawat buat masa ini adalah seramai 1,680,580 orang. Selain memasar dan

mempromosikan Negeri Johor secara online, Kerajaan Negeri turut

memperhebatkan kempen-kempen pengiklanan pelancongan Negeri Johor di

majalah-majalah pelancongan dan akhbar-akhbar utama di dalam dan juga di

luar negara sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan program, produk,

imej dan juga aktiviti pelancongan Negeri Johor sepanjang tahun.

5. Kerajaan Negeri turut melaksanakan program pelancongan yang memberi

penekanan terhadap peningkatan sumber manusia yang berkualiti di dalam

industri pelancongan. Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah melaksanakan

sebanyak 8 program latihan dan kursus yang berkaitan pelancongan dengan

jumlah peserta seramai 589 orang. Ini bertujuan untuk meningkatkan mutu

perkhidmatan dan pengetahuan penggiat-penggiat industri pelancongan seperti

homestay dan pengusaha-pengusaha kecil pelancongan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, maka apabila kita menyatakan prestasi ataupun

kesan kejayaan, pada sayalah, kesan kejayaan yang telah dicapai dalam program

pelancongan secara amnya boleh kita lihat daripada jumlah kemasukan pelawat

asing melalui pintu-pintu masuk yang terdapat di Negeri Johor ini. Berdasarkan

maklumat yang saya peroleh daripada Jabatan Imigresen Negeri Johor, jumlah

pelawat asing yang masuk melalui pintu-pintu masuk Negeri Johor bagi tahun 2010,

mencatat peningkatan sebanyak 9.5% iaitu seramai 16,501,582 orang. Berbanding

Page 59: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

59

dengan 15,057,542 orang pada tahun 2009. Ini bererti ada penambahan 1,444,040

orang.

Yang Berhormat Jementah tanya, bagaimana prestasi sektor pelancongan di Negeri

Johor pada 2011. Saya ingin maklumkan di sini ialah jumlah kemasukan pelawat asing

bagi tempoh Januari hingga September 2011, iaitu 9 bulan pertama mencatat

peningkatan sebanyak 5.7% iaitu seramai 12,543,481 orang. Berbanding dengan

12,170,978 orang pada tempoh yang sama pada tahun 2010, bermakna ada

penambahan 372,503 orang. Dan, saya cukup yakin sampai hujung tahun ini dengan

pembukaan produk-produk yang baru ini hasil dan juga jumlah kedatangan pelawat

ke Negeri Johor akan lebih baik daripada tahun 2010.

Manakala, jumlah pelancong yang menginap di Negeri Johor bagi tempoh Januari

hingga Jun 2011, iaitu 6 bulan pertama yang diperoleh daripada Tourism Malaysia

mencatat peningkatan sebanyak 6.4% iaitu seramai 1,228,973 orang berbanding

dengan 1,155,080 orang pada tempoh yang sama pada tahun 2010. Ini bererti juga

dapat menambah 73,893 orang. Dan, statistik ini tidak termasuk pelancong atau

pelawat yang datang ke homestay di Negeri Johor ini. Dan, saya ingin maklumkan di

sini, jumlah pelancong yang datang ke homestay bagi tempoh Januari hingga Ogos

2011, mencatat peningkatan sebanyak 17.4% iaitu seramai 133,047 orang berbanding

dengan 113,325 orang pada tempoh yang sama pada tahun 2010. Ini bermakna ada

tambah 19,722 orang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menekankan dalam Dewan yang mulia ini,

ialah Jabatan Pelancongan Negeri Johor akan terus berusaha sedaya upaya dengan

kerjasama agensi kerajaan yang lain. Dan, saya lihat kejayaan yang dicapai bukan

sahaja disebabkan oleh usaha-usaha berterusan yang dilaksanakan oleh Kerajaan

Negeri Johor sepanjang tahun 2011, tetapi ia juga disebabkan kita dapat kerjasama

dan sokongan padu daripada semua pihak terlibat untuk kita menjayakan segala

program yang diaturkan oleh Jabatan Pelancongan Negeri Johor terutamanya

penggiat-penggiat industri pelancongan Negeri Johor. Sekian, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Kempas.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Terima kasih Dato’ Speaker.

Pelancongan adalah satu sumber pendapatan yang terbesar untuk sesebuah negeri

dan juga negara. Maka dengan itu, kita mesti secara serius untuk melihat supaya

perkara ini menjadi satu hasil kepada negeri. Saya lihat daripada statistik yang dibuat

mengatakan 16 juta pelancong datang melawat ke Johor. Kalau secara

rambangnya, saya tak nampak pun kalau di bandar Johor Bahru ini berapa ramai

orang-orang peringkat umpamanya, orang-orang mat saleh ini datang berkeliaran

membeli dan berbelanja. Cuma hanya sebagai transit, laluan sahaja. Sebab,

sebenarnya Johor ini memang kaya dengan berbagai-bagai sumber. Itu sebab saya

menekankan dalam soalan saya ini, sejauh manakah kejayaan jualan domestik

antarabangsa? Tapi, tidak dijawab. Yang keduanya, sejauh manakah keberkesanan

ataupun pendekatan dalam soal pengiklanan? Kalau kita lihat tak ada iklan-iklan

yang mengatakan Johor ini ada mempunyai kawasan-kawasan peranginan yang

canggih, air terjun, muzium dan sebagainya, kosong, tetapi tidak dijawab. Jadi, saya

Page 60: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

60

ingin bertanya apakah pendekatan yang dibuat supaya kita menjadikan

pelancongan ini sebagai asas salah satu daripada pendapatan negeri kita.

Y.B. Dato’ Speaker : Beli belah ramai Yang Berhormat. Dia datang ke Johor. Untung

orang meniaga. Ha, jemput Yang Berhormat.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Terima kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasihlah kepada Yang

Berhormat Kempas. Sebenarnya saya ada jawab. Mungkin Yang Berhormat tak puas

hati tentang jawapan saya.

Yang pertama saya ingin tekankan bahawa pelawat itu ada berbeza dengan

pelancong sebenarnya. Kalau kita sebut, itu pun saya sebenarnya pernah saya jawab

dalam Dewan ini, iaitu kalau kita anggap sebagai pelawat, kemungkinan dia masuk,

kadang-kadang dia tak tidur satu malam, by pass ke ataupun dia datang pagi, lewat

malam dia keluar daripada negeri kita, itu kita anggap sebagai pelawat. Yang

pelancong ini, sekurang-kurangnya dia menginap satu malam di negeri kita, itu kita

anggap sebagai pelancong. Maka tadi jawapan saya 16 juta itu sebagai pelawat.

Kemungkinan besar kalau mereka datang, misalnya 60 lebih peratus adalah warga

Singapura. Mereka datang mungkin pagi dia lewat malam dia balik. Ada yang saya

setuju, ada yang datang 20 lebih peratus dia masuk melancong melalui Singapura

kemudian dia pergi Kuala Lumpur dan akhirnya mereka berlepas melalui KLIA. Ini pun

benar.

Jawapan saya tentang jumlah pelancong yang menginap sekurang-kurangnya satu

malam, ia menunjukkan 1 juta 200 lebih ribu, walaupun jumlah ini kalau banding

dengan tahun yang lepas, ia juga menunjukkan peningkatan. Dari segi iklan dan juga

cara-cara kita buat promosi, saya rasa untuk mendapat keadilan daripada sekurang-

kurangnya Jabatan Pelancongan Negeri ini, mereka dalam jabatan ini dengan

kerjasama Tourism Malaysia dan juga pejabat kementerian, sebenarnya tiap-tiap bulan

kita duduk untuk mesyuarat dan juga selain daripada kita mendapat feedback

daripada pengusaha-pengusaha pelancongan di Negeri Johor ini.

Cara untuk kita buat promosi dan sebagainya, saya telah pun menetapkan beberapa

acara untuk kita buat promosi di dalam negara dan juga di luar negara. Boleh

dikatakan sejak saya dalam setahun ini apabila kita tetapkan tahun ini sebagai satu

tahun yang penting untuk Jabatan Pelancongan memasarkan pasaran kita kerana

kita lihat hujung tahun ini, semalam Johor Premium Outlet telah secara rasmi dibuka

untuk perniagaan dan di samping itu pada tahun depan, banyak lagi produk

pelancongan akan wujud di Negeri Johor ini. Apabila kita tawarkan segala projek

yang ada ataupun tempat-tempat tarikan di Negeri Johor ini memang kita dapat

sambutan yang begitu baik. Walaupun dahulu memang kita tak ada satu ataupun

apa-apa produk yang cukup menarik kalau banding dengan tempat yang lain. Tetapi

kita tidak putus asa. Kononnya lepas FAM trip yang kita anjurkan dan awal tahun

sampai September yang kita buat banyak promosi, saya yakin sangat. Sekarang,

walaupun khususnya dari negeri China, negeri India, dari Korea dan Japan, Taheran,

kita mungkin dapat pelancong datang dari Saudi Arabia dan sebagainya.

Page 61: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

61

Mungkin kalau lihat dari segi jumlah kemasukan pelawat, Yang Berhormat saya kata

walaupun dia bukan pelancong, mungkin tetapi tetap dia belanja di Negeri Johor ini,

dia akan memberi sumbangan yang besar kepada sosioekonomi Negeri Johor ini.

Walau bagaimanapun, seperti saya sebutkan tadi, kita akan terus membuat segala

usaha, mungkin saya ingin ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasihlah

kepada Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun tambah sedikit

peruntukan untuk kita buat promosi dan terima kasih kepada Kementerian

Pelancongan pun mereka dapat benar-benar lihat Johor mempunyai potensi yang

tinggi untuk kita menarik pelancong.

Sebab itu, pada bulan Oktober yang lalu apabila satu travel mark yang besar di Negeri

China, di mana South East Asia dengan China itu sendiri buat promosi, Kementerian

meletakkan Johor sebagai satu pavilion yang besar untuk kita membuat promosi

kepada luar negara. Maka usaha-usaha ini saya yakin tetap akan bantu Negeri Johor

untuk kita memasarkan produk yang baru dan menarik pelancong lebih ramai datang

Negeri Johor. Sekian, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Skudai.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Terima kasih Dato’ Speaker. Baru-baru ini saya

melawat Danga Bay mendapati bahawa kebersihan memang Danga Bay itu sudah

jadi kotorlah sebab ada air paip, dari tandas pun terus masuk ke air laut dan juga

sampah sarap bersepah di sana sini. Apakah usaha yang dilakukan oleh pihak

kerajaan untuk menjaga kebersihan sekurang-kurangnya di pusat penarikan

pelancong seperti Danga Bay?

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, ni pelancongan tak bersih, ingat..Yang Berhormat macam

mana?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna : Ha, terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Speaker, walaupun

menjaga kebersihan dan sebagainya ia perlu mendapat kerjasama dari agensi

kerajaan yang lain tetapi pada sayalah, sektor pelancongan kita mengambil berat

tentang kebersihan. Sebab itu, pada bulan yang lepas kita duduk bersama dengan

Jabatan Pelancongan dan juga kita akan tuju kepada agensi ataupun Pihak Berkuasa

Tempatan di mana khusus tempat-tempat tarikan kita ada satu usaha bersama untuk

kita meningkatkan lagi kesedaran tentang kebersihan khususnya di tempat-tempat

tarikan termasuk restoran dan sebagainya. Sekarang mungkin di Danga Bay ada

projek pembangunan dan sebagainya, walau bagaimanapun, ia juga merupakan

satu tempat tarikan maka jabatan akan bersama-samalah dengan Pihak Berkuasa

Tempatan untuk sama-sama kita lihat apa yang kita boleh buat dan tingkatkan lagi

usaha untuk menjaga kebersihan di kawasan tempat-tempat tarikan. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Haji Adam bin Sumiru, ada? Jemput. Ada

pulak.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’

Speaker, soalan nombor 6.

Page 62: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

62

Minta diberi penjelasan adakah petugas-petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

(PDK) seluruh Negeri Johor mempunyai lindungan SOCSO?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Speaker, petugas di Pusat

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) tidak disediakan perlindungan di bawah Skim SOCSO

atau PERKESO kerana pelantikan petugas PDK adalah sebagai sukarelawan di bawah

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dibayar sagu hati secara bulanan. Ini adalah

kerana perlaksanaan program PDK yang berkonsepkan kepada pembangunan

komuniti dengan penglibatan sukarelawan sepenuhnya dalam masyarakat. Menurut

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga tidak

dianggap sebagai majikan utama atau majikan langsung yang memerlukan untuk

mendaftar dan membayar caruman setiap bulan kepada SOCSO atau PERKESO bagi

semua sukarelawan di bawah pengurusannya. Walau bagaimanapun, kita

menggalakkan supaya petugas-petugas di PDK mengambil insurans berkelompok

ataupun insurans bersendirian.

Y.B. Dato’ Speaker : Ni, Tanjung Puteri dulu.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Terima kasih, terima kasih Yang

Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada EXCO yang bertanggungjawab yang

telah memberi jawapan. Walau bagaimanapun saya ingin menarik perhatian iaitu

pertamanya setiap Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ini adalah sebahagian daripada

ahli masyarakat juga dan juga adalah mencari rezeki untuk keluarga mereka. Dan

petugas-petugas ini walaupun pekerjaan mereka mungkin diberi secara kontrak

ataupun sebagai sukarelawan, tetapi perlindungan bagi mereka ini patutlah kita kaji

dan juga kita ambil tahu tentang perkara-perkara seperti mana yang telah berlaku,

yang kita tahu pelatih-pelatih di pusat PDK ini adalah OKU yang ada agresif. Apabila

mereka ini agresif, mereka kadang kala itu dengan tanpa kita duga ada petugas-

petugas ini kadang-kadang diketuk, dipukul dan juga ada yang berlaku apabila

pelatih yang agresif ini menutup pintu hinggakan jari petugas ini boleh patah.

Y.B. Dato’ Speaker : Soalan apa Yang Berhormat?

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Soalan dia, dengan perlindungan

insurans sahaja, saya rasa ianya tidak begitu melindungi mereka ini.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, lepas itu?

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Kerana mereka ini seolah-olah juga

bekerja. Adakah boleh selaku Pengerusi ataupun Wakil Rakyat selaku Penasihatnya,

kita registerkan mereka ini sebagai pekerja kepada kita melalui satu syarikat yang kita

wujudkan dan mereka ini boleh dilindungi SOCSO kemudiannya. Kita minta

penjelasan.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya

Page 63: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

63

terangkan tadi, penyelia petugas ini adalah dilantik oleh Pengerusi PDK itu sendiri, jadi

secara sukarelawan. Jadi, bila sukarelawan kita tak kasi gajilah.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak, dia tanya sikit je Yang Berhormat, boleh tidak? Cakaplah tak

boleh.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Ha, dah tak bolehlah. Saya dah terangkan dah tadi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, dia nak tumpukan tu, boleh tak?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Jadi, yang kita dah terangkan tadi JKM tu bukan apa tu,

tidak dianggap sebagai majikan utamalah. Jadi tidak dapat dan kita tak

menggalakkan PDK ini di bawah syarikat pulak.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, makna tak bolehlah. Permas. MIC satulah. Kesian tengok.

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’

Speaker, soalan tambahan saya. Tadi, jawapan EXCO kata boleh mewujud apa tu,

mereka boleh mengambil insurans kumpulan. Adakah kerajaan ataupun pihak

jabatan bercadang supaya semua petugas-petugas di seluruh PDK di Negeri Johor

mengambil insurans ataupun mewujudkan satu skim insurans bagi mereka ataupun

mendaftarkan mereka secara kumpulan, satu kumpulan supaya mereka boleh dapat

perlindungan. Terima kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita

menggalakkan mereka-mereka ini kerana mereka ini tidak bergaji tetap jadi kontrak,

jadi kita galakkan mereka ambil insurans berkelompok. Tak banyak pun, satu bulan

bayar RM10 ke RM20 tergantung kepada insuransnya. Dan seperti KEMAS dan

Perpaduan juga, tadika-tadika mereka petugasnya memang digalakkan mengambil

insurans berkelompok jadi PDK-PDK pun kita menggalakkanlah supaya mereka ini ambil

insurans.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, last, Puteri Wangsa.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa): Yang Berhormat Dato’

Speaker, masalah keselamatan kepada petugas-petugas PDK ini perlu diambil kira,

walaupun dinyatakan tadi bahawa mereka ini bertugas secara sukarela. Tak ada

cadangan ke dari pihak Kementerian khususnya dari Kementerian JKM yang

membolehkan mereka ini dilindungi sama ada oleh SOCSO ataupun oleh insurans

secara berkelompok. Jangan letakkan segala-galanya kepada Wakil Rakyat.

Lantikan penyelia dan petugas bukan daripada Pengerusi sepenuhnya, tetapi juga,

dia juga ditemu duga oleh petugas-petugas daripada JKM. Saya rasa perkara ini perlu

ditekankan dan saya harap agar insurans atau SOCSO perlu diberi kepada petugas-

petugas PDK kerana mereka juga sentiasa bergerak ya, daripada Johor Bahru kadang

ke Muar dan kadang ke Kuala Lumpur. Jadi, kita patut lindungi petugas-petugas ini.

Page 64: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

64

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ok.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Terima kasih Yang Berhormat. Memang SOCSO dan ini

daripada Akta Keselamatan Pekerja ya, memang dalam ni memang dah

termaktublah tak bolehlah. Tapi, walau bagaimanapun kita akan mencari jalan

supaya kita menggalakkan tiap-tiap PDK tu, petugasnya, penyelianya diinsuranskan

berkelompoklah. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker Yang Berhormat Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, jemput.

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang): Yang Berhormat Dato’ Speaker,

soalan saya soalan nombor 7.

Berapakah jumlah sumbangan dalam tahun 2010 dan 2011 yang dikeluarkan oleh

yayasan Pelajaran Johor kepada keluarga berpendapatan rendah untuk pendaftaran

anak mereka yang mendapat tawaran ke IPTA?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi: Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker Waalaikumussalam.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada tahun 2010, Yayasan

Pelajaran Johor telah membiayai seramai 164 orang pelajar untuk Skim Bantuan

Pendaftaran ke IPT atau Institut Pengajian Tinggi dengan perbelanjaan sebanyak

RM154,700.00. Sementara itu, pada tahun 2011, setakat bulan November, YPJ telah

pun membiayai seramai 652 orang pelajar dengan perbelanjaan sebanyak

RM562,000.00.

Y.B. Dato’ Speaker Ya, jemput.

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang): Yang Berhormat Dato’ Speaker,

soalan tambahan saya. Kalau jika sekiranya pelajar itu telah pun mendaftar di

universiti-universiti tempatan, tetapi lambat membuat permohonan. Adakah pelajar ini

layak untuk diberi bantuan ini, walaupun permohonan ini dibuat kemudian.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi: Yang Berhormat Dato’ Speaker, pelajar tersebut layak untuk

mendapat bantuan apabila mereka telah pun menerima surat tawaran daripada IPT

tempatan. Dan bagi mereka yang telah pun memasuki IPT, tetapi belum lagi

memohon untuk bantuan pendaftaran, mereka masih lagi boleh memohon dengan

syarat permohonan tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh sebulan selepas mereka

memasuki IPT tersebut.

Y.B. Dato’ Speaker: Yang Berhormat Encik Cheong Chin Liang, jemput.

Page 65: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

65

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu): Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

nombor 8.

Apakah langkah-langkah proaktif Kerajaan Negeri dalam memastikan perkembangan

dan kecemerlangan sukan bagi Negeri Johor mengikut daerah masing-masing?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan: Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kerajaan Negeri mengakui pentingnya pembangunan sukan yang lebih mantap

khususnya di peringkat daerah untuk memastikan kesinambungan kecemerlangan

sukan di peringkat Negeri dan juga peringkat kebangsaan berterusan.

Dalam usaha membangunkan sukan di peringkat daerah, Majlis Sukan Negeri Johor

telah melakukan langkah-langkah, antaranya:

1. Mengenal pasti sukan-sukan yang boleh dibangunkan potensinya berdasarkan

kepada kekuatan yang ada di peringkat daerah termasuklah yang berkaitan

dengan keadaan kemudahan sukan, bilangan penggerak termasuklah

persatuan, kepakaran kejurulatihan yang sedia ada di daerah tersebut serta

bakat-bakat yang berpotensi besar yang ada dalam daerah tersebut.

2. Mengadakan program-program Talent Identification Development, dengan izin,

ataupun mengenal pasti bakat-bakat melalui program-program ujian sukan serta

kem-kem bakat. Atlet-atlet yang dikenal pasti akan ditempatkan di sekolah sukan

negeri ataupun kebangsaan. Untuk makluman, kebanyakan atlet-atlet olahraga

dari Kulai telah ditempatkan di sekolah sukan negeri di Sekolah Menengah

Kebangsaan Tun Hussein Onn di Kluang.

3. Bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Johor ataupun agensi-agensi lain

yang berkenaan bagi mewujudkan pusat-pusat latihan ataupun pembangunan

bakat di daerah tersebut dengan melantik jurulatih-jurulatih tertentu secara

sepenuh masa ataupun secara sambilan serta memberikan bantuan-bantuan

peralatan yang berkaitan untuk tujuan latihan ataupun juga pertandingan.

4. Bantu Majlis Sukan Daerah menganjurkan pertandingan-pertandingan sukan

peringkat daerah untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam sukan-

sukan yang berkaitan.

5. Mengadakan program-program sokongan seperti Kursus-Kursus Kejurulatihan,

Seminar Sains Sukan serta Pengurusan Sukan di peringkat daerah dengan

kerjasama persatuan-persatuan sukan sama ada peringkat negeri atau daerah

bertujuan melahirkan lebih ramai penggerak-penggerak dan juga penggiat sukan

peringkat akar umbi.

6. Pihak Perbadanan Stadium Negeri Johor juga pada masa ini dalam rangka untuk

memastikan kemudahan-kemudahan sukan yang berada di peringkat daerah

dapat digunakan dengan baik dan sedang mengenal pasti beberapa

kemudahan-kemudahan sukan untuk diletakkan di bawah pengawasan ataupun

penjagaan pihak Perbadanan Stadium Negeri Johor.

Antara program-program pembangunan sukan yang dilaksanakan di peringkat

daerah dengan kerjasama persatuan-persatuan sukan dan juga agensi tertentu,

antaranya:

Page 66: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

66

1. Menembak di daerah Batu Pahat dan Kota Tinggi dengan kerjasama Majlis Sukan

Negara dan juga Persatuan Menembak Play Target Negeri Johor.

2. Sukan Perahu Layar di Tanjung Leman, Mersing dengan kerjasama Persatuan

Pelayar Johor.

3. Angkat Berat di daerah Segamat dan Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Sukan

Negara dan juga Persatuan Angkat Berat dan Bina Badan Negeri Johor.

4. Sukan Lawan Pedang di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Bandar Penawar,

Kota Tinggi.

5. Judo, Gimnastik juga di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar,

Kota Tinggi.

6. Olahraga di Sekolah Menengah Tun Hussein di Kluang dan juga di Johor Bahru

iaitu di Stadium Larkin dengan kerjasama Jabatan Pelajaran dan juga Nordin Jadi

Athletics Club dan Majlis Sukan Negara.

7. Berbasikal di daerah Muar dan Kota Tinggi, Kota Tinggi di Sekolah Sukan Tunku

Mahkota Ismail, di Bandar Penawar.

8. Pencak Silat di Pontian dan Johor Bahru dengan kerjasama PESAKA Negeri Johor.

9. Memanah di Sekolah Menengah Tasik Utara, Johor Bahru dan juga Sekolah Sukan

Tunku Mahkota Ismail di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

10. Kenu di Johor Bahru dan juga di Muar dengan kerjasama Persatuan Kenu Negeri

Johor.

11. Sepak takraw di daerah Ledang.

12. Badminton di Johor Bahru dan Muar.

13. Tinju di Johor Bahru dan juga Pontian dengan kerjasama Persatuan Tinju dan juga

Majlis Sukan Negara.

Y.B. Dato’ Speaker: Ok, Bukit Batu.

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu): Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Pepatah ada mengatakan, ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’

Y.B. Dato’ Speaker: Kalau nak melentur Wakil Rakyat daripada mana?

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu): (Ketawa) Parti. (Dewan ketawa). Saya

ingin tahulah, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan supaya bakat-bakat

yang berpotensi dicungkil sejak umur kanak-kanak lagi khususnya latihan-latihan yang

akan diberikan kepada anak-anak di sekolah rendah. Kerana kita nampaknya negara

yang menguasai arena sukan dunia ni, mereka memang latih anak-anak muda

daripada zaman kanak-kanak lagi. Sebab itu, saya ingin tahu apakah langkah

kerajaan untuk pastikan anak-anak kita dapat menjadi bukan juara dalam negeri

tetapi juga juara di antarabangsa.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan: Yang Berhormat Dato’ Speaker, dari

segi pencarian bakat dan juga peluang untuk atlet-atlet mendapat pendedahan

ataupun latihan, saya telah nyatakan dalam jawapan saya tadi. Cuma, antara yang

menjadi antara kekangan kepada kita di peringkat sama ada Majlis Sukan Negeri

ataupun pihak persatuan yang membangunkan sukan ialah kerjasama ataupun

mungkin persepsi daripada ibu bapa, ada setengah daripada ibu bapa yang

berpendapat apabila kita nak masukkan anak mereka ke sekolah sukan, sama ada

Sekolah Sukan Negeri di Kluang ataupun Sekolah Sukan di Bandar Penawar, mereka

Page 67: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

67

ada persepsi seolah apabila anak mereka asyik bermain mereka akan lupa pelajaran.

Padahal dalam Sekolah Sukan ni mereka sepatutnya mendapat bukan sahaja

pendedahan kepada sukan, latihan, tetapi juga disiplin diri mereka sendiri, ini yang

menjadi kekangan. Tetapi mereka yang mendapat sokongan daripada keluarga

biasanya akan boleh mencapai kejayaan ke tahap yang lebih tinggi. Umpamanya,

pemain golf kita daripada Batu Pahat, Kelly Tan yang menyumbang pingat emas

dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dan juga pingat gangsa dalam Sukan SEA baru-baru

ini, dengan sokongan ibu bapa mereka dapat sampai ke tahap sekarang ni berada di

Florida, Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran sambil menjalani latihan dan

dijangka pada bulan Jun akan datang, dia akan sampai ke peringkat ujian ke

peringkat profesional.

Y.B. Dato’ Speaker Oh…

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan: Jadi, antara kekangan-kekangan ialah

persepsi daripada ibu bapa untuk kita tingkatkan dari segi pencapaian sukan di

peringkat anak-anak ni.

Y.B. Dato’ Speaker: Ok, Benut.

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut): Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Di samping kita mengatasi persepsi ibu bapa terhadap kecemerlangan anak-anak

dalam bidang sukan ni, saya ingin bertanya dengan pihak kerajaan kepimpinan

badan-badan sukan dalam negeri ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, prestasi, adakah

EXCO berpuas hati dengan kepimpinan badan-badan sukan dan apakah…

Y.B. Dato’ Speaker: Sukan apa Yang Berhormat? Dia banyak, semua sukan ya.

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut): Semua sukan Yang Berhormat Dato’

Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker: Nombor satu bola sepaklah.

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut): Dan adakah pihak kerajaan bercadang

untuk memberi imbuhan dalam bentuk elaun, dalam bentuk kursus macam pengurus-

pengurus…

Y.B. Dato’ Speaker: Oh…

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut): Pengurus pasukan bola sepak ke atau

pengurus-pengurus badan-badan. Kerana kalau kita lihat badan-badan sukan yang

mempunyai sumber kewangan yang kukuh nampaknya mempunyai prestasi yang

lebih baik. Terima kasih Dato’ Speaker.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan: Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang

nak kita bangunkan ni ialah sukan dan juga atlet. Dari segi pencapaian ataupun

komitmen persatuan-persatuan sukan di Negeri Johor ni, secara relatifnya, saya boleh

katakan bahawa sebahagian besar memang memberikan komitmen yang baik

kecuali ada beberapa sukan yang persatuan sukan itu langsung tidak memberikan

Page 68: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

68

penekanan dari segi pembangunan. Walau bagaimanapun di peringkat Majlis Sukan

Negeri Johor, untuk sukan-sukan yang ada potensi. Walaupun persatuan sukan

mungkin kurang aktif ataupun kurang memberikan tumpuan, umpamanya dalam

olahraga, Majlis Sukan Negeri Johor bekerjasama dengan kelab-kelab tertentu, Nordin

Jadi dari Athletic Club. Walaupun Persatuan Sukan Olahraga tak begitu terlibat secara

langsung, tetapi dalam SUKMA yang lepas di Melaka, kita menyumbang 12 pingat

emas.

Y.B. Dato’ Speaker: Ya.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan: Jadi, kita di peringkat Majlis Sukan

Negeri, tidak bergantung sepenuhnya pada persatuan sukan, tetapi mana-mana

persatuan sukan yang aktif, yang boleh bangunkan dengan program-program

pembangunan, biasanya kita akan beri sokongan dari segi pembangunan sama ada

dalam bentuk kursus, seminar kejurulatihan dan sebagainya. Tetapi bukan dalam

bentuk elaun kepada penggerak ataupun pengurus-pengurus pasukan dan

sebagainya.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, soalan lisan dah habis masanya. Ahli-Ahli Yang Berhormat

mana soalan lisan yang tidak dijawab secara lisan dalam Persidangan ini akan

dijawab dalam Persidangan yang sama.

Jurutulis : PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA, BAGI RANG

UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2012) TAHUN 2011.

Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, suka saya mengingatkan bahawa

menurut Peraturan Tetap 112 (2), maka Perbahasan Atas Rundingan itu hendaklah

dihadkan kepada Lunas-Lunas Am, berkenaan dengan Dasar dan Pentadbiran

Kerajaan sebagaimana tersebut dalam Rang Undang-Undang ini. Perbahasan Atas

Rundingan Bacaan Kali Yang Kedua Enakmen (2012) Tahun 2011 di mula sekarang dan

saya ingatkan minta Yang Berhormat ikut masa ya, arahan saya minta berhenti oleh

sebab Yang Berhormat di beri masa 3 hari untuk berbahas, jadi harap dapat kerjasama

daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan di

teruskan, jemput. Ha, jemput.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Terima kasih Yang

Berhormat Dato’ Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dan selamat pagi, Salam

1Malaysia. Jadi, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada

Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang telah memberi kesempatan kepada saya untuk

turut membahas di dalam Ucapan Belanjawan Negeri Johor pada, untuk 2012.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan

tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah dapat

membentangkan Bajet Negeri secara yang mana kita tahu bahawa Bajet lebihan

selama dua tahun berturut-turut. Walaupun keadaan ekonomi dunia sekarang tidak

Page 69: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

69

menentu, kita semua tahu bahawa kebanyakan negara-negara sedang berdepan

dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, yang mana kuasa beli semakin menurun,

penggunaan juga menurun, kadar pengangguran meningkat dan juga terus menjurus

kepada keadaan inflasi yang semakin hari semakin meningkat dan pelbagai-bagai

lagi perkara yang berlaku ekoran daripada kegawatan ekonomi yang melanda

terutamanya di Negara-Negara Eropah dan juga Amerika Syarikat. Tapi alhamdulillah

Dato’ Speaker, kita di Negeri Johor seperti Bajet yang telah dibentangkan, kita

dijangka terus mengalami pertumbuhan yang stabil serta peningkatan jumlah

pelaburan asing dan juga domestik. Kegiatan ekonomi yang rancak ini telah

mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan akan membawa kesan limpahan dalam

bentuk kegiatan ekonomi sampingan dan perkhidmatan sokongan kepada rakyat

tempatan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bajet dengan tema Menjana Pendapatan, Berbelanja

Demi Rakyat, jelas sejajar dengan pendekatan yang diamalkan oleh Negeri Johor

yang mana selama ini, bagi memastikan perbelanjaan di buat untuk kepentingan

rakyat. Jika diteliti kandungan Bajet ini, ia tidak lain dan tidak bukan memastikan

bahawa semua lapisan masyarakat akan diberikan perhatian, dan akan sama-sama

memperoleh manfaat dan berkongsi kemakmuran negeri. Sudah tentu Yang Amat

Berhormat Menteri Besar dalam merencanakan Bajet yang berhemah ini, telah

mendapat suntikan semangat dan juga kerjasama, idea-idea, pandangan-

pandangan daripada Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri dan juga Pegawai-Pegawai

Kerajaan daripada pejabat Persekutuan. Pegawai-Pegawai Kerajaan inilah yang

menjadi tonggak kejayaan dan sokongan mereka amat kita hargai.

Jadi Dato’ Speaker, ketika ekonomi dunia dalam, berada di puncak kegawatan

beberapa tahun yang lalu, Kerajaan terpaksa membentangkan Bajet defisit selama

tiga tahun berturut-turut kerana, kerana apa? Kerana perbelanjaan dilakukan demi

kepentingan rakyat. Apa guna Yang Berhormat Dato’ Speaker kita mempunyai rizab,

rizab yang besar, sedangkan rakyat tidak dapat mengecapi nikmat kemakmuran.

Apa jua pendapatan yang di peroleh oleh Kerajaan, dibelanjakan semula untuk

pembangunan dan kemajuan rakyat. Perkara inilah yang perlu kita fahami dengan

jelas oleh semua rakyat Negeri Johor. Dan, apabila kita menyebut ke semua rakyat

Negeri Johor, ia bermaksud semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia mahupun

kaum, termasuklah rakan-rakan kita daripada Pembangkang yang ada bersama-sama

dengan kita.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekarang ini orang daripada luar datang ke Negeri

Johor, mereka kagum apabila mereka melihat dengan mata mereka sendiri apa yang

sedang berlaku di Negeri Johor, khususnya pembangunan di Iskandar Malaysia, ada

juga di kalangan mereka berasa cemburu dengan kerancakan pembangunan yang

ada di Johor ini. Prasarananya terbentang luas, dengan lebuh raya, persimpangan

bertingkat, laluan penyuraian, jambatan dan sebagainya. Kita sendiri pun hari ini

alhamdulillah Dato’ Speaker, dah makin selesa memandu di Johor Bahru, berbanding

dengan masa-masa yang lampau, banyak traffic jammed dan sebagainya. Tapi hari

ini, alhamdulillah, bila siap semua tempat-tempat ini kita memandu agak selesa di

Negeri Johor. Kita boleh merancang, boleh merancang dan kita akan sampai ke

destinasi yang kita tuju mengikut jadual yang kita rancang, sekiranya tidak berlaku

apa-apa masalah.

Page 70: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

70

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Dato’ Seri Najib Tun Razak datang ke melawat, lawatan ke Negeri Johor, yang mana

telah merasmikan satu Perumahan Rakyat di Iskandar Malaysia. Jadi reka bentuknya

cukup cantik Yang Berhormat Dato’ Speaker, moden dan lengkap dengan

kemudahan dan lokasinya cukup menarik. Inilah yang dikatakan berbelanja demi

rakyat. Dan sebagai Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab, kita melaksanakan

apa yang dikatakan bukannya merektorid semata-mata. Jadi sehubungan dengan

itu, di kesempatan ini ingin mencadangkan supaya program perumahan seumpama

ini di bina dengan lebih banyak lagi di Iskandar Malaysia, selain di sewa, elok juga di

jual terus kepada rakyat. Saya amat mengalu-alukan Dasar Perumahan yang baru

bagi Iskandar Malaysia, seperti mana yang telah disebutkan di dalam Bajet 2012 iaitu

Kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan pembinaan Rumah Mampu Milik.

Perumahan Iskandar Malaysia yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri semalam adalah contoh rumah yang belum di jual kepada rakyat yang

berpendapatan RM3,000.00 ke bawah. Ini adalah salah satu cara untuk kita

memastikan rakyat Johor mendapat kehidupan lebih selesa dan tidak tercicir daripada

menikmati arus kemajuan di dalam Iskandar Malaysia.

Saya juga menyokong penuh usaha Kerajaan untuk memastikan ada sumbangan

lebih bermakna daripada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri dan juga syarikat milik

Kerajaan. Dari syarikat berkaitan, anak syarikat Kerajaan Negeri seperti yang disebut di

dalam Belanjawan Negeri 2012, ada 13 GLC, 13 GLC Negeri dan mereka ini menerima

pelbagai kemudahan dan juga menerima pelbagai bantuan daripada pihak Kerajaan

termasuklah dalam bentuk Kurniaan Tanah dan juga suntikan modal berbayar. Maka

sampai masanya mereka kena kembali membantu Kerajaan. Selain memastikan ada

dividen yang sewajarnya di bayar kepada pihak Kerajaan, mereka hendaklah

meningkatkan kegiatan tanggungjawab sosial. Mereka haruslah merakyatkan diri

mereka untuk sama-sama membantu Kerajaan untuk nak membawa kepada

kesejahteraan rakyat.

Seperkara yang ingin saya sentuh di sini ialah mengenai penglibatan jalur lebar.

Eloklah kiranya Kerajaan berusaha mencari jalan sebagaimana untuk memperluaskan

lagi liputan jalur lebar di Negeri Johor ini, khususnya di kawasan pinggir dan kawasan di

luar bandar. Sejajar dengan perkembangan dunia ini, kepentingan telekomunikasi

dan teknologi maklumat adalah cukup penting. Seperti mana yang kita sedia maklum,

hari ini pencarian maklumat adalah di hujung jari. Kita tidak mahu masyarakat di

pinggir bandar dan di luar bandar tersisih. Saya mengakui adanya usaha oleh

Kerajaan dalam menubuhkan Pusat Cyber atau pemberian perkhidmatan jalur lebar di

kampung-kampung tertentu, tetapi ianya belumlah, belum lagi mencukupi dan

seharusnya liputan kemudahan jalur lebar ini hendaklah disebarkan dengan lebih

meluas lagi. Oleh itu, Kerajaan hendaklah memastikan supaya semua Telco yang

terlibat, kita hendaklah membantu atau di mudahkan untuk meluaskan kawasan

liputan mereka. Saya percaya Kerajaan boleh memikirkan bagaimana alat

memancar boleh dipasang dengan lebih baik ataupun dengan lebih merata lagi

tempat-tempat untuk Telco memasang perkakas-perkakas tersebut, mereka

hendaklah kita sediakan dengan mengambil kira ciri-ciri keselamatan yang dikatakan

ada kesan radiasi dan sebagainya.

Page 71: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

71

Sempena dengan cadangan itu juga, saya ingin mencadangkan supaya satu dana

ditubuhkan untuk membantu dalam bentuk subsidi atau apa juga kaedah yang sesuai

kepada anak-anak yang pintar di kawasan luar bandar, untuk mendapatkan akses

jalur lebar ini. Mereka ini perlu mendapat akses jalur lebar untuk nak meningkatkan

keupayaan, keupayaan mereka untuk membuat rujukan dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, hari ini kita dapati syarikat-syarikat Telco ini

mengenakan bayaran sampai RM100.00 lebih. Jadi, untuk anak-anak kampung yang

mana mereka ini berpendapatan rendah, sudah tentu mereka tidak dapat nak bayar

caj-caj yang telah dikenakan oleh syarikat-syarikat kepada mereka. Jadi, saya ingin

mencadangkan supaya anak-anak miskin ini janganlah kita tinggalkan mereka. Maka

kita mengharapkan supaya kita dapat mengadakan satu playing field ataupun

padang yang sama antara penduduk di luar bandar, anak-anak luar bandar dan

juga kita. Jadi, kita mengharapkan supaya syarikat-syarikat anak-anak Kerajaan

Negeri inilah yang akan dapat membantu yang banyak keuntungan yang dapat

membantu anak-anak di kawasan luar bandar. Kita pilih anak-anak yang pintar

kerana maklum sahaja Yang Berhormat Dato’ Speaker, kemudahan perpustakaan dan

sebagainya untuk nak mendapatkan rujukan ini terlalu kurang. Jadi, dengan adanya

kemudahan Internet maka mereka ini harus kita bantu untuk mereka ini lebih maju di

dalam untuk mendapatkan pendidikan di semua. Dan kita tidak mahu jurang, jurang

jalur lebar ini dapat apa, begitu jauh antara penduduk di kawasan luar bandar dan

juga di kawasan bandar.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu perkara yang saya cukup tertarik di dalam

Bajet 2012 yang mana Menjana Pendapatan Perbelanjaan Rakyat ini ialah usaha

gigih, usaha gigih Kerajaan untuk mewujudkan pusat pertumbuhan baru. Yang mana

pertumbuhan baru ini adalah melalui bidang minyak dan gas di Timur Johor. Dalam

kerancakan pembangunan di Iskandar Malaysia, Kerajaan juga, Kerajaan sudah ada

satu inisiatif baru, iaitu satu inisiatif yang lebih besar berhubung dengan penubuhan

hab industri minyak dan gas di Pengerang.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya berminat untuk menyentuh perkara ini,

kerana ini membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang mendapat sokongan

rakyat sekian lama di Negeri Johor ini sentiasa daripada masa ke semasa memikirkan

dan mencari jalan serta menterjemahkan perancangan untuk memajukan negeri demi

faedah rakyat. Kita tidak ada masa nak mengajak rakyat untuk berpolitik sepanjang

masa seperti mana yang telah di buat oleh setengah-setengah pihak. Kita tidak ada

masa untuk nak mencari salah orang sahaja ataupun memperlekehkan apa yang

orang lain buat, tapi itulah yang telah dilakukan oleh setengah-setengah pihak

sepanjang tahun. Yang lebih teruk ialah mengaku pula apa kebaikan, dia mengaku

pula apa kebaikan yang Kerajaan dah buat, kemudian dia mengatakan bahawa ini

adalah desakan daripada dia. Kononnya, kalau tak ada dia Kerajaan tak, tak buat

perkara yang sedemikian. Jadi dia mendakwa, dialah. Puak-puak inilah yang buat

kerja, yang buat kerja betul-betul macam seolah-olah yang apa ni, kita kata ‘lembu

punya susu sapi dapat nama”. Jadi gejala inilah yang saya akan sentuh di dalam

ucapan saya.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekarang ini mengenai hab industri minyak dan

gas di Pengerang, kita menghargai kesudian Petronas untuk melabur di Negeri Johor.

Page 72: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

72

Pengerang adalah destinasi pelaburan iaitu pelaburan tempatan yang mana ianya

adalah merupakan pelaburan Petronas yang pertama setelah 15 tahun Petronas giat

melabur di luar negara, kemudian barulah mereka balik untuk nak melabur di negara

sendiri yang mana saya difahamkan bahawa pelaburan ini adalah dijangkakan

melebihi RM60 bilion. Yang mana ini merupakan satu pelaburan yang besar tetapi kita

juga harus memikirkan, adakah pelaburan ini dapat untuk nak membawa

kemakmuran kepada rakyat. Daripada segi prasarana, kita sudah mendekatkan jarak

antara Johor Bahru dan Pengerang melalui Lebuh raya Senai - Desaru. Lebuh raya ini

membuka peluang lebih luas untuk Timur Johor dibangunkan. Alangkah eloknya kalau

kita dapat hubungkan pula Pengerang dengan Johor Bahru melalui laluan jalan kereta

api. Maka, saya ingin mencadangkan supaya jalinan laluan kereta api tidak setakat

sampai ke Kempas seperti yang dirancang pada hari ini. Tetapi hendaklah dilanjutkan

hingga sampai ke Pengerang. Perancangan ini perlu ada untuk menampung

keperluan jangka panjang. Lebih-lebih lagi dengan kerancakan dan kepesatan industri

minyak dan gas yang dijangkakan berkembang tidak lama lagi. Jadi…

Y.B. Dato’ Speaker : Ikut laut..Kereta api ikut laut ke?

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Dia..

Y.B. Dato’ Speaker : Jauh ikut darat..

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Sekarang ini Yang

Berhormat Dato’ Speaker, laluan kereta api adalah salah satu laluan yang terselamat.

Itu kita kena terima hakikat. Apatah lagi dengan kita nak buat rel berkembar. Hari ini

kematian yang paling banyak sekali di Malaysia adalah di atas jalan raya. Jadi, saya

cadangkan kerana kita nak mempertingkatkan, cuma kereta api sekarang tak macam

kereta api dululah. Kereta api dulu Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita pakai baju

putih, lepas itu naik jadi hitam, itu zaman saya sekolah dululah. Sekarang ini dah

canggih. Jadi, kelajuan pun dekat negara-negara maju, kalau kita tengok dekat

Jepun, Korea dan sebagainya, mereka dah jauh maju.

Y.B. Dato’ Speaker : Wah, hebat kalau ada kereta api esok.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Jadi saya cadangkan

kerana ini akan memberi manfaat terutamanya kepada pembangunan di kawasan

Pengerang.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga amat menghargai komitmen Kerajaan

Negeri yang telah menubuhkan satu Unit Minyak dan Gas bagi Negeri Johor untuk

memantau pelaksanaan dan kemajuan industri berkenaan. Kita mengharapkan

supaya semua pihak memberi sokongan kepada inisiatif ini. Kalau mahu mengambil

bahagian hendaklah mengikut pelan dan perancangan yang telah ditetapkan. Kalau

tak mahu membantu atau enggan ambil peduli, jangan rosakkan apa yang telah

dirancang oleh Kerajaan. Jadi, kita tak naklah Yang Berhormat Dato’ Speaker, macam

perkara yang berlaku dekat Negeri Pahang. Apabila satu syarikat di bawa melabur,

satu syarikat daripada Australia datang melabur dekat sana, lepas itu walaupun

syarikat ini telah mendapat pengiktirafan, Jabatan Alam Sekitar pun dah lulus tapi

orang kata bila sakit hati ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, dia buat cerita lain kata

Page 73: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

73

tempat itu tidak selamat, menyusahkan rakyat dan sebagainya. Jadi, kita tak mahu

perkara yang berlaku dekat sana akan berulang di sini, yang mana ini akan boleh

merosakkan perancangan yang telah disusun atur oleh pihak Kerajaan. Jadi,

seharusnya kita sama-sama menyokong. Jangan kita hanya memikirkan kepentingan

diri dan merosakkan perancangan yang telah dibuat dan telah di atur oleh Kerajaan

demi kepentingan rakyat.

Oleh itu, saya ingin mengingatkan Kerajaan supaya memastikan bahawa semua

rakyat Johor akan terbela, dalam pembangunan yang ingin di laksana di kawasan

Pengerang ini. Rezeki yang diberi oleh Allah SWT di Pengerang hendaklah dikongsi

bersama oleh semua rakyat. Dalam pelaksanaannya, tentu akan berlaku urusan

pengambilalihan tanah dan penempatan semula penduduk. Maka, pastikan rakyat

tempatan diberikan keutamaan. Pastikan juga anak-anak tempatan untuk mendapat

peluang pekerjaan di dalam industri dan pastikan juga kesan limpahan daripada

kemajuan tersebut dapat direbut oleh penduduk..

Y.B. Dato’ Speaker : Ini kawasan Yang Berhormat eh?

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Di kawasan Pengerang.

Kita bercakap, pasal tempat itu rancang dekat situ..

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, saya terlupa. Ingat kawasan siapa tadi.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya Wakil Rakyat Johor

lah.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah. Itu saya nak dengar. Jadi bila Yang Berhormat sebut

yalah… Kesian Wakil Rakyat dia tak ada kerja.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ok, Yang Berhormat

Dato’ Speaker, kita tahu di Johor ini ramai orang suka datang ke negeri kita. Johor ini

makmur Yang Berhormat Dato’ Speaker. Rezekinya melimpah, rakyat hidup,

Alhamdulillah. Pelabur-pelabur sentiasa menjadikan Johor destinasi utamanya. Sebab

itu sampai ada orang cemburu dengan kita, sampai sanggup burukkan kita di luar

negara. Sanggup kata Negeri Johor dah tak selamat. Tapi kita tengok orang luar

datang tak berhenti-henti ke Negeri Johor. EXCO Pelancongan siap beritahu tadi 16

juta datang. Kalau tak selamat, takkanlah 16 juta orang nak datang (Dewan

bertepuk).

16 juta, lepas itu kita dalam unjuran itu tingkat lepas. Peningkatan 5%, peningkatan 6%,

tiap-tiap tahun meningkat. Jadi, kita tak fahamlah Yang Berhormat Dato’ Speaker,

kata kita tak selamat kerana, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita kat Johor ada dalam

3 juta. Yang datang 16 juta. Dalam 19 juta ada 3,4 kes je yang berlaku yang ragutnya.

3, 4 kes je. Ini yang diheboh-hebohkan sampai kata kita tak selamat. Jadi apa

tujuannya Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Macam mana awak tahu 3,4 kes sahaja?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini tidak berlaku pada Machap. Kalau berlaku pada

keluarga dia..

Page 74: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

74

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat Bentayan. Ini tidak ada kena

mengena dengan Yang Berhormat. Dia nak cakap. Takkanlah Yang Berhormat tak

boleh tegurlah. Nantilah Yang Berhormat boleh bercakap. Ini orang tengah bercakap

tak boleh sentuh.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Kita mengaku Yang

Berhormat Dato’ Speaker, ada berlaku kes. Bukan tak berlaku. Tapi kalau kita, saya

pernah duduk di New York Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebulan semasa saya pergi

ke Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu dekat sana. Tiap-tiap malam bunyi kereta polis

kejar mengejar satu sama lain.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh, saya pun pergi..

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Tiap-tiap malam, setiap,

setiap street tu kita dengar. Polis kejar orang itu, polis kejar orang ini. Tiap-tiap malam.

Tak timbul pun Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Saya pun dah pergi. Sebulan juga.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Yang Berhormat Dato’

Speaker pun pergi. yalah setiap minit, setiap minit jarum tu gerak, satu pembunuhan

berlaku. Tak riuh. Kita ini, rakyat kita yang bawa, dia kata tak selamat. Apa rasa dia

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Di mana semangat cinta kepada negara Yang

Berhormat Dato’ Speaker. Jadi tolonglah, betul kita akui, ini manusia mana kita boleh

kawal. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker..

Y.B. Dato’ Speaker : Masa berjalan..

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Allah. Jadi kita haraplah

dengan kerancakan yang berlaku di Negeri Johor ini janganlah sampai kita keluar

pergi memburukkan negara sendiri. Maka kita tak naklah, kerana ramai orang datang

untuk nak mencari rezeki dekat negeri ini dan janganlah reputasi kita yang baik ini,

orang minat datang ke tempat ini, kita sendiri yang memburukkan.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita di Negeri Johor ini tidak kisah sangatlah siapa

nak datang, datang kerana ini adalah bumi Allah kerana negeri ini makmur dan kita

tak lokek untuk berkongsi kekayaan dengan sesiapa pun. Tapi kata orang, adat

berdagang pandai-pandailah bawa diri Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya berkata begitu kerana ada satu kisah iaitu

sebelum ini ia kisah benar, kisah benar yang berlaku dalam tahun ini juga. Berlaku satu

peristiwa, Kerajaan terpaksa memindahkan penduduk setinggan daripada satu

tempat dalam Daerah Johor Bahru ini ke rumah yang telah pun disediakan. Hampir

semua penduduk setinggan menerima perpindahan tersebut. Tidak ada apa masalah

tetapi ada satu kumpulan pula dia bermati-matian bertahan dan menggunakan

budak sekolah sebagai benteng untuk menghalang kerja-kerja pencerobohan rumah-

rumah setinggan ini Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Page 75: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

75

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat melawat kawasan itu ?

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya ada sama.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, bagus kalau tukar Wakil Rakyat.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Kawan kita Yang

Berhormat. Alasannya, Kerajaan tak adil, menyusahkan mereka. Tapi rumah yang

mereka sepatutnya pindah dah siap dan lokasinya pun berdekatan. Apabila diselidiki

mereka, kenapa tak nak pindah, kerana dipengaruhi oleh parti-parti politik tertentu

yang dan yang kita tahu sebahagiannya bukan adalah orang Johor. Begitu juga pada

tahun lalu, yang membabitkan pemindahan setinggan di suatu kawasan setinggan

tanah milik sebuah syarikat swasta. Ia tidak ada kena mengena dengan Kerajaan tapi

Kerajaan bantu mereka termasuk kurniakan tapak, tapak tanah yang mana tetapi

mereka enggan. Isu ini yang dibawa sampai ke lobi Parlimen. Jadi ada sidang akhbar

dianjurkan oleh parti politik tertentu dibawalah penduduk sama di dalam sidang

akhbar berkenaan. Apabila dia buka mulut, cakap, kita tahulah dia ini bukan loghat

kita, kerana loghat ini tidak boleh diubah-ubah. Jadi, siapa yang tengok televisyen

yang menyiarkan laporan tersebut sudah tentu kita tahu daripada mana asal usul

mereka. Jadi inilah perkara-perkara yang akan boleh merencatkan pembangunan di

Negeri Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita bukan tak mahu orang datang ke Negeri Johor

kerana negeri ini adalah milik Allah SWT. Sama-samalah kita minta kerjasama untuk

memakmurkan negeri kita ini.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, lima minit lagi.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Allah, belum masuk lagi.

Y.B. Dato’ Speaker : Salah sendirilah lambat masuk, buat apa? (Dewan ketawa).

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Jadi Yang Berhormat

Dato’ Speaker, kita haraplah kemakmuran, jangan kita terlalu berpolitik yang mana

akhirnya juga akan merosakkan kita sendiri. Jadi, saya bangkitkan perkara ini kerana

sebenarnya rakyat Johor ini mempunyai satu sikap yang cukup terbuka. Kita menerima

siapa sahaja untuk datang, hidup bersama-sama dengan kita, berkongsi kekayaan

dan juga saling memakmurkan.

Orang Johor sejak dulu telah menerima orang luar yang datang berdagang mahupun

berpindah dan menetap di negeri ini. Kalau zaman dulu orang selalu kata Yang

Berhormat Dato’ Speaker, orang-orang Cina dan juga orang-orang India ini datang ke

Tanah Melayu adalah di bawa masuk oleh British. Tetapi saya baca sejarah Negeri

Johor nya bukannya begitu. Sultan Johor sendiri yang mengajak orang-orang Cina

untuk datang menetap di Negeri Johor iaitu sebelum pertengahan abad ke-19, iaitu

bermula di zaman pemerintahan Temenggung Ibrahim, orang Cina datang yang

berada di Singapura dan Indonesia. Dipelawa datang untuk ke Negeri Johor. Mereka

digalakkan menceburi bidang pertanian lada hitam dan juga gambir selain terlibat

dengan bidang perniagaan. Apabila Sultan Abu Bakar mengambil alih pemerintahan

Page 76: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

76

pada tahun 1862, kemasukan orang Cina ke Johor semakin meningkat dengan

wujudnya Sistem Kangcu. Orang Cina diberikan Surat Sungai untuk membolehkan

mereka terlibat secara teratur dalam urusan lada hitam dan gambir.

Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, orang Melayu menerima orang Cina dengan

baik dan mereka berperanan sama-sama untuk nak membangunkan Negeri Johor.

Maka muncullah ahli-ahli perniagaan terbesar di kalangan orang Cina seperti Wong

Ah Fook dan juga Tan Giok Nee dan lain-lain lagi yang sampai sekarang pun ada,

masih ada Jalan Wong Ah Fook. Jadi, yang mana kita tahu rakyat Negeri Johor hidup

aman dan tenteram sehinggalah British berhasrat untuk nak menjajah secara langsung

Tanah Melayu dengan memperkenalkan Malayan Union. Orang Melayu Johor telah

bangkit menentangnya dan juga disertai oleh seluruh orang Melayu di seluruh Tanah

Melayu. Orang Melayu mendesak Raja-Raja Melayu supaya tidak menerima Malayan

Union, demi memelihara kepentingan rakyat Melayu. Malah, desakan orang Melayu

jugalah yang menyelamatkan institusi dan juga memartabatkan Raja-Raja Melayu.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa yang saya nak sebut di sini, selepas

penentangan Malayan Union, orang Melayu mengajak orang Cina dan India untuk

bersama-sama mendapatkan kemerdekaan di seluruh Tanah Melayu. Kerjasama

Melayu melalui UMNO dan juga orang Cina melalui MCA dan orang-orang India

melalui MIC telah membawa kepada kemerdekaan negara. Saya bukan nak

menguraikan sejarah negeri dan juga negara ini, tapi sejarah adalah kisah benar.

Sejarah tidak mampu, iaitu sejarah tidak mampu untuk menipu, sejarah tidak

memutarbelitkan fakta dan sejarah bukannya mainan sentimen.

Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita kena ingat sejarah. Macam orang bawa

kereta pun Dato’ Speaker, cermin kecik tu, cermin kecik tu kalau tak ada, kita tak

tengok ke belakang, orang tak boleh bawak kereta Dato’ Speaker, kita kena ingat

sejarah.

Jadi, saya menyentuh ini adalah sebagai bukti kita tidak terfikir untuk menidakkan

kemajuan, kewujudan orang lain di negara ini, malah seperti yang saya katakan tadi di

Johor, Sultan sendiri mengajak orang datang ke mari bila kita nak merdeka. Kita

merdeka sama-sama, ini adalah asas kita, kita tidak terfikir untuk melihat sesuatu

daripada aspek perkauman dan juga kita tidak pernah rasis, Yang Berhormat Dato’

Speaker. Lihat saja pilihan raya yang pertama sebelum merdeka iaitu pilihan raya

untuk memilih Ahli Majlis Perundangan Persekutuan. UMNO hanya meletakkan calon di

35 kawasan, MCA diberikan 15 kawasan dan MIC bertanding di 2 kawasan, sedangkan

50, daripada 52 kerusi yang dipertandingkan itu adalah majoriti orang-orang Melayu.

Ketika itu, 84% adalah pengundi Melayu, 11% pengundi Cina, cuma 4% pengundi India.

Orang Melayu ketika itu tidak ada masalah untuk mengundi calon bukan Melayu

kerana berpegang kepada matlamat lebih besar iaitu memenangi pilihan raya,

membentuk kerajaan dengan berkongsi kuasa untuk meraih kemerdekaan negara.

Dan mereka membuktikan keikhlasan perjuangan itu untuk nak memastikan golongan

MCA, UMNO, MIC yang dikenali sebagai PERIKATAN menang besar iaitu 51 daripada

52 kerusi yang dipertandingkan. Ini adalah satu sejarah Yang Berhormat Dato’ Speaker,

bagaimana kita kongsi kuasa. Dan inilah semangat nasionalisme, patriotisme yang

Page 77: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

77

berjiwa besar dan tidak sempit seperti setengah-setengah parti yang ada pada hari ini,

yang mana kita dituduh aparteid, rasis dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini adalah strategi mereka yang mainkan sentimen

semata-mata. Mereka cuba perangkap rakyat, perangkap rakyat demi sentimen,

politik mereka hidup atas sentimen. Ini kemudian akan jadi fitnah iaitu dengan inilah

yang dikatakan keburukan sedangkan semua agama tegah penganutnya buat fitnah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai contoh Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Negeri Johor ini dituduh sebagai apa, akan jadi muflis iaitu berdasarkan daripada

rekod laporan Ketua Audit Negara, Negeri Johor yang mana kita ni banyak berhutang

tapi telah pun Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah jelaskan berkali-kali

bahawa ini adalah daripada segi teknikal, di atas kertas kerana yang mana Kerajaan

Negeri telah menjamin pinjaman bekalan air dan pinjaman daripada Johor

Corporation malah tanggungan hutang air telah diambil alih oleh pihak lain yang

mana baru-baru ini di dalam satu penyelarasan Perbadanan Aset Air Berhad, hutang-

hutang ini telah pun diambil alih oleh syarikat ini. Maka, saya rasa apa kalau kita

tengok daripada Laporan Audit hutang, Kerajaan Negeri Johor tak sampai pun RM200

juta, RM160 lebih juta, Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tetapi usaha-usaha memburukkan kerajaan masih, kalau kita dengar ceramah kat

kampung-kampung masih lagi tuduhan yang mengatakan bahawa apa Negeri Johor

akan bankrap. Rasa saya kalau kita dah bankrap, kita tak boleh bayar gaji kakitangan

kita. Pada peringkat awal daripada mula sidang Dewan pun inilah tuduhan yang

mana Negeri Johor akan bankrap, akan bankrap, akan bankrap. Inilah tuduhan yang

dilemparkan daripada setiap penduduk ataupun melalui ceramah-ceramah yang

mereka adakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau kita analisa hutang Johor Corporation adalah

RM3.6 bilion, yang mana kalau kita kira aset dia ada dekat RM8 bilion. Jadi, saya yakin,

saya yakin dengan pengurusan Johor Corporation yang baru dengan pembabitan

secara langsung daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar masalah ini akan

dapat diselesaikan, kerana Johor Corporation Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa ini,

aset dia bukan sahaja ada aset, ladangnya bukan di Negeri Johor sahaja. Kita turut

bangga Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana ladang Johor Corporation ini ada

ladang dia lebih luas di Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon berbanding

dengan ladang yang ada di Malaysia.

Jadi, kita sepatutnya menyokong, menyokong mereka ini supaya mereka ni lebih maju

dan juga bidang yang mereka ceburi iaitu bidang makanan dan juga kesihatan yang

mana saya selaku Pengerusi PAC kita bawak juga Ahli Jawatankuasa daripada

pembangkang untuk tengok, dengar taklimat kerana ialah maklum sahaja ada

hutang RM3 lebih bilion, lepas tu pergi kat kampung, kata ni dah nak bankrap, kerana

bon dah nak sampai. Jadi sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya apa ini

buat perkara ini kerana kita nak tahu, nak secara first hand, maklumat daripada pihak

Johor Corporation sendiri. Kita pergi mintak beri taklimat, adakah mampu atau tak

mampu kerana kalau digambarkan di dalam ceramah-ceramah dan sebagainya

seolah-olah lepas ini Johor bankrap, Johor Corporation tutup kedai. Jadi, inilah

kemudian dituduh berbagai-bagai lagi berhubung dengan masalah yang terdapat,

Page 78: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

78

kerana apa untuk nak bangkitkan sentimen bencikan kepada kerajaan, untuk sebagai

apa modal untuk menawan hati rakyat untuk menang pilihan raya yang akan datang.

Y.B. Dato’ Speaker : Saya baru separuh Yang Berhormat masa dah cukup.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Abd. Rahman (Machap) : Saya baru separuh sahaja.

Y.B. Dato’ Speaker : Lebih dah 45 minit.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Abd. Rahman (Machap) : Jadi Yang Berhormat Dato’

Speaker, saya mengharapkan supaya rakyat Johor yang mana selama ini memberi

sokongan kepada Barisan Nasional akan memahami perkara ini, kerana rekod

penglibatan Barisan Nasional memang sentiasa mengutamakan rakyat. Sejak kita

diberi kuasa selama 11 penggal dalam pilihan raya yang lepas rakyat telah dapat

menikmati banyak kemajuan yang dibuat oleh kerajaan, dekad demi dekad kerana

dapat hidup dalam keadaan yang cukup harmoni. Jadi Yang Berhormat Dato’

Speaker, saya banyak lagi Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Memang tak sedar cakap ni Yang Berhormat, dah 45 minit pun tak

perasaan, lagi 5 minit aje.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Abd. Rahman (Machap) : Yang Berhormat Dato’

Speaker, kerana bajet kali ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, adalah merupakan Bajet

yang dikatakan bajet untuk Menjana Pendapatan Dan Berbelanja Demi Rakyat. Jadi,

saya kena, saya nak mintaklah, apa, minta supaya kalau kita tengok banyak perkara-

perkara yang dibuat oleh kerajaan adalah semata-mata untuk, apa ini, memberi

kesejahteraan kepada rakyat termasuklah apa kita dah bina banyak jalan-jalan

kampung, sekarang kita di dalam bajet ini dulu kita buat jalan kampung kecil,

sekarang kita nak besarkan jalan-jalan kampung. Ini adalah semuanya untuk

kepentingan rakyat dan begitu juga kita, apa, kita banyak yang saya dapat tahu

daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar memberi bantuan kepada

sekolah-sekolah manakala dan juga kepada pembinaan kuil dan juga tokong dan

sebagainya, kerana inilah perkara-perkara yang kita buat untuk kesejahteraan rakyat,

untuk kemahuan dan kehendak rakyat.

Sebab itu saya menyokong penuhlah ucapan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat

Dato’ Menteri Besar yang mana kita menjana pendapatan dan perbelanjaan demi

rakyat. Jadi, satu perkara yang penting yang saya nak cadangkan di sini Yang

Berhormat Dato’ Speaker, di dalam salah satu program iaitu untuk nak menjana

pendapatan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita di Negeri Johor kita ada tiga pelabuhan iaitu

pelabuhan daripada Pasir Gudang, kemudian yang kedua Tanjung Pelepas, Tanjung

Langsat dan yang ketiga akan ada pelabuhan di Pengerang, pelabuhan untuk hab

minyak, yang keempat, Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti mana biasa antara Kerajaan Persekutuan

dengan Kerajaan Negeri ini kita tak ada dapat apa-apa hasil di pelabuhan. Yang

Berhormat Dato’ Speaker pun pernah jadi Pengerusi Pelabuhan juga, rasa saya tahu.

Page 79: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

79

Y.B. Dato’ Speaker : Ada, dia dapat hasil tanah sikit.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Abd. Rahman (Machap) : Kita dapat hasil cuma dapat

cukai tanah sahaja, yang lain segala hasil telah dikutip oleh Kerajaan Pusat. Jadi Yang

Berhormat Dato’ Speaker, saya rasa apa kerana hasil kita cuma tanah, iaitu tanah.

Rasa saya kapal yang berlabuh tu Yang Berhormat Dato’ Speaker, masuk ke

pelabuhan, kapal yang berlabuh tu, dia, anchor dia berlabuh tu, dia cacak, dia

sauhkan tu dia gunakan tanah kita. Jadi kita kena berunding dengan Kerajaan

Persekutuan caj kapal yang berlabuh ni, menggunakan tanah kita, kita tak dapat apa-

apa sebagai tuan tanah. Jadi, kita kena berunding dengan pihak Kerajaan

Persekutuan supaya sebahagian daripada caj berlabuh, yang duduk di atas tanah kita

tu yang mana kawasan perairan tu pun kawasan 10 batu nautika adalah kepunyaan

Kerajaan Negeri. Jadi kita kena berunding supaya sekurangnya kita dapat sebahagian

daripada sumbangan ataupun akan ditentukan satu kadar yang mana apabila kita

dapat, dapat apa fee, maka kita dapat boleh bangunkan lagi, kita boleh dapat

memikir dan juga merancang bagaimana nak membangunkan, bagaimana nak

memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Y.B. Dato’ Speaker : Kastam tak dapat?

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Abd. Rahman (Machap) : Ya?

Y.B. Dato’ Speaker : Cukai Kastam kan lalu di jalan raya kita.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Abd. Rahman (Machap) : Jadi, itulah yang saya

katakan Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar di dalam program dia untuk mencari

apa ini, mewujudkan ataupun mencari perkara-perkara baru untuk nak meningkatkan

hasil-hasil Kerajaan Negeri. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Y.B. Dato’ Speaker : Akhirnya,

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Abd. Rahman (Machap) : Akhir, Yang Berhormat Dato’

Speaker suruh saya akhir. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya di dalam

Belanjawan Negeri Johor yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’

Menteri Besar, saya lihat ini adalah merupakan satu pembangunan holistik, satu

pembangunan yang menyeluruh dan juga kita minta supaya semua rakyat akan

mempunyai sifat kesederhanaan yang mana kita katakan baru-baru ini sifat

wassatiyah, sifat kesederhanaan dan kita tidaklah perlu ekstrem ataupun melulu di

dalam melakukan satu-satu perkara, yang mana kita bersyukur kepada Allah SWT kita

dapat hidup di dalam sebuah negara yang aman dan kerajaan sentiasa memikirkan

dan juga sentiasa merancang untuk apa ini pembangunan demi kesejahteraan

rakyat.

Jadi bajet daripada Kerajaan Persekutuan baru-baru ini kita dapat cukup, cukup baik

dan kita mengharapkan dengan perkara-perkara yang dirancang, perkara-perkara

yang telah difikirkan ini dapat dilaksanakan mengikut program-program yang sudah

diatur. Dan dengan yang demikian Dato’ Speaker, saya dengan pendekatan yang

dibuat oleh Kerajaan yang mana kita sentiasa memikirkan demi kesejahteraan rakyat,

Page 80: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

80

jadi saya akhirilah ucapan saya dengan apa serangkap pantun. Pantun ini mudah

Dato’ Speaker.

Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh; Kita tanam pokok

delima, Takkanlah pulak peria yang tumbuh.

Jadi kita mengharapkan supaya semua pengundi-pengundi kita iaitu kita ada jari, ada

tangan sepuluh, ada jari sepuluh kiri dan kanan tak kiralah, kerana tangan-tangan

inilah yang menentukan, menentukan apa di dalam pilihan raya yang akan datang.

Untuk menentukan masa depan, sama ada masa depan negara kita, sama ada akan

terus cemerlang, akan terus berjaya ataupun kita akan menjadi sebuah negara yang

sebaliknya. Jadi semuanya adalah di tangan kita. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker,

saya mohon mencadangkan, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Saya tak pernah orang pantun, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7. Ya, perbahasan,

siapa menyokong?

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, Penggaram.

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : 15 minit.

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Salam 1Malaysia dan salam bahagia saya

ucapkan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat serta semua yang berada di dalam

Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima

kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam Persidangan dan

Pembentangan Bajet Tahun 2012 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tema

pembentangan bajet kali ini iaitu ‘Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat’

merupakan satu tekad Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar rakyat di negeri ini

didahulukan kesejahteraannya selari dengan slogan 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan’.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita ingin menjana pendapatan yang lebih agar kita

boleh berbelanja demi rakyat. Perkara ini tidak sukar untuk dilakukan kerana strategi

Bajet Tahun 2012 yang merangkumi 6 strategi jelas merangkumi kehendak hati dan jiwa

rakyat yang mula mesra dengan pendekatan holistik Kerajaan Negeri yang telah

berusaha bersungguh-sungguh demi memastikan rakyat menerima manfaat daripada

kemakmuran negeri ini di mana bajet pada tahun 2012 mencatatkan lebihan

sebanyak 1.2 juta di mana perolehan adalah sebanyak 825.99 juta manakala

perbelanjaan mengurus pula sebanyak 824.78 juta.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada tahun yang lalu, tema bajet kita adalah

‘Mendahulukan Kesejahteraan Rakyat’. Dan, jelas dan terbukti kita berjaya

mengotakan janji dengan bantuan kepada anak-anak yang sedang belajar diberi

bantuan RM100.00. Begitu juga dengan anak-anak di universiti dan kolej. Begitu juga

dengan terbinanya Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia malah pada Jumaat yang

Page 81: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

81

lalu ada pula dilancarkan kedai barangan basah 1Malaysia yang menjual ikan

terutamanya dengan harga yang murah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berlandaskan 6 strategi utama bajet untuk tahun 2012

ini, saya penuh yakin bahawa kita akan menjana pendapatan yang lebih berteraskan

6 prakarsa di bawah strategi pertama itu, Menjana Pertumbuhan Ekonomi Dengan

Lebih Strategik. Kita akan menyediakan pelan pembangunan khas bagi kawasan

berimpak tinggi dan ini menjadikan Negeri Johor sebagai destinasi pelaburan yang

kompetitif dan mesra pelabur.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita juga akan mengoptimumkan produktiviti sektor

pertanian dan memperkasakan peranan sektor perkhidmatan sebagai penjana

pertumbuhan ekonomi. Kita juga tidak melupakan peranan aspek pelancongan dan

bangunan usahawan. Semua langkah ini pastinya sebagai satu daya penarik buat

pelabur di mana kita mengambil kira semua aspek dalam rancang pelan

pembangunan negeri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita juga mengambil berat terhadap pembangunan

modal insan yang berlandaskan pembangunan dan penghayatan agama serta

membangunkan masyarakat Negeri Johor yang menerapkan nilai-nilai murni dalam

kehidupan. Dengan itu strategi yang keempat iaitulah Meningkatkan Kualiti

Kehidupan Rakyat akan tercapai dengan kerjasama semua pihak.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita juga yakin bahawa transformasi perkhidmatan

yang baik akan lebih meyakinkan rakyat akan kecekapan kerajaan negeri di bawah

pemerintahan Barisan Nasional. Akhirnya, kita berazam untuk meningkatkan taraf

hidup dan sosioekonomi rakyat. Oleh itulah, banyak perkara berkaitan rakyat telah

dan akan dilaksanakan berpandu tiga prakarsa di dalam strategi bajet yang keenam.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, jelas pada kita bahawa Bajet Tahun 2012 ini,

dirancang dengan rapi dan teliti dan segala apa yang di janji akan dikotakan. Malah

Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin akan masalah rakyat dan sentiasa turun

padang menyelesaikan masalah rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini berbeza dengan pakatan pembangkang

terutamanya Parti DAP yang sering menimbulkan masalah. Mereka menciptakan

kekeliruan kepada rakyat dengan pelbagai tuduhan palsu dengan harapan agar kita

sibuk untuk menepis dan menjawab sebagai, berbagai perkara sehingga kita lupa

menunaikan tanggungjawab dan amanah kita kepada rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada suatu seketika rancangan jahat pembangkang

ini seolah-olah berjaya menjadikan rakyat keliru dan benci kepada pentadbiran

kerajaan terutamanya kepada Negeri Johor. Kerajaan Negeri Johor dituduh akan

muflis dan tuduhan ini disiarkan dalam media massa sama ada media cetak ataupun

elektronik. Malah dalam laman web pihak pembangkang. Semenjak tahun 2008

hingga sekarang tuduhan dan fitnah ini tidak pernah berhenti. Kini, Kerajaan Negeri

Johor masih berdiri teguh dan mampu membayar segala perbelanjaan dan gaji

kakitangannya. Malah Ahli Yang Berhormat dari parti pembangkang termasuk Y.B.

Skudai juga masih lagi menerima elaun mereka sebagaimana biasa.

Page 82: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

82

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kini dengan pendekatan bekerja untuk rakyat, ‘Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ serta pendekatan turun padang dan mesra

rakyat yang diamalkan pihak Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat

Berhormat Menteri Besar Johor, kita bukanlah muflis malah lebih berjaya dalam

memacu pembangunan negeri ke arah kecemerlangan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, lawatan Yang Berhormat Menteri Besar Johor ke

kawasan Parlimen dan DUN sambil mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat

telah banyak memberikan rakyat sebab bagi menyokong pemerintahan Barisan

Nasional terutamanya di Negeri Johor. Kita telah bersemuka dengan kakitangan

kerajaan, NGO, Pertubuhan Agama dan juga semua pihak dan mendengar segala

permasalahan dan menyelesaikannya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebab itulah tema Bajet Tahun 2012 ialah untuk

‘Menjana Pendapatan dan Berbelanja untuk Rakyat’. Semoga pendekatan turun

padang dan menyelesaikan masalah rakyat akan menjadi satu perkara yang menjadi

keutamaan kita dalam memperlihatkan kesungguhan kerajaan membela rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya berharap pihak pembangkang agar berhenti

menipu rakyat dengan memanipulasikan ...

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, Dato’ Speaker...

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Minta Buku Peraturan 45, tarik balik perkataan

menipu itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, kejap.

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : .... pernah semata-mata demi kepentingan

politik...

Y.B. Dato’ Speaker : Nanti kejap. Yang Berhormat, dia menipu tu dia minta tarik balik.

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Saya anggap itu betul.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, ini orang tak tahu bahasa.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak, tak.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ini kaki karaoke. Apa maksudnya menipu? Tarik

balik perkataan menipu itu. Saya tarik balik perkataan kaki karaoke.

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak

minta sambung ucapan saya.

Page 83: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

83

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Polis ada mengakui kita menipu? Ini dia mengakui

dia kaki karaoke.

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini

tuduhan peribadi. Macam mana ni?

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Tarik balik.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, yalah, perkataan itu memanglah perkataan

biasa, yalah, tipu, bohong, cakap tak betul, cuma kasar sikitlah bahasa tu. Yalah,

dalam Peraturan ada kalau perkara-perkara yang agak kasar tu tak elok disebut

dalam Dewanlah. Itu ada dalam Peraturan ya.

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya

percaya rakyat akan menghukum mereka.

Y.B. Dato’ Speaker : Ini cakap umum sahaja.

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Bila tiba masanya nanti. (Dewan bertepuk).

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, lawan dalam penjara.

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Sesuai dengan pantun dua kerat di bawah

ini. Siakap senohong, gelama ikan duri; bercakap bohong, lama-lama mencuri

(Dewan bertepuk).

Yang Berhormat, oleh itu, tidaklah hairan nanti pembohongan oleh pihak

pembangkang ini akan berterusan. Jika mereka berjaya membohong para rakyat,

tidak hairanlah jika pada suatu hari nanti mereka akan mencuri pula hak rakyat sesuai

dengan pantun yang di atas tadi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sesuai dengan bajet Malaysia baru-baru ini, semua

keluarga yang berpendapatan RM3,000.00 dan ke bawah akan diberi bantuan rakyat

1Malaysia sebanyak RM500.00. Mereka perlu mendaftar mulai 10 Disember 2011

hingga 10 Januari 2012. Rakyat kini sedang diberi taklimat bagaimana untuk

memohon dan mengenal pasti kelayakan pemohon.

Dato’ Speaker, saya amat hairan kerana kini ada parti, ahli parti pembangkang yang

begitu bersemangat mengedarkan borang-borang pendaftaran bantuan 1Malaysia ini

seolah-olah inilah idea dan bantuan mereka untuk rakyat sedangkan mereka

menuduh pihak Kerajaan Barisan Nasional merasuah rakyat untuk PRU Yang Ke-13

nanti.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional Johor, di bawah

Yang Amat Berhormat Menteri Besar amat komited dalam melaksanakan amanah dan

tanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat. Namun pihak pembangkang

dalam Pilihan raya Ke-12 membuat berbagai-bagai janji kepada rakyat dengan

memberi berbagai-bagai insentif jika memenangi pilihan raya. Ramai di kalangan

Page 84: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

84

rakyat yang telah diperdaya dengan apa yang dijanjikan. Adakah perbuatan ini tidak

unsur rasuah?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan Bajet Tahun 2012 ini yang merupakan bajet

lebihan, kita akan bertambah yakin dengan apa yang kita lakukan untuk rakyat demi

kesejahteraan mereka. Adalah diharapkan segala permohonan dari rakyat yang

melibatkan strategi bajet yang keenam itu meningkatkan taraf hidup dan

sosioekonomi rakyat hendaklah diberi penekanan. Kita bersyukur sehingga ke hari ini,

banjir yang melanda Negeri Johor tidak kritikal memandangkan banyak persiapan

yang telah dilakukan sama ada menaik taraf longkang, pembersihan parit dan

mendalamkan sungai.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, hasil dan kerjasama erat semua agensi yang

bertanggungjawab adalah diharapkan nanti pada hari-hari yang mendatang, Negeri

Johor ini akan dijauhi dari bencana dan malapetaka sama ada bencana alam atau

perkara-perkara yang membebankan rakyat amnya. Kalau kita melihat jiran iaitu di

Thailand, banjir besar telah melumpuhkan banyak sektor ekonomi dan Malaysia sedikit

sebanyak terjejas dari segi barangan perkhidmatan dan automotif. Seharusnya ini

dijadikan pengajaran dan iktibar kepada kita sesuai dengan pepatah, Mencegah

Lebih Baik Dari Merawat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kejayaan Harimau Muda iaitu pasukan bola sepak kita

di Sukan SEA yang lalu amat menggembirakan kita rakyat Malaysia dan Johor khasnya.

Memandangkan bola sepak…

Y.B. Dato’ Speaker : Oh Johor pun bagus eh bola sepak?

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Ya, memang saya minat.

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan. Pasukan Johor bola sepak bagus?

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Ya, boleh.

Y.B. Dato’ Speaker : Dia menang ke kalah Johor?

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Bagus.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat memang bagus je eh. (Dewan Ketawa).

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Memandangkan bola sepak merupakan

antara sukan utama di dunia, maka sewajarnya Pasukan Bola sepak Johor di beri nafas

baru. (Dewan bertepuk). Dari segi pendekatan latihan dan kemudahan bermula dari

peringkat bawah umur.

Y.B. Dato’ Speaker : Sebelum ini dia tak bernafaslah eh.

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Ya, memang.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha bagus, memang.

Page 85: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

85

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Di tempat di dalam akademik. Yang

Berhormat Dato’ Speaker, selain dari itu, saya amat mengharapkan agar diselesaikan

dengan segera pelaburan dana Johor yang sudah sekian lama tidak kesudahan.

Dengan komposisi pelabur yang dianggarkan sebanyak 49% kaum Tionghoa, 40%

Melayu dan 19% lain-lain kaum. Saya penuh yakin dan percaya kepimpinan negeri

akan lebih komited untuk menyelesaikan perkara ini yang telah berlarutan sekian lama

sejak tahun 1995 lagi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, masalah tapak pelupusan sampah yang tiada

kesudahan di Bukit Payung juga haruslah mendapatkan perhatian segera Kerajaan

Negeri. Ianya sebuah cerita lama dan berulang dan alangkah baiknya jika ianya

dilaksanakan segera bagi memacu daerah Batu Pahat khasnya ke arah sebuah

bandar yang bersih dan terindah serta teratur dari segi pentadbirannya.

Y.B. Dato’ Speaker : Panjang lagi Yang Berhormat? Berapa minit lagi?

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Sikit saja.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha Ok.

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain dari

perkara di atas, di bidang pendidikan pula, kita juga perlu melihat akan keperluan

prasarana sekolah-sekolah mubaligh serta sekolah-sekolah rendah bantuan modal

jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Ada banyak kemudahan fizikal seperti makmal sains,

pusat sumber, bilik kemahiran hidup dan banyak lagi bilik khas yang tiada dan khasnya

di ubahsuai. Cuma hanya diubahsuaikan. Jika ada aktiviti permohonan fizikal, ianya

hanya terhad kepada kerja-kerja membaik pulih saja.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di kawasan saya tidak kurang dari 10 sekolah yang

berkaitan dan saya telah melawat prasarana dan fizikal sekolah ini. Walaupun kami di

peringkat ADUN dan parlimen ada membantu, namun peruntukan kami adalah

terhad. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya dapati apabila pihak sekolah

memerlukan dana untuk program dan projek di sekolah mereka akan mengutip

sumbangan dari orang ramai dan sektor korporat. Usaha seperti ini seharusnya

dihentikan agar pihak sekolah lebih fokus kepada program pengajaran dan

pelajarannya. Saya dapati enrollment murid di sekolah ini meliputi semua kaum dan

sekiranya bantuan dari Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Johor dapat dilaksanakan

ianya akan merealisasikan konsep 1 Malaysia dalam erti kata pendidikan untuk semua.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita semua maklum akan penghalang utama

pembangunan fizikal sekolah seperti ini adalah aspek pemilihan tapak tanah sekolah

berkenaan. Ianya ada kepunyaan Gereja bagi sekolah mubaligh dan kepunyaan

Lembaga Pengurusan Sekolah bagi kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kita

perlu mencari penyelesaian dan antara yang boleh difikirkan ialah satu mekanisme

seperti membuat perjanjian ataupun MOU, dengan izin antara pihak kerajaan melalui

Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pihak Gereja atau Lembaga Pengurus

Sekolah Cina. Pihak sekolah dibenarkan membangunkan pembangunan fizikal

sekolah dan tiada halangan dari pihak Gereja dan Lembaga Pengurus Sekolah.

Page 86: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

86

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kesimpulan yang boleh dibuat ialah tiada ruginya jika

kita dapat membantu meringankan masalah sekolah-sekolah ini kerana pendidikan

adalah asas utama kecemerlangan sesuatu kaum atau bangsa dan asas kemajuan

sesebuah negara. Semoga perkara ini mendapat reaksi yang positif dari pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Kerajaan Negeri Johor untuk kita fikirkan

bersama-sama.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain dari itu, koordinasi antara agensi kerajaan

dalam melaksanakan sesuatu pembangunan mesti diadakan dan dirancangkan

dengan teliti di peringkat daerah terutamanya. Kita tidak mahu nanti jika ada agensi

yang melaksanakan pelebaran jalan dan bila siap digali pula oleh agensi lain dengan

alasan menukar paip, menukar paip air ataupun kabel elektrik. Lebih malang jika

segala lubang dan kerosakan tidak di selenggara dengan baik dan akhirnya

mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya terutamanya.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, semoga

bajet 2012 ini akan terus memacu Negeri Johor ke arah negeri yang maju dan

seterusnya pendapatan rakyat jelata bersama berkongsi kegembiraan dan kekayaan

negeri ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum mengundur diri, bersama-sama kita

menghayati pantun di bawah ini. Telah berbunyi paluan gendang, tandanya pilihan

raya akan tiba, utamakan rakyat turunlah padang, pasti kita akan berjaya. Rakyat

menanti pemimpin berjasa, masalah rakyat diselesaikan segera, jika nanti diberi kuasa,

jangan di lupa asalnya kita. Sekian dari saya menyokong rundingan yang dibawa oleh

Yang Berhormat ADUN Machap. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat tertinggal pantun tadi. Ada tertinggal pantun.

Saya belum tentu sambung semula jadi Wakil Rakyat. (Dewan ketawa).

Y.B. Datuk Koh Chee Chai (Penggaram) : Ok terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Jemput siapa nak berucap lagi.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya ingin

ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana diberikan

peluang untuk berbahas berkenaan Bajet Negeri.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, masa Yang Berhormat berucap dah habis. Ahli-

Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan selama 20 minit.

Persidangan di tangguhkan pada jam 11:50 pagi.

Persidangan di sambung pada jam 12:15 tengah hari.

Page 87: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

87

Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat perbahasan disambung semula. Jemput

Yang Berhormat Skudai.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker

memberikan peluang untuk saya berbahas berkenaan bajet Negeri Johor 2012. Yang

Berhormat Dato’ Speaker, dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, laporan

ekonomi Negeri Johor tahun 2009 dengan tahun 2010 yang disediakan oleh UPENJ

tidak dapat dibentangkan pada Dewan yang mulia ini pada persidangan bajet tahun

2010 tetapi dibentangkan selewat sehingga persidangan Jun tahun ini.

Oleh itu, pada persidangan bajet tahun 2010 yang lalu, Dewan ini tidak dapat

membahaskan fakta bahawa pada tahun 2009 ekonomi Negeri Johor menguncup

dengan kadar yang amat membimbangkan. KDNK per kapita Negeri Johor

menguncup sebanyak -12.5%, KDNK per kapita berasaskan priority kuasa beli menurun

sebanyak -18%. Walaupun KDNK per kapita dan KDNK per kapita berasaskan priority

kuasa beli melonjak sebanyak 12% dan 21 dan 22% masing-masing pada tahun 2010,

ke lonjakan ini, pertumbuhan ekonomi disebabkan penguncupan ekonomi pada

tahun 2009. Kenaikan harga minyak sebanyak 8% pada Julai 2008 telah

mengakibatkan indeks harga pengguna melambung sebanyak 5.4% pada tahun 2008

dan 2.7% pada tahun 2009. Sedangkan pendapatan individu tanpa tumbuhan

ekonomi menguncup dan inflasi yang melambung telah membimbangkan rakyat

jelata. Walaupun pertumbuhan KDNK mencatit 9.3% pada tahun 2010 dan dijangka

mencatit 5.9% pada tahun 2011, indeks harga pengguna meningkat 1.7% pada tahun

2010 tetapi telah mencecah 3.4% pada Oktober tahun ini. Dan inflasi makanan adalah

mencapai 5.7%, so indeks harga pengguna atau inflasi yang melambung telah

membayangkan kegagalan rakyat jelata menikmati pertumbuhan ekonomi yang

dihebah-hebohkan disebabkan inflasi mencecah lebih daripada pertumbuhan

ekonomi.

Keyakinan business atau business confidents menurun dari 114 markah pada musim

kedua kepada 145 markah pada musim ketiga tahun ini ekoran laporan bahawa

Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index Malaysia menurun tiga tahun

berturut-turut. Malaysia mendapatkan 4.3 markah tahun ini manakala 4.4 pada tahun

2010 kerajaan gagal memperbaiki prestasi CPI Malaysia pada tahap 4.9 seperti yang

dijanjikan. Menurut CPI, Malaysia mengambil tempat ke-60 di antara 183 negara dan

nombor ketiga di antara negara-negara Asean selepas Singapura mencapai CPI 9.4

markah dan juga Brunei 6.3 markah. Tetapi prestasi CPI Malaysia perlu dimajukan

sebab kita masih jauh di belakang Singapura dan Brunei.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, oleh itu demi memajukan taraf sosioekonomi Malaysia

dan Johor,

1. Persepsi rasuah sewajarnya diperbaiki khasnya untuk meyakinkan para pelabur

dan rakyat jelata bahawa kerajaan berazam untuk membersihkan imej negatif

disebabkan masalah rasuah.

2. Kerajaan Johor sewajarnya memperbaiki keadaan kewangan kerajaan dengan

mengurangkan defisit dan hutang kerajaan. Melabur wang kerajaan secara

berhemah dan mempercepatkan projek-projek pembangunan menurut jadual

Page 88: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

88

supaya meyakinkan para pelabur dan rakyat jelata bahawa keberkesanan dan

keazaman kerajaan untuk berubah.

3. Pengurusan dan prestasi kewangan syarikat-syarikat kerajaan perlu diperbaiki

serta mempertimbangkan kemungkinan menjual syarikat-syarikat dormant atau

kurang berprestasi di pasaran terbuka kepada bukan sahaja para pelabur

tempatan bahkan pelabur asing memandangkan pembangunan Iskandar

Malaysia sebagai pusat pelaburan antarabangsa terbaru.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menjemput rakan-rakan seDewan ini

supaya kita dapat berbahas secara lebih bijak tentang mengasaskan perbahasan

atas fakta-fakta fizikal.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, wang tunai rizab Kerajaan Selangor di bawah

pentadbiran baru Pakatan Rakyat meningkat dari RM400 juta pada waktu

pengambilalihan kerajaan pada tahun 2008 kepada RM918 juta pada tahun 2010.

Pelaburan Kerajaan Selangor mencecah RM668 juta pada tahun 2010 iaitu kumpulan

wang disatukan adalah RM1.5 bilion pada tahap yang lebih tinggi dari hutang awam

sejumlah RM1000 dan RM4 juta. Di sebaliknya walaupun wang pelaburan Kerajaan

Negeri Johor telah mencapai RM467 juta pada tahun 2010. Saya ucapkan tahniah

sebagai seorang Wakil Rakyat Johor malahan wang tunai rizab Kerajaan Johor

menurun dari RM100 juta pada tahun 2007 kepada RM38 juta pada tahun 2010.

Walaupun kumpulan wang disatukan Kerajaan Negeri Johor adalah sejumlah RM505

juta masih jauh kurang daripada hutang awam yang telah meningkat ke tahap lebih

tinggi iaitu RM1,379 juta.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, 70% wang pelaburan Kerajaan Negeri Johor iaitu lebih

kurang RM311 juta dilabur dalam saham berisiko tinggi di pasaran terbuka dengan

pulangan yang tidak konsisten. Sedangkan pelaburan ini telah bercanggah dengan

keputusan Majlis Jemaah Kerajaan Negeri pada 4 November 1991 bahawa sekurang-

kurangnya 7% wang pelaburan Kerajaan Negeri sewajarnya dilabur dalam bentuk

saham berisiko rendah atau saham amanah transfund, dengan izinnya. Oleh yang

demikian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada tahun 2010 suatu nilai saham jangka

masa panjang yang dilabur oleh Kerajaan Negeri telah dirosotkan dengan nilai

sepenuhnya pada kos RM134.56 juta. Kerajaan Negeri sepatutnya menjalankan tugas

seperti pelabur yang berwaspada semasa melaburkan wang kerajaan atas amanah

rakyat. Bukannya dianggap sebagai berlagak kaki judi yang suka mengambil risiko

tinggi. Malahan terdapat 2 syarikat kerajaan iaitu SAJ Sdn Bhd dan Syarikat

Permodalan Darul Takzim Sdn Bhd tidak pernah memberikan sebarang pulangan

kepada Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, keadaan kewangan Negeri Johor masih perlu

diperbaiki memandangkan hutang awam Kerajaan Negeri telah meningkat 8.6% dari

RM1.27 bilion tahun 2009 kepada RM1.38 bilion pada tahun 2010. Walaupun pinjaman

dari Kerajaan Negeri kepada syarikat-syarikat kerajaan yang boleh dituntut sejumlah

RM1.26 bilion baru-baru dikira sebagai aset kerajaan. Pinjaman kerajaan kepada GLC

termasuk SAJ Holdings Sdn Bhd sebanyak RM735 juta, Special Water Sdn. Bhd., RM430

juta dan JCorp RM92 juta sewajarnya diteliti dari segi keberkesanan GLC supaya tidak

membimbangkan Kerajaan Negeri.

Page 89: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

89

Oleh itu, Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada Dewan ini sama ada pulangan

yang terbaik akan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri selepas PAAB mengambil

alih aset SAJ dan anak syarikatnya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pengambilalihan aset SAJ Holdings Bhd oleh PAAB

akan mengubahkan tafsiran Perlembagaan Persekutuan atau Contract Social di mana

kuasa mengurus sumber dan bekalan air akan dialih dari Kerajaan Negeri kepada

Kerajaan Persekutuan selepas 55 tahun kemerdekaan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, jika pengambilalihan SAJ Holdings oleh PAAB akan

menyelesaikan hutang SAJ Holdings dan anak syarikatnya, syarikat kerajaan kurang

memuaskan sepatutnya terbuka kepada pengambilalihan bukan sahaja syarikat

swasta tempatan tetapi juga syarikat-syarikat antarabangsa yang berminat melibatkan

diri dalam pembangunan Negeri Johor dan Iskandar Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, prestasi syarikat Kerajaan perlu diteliti dan syarikat

kurang berprestasi perlu disusun semula termasuk dijual dalam pasaran terbuka

dengan harga terbaik bukan sahaja untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan

malahan merangsangkan pelaburan asing dan domestik. Akhirnya memajukan status

sosioekonomi Negeri Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri telah menghapus kira hutang YPJ

sebanyak RM2.52 juta dan hutang SAJ Holdings Sdn Bhd sebanyak RM27 juta. JCorp

pula menerima pinjaman baru sebanyak RM14.61 juta untuk 6 projek. Tujuan

menubuhkan syarikat kerajaan adalah untuk mengurangkan beban kewangan

kerajaan. Mudah-mudahan membawa pulangan yang lumayan kepada kerajaan di

sebaliknya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada tahun 2010 jumlah liabiliti Kumpulan Johor Corp.

adalah RM9.3 bilion, aset bersih RM5 bilion. Namun begitu, liabiliti semasa Kumpulan

Perbadanan Johor adalah sejumlah RM3,876 juta tetapi jumlah aset semasa hanya

RM3,179 juta. Maka jumlah aset bersih semasa Kumpulan Perbadanan Johor adalah

dengan defisit negatif RM697 juta.

Syarikat induk Perbadanan Johor mempunyai jumlah liabiliti RM4.3 bilion. Aset bersih

cuma RM870 juta. Aset bersih semasa adalah RM410 juta pada tahun 2010. Johor Corp.

menanggung pinjaman sejumlah RM6,659 juta dan di antaranya RM2,769 bilion ada

bon Islam yang akan ditamatkan pada tahun depan. Setakat ini Kerajaan Negeri dan

Johor Corp. belum mengumumkan kaedah mengumpulkan sumber kewangan untuk

menyelesaikan bon-bon tersebut. Yang Amat Berhormat Menteri Besar dimohon

supaya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini berkenaan rancangan Johor

Corp. untuk menyelesaikan masalah bon-bon tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada Ogos tahun ini, Kulim Berhad telah mengambil

alih 33,800 ekar tanah ladang dari anak syarikat Johor Corp., Sindora Berhad dengan

bayaran tunai RM700 juta untuk menyelesaikan sebahagian hutangnya. Harga jualan

setiap ladang adalah RM20,000.00 seekar atau RM51,000.00 sehektar. Harga ini

dipercayai telah lebih rendah daripada harga pasaran. Oleh itu, Kerajaan Negeri dan

Menteri Besar diharap membentangkan laporan penilaian kepada Dewan yang mulia

Page 90: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

90

ini supaya meyakinkan para pelabur bahawa syarikat-syarikat Kerajaan Negeri akan

diuruskan secara berhemah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Johor Corp. sepatutnya lebih efisien dalam usaha

menyusun semula liabilitinya, lebih berhemah dalam pengurusan supaya dapat

menarik pelaburan asing ke Iskandar Malaysia dan Negeri Johor secara besar-besaran.

Langkah-langkah yang berani untuk meliberalisasikan ekonomi Johor dan Iskandar

Malaysia seumpamanya, tender terbuka untuk syarikat tempatan dan asing

mengambil alih syarikat-syarikat kerajaan yang sakit perlu dipertimbangkan. Dijangka

30% anak syarikat Johor Corp. telah menjadi dorman atau tidak beroperasi. Anak-

anak syarikat yang dorman dan kurang prestasi sepatutnya dijual secara terbuka di

pasaran kepada bukan sahaja syarikat tempatan tetapi juga syarikat antarabangsa,

sepatutnya dipertimbangkan jika Iskandar Malaysia ingin dijadikan sebagai tumpuan

pelaburan asing dan domestik.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, anak syarikat Johor Corp. milik saham 75%, Johor Skills

Development Centre Sdn. Bhd. atau PUSPATRI berfungsi sebagai Pusat Latihan

Kemahiran Industri atas kerjasama Kementerian Sumber Manusia dan penajaan geran

Kementerian Kewangan. Keuntungan sebelum cukai PUSPATRI menurun dari RM2.99

juta pada tahun 2007 kepada RM1.69 juta pada tahun 2009. Lagi pun pengambilan

pelajar PUSPATRI tidak mencapai sasaran, iaitu cuma ada yang cuma 2.7% sahaja

bagi kursus-kursus jangka masa panjang atau pada purata 80% bagi kursus-kursus

jangka masa pendek. Pengambilan pelajar yang jauh daripada sasaran telah

membazir sumber kewangan kerajaan sedangkan membawa kerugian kepada

syarikat kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di sebaliknya YPJ juga menjalankan program

pendidikan dan kemahiran yang bertindih dengan PUSPATRI. Jumlah pendaftaran

pelajar ke institut dan kolej Kumpulan Pendidikan YPJ di antara tahun 2008 dan 2010

tidak mencapai sasaran malahan semakin menurun iaitu 37%, 52% dan 31% sahaja dari

tahun 2008 hingga 2010.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, memandangkan KPYPJ mengalami kerugian berturut-

turut di antara tahun 2007 dan 2009, operasi Institut KPYPJ dan PUSPATRI perlu

dipertimbangkan untuk penyatuan dan juga supaya menjimat kos operasi dua-dua

syarikat kerajaan dan badan berkanun yang sebenarnya bertindih dari segi fungsi

mereka sebagai pusat pendidikan dan latihan kemahiran. Salah satu pendekatan

yang efektif untuk mengurangkan kerugian syarikat kerajaan adalah menyatukan

pengurusan syarikat kerajaan dan badan berkanun yang bertindih fungsi mereka.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, YPJ memainkan peranan yang mustahak dalam usaha

mempertingkatkan taraf pendidikan dan tenaga manusia di Negeri Johor. Oleh itu,

keadaan kewangan dan prestasi YPJ dan KPYPJ mesti diteliti di Dewan ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada tahun 2009 pelaburan YPJ dan anak syarikat

sejumlah RM261 juta tetapi 24% atau RM61 juta pelaburan YPJ tidak dapat disahkan

sebab ketiadaan dokumen dikemukakan diaudit. Jumlah penghutang YPJ pada tahun

2009 adalah RM8.54 juta atau 88% hutang atau sebanyak RM7.59 juta tidak dapat

disahkan kebenaran kerana dokumen tidak dikemukakan untuk diaudit.

Page 91: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

91

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya masih ingat lagi pada masa dahulu, tauke-tauke

kedai runcit pun tau apa maknanya akauntabiliti. Semua penghutang kedai runcit

mesti diberikan buku nota kecil macam ini, Dato’ Speaker. Saya ada simpan satu

copy, naskhah lagi, 555. Dengan catatan butiran hutang selaras dengan catitan

amaun hutang dalam buku kecil ini dengan buku besar tauke kedai terbabit. Pada

hujung bulan bila kita nak bayar hutang, penghutang mesti bawa buku ini, 555.

Y.B. Dato’ Speaker : Hhmm.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dan tauke kedai runcit akan memastikan jumlah

hutang itu adalah selaras dengan buku kecil ini 555 dengan buku besar beliau. Inilah,

jika Pengarah dan Ahli Lembaga YPJ tidak mengerti maknanya akauntabiliti dan

pengurusan, mereka sepatutnya dihadiahkan buku ini, 555 supaya mereka sentiasa

diperingatkan ilmu pengurusan dan tanggungjawab dari tauke kedai runcit ini. Yang

Berhormat Dato’ Speaker, I cakap betul.

Y.B. Dato’ Speaker : Hhmm, yalah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Masa kecil saya ingat lagi. Kawan saya dia ada

kedai runcit.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah, yalah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Itu penting sebab ini YPJ ini..

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, betullah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ha, satu badan berkanun yang begitu besar.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Nak jaga kepentingan seluruh rakyat Negeri Johor.

Y.B. Dato’ Speaker : Nanti, dia kata ikut Yang Berhormat bawa buku kecil, dah tak betul

kan, dia kata Yang Berhormat salah pulak. Ha’ah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat, itu untuk tally lah. Kalau itu pihak..

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, tally.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Kalau percaya pada satu sama lain.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

itu zaman dulu. Sekarang dah pakai komputer, dia faham ke tidak?

Y.B. Dato’ Speaker : Eh, Yang Berhormat apa nak..

Page 92: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

92

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini Yang Berhormat

Datuk Nusajaya ini dia tak faham kalau ilmu dahulu yang simple ini dengan izinnya, dia

orang tak faham macam mana nak faham ilmu yang..

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Itu jual getah buku tu.

Y.B. Dato’ Speaker : Yelah, betul-betul. Dah Yang Berhormat, tak payah ganggulah, ha.

Dia tengah berucap.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, anak syarikat YPJH

iaitu YPJ Corporation Sdn Bhd telah melabur dalam saham Siar Harga Ranhill Berhad

dengan berjumlah RM70 juta pada tahun 2009 tetapi harga saham berkenaan

menurun kepada RM25 juta sahaja. Oleh itu YPJ Corporation Sdn Bhd mengalami

kerugian sebanyak RM44 juta disebabkan pelaburan yang berisiko tinggi. Seperti yang

dikatakan dahulu, pentadbir kerajaan dan pengurus syarikat kerajaan mesti menjadi

pelabur yang bijak dan berwaspada. Janganlah berlagak kaki judi yang suka

mengambil risiko tinggi tanpa mempertimbangkan akibat buruk berpunca dari sikap

main-main judi mereka.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, YPJ merupakan badan berkanun yang ditugas

dengan misi membangun pendidikan dan latihan kemahiran di Negeri Johor. Oleh itu,

YPJ sepatutnya lebih berhemah dari segi perbelanjaan dan pelaburan serta mengkaji

kemungkinan mengadakan program francais bersama dengan sektor swasta untuk

mengurangkan kerugian YPJ.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada tahun 2010 warga asing yang menetap di

Negeri Johor telah mencecah 293,000 orang iaitu 8.9% dari 3 juta penduduk Johor.

Kadar warga asing sepatutnya diseimbangkan tidak melebihi kadar 5%. Jika kadar

warga asing terlalu tinggi seperti yang berlaku di Sabah, 27% penduduk Sabah terdiri

daripada warga asing, kadar warga asing terlalu tinggi akan menjejaskan peluang

pekerjaan dan taraf gaji warganegara kita sendiri.

Y.B. Dato’ Speaker : Ni, Yang Berhormat, figure mana Yang Berhormat dapat ini,

293,000 ini?

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ha, Jabatan Perangkaan.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh. ok, ok.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, usahlah kita

bersikap emosi kepada isu menyusun semula bilangan penjawat awam sebab

bilangan penjawat awam terlalu ramai akan menjejaskan ekonomi dan

membebankan tanggungan kerajaan sedangkan sektor swasta memerlukan tenaga

manusia mahir yang ramai khasnya selaras dengan pembangunan Iskandar Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jepun mempunyai bilangan penjawat awam yang

sama, bilangannya sama dengan Malaysia iaitu 1.2 juta. Tetapi bilangan penduduk

Jepun adalah 5 kali ganda berbanding dengan bilangan penduduk Malaysia. Oleh itu,

Page 93: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

93

bilangan penjawat awam perlu dikurangkan manakala pertukaran tenaga manusia di

antara sektor awam dan swasta dapat mengintegrasikan dua sektor, Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Bila dia kurang karang, bila kurang penjawat awam nanti kerja

tidak sempurna Yang Berhormat pula complaint. Ni kenapa ini? Tak ada, kakitangan

tak cukup. Masalah ditambah lagi?

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, itu perlu dikaji semula.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, taklah … dari situ maknanya, eh.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Mengekalkan sebahagian kakitangan awam pergi

ke sektor swasta.

Y.B. Dato’ Speaker : Karang, Imigresen tak ada orang karang, dia potong? Ramai

orang nak ambil pasport tak dapat, Yang Berhormat bising pula. Ha, ok.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Tengok-tengok bidang. Apa bidang dan

jabatanlah.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yelah. Semua bidang patut..

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, budaya Orang Asli

Seletar atau Orang Laut merupakan pusaka Kesultanan Johor seperti tercatit dalam

penulisan Profesor Zainal Abidin Borhan dari Universiti Malaysia. Baru-baru ini terdapat

hak milik tanah sebahagian besar Kampung Sungai Temun, penempatan Orang

Seletar telah diambil alih oleh Nod 2 Sdn Bhd, anak syarikat Iskandar Investment tanpa

pengetahuan dan persetujuan Orang Asli Seletar. Sebagai penduduk asal, pertama di

tanah air kita, hak-hak Orang Asli belum diterjamin di bawah Undang-Undang dan

Perlembagaan khasnya terdapat hak milik Tanah Adat mereka. Jika negara-negara

barat dapat menjamin hak-hak tanah orang asal ataupun peribumi melalui

penempatan tanah rizab, Negeri Johor sepatutnya menggubal satu Enakmen demi

mempertahankan hak milik Orang Asli terhadap tanah adat mereka. Khabarnya

Kampung Orang Seletar Pasir Salam, Ulu Tiram belum dibekalkan dengan elektrik dan

air paip, sedangkan kampung-kampung berdekatan lain telah lama disiapkan

infrastruktur. Saya telah membawa isu ini kepada perhatian Jabatan Hal Ehwal Orang

Asli dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar tetapi selepas 2 tahun belum ada

sebarang tindakan dari pihak berkuasa. Janganlah dikatakan Kerajaan Johor

bertamadun, hak asasi milik tanah Orang Asli terabai.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, banjir kilat masih berlaku di Kampung Poh Chee Leng,

Skudai dan kawasan Jalan Makmur, Taman Damai Jaya selama 10 tahun ekoran

pembinaan Kem Tentera Skudai yang telah terbengkalai selama 8 tahun. Sehubung

dengan Laporan Ketua Audit Negara 2009, PAC Parlimen telah membuat lawatan ke

tapak Kem Skudai pada bulan Mei ini serta mengenal pastikan tanggungjawab

pemaju kes KCSB terhadap penyelenggaraan kolam kelodak di tapak terbabit.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, banjir kilat berlaku 3 kali, iaitu 30 September tahun

lepas, 18 Mei dan juga 20 November tahun ini, melibatkan 100 keluarga di kawasan

Page 94: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

94

Jalan Makmur, kediaman Taman Damai Jaya. Pada purata, banjir kilat setiap kali

memakan masa 2 sehingga 3 jam sahaja yang ditolak bantuan kewangan bencana

sebab setiap kejadian kurang dari enam jam. Para penduduk terlibat menyuarakan

ketidakpuasan sebab tiga kali banjir kilat telah mendatangkan kerugian yang besar,

sedangkan setinggan-setinggan yang menduduki tempat reserve JPS diberikan

bantuan JKM. Oleh itu, saya berharap pihak berkenaan akan meluluskan permohonan

bantuan ihsan banjir di kawasan Jalan Makmur, Taman Damai Jaya. Secara ringkas

dan jelas, penduduk-penduduk Pangsapuri Hang Lekir, Taman Skudai Baru, Flat Taman

Impian Emas, Taman Skudai Pangsapuri Bandar Selesa Jaya dan Sri Awana Apartment,

Bandar Selesa Jaya merayu supaya PBT akan mendirikan perhentian bas berteduh dan

juga khidmat bas dipulihkan dengan jadual tetap.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : 20 minit dah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ada lagi, sikit lagi.

Y.B. Dato’ Speaker : Sikit lagi? 5 minit.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Projek-projek pembangunan seperti Jambatan

Bertingkat di Senai sepatutnya EOT telah diberikan untuk disiapkan sebelum 28

Disember tahun ini, tapi nampaknya sebab itu merupakan satu lalu lintas yang begitu

penting yang menuju ke Lapangan Terbang Senai, Antarabangsa Senai. Oleh itu, saya

harap kerajaan akan mempercepatkan projek berkenaan dan juga Jambatan

Bertingkat di Jalan Pontian-Skudai dengan Taman Impian Emas dan dijangka telah siap

dibina Mei tahun ini tapi setakat ini belum siap lagi.

Y.B. Dato’ Speaker : Tengah buatlah kan? Tengah buat.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ya. Saya harap boleh dipercepatkan sebelum

pilihan rayalah. Barulah orang boleh kata kerajaan itu memang berusaha untuk

rakyat..

Y.B. Dato’ Speaker : Mahu cari pekerja susah. Yang nak kerja kontrak itu, orang

Malaysia tidak ada.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ok, lagi pun saya harap kalau rakan-rakan seDewan

ini, kita sama-sama menjadi Wakil Rakyat dan kita hormat sama menghormat,

keselamatan dan juga..

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Jaga satu sama lain. Ada kadang-kadang kita buat

sebagai Wakil Rakyat, kita ada hak untuk membuat artikel dari segi akademik. Baru-

baru ini saya melancarkan buku baru saya, di Hotel 11th @ Century dan ada

sekumpulan ahli-ahli Barisan Nasional dari MCA menunjuk perasaan mereka, sebab itu

Page 95: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

95

satu forum akademik, untuk melancarkan buku yang bersifat akademik. Kalau

kekurangan kapasiti akademik, janganlah berdemonstrasi di depan pelancaran,

upacara pelancaran buku saya.

Y.B. Dato’ Speaker : Ada ya? Tak ada dengarlah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Hmm, tak dengar cerita tu.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, kalau kita buat artikel, kita bagi

fakta-fakta akademik, untuk orang ramai, untuk akademik, kalangan akademik untuk

membuat pengadilan.

Y.B. Dato’ Speaker : Cerita apa tu? Cerita buku tu apa?

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Apa tu?

Y.B. Dato’ Speaker : Dalam buku tu apa cerita?

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang itu semua, apa tu, kolum sayalah, halaman

saya dalam surat khabar, dikumpulkan untuk jadi satu bukulah.

Y.B. Dato’ Speaker : Takut itu, itu berita surat khabar, kadang betul, kadang tak betul.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya?

Y.B. Dato’ Speaker : Kadang ada berita tak betul tak?

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Tak ada, tak ada cerita yang tak betul...

Y.B. Dato’ Speaker : Ya betul.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Mereka datang berdemonstrasi sesuka-suka sahaja.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, tak tahulah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Itu menunjukkan kalau, saya tak ada apa. Saya

telefon sama itu pihak Polis, jangan tangkap mereka tetapi pastikan mereka

berhimpun secara aman. Itu hak mereka. Sebab, kalau mereka tak biasa

berdemonstrasi biar mereka berlatih...

Y.B. Dato’ Speaker : Siapa tu?

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Satu hari mereka menjadi pembangkang, baru

mereka tahu.

Y.B. Dato’ Speaker : Itu orang Melayu ke?

Page 96: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

96

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Baru tahu cara berdemonstrasi secara aman.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, itu orang Melayu ke datang, tunjuk perasaan?

Orang Melayu ke?

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : MCA, MCA.

Y.B. Dato’ Speaker : MCA apa, Cina?

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Cina yang..

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, samalah, takpelah sama.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Rambut panjanglah.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Rambut panjang dengan ada tatulah.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah sama genglah.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dato’ Speaker, saya protes sebab dia mana

ada tanda dia MCA ke, dia siapa?

Y.B. Dato’ Speaker : Tak tahulah. Yalah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dia bekas-bekas Ahli Dewan ini.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, Yang Berhormat, agak-agak Parit Yaani duduklah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ada Ketua Bahagian MCA Gelang Patah pun ada,

Ketua Pemuda Johor Bahru pun ada. Orang semua cam muka dia, Dato’ Speaker...

Y.B. Dato’ Speaker : Kejap, kejaplah, Yang Berhormat?

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Tok, Ketua Bahagian itu bukan sengaja pergi,

dia lalu sahaja..

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : itu pun cakap, kalau saya memandu kereta, dia

pun cakap saya ada situ.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Boleh-boleh. Itu alasan boleh diterima. Kangkar

Pulai tak semua. Dato’ Speaker..

Y.B. Dato’ Speaker : Kalau Yang Berhormat beritahu saya, suruh saya rasmi, saya rasmi,

tak ada tunjuk perasaan, tapi saya tak mahu...

Page 97: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

97

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Boleh-boleh.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Lain kali mesti saya jemput.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha jemput Speaker.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Lagipun artikel saya ke semua itu Dato’ Speaker,

bukan isu perkauman. Kalau orang nak kata mempertahankan hak bagi pihak Melayu

atau Malaysia, kalau saya pergi Simpang Renggam itu hari, nampak ada kayu-kayu

balak ada tanda M, saya tanya orang Simpang Renggam apa maksudnya M, erti itu

Melayu ke Malaysia? Mereka kata bukan, Machap. Kalau 10 batang..

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Kayu balak itu,

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, ini tengah tajuk..

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : kita kena sebut Machap sepuluh kali, Machap,

Machap, Machap, Machap! Dato’ Speaker, itu hak.

Y.B. Dato’ Speaker : Apa Yang Berhormat?

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya nak minta

penjelasan. Ini tuduhan Yang Berhormat.

Y.B. Dato’ Speaker : Machap buat apa?

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Betul ke? Dia pergi ada

ke, yang ada tanda M apa ni semua?

Y.B. Dato’ Speaker : Kat mana ni?

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya pun tak tahu.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak, kawan pun hairan juga. Ini cerita mana M nya Yang

Berhormat? Ha betullah, minta duduk.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, saya tak sebut Yang Berhormat

Machap, saya sebut..

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Machap sahaja. Dia sudah..

Y.B. Dato’ Speaker : Kat mana?

Page 98: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

98

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya pun tanya..

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan, bukan nanti. Saya nak tanya dia..

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Yang Berhormat Dato’

Speaker, saya pun tak cakap. Saya cakap yang dituduh Machap, Machap mana?

Pasal saya daripada Machap, saya tanyalah.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, Machap, Machap mana? Bukan Machap.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Saya tanya, bukan ini dia

pula..

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Itu terus individu kena tanya orang Simpang

Renggam. Dia orang kata Machap, I pun tak tanya ini..

Y.B. Dato’ Speaker : Tak ini cerita, cerita..

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat ke, orang biasa ke..

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat?

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : You kata maksudnya Machap, bukan Malaysia,

bukan Melayu.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Yang Berhormat, kalau..

Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin (Layang-Layang) : Dato’ Speaker tak ada, dia

bohong tu.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Yang Berhormat, kalau

tak tahu janganlah bawa, ini main tuduh-tuduh.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah. Ok ambil ingatan.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya tak sebut nama.

Y.B. Dato’ Speaker : Dalam keadaan..

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya sebut nama bandar..

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat..

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Nama tempat sahaja.

Y.B. Dato’ Speaker : Masa dah habis.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dia sudah risau.

Page 99: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

99

Y.B. Dato’ Speaker : Ya.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Habis.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Sudah lamalah..

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya tak berpantun di Dewan ini. Saya mengakhiri

ucapan dengan pantun. Kaki karaoke biasa mencuri, kaki judi biasa menipu, dia

pencuri telunjuk jari, kuasa rakyat akan tunjuk hukum penipu.

Y.B. Dato’ Speaker : Apa pantun tu? (Dewan ketawa) Ini semua pantun gaduhlah.

Yalah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Taklah ini, ini, Dato’ Speaker ini..

Y.B. Dato’ Speaker : Eh dah habis duduk dahlah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya tak biasa.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Diteruskan lagi perbahasan, jemput. Oh, Permas. Lawan,

lawan.

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’

Speaker. Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia. Saya ingin mengucapkan berbanyak

terima kasih kerana diberi kesempatan untuk turut serta dalam Perbahasan

Pembentangan Bajet Negeri Johor Darul Takzim bagi tahun 2012. Permas ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang

Amat Berhormat Menteri Besar Johor, kerana telah membentangkan satu Bajet holistik

dan komprehensif mencakupi segala aspek jasmani, kerohanian dan persekitaran.

Tahniah juga kerana berjaya membentangkan Bajet Surplus sebanyak RM1.21 juta kali

ini, seiring dengan iltizam, Kerajaan Pusat mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Permas juga menyokong penuh dan penuh yakin bahawa Bajet 2012 bertemakan

Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat mampu menyentuh hati dan

menyelesaikan pelbagai isu permasalahan rakyat. Permas juga yakin, Kerajaan Negeri

di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, melalui kolaborasi mantap

bersama Kerajaan Pusat, mampu bergerak seiring memacu agenda transformasi yang

memberi laba kepada segenap lapisan rakyat. Berbelanja secara berhemah,

pelaburan melimpah ruah, kemudahan prasarana dilengkapi semua, rakyat aman,

makmur, sejahtera.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengulas Bajet tahun ini yang dibentangkan, Permas

melihat pelbagai inisiatif diambil untuk memberikan keselesaan kepada kehidupan

rakyat. Cabang-cabang pembangunan seperti pembasmian kemiskinan,

pembangunan sosioekonomi, pendidikan alam sekitar dan kesihatan diolah dengan

Page 100: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

100

sempurna dan meningkatkan mutu hidup rakyat. Melihat kepada pencapaian 90%

prestasi pembangunan yang telah dicapaikan dalam RMK-9 dengan perbelanjaan

82% daripada Bajet yang ditetapkan, Kerajaan Negeri boleh dikatakan berjaya

mentadbir dengan Pentadbir Urus dengan baik sekali. Ucap tahniah kepada Yang

Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh jentera Kerajaan Johor.

Permas menyambut baik pendekatan Rolling Plan sebagai transformasi bagi

menyokong pencapaian bidang keberhasilan utama Negara. Jawatankuasa kerja

tindakan yang ditubuhkan bagi memantau semua isu dan masalah projek-projek lewat

jadual, sakit dan terbengkalai diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah

pembinaan Jambatan Kedua Permas Jaya yang menjadi pemangkin kemarahan

rakyat. Saban pagi dan petang, rakyat terpaksa membazirkan masa sekurang-

kurangnya dari setengah jam hingga satu jam, bertempur untuk meloloskan dengan

kenderaan masing-masing di jalan yang sempit. Rakyat juga berharap dengan risiko

kenderaan digesel, dicalar dan dilanggar. Selain daripada itu, rakyat juga terpaksa

berebut dengan lori-lori pasir dan lori-lori berat yang melebihi berat yang ditetapkan

selebar 40 kaki dan lebih dan bas awam yang turut sama berusaha meloloskan diri. Ini

belum dikira keluhan dan ancaman para penunggang motosikal yang menyelitkan

diri. Justeru itu, Permas amat-amat berharap agar masalah ini dapat segera

diselesaikan.

Y.B. Dato’ Speaker : Kat mana tu?

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Jambatan Permas Jaya, Dato’

Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh jambatan itu ya.

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Dimulakan pada tahun 2007, dalam

rancangan RMK-9 tetapi belum dapat siap. Di samping itu juga, saya ingin tahu agak

bilakah Lebuh raya Pesisiran Laut dari Permas Jaya ke Pasir Gudang boleh di siap dan

dapat diguna pakai oleh rakyat. Kini, jalan ini dibuka sehingga Taman Kota Puteri dan

kita boleh lihat pembangunan pesat di kawasan ini seperti pembangunan Senibong

Cove, Taman Cahaya Kota Puteri dan lain-lain. Nilai harta tanah di kawasan telah

meningkat berlipat ganda. Pelaburan asing juga telah meningkat. Dan sekiranya

lebuh raya dapat di siap dengan secepat mungkin sehingga Pasir Gudang, sudah

tentu akan menarik lagi pelaburan asing di kawasan Pasir Gudang dan

menguntungkan Negeri kita dan terus mentransformasi sosioekonomi rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Permas bersetuju bahawa penglibatan sektor swasta

dalam merealisasikan RMK-10 merupakan pendekatan inovatif dalam memangkin

pembangunan di Wilayah ini. Pendidikan pula merupakan pelaburan paling

menguntungkan dan peningkatan minat institusi-institusi pengajian tinggi dari dalam

dan luar negara membuka cawangan-cawangan baru perlu diselarikan dengan

pemberian inisiatif yang pelbagai. Seiring dengan pengenalan Pasir Gudang sebagai

flagship baru oleh IRDA, Permas berharap pelbagai kemudahan awam dapat dibina

dan dijadikan keutamaan. Sebagai contoh, kerjasama sepadu di antara Kerajaan,

pihak IRDA dan Bandar Seri Alam yang mengendalikan Seri Alam Properties diharap

Page 101: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

101

dapat membina sebuah hospital kerajaan untuk memenuhi keperluan rakyat

berpendapatan rendah dan sederhana.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini berikutan pertambahan penduduk di kawasan Pasir

Gudang yang semakin pesat memerlukan pelbagai kemudahan prasarana terutama

bidang perubatan dan pendidikan. Tiga buah hospital swasta termasuk satu dalam

proses pembinaan hanya memenuhi keperluan segelintir rakyat yang kemampuan.

Manakala kebanyakan rakyat terpaksa menempuh perjalanan lebih 30 minit untuk ke

hospital awam Sultan Ismail ataupun Hospital Sultan Aminah di Johor Bahru untuk

mendapatkan rawatan. Ini tidak kira kesesakan jalan, sekiranya kesesakan jalan

mungkin ambil lebih daripada satu jam, Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Orang sakit pun sudah, tak ada harapanlah.

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Kalau ambulan pun tak berapa

cepat. Ini tidak termasuk kes-kes kecemasan yang berlaku saban hari akibat

kemalangan jalan raya dan kemalangan di tempat kerja. Seiring dengan usaha

kerajaan untuk meningkatkan kualiti kesihatan rakyat dengan kos yang minima,

Permas berharap agar sebuah hospital awam dapat dibina dengan kerjasama pihak

swasta seperti Seri Alam Properties.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, prasarana lain yang menjadi keperluan utama di

kawasan Permas adalah persekolahan. Keperluan kepada sekolah agama, sekolah

rendah dan sekolah menengah di Taman Megah Ria, Taman Scientex dan Bandar

Baru Nusa Damai masih menjadi tumpuan utama rakyat. Permas amat berharap agar

isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Bagi pihak ibu bapa dan para penjaga pula,

Permas ingin mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Kerajaan

yang telah memberikan bantuan persekolahan sebanyak RM100.00 bagi setiap pelajar

dan RM200.00 yang melepasi sempadan kemampuan isi rumah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam strategi meningkatkan kualiti hidup rakyat,

kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan aspek keselamatan.

Di antaranya adalah melakukan pindaan undang-undang terhadap perhimpunan

aman. Ini merupakan bukti bahawa Kerajaan sentiasa mendengar suara rakyat.

Permas menyokong dan menyambut baik pindaan yang dilakukan. Ini membuktikan

bahawa Kerajaan sangat bertoleransi dengan permintaan rakyat selagi ia tidak

membawa sebarang impak buruk. Permas juga melihat konsep berhimpun yang

didominasi oleh pembangkang menjadi ikutan pelbagai pihak. Ia juga dijadikan

sebagai satu medium utama mendesak kepada perubahan atau memenuhi sebarang

tuntutan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan tidak menghalang atau terus membenarkan

supaya hak rakyat untuk berhimpun aman terus diteruskan tetapi kumpullah di

kawasan-kawasan tertentu dan janganlah memberi kesusahan kepada public dan

orang ramai. Tadi Skudai telah dapat demonstrasi oleh pihak MCA, tetapi ini juga

adalah yang dimulakan oleh pihak parti pembangkang itu sendiri. Apabila ramai

orang lain pula mendemonstrasi…

Page 102: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

102

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita mendemonstrasi

(Dewan bertepuk) untuk hak rakyat. Bukan nak datang kacau dengan….

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Itu pun hak rakyat juga (Dewan

bertepuk).

Y.B. Dato’ Speaker : Patutlah…Bila Yang Berhormat cakap hak rakyat, tadi baru cakap

hak rakyat, lawanlah…..ha’ah.

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

dalam Bajet kali ini sebanyak RM10 juta diperuntukkan kepada Pihak-Pihak Berkuasa

Tempatan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan masing-

masing. Dalam bajet kali ini, Kerajaan memandang serius integriti kakitangan Pihak

Berkuasa Tempatan melalui transformasi perkhidmatan awam.

Strategi kelima adalah melaksanakan transformasi perkhidmatan awam dengan lima

Prakarsa, agenda ketiga adalah untuk memastikan perkhidmatan awam yang lebih

efisien, berintegrasi dan berprestasi tinggi. Saya yakin dengan program meluaskan

cross fertilization…

Y.B. Dato’ Speaker : Apa tu?

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Pegawai-pegawai pentadbir negeri.

Y.B. Dato’ Speaker : Apa Yang Berhormat? cross fertilization….. cakap Melayu apa?

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Tukar-menukar

Y.B. Dato’ Speaker : Oh….

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Satu terminologi yang canggih yang

digunakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Y.B. Dato’ Speaker : oh…change-change lah.

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Sudah tentu akan memberi suntikan

baru kepada JCS untuk berkhidmat dengan lebih komitmen untuk menghadapi

cabaran baru ini. Langkah bagi melaksanakan perkhidmatan berfokus pelanggan,

Kempen Amalan Senyum juga sudah tentu akan memperkasakan lagi budaya Mesra

Pelanggan di kalangan pegawai-pegawai Kerajaan.

Y.B. Dato’ Speaker : Habis kalau dia punya muka kita tengok masam, macam mana

mahu senyum.

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Memanglah ramai pegawai-pegawai

ini memang tersenyum, tetapi kalau jika kita harap mereka tersenyum dari 8:00 sampai

ke pukul 5:00 itu mustahil sedikit. Kita pun kena faham tugas-tugas mereka. Tetapi..

Y.B. Dato’ Speaker : Kalau Yang Berhormat senyum macam mana?

Page 103: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

103

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Boleh senyum, tiada problem.

Y.B. Dato’ Speaker : Mana? Orang pun tak ada tengok….Putih je adalah....

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Senyum boleh nampak….Yang

Berhormat Dato’ Speaker, lebih elok sekiranya pegawai-pegawai barisan hadapan

yang sentiasa bertemu dengan orang awam diberi latihan, pendedahan dan garis

panduan terhadap kebudayaan, adat resam dan tradisi masyarakat yang berbilang

kaum. Lebih elok sekiranya mereka boleh berbahasa dalam bahasa-bahasa yang

diguna pakai dalam negara kita. Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin

dan sebagainya. Ini lebih mudah bagi mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat

yang sentiasa mengunjungi jabatan-jabatan Kerajaan.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, cadangkan tambah elaun la.

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Boleh. Ini lagi lebih elok lagi untuk

tambah elaun bagi mereka yang reti berbahasa.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha..ok.

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya

juga bercadang supaya pegawai-pegawai barisan depan itu dilantik dari berbilang

kaum untuk menggambarkan konsep 1Malaysia khususnya di jabatan-jabatan yang

banyak digunakan oleh masyarakat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, kaunter-

kaunter PBT dan sebagainya. Ini akan mencerminkan konsep 1Malaysia yang

diamalkan oleh pemimpin-pemimpin kita. Apa yang kita nampak di jabatan-jabatan

Kerajaan tidak ada ramai daripada masyarakat lain yang berkhidmat di kaunter-

kaunter depan. Oleh itu, saya cadangkan Kerajaan memberi lebih utama kepada

program ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, masa cukup..

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Ada banyak lagi..

Y.B. Dato’ Speaker : Ini bukan cerita Yang Berhormat banyak, masa Yang Berhormat

dah cukup, ha..

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Pihak Berkuasa Tempatan merupakan

organisasi kerajaan paling hampir dengan kehidupan seharian rakyat dan sekali gus

mempunyai tanggungjawab yang cukup kritikal dalam mewujudkan persekitaran yang

ceria dan sejahtera. Key Performance Indicator (KPI) PBT sangat bergantung kepada

tahap kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan yang disediakan. Langkah Kerajaan

untuk mempergiat dan memperkemaskan Unit Tindakan Khas dan Pasukan 3K,

Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan amat disambut baik. Dengan adanya pasukan

tersebut, Permas berharap agar tiada lagi masalah jalan pecah, lopak dan berlubang

teruk seperti di Jalan Kota, Taman Kota Puteri. Tiada lagi kes ragut di simpang-simpang

gelap dan sunyi seperti di Jalan Pekeliling dan Jalan Masai Lama.

Page 104: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

104

Y.B. Dato’ Speaker : Simpang apa?

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Simpang Jalan Pekeliling

Y.B. Dato’ Speaker : Simpang?

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Jalan Masai Lama. Tiada lagi rumah-

rumah kosong dan terbiar dijadikan pusat maksiat, pembiakan nyamuk serta sarang

penagih. Permas juga berharap lampu akan sentiasa menyala di kawasan yang

sepatutnya dan penyelenggaraan kebersihan dilakukan secara menyeluruh. Sebagai

imbalan, Permas akan pastikan para pembayar cukai melunaskan cukai pintu pada

kadar dan yang sepatutnya. Permas berharap tiada lagi penduduk marah Wakil

Rakyat. Tiada lagi SMS dan komen negatif dalam blog dan facebook. Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam usaha meningkatkan taraf hidup sosioekonomi

rakyat, Permas mencadangkan dua perkara:

1. Insurans 1Azam

2. Subsidi dialisis di pusat-pusat hemodialisis

Dalam insurans 1Azam, apa yang kita tahu bahawa hanya mereka yang daftar di

bawah e-kasih dapat didaftarkan insurans 1Azam dengan kriteria mereka perlulah

mempunyai empat orang anak yang berumur 18 tahun ke bawah. Dan, apa yang

kita dapat tahu bahawa sehingga sekarang, hanya 2,470 orang sahaja di Negeri Johor

layak berdaftar dalam insurans 1Azam ini.

Oleh itu, saya cadangkan supaya ramai lagi yang boleh dikategorikan di kumpulan

yang kurang mampu diberi peluang supaya didaftar dalam program insurans 1Azam

ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti itu juga bagi dialisis, kes-kes dialisis, semakin hari

kes-kes dialisis ini bertambah. Dan, apa yang kita dapat Kerajaan memang memberi

subsidi tetapi subsidi itu hanya diberi bagi mereka yang dapat rawatan di pusat-pusat

yang dijalankan oleh NGO-NGO seperti Rotary Club, Lions Club dan sebagainya.

Tetapi kadang-kala di pusat-pusat NGO ini tidak mampu untuk menerima mereka-

mereka yang diperlukan rawatan. Oleh itu, mereka perlu pergi ke hospital-hospital

swasta dan dalam hospital-hospital swasta mereka di caj dengan kos yang amat

besar. Tetapi mereka ini tidak layak untuk memohon bantuan subsidi daripada

Kerajaan. Oleh itu, saya cadangkan supaya kriteria perlu ditimbang semula supaya

mereka yang memerlukan rawatan di mana-mana pusat dalam negara ini, walaupun

di pusat-pusat hospital-hospital swasta mereka juga layak untuk mendapat rawatan,

dapat subsidi daripada pihak Kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat masa habis

Page 105: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

105

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

sebelum saya akhiri saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada Machap yang

telah, yang telah memperingatkan kita sejarah negara ini, di mana dengan

persetujuan dan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, negara kita telah

berjaya dibangunkan. Negara kita aman, damai sepanjang lebih 50 tahun. Dengan

visi jangka panjang pemimpin-pemimpin negara daripada parti Barisan Nasional telah

mentransformasi negara ini dengan begitu boleh di cemburu oleh negara-negara lain

kerana begitu pesat membangun dalam aspek sosioekonomi, menambah

kesejahteraan rakyat, menentukan keamanan dan keharmonian dengan

menggunakan diversity bahasa, kebudayaan dan agama di kalangan rakyat Malaysia

secara positif.

Saya yakin, keseluruhan rakyat terutama generasi muda akan memahami sejarah kita

dan terus memberi sokongan. Segala usaha kita dan pihak Barisan Nasional di bawah

kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mentransformasi negara kita

di era baru ini. Janganlah di pengaruh dengan cerita-cerita yang tidak benar dan

fitnah-fitnah oleh parti pembangkang. Mereka banyak, mereka telah menghulurkan

banyak kenyataan bertentangan antara pemimpin-pemimpin pembangkang. Baru-

baru ini, episod Good Father pula. Oleh itu, saya percaya mereka ini tidak adalah

masa untuk berfikir kepentingan rakyat. Mereka cuma meluangkan masa untuk

bertentang dan juga mengeluarkan statement-statement atau kenyataan-kenyataan

untuk menjadi popular dan populis dari media.

Saya berharap rakyat Malaysia telah faham sandiwara pembangkang ini dan akan

terus menyokong parti Barisan Nasional. Dengan kata-kata ini saya dengan

sukacitanya ingin mengucapkan ribuan terima kasih, semoga kita berjumpa lagi dalam

sesi yang akan datang, tahun depan. Sekian terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Kalau dipilih la ek..

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Jika Tuhan mengizinkan, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, saya suka cakap menyokong punuh ha..

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu (Permas) : Saya dengan ini menyokong usul

yang dibawa oleh Machap. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Ketawa..Ok, perbahasan diteruskan lagi. Sampai petang kita

bersidang.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Salam sejahtera, Salam 1Malaysia, Yang

Berhormat Dato’ Speaker,

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat nak apa? Duduk dulu..

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Saya nak makan.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha..ok baguslah. Pergi kedai beli selipar, rehat sebentar. Saya

tangguhkan Dewan ini sehingga jam 2:30 petang ini.

Page 106: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

106

Persidangan ditangguhkan pada jam 1:00 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 2:30 petang.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh,

salam sejahtera. Perbahasan disambung semula. Jemput Parit Yaani.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih

kerana saya diberi peluang untuk membahaskan Belanjawan 2012 yang dibentangkan

oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor di Dewan yang mulia ini. Cukup

terang, Bajet 2012 menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Johor berhasrat penuh untuk

menjana pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memperkukuhkannya. Syabas,

tahniah. Ekonomi Negeri Johor semakin kukuh, pertumbuhan ekonomi semakin

meningkat, pendek kata, ekonomi Negeri Johor di bawah pimpinan Yang Amat

Berhormat Dato’ Ghani, orang putih kata, “We are consistently consistent.”

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Dengan izin.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dengan izin. Tak macam parti bukan Barisan

Nasional, “They are consistently unconsistent”. Lagi saya minta izin. Yang Berhormat

Datuk Speaker, ini isu bankrap, sering dimainkan oleh parti pembangkang. Mungkin

mereka tak faham apa ertinya bankrap. Dia suka main isu ini tak kira di mana. Mulai

pada tahun 2008, di atas, di bawah, di kiri, di kanan, di depan, di belakang, dia pun

cakap bankrap. Negeri Johor bankrap, JCorp bankrap, JKR, ada huruf “J” bankrap.

Ada fix deposit dalam bank pun bankrap. Tak ada wang dalam tangan, bankrap tak

apa, tak ada hutang tak bankrap. Tapi kalau ada cash dalam bank pun bankrap.

Semua bankrap. Dan saya rasa syok main bankrap. Saya pada petang ini ambil

kesempatan di Dewan yang mulia ini, saya mencabar ADUN Skudai. Saya bagi

tempoh sampai 31 Mac 2012 sebab dah tunggu 4 tahun, tunggu 3 tahun lebih, hari-

hari tunggu, bankrap. Habis, sampai Mac 31, tahun depan, kalau Kerajaan Negeri

Johor tak bankrap, ADUN Skudai letak jawatan sebagai ADUN. (Dewan bertepuk).

Kalau bankrap, saya letakkan jawatan sebagai ADUN Parit Yaani. Ini berani eh. Sikap

berani, ini challenge. Tempoh masa sampai 31 Mac 2012 tengah malam.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Apasal tengah malam, tak boleh siang?

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dia 12:00, sampai 12:00, fair lah be fair, dengan

izin. Patut adil. Pilihan raya dia pun kena letak jawatan sendiri. Saya harap ini dateline

di Dewan mulia ini, saya bukan cakap suka-suka, ini bukan main-main, mencabar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, tadi pagi saya pun dengar pun syok juga. Ini buku

tiga lima, five, five, five “555”. Setahu saya buku ini sekarang memang ramai orang

pakai. Itu orang yang pakai ini ALONG. Dia pakai ini buku 3 x 5. Dan saya berasa pelik

jugalah. Saya tadi sudah telefon ke kedai-kedai tanya “Ada buku ke?” Dia cakap

“Ada, mahu order?” Saya mahu order satu kotak besar-besar, nak hadiahkan kepada

Chief Minister Pulau Pinang sebab ini buku amat penting. Nak buat satu pentadbiran

Page 107: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

107

yang baik, yang jujur, yang boleh bagi keuntungan pembangunan kepada negeri,

saya order satu kotak…

Y.B. Dr. Boo Cheng Hou (Parit Yaani) : Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam Order

Journal Ketua Audit sudah kata tak perlu, Pulau Pinang pun kata tak payah.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, Yang Berhormat, terus-terus.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Saya hadiahkan surplus ke, deficit ke, saya tak

kira. Kalau dia naik, dia makin naik, kalau ada buku ini. Saya hadiah satu kotak

supaya saya hantar kepada Chief Minister Pulau Pinang melalui ADUN Skudai dan

disaksi oleh ADUN Bentayan. (Dewan ketawa). Dia kena saksi.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Apasal ada saksi? (Dewan ketawa).

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Bentayan saksi. (Dewan ketawa). Sebab kalau

dia tak hantar saya mana tahu, kalau sudah hantar, Chief Minister terima, ekonomi tak

naik cepat, kita boleh tuduh dia tak betul. Ini buku tiga lima sudah auta punya, tak

pakai. Habis saya rasa ini adalah satu cabaran dan saya harap ini buku saya akan

hadiahkan, saya boleh order anytime. Tapi kalau dia berani terima cabaran, saya

besok, ini dalam tempoh masa beberapa hari kita hantar buku tiga lima. Jangan salah

anggap Datuk Speaker. Kita bukan ALONG. Ini untuk kegunaan politik.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Datuk Speaker…

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ada apa Bentayan?

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Saya ingat Parit Yaani, dia kena beli 2 kotak, 1

kotak kasi MB Johor, 1 kotak kasi Chief Minister Penang.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat Bentayan, jemput duduk.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Tengok, pertumbuhan ekonomi mana lebih

baik.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Datuk Speaker..

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat…

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Negeri Johor tak payah tiga lima. Kita ada

komputer, semua cukup moden. Ini sekarang sudah iPad, ini apa ini nak pakai itu. Ok

saya ada satu pantun. ADUN Skudai seorang doktor, muka handsome, perangai

diktator, minat karaoke dianggap penipu, memfitnah orang perangai macam hantu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya saya ingin sentuh beberapa isu

permasalahan rakyat. Yang pertama, turun padang. Saya amat bersyukur, berterima

kasih, kerana Negeri Johor kita mempunyai seorang pemimpin, Menteri Besar yang

begitu prihatin, committed, yang begitu menjaga masalah rakyat, tampil ke depan,

pergi jumpa rakyat, jumpa masalah, setiap sudut-sudut kawasan pedalaman, bukan di

bandar-bandar, mana corner-corner tempat dua tiga rumah pun Dato’, Yang Amat

Page 108: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

108

Berhormat jumpa. Sini korek, sana cari masalah rakyat. Mana nak cari Yang Berhormat

Datuk Speaker? Sebab, kalau turun padang menghadiri majlis jamuan makan,

menghadiri perasmian, itu turun padang oleh kerana jemputan. Tapi, Yang Amat

Berhormat turun padang nak cari masalah rakyat, nak selesaikan masalah rakyat.

Macam dia bawa pakar-pakar doktor kalau ada sakit terus bagi mengubati atau terus

operation selesaikan masalah. Saya juga pada ketika ini, sibuk, masalah rakyat kena

selesai. Ada orang pun sibuk. Sibuk apa benda sibuk? Berebut-rebut nak jadi Menteri

Besar. Siapa nak jadi Menteri Besar? Ini pilihan raya belum sampai lagi, belum pilihan

raya siapa boleh menang pun tak tahu, semua nak, oh, ini Menteri Besar siapa boleh?

Sekarang sudah ada bunyi. Ini pun mahu, dia pun mahu. Bukan Barisan Nasional.

Burung terbang dipipiskan lada, macam mana ini? Saya rasa kalau macam ini, kita

memang rasa tak seronok sebab kita harap Yang Amat Berhormat turun padang itu

adalah satu tauladan, satu contoh yang baik, supaya setiap pemimpin akan mengikut

langkah-langkah Yang Amat Berhormat untuk menghadapi dan berjumpa dengan

masalah rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya prestasi perkhidmatan jabatan-jabatan

Kerajaan Negeri Johor. Ada orang bagi information, ada orang bagi maklumat yang

tak betul, katakan perkhidmatan jabatan kerajaan itu tak memuaskan, ini tak betul, itu

ada silap. Bumi mana yang tak ditimpa hujan?

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya boleh bagi contoh, contoh ini saya sendiri

berpengalaman dengan perkhidmatan yang begitu canggih.

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Pahat. Saya pernah dapat aduan katakan

ada seorang lelaki telah menghadapi kemalangan maut dan beliau sudah

meninggal dunia meninggalkan anak isteri, tiga orang anak, seorang isteri.

Isterinya sedih, menangis. Saya telefon kepada Ketua Masyarakat Batu Pahat, tak

sampai 58 minit dia sudah sampai dengan bawa wang bantuan kepada si

mangsa dan seterusnya tiap-tiap bulan bayar dia RM400.00. Kalau kata kilat itu

laju, ini lagi laju. Cukup pantas.

2. Ribut baru ini bulan sahaja dia dah lawat ke kawasan saya, di Kampung Lada

Hitam. Pagi kejadian berlaku, saya terima telefon, saya terus bagi tahu JKM

mereka sampai dan tak sampai tiga hari setengah wang bantuan sudah sampai.

Inilah prestasi kerja yang baik, yang bagus. Yang baik kita cakap baik.

3. Lagi satu contoh, Pejabat Tanah Batu Pahat. Ada 4 pemohon NGO, permohonan

tanah ada menghadapi masalah. Saya bawa mereka nak berjumpa tuan PTD.

Pada ketika itu tuan PTD tengah menjalankan satu mesyuarat antara kakitangan

Pejabat Tanah Batu Pahat, dan bila dia tahu saya datang terus tangguhkan

mesyuarat itu, terus jumpa masalah yang saya bawa dan dia terus bagi jawapan

cara menyelesaikan masalah ini. Inilah betul. Saya sendiri saja oh, ini very good,

dengan izin. Pejabat Tanah, sendiri punya meeting, tangguhkan.

4. Pegawai Daerah Batu Pahat, turun padang, jumpa Ketua Kampung, pergi tengok

setiap kampung masalah. Yang boleh selesai, terus selesaikan. Ini meringankan

bebanan Wakil Rakyat dan juga memesrakan rakyat.

5. Lagi satu contoh, Majlis Perbandaran Batu Pahat. Ini betul. Ini kalau tak betul,

saya boleh bawa pergi ke kawasan saya. Ada di Taman Maju. Pembinaan satu

Dewan Orang Ramai. Dalam proses pembinaan tu, Datuk Speaker, orang Cina

biasa kalau tiang itu menghadapi dia punya pintu depan, dia cakap ini tak ada

Page 109: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

109

ongsui. Mereka tak suka. Sampai MBJB boleh alihkan tiang itu untuk mesrakan

rakyat dan satu projek pembinaan longkang di kedai, depan kedai dan belakang

kedai. Bukan penduduk di situ cerewet. Tapi bila ada timbul masalah saya cukup

puji, puji YDP dan juga SU. Kesabaran, mereka dapat sabar, orang bising, marah

dia boleh tahan, selesaikan masalah, ringankan bebanan Wakil Rakyat, dan

orang yang marah itu bila tengok YDP pun tak marah dia pun senyum-senyum,

semua puji. 1Malaysia, tapi ini sorry ya, mungkin ini ada satu berita baik untuk

Barisan Nasional.

Saya rasa contoh yang macam ini, kita kena menggalakkan dan seterusnya satu isu

berkenaan dengan kenaikan pangkat kakitangan, pegawai kerajaan. Baru-baru ini

ada ramai kakitangan kerajaan terutama sekali Kerajaan Tempatan telah dinaikkan

pangkat. Ada surat tiba-tiba, sebab ada banyak kekosongan Yang Dipertua dan SU

hantar ke setiap tempat. Saya tak menafikan bahawa, kenaikan pangkat mengikut

senioriti betul, bagus. Tetapi pandangan saya, ini Datuk Speaker, pandangan, saya

harap kalau boleh jangan kita hanya ikut saja senioriti, kalau boleh kena ambil kira

merit, kebolehan, kebijaksanaan, prestasi kerja yang begitu tinggi dan baik, lagi yang

penting iaitu, ilmu pengetahuan itu mesti cukup. Jangan sebagai seorang ketua

Kerajaan Tempatan sendiri langsung pun tidak tau kena tanya sini, tapi tanya malu,

tapi tanya pun tak tau apa nak buat, ini jadi isu. Saya tidak cakap mana satu daerah.

Saya hanya cakap secara umum, tak tuduh ke mana-mana satu. Tapi saya harap,

harap kenaikan pangkat ini kalau ikut sahaja senioriti akan hadapi masalah.

Pandangan saya sekiranya dianggap sebagai cadangan, saya berterima kasihlah.

Dan kalau, siapa nak tanya saya mana satu daerah saya tak nak sebut di sini, sebab

itu tidak penting, yang penting kita satu Negeri Johor kena jaga betul-betul.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan

banjir-banjir besar. Banjir besar pada 2006 dan 2007 di kawasan Parit Yaani, memang

saya mengalami satu iktibar yang begitu baik dan satu pengajaran yang saya tidak

akan lupa. Pada masa itu, Parti bukan Barisan Nasional tuduhkan bahawa “Oh ini

Negeri Johor tidak jaga betul, sistem perparitan tidak betul, ini tak betul, sana tak betul,

Negeri Johor banjir”. Lepas itu, Singapura pun banjir, London pun banjir, Australia banjir

dan baru-baru ini Thailand berbulan-bulan di landa oleh banjir besar. Sekarang orang

baru sedar, ini adalah fenomena global. Saya harap semua orang dah sedar. Bukan

Kerajaan bawa ini banjir, bukan JPS bawa banjir, bukan Wakil Rakyat suruh hujan lebat-

lebat itu air tak mahu kasi keluar, itu bukan kita buat. Ini adalah fenomena global.

Dan, harap mudah-mudahan pada hujung tahun dan awal tahun depan kita jangan

harap ada banjir besar. Tetapi, kita terpaksa sediakan payung sebelum hujan. Kalau

kita, tidak belajar daripada pengajaran dan juga iktibar yang lepas, maka banjir besar

yang akan datang melanda kawasan kita, kita akan menderita. Ini saya harap.

Dan, saya juga ambil kesempatan ini, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada pihak Jabatan Kerja Raya oleh kerana di kawasan saya ada

beberapa tempat walaupun, permohonan projek itu tidak dapat diluluskan lagi buat

sementara tapi, ada kerja pemantauan sedang dijalankan. Ini pun satu, satu kerja

yang kita akan puji, dan dapat dipuji oleh semua pihak. Dan saya rasa ada satu

masalah sebab baru-baru ini, berapa bulan oleh kerana hujan, semua jalan-jalan raya,

jalan-jalan kampung, lubang sini, lubang sana. Ini lubang sudah jadi satu isu. Dan

parti-parti bukan Barisan Nasional, akan bawa 100 orang oleh kerana satu lubang kecil

Page 110: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

110

ambil gambar lepas itu katakan ini lubang, tak diselesaikan dan maka mereka bawa

isu ini, nak menghebatkan isu lubang itu, saya rasa ini bukan macam Wakil Rakyat

yang pergi tengok lubang diam-diam lepas itu selesaikan, tutupkan lubang itu. Tapi

saya rasa pemimpin parti bukan Barisan Nasional pergi tengok lubang, lepas 3 bulan

lubang itu masih ada, semakin besar. Saya, saya harap sekiranya ada masalah lubang

ini, jangan ambil gambar ramai-ramai dan gunakan ini sebagai satu publisiti murah,

publisiti percuma dan nak hebohkan isu ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya akhiri dengan serangkap pantun.

Dari mana punai melayang; Dari sawah turun ke padi; Dari mana datangnya sokong

sayang; Dari hatimu turun ke Parit Yaani. Sekian, terima kasih.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih Yang Berhormat, jemput yang lain.

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Datuk Speaker, salam

sejahtera, salam perpaduan dan salam 1Malaysia. Terlebih dahulu ingin saya ucapkan

terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker, kerana memberi peluang

kepada saya untuk turut serta membahaskan rundingan Bajet 2012 pada petang yang

mulia ini. Bajet 2012 bertemakan “Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat”

yang menggariskan Kerajaan memerintah Barisan Nasional Negeri Johor yang

mempraktikkan Kerajaan Holistik menggemblengkan usaha meningkatkan hasil

Kerajaan khususnya demi kesejahteraan rakyat Negeri Johor. Ekonomi dunia hari ini,

semakin hari semakin tidak dapat ketentuan arah dengan pelbagai masalah yang

dihadapi oleh negara-negara Amerika dan Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah

yang telah mempamerkan trend ekonomi dunia negara dan Negeri Johor yang begitu

mencabar bagi tahun 2012.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu,

Negeri Johor masih mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan

iaitu Keluaran Dalam Negeri Kasar tahun 2010 dengan kadar 9.3% dan 5.3% pada

tahun 2011.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di dalam Dewan yang mulia ini, sejak 8 Mac 2008, isu

yang dimain-mainkan oleh Yang Berhormat dari parti pembangkang Pakatan Rakyat,

kononnya Negeri Johor akan bankrap dalam masa satu bulan. Itu tidak jadi, tiga bulan

tak jadi, sekarang pula dalam masa 5 tahun yang dilontar-lontarkan untuk

mengelirukan rakyat jelata iaitu cara dalam the art of war dengan izin, confused his, if

you can’t win. Apa yang dinyatakan oleh mereka ini, benar dengan bajet yang

mendapat surplus sebanyak RM1.2 juta dan dengan pertumbuhan pelaburan bernilai

RM6 bilion sehingga bulan Ogos 2011 sama ada pelaburan domestik atau pelaburan

Foreign Direct Investment dengan izin akan menjadikan Negeri Johor bankrap. Itu pun

ada pemimpin DAP yang sanggup menyatakan kepada media antarabangsa

kononnya negeri yang diperintah olehnya lebih selamat berbanding dengan Negeri

Johor disebabkan hendak menarik pelabur ke Negeri Pulau Pinang.

Bukit Batu rasa sebagai seorang rakyat Malaysia yang mencintakan negara kita,

bukankah kita perlu bersaing sesama kita atas prinsip tidak menjatuhkan imej negara

dan mana-mana negeri di mata khalayak orang luar. Bahkan juga akan

Page 111: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

111

mempertahankan maruah dan imej negara sekiranya ada pihak yang cuba

mencabar kedaulatan negara dan menjatuhkan imej negeri di bumi bertuah Malaysia

ini.

Bukit Batu kesal dengan perbuatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang sanggup

menggadaikan maruah Negeri Johor demi kepentingan politik sempitnya dan bagi

pihak rakyat jelata Negeri Johor, saya memang membantah sekeras-kerasnya

kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap Negeri Johor

yang telah dipohon ampun dan maaf. Tetapi rasanya belum cukup ikhlasnya ampun

atau maaf yang dinyatakan oleh beliau.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Bukit Batu ingin merakamkan penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana telah

menjalankan Lawatan Kerja ke Parlimen Kulai pada 20, 22, 23 dan 24 Oktober 2011, di

mana bukan sahaja dapat berjumpa dengan NGO-NGO Cina, Melayu dan India,

bahkan juga memberikan input atau peruntukan kepada mereka secara direct grant

dan juga memenuhi permintaan-permintaan bagi semua pertubuhan yang

memerlukannya.

Bagi kawasan DUN Bukit Batu, saya juga ingin bagi pihak 228 penerima hak milik tanah

FELDA Bukit Batu iaitu generasi kedua FELDA Bukit Batu yang telah dianugerahkan hak

milik, mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar

dan juga Kerajaan Negeri yang bukan sahaja meluluskan hak milik, tetapi juga

meluluskan peruntukan untuk mereka mulakan kerja-kerja ditapak rumah yang telah

dikurniakan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, hari ini di Dewan yang mulia ini, Bukit Batu amat

bangga kerana perasmian Johor Premium Outlet di rantau Asia Tenggara yang

pertama telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia

pada semalam. Sebagai satu shopping heaven, dengan izin, di rantau Asia Tenggara

yang dijangkakan akan menarik pelancong dalam dan luar negara sebanyak 3 juta

setahun. Ia memang, akan menjadi lubuk emas bagi Kerajaan Negeri dalam sektor

pelancongan yang diiktirafkan sebagai Industri Tanpa Asap untuk mengembangkan

ekonomi negeri dan juga tempatan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Bukit Batu sempat juga untuk mendengar pelancong-

pelancong daripada Singapura yang masuk untuk membeli belah di Negeri Johor,

bahawa barang-barang yang dijual di Negeri Johor itu cheap, cheap, cheap kalau

kita dengar lambat sikit, kalau dia cakap cepat sikit, cheap, cheap, cheap itu cara

macam Singapore masuk, dah jadi burung. Sebab itu, memanglah untuk membantu

sektor pelancongan yang dapat perancangan yang teratur untuk membangunkan di

kawasan tempatan. Sebenarnya saya mencadangkan, supaya kawasan tempatan

dapat didirikan sebagai destinasi Kulai Walk untuk pengusaha-pengusaha tempatan

supaya mereka tidak menjadi penonton sahaja, tetapi berkongsi kekayaan hasil

limpahan daripada Johor Premium Outlet.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebenarnya konsep sektor pelancongan senang

sahaja, pelancong datang, pengusaha dengan apa cara pun dalam perniagaan

mestilah kosongkan dompet pelancong sebelum mereka balik ke kawasan atau

Page 112: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

112

tempat asal. Atau kita panggil empty kan their wallet before their leave from the

destination. Sebab itu saya rasa, tibalah masa kita mencadangkan kawasan-kawasan

yang sesuai di tempatan untuk pelancong yang datang dari jauh, dekat untuk

membeli belah di kawasan Kulaijaya juga.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Bukit Batu juga rasa sudah tiba masanya supaya pusat

pentadbiran daerah Kulaijaya yang telah mempunyai tapaknya dapat dibangunkan

supaya rakyat yang hendak berurusan dengan agensi-agensi dan jabatan-jabatan

kerajaan akan lebih mudah, lebih senang dan lebih jimat masa.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Bukit Batu amat setuju dengan cadangan dasar

perumahan rakyat Johor yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor pada

November 2011, yang sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan masalah-masalah

berkaitan projek rumah terbengkalai yang kadangkala kita terkilan pembeli-pembeli

rumah macam hidup segan mati tak mahu dan amat membebankan mereka yang

kadang-kadang mereka masih perlu membuat bayaran ansuran rumah yang telah

dibeli tetapi rumah itu hanya boleh nampak sahaja atau lihat sahaja tetapi tidak boleh

dipakai. Sebab itu, usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan memang dialu-alukan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Bukit Batu tidak berhajat untuk membantah sebarang

semakan semula bagi Enakmen Hiburan dan tempat-tempat hiburan 1998. Tetapi saya

telah didatangi oleh pengadu bahawa kadar yang dikenakan yang akan

dikuatkuasakan pada 01 Januari 2012 adalah terlalu tinggi. Ada termasuk karaoke

keluarga, karaoke yang dikenakan kalau ikut kiraan satu bilik satu hari kena RM10.00.

Kalau pengusaha karaoke kena ada 20 bermaksud satu bulan dia kena bayar

RM6,000.00 untuk kadar bayaran lesennya. Dan itu juga termasuklah lain-lain lesen

termasuklah snooker, bowling, american pool, billiard yang terlalu tinggi. Sebab itu,

saya mencadangkan supaya kerajaan mengkaji balik kadar-kadar yang telah disemak

dan akan dikuatkuasakan itu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi kawasan saya timbul balik pada isu-isu di dalam

kawasan saya pula. Saya rasa kita telah mendengar banyak rintihan daripada

penduduk di kawasan rumah pangsa. Di kawasan saya, di Taman Putri ada 12 blok

rumah pangsa. Mereka yang duduk memang meminta supaya kerajaan dapat

mengecat semula bangunan rumah pangsa mereka kerana sekian lama tidak pernah

dicatkan dan lebih-lebih lagi tunggakan yang banyak diperolehi semasa mereka tidak

membayar maintenance fee. Sebab itu, saya minta jasa baik kerajaan kita supaya

dapat mengecat semula rumah-rumah pangsa di Taman Putri, Kulai.

Saya alihkan kepada isu iaitu isu banjir. Walaupun rasanya kita telah menyelesaikan

beberapa banjir di kawasan DUN Bukit Batu tetapi masih ada kawasan yang selalu

banjir dan telah mengakibatkan mangsanya terkorban. Sebab itu, saya minta supaya

Kerajaan menyelenggarakan peruntukan yang telah dimohon oleh JKR Daerah

Kulaijaya supaya diluluskan dengan segera untuk mengganti cross-over di kawasan

hadapan Taman Prisma, Kelapa Sawit, Kulai dan juga di kawasan Batu 24, Jalan Air

Hitam, Johor Bahru, Kulai.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Masa cukup Yang Berhormat.

Page 113: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

113

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Sedikit lagi.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Akhirnya.

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Oleh kerana masa itu tak izinkan, saya juga

akur kepada Yang Berhormat Datuk Speaker. Dengan itu, saya ucapkan terima kasih

di atas peluang yang diberikan oleh Yang Berhormat Datuk Speaker dan saya

menyokong rundingan yang dibawa oleh Yang Berhormat Machap. Sekian, terima

kasih.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. Jemput yang lain.

Penawar.

Y.B. Puan Hamimah binti Mansor (Penawar) : Bismillahirrahmaanirrahim. (Berselawat)

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera.

Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kerana diberi kesempatan cakap pada

kali ini. Syukur Alhamdulillahlah. Syabas kepada Yang Berhormat Datuk Speaker yang

kebal dengan pengalaman dan tak pernah gusar dengan panahan pembangkang.

Yang berenang tenang dalam gelombang kepimpinan, berehat di tepian mendengar

gendang kosong bersama angin yang menyongsong, itulah warga berjiwa besar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, setinggi-tinggi penghargaan tahniah dan terima kasih

kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas semua kelulusan dan peruntukan.

Syabas kepada semua Pegawai-Pegawai Kerajaan yang bergerak seiring bagi

memastikan matlamat dasar kerajaan dan permohonan rakyat dapat ditunaikan dan

rakyat merasa gembira. Bukan mudah menjadi pemikir negeri, melihat setiap pelosok

negeri, melunas setiap yang patut diberi, menyusun pembangunan, melihat kesan,

menangani masalah, mendengar rungutan, membetul kesilapan dan terus berusaha

bergerak ke hadapan bagi memastikan Johor terus membangun. Insya-Allah Barisan

Nasional terus menjadi tampok pemerintahan negara dan negeri. Marilah sama-sama

kita berdoa agar Johor tercinta ini terus di bawah kuasa Barisan Nasional. Amin.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat

Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang

Berhormat Exco dan pelbagai kepimpinan Barisan Nasional terus menerus turun

padang, menyeberang longkang dalam program ziarah mesra, dalam gotong-royong,

dalam maulidur-rasul, maal-hijrah, Ramadan, Israk-Mikraj, Gong Xi Fatt Chai, sambutan

bulan kemerdekaan, Deepavali, Aidilfitri, Aidiladha, program-program sumbangan

kejayaan anak-anak UPSR, PMR, SPM, STPM dan darjah khas. Pelbagai program sukan,

pelbagai program kebudayaan, program bersama kanak-kanak tadika, anak-anak

sekolah rendah, remaja sekolah menengah, mahasiswa, mahasiswi IPTA dan IPTS

bersama-sama di program karnival kerjaya dan pelbagai program pendidikan untuk

memastikan anak-anak ini mendapat pendedahan tentang pentingnya pendidikan

dan kerjaya pada masa hadapan. Tidak lupa juga program bersama masyarakat,

bersama penoreh getah, nelayan, peneroka, pekebun kecil, usahawan IKS, ibu-ibu

tunggal, warga emas bagi merasai setiap denyut nadi rakyat. Mendengar keluh kesah

dan cuba menyelesaikan masalah. Banyak perkara telah dijelaskan, banyak masalah

telah diselesaikan. Sesuai dengan pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat

Page 114: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

114

Perdana Menteri dengan tema “Membela Rakyat Dan Mensejahterakan Negara”.

Dengan melihat, meneliti dan menghargai jumlah RM232.8 bilion bagi tahun 2012 ianya

jelas menunjukkan usaha dan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau kita ingin membuat perbandingan, kita perlu

melihat saiz pembangunan rakyat sesebuah negara. Ekonomi dunia yang tidak

menentu juga dilihat secara keseluruhan. Bercakap soal angka, nombor, peratus tanpa

mengetahui hakikat sebenar memang seronok dan hebat. Tetapi, secara praktikal apa

yang kita buat, apa yang kita berikan kefahaman dan praktikalnya secara terus

kepada rakyat itulah yang lebih penting. Bagaikan biduk lalu kiambang bertaut, bajet

peringkat negeri terus dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan

tema “Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat” dan fokus perbelanjaan lebih

kepada projek-projek pembangunan dan membasmi kemiskinan tegar. Awalnya kita

lihat muka surat 48 buku ucapan bajet dengan langkah ketiga prakarsa 1 dalam

strategi ke-6 dengan bantuan am keluarga yang ditambah daripada RM115.00

kepada RM150.00 ringgit. Ini sahaja sudah menunjukkan keprihatinan dan kerja yang

dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional. Dalam strategi 1 prakarsa 6 mempunyai 4

langkah yang juga membuktikan kerajaan terus berusaha membantu usahawan. Jadi,

mengapa perlu berkeluh-kesah, mengapa harus resah gelisah, mengapa harus merasa

gundah, sebak di dada, menarik nafas untuk berlaga, mencari kelemahan untuk

menjadi modal berjaja, mencari kesilapan untuk dijadikan bual bicara atas pentas tak

bernama. Belanjawan ini teliti dan diperhalusi bersama jentera pemikir, melihat setiap

ruang dan peluang untuk rakyat dan negeri.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang seiring dengan Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam menjamin keselesaan kepada wanita. Ini di

bukti dengan RM50 juta diperuntukkan bagi imunisasi kanser serviks oleh Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri. Disambut dengan RM5,280, 000 untuk Jawatankuasa Hal

Ehwal Wanita dan Keluarga di peringkat negeri dan pelbagai perkara-perkara yang

berkaitan dengan jawatankuasa tersebut yang merangkumi program dan

pentadbiran dan segala rancangan yang terkandung di dalam prakarsa 3 muka surat

51.

Aduhai KEJORA, perumahan mewah didirikan, rumah kos sederhana juga didirikan,

rumah murah jangan dilewatkan. Pelan rumah bersesuaian dengan kawasan yang nak

didirikan untuk mereka yang memerlukan. Sejajar dengan perkara 4 muka surat 26

strategi ke-4 di dalam langkah 1, di mana harga rumah RM120,000.00 hingga

RM150,000.00 bagi isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM5,000.00. Insya-Allah,

KEJORA berkualiti rakyat menikmati. Tetapi banyak lagi perkara yang perlu dikemas

kini, projek-projek kecil jangan dilewatkan. Bina rumah murah banyak-banyak dan

bersistem, tersusun dan rapi selagi ada tanah yang sesuai. Jual pada yang belum ada

rumah. Sedikit sebanyak ia boleh membantu pasangan muda yang baru berumah

tangga tetapi masih belum mempunyai tempat tinggal. Akhirnya orang akan melihat

kecemerlangan KEJORA. Rumah mahal buat, sederhana buat, rumah murah buat.

Kedai mahal jual, kedai murah dah lama tak buat. Ladang dibangunkan, anak-anak

yatim diberi perhatian, kampung-kampung dalam wilayah dibangunkan, parit,

longkang, dewan, masjid, balai raya, padang awam, jalan raya dan surau di baik

pulih. Pastikan kontraktornya bagus, jangan projek besar bagus, projek kecil hangus.

Inilah satu lagi usaha yang dibuat oleh KEJORA di bawah kerajaan Barisan Nasional

Page 115: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

115

yang terus seiring dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memastikan

kesejahteraan rakyat. Selaras dengan langkah pertama frasa 1 Program Bantuan

Rumah sama ada di bawah KEJORA, pejabat Daerah haruslah dipercepatkan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, syabas FELDA. Perhatian khusus Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab dan peruntukan khas untuk

bangunan-bangunan dalam FELDA harus dimanfaatkan sebaik-baiknya. Adalah

diharapkan perbincangan atau mesyuarat khas di antara FELDA dan PTG Negeri

dibuat langkah kerja yang tersusun dan teliti bagi memastikan tanah-tanah untuk

generasi kedua terus diproses dan ditemu duga sahaja. Kalau perlu wujudkan pasukan

pengurusan oleh pengurus sedia ada bagi mempercepatkan proses ini. Kita tidak akan

menerima kritikan anak-anak muda FELDA yang nampak ada ruang untuk mereka

tetapi lambat untuk tindakan. Atau pengurus-pengurus FELDA tidak akan berhadapan

dengan pembinaan pelbagai bentuk rupa rumah dan kedai. Rumah jadi kedai, kedai

jadi rumah, sawit ditebang untuk didirikan rumah.

Saya yakin apabila tanah tapak untuk rumah dan pembinaannya disusun oleh FELDA

dan dengan tiada lagi lot-lot yang boleh didirikan rumah dan diselesaikan oleh pihak

pengurusan FELDA. Oleh itu, marilah segera kita selesaikan perkara ini dengan

tindakan, bukan jawapan bagi membuktikan tindakan hari ini jauh lebih cepat sebagi

satu lagi transformasi yang menggembirakan generasi kedua. Kita bimbang, anak-

anak muda kedua ini fikir, batu lebih kuat dari pohon. Kita kena beritahu mereka besi

lebih kuat dari batu. Kita beritahu lagi api lebih kuat dari besi. Tapi, ingatkan kepada

mereka angin lebih kuat dari api. Dan, akhirnya jelaskan kepada mereka bahawa

sesungguhnya iman itu lebih kuat dari angin yang bertiup.

Jadi, pastikan FELDA Properties dan pelbagai perkara yang ada kaitan dengan FELDA

yang diwar-warkan dapat bergerak pantas tanpa dapat di pintas untuk memastikan

masalah ini dapat diselesaikan. Untuk akhirnya, tahniah kepada kerajaan negeri yang

terus berwaspada meneruskan langkah berjimat- cermat perbelanjaan berhemah

bagi mengelakkan pembaziran dan harapan menjana semula pertumbuhan ekonomi

untuk terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri seperti bentangan bajet

belanjawan 2012. Insya-Allah, rakyat tidak akan hanya mendengar keriuhan ayam

tapi akan mendengar kicauan burung, tidak akan hanya melihat gelap malam, tapi

akan menyaksikan indahnya bulan dan kerlipan bintang. Tidak juga akan mengeluh

dengan sengatan lebah tetapi akan ingat betapa manisnya madu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Penawar mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih Penawar. Jemput yang lain. Maharani.

Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim (Maharani) : Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Timbalan Speaker : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim (Maharani) : Selamat sejahtera. (Selawat)

Page 116: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

116

Yang Berhormat Datuk Speaker, Maharani mengucapkan ribuan terima kasih di atas

peluang yang diberi untuk membahaskan Ucapan Bajet Negeri Johor Tahun 2012 di

Dewan yang mulia ini. Maharani ingin merujuk kepada laporan Jawatankuasa Bajet

Negeri 2012 tentang anggaran hasil negeri. Kalau kita lihat hasil tanah 2011, sebanyak

RM 557.6 juta sedangkan pada tahun akan datang 2012 dijangkakan sebanyak

RM532.43 juta iaitu kekurangan sebanyak RM25 juta. Ini kena perhatikan sebab tanah

adalah aset yang cukup berharga di negeri kita yang cukup luas ini. Jadi, hasil

daripada tanah itu hendaklah dimaksimumkan tanpa menyusahkan rakyat tetapi

memberi manfaat kepada negeri dan rakyat sesungguhnya.

Begitu juga dengan hasil hutan. Kita mempunyai hasil hutan yang cukup luas dengan

jumlah hutan yang dibenarkan untuk ditebang, untuk digunakan. Hasil yang kita dapat

dikatakan stabil pada RM22.3 juta. Ini, ini adalah satu perkara yang boleh kita

perhatikan sebab pada 2008, sebelum 2008 di negeri Kedah, hasil balak hanyalah

RM2.8 juta. Tapi, selepas 2008 didapati bahawa dengan tender terus dengan urusan

yang baik maka hasil balak itu dapat ditingkatkan berganda. Jadi inilah satu contoh di

mana kita Negeri Johor ini kena memastikan bahawa hasil masyhur negeri kita ini

dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat di negeri Johor ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, hari ini kita banyak cerita tentang negeri Johor

bankrap. Macam ingin respons sedikitlah, mudah-mudahan tiada yang bankrap.

Sekarang ini, kita pun bimbang dengan ramainya bilangan rakyat kita yang bankrap

terutama kerana kredit kad, bankrap kerana kredit kad. Jadi, kita di sini pun di negeri

Johor ini diharapkan dengan laporan bahawa hutang awam negeri Johor pada tahun

2010 adalah sebanyak RM1379.99 juta sedangkan pada 2009 hanyalah RM1274.30 juta

iaitu meningkat sebanyak RM105.69 juta ataupun 8.3%. Ini adalah maklumat yang kita

adalah kerana pinjaman baru JCorp sebanyak RM14.6 juta dan juga pelarasan dan

pengelasan semula pinjaman projek bekalan air sebanyak RM602.27 juta. Ini laporan

daripada Ketua Audit Negara. Jadi dalam keadaan ekonomi negara pada masa

yang akan datang pada masa yang mendatang ini agak dijangkakan kurang

memberangsangkan, maka kita kenalah berhati-hati dengan hutang-hutang di mana

Kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Walaupun, kerajaan bukanlah yang

berhutang tetapi sebagai penjamin, kalau kita menjamin rakan kita untuk beli kereta

pun, kalau rakan kita tak bayar, kita yang dituntut dan kita yang akan menjadi muflis.

Inilah apa yang dimaksudkan kami daripada pembangkang sebagai untuk

memperingatkan, check and balance, supaya kita dapat memastikan bahawa negeri

kita ini dapat diuruskan dengan baik, insya-Allah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau kita lihatlah apa yang berlaku sekarang, kita

lihat hutang JCorp sendiri, yang belum diselesaikan adalah sebanyak RM6.6 bilion dan

perlu dibayar sebelum Julai 2012, tidak lama lagi sebanyak RM3.6 bilion dan setakat ini,

apa yang dirancangkan dengan menjual aset masih lagi JCorp belum mampu untuk

menyelesaikan bon yang akan matang pada tahun hadapan. Jadi dijangkakan ini

akan dibayar melalui mengeluarkan semula bon. Jadi inilah kita hutang atas hutang.

Ini menunjukkan bahawa walaupun besar mana pun korporat itu syarikat itu tetapi

kalau mereka tidak menguruskan hutang mereka, walaupun aset yang banyak, tapi

kalau hutang yang banyak juga, satu masa nanti apabila sampai masanya aset-aset

ini terpaksa dijual. Sedangkan aset-aset itu mungkin aset yang kritikal yang penting

untuk negeri kita yang terpaksa kita lupuskan untuk menyelesaikan hutang-hutang

Page 117: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

117

begini. Inilah perkara-perkara yang cukup membimbangkan kepada rakyat. Jadi

secara teorinya, kalau ini tidak, kalau ini tidak dapat diselesaikan syarikat ataupun

badan-badan yang mendapat jaminan daripada kerajaan, tidak dapat atau tidak

menguruskan kewangannya dengan baik, tidak membayar hutang-hutang mereka

dengan baik, maka akhirnya kerajaan juga yang akan menanggung risikonya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Maharani menyokong Program Membasmi Kemiskinan

Tegar yang dijangkakan, sepatutnya pada tahun hadapan di negeri Johor ini sudah

tidak ada lagi rakyat kita yang digolongkan dalam keadaan dalam lingkungan miskin

tegar. Walau bagaimanapun, kalau kita lihat laporan akhbar sehari-harian, kita lihat

masih ramai lagi rakyat kita di pelosok negeri kita ini yang dalam keadaan yang cukup

daif. Kalau kita lihat laporan akhbar, keadaannya bukan sahaja miskin tegar, malah

lebih daripada, bawah daripada miskin tegar lagi dengan keadaan yang cukup daif.

Inilah, perkara-perkara yang mungkin terlepas pandang. Sebab mungkin kita telah pun

ada mekanismenya ada. Tetapi, mengapa ada berlaku ketirisan begini,dan kita ada

focus group, saya difahamkan focus group walaupun kita di pihak pembangkang

tidak terlibat langsung dengan ini, tetapi dalam apa lawatan kita ke, ke turun padang

berjumpa rakyat kita dapati masih ada lagi rakyat yang keadaan keluarganya,

keadaan kehidupannya, keadaan rumahnya yang memerlukan bantuan tetapi tidak

mendapat bantuan dan inilah diharapkan mereka yang diberi tanggungjawab yang

diberi amanah hendaklah menjalankan tanggungjawabnya dengan sepenuhnya

supaya rakyat dapat merasai kek atau kuih yang dihasilkan oleh pihak negeri.

Yang Berhormat Datuk Speaker, berita yang cukup menggembirakan, ialah biasanya

tentang duit lah. Kita lihat kerajaan negeri telah bermurah hati menaikkan elaun

pegawai masjid dan surau termasuklah yang telah dibentangkan oleh Ahli Yang

Berhormat tentang noja masjid, imam surau, bilal surau, penggerak masjid dan surau,

begitu juga guru-guru al-Quran. Ini satu insentif yang keputusan yang dialu-alukan dan

tahniah kepada pihak kerajaan kerana bertindak di atas rintihan dan juga jasa-jasa

yang telah dilakukan oleh mereka ini.

Harapan Maharani supaya pelantikan pegawai-pegawai masjid dan surau ini,

hendaklah dibuat dengan cukup teliti untuk memastikan mereka yang berhak sahaja

untuk menguruskan masjid dan surau ini kerana keadaan sekarang kalau kita lihat,

aktiviti-aktiviti di surau dan masjid ada masanya agak berkurangan. Waktu berjemaah

pun kalau kita lihat, kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat singgah ke surau, masjid waktu

Zohor, Asar biasanya yang bersolat di situ pun kebanyakan mereka yang bermusafir

dan selalunya ada juga yang surau berkunci, ada mungkin masjid yang berkunci

selepas waktunya. Jadi, inilah kita nak memastikan bahawa pegawai-pegawai yang

dilantik itu, adalah mereka betul yang rapat dengan masjid, yang sanggup pergi ke

masjid dan peka tentang kebersihan, keceriaan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di

masjid itu. Bukan setakat untuk memastikan penceramahnya bertauliah tetapi

memastikan juga mendapat penceramah-penceramah yang dapat menyampaikan

Islam dengan keseluruhannya supaya kita dapat manfaat.

Begitu juga kita dapati pernah disuarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat tentang dana

masjid. Ada sebahagian masjid mempunyai simpanan yang beribu-ribu, dikata

pencadang tadi apalah gunanya duit beratus ribu di simpanan tetapi tidak digunakan

untuk rakyat. Inilah seruan saya kepada pihak masjid supaya dapat menggunakan

Page 118: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

118

wang-wang derma ini untuk kepentingan rakyat untuk mengadakan program-program

kebajikan, program-program untuk kepentingan Qariah masing-masing. Dan juga

disebut tadi masalah mempolitikkan masjid. Sebenarnya ini cerita lama. Ahli

Jawatankuasa surau dan masjid pun sebenarnya disahkan jawatan itu. Kalau kita lihat

pada pelantikan di dalam pejabat itu, yang bawah sekali yang tandatangan ialah

Ketua Bahagian UMNO. Awal-awal pun dah dipolitikkan. Jadi walau bagaimanapun,

kita sebagai orang Islam apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan Islam. Tidak

kiralah siapa yang dilantik, apa yang telah dilantik itu, pastikan kita bertawakal kepada

Allah S.W.T.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Maharani dapati bahawa di akhir-akhir ini soalan,

jawapan kepada soalan-soalan mulut dan bertulis oleh Ahli Yang Berhormat tidak lagi

diberi keseluruhannya kepada semua Ahli-ahli Dewan. Jadi Maharani harap tradisi

sebelum ini di mana jawapan kepada semua soalan mulut, soalan bertulis hendaklah

diberikan kepada semua Ahli Dewan supaya kami dapat maklumat, kami dapat

mengambil tindakan di atas perkara-perkara yang diajukan. Contohlah, hari ini ya

soalan yang tidak dapat, tidak dapat, dijawab. Yang Berhormat Yong Peng tanya

tentang apa jadi, apa perkembangan projek Sekolah Agama yang telah dijanjikan

oleh lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada tahun 2010. Lama dah ini. Jadi

inilah kita memang satu, turun padang memang satu perkara yang baik, menjanjikan

projek juga sesuatu yang baik. Kami mengharapkan supaya janji-janji itu ditunaikan

dengan segera dan saya mohonlah supaya segala janji-janji yang telah diberi kepada

rakyat itu akan ditunaikan tanpa rakyat perlu merayu atau sampai terpaksa bertanya

hingga ke dalam Dewan ini.

Begitu juga soalan-soalan yang kita nak tahu juga tentang jalur lebar. Nak kata jalur

lebar ini, kita dalam Kota Iskandar pun tiada WiFi. Patut kita kat sini dah ada lah. Jadi

kalau sebelum jalur lebar itu ada sampai ke tempat lain, tempat kita pun lebih lebar

lagi sepatutnya. Begitu juga soalan-soalan lain yang dapat kita bincangkan bersama.

Contoh soalan yang selalu. Ini soalan kira soalan lazim lah, soalan lazim. Masalah iklan

haram, masalah iklan along berlaku di semua PBT. Jadi ini sepatutnya pihak PBT telah

dapat menyelesaikan masalah ini lama dahulu dengan mengadakan satu format satu

penyelesaian bersepadu di semua PBT. Jadi supaya dapatlah masalah diselesaikan

dengan baik. Kalau tidak banyak kerosakan berlaku dan banyak pencemaran berlaku

termasuklah bukan sahaja along. Ini kita buat majlis kahwin pun letak juga papan

tanda. Saya tidak tahulah kalau Yang Berhormat buat kerja kahwin letak papan tanda

macam along juga. Kalau letak itu, sampai masanya bukalah. Jadi itulah, supaya kita

sama-sama bekerjasama.

Yang Berhormat Datuk Speaker, berkenaan dengan PBT juga satu perkara yang telah

disebutkan dalam ucapan bajet juga tentang Pasukan Tindakan Khas dan Pasukan 3K.

Jadi diharapkan dengan adanya pasukan ini, tidak perlu lagi rakyat berulang-ulang

untuk memberitahu atau mengadu kepada pihak yang berkenaan kepada PBT,

tentang masalah-masalah jalan berlubang, parit tersumbat, penurapan jalan kerana

sudah ada pun badan-badan yakni Task Force ataupun pasukan tindakan yang telah

dilantik. Jadi kita harapkan supaya mereka ini akan menjalankan tugas dengan baik

untuk keselamatan rakyat. Dengan ini mudahlah, tidak perlu masalah lampu, parit,

sampai kita bawa ke dalam Dewan.

Page 119: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

119

Yang Berhormat Datuk Speaker, satu lagi perkara yang saya nak kira sampaikan ialah

tentang cerita duit sahajalah, bonus. Kira Alhamdulillah lah kakitangan kerajaan boleh

tersenyum di bulan 12 ini kerana dapat RM500.00 ataupun setengah bulan gaji. Tapi

sebenarnya kalau negara kita, negeri kita dapat kita uruskan dengan baik, kita dapati

bahawa kita bersyukur dengan apa yang kita dapat. Tetapi kalau kita bandingkan

dengan jiran, saya difahamkan, daripada laporan yang saya diberitahu negara jiran

kita memberi 2.25 bulan bonus campurkan, dolar lagi. Jadi jauhlah, 0.5 dengan 2.25 itu

menunjukkan taraf pencapaian yang mereka lakukan. Jadi inilah perkara-perkara kita

pastikan bahawa negara kita ini dengan adanya pengurusan yang baik rakyat akan

dapat manfaat bukan sahaja sebagai imbuhan yang sedikit hanya untuk

menyedapkan hati tetapi kesannya ialah rakyat yang tidak mendapat bonus ini, rakyat

kita yang di kampung-kampung yang bekerja sendiri yang terkesan dengan bonus

yang sebegini dengan kenaikan harga barang. Kita mengharapkan supaya tidak ada

pihak yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga-harga barang yang akan

menyusahkan rakyat juga akhirnya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, berkenaan dengan Dasar Perumahan Rakyat Johor di

Iskandar Malaysia ini, yang telah diluluskan bulan lalu dan akan diperluaskan di seluruh

negeri, kami mengharapkan supaya dengan penjenamaan semula dengan

penambahbaikan, lebih banyak lagi rumah-rumah yang dikatakan mampu milik tetapi

berharga antara RM120,000.00 hingga RM150,000.00 maksimum. Dan, ini bukanlah

rumah yang boleh dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah yang dahulunya

layak hanya untuk rumah kos rendah dan dengan penjenamaan semula, diharapkan

mereka yang dahulunya layak untuk mendapatkan rumah kos rendah yang juga

disediakan dengan projek-projek, perumahan-perumahan yang mampu mereka milik.

Sekurang-kurangnya, contohnya, kalau rumah-rumah itu yang bernilai kurang dari

RM50,000.00 mungkin agak lebih berpatutan untuk mereka yang bekerja sebagai

buruh, sebagai pekerja kilang yang dengan cara ini dapatlah menyelesaikan masalah

perumahan dan juga menyelesaikan masalah rakyat kita yang kita sebut mudah

miskin. Bukan miskin, tetapi yang mudah miskin. Dengan adanya dengan bantuan-

bantuan begini, dengan adanya projek-projek yang mesra rakyat begini, maka rakyat

akan dapat manfaat daripada apa yang kita lakukan.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Masa cukup, Yang Berhormat…

Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim (Maharani) : Yang Berhormat Datuk Speaker, akhir

sekalilah, saya ingin juga menyebut sedikit laporan, dalam Laporan Ketua Audit

Negara tentang Majlis Sukan Negeri. Dilaporkan bahawa Majlis Sukan Negeri ini baru

menghantar laporan kewangannya, penyata kewangan tahun 1993 hingga 2002 dan

sedang diaudit. Dan laporan dari 2003 hingga 2010 belum diserahkan lagi. Jadi, inilah

kalau kita hendakkan negeri kita maju dalam sukan, kita nakkan pasukan bola kita

menyerlah, kita nak ahli atlet kita membawa pingat emas daripada Sukan SUKMA dan

seterusnya, maka pengurusan hendaklah dicekapkan, dipercekapkan. Begitu juga

badan-badan lain yang tidak dapat, belum menyempurnakan tanggungjawab

mereka supaya dapat menyempurnakan dan mudah-mudahan negeri kita akan

dapat lebih baik lagi dan Insya-Allah, negeri kita akan dapat keberkatan daripada

Allah SWT dan dengan itu, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

Page 120: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

120

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam. Dijemput yang lain. Yong Peng

Y.B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Selamat petang, salam sejahtera, salam 1

Malaysia kepada Yang Berhormat Datuk Speaker. ADUN Yong Peng mengucapkan

jutaan kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada

saya untuk menyertai bahas ucapan Bajet 2012.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ADUN Yong Peng amat berbangga dengan hasil kerja

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang membawa kemajuan kepada Negeri

Johor pada amnya dan khasnya pada DUN Yong Peng. Ucapan Bajet 2012 oleh Yang

Amat Berhormat Menteri Besar Johor sangatlah menggalakkan. ADUN Yong Peng

mengalu-alukan langkah yang akan diambil pada tahun 2012, bahawa mana-mana

tanah telah dijelaskan bayaran premiumnya akan dikeluarkan geran tanahnya dalam

satu hari selepas premium dijelaskan.

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker, terdapat juga ramai penduduk dan

petani di DUN Yong Peng telah lama menjelaskan premium tetapi masih menunggu

pengeluaran geran dan pemasangan batu sempadan. Oleh yang demikian, ADUN

Yong Peng pohon agar Pejabat Tanah dapat membantu mengatasi masalah DUN

Yong Peng bagi memberikan manfaat kepada mereka.

ADUN Yong Peng mengalu-alukan langkah nilai tambah pada hak milik pajakan.

Tanah yang berstatus pajakan disambung secara automatik tidak melebihi 99 tahun.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ADUN Yong Peng minta tolong selesaikan masalah

yang sedia ada di DUN Yong Peng yang mana mereka sudah lama tunggu.

ADUN Yong Peng mengalu-alukan cukai yang berbeza antara hak milik berstatus

pajakan dan hak milik bergeran kekal. Cukai pada tanah hak milik pajakan

sepatutnya direndahkan. Tindakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor akan

tambah nilaikan rumah-rumah dan tanah pertanian yang berstatus hak milik pajakan

memberi manfaat kepada pemilik-pemiliknya.

Untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker, bank sukar memberi pinjaman

kepada tanah pajakan yang kurang dari 60 tahun yang menyusahkan pemilik-pemilik

tanah tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ADUN Yong Peng juga mengalu-alukan kerajaan akan

melaksanakan Kempen Amalan Senyum Dalam Perkhidmatan Awam Negeri pada

tahun depan, yang mana pegawai barisan hadapan diperkasakan dengan amalan

budaya mesra pelanggan kepada semua orang tanpa kira kedudukan dan pangkat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ADUN Yong Peng mengalu-alukan kerana rakyat

jelata khasnya bagi mereka-mereka yang kurang memahami Bahasa Malaysia, kurang

selesa dengan pegawai-pegawai kerajaan. Sebab inilah, kata bahasa yang mereka

kurang fasih, kurang nak berkomunikasi. Oleh yang demikian, ADUN Yong Peng

mencadangkan pegawai yang boleh bertutur 3 bahasa, berbudi bahasa dan

berpengetahuan ditempatkan sebagai pegawai barisan hadapan untuk

menyenangkan hati rakyat. Sekiranya tidak kedengaran rintihan rakyat jelata, apabila

Page 121: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

121

mereka balik dari pejabat kerajaan, kononnya mereka tak faham apa yang

disampaikan oleh pegawai kerajaan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ADUN Yong Peng mengucapkan jutaan terima kasih

kepada Pejabat Daerah Batu Pahat, Majlis Daerah Yong Peng, Jabatan JKR, SAJ, TNB

dan JPS yang telah membangunkan DUN Yong Peng. ADUN Yong Peng menyeru agar

ada penyelarasan yang lebih sempurna antara agensi-agensi agar jalan-jalan yang

digali, diturap balik dalam keadaan yang asal, kerana kerap dengar rintihan bahawa

jalan yang baik digali dan ada yang turap tak sempurna menyebabkan kemalangan.

ADUN Yong Peng ingin nak tahu, agensi yang manakah yang akan mengetuai

penyelarasan tersebut? Akhir-akhirnya, projek yang baik disumpah oleh penduduk-

penduduk kerana berlakunya kemalangan disebabkan jalan digali tidak diturap.

ADUN Yong Peng mencadangkan agar kontraktor-kontraktor agensi membayar wang

cagaran terlebih dahulu sebelum memulakan projek. Andai kata projek tidak

sempurna, maka wang cagaran dilupuskan supaya mereka serik. Agensi kerajaan

haruslah memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi oleh kontraktor-kontraktor

supaya dielakkan daripada kemalangan yang tidak diingini. ADUN Yong Peng

mencadangkan bahawa kontraktor-kontraktor yang tidak mematuhi syarat-syarat

disenaraihitamkan supaya mereka serik dan penduduk-penduduk puas hati dengan

tindakan agensi kerajaan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Majlis Daerah Yong Peng telah belanja lebih kurang

RM25,000 setiap bulan untuk menampung perbelanjaan bagi menghantar sampah

sarap ke Labis. Ini telah menjadi beban yang berat kepada Majlis Daerah Yong Peng

dan menjejaskan kerja pelupusan sampah sarap di DUN Yong Peng. Tapak pelupusan

Labis yang sedia ada hampir penuh. Bilakah tapak pelupusan baru di Bukit Payung

akan siap? Inilah soalan yang kerap dibangkitkan oleh penduduk. Juga difahamkan,

cuma 2 buah kompaktor yang berkhidmat di PBT Majlis Daerah Yong Peng.

Bayangkanlah, Majlis Daerah Yong Peng ada sekurang-kurangnya 42 buah taman

perumahan, Jadi dengan adanya 2 kompaktor, bagaimanakah mereka boleh

berkhidmat? Ini telah menjejaskan kerja pelupusan sampah dan telah menjadi rintihan

penduduk-penduduk. ADUN Yong Peng pohon supaya membetulkan keadaan yang

serius ini.

ADUN Yong Peng juga pohon supaya diperbanyakkan rumah mampu milik dan rumah

murah di DUN Yong Peng. Projek Pekan Moden di DUN Yong Peng yang tidak

diusahakan hendaklah diberi laluan kepada orang lain yang minat, khasnya penduduk

DUN Yong Peng. Dan juga, pohon menambahkan kakitangan JKM di Yong Peng

kerana yang sedia ada perlu jaga kawasan DUN Semarang, DUN Parit Yaani, DUN Seri

Medan di samping DUN Yong Peng. Dengan kekurangan kakitangan JKM, jadi mereka

tidak dapat merangkumi kawasan yang luas tersebut.

Dan mukim Chaah Baru, diserang dengan ulat bungkus yang begitu serius. Dan disini,

saya mengambil peluang mengucapkan jutaan kasih pada MPOB yang telah

membantu kami. Akan tetapi, MBOP menghadapi masalah kekurangan Juruterbang

yang terbang rendah untuk menyembur ulat bungkus, kerana yang sedia ada,

Juruterbang yang boleh bawa kapal terbang tinggi boleh, kalau rendah untuk

sembur…

Page 122: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

122

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Tak boleh…

Y.B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : …sangat berkurangan. Jadi, ini telah menjejaskan

kerja penyemburan ulat bungkus tersebut. Jadi, dipohon supaya ditambah bilangan

Juruterbang yang boleh troubleshoot serta merta dengan izinnya. Kalau nak tunggu-

tunggu nanti hasil kelapa sawit akan terjejas dan akan mengurangkan hasil sekurang-

kurangnya 40% diakibatkan serangan ulat bungkus tersebut.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan ini ADUN Yong Peng ucapkan jutaan terima

kasih dan memohon menyokong usul yang dibawa oleh ADUN Machap. Terima kasih.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih. Jemput yang lain. Kempas.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Terlebih dahulu saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker kerana

memberikan ruang kepada saya dan juga kepada kawan-kawan saya, terutamanya

saya ucapkan juga tahniah kepada ADUN Machap tadi, yang telah pun membawa

usul bagi dibahaskan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya tak tahulah adakah bajet

kali ini adalah bajet yang terakhir ataupun saya sendiri pun yang terakhir.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Bajet tak terakhir. Yang Berhormat, antara ada dengan

tak ada.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Bajet terakhir untuk tahun inilah.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Tahun ini… Insya-Allah…

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Kalau Yang Berhormat Datuk Speaker

dah 6 penggal, saya pun dah 3 penggal, kira dah hujung-hujunglah. Jadi oleh kerana

itu, kalau boleh Yang Berhormat Datuk Speaker ni lebih kurang macam saya, berilah

saya kesempatan untuk berucap lebih panjang lagi (Dewan ketawa).

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Kalau Yang Berhormat nak berucap panjang… duduk

dulu. Ahli Yang Berhormat, saya tangguhkan selama 15 minit.

Persidangan ditangguhkan pada jam 3:50 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 4:10 petang.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung

semula. Dijemput Kempas.

Page 123: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

123

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Terima kasih sekali lagi Yang

Berhormat Datuk Speaker dan juga terima kasih kerana mengizinkan saya cakap lebih

dari apa yang ditetapkan nanti.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Cakap jelah dulu Yang Berhormat.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Datuk Speaker, saya

ingin turut serta bagi membahaskan bajet ucapan Bajet 2012 yang telah pun dibawa

oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor kita pada 8 Disember 2011 iaitu

hari Khamis yang lepas. Di mana, bajet kali ini ialah bertemakan “Menjana

Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat”. Di mana kalau kita lihat daripada tajuk bajet

kali ini juga menepati apa yang rakyat kehendaki. Itu sebab kita, demi kerana rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini juga kalau kita lihat, 1Malaysia, apa dia?

Rakyat Didahulukan. Jadi, sudah menepatilah apa yang dinyatakan oleh Yang Amat

Berhormat ini demi rakyat, adalah satu perkara yang merangkumi keseluruhan demi

kesejahteraan.

Untuk itu, sesuatu perkara yang ingin kita buat, bukannya mudah. Kalau kita imbas

kembali, bagaimanakah kita, negara Malaysia, Negeri Johor ini mengalami perubahan

yang begitu besar dalam tempoh yang begitu singkat. Kita merdeka tahun 1957, hari

ini baru 2011. Kita kira-kira belum pun sampai 60 tahun. Dengan begitu singkat, Negara

kita ini sudah membangun dan juga bertaraf seperti negara-negara maju.

Pada ketika dahulu selepas kita merdeka, apa yang ada di dalam Negara kita ini?

Tidak ada apa-apa. Kita tidak mempunyai rakyat yang cerdik pandai. Kita tidak

mempunyai hasil bumi yang cukup untuk kita gunakan sebagai dana pembangunan

negara kita sebab hasil bumi pada ketika itu sudah diambil alih oleh pihak penjajah

untuk balik bagi membangunkan Negara mereka. Yang ada pada ketika itu hanyalah

lebih kurang 3.5 juta rakyat sahaja, yang rata-rata pada ketika itu tidak mempunyai

pendidikan yang tinggi. Hasil mahsul kita hanya bergantung kepada pertanian secara

tradisional sahaja, begitu juga nelayan. Tetapi dengan semangat mahu melihat

Negara kita ini terus membangun dan maju seperti yang ada yang pada hari ini, kita

sama-sama mengikhtiarkan.

Pada ketika itu, kita menghadapi bukan sahaja dalam soal dana sumber kewangan

untuk membangunkan Negara, bahkan kita juga menghadapi ancaman-ancaman

daripada luar yang mana kekuatan pertahanan kita pada ketika itu juga agak

longgar. Tetapi, perpaduan dan kesejahteraan di antara kaum begitu kuat. Jiwa

setiap rakyat yang ada pada ketika itu juga mahu melihat Negara ini maju juga kuat.

Maka, hasilnya hari ini sudah terbukti dengan kepimpinan kerajaan pada ketika itu

Perikatan, hari ini Barisan Nasional, di mana semua pemimpin yang ada pada hari itu

berwawasan dan juga mempunyai kepimpinan yang baik, barulah kita lihat kejayaan

yang kita kecapi pada hari ni boleh dibandingkan setaraf dengan Negara-negara

maju yang lebih jauh merdeka dengan Negara kita. Ini kita kena akui. Untuk itu dari

masa ke semasa, kita memerlukan dana untuk mengisi segala keperluan-keperluan

rakyat dari masa ke semasa. Itu sebab bajet pada hari ini, kalau kita lihat walaupun

mencecah sehingga RM1 bilion pendapatan negeri kita masih lagi tidak mencukupi.

Page 124: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

124

Yang Berhormat Datuk Speaker sudah menjadi Wakil Rakyat 30 tahun dahulu. Saya nak

Tanya, berapa bajet pada awal-awal Yang Berhormat Datuk Speaker menjadi Wakil

Rakyat? Tidak lebih daripada RM300 juta tetapi hari ini sudah mencecah RM1bilion.

Masih lagi tidak cukup. Dulu, kita untuk mencari dana yang sebegitu banyak pun agak

susah. Pada ketika itu tidak ada rakyat yang mengatakan Negara kita akan bankrap.

Hari ini, kita boleh merencana dan boleh juga mempelbagaikan sumber-sumber lain

yang boleh kita tokok dan tambah dari segi pendapatan melalui pengurusan yang

cekap, berhemah dan juga dengan idea-idea yang lain, yang boleh kita dapat hasil

daripada idea-idea yang bernas. Itu sebab kita sebagai rakyat, mestilah dalam soal

ini, tidak hanya semata-mata kita melemparkan komen-komen yang negatif tetapi

juga kita mestilah memberikan pandangan dan idea yang positif untuk membina

Negara kita ini, negeri kita ini supaya sejahtera dan membangun sampai bila-bila.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau kita lihat bajet kita pada tahun ini adalah bajet

lebihan, daripada RM825.99 juta kita boleh katakan RM830 juta lah berlebihan RM1.21

juta. Kita lihat juga dari segi perbandingannya dalam peruntukan pembangunan

yang mencecah lebih kurang RM320 juta dan emolumen ataupun perbelanjaan

mengurus juga banyak. Kita boleh kecilkan saiz pembangunan, kita boleh kurangkan

sehingga RM200 juta ataupun RM250 juta dan kita ada mempunyai lebihan RM100

atau RM70 juta. Tetapi, kerajaan yang ada pada hari ini, kerajaan Barisan Nasional

rasa komited kerana kita terpaksa mengisi segala keperluan-keperluan rakyat yang

mendadak yang kita terpaksa bersaing dengan mengikut aliran semasa yang kita

tidak boleh ketepikan seperti dalam soal pendidikan, dalam soal memberikan

peruntukan infrastruktur. Dalam soal kita memberikan pendidikan ini ada pecahannya

pula. Bukan sahaja dalam soal pendidikan biasa, tetapi juga dalam pendidikan

agama, contohnya mendirikan sekolah-sekolah agama, membina, membaik pulih dan

sebagainya. Pertumbuhan rakyat pada ketika ini semakin lama semakin mendadak.

Saya lihat sahaja dalam kawasan saya di Dewan Undangan Negeri Kempas, apa ada

15-20 tahun dahulu di Kempas itu. Yang ada adalah kebun sayur, Hospital Permai

sahaja, tetapi hari ini penduduknya sudah 250 ribu orang. Pengundinya sudah

mencecah 60,000. Dengan penambahan yang begitu drastik, maka sudah tentulah

keperluan-keperluan asas perlu kerajaan dahulukan. Maka sudah barang tentulah

kalau kita tidak mengatasi segala keperluan semasa yang diperlukan oleh rakyat ini

juga, bukan sahaja rakyat akan marah, pembangkang juga akan menjadikan satu isu

mengatakan kita kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Jadi kita penuhi, kita pula

dikatakan Negeri sudah bankrap. Ini saya rasa bukan saya nak mengkritik ataupun

mencerca apa yang dikatakan. Jangan jadikan perkara ini isu politik. Kita banyak lagi

perkara lain yang boleh kita tunjukkan. Saya mengambil contoh tentang Bajet Negeri

Johor dibandingkan Bajet Negeri Selangor, ada pertambahan tadi konon-kononnya

daripada RM400 juta melonjak kepada RM980 juta tahun 2010 umpamanya. Kenapa

tak dibandingkan dengan Negeri Kelantan, kenapa tak dibandingkan dengan Negeri

Pulau Pinang, kenapa tak dibandingkan dengan Negeri Kedah? Itu juga tiga negeri

yang ditakluki oleh pembangkang. Jadi jangan jadikan sebagai satu isu political

mileage, dgn izin.

Kalau nak bandingkan juga dari segi negeri dua, kita mesti tengok dari segi kedudukan

Selangor itu banyak limpahannya yang datang daripada Wilayah Persekutuan. Kita

jauh. Dia bergantung kepada hasil pungutan cukai tanah di mana tanah di Negeri

Page 125: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

125

Selangor ini nilai harganya adalah jauh berbeza lebih tinggi dari Negeri Johor. Begitu

juga cukai-cukai yang lain. Dari segi pembangunan, mereka juga membelanjakan

wang yang banyak kerana keperluan rakyat perlu diatasi. Ini amat perlu kalau kita

hendak membandingkan mestilah dengan keikhlasan dan kejujuran. Jangan hanya

semata-mata menuding jari mengatakan apa yang kita lakukan ini tidak benar, apa

yang kita lakukan ini banyak ketirisan dan sebagainya. Ini perlu kalau kita

menganggap diri kita ini sebagai rakyat dan warga Negara Malaysia yang kita sendiri

cintai negeri Johor ini, kita kena akui dalam soal ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk itu saya rasa dalam soal-soal lain sebagai rakyat

jugalah, saya selaku Wakil Rakyat juga mempunyai tanggungjawab untuk memberikan

pandangan, memberikan kritikan yang membina dan sebagainya demi kesejahteraan

dan kebaikan bersama. Itu sebab kadang-kadang saya nyatakan sesuatu bukan

kerana kepentingan-kepentingan kumpulan ataupun diri tetapi adalah kepentingan

rakyat. Di mana, apa yang saya nyatakan pada setiap kali di mana-mana forum pun

sedikit sebanyak kadang-kadang bercakap macam juga pembangkang tetapi

nawaitu saya adalah semata-mata untuk melihat Negeri Johor ini sihat walafiat.

Negeri Johor ini akan terus membangun dari masa ke semasa.

Kita mahu melihat rakyat kita sentiasa berada dalam keadaan yang ceria. Kita mahu

akhirnya rakyat Negeri Johor ini akan sentiasa menyokong kerajaan yang sudah

terbukti dan berjaya membangunkan Negara ini sehinggalah adanya matahari dan

bulan iaitu kerajaan Barisan Nasional. Bukan setakat 50 tahun, 60 tahun, bukan setakat

satu pilihan raya kepada satu pilihan raya kita mesti menang, kerana kerajaan Barisan

Nasional sudah membuktikan daripada tempoh pilihan raya diadakan di Negara kita

ini sehinggalah hari ini banyak perkara-perkara yang baik telah pun kita buktikan.

Kalau nak menyentuh tentang membina Negara kebajikan, kita sudah banyak, kita

sudah mendahului tahun 60-an juga melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita

memberi bantuan setiap bulan kepada bukan sahaja anak-anak yang belajar di

sekolah, bahkan juga mereka-mereka juga yang tidak berkemampuan sedangkan

pada tahun 60-an sumber pendapatan negeri kita juga kekurangan tetapi kita ada

hati dan kita ada perut. Melihat supaya jangan ada sekali-sekali rakyat kita yang tidak

makan. Hari ini banyak bentuk-bentuk bantuan yang kita berikan. Kita boleh tak nak

bagi rakyat kerana kita mahu melihat tabungan dana di dalam negeri kita banyak

tetapi apa akan jadi dengan rakyat? Hari ini, setiap anak-anak yang akan pergi ke

sekolah kita bagi RM100.00, berapa banyak kita belanja? Sekarang ini dalam

pendekatan kita untuk membayar setiap mereka yang berpendapatan RM3,000.00 ke

bawah dengan bantuan sebanyak RM500.00 setiap orang kita membelanjakan RM1.3

bilion Yang Berhormat Datuk Speaker.

Ini kebajikan. Selain daripada bantuan sekolah, peralatan sekolah, bantuan makan di

sekolah, kita menghapuskan segala bayaran bentuk yuran, peperiksaan dan

sebagainya. Ini semua telah pun kita buat. Kita lihat pada suatu ketika dahulu kita

hendak membina Lebuhraya Utara Selatan, ada orang yang menghalang,

mengatakan itu satu pembaziran. Kita nak membina Jambatan Pulau Pinang,

mengatakan itu akan menjadi gajah putih dan juga satu pembaziran. Tetapi hari ini

kalau kita tidak awal-awal membina apa akan jadi kepada Negeri Johor? Kalau kita

hendak pergi dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur mengambil masa 12 jam, kalau kita

Page 126: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

126

hendak membangunkan negeri kita, kawasan kita dengan mengangkut segala

peralatan berapa hari hendak sampai? Macam mana kita hendak membangunkan

Negara kita? Itu sebab wawasan jangka panjang yang dibuat oleh kerajaan Barisan

Nasional awal-awal adalah satu wawasan yang bijak dan tepat sekali Yang Berhormat

Datuk Speaker.

Ini kita kena akui, sebagai rakyat kita boleh komen tetapi komen itu biarlah komen

yang membina. Jangan semata-mata kerana komen-komen yang dilemparkan itu

akan menawarkan, dalam erti kata menggugat akan kestabilan pelancong, pelabur

asing untuk datang ke dalam Negara kita ini, negeri kita ini bagi menanam modal.

Begitu juga dalam soal umpamanya keselamatan. Kalau boleh, seburuk mana pun

umpamanya dalam keluarga kita jangan kata kalau jahat sekali pun kita tidak akan

cakap. Itu sebab kalau orang tanya macam mana, alhamdulillah. Sepatutnya kalau

pembangkang ni cakap macam mana Negara kita ekonomi kita ni bagus? Bagus. Kita

sama-sama akan merancakkan lagi ekonomi. Bukan kata nama Negara kita ini

hendak bankrap, bukan kita hendak pergi ke Indonesia sana, negara ini jadi maling

dan sebagainya. Ini membuktikan ketaatsetiaan orang-orang yang jenis macam ini

tidak ada. Dan apakah harus kita berikan hukuman kepada mereka? Kita hantar dia

ke satu pulau di mana tidak ada orang, biar dia bercakap sorang-sorang dekat sana.

Ini saja. Jadi saya rasa, sebagaimana yang saya katakan tadi, bukannya mudah untuk

membina satu Negara yang daripada peringkat permulaan tidak ada apa-apa.

Pendidikan tidak ada, tidak mempunyai pendidikan, rakyat kita, dana kita tidak cukup,

hasil mahsul kita sudah disamun habis oleh penjajah pada ketika itu 400, 500 tahun dan

sebagainya tetapi kreativiti, pemimpin parti yang memerintah ini mempunyai satu

wawasan dan juga kreativiti yang tinggi. Maka, hari ini segala kesempurnaan, segala

kemodenan, segala kemakmuran di kecapi kita bersama.

Kita lihat pada satu ketika dahulu, untuk kita membina satu jambatan sahaja, kita

memerlukan seorang jurutera yang kita import daripada negara luar. Tetapi hari ini,

bukan sekadar untuk membina satu jambatan, untuk membina lebuh raya, membina

perkara-perkara yang lebih besar daripada itu, kita tidak memerlukan dan juga

tenaga mahir dari luar. Bahkan satu hari nanti insya-Allah kita juga akan menjadi

pengeksport modal insan yang terbaik untuk membangunkan negara-negara di luar

sana. Ini akan terjadi. Itu bukan sekadar kita Kerajaan yang ada pada hari ini semata-

mata berhempas pulas memikirkan idea-idea, cara macam mana untuk

membangunkan Negara tetapi juga akan membangunkan dunia pada hari, satu

ketika nanti. Insya-Allah perkara ini akan berlaku.

Itu sebab kita ada modal insan, itu sebab kita ada transformasi dan sebagainya. Jadi

dalam soal-soal ini, pihak-pihak tertentu kadang-kadang lupa semata-mata hendak

mengaburi rakyat, semata-mata kerana hendak mendapatkan kuasa, semata-mata

kerana nak menang pilihan raya. Belum tentu kalau mereka-mereka yang cakap

seperti ini menjadi Kerajaan dan memerintah mengurus tadbir Negara ini akan lebih

baik daripada Kerajaan Barisan Nasional. Saya tidak yakin. Saya tidak yakin kerana kita

telah dapat membuktikan ada beberapa negeri yang di tadbir urus oleh parti-parti

yang seperti ini yang hari ini bukan sahaja dapat menjalankan pentadbirannya

dengan baik, dalam pengurusan parti sendiri pun bergaduh. Dua tiga hari lepas kita

tengok televisyen macam mana? Depan-depan kutuk sama mengutuk.

Page 127: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

127

Kita tidak berlaku walaupun kita bergaduh sehingga nak mendapatkan tindakan

keluar parti dan sebagainya. Terang- terang. Kalau ini rakyat di luar sana yang menjadi

pengundi, tidak dapat nak menilaikan, saya tak tahulah apa akan jadi Negara kita

Malaysia ni, Negeri Johor kita ini. Ini berlaku bukan sebagai satu retorik ataupun cerita-

cerita dongeng, berlaku depan mata kita Yang Berhormat Datuk Speaker. Saya

berharaplah pengundi, rakyat, yang hari ini rata-rata mempunyai akal fikiran yang

baik, yang bijak, yang mempunyai kelulusan yang tinggi dapat menilaikan, di mana itu

berlian di mana itu batu? Kalau kita tersalah pilih, maka kita tertelan batu lah. Jadi

dalam soal ini, saya juga ingin menyatakan sesuatu, untuk kita tidak, untuk kita tidak

mengecewakan rakyat, kita mestilah membuat sesuatu perkara yang terbaik daripada

apa yang kita lihat pada hari ini baik. Kita upgrade kan pendekatan kita supaya rakyat

akan lebih taat dan setia menyokong Kerajaan pada hari ini.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Masa cukup Yang Berhormat

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Bagi saya tempoh sikit lagi.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok teruskan.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Umpamanya dalam soal-soal projek

Kerajaan Negeri. Di mana kebanyakan projek Kerajaan Negeri kini kita swastakanlah.

Daripada penswastaan ini, kita boleh dapat pungut wang bukan ratusan ringgit tapi

berkemungkinan ribuan ringgit. Hari ini mungkin pemantau tidak begitu efisienlah.

Disebabkan ada perkara-perkara yang saya sendiri akui, tidak mendapat imbuhan

yang begitu setimpal dengan pulangan dan dengan cara yang betul-betul teratur.

Saya cadangkan Kerajaan Negeri supaya menubuhkan satu Jawatankuasa

pemantauan projek-projek penswastaan. Kita ambil Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

Negeri seorang, jaga projek ini satu orang. Dia pantau. Bagi setiap laporan itu kepada

Kerajaan. Apa akan jadi? Pertamanya kita tidak mahu, saya mengambil contoh Projek

Penswastaan Desa Kempas, adalah SSI Incorporated, hari ni 10 tahun dah gagal. Jadi

kalau ada pemantauan, saya rasa ini tidak akan timbul. Begitu juga projek-projek besar

yang lain. Bukan sahaja daripada segi kegagalan projek itu berterusan tetapi juga dari

segi keuntungan, balik kepada Kerajaan, mesti. Dulu ada satu ketika tetapi sudah

dihapuskan. Jadi saya harap perkara ini perlu dilihat balik oleh Kerajaan.

Keduanya, saya nak betulkan sedikitlah tentang fakta yang dinyatakan oleh Wakil

Rakyat daripada Maharani tadi tentang hutang Johor Corp sebanyak RM6.6 bilion,

sebenarnya salah. Saya akui Johor Corp mempunyai hutang melalui bon sebanyak

RM2.7 juta. Ada duit nak bayar sekarang ni, ada duit. Saya rasa Wakil Rakyat daripada

Skudai pun tahu. Dia diam je fakta yang sebenarnya tu RM2.7 juta dan kita akan

berusaha. Dan saya dapati juga akan dapat diselesaikan dalam tempoh

sebagaimana yang dijanjikan oleh pegawai tinggi di dalam Johor Corp tu dalam

tempoh semasa kematangan bond itu nanti. Insya-Allah, sebab aset yang ada pada

Johor Corp sekarang ini melebihi paras sehingga RM10 bilion ringgit. Itu yang kita nyata

dan kita juga tidak menjual saham kita yang mana kita apungkan di Bursa Saham

London, England.

Page 128: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

128

Kalau kita jual sana, insya-Allah bila-bila kita dapat hapuskan hutang. Ini bermakna

Kerajaan dan Johor Corp tidak bankrap. Cuma kita minta betulkan. Saya sebagai Ahli

Jawatankuasa PAC selalu menegur, kalau kita berada dalam keadaan kritikal, kita

perlu menjaga dan juga berbelanja secara berhemah. Janganlah seorang pengurus

cawangan, bawa kereta Mercedes, sedangkan Perdana Menteri bawa Proton

Perdana, pakai Proton Waja, cut cost dengan izin. Janganlah belanja begitu mewah.

Satu CEO pakai 350 ACL, pakailah Proton Perdana, tak apa cut cost. Ini caranya.

Tak ada syarikat dalam dunia ini yang tidak berhutang dengan bank. Kalau kita tidak

berhutang bukan berniaga. Mana-mana syarikat besar pun. Kita tengok saja syarikat-

syarikat yang besar di luar negara, di Amerika, sehingga kerajaan Amerika sendiri kena

back off benda ini, sebab dia berhutang dengan bank. Itu sebab pendekatan, fakta-

fakta yang ingin kita cakapkan kepada rakyat biarlah sempurna dan betul. Kalau kita

cakap tak betul, rakyat terima, rakyat tak cakap kita tak betul, dia cakap kerajaan

yang tak betul. Tetapi kalau kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah

menyampaikan fakta yang betul. Rakyat di luar bandar khususnya tidak mendapatkan

fakta-fakta yang jelas. Janganlah kita dianggap sebagai Wakil Rakyat atau orang

yang bercakap tu pembohong. Kena buat research, kena buat homework lah dalam

soal ini, perlu saya betulkan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan

Negeri Johor ni banyak aset. Bukan soal aset air, aset itu dan aset ini. Dalam bidang

penswastaan, di mana banyak rumah-rumah yang diterima daripada penswastaan

dalam bentuk in kind. Di kawasan saya ada kondominium Persiaran Tanjung. Ada 114

unit rumah yang harganya yang kalau kita nilaikan tidak kurang daripada

RM300,000.00. Buat apa kita simpan? Kita boleh dapat RM30 juta lebih di situ, kita

cairkan. Hari pun 70% daripada kondominium yang dijadikan kuarters untuk kakitangan

kerajaan sudah kosong. Wang untuk dengan izin, maintenance pada setiap bulan

tertunggak hingga 1.7 juta, jadi tak guna.

Projek perumahan di Kluang ada 100 unit sehingga tidak dijaga kerana rata-rata pada

hari ini pegawai kerajaan sama ada yang tinggi ataupun rendah sudah mampu

membeli rumah sendiri. Dan elaun perumahan yang mereka terima ini adalah lebih

baik kalau mereka tidak duduk di dalam rumah kerajaan dan gunakan untuk mereka

membeli rumah. Jadi saya rasa sudah sampai masanyalah, supaya Kerajaan membuat

satu pendekatan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menjual kepada mereka-

mereka yang kita fikirkan layak. Kita bagi dulu priority kepada kakitangan kerajaan

kerana kuarters ini kuarters kerajaan. Siapa yang nak beli, beli dengan harga ini sekian,

ikut market value. Lepas itu kita buka kepada umum. saya rasa kalau pendekatan ini

dibuat, tahun depan kita ada lebihan RM500 juta la. Kita tak akan bankrap punya la

kalau setakat 100, 200 juta tutup mata sebelah kita boleh selesaikan. No problem,

dengan izin.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Cukup Yang Berhormat, cukup.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Satu lagi Yang Berhormat Datuk

Speaker...

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang terakhir...

Page 129: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

129

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Saya ingin menegur jugalah, terima

kasih dan saya ucapkan tahniah kepada IRDA yang semalam menyambut hari ulang

tahun yang ke 5. Banyak perkara-perkara yang kita rasa pada satu ketika dulu yang

tak dapat nak bayangkan adakah akan terjadi khususnya di dalam kawasan Wilayah

Pembangunan Iskandar ini dengan pembangunan-pembangunan masa depan yang

canggih dan sebagainya. Ok, kita terima tetapi IRDA juga perlu, perlu ditegur kerana

hari ini rata-rata projek yang dilaksanakan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan

sama ada projek rancangan lima tahun dan sebagainya adalah diurus tadbirkan oleh

IRDA. Ada projek-projek, saya mengambil contoh, projek membaik sungai di kawasan

saya. Ia tidak seperti Jabatan Kerja Raya ataupun Jabatan Pengairan dan Saliran.

Mereka mempunyai engineer ataupun jurutera tersendiri untuk memantau projek itu

sehingga jadi. Mereka serahkan semata-mata kepada consultant. Dan pada hari

pertama membina sehingga lah siap, consultant kalau ada perkara-perkara seperti

kebanjiran atau sebagainya kesulitan, tidak ada tempat untuk kita mengadu. Kalau

kita nyatakan sesuatu perkara yang menyebabkan rakyat di kawasan di mana projek

itu berlaku, mengalami satu gangguan dan sebagainya, IRDA, dia kata tidak ada

orang yang boleh memantau. Tolonglah buat sesuatu pendekatan untuk mengatasi

perkara ini.

Satu lagi, selepas projek siap, dia ada tempoh satu tahun. Di mana tempoh satu tahun

ini, tempoh kecacatan. Kalau umpamanya, sungai itu kalau dah siap IRDA buat, lepas

tu serahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Tetapi dalam tempoh setahun ni kalau

banjir, kalau apa segala sampah sarap timbun kat situ, tidak ada siapa-siapa yang

datang untuk, apa dikatakan, maintenance dengan izin. Jadi tak ada kesan hingga

menjadikan satu cemuhan masyarakat. Saya mintalah supaya IRDA membetulkan

pendekatan seperti ini. Perkara yang dibuat itu baik, demi untuk kesejahteraan dan

pembangunan setempat. Tetapi dalam soal ini kalau berlaku apa yang kita buat baik

itu akan tenggelam. Sebaliknya, keburukan akan timbul.

Satu lagi pembangunan begitu banyak. Gunakanlah sedikit perkhidmatan kontraktor

tempatan, agihkanlah. Rata-rata kontrak-kontrak yang besar semua datang tak

tahulah datang daripada mana, tapi bukan dari Negeri Johor. Banyak mereka-mereka

yang berkelayakan dan mampu merungut dalam soal ini. Agihan, perkara-perkara ini

perlu dilihat. Sudah 5 tahun. Kalau dulu tahun pertama berkemungkinan belum sampai

belum ada masa untuk membetulkan, lima tahun dah masuk 6 tahun.

Apa yang kita cakapkan, apa yang kita rungutkan, apa yang kita cakapkan, apa

yang kita tegur, perlulah di ambil tindakan supaya untuk mendapat kebaikan

bersama demi kesejahteraan Negara dan rakyat. kita buat betul ada agensi yang tak

betul. Wakil Rakyat kerja kuat, pergi masuk kampung siang malam. Segala-galanya

kita buat kalau ini perkara berlaku sia-sia Yang Berhormat Datuk Speaker kerja kuat 24

jam, Yang Berhormat Bukit Naning kerja 48 jam, Yang Berhormat Panti kerja kerana

perkara-perkara yang remeh seperti ini timbul. Ini perlu kita lihatkan apatah lagi saya di

kawasan Bandaraya memang dalam soal seperti ini memang wujud dari masa ke

semasa. Itu sebab banyak pendekatan-pendekatan yang perlu kita buat dari masa ke

semasa demi kesejahteraan.

Page 130: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

130

Jadi kalau pemimpin di atas cakap ada transformasi, kita boleh, kita nakkan tengok KPI

dan sebagainya kita sahut. Itu sebab kadang-kadang ada sedikitlah saya tak nafikan

juga tentang apa yang pembangkang cakap. Tetapi kalau nak cakap tu nak kritik ke

juga mesti kasikan idea, untuk mengecilkan saiz dari segi Perkhidmatan Awam. Betul

kita boleh kecilkan saiz tapi kita kena tengok Negara kita, negeri kita semakin lama

semakin membesar. Memerlukan tenaga kerja, tenaga kerja yang ada ini sudah ada

pengalaman. Kita perlu pertingkatkan dalam soal efficiency itu sahaja. Kecekapan

seseorang itu. Kalau mereka kita lihat sudah tidak efisien untuk menjalankan sesuatu di

satu jabatan, kita alih tempat lain. Kita taruk dia sama ada kat peti sejuk ke, kat peti

mana ke supaya mereka ini insaf. Apakah kesalahan mereka? Bukan kita nak buang

dia kerja, tidak.

Kalau kita tengok seseorang itu mempunyai kredibiliti yang baik, boleh menjalankan

tugas yang efisien dan baik, kita berikan dia sedikit imbuhan, insentif tertentu. Sama

ada kita menaikkan mereka pangkat atau memberikan sesuatu perkara yang supaya

mereka ini lebih baik lagi dalam soal pekerjaan. Ini bukan kita nak buang kerja kerana

Negara kita akan membangun. Macam mana pun, satu hari kita akan mengeluarkan

iklan jawatan kosong dan sebagainya. Jadi, janganlah gunakan perkara ini sebagai

satu sentimen kerana berkemungkinan apa yang tersirat tersurat dalam hati kita tak

tahu. Sebab, rata-rata kakitangan kerajaan ini menyokong kerajaan Barisan Nasional,

jadi mereka tak suka. Dia kata kalau mereka kritik pun, dia kata memang dah tentu

aku tak dapat undi daripada kakitangan kerajaan, sebab, kakitangan kerajaan ini

100% orang kerajaan yang ada pada hari ini. Jadi, mereka mahukan sokongan

daripada luar. Inilah yang terjadi konon-kononnya.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, cukup masa Yang Berhormat.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker,

pendek kata, memanglah saya agak berterima kasihlah kepada Yang Berhormat

Datuk Speaker, dan saya ucapkan tahniahlah kalau Datuk Speaker dapat sambung

lagi sampai 7 penggal. (Dewan ketawa.)

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Termasuklah Yang Berhormat.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Saya..

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Menyokong.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Saya belum tentu lagilah.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Tahu tak apa. Menyokong ajelah.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Kadang-kadang kena tanya isteri

juga, sebab maklum sajalahkan, masa pun tak ada.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Orang ada dua, dua ke tiga?

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Ya?

Page 131: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

131

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ada dua ke tiga?

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Ada masih lagi ada kuotalah.

(Dewan ketawa). Kalau insya-Allah Y.B. Datuk Speaker, kalau ada siapa-siapa nak

kenalkan saya boleh terima lagi. (Dewan ketawa). Ataupun saya kenalkan untuk

Datuk Speaker, amacam?

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Jadi kita sama level. Nama pun

sama.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, menyokong Yang Berhormat.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Saya rasa itu sahaja. Kalau ada

perkataan yang terkasar, menyinggung perasaan dan sebagainya saya mohon

ampun dan maaf. Jadi, dengan kata-kata itu serta diiringi dengan lafaz

Bismillahirrahmaanirrahim, saya menyokong akan usul yang dibawa oleh ADUN

daripada Machap. Terima kasih.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. Jemput yang lain. Benut.

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh.

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Yang Berhormat Datuk Speaker, terlebih

dahulu saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan

serta tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di atas ucapan

pembentangan Bajet Negeri Johor bagi tahun 2012. Bajet lebihan sebanyak RM1.21

juta tentunya dapat membawa banyak faedah dan manfaatnya kepada rakyat

jelata.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Bajet 2012 juga kalau kita amati mengambil kira

suasana ekonomi dunia dan juga suasana ekonomi dunia yang rencam dan

ketidaktentuan dan juga ekonomi semasa dalam negara kita yang dilihat pucuk

pimpinan kita agak lebih optimistik, lebih berkeyakinan bahawa kita mampu mencapai

perancangan yang kita harapkan dan ini lebih-lebih lagi dapat kita lihat apabila Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lawatannya ke Negeri Johor semalam,

tahniah kita ucapkan kepada kepimpinan Negeri Johor yang mana Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri sendiri telah mengakui akan keupayaan dan kemampuan

Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menyumbang

kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kita, Yang Berhormat Datuk Speaker mengambil maklum bahawa pelaburan-

pelaburan negara-negara seperti Singapura berlaku di Iskandar Malaysia. Dan tidak

kurang juga peluang-peluang projek-projek yang besar kita sediakan negara, negara

jiran termasuklah Indonesia. Saya bersetuju dengan rakan saya daripada Yang

Page 132: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

132

Berhormat Kempas, bahawa walaupun kita memberi peluang kepada negara seperti

Indonesia, tetapi sebaliknya negara berkenaan layanan terhadap Malaysia agak

boleh saya katakan dingin.

Kalau Yang Berhormat Datuk Speaker ingat masa sidang Dewan yang lepas, saya

telah membangkitkan tentang tujuh orang nelayan dari kawasan saya Yang

Berhormat Datuk Speaker, yang ditangkap kerana dituduh menjalankan aktiviti

perikanan di perairan negara jiran, menyalahi undang-undang negara tersebut.

Mereka telah ditangkap dan dipenjarakan untuk perbicaraan di Mahkamah Rendah di

Bengkalis. Pelbagai usaha yang dibuat oleh kita diperingkat negeri malah diperingkat

Kerajaan Persekutuan tetapi malangnya ketujuh-tujuh nelayan tersebut telah

dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda sebanyak RM300,000.00 dan

seandainya tidak dibayar denda ditambah enam bulan penjara. Sebagai jiran yang

baik, kita persoalkan, kerana banyak pendekatan-pendekatan yang kita ambil

sebagai nak jadi jiran yang baik. Kita juga mendapati adanya tindakan-tindakan

nelayan-nelayan negara jiran khususnya Indonesia yang turut melakukan kesalahan di

perairan kita. Tetapi, kita lebih cenderung untuk mengambil pendekatan yang bersifat

diplomatik.

Yang Berhormat Datuk Speaker, apabila mereka dijatuhkan hukuman dua tahun

penjara dan RM300,000.00 denda, kita mengambil langkah seterusnya dengan

membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dengan satu kepercayaan bahawa kalau

kita pindahkan kes daripada Mahkamah Bengkalis ke Mahkamah di Jakarta mungkin

perundangannya lebih cepat, sistemnya lebih teratur. Maka, rayuan dibuat Yang

Berhormat Datuk Speaker. Tidak beberapa bulan dahulu, keputusan Mahkamah

Rayuan dikeluarkan.

Yang Berhormat Datuk Speaker tahu apakah keputusannya? Dari dua tahun penjara,

keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini menghukum empat tahun penjara. Masuk

akal ke Yang Berhormat Datuk Speaker? Mahkamah dari dua tahun jadi empat tahun

penjara termasuklah RM300,000.00, kalau tak boleh bayar enam bulan penjara

tambahan. Sebab itu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kempas tadi mungkin ini

ada pihak-pihak yang tertentu yang menghasut negara jiran kita, yang cuba

menggambarkan seolah-olah negara kita ini diperintah oleh satu pendekatan kuku

besi, kepimpinan yang tidak adil. Maka, negara seperti Indonesia cuba menunjukkan

keadilan kepada kita. Jadi, ini yang kita bimbangkan Yang Berhormat Datuk Speaker.

Ada pihak-pihak yang cuba menggambarkan, memberi satu gambaran yang tidak

tepat berkenaan dengan negara kita, kepimpinan negara kita.

Jadi, mudah-mudahan Dewan yang mulia ini, yang saya bangkitkan perkara ini bukan

ada tujuan lain tetapi semata-mata untuk melihat bahawa kerajaan kita perlulah

mengambil kira faktor-faktor ini supaya segala bentuk kerjasama dengan negara-

negara jiran itu benar-benar dapat juga memberi keadilan kepada rakyat dan negara

kita.

Yang Berhormat Datuk Speaker, menyentuh tentang soal peluang dan keadilan, saya

merujuk kepada Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini, di mana kita merasa

amat berbesar hati dan merasa bertuah. Dengan adanya pelaburan daripada

syarikat-syarikat gergasi seperti Petronas yang kita rangka akan melaksanakan

Page 133: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

133

pembangunan hab petroleum dan gas di Pengerang. Untuk makluman Yang

Berhormat Datuk Speaker, tentunya Kerajaan Negeri melalui Unit Minyak Dan Gas

Negeri Johor, satu unit yang ditubuhkan yang bertujuan untuk memastikan bahawa

rakyat Negeri Johor berpeluang mendapat faedah secara langsung dengan

kewujudan Projek Hab Minyak Dan Gas di Pengerang. Maka sebuah unit khas

ditubuhkan. Saya ingin berkongsi maklumat dengan Dewan yang mulia ini, sebagai

contoh, beberapa pelaburan besar yang dilakukan oleh syarikat gergasi Petronas di

Negeri Sabah sebagai contoh.

Dalam satu projek sebagai contoh Sabah Ammonia Urea Project. Di mana Kerajaan

Negeri Sabah telah bertegas di dalam pelaburan sebanyak USD1.2 bilion lebih kurang

RM3.5 bilion. Kerajaan Negeri Sabah telah berusaha sama ada melalui agensi

ataupun anak-anak syarikat Kerajaan Negeri berusaha supaya kepentingan rakyat

dan Negeri Sabah itu terjaga. Walau bagaimanapun, dalam usaha tersebut, akhirnya

setelah pelbagai peringkat perbincangan diadakan, akhirnya, usahawan-usahawan

sama ada kontraktor, sama ada pembekal bahan, sama ada pemilik teknologi dan

sebagainya rakyat Negeri Sabah akhirnya, yang layak diberikan kepada rakyat Negeri

Sabah hanyalah sekadar projek yang bernilai RM3.5 bilion itu tadi hanyalah sekadar

menyediakan peluang-peluang untuk kerja-kerja temporary facilities, dengan izin.

Menyediakan kerja-kerja dalam bentuk site preparation, dengan izin. Menyediakan

peluang-peluang pekerjaan dalam bidang landscaping, dengan izin. Menyediakan

peluang-peluang perkhidmatan keselamatan, security guard agaknya, yang agak

mungkin dapat kita lihat pembinaan jalan-jalan dan juga permukaan jalan-jalan

utama dan akhir sekali ialah membekalkan tenaga kerja. Sekadar itu sahaja Yang

Berhormat Datuk Speaker.

Jadi, malang bagi Negeri Johor yang dengan jelas ternyata dalam Bajet 2012 kita,

yang meletakkan kepentingan kepada melahirkan tenaga kerja terlatih sebagai salah

satu daripada pendekatan yang terdapat dalam Bajet kita pada tahun ini seandainya

pembangunan hab minyak dan gas Pengerang ini menjadi kenyataan insya-Allah,

Johor menempah nasib yang sama seperti di Negeri Sabah. Jadi, kita harap jabatan-

jabatan dan pihak kita lebih bersedia apabila mengadakan perbincangan dan

perundingan dengan pihak Petronas atau pun mana-mana juga syarikat gergasi yang

ingin melabur dengan Negeri Johor supaya peluang-peluang yang disediakan itu juga

adalah peluang yang setimpal.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Banyak lagi Yang Berhormat?

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Yang Berhormat Datuk Speaker..

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Apa hendak? Jemput duduk Yang Berhormat. Ahli-Ahli

Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan sehingga esok 13 Disember 2011

jam 9:30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 4:45 petang.

Page 134: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

134

PENYATA RASMI

MESYUARAT KETIGA (BAJET) BAGI PENGGAL

PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12

HARI KETIGA SELASA, 13 DISEMBER 2011 BIL. 16 TAHUN 12

HADIR

Y.B. Dato’ Speaker,

Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,

DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,

Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.

Dato’ Haji Ahmad Zahri bin Jamil, DPMJ., PJN., PIS.

(Sri Medan)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan

Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.

Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai

(Sungai Balang)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.

Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.

(Endau)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa

dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.

(Bekok)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.

Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN.

(Parit Raja)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.

Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN.

(Johor Lama)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan

dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.

Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.

(Tiram)

Page 135: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

135

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,

Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.

Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN.

(Gambir)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.

Encik Hoo Seong Chang, PIS.

(Paloh)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.

Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday

(Mahkota)

Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.

(Buloh Kasap)

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.

(Panti)

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.

(Tanjong Surat)

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.

(Bukit Serampang)

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., AMN., PIS.

(Kempas)

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP.

(Machap)

Y.B. Datuk Ng See Tiong, PJN., JP., KMN., AMN., PIS., PK.

(Parit Yaani)

Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.

(Yong Peng)

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.

(Puteri Wangsa)

Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.

(Semerah)

Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.

(Layang-Layang)

Page 136: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

136

Y.B. Encik Lau Chin Hoon,

(Pemanis)

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., PPN., AMN.

(Kemelah)

Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.

(Bukit Naning)

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee, DPSM.

(Jementah)

Y.B. Encik Cheong Chin Liang,

(Bukit Batu)

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.

(Pulai Sebatang)

Y.B. Datuk Koh Chee Chai, PJN., PIS.

(Penggaram)

Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.

(Johor Jaya)

Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.

(Pasir Raja)

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.

(Benut)

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu, PJN., PIS., BSI., KMN., AMN., PPN.

(Permas)

Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,

(Penawar)

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,

(Kahang)

Y.B. Encik Tang Nai Soon,

(Pekan Nenas)

Page 137: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

137

Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PMW.

(Jorak)

Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,

(Bukit Permai)

Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.

(Tangkak)

Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,

(Sedili)

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, PPN.

(Senggarang)

Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.

(Tenggaroh)

Y.B. Encik Chia Song Cheng,

(Pengkalan Rinting)

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru, KMN., AMN., PIS.

(Tanjung Puteri)

Y.B. Encik Mok Chek Hou,

(Stulang)

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim

(Tenang)

Y.B. Encik Ong Kow Meng,

(Senai)

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,

(Sungai Abong)

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,

(Bentayan)

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau,

(Skudai)

Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim

(Maharani)

Page 138: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

138

Y.B. Encik Ng Lam Hua,

(Mengkibol)

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN

NEGERI JOHOR)

Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,

Dato’ Haji Obet bin Tawil, DPMJ., PIS.

Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,

Tuan Haji Marsan bin Kassim

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,

Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.

(Serom)

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.

(Nusajaya)

Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,

Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM.

Page 139: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

139

Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi.

Y.B. Dato’ Speaker mengetahui Persidangan.

DOA.

(Jurutulis baca doa)

Y.B. Dato’ Speaker : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala

wabarakatuh dan diucapkan selamat pagi, salam sejahtera Ahli Yang Berhormat

sekalian. Persidangan diteruskan.

Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, jemput.

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) bagi pihak Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji

Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan nombor 1.

Kebanyakan taman-taman perumahan yang berusia lebih 25 tahun kerap

menghadapi masalah paip pecah. Apakah ada perancangan dan tindakan

kerajaan untuk mengatasi masalah ini bagi memastikan rakyat mendapat bekalan air

bersih ke rumah?

Y.B. Dato’ Speaker : Bila masuk Islam? (Dewan ketawa). Yang Berhormat Datuk Dr.

Adham bin Baba, jemput.

Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Dato’ Speaker, soalan nombor 2.

Mohon Kerajaan Negeri memberi maklum balas berkaitan program penggantian

batang paip lama ke kediaman yang masih belum diselesaikan lagi dan jumlah

peruntukan yang diperlukan.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya akan menjawab

kedua-dua soalan ini bersekali. Kebanyakan taman perumahan yang berusia lebih 25

tahun menggunakan paip jenis Asbestos Cement (AC), dengan izin dan berisiko untuk

kerap mengalami paip pecah akibat fizikal paip yang sudah terlalu uzur. Namun

demikian, melalui pelaksanaan program penggantian paip secara berterusan paip-

paip lama tersebut akan diganti ke paip jenis Mould Steel (MS) dengan izin, Dark Tile

Iron dengan izin atau U PVC, mengikut keutamaan. Sehubungan itu, aduan-aduan

yang diterima oleh orang ramai berkenaan paip pecah atau paip bocor di satu-satu

kawasan mampu membantu perancangan SAJ Holding bagi pembangunan naik taraf

sistem bekalan air di kawasan terbabit agar pengguna menikmati bekalan air yang

berterusan dan berkualiti.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pelaksanaan program penggantian paip lama yang

dilaksanakan oleh pihak SAJ adalah selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya

Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah peruntukan pihak Pengurusan Aset Air

Page 140: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

140

Berhad (PAAB)dan dia mengikut keutamaan bagi kawasan yang kritikal. Bagi tempoh

tahun kewangan 2010 hingga 2012, sebanyak RM160 juta diperuntukkan oleh pihak

PAAB bagi tujuan tersebut yang melibatkan penggantian paip lama sepanjang 693.13

km bagi seluruh Negeri Johor. Daripada jumlah tersebut sepanjang 299.17 km telah

siap di ganti dengan kos sebanyak RM68 juta dan 160.77 km masih di peringkat

perlaksanaan yang melibatkan kos sebanyak RM49 juta. Manakala, sepanjang 233.19

km paip pula bakal dilaksanakan pada tahun 2012, yang turut melibatkan anggaran

kos berjumlah RM43 juta.

Y.B. Dato’ Speaker : Ah, ok, jemput Parit Yaani.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,

saya ingin nak tahu bahawa pihak SAJ Holding memperbaiki paip bila dia pecah atau

sebelum dia pecah dah ada pemantauan supaya dia tak pecah, dia dah repair. Ha,

ini kita nak tahu, sebab biasanya bila paip pecah tunggu-tunggu baru datang SAJ

Holding dia repair, air dah bazirkan. Ini saya nak tahu, kecekapan SAJ Holding

menghadapi masalah ini? Terima kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman

Dewan yang mulia ini. Di Negeri Johor sahaja, kita terdapat paip sepanjang 19,191 km

maknanya panjang. Dan paip-paip sebahagian itu, sebahagian besar itu telah

diadakan lebih 25 tahun. Untuk makluman, paip yang digunakan Asbestos Cement

yang senang pecah, yang lama ditanam di bawah tanah itu merupakan 7,797 km iaitu

40.6% paip. Jadi, kita tak boleh repair paip. Kita hanya ganti paip yang telah pecah

atau telah rosak. Maknanya, kita hanya boleh ambil tindakan selepas paip itu bocor

melainkan kita dapat tukar sebelum itu, sebelum apa-apa berlaku kita dapat tukar. Ini

merupakan paip yang lama AC. AC maknanya, dia gunakan cement bukan gunakan

iron, dengan izin ataupun mould steel.

Y.B. Dato’ Speaker : Bentayan.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Soalan tambahan Dato’ Speaker. Kalau paip

air pecah, rumah-rumah kita akan terima kualiti air yang tidak baik eh. Masa sekarang

ini sungguh pun paip tidak pecah, rumah kita kebiasaannya, kalau yang mampu akan

dipasang penapis airlah atau water filter, so, kita akan nampak kelodak-kelodak

kuning, tak naklah. So, soalannya yang saya nak tanya ialah, adakah kerajaan

bercadang untuk menaikkan taraf kualiti air sebelum disalurkan kepada pengguna?

Kalau di Singapura, airnya daripada paip boleh terus di minum tanpa dimasak.

Y.B. Dato’ Speaker : Singapore eh, oh, Singapore pakai paip, air apa dia pakai?

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Air kita juga, tapi air kita punya banyak

kelodak.

Y.B. Dato’ Speaker : Memanglah air kita, mana air orang lain ha’ah.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kita punya banyak kelodak.

Page 141: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

141

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Hari-hari saya tengok, kompelin aje. Kelodak

itu water filter. Kalau sekarang kat luar pagar, kat pagar tu, penapis air tu lagi tinggi

dari saya sampai 7 kaki tinggi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ah, baguslah dah sedar. Ok, ok. (Dewan ketawa).

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ok, itu soalan saya.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya baru-baru ini

pernah baca dalam surat khabar Singapura juga, ada rakyat juga mengadu tentang

air itu tidak bersih. Ini satu perkara yang biasa berlaku.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Di mana-mana sistem bekalan air juga, sama ada

mana-mana di negeri, Malaysia juga. Semua air yang dibekalkan daripada loji

sehingga diagihkan kepada rumah itu. Sebelum keluar daripada loji itu, Jabatan

Kesihatan akan memeriksa sama ada kualiti air itu mematuhi piawaian yang

ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu mengikut WHO, Piawaian WHO.

Parameter yang diperlu diuji supaya dia mematuhi. Malangnya, oleh kerana

pengagihan ini mengambil jarak yang jauh, melalui paip-paip besar dan paip kecil jadi

kadang-kadang ada paip bocor yang atau rosak itu akan mengalami elemen lain

yang masuk dalam paip.

Y.B. Dato’ Speaker : Biasalah.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Lagi satu perkara, yang paip dalam rumah itu akan jadi

bermasalah juga selepas meter, di taman-taman perumahan kita tidak pernah tukar

paip kita sendiri. Itu akan juga menyumbang kepada kualiti air yang terawat dan

tangki juga kadang-kadang kita tak cuci tangki kita tu, itu akan juga menyumbang

kepada kualiti yang tidak cukup baik. Sememangnya air yang dirawat dan dibekalkan

oleh SAJ Holding boleh terus di minum tetapi oleh kerana kalau kita banding dengan

negeri lain paip kita amat panjang. Di Johor, kita ada paip sepanjang 19,191 km kalau

banding dengan Pulau Pinang, saya ingat dia tak sampai 4,000 sahaja. Jadi,

maknanya kita, panjang kita. Jadi..

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, paip kita lagi panjanglah.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Ya, di Singapore dia juga compact, dengan izin pasal

dia dalam satu pulau yang kecil. Jadi, bekalan pengagihan itu tidak ambil masa yang

panjang, jarak yang panjang.

Page 142: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

142

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Jadi senang. Jadi, dia bolehlah jamin kualiti yang lebih

baik. Itu pun ada aduan, baru-baru ini saya sendiri baca surat khabar Singapura yang

mengadu juga masalah itu juga. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Encik Cheong Chin Liang, jemput.

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

nombor 3.

Sejauh manakah dan kesannya teknologi Effective Microorganisma (EM) digunakan

dalam sektor Pertanian di Negeri Johor?

Y.B. Dato’ Speaker : Emm, jemput.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’

Speaker, untuk makluman Yang Berhormat, Teknologi EM ataupun Effective

Microorganisma, dengan izin merupakan salah satu daripada aspek Pembangunan

Pertanian Hijau yang diterapkan dalam Bajet Projek Rolling Plan 2011 – 2012, Jabatan

Pertanian Persekutuan.

Pembangunan Pertanian Hijau merupakan salah satu teknologi yang penting dalam

mengurangkan penggunaan baja dan racun kimia dalam aktiviti pertanian sekali gus

dapat memelihara alam sekitar. Pada masa ini, pengamalan Teknologi Hijau masih

rendah dan penggunaan baja dan racun kimia juga terus meningkat. Di Negeri Johor,

Pembangunan Pertanian Hijau adalah melalui penggunaan EM ataupun mikrob

berfaedah di ladang-ladang petani. Fungsinya sebagaimana sedia maklum ialah

membangunkan Industri Pertanian Hijau secara komersial dan berdaya saing. Pada

masa yang sama, ia juga akan mewujudkan pembangunan dan promosi teknologi

bagi menggalakkan pengusaha mengamalkan teknologi terkini untuk meningkatkan

produktiviti dan pengeluaran hasil yang bermutu tinggi.

Promosi Teknologi Pertanian Hijau di Negeri Johor digerakkan melalui Projek

Pembangunan Mikrob Berfaedah yang berjumlah RM200,000.00 dan juga

Pembangunan Kebun Integrasi RM300,000.00. Di Negeri Johor, terdapat 96 buah Pusat

Pembangunan Mikrob Berfaedah dan jumlah pecahan pembangunan pusat EM ini

mengikut daerah seperti berikut. Di Batu Pahat ada 17 pusat, Johor Bahru 12, Kulaijaya

5, Kluang 12, Kota Tinggi 12, Mersing 4, Muar 12, Ledang 7, Pontian 1, Segamat 13 dan

Pusat Pertanian Air Hitam 1, yang berjumlah 96. Projek Pembangunan Mikrob

Berfaedah bertujuan untuk mewujudkan usahawan tani, pembekal dan pengedar

yang proaktif di Negeri Johor melalui Program Penggunaan Mikrob Berfaedah. Skop

projek ini seperti berikut:-

1. Bagi menyediakan pembiayaan program latihan dan lawatan untuk pegawai

dan golongan sasar.

Page 143: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

143

2. Menyediakan insentif berbentuk input pertanian kepada usahawan tani seperti

lokasi, cecair mikrob berfaedah, bio pesticide.

3. Menyediakan insentif berbentuk mesin, peralatan kepada pengusaha bengkel

pemprosesan berasaskan mikrob berfaedah.

4. Menyediakan insentif bagi membina bengkel memproses mikrob berfaedah.

5. Menyediakan insentif pusat pengumpulan, pembungkusan, pelabelan dan

pengedaran.

6. Membiayai program promosi dan demonstrasi penggunaan mikrob berfaedah.

Projek Pembangunan Kebun Integrasi pula mengamalkan penggunaan mikrob

berfaedah dalam mengusahakan kebun dengan cara menggabungkan lebih

daripada satu aktiviti atau bidang usaha dalam satu kawasan kebun. Kebun Integrasi

yang sempurna adalah penggabungan aktiviti tanaman, ternakan, akuakultur yang

dijalankan dalam satu kebun menggunakan EM. Dia, aktiviti dua dalam satu Yang

Berhormat Dato’ Speaker dan yang lebih baik dia tiga dalam satu.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh, macam minuman air je. Three plus one, yelah macam minum

air Nescafe three plus one.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Jadi, kalau ada Ahli-Ahli

Yang Berhormat nak menjalankan kebun dua dalam satu, tiga dalam satu, boleh

jumpa dengan saya Yang Berhormat.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat bijak eh dalam tambahan ni, tambah satu,

tambah dua ni ek. Ada pengalaman ha. Oklah.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Ha, ini pasal ada EM ni

Yang Berhormat. Ha, dia menambahkan kelebihan.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh…

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Pembangunan Kebun

Integrasi mengamalkan penggunaan mikrob berfaedah untuk membaiki struktur tanah

dan juga pemuliharaan tanah. Pembuatan baja kompos, lokasi dan kawalan musuh

dan penyakit. Ianya juga mengetengahkan konsep buangan sifar, di mana sisa kebun

boleh diproses dijadikan makanan ternakan manakala tinja ternakan ataupun najis

ternakan boleh dijadikan sebagai baja tanaman dan juga baja untuk ikan. Ini

seterusnya akan meningkatkan pendapatan petani dan menambahkan rezeki.

Selain bidang pertanian, bidang ternakan juga menggunakan EM. Data 2011,

terdapat 703 pengusaha ternakan termasuk ayam, ruminan, khinzir dan lain-lain

menggunakan EM bagi membaik suasana keadaan. Khususnya dalam ternakan, ia

akan menyahkan bau busuk di reban-reban dan juga merupakan salah satu untuk

menghalang pembiakan lalat.

Di samping perkara-perkara tersebut, semua input-input yang diberikan kepada projek-

projek Jabatan Pertanian Negeri melalui projek-projek pembangunan tanaman

makanan sedia ada, adalah ke arah pertanian hijau seperti memberi input baja

organik dan di Negeri Johor kita menggalakkan penggunaan baja organik. Dan ini

Page 144: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

144

akan membangunkan pusat EM di seluruh Negeri Johor. Ini merupakan salah satu

usaha kerajaan bagi mengurangkan penggunaan baja kimia di kalangan petani-

petani.

Y.B. Dato’ Speaker : Bukit Batu.

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’

Speaker. Tidak nafikan bahawa usaha dan juga galakan Kerajaan Negeri untuk

pertanian menggunakan EM memang hebat. Tetapi, dari segi kita nak pastikan hasil

pertanian yang dipasarkan di pasaran tu adalah tepat pada status EM itu. Sebab itu

saya nak tahu, apakah cara yang kita nak bezakan hasil pertanian yang dipasarkan tu

adalah hasil tanaman secara EM dan bukan secara baja kimia kerana harga

pertanian yang dilabelkan dengan label EM atau organik tu jauh beza lebih mahal

daripada yang menggunakan baja kimia.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’

Speaker, dalam sektor tanaman dia untuk pemasaran dianya mesti mendapat Sijil

SOM. Tanaman pertanian yang boleh dipasarkan dengan organik ini mesti mendapat

apa yang dipanggil Sijil Skim Organik Malaysia. Ini merupakan usaha kerajaan

merealisasikan pembangunan sektor pertanian secara mampan dan mesra alam.

Untuk makluman, di Negeri Johor petani-petani yang mempunyai Sijil Skim Organik

Malaysia ini atau SOM sebanyak 18 pengusaha. Dan, apabila dia mempunyai Sijil SOM

ini, dia secara tidak langsung akan dapat harga yang lebih baik kerana dengan sijil itu

pelanggan-pelanggan sudah pasti ianya memang telah diberi iktiraf oleh pihak

kerajaan. Dan, sekarang ini memang di super market, siapa-siapa yang nak menjual

tanaman berkonsepkan sijil organik mesti kena mendapatkan Sijil SOM ini. Dan setakat

ini, di Johor ada 18 pengusaha dan ada lagi 7 pemohon untuk mendapatkan Sijil Skim

Organik Malaysia ini.

Y.B. Dato’ Speaker : Yong Peng.

Y.B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

tambahan. Sejauh manakah penggunaan baja EM kalau dibandingkan dengan

penggunaan baja kimia di Johor? Dari segi sambutanlah.

Y.B. Dato’ Speaker : Sambutan, ha yang mana baik?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Untuk makluman Yang

Berhormat Dato’ Speaker, pihak Kerajaan Negeri Johor peruntukkan yang ada di

Negeri Johor ini memang diwajibkan menggunakan baja EM untuk disampaikan

kepada petani-petani. Dan, di Negeri Johor kita juga hari ini telah membangunkan

seperti saya sebutkan tadi, 96 pusat EM di seluruh Negeri Johor di setiap daerah dan

kita juga telah melantik PPK di Negeri Johor yang mempunyai 29 buah PPK juga

menjadi agen EM. Kita mahu menjadikan EM ini sebagai satu kaedah baru dalam

pertanian kerana ianya merupakan konsep Green Technology. Konsep mesra alam

dan seperti saya sebutkan tadi, oleh kerana Green Technology ini ataupun pertanian

hijau ini adalah merupakan salah satu program Jabatan Pertanian dalam Rolling Plan

2011 dan 2012. Maka, dengan program-program ini kita boleh lihat bagaimana

Page 145: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

145

kerajaan benar-benar komited membangunkan penggunaan baja EM ini untuk petani-

petani secara lestari. Lestari ini maknanya tanah-tanah yang kalau dia guna baja

kimia, tanah-tanah itu akan jadi rosak. Tetapi dengan EM ini dia akan memulihkan

struktur tanah itu, kompos tanah itu menjadi lebih baik.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Md. Othman bin Haji Yusof, jemput.

Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

nombor 4.

Apakah tindakan dan perancangan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran

Johor bagi mengatasi masalah kehilangan dan pengecilan padang-padang di

sekolah, setelah padang tersebut dibangunkan dengan bangunan kelas tambahan

yang baru?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Ahli Dewan yang

mulia ini, bagi mengatasi masalah kehilangan dan pengecilan padang-padang

sekolah yang terlibat dalam pembinaan bangunan, gantian dan tambahan, Jabatan

Pelajaran Johor melalui Pejabat Pelajaran Daerah-Daerah sedang mengenal pasti

tanah-tanah yang sesuai di sekeliling sekolah-sekolah yang terlibat untuk dicadangkan

kepada pihak kementerian supaya membuat pengambilalihan tanah untuk dijadikan

padang bagi menggantikan padang yang telah pun mengecil.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, jemput.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

nombor 5.

Kerajaan Pusat telah pun melancarkan skim “Rumah Pertamaku” bagi warga negara

Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM3,500.00. Saya ingin tahu adakah

kemudahan yang sama dapat dinikmati oleh Rakyat Johor. Jika ada sila berikan

maklumat yang terperinci?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, skim “Rumah Pertamaku” telah

diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu golongan

muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000.00

sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, bukanlah skim pembinaan rumah tetapi skim

pembiayaan kewangan untuk membeli rumah. Skim ini membolehkan golongan

muda dan mereka yang dalam kategori tersebut untuk mendapatkan pembiayaan

kewangan sehingga 100% daripada 25 buah bank yang terlibat seperti Maybank,

CIMB, Affin dan sebagainya. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan

pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Dan, Yang Berhormat Dato’ Speaker antara syarat-syarat pembiayaannya untuk

mendapatkan skim ini ialah pertama, seperti biasa, warga negara; dua, individu tak

Page 146: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

146

lebih 35 tahun iaitu sehingga 35 tahun dan merupakan membeli rumah pertama.

Harga rumah antara RM100,000.00 hingga RM220,000.00 setakat ini. Pembiayaannya

maksimum 100%. Tempoh pembiayaan maksimumnya sehingga 30 tahun. Bayaran

ansuran adalah macam biasa melalui potongan gaji. Bukan kakitangan kerajaan.

Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6

bulan dan pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak lebih daripada

RM3,000.00 sebulan dan secara amnya jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi

daripada 1/3 daripada pendapatan bulanan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berdasarkan nilaian harga rumah di antara

RM100,000.00 dan RM220,000.00 ini, maka lokasi skim “Rumah Pertamaku” berada di

setiap daerah dalam negeri kita ini yang dibina oleh pemaju swasta. Dan, pembeli

boleh memohon pembiayaan kewangan melalui skim “Rumah Pertamaku” di bank-

bank yang berkaitan.

Pelbagai usaha dilakukan Yang Berhormat Dato’ Speaker oleh pihak Kerajaan Negeri

bersama-sama pihak pemaju dan pihak PBT dalam menyediakan kediaman yang

berkualiti dengan harga yang berpatutan. Ini bertepatan dengan polisi perumahan

kita Negeri Johor iaitu satu keluarga, satu rumah. Justeru itu, Dasar Perumahan Negeri

sedia ada telah pun dikaji semula dan tumpuan terarah kepada pembinaan dan

penawaran rumah mampu milik yang lebih selesa dan mampu dimiliki oleh golongan

pertengahan. Bagi rumah mampu milik, harga yang ditawarkan adalah di antara

RM120,000.00 hingga RM150,000.00. Walau bagaimanapun, dasar ini tidak

menyediakan bantuan berbentuk pinjaman kewangan.

Y.B. Dato’ Speaker : Hm, Yong Peng, tak ada. Ha, lambat sangat.

Y.B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

tambahan. Adakah Kerajaan Negeri menetapkan kawasan yang tertentu di daerah

masing-masing untuk membina rumah mampu milik? Itu penting sebab harga

RM100,000.00 hingga RM250,000.00 bukan senang nak dapat sekarang.

Memandangkan inflasi berlaku, harga rumah makin naik. Jadi, ini slogan yang baik.

Adakah boleh di materialkan? Terima kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, perkara ini telah pun dijalankan

kajian oleh pihak kerajaan khususnya UPEN. Dan, dalam, baru-baru ini Kerajaan Negeri

telah pun memperkenalkan kategori Rumah Mampu Milik Johor ini ataupun RMMJ di

mana setiap pemaju dikehendaki membina sekurang-kurangnya 20% daripada

keseluruhan unit yang dibangunkan dalam satu-satu kawasan pembangunan untuk

kategori Rumah Mampu Milik Johor ini iaitu yang harganya dikategorikan dalam

lingkungan RM120,000.00 hingga RM150,000.00 seunit dengan luas rumah tersebut,

lantainya sebanyak 1,000 kaki persegi. Harga RM120,000.00 hingga RM150,000.00 dan

yang layak untuk membeli dalam kategori RM5,000.00 ke bawah. Jadi kita lebihkan

skopnya itu sehingga ke RM5,000.00 dan yang kategori ini adalah mandatori untuk

dibina oleh pihak pemaju tetapi buat permulaan ini ianya sebagai projek perintis

diwajibkan di dalam kawasan Iskandar dahulu.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Panti.

Page 147: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

147

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih

atas jawapan yang diberikan oleh EXCO yang berkenaan. Saya juga nak, ingin

menanya tadi ada tempat-tempat yang khusus ataupun tidak. Tapi sebenarnya di

Johor ni tak ada tempat yang khusus sebagaimana yang ada berlaku di Kuala Lumpur

di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri mengundi dan memberikan

kepada mereka-mereka yang berjaya. Sebenarnya, Skim Rumah Pertamaku di Johor

ni nampak macam tidak begitu di promotekan. Jadi kalau dapat, saya rasa kalau

betul-betul di tiap-tiap daerah, skim-skim yang boleh dipohon oleh mereka-mereka

yang berkelayakan iaitu rumah-rumah antara RM100,000.00 hingga RM120,000.00,

maka saya rasa pihak yang berkenaan sepatutnya menguar-uarkan projek ini supaya

ia dapat memberikan faedah kepada mereka-mereka yang berkenaan.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu cadangan yang baik, tapi

saya kira ianya telah pun diumumkan dalam Budget Speech Perdana Menteri, satu

negara tahu dan banknya pun dah disediakan. Jadi ini semua tanggungjawab Wakil

Rakyatlah termasuk juga ADUN Panti untuk menguar-uarkan dalam kawasan masing-

masing ya, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Skudai.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya adalah,

sama ada konsep atau skim sewa dan beli boleh dipertimbangkan untuk membantu

mereka yang nak beli rumah mampu milik.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, konsep Rumah Mampu Milik

Johor ni ataupun RMMJ yang baru dilaksanakan di kawasan Iskandar ini sebagai salah

satu kategori yang saya sebutkan tadi. Dia ada kategori-kategori lainlah, dia ada

Perumahan Komuniti Johor, dia ada Kedai Kos Sederhana juga, salah satu

daripadanya is this one, maaf yang ini ya, yang RMMJ ni. Dia adalah merupakan

rumah beli secara terus yang boleh dibeli dan boleh pun masuk saya kira Rumah

Pertamaku, kalau dia layaklah dalam, dengan pihak bank yang berkenaan. Dan saya

kira, tetapi walau macam mana pun, kalau nak ikut daripada segi sejarah

pembangunan Rumah Rakyat Johorlah, kalau tak silap saya kita dah ada dulu pernah

juga beberapa projek Skim Rumah Rakyat kita yang dibina dalam tahun 1990-an

ataupun 80-an, rumah lama dulu. kita ada skim kita yang dibangunkan oleh kerajaan

dengan menggunakan seperti apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat ADUN

Skudai. Dan kita telah pun menjalankan projek yang saya cakap itu, sewanya akhirnya

dikira sebagai pembelian dan dilepaskan kepada pembeli.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan jemput.

Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Yang Berhormat Dato’

Speaker, soalan saya nombor 6.

Apakah langkah-langkah kerajaan bagi memastikan semua remaja berkenaan di

seluruh negeri terutama kawasan luar bandar mengambil suntikan HPV?

Page 148: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

148

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kanser serviks ataupun

kanser pangkal rahim merupakan penyebab kanser kedua di kalangan wanita

Malaysia selepas kanser payu dara. Kadar insiden kanser serviks di Malaysia adalah 7.8

per 100,000 populasi. Bagi tahun 2005 sampai 2009, sebanyak 530 kes baru kanser

serviks dikesan di Negeri Johor. Jumlah sebenar kanser serviks mungkin lebih banyak

memandangkan bilangan yang dinotifikasikan hanya mengambil kira mereka yang di

diagnosis dan mendapat rawatan di hospital. Faktor risiko terpenting yang

menyebabkan kanser serviks adalah aktiviti seksual. Ini termasuklah pendedahan

kepada aktiviti seksual pada usia muda berbanding berbilang pasangan dan

jangkitan penyakit kelamin yang lain. Faktor lain termasuklah merokok dan jangkitan

virus Human Papillomavirus dan jangkitan HPV ini, Human Papillomavirus ini menjadi

punca kepada terjadinya kadar, kanser serviks.

Bagi kalangan wanita yang telah berkahwin, mengesan awal kanser serviks dapat

dibuat dengan saringan pap smear. Mulai tahun 2010, aktiviti pencegahan kanser

serviks diperluaskan lagi dengan pemberian imunisasi HPV kepada pelajar perempuan

tingkatan 1 atau yang berumur 13 tahun secara percuma di semua sekolah kerajaan,

bantuan kerajaan, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa seluruh negara. Bagi

remaja perempuan, warganegara Malaysia yang tidak bersekolah, mereka

dinasihatkan mendapatkan suntikan pelalian HPV di klinik kesihatan berhampiran.

Sehingga November 2011, seramai 28,714 orang pelajar perempuan berumur 13 tahun

telah mengambil suntikan HPV lengkap di Negeri Johor. Suntikan pelalian HPV

diberikan di sekolah. Oleh yang demikian, pada usia 13 tahun atau tingkatan 1,

remaja ini tidak terbeban dengan peperiksaan penting sekolah.

WHO, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan agar imunisasi HPV diberikan

kepada kumpulan umur 12 tahun hingga 26 tahun atau yang belum berkahwin ya.

Dapatan kajian juga menunjukkan reaksi immunogenic yang tinggi di kalangan remaja

perempuan berusia antara 10 hingga 15 tahun apabila mereka diberi imunisasi HPV

berbanding dengan kumpulan umur yang lain. Tambahan pula, pada usia ini remaja

perempuan masih lagi dianggap belum terdedah kepada hubungan seksual dan risiko

jangkitan HPV. Walau bagaimanapun, hanya mereka yang mendapat kebenaran ibu

bapa sahaja yang akan diberi suntikan. Suntikan HPV memerlukan tiga dos untuk

dilengkapkan dalam masa 6 bulan.

Bagi memastikan semua remaja yang menjadi kumpulan sasaran program pelalian

HPV ini, penerima suntikan, berikut adalah langkah-langkah yang telah diambil:

1. Menyampaikan maklumat mengenai HPV kepada ibu bapa remaja perempuan

dan masyarakat melalui hebahan dan cetakan bahan promosi dalam bentuk

media cetak, media elektronik dan ICT.

2. Di peringkat Jabatan Kesihatan, borang kebenaran diedarkan kepada ibu bapa

atau penjaga remaja perempuan yang terlibat.

3. Memberi taklimat kepada Jabatan Pelajaran tentang pelaksanaan program

pelalian ini.

4. Remaja yang mendapat suntikan diberikan kad imunisasi HPV. Pada kad ini

terdapat nama dan alamat remaja tersebut berserta tarikh pemberian ketiga-tiga

Page 149: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

149

dos imunisasi ini. Sekiranya mereka ini berpindah sekolah, imunisasi masih boleh

diteruskan di sekolah yang baru.

5. Sekiranya mereka tercicir suntikan ini semasa di sekolah, mereka boleh

mendapatkan di klinik kesihatan yang berhampiran.

6. Menjalinkan kerjasama erat dengan ketua masyarakat agar dapat mengesan

remaja perempuan berusia 13 tahun yang keciciran sekolah supaya

mendapatkan suntikan pelalian HPV di klinik kesihatan terdekat.

Jabatan Kesihatan sentiasa berusaha memperbaiki taraf kesihatan rakyat melalui

aktiviti pencegahan penyakit secara saringan mahupun pemberian suntikan imunisasi.

Y.B. Dato’ Speaker : Tenggaroh.

Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Soalan tambahan Dato’

Speaker. Bagaimana pula dengan wanita yang telah berusia lebih daripada 50 tahun.

Bolehkah atau tidak golongan ini menerima suntikan HPV dan berkesan atau tidak

suntikan yang diberikan?

Y.B. Dato’ Speaker : 50 tahun ke atas, macam mana?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, pelalian ini diberi pada

anak-anak kita yang 10 tahun atau 26 tahun terbaik pengambilan imunisasinya kerana

mereka ini belum terdedah, kita anggapkanlah mereka belum terdedah pada aktiviti

seksual kerana hanya dengan aktiviti seksual HPV ini akan berjangkitlah.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Jadi kalau yang dah 50 tahun ke, 45 tahun tapi dah

berkahwin, kita buat saringan pap smear ajelah.

Y.B. Dato’ Speaker : Belum berkahwin boleh?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Belum, yang belum ada seksual activitylah.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah, makna dia belum kahwinlah tu.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Lebih baiklah.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok saya kasi ni. Sungai Abong.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Terima kasih Yang Berhormat

Dato’ Speaker, soalan tambahan saya, mengikut kajian yang mutakhir ini salah satu

punca penyebab kepada kanser pangkal rahim adalah pasangan lelaki yang tidak

berkhatan.

Page 150: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

150

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ya, betul?

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang tidak bersunat. Kajian

yang mutakhir, salah satu punca sebab Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang bukan Islam banyak yang tak berkhatan, teruk dia.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Sebab-sebab yang disebutkan

oleh Yang Berhormat EXCO tadi. Salah satu sebab yang mungkin boleh menyebabkan

kanser pangkal rahim ialah pasangan lelaki yang tidak berkhatan.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ada, ada ya, ini kajian terbaru.

Y.B. Dato’ Speaker : Soalan Yang Berhormat apa, soalan?

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Soalannya, adakah pihak

kerajaan menyedari masalah ini dan membuat satu promosi supaya mengiklankan

bahawa punca ini disebabkan oleh pasangan lelaki yang tidak berkhatan dan

menggalakkan orang laki-laki yang bukan Islam ini berkhatan. Jadi mungkin kita boleh

mengurangkan...

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah. Yang Berhormat tanya...

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Risiko ini. (Dewan ketawa).

Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Macam mana?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, memang pun dalam

kajian yang tak berkhatan ni risikonya lebih, lebih apa, lelaki yang tak berkhatan

adalah salah satu daripada punca terjadinyalah apa tu, kanser serviks tu.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Jadi, didapati bahawa Orang Jews ya, orang Yahudi

yang berkhatan dia tak, jarang wanita dia dapat kanser serviks.

Y.B. Dato’ Speaker : Makna kalau lebih banyak khatan lebih baiklah?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Walau bagaimanapun, ya?

Y.B. Dato’ Speaker : Kalau banyak kali khatan, ok lagi baik? (Dewan ketawa).

Page 151: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

151

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Apa benda nak khatan lagi?

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, kalau sekali nak hilang penyakit, khatan lagi sekali, lagi

baik agaknya. Itu saya tanya, betul?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Tak perlu khatan lagi, dah.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, yalah.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Itu untuk lelaki.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, yalah.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Jadi, dalam kajian terbaru juga kita boleh, dalam kajian

WHO kita boleh memberi pelalian juga kepada orang-orang lelaki, budak-budak lelaki

ni kerana dalam kajian rata-rata bukan, kebanyakanlah yang apa tu, mengadakan

hubungan seksualnya pada umur 15 tahun dan 18% daripadanya adalah lelaki. Jadi

disarankan untuk budak-budak lelaki mendapatkan pelalian jugalah, jadi untuk ni.

Kalau nak berkhatan lagi bagus, lagi bagus kalau dia nak berkhatanlah, itu ajelah.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Dr. Mohamad bin Taslim, jemput.

Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim (Maharani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya

nombor 7.

Nyatakan jumlah orang Islam yang memohon untuk murtad dalam Negeri Johor dan

berapa jumlah yang diluluskan?

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh, jemput.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Dato’

Speaker, soalan saya soalan nombor 8.

Apa tindakan Majlis Agama Islam Johor berkaitan gejala murtad? Apakah kerajaan

bercadang untuk menekankan pelajaran ilmu tauhid di masjid dan seluruh negeri?

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali, jemput.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

soalan nombor 9.

Sejauh mana gerakan memurtadkan umat Islam dan penyebaran agama lain di

kalangan umat Islam berlaku di Negeri Johor. Jika ada, berikan pecahan mengikut

daerah serta apakah langkah-langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang

Page 152: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

152

dilaksanakan oleh Jabatan Agam Islam Negeri bagi menyekat dan membendung

kegiatan tersebut berleluasa.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Haji Ariss bin Samsudin, jemput.

Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin (Semerah) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

saya nombor 10.

Berapa ramaikah umat Islam yang telah murtad dan apakah tindakan Jabatan

Agama Islam Negeri mencegah perkara ini?

Y.B. Dato’ Speaker : Banyak...

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum

warahmatullahi taala wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon

untuk menjawab soalan 7, 8, 9 dan juga 10 bersekali.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan memandang serius tentang isu murtad. Ini

disebabkan isu tersebut amat sensitif serta mendatangkan kegelisahan terutamanya

kepada masyarakat Islam. Sejak tahun 1998 hingga tahun 2011, terdapat 41 aduan

berkaitan permohonan murtad di seluruh Negeri Johor ini. Daripada jumlah tersebut,

10 kes telah dibawa ke Mahkamah Syariah, manakala 31 kes lagi telah diberikan

nasihat dan kaunseling. Daripada 10 kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah, 4 kes

ditolak oleh pihak mahkamah dan 6 kes lagi masih dalam peringkat perbicaraan. Dari

segi pecahan mengikut daerah berasaskan 31 kes murtad yang diterima, 21 kes dari

Johor Bahru; 4, Muar, 4, Batu Pahat; 2 kes bagi daerah Segamat dan lain-lain daerah,

tiada.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka ini

membuat permohonan untuk bertukar agama. Antaranya ialah disebabkan mereka

memeluk agama Islam kerana mengikut ibu bapa tetapi tidak mengamalkan ajaran

Islam dari sejak kecil atau dipelihara oleh ahli keluarga yang bukan beragama Islam.

Selain itu terdapat juga kes-kes kegagalan dalam percintaan atau perkahwinan,

mereka masuk Islam kerana ingin berkahwin dan berhajat kembali ke agama asal

setelah gagal dalam percintaan atau perkahwinan tersebut. Dan ada juga yang

mereka terpengaruh dengan dakyah-dakyah pihak-pihak tertentu.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada baik saya, sebagaimana yang kita semua sedia

maklum dalam Perlembagaan kita bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan

Seksyen 31 bahawa agama Islam adalah Agama Persekutuan tetapi agama-agama

lain boleh di amalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan

ini. Selain daripada itu, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor juga dengan jelas

menyatakan di bawah Seksyen 57 adalah yang dikatakan Agama Negeri bagi

Jajahan dan Kerajaan Johor ini iaitu Agama Islam, maka yang demikian hendaklah

Agama Islam itu berpanjangan dan berkekalan selamanya menjadi dan diaku dan

Page 153: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

153

disebut Agama Negeri yakni tiadalah sekali-sekali boleh sebarang agama lain

dijadikan atau disebut Agama Negeri, sungguh pun segala agama lain ada

dibenarkan dan sentiasa termaklum patuh, patut dibenarkan dengan aman dan

sempurna. Boleh diperagamakan dalam segala dan segenap daerah takluk Johor,

Kerajaan Johor oleh orang-orang beragamakan dia. Jadi jelas peruntukan sama ada

Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri tentang hal-hal yang berkaitan dengan

agama Islam dan juga agama-agama lain. Namun demikian, kerajaan melalui

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991

telah memberikan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada baik saya nyatakan beberapa Seksyen dalam

Enakmen ini. Enakmen 4, menyentuh kesalahan memujuk, mempengaruhi, memaksa

atau menghasut seseorang Islam untuk menjadi seorang pengikut atau anggota dan

sebagainya suatu agama bukan Islam. Bagi mereka yang melakukan perkara-perkara

demikian, jika sabit kesalahan mereka boleh di denda tidak lebih daripada

RM10,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 4 tahun atau kedua-

duanya sekali. Manakala itu, Seksyen 51, Seksyen 5 menyebut bahawa kesalahan

mendedahkan seseorang Islam di bawah umur 18 tahun kepada pengaruh-pengaruh

sesuatu agama bukan Islam, ini juga sekiranya di sabitkan kesalahan boleh di hukum

tidak lebih RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 4 tahun atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 6, menyebut tentang kesalahan mendekati seseorang Islam untuk

mendedahkan kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan.

Apa-apa perkara mengenai sesuatu agama bukan Islam dan ini juga jika disabitkan

kesalahan boleh di denda tidak lebih dari RM5,000.00, penjara tidak lebih daripada 2

tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala Seksyen 7 berkaitan dengan kesalahan

menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa agama bukan

Islam kepada orang Islam dan jika disabitkan kesalahan boleh di denda tidak lebih

daripada RM5,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Sementara itu

Seksyen 8 yang berkaitan dengan kesalahan membahagikan apa-apa terbitan atau

bahan publisiti mengenai agama kepada orang-orang Islam. Ini juga jika disabitkan

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih daripada 2

tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala Seksyen 9 berhubung kesalahan,

berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan

tertentu yang berunsur Islam dan ini jika disabitkan kesalahan boleh di denda tidak

lebih daripada RM5,000.00, penjara satu tempoh yang tidak lebih daripada 2 tahun

atau kedua-duanya sekali.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sengaja membacakan ini supaya kita

mengingatkan tentang peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Enakmen-

Enakmen yang telah disediakan oleh pihak kerajaan supaya ia akan dapat menjadi

panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam usaha memperkukuhkan akidah dan keimanan

umat Islam, pihak kerajaan telah memasukkan mata pelajaran Tauhid dan Kokurikulum

Sekolah Agama yang dari Darjah 1 hingga Darjah Khas dan juga pengajian di kelas-

kelas tahmid di masjid dan surau seluruh Negeri Johor. Di samping itu, kursus, seminar,

forum dan ceramah juga sering ditekankan tentang ilmu-ilmu berkaitan. Pihak

kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan, memperuntukkan bagi saudara-

Page 154: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

154

saudara kita dan juga Orang Asli. Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada

tahun 2011 ini sahaja kerajaan melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor telah

membelanjakan sebanyak RM8.54 juta dari asnaf zakat bagi tujuan memberi pelbagai

bentuk sara hidup, kesihatan, pembelajaran dan juga menyediakan 12 buah Darul

Ukhuwah di seluruh Negeri Johor yang dijadikan pusat aktiviti di samping

melaksanakan pelbagai bentuk program pengukuhan akidah, ibadah dan sahsiah ke

arah menjadi Muslim yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam khususnya bagi

saudara-saudara kita.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dari segi pengawalan dan penguatkuasaan, kerajaan

sentiasa memantau dan menyiasat mana-mana pihak yang cuba menghasut dan

memujuk orang-orang Islam supaya memeluk agama lain selaras dengan peruntukan

Undang-Undang di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-

Agama Bukan Islam 1991 yang saya nyatakan tadi. Penguatkuasaan Enakmen ini

dilakukan secara hikmah dengan bantuan pelbagai agensi penguat kuasa.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Majlis juga sebagaimana yang di nyatakan oleh Yang

Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada semalam, berita ini keluar dalam

surat khabar Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa pihak JAKIM dan juga

dengan kerjasama Majlis Agama Islam akan memperkemaskan lagi Enakmen Kawalan

dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991. Enakmen ini dah

ada, tapi mungkin ada masalah sikit dari segi perlaksanaan dia, jadi kita nak kemaskan

Enakmen ini lebih kepada dari sudut penguatkuasaan dan tindakan. Dan ini akan di

ambil tindakan dengan kerjasama pihak-pihak penguatkuasaan di negeri kita.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana yang saya nyatakan di peringkat awal

tadi, isu yang berkaitan dengan agama adalah isu yang amat sensitif bukan sahaja

pada orang Islam kepada lain-lain penganut agama. Negara kita yang berbilang

kaum kita perlu jaga dari segi keharmonian dia, kalau negara kita harmoni maka

dapat kita membangunkan negara kita. Tetapi kalau negara kita kucar kacir

disebabkan oleh pertelingkahan dalam beragama maka sudah tentulah yang

akhirnya, yang ruginya kita bukan siapa yang rugi. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Dr. Mohamad Bin Taslim (Maharani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

tambahan. Ada satu pertanyaan, tentang benarkah atau adakah gerakan

memurtadkan umat Islam dan penyebaran agama lain berlaku di Negeri Johor ini?

Dan biasanya kita dapat berita dari akhbar-akhbar di antara puncanya ialah kerana

kemiskinan, alasannya kemiskinan susah nak dapat bantuan dari Pejabat Agama. Jadi

di Negeri Johor adakah gerakan memurtadkan orang Islam? Terima kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih

atas soalan yang berkenaan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita tidak nafikan

gerakan-gerakan ini ada. Tetapi kadang-kadang agak susah juga kita nak

membuktikan, nak membuktikan kewujudannya. Kadang-kadang kita dengar dalam

surat khabar di mana satu kes kira-kira beberapa bulan yang lepas, kita dapat tahu

ada satu surat layang yang dihantar oleh seseorang menyatakan ada gerakan-

Page 155: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

155

gerakan ini dilakukan di hotel-hotel tertentu, tetapi apabila kita semak, nama hotel itu

pun tak ada, tidak wujud nama hotel itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Apa nama dia?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Kita di Jabatan Agama sebagaimana yang

saya nyatakan tadi, isu ini isu sensitif jadi apabila kita nak ambil tindakan kita mestilah

mempunyai bukti-bukti yang kukuh, bukti-bukti yang kukuh supaya apabila kita ambil

tindakan, tindakan itu memberikan keadilan kepada semua pihak. Jadi, saya tak kata

kalau tidak ada, tapi kita sentiasa memantau. Dan sebagaimana yang saya nyatakan

tadi, kita sudah ada pun Enakmen, kuasa sudah pun diberi kepada Jabatan Agama

dan kalau kita bawa orang ini kita bukan bawa mereka ini ke Mahkamah Syariah, kita

akan bawa orang ini ke Mahkamah Sivil, ke Mahkamah Sivil ini bukan Mahkamah

Syariah punya. Jadi tuan-tuan, minta maaf, Yang Berhormat...

Y.B. Dato’ Speaker : Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Ha’ah, macam cakap dekat

Balai Raya sahaja.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan

dengan orang ini tak dapat bantuan, sukar juga saya nak nyatakan tidak, kerana

mereka tidak dapat bantuan dan untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, tahun ini

sahaja lebih kurang RM100 juta, RM100 juta dana Majlis Agama Islam telah pun

diagihkan kepada asnaf yang 8. Saya tak tahulah adalah juga saya kadang-kadang

setengah-setengah kes saya check dia tulis surat dekat saya ke dia telefon ke dia kata

dia tak dapat, saya minta pegawai saya semak dia dah dapat, dah dapat bantuan.

Mungkin agaknya dia nak bantuan yang lebih.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, tak cukup.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Itu susah sikitlah, tapi dia dah dapat. RM300.00,

RM400.00 dia dapat bantuan. Ia sebagai tambahan kepada yang dia adalah. Jadi,

kalau nak katakan dia langsung tak dapat tu saya rasa susah sikit tak tepat. Tapi

sebab daripada angka yang saya nyatakan tadi kita, kita dah belanja lebih RM100

juta untuk tahun ini untuk kita agihkan kepada asnaf ini. Tapi kalaulah ada kes-kes

yang belum dapat bantuan, tak dapat langsunglah boleh rujuk kepada saya supaya

kita ambil tindakan.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, jemput.

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang): Yang Berhormat Dato’ Speaker,

terima kasih soalan saya nombor 11.

Jelaskan Transformasi Luar Bandar Kerajaan Johor dalam konteks ekonomi Masyarakat

Orang Asli?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,

Kebudayaan dan Warisan : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Untuk

makluman Yang Berhormat ADUN Bukit Serampang, kerajaan menerusi Kementerian

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Kemajuan Orang Asli ataupun

Page 156: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

156

JAKOA khususnya telah melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah mentransformasikan

masyarakat Orang Asli daripada era keselamatan kepada pembangunan, integrasi

dan seterusnya kemajuan masyarakat Orang Asli seiring dengan masyarakat umum

yang lain sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Ke arah itu, kerajaan melalui

Jabatan Kemajuan Orang Asli telah merangka Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli

dari 2011 hingga 2015 yang telah pun dilancarkan pada 20 September 2011. Dan teras

utama pelan strategi tersebut adalah seperti berikut :

1. Pembangunan Modal Insan.

2. Menggerakkan Kegiatan Ekonomi dan Industri Berdaya Maju, Berdaya Saing dan

Berdaya Tahan secara bersepadu.

3. Perluasan Akses Prasarana.

4. Meningkatkan Tahap Kualiti Hidup Masyarakat Orang Asli.

5. Menyelidik, Mengumpul, Memelihara dan Mengetengahkan Pengetahuan

Tradisional dan Warisan Orang Asli.

6. Memantapkan Sistem Perkhidmatan dan Tadbir Urus yang baik.

Justeru itu, pelan strategik ini digubal dengan mengambil kira input-input serta

penilaian terhadap perlaksanaan dasar dan program yang diadakan pada lewat

Rancangan Malaysia Ke-9 khususnya tahun 2009 dan 2010 bagi mempercepatkan

transformasi Masyarakat Orang Asli.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, oklah lambat sangatlah kalau yang lain pantas.

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Terima kasih Yang Berhormat

Dato’ Speaker, di atas penjelasan tadi di mana kita dapati ada 6 strategi yang telah

pun dinyatakan sebentar tadi, persoalan yang nak saya timbulkan ini ialah transformasi

dalam bentuk kualiti hidup masyarakat Orang Asli, terutamanya generasi kedua Yang

Berhormat Dato’ Speaker. Kita ambil maklum biasanya masyarakat Orang Asli ni di

perkampungan tradisi dia ni peringkat awal memanglah, maknanya pasangan suami

isteri dan sebagainya. Tetapi anak-anaknya sampai empat ataupun lima orang dan

saya dapati sebagai contoh di kawasan saya ini, mereka terpaksa berhijrah atau

berpindah ke tempat lain. Bila berpindah ke tempat lain mereka ini macam seolah-

olah tak terbela. Dia hanya yang diberikan tumpuan oleh Jabatan di kawasan,

kebanyakannya kawasan-kawasan yang saya katakan tadi kampung asal. Jadi, dari

segi anak dia yang generasi yang kedua pindah ke tempat lain, ada keluarga di sini,

kita dapati keadaan-keadaan mereka ini macam terbiar ataupun tidak terbela. Jadi,

dalam hal ini saya minta penjelasan apakah kalau dikatakan transformasi yang telah

dibuat oleh pihak jabatan dan sebagainya untuk membela nasib mereka ini yang

telah saya katakan tadi.

Y.B. Dato’ Speaker : Okey..

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,

Kebudayaan dan Warisan : Okey, terima kasih kepada ADUN Bukit Serampang yang

begitu prihatin terhadap masalah Orang Asli. Kita sedia maklum Yang Berhormat Dato’

Speaker, isu utama masyarakat Orang Asli adalah kemiskinan. Di mana isu ini sering

dikaitkan sebagai punca ataupun penyumbang kepada isu-isu pembangunan Orang

Asli yang lain, khususnya dari segi isu pendidikan dan juga kesihatan. Dan kemiskinan di

Page 157: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

157

kalangan masyarakat Orang Asli dikatakan turut memberi sumbangan besar kepada

data kemiskinan negara, umumnya. Dan justeru itu, Kerajaan melalui JAKWA telah

mengadakan pelbagai bantuan di bawah projek ekonomi khususnya kepada

masyarakat Orang Asli di Negeri Johor sebagai sumber peningkatan pendapatan.

Dan, antara projek yang dilaksanakan adalah pembangunan usahawan itu sendiri.

Dan, kita sedia maklum memang terdapat banyak kampung, perkampungan di

masyarakat Orang Asli di Negeri Johor khasnya, telah ramai di antara, maknanya

perkembangan pertumbuhan penduduk bagi setiap kampung dan ada di antaranya

telah pun kita pindahkan beberapa kampung lain. Tapi bagi membantu mereka ini

semua Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita menggalakkan mereka terlibat dengan

dari segi pembangunan usahawan dan contohnya, ada di beberapa kampung yang

telah pun kita berikan mereka ini dihantar ke pusat-pusat latihan untuk mereka dapat

mendalami lagi ilmu untuk mereka meningkatkan pendapatan anak-anak mereka ini.

Dan di samping itu, bantuan-bantuan dalam berbentuk material Kerajaan juga kita

berikan kepada pembangunan modal insan, belia-belia ini, untuk anak-anak Orang

Asli, contohnya dalam bidang binaan dengan kerjasama IRDA dan juga CIDB supaya

apabila mereka tamat nanti mereka dapat bekerja di sektor binaan dan seterusnya

dapat menjana ekonomi keluarga mereka. Dan yang lain-lainnya itu, Yang Berhormat

Dato’ Speaker, kita juga memberikan mereka sekiranya mereka ini terdiri daripada

golongan nelayan, kita juga memberikan mereka bantuan dari segi bot dan juga enjin

bot dan juga jaring. Dan, begitu juga dalam projek-projek peningkatan ekonomi

dalam bidang usahawan yang lain. Dan, kita juga sekarang ini Yang Berhormat Dato’

Speaker juga, insya-Allah akan memberikan juga bantuan dari segi membina rumah

baru kepada masyarakat Orang Asli ini, yang mana pada tahun 2011 ini sahaja

sebanyak 54 unit bantuan kepada Orang Asli dari segi bantuan rumah mereka. Dan,

insya-Allah pada tahun hadapan kita akan mendapat RM1 juta untuk membaiki rumah

mereka ini termasuk juga dengan generasi kedua mereka dan juga sebanyak 40 unit

untuk rumah-rumah baru mereka. Dan, dari semasa ke semasa sebenarnya Jabatan

Kemajuan Orang Asli sentiasa memantau akan perkembangan pembangunan Orang-

orang Asli ini terutama kepada generasi kedua mereka.

Y.B. Dato’ Speaker : Okey jawapan lisan dah habis masanya. Yang mana soalan yang

disenaraikan belum dijawab secara lisan akan dijawab secara bertulis dalam

persidangan yang sama.

Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA

BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2012) TAHUN 2011.

Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, suka saya ingatkan lagi bahawa

menurut Peraturan Tetap 112 (2), Maka perbahasan atas rundingan Itu hendaklah di

hadkan kepada lunas-lunas am berkenaan dengan dasar dan pertimbangan

kerajaan sebagaimana tersebut dalam Rang Undang-Undang ini. Sambungan

Perbahasan Atas Rundingan Bagi Bacaan Kali Yang Kedua, Enakmen Perbekalan

(2012) Tahun 2011 disambung sekarang. Jemput.

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Page 158: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

158

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam.

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut): Salam Sejahtera.

Y.B. Dato’ Speaker : 15 minit.

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad (Benut) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’.

Menyambung semua perbahasan Bajet 2012 ini, dengan meletakkan sepenuh

harapan dan sepenuh keyakinan pada Unit Minyak dan Gas Negeri Johor, mudah-

mudahan rakyat dan Negeri Johor bakal menerima manfaat-manfaat dengan

sepenuhnya.

Perkara yang kedua Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagaimana yang tertera di

dalam Ucapan Bajet 2012 dengan jelas telah merangka strategi untuk menjana

pertumbuhan ekonomi dengan lebih strategik. Melalui Pembentukan Pelan Induk

Ekonomi negeri, di harapkan kawasan-kawasan di luar Iskandar Malaysia juga tak

terlepas pandang daripada perancangan-perancangan oleh pihak Kerajaan dalam

merancakkan lagi kegiatan ekonomi. Maka di kesempatan ini, di dalam Dewan yang

mulia ini , Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengesyorkan agar pihak

Kerajaan mengambil langkah-langkah proaktif dalam satu pendekatan di mana

melalui Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, bahawa pihak Kerajaan Persekutuan

telah mengambil pendekatan untuk menjayakan program Transformasi Luar Bandar

atau program Pusat Transformasi Luar Bandar yang mana beberapa kawasan di

seluruh negara telah pun mula digerakkan.

Pusat Transformasi Luar Bandar ini melibatkan pelaksanaan program-program ekonomi

yang akan dapat mencakupi bukan hanya sekadar di Pusat Transformasi kegiatan

ekonomi tersebut sahaja tetapi lebih daripada itu. Di utara, ada. Di timur ada dan di

Johor, Pusat Bimbingan Usahawan Alor Bukit di Pekan Nenas. Pada waktu ini diberi

perhatian oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Belum ada keputusan lagi Yang Berhormat

Dato’ Speaker. Tapi saya percaya seandainya pihak Kerajaan Negeri berusaha untuk

mencari jalan supaya ianya menjadi satu kenyataan. Saya yakin di Selatan

Semenanjung ini, Pusat Bimbingan Usahawan di Alor Bukit, Pekan Nenas mampu dipilih

oleh Kerajaan Persekutuan menjadi Pusat Transformasi Luar Bandar bagi kawasan

selatan.

Apa yang terdapat di Pusat Bimbingan Usahawan Alor Bukit, Pekan Nenas ini ialah

kemudahan-kemudahan bimbingan usahawan yang mempunyai kemudahan untuk

membantu usahawan-usahawan IKS, khususnya dalam bidang pemprosesan. Produk-

produk pertanian, produk-produk keluaran kampung untuk menceburkan diri dalam

bidang pemprosesan menggunakan peralatan yang moden. Selain daripada itu Yang

Berhormat Dato’ Speaker, Pusat Bimbingan Alor Bukit juga turut menyediakan

kemudahan melatih usahawan-usahawan di sekitar kawasan berkenaan. Maka

melalui program Pusat Transformasi Luar Bandar ini ianya akan dapat membantu

merancakkan lagi ekonomi malah menyumbang kepada kejayaan pembentukan

Pelan Induk Ekonomi Negeri Johor.

Pusat Bimbingan Usahawan untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker,

sebanyak RM3.7 juta telah dibelanjakan setakat ini. Dan saya difahamkan bahawa

Page 159: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

159

Kerajaan Persekutuan bersedia untuk memperuntukkan beberapa juta malah puluhan

untuk menjayakan Pusat Bimbingan Usahawan ataupun Pusat Transformasi Luar Bandar

ini. Selain daripada itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi usaha atau strategi

meningkatkan kualiti hidup rakyat, sebagaimana yang ternyata di dalam Strategi Bajet

2012.

Menyentuh pada soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat Negeri Johor, kita amat

mengalu-alukan hasrat IRDA untuk menubuhkan auxiliary police ini. Malah sewaktu

lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Puteri Harbour baru-baru ini, satu

majlis pentauliahan auxiliary police telah pun diadakan. Cuma Yang Berhormat Dato’

Speaker, harapan kita ini tinggi menggunung. Kita harapkan Iskandar Malaysia bukan

hanya menjadi satu kawasan pembangunan hartanah, bukan hanya menjadi

pembangunan yang serupa di tempat-tempat lain yang kita lihat. Malah dengan jelas,

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun telah menggambarkan kepada kita

bahawa perkembangan Iskandar Malaysia ini merupakan satu-satunya pembangunan

yang akan dapat menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan, ataupun

kepada kejayaan Pelan Transformasi Ekonomi, ETP yang dirangka oleh pihak Kerajaan.

Maka atas dasar itu, kita membayangkan bahawa Kota Iskandar, Iskandar Malaysia ini

akan menjadi sebuah bandar raya yang canggih, bandar raya yang moden. Maka itu

amat wajar, bertepatan soal keselamatan dan kesejahteraan itu di berikan

penekanan. Maka auxiliary police Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang nak

diwujudkan oleh IRDA ini haruslah, kalau pun tak setanding pun dengan PDRM, kalau

tak setanding pun dengan polis yang sedia ada, mungkin lebih baik. Kita harus merujuk

kepada kawasan-kawasan ataupun pembangunan-pembangunan bandar raya

utama dunia seperti di Kota London itu sendiri. Kita dapat melihat sebuah kota besar di

mana perkhidmatan polis, perkhidmatan bomba dan penyelamat, perkhidmatan

pembersihan dan sebagainya adalah di bawah seliaan, di bawah tanggungan Kota

London itu sendiri. Ini bererti bahawa bandar raya moden seperti itu ada polisnya

sendiri, ada pasukan bombanya sendiri, ini bukan suatu perkara baru.

Mungkin di Kota Iskandar, di Iskandar Malaysia ini juga keadaan yang serupa boleh kita

wujudkan. Maka auxiliary police Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang hari itu, pada

waktu pentauliahan memakai pakaian ada belah dalam, di luar ada jaket kemudian

pakai mafela, itu mungkin untuk majlis-majlis rasmi sahaja. Tapi pada hari-hari bertugas

biasa saya tidak fikir, auxiliary police itu berpakaian sedemikian. Kerana ini kita

bercakap soal polis di bandar raya moden. Di bandar raya Kota Iskandar. Kita melihat

mutu perkhidmatannya yang baik, keupayaan perkhidmatannya yang kita amat

banggakan, penampilan anggota-anggota keselamatan yang dapat memberi

keyakinan kepada pengunjung, pada masyarakat di sekitar kawasan ataupun bila

berada di kawasan Kota Iskandar. Ini faktor-faktor yang kita ambil kira supaya

penyediaan auxiliary police, polis komuniti ini bukan pendekatan sekadar melepas

batuk di tangga tetapi ianya benar-benar satu komponen dalam pembangunan Kota

Iskandar yang menyerlah akan kehadiran dan kewujudan. Maka kita harapkan supaya

kewujudan auxiliary police ini akan benar-benar dapat menjaya dan merealisasikan

program bandar selamat ini. Sebagaimana yang ternyata di dalam Bajet 2012 kita.

Jadi pada akhirnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita mendoakan mudah-mudahan

Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat pada 8 hari bulan yang lalu.

Page 160: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

160

Insya-Allah akan menjadi suatu kekuatan kepada Kerajaan Barisan Nasional, akan

menjadi suatu pendekatan yang dapat meyakinkan rakyat dan menafikan apa juga

persepsi negatif yang cuba digambarkan oleh pihak pembangkang. Terima kasih,

Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Terima kasih Yang Berhormat Benut. Perbahasan diteruskan lagi.

Jemput siapa nak berucap. Ha, Senai.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Selamat pagi. Salam Sejahtera. Terlebih dahulu

saya nak ucapkan terima kasih oleh kerana diberikan peluang untuk berucap dalam

Bajet 2012 ini. Satu isu yang saya nak bangkitkan adalah bahawa mengenai setiap kali

banyak isu-isu dibangkitkan setiap kali dalam ucapan khususnya datang daripada

pembangkang. Tetapi saya dapati bahawa bukan semua dijawab oleh kerajaan.

Soal, kenapa tidak dijawab? Sedangkan isu-isu yang terpenting yang ada berkaitan

dengan rakyat. Satu contoh dalam mesyuarat yang lalu, saya ada bangkitkan satu isu

yang agak penting dari segi kepentingan awam, iaitu pengambilan tanah daripada

sebuah syarikat swasta dengan pampasan yang dibayar oleh kerajaan RM29 juta

sedangkan syarikat yang membeli yang sama dalam tempoh satu bulan dengan

harga begitu rendah RM8 juta, kenapa? Apa sebabnya? Jikalau tidak ada

penyelewengan apa dia? Sama ada, ada kepimpinan di sini disiasat oleh MACC.

Setahu saya perkara ini dalam siasatan. Dan saya rasa pihak kerajaan harus

menjawab. Kenapa tidak dijawab? Saya harapkan Yang Amat Berhormat Menteri

Besar harus menjawab dakwaan ini.

Satu isu lagi yang saya nak disentuh serba sedikit mengenai Bajet 2012 ini. Kadang kala

kami diserang oleh kerana bangkitkan isu muflis. Memang saya tak cakap Negeri

Johor akan, sudah muflis. Tapi sekarang kita bandingkan dengan Pulau Pinang,

kewangan reserve dengan izin, adalah RM1.2 bilion, tetapi di Negeri Johor ini tak

sampai 20 peratus wang reserve, sedangkan kita di Negeri Johor ada sumber-sumber

semula jadi dan sumber manusia yang begitu amat yang jauh lebih baik daripada

Pulau Pinang.

Y.B. Dato’ Speaker : Kalau simpan duit pun tak bagus juga Yang Berhormat. Johor

banyak dia keluarkan duit untuk membangunkan. Ha, yelah itu mungkin stail dia. Dia

tak simpan duit. Ok, ok, jemput.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Maksud saya, jawapan adalah jelas. Salah

pengurusan, kewangan atau ekonomi Negeri Johor, berbanding dengan negeri-negeri

yang diperintah oleh pembangkang.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat tak dengar ADUN sana pembangkang cakap

pulak ya. Ha, yalah, biasalah tu.

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tanya

dia, di Pulau Pinang tu, kerajaan dia satu rumah murah pun tak bina, kerajaan dia tak

belanja sebab itu dia ada ...

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’...

Page 161: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

161

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Bukit Batu, dia tengah berucap tak apalah.

Kalau dia salah... ni dia nak bercakap tak apalah. Nanti kerajaan jawab. Bukan Yang

Berhormat jawab. Tak apa, jemput, Senai. Biar kerajaan jawab nanti.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, memang

mesyuarat ini mungkin terakhir sebelum PRU yang ke-13. Dalam tempoh lebih kurang 4

tahun ini saya perhatikan bahawa peluang yang diberikan kepada ADUN-ADUN

daripada Pakatan adalah tidak memuaskan. Misalannya Ucapan Tangguhan. Saya,

kalau tak salah saya cuma Skudai dengan saya diberikan sekali untuk sekali dua untuk

berucap tangguhan, selepas itu dinafikan semua sekali. Atas masalah teknikal yang

mana dicabar, jadi saya harap jikalau kami masih boleh bersama dengan semua yang

di sini pada selepas PRU yang ke-13, maka lebih ruang masa diberikan demi atas

keadilan.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat bila sentuh Ucapan

Penangguhan, Yang Berhormat tak boleh tuduh terus, tak adil. Yang tak adilnya kalau

tak ikut Peraturan, tak ikut dalam Undang-Undang Peraturan Dewan. Dia buat tu ada

dalam Peraturan, memanglah saya bersetuju Yang Berhormat memang tak puas

hatilah kerana tak pernah ada. Ini Yang Berhormat, dalam Peraturan itu, dulu tak ada

Ucapan Penangguhan dan tak ada tegur. Bila ada Yang Berhormat buat Ucapan

Penangguhan, ahli-ahli parti lain semak balik Peraturan. Bila dalam Peraturan ada, tak

boleh 5 orang. Makna bila 6, hendaklah undi secara bersurat, itu dalam Peraturan.

Kalau dalam Peraturan tak sebut, kuasa main gasak, itu tak adil. Sebab itulah dalam

Peraturan, surat khabar- surat khabar ni kena sebut, yang perkara ini tidak ikut

Peraturan.

Yang Berhormat seorang Peguam, tahu Undang-Undang dan Peraturan. Tetapi bila

Yang Berhormat kena, Yang Berhormat kata itu salah. Tapi kalau orang lain, itu betul.

Jadi Yang Berhormat saya, Ucap Penangguhan saya kena terus sebab benda ni

banyak kali Yang Berhormat bangkit. Saya dah terangkan dalam Peraturan tak boleh

5 orang. Kalau 7 orang Yang Berhormat jadi Speaker, nak buat apa? Takkan Yang

Berhormat nak langgar Peraturan? Saya berbalik kepada Peraturan yang dibuat oleh

pihak Jurutulis. Jadi, ini tak bolehlah tuduh kata tak adil. Ya, ni Johor ni kira adil,

berucap pun bebas, tak kira masa, lebih lama daripada negeri lain. Negeri lain 3 hari,

2 hari aja. Johor aja kadang sampai 14 hari, ha, ni bagi pagi, petang, pagi, petang, 7

hari. Ok, sambung ya. Jangan kata tak adil aja. Adillah sikit.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, maksud saya

tafsiran atau terjemahan tu yang Peraturan itu adalah diragui maksud saya.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, LA, kita ada minta pandangan Penasihat

Undang-Undang Negeri. Negeri Pulau Pinang ke, negeri pembangkang pun ada

Penasihat dia. Dia akan rujuk kepada Penasihat. Bila Penasihat beri pandangan, kena

ikutlah. Termasuk jugak ucapan kita ni, bukan kita langgar sendiri. Jurutulis maklumkan

kepada Penasihat Negeri dari segi undang-undang tafsiran, dia dalam tafsiran

begitulah, dalam Mahkamah pun begitu. Silap sikit boleh jadi lepas. Tak silap kadang,

tak lepas, biasalah Yang Berhormat. Yang kecik-kecik ni tak payahlah. Dalam ucapan

sebutlah apa nak ucap ya. Ok. Tak payah ulanglah penangguhan ni.

Page 162: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

162

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Satu isu saya nak bangkit mengenai ini Bajet,

mengenai pelaburan, surat khabar Johor Wing Big Money dengan izin, Star juga,

daripada Negeri Johor, China terhadap Iskandar Malaysia, jadi saya tanya, setakat ini

sejauh mana kejayaannya? Benarkah Negeri China. Setahu umum, Negeri China

sekarang adalah sebuah negara yang amat pesat dengan perkembangan

ekonominya, saya nak tahu. Juga bagi pelaburan usaha sama di antara Khazanah

Nasional Berhad dengan Singapura, Tasik Holdings, kalau Iskandar juga, saya nak tanya

pada Kerajaan Negeri, apakah jenis pelaburan jumlahnya yang terlibat? Sejauh mana

kejayaannya juga? Mungkin Legoland misalannya, Legoland merupakan satu Theme

Park dengan izin, di Nusajaya, tapi difahamkan bahawa yuran kemasukan, admission

fees, dengan izin, adalah dalam lingkungan bagi orang tempatan RM140.00 bagi

dewasa dan kanak-kanak RM110.00. Soal, kesanggupan membayar, khususnya bagi

keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah.

Jadi, di Nusajaya ini setahu saya setakat ini cuma satu tempat hiburan sahaja,

Legoland tak ada gunanya bagi masa hadapan yang panjang. Macam mana jikalau

pelawat-pelawat pergi Nusajaya cuma melawat Legoland, dengan keadaan begitu

tinggi sekali. Sama ada, ada wujudnya kemudahan yang lain, tempat hiburan yang

lain. Takkan keluarga sekali kalau sebegini cuma satu tempat sahaja untuk hiburan.

Saya rasa setiap kali satu keluarga melawat sekali, maka selepas tu tidak akan

berkunjung ke situ. Jadi saya harapkan kita jangan cuma setiap kali kata Legoland,

Legoland, harus ditambahkan jenis ataupun ...

Y.B. Dato’ Speaker : Oh. Dia baguslah, tapi tambah lagi lah. Ha, oklah.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Dan, saya juga berharap pihak Kerajaan Negeri

boleh menyebabkan penurunan yuran kemasukan, RM140.00 memang di luar,

termasuk saya, mungkin saya pun tak sanggup nak bayar RM140.00 bersamaan

dengan 2, 3...

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat memang tak boleh masuk, dah berumur. Ini

budak-budak aja.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Lagi satu, dalam mesyuarat yang lalu saya ada

bangkit mengenai penyeludupan pasir. Kali ini saya nak menyentuh isu sensitif kepada

pihak yang berkenaan. Penyeludupan ini kali ini bukan pasir, kuari, batu batan. Saya

difahamkan bahawa setiap kali lebih kurang di antara 500 hingga 1,000 lori treler

masuk mengeksport kuari batu batan ke Singapura. Tapi muatan dia, adalah

terkurang ikrar dengan 30 tan, maksudnya over loading by, dengan izin, 30 tan.

Mereka menggunakan dua set borang. Satu borang yang menunjukkan muatan yang

sebenar, bagi tujuan dituju kepada pelanggan di Singapura, satu set borang adalah

bagi tujuan pengikraran dibuat kepada pihak Kastam. Dengan ini saya difahamkan

sekarang dalam tempoh 26 hari, sejumlah, sebilangan, sejumlah 1,000 buah lori treler

masuk ke Singapura untuk pengeksportan kuari, maka kehilangan royalti dan juga

cukai levi yang berkenaan adalah sampai RM8 juta dalam tempoh 26 hari. Saya

harap kerajaan boleh berikan penjelasan. Selain daripada itu, jalan-jalan kita adalah

tidak, keselamatan jalan kita, keadaan jalan kita adalah terancam oleh kerana over

loading, dengan izin ...

Page 163: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

163

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, dalam kes kuari ni masuk

Singapura, maklumkan secara umum siapa yang salah? Orang yang bawak kuari tu

salah ke, Kastam salah ke, sebab dia ni tak dapat nak menjawab. Jadi saya pada

pendapat saya, kalau Yang Berhormat cukup bukti, Yang Berhormat pergilah kepada

PSRM. Yang Berhormat bawak senarai Yang Berhormat semua, ni borang tipu, ini

borang tak betul. Yang Berhormat pakat dengan PRSM. PSRM dia tak kira siapa.

Sesekali pergi pejabat, menghendap kat mana Yang Berhormat cadangkan dia. Dia

tak boleh cakap secara umum. Sebab ini Yang Berhormat, kadang melibatkan

pemandu lori ke, pekerja ke, jadi dia ni, boleh jadi dia betul. Saya tak tahulah. Yang

Berhormat pergi ke PSRM, tunjuk kepada PSRM ni, ini menyeleweng. So, dia boleh

tangkap on the spot.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dato’

Speaker, PSRM itu apa?

Y.B. Dato’ Speaker : Suruhanjaya ...

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : SPRM.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak apalah, tulah. Allah, ngada-ngada pulak engkau. (Dewan

ketawa).

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, maksud saya...

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, Yang Berhormat report kali baik.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Kawalan, pengawasan, itu masalah dengan...

Y.B. Dato’ Speaker : Hei tak, itu penyelewengan, dia salah kalau dia buat begitu.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ini masalah dengan, ini memang lori masuk, tak kan

tak boleh timbang. Timbang kita boleh mengesan penyelewengan...

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, itu tadi saya kata, boleh tak satu hari Yang

Berhormat diam-diam, Yang Berhormat pergi pejabat Badan Pencegah Rasuah,

senangkan kan, tersilap lagi, bawak dia Yang Berhormat tengok, jadi besok ha, kalau

betul Yang Berhormat dapat menangkap, tahniahlah. Tapi kalau secara umum, jadi

orang yang dengar ni pun, eh, ya, ya tak, pasal tak ada berlaku. Kes-kes begini berat,

kerana menuduh ada penyelewengan berlaku. Pada hal mungkin orang tu tak buat.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, nak

mintak penjelasan.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, tak boleh.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Nak mintak penjelasan sikit.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat.

Page 164: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

164

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Penjelasan sahaja. Penjelasan.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak, Yang Berhormat tak boleh penjelasan, sebab...

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Dengan ...

Y.B. Dato’ Speaker : Oklah, tak apalah. Yang Berhormat, Senai.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Saya nak tanya, dulu Yang

Berhormat ni bekas Pegawai Kastam. Masa Yang Berhormat ni Pegawai Kastam,

banyak tak tangkapan-tangkapan yang dibuat oleh Yang Berhormat ni? Terima kasih.

(Dewan ketawa).

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ya setuju, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya

bekas Penguasa Kastam.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, Yang Berhormat Kastam ya. (Dewan ketawa).

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ya, saya mengesan banyak penyelewengan-

penyelewengan berlaku dalam jabatan.

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan, adakah Yang Berhormat. Bukan, Yang Berhormat... bukan.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Sebab itu saya letak jawatan.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat Senai, Yang Berhormat Senai,

Yang Berhormat bekas pekerja Kastam. Yang Berhormat menuduh keseluruhan Kastam

ni rasuah, tak kenalah, tak payahlah. Yang Berhormat dah berhenti barangkali dapat

rezeki yang baik, jangan dah berhenti Kastam tak baik, boleh jadi Yang Berhormat pun

terlibat sama dalam tu, kita pun tak tahu. Maknanya orang boleh tuduh, dia pun

takut, dia kena berhenti.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Saya ingat dia dah buat,

lepas tu dia lari.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah. Ok Yang Berhormat.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Maksud saya, isu ini saya bawak, saya harap pihak

kerajaan jawab. Jawab.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah saya tahu.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Jawab sebagaimana yang boleh.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, cakap ada tak berlaku? Jadi cakaplah.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Satu isu yang saya nak bangkit juga, adalah

mengenai masalah perjudian yang dilakukan di bagai tempat, pusat hiburan

Page 165: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

165

dikatakan keluarga, tapi sebaliknya bukan. Wujudnya terdapat on line gaming

terdapat slot machine, ini bukan saya, saya ditujukan sebagai ADUN di Senai, surat

aduan yang panjang lebar, daripada seorang yang tak ada penanda tangan, siapa

saya tak tahu, tapi panjang lebar.

Y.B. Dato’ Speaker : Kalau tak di tandatangan ...

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ini ada satu masalah sosial yang akan mengancam

apa, dikatakan anak kita sering berkunjung ke situ tempat. Jadi saya harap sejauh

mana Polis dalam mengambil tindakan.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak, Yang Berhormat lepas ni pergi ke Balai Polis lah, jangan sebut

nama. Tak ada. Selalu surat layang ni tak pakai.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ini satu pengetahuan umum. Siapa-siapa tahu.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, tempat dia. Yang Berhormat tahu tempat dia? Tempat?

Tempat.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Saya tak mahulah. Sasarkan tempat nanti saya,

keselamatan saya terancam pulak. (Dewan ketawa).

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Bila yang ini, Yang Berhormat takut pulak. Tak ke

susah orang. Ha, yelah. Oklah.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Lagi satu isu...

Y.B. Dato’ Speaker : Lagi satu aja.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Mengenai isu tempatan, dalam kawasan Kulaijaya,

Parlimen terdapat sejumlah 200,000 penduduk-penduduk kaum Cina. Tetapi di situ,

setakat ini cuma wujudnya 6, 7 buah sekolah jenis kebangsaan, sekolah rendah jenis

kebangsaan Cina. Jadi sama ada, jadi soalan ini dituju kepada EXCO yang

berkenaan, pelajarankan, sama ada sekolah, bilangan sekolah boleh ditambah dalam

tempoh masa katakan 5 tahun, oleh kerana sekarang sekolah-sekolah yang sedia ada

tidak boleh menampung lagi bilangan penambahan bilangan pelajar, jadi isu yang

penting, oleh kerana setiap kali pihak NGO Cina tanya kenapa sekolah-sekolah

kebangsaan boleh menambah dengan begitu pesatnya bilangan tetapi bagi sekolah-

sekolah rendah jenis kebangsaan tidak boleh. Ini satu masalah yang amat penting.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha yalah. Mintak tambah ajalah.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Beberapa dekad 30, 40 tahun sudah berlarutan,

tidak ada penambahan.

Y.B. Dato’ Speaker : Betul, Yang Berhormat?

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ini semacam kaum Cina dipinggirkan.

Page 166: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

166

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat ni ...

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Saya rasa MCA bersetuju dengan saya sebenarnya

isu ini.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak, dia Yang Berhormat, Yang Berhormat ni tak boleh cakap

bahasa macam itu. Seolah kerajaan zalim. Bermakna Sekolah cina, ini kerajaan beri

peruntukan banyak, tambah sekolah banyak, macam-macam cara buat. Janganlah

secara umum aja, ha ini singkirkan kaum ini, itu dah jadi macam satu perkara tak

eloklah Yang Berhormat. Cakap, minta tambah, tambah, tapi jangan keluarkan

bahasa dianaktirikan, disingkirkan. Jadi nanti orang Melayu pun kata, Ha, gini, Cina

begini, jadi macam, parti semua nak gaduh ajalah. Kecoh, negara tak aman tak

boleh Yang Berhormat. Kalau ada isu-isu yang agak boleh membangkitkan perasaan,

minta ni, kerajaan. Banyak MCA, saya ikut pergi dialog, dia tambah, kerajaan tambah

sekolah, beri tambah duit, beri tambah peruntukan. Tapi Yang Berhormat bila Yang

Berhormat cakap bahasa yang tak sedap di dengar, jadi isu lain. Jemput Yang

Berhormat.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Satu isu mengenai pemasangan di Kulaijaya di sini ,

bandar Kulaijaya eloknya terpasang 33 buah kamera CCTV, beberapa tahun ada 2

yang terdahulu, tapi sama ada ini ada kesan mengurangkan kadar jenayah. Itu tak

tahu, setahu saya, kurang. Jadi sama ada ini CCTV masih berfungsi tak atau sudah

terosak tanpa repair, kerja-kerja pembaikan. Maksudnya wujud atas, atas kelihatan

aja, tetapi tidak ada kesan untuk memantau apa-apa itu saya nak tuju. Saya

diberikan maklumat kenapa tidak fungsi. Jadi setiap kali...

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya

cabar dia pergi buat sesuatu yang tak baik di depan CCTV tulah. (Dewan ketawa).

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat dahlah. Ok Yang Berhormat masa dah cukup.

Dah 20 minit.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Lagi 1, 2, isu lagi.

Y.B. Dato’ Speaker : Satu aja.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ok, satu lagi. Ok, berkenaan dengan Rumah

Pangsa Kulai di Jalan Lengkongan Kulai, kenapa sampai sekarang masih tiada geran

rumah diserahkan kepada para pemilik rumah pangsa berkenaan sedangkan rumah

pangsa berkenaan telah kurang lebih 30 tahun dibina atau diduduki oleh para

pemiliknya. Apakah punca faktor atau penyebab utama yang menyumbang kepada

kelewatan geran rumah tersebut untuk...

Y.B. Dato’ Speaker : Oh dah habis bayar? Bayar dah habis.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Itu satu isu. Lagi satu dengan kata-kata inilah saya

berakhir dengan ucapan sekian terima kasih.

Page 167: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

167

Y.B. Dato’ Speaker : Saya baru nak tanya, dah habis bayar? Kalau dah habis bayar

bermakna geran akan keluarlah, kalau belum habis bayar geran tak akan keluar.

Yang Berhormat terus berhenti ha yelah. Bagus juga, ah, ah. Siapa lagi nak berucap?

Lambat nak bangun berucap... tangguh kang. (Dewan ketawa).

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Selamat pagi, salam 1 Malaysia. Yang

Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas peluang

yang diberikan untuk turut serta membahaskan Bajet Negeri Johor bagi tahun 2012.

Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah

membentangkan satu Bajet yang cukup komprehensif, merangkumi semua sektor dan

memberi faedah kepada semua lapisan rakyat di Negeri Johor. Dengan anggaran

hasil sebanyak RM825.9 juta dan perbelanjaan sebanyak RM8.24 juta, Kerajaan Negeri

akan dapat menguruskan pentadbiran Negeri Johor dengan mengadakan

rancangan-rancangan, program-program yang boleh dinikmati oleh rakyat Johor

menepati tema Bajet 2012 ‘Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat’ Kita tak

tahu kalau pihak Pakatan Rakyat juga ada menyediakan Bajet 2012 sebagaimana

Bajet 2012 bagi Negeri Johor, seperti mana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di

Parlimen Malaysia. Kita pun tunggu-tunggu juga, tapi sampai hari ini belum lagi

diedarkan kepada kita semua.

Kerajaan Negeri Johor dengan bantuan Kerajaan Persekutuan telah dapat

menyediakan rangkaian jalan raya termasuk persimpangan-persimpangan bertingkat,

terutama di Iskandar Malaysia sehingga pada hari ini kesesakan jalan raya dapat

dikurangkan dan dapat merancakkan lagi kegiatan ekonomi di Negeri Johor.

Kemudahan-kemudahan di bandar ini perlu diseimbangkan dengan kemudahan

infrastruktur di luar bandar, supaya rakyat terbanyak juga dapat merasai nikmat jalan

yang lebih sempurna di kampung-kampung tradisi.

Panti sebagai mewakili rakyat di luar bandar, mengucapkan jutaan terima kasih di atas

keprihatinan Kerajaan Negeri melalui Bajet 2012 yang menyediakan peruntukan

sebanyak RM150 juta bagi melebarkan dan menaikkan taraf jalan-jalan kampung

dalam tempoh 3 tahun mulai tahun 2012. Dalam usaha-usaha Kerajaan Negeri

merancakkan kegiatan ekonomi di seluruh Johor, mewujudkan kek ekonomi yang

cukup besar, kita tidak mahu ada golongan yang tercicir atau terpinggir. Kita mahu

supaya kek yang besar itu dapat dinikmati dan diagihkan secara adil, jangan sampai

ia hanya dapat dinikmati oleh segelintir golongan yang berkepentingan sahaja.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Panti menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk

menjadikan industri akuakultur sebagai salah satu industri yang dapat melonjakkan

pendapatan nelayan di Johor. Kawasan Sedili Kecil, dia bukan kawasan saya ...

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, saya tahu tu. Kenapa Yang Berhormat nak cakap?

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Kawasan Yang Berhormat Sedili.

Page 168: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

168

Y.B. Dato’ Speaker : Dia tak nak cakap ye?

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Tak tahu lah. Yang telah dikenal pasti

sebagai kawasan yang boleh dimajukan untuk industri ini adalah merupakan kawasan

yang memang kawasan nelayan dan kegiatan akuakultur secara kecil-kecilan telah

sedia ada. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk membuat kajian

menyeluruh untuk menentukan kesesuaian kawasan Sedili Kecil ini bagi tujuan industri

akuakultur supaya risiko yang ditanggung oleh pelabur-pelabur dapat diminimizekan.

Kalau kita ingat beberapa tahun yang lalu Kerajaan Negeri Johor telah juga mengenal

pasti kawasan Sungai Pulai sebagai pusat industri akuakultur, tetapi sehingga sekarang

ia tidak kelihatan dapat dimajukan. Oleh itu, kita mahu supaya pada kali ini dia dapat

dimajukan dengan sempurna, dan keputusan-keputusan dalam tempoh yang

munasabah perlu diberikan kepada pelabur-pelabur supaya mereka tidak lari kerana

lama sangat menunggu.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh mengenai penubuhan

Lembaga Perumahan Negeri Johor. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan

Negeri Johor yang berusaha menubuhkan Lembaga ini yang akan menjadi satu

badan perancang dan penyelaras pembangunan industri perumahan di Negeri Johor.

Kita mengharapkan dengan adanya Badan ini nanti, industri perumahan di Johor akan

dapat berkembang maju dan tumbuh dengan lebih sihat. Kita juga mengharapkan

masalah-masalah yang selalu berlaku terutama yang melibatkan soal-soal rumah

lambat siap untuk diserahkan kepada pembeli, rumah-rumah yang cacat, tidak

mengikut speks, rumah terbengkalai, masalah management corporation dan lain-lain

masalah dapat dikendalikan oleh Badan ini dengan lebih sempurna lagi.

Kita menyokong penuh peruntukan besar yang diberikan untuk membina sekolah-

sekolah agama di seluruh Johor dan perbelanjaan besar membayar gaji guru-guru

agama di Johor, tapi yang sama penting perlu kita perhatikan ialah kualiti pelajar-

pelajar yang dihasilkan dari sistem sekolah agama kita itu. Pada masa sekarang anak

kita di darjah 1 sekolah kebangsaan juga belajar di darjah 1 di sekolah agama dan

mereka tamat Darjah Khas dalam usia yang begitu muda, jadi dari segi ilmu, anak-

anak kita mempunyai ilmu yang cukup tetapi dari segi amalinya mereka kurang

menghayati ilmu yang mereka pelajari kerana kes-kes, ada kes-kes di mana pelajar-

pelajar kelulusan Darjah Khas sendiri tidak dapat mengambil air sembahyang dengan

sempurna.

Saya mencadangkan supaya satu kajian mengenai keberkesanan kurikulum dan cara-

cara pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah agama Johor dibuat bagi

menambahbaikkan sistem dan peraturan-peraturan yang sedia ada sekarang ini agar

kita akan dapat faedah yang lebih besar daripada program yang kita laksanakan ini.

Saya juga cukup tertarik dengan langkah Kerajaan Negeri untuk menganjurkan

Karnival Belia Islam bertujuan untuk mendekati golongan remaja Islam dengan tujuan

untuk mendekatkan lagi mereka dengan cara-cara kehidupan Islam.

Usaha-usaha lebih kreatif dan inovatif untuk mendekati golongan remaja ini perlu

dibuat dengan lebih teliti dan berhemah dan pegawai-pegawai yang mengendalikan

program ini perlu lebih terbuka agar program ini betul-betul dapat menarik minat

Page 169: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

169

golongan muda dengan cara-cara yang boleh diterima oleh mereka, asalkan tidak

bertentangan dengan akidah. Jika pendakwah-pendakwah Kristian boleh menarik

golongan muda dengan memberikan kemudahan-kemudahan golongan muda,

bermain bola sepak, sepak takraw, badminton, futsal atau sebagainya. Mengapa kita

tidak gunakan pendekatan yang sama untuk menarik golongan muda untuk mereka

berjinak-jinak dahulu dengan Islam.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, anggota perkhidmatan awam adalah merupakan

komponen penting di dalam kerajaan untuk menentukan bahawa segala polisi,

perancangan, aktiviti, program dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kita

mengucapkan jutaan terima kasih kepada penjawat-penjawat awam yang telah

memberikan perkhidmatan yang cukup cekap dan cemerlang sehingga program-

program dapat dilaksanakan dengan sempurna untuk dinikmati oleh rakyat.

Pihak Pembangkang merancang untuk mengurangkan anggota perkhidmatan awam

yang ada sekarang, jika mereka memerintah. Mesej ini perlu difahami oleh seluruh

penjawat-penjawat awam. Kerajaan pula memberikan layanan yang adil kepada

penjawat-penjawat awam. Termasuk memberikan bonus dan mengemukakan skim

perkhidmatan yang lebih attractive di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam.

Walaupun tidak sebesar bonus yang diberikan oleh kepada penjawat-penjawat awam

di negara jiran, sebagaimana yang dinyatakan oleh ADUN dari Maharani, saya penuh

yakin dan percaya anggota perkhidmatan awam di Johor terutama sekali adalah

merupakan mereka-mereka yang sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana

menerima rezeki dan sentiasa berterima kasih kepada kerajaan kerana memikirkan

ataupun memberikan keutamaan kepada mereka.

Oleh kerana, Yang Berhormat Dato’ Speaker, senario kita adalah berbeza dengan

negara jiran kita, keadaan ekonomi kita juga berbeza, inflasi kita juga berbeza, harga

barang-barang kita juga berbeza, kos sara hidup kita juga berbeza dan taraf hidup

kita juga berbeza. Jadi perbandingan yang diberikan itu adalah merupakan satu

perbandingan yang kurang tepat. Usaha-usaha untuk menambah sumber hasil negeri

perlu dipertingkatkan selain daripada hasil yang dapat dikutip daripada sumber-

sumber yang dicadangkan di dalam Ucapan Belanjawan, saya mencadangkan agar

Kerajaan Negeri berbincang dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan satu

kadar bayaran yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelenggarakan

sungai-sungai, parit-parit, tali air, ban atau lain-lain sebagaimana Kerajaan Negeri

memperoleh sumbangan MARRIS untuk menyelenggarakan jalan-jalan.

Akhirnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin membawa masalah di kawasan

Panti. Projek tebatan banjir Sungai Kemang, projek ini telah disenaraikan di dalam

projek keutamaan di dalam first rolling, Rancangan Malaysia Ke-10, dengan izin. Tetapi

tidak diluluskan. Yang Berhormat Menteri, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah JPS

Johor telah melawat projek ini dan memang mengakui ia amat perlu dilaksanakan

bagi mengelakkan banjir berlaku bukan sahaja di kawasan Taman Kemang dan

taman-taman yang berjiran, tetapi juga taman-taman yang termasuk di luar daripada

kawasan Panti iaitu Johor Lama kerana air dari Sungai Kemang ini akan melimpah ke

bandar Kota Tinggi, masuk juga ke kawasan Dewan Undangan Negeri Johor Lama.

Peruntukan sebanyak RM10 juta diperlukan dan saya memohon supaya dapat

dilaksanakan dengan segera.

Page 170: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

170

Yang kedua, terima kasih kepada JKR telah menyiapkan Jalan Tiram ke Kota Tinggi,

double carriageway dengan izin. Yang perlu sekarang ialah JKR perlu

menyelenggarakan permukaan jalan yang setengah-setengah spot begitu teruk

dengan lubang-lubang dan permukaan yang tidak rata. Ditambah pula dengan cat-

cat di atas jalan yang tidak dibuat dengan sempurna.

Y.B. Dato’ Speaker : Dari mana tu Yang Berhormat, jalan tu, yang teruk tu?

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Ada beberapa tempat di sepanjang jalan

antara Tiram dengan Kota Tinggi.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh tu yang nak pergi Kota?

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Penyelenggaraan terutama sekali resurface

kawasan permukaan jalan tu. Terutama sekali di PULADA, di simpang Kota Tinggi –

Kulai dan beberapa kawasan.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh Yang Berhormat selalu lalu situ eh?

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Hari-hari 3,4 kali lalu Dato’.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha yalah. Ada matlamat dialah. Ha ok. Dah habis?

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Dato’ Speaker kacau tadi, dah hilang dah.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, sikitlah tanya kat mana.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Jadi garis-garis tu tidak di selenggara dengan

baik sehingga kadang-kadang mengelirukan pengguna-pengguna jalan raya

sehingga melibatkan kemalangan termasuk kemalangan maut Dato’ Speaker. Jadi,

oleh kerana ada dalam bajet tahun 2012 mengenai dengan penyelenggaraan muka-

muka jalan ni, saya memohon supaya pihak JKR memasukkan dalam program

penyelenggaraan jalan pada tahun 2012 supaya saya sebagai DUN Panti, Datuk ADUN

Tanjung Surat, Sedili, Johor Lama, Penawar dapat sama-sama merasai jalan yang lebih

sempurna.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah bukan Dato’ seorang eh, ramai ADUN lain yang lalu eh.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Selesa. Termasuklah ADUN-ADUN yang

datang daripada Mersing. Yang Berhormat Dato’ Speaker pada peringkat-peringkat

akhir hayat kita berkhidmat sebagai ADUN…

Y.B. Dato’ Speaker : Eh macam lain macam jek.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Sebagai Ahli-Ahli Dewan, saya penuh yakin

dan percaya terutama sekali Ahli-Ahli Dewan dari Barisan Nasional kita telah mencuba

sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang paling baik. Dan, kita anggap

bahawa itu adalah merupakan ibadah kita pada Allah SWT. Tapi, kita pun janganlah

Page 171: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

171

dalam Dewan yang mulia ini macam-macam kita cakap ye. ADUN dari Skudai

menganggap kalau kita berkaraoke nanti biasa mencuri. Adakah ini satu kenyataan

yang baik dan saya pun tahu ada juga pemimpin-pemimpin DAP yang berkaraoke.

Adakah mereka itu juga boleh dianggap sebagai pencuri sebagaimana DUN

Penggaram yang kata DUN Skudai suka berkaraoke. Adalah lebih baik kita releasekan

kita punya pressure ni, dengan izin, di karaoke-karaoke daripada kita menyalurkan

sesuatu itu kepada tempat-tempat…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat suka karaoke?

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Tuan Pengerusi saya tak pandai nak

bernyanyi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ya?

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Nyanyi Negaraku dan Lagu Bangsa Johor

saja.

Y.B. Dato’ Speaker : Itu pun tak hafal.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker saya buat penjelasan sikit. Sebab kaki

karaoke itu masa di karaoke lagi, masih orang rumah kena banjir dekat kawasan dia. I

tak sebut nama.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, dia nak balik tak boleh. Macam mana nak buat.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Nak tunjuk muka dia, sila berdiri.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, tak apalah, dia cakap cara dialah.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Ada dalam ucapan bajet, dalam perbahasan

Yang Berhormat Skudai. Saya ikut tu…

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Itu saya cakap, Dato’ Speaker kalau kekurangan

kapasiti sastera dan akademik, janganlah buat malu sendiri.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak adalah, tak apalah. Dia nak nyanyi hal dialah, tak apalah.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Jadi adalah lebih baik berkaraoke daripada

menyalurkan itu ke tempat-tempat yang lain yang tidak baik. Saya juga

mengucapkan tahniah kepada...

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya akuilah Dato’ Speaker…

Y.B. Dato’ Speaker : Dahlah Yang Berhormat.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Berkaraoke itu lagi baik.

Page 172: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

172

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, dia tak salah. Dia tegur daripada ucapan Yang

Berhormat bukan dia salah Peraturan. Dia bahas, hak dialah dia nak bercakap, dia

cakaplah macam Yang Berhormat juga. Bila bercakap, cakap jelah. Asal tak

menyalahi Peraturan.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Nasib baik Yang Berhormat Dato’ Speaker

telah pun bercakap dahulu daripada saya.

Y.B. Dato’ Speaker : Kalau tidak bertumbuk.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Tak ada saya orang yang lemah, lambat

Dato’ Speaker. Saya juga mengucapkan tahniah kepada PAS yang telah dapat

mendakwahkan rakan-rakan seperjuangannya dari DAP. Sehingga sekarang ini, DAP

telah pun faham mengenai dengan konsep Islam termasuklah hudud dan hukum-

hukum syariah sehingga PAS pada ketika pilihan raya nanti tidak perlu lagi menjadikan

hudud dalam dia punya manifesto dalam Pilihan Raya yang Ke-13 nanti. Sekurang-

kurangnya PAS juga telah boleh berdakwah kepada ahli-ahli DAP supaya berkhatan

untuk mengelakkan daripada pasangan mereka dijangkiti oleh penyakit…

Y.B. Dato’ Speaker : HVS.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Kanser pangkal rahim. (Dewan Ketawa). Jadi

ini salah satu cara yang baik.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat macam Pengerusi Agama je cakap. Dah habis

Yang Berhormat?

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, dah lebih?

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Saya Panti menyokong rundingan yang

dibawa oleh Machap.

Y.B. Dato’ Speaker : Terima kasih.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Teruskan lagi, siapa nak berucap?

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Yang Berhormat, selamat pagi, salam

sejahtera dan salam perpaduan, salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana

memberi peluang kepada saya untuk menyertai sesi perbahasan Bajet 2012 yang

bertemakan “Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat” yang telah

dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada hari Khamis, 8

Disember yang lalu di Dewan yang mulia ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada

Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri di atas

pembentangan Bajet 2012 yang sekali lagi bersifat surplus memandangkan faktor

Page 173: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

173

ekonomi dunia yang tidak menentu, lebihan bajet ini bolehlah dikatakan ekonomi

Negeri Johor stabil.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di Dewan yang mulia ini Pulai Sebatang ingin

mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Johor

kerana berjaya menurunkan kadar jenayah terutamanya jenayah jalanan di Negeri

Johor. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu kecurian kenderaan milik warga

Singapura di Negeri Johor yang mana boleh mendatangkan imej kurang baik pada

Negeri Johor. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Ketua Polis Johor dan Polis Johor

kerana berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan cepat. Namun begitu, adalah

difahamkan pemilik kenderaan tersebut tidak mahu menuntut kembali kenderaan

tersebut. Suatu tindakan yang amat pelik. Pulai Sebatang difahamkan daripada

kawan-kawan di Singapura, terdapat sebahagian warga Singapura yang mengalami

masalah kewangan berkaitan kenderaan yang dimiliki akan melupuskan kenderaan

tersebut di Negeri Johor dengan cara menjual atau meninggalkan kenderaannya di

mana-mana kawasan tersembunyi di Negeri Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mereka tidak berani dan malu untuk tukar kenderaan

daripada mewah kepada biasa. Walaupun mereka sedang menghadapi masalah

kewangan. Maka, mereka mengambil jalan mudah bagi menjaga air muka mereka

dengan melupuskan kenderaan mereka di Negeri Johor dengan cara yang salah.

Mereka juga mengatakan bahawa kenderaan mewah sering dicuri di Johor sebagai

alasan untuk mereka menukar kenderaan biasa. Pulai Sebatang difahamkan bahawa

sekiranya kenderaan dilaporkan hilang di Negara jiran, maka pemilik kenderaan

tersebut akan mendapat pampasan insurans kenderaan tersebut dan pas kebenaran

pembelian kenderaan yang bernilai berpuluh-puluh ribu dolar Singapura. Di Dewan

yang mulia ini, dimaklumkan bahawa di Singapura mana-mana warganegaranya

yang ingin membeli kenderaan perlu mendapatkan pas tersebut dengan nilai tertentu

baru dibenarkan untuk membeli kenderaan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di Dewan yang mulia ini, Pulai Sebatang ingin

mengambil kesempatan untuk menyeru pihak berkuasa terutamanya pihak polis agar

mengadakan kerjasama dengan polis Singapura ataupun Interpol bagi membanteras

aktiviti ini yang mana boleh memberikan gambaran bahawa Negeri Johor tidak

selamat untuk dilawati sedangkan mereka inilah yang menyalahgunakan undang-

undang sedia ada untuk kepentingan mereka sendiri. Sebagai jiran dan sahabat yang

baik, adalah diharapkan pihak Singapura dapat memberi kerjasama dalam mengatasi

masalah ini yang mana ia boleh menjejaskan nama baik Negeri Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain dari pihak keselamatan dan polis, setiap anak

jati Johor mempunyai tanggungjawab untuk menjaga imej Negeri Johor agar

pelancong dan pelabur luar yang datang ke Negeri Johor berasa selesa untuk berada

di negeri ini. Anak jati Johor juga terkenal dengan sikap sopan-santun dan mesra yang

boleh menarik lebih ramai lagi pelancong atau pelabur asing datang ke Negeri Johor.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak

pembangkang yang telah menggores hati rakyat Johor. Kenyataan yang jelas tanpa

fakta yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dengan jelas bertujuan untuk

merosakkan nama baik Negeri Johor.

Page 174: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

174

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau

Pinang itu adalah merupakan kenyataan yang keluar dari mulut seorang anak jati

Johor yang lupa diri sehingga sanggup menjejaskan nama baik negeri kelahirannya di

luar negara. Lebih malang lagi…

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang saya tahu, Lim Guan Eng telah pun meminta

maaf, lepas tu cerita tutuplah kalau orang minta maaf. Apa nak cerita lagi?

Y.B. Dato’ Speaker : Apa ni Yang Berhormat?

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Sebab ini kenyataan Yang Berhormat

Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Rakan-rakan..

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat..

Y.B. Dato’ Speaker : Dia tak, dia…

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Kita ingatkan juga, macam ikut cara DAP,

sesuatu isu selalu ditimbulkan berkali-kali, bertahun-tahun Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, oklah teruskanlah. (Dewan Bertepuk).

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, rakan-

rakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ini yang berada di Negeri Johor sepatutnya

memberi penjelasan yang sebenarnya. Sekiranya dia tidak mahu faham kedudukan

sebenar, pihak pembangkang ini sepatutnya kalau tidak suka untuk menjaga nama

baik negeri kelahiran tiada mengapa, tetapi janganlah rosakkan pula..

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, suruh Yang Berhormat..

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : nama baik di luar negara.

Y.B. Dato’ Speaker : Kejap Yang Berhormat.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : …sudahlah. Ini buang masa sahaja.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, kejap, ah.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang

sudah minta maaf pada Tuanku.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, ok.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Apa lagi dia nak buat?

Page 175: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

175

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Nanti saya tutup, Yang Berhormat Dato’

Speaker.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dato’ Speaker, Ini minta maaf itu lain cerita,

sebab orang...

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Kenyataan ini sudah keluar, orang tak lupa.

Sebab itu tak boleh dimaafkan.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat..

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, kejap. Beginilah, ya Yang Berhormat, dalam perbahasan bila

ada parti pemerintah, parti pembangkang begitulah berlakunya, eh. Kadangkala

pihak pembangkang bercakap begitu, kadangkala pihak daripada kerajaan pun

bercakap begitu, jadi Yang Berhormat bercakaplah habiskan.

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Yalah, jangan rosakkan nama kita sama-

sama yang kita tinggal ini di negara, negeri yang kita sayangi dengan kenyataan yang

tidak betul. Sebagai fakta, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kes jenayah di Johor

adalah 161.06 kes lebih rendah berbanding dengan Pulau Pinang di mana bagi setiap

100,000 penduduk di Pulau Pinang, kadar jenayahnya adalah 800.06 kes. Manakala di

Negeri Johor bagi setiap 100,000 penduduk, kadarnya hanyalah 639 kes sahaja. Pihak

pembangkang telah mengeluarkan fakta yang salah.

Ketua Menteri Pulau Pinang telah memohon maaf di dalam surat khabar dengan cara

tidak ikhlas. Dan ini jelas dan nyata menunjukkan sikap Ketua Menteri itu yang tidak

bertanggungjawab dan tidak ikhlas dalam tindakannya dan hanya pandai dalam..

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Apa maksudnya tidak ikhlas? Tak patut cakap

begitu. Its’ not fair, it’s not fair.

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Dato’

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dalam soal ini, dia tidak boleh salahkan

Ketua Menteri Pulau Pinang.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, Dato’ Speaker,

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : ….DAP jangan risau kalau tidak ada salah,

jangan takut.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dato’ Speaker, saya minta...

Page 176: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

176

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ini bukan Dewan Pulau Pinang.

Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Ha, jangan takut.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Kalau hendak, letak jawatanlah Yang Berhormat,

bukannya takut.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok, ok.

Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Ha, buat yang betul-betul percaya.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok Bentayan, duduk.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Saya minta Pulai Sebatang buat

appointment dengan Tuanku, eh.

Y.B. Dato’ Speaker : Bentayan, dah duduk.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Buat appointment dengan Tuanku, kalau dia

cakap tak ikhlas, kita boleh jumpa.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Bentayan, duduk.

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Saya, Yang Berhormat pun duduk jugalah?

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Dia macam cabar dalam Peraturan tu.

Y.B. Dato’ Speaker : Ya, tidak, Yang Berhormat duduk.

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Saya minta dia tarik balik yang apa yang

dia cakap tu.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah. Ok, Yang Berhormat .

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ketua Menteri Pulau Pinang sudah minta

maaf.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Bentayan, duduk. Ha, teruskan.

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, di Dewan

yang mulia ini, Pulai Sebatang ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri

atas pembangunan pesat Projek Pembangunan di Johor Timur dan Wilayah Iskandar.

Namun, sebagai sebuah daerah yang berdekatan dengan Pusat Bandaraya Johor

Bahru, Pulai Sebatang ingin bertanya, apakah rancangan yang akan dilaksanakan

oleh kerajaan yang melibatkan daerah Pontian secara langsung supaya penduduk

Page 177: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

177

daerah Pontian ini dapat bersaing dengan pembangunan yang berada di sekitaran

ini.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, masa.

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Ha, sikit lagi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha.

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : 13 minit total sekali, Yang Berhormat.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh, last eh.

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, DUN Pulai

Sebatang merupakan kawasan yang mempunyai banyak kampung, yang mana

terletak di luar kawasan pentadbiran PBT. Memandangkan keadaan ekonomi Negeri

Johor yang stabil, hasil pendapatan pertanian juga telah bertambah dan rumah-

rumah di kawasan kampung juga semakin bertambah. Inilah telah menimbulkan isu

masalah sampah yang juga semakin bertambah. Akibat daripada pertambahan

penduduk di kawasan kampung, Pulai Sebatang ingin bertanya, apakah tindakan

kerajaan untuk mengatasi masalah sampah-sarap dan alam sekitar di kawasan

kampung memandangkan pengurusan sampah-sarap ini adalah di bawah kuasa PBT.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Pulai Sebatang ingin mengucapkan tahniah kepada

kerajaan kerana telah memperuntukkan peruntukan berjumlah RM150 juta bagi

menaik taraf dan melebarkan jalan-jalan kampung di seluruh Negeri Johor bagi

tempoh 3 tahun. Memandangkan daerah Pontian merupakan satu daerah yang

mempunyai 400 lebih buah kampung-kampung, adalah diharapkan agar Daerah

Pontian ini mendapat keutamaan dalam pemberian peruntukan tersebut.

Y.B. Dato’ Speaker : Hhmm.

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan

tekad 1 Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan tema Bajet 2012

‘Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat’, maka menjadi harapan Pulai

Sebatang agar pihak yang berkenaan memberi perhatian dan pertimbangan yang

sewajarnya terhadap cadangan saya yang saya kemukakan.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha..

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Dengan ini, saya menyokong rundingan

yang dibawa oleh Ahli Yang Berhormat daripada Machap. Sekian, terima kasih.

(Dewan bertepuk).

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, perbahasan diteruskan lagi, jemput. Hmm...

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, selamat sejahtera,

salam perpaduan, salam 1Malaysia saya ucapkan kepada semua sidang Dewan.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’

Page 178: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

178

Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet Negeri

Johor bagi tahun 2012 di Dewan yang mulia ini. Bajet yang dibentangkan pada

sidang Dewan yang mulia ini oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar..

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, panas terik. Saya nak minum teh tarik. Ahli-Ahli

Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan selama 20 minit.

Persidangan ditangguhkan pada jam 11:45 pagi.

Persidangan disambung semula pada jam 12:15 tengah hari.

Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung sekarang,

jemput.

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana

mengizin saya untuk menyambungkan perbahasan di Dewan yang mulia ini. Yang

Berhormat Dato’ Speaker, Bajet yang dibentangkan pada sidang Dewan yang mulia

ini oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar merupakan satu lagi bajet yang sangat

realistik, menyentuh aspek-aspek berkepentingan, menambah kesejahteraan rakyat,

sesuai dengan tema ‘Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat’. Ini yang

penting. Kalau simpan sahaja wang itu, banyak-banyak untuk tunjuk sahaja, untuk

syok sendiri sahaja, sedangkan seperti rakan Bukit Batu tadi cakap, satu rumah murah

pun tak buat di negeri itu.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bajet Negeri Johor ini dilihat sebagai satu bajet yang

boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan

perkhidmatan dan sentuhan kepada semua golongan rakyat dalam semua cabang-

cabang pembangunan. 6 strategi yang digariskan untuk perlaksanaan dalam

memantapkan penyampaian melalui beberapa langkah transformasi dan inovasi yang

diutarakan amat meyakinkan bahawa Johor merupakan lokasi istimewa bagi pelbagai

bentuk pelaburan masa akan datang. Ini ditambah lagi dengan perasmian Johor

Premium Outlet oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Nusajaya pada 11

Disember 2011 memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri Johor dalam menjana

ekonomi di Wilayah Iskandar. Dan, kita juga yakin Rancangan Pembangunan Wilayah

Ekonomi Pantai Timur dan Rancangan Pembangunan Hab Petroleum merupakan idea

terbaik bagi mengukuhkan ekonomi Johor.

Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat

Berhormat Menteri Besar yang sentiasa bersikap proaktif dalam memperjuangkan dan

membela nasib rakyat semua peringkat khasnya kepada seluruh rakyat Johor yang

akan mendapat manfaat daripada kemakmuran yang dinikmati. Kesempatan ini juga

boleh menggerakkan Johor ke arah mencapai status negeri maju wawasan negara.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, hasil kebijaksanaan kepimpinan dan proses

pendidikan yang berjaya telah mengubah peralihan taraf pemikiran serta taraf hidup

generasi masa kini. Kita melihat pembangunan prasarana dan fizikal seharusnya

diseimbangkan dengan keperluan pemikiran kelas pertama yang mahukan idea baru

bagi kita mendidik masyarakat ke arah itu. Sudah sampai masanya kita melalui

strategi bajet keempat dan keenam. Menggembleng tenaga secara bersama untuk

Page 179: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

179

meningkatkan keceriaan, taraf kesihatan dan kebersihan khasnya di kawasan-

kawasan PBT, mewujudkan sudut taman permainan, taman rekreasi yang secukupnya

dan sesuai kerana ia jelas akan membuktikan satu kesungguhan kepimpinan Kerajaan

Negeri dalam meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat. Sebagai contoh, di

kawasan saya, lebih 500 orang dewasa yang terdiri daripada beberapa kumpulan

mula membanjiri kawasan terhad di taman dan dataran sejak jam 6 pagi lagi, pada

setiap hari. Dan bilangan ini bertambah bila hujung minggu. Kegiatan ini penting bila

kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan hubungan sosial menjadi satu cara

melepaskan tekanan.

Tidak ketinggalan juga, di taman-taman permainan untuk kanak-kanak yang sedia

ada, juga sentiasa penuh saban hari dengan keluarga muda yang membawa anak-

anak mereka berekreasi pada sebelah petang sehingga ada yang menunggu giliran

untuk bermain tetapi pulang hampa sebab kekurangan kemudahan. Budaya ini

semakin menular ke kawasan-kawasan pinggir bandar dan pekan. Tangkak amat

beruntung kerana kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melihat

keperluan ini sejak dulu lagi dan masalah ini tidak begitu mendesak ketika ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, walaupun begitu, di sini saya ingin menjelaskan masih

ada kawasan atau tanah-tanah kosong yang disediakan pemaju perumahan di

taman-taman perumahan terdahulu yang sehingga kini terbiar dengan semak samun.

Ini kerana, pemaju tidak diberikan syarat untuk menyediakan kelengkapan dan

kemudahan taman permainan seperti mana yang terdapat di Taman Sentosa,

Tangkak. Ini menimbulkan satu kecacatan kepada persekitaran sedia ada. Saya ingin

mencadangkan agar kerajaan mensyaratkan kepada semua pemaju untuk

menyediakan sudut landskap dan taman permainan kanak-kanak atau taman rekreasi

yang lengkap sebagai satu syarat wajib untuk mendapatkan kelulusan menduduki

kediaman, CF.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, selepas keperluan warga dewasa dan kanak-kanak

yang tadi saya sentuh, tidak lupa juga apa yang perlu kita fikirkan hari ini ialah kita

perlu satu pendekatan baru dengan sedikit komitmen untuk mewujudkan pusat-pusat

maklumat, rekreasi, hiburan yang minima dan sukan yang sesuai untuk generasi muda,

khasnya kepada lepasan sekolah dan generasi belia sama ada pada sebelah pagi,

petang atau malam. Mereka perlukan ruang tersebut kerana semua yang biasanya

dikunjungi adalah berbayar. Kumpulan ini sebenarnya perlukan sentuhan sewajarnya

bagi mengelakkan gejala negatif menjadi pilihan mereka. Cadangan untuk

mewujudkan gim rakyat, pusat info remaja atau belia dan juga karaoke pun boleh.

Y.B. Dato’ Speaker : Hhmm.

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Tetapi pasal karaoke ini saya pun tak faham.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat tak faham ke, Yang Berhormat tak pandai nyanyi?

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Kerana, kerana saya ada melalui Internet, ada

satu pakar, profesor, dia dalam laporan dia, kalau seseorang menyanyi..

Y.B. Dato’ Speaker : Hhmm.

Page 180: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

180

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Dengan masa beberapa minit, dia sama dengan

larian 100 meter.

Y.B. Dato’ Speaker : Ya?

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Dia akan membantu circulation of blood, dengan

izinnya, untuk kesihatan. Dan saya tak tahu kenapa karaoke ini, orang yang gemar

karaoke ini, dia sudah jadi disifatkan sebagai pencuri. Tak faham, tak faham. (Dewan

ketawa)

Y.B. Dato’ Speaker : Baguslah.

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Itu sebab, itu sebab semalam saya ada di satu

perasmian di persatuan, mereka nyanyikan karaoke juga dan bila saya beritahu

mereka: ”I cakap, you orang sendiri yang tafsirkanlah. Inilah kata-kata daripada pihak

yang sebelah. Ini bukan hanya perkara ini sahaja. Kita dapati, ada pemimpin yang

sebelah juga berkata, kalau pakaian tak bersopan, biarlah dia dirogol”. Perkataan ini

pun timbul. Itu sebab, saya anggap perkara ini, seperti tadi daripada ADUN Senai,

saya berani cabar dia, seperti ADUN Parit Yaani cabar atas bankruptcy, saya cabar

dia untuk membuat report Polis atas 1,000 lori itu masuk itu, semua orang tak tahu.

Saya agak kalau dia satu Wakil Rakyat yang bertanggungjawab atau satu Wakil

Rakyat untuk rakyat mesti dia tak tunggu sampai sidang Dewan, dia awal-awal sudah

tahu dia pergi buat report. Ini untuk kebaikan, bukan heboh-heboh di Dewan ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga amat yakin dan percaya melalui strategi-

strategi pelaksanaan bajet yang telah digariskan serta hasrat ke arah pembangunan

mampan, semua cabang serta lain-lain kemajuan dalam segala bidang dapat

dicapai dengan usaha sama yang dijalinkan secara berkesan dan progresif. Saya

juga amat bersetuju, agar alam sekitar atau alam semula jadi dijadikan satu daripada

produk baru bagi pelancong-pelancong luar atau tempatan. Usaha perlu digerakkan

dan ditingkatkan dengan strategi yang digariskan melalui skim penggalakan

pelancongan bagi pegawai dan kakitangan kerajaan, pelajar-pelajar universiti atau

sekolah tetapi pelancongan yang sepadan perlu diwujudkan bagi memberi sentuhan

dan nafas baru kepada seluruh produk pelancongan yang ada di Negeri Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pulau, sungai, gunung, pusat kebudayaan, tempat

bersejarah, pantai dan pusat membeli belah yang ada di Johor, semuanya

mempunyai nilai untuk menyumbang kepada kemasukan pelancong-pelancong

dengan sedikit sentuhan yang bercorak kreatif, ceria dan ilmiah. Misalnya, di taman-

taman permainan atau dataran kita, kadangkala kita pun tak tahu apa nama pokok

yang ditanam di sekelilingnya. Bagi menggerakkan rasa cinta kepada alam sekitar kita

patut mulakan dengan melabelkan nama pokok-pokok yang terdapat di taman-

taman atau dataran tumpuan orang ramai. Memang alam sekitar dan alam semula

jadi ini perlu menjadi satu identiti istimewa Negeri Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sepertimana biasa apabila memasuki bulan Disember

setiap tahun kita mesti tidak dapat tidur lena. Khasnya kepada ADUN Barisan Nasional

yang sentiasa prihatin terhadap masalah rakyat, ini kerana pada ketika ini jumlah hujan

Page 181: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

181

yang turun tidak menentu sehingga ada kawasan-kawasan yang dinaiki air, tidak kira

di mana sama ada kawasan kampung, kawasan pertanian atau kebun, kawasan

bandar serta lebih-lebih lagi, kawasan yang berhampiran dengan sungai. Oleh yang

demikian, di kawasan saya juga ada beberapa aduan yang perlu diambil tindakan

segera seperti di kawasan Jalan Panggung Wayang Lama, Lorong 1, Kampung Baru

Dua, kawasan belakang Taman Tangkak di Jalan Naib Long, tak lupa juga kawasan

pertanian dan ternakan di kawasan Tanjung Laboh dan Sialang Dalam. Walaupun

tindakan sementara telah dilaksanakan oleh PBT dan JPS, masalah ini masih berulang.

Untuk itu, kita mohon agar satu pelan jangka panjang disegerakan bagi mengatasi

masalah tersebut.

Y.B. Dato’ Speaker : Kawasan Yang Berhormat ni banjir ke? Banjir tak?

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Banjir.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Kampung-kampung tu.

Y.B. Dato’ Speaker : Dah naik air?

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Belum lagi, belum lagi.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, saya nak tanya Yang Berhormat.

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Yang Berhormat Dato’ Speaker..

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Masa banjir tu dia buat apa, ada berkaraoke tak

masa banjir tu?

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : pada kesempatan ini..

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat ini, yalah.

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada kesempatan

ini, kita mengucap terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Barisan

Nasional yang prihatin dan amat mesra rakyat, lebih-lebih lagi kelulusan Bantuan

Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500.00 kepada semua, kepada ketua keluarga yang

berpendapatan kurang RM3,000.00 sebulan. Kita juga mengucap terima kasih kepada

pihak yang sebelah, yang lebih sibuk dari kita dengan mengedarkan borang itu

kepada orang ramai dan ini menunjukkan tindakan Kerajaan Barisan Nasional ini

memang benar-benar dapat menolong kumpulan sasaran. (Dewan bertepuk) Kalau

tidak, mengapa mereka sibuk-sibuk dalam hal ini. Sikap inilah yang kita nak tengok,

jangan kritik semua yang kita buat, yang baik pun kritik. Kita mesti sokong kerana

Barisan Nasional buat ini semua untuk kebaikan rakyat.

Akhirnya, saya mengucap terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Negeri

di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat..

Page 182: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

182

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Encik Goh Tee Tee (Tangkak) : Menteri Besar dan barisan EXCO yang telah pun

menjalankan tugas, tanggungjawab, amanah yang begitu baik selama ini dan saya

sudahi dengan serangkap pantun, pucuk pauh delima batu, anak sembilang di tapak

tangan, Barisan Nasional bekerja sejak dahulu, seluruh rakyat menjadi keutamaan.

Dengan ini saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat ADUN Machap.

Sekian, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat dah baguslah, dah pandai pantun ya.

Perbahasan diteruskan lagi. Oh, Sungai Abong sekejap, sekejap aje. Cuma nak

maklumkan yang ada bersama dengan kita, di atas sana adalah rombongan

daripada Wanita UMNO dan juga MIC DUN Gambir, Ledang. Ya, Ledang DUN Gambir

ada atas sama tengok. Jemput Yang Berhormat, Sungai Abong.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh..

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumusalam.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : dan salam sejahtera. Terima

kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker yang telah memberi izin kepada saya

untuk berbahas pada pagi yang mulia ini tentang Pembentangan Bajet 2012 yang

dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari.

Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Barisan EXCO dan

semua pegawai kerajaan yang telah menjalankan tugas hinggakan kalau kita baca

dalam laporan audit yang lepas telah menunjukkan suatu peningkatan yang

memberangsangkan kepada kita. Lebih-lebih lagi dengan Lebihan Bajet 2010 hingga

RM158.36 juta. Ini suatu pencapaian yang luar biasa bagi saya dan bagi kita semua,

yang saya rasa tidak pernah berlaku dalam sejarah Dewan ini dan negeri ini.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, betul Yang Berhormat cakap.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Saya setuju, saya sokong.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang tak sokong yang sebelah tu, yang sebelah kanan tu.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Satu pencapaian yang luar

biasa, bila dibentangkan bajet lebihannya hanya RM2 juta bila tiba ke akhir tahun

surplus RM158.36 juta. Dan ini merupakan satu cabaran bagi Kerajaan Negeri Johor

pada tahun akan datang ini untuk mengekalkan kalau boleh, dan saya rasa insya-

Allah boleh. Kalau semua kita yang bertanggungjawab, yang menjalankan tugas ini,

bekerja dengan cekap, dengan ikhlas dan mengikuti seluruh saranan, nasihat yang

telah diberikan oleh Ketua Audit Negara dan laporan audit yang tahun lepas.

Walaupun pada keseluruhan akhir laporan itu, menyebut bahawa pada

keseluruhannya masih ada lagi kelemahan-kelemahan, masih ada lagi. (Dewan

bertepuk) Maknanya kalau KPI ini belum sampai 100% lagi Yang Berhormat Dato’

Speaker.

Page 183: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

183

Dari segi, menjalankan kegiatan aktiviti, dari segi perancangannya masih kurang lagi,

dari segi pelaksanaannya, dari segi pemantauannya masih ada ruang untuk diperbaiki

lagi. Jadi faktor-faktor ini diterangkan bahawa sebab-sebab ada kekurangan ini,

kelemahan ini, masih ada lagi di kalangan kita yang kurang dia punya penyeliaannya,

pemantauannya kurang, dari segi interest, minat, kurang, ada masih kurang, ada lagi.

Dari segi ilmu masih belum capai ke tahap yang baik. Dari segi attitude, sikap dalam

menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dan yang akhirnya, dalam segi

prosedur-prosedur yang masih lagi tidak mengikuti prosedur yang sepatutnya. Jadi

kalau ini semua diambil kira, saya rasa insya-Allah, pencapaian kita pada akan datang

ini, tahun depan akan lebih baik lagi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya setuju dengan Machap supaya kita mengenang

kembali sejarah-sejarah kita ini. Ini perlu, kita sebagai, kita di sini, saya sarankan kita

bersikap sebagai negarawan bukan ahli politik. Di luar sana kita ahli politik tetapi

dalam Dewan ini kita adalah negarawan. Ahli politik, dia cerita pilihan raya, cerita

politik, tetapi kita sebagai ahli negarawan kita kena fikir dan bincang dan berlagak

sebagai negarawan yang berfikiran, berlagak untuk memajukan negeri ini. Setuju,

saya setuju.

Sejarah, kita tak perlu ubah sejarah. Terima hakikat bahawa sejarah ini telah berlaku

kita tidak boleh ubah sejarah.

Y.B. Dato’ Speaker : Betul.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang dah berlaku tetap berlaku.

Tetapi pentafsiran sejarah itu, dia boleh berubah-ubah. Tafsir, sesiapa boleh tafsir,

boleh ubah-ubah tafsiran ini. Dulu kita tafsir Hang Jebat penderhaka pada Raja-Raja

Melayu. Akhir-akhir ini ada ura-ura, bahkan ada orang berani mentafsir bahawa Hang

Jebat itu adalah wira. Mungkin akan datang orang akan tafsir bahawa saya ini

adalah, wa!

Y.B. Dato’ Speaker : Wira.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Wira di Johor ini. Sekarang ini

orang kata mungkin anti kerajaan, pembangkang dan sebagainya. Ini terpulang...

Y.B. Dato’ Speaker : Siapa tahu esok masuk Barisan? Tak boleh cakap, betul juga.

(Dewan ketawa).

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

sekali lagi sekalung tahniah kepada Kerajaan Negeri Johor yang telah menyediakan

suatu program yang mega, iaitulah Bangunan Wilayah Iskandar yang kalau lihat dari

segi skop, dari segi saiz sedikit, pembangunan ekonominya terlalu, tak dapat saya nak

bayangkanlah dengan komitmen pelaburan yang sekitar RM70 lebih bilion. Kami ini

yang bukan dari Wilayah Iskandar ini, dengar je. Dengar bau-bau. Bau-bau pun

mungkin tak dapat, jauh. Apatah lagi nak rasa kuahnya, ikannya. Boleh-boleh kalau

dapat bau pun jadilah Tuan Speaker.

Page 184: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

184

Y.B. Dato’ Speaker : Macam bau durianlah ya. Jadilah.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Kerana kita lihat, dia punya

keknya terlalu besar. Seolah-olahnya mampu untuk diagihkan kepada seluruh Negeri

Johor ini. Dan saya minta kalau boleh apa salahnya satu dua projek itu, agih-agihkan

di kawasan-kawasan yang lain supaya semua rakyat Johor dapat merasai, walaupun

secebis rasa kuihnya itu. Ini bukan saya ini untuk rakyat kerana mendiang Ghandi

pernah menyebut bahawa dia kata dunia ini cukup untuk semua orang, cukup, Tuhan

buat dunia ini cukup untuk semua manusia, tapi dunia tidak akan cukup bagi orang

yang tamak. Kalau tamak tak cukup Dato’ Speaker, tapi kalau tak tamak cukup untuk

semua orang dalam dunia ini. Jadi, bila kita selalu dengar pada hari ini dan semalam

bahawa menyebut kerajaan dengan jasa baiknya telah memberikan imbuhan

RM100.00 kepada pelajar-pelajar, RM500.00 kepada rakyat yang berpendapatan di

bawah RM3,000.00 dengan diberi RM500.00 setiap satu keluarga, menunjukkan

bahawa kita menerima hakikat bahawa masih ramai rakyat ini yang memerlukan,

dihimpit oleh masalah hingga terpaksa diberi bantuan yang belum pernah diberi

dalam sejarah negara kita. Yang RM100.00 itu dah habis Dato’ Speaker, diberi pada

pertengahan bulan, mak bapak banyak dah pakai duit itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Tu salah mak bapaklah.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Kalau diberi pada hujung bulan

ataupun, masa nak naik sekolah itu adalah berlaku hal juga.

Y.B. Dato’ Speaker : Itulah tadi.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Dia pakai dulu. Jadi kita

menerima hakikat rakyat susah, terpaksa kerajaan mengeluarkan belanja yang begitu

besar hinggakan berapa RM2, 3 bilion, RM2.6 bilion untuk meringankan. Bermakna

setelah kita merdeka 54 tahun hampir 55 tahun, keadaan rakyat, pembangunan

rakyat tidak selari dengan pembangunan fizikal yang kita ada pada hari ini. Kita terima

hakikat bahawa 40% daripada keluarga dan negara kita ini, 40% pendapatan seisi

keluarganya tak lebih RM1,500.00, RM1,500.00 sebulan yang merangkumi 40% keluarga

seluruh negara kita ini, banyak. Kalau RM3,000.00 mungkin separuh, separuh, inilah bila

kita ambil angka lain lagi yang mana kekayaan negara ini 70% dimiliki oleh hanya 30

peratus golongan rakyat negara kita ini.

Kalau kita ambil Negeri Johor ini 70% kekayaan Negeri Johor ini dimiliki oleh hanya 30%

rakyat, 70% lagi adalah yang lebihnya 30 peratus. Saya lihat bahawa dalam bajet

yang dibentangkan oleh Menteri Besar tadi tempoh hari bila disebut tentang nak

membantu rakyat dari segi perumahan dan sebagainya. Saya setuju dengan adanya

apa ini, Rumah Pertamaku, sistem rumah Program Rumah Pertamaku dengan

penjenamaan semula rumah-rumah kos murah ini, semuanya meletakkan bahawa

pendapatan minima RM3,000.00 RM5,000.00. Tidak ada disebut pendapatan

RM1,500.00 dan dinyatakan lagi harga rumah dah tak ada rumah murah lagi sekarang

ini. Harga rumah dari nilai RM120,000.00 hingga RM150,000.00.

Saya mintak ini dipertimbangkan balik, saya mintak sistem dulu. Apa salahnya jenama

dulu rumah murah tetapkan harga RM50,000.00 untuk rakyat yang berpendapatan

Page 185: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

185

RM1,500.00 ke bawah ini yang meliputi 40% daripada rakyat negara kita. Kalau yang

kita telah rancang itu RM3,000.00 RM5,000.00 sebulan itu saya rasa kumpulan ini, tak

ada harapan untuk memiliki rumah yang harganya sekitar RM120,000.00 hingga

RM150,000.00. Bila kita meletakkan bahawa dalam Program Rumah Pertamaku kita

berbangga mengumumkan bahawa kerajaan menaikkan apa ini naikkan pinjaman

daripada bank-bank hingga RM300,00.00. Saya lihat bila diumumkan RM300,000.00

harga rumah bukan makin turun, tak ada lagi rumah yang RM200,000.00 semuanya

lebih RM200,000.00. Puas saya belek surat khabar hari-hari nak cari rumah yang harga

RM100,000.00 sekarang ini, tak ada. Jadi, saya mewakili rakyat yang bawah ini, kalau

boleh mereka ini bukan nak rumah yang selesa sangat, mewah sangat, yang decent

minta izin, makna yang sekadar yang mampu berteduh, ini kita kena fikir dan tentukan.

Y.B. Dato’ Speaker : Dulu sebiliklah Yang Berhormat, pun bising.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Kita kena kerah otak, panggil

pasukan-pasukan yang handal-handal, profesional yang tahu tentang menurunkan

harga rumah, bahan-bahan yang boleh kita turunkan harga barang binaan ini. Fikir,

kaji,

Y.B. Dato’ Speaker : Dengan syarat barang lain tak naiklah RM1,000.00 simen tak naik,

batu tak naik,

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Batu bata ni bahan yang pasir,

batu merah, lain tak ada, kenapa harganya boleh naik sampai RM0.40 empat kali

ganda.

Y.B. Dato’ Speaker : Tu susah nak berniaga ye.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ini yang kita boleh, masih ada

ruang lagi.

Y.B. Dato’ Speaker : Kelantan berapa banyak rumah dia buat rumah murah, yang dah

di siap.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Lama tak pergi Dato’ Speaker.

Ini kita di Johor ini banyak masalah kerana masalah di Johor ini. Yang lebih malang

lagi kadar inflasi negara yang sekitar 40% tiap-tiap tahun ini tidak selari dengan inflasi

harga rumah kita. Sepatutnya kadar inflasi kita 4%, 5%, 10% maka harga rumah mestilah

peningkatannya 10%. Apa yang kita dapati harga rumah ini bukan 10%, 100, 200%

meningkat. Ini akan mencetuskan suatu masalah malapetaka dalam negara kita dari

segi sosial.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat, 15 minit.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ya itu baru mukadimah.

Y.B. Dato’ Speaker : Dia bukan cerita mukadimah, cerita dah 15 minit bercakap. Cerita

mukadimah setengah jam mukadimah.

Page 186: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

186

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Dato’ Speaker, saya sangat

setuju dengan apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar

dalam satu perkara iaitu untuk memberi perhatian, penekanan yang lebih penting

dalam masalah GLC pada tahun akan datang. GLC yang kita lihat akhir-akhir ini

merupakan anak yang masalah, anak nakal bagi Negeri Johor. Saya setuju mungkin

agaknya agak lambat sikit tindakan ini. Saya setuju paksa beri dividen tiap-tiap tahun

10% tak mampu 1%. Kalau sakit ubat, sakit sikit-sikit bagi ubat makan, tak baik injection,

tak baik bedah,

Y.B. Dato’ Speaker : Itu kerja doktorlah tu,

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ini cara nak merawat,

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Siapa yang sakit. Saya hairan

ada GLC yang rugi tiap-tiap tahun tapi masih boleh memberi bonus kepada

kakitangan walaupun dia melanggar peraturan.

Y.B. Dato’ Speaker : Contoh, contoh GLC mana, biar dia tersebar jadi dia orang tahu.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yayasan Warisan Citra Holding,

saya tak sebut tapi...

Y.B. Dato’ Speaker : Tak apalah sebut, nanti biar dia siapa yang boleh jawab.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Tapi masih memberi bonus satu

bulan gaji kepada kakitangan.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah kasihan pekerja dia, ialah gaji tak cukup, tak apalah orang

dapat, syarikat untung.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Jadi saya setuju dengan

laporan audit yang mengarahkan pihak Kerajaan Negeri mesti memantau, mesti

memantau perjalanan ini, mesti bekerja tadbir urus secara korporat, mesti ada ilmu,

ilmu korporat, jiwa korporat, attitude korporat, mesti ada prosedur cara korporat

kerana ini adalah perniagaan. Ni saya setuju sangat, dah terlambat tapi insya-Allah,

Y.B. Dato’ Speaker : Ada masa lagi.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Saya rasa ada masa lagi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, last.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

saya nak lastlah tapi dijolok pulak tadi oleh Panti. Dia kata dijolok kita PAS ini, tentang

hudud dan sebagainya.

Y.B. Dato’ Speaker : Saya tak perasan.

Page 187: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

187

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ya, saya dengar.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, bagus betul telinga.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Terima kasih kerana ada minat

tentang hudud, lebih-lebih lagi kepada MCA ini yang sekarang ini cukup sibuk

membuat forum sana sini, berbincang tentang hudud.

Y.B. Dato’ Speaker : DAP, DAP tak?

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : DAP dia senyap aja.

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan senyap Yang Berhormat, dia lebih baik bercakap tau,

bercakap orang dengar, senyap ni merbahaya. Tau-tau meletup aje, teruk kita.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang saya bimbang UMNO pun

senyap juga tentang hudud ini, MCA,

Y.B. Dato’ Speaker : Hi UMNO bising, UMNO lagi dulu dah riuh tapi dia tahu tak boleh,

ada buat undang-undang Perlembagaan, pinda cuma tak mahu cakap. UMNO nanti

kalau cakap tak laksana malu, jadi lebih baik UMNO diam.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Tentang hudud ini Yang

Berhormat Dato’ Speaker bukan tugas PAS, ini tugas semua orang Islam.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Kalau kita dakwah kepada

semua orang tentang hudud ini kepada UMNO, kepada DAP, kepada MCA, kita bagi

MCA kalau anda memperlekeh hudud percayalah anda juga memperlekehkan

Agama Islam. Tak setuju tak apa.

Y.B. Dato’ Speaker : Habis kalau yang sebelah Yang Berhormat tak pun tak setuju, apa

juga Yang Berhormat nak cakap. Ni jangan kira geng Yang Berhormat, kira yang

benar. Yang benar tetap benar, kalau menegur dua-dua, tak boleh ini geng tak boleh,

ini tak apa, itu tak boleh, itu salah dari segi hukum. Dalam hukum Islam dia tak boleh

kita menyembunyikan, cakap terus terang.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ini umum Yang Berhormat Dato’

Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Jangan cakap MCA aja, cakap rakan sebelah tu lagi berat.

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, agaknya

DAP setuju apa yang di rancangkan oleh PAS.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Alhamdulillah saya minta MCA

juga setuju, semua orang juga setuju. Apa salahnya hudud,

Page 188: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

188

Y.B. Dato’ Speaker : Ialah. Eh anu tak setuju, Presiden DAP tak setuju tu.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Hudud ini satu hukuman,

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : bermakna setuju. Bagi kenyataan terus

terang kepada rakyat Johor.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat duduklah dulu.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Dato’ Speaker

saya cuma nak memberi penerangan. Kalau orang Cina bimbang tentang hudud, sikit

aje Dato’ Speaker, sayalah bawa Negeri China ada hudud. Hudud ini hanyalah nama

undang-undang, Negeri China lagi keras hudud dia.

Y.B. Dato’ Speaker : Saya tak pernah dengar.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Mencuri wang rakyat hukum

bunuh.

Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : itu hudud komunis. (Dewan ketawa).

Y.B. Dato’ Speaker : Ialah, ialah. Saya pun tak faham Negeri China, ha ialah.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Kalau orang Tionghoa bimbang

tentang ekonomi bahawa Negeri China hududnya hukumannya lebih berat.

Y.B. Dato’ Speaker : Dia bahasa aje Yang Berhormat, tapi bukan pelaksanaan hukum.

Hudud jenis cakap hudud.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Negeri China berkembang

yang paling pesat dalam dunia ini, undang-undang lebih keras. Jadi saya tak cakap

banyak hudud ini kerana ada perkara lain lagi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok last Yang Berhormat, dah habis masa.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Dah habis?

Y.B. Datuk Lee Hong Tee (Jementah) : Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, duduklah dia tengah bercakap, tak payah tegur,

duduk. Ha, dah habis.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Kalau ...

Y.B. Dato’ Speaker : Ramai tak cakap lagi ni.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Kalau Skudai pun boleh pantun,

saya tak sampai pantun. Saya nak pantun juga.

Page 189: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

189

Y.B. Dato’ Speaker : Pantunlah.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Bukan karaoke, pantun. Kalau

ada lembu di ladang, Boleh dibela di pangsapuri;

Y.B. Dato’ Speaker : Lembu apa tu?

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Ni lembu special punya lembu,

PRU 13 dah hampir datang, Mana yang winable tu cepat-cepat undur diri.

Y.B. Dato’ Speaker : Makna Yang Berhormat tegur, bermakna semualah. Macam yang

sebelah tu, macam Bentayan tu semua undurlah diri, ha itulah, dah orang tak suka ha

ialah. Bagus Yang Berhormat cakaplah, Saya pun setujulah. (Dewan ketawa). Ok Yang

Berhormat dah habis?

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Sekarang ini win-win, menang

pun win, kalah pun win-win. Jadi dengan itu terima kasih lagi sekali dan saya

menyokonglah ucapan yang di bentang dibuat oleh ADUN Machap, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok lagi, perbahasan diteruskan. Oh, Jementah.

Y.B. Datuk Lee Hong Tee (Jementah) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, selamat petang,

salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’

Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada saya…

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan nak beri, macam terpaksa. Kalau ikut tak hendak. (Dewan

ketawa).

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : …turut serta dalam perbahasan di Dewan

yang mulia ini. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan

setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana telah

membentangkan satu Bajet lebihan yang holistik, yang merangkumi pembangunan

ekonomi Negeri Johor termasuk menjaga kesejahteraan rakyat Negeri Johor

keseluruhannya termasuk mereka yang sokong pembangkang, itu penting.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengucap terima kasih kepada

Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Johor kerana impian rakyat Segamat

mengenai projek pelebaran Segamat ke Tangkak dan Muar telah mula. Projek itu

telah mula. Jadi, saya ucap terima kasih dan nampaknya Fasa 1, pembayaran

pampasan kepada mereka yang terlibat dalam projek itu telah dilaksanakan dan

kerja-kerja telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, rakyat Segamat gembira

dengan projek itu, ada sedikit masalah, yang mungkin saya nak mengambil perhatian

Kerajaan Negeri dan mungkin Kerajaan Negeri boleh bagi sedikit bantuan. Kerana,

dalam Fasa 1B projek pelebaran jalan berkenaan ada 25 orang setinggan. Di mana,

mereka telah menduduki tanah kerajaan itu ada antara dia rumah, antaranya gerai,

bengkel. Jadi, mereka tidak dapat pampasan dan pihak Pejabat Daerah, JKR

termasuk Wakil Rakyat di Parlimen Segamat telah membuat satu pertemuan dengan

mereka itu, 25. Jadi mereka menimbulkan hasrat perasaan mereka, dah labur

Page 190: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

190

berniaga di sana, ada pinjam wang, jadi haraplah kerajaan dapat timbangkan

memberi pampasan kepada mereka supaya menolong sedikit sebanyak. Kalau

mereka nak pindahkan, dia perlu sedikit bantuan. Walaupun mereka itu setinggan,

mungkin dia duduki tanah kerajaan. Tetapi dia dah labur di sana, dia dah ada

bangunan dia, ada perkakas dia, jadi semua ini memerlukan sedikit perbelanjaan.

Jadi saya haraplah Kerajaan Negeri Johor, JKR yang sentiasa mengutamakan rakyat

berilah sedikit perhatian kepada mereka walaupun bilangan mereka tak ramai tetapi,

ini adalah hasrat mereka yang minta saya bawa ke Dewan berkenaan itu.

Yang keduanya, saya nak ucap terima kasih kepada Kementerian Kesihatan juga

kerana nampaklah dalam lima, enam tahun saya ada bangkit mengenai hospital di

Segamat. Jadi, sekarang pada keseluruhannya kita nampak prestasi mutu

perkhidmatan di Hospital Segamat meningkat. Tetapi, kalau nak banding dengan

Hospital Johor Bahru dan Muar mungkin tak. Tapi, kita dapat feedback, pandangan

yang baik daripada pesakit-pesakit yang melawat di Hospital Segamat dan saya pun

difahamkan ada pakar seramai 13 orang. Saya ada dengar perancangan Hospital

Segamat nak dinaiktarafkan menjadi Hospital Pakar Major dan dia ada membuat satu

permohonan pertukaran tanah di sebelahnya, dimiliki oleh Kementerian Penerangan.

Jadi saya nak tahu perkembangan terkini sama ada permohonan berkenaan telah

dipersetujui antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Penerangan. Dan, tanah

itu adalah untuk digunakan untuk menaik taraf Hospital Segamat menjadi sebuah

Hospital Pakar Major. Itu mungkin boleh bagi sedikit maklumat kepada saya.

Yang ketiganya saya nak juga merakamkan terima kasih kepada Majlis Daerah

Segamat, sekarang kita ada YDP penuh. Nampak daripada segi mutu perkhidmatan

Majlis, ada bertambah baik. Tetapi, saya masih mintalah supaya daripada segi

penguatkuasaan pada masa itu perlu dilakukan dengan cara yang bijaksana dan

bertimbang rasa. Itu, pandangan saya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam dua, tiga hari ini kita nampak pembangkang,

ADUN-ADUN pembangkang telah membuat perbandingan antara Kerajaan Negeri

Johor dengan Kerajaan Pulau Pinang mahupun Kerajaan Selangor. Saya rasa

perbandingan oleh ADUN-ADUN pembangkang itu dia membuat perbandingan

secara terpilih, tidak menyeluruh. Itu yang kita tak nak. Kalau kita nak banding, kita

banding secara menyeluruh. Umpamanya peribahasa Cina, seperti seumpama,

umpama peribahasa Cina, umpama orang buta meraba gajah…

Y.B. Dato’ Speaker : Apa, orang buta?

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Dengan izin, xia zi muo siang. Orang buta, dia

meraba gajah kan…

Y.B. Dato’ Speaker : Meraba gajah?

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Raba dia punya hidung oh dia anggap gajah

itu panjang dan itu saja. Padahal gajah itu besar.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh. (Dewan bertepuk).

Page 191: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

191

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Itulah mentaliti mereka yang saya rasa saya

tak boleh terimalah. Oklah kalau kita nak buat perbandingan, kita nak buat

perbandingan. Reserve Selangor dia cakap RM 1 bilion. Apa hakikatnya, resipi rahsia

dia? The secret recipe of Selangor Government. Dia ada rizab tunai RM 1 bilion. Dia

naikkan cukai-cukai, premium tanah dia naik, dia nak tukar kegunaan tanah, dia naik,

sampai 30% ADUN Pulai Sebatang bercakap. Dia naikkan cukai-cukai. Pembangunan

tak dibuat. Dia naikkan cukai itu, ambil duit daripada rakyat simpan dalam rizab, buat

apa simpan itu? Eh nak guna semasa pilihan raya ke? Itu kita nak tanya. (Dewan

bertepuk). Apa tanggungjawab sosial mereka? Jadi, saya rasa kalau kita nak buat

perbandingan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diperintah negeri-negeri dia tidak ada

tanggungjawab sosial kepada rakyatnya. Saya rasa dekat Negeri Selangor banyak

jalan-jalan kampung perlu diselenggarakan. Adakah mereka buat?

Negeri Johor ini, Kerajaan Negeri kita, kita buat, jalan kampung, parit rosak, kita buat.

Masjid, Sekolah Agama, Sekolah Vernacular. Kita ada tanah-tanah lagi kerajaan yang

tunggu untuk Sekolah Vernacular, peruntukan untuk Sekolah Vernacular. Kerajaan

Negeri Selangor minta maaflah, sampai hari ini, saya ingat satu pun tak ada. Saya

berani cakap. (Dewan bertepuk). Di mana tanggungjawab sosial mereka? Janganlah

ghairah dengan cakap you ada rizab duit banyak-banyak. Kalau you duit simpan

dalam bank macam kata orang utama, you cakap you kaya, tapi duit you semua

simpan dalam bank, buat apa itu? Buat apa? Pakailah untuk rakyat, buat sikit

donation, kebajikan dan sebagainya.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Dato’ Speaker...

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Kita nak buat perbandingan biarlah secara

menyeluruh.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Dia cuma cemburu.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Itu yang saya tak…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Negeri Selangor yang first, yang pertama

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, no, no. Yang

Berhormat ni saya tak tahu nak cakap apa tau. Bila Yang Berhormat cakap puji

melambung, kejap…

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ok, Yang Berhormat Dato’ Speaker…

Y.B. Dato’ Speaker : Melambung cerita Pulau Pinang, dia tak ada cakap. Bila dia

sentuh, cara dia pun baik. Dia tidak ada menyakiti. Jadi biarlah dia cakap. Dia pun

Page 192: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

192

tak ada dia nak cakap asal boleh, beza tak ada, dia rujuk Yang Berhormat ni. Tak

ada. (Dewan bertepuk). Saya tak tau…

Y.B. Dr. Boo Cheng Hou (Skudai) : Mengikut Peraturan, Peraturan 45, dia bagi maklumat

yang sesat.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, itu Peraturan 45 kalau dia menyalahi, tapi dia

cakap fakta, dia cakaplah tu.

Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Kalau dia tak salah, janganlah takut. (Dewan

bertepuk). Nanti dia boleh balas balik. Dia ada ADUN yang belum ucap lagi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha tak apalah, cakaplah, ha betul. Saya yang itu saya setuju.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Ok, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita buat

perbandingan dengan Kerajaan Pulau Pinang pula. Wah, ini Kerajaan Pulau Pinang

dia punya Chief Minister pergi mana-mana tempat dia cakap, dia baik. Saya nak

tanya Kerajaan Pulau Pinang, dah tiga tahun memerintah berapa biji rumah rakyat

murah dia bina? (Dewan bertepuk). Tanya dia sekarang. (Dewan bertepuk). Jadi

buat apa you cakap you punya duit simpan banyak-banyak dalam bank, tak ada

guna. Kalau duit itu orang kata simpan dalam bank, itu bukan duit kepunyaan

kerajaan you, bukan.

Y.B. Dato’ Speaker : Tunjuk perasaan banyaklah.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Sekarang dalam peribahasa Cina, bukan

peribahasalah. Orang kata, duit simpan dalam bank bukan duit you tau, bukan.

Y.B. Dato’ Speaker : Itu peribahasa?

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Umpama.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, umpama.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Jadi, saya rasa duit rizab tunai Kerajaan

Negeri Selangor, Pulau Pinang ini semua bukan duit dialah. Dia mesti belanjakan untuk

rakyat, ha itu. (Dewan bertepuk). Jadi kita tengok Kerajaan Negeri Johor ini, Kerajaan

Negeri kita luas. Kalau kita kata jalan kampung nak baiki 5,000 kilometer pun ada. Nak

lebar lagi, Yang Amat Berhormat cakap kali ini, jalan kampung kita kalau saya masuk

nak selisih susah. Kecuali saya naik basikallah. Sekarang kita nak lebarkan lagi, nak

lebarkan lagi. (Dewan bertepuk). Adakah itu tak baik? Jadi rakyat kenalah timbang.

Saya rasa rakyat sekarang kena timbang. Kena buat perbandingan. Jangan nak

dengar dia saja. Sampai karaoke pun menjadi penipu. (Dewan ketawa dan

bertepuk).

Y.B. Dr. Boo Cheng Hou (Skudai) : Dato’ Speaker, Ribut kencang bumbung tak ok; Air

laut pasang kampung tenggelam; Wakil Rakyat MCA nyanyi karaoke; Rumah rakyat

kena banjir tenggelam.

Page 193: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

193

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat…

Y.B. Dr. Boo Cheng Hou (Skudai) : Nak balas dia, dia tak boleh faham sasteralah…baru

dia faham. Itu problem dia.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Dia cuma cakap saja.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat tu sebab, Yang Berhormat

Skudai, sebab itu cakap dalam Dewan nak berhati-hati. Kalau kita menyebut

perkataan, terkadang kita dah sebut, kita tak perasan. Bila orang tegur kita melenting.

Tapi masa Yang Berhormat berucap, Yang Berhormat cakap karaoke, Yang Berhormat

sebut ini, yang ni apa Yang Berhormat sebut. Dia tegurlah, tak apalah, ni giliran dia

pulak jawab. Nanti Yang Berhormat punya gilir ada masa jawablah. Biasalah Yang

Berhormat bercakap dia tak..ha ok.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Yang Berhormat Dato’ Speaker…

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, cakap lagi, cakap lagi.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Dia nak buat perbandingan, jadi sekarang

kita banding dengan Kerajaan Kelantan. (Dewan bertepuk). Jangan asyik banding

dengan Kerajaan Selangor, Pulau Pinang. 20 tahun dia perintah. Saya rasa dia masih

negeri yang termiskin. Betul tak? Apa dia buat? Tak apalah rakyat dia nak sokong.

Tapi saya rasa kali ini rakyat Kelantan balik sokong Barisan Nasional. (Dewan bertepuk).

Saya bukan Perdana Menteri tau tapi saya berani janji. (Dewan ketawa). Saya berani

janji.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah ya, betullah.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Kalau Kelantan kali ini dimenangi oleh Barisan

Nasional, kesejahteraan rakyat, pembangunan mesti cantik, cantik. (Dewan

bertepuk). Itu saya berani janji. Saya bukan Perdana Menteri.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, ya la. Yang Berhormat macam Ketua Menteri lah ya. Yalah,

hebatlah. (Dewan ketawa). Ok Yang Berhormat, masa dah cukup. Yang Berhormat,

masa dah cukup.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Sekejap lagilah, lima minitlah.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, ok, lima minit tepat.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Ok, kalau tadi pendirian MCA terang, we are

very clear.

Y.B. Dato’ Speaker : Of course. (Dewan ketawa).

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Kalau kita kata Hukum Hudud PAS, itu dengar

baik-baik, Hukum Hudud PAS, kita terang-terang cakap kita tidak sokong. (Dewan

Page 194: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

194

bertepuk). Jadi, hari ini saya nak tanya DAP, pembangkang DAP, cakaplah kepada

orang dia sokong tak Hukum Hudud PAS? Saya cabar dia, DAP.

Y.B. Dr. Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dia

tanya saya.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Saya cabar DAP. (Dewan bertepuk).

Y.B. Dr. Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Baru lepas dia tanya pembangkang.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, dia tanya DAP. (Dewan ketawa). Tak apalah Yang

Berhormat. Dia tanya DAP.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hou (Skudai) : Dato’ Speaker, minta keizinan. Sebab dia sebut, saya

jawab. Dalam ini, Buku Jingga ini kita sudah kata mempertahankan Perlembagaan

Persekutuan, Islam sebagai Agama bagi Persekutuan dan Agama-Agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta kedudukan

istimewa orang-orang Melayu…

Y.B. Dato’ Speaker : Ye lah, ye lah tau lah.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : DUN Skudai jawab sokong tak sokong itu

sahaja.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Skudai, Yang Berhormat dia ready, dia tidak, dia

kata MCA tak setuju hudud. Dia tanya DAP, Yang Berhormat tak payah la jawab, tak

jawab tak apalah.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Itu PAS, PAS, PAS

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat

Dato’ Speaker, Dato Speaker, Perlembagaan Persekutuan.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Hudud PAS. MCA tak sebut.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : PAS version.

Y.B. Dato’ Speaker : Ya anu sekejap Skudai duduk.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, President MCA sendiri akan kena.

Y.B. Dato’ Speaker : Dia cakap betul lah dia cakap, ha’ah.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Oleh kerana dia sentuh PAS,

hudud PAS, saya rasa PAS kena jawab.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Saya, saya MCA.

Page 195: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

195

Y.B. Dato’ Speaker : Tak apalah Yang Berhormat, Yang Berhormat, ini bukan

perbahasan, Yang Berhormat memang boleh tegur dia itu, tak patut cakap gitu, saya

larang dia bercakap. Tapi bukan untuk Yang Berhormat menjawab macam Kerajaan.

Kalau macam Kerajaan kena jawablah.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang Berhormat, yang takut

pada hudud ialah orang yang mencuri, orang yang merompak, orang yang rasuah.

Yang takut pada semua tu, Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak kisahlah, Ha’ah ya lah tak ada lah, semua biasalah Yang

Berhormat.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,...

Y.B. Dato’ Speaker : Ha lagi ok.

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Kita bukan takut hudud PAS, tetapi saya rasa

Rakyat Malaysia yakin dengan Perlembagaan Persekutuan kita, yang sudah cukup

untuk menjaga kepentingan kesejahteraan rakyat di Malaysia, itu saya yakin. Kita

bukan takut, apa yang takut, dalam Dewan ini semua baik-baik belaka. (Dewan

ketawa). Saya rasa, yang dalam Dewan ini baik. MCA orang baik tu sebab kita tak

takut. (Dewan bertepuk). Mungkin DAP takutlah, dia tak berani jawab, ha dia takut.

Jadi saya haraplah PAS, berdakwahlah sikit lagi kepada mereka, supaya mereka tak

takut.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha ok, ok dah habis, Yang Berhormat?

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee (Jementah) : Terima kasihlah Yang Berhormat Dato’

Speaker, dengan itu saya sokong ADUN Machap, terima kasih. (Dewan bertepuk).

Y.B. Dato’ Speaker : Hu, seronok, sampai lapar perut eh, jemput lagi biar kita bahas

lagi. (Dewan ketawa).

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat, Dato Speaker,...

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, saya memang tak suka tengok muka Yang

Berhormatlah. (Dewan ketawa) ha jemput duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan

ini saya tangguhkan hingga jam 2.30 petang ini.

Persidangan di tangguhkan pada jam 1:10 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 2:30 petang.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh,

selamat sejahtera perbahasan di sambung semula. Jemput Bentayan.

Page 196: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

196

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat, Dato Speaker, izinkan

Bentayan untuk mengambil bahagian, dalam membahas Bajet Negeri Johor 2012

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2012 yang telah dikemukakan oleh Yang

Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Yang Berhormat Datuk Speaker, Bajet 2012

merupakan satu surplus bajet sebanyak RM1.21 juta. Jumlah hasil adalah sebanyak

RM825.99 juta dan jumlah perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM824.78 juta

manakala perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak RM311.2 juta.

Yang Berhormat Datuk Speaker, hutang Negeri Johor. Menurut memorandum Ketua

Audit Negara Tahun 2010 baki hutang awam Kerajaan Negeri Johor pada tahun 2010

adalah berjumlah RM1,379.99 juta berbanding RM1,274.3 juta pada tahun 2009.

Sehingga akhir tahun 2010, proses pengambilalihan pinjaman Kerajaan Negeri

daripada Kerajaan Persekutuan untuk projek pengurusan Bekalan Air oleh Pengurusan

Aset Air Berhad, masih belum selesai pada tahun 2011. Baki hutang Kerajaan Negeri

Johor akan berkurangan menjadi RM117.77 juta. Bentayan ingin mengingatkan

kepada Kerajaan Negeri Johor bahawa gunung emas yang tinggi pun akan runtuh

sekiranya digali tanpa berhenti. Bagaimana sekalipun banyaknya harta itu, dia akan

habis juga jika selalu dibelanjakan dengan boros dan tidak ada usaha untuk

menambahkannya.

Krisis kewangan yang sedang melanda Kerajaan Persekutuan barang kali dijadikan

iktibar kepada Kerajaan Negeri Johor. Jika kita tidak ingin, menggadaikan masa

depan anak cucu kita. Bentayan mengimbas kembali pada tahun 1997 iaitu apabila

Asia Tenggara dilanda musibah krisis kewangan, ketika itu Malaysia menanggung

hutang sebanyak RM90 bilion. Tetapi, dalam tempoh begitu singkat, hutang negara

telah melonjak kepada RM430 bilion pada akhir tahun 2011.

Yang Berhormat, Datuk Speaker, Selangor, Pakatan Rakyat yang mentadbir Selangor,

Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah membuktikan kemampuan PR kepada BN

dan semua warga negeri-negeri di atas amat bangga bahawa PR mampu menjaga

sumber ekonomi dan mentadbir negeri dengan lebih telus dan berkesan berbanding

pada zaman BN. Bajet Negeri Selangor 2012 mendapati bahawa hasil cukai

dianggarkan meningkat 8.23% manakala hasil bukan cukai bertambah 40.12% untuk

tahun 2012. Peningkatan ini telah menampakkan pengurusan ekonomi negeri telah

menjana pembangunan yang pesat. Sehubungan itu, semasa PR mengambil alih

tampok kepimpinan negeri Selangor, simpanan tunai hanyalah RM632 juta tetapi

simpanan tunai Selangor kini telah mencecah RM1.212 bilion, iaitu jumlah tertinggi

yang pernah dicapai, sejak 20 tahun lalu. Jumlah simpanan wang ini adalah

bercanggah dengan hutang Persekutuan BN yang mencecah RM430 bilion setakat ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Rakyat Negeri Johor kini telah celik, dan tidak akan

dilembukan oleh kondo lembu seperti yang terjadi dalam skandal National Feedlot

Center baru-baru ini. BN sanggup membuang undi, BN sanggup membuang duit

rakyat demi kerakusan mereka sebagai contoh, selepas PR ke-12 pada 8 Mac 2008, PR

telah memenangi 6 kerusi DUN di Negeri Johor. Yang Amat Berhormat Menteri Besar

telah menggunakan wang rakyat, untuk melantik calon-calon DUN BN yang kalah

sebagai pegawai khas kepadanya. Setakat kini, Kerajaan Negeri telah

membelanjakan lebih RM910,000.00 untuk pembayaran elaun sahaja kepada keenam-

enam pegawai tersebut. Ini tidak termasuk pembayaran untuk perbelanjaan dan

Page 197: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

197

peruntukan pejabat-pejabat mereka. Jika BN menghormati mandat rakyat, jumlah

besar ini boleh dijimatkan dan disalurkan untuk pembangunan negeri kepada

golongan yang disasarkan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Pulau Pinang. Di Pulau Pinang Kerajaan PR yang

berjiwa rakyat yang mendengar suara rakyat, buat kerja untuk rakyat dan memberikan

harapan untuk rakyat. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganggap program anak

emas selain daripada kejayaan program penghargaan warga emas RM100.00 setiap

tahun dan RM1,000.00 one-off urusan pengurusan jenazah kepada si waris demi

mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun kepada

pembangunan negeri dan negara. Aliran RM100.00 bagi program anak emas adalah

di perolehi daripada lebihan bajet yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan

Rakyat setiap tahun yang memerintah Pulau Pinang. Lebihan bajet adalah RM88 juta

pada tahun 2008, RM77 juta pada tahun 2009 dan RM33 juta pada 2010. Pengurusan

kewangan yang baik, bersih dan anti rasuah disahkan dan dipuji oleh Laporan Ketua

Audit Negara dan Transparensi Nasional. Tambahan pula, Negeri Pulau Pinang juga

mencatatkan pengurangan hutang paling besar dalam sejarah Malaysia iaitu

sebanyak 95% ataupun RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 bila PR

mengambil alih tampok pemerintahan negeri Pulau Pinang kepada RM30 juta pada 30

Oktober 2011. Kerajaan Pulau Pinang juga bersetuju untuk menambahkan lagi

peruntukan program anak emas pada RM200 dan ini akan melibatkan perbelanjaan di

antara RM5 juta hingga RM10 juta.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Laporan Ketua Audit Negara Kerajaan Negeri Johor

tahun 2010 penemuan Audit Unit Sains Teknologi dan ICT Johor, USTICT Kerajaan Negeri

Johor telah membelanjakan RM1.78 juta bagi e-NCR, e-Nikah, Cerai, Rujuk yang masih

belum boleh dilayari. Kerajaan Negeri telah menubuhkan e-portal untuk menyemak

status Nikah, Cerai dan Rujuk individu Islam di negeri ini tetapi E-portal berkenaan tidak

pernah menjadi kenyataan setelah hampir 4 tahun dari tarikh yang dijadualkan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2010 portal e-Nikah, Rujuk, Cerai

sepatutnya boleh dilayari pada Januari 2008 tetapi pemindaan atau migrasi daftar

masih belum siap. Ini berlaku, sungguh pun Unit Sains Teknologi dan ICT Johor telah

membayar RM1.78 juta untuk tujuan tersebut. Tiada tarikh akhir untuk kontraktor untuk

menyiapkan kerja. Menurut Laporan Audit sehingga bulan Disember 2010, Jabatan

Agama Negeri Johor hanya berjaya memindahkan sebanyak RM7,709 atau 11%

sahaja daripada 70254 data keseluruhan untuk tahun 2008 hingga 2010 ke dalam e-

NCR manakala bakinya masih belum di migrasikan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pada pendapat Audit, proses pengesahan data

adalah tidak memuaskan kerana hanya 16376 ataupun 3% daripada jumlah 53874

sahaja data nikah sahaja yang disahkan dan sebanyak 725 data nikah yang disahkan

dan didapati tidak lengkap, tidak lengkap. Meskipun terdapat bayaran penalti bagi

kelewatan RM500.00 sehari dalam kontrak, namun dokumen itu juga mempunyai

perkara yang bercanggah dan jalan keluar bagi kelewatan. Aplikasi e-NCR bertujuan

untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengurusan keluarga Islam dengan

menggunakan sistem pendaftaran dan penyemak berbagai urusan nikah, cerai dan

rujuk secara online ataupun dalam talian. Ia mempunyai enam modul iaitu modul

profil, para perkahwinan nikah, cerai, rujuk, khidmat nasihat ataupun kaunseling, kamus

Page 198: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

198

jawi dan laporan. Kos pembangunan keseluruhannya bernilai RM2.93 juta sepatutnya

siap dalam tempoh 10 bulan bermula April 2009.

Soalan 1. Mengapakah tiada tarikh akhir diberikan kepada kontraktor untuk

menyiapkan kerja tersebut yang sepatutnya siap dalam tempoh 10 bulan

iaitu April 2007 hingga Januari 2008.

Soalan 2. Berapakah penalti yang dikenakan oleh kontraktor berkenaan iaitu

RM500.00 sehari sehingga kerja siap?

Soalan 3. Mengapakah Kerajaan Negeri Johor perlu membayar RM1.78 juta

advance payment dengan izin kepada kontraktor berkenaan bagi e-

NCR yang belum boleh dilayari?

Soalan 4. Apakah tindakan yang bakal diambil terhadap pegawai yang

bertanggungjawab dalam unit dan adakah wujudnya unsur-unsur rasuah

di sini?

Yang Berhormat Datuk Speaker...

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Datuk Speaker,...

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ya, Yang Berhormat.

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Saya nak tanya dia, adakah Yang

Berhormat Bentayan ini kena dibekukan keahlian dia? Apa sebab dia kena beku?

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, biar Bentayan bercakap dia tidak

melanggar peraturan, jemput Bentayan.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dia macam dari parti DAP lah. Nak lompat

parti DAP ke apa? Sibuk sahaja tanya?

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat teruskan, teruskan.

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Nampak ada laporan tu, saya kena

panggil dia jelaskan.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingat

Bukit Batu kalau boleh datang kita punya office.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ha, you bincanglah berdua.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Ha, ialah kita bincanglah. Ha, kita welcome

you lah.

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Sebab YB Bentayan ni secara umumnya dia

timbulkan masalah rasuah, sebab tu saya nak tanya dia sama ada sebab apa dia

kena bekukan.

Page 199: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

199

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Saya cabar kalau…

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat…

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Saya cabar Bukit Batu kalau you ada was-

was, you boleh pergi MACC laporkan. Saya cabar.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker :Ha, ok Yang Berhormat.

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Datuk Speaker,

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Datuk Speaker, celahan ini apa

asasnya.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, jemput duduk. Jemput duduk Yang

Berhormat. Teruskan Bentayan. Terus pada..

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kacau lima minit dia ni.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Rugi-rugi. Masa-masa. Masa terhad.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Datuk Speaker, bangunan

tambahan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Menurut laporan Ketua Audit Negara, tahun

2010, pengauditan telah dijalankan, walaupun didapati walaupun Majlis Bandaraya

Johor Bahru telah menyiapkan bangunan tambahan, tujuan pembinaan projek ini

tidak tercapai sepenuhnya kerana ruang pejabat masih tidak mencukupi yang

menyebabkan beberapa jabatan di majlis masih terus beroperasi di luar bangunan

tambahan yang baru ini. Pihak Audit juga mendapati, keseluruhan pembinaan projek

tidak diuruskan dengan baik kerana pembinaan tidak mengikut perancangan asal,

projek lewat di siap 597 hari, perbelanjaan projek tiada peruntukan, pengurusan

kontrak yang lemah, bayaran dibuat pada kerja yang tidak dilaksanakan dan

penggunaan kemudahan yang tidak optimum. Faktor yang menyebabkan

berlakunya, ialah tiada perancangan yang sempurna dan kelemahan pemantauan

terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Juru Perunding dan Kontraktor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, tawaran kerja-kerja sub kontraktor, semakan Audit

mendapati bahawa Majlis Bandaraya Johor Bahru telah membuat tawaran kerja

secara lantikan terus kepada kontraktor utama untuk melaksanakan kerja-kerja

mekanikal dan elektrik (M&E). Semakan Audit selanjutnya mendapati bahawa, harga

perolehan kerja-kerja M&E yang berjumlah RM3.99juta adalah harga tawaran yang

dikemukakan oleh kontraktor tanpa proses rundingan dan pengesahan harga pada

pihak majlis. Pihak Audit telah mendapati bahawa, kontrak pemasangan sistem CCTV

yang bernilai RM140,000.00 iaitu harga yang dibayar oleh Majlis adalah di antara 28%

hingga 289% lebih tinggi daripada harga pasaran. Pihak Audit berpendapat bahawa

harga perolehan bagi sebahagian kerja-kerja dibayar oleh kontraktor adalah tidak

munasabah.

Page 200: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

200

Berikut adalah butiran terhadap beberapa harga peralatan CCTV yang dipasang

seperti berikut iaitu :

1. CCTV sistem 1, Kota Inca Colour Dorm Camera, dia beli 16 unit, harga seunit yang

dibayar adalah RM600.00, harga pasaran ialah RM220.00. Perbezaan seunit

RM173.00.

2. Day Night Camera, 21 unit. Harga yang dibayar adalah RM1,500.00. harga

pasaran RM1,170.00. perbezaan unit, ratus perbezaan seunit ialah 28%.

3. Sixteen Channel Digital Video Recoder, 2 unit dibeli, harga seunit dibayar

RM18,000.00, harga pasaran RM5,000.00, perbezaan seunit 260%. Perbezaan

jumlah harga RM26,000.00.

4. 21’ Flet Screen CLD Colour Monitor 4 unit dibeli, harga seunit dibayar RM4,000.00,

harga pasaran RM1,560.00, perbezaan seunit ialah 156%, jumlah perbezaan harga

RM9,760.

5. Laluan, lagi satu, laluan pejalan kaki berbumbung iaitu dia beli 70 unit, harga

seunit dia bayar RM350.00 dan harga pasaran RM90.00, perbezaan seunit 289%.

Perbezaan harga RM18,200.00.

So, laporan ini ada, semua ada dekat sini, gambar-gambar laporan Ketua Audit

Negara, memang baguslah. Kalau macam ni setiap department pun kena auditlah.

Muka surat 135. Laporan Ketua Audit Negara.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, masa cukup Yang Berhormat.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Lagi sikit lagi, tadi orang sudah kacau Datuk

Speaker.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok bagi 2 minit lagi.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Datuk Speaker, So Audit.

Bagi meningkatkan kontrak kerja pembinaan yang juga memastikan kelemahan yang

dibangkitkan oleh laporan Audit ini tidak berulang dalam pelaksanaan projek yang,

adalah disyorkan agar Majlis Bandaraya Johor Bahru mengambil perhatian seperti

berikut:

1. Pengurusan dan pentadbiran kontrak pembinaan dalam aset pemberian lanjutan

masa, arahan perubahan kerja, tambahan kerja baru hendaklah dilaksanakan

mengikut peraturan kerajaan yang ditetapkan bagi menjamin kepentingan Majlis.

Kontrak perlu ditandatangani semula jika terdapat perubahan skop kerja yang

ketara. Majlis perlu memastikan bahawa pembayaran tidak dibuat bagi kerja-

kerja yang tidak dilaksanakan oleh kontraktor. Siasatan menyeluruh perlu

dijalankan untuk menentukan sama ada perkara yang sama berlaku di skop

kerja-kerja lain. Majlis perlu mengambil tindakan sewajarnya.

Soalan. 1. Adakah tindakan yang bakal diambil oleh Kerajaan terhadap individu-

individu yang terlibat dalam kontrak pemasangan sistem CCTV yang

bernilai RM140,000.00 ini dan adakah wujudnya unsur-unsur rasuah?

Page 201: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

201

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Dah habis?

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Datuk Speaker, pada tarikh

15 November 2011, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Dato’ Zulkifli Nordin, semasa

membahaskan Bajet 2012 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelajaran di Dewan

Rakyat, telah menyatakan bahawa terdapat beberapa orang guru berbangsa cina di

Sekolah Menengah Tun Perak, Muar telah menyebarkan ajaran anti Islam semasa

mengajar di kelas sekolah. Guru-guru berkenaan juga menyatakan bahawa tragedi 13

Mei adalah punca dari kebangkitan orang Melayu. Beliau juga menyatakan bahawa

guru-guru berkenaan adalah rasis dan juga merupakan penyokong kepada ADUN

DAP Bentayan, Gwee Tong Hiang. Guru-guru berkenaan menggunakan masa, ini

keratan surat khabarlah. Saya pun ada bawa. Sin Chew Jit Poh. Guru-guru berkenaan

menggunakan masa mengajar untuk membinasakan Islam, memberitahu kepada

pelajar bahawa al-Quran adalah dicipta oleh manusia. Beliau menyatakan bahawa

telah menerima aduan tersebut daripada para pelajar sekolah berkenaan termasuklah

dari kalangan orang Melayu dan Kristian. Beliau juga mempunyai senarai guru-guru

tersebut dan akan dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran untuk siasatan lanjut.

Beliau juga menyatakan telah membuat aduan tersebut kepada Pejabat Pelajaran

Muar, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh mereka.

Yang Berhormat Datuk Speaker,

Soalan 1. Sila senaraikan nama guru-guru yang terlibat seperti mana yang didakwa

oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru di Dewan Rakyat pada tarikh 15

November 2011.

Soalan 2. Apakah hasil penyiasatan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Muar

mengenai perkara tersebut.

Soalan 3. Apakah tindakan yang bakal diambil terhadap individu-individu yang

terlibat, Pejabat Pelajaran Daerah Muar sekiranya mendapati kes

tersebut sahih ataupun difitnah.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok cukup Yang Berhormat.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Soalan lagi Yang Berhormat.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok cukup yang berhormat. Nak bagi peluang pada

yang lain.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Lagi 2 minit eh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Tadi saya kasi 2 minit. Cukuplah.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Tadi orang kacau kan.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Kita dah tambah 2 minit tadi.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Sebab soalan ditolak kan... Ok.

Page 202: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

202

Soalan 1. Bilakah MPM akan bertindak untuk menebang pokok yang ketinggiannya

100 kaki di padang, kawasan padang Jalan Perdana 8, Taman Perdana,

Jalan Bakri Muar kerana ia amat membahayakan penduduk setempat

sekiranya ditiup angin taufan. Sudah tentu ia akan tumbang.

Soalan 2. Adakah MPM bercadang untuk membina semula sistem perparitan di

kawasan lorong belakang di No. 30, Jalan Teratai 2, Taman Murni Off

Jalan Haji Taib Muar kerana sistem perparitan telah runtuh dengan

teruknya di kawasan tersebut.

Soalan 3. Masalah lampu isyarat:

3.1. Persimpangan Jalan Salleh, Jalan Bakaria, Jalan Ismail, Muar.

Adakah pihak JKR perlu memperbaiki sistem lampu isyarat tersebut

kerana apabila lampu isyarat hijau dari arah Bandar Muar, Jalan

Salleh menuju Bukit Pasir sepatutnya kenderaan dari arah Jalan

Salleh ke bandar boleh diberikan isyarat lampu hijau kerana ia

tidak mengganggu sebarang pergerakan lalu lintas serta dapat

mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan tersebut iaitu di

hadapan Klinik Dr Sheikh Ibrahim.

3.2. Persimpangan Jalan Bakri, Jalan Bentayan dan Jalan Dato’ Haji

Hassan Muar, perkara serupa juga berlaku apabila lampu isyarat

dari arah Bakri ke Bandar Muar. Kenderaan dari arah Muar ke

Bakri, seharusnya diberikan isyarat hijau kerana ia tidak

mengganggu sebarang pergerakan lalu lintas.

Di sini saya nak pujilah eh.... Ini satu minatlah, saya nak puji pada kerajaan.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Tadi 2 minit. Ni 1 minit.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih

dan syabas kepada Ketua Polis Daerah Muar yang telah berjaya menyelesaikan kes

bunuh di Parit Jawa, 2 tahun dahululah. Kita, Bentayan mengucapkan syabas kepada

semua yang kerana bertungkus lumus untuk memecahkan kes pembunuhan tersebut.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Cukup.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kita, Bentayan juga ingat buat pujianlah

kepada Unit Dewan seperti Jurutulis, Timbalan, Cik Asiah, Malina, Arif, Aishah.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Tak payah sebut nama Yang Berhormat.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Oh tak payahlah..

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ha, tak payah sebut.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Mereka memang hebatlah. Memang patut

dipuji. Gaji kalau boleh kasi naikkanlah.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih. Yang Berhormat bagilah cadangan.

Page 203: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

203

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : So, kesimpulan.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Nak simpul pula.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kesimpulan, sebagai natijah, Bajet ini bukan

omong-omong kosong. Ini bukan bajet angan-angan Mat Jenin. Juga bukan bajet

untuk menjanjikan bulan dan bintang dan ia semestinya bukan Bajet Buku Jingga.

Inilah Bajet Pilihanraya dan bajet yang akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Insya-

Allah. Sekian terima kasih.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok terima kasih Yang Berhormat. Jemput yang lain.

Pemanis.

Y.B. Encik Lau Chin Hoon (Pemanis) : Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker,

terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan tahniah ke atas Yang Amat

Berhormat Menteri Besar Johor dan Kerajaan Negeri Johor di atas pembentangan

Bajet 2012 yang bertemakan “Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat”.

Sesungguhnya bajet yang dibentangkan ini meliputi segenap aspek pembangunan

negeri dari infrastruktur sehinggalah kepada pembangunan modal insan. Identiti dan

ciri holistik bagi Negeri Johor tidak dikesampingkan dan usaha berterusan ini, mampu

menjadikan Johor sebagai sebuah negeri yang kekal membangun mengikut gaya dan

keperluan kita sendiri. Negeri Johor sedia untuk berganjak dan muncul sebagai

pengembang ekonomi terpenting di Malaysia dan rantau ini dengan projek

pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia di Selatan. Manakala di sebelah Utara pula,

saya yakin dan percaya Kerajaan Pusat dan Negeri tidak lepas pandang mengangkat

Daerah Segamat sebagai sebuah daerah atau kawasan yang mempunyai potensi

untuk mengorak langkah ke alaf baru dengan suntikan projek-projek pembangunan

yang bakal dan sedang dilaksanakan termasuklah projek naik taraf Hospital Segamat,

pembinaan landasan berkembar elektrik yang melalui Segamat, projek Lebuhraya

Segamat – Tangkak, dan rancangan tambatan banjir Segamat. Semua ini dilihat

sebagai antara projek besar kerajaan yang dapat merangsang pertumbuhan Daerah

Segamat. Projek-projek ini akan memberikan impak yang berpanjangan kepada sektor

sosial dan ekonomi masyarakat setempat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, demi mempertingkatkan daya saing dan

mempertahankan kelebihan saingan yang sedia ada, kita perlu membangun modal

insan bernilai tinggi dan perolehan dan pengekalan modal insan itu bergantung

kepada adanya satu rangkaian dan persekitaran bersifat inovatif, di mana bakat dan

pekerja kita yakin mereka mempunyai peluang untuk tambah nilai dan

mempernyatakan impian mereka.

Oleh demikian, saya berpendapat kini sudah tiba masanya untuk kerajaan

menyediakan satu inisiatif, inovasi yang komprehensif dan teratur pada peringkat

negeri, daerah dan juga kawasan Parlimen dan DUN. Selain daripada menyediakan

satu kerangka sokongan inovasi yang dipandu dari atas ke bawah dengan izin top

down, ia juga dapat menyerap idea dan usaha inovatif dari hala bawah ke atas

dengan izin bottom up.

Page 204: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

204

Di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, pembangunan infrastruktur telah

menjadi mantap dan agak sempurna. Berasaskan pencapaian yang menyeluruh ini

dan demi membangunkan modal insan di kawasan luar bandar, usaha inovatif untuk

pengupayaan masyarakat pada peringkat akar umbi menjadi semakin penting.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai seorang Wakil Rakyat, Wakil Rakyat memiliki

syarat yang baik untuk memainkan peranan sebagai agen, sebagai pemangkin dan

penghubung dalam usaha inovasi masyarakat setempat. Sebagai contoh, sebagai

sebuah kawasan semi rural dengan izin, kawasan DUN Pemanis telah memulakan

langkah untuk mencambahkan unsur dan kegiatan inovasi pada peringkat komuniti

sejak 2004. Ia meliputi proses dan usaha berterusan mengkaji faktor dalaman komuniti

dan pembangunan modal insan dengan mencuba pelbagai pembaharuan dari segi

kaedah, fokus dan model.

Pada penggal lepas saya telah memperkenalkan pendedahan unsur inovatif dengan

program seperti visi Pemanis, komuniti beridentiti dan kecemerlangan DUN.

Berdasarkan pengalaman lepas maka dalam permulaan penggal ini, saya telah

menggariskan lima teras yang dijadikan asas dalam perkhidmatan masyarakat,

program pengagihan peruntukan dan bantuan dan pembangunan kawasan DUN

Pemanis. Mereka ialah masyarakat penyayang, dinamik akar umbi, pembasmian

kemiskinan, sinergi komuniti dan pemantauan pengurusan banjir dan alam sekitar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, salah satu cabaran terbesar mengikut pengalaman

kita selama 8 tahun, dalam melaksanakan lima teras ini adalah untuk kawasan

khasnya di kawasan luar bandar kita kekurangan sukarelawan yang benar-benar

komited dan bakat anak-anak muda. Kebanyakan mereka ini berhijrah ke kawasan

bandar untuk mencari pekerjaan atau survival ekonomi. Justeru, saya mengambil

pendekatan untuk melaksanakan program dinamik akar umbi sebagai satu elemen

utama dalam lima teras tersebut.

Kebelakangan ini, Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam masa bulan lepas kita

dengar dalam berita dalam masa dua minggu sebagai contoh lebih kurang 4,000

orang penduduk menjadi mangsa banjir di sebelah pantai timur. Tetapi hakikatnya

yang berlaku di dalam kawasan saya iaitu DUN Pemanis jauh lebih daripada itu. Dalam

masa tiga hari semasa banjir besar 2006 dan 2011 lebih kurang 10,000 mangsa

dipindahkan ke 15 pusat pemindahan di bawah pengelolaan JPMM DUN Pemanis. Ini

tidak masuk kira mereka yang tidak dapat berpindah.

Keupayaan DUN Pemanis untuk menyokong Jawatankuasa Bencana pada peringkat

daerah dalam menguruskan banjir, penyelamatan dan pemindahan mangsa

pengagihan besar-besaran wang ihsan mangsa banjir merupakan satu pencapaian

dan kejayaan berlandaskan usaha inovatif dan penekanan lima teras. Namun di

sebalik semua itu, kita amat-amat memerlukan bantuan dan suntikan daripada

kerajaan menerusi dana khususnya bagi pengurusan banjir terutamanya dalam bentuk

elaun atau sagu hati dan penyelenggaraan pusat-pusat pemindahan. Banjir besar dan

luar biasa tidaklah sesuai lagi diurus dan di selaras pada peringkat akar umbi semata-

mata bergantung kepada sumber sukarelawan.

Page 205: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

205

Saya memohon keprihatinan Kerajaan Negeri Johor untuk mempertimbangkan

permohonan saya mendapatkan satu dana khusus bagi pengurusan banjir di dalam

kawasan DUN Pemanis khasnya dan daerah Segamat amnya.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan yang telah menjadikan

kawasan FELDA sebagai sebuah penempatan luar bandar yang terancang dan

dirangka pembangunan yang baik dari segenap aspek. Dengan pelbagai

kemudahan termasuk perkampungan wifi dan jalur lebar dan kemudahan sukan

menjadikan kawasan FELDA sebagai penempatan yang tidak ketinggalan, maju

berbanding bandar-bandar sedia ada.

Namun begitu saya ingin menarik perhatian kerajaan dan Dewan ini terhadap

masalah hakisan tanah dan perparitan yang membelenggu orang-orang FELDA di

dalam kawasan saya iaitu Rancangan FELDA Medoi, Pemanis 1 dan Pemanis 2 yang

tengah berhadapan dengan masalah hakisan tebing dan perparitan memerlukan

perhatian serius. Wajar untuk kerajaan membuat penilaian secara keseluruhan

mengenai masalah hakisan tebing yang melibatkan penempatan rumah kediaman ini.

Sejauh manakah bahayanya, dan apakah ada kemungkinan dan ruang untuk kita

memindahkan rumah-rumah yang terlibat ke kawasan lain. Ataupun adakah kita boleh

merencana satu pelan bagi mengelak atau mengurangkan impak hakisan tebing ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bukan mudah untuk kita merangsang komuniti di saat

semua orang menganggap keperluan faktor fizikal sebagai keutamaan yang penting.

Dengan ini saya, merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua

warga DUN Pemanis di atas komitmen dan kesungguhan yang mereka tunjukkan untuk

sama-sama dalam menjayakan program pembangunan komuniti menerusi 5 teras

yang saya gariskan. Penghargaan juga saya untuk semua jabatan agensi kerajaan

yang sama-sama membantu, pertubuhan bukan kerajaan dan kepimpinan JKKK, JKR

dan JKM. Dan juga parti politik yang menjadi nadi kepada semua pergerakan. Syabas

dan tahniah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, tahun ini 2011 merupakan antara tahun yang paling

mencabar untuk Pemanis. Kita ditimpa dengan banjir besar yang betul-betul menguji.

Di sebalik itu, ia juga merupakan satu tahun yang berezeki apabila kebanyakan

keperluan infra dan komuniti telah ditunaikan. Kini DUN Pemanis bersiap sedia

berhadapan kemungkinan banjir sekali lagi. Sama-samalah kita membuktikan

kesabaran dan ketabahan kita semua. Semoga warga DUN dirahmati tuhan selepas

diberikan ujian olehNya. Moga segala urusan kita dipermudahkan dan mendapat

keberkatan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dengan ini saya menyokong rundingan ADUN

Machap.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih Pemanis. Jemput Pasir Raja.

Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Page 206: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

206

Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Datuk Speaker, ucapan tahniah kepada

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor atas pembentangan Bajet 2012 yang

menarik dan mantap. Apa yang difikirkan dan dicadangkan secara inclusive telah

dibentangkan kepada rakyat. Tiada agenda tercicir dihidangkan kepada rakyat dan

tema “Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat” sesuatu yang sangat sinonim

dengan keadaan ekonomi yang tidak boleh ditentukan secara bersendirian. Seingat

saya apabila Malaysia ditimpa krisis kegawatan ekonomi 1998, mantan Perdana

Menteri waktu itu telah menggalakkan kita rakyat berbelanja untuk pulihkan ekonomi.

Kini dengan bajet 2012, berbelanja demi rakyat merupakan satu pembukaan kepada

kesinambungan pengukuhan asas-asas ekonomi. Pasir Raja sangat memahami

keutamaan atau dengan izin priority yang perlu dilaksanakan demi rakyat tetapi

beberapa perkara yang menyentuh sanubari rakyat turut patut diberi perhatian.

Datuk Speaker, tiga minggu lepas saya telah berbicara atau berbual- bual dengan

rakan Cina di sebuah kedai kopi hailam. Kami berbual pelbagai isu termasuk isu

ekonomi, politik serta hal subsidi yang kerajaan laksanakan. Apa yang kami bualkan

tidak menarik minat orang–orang yang berada di sebelah kami. Tetapi, apabila kami

berbicara hal perumahan iaitu hal perumahan murah mampu milik, tiba-tiba seorang

kakak di sebelah kami bersuara, “hah, rumah eh?” Dia tanya kami macam mana

dengan dia? Boleh tak dia dapatkan rumah dengan harga yang mampu dimilikinya.

Kami berdua terpinga-pinga kerana kakak tersebut tiba-tiba mencelah setelah

setengah jam kami berborak.

Datuk Speaker, saya terfikir dalam banyak hal isu Rumah Mampu Milik adalah menjadi

keutamaan sesetengah rakyat kita. Sebagai contoh, kakak tersebut mungkin tahu saya

seorang Wakil Rakyat dan dia mahu saya bawakan ke dalam Dewan yang mulia ini

hal rumah.

Dalam strategi ke-4 bajet 2012 iaitu meningkatkan kualiti hidup rakyat memang

menyatakan kerajaan memberikan perhatian serius terhadap isu-isu sektor perumahan.

Kita berhajat untuk menyediakan kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu

dimiliki rakyat. Maka dasar yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor pada

November 2011 amat bermakna buat rakyat Johor. Syabas diucapkan.

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu hal ini yang diperkatakan atau

dipersoalkan. Adakah atau apakah takrifan sebenar, takrifan semula rumah mampu

milik Johor yang terkini? Dan sasaran golongan berpendapatan isi rumah yang

bagaimana? Melihat daripada sasaran yang disebut dalam bajet 2012, mereka yang

berpendapatan kurang RM5,000.00. Ianya adalah, adakah bertepatan dengan istilah

mampu milik? Kerana ramai lagi isi rumah berpendapatan bawah RM3,000.00 dewasa

ini yang memenuhi dengan izin populasi bottom of pyramid. Sekiranya begitu Datuk

Speaker, diharapkan dengan penambahbaikan dasar perumahan yang diluluskan

pada November 2011 ini, rakyat berharap penjenamaan semula rumah kos rendah

dan kos sederhana rendah diperbanyakkan lagi pembinaannya. Sekiranya ianya

dilakukan di Iskandar Malaysia, inilah masanya yang terbaik dalam 2012, rakyat

menuntut supaya ianya dilaksanakan di luar Iskandar Malaysia dengan lebih agresif.

Dan Datuk Speaker sekiranya tuntutan pemaju untuk berdalih atau melengah-

lengahkan pembinaannya di sesebuah kawasan sasaran itu tak patut untuk

Page 207: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

207

dikompromikan. Dengan itu barulah dasar kita iaitu penjenamaan dasar ini dapat

memberi keyakinan kepada bakal pemilik rumah kategori ini. Dan Pasir Raja juga ingin

memohon agar sebuah taman dalam DUN Pasir Raja iaitu Taman Daiman, Kota Tinggi

juga akan memperoleh nikmat dengan dasar ini.

Datuk Speaker, banyak lagi cadangan dan pandangan tentang isu pembinaan

Rumah Mampu Milik ini. Langkah pertama ataupun Prakarsa 1 iaitu meningkat kualiti

perumahan rakyat, ada menyatakan kerajaan akan menubuhkan Lembaga

Perumahan Negeri Johor. Alhamdulillahlah. Datuk Speaker bolehlah melantik di

kalangan kami-kami ini wakil rakyat ke dalam Lembaga ini agar dapat sama-sama

kami beri input yang tepat dan memenuhi denyut nadi rakyat. Setuju Datuk Speaker?

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Setuju.

Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba (Pasir Raja) : Pasir Raja juga merakamkan ucapan

terima kasih ke atas keprihatinan kerajaan mengatasi masalah yang dibangkitkan

selama ini iaitu isu ketidaksepadanan pekerjaan dan permintaan serta penawaran.

Beberapa perkara yang dilakukan untuk mengatasi perkara ini seperti :

1. Penganjuran Karnival Kerjaya Perniagaan dan Kemahiran (KEPAK)

2. Membangunkan sistem klasifikasi tenaga kerja Johor yang mengenal pasti jumlah

sebenar penawaran dan permintaan tenaga kerja di Negeri Johor.

Sistem ini kita jangka bukanlah murah tetapi untuk dibangunkan apalah kurangnya

kebaikannya sekiranya dimanfaatkan. Sekiranya kita dapat mengurangkan kadar

pengangguran terutama kepada mereka yang bergraduan iaitu graduan universiti

yang berkemahiran tinggi dan mereka yang berilmu tinggi malah yang penting

sasaran 30% keperluan tenaga kerja industri dipenuhi tenaga kerja datangnya dari

Negeri Johor anak watan.

Datuk Speaker, kalau boleh lebih ramai lagi lebih baik. Dan pujian pula kita berikan

atas inovatif Kerajaan Negeri Johor dengan memperkenalkan sudut industri ataupun

sudut kerjaya di sekolah-sekolah terpilih. Pasir Raja mencadangkan agar seawal tahun

2012 perkara ini jangan dilewatkan, perkara ini jangan dilengahkan. Supaya sudut ini

dapat diimplementasikan dan kehadiran bolehlah kita menggunakan penasihat-

penasihat kerjaya yang sedia ada ataupun berunding dengan Kementerian Pelajaran

supaya diadakan penasihat kerjaya dan perhebatkan tugasan mereka.

Datuk Speaker, dalam ucapan Bajet 2012, Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar

ada mengucapkan terima kasih kepada rakyat Negeri Johor yang selama ini sentiasa

memberi sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional serta menggambarkan

keyakinan yang tidak pernah luntur rakyat kepada kerajaan. Ini merupakan satu

kenyataan terbuka yang ikhlas dan jauh di lubuk hati kerajaan, kepimpinan beliau

mendengar denyut nadi rakyat tetapi Datuk Speaker hanya segelintir rakyat atau

masyarakat sahaja yang tidak memahami serta tidak menerima kenyataan Kerajaan

Barisan Nasional yang terbaik atas rekod perkhidmatan, malah sentiasa merujuk

Kerajaan Johor akan muflis ataupun bankrap. Perkara ini sering di dendang berkali-kali,

diucap berkali-kali oleh orang politik pihak pembangkang yang sengaja memberi

gambaran negatif atas usaha kerajaan. Saya yakin penjelasan yang akan diberikan

Page 208: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

208

oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelak akan melenyapkan terus tuduhan

tersebut.

Fakta yang dinyatakan oleh pihak pembangkang tentang keyakinan business yang

dikatakan jatuh dari tangga 114 ke tangga 145 sangat berlawanan dengan

kenyataan Yang Berhormat Menteri MITI, yang menyatakan Malaysia tempat ke-10

dari dalam dunia ini sebagai destinasi pelaburan untuk mereka membuat pelaburan

iaitu meningkat dari tangga 21 ke-10. Dan dalam Laporan Ekonomi Johor 2010, Johor

merupakan negeri yang ke-3 tertinggi pelaburan terutama sektor pembuatan. Dan

Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan bahawa komitmen pelaburan di

Iskandar berjumlah RM77.82 bilion telah direkodkan. Malahan pada tahun 2010, apa

yang saya dapat jawapan sebanyak 172 projek kilang diluluskan oleh MIDA dengan

pelaburan RM7.4 bilion. Sebanyak 14,915 peluang pekerjaan diwujudkan. Tempoh

Januari hingga September 2011, 137 projek perkilangan diluluskan oleh MIDA dengan

jumlah pelaburan RM6.1 bilion, sebanyak 20,254 peluang pekerjaan baru dijangka

dapat diwujudkan dari projek yang dibawa itu.

Datuk Speaker, kita tengok di sini, bahawa keyakinan business dan jumlah pelaburan

yang berterusan ke Johor menunjukkan apa yang dikatakan oleh pembangkang

adalah satu fakta yang tidak tepat dari segi teknikal. Lagipun, kita tengok orang-

orang yang datang untuk membeli-belah barang-barang berkualiti berduyun-duyun

ke Johor Premium Outlet baru-baru ini. Semuanya menunjukkan bahawa kita yakin,

keyakinan business tidak turun secara relatif, apa yang dibangkitkan oleh

pembangkang.

Datuk Speaker, Pasir Raja ingin membawa perkara yang berkaitan dengan tugasan

pihak Jabatan Kerja Raya, Bahagian Elektrik. Kali ini kerana kerap kali berlaku lampu

limpah dan lampu jalan di persimpangan Jalan Kulai – Kota Tinggi ke Bandar Tenggara

berhampiran Ladang Yayasan iaitu di Orchard Golf yang tidak menyala saban kali dan

yang bermasalah ialah apabila tidak menyala ia mengambil masa yang terlalu lama

untuk di baik pulih. Saya hanya ingin memperingatkan kepada JKR Daerah atau

Negeri bahawa kawasan tersebut ialah kawasan keutamaan:

1. Terutama ia adalah mercu tanda atau pintu masuk ke kawasan DUN Pasir Raja

dan Panti.

2. Ia adalah persimpangan tiga.

3. Lalu lintas di kawasan tersebut sangat tinggi kadar laluannya.

4. Traffic light pun tiada.

Jadi Datuk Speaker, saya berharap perkara ini diambil berat oleh pihak Jabatan Kerja

Raya, Bahagian Elektrik. Pasir Raja juga seterusnya mendapati kesedaran orang ramai

tentang Konsep Bandar Selamat dan isu keselamatan menjadi sangat penting bagi

mereka. Pada majlis dialog yang JPMM Pasir Raja anjurkan dengan Pihak Berkuasa

Keselamatan bersama rakyat Pasir Raja baru-baru ini, mereka meminta agar ada

sedikit peruntukan diberikan kepada kawasan-kawasan yang panas supaya diletakkan

Pondok Bit Polis di taman-taman yang dikatakan diperlukan penjagaan ataupun

keselamatan yang lebih rapi. Dan, Pasir Raja mohon supaya Taman Seri Lalang, Taman

Seri Saujana, adakan Pondok Bit Polis ini untuk meyakinkan penduduk di kawasan-

Page 209: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

209

kawasan itu terhadap isu keselamatan dan mereka tentu akan yakin dan terus

menyokong Barisan Nasional sekiranya dapat dilakukan.

Akhir sekali Datuk Speaker, Pasir Raja mohon agar pengisian jawatan Penghulu Mukim

Ulu Sungai Johor dipenuhi kerana pada masa ini ianya dipangku sahaja, sudah lama.

Pasir Raja memerlukan pergerakan program-program yang lebih tersusun dan efektif

melalui Ketua-Ketua Kampung dan Penghulu yang sedia ada telah pun berpindah ke

kawasan lain dan diharapkan supaya dapat dipenuhi permintaan ini segera. Datuk

Speaker, ini merupakan satu tanggungjawab untuk kita laksanakan tugas terutama

sekali menjelang pilihan raya. Dan untuk itu Datuk Speaker, Pasir Raja menyokong

usaha yang dibawa oleh Machap.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih. Jemput yang lain. Pengkalan Rinting.

Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Yang Berhormat Datuk Speaker,

salam sejahtera, salam perpaduan dan juga salam 1Malaysia saya ucapkan kepada

semua yang berada di Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan

ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker kerana telah memberi

keizinan dan juga kesempatan kepada Pengkalan Rinting untuk menyertai perbahasan

untuk memberi sokongan usul sokongan Pembentangan Bajet Tahun 2012 yang telah

dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada hari Khamis yang

lepas.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sesungguhnya pembentangan bajet bagi tahun 2012,

yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Johor adalah

merupakan satu bajet yang benar-benar bertujuan untuk menampung keperluan bagi

perlaksanaan serta juga pengurusan demi membangunkan Negeri Johor ke arah yang

lebih dinamik demi kesejahteraan rakyat Negeri Johor khasnya. Bajet ini adalah

meliputi segala aspek keperluan terutama untuk membantu rakyat jelata agar mereka

dapat terus menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan juga terjamin.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bajet Kerajaan Negeri Johor bagi tahun 2012, yang

bertemakan “Menjana Pendapatan Berbelanja Demi Rakyat” adalah merupakan satu

usaha ke arah meningkatkan hasil kerajaan demi memberi perkhidmatan yang lebih

baik di samping memacu pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan

rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya penuh yakin dan percaya bahawa bajet 2012

akan dapat membantu melancarkan lagi pertumbuhan ekonomi Negeri Johor dalam

menuju wawasan 2020. Saya ingin ambil kesempatan ini dan amat berterima kasih

kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana telah dapat mengadakan

Gerak Kerja Kerajaan Negeri Johor turun padang melawat ke Kawasan Parlimen Pulai

iaitu termasuklah kawasan DUN Pengkalan Rinting pada 9 hingga 13 November yang

lepas. Sempena lawatan ini, banyak masalah yang dihadapi di Kawasan DUN

Pengkalan Rinting baik dari segi kekurangan kemudahan infrastruktur, keperluan asas

sosial, keperluan pelajaran, kesihatan, masalah agama dan sebagainya sudah

dipersetujui akan diselesaikan atau akan berusaha untuk diselesaikan tidak lama lagi.

Page 210: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

210

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai contoh, di Kawasan DUN Pengkalan Rinting

beberapa projek pembangunan untuk rakyat seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Peh Hwa (2), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Bukit Indah akan didirikan. Selain

daripada itu, terdapat juga pembinaan sebuah Dewan Raya untuk kemudahan rakyat

bakal dibina dan juga masjid baru di Taman Bukit Indah. Seterusnya, beberapa rumah

pangsa kos rendah juga akan dapat di catkan semula. Isu perpindahan penduduk

setinggan di Kampung Skudai Kiri dan Kampung Usaha Jaya dan pembangunan

semula Kampung Skudai Kiri juga ada cara penyelesaiannya. Sistem jalan dan, sistem

perparitan seluruh kawasan kampung-kampung dan taman-taman di DUN Pengkalan

Rinting juga akan di naik taraf.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam mempersoalkan kemajuan pembangunan dan

juga untuk menaik taraf kehidupan rakyat jelata seiring dengan peredaran masa, saya

rasa Kerajaan Negeri Johor telah banyak melakukan usaha dan juga perubahan

dengan melaksanakan pelbagai projek semata-mata untuk memberi kemudahan

serta keselesaan bagi di manfaat oleh setiap lapisan masyarakat. Contohnya, kerajaan

telah meluluskan satu peruntukan yang begitu besar untuk menaik taraf Jalan Kolam

Air, Johor Bahru.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selain daripada itu kerajaan juga telah memberikan

kelulusan peruntukan berjumlah RM975 juta untuk membina satu Lebuh Raya Pesisir

Pantai atau Coastal Highway dengan izin, sepanjang 15 kilometer dengan mempunyai

6 lorong laluan dan tidak dikenakan bayaran tol dari tempat Hospital Sultanah Aminah

Johor Bahru ke Nusajaya. Lebuh Raya Pesisir Pantai ini sudah hampir siap dibina.

Setelah siap dibina dan dibuka laluan dengan sepenuhnya pada awal tahun depan,

maka dari Bandar Johor Bahru ke Nusajaya, saya ingat dengan masa hanya 20 minit

sahaja, akan dapat merangsangkan pertumbuhan ekonomi semula kawasan yang

berdekatan dengan Lebuh Raya Pesisir Pantai tersebut di dalam kawasan DUN

Pengkalan Rinting.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya berpendapat hanya Kerajaan Barisan Nasional

yang sentiasa prihatin dan juga menepati segala janji yang pernah kita buat kepada

rakyat. Rakyat sepatutnya bersyukur dan terus memberikan sokongan yang padu

kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana hanya Kerajaan Barisan Nasional yang

sentiasa mengutamakan keperluan rakyat dan akan terus kita membela nasib mereka

dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Datuk Speaker, baru-baru ini terdapat rungutan daripada penduduk

Orang Asli di Kampung Sungai Temun yang mengatakan bahawa kawasan mereka

telah di ceroboh oleh pihak tertentu yang mana Kerajaan Negeri ada kepentingan.

Dengan menebang pokok-pokok bakau sehingga menjejaskan mata pencarian

mereka. Saya rasa, pihak tertentu tersebut, jika ada rancangan untuk membangunkan

kawasan kampung orang asli di Kampung Sungai Temun perlulah memaklumkan

kepada Orang Asli terlebih dahulu. Pihak yang terlibat juga, perlulah mendapatkan

tempat baru yang sesuai untuk memindahkan Orang Asli sebelum kita mulai kerja

membangunkan tempat mereka. Tempat yang akan memindahkan Orang Asli juga,

mestilah berdekatan dengan laut kerana kebanyakan mereka adalah terdiri dari

nelayan. Dan, laut adalah menjadi sumber tempat mereka mencari rezeki bagi

menampung keperluan keluarga.

Page 211: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

211

Yang Berhormat Datuk Speaker, selain daripada itu di kawasan perkampungan Orang

Asli, Kampung Sungai Temun ini terdapat ada 4 buah restoran makanan laut, seafood

dengan izin, yang diusahakan oleh Orang Asli berkongsi dengan penduduk tempatan

di Kampung Sungai Temun. Makanannya sungguh enak dan suasana nyaman dan

juga pemandangan di tepi laut yang indah di restoran tersebut telah menjadi pilihan

para pengunjung, terutama dari Negara jiran, Singapura. Secara tidak langsung, ini

telah menarik para pelancong dan rakyat tempatan untuk berkunjung ke restoran

makanan laut yang ada di Sungai Temun tersebut. Oleh itu, dalam Dewan yang mulia

ini, saya ingin mencadangkan agar pihak berkenaan yang mana kerajaan ada

kepentingan, dapatlah semasa membangunkan perkampungan kampung Orang Asli

di Kampung Sungai Temun, dapatlah kita mengekalkan restoran-restoran tersebut. Ini

akan dapat menarik lebih ramai para pengunjung ke Bandar Johor Bahru.

Yang Berhormat Datuk Speaker, seterusnya saya ingin membangkitkan tentang

masalah tempat letak kereta yang masih kita terima rungutan daripada orang ramai di

bandar Johor Bahru. Yang Berhormat Datuk Speaker, walaupun kemudahan petak

letak kereta sedia ada mencukupi di pusat bandar Johor Bahru yang mana saya

terima maklumat daripada pihak MBJB iaitu dalam bandar Johor Bahru kita

mempunyai sebanyak 9198 petak. Ini adalah satu jumlah yang begitu besar tetapi

sebagaimana yang kita sedia maklum, kemudahan tempat letak kereta di bandar

Johor Bahru ini sering menjadi rungutan kepada orang ramai yang hendak berurusan

sama ada di kedai-kedai, pejabat kerajaan, hospital besar, bank, lain-lain tempat.

Oleh sebab itu, apa yang kita lihat, banyak kenderaan terletak di tepi jalan khasnya di

dalam bandar Johor Bahru, dan telah menjadi kesesakan lalu lintas. Masalah ini timbul

disebabkan kebanyakan mereka yang bekerja di seberang Tambak Singapura,

dengan izin, selalunya meletakkan kenderaan mereka seawal pagi.

Oleh yang demikian, pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru perlulah mengkaji dan juga

menggunakan satu sistem bayaran yang baik. Di dalam Dewan yang mulia ini, saya

mencadangkan, sebolehnya, bolehkah kita dapat apa, menggunakan satu sistem

yang mana kita akan dapat memberi kesedaran dan juga dapat menghalangkan

mereka yang bekerja di seberang tambak iaitu Singapura meletak kereta di bandar

Johor Bahru selama satu hari. Maka dengan ini, di dalam Dewan yang mulia ini, saya

mencadangkan pihak MBJB boleh menggunakan sistem bayaran seperti yang

digunakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di Bandar Johor Bahru, iaitu kita

menggunakan sistem bayaran yang mana semakin lama kita meletak kenderaan di

satu tempat akan dikenakan bayaran yang lebih tinggi lagi. Ataupun, pihak MBJB

boleh juga boleh menggunakan sistem, apa yang saya lihat di Melbourne, Australia

iaitu satu sistem bayaran yang mana kita kenakan kepada kenderaan yang meletak di

satu petak letak kereta iaitu kita hadkan masa untuk mereka meletakkan iaitu dalam

masa setengah jam, satu jam ataupun satu setengah jam atau 2 jam. Kedua-dua

sistem bayaran ini memang, kita bolehlah berikan keserahan dan juga

menghalangkan mereka yang bekerja di seberang Tambak Singapura ini untuk

meletak kereta ataupun kenderaan di bandar Johor Bahru untuk selama-lamanya satu

hari.

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Datuk Speaker,

adalah difahamkan pihak IRDA bersetuju untuk membina satu jejantas ada laluan

Page 212: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

212

motosikal dan juga basikal berdekatan dengan Masjid Sungai Danga di atas laluan

Lebuh Raya Persisir Pantai atau Coastal Highway, dengan izin. Bagaimanapun, Yang

Berhormat Datuk Speaker, penduduk yang tinggal di kawasan Jalan Kolam Air

termasuklah Taman Nong Chik juga memohon jasa baik pihak IRDA dapat

memberikan kelulusan peruntukan untuk membina satu jejantas yang serupa di

kawasan Jalan Kolam Air untuk memudahkan mereka melintas bagi tujuan untuk pergi

ke Masjid Kolam Air yang berhampiran. Buat masa sekarang, mereka menghadapi

masalah untuk tujuan ke masjid kerana terpaksa membuat pusingan U yang agak jauh

dan bagi mereka yang menggunakan motosikal dan berjalan kaki, terpaksalah

meletak motosikal di tepi Jalan Kolam Air dan melintas Jalan Kolam Air yang

merbahaya ke masjid.

Yang Berhormat Datuk Speaker, merujuk kepada Bajet 2012, saya amat terima kasih

dengan perlaksanaan Pelan Transformasi Daerah Sentral Johor Bahru di Bandar Johor

Bahru yang mana akan menjadikan Daerah Sentral Johor Bahru sebagai pusat

ekonomi yang mengekalkan warisan dan juga budaya. Projek pendapatan di Sungai

Segget, kerja-kerja membaik pulih Jalan Air Molek, Loji Pembetungan Sungai Segget,

kerja-kerja baik pulih Bangunan Sultan Ibrahim, mewujudkan Muzium Keretapi Tanah

Melayu Berhad, menaik taraf Taman Botani serta pengindahan Jalan Wong Ah Fook

dan juga mengujudkan Meldrum Food Village, semua adalah dalam kawasan DUN

Pengkalan Rinting.

Yang Berhormat Datuk Speaker, rancangan-rancangan dan juga projek-projek ini

secara tidak langsung ianya akan membuka peluang-peluang pekerjaan untuk

menambah kedudukan taraf kehidupan rakyat. Seterusnya, akan memajukan

kawasan DUN Pengkalan Rinting dan juga menghidupkan semula kepesatan bandar

Johor Bahru.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Masa cukup, Yang Berhormat.

Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Lagi satu minit, dua minit sahaja.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok.

Y.B. Encik Chia Song Cheng (Pengkalan Rinting) : Yang Berhormat Datuk Speaker,

dalam pembentangan Bajet 2012, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor

telah menyentuh mengenai perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap dan juga gaya

hidup sihat. Saya ingin mengambil kesempatan ini dalam Dewan yang mulia ini,

merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah

memberikan kelulusan peruntukan untuk mendirikan sebuah Klinik 1 Malaysia di

kawasan DUN Pengkalan Rinting iaitu di Taman Nusa Bestari 2. Dan, Klinik 1 Malaysia ini

dijangkakan akan beroperasi pada awal tahun depan. Dengan perwujudan Klinik 1

Malaysia ini, akan dapat meningkatkan taraf tahap kesihatan penduduk DUN

Pengkalan Rinting dengan kos yang minima dan juga ianya akan memberikan

manfaat kepada setiap lapisan masyarakat khususnya mereka yang berpendapatan

rendah.

Akhir sekali, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin membangkitkan tentang

masalah keselamatan. Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah dan juga syabas

Page 213: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

213

kepada pihak PDRM atas usaha yang dilakukan sehingga kadar indeks jenayah telah

menurun. Yang Berhormat Datuk Speaker, ini membuktikan komitmen yang dilakukan

oleh pihak PDRM untuk membanteras kegiatan jenayah, khususnya di Daerah Johor

Bahru khasnya, dan Negeri Johor amnya. Sentiasa diberi perhatian dan juga dipergiat

bagi melindung nyawa rakyat dan juga harta benda. Tetapi, Yang Berhormat Datuk

Speaker, di kesempatan ini saya juga ingin memaklumkan bahawa bangunan baru IPD

Nusajaya masih belum dapat didirikan.

Saya sudah tanya pada Persidangan Dewan yang pada tahun yang lepas, sehingga

hari ini masih belum dapat didirikan. Begitu juga, saya dapati PDRM, IPD Johor Bahru

Selatan yang terletak di tengah Pusat Bandar Johor Bahru adalah terlalu uzur dan juga

kurang selesa. Kemudahan tempat letak kereta bagi orang awam yang hendak

berurusan juga kurang. Adalah wajar, pihak kerajaan memberi perhatian serta

menjaga kebajikan mereka kerana suasana yang lebih kondusif, ceria dan juga selesa

dapat meningkatkan lagi serta menambah baik kualiti perkhidmatan keselamatan

yang sedia ada. So, maka saya harapkan kedua-dua bangunan baru PDRM, IPD

Nusajaya dan juga bangunan baru bagi PDRM IPD Johor Bahru Selatan, bila akan

dapat didirikan?

Dengan kata-kata itu, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong usul sokongan

pembentangan Bajet Negeri Johor Tahun 2012 yang telah dibawa oleh Yang

Berhormat ADUN Machap. Sekian, terima kasih.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih, Yang Berhormat. Dijemput yang lain.

Kemelah.

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Dan salam sejahtera. Yang Berhormat

Datuk Speaker, Alhamdulillah. Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa

kesyukuran ke hadrat Allah yang masih memberikan kita semua ruang waktu,

kesihatan dan keupayaan untuk memberikan hikmat kepada masyarakat. Rasa

penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker yang

memberikan saya peluang untuk turut sama membahaskan rundingan bagi Rang

Undang-undang Enakmen Pembekalan (2012) Bagi Tahun 2011. Awal bicara ini, saya

juga ingin mengambil kesempatan merakamkan ucapan penghargaan, tahniah dan

syabas atas pembentangan Bajet Negeri Johor 2012 yang di lafaz ucapkan Yang Amat

Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor pada hari Khamis yang lalu. Ini menggambarkan

kesungguhan kerajaan secara berterusan, memberikan perkhidmatan yang terbaik

kepada rakyat. Inilah kejayaan sebenarnya. Asas yang dibina kukuh bertahun lalu

menampakkan hasilnya, menerusi agenda yang menyeluruh lagi seimbang,

mencakupi semua bidang dengan harapan 2012 yang mendatang, wadah terbaik,

memacu kejayaan yang lebih gemilang. Dasar yang menyeluruh lagi seimbang ini,

bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi ke arah kemakmuran dan ia juga

adalah selari dengan prinsip Wasatiah yang membawa pengertian keseimbangan dan

keadilan dalam kehidupan rakyat.

Page 214: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

214

Yang Berhormat Datuk Speaker, 3 tahun yang lepas saya menghuraikan prinsip

Wasatiah ini. Walaupun, mungkin ADUN Rengit mengetawakannya tetapi apabila

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membawa prinsip yang sama…

Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat, sedikit pembetulan. Fakta

mana yang digunakan? Dalam handsard ada tidak saya ketawakan?

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Duduk je lah.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Kalau dalam Dewan ni macam bergaduh. Kat luar baik

semua.

Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Tidak. Ni bercakap betul Yang Berhormat.

Peraturan mananya? Ada tidak handsard saya kata saya ketawakan?

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Nanti kita minta Yang berhormat Datuk

Speaker lah untuk memberikan alasan.

Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Tidak. Kena semak, Yang Berhormat Datuk

Speaker.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Tarik baliklah.

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Yang Berhormat Datuk Speaker…

Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil (Rengit) : Yang Berhormat, dia tidak tarik balik. (Dewan

ketawa)

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Di luar Dewan nanti kita minum teh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Berundinglah, berundinglah. (Dewan ketawa).

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Yang Berhormat Datuk Speaker, apabila

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengutarakan tentang prinsip Wasatiah,

semua bercakap tentang prinsip ini. Walaupun, mungkin mereka ini mengetawakan

pada awalnya. Sebagaimana firman Allah SWT, di dalam surah Al-Baqarah ayat 143

(bacaan ayat al-Quran) dan seterusnya, perkataan dasar Wasatah ini yang

membawa kepada prinsip Wasatiah yang bermaksud, dan demikianlah kami, jadikan

kamu umat yang pertengahan dan seimbang. Kalau diteruskan, ia bermaksud supaya

kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul itu menjadi saksi kepada perbuatan

kamu. Ahli Tafsir menyatakan prinsip Wasatiah ini, cubaan untuk memberikan

kemakmuran yang seimbang, perjuangan beristiqamah, menekankan kepada

kesejahteraan insan dan melahirkan generasi yang berkualiti serta mempunyai

kekuatan dan kesedaran untuk mencapai kemenangan. Dan, saya yakin bahawa

inilah yang menjadi perjuangan kita di Negeri Johor untuk memberikan kesejahteraan

dan juga keselesaan kepada rakyat yang ada. Gurindam Melayu ada menyebut,

supaya hidup beroleh barakah, amal banyak taqwa melimpah, supaya hidup

membawa faedah, banyak taqwa kepada Allah. Kalau hidup hendak selamat,

Page 215: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

215

pelihara laut serta selat, peliharalah tanah berhutan lebat, di situ terkandung rezeki

dan rahmat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, belanjawan yang menjurus kepada tumpuan

terhadap kualiti hidup rakyat dengan menyasarkan jurang sesama kumpulan

masyarakat, tanpa membezakan kaum serta wilayah, dirapatkan dengan harapan

rakyat dan masyarakat mendapat keselesaan dalam kehidupan. Kepesatan

pembangunan ekonomi negeri telah melahirkan sektor korporat sebagai satu

komponen terpenting komposisi masyarakat Malaysia. Ianya berkembang dan

berpengaruh. Kemunculan masyarakat mewah, influenced society, dengan izin,

adalah simbol kemakmuran negara yang menjurus kepada amalan eksklusiviti yang

merenggangkan hubungan kemanusiaan golongan kaya dan miskin. Lazimnya,

masyarakat mewah mencetuskan budaya leisure dan configures consumption.

Tendensi ini boleh mengakibatkan kerosakan jalinan hubungan masyarakat. Kita

seharusnya mengambil iktibar dengan kejelikan sosial di negara maju akibat adanya

jurang pendapatan yang terlalu luas jaraknya. Robert B.Reich dalam karyanya “the

work of nation” mendedahkan ketidakseimbangan pendapatan seorang pekerja

kilang dengan seorang pengurus eksekutif di Amerika. Akhir tahun 1980 pendapatan

seorang pengurus eksekutif secara purata ialah RM 2 juta setahun setelah ditolak cukai

menjadi 74 kali gaji melebihi pendapatan seorang pekerja kilang. Profesor Seymour

Martin Lipset, seorang sarjana ekonomi dunia yang terkenal menyatakan bahawa

sistem ekonomi kapitalis telah gagal menyegarkan nilai–nilai kemasyarakatan.

Adakah itu yang akan kita jangkakan berlaku ke atas pembangunan yang begitu

pesat di Iskandar Malaysia. Apakah yang akan terjadi kepada masyarakat banyak

terutamanya orang–orang Melayu yang ada di sini. Apakah rancangan Kerajaan

Negeri untuk memastikan nasib orang Melayu akan terus dibela dan tidak tersisih

daripada pembangunan yang dilahirkan. Kita tidak menafikan kejayaan kerajaan

dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar namun fenomena

kemiskinan baru muncul di pekan dan juga di bandar di negara ini. Dr. Chandra

Muzaffor seorang pengkritik sosial yang terkenal berpendapat bahawa seorang kerani

rendah yang berpendapatan kurang 1,500 sebulan dan isterinya yang bertugas

sebagai jururawat rendah yang lebih kurang sama gajinya sudah pasti tidak mampu

hidup selesa dalam persekitaran bandar. Malah kelompok pekerja ini makin besar

saiznya. Kegagalan untuk melihat dan membantu golongan ini tentunya akan

menimbulkan pelbagai jenis gejala sosial yang negatif. Apakah peranan yang boleh

dimainkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal atau yang lebih tepat lagi

Pihak Berkuasa Tempatan untuk meredakan tekanan dan ketegangan hubungan

sosial.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, jikalau kita lihat di bandar, di pekan, kemiskinan ini

semakin merebak dan apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan yang

menjurus kepada orang Melayu yang duduk di pekan dan di bandar. Yang Berhormat

Dato’ Speaker, kita lihat bahawa kita cukup berbangga apabila kutipan zakat yang di

perolehi oleh Jabatan Agama meningkat setiap tahun. Memang benar kita berpuas

hati, kita gembira, kita ucap tahniah kepada Jabatan Agama ini, tetapi adakah zakat

ini disalurkan ke pihak yang berkaitan ataupun digunakan secara optima untuk

memastikan bahawa tidak akan ada orang–orang Melayu yang duduk di pekan

Page 216: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

216

meraih simpati dan lebih–lebih lagi ada di kalangan orang Melayu ini boleh pergi ke

gereja untuk meminta bantuan.

Kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam malu apabila perkara ini terjadi.

Inilah sebenarnya tanggungjawab kita semakin besar kejayaan kita, semakin banyak

lagi halangan yang akan kita tempuh dan saya menyeru tuan–tuan, Yang Berhormat

Dato’ Speaker, kita jangan berbangga kita mempunyai jumlah amaun jutaan ringgit di

bank dan sebagainya tetapi itu adalah merupakan hasil zakat yang diberikan oleh

orang Islam untuk memastikan zakat ini dapat diagihkan untuk menaikkan taraf rakan –

rakan Islam yang lain. Kita harapkan perkara ini tidak akan berlaku dan seharusnya

Jabatan Agama dapat mengenal pasti masalah ini dan juga menjurus bagaimana

untuk memastikan tidak akan berlaku lagi kemiskinan terutamanya di kalangan orang

Melayu, Islam tidak kiralah di luar Bandar mahupun yang lebih penting di bandar–

bandar. Ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk memastikan

bahawa keselesaan itu dapat diwujudkan sebagaimana yang diutarakan oleh Yang

Berhormat Menteri Besar dalam belanjawan 2012.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sepanjang hampir 4 tahun berkhidmat dalam penggal

yang ke dua sebagai ADUN di Kemelah banyak pengalaman pahit manis yang

ditempuh. Saya masih mengharapkan pengalaman pahit manis ini diteruskan dalam

tempoh tersebut saya telah menyuarakan dalam Dewan ini pelbagai masalah yang

dihadapi oleh rakyat tidak kira yang berkaitan tentang lampu jalan apatah lagi

tuntutan pembangunan yang lebih berat dalam usaha untuk membangunkan

kawasan. Mereka mengajukan pelbagai tuntutan dan permintaan dengan penuh

harap dan di sinilah tempat saya meluahkan. Kalau tadinya ia tentang lampu jalan,

sebenarnya kehendak mereka lebih daripada itu, masjid, sekolah agama, jalan

penghubung, institusi pendidikan, dewan, padang bola dan termasuk juga Tanah

FELCRA dan juga serta tanah generasi ke dua di FELDA Kemelah dan juga Redong.

3 Tahun lebih sudah berlalu, banyak projek pembangunan dan perubahan ini telah

kami rasai jalan penghubung antara FELDA Redong dan Selancar dengan kos 24 juta

telah pun dipulihkan dan dalam pembinaan. Jalan yang sempit di Kampung Melayu

Raya telah di naikkan menjadi sebuah jalan negeri, masjid yang sering diminta oleh

masyarakat di Paya Pulai dan juga di Bandar Putra satunya telah pun digunakan dan

insya-Allah pada bulan 12 tahun hadapan masjid di Bandar Putra ini akan beroperasi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di DUN Kemelah, satu kawasan yang kecil dalam

tempoh 2, 3 tahun, saya bersyukur ke hadrat Allah dan juga berterima kasih kepada

kerajaan Barisan Nasional kerana memberikan 2 buah masjid di sebuah negeri dah 20

tahun lebih memerintah hanya dapat mampu mewujudkan, melahirkan 1 masjid

sahaja. Kalau begitu agaknya DUN Kemelah lebih baik berbanding dengan negeri

tersebut.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Dah habis Yang Berhormat?

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat (Kemelah) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Sekolah

Agama untuk melahirkan generasi berakhlak dan bermoral yang dipohon sejak tahun

1971 insya-Allah sekolah agama yang terletak di Pogoh 2 akan siap pada tahun

hadapan. Bukannya 1 Sekolah Agama yang kami perolehi tetapi 5 inilah sebenarnya

nikmat perjuangan, inilah sebenarnya hasil daripada sokongan rakyat kepada

Page 217: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

217

kerajaan Barisan Nasional. Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu persimpangan maut

yang menjadi laluan utama ke FELDA Kemelah insya-Allah pihak JKR akan meluluskan

peruntukannya sebanyak RM 1.5 juta untuk meluruskannya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya dah cakap banyak kali, tetapi oleh kerana

pilihan raya tahun depan nadanya agak rendah sedikit tetapi kita minta pihak JKR

melihat tentang perkara ini kerana ini adalah merupakan sebahagian daripada

kehendak masyarakat terutamanya peneroka yang ada di FELDA Kemelah. Banyak

lagi pembangunan yang mengubah landskap DUN Kemelah yang tidak mampu saya

bicarakan satu persatu hanya kesyukuran yang saya mampu lafazkan ke hadrat Allah

dan ucapan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Yang

Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang merealisasikan hasrat ini. Saya juga ingin

mengambil kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini, untuk menyatakan rasa

penghargaan yang mendalam serta ucapan terima kasih yang tak terhingga sekali

lagi kepada Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar yang sentiasa memberikan dorongan

dan bimbingan ke arah kejayaan.

Terima kasih juga dipanjangkan kepada barisan EXCO yang ada. Kalau ada

peruntukan, bagi–bagi lagi dan juga Ketua–ketua Jabatan di peringkat daerah mahu

pun negeri yang telah memastikan program pembangunan dalam DUN Kemelah

dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, akhirnya dalam antologi puisi agenda Melayu,

bertajuk ‘Pesan Pak Kaduk’ karya Zurinah Hassan berbunyi: Tuan Yang Berhormat,

menang ayam kerana taji, menang tuan kerana undi, menang hamba jangan

diulang, menang sorak di tengah gelanggang, sedang tanah diambil orang. Tuan

Yang Berhormat, jangan ulangi bodoh hamba, tamakkan habuan yang cepat,

termakan pujuk, terbelit muslihat, kurang ilmu, buta hakikat. Tumpul akal tidak melihat,

kalah orang kalah mendapat, silap Pak Kaduk bertukar ayam, maka tergadai

kampung halaman, silap tuan bertolak ansur, maka tercagar nasib keturunan. Menang

Pak Kaduk tidak bertanah, menang tuan tidak bertuah, kalau menunduk pada yang

kalah, menang suara jangan kalah digertak, menang budaya jangan kehilangan

watak, menang sorak jangan kalah sabungan, menang kerusi jangan hilang

perjuangan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Wabillahi taufik walhidayah

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih Yang Berhormat, dijemput yang lain.

Y.B. Encik Vidayananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Salam sejahtera, salam

perpaduan dan salam 1 Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ya, Yang Berhormat kenapa ? Duduk kejap Yang

Berhormat Ahli Yang Berhormat, Persidangan ini saya tangguhkan selama 15 minit.

Persidangan ditangguhkan pada jam 4:00 petang.

Persidangan di sambung semula pada jam 4:15 petang.

Page 218: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

218

Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan

Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Ahli–Ahli Yang Berhormat perbahasan disambung semula.

Jemput siapa nak berucap.

Y.B. Encik Vidayananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Terima kasih Yang Berhormat

Dato’ Speaker kerana memberi saya ruang dan peluang untuk turut terlibat dalam

perbahasan Bajet tahun 2011 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat

Berhormat Menteri Besar Johor. Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan

syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Besar kerana telah

membentangkan struktur Bajet yang holistik, komprehensif dan juga struktur bajet yang

sebenarnya boleh membawa Negeri Johor ke tahap negeri maju dalam masa yang

singkat lagi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan harapan bahawa bajet ini akhirnya akan

bukan sahaja menjadikan Negeri Johor antara negeri yang maju di Negara kita tetapi

juga akan memberi kualiti hidup yang baik kepada semua warganegara, warga

Negeri Johor ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam bajet tahun 2012 banyak

perkara yang telah pun disentuh oleh Yang Berhormat Menteri Johor dan di

kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana

telah pun menubuhkan PDK, Pusat Dalam Komuniti di setiap Dewan Undangan Negeri,

di kawasan saya sahaja ada 3 PDK dan 1 lagi PDK dalam tahap permohonan.

Walau bagaimanapun saya ingin mengetahui beberapa perkara contohnya,

antaranya apakah kriteria yang telah pun diguna pakai oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat untuk memilih tenaga pekerja, tenaga pengajar di PDK–PDK tersebut dan

adakah sebarang latihan yang diberikan kepada tenaga pengajar di PDK–PDK dan

adakah sebarang silibus dengan izin, yang diguna pakai untuk mengajar mereka

daripada golongan kurang upaya yang menjadi pelatih di PDK. Kalau kita lihat rata–

ratanya di hampir semua PDK golongan mereka daripada OKU ini boleh dibahagikan

kepada beberapa kumpulan ada daripada kanak–kanak down sindrom, ada kanak–

kanak hyperactive ada yang slow learner dengan izin, ada pula dengan multiple

handicap jadi dalam keadaan seperti ini, kita nak tahu sama ada guru–guru yang

mengajar di PDK ini mempunyai kelayakan yang khusus untuk mengajar kanak–kanak

daripada golongan tersebut. Dan, sekiranya tidak saya mencadangkan agar 1 garis

panduan diadakan supaya PDK ini tidak hanya dijadikan Daycare centre di mana ibu

bapa kanak–kanak kurang upaya ini ke PDK dan seterusnya mengambil balik apabila

sampai masa. Kita nak memperkasakan PDK dan dalam situasi tersebut kita kena

pastikan bahawa mereka yang mengajar di PDK–PDK ini mempunyai kelayakan yang

tertentu dan pada masa yang sama latihan harus diberi dari masa ke semasa supaya

kecekapan mengajar golongan yang kurang upaya ini dapat dipertingkatkan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam keadaan kita mengajar untuk menjadi negeri

yang maju, warga emas juga tidak harus dilupakan, golongan ini merupakan

golongan yang sangat berjasa bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan

ekonomi negara tetapi juga kepada negeri. Dan, rata–ratanya pada hari ini ramai

daripada golongan warga emas ini iaitu mereka yang melebihi umur 60 tahun berada

di bawah tahap kemiskinan. Jadi dalam keadaan tersebut, kerajaan mestilah prihatin

Page 219: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

219

dan melihat kepada keadaan golongan OKU ini, golongan warga emas ini. Dan kalau

kita lihat rata-ratanya, JKM, JKM apabila kita membawa kes-kes seperti ini dan

sekiranya pendapatan mereka melebihi daripada RM700.00 contohnya, mereka tidak

mendapat bantuan. Tapi dengan kos sara hidup yang semakin hari semakin

meningkat, lebih-lebih lagi di Negeri Johor, di mana kita semakin maju, saya rasa duit

sebanyak RM700.00 memang tidak mencukupi. Jadi dalam keadaan tersebut,

sebagai satu kerajaan kebajikan, sebagai satu kerajaan yang prihatin, kita sepatutnya

memberi sesuatu insentif yang lebih kepada golongan warga emas ini khususnya

mereka yang tidak mempunyai sebarang pendapatan.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat cadangkan berapa patut beri?

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Saya mencadangkan seperti ini.

Saya mencadangkan agar satu kad senior citizen dengan izin, diperkenalkan kepada

mereka dalam kategori ini. Di mana dengan kad-kad tersebut, mereka dapat

gunakan untuk mendapat insentif dan juga diskaun-diskaun. Contohnya untuk

membeli barangan sara diri, apabila mengambil pengangkutan awam seperti teksi,

bas dan juga kebanyakan daripada golongan ini membelanjakan wang untuk

kesihatan mereka, membeli vitamin, membeli suplemen.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat kalau naik teksi pakai kad orang tua, rugi teksi tu.

Yalah, diskaun.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

sebenarnya jadi dengan kad tersebut, apabila mereka contohnya lah, apabila mereka

pergi ke farmasi gunakan kad

Y.B. Dato’ Speaker : Farmasi oklah.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : dan membeli barangan

contohnya suplemen ke, vitamin ke dan sebagainya, mereka akan diberi diskaun dan

baki itu ditambah oleh kerajaan. Kerajaan yang sepatutnya disburse balik kepada

golongan tersebut. Jadi dengan cara ini, saya percaya golongan warga emas ini kita

dapat menjagalah supaya mereka tak berada terus dalam keadaan kemiskinan dan

sebagainya.

Yang berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan syabas dan tahniah dan jutaan

terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana beliau cukup

prihatin dengan masalah-masalah masyarakat India di Negeri Johor. Banyak bantuan-

bantuan yang telah pun beliau salurkan menerusi Kerajaan Negeri seperti member

peruntukan kepada kuil, sekolah, NGO-NGO dan juga bantuan mendapatkan tanah-

tanah dan sebagainya. Tapi apa yang dibuat oleh kerajaan dan juga Yang Amat

Berhormat Menteri Besar kadang-kadang informasinya tidak sampai ke peringkat akar

umbi. Rakyat rata-ratanya khususnya masyarakat India ramai di antara mereka yang

tidak tahu peranan kerajaan dalam membantu masyarakat India. Jadi, saya

mencadangkan perkara ini dulu ada, saya mencadangkan bahawa RTM kembalikan

semula rangkaian radio Tamil di Negeri Johor. Dulu ada, tapi sekarang dah tak ada.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, dah tak ada eh?

Page 220: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

220

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Hah, dah tak ada. Kalau tidak

saya mungkin dapat peluang menyanyi dekat situ.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, saya pun tak perasan.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Tapi tak karaokelah, menerusi

radiokan?

Y.B. Dato’ Speaker : Yang suka karaoke, DAP je.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Betul. Jadi, dengan rangkaian

radio tersebut, saya percaya isu-isu semasa yang berlaku di Negeri Johor ini dapat

disalurkan dalam bahasa Tamil dan masyarakat India dapat mendengar dan tahu apa

yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, apa yang dibuat oleh Barisan

EXCO, apa yang dibuat oleh kerajaan dan sebagainya. Hari ini kalau kita lihat rata-

ratanya sudah ada feel good feeling. Feel good feeling dengan izin, bahawa

masyarakat India sedar kerajaan yang boleh menjaga masyarakat India adalah

Barisan Nasional. Jadi untuk memperkasakan lagi keadaan tersebut, untuk

memperkuatkan lagi keadaan tersebut, RTM sebagai agensi kerajaan mestilah

membantu. Kembalikan balik rangkaian radio Tamil.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, RTM ada eh? Radio aje?

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Federal ada, state tak ada. Yang

Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ucapkan syabas dan tahniah kepada Johor FM,

Johor FM Permata Selatan kerana selalunya menyiarkan input-input yang penting,

khususnya berkenaan dengan Negeri Johor termasuk isu-isu terkini, informasi semasa

selain daripada hiburan, sukan dan juga mempunyai peminat daripada segenap

lapisan masyarakat. Jadi apa yang dibuat oleh Johor FM itu, kita puji. Dan Johor FM

sebagai peneraju kepada gagasan 1 Malaysia, saya mencadangkan agar-agar DJ-DJ

yang berkhidmat di Johor FM ini biarlah daripada semua kaum. Dulu ada, dulu ada

DJ-DJ yang berkhidmat sebagai DJ di Johor FM daripada semua kaum. Tapi sekarang

sudah tidak ada.

Y.B. Dato’ Speaker : Dah ada kan?

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Dah tak ada. Sudah dipindahkan

ke tempat lain.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh itu ada satu DJ India tu.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Hah, betul-betul.

Y.B. Dato’ Speaker : Hah, Devan apa itu.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Jadi saya mencadangkan agar

beliau dikembalikan balik ke Johor FM sebagai DJ dan dengan cara ini juga, akan

menambah pendengar dan juga peminat daripada semua kaum kepada Johor FM

Page 221: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

221

dan seterusnya akan memperkasakan Johor FM sebagai stesen radio yang terulung di

Negeri Johor ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Y.B. Dato’ Speaker : Dah habis?

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

ini baru mukadimah

Y.B. Dato’ Speaker : Awak pun tahu mukadimah?

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ya, Yang Berhormat Dato’

Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Apa itu mukadimah, Yang Berhormat? Mukadimah apa?

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Mukadimah lebih kepada

pendahuluan.

Y.B. Dato’ Speaker : Apa ini ingat pinjaman ke, pendahuluan?

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Pendahuluan, opening

paragraph. Baru start ni kira. Jadi maknanya, ada lagi jauh nak pergi.

Y.B. Dato’ Speaker : Buka Dewan sendirilah. Cakap sendirilah. (Dewan ketawa)

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

di DUN Kahang, di DUN Kahang ni saya tahu mempunyai lebih kurang 9

perkampungan Orang Asli. Saya rasa di daerah Kluang antara yang terbanyak.

Dalam, dalam perkampungan Orang Asli ini sebenarnya kita kerajaan prihatin untuk

memberi bekalan air bersih dan mereka telah pun membuat projek tube well, tube well

di setiap perkampungan Orang Asli. Dan saya difahamkan kos tube well ini hampir

mencecah RM200, 000 hingga RM500, 000. Jadi mahal, tapi malangnya di Kampung

Orang Asli Sungai Peroh dan Kampung Orang Asli Air Pasir, projek tube well ini sudah

terbengkalai hampir setahun lebih. Dan saya difahamkan kontraktornya sama, dan

saya difahamkan juga kontraktornya ialah specialist dalam membuat projek tube well

ini. Tapi malangnya di dua perkampungan ini projek ini sudah pun terbengkalai hampir

lebih daripada setahun dan sehingga hari ini tidak ada sebarang tindakan di ambil

untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Manakala di dua lagi kampung lain iaitu di Kampung Orang Asli Sedohok dan di

Kampung Orang Asli Puchok, tube well sudah dibuat tetapi sudah rosak. Maknanya

sudah tidak ada maintenance dan akhirnya tube well itu tidak dapat digunakan

sehingga hari ini. Dan percubaan saya untuk menghubungi jabatan-jabatan

berkenaan, saya menghubungi JAKOA, JAKOA pula menuding jari kepada KKLW.

KKLW pula kadang-kadang menuding jari kepada Kementerian Kesihatan dan

akhirnya tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat laporkan kepada menteri lah. Menteri Dalam

Negeri.

Page 222: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

222

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Bukan Menteri KKLW eh Dato’

Speaker?

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan. Dia Menteri Keselamatan Yang Berhormat Ahli Parlimen,

kan?

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Tak nak menyusahkan dia, Dato’

Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan menyusahkan, gunakanlah. Tulis semua masuk. Kalau saya

selesai semua. Kesian Yang Berhormat.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

jadi saya minta, saya minta agar jabatan-jabatan berkenaan mengambil tindakan

segera untuk menyelesaikan masalah tube-well tube-well ini di setiap perkampungan

Orang Asli. Ini satu, rakyat sudah mula marah. Orang-orang di kampung sudah mula

marah, sudah ada projek, sudah diluluskan, sudah jalan separuh jalan tak dapat air

lagi. Kena lagi terus, masih lagi kena pergi ke sungai untuk dapatkan bekalan air.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, begitu juga dengan perkampungan Orang Asli yang

belum diwartakan sehingga hari ini. Hampir 6 perkampungan Orang Asli DUN Kahang

belum lagi diwartakan sebagai tanah rizab perkampungan Orang Asli dan ini

menyebabkan pencerobohan. Pencerobohan dan kawasan tersebut tidak dapat

diusahakan walaupun permohonan sudah pun dibuat, saya rasa sudah lama sangat.

Jadi saya minta agar ini pun disegerakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat

Berhormat Menteri Besar juga kerana dalam Bajet, beliau ada menyebut dan juga

menyentuh mengenai usaha pemulihan projek rumah terbengkalai dan di kawasan

saya iaitu kawasan Taman Seri Lambak yang berada di bawah KEJORA terdapat satu

projek perumahan yang sudah terbengkalai yang hampir 11 tahun.

Y.B. Dato’ Speaker : Hah, sudah 11 tahun?

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : 11 tahun terbengkalai. Dan

sehingga hari ini, belum ada usaha yang konkrit yang telah pun di ambil walaupun

usaha-usaha telah pun diambil dan last sekali saya dengar, pemaju yang asal tu sudah

pun bankrap. Sudah di bawah receivership, di bawah satu bank dan saya telah pun

berjumpa dengan pihak bank dan pihak KEJORA dan saya difahamkan bahawa

KEJORA sekarang menawarkan diri untuk mengambil alih projek tersebut tapi dengan

syarat bahawa tanah, tanah yang telah pun diberikan kepada pemaju oleh Kerajaan

Negeri diambil balik. Diambil balik dan diserahkan balik kepada KEJORA sebagai

kolateral.

Y.B. Dato’ Speaker : Dia pinjam bank tak? Mana boleh ambil sekarang.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Hah, itulah.

Page 223: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

223

Y.B. Dato’ Speaker : Oh itu berat. Bank mana boleh lepas.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Sebagai kolateral. Ini sebagai

condition yang telah pun diletak oleh KEJORA. Jadi saya minta, saya minta agar

Kerajaan Negeri bantu saya dalam hal ini. Bantu saya dalam hal ini kerana setakat

hari ini, pemilik masih lagi, pemilik masih lagi membayar loan kepada, pinjaman

kepada bank setiap bulan. Jadi saya minta izin agar, saya minta kerjasama daripada

Kerajaan Negeri untuk bantu saya untuk menyelesaikan masalah rumah terbengkalai

di Taman Seri Lambak ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sedikit waktu dahulu Dato’ Speaker, kita terdengar

mengenai Koperasi Bela Rakyat ataupun KOBERA. Jadi saya hendak tahu apakah

status KOBERA ini pada hari ini kerana sebahagian besar KOBERA, saya difahamkan

yang ditubuhkan belum mendapat kelulusan. Belum dapat kelulusan dan tujuan

KOBERA ini sebenarnya ialah untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Y.B. Dato’ Speaker : Siapa punya syarikat itu Yang Berhormat? KOBERA?

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Koperasi Bela Rakyat.

Y.B. Dato’ Speaker : Siapa dia punya Chairman?

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Koperasi Bela Rakyat.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak ada dengar pula. Yang saya dengar KOBENA.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ni KOBERA, KOBERA.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh KOBERA.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Jadi seolah-olah tidak ada

kesinambungan daripada idea yang asal itu seolah-olah macam bak kata pepatah

Dato’ Speaker, akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba. Jadi tidak ada

kesinambungan. Jadi saya hendak tahu status KOBERA itu.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan juga dengan masalah burung Walet.

Masalah burung Walet saya rasa setakat hari ini belum ada sebarang undang-undang

yang specific dengan izin ataupun garis panduan yang tetap untuk menyelesaikan

masalah burung Walet ini. Dan saya difahamkan setiap PBT ada cara yang sendiri

untuk menyelesaikan setiap masalah burung walet ini. Jadi saya minta sebagai satu

perniagaan yang komersil, ramai yang terlibat dalam industri burung Walet ini, saya

minta agar satu ketetapan dibuat ataupun satu undang-undang baru dibuat supaya

masalah kekeliruan yang terdapat dalam industri burung Walet ini dapat diselesaikan

dengan segera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya minta lagi masa tambahan.

Y.B. Dato’ Speaker : Sikit aja. Tiga minit.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Hah, sikit boleh. Yang Berhormat

Dato’ Speaker, lima minit. Yang Berhormat Dato’ Speaker, di kawasan saya terdapat

Page 224: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

224

tiga sekolah agama iaitu Sekolah FELDA Ulu Belitong, Sekolah Agama Kahang Barat

dan Sekolah Agama Batu 28 Kahang. Bangunan blok-blok kayu di sekolah tersebut

sudah pun uzur. Jadi saya minta bantuan daripada pihak yang berkenaan supaya

memberi peruntukan untuk membina balik ataupun baik pulih blok-blok tersebut di

sekolah-sekolah agama. Begitu juga dengan perkhidmatan bas. Perkhidmatan bas

awam kepada FELDA Ulu Denga, FELDA Kahang Timur dan Kahang Barat. Dulu

perkhidmatan bas ada, di mana bas awam masuk ke kawasan tersebut. Sekarang

perkhidmatannya sudah tidak ada, diberhentikan. Jadi saya minta agar bantu pihak

untuk selesaikan masalah perkhidmatan bas awam ini juga di FELDA tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan dengan jalan. Jalan baru yang dibina di

antara FELDA Ulu Belitong ke Pekan Renggam. Saya difahamkan jalan stretch jalan itu,

dengan izin mengambil kos berjuta ringgit tetapi kalau kita lihat walaupun jalan tu

belum lagi hampir setahun, jalannya sudah pun rosak, berlubang-lubang di sana sini,

tiada papan tanda, tiada tanda-tanda keselamatan, tiada besi pengadang, tiada

lampu jalan dan sebagainya. Jadi saya minta agar tindakan segera diambil untuk

menaik taraf semula jalan FELDA Ulu Belitong-Pekan Renggam ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, salah satu punca pendapatan, punca pendapatan

Negeri Johor ialah menerusi pelancongan. Jadi saya harap untuk memperkasakan

lagi industri pelancongan ini, karenah birokrasi yang terdapat di bawah Kementerian

Pelancongan ini dapat diketepikan. Kalau kita lihat pada hari ini, ramai, banyak bas-

bas pelancong yang sebenarnya daripada Singapura masuk ke Negeri Johor. Tetapi

Negeri Johor ini hanya dianggap sebagai transit, hanya dianggap sebagai transit

sebelum meneruskan perjalanan ke Genting Highlands ke, Kuala Lumpur, Melaka dan

sebagainya. Jadi saya minta agar satu ketetapan dibuat secara serius bahawa setiap

bas pelancong dari Singapura yang masuk ke Negeri Johor diwajibkan untuk melawat

sekurang-kurangnya satu kawasan pelancongan di Negeri Johor ini.

Produk-produk pelancongan di Negeri Johor ini banyak, jangan hanya menggunakan

Johor ini sebagai transit. Jadi, lambat laun ini sebenarnya akan merugikan kita. Mereka

hanya menggunakan Johor sebagai transit dan pada masa yang sama, insentif

kepada agensi pelancongan tempatan juga harus ditambah atau pun di naik taraf

supaya mereka dapat bersaing dengan bas-bas pelancong daripada luar. Dan kita

tidak mahu pengusaha bas pelancong tempatan ini rugi dan juga hilang daya saing

mereka bila berbanding dengan pengusaha-pengusaha bas daripada negeri-negeri

daripada Singapura, Thailand dan sebagainya. Dan saya juga harap agar

kelonggaran juga akan diberi kepada agensi bas pelancong tempatan kerana

sekarang mereka diwajibkan untuk menggunakan khidmat pelancong, khidmat

pemandu pelancong bagi operasi transfer yang melibatkan jumlah penumpang yang

kecil atau pun untuk aktiviti khas. Jadi saya harap karenah birokrasi tersebut juga

dapat dielakkan. Jangan terlalu banyak meletakkan condition dengan izin sehingga

ini akan merugikan industri pelancongan di Negeri Johor kita ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhir sekali Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam

sidang Dewan ini, kita dapati bahawa ada pihak yang suka sangat membuat

perbandingan dengan negara jiran. Antaranya ialah berkenaan dengan bonus yang

diberikan kepada pekhidmat awam di negara jiran kononnya dua bulan dan satu

bulan dan sebagainya. Malah kita hanya diberi setengah bulan sebagainya. Dan juga,

Page 225: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

225

tapi kita kena sedar bahawa di negara jiran jumlah penduduknya 2.5 juta. Kita pula 25

juta dan sebuah negara yang besar dengan mempunyai pelbagai, kepelbagaian

yang lain. Kadang-kadang kita ni terlalu pandai untuk membuat perbezaan tentang

apa yang ada di sana, tak ada di sini. Tapi kita gagal untuk membawa perbezaan

bahawa banyak yang ada di sini tidak ada di sana. (Dewan bertepuk). Jadi, saya

harap kita mesti berpuas hati dengan apa yang ada pada kita. Hujan emas di negara

orang, hujan batu di negeri sendiri. Ok tapi inilah negara kita, tempat kita

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, alah.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Jadi saya harap, jangan

membuat perbandingan seperti ini. Kalau sangat syok sangat dengan negara sana,

saya minta kembalikan balik kad pengenalan, potong balik kewarganegaraan. Saya

boleh rekomen kepada Menteri Dalam Negeri. Hari ni saya boleh buat. (Dewan

ketawa dan bertepuk). Saya boleh rekomen kepada Menteri Dalam Negeri, kita

mempercepatkan proses pemotongan warganegara dan dipersilakan, dipersilakan

pergi ke sana.

Y.B. Dato’ Speaker : Wah.

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Ke selatan ataupun ke utara.

Y.B. Dato’ Speaker : Nasib baik Yang Berhormat tak jadi Menteri Keselamatan. Kalau

tidak teruk orang. Ha, ya dah habis?

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

saya sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas peluang dan akhirnya menyokong

rundingan di bawa oleh rakan ADUN Machap. Sekian, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Perbahasan diteruskan lagi. Dijemput siapa nak berucap?

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumusalam.

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Dan selamat sejahtera, salam 1

Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senggarang memulakan dengan nama

Allah yang Maha Esa, amat pengasih lagi penyayang. Segala puji dan syukur

dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi

Muhammad S.A.W, ahli keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikutnya yang ikhlas

dan setia.

Y.B. Dato’ Speaker : Wah, susah saya nak tegur tu.

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Bajet 2012, yang bertemakan

“Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat”, boleh Senggarang katakan sebagai

bajet yang meyakinkan. Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’

Menteri Besar Johor pada 8 Disember yang lalu, melambangkan satu keyakinan yang

Page 226: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

226

cukup tinggi kepada pembentangnya. Bajet yang boleh kita gambarkan umpama

membina sebuah kapal perang yang telah siap sedia untuk bertempur. Bajet yang

direka khas untuk menghadapi misi perjuangan yang cukup hebat. Bajet ini

Senggarang ibaratkan sebagai Bajet Semboyan yang menandakan telah berbunyi

paluan gendang. Telah terangkat sauh untuk belayar, telah tersusun bala tentera siap

berjuang, telah terbuka tirai untuk menari, telah berkembang sayap untuk terbang.

Kita rempuh segala cabaran mendatang, walau dihentam pihak lawan.

Y.B. Dato’ Speaker : Wah, falsafah, falsafah. (Dewan ketawa).

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Tanpa menoleh ke belakang lagi, kita

tempuh badai fitnah dan taktik kotor pembangkang tanpa mengalah. Berbekal rasa

tawaduk, bersama iltizam membina negara tercinta. Kita junjung wadah perjuangan

ini bersama kapal bahtera bernakhoda yang tulus. Bajet ini umpama senjata ampuh,

untuk kita pacu agar lumpuh jentera lawan. Umpama kata pujangga, kita tidak perlu

menitiskan air mata. Luka sejarah masa lampau kita jadikan iktibar. Kita tidak perlu lagi

merintih memanjang duka. Kita bangkit dan bangun untuk cipta kegemilangan mulia.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ucapan tahniah dan syabas harus diberikan kepada

Kerajaan Negeri Johor di atas kejayaan yang di kecapi kini walaupun berbagai

tuduhan yang diberikan. Dengan gelojohnya pembangkang mengatakan kononnya

Kerajaan Johor bakal bankrap. Dengan rasa dengki menakut-nakutkan pelabur dan

pelancong dari Singapura. Dengan menyatakan Johor bukan Negeri selamat yang

boleh dikunjungi atau didiami. Malah terus-terusan menjadikan polemik politik jijik dan

budaya kebencian yang dibawa pembangkang. Berbagai tohmahan liar dilemparkan

di atas bumi Johor ini tetapi di dalam masa yang sama, masih lagi menghirup udara

segar di bumi ini. Masih lagi menerima keamanan di bumi ini, masih lagi mencari rezeki

di bumi ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senggarang amat tertarik dengan satu kajian yang

dibuat oleh beberapa sarjana di United Kingdom. Tentang apa yang dikatakan

negara-negara paling bahagia di dunia. Dengan mencipta peta kebahagiaan global,

a map of global happiness, dengan izin, yang mendapat reaksi seluruh dunia.

Kedudukan beberapa negara bahagia ini mengikut sarjana ini, berpandukan kepada

jumlah penduduk adalah seperti berikut – Negara pertama paling bahagia dalam

dunia yang pertama Denmark. Penduduk 5.5 juta. Negara kedua, Switzerland,

penduduk 7.5 juta. Negara ketiga, Austria, penduduk 8.2 juta dan seterusnya saya tak

baca satu-satu. Yang ke sembilan Brunei. Penduduknya 380,000. Malaysia jatuh ke

tangga 17. Penduduk 28 juta. Amerika Syarikat nombor 23. 200 juta. Singapura nombor

53. Thailand nombor 76. Di bawah daripada kita. Kebahagiaan yang dimaksudkan

oleh sarjana-sarjana ini ialah bagaimana Kerajaan yang memimpin sesebuah Negara

itu mengutamakan kebahagiaan rakyat. Dari senarai yang dipaparkan tadi, ternyata

di antara semua negara yang di iktiraf, Malaysia yang mempunyai lebih ramai

penduduk, mencatat kedudukan lebih baik berbanding 16 senarai yang teratas, yang

rata-ratanya hanya mempunyai penduduk sekitar 5 hingga 9 juta penduduk sahaja.

Apatah lagi jumpalah penduduk di Malaysia yang pelbagai kaum, pelbagai bangsa,

pelbagai agama. Asal keturunan dan sejarah pun berbeza-beza. Kita juga pernah

dijajah oleh bangsa-bangsa yang berlainan agama. Yang merubah secara radikal,

Page 227: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

227

segala orientasi dan institusi kehidupan kita juga di ubah. Dalam kepayahan dan

kepelbagaian ini, Malaysia masih mampu memberi kebahagiaan kepada rakyatnya.

Hanya manusia yang tidak pernah ikhlas terhadap negara ini sahaja, tidak mahu

mensyukuri nikmat kebahagiaan ini.

Malang sungguh nasib Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai.

Pembangkang sungguh berhati busuk, burukkan negara berderai-derai.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar

membentangkan Bajet 2012, menyentuh soal menjana pertumbuhan ekonomi dengan

lebih strategik, yang merupakan strategi yang pertama dan menjadikan projek

berasaskan petroleum diketengahkan. Maka, Senggarang melihat ini sesuatu yang luar

biasa. Ini kerana, apabila minyak dan gas telah mula dijadikan sumber pendapatan

Negeri Johor, Senggarang amat yakin satu landskap baru ekonomi Negeri Johor akan

dapat kita lihat hari demi hari. Peluang pekerjaan akan bertambah, pendapatan

Negeri Johor akan meningkat dan sudah tentu Kerajaan boleh tambah lagi jumlah

perbelanjaan untuk rakyat. Maka dengan itu matlamat negara ke arah

berpendapatan tinggi seperti yang disasarkan antara RM22,931 hingga RM49,137 per

kapita, mudah tercapai khususnya kepada rakyat di Negeri Johor itu sendiri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekalung tahniah harus diberikan kepada Kerajaan

Johor kerana melalui bajet ini, 793 noja masjid, 1803 imam surau, 1803 bilal surau

mendapat pembelaan sewajarnya. Senggarang bersyukur kerana suara ini pernah

dikemukakan dan suara ini suara akar umbi yang tidak pernah dilupakan oleh

Kerajaan Barisan Nasional yang terbukti berjasa ini. Malangnya ada kerajaan-kerajaan

yang di wakili oleh parti yang kononnya Parti Islam, hanya mampu membina sebuah

masjid sahaja di sepanjang 20 tahun pentadbirannya. Diperakui sendiri oleh Kerajaan

itu. Bahawa semua masjid di negeri itu dibina dan dibantu oleh Kerajaan Persekutuan

yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Hari ini bukan sahaja soal pembangunan material sahaja yang dibela, malah elaun

guru-guru Al-Quran juga dipertingkatkan ke RM100 bagi setiap kelas. Tetapi apakan

daya, bagi parti yang masih mengharapkan bantuan pihak lain, sekiranya bantuan ini

tidak mencukupi atau tidak di perolehi langsung maka segala bentuk perancangan

terkubur begitu sahaja. Akan tetapi parti ini dahlah tak mampu untuk berdiri atas kaki

mereka sendiri, tapi sanggup pula menggadai kepentingan bangsa. Mencabar

kesucian agama, malah sanggup juga berkongsi tenaga bagi memusuhi Kerajaan

yang mempunyai insan-insan yang seagama dan sebangsa dengan mereka.

Apakah tahap pendidikan agama mereka kurang? Apakah mereka sudah tidak lagi

mengenali yang mana intan yang mana kaca? Apakah mereka telah dibutakan hati

dan perasaan? Lebih malang lagi, demi inginkan kuasa, mereka pembangkang terus

menanam benih kebencian kepada Kerajaan yang ada. Walaupun tidak mempunyai

sebab yang munasabah. Kecintaan kepada bangsa terhakis, sayang dan kasih

kepada sesama umat terhakis, walhal itu yang dituntut. Itu sebab bajet ini Yang Amat

Berhormat Menteri Besar meletakkan agenda membangunkan masyarakat Johor yang

beridentiti dan mempunyai nilai murni sebagai strategi yang diberi keutamaan.

Page 228: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

228

Yang Berhormat Dato’ Speaker, itu sebab Bajet 2012 ini memaparkan imej budaya

Johor melalui penulisan buku sejarah empayar Johor. Di mana kegemilangan Johor

ketika itu, melalui pendekatan muzik, melalui aktiviti kebudayaan, melalui Sukan Johor,

mengiktiraf pengukuhan perpaduan antara kaum serta memperkasa golongan muda.

Senggarang amat bersetuju kajian prasarana sukan Negeri Johor, dibuat bagi melihat

dengan lebih dekat agar segala keperluan pembangunan prasarana sukan

dilaksanakan dengan lebih tepat. Melalui sukan dapat dijalinkan hubungan yang lebih

akrab antara kaum. Di kesempatan ini, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal

Sukan Johor kali ke-6, menjemput Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang

Berhormat dan semua yang hadir di Dewan yang mulia ini untuk sama-sama

memeriahkan Sukan Johor ke-6, yang akan berlangsung mulai 15 Disember hingga 18

Disember ini di Daerah Batu Pahat.

Y.B. Dato’ Speaker : Ada main golf?

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Ada main golf, ada.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak ada jemput? Saya tunggu je.

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Ada, ada.

Y.B. Dato’ Speaker : Ada a?

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Kali ni Batu Pahat diberi amanah

sebagai tuan rumah sukan berprestij di Negeri Johor ini. Sebanyak 11 acara

dipertandingkan. Melibatkan pelbagai venue yang kita tetapkan. Contohnya kayak,

kita buat di DUN Rengit kerana ada sungai yang cantik. Basikal dan golf di DUN

Senggarang. Dato’ Speaker boleh main golf.

Y.B. Dato’ Speaker : Hah, a main-main juga, hadiah jangan tak ada. (Dewan ketawa)

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Hadiah ada Dato’.

Y.B. Dato’ Speaker : Hah, ok.

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Olahraga dan silat di DUN Parit Raja,

Takraw di DUN Semarang, Badminton di DUN Semerah, Memanah di DUN Penggaram,

Futsal, Pingpong di DUN Parit Yaani. Semua DUN merasai acara-acara yang diadakan

di Sukan Johor ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai tuan rumah Daerah Batu Pahat akan cuba

memberikan, menjadikan temasya sukan ini antara yang terbaik dari segi

penganjurannya. Walau bagaimanapun, Senggarang ingin menyuarakan sokongan

terhadap kajian prasarana sukan di Negeri Johor itu tadi. Daerah Batu Pahat misalnya,

merupakan daerah ke-2 terbesar di Negeri Johor tetapi tidak mempunyai kemudahan

sukan yang boleh dibanggakan. Stadium Batu Pahat tertinggal jauh kelengkapannya.

Berbanding dengan Daerah-daerah Kluang, Muar dan Johor Bahru. Trek balapan pun

masih menggunakan rumput tanah. Apatah lagi stadium ini dikongsi bersama dengan

Page 229: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

229

empat kawasan Parlimen. Parlimen Batu Pahat, Parlimen Seri Gading, Parlimen Parit

Sulong dan Parlimen Ayer Hitam.

Senggarang ingin mencadangkan, agar Stadium Batu Pahat ini di naik taraf atau

dibina baru ataupun dibangunkan kompleks sukan yang lebih canggih dan lengkap di

satu kawasan yang lebih strategik. Mujurlah ada stadium di UTHM (Universiti Tun Hussein

Onn), dapatlah digunakan sempena Sukan Johor pada kali ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti kata ADUN Bukit Batu semalam, meluntur buluh

biarlah dari rebungnya. Kejayaan Dato’ Nicole David misalnya harus dijadikan contoh

menjulang nama sebagai juara squash dunia enam kali berturut-turut. Kehebatan

Dato’ Lee Chong Wei dalam sukan badminton. Ketangkasan dan ketabahan Harimau

Malaya yang mula terserlah. Kejayaan Malaysia di Sukan Sea yang terus meningkat

dan tidak kurang juga pencapaian emas buat Johor di SUKMA juga semakin terserlah.

Banyak lagi kejayaan-kejayaan sukan yang telah dicapai sama ada di peringkat

Negara mahupun negeri hasil daripada pendedahan yang dilakukan oleh pelbagai

pihak termasuklah penyediaan kemudahan prasarana sukan yang serba lengkap dan

tepat. Ini yang dikatakan berbelanja untuk rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, memperkasa golongan muda, secara holistik turut

menjadi agenda dalam Bajet 2012 ini. Senggarang berpendapat langkah yang

diambil oleh Kerajaan Johor sebagai langkah bijak sebagai persediaan membina

generasi yang hebat di masa akan datang. Di Negara kita, golongan muda atau belia

lebih 40% daripada populasi Negara. Justeru itu, dasar pembangunan belia secara

holistik mesti diberi fokus penting supaya golongan ini dapat memainkan peranan aktif

dan memberi kesan terutamanya dalam usaha menjadikan Negara ini maju

berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Pengabaian terhadap golongan ini

akan memberi implikasi buruk pada aspek pembangunan dan sosioekonomi Negara.

Belia harus di perkasakan melalui kepimpinan yang dinamik dalam aspek

pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

Persatuan Belia juga mesti mempunyai komitmen yang tinggi untuk memperjuangkan

perkara yang berkaitan hak asasi dan demokrasi Negara ini. Senggarang amat yakin,

jika belia dapat memainkan peranan aktif maka belia akan melalui sosialisasi politik

yang lebih bermakna dalam kehidupan mereka. Mengikut kajian indeks belia 2006,

menunjukkan sosialisasi politik belia di Negara ini masih berada di tahap sederhana

dan ia perlu dipertingkatkan lagi. Jika diambil kira umur mengundi misalnya, maka

golongan ini mempunyai pengaruh besar dalam kejayaan sesebuah parti yang

bertanding dalam pilihan raya. Kini, jumlah golongan ini telah, yang boleh mengundi

mencecah hampir 18.3 juta mengikut usia 21 tahun layak daftar sebagai pemilih.

Namun kini ada lagi 4 juta yang masih belum berbuat demikian.

Anak tupai di gonggong helang, terbang tinggi menghala ke selatan, jika belia diberi

peluang, jangan di abai dan dipersia-siakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senggarang merasakan golongan belia dan kerajaan

mesti membina komunikasi efektif supaya segala dasar perancangan dan aktiviti

dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Dalam konteks ini, belia harus dapat

mengenal pasti dan mendefinisikan masalah dengan jelas supaya dapat di kemuka

Page 230: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

230

sebanyak mungkin penyelesaian dengan pelbagai metodologi. Pemikiran secara

kritikal dengan menggunakan pegangan prinsip dan etika yang tepat mampu

mengukuhkan perpaduan negara, seterusnya menjadi pemangkin ke arah agenda

transformasi negara. Senggarang mencadangkan agar diwujudkan pelbagai

kemudahan kepada golongan ini sama ada dalam bentuk pusat rekreasi, kem latihan

dan motivasi ataupun kemudahan sukan yang bersesuaian.

Di dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat, agenda melestarikan alam sekitar

sentiasa diberi penekanan pada setiap kali bajet dibentangkan. Cuma pada kali ini,

Senggarang ingin melahirkan kebimbangan terhadap beberapa kenyataan yang

menyatakan paras air hujan akan meningkat sehingga boleh menyebabkan

sesetengah kawasan mengalami banjir besar. Tarikhnya yang perlu diberi perhatian

bermula pada 23 Disember hingga 30 Disember ini. Saya ucapkan tahniah dan terima

kasih kepada pihak JPS, Jabatan Parit dan Saliran dan JKR yang begitu giat

membersihkan sistem perparitan di kawasan Senggarang. Yang Berhormat Dato’

Speaker, walau bagaimanapun, pendekatan melalui perlaksanaan pelan kawalan

hakisan dan kerja tanah yang disahkan oleh badan profesional untuk setiap projek

sangat dipersetujui. Sekarang ini, kerja-kerja tanah di Kem Batu Pahat contohnya,

sekarang ini ada sebuah kem yang sedang dibina di Batu Pahat..

Y.B. Dato’ Speaker : Emm..

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : dan terletak di dalam DUN

Senggarang telah pun bermula kawasan projek yang melibatkan keluasan sekitar 350

ekar yang melibatkan bangunan pentadbiran dan rumah kediaman yang akan

menempatkan sekitar 750 hingga 1000 anggota, dikatakan 1 batalion.

Y.B. Dato’ Speaker : Emm..

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Kawasan ini berada di sebelah utara

dan di selatannya ada beberapa buah kampung, Kampung Sungai Suluh, Sungai

Suluh Besar, Sungai Suluh Kecil yang mengunjur ke pantai atau ke Laut Selat Melaka.

Cuma dalam pelan susun atur kerja kem ini, antaranya ada membina sebatang sungai

yang selebar 30 kaki. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Dato’ Speaker, sungai ini

akan menyalurkan sumber air ke muara sungai yang melalui beberapa kampung yang

saya sebutkan tadi. Yang berada di belah selatan, Masalahnya di kampung ini hanya

mempunyai sebatang parit semula jadi yang hanya selebar 10 kaki. Bolehlah kita

bayangkan, kalau air daripada sumber 30 kaki masuk ke kawasan parit 10 kaki, maka

sudah tentulah dengan kuantiti air yang begini banyak, maka kampung-kampung ini

akan mengundang banjir yang berpanjangan. Senggarang bersetuju jika pelan

kawalan hakisan dan kerja tanah ini dilaksanakan, maka insya-Allah permasalahan

yang saya nyatakan tadi dapat kita atasi lebih awal lagi..

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat jumpalah, buat perundingan, jumpa..

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Perlu buat perundinganlah.

Y.B. Dato’ Speaker : Em..

Page 231: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

231

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Yang berhormat Dato’ Speaker, yang

keduanya kesan daripada pembinaan Kem Batu Pahat ini, DUN Senggarang ataupun

Senggarang amat bersetuju sekiranya pelan pembangunan jalan daripada bandar

Batu Pahat yang menuju ke kawasan persisiran pantai ini iaitu kawasan Senggarang,

Rengit dan sebagainya, agar jalan-jalan ini di naik taraf yang mana kita lihat kawasan

ini telah pun mengalami kepesatan trafik yang begitu mendadak sekali. Kita bimbang

jika jalan ini tidak dilaksanakan dengan lebih teratur, maka akan terulang menjadi

jalan sepertimana jalan Kluang yang merupakan jalan yang tertinggi kemalangan

mautnya di negara kita ini. Akhirnya saya melihat bahawa inilah bajet yang benar-

benar mencabar kewibawaan kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti

hidup rakyat, demi kesejahteraan rakyat itu sendiri. Mudah-mudahan usaha murni ini

menjadikan kepimpinan kerajaan Johor terus mendapat mandat yang padu dan

rakyat seterusnya menyambung kepimpinan pada masa-masa yang akan datang.

Dengan itu, Senggarang menyokong usul yang dibawa oleh DUN Machap.

Y.B. Dato’ Speaker : Terima kasih Senggarang. Ok, diteruskan lagi perbahasan. Mana?

Ha. Tenang.

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumusalam.

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Selamat sejahtera dan selamat petang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama kali syukur kita kerana kita telah dikurniakan

kesihatan yang baik dan diberi pula ruang dan peluang untuk saya menyertai sesi

perbahasan belanjawan Negeri Johor 2012 di Dewan yang mulia pada hari ini.

Pembentangan Belanjawan 2012 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor

pada 8 Disember yang lepas merupakan belanjawan terbaik yang pernah

dibentangkan sesuai dengan tema “Menjana Pendapatan Berbelanja Demi Rakyat”.

Juga merupakan bukti luhur peranan dan tanggungjawab kerajaan negeri dalam

merealisasikan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Belanjawan Negeri Johor sebenarnya merangkumi segala aspek pembangunan holistik

iaitu membangunkan masyarakat Johor ke arah kesejahteraan dan kemakmuran

negeri. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita juga rasa bersyukur kerana kita

mempunyai seorang Menteri Besar yang cukup komited dan beriltizam tinggi untuk

membawa kemajuan, perubahan demi perubahan dalam apa jua aspek semata-

mata untuk menjadikan rakyat negeri Johor ini kelas pertama yang tidak terasing dan

terpinggir dari arus pemodenan. Oleh itu, dalam Dewan yang mulia ini, marilah kita

sama-sama bergerak seiring sekata untuk terus menyokong ke arah memantapkan

pembangunan negeri Johor ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam keadaan kita mengharungi ekonomi yang tidak

menentu pada hari ini terutamanya krisis hutang luar Amerika Syarikat dan juga di

negara Eropah, sebenarnya telah banyak memberi impact ataupun ketidakstabilan

ekonomi di rantau dunia ini. Jadi dalam konteks Malaysia ini kita rasa amat bertuah

sedikit kerana kita masih asas kekuatan ekonomi dan mujur jugalah kita masih

mempunyai harga barangan komoditi yang kukuh. Jadi, kita amat berbanggalah

Page 232: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

232

dengan kejayaan Iskandar Malaysia telah pun menerima sebanyak RM77.8 bilion sejak

5 tahun yang lepas.

Pelaburan yang diterima memperlihatkan keupayaan Iskandar Malaysia dalam

menjana pendapatan ekonomi negeri khususnya, ini terbukti hasil dari gabungan

logistik sektor pembuatan, pertanian, pelancongan dan sebagainya telah menjadikan

Wilayah Iskandar Johor ini ke arah masa depan yang amat gemilang, dengan adanya

sokongan kuat dari kerajaan persekutuan, saya percaya ia akan melonjakkan lagi

serta menempa Iskandar Malaysia menjadi wilayah pembangunan terkemuka di

peringkat antarabangsa. Ini secara tak langsung, pembangunan Wilayah Iskandar

akan mengubah satu landskap atau corak kehidupan rakyat di kawasan koridor

ekonomi sebagai contoh, pembangunan, pembinaan, perumahan rakyat, Taman

Legoland dan sebagainya. Jadi, dalam konteks ini, projek perumahan rakyat

sebenarnya mensasarkan golongan yang mampu milik rumah dan ini akan mengubah

secara tidak langsung nasib mereka ini dan menghasilkan kualiti hidup yang lebih

sempurna pada masa hadapan. Dan juga ini merupakan satu transformasi juga lah

yang dibawakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang bertujuan untuk meningkatkan

taraf hidup rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam usaha untuk memajukan negara dan negeri,

pemimpin kita dari sama ada diperingkatkan pusat dan negeri sentiasa memberikan

yang terbaik untuk rakyat buktinya dalam pembentangan Bajet 2012 oleh Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri sendiri, walaupun ada rakyat jelata yang tinggal nun jauh

di pedalaman, mereka tidak dilupai apatah lagi yang tinggal di pekan dan bandar,

pekerja awam dapat nikmat, pekerja sektor swasta juga tidak di lupa, golongan

profesional, belia, pelajar, atlet dan siapa saja pasti merasai nikmat pembentangan

bajet ini. Petani, penternak, nelayan, peniaga, peruncit, pemborong juga turut sama

merasa, pendek kata tidak siapa yang disisih, tiada siapa yang di lupa, tiada siapa

yang berbeza itulah tuahnya menjadi rakyat Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya hendak sebut di dalam Dewan yang mulia ini

dan menerangkan dengan sejelasnya dan boleh dinilai oleh rakan pembangkang kita

di sana, jangan pandai menuduh kerajaan tidak peka pada kenaikan harga barang-

barang seperti yang disebut oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dan ceramah-

ceramah yang tidak berpijak di bumi nyata. Saya ingin sebutkan satu subsidi kerajaan

kepada barang-barang keperluan rakyat di negara ini. Sebagai contoh, kita lihat

sebenarnya harga gula, jika kita hendak nilaikan RM2.30 sekilogram dan harga sebenar

RM2.50, jadi ada subsidi kerajaan sebanyak 8% iaitu sebanyak RM0.20 dan yang kedua

contoh yang terbaik, dari segi petrol ron sendiri harga dibayar RM1.90 dan harga

sebenarnya RM2.75 jadi ada perbezaan RM0.85 iaitu lebih kurang 31% dari segi

perbezaannya. Jadi inilah pengorbanan yang dibuat oleh kerajaan untuk

mensejahterakan rakyat maka sudah tentu sebagai Wakil Rakyat termasuk rakan kita

di sebelah sana bertanggungjawab memberi maklumat ini kepada rakyat, berkata

benarlah kita walaupun pahit untuk diluahkan janganlah kita asyik mengelirukan rakyat

dengan maklumat yang tidak betul dan salah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, semua sedia maklum kajian kita pada hari ini pada

landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara yang maju, sudah tentulah modal

insan perlu dijana dan dibina, dijaga dan dibela, untuk itu kerajaan tidak pernah-

Page 233: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

233

pernah sekali mengabaikan ataupun meminggirkan aspek pendidikan dalam bajet

2012 ini. Pembiayaan sektor pendidikan menjadi keutamaan dan agenda kerajaan

kita, walaupun berlaku kemelesetan ekonomi negara dan global tapi atas nama

pendidikan insya-Allah kita akan berjuang mengangkat martabat pendidikan negara

terus dijulang. Selain itu juga, dalam mengembang dan membangunkan modal insan

yang cemerlang dalam fokus belia penggerak masa hadapan, kerajaan telah

memperuntukkan lebih RM320 juta kepada persatuan belia di peringkat nasional

negeri dan daerah untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti dan program. Aktiviti dan

program ini menjurus kepada latihan kemahiran, program kepimpinan, membentuk

daya tahan dan jati diri serta ilmu keusahawanan. Akhirnya, lahirlah belia sebagai

modal insan yang mampan, sudah pasti kita tidak mahu melihat belia yang pudar jati

diri sehinggalah tersalah anggap mengangkat komunis sebagai pejuang sebenar

nasionalisme negara disebabkan buta tuli sejarah negara.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai Wakil Rakyat yang berkhidmat untuk rakyat,

saya mewakili seluruh keluarga, pelajar di DUN Tenang mengucapkan jutaan terima

kasih dan syabas kepada kerajaan yang bermurah hati memberikan RM100.00 kepada

setiap pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5, pemberian RM500.00 kepada

pendapatan isi rumah di bawah RM3000.00 serta pemberian baucar RM200.00 kepada

IPTA dan IPTS mengemukakan peruntukan keseluruhan berjumlah hampir RM2.6 bilion.

Peruntukan sebesar ini diberikan terus kepada penerima tanpa sekatan ataupun

karenah birokrasi dengan tujuan menstabilkan kos sara hidup dan menunjukkan

kerajaan sedia ada begitu prihatin dengan tuntutan perbelanjaan isi rumah

terutamanya perbelanjaan pengurusan persekolahan 2012.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan juga begitu mengambil berat dan

mengiktiraf peranan penjawat awam sebagai pelaksana dan penggerak agenda

negara, jatuh bangunnya sebuah kerajaan ini terletak pada kecekapan pengurusan

dan pentadbiran penjawat awam. Saya di sini mengucapkan tahniah dan ribuan

penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan yang bertungkus lumus dalam

melaksanakan dasar-dasar kerajaan untuk kepentingan negara. Justeru itu, dalam

fokus menghargai penjawat awam, pemberian bonus setengah bulan gaji dan

minimum RM500.00 kepada penjawat awam dan pesara memberi penuh senyuman

bermakna ketika menghadapi kemeriahan hari raya, ditambah pula pemberian bonus

setengah bulan gaji dan minimum RM500.00 kepada kakitangan awam dan pesara

kerajaan yakin mampu membawa penjawat awam dan pesara memanfaatkan bonus

ini sebagai persiapan persekolahan 2012 dan sekadar atau bersosial bersama

keluarga. Ini terbukti kerajaan begitu menghargai penjawat awam.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat tak dapat lagi lah eh?

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Dah tak ada..

Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah dah tak ada yalah, buat apa berhenti.. (Dewan ketawa)

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam

Dewan yang mulia ini juga saya ingin menyentuh satu perkara sudah pastinya

kebanjiran cerita-cerita, drama-drama sama ada filem-filem dari negara jiran atau

dalam negara sendiri yang acap kali berunsur tahyul, seram, dongeng dan

Page 234: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

234

sebagainya ditayangkan oleh stesen penyiaran kita. Apakah cerita ini yang hendak

kita saji dan hidangkan untuk ditatap dan ditonton anak kita saban hari? Apakah nilai-

nilai murni yang dapat dikutip oleh anak kita? Apakah ini nilai-nilai yang dapat

menyuntik jati diri anak-anak kita? Dan Apa yang merisaukan kita, ianya akan

menyebabkan anak-anak kita lebih percaya kepada benda-benda khurafat dan syirik

yang akhirnya boleh menggugat iman si anak kecil ini. Oleh itu, kita sama-sama

meminta kepada pihak yang bertanggungjawab agar dapat menyekang perkara ini

daripada berlaku dan berterusan pada masa-masa akan datang..

Y.B. Dato’ Speaker : Ada contoh, filem apa yang berhormat?

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Cerita hantulah..

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat banyak hantu. Ha, yalah.

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, usaha

kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat di Bandar

ataupun di luar bandar amat-amat kita puji. Dengan adanya pelbagai transformasi

kemajuan sains dan teknologi, penyeliaan dan pemantauan dari pelbagai agensi, kita

sekali lagi menaruh keyakinan negara akan maju dan rakyat akan dibela. Namun

begitu, sebagai Wakil Rakyat, berkhidmat untuk rakyat, sudah tentu saya mahu

kawasan saya dikenali, ada sesuatu yang boleh dibanggakan menjadi mercu tanda

kebanggaan masyarakat di DUN Tenang. Saya ingin mencadangkan agar

pembangunan Pusat Rekreasi Kolam Air di Tenang dapat dibangunkan dan dimajukan

dengan kemudahan prasarana dan infrastruktur…

Y.B. Dato’ Speaker : Air panas ya Yang Berhormat? Kolam Air Panas eh?

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Ya, Air Panas.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, saya dah pergi tu, bagus.

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Bagi membolehkan ramai berkunjung

ke sini ditambah dengan pembinaan bilik-bilik penginapan, dewan mesyuarat,

kemudahan rekreasi dan riadah diuruskan dengan cara profesional dan dibantu oleh

Kementerian Pelancongan. Insya-Allah, saya yakin dan percaya jikalau perancangan

ini yang teliti dibuat untuk membangunkan pusat rekreasi ini, sudah tentu Tenang akan

dikenali oleh ramai orang.

Selain itu juga, saya suka mencadangkan juga supaya Jabatan Pelancongan Negeri

Johor mengambil langkah proaktif dalam memajukan kawasan Air Terjun Takar Melur

yang terletak di pinggir Kampung Tenang.

Y.B. Dato’ Speaker : Ada eh, air terjun Yang Berhormat?

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Ada, dekat gunung.

Y.B. Dato’ Speaker : Berapa tinggi tu? Saya tak pernah tengok pula.

Page 235: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

235

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Saya pun tak pernah masuk lagi

(Dewan ketawa).

Y.B. Dato’ Speaker : Macam mana awak bercakap?

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Kawasan tersebut berpotensi dijadikan

sebagai satu pusat pelancongan untuk menarik pelancong dalam atau luar negeri.

Kawasan yang terpencil dengan air yang jernih dapat menggamit keadaan suasana

yang indah. Gunung Tenang yang dikenali sebagai Gunung Daik Bercabang Tiga

yang terletak berhampiran dengan lokasi Takar Melur juga boleh dibangunkan bagi

daya tarikan pelancongan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Y.B. Dato’ Speaker : Dah habis?

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim (Tenang) : Sikit lagi. Dalam Rancangan Tempatan

Daerah (RTD) bagi Majlis Daerah Labis telah dicadangkan untuk membina jalan baru

atau jalan alternatif di Bandar Labis bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang

dialami oleh penduduk setempat atau pengguna jalan raya untuk menuju ke Segamat

atau ke Yong Peng – Batu Pahat. Semasa satu-satu majlis rasmi kerajaan diadakan

seperti Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan, sambutan Maulidur Rasul dan aktiviti-aktiviti

pilihan raya yang melibatkan jalan utama di mana terletaknya Pejabat Daerah Kecil

Labis, Majlis Daerah Labis, Dataran Labis dan Masjid Jamek Labis. Kesesakan juga

berlaku semasa menyambut perayaan keagamaan masyarakat Cina dan India yang

sering diadakan di Dataran Labis menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas dan

sering menyebabkan kemalangan biasa dan maut. Oleh yang demikian, selaku ADUN

Tenang memohon kepada Kerajaan Negeri Johor supaya dapat mempertimbangkan

cadangan yang telah dibuat dalam Rancangan Tempatan Daerah (RTD) untuk

keselesaan masyarakat Labis, khususnya dan penggunaan jalan raya umumnya.

Di samping itu juga, dengan adanya laluan kedua dapat membuat persediaan bagi

pembangunan co-sentral juga dirizabkan untuk hospital, perpustakaan dan

sebagainya. Saya yakin dan percaya sekiranya cadangan ini diambil perhatian yang

serius oleh Kerajaan Negeri Johor, maka keyakinan rakyat akan terus ampuh di Labis

khususnya di DUN Tenang. Di samping dengan adanya laluan ini, akan menjadi

pemangkin dalam proses pembangunan di Daerah Kecil, Labis.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya menutup perbahasan saya, ingin

berkongsi seloka. Apa punya idea, puluhan tahun kami bangunkan kebajikan rakyat,

baru kini kamu nak rangka negara berkebajikan. Apa punya idea, kami dah bagi pun

sumbangan kepada isi rumah bertahun lama, baru kamu nak berjanji bagi seribu, itu

pun jika menang PRU. Apa punya idea, kami jaga dan kami bangunkan penjawat

awam, kamu sudah berkira nak kuburkan sebahagian darinya. Apa punya idea, kami

dok sibuk kukuhkan jati diri belia, kamu dok sibuk sanjung julang pengkhianat negara.

Apa punya idea, kami junjung negara bangsa, kami julang agama, kamu cipta hudud

20 tahun lamanya. Apa punya idea, si jalak kokok berderai, ekor gelumang tahi, anjing

salak bukit, bukit tak runtuh, salak yang hilang. Jangan diikut kata pelawak, lidah

bercabang umpama biawak. Jangan diikut kata si sombong, nanti selalu terjun

Page 236: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

236

lombong. Jangan diikut kata putar alam, sama-sama terjun kolam. Jangan diikut kata

penzina, otak dan hati selalu bernanah. Jangan diikut kata Javanese, tak pasal pasal

jadi komunis. Ada akal pakai, ada nasihat pahat, ada saudara buat bicara. Hidup

biarlah jadi garam, membaikkan barang yang buruk, bukan menjadi langau

memburukkan benda baik. Dengan ini, Tenang menyokong usul rundingan yang

dibawa oleh Machap. Sekian, wabillahi taufik wassalamualaikum warahmatullahi

taala wabarakatuh. (Dewan bertepuk).

Y.B. Dato’ Speaker : Fuh, cakap banyak falsafahlah. Nak apa? Yang Berhormat nak

apa?

Y.B. Encik Tang Nai Soon (Pekan Nenas) : Nak berucaplah Yang Berhormat.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh, saya belum cakap lagi. Ok, perbahasan diteruskan lagi.

Jemput, Yang Berhormat.

Y.B. Encik Tang Nai Soon (Pekan Nenas) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Terlebih dahulu Pekan Nenas ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana

memberi peluang kepada Pekan Nenas untuk turut serta dalam perbahasan ucapan

Bajet Negeri Johor Tahun 2012 di Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bajet Negeri Johor Tahun 2012 yang telah

dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 8 Disember merupakan

bajet lebihan sebanyak RM1.21 juta. Bajet yang bertema ‘Menjana Pendapatan,

Berbelanja Demi Rakyat’ ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Johor tetap

mengutamakan kepentingan rakyat jelata dalam perancangan bajet walaupun

ekonomi negara kita menerima impak negatif akibat kegawatan ekonomi sedunia

khasnya negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Usaha gigih Kerajaan Negeri

untuk meningkatkan hasil kerajaan demi memberi perkhidmatan lebih baik di samping

memacu pertumbuhan bagi mempertingkatkan pendapatan rakyat jelata haruslah

dipuji dan disokong penuh oleh semua pihak dan kita harus berganding bahu bagi

merealisasikan matlamat-matlamat Bajet Tahun 2012 ini demi keselesaan hidup rakyat

jelata. Yang Berhormat Dato’ Speaker...

Y.B. Dato’ Speaker : Ya, Yang Berhormat nak duduk? Jemput, duduk. Ahli-Ahli Yang

Berhormat, ni dapat berita Ahli Yang Berhormat Bukit Naning nak mengundurkan diri.

Ha’ah. Saya baca SMS. Jadi kalau macam itu, saya menunggu, mengalu-alu kalau

ada Ahli-Ahli Yang Berhormat lain yang akan menarik diri lagi. Jadi senang, banyak

diganti. (Dewan ketawa).

Ok, Yang Berhormat, besok sambung eh. Cari idea yang baru. Jadi Yang Berhormat

fresh lagi pasal Yang Berhormat banyak baiklah. Jadi, saya beri peluang.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan sehingga esok, 14 Disember 2011,

jam 9:30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 5:15 petang.

Page 237: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

237

PENYATA RASMI

MESYUARAT KETIGA (BAJET) BAGI PENGGAL

PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12

HARI KEEMPAT RABU, 14 DISEMBER 2011 BIL. 16 TAHUN 12

HADIR

Y.B. Dato’ Speaker,

Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,

DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan

Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.

Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai

(Sungai Balang)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.

Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.

(Endau)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa

dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.

(Bekok)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.

Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN.

(Parit Raja)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.

Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN.

(Johor Lama)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan

dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.

Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.

(Tiram)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,

Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.

Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN.

(Gambir)

Page 238: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

238

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.

Encik Hoo Seong Chang, PIS.

(Paloh)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.

Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday

(Mahkota)

Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.

(Buloh Kasap)

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.

(Panti)

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.

(Tanjong Surat)

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.

(Bukit Serampang)

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., AMN., PIS.

(Kempas)

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP.

(Machap)

Y.B. Datuk Ng See Tiong, PJN., JP., KMN., AMN., PIS., PK.

(Parit Yaani)

Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.

(Yong Peng)

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.

(Puteri Wangsa)

Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.

(Layang-Layang)

Y.B. Encik Lau Chin Hoon,

(Pemanis)

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., PPN., AMN.

(Kemelah)

Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

Page 239: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

239

Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.

(Bukit Naning)

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee, DPSM.

(Jementah)

Y.B. Encik Cheong Chin Liang,

(Bukit Batu)

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.

(Pulai Sebatang)

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.

(Nusajaya)

Y.B. Datuk Koh Chee Chai, PJN., PIS.

(Penggaram)

Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.

(Johor Jaya)

Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.

(Pasir Raja)

Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,

(Penawar)

Y.B. Encik Tang Nai Soon,

(Pekan Nenas)

Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PMW.

(Jorak)

Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,

(Bukit Permai)

Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.

(Tangkak)

Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,

(Sedili)

Page 240: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

240

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, PPN.

(Senggarang)

Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.

(Tenggaroh)

Y.B. Encik Chia Song Cheng,

(Pengkalan Rinting)

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru, KMN., AMN., PIS.

(Tanjung Puteri)

Y.B. Encik Mok Chek Hou,

(Stulang)

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim

(Tenang)

Y.B. Encik Ong Kow Meng,

(Senai)

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,

(Sungai Abong)

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,

(Bentayan)

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau,

(Skudai)

Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim

(Maharani)

Y.B. Encik Ng Lam Hua,

(Mengkibol)

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,

Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.

(Serom)

Page 241: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

241

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,

Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.

Dato’ Haji Ahmad Zahri bin Jamil, DPMJ., PJN., PIS.

(Sri Medan)

Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.

(Semerah)

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.

(Benut)

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu, PJN., PIS., BSI., KMN., AMN., PPN.

(Permas)

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,

(Kahang)

Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,

Dato’ Haji Obet bin Tawil, DPMJ., PIS.

Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,

Tuan Haji Marsan bin Kassim

Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,

Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM.

Page 242: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

242

Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi.

Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.

DOA.

(Jurutulis baca doa).

Y.B. Dato’ Speaker : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala

wabarakatuh dan diucapkan selamat pagi, salam sejahtera Ahli Yang Berhormat

sekalian. Persidangan diteruskan.

Jurutulis : SOALAN-SOALAN LISAN.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Tuan Haji Ja’afar bin Hashim, jemput.

Y.B. Tuan Haji Ja’afar bin Hashim (Senggarang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

soalan saya nombor 1.

Berapakah jumlah koperasi yang ada di Negeri Johor setakat bulan Jun 2011 dan

apakah bentuk bantuan yang disediakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk

menggalakkan penubuhan koperasi?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, jumlah koperasi yang ada di Negeri

Johor sehingga 30 Jun 2011 adalah sebanyak 844 buah. Suruhanjaya Koperasi

Malaysia ada menyediakan bantuan penubuhan berbentuk khidmat nasihat dan

perundingan. SKM juga menyediakan Skim Bantuan Pembangunan dengan

objektifnya untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada koperasi-koperasi

yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 supaya koperasi tersebut dapat

melaksanakan dan memantapkan aktiviti perniagaan yang dijalankan. Koperasi yang

baru didaftarkan boleh memohon sumber pembiayaan yang disediakan oleh SKM iaitu

bantuan pembangunan maksimum sebanyak RM30,000.00. Ini dalam bentuk geran ya,

bagi membiayai projek pertama koperasi dan Tabung Modal Pusingan berupa

pembiayaan mudah tanpa cagaran sehingga RM50,000.00 untuk modal pusingan

bagi membiayai aktiviti ekonomi koperasi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Senggarang.

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim (Senggarang) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’

Speaker di atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat EXCO. Cuma ingin saya

nyatakan atau ingin bertanya, melalui bantuan yang disediakan oleh Suruhanjaya

Koperasi Malaysia ini untuk menggalakkan penubuhan koperasi, berapakah jumlah

Page 243: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

243

amaun yang diberikan khususnya kepada koperasi-koperasi yang mungkin baru

ditubuhkan? Terima kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi saya dah sebutkan geran

RM30,000.00 untuk membiayai projek yang pertama. Namun begitu ada lagi bantuan-

bantuan lain, misalannya bantuan pengukuhan dan pemantapan yang bertujuan

untuk mengukuhkan dan memantapkan aktiviti perniagaan koperasi sebanyak

RM30,000.00, bantuan maksimum RM30,000.00, bantuan pemasaran maksimum

RM300,000.00 di mana bantuan yang disediakan secara berpakej bertujuan untuk

membantu koperasi membuat promosi dan pemasaran produk koperasi untuk pasaran

sama ada dalam negara ataupun di peringkat antarabangsa. Dan, matlamat akhir

ialah supaya produk koperasi yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dapat

dipasarkan. Dan seterusnya ialah bantuan penyelidikan dan pembangunan ataupun

R&D dengan jumlah maksimum sebanyak RM300,000.00 di mana bantuan ini

disediakan bertujuan untuk membantu koperasi membangunkan produk yang sedia

ada atau memperkenalkan produk baru di pasaran melalui pelaksanaan, penyelidikan

dan pembangunan oleh agensi teknikal seperti SIRIM, MARDI, Universiti dan

sebagainya.

Y.B. Dato’ Speaker : Skudai.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan saya

adalah sama ada Yang Berhormat Pengerusi dapat memantau pulangan yang

dipulangkan kepada pelajar-pelajar yang melabur dalam koperasi-koperasi sekolah?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya kalau ikutkan soalan

berkenaan tak berkaitan dengan soalan asal.

Y.B. Dato’ Speaker : Sekolah, koperasi.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker ini berkenaan koperasi...

Y.B. Dato’ Speaker : Tak de, dia gini...

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Koperasi sekolah yang di bawah bidang kuasa.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi : Ya, memang betul Yang Berhormat...

Y.B. Dato’ Speaker : Tak de, dia gini. Yalah saya pun...

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Sebab ada kompelin bahawa dekat sekolah...

Y.B. Dato’ Speaker : Ya, saya tahu...

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Disuruh untuk melaburkan wang RM10.00 untuk

masuk dalam koperasi sekolah.

Page 244: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

244

Y.B. Dato’ Speaker : Sekejap. Dia, tak jugak. Portfolio tu memanglah portfolio

Pengerusi dan Pendidikan. Yang Berhormat kena lihat soalan asal daripada

Senggarang. Senggarang sentuh hanya koperasi yang bukan daripada sekolah. Jadi,

Yang Berhormat boleh timbulkan cerita koperasi yang berkaitan bukan sekolah. Yang

dia tak timbulkan koperasi sekolah-sekolah ini dia ada undang-undang sendiri, koperasi

dia, ada cara dia, ada peraturan dia. Yang koperasi Yang Berhormat, yang dia

bangkitkan itu lain. Jadi, kalau nak soal, boleh soal tapi berkaitan dengan koperasi

yang dia itu. Yang bidang ini tidak berkaitan dengan soal. Dia cerita soal, soal asal.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Ini memang soal asal berkenaan dengan koperasi.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh dia bukan, Yang Berhormat.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker...

Y.B. Dato’ Speaker : Tanya Yang Berhormat.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi : Tak pelah Yang Berhormat Dato’ Speaker, mungkin dia tak berapa

faham kerana kita ada peraturan sebenarnya dalam soalan. Soalan ini tajuk utama

dia ialah apakah bantuan bagi menggalakkan penubuhan koperasi, bukan cerita

pasal pemantauan koperasi sekolah dan sebagainya. Tapi, tak pelah. Sebenarnya

Yang Berhormat Dato’ Speaker, koperasi sekolah juga digalakkan untuk ditubuhkan di

setiap sekolah kerana matlamat dan objektif koperasi sebenarnya ialah untuk manfaat

ahli koperasi itu sendiri. Jadi, di peringkat sekolah memang koperasi sebenarnya

dipantau bukan hanya oleh pihak SKM tetapi juga pengurusan sekolah yang terbabit

dan kita juga menerima laporan daripada koperasi-koperasi sekolah tersebut, Yang

Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Kempas.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Terima kasih Dato’ Speaker. Kalau

kita lihat banyak koperasi-koperasi dari masa ke semasa yang baru ini ditubuhkan dan

banyak juga dalam masa yang sama kita lihat koperasi ini juga tidak aktif. Mengikut

perangkaan daripada SKM, sebab saya pun selalu merasmikan Mesyuarat Agung

Koperasi menyatakan sebahagian besar daripadanya tidak aktif. Jadi, saya ingin

mendapat keterangan, mengapakah boleh jadi sedemikian rupa sebab salah satu

daripada faktor berkemungkinan ialah perebutan kuasa, salah guna kuasa dan

sebagainya. Jadi, ini juga mendorong kepada berlakunya tidak aktif koperasi-koperasi

yang kita tujuan utamanya untuk melihat gabungan satu kumpulan ini untuk berdiri

dan juga menjalankan satu perniagaan secara kumpulan besar. Jadi, saya nak minta

supaya pihak kerajaan menerangkanlah cara dan bagaimana dan sejauh mana dan

berapa banyak koperasi yang mengalami nasib yang sebegini rupa. Terima kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya memang, kerajaan

memang menggalakkan penubuhan koperasi ini supaya koperasi ini dapat

Page 245: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

245

menyumbang dalam erti kata kepada aktiviti ekonomi negara kita dan matlamat

kementerian juga ialah supaya gerakan koperasi dapat menyumbang sebanyak 4%

kepada KDNK tahun 2013. Dan, kalau melihat perkembangan koperasi di Negeri Johor

pada tahun 2009, kita cuma ada, pada Januari 2009, kita ada 581 koperasi tetapi

sehingga Jun tahun ini, kita ada 844 koperasi. Bermakna satu peningkatan yang

signifikan. Tetapi kita mengakui bahawa memang ada juga koperasi-koperasi yang

tidak aktif Yang Berhormat Dato’ Speaker, cuma saya tak dapat jawab berapa

banyak kerana saya tak bawa figure. Tapi, memang ada sebahagian daripada

koperasi yang tidak aktif kerana mungkin disebabkan oleh kelemahan daripada

pengurusan ataupun koperasi tidak dapat mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang hendak

dijalankan oleh koperasi dan juga ada aktiviti-aktiviti tersebut yang mengalami

kegagalan.

Namun begitu, Suruhanjaya Koperasi sebenarnya dari masa ke semasa menjalankan

pemantauan dan juga khidmat nasihat kepada koperasi-koperasi yang terbabit dan

antara kelemahan koperasi juga ialah dari segi pengurusan, pengurusan koperasi itu

sendiri apatah lagi kalau koperasi itu berskala kecil ataupun koperasi yang tidak

mempunyai pengurusan sepenuh masa dan dia ditadbir oleh Ahli Lembaga Pengarah

Koperasi itu sendiri. Disebabkan itu Suruhanjaya Koperasi Yang Berhormat Dato’

Speaker, menggalakkan supaya koperasi ini ditadbir oleh mereka yang berbeza

daripada Ahli Lembaga Pengarah itu sendiri. Maknanya koperasi melantik individu

yang berkelayakan untuk mentadbir koperasi itu sendiri. Dan, kita pun menggalakkan

supaya mereka yang mempunyai kelulusan daripada Maktab Kerjasama Koperasi

untuk mentadbir koperasi dan pihak Suruhanjaya Koperasi sebenarnya ada skim di

mana pihak Suruhanjaya Koperasi boleh meminjamkan mereka-mereka yang

mempunyai kelulusan dengan dibiayai oleh SKM sendiri untuk membantu mentadbir

koperasi-koperasi yang baru.

Di samping itu sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita mempunyai Majlis

Perundingan Koperasi yang ditubuhkan sama ada di peringkat kebangsaan, di

peringkat negeri dan juga di peringkat Parlimen yang bertujuan untuk memantau

perkembangan koperasi yang ada, sama ada di peringkat kebangsaan, di peringkat

negeri mahupun di peringkat Parlimen. Dan, di peringkat Parlimen sebenarnya

kebanyakannya dilantik di kalangan ahli-ahli Parlimen dan mereka juga diberi bantuan

untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan program galakan

pembangunan koperasi di kawasan masing-masing Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, jemput.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

nombor 2.

Baru-baru ini masyarakat Islam dikejutkan dengan satu kajian yang mendapati

bahawa lebih dari 6 juta belia-belia Islam hilang identiti Islam mereka. Saya ingin tahu

apakah usaha-usaha Majlis Agama Islam Johor untuk membantu menangani gejala

ini?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum

warahmatullahi taala wabarakatuh.

Page 246: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

246

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kenyataan

yang mengatakan lebih 6 juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis

kecelaruan identiti dibuat oleh seorang pemimpin NGO kepada pemberita selepas

merasmikan satu konvensyen di Putrajaya. Dan, mengikut maklumat yang kita perolehi

bahawa jabatan tersebut hanyalah di perolehi melalui tinjauan, melalui media

alternatif seperti laman sembang sosial facebook dan twitter. Jadi, makna tidak ada

satu kajian yang menyeluruh tentang apa yang didakwa sebagai lebih 6 juta belia di

negara ini menghadapi krisis yang berkenaan. Dan, tidak ada data-data tentang

pecahan juga dari segi negeri dan sebagainya.

Namun demikian Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyebut di sini tentang

satu kajian yang dibuat oleh sebuah institut pendidikan milik kerajaan yang

mengatakan bahawa berkenaan dengan skor IBM. IBM maknanya Indeks Belia

Malaysia yang mengatakan bahawa terdapat peningkatan dari segi skor belia pada

tahun 2008 berbanding dengan 2006. Pada 2006, skor dia 68.7 dan skor pada tahun

2008 sebanyak 70% lah saya kira. Dan, di antara domain yang diberikan fokus dalam

kajian ini ialah yang berkaitan dengan identiti seperti yang dibangkitkan. Dan, dalam

kes identiti ini terdapat peningkatan juga iaitu daripada 57.2% pada tahun 2006

meningkat kepada 63.9% dalam tahun 2008. Jadi kita sebenarnya tak pasti sangatlah

bagaimana kedudukan yang sebenar tentang hal ini, lebih-lebih lagi di Negeri Johor

ini.

Namun demikian Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jabatan Agama memang

memandang serius perkara ini kalau benarlah ia berlaku kerana ini akan memberikan

kesan yang tidak baik kepada negara kita terutama di kalangan umat Islam kita. Dan

Jabatan Agama akan terus berusaha bagi menggandakan lagi usaha-usaha dakwah

kepada masyarakat menerusi pelbagai pendekatan dan sasaran. Dan sehubungan

dengan itu, beberapa langkah strategi telah dilaksanakan di peringkat negeri

mahupun di peringkat daerah. Antara langkah dan pendekatan tersebut adalah

dengan mengadakan Program Sebaran Islam iaitu dengan memberikan ceramah,

tazkirah dan juga muzakarah di beberapa kelompok masyarakat seperti masjid dan

surau, sekolah, kilang, pusat latihan dan kegiatan belia, pejabat kerajaan dan juga

swasta. Dan antara program-program sehingga kini iaitu dari Januari hingga Oktober,

sebanyak 1,074 Program Sebaran Islam telah dilaksanakan di seluruh daerah dalam

Negeri Johor. Dan antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti

Program Generasi Mukmin, Pemantapan Solat, Lembut Hati iaitu ubat hati, Program

Anak Soleh, Program Gotong-Royong di Tanah Perkuburan, Program Pengurusan

Jenazah, Program Ziarah Riadah, Program Ziarah Kasih bersama Sahabat Dakwah,

Program Islam Dekat di Hati dan juga Program Rehlah Taqwa.

Penumpuan topik dalam melaksanakan sebaran Islam sepanjang tahun 2011 ini Yang

Berhormat Dato’ Speaker, antaranya adalah larangan Islam terhadap arak dan judi,

menjauhi perbuatan yang membawa kepada zina, penekanan terhadap tuntutan

menutup aurat, tanggungjawab ketua keluarga memberi nafkah dan ketelusan dalam

perkhidmatan serta menjauhi rasuah. Program Sebaran Islam tidak tertumpu hanya

kepada golongan dewasa sahaja, malah remaja dan belia turut diberikan tumpuan

Page 247: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

247

utama dalam memastikan dakwah Islamiah sampai kepada kumpulan sasaran

tersebut. Insya-Allah kita akan berikan fokus yang lebih kepada belia dan juga remaja

di dalam negeri kita ini.

Namun demikian Yang Berhormat Dato’ Speaker...

Y.B. Dato’ Speaker : Ada lagi...

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Hal-hal yang berkaitan dengan usaha-usaha

yang saya nyatakan tadi tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada pihak Kerajaan,

ia patut juga melibatkan badan-badan NGO, masyarakat dan juga kepimpinan

setempat bagi memastikan bahawa belia-belia kita tidak seperti yang didakwa.

Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, Panti lambatlah, slow aje, jemput Panti.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dah tua.

(Dewan ketawa).

Y.B. Dato’ Speaker : Eh, eh, baru kali pertamalah seorang ADUN dia mengaku tua,

bagus Yang Berhormat. (Dewan ketawa). Itu cara orang tua cakap, bagus.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih

atas jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Agama tadi, tetapi memanglah banyak

program-program, aktiviti-aktiviti dijalankan, tetapi sama ada dia menjurus ataupun

bersesuaian dengan cita rasa golongan muda remaja ni. Kalau kita buat program

dakwah kat mana-manalah, berapa ramai pemuda yang datang? Orang-orang

macam kita dan Dato’ Speaker aje yang datang, tapi yang lain-lain tu. Jadi,

pendekatan tu..

Y.B. Dato’ Speaker : Awak ni, saya awak samakan ya.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Mestilah sesuai.

Y.B. Dato’ Speaker : Saya ada semangat lagi.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Mestilah sesuai.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Umpamanya, apa salahnya Jabatan Agama

atau Majlis Agama Islam menganjurkan satu pertandingan bola sepak di mana semua

pemain-pemainnya menutup aurat. Ha, itu mungkin satu galakan ataupun takraw,

futsal dan sebagainya. Ha, itu mungkin menarik belia-belia atau remaja. Tapi ini pergi

ke...memanglah saya tidak menafikan bahawa usaha-usaha itu ada, tapi sama ada

caranya, pendekatannya itu sesuai ataupun tidak. Jadi saya mengharapkanlah

supaya peruntukan yang banyak tu digunakan sepenuhnya, moga-moga walaupun

tak ada kajian, tapi hakikinya, realitinya memang berlaku semacam itu.

Page 248: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

248

Y.B. Dato’ Speaker : Hmm, yalah.

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki (Panti) : Itu Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Ya, Pengerusi.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih di

atas soalan tambahan dan juga pandangan yang baik yang diberikan oleh Ahli Yang

Berhormat daripada kawasan Panti. Dan sebagaimana yang saya nyatakan tadi

selain daripada masjid, surau dan tempat-tempat lain, kita juga memberikan fokus

kepada pusat-pusat latihan dan kegiatan belia dan juga termasuklah di sekolah-

sekolah. Saya amat bersetuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat kawasan

Panti, kita kena sesuaikan dengan keperluan semasa minat anak-anak muda. Dan

sebenarnya inilah yang selalu saya nasihatkan, berikan pandangan kepada jabatan

saya, Jabatan Agama...

Y.B. Dato’ Speaker : Habis Yang Berhormat nasihat dan pandangan, apa dia buat?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Berilah saya peluang untuk...

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah, saya celah sikitlah, ha, oklah. Ha, jemput.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Dah point dah terputus. (Dewan ketawa).

Jadi, kita sentiasa nasihatkan mereka bahawa apabila kita buat program, jangan

hanya kita libatkan orang-orang veteran sahaja, orang yang dah tua, tapi kena beri

fokus kepada orang-orang muda dan fokus kita mesti bersesuaian dengan naluri

mereka, kehendak mereka. Saya cukup setuju apa yang dibangkitkan Ahli Yang

Berhormat. Tempat saya sebagai contohlah ya, saya bukan nak kata apa. Baru-baru

ni saya adakan satu pertandingan futsal...

Y.B. Dato’ Speaker : Oh...

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Dan kita memang buat pertandingan futsal ni

tiap-tiap tahun. Tapi kali ni, saya beritahu JPMM saya, saya nak buat futsal masjid,

futsal masjid, maknanya pasukan futsal tu mewakili masjid masing-masing.

Y.B. Dato’ Speaker : Wow.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Tapi saya beritahu mereka tak ada guna kalau

kita buat futsal masjid tetapi komponen Islamnya, komponen agamanya tidak ada di

situ. Dia seperti sama juga macam futsal lain, you buat futsal apa, A ke, sama aje.

Jadi saya cadangkan mereka antaranyalah, sebab ini kadang-kadang benda-benda

baru ni kadang-kadang mengambil masa bagi masyarakat nak menerima, lebih-lebih

lagi anak muda kita. Saya cakap dengan dia, sebelum kita main futsal, panggil semua

pemain-pemain ni, pergi ke masjid, kita kena sembahyang Subuh dulu. Sembahyang

Subuh ramai-ramai pemain-pemain ni. Lepas sembahyang Subuh, kita ada tazkirah,

tapi tazkirah tu bukan tazkirah agama, kita beritahu, berikan tazkirah, tazkirah yang

berkaitan dengan futsal ni. Apa sebab kita adakan futsal, apakah peraturan-

peraturan yang ada dalam futsal tu. Jadi benda-benda yang sesuai dengan sukan itu,

Page 249: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

249

kita bagilah. Makna dia kena mengikut peraturan dan sebagainya dan juga tidak

langgar seperti yang dinyatakan tadi, dari segi syariahnya kena pakai seluar panjang

dan sebagainya, tapi masih boleh main. Jadi itulah saya, saya amat menghargai

pandangan itu dan kita akan buat mana-mana yang kita boleh, Yang Berhormat

Dato’. Sebagaimana yang kita tahu sekarang ni bukan zaman kita, zaman anak-anak

muda, sebahagian besar daripada ni datang dari anak muda, lebih-lebih lagi dalam

pilihan raya, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ada pulak lain, jemput Yang Berhormat Sungai Abong.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Soalan tambahan. Saya setuju

dengan segala cadangan dan saranan, tetapi kadang-kadang Yang Berhormat Dato’

Speaker, semua tindakan-tindakan rancangan yang baik itu kadang-kadang ada

kesannya tapi kita counter balik dengan program-program yang sebaliknya. Saya beri

contoh, kalau ada sesuatu apa ni, macam pesta-pesta, Pesta Jom Heboh ke, jom apa-

apa pun, cantik dia punya program. Malam pertama, Forum Perdana Agama dalam

200 orang, besoknya kita cover dengan program lain pula, konsert, 20,000 orang.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh...

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Jadi, di situ saya nampak tak

selarinya program yang kita rancang.

Y.B. Dato’ Speaker : Jadi, cadangan, soalan Yang Berhormat tu apa?

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Program Forum Perdana itu kita

follow-up dengan konsert-konsert yang berbentuk hiburan atau berbentuk Islamik, baru

nampak ada selari dengan...

Y.B. Dato’ Speaker : Tak, dia soalan dia asal lain Yang Berhormat, Yang Berhormat

suruh...

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Adakah...

Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah...masuk Jom Heboh banyak-banyak.

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Adakah pihak kerajaan atau

Jabatan Agama memberi nasihat kepada semua program-program yang macam

inilah, Jom Heboh ke, supaya di follow-up dengan program yang sesuai. Terima kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasihlah

atas soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Sungai

Abong. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita mesti ingat negara kita ni negara

demokrasi yang mengamalkan sistem demokrasi. Negara kita adalah negara yang

berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama. Kita tak bolehlah nak ambil satu

hala sahaja Yang Berhormat Dato’, lebih-lebih lagi pada anak muda. Sebab itu saya,

saya selalu nasihatkan juga, yalah, kadang-kadang kita kena ambil tindakan dalam

keadaan yang ada. Sebagai contohlah, kalau kita nak larangkan macam Jom Heboh

Page 250: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

250

ni kan, kita pun, anak-anak muda ni pun kadang-kadang dia nakkan hiburan juga, kita

tak boleh nak larangkannya kan, sekadarkan mestilah ada...

Y.B. Dato’ Speaker : Garis panduan.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Disiplin dia. Saya beritahu, apa salah kalau

ada Jom Heboh, tetapi kita sediakan macam kita sembahyang, kita sediakan tempat-

tempat sembahyang untuk mereka ataupun kita masukkan program-program yang

ada kaitan dengan agama seperti kuliah Al-Kuliyyah kalau tak silap saya, saya pun tak

pergilah Jom Heboh ni, tapi saya dengar-dengar jugalah apa orang cerita.

Y.B. Dato’ Speaker : Hmmm.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Kita buatkan komponen-komponen agama,

jadi ada agamanya, adalah sikit ni muziknya kan, kurang-kurang ada. Jangan, kalau

nak kita, nanti kalau kita buat agama sahaja karang, orang tak datang pulak. Tapi

kalau buat yang muzik sahaja...

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh (Sungai Abong) : Yang saya katakan tadi, bukan,

bukan kita menutup ruang hiburan itu...

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Saya nak terangkan..

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, dia tak boleh bahas ya, dia jawab biarlah dia

jawab.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Jadi kita cuba, kita cuba seimbangkanlah

kehendak orang muda dan pada masa sama, yang agama pun dijaga, daripada kita

ambil satu hala sahaja. Jadi kalau tidak, kalau majlis agama sahaja nanti macam

buat kat surau kata, ha itu untuk orang-orang tua sahaja, anak-anak muda tak

datang. Tak apa kita buat Jom Heboh tapi mestilah ikut peraturan-peraturan yang

ada, tapi kita cuba masukkan komponen-komponen agama, mana-mana yang

boleh, supaya ada perseimbangan di antaranya, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Haji Abd. Hamid bin Abd. Rahman, jemput.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Terima kasih Yang

Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 3.

TUKAR atau Program Transformasi Kedai Runcit telah menjadikan kedai runcit di seluruh

negara bertukar dengan kedai runcit moden dan menambahkan pendapatan.

Nyatakan jumlah kedai runcit yang terdapat di Negeri Johor yang mengikuti program

transformasi ini. Bagaimanakah program ini dapat melibatkan transformasi di dalam

komuniti di Negeri Johor juga sejauh mana impak yang diberikan kepada generasi

muda?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna : Yang Berhormat Dato’ Speaker, sejak bulan Julai hingga 25

November 2011 iaitu tahun ini, sebanyak 46 kedai runcit telah menyertai Program

Page 251: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

251

TUKAR dengan pecahan iaitu 4 kedai runcit di Johor Bahru, 1 di Kulai, 1 di Larkin, 2 di

Pasir Gudang, 2 di Pontian, 7 di Batu Pahat, 10 di Kota Tinggi, 5 di Muar, 1 di Mersing, 9

di Segamat, 1 di Ledang dan 3 di Kluang. Program ini mentransformasikan komuniti di

Negeri Johor dengan membangun kedai-kedai runcit tempatan supaya meningkatkan

daya persaingan peruncit dan pengusaha kecil dan sederhana tempatan dengan

meningkatkan keupayaan perkhidmatan pelanggan, menyeragamkan kualiti proses

perniagaan secara menyeluruh, mempromosikan rantaian penawaran yang lebih

berkos efektif dan efisien serta menggalakkan jualan produk berkualiti melalui pelbagai

langkah. Had umur kelayakan pemohon Program TUKAR adalah antara umur 23 tahun

ke atas dan tidak melebihi 60 tahun. Pengusaha kedai runcit terutamanya dalam had

umur generasi muda menunjukkan minat yang lebih tinggi untuk menyertai projek ini,

terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ya Machap.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ok, terima kasih Yang

Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Walaupun programnya adalah program

yang baru, yang mana sepertimana Yang Berhormat nyatakan tadi baru 46 kedai, jadi

saya ingin tahu Yang Berhormat Dato’ Speaker, adakah kita kerajaan membuat satu

perancangan ataupun projection untuk masa ke hadapan, adakah kita merancang

macam setahun 100 ke, 200 ke? Kerana masalah yang kita hadapi sekarang kedai-

kedai runcit ini dia, dia tak nak berubah dan kadang-kadang pengusaha-pengusaha

tu dia mengusahakan kedai runcit ini daripada awal pagi, mula-mula subuh dah buka

sampailah ke malam. Jadi, dia tak ada masa ataupun dia tak ada ruang untuk dia

nak pergi kursus ke apa ke. Adakah nak cadang supaya buat kursus sebelah malam

ke apa ke? Jadi, saya ingin tahu perancang kerajaan untuk nak menentukan supaya

kedai-kedai runcit ini dapat di transformkan ataupun diubah ke arah yang lebih

moden terutamanya nak menarik anak-anak muda. Jadi, saya ingin tahu rancangan

yang dirancang oleh kementerian. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau ikut KPI ataupun dalam pelan

dan transformasi ini, kementerian ditetapkan supaya kalau boleh dalam tahun ini,

walaupun kita start pada, mula pada bulan Julai cuba cari 500 kedai di seluruh

negara. Maka di Negeri Johor, inisiatif yang diambil oleh pejabat di Negeri Johor

melalui daerah-daerah sebenarnya telah pun jumpa 214 kedai pada permulaan tetapi

akhirnya 54 yang berminat. Antara 54 yang berminat lepas kita, jabatan ataupun

pejabat di peringkat daerah-daerah telah pun berjumpa dan menilai, akhirnya 46

yang layak. Saya setuju sangat kalau dari segi mentransformasikan kedai-kedai runcit

terutamanya seperti yang saya sebutkan tadi cuba untuk meningkatkan lagi daya

persaingan dan juga membantu pengusaha kecil dan sederhana terhadap perkara

ini. Maka banyak cara untuk kita bantu dan juga kalau mereka memerlukan pinjaman

pun, kementerian pun sedia untuk membantu mereka mungkin jumlah pinjaman

antara RM20,000.00 hingga RM60,000.00 bagi membantu kedai-kedai runcit yang ingin

menyertai program tukar ini. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Parit Yaani.

Page 252: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

252

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker,

soalan tambahan. Setahu saya kedai runcit ini diusahakan oleh warga tua-tua, orang

dah pencen dan biasanya di kawasan desa dan di kampung-kampung. Dan mereka

dah berniaga puluh-puluh tahun, dah biasa dengan keadaan yang ada di dalam

kedai mereka. Sekarang masalahnya kalau kita nak mentransformasikan kedai mereka

itu kena, macam mana nak transformasikan dia punya pemikiran, cara supaya kalau

dia tak mampu suruh dia punya anak ke, generasi muda. Tapi macam mana nak

suruh anak, orang muda semua tak mahu berniaga. Macam mana? Ini ada satu

galakan yang baik tapi masalah kewangan pun kita kena ambil kira. Saya tengok

jawapan daripada Yang Berhormat Y.B EXCO tu tak menyeluruh sangatlah, hanya

bagi bilangan sini ada dua, sana ada empat. Ini hanya bagi satu angka yang kita

dengar syok sahaja, tapi saya nak tahu...

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, soalan dia?

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Soalan saya secara menyeluruh untuk

mentransformasikan kedai runcit kepada kedai yang moden. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, dia tak berapa puas hati jawapan. Kalau dia

dekat sana baru dia puas hati. Yang Berhormat pun nak pencen, ha yalah. (Dewan

ketawa).

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau dah menyeluruh

ni bolehlah saya tambah sedikit tentang apa yang dapat saya memperoleh dalam

maklumat ini. Saya sebutkan tadi secara umumnya dia cuma meningkatkan

keupayaan perkhidmatan pelanggan, yang penting ialah meningkatkan daya

persaingan mereka. Walau pun tadi saya sebut 214 kedai yang kita lawat dan

akhirnya cuma 54 yang berminat, tetapi pejabat kementerian masih berusaha dari

semasa ke semasa sebab dari segi had umur memang kita galakan supaya antara

umur 23 tahun dan tidak melebihi 60 tahun. Sebab itu kita cuba cari sasaran kita

antara kedai-kedai yang dijalankan oleh umur antara 20 lebih, 30 lebih dan 40 lebih

bukan semua sekali kedai-kedai runcit ini diusahakan oleh orang-orang tua. Yang

kedua, kita juga pilih kedai runcit yang beroperasi sekurang-kurangnya sudah dua

tahun ke atas. Dia bukan kedai yang baru, memang kalau kedai yang baru dia akan

menjalankan perniagaan secara yang lebih moden. Yang ketiga, kita pun juga cuba

membantu keluasan kedai runcit mereka ini tidak melebihi dua pintu kedai, kadang-

kadang dia sudah jadi mini market dan ataupun melebihi 2,500 kaki per segi. Maka itu

skop untuk kita cari sasaran kita ini pertamanya dia memang pengusaha kecil dan

sederhana, dan dua kalau boleh kita cuma cari kalau peniaga-peniaga yang antara

umurnya 30 lebih ataupun 40 lebih itu pun kita dapat cari 214. Ini bererti sasaran kita

memang ada, kita akan cuba melahirkan kesedaran untuk mendidik mereka. Saya

yakin setakat 54 ini boleh kita tambah lagi untuk dalam tempoh hujung tahun ini

memang tak lama lagi, sebab untuk target tahun depan kita akan tambah dua kali

ganda sekurang-kurangnya. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Tee Siew Kiong, jemput.

Page 253: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

253

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong (Pulai Sebatang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

nombor 4.

Apakah hasil pertanian yang menjadi punca utama ekonomi Negeri Johor, berapa

banyakkah keluarannya di eksport ke luar negara dan apakah galakan yang telah

diberikan oleh kerajaan bagi memajukan lagi sektor pertanian ini?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’

Speaker, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum sehingga kini Negeri Johor

adalah pengeluar utama bahan-bahan makanan negara kecuali bagi tanaman padi.

Iaitu tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman kontan. Pada tahun 2010

Negeri Johor dianggarkan telah menghasilkan pengeluaran tanaman makanan

berjumlah 783,143 metrik tan yang bernilai RM636,707,948.00 dari jumlah itu pecahan

mengikut kategori jenis hasil ialah buah-buahan sebanyak 582,553 metrik tan yang

bernilai RM443,485,948.00. Seterusnya sayuran berjumlah 163, 750 metrik tan yang

bernilai RM163,750.00. Dan tanaman RM163,753,000.00. Seterusnya tanaman kontan

berjumlah 36,840 metrik tan dan bernilai RM29,472,000.00. Bagi nilai eksport tanaman

buah-buahan dan sayuran-sayuran dalam tempoh Januari hingga September 2011,

eksport Negeri Johor berjumlah RM17,888,829.49. Seterusnya mengenai galakan,

kerajaan ada beberapa program bagi tujuan ini. Jabatan Pertanian melaksanakan

program-program bagi meningkatkan pengeluaran bahan makanan di negeri ini

melalui aktiviti pengembangan bagi memindahkan teknologi terutamanya yang

melibatkan pekebun-pekebun kecil serta menyalurkan bantuan insentif untuk

menggalakkan mereka mengamalkan teknologi terkini bagi meningkatkan

pengeluaran dan seterusnya pendapatan mereka bertambah.

Bagi program pembangunan tanaman makanan, Jabatan Pertanian telah

melaksanakan bantuan insentif pada tahun 2010 yang melibatkan seluas 664.17 hektar

dengan bilangan peserta seramai 392 orang yang melibatkan peruntukan

RM1,892,290.00, dari jumlah tersebut tanaman buah-buahan adalah seluas 257.07

hektar dengan peserta seramai 144 orang, dengan insentif peruntukan RM693,780.00.

Tanaman sayuran dan kontan melibatkan 363.4 hektar dengan 181 peserta yang

melibatkan kewangan peruntukan RM1,137,090.00 dan kebun integrasi 43.7 hektar

dengan 67 peserta dengan peruntukan kewangan RM61,420.00. Manakala pada

tahun 2011, jabatan sedang melaksanakan penyaluran insentif yang melibatkan

keluasan 763.97 hektar dengan 444 peserta dengan melibatkan peruntukan kewangan

RM1,657,407.00. Dari jumlah tersebut, tanaman buah-buahan ialah 300 hektar dengan

181 peserta yang melibatkan RM622,926.00. Sayur-sayuran dan tanaman kontan ialah

187 hektar dengan 167 orang peserta yang melibatkan kewangan RM758,799.00. Dan

seterusnya kebun integrasi pula melibatkan 276.97 hektar dengan 96 peserta dan

melibatkan kewangan RM275,682.00. Bantuan-bantuan yang diberikan adalah dalam

bentuk bahan input pertanian seperti benih, baja, kimia pertanian, peralatan, jentera

pertanian kecil dan juga penyediaan infrastruktur ladang seperti sistem pengairan dan

jalan ladang.

Mengenai Program Pembangunan Tanaman Industri Florikultur dan Komoditi

Berpotensi, program ini pada tahun 2010 Jabatan Pertanian telah melaksanakan

projek bantuan berjumlah RM91,000.00 melibatkan seluas 28 hektar dengan 39 peserta.

Manakala pada tahun 2011, jabatan sedang melaksanakan projek bantuan yang

Page 254: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

254

melibatkan 79 hektar dengan 91 peserta dengan peruntukan kewangan RM199,387.00.

Sebagaimana di bawah program pembangunan-pembangunan makanan, bantuan

yang diberikan adalah dalam bentuk bahan input pertanian seperti benih, baja, kimia

pertanian, peralatan, jentera pertanian dan juga penyediaan infrastruktur ladang

seperti sistem pengairan dan jalan ladang.

Y.B. Dato’ Speaker : Saya beri Tanjung Puteri dulu.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Terima kasih Dato’ Speaker. Terima

kasih juga kepada EXCO yang telah menjawab dengan panjang lebar tadi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah, memang panjang.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Cuma satu perkara sahaja, Johor ini

memang terkenal dengan lada hitamnya dan lada hitam ini suatu ketika dulu

dipanggil Golden Black Gold yang mana...

Y.B. Dato’ Speaker : Apa? Black?

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Black Gold.

Y.B. Dato’ Speaker : Black Bone?

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Gold, gold.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, gold.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Yang apa tu, bahan yang bernilai

masa dulu, yang mana Negeri Johor ini memang identitinya lada hitam. Jadi, saya nak

tanyalah soalannya adakah lada hitam juga menjadi satu punca eksport terbesar bagi

Negeri Johor atau tidak? Sekian, terima kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Lada hitam sebenarnya

dalam program komoditi, tanaman komoditi dan ianya merupakan salah satu program

pertanian yang di bawah Kementerian Perladangan dan sedang diberi tumpuan di

Johor kerana ia juga merupakan satu hasil yang mendapat nilai yang tinggi.

Y.B. Dato’ Speaker : Yong Peng.

Y.B. Puan Lim Kee Moi (Yong Peng) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

tambahan. Berjuta-juta ringgit telah diberi untuk insentif dan bantuan untuk buah-

buahan, sayur-sayuran dan lain-lain tetapi masih terdapat harga buah-buahan dan

sayur-sayuran tempatan harga itu tinggi dan telah menjadi beban kepada rakyat.

Apakah sebabnya? Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Apakah sebabnya?

Page 255: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

255

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’

Speaker, kenaikan harga ini disebabkan daripada kesan bencana alam yang terjadi di

negara jiran khususnya di Indo-China, di Thailand yang mana banjir menyebabkan

kerosakan tanaman makanan di Thailand dan beberapa negeri di Indo-China. Akibat

kerosakan tanaman yang berada di sana maka bekalan yang selama ini banyak kita

import daripada negeri jiran ini, tak dapat sampai, tidak dapat dibekalkan di Malaysia.

Maka sebab itu, apabila bekalan berkurangan, itu memang dah menjadi prinsip supply

and demand, dengan izin, apabila bekalan kurang, harga memang akan naik. Jadi

sebab itu, Kerajaan Negeri Johor telah dapat mengenal pasti situasi ini maka Kerajaan

Negeri Johor membuat satu program lebih integrasi untuk mengoptimumkan kebun-

kebun di Negeri Johor ini dapat dibangunkan dengan tanaman makanan untuk

membekalkan makanan untuk Negeri Johor dan seterusnya dapat menstabilkan

harga.

Y.B. Dato’ Speaker : Oklah, Machap last.

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Terima kasih Yang

Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Adalah dijangkakan bahawa ekoran

daripada keadaan cuaca dunia dan juga banjir di Thailand dan di kawasan dekat, di

sebelah Indo-China, dan sebahagian tempat di dunia ini adalah dijangkakan bahawa

dunia akan menghadapi krisis berhubung dengan makanan. Jadi pihak Kerajaan

Negeri telah merancang daripada awal dulu pun dah merancang supaya di zon-

zonkan kawasan-kawasan makanan, kawasan tanaman kekal untuk makanan, jadi

saya ingin tahu daripada Yang Berhormat berhubung dengan masalah, apabila satu-

satu kawasan itu sudah dizonkan dan dah diberikan kepada pengusaha-pengusaha

macam di Pertanian Moden, ada yang buat, ada yang tak buat. Jadi, saya ingin tahu

sejauh mana kerajaan tentukan supaya syarikat-syarikat yang diberikan untuk nak

mengerjakan kawasan-kawasan ini, menjayakan. Jadi, apa bentuk tindakan yang kita

ambil kalau sekiranya dia tak buat, adakah kita nak biarkan begitu sahaja..

Y.B. Dato’ Speaker : Ok..

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman (Machap) : Ataupun apakah

tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Pertanian. Terima kasih Yang Berhormat

Dato’ Speaker.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’

Speaker, mengenai tanah-tanah zon pengeluaran makanan yang tidak menepati

sasaran kerajaan dan tidak membangunkan, kerajaan tidak akan extend, dia punya

pajak, dengan izin. Dan sebagai contoh baru-baru ini, salah satu tanah ZPM seluas 500

ekar di Sedili yang telah tamat tempohnya telah kerajaan ambil balik dan di ubah

kepada TKPM dan kita tawarkan kepada pengusaha-pengusaha kecil yang lebih

ramai. Dengan cara begini tanah-tanah ZPM ini akan dimanfaatkan untuk

membangunkan tanaman makanan dengan pendekatan yang baru. Tidak lagi

secara besar-besaran tetapi dengan secara kecil-kecilan kepada pengusaha-

pengusaha tempatan.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Datuk Ng. See Tiong, jemput.

Page 256: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

256

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya,

soalan nombor 5.

Sejauh manakah Jabatan Alam Sekitar mengesan dan mengambil tindakan tegas

terhadap pembuangan haram sisa toksik?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jabatan Alam Sekitar

telah mengemas kini sistem inventori kilang-kilang serta merekodkan jenis-jenis

buangan yang dihasilkan oleh kilang-kilang melalui sistem yang dikenali sebagai e-

consignment law. Sistem ini meliputi pemberitahuan, penghasilan buangan terjadual,

jumlah penghasilan buangan terjadual dan juga pergerakan buangan terjadual sama

ada untuk tujuan kitar semula ataupun pelupusan. Bagi memudahkan maklumat ini di

kumpul, sistem ini direka supaya pihak kilang boleh menghantar maklumat secara terus

dalam talian online, dengan izin. Tindakan tegas akan diambil jika pemeriksaan

Jabatan Alam Sekitar mendapati pihak kilang tidak menggunakan sistem ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan adanya sistem ini segala maklumat mengenai

penghasilan buangan terjadual oleh mana-mana kilang direkodkan oleh Jabatan

Alam Sekitar dan usaha mengesan kilang yang bertanggungjawab yang membuang

buangan terjadual di tempat yang tidak sepatutnya adalah lebih mudah. Bagi kes-kes

pelupusan buangan terjadual atau buangan toksik, Jabatan Alam Sekitar akan

mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah alam sekitar dengan mengambil

tindakan Mahkamah di bawah Seksyen 34(B), Akta Kualiti dan Alam Sekeliling 1974

yang memperuntukkan hukuman mandatori penjara tidak lebih daripada 5 tahun dan

denda tidak melebihi RM500,000.00 jika disabitkan kesalahan.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Parit Yaani.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Soalan tambahan saya. Setahu saya, orang yang membuang sisa toksik atau sampah

secara haram, gunakan taktik dan cara pandai-pandai. Biasanya, ini pandai-pandai

maknanya mereka pun gunakan otak mereka itu. Pada segi masa, punya larut malam,

tengah malam, bila hari, mana masa bila orang tak ada nampak ke, tempat mana

lebih sorok sedikit, ini kira pandai-pandai. Apakah langkah yang pandai lebih dari

pandai-pandai untuk mengesan perkara yang berlaku seperti ini. Kita ada banyak

undang-undang ini kalau dapat tangkap. Tapi cara macam mana nak mengesan, nak

tangkapnya susah. Kita pun tahu. Saya nak tahu cara yang lebih pandai daripada

cara mereka yang pandai-pandai itu. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, dia punya soalan itu macam dia nak ambil

tempat Yang Berhormat ajelah (Dewan ketawa).

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasihlah. Yang

sistem canggih ini, ada e-consignment di mana Jabatan Alam Sekitar dapat

mengesan segala penghasilan buangan terjadual. Untuk mengetahui gerak geri

tentang buangan terjadual itu sehingga ia dapat di kitar semula ataupun dihantar ke

tempat pelupusan yang ditentukan. Salah satu cara yang pandai adalah, yang

Page 257: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

257

disebutkan oleh Yang Berhormat daripada kawasan Parit Yaani kerana dia boleh

berikan maklumat kepada Jabatan Alam Sekitar. Kerana dia sudah pandai dapat isi

maklumat dengan bagus.

Y.B. Dato’ Speaker : Macam Yang Berhormat punya jawab macam sindir jelah.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Jabatan Alam Sekitar pun dapatlah bantuan daripada

Yang Berhormat daripada Parit Yaani. Satu cara yang amat pandai untuk mengutip

risikan, itu satu..

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau saya..

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat. Yang Berhormat tak boleh ganggu dia jawab.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Kalau saya lebih pandai, saya tak payah tanya.

Sebab saya tahu Jabatan Alam Sekitar ada langkah yang lebih pandai dari pandai-

pandai.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat Parit Yaani, dia sebut pandai-

pandai, dia jawablah sedikit. Takkanlah itu pun tak boleh. Kalau Yang Berhormat

pandai-pandai beritahulah dia.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam keadaan apa

pun, keselamatan atau macam cara penguatkuasaan, perkara yang amat pandai,

amat penting adalah risikan, yang susah yang memang mahu orang yang bijak dapat

mengutip risikan itu tentang bila dia melakukan kesalahan. Jadi Yang Berhormat dapat

tahu, dapat tahu ada pembuangan jadual, buangan yang terjadual itu, silalah bagi

maklumat itu kepada Alam Sekitar, jadi kita bekerjasama. Saya mengucapkan ribuan

terima kasihlah kepada Yang Berhormat dari Parit Yaani yang boleh berikan risikan

untuk membantu kita.

Y.B. Dato’ Speaker : Pandai Yang Berhormat jawab. Oklah last. Kesian Senai pula. Ok

Senai, apa benda pula.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan.

Memang saya nak tanya mengenai dari segi, dari segi penguatkuasaan. Memang

pembuangan sisa toksik ini merupakan satu tindakan yang berbentuk jenayah. Jadi

saya nak tahu, bagi setiap tahun berapakah bilangan kes-kes yang di bawa ke

Mahkamah dan sama ada sasaran boleh dituju kepada pemilik premis dari segi

perobohan ataupun penamatan operasi berkenaan. Setahu saya setiap kali pihak

Alam Sekitar, dia keluarkan saman. Saman demi saman and para pengusaha bayar

sahaja, bayar, bayar tanpa diberi, diambil tindakan yang keras seperti perobohan

atau penamatan operasi berkenaan. Sekian.

Y.B. Dato’ Speaker : ... soalan.

Page 258: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

258

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi tahun 2006

hingga 2010, ada dua kes tindakan Mahkamah telah diambil melibati buangan

terjadual iaitu satu kes pada tahun 2007 dan satu kes pada tahun 2009. Di samping itu,

tindakan kompaun daripada 2007 hingga 2010 sebanyak 1,073 kompaun telah

dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekitar, Buangan Terjadual 2005.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Tuan Haji Ayub bin Haji Jamil, jemput.

Y.B. Tuan Haji Ayub bin Haji Jamil (Rengit) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

saya nombor 6.

Minta penjelasan apakah usaha yang dirancang oleh pihak kerajaan bagi melebarkan

jalan-jalan kampung yang sedia ada bagi keselesaan pengguna kenderaan dalam

Negeri Johor. Jika telah ada perancangan, bilakah projek pelebaran akan

dilaksanakan dan berapa kosnya ?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,

Kebudayaan dan Warisan : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Untuk

makluman Yang Berhormat ADUN Rengit, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan

Wilayah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemudahan asas jalan raya di

kawasan luar bandar di bawah Program Jalan Luar Bandar ataupun JALB dan Jalan

Perhubungan Desa ataupun JPD yang dahulunya dikenali sebagai Program Jalan

Kampung, PJK. Kerja-kerja bagi melebarkan jalan kampung adalah termasuk dalam

skop naik taraf jalan perhubungan desa sehingga mencapai lebar maksimum 14 kaki

ataupun 4.3 meter. Yang sememangnya sentiasa dilaksanakan oleh Kementerian

pada setiap tahun secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan jalan yang

dipohon dengan mengambil kira faktor-faktor seperti skop, kriteria, garis panduan yang

ditetapkan, peruntukan yang diluluskan dan keperluan sebenar untuk di naik taraf dari

segi aliran trafik dan tahap kritikal sesuatu jalan.

Pada tahun 2011, Kementerian telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM15.4 juta

untuk melaksanakan 158 projek di bawah skop Jalan Perhubungan Desa seperti

membina baru, menaik taraf dan menyelenggarakan jalan yang melibatkan 98 km

panjang jalan kampung di seluruh Negeri Johor. Dan Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah bersedia mempertimbangkan setiap permohonan bagi menaik

taraf atau membina baru Jalan Perhubungan Desa di Negeri Johor sekiranya terdapat

keperluan yang kritikal dan mendesak secara berperingkat. Dan permohonan akan

diberikan pertimbangan berdasarkan kepada kriteria JPD dan peruntukan yang

diluluskan. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, peruntukan yang diluluskan

kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membina baru,

menaik taraf dan menyelenggarakan Jalan Perhubungan Desa atau dahulunya

dikenali sebagai Projek Jalan Kampung bagi tahun 2012 peringkat Negeri Johor adalah

berjumlah sebanyak RM5.768 juta.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhomat Datuk Dr. Shahruddin bin Salleh, jemput.

Page 259: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

259

Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Salleh (Jorak) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan

nombor 7.

Apakah perancangan Yayasan Pelajaran Johor YPJ hingga tahun 2020?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yayasan Pelajaran Johor akan terus

memainkan peranan penting dalam pemberian biasiswa kepada anak-anak Johor di

sekolah-sekolah menengah dalam Negeri Johor dan pemberian pinjaman kepada

mereka yang melanjutkan pelajaran di IPT ataupun Institut Pengajian Tinggi. YPJ

merancang setiap tahun bagi penambahan dari segi jumlah pelajar sebanyak 10%

untuk biasiswa Dato’ Onn ataupun RM1.2 juta dan 5% bagi pinjaman yang akan

melibatkan penambahan perbelanjaan sebanyak RM30,000.00 untuk biasiswa dan

RM500,000.00 untuk pinjaman setahun. Di mana sehingga tahun 2020, ianya akan

melibatkan tambahan perbelanjaan sebanyak RM300,000.00 untuk biasiswa dan RM5

juta untuk pinjaman. YPJ juga mempunyai program hikmah hasil cetusan Yang Amat

Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin Osman, Menteri Besar Johor yang bertujuan

meningkatkan pelajaran di sekolah-sekolah dengan memberi tuisyen kepada anak-

anak Johor iaitu tuisyen yang diberi nama tuisyen kampung bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Tuisyen Ibnu Sinar pula untuk

aliran Sains Pelajar SPM bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik

Tambahan.

Dan semenjak tahun 1997 hingga 2010 sebanyak 478,388 orang telah memperoleh

faedah ini dengan perbelanjaan sebanyak RM47 juta. Tuisyen Kampung dan Ibnu Sinar

serta seminar dan kursus akan diteruskan dalam membantu anak bangsa untuk

berjaya dan mampu melanjutkan pelajaran hingga peringkat yang tinggi. Dan dalam

perkara ini penambahan sebanyak 5% setahun daripada peruntukan tahunan RM4

juta akan dilaksanakan yang akan melibatkan tambahan RM200,000.00 setahun di

mana sehingga tahun 2020 ianya melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 juta dan

dalam memenuhi penambahan pemberian pinjaman, YPJ akan memastikan pinjaman

yang diberi kepada mereka yang mengikuti kursus-kursus yang berkualiti seperti

jurutera, perubatan, perakaunan, pengajian perniagaan, perhotelan dan lain-lain lagi

di mana YPJ akan mengenal pasti IPT yang berwibawa dan unggul di dalam dan luar

negara.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, masa soalan lisan dah habis. Mana-mana soalan yang

disenaraikan belum dijawab, akan dijawab dalam Persidangan ini jua.

Jurutulis: SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA

BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2012) TAHUN 2011.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Saya mohon bawa rundingan menurut Peraturan Tetap

121 supaya Peraturan Tetap Dewan ini ditangguhkan sementara, untuk membolehkan

saya mengemukakan rundingan bagi melanjutkan tempoh perbahasan atas

rundingan bacaan kali yang kedua bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan

(2012) Tahun 2011.

Page 260: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

260

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong

rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli yang

bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan Tetap Dewan ini

ditangguhkan sementara.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon membawa

rundingan supaya perjalanan Dewan ini dalam membahaskan rundingan bacaan kali

kedua bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2012) Tahun 2011

dikecualikan daripada had tempoh yang disyaratkan dalam Peraturan Tetap 112 (2)

iaitu perbahasan yang sepatutnya ditamatkan pada jam 1:00 petang, 14 Disember

2011, dilanjutkan sehingga jam 1:00 petang, 19 Disember 2011.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong

rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli yang

bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu dipersetujukan.

Peraturan Tetap Dewan ini ditangguhkan sementara.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung sekarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Perbahasan Atas Rundingan Bagi Enakmen Kali Yang Kedua Enakmen Perbekalan

(2012) Tahun 2011 diteruskan sekarang. Dijemput Ahli Yang Berhormat yang nak

berucap.

Y.B. Encik Tang Nai Soon (Pekan Nenas) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, salah satu dari 6 strategi yang digariskan dalam Bajet

2012 Negeri Johor adalah melaksanakan transformasi perkhidmatan awam yang mana

pada prakarsa 3 perkhidmatan awam yang efisien, berintegriti dan berprestasi tinggi

adalah merupakan tulang belakang kepada strategi bajet yang kelima ini. Prakarsa

yang ketiga ini penting Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana terdapat isu-isu yang

kurang menyenangkan telah berlaku dalam pengurusan dan pentadbiran agensi-

agensi mahupun syarikat-syarikat GLC di bawah pentadbiran Negeri Johor

sebagaimana terdapat di dalam Laporan Audit Negara bagi Negeri Johor tahun 2010.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dalam Laporan Ketua Audit bagi Negeri Johor untuk

tahun 2010 terdapat kelemahan ketara dari segi pematuhan kepada Pekeliling agensi

atau syarikat terlibat yang mana telah menyebabkan kerugian kepada Kerajaan

Negeri. Sebagai contoh, terdapat penemuan oleh Ketua Audit tentang hasil kutipan

cukai bagi projek penswastaan yang masih gagal yang dikutip, pembelian barangan

atau perkhidmatan yang amat melebihi harga pasaran sesuatu produk itu dan juga

barangan atau perkhidmatan yang belum diterima oleh agensi walau pun telah

dibuat pembayarannya.

Page 261: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

261

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri perlu memandang serius terhadap

segala kelemahan yang disebutkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan

mengambil tindakan segera sebelum ianya menjadi lebih parah sehingga

mencetuskan kemarahan rakyat jelata dan mungkin diterjemahkan kepada tidak

mengundi kerajaan pada pilihan raya akan datang. Kerajaan perlu berusaha untuk

membaiki kelemahan-kelemahan dalam sistem pemantauan jabatan-jabatan di

bawah pentadbirannya, agar pembaziran wang pembayar cukai dan

penyelewengan tidak berlaku lagi demi mewujudkan perkhidmatan awam yang

efisien, berintegriti dan berprestasi tinggi.

Di Dewan yang mulia ini, Pekan Nenas ingin mengambil kesempatan untuk

mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya penjawat awam

di daerah Pontian yang telah banyak bersama-sama membantu dalam

menyelesaikan masalah-masalah rakyat dan melaksanakan projek-projek

pembangunan di kawasan DUN Pekan Nenas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya kebanyakan penjawat awam

menjalankan tugas dengan penuh amanah, bertanggung jawab dan berdedikasi.

Hanya segelintir kecil sahaja yang bersikap birokratik dan gagal melaksanakan tugas

mereka dengan baik. Seperti pepatah Melayu berbunyi ‘Kerana Nila Setitik, Rosak Susu

Sebelanga’. Persepsi-persepsi negatif orang awam terhadap penjawat awam hanya

dapat diubah menjadi positif dengan usaha kerajaan memperbaiki lagi mutu

perkhidmatan penjawat awam dan menghapuskan karenah birokrasi dalam sektor

awam.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi memantapkan lagi perkhidmatan awam Negeri

Johor, di Dewan yang mulia ini, Pekan Nenas ingin mencadangkan supaya satu

jawatan kuasa khas ditubuhkan untuk memberi ruang kepada orang awam menilai

secara terus perkhidmatan awam dan juga penjawat awam. Jawatan kuasa ini

bolehlah dikenali sebagai Jawatankuasa Pemantapan Perkhidmatan dan Penjawat

Awam Negeri Johor. Antara fungsi dan objektifnya adalah :-

1. Menjadi saluran utama bagi pelanggan perkhidmatan memberikan respons atas

perkhidmatan yang diterima dan respons tersebut boleh dijadikan kriteria utama

dalam penilaian prestasi penjawat awam dan juga jabatan tersebut. Respons

yang dimaksudkan ini boleh dibuat melalui telefon, surat, e-mel, facebook, twitter

dengan izin, dan sebagainya. Ianya boleh dalam bentuk pujian ataupun aduan

kurang puas hati orang awam terhadap sikap seseorang penjawat awam.

Jawatankuasa perlu memberi maklum balas tentang tindakan yang telah diambil

oleh kerajaan terhadap penjawat awam tersebut.

2. Mengkaji dan menilai mana-mana dasar dan Pekeliling yang sudah outdated

dengan izin, atau sudah tidak praktikal digunakan lagi dan perlu dipinda bagi

mengurangkan red tape dengan izin, dan birokrasi yang sering kali melambatkan

sistem penyampaian kepada orang awam bagi memastikan segala aduan rakyat

dapat ditangani dalam tempoh yang singkat, selaras dengan aspirasi gagasan 1

Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

3. Jawatankuasa ini juga boleh menjadi penggalak kepada penjawat awam untuk

melaksanakan tugas dengan kreatif dan inovatif agar penyampaian

perkhidmatan boleh dilakukan dengan kadar yang lebih cepat dan lebih

Page 262: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

262

memuaskan. Ini kerana penilaian prestasi seseorang penjawat awam itu dibuat

secara komprehensif meliputi orang awam yang dilayaninya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam usaha menghapuskan karenah birokrasi dalam

sektor awam pula, dicadangkan sistem reward, punish and spy dengan izin, ganjaran,

hukuman dan perisik yang telah lama diamalkan oleh kebanyakan agensi swasta

hendaklah dipraktikkan oleh pihak kerajaan, di mana penjawat awam yang

mempunyai prestasi cemerlang ataupun memenuhi KPI yang ditetapkan diberi

ganjaran, penghargaan dan pengiktirafan. Manakala mereka yang bersikap buruk

dan birokratik gagal mencapai KPI, harus diambil tindakan tegas seperti digantung

jawatan ataupun turun pangkat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ganjaran yang bersesuaian dengan keadaan semasa

boleh menggalakkan penjawat awam lebih bersemangat dan bertanggung jawab

dalam tugas masing-masing. Dalam pada itu amalan penilaian prestasi hendaklah

meliputi pengetahuan serta kemahiran seseorang penjawat awam itu dalam teknologi

terkini bukan lagi hanya lagi berdasarkan kepada pengalaman ataupun senioriti

semata-mata.

Manakala Yang Berhormat Dato’ Speaker, spy atau perisik yang Pekan Nenas

cadangkan, hendaklah bukan terdiri daripada kalangan anggota bagi satu-satu unit

yang hendak dirisik, tetapi hendaklah terdiri dari anggota dari luar unit tersebut. Ini

penting bagi mengelakkan unsur-unsur penganiayaan dan hasad dengki berlaku.

Kehadiran perisik ini hendaklah dirahsiakan terus dari pengetahuan agensi berkaitan

termasuklah ketua agensi tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain itu, nilai-nilai murni Rukun Negara juga perlu

diterapkan ke dalam Kod Etika Perkhidmatan Penjawat Awam supaya penjawat

awam sentiasa berfikiran positif, taat setia kepada kerajaan, menghormati

Perlembagaan, mengikut undang-undang, jujur, bertanggung jawab dan bersopan

santun semasa menjalankan tugas harian mereka. Dengan peningkatan mutu

perkhidmatan penjawat awam, Pekan Nenas yakin rakyat jelata akan terus memberi

sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, strategi keenam Bajet 2012 Negeri Johor, meningkat

taraf hidup dan sosioekonomi rakyat yang mana antaranya memberi bantuan

makanan dan barangan kepada golongan miskin, menambah kadar bantuan am

keluarga daripada RM115.00 kepada RM150.00, melaksanakan program latihan

kemahiran dan penempatan pekerjaan untuk ahli keluarga miskin, mengadakan

khusus khas dan latihan kemahiran kepada golongan kurang upaya dan sebagainya,

menunjukkan Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membantu golongan miskin dan OKU

dalam menghadapi kehidupan yang penuh cabaran.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai usaha membantu kerajaan menjaga

kebajikan dan memperbaiki taraf hidup golongan yang kurang bernasib baik, Ahli

Parlimen dan juga ADUN-ADUN Barisan Nasional kawasan Tanjung Piai telah

mengambil inisiatif menggerakkan beberapa program kebajikan di kawasan di

Tanjung Piai iaitu pemeriksaan kesihatan dan rawatan percuma sebulan sekali, aktiviti

pemberian beras dan minyak masak setiap 3 bulan sekali kepada golongan miskin,

Page 263: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

263

serta projek membaiki rumah untuk keluarga yang berpendapatan rendah. Melalui

program-program turun padang tersebut, kami selaku Wakil Rakyat bukan sahaja

dapat mendekati dan membantu rakyat, tetapi juga menerima rintihan dan aduan

rakyat khasnya golongan miskin berkenaan masalah-masalah yang mereka hadapi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, walaupun setiap tahun kerajaan melalui Jabatan

Kebajikan Masyarakat telah membelanjakan berbilion ringgit untuk membantu

golongan miskin, orang kurang upaya, warga emas dan para ibu bapa tunggal yang

susah, namun masih terdapat golongan kurang yang bernasib yang tidak mendapat

bantuan kerajaan. Ini disebabkan mereka tidak dapat garis kemiskinan ataupun PGK

yang ditetapkan kerajaan, iaitu pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM720.00 di

Semenanjung, RM830.00 di Sarawak dan RM960.00 di Sabah. Pekan Nenas

berpendapat bahawa kadar PGK yang telah lama diguna pakai itu tidak memadai

pada zaman sekarang. Memandangkan kenaikan harga barangan begitu ketara

dalam tempoh beberapa tahun ini. Kadar PGK yang berbeza di antara Semenanjung

Malaysia, Sabah dan Sarawak juga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat jelata.

Di Dewan yang mulia ini, Pekan Nenas ingin mencadangkan supaya pendapatan garis

kemiskinan semasa yang sudah outdated dengan izin, dinaikkan kepada RM1,200.00

dan diguna pakai di seluruh Malaysia selaras dengan konsep 1 Malaysia. Dalam pada

itu kadar bantuan wang untuk skim-skim bantuan keluarga miskin, golongan ibu

tunggal dan OKU juga dikaji semula dan dinaikkan ke tahap yang optima selaras

dengan kos kehidupan yang tinggi pada hari ini berbanding dengan zaman dahulu.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, projek rumah mampu milik Johor yang akan mula

diperkenalkan oleh Kerajaan Johor pada tahun depan demi merealisasikan impian

memiliki rumah bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah amat dialu-

alukan oleh rakyat jelata.

Di Dewan yang mulia ini, Pekan Nenas secara ikhlas memohon kepada kerajaan

supaya melaksanakan projek-projek rumah rakyat kos rendah dan projek rumah

mampu milik Johor di daerah Pontian khasnya di kawasan DUN Pekan Nenas,

memandangkan di kawasan DUN Pekan Nenas amat kekurangan rumah kos rendah

dan rumah kos sederhana rendah disebabkan tiada projek perumahan swasta yang

berskala besar dilaksanakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat

Kahang semalam, isu penternakan burung walet telah lama dibangkitkan dan sering

menjadi rungutan penduduk tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan tidak dapat

mengambil tindakan wajar atas sebab belum ada garisan panduan berkaitan. Pekan

Nenas ingin mengesa kerajaan agar garis panduan penternakan burung walet Negeri

Johor dapat dikuatkuasakan secepat mungkin dan diguna pakai demi kesihatan dan

kepentingan orang awam.

Garis panduan penternakan burung walet dapat mengujudkan win-win situation

dengan izin, iaitu industri penternakan burung walet yang menjana pendapatan tinggi

itu dapat dijalankan mengikut piawaian dan peraturan ditetapkan tanpa

menimbulkan masalah gangguan kehidupan kepada penduduk setempat.

Page 264: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

264

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam Dewan yang mulia ini, secara ringkasnya,

Pekan Nenas juga ingin membangkitkan beberapa lagi perkara dan masalah

penduduk di kawasan yang memerlukan bantuan dan tindakan kerajaan.

1. Memohon pihak JKR Negeri menyalurkan bantuan khas ataupun peruntukan khas

untuk melaksanakan projek wheeling and pavement dengan izin, Jalan Pekan

Nenas – Johor Bahru sepanjang 8 km dari Batu 22 hingga Batu 26, Pekan Nenas.

Pekan Nenas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada JKR daerah Pontian

kerana cepat bertindak apabila menerima aduan orang awam dan telah

banyak kali menampal jalan berlubang-lubang itu. Tetapi jalan yang ditampal itu

tidak tahan lama dan cepat rosak khasnya pada musim hujan ini ditambah pula

jalan tersebut sibuk dengan kenderaan berat. Banyak kemalangan jalan raya

yang melibatkan penunggang motosikal telah berlaku di jalan yang berlubang-

lubang itu sehingga berlaku 4 kes dalam sehari pada awal bulan ini. Oleh yang

demikian Pekan Nenas berharap JKR Negeri dapat memandang serius masalah

ini dan bertindak segera demi keselamatan pengguna jalan raya khasnya

penunggang motosikal.

2. Mewujudkan semula cawangan PERHILITAN di Pontian supaya Pasukan Kawalan

Gangguan Hidupan Liar yang kini berpejabat di Johor Bahru dapat di tempatkan

di Pontian agar tindakan lebih pantas dapat diambil apabila menerima aduan

berkenaan dengan masalah makhluk perosak khasnya babi hutan dan monyet

yang selama ini telah banyak merosakkan tanaman petani serta mengancam

keselamatan orang kampung di daerah Pontian.

3. Mohon pihak Telekom Berhad menaiktarafkan sistem rangkaian streamyx

ataupun mewujudkan perkhidmatan jalur lebar UNIFI yang lebih baik di kawasan

daerah Pontian, khasnya di Pekan Nenas untuk mengatasi masalah perkhidmatan

streamyx sedia ada yang sentiasa putus ataupun terlalu perlahan kelajuannya.

4. Mohon pihak Syarikat Telekom Berhad menyegerakan projek pemasangan talian

telefon bawah tanah secara keseluruhan di kawasan industri Jalan Sungai Burung,

Pekan Nenas bagi mengatasi masalah kes kecurian talian telefon pada tiang

Telekom yang kerap berlaku di kawasan tersebut.

5. Mohon kerajaan menurap semula jalan Kampung Sri Bukit Panjang sepanjang dua

kilometer demi keselamatan pengguna jalan dan penduduk kampung.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Yang Amat

Berhormat Menteri Besar tertumpu kepada menjana pendapatan dan

mempertingkatkan kualiti hidup rakyat jelata. Marilah kita anak Johor member

sokongan padu kepada Kerajaan Negeri dan berusaha sama merealisasikan kesemua

strategi Bajet 2012 ini demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat serta kemajuan dan

kemakmuran Johor yang tercinta. Dengan kata-kata ini Pekan Nenas menyokong usul

yang dibawa oleh Yang Berhormat Machap.

Y.B. Dato’ Speaker : Wah bagus Yang Berhormat punya kereta laju aje. Diteruskan lagi,

jemput.

Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain (Sedili) : Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam

sejahtera. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tiada terhingga di atas

kesempatan yang telah diberikan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian

Page 265: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

265

dalam persidangan ini dan berbesar hati di atas pembentangan Bajet kali ini yang

telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Abdul Ghani bin Othman selaku

Menteri Besar Johor di bawah tajuk Menjana Pendapatan Berbelanja Demi Rakyat

bagi Tahun 2012, agar rakyat di Negeri Johor ini didahulukan kesejahteraannya selari

dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mewakili DUN Sedili saya sesungguhnya jelas amat

terharu di atas pembentangan Bajet tersebut kerana ianya merangkumi segala aspek

yang secara menyeluruh akan memberi impak yang besar kepada kestabilan rakyat

Negeri Johor. Inilah kelebihan tulen kepimpinan Barisan Nasional yang jauh lebih maju

dan mementingkan rakyat, kalau mahu dibandingkan kemajuan dan kemakmuran

yang terbina di Negeri Johor ini. Ianya jauh lebih baik dari Negeri Kelantan dan tidak

serupa pula dengan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang ibarat kura-kura

menunggu batang hanyut, hanya menumpang kejayaan dan kemajuan yang telah

dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional. Berbanggalah kita menjadi rakyat Johor yang

maju, makmur dan aman damai ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkaitan Program Pembangunan Pusat Pertumbuhan

Desa ataupun kampung-kampung hari ini haruslah berada di tahap mampu mengejar

arus pembangunan globalisasi dari berbagai sudut, untuk mencapai ke tahap

kestabilan ketara menjelang tahun 2020, terutamanya dari sudut pembangunan

ekonomi dan pembangunan masyarakat serta perwujudan kampung-kampung yang

maju, menarik dan menguntungkan. Saya melalui mesyuarat Dewan Negeri pada hari

ini mencadangkan agar tanah-tanah kerajaan di kampung-kampung yang masih ada

dan terbiar, dilaksanakan dengan pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa secara

menyeluruh di dalam Negeri Johor terutamanya di kawasan DUN Sedili.

Melalui Program pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa ini, rumah-rumah kediaman

yang selesa dan pusat-pusat perniagaan yang dibina akan memberi peluang kepada

masyarakat untuk mempelbagaikan produk perniagaan demi memenuhi keperluan

masyarakat dengan jumlah penduduk yang ramai, secara langsung dapat

meningkatkan taraf ekonomi penduduk dan pusat-pusat perniagaan yang dibina

sebahagian ini juga boleh diserahkan kepada pentadbiran JKKK Kampung di mana

hasil sewaan akan mengisi tabung JKKK Kampung bagi melaksanakan program-

program kemasyarakatan dengan lebih efektif.

Terlaksananya Program Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa dengan mewujudkan

penempatan berskala besar dan pusat-pusat perniagaan di kampung-kampung

akan dapat membendung masyarakat ataupun penduduk desa, terutamanya

generasi kedua dan ketiga yang sekarang ini terpaksa menyewa rumah atau tinggal

serumah dengan orang tua atau terpaksa berhijrah ke bandar-bandar atau ke tempat

lain untuk mendapatkan penempatan yang lebih selesa. Secara langsung program ini

telah dapat mengekalkan jumlah penduduk di kampung-kampung yang sudah

tentunya akan menyumbang impak yang besar kepada pembangunan berbagai

sudut di kampung tersebut.

Seperti pembangunan pendidikan di kampung-kampung, di mana jumlah murid akan

bertambah kerana kurangnya berlaku penghijrahan anak-anak kampung yang telah

berkeluarga keluar daripada kampung masing-masing. Dengan ini secara langsung

Page 266: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

266

akan menaikkan taraf sekolah-sekolah, berbagai aktiviti dan program pendidikan akan

dapat dilaksanakan dan sudah tentunya akan menambah bilangan guru di sekolah-

sekolah tersebut serta mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat

keseluruhannya.

Peningkatan taburan penduduk di kampung-kampung sebenarnya memberi impak

yang besar kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat kampung.

Struktur organisasi kampung sekarang ini menghadapi kekurangan tenaga muda yang

berpendidikan tinggi, berpotensi dan berwibawa di dalam menyumbang kepada

daya fikir dan daya tindak. Sekiranya trend penghijrahan anak-anak generasi kedua

dan ketiga ke bandar-bandar dengan tujuan mencari pekerjaan yang baik dapat

dibendung, insya-Allah rakyat, hasrat kerajaan terutamanya Kerajaan Johor untuk

mewujudkan lebih banyak kampung yang maju akan terlaksana. Saya amat berharap

agar Program Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa di kampung-kampung di

dalam Negeri Johor ini terutama di kawasan DUN Sedili dapat dirancang dan

dilaksanakan secara menyeluruh demi kemakmuran, kemajuan dan kestabilan Negeri

Johor yang masyhur dan maju ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya membawa isu agama yang

membabitkan wang zakat. Setiap tahun saya mengutarakan soalan, berapakah

jumlah wang lebihan zakat? Bermula tahun 2009 hingga tahun 2011 ini ianya

bertambah sehinggakan pada tahun ini hampir berjumlah RM200 juta, wang lebihan

zakat yang disimpan dalam bentuk fixed deposit dengan izin, untuk simpanan ini dan

harus …

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat tahu duit tu simpan deposit?

Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain (Sedili) : Setiap tahun saya bagi soalan, jawapan

yang dijawab oleh EXCO Majlis Agama Islam dia sebutkan simpanan tetap. Untuk

simpanan ini dan harus berapakah jumlah yang diperlukan baru ianya dapat

digunakan dan diagihkan kepada mereka yang layak bagi membantu menyelesaikan

masalah kemiskinan rakyat di negeri ini. Walaupun Johor sebuah negara maju tapi

masih lagi terdapat ramai di kalangan penduduk yang masih miskin dan amat

memerlukan bantuan. Simpanan lebihan wang zakat ini seolah-olah Negeri Johor

sudah tidak mempunyai masalah kemiskinan rakyat, sudah tidak ada lagi masalah

tempat tinggal yang usang, sudah tidak ada lagi masalah kurang kemampuan anak-

anak untuk melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi dan seolah-olah

semua masalah telah selesai.

Saya berpendapat seandainya mereka ini tidak termasuk di dalam tujuh asnaf,

apakah ianya tidak boleh di peruntukan kepada jalan fisabillah. Sedili mencadangkan

agar wang simpanan lebihan zakat yang mencecah hampir RM200 juta ini digunakan

untuk membina rumah-rumah orang miskin, pusat-pusat pendidikan dan kemahiran

untuk pelajar-pelajar miskin dan berbagai perkara lain yang bersesuaian, yang

dibenarkan oleh syarak bagi penggunaan wang zakat tersebut.

Sedili berpendapat cukuplah hanya RM50 juta wang lebihan zakat ini disimpan di

dalam bentuk fixed deposit untuk menerima faedahnya. Saya percaya dan yakin

seandainya cadangan ini dapat dilaksanakan sudah pasti masalah kemiskinan orang-

Page 267: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

267

orang Islam di Negeri Johor ini dapat diatasi dalam masa yang singkat dan nasib

rakyat miskin lebih terbela serta berbangga menjadi rakyat Johor yang kaya raya dan

aman sentosa ini.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat bayar zakat banyak?

Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain (Sedili) : Banyak juga.

Y.B. Dato’ Speaker : Oi, itu kira orang kayalah.

Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain (Sedili) : Insya-Allah dengan perancangan dan

pelaksanaan pengagihan wang lebihan zakat ini secara tersusun dan menyeluruh,

ianya bukan sahaja akan menyumbang kepada penyelesaian masalah kemiskinan

dan pertumbuhan sosioekonomi rakyat, malah secara tidak langsung

memperkukuhkan akidah dan keimanan umat Islam kerana nasib mereka terbela dan

Negeri Johor boleh berbangga kerana berjaya ke arah pembentukan sifar kemiskinan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam kawasan DUN Sedili mempunyai sembilan buah

FELDA dan satu FELCRA. Enam buah FELDA telah mendapat hak milik tanah dan hanya

tinggal di peringkat dua yang masih belum dapat hak milik kerana belum habis bayar

hutang. Masalahnya sekarang terdapat tiga buah FELDA iaitu FELDA Gugusan Lok

Heng yang melibatkan FELDA Lok Heng Selatan, Lok Heng Timur, Lok Heng Barat yang

masih belum mendapat hak milik tanah sehingga kini, sedangkan mereka telah

melunaskan hutang-hutang mereka beberapa tahun yang lalu. Terkilan sungguh di hati

saya, ramai di antara peneroka-peneroka ini, FELDA ini telah meninggal dunia tanpa

sempat memegang hak milik tanah mereka. Saya amat berharap agar perkara ini

dapat diambil tindakan dan diselesaikan dengan kadar segera.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terkilan juga di hati saya mengenang nasib peserta

FELCRA seperti peneroka FELCRA Sungai Ara di kawasan DUN Sedili yang ibarat Indah

khabar dari rupa dan lebih dahsyat lagi Menang sorak kampung tergadai. Kebun

kelapa sawit sepuluh ekar dengan hasil pendapatan RM700.00 sebulan dengan untuk

menyara keperluan warga di zaman yang serba mahal sekarang ini. Bagaimana

perancangan kerajaan ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Perkara ini harus

dikaji semula. Saya ingin bertanya, apakah agensi FELCRA ini masih lagi relevan untuk

beroperasi kerana ianya dilihat seolah-olah tidak mampu membentuk kerajaan untuk

membantu kerajaan untuk membasmi masalah kemiskinan rakyat.

Berbagai rungutan diutarakan oleh peserta-peserta FELCRA, tentang masalah

pendapatan bulanan mereka di antara RM400.00 hingga RM700.00 sebulan yang tidak

mencukupi untuk menampung keperluan perbelanjaan bulanan mereka. Dengan hasil

kebun kelapa sawit yang seluas di antara enam hingga sepuluh ekar berserta FELCRA

Orang Asli Kampung Sungai Selangi Mawai juga dan pandai merungut, jadi peserta

FELCRA makan pun tak cukup. Saya mencadangkan agar peranan agensi FELCRA ini

dikaji semula apakah ianya masih relevan dan apakah konsep pemulihan tanah

Persekutuan ini telah terlaksana dengan jayanya, bagaimana kehendak dan

perancangan pertumbuhan agensi ini oleh kerajaan ketika dulu. Apa pun sekarang ini

hanya mengaut keuntungan ke atas tanah-tanah rakyat yang telah dipulihkan melalui

dasar penswastaan tanpa dapat membantu dan membela nasib rakyat.

Page 268: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

268

Yang Berhormat Dato’ Speaker, masih lagi di dalam kawasan DUN Sedili khasnya di

kawasan Sedili Besar. Dalam lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor ke

kawasan Parlimen Kota Tinggi pada bulan Mac 2010 yang lalu, dan dalam lawatan

tersebut Yang Amat Berhormat telah bersetuju untuk memberi peruntukan bagi

pelebaran jalan masuk ke Kampung Sedili Besar. Dalam masa yang sama juga, Yang

Amat Berhormat telah bersetuju untuk memberi peruntukan sebanyak RM3 juta bagi

pembinaan Medan Ikan Bakar di kawasan tersebut. Sedili memohon agar

perlaksanaan projek tersebut dapat dilaksanakan pada tahun hadapan. Yang

Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong rundingan yang dibawa Yang Berhormat

dari Machap.

Y.B. Dato’ Speaker : Terima kasih. Perbahasan diteruskan lagi. Siapa nak berucap. Oh,

Bukit Naning.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Salam sejahtera dan salam

1Malaysia. Izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di

atas peluang yang diberikan oleh Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana mengizinkan

saya mengambil bahagian dalam membahas Bajet 2012 pada pagi ini. Selepas

mendengar dan meneliti, membaca dan menelaah, menghalusi dan memperinci satu

persatu kandungan bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri

Besar pada 8 Disember 2011 yang bertemakan Menjana Pendapatan Berbelanja Demi

Rakyat.

Saya anggap bajet yang dibentangkan itu merupakan bajet untuk rakyat dengan

tumpuan kepada isu-isu yang dekat dengan hati dan denyutan nadi rakyat, serta

berteraskan kepada semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian

Diutamakan. Bajet 2012 ini menggambarkan prospek pertumbuhan ekonomi yang

boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi dan memberangsangkan walaupun

berhadapan dengan prospek ekonomi dunia yang tidak menentu dan mantap.

Namun demikian, di atas kebijaksanaan pengurusan Kerajaan Barisan Nasional dan

diperteguh oleh daya kecekapan pentadbiran yang diwarisi kesinambungannya, hari

ini Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar berjaya

membentangkan bajet lebihan dengan hasil dianggarkan sebanyak RM825.99 juta

berbanding perbelanjaan mengurus RM824.78 juta dengan lebihan sebanyak RM1.21

juta.

Anggaran hasil negeri pula dianggarkan meningkat kepada 1.46%. Syabas kepada

kecekapan dan keberhasilan tinggi yang ditunjukkan oleh Kerajaan Barisan Nasional

Negeri yang telah menyediakan bajet berlebihan untuk dua tahun berturut-turut.

Menerusi bajet ini, ianya menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa berwaspada

dan sentiasa meneruskan langkah berjimat dan berhemah bagi mengelakkan

pembaziran. Kita juga begitu yakin dengan peruntukan pembangunan sebanyak

RM311.2 juta yang dibentangkan di dalam bajet ini tentunya akan dapat meneruskan

Page 269: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

269

usaha membangun dan meningkatkan infrastruktur sosial di seluruh pelosok negeri agar

dapat menaikkan pendapatan taraf hidup rakyat dan memastikan keselesaan dan

kesejahteraan rakyat terus terbela dan terjamin. Ianya selaras dengan hala tuju dan

dasar transformasi nasional yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri ke arah mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara.

Kesempatan ini izinkan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat

Berhormat Menteri Besar kerana membentangkan bajet yang menyeluruh dan

seimbang bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat. Saya percaya bajet ini mempunyai

kekuatannya yang tersendiri dan seterusnya mampu memacu ekonomi Negeri Johor

selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Negara maju, berpendapatan tinggi.

Mendasari kandungan bajet yang dibentangkan itu, yang selari dengan bajet negara

yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, adalah jelas ianya

dapat memberikan keyakinan rakyat bahawa apa yang diperjuangkan oleh Kerajaan

Barisan Nasional dalam memastikan kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat,

kemakmuran dan keamanan negara terus terpelihara di mana rakyat terus menghirup

suasana aman berlandaskan semangat toleransi dan perpaduan yang tinggi. Oleh itu,

sewajarnyalah kita sambut baik bajet ini dengan harapan ia menjadi sumber kekuatan

kepada Negeri Johor dan rakyat terus memberikan sokongan dan keyakinan yang

penuh kepada Kerajaan Barisan Nasional dalam PRU-13. Dengan itu, rakyat tidak

mudah terperangkap atau terjebak dengan apa juga bentuk tohmahan, fitnah dan

momokan pembangkang terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Perang saraf yang

sentiasa dilontar oleh pembangkang dalam usaha meraih simpati dan sokongan undi

daripada rakyat menerusi sindrom persepsi negatif kepada kerajaan, sangka buruk

yang dilemparkan dengan niat jahat yang sentiasa dilontarkan yang kononnya

Negara Johor, Negeri Johor ini akan jatuh bankrap ataupun muflis. Mereka samakan

Johor dengan apa yang berlaku di Greece dan sebahagian negara Euro Zone. Jelas

ramalan pembangkang meleset.

Hari ini, rakyat sedar dan bangkit dari lamunan yang selama ini dipukau dengan

pelbagai dakyah putar belit pembangkang. Saya hendak ingatkan pembangkang di

Dewan ini, bahawa rakyat Johor tak perlu lagi digula-gulakan, tak perlu dimomok-

momokkan. Cukup sekali terjebak dalam perangkap politik mereka. Rakyat telah

sedar dan bangkit, ombak kebangkitan rakyat dan tahap kesedaran dan keyakinan

rakyat telah kembali pulih, insya-Allah.

Tidak ada apa pun perubahan dan kemajuan yang dibawa oleh Wakil Rakyat

pembangkang sejak mereka memenangi kerusi. Saya ingin menyentuh sedikit gelagat

yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Bentayan yang banyak menyentuh tentang

Laporan Audit di Jabatan-jabatan Kerajaan yang seolah-olah dia cuba menjadi juara,

berlakunya salah guna kuasa dan lain-lainnya. Tetapi beliau tidak melihat pada

dirinya sendiri yang mana kredibilitinya juga dipertikaikan oleh partinya.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : This is personal, hal peribadi jangan disentuh di sini.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Dia telah digantung pada

partinya.

Page 270: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

270

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, saya ingat teruskan yang lain jelah tajuk.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dia punya

PA duduk saya punya, satu taman.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah tak kisahlah tu.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dia tak ngam dengan yang jiran sebelah pun

sama juga. Dia pun UMNO sama UMNO pun tak ngam.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah samalah. DAP…DAP…

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kat taman tu dulu dia Pengerusi, saya Naib

Pengerusi. Dia cakap kita lagi. Alamak…

Y.B. Dato’ Speaker : Ala selekeh betul lah ya.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Yang Berhormat Pengerusi, Yang

Berhormat Dato’ Speaker, takkanlah mereka ini tidak sedar bahawa sebahagian besar

masalah dan rungutan rakyat di kawasan mereka selama ini diselesaikan oleh Wakil

Rakyat Barisan Nasional atau kerajaan. Itu Wakil Rakyat Parlimen yakni pembangkang

Bakri, bila jumpa saya dan rakan-rakan mereka baik di Parlimen atau di mana-mana

terserempak dengan saya, dia mengiktiraf pembangunan dan kerja-kerja yang telah

kita buat. Diucap terima kasih kerana banyak menyelesaikan masalah rakyat di Bakri.

Justeru itu, Johor tidak perlu dengan perkhidmatan pembangkang. Mereka tidak

boleh buat apa-apa. Berbeza dengan Wakil Rakyat dari Barisan Nasional, terus-

menerus tidak henti-henti memperjuangkan dan menyuarakan tuntutan serta

menyaksikan banyak masalah rakyat.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, tetapi

penduduk-penduduk Muar perlukan pembangkang.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah tak, itu tak kisahlah. Dia nak cakap, tak apalah, dia

cakaplah apa yang dia kata perlu. Nanti Yang Berhormat jawablah.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Saya cakap benda yang...

Y.B. Dato’ Speaker : Benar.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Betul, yang benar, berlaku.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, pada Yang Berhormatlah.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Oleh itu, saya mengambil

kesempatan ini untuk menyampaikan rakaman penghargaan dan terima kasih warga

Bukit Naning di atas keprihatinan pucuk pimpinan menyelesaikan sebahagian besar

masalah yang dibangkitkan oleh rakyat dari masa ke semasa. Terhutang budi Bukit

Naning yang amat sangat kepada Jabatan-jabatan Kerajaan yang telah pun

menyelesaikan masalah rakyat di Bukit Naning.

Page 271: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

271

Saya juga mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini, nyatakan rasa

penghargaan yang mendalam serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sentiasa memberikan dorongan

dan sokongan yang banyak menyelesaikan masalah pembangunan dan

menyelesaikan pelbagai masalah tuntutan rakyat di Bukit Naning. Saya berjanji, insya-

Allah, akan memastikan kerusi DUN Bukit Naning terus kekal dimenangi Barisan

Nasional.

Namun demikian, bagi menyahut dan sebagai reaksi kepada bajet 2012 ini, rasanya

perlu saya bangkitkan beberapa isu dan projek yang masih tertangguh. Walaupun

kita maklum bukan semua isu dan tuntutan itu dapat diselesaikan dalam waktu

terdekat, ianya bergantung kepada keutamaan sesuatu projek dan peruntukan

kewangan. Diharap, isu yang dibangkitkan itu dapat diselesaikan dan diambil

tindakan segera dalam mencari jalan penyelesaiannya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau saya tidak bangkitkan isu-isu ini, tentunya nanti

ianya akan disuarakan dan dibawa di Dewan ini oleh pihak-pihak yang akan

mengambil kesempatan dan meraih publisiti murahan. Isu yang saya nak tanya :

1. Adakah kerajaan akan meneruskan cadangan pembinaan jalan pintas dari

Kampung Kelantan, Ayer Hitam, Batu 19, Muar ke Kampung Tanah Merah, Pagoh.

Bagaimana kedudukan dan status projek ini kerana kerajaan telah komited

kepada rakyat beberapa tahun dahulu. Walaupun hari ini kerajaan telah menaik

taraf sebahagian jalan kampung tersebut lebih kurang 1 kilometer secara

berperingkat-peringkat. Yang ini Bukit Naning mengucapkan penghargaan dan

terima kasih kepada JKR dan kerajaan. Saya berpandangan, kalau projek ini

dapat dilaksanakan secara berperingkat seperti yang dilaksanakan sekarang ini,

saya percaya projek ini telah lama dapat diselesaikan dan menjimatkan

kewangan.

2. Perkara yang memerlukan diambil tindakan ialah pembinaan sebuah tangki air di

Bukit Naning. Ini pun projek lama yang telah dicommit untuk dilaksanakan di

kawasan tersebut tetapi tertangguh-tangguh. Saya kesian dengan keadaan

orang kampung, jika dalam waktu musim perayaan, tekanan air terlalu rendah,

merimaskan dan mengganggu keselesaan penduduk. Nak mandi pun susah.

3. Oleh kerana kedudukan tanah di sekitar Bukit Naning agak rendah dan kawasan

lembah serta tanah gambut, kawasan ini sering berlaku banjir dan tidak boleh

dibangunkan. Maka, untuk mengelakkan banjir berterusan, perlulah dibina projek

tadahan banjir di kawasan sempadan belakang hutan Batu 13, Ayer Hitam. Saya

berharap pihak JPS dapat membuat penyelidikan dan kajian serta perakuan

kepada kerajaan mencari jalan penyelesaiannya.

4. Yang agak kritikal ialah isu penutupan tapak pelupusan sampah di Bukit Bakri.

Khabarnya peruntukan telah disediakan, yang menjadi tanda tanya penduduk

setempat sehingga kini tapak tidak ada nampak penyelesaian yang jelas yang

dilakukan. Yang merimaskan penduduk apabila lori-lori dari kawasan lain di luar

daerah juga terus membuang sampah ke kawasan ini. Ini menimbulkan keraguan

dan tanda tanya penduduk setempat. Saya percaya kerajaan dapat

menyelesaikan isu ini dengan penuh kebijaksanaan terutamanya dalam

menghadapi suasana yang amat kritikal ini. Langkah ini bertepatan dengan

Page 272: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

272

strategi ke-4 bajet iaitu meningkatkan kualiti hidup rakyat yang merangkumi aspek

melestarikan alam sekitar.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya

membangun Kota Iskandar sebagai mercu tanda baru Negeri Johor dan merupakan

gerbang selatan negara yang pesat membangun. Kita berbangga kerana

pembangunan pesat di Kota Iskandar telah dapat meraih pelaburan yang begitu

besar. Seperti yang dibentangkan di dalam Bajet 2012, di mana sehingga September

2011 Iskandar Malaysia telah merekodkan komitmen pelaburan berjumlah RM77.80

bilion. Saya percaya pelaburan 2012 lebih menggalakkan lagi, terutamanya

penerokaan projek baru yang berdaya saing. Ia menandakan keyakinan pelabur

asing dan tempatan untuk terus melabur di sini.

Beberapa hari yang lalu, Johor Premium Outlet telah dirasmikan pembukaannya oleh

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang akan menjadi pusat membeli-belah

terbesar di rantau ini serta tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Ianya

diperkukuhkan dengan kewujudan beberapa projek mega yang akan siap dalam

waktu terdekat seperti Legoland, Puteri Indoor Themepark, dan projek Educity yang

dilihat dapat menyumbang kepada prospek pertumbuhan ekonomi yang

menggalakkan. Apa pun, rakyat akan bertanya, yang menimbulkan persoalan rakyat

terbanyak bila mereka melawat dan meninjau di sekitar Kota Iskandar. Kebanyakan

mereka hendak tahu bagaimana Pihak Berkuasa dapat memenuhi keutamaan

agenda tempatan dan agenda bangsa. Bagaimana komposisi pemilikan hartanah

diagihkan mengikut keutamaan. Bagaimana peluang-peluang perniagaan dapat

diraih sama. Persoalan ini juga berkait rapat dengan perancangan jangka pendek

dan jangka panjang serta dasar dan strategi kerajaan dalam mengimbangi komposisi

taburan penduduk di sekitar Iskandar Malaysia ini.

Saya bimbang jika pendekatan terbaik dan bijaksana tidak dirancang dengan sebaik-

baiknya yang berpaksikan kepada agenda bangsa dan kehendak tempatan, jangan

pula nanti kita ditempelak oleh rakyat dan generasi mendatang ibarat kera di hutan,

disusui. Anak di pangkuan, mati kelaparan. Itik di air, mati kehausan. Ayam di kepuk,

mati kelaparan. Harap-harap Pihak Berkuasa Tempatan carilah formula dan jalan

penyelesaian. Jangan sesal kemudian hari, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian

tak ada gunanya.

Y.B. Dato’ Speaker : Falsafah ya Yang Berhormat.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Bukit Naning menyambut baik langkah kerajaan untuk menggalak dan meningkatkan

daya ciptaan inovasi di kalangan penjawat awam dengan mencadangkan ganjaran

sebanyak RM10,000.00 kepada kakitangan dan agensi kerajaan yang berjaya

mencipta inovasi dan dipatenkan. Berhubung dengan galakan dan ganjaran inovasi

ini, Bukit Naning merasakan tibalah masanya Kerajaan Negeri menubuhkan dana

inovasi akar umbi bagi mencungkil bakat dan potensi inovator akar umbi menembusi

pasaran hasil ciptaan dan rekaan inovasi mereka.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Bukit Naning dengan kerjasama MOSTI dan

Yayasan Inovasi Malaysia telah mengenal pasti dan mempromosikan beberapa

Page 273: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

273

produk inovasi yang direka cipta oleh masyarakat akar umbi ke peringkat negeri dan

ke peringkat kebangsaan. Dan baru-baru ini, pendekatan atau penemuan inovasi

yang dikeluarkan, yang dicipta reka oleh masyarakat di Bukit Naning telah diberi

pengiktirafan Anugerah Inovasi Malaysia Kategori Akar Umbi. Oleh itu, Bukit Naning

mencadangkan supaya kerajaan menyediakan ganjaran yang serupa di samping

menubuhkan dana inovasi akar umbi untuk menggalakkan pertumbuhan dan

pembangunan usahawan inovasi di kalangan rakyat jelata.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, itu Bukit Naning menang eh? Dia dapat apa Yang

Berhormat?

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Dia, Anugerah Inovasi..

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, dapat apa? Ada ganjaran?

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Ganjaran ada.

Y.B. Dato’ Speaker : Berapa dapat?

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Sikit aja.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Dalam RM1,000.00 aja.

Y.B. Dato’ Speaker : RM1,000.00? Ha, yalah. Yang Berhormat merayu RM10,000.00.

Betullah.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Itu satu galakan yang diberikan

oleh pihak kerajaan.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

berlandaskan kepada Bajet 2012 ini, adalah jelas bahawa Kerajaan Barisan Nasional

Negeri Johor telah berjaya menyediakan satu Bajet yang memenuhi tuntutan rakyat

serta menyelami denyutan nadi rakyat ke arah meningkatkan taraf hidup yang lebih

selesa dalam negara yang makmur ini. Oleh itu, tidak ada sebab bagi rakyat Johor

lupa daratan dan tidak menghargai sumbangan Kerajaan Barisan Nasional. Kita

percaya dan yakin, rakyat Johor sangat bijaksana dan tetap terus berpegang teguh

dan utuh dalam menentukan masa depan mereka dan Negeri Johor terus kekal di

bawah payung Barisan Nasional dan mampu terus meluncur, menempa masa depan

yang gemilang ke mercu kejayaan.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Dengan kata-kata itu, Bukit Naning.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha..

Page 274: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

274

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Menyokong usul yang dibawa oleh

Yang Berhormat ADUN Machap. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat tak nak tambah 5 minit lagi? Saya izinkan, kesian

awaklah ini hari. Ok, siapa nak berucap lagi? Dipersila. Oh..

Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Salam sejahtera, salam

1Malaysia. ‘Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat’, begitulah tema Bajet

2012. Tenggaroh mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker,

kerana memberikan peluang kepada Tenggaroh untuk melafazkan penghargaan

kepada Menteri Besar kita yang telah membentangkan Bajet Negeri Johor pada 8

Disember 2011. Inilah Kerajaan Barisan Nasional yang holistik dan sentiasa

mengaplikasikan kaedah-kaedah terbaik bagi pembangunan negeri dan

kesejahteraan rakyat. Bajet ini merupakan hasil gabungan cetusan minda dan usaha

yang gigih yang telah diberikan oleh sektor awam dan sektor swasta.

Kedudukan Negeri Johor yang strategik merupakan aspek utama penarikan pelabur

asing untuk melabur di negeri kita. Selain itu, negeri yang bertuah ini telah dikurniakan

dengan pelbagai sumber alam semula jadi dan sumber-sumber ini diguna baik

menerusi tenaga kerja kita yang terlatih untuk memaksimumkan kekayaan yang ada di

Negeri Johor.

Negeri Johor juga telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa termasuk

Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berjaya menjana pertumbuhan ekonomi

negeri sebanyak 5.9%. Dari segi nilainya tidaklah besar, tetapi dari segi impaknya,

manfaatnya kepada negeri kita tercinta. Momentum ini akan memastikan penubuhan

ekonomi yang lebih pesat dan diharap pertumbuhan tahun-tahun akan datang

berlipat ganda.

Bajet lebihan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan telah mengamalkan

perbelanjaan yang berhemah lagi terancang. Ini bukan bermaksud kerajaan berjaga-

jaga dalam perbelanjaannya tetapi bersifat memilih terhadap keperluan yang perlu

dititik-beratkan dan yang boleh dilengahkan. Yang penting, asas perlu dikukuhkan

untuk meneguhkan tonggak ekonomi negeri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pakar psikologi ulung ada mengatakan bahawa salah

satu keperluan manusia yang utama adalah untuk mendapatkan kehidupan yang

selesa. Dalam mendapatkan kehidupan yang selesa ini, manusia perlu memenuhi ciri-

ciri lain yang berkaitan seperti kemudahan asas, kesihatan, kebebasan berfikir dan

berpegangan. Kerajaan Negeri telah menyediakan semua ini kerana menyedari

bahawa modal insan hanya akan berkembang dan berevolusi demi kepentingan diri

serta persekitarannya. Jika rakyat mendapat kebaikan daripada usaha-usaha

kerajaan serta peluang-peluang yang disediakan olehnya, maka negeri akan makmur

dan sejahtera.

Menerusi usaha-usaha inilah, kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk

mengukuhkan peranannya sebagai penjana peluang untuk rakyat dan negeri demi

pembangunan sejagat. Salah satu daripada program Turun Padang Oleh Pemimpin

Page 275: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

275

Bersama Pegawai-pegawai Kerajaan ke seluruh kawasan di Negeri Johor yang telah

memberi keselesaan dan kepercayaan rakyat terhadap pendekatan Kerajaan Barisan

Nasional.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

kita telah mengumumkan RM10 juta bagi melatih wanita dan mengetengahkan

wanita supaya mereka juga menyinar dalam bidang korporat dan pembuatan

keputusan. Tujuan murni kerajaan ini boleh mempercepatkan pencapaian 30% wanita

di peringkat atasan, pertubuhan dan syarikat-syarikat dalam membuat keputusan.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah mengatur langkah untuk

memperkasakan wanita dalam semua bidang terutamanya pentadbiran dan

ekonomi. Siapalah tahu dalam masa terdekat ini, salah seorang atau lebih daripada

seorang wanita akan dilantik menerajui GLC Negeri Johor sebagai CEO ataupun CFO.

Y.B. Dato’ Speaker : Hhmm.

Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kerajaan Negeri Johor mempunyai lebih daripada 13 GLC dan badan-badan

berkanun. Tenggaroh sambut baik keputusan kerajaan untuk mengkaji semula

Enakmen SSI bertujuan untuk memantapkan pengurusan aset-aset GLC dengan

harapan mendapat hasil dan pulangan yang konsisten kepada kerajaan. Pulangan

daripada GLC sudah tentunya dapat menyumbang terhadap pembangunan Negeri

Johor. Kita tidak dapat menafikan sumbangan Petroleum Nasional Berhad dalam

membangunkan negara kita sejak ianya di tubuh pada tahun 1974.

Masih dalam topik GLC, dalam Dewan yang mulia ini saya merakamkan ucapan

terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas usaha dan tindakan yang diambil untuk

menyelesaikan masalah kuil dan Sekolah Tamil di Negeri Johor. Pada masa yang

sama, saya ingin membawa permintaan masyarakat India untuk dibuatkan perhatian

Kerajaan Negeri. Masyarakat India memohon agar projek-projek kecil kerajaan dan

GLC ditawarkan kepada mereka. Golongan kontraktor kecil ini menghadapi kesukaran

untuk bersaing dengan kontraktor-kontraktor yang lain.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Tenggaroh mengucapkan terima kasih kepada

Kerajaan Negeri Johor kerana telah meluluskan projek pembinaan 3 buah jeti yang

sekian lama dinanti-nantikan. Sudah tentunya berita baik ini disambut baik oleh warga

Tenggaroh kerana pembinaan jeti akan memberi keselesaan kepada orang-orang

pulau dan pelancong-pelancong yang suka berkunjung ke pulau-pulau tersebut.

Dalam kesempatan ini, Tenggaroh ingin tanya bilakah projek pembinaan jalan pintas

dari Sedili ke Tenggaroh akan dilaksanakan? Masih dalam topik Tenggaroh..

Y.B. Dato’ Speaker : Dia tak ada jalan pintas ke Yang Berhormat, daripada Sedili ke

Tenggaroh? Adakan?

Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Tak ada. Ha, saya difahamkan

sudah dirancang bertahun-tahun dahulu.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh..

Page 276: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

276

Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Tetapi belum dilaksanakan.

Masih dalam kawasan Tenggaroh. Sebahagian besar Dewan Undangan Negeri

Tenggaroh adalah Rancangan FELDA. Tenggaroh 1 hingga 7, Nitar 1 dan 2.

Tenggaroh mengucapkan terima kasih kepada Pentadbir Tanah Daerah Mersing

kerana berjaya memproseskan hak milik individu di Rancangan Nitar 1, 2 dan

Tenggaroh 1. Bakinya saya difahamkan masih dalam proses. Walau pun hak milik

ketiga-tiga rancangan ini sudah diproses tetapi masih belum disampaikan kepada

pemilik-pemiliknya. Tenggaroh berharap dan memohon agar pemberian ini dapat

dilaksanakan secepat mungkin kerana mereka sudah lama menunggu menerimanya

daripada Menteri Besar. Baju baru pun sudah lama dibuat.

Y.B. Dato’ Speaker : Hhmm.

Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan (Tenggaroh) : Akhirnya Yang Berhormat Dato’

Speaker, saya menyokong usul yang dibawa oleh ADUN Machap.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, terima kasih. Perbahasan diteruskan lagi, siapa yang nak

berucap, jemput bangun.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Bismillahirrahmaanirrahim.

(Berselawat).

Y.B. Dato’ Speaker : Sadakallahhul ‘azim. Jemput duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Dewan ini ditangguhkan selama 20 minit.

Persidangan ditangguhkan pada jam 11:45 pagi.

Persidangan disambung semula pada jam 12:05 tengah hari.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, 15 minit.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Salam hormat, salam sejahtera dan

salam 1Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT

dan berterima kasih kerana diberi peluang membahaskan usul bajet 2012 di

Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-12 di Dewan yang mulia pada

hari ini.

Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor

bertemakan ‘Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat’. Jelas dapat kita lihat,

bajet kali ini bukan bajet untuk berbelanja bagi menambat hati rakyat tujuan meraih

undi bagi pilihan raya. Kerajaan boleh menabur seribu janji untuk rakyat sebagaimana

Page 277: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

277

yang dijanjikan, yang sebagaimana pembangkang tetapi ianya tidak berguna kalau

janji hanya tinggal janji sahaja.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Johor komited untuk merangka Bajet yang

bersesuaian kehendak rakyat dengan enam strategi bajetnya iaitu:

1. Menjana pertumbuhan ekonomi dengan lebih strategik.

2. Memangkin pembangunan dan penghayatan agama Islam.

3. Membangunkan masyarakat Johor yang beridentiti dan mempunyai nilai-nilai

murni.

4. Meningkatkan kualiti hidup rakyat.

5. Melaksanakan transformasi perkhidmatan awam.

6. Meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat.

Saya percaya, matlamat bajet yang di bentang tentunya ke arah mensejahterakan

rakyat seluruh Negeri Johor. Saya jangkakan, ianya menyeluruh kepada rakyat bukan

sahaja yang belum dilahirkan, yang masih hidup dan sehingga kepada yang sudah

meninggal dunia pun dititikberatkan. Mahu pun di kampung-kampung, desa-desa,

yang tua, yang muda, baik lelaki mahu pun perempuan semuanya akan merasainya.

Kepada pasangan yang baru berumah tangga, kerajaan menyediakan perumahan

mampu milik yang semestinya menjadi tempat membesarkan anak-anak yang akan

dilahirkan kelak. Bukankah ini kebijaksanaan Kerajaan Barisan Nasional merancang

agar yang belum dilahirkan pun diberi keutamaan.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh dibantu ya, semua ya?

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Semua bantu.

Y.B. Dato’ Speaker : Kalau ada dua?

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Kalau ada dua, kena beli dua

rumah. Itu tak ada tanya..

Y.B. Dato’ Speaker : Tanya siapa?

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Itu kena tanya yang mempunyai

lebih daripada satu rumah.

Y.B. Dato’ Speaker : Ada yang dalam Dewan ini Yang Berhormat kenal? Ada?

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Ada Yang Berhormat Dato’ tapi

dekat luarlah. Oh yang dalam pun ada juga Yang Berhormat Dato’.

Y.B. Dato’ Speaker : Ya? Siapa? Yang cakap tu...

Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jangan sebut nama Yang Berhormat.

Y.B. Dato’ Speaker : Macam terasa aje.

Page 278: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

278

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Itu terlalu peribadi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ya? (Dewan ketawa).

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Begitu juga di setiap kampung

tentunya mempunyai surau atau masjid tentunya apabila ada kematian, pengurusan

menyempurnakan mayat dilakukan oleh pihak surau ataupun masjid. Maka Kerajaan

Barisan Nasional sekali lagi, memikirkan agar orang yang sudah mati juga sempurna

maka di naikkan elaun imam-imam dan juga noja-noja masjid untuk menyempurnakan

pengebumian orang yang dah meninggal ini. Jadi semua sekali rasa. Belum lahir,

hinggakan yang dah meninggal dunia pun merasainya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker..

Y.B. Dato’ Speaker : Gaji Ahli Yang berhormat aje tak naik ya?

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Itu belum merasainya.

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan belum, inilah pembangkang tidak setuju.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Dengan hasil pendapatan

anggaran RM825.99 juta dan perbelanjaan mengurus sebanyak RM824.78 juta, dapat

kita lihat ianya bajet lebihan bagi tahun 2012. Sebanyak RM1.21 juta Yang Berhormat

Dato’ Speaker. Kalau gaji ADUN dinaikkan pun boleh lagi kerana kita ada lebihan

RM1.21 juta ini.

Peruntukan pembangunan sebanyak RM311.20 juta yang merangkumi kerja-kerja

pembinaan jalan-jalan kampung, jalan serta jambatan, dewan orang ramai,

pembinaan padang di mukim-mukim dan juga bagi sektor pertanian pula projek

pengaliran dan saliran di sektor perikanan dan perkhidmatan veterinar juga tidak

ketinggalan. Ini merangkumi di persekitaran luar bandar dan juga di dalam kawasan

bandar raya pula Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang menjadi keutamaan adalah

kesejahteraan hidup kepada rakyat. Maka pihak PBT memainkan peranan yang

penting, perkhidmatan pembersihan sisa pepejal yang efisien diperlukan. Kalau

kawasan perumahan sepatutnya sampah diangkat setiap dua hari, rakyat menuntut

perkhidmatan itu. Begitu juga di kawasan rumah kedai. Kalau sampah sepatutnya

diangkat setiap hari, maka laksanakannyalah. Ini saya tujukan kepada setiap PBT

dalam Negeri Johor.

Di taman-taman perumahan hendaklah dijaga sistem perparitannya. Longkang tepi

jalan mestilah dijaga dengan rapi. Sekiranya rosak segera dibaiki. Kawasan lapang

taman permainan kanak-kanak mestilah selalu diberi tumpuan dari aspek

keharmoniannya supaya rakyat menikmati segala hasil yang mereka belanjakan

melalui bayaran cukai setiap tahun. Kesejahteraan hidup di bandar juga

mementingkan persekitaran yang selamat. Meningkatkan lagi tahap keselamatan

oleh pihak Polis dan peranan kehadiran di lokasi panas dapat mencatat penurunan

kadar jenayah di bandar. Sehingga Oktober 2011, Johor telah berjaya mencatatkan

penurunan sebanyak 586 kes jenayah kes kekerasan dan 200 kes jenayah harta benda

berbanding tahun sebelumnya. Tahniah kepada Polis Diraja Malaysia.

Page 279: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

279

Hartanah di bandar juga menjadi keperluan kehidupan semasa. Maka pemilikan strata

Title kepada rumah bertingkat amatlah diperlukan kepada rakyat dalam bandar. PTG

mestilah memainkan peranan proaktif bagi mempercepatkan proses mendapatkan

Strata Title dari pihak pemaju kerana ada sebilangan mereka tidak bekerjasama untuk

tujuan mendapatkannya. PTG sepatutnya di pihak pembeli hartanah dalam bandar

kerana pertumbuhan rumah bertingkat begitu ketara pada masa ini. Begitu juga

dengan Pesuruhjaya Bangunan ia ini COB mestilah memainkan peranan yang berani

dan bijak bagi mengatasi permasalahan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan

bersama iaitu JMB, semasa berurusan dengan pemaju perumahan untuk

mendapatkan Strata Title ini. Sesudah selesai semua rintangan barulah pemilik

hartanah dalam bandar boleh menguruskan jawatankuasa pengurusan JMC secara

tersendiri. Kerana rumah-rumah bertingkat ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, mereka

juga memerlukan geran tetapi geran mereka ini adalah berbentuk Strata Title.

Masalahnya hingga ke hari ini, Strata Title masih belum dapat dibuat kerana

bermacam-macam kerenah daripada pihak pemaju dan akhirnya ada sebahagian

daripada pemilik, pembeli rumah-rumah ini tidak dapat Strata Titlenya, maka proses

untuk membuat loan, proses untuk menjual beli dan sebagainya tidak dapat dilakukan.

Apatah lagi proses untuk menukarkan nama rumah tersebut kepada anak-anak

mereka.

Jadi, saya berharap kerajaan melalui PTG sepatutnya proaktif, agresif dan juga

menggunakan apa jua kaedah untuk menolong mereka yang memohon Strata Title ini.

Begitu juga projek perumahan yang terbengkalai sedang di baik pulih oleh Jabatan

Perumahan Negara dan Syarikat Perumahan Negara Berhad. Kesemua 12 buah projek

terbengkalai dari 14 buah dijangka akan pulih pada tahun 2012, 2013. Semua ini

adalah melalui dari peruntukan Bajet 2012 yang dibentangkan dan tidak terkecuali di

dalam DUN saya juga ada satu sedang rancak pembinaannya dan akan siap Februari

2013, walaupun projek ini dimulakan pada tahun 2000 dahulu. Sekarang ini dia dah 12

tahun, mungkin tahun depan baru siap tetapi tak apa, alhamdulillah pengundi-

pengundi saya merasa bersyukur kerana akhirnya rumah mereka dapat didirikan juga

insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat

DUN Kempas di dalam perbahasan beliau, yang mana mengatakan kita Wakil Rakyat

Barisan Nasional kadangkala macam membangkang. Kita mendesak, menegur

kerajaan kepada perkara yang perlu. Membantah kerajaan kepada perkara yang

tidak menjadi keutamaan rakyat. Dan, memberi cadangan kepada kerajaan hanya

untuk memastikan segala perancangan dan kehendak rakyat mesti diutamakan.

Bukan seperti pembangkang, menghentam, menuduh yang bukan-bukan,

mengelirukan rakyat hanya untuk mencari publisiti agar menjadi berita utama di

akhbar-akhbar di negara ini. Cakap mereka sebenarnya kosong, tidak kepada

penambahbaikan untuk rakyat, hanya ingin memporak-perandakan kesejahteraan

rakyat dan ingin melihat Kerajaan Barisan Nasional akhirnya tumbang. Itu sahaja. Lain,

tak ada.

Laporan dari Ketua Audit Negara kepada jabatan-jabatan kerajaan. Saya rasa bukan

ADUN Bentayan sahaja membaca laporan audit tersebut. Semua Wakil Rakyat

membacanya dan membuat kesimpulan. Pada saya, laporan yang dibentangkan

Page 280: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

280

oleh Audit Negara menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional begitu telus di dalam

pentadbirannya. Kerajaan tidak menutup kelemahan pentadbirannya dan

bertanggungjawab sepenuhnya. Sebab itu kerajaan akan melaksanakan transformasi

perkhidmatan awam agar anggota pentadbiran memiliki jati diri dan lebih berintegriti

terhadap tugas masing-masing. Maka saya berharap kepada rakyat seluruh Negeri

Johor, apabila Pilihan raya Umum Yang Ke-13 nanti, pilihlah Wakil dari Barisan Nasional

sahaja kerana kami sahaja yang ikhlas menegur, membantah, memberi cadangan

(dewan bertepuk) kepada kerajaan, agar segala perancangan dan pembangunan

mengikut saluran yang betul. Sekiranya anggota kerajaan yang didapati melakukan

kecurangan semasa pentadbiran akan diambil tindakan yang sewajarnya mengikut

ketentuan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, begitu juga terhadap peruntukan pembinaan sekolah-

sekolah dan program-program bagi pendidikan agama. Saya ingin mengesyorkan

agar kerajaan melalui sekolah agama yang ada, di perbanyakan lagi kelas tadika

agamanya. Agar dapat mengimbangi pendidikan awal agama kepada kanak-kanak

kecil. Ini kerana didapati ada kelas-kelas tadika swasta yang dianjurkan oleh pihak

tertentu hanya untuk mengaut keuntungan dan kepentingan politik tanpa mengikut

tatasusila kemasyarakatan. Hanya ingin menunjukkan bahawa mereka sahajalah

Islamnya. Apa sistem pembelajarannya pun kita tidak mengetahuinya. Di DUN

Tanjung Puteri contoh, Sekolah Agama Dato’ Abdullah Esa di Kampung Melayu

mempunyai Kelas Tadika. Pendidikan awalan agama mereka mengatasi

pembelajaran murid di tadika yang lain. Selain dari tahu membaca, mengira dan

menulis di peringkat umur 6 tahun, mereka sudah khatam al-Quran. Oleh itu saya

mencadangkan Kerajaan Negeri, patutlah memperbanyakkan lagi Tadika Agama

Islam di sekolah-sekolah agama kerajaan yang ada pada masa ini, agar tadika yang

bertopengkan Islam dapat dihindarkan sama sekali.

Begitu juga dengan peruntukan kepada Kerajaan Tempatan dan Perumahan agar

kerja penyelenggaraan di kawasan rumah-rumah rakyat hendaklah diambil berat

kerana persekitaran kawasan ini juga adalah di bawah pengawasan kerajaan. Kalau

kita lihat kepada fizikal keadaan rumah-rumah rakyat, terutamanya rumah-rumah

pangsa, sepatutnya diberi lebih peruntukan agar kawasannya akan bertambah ceria.

Dan, sejajar dengan tema ‘berbelanja demi rakyat’ bagi membangunkan masyarakat

beridentiti dan mempunyai nilai-nilai murni, saya berharap Kementerian Pendidikan

melalui kaedah Satu Murid, Satu Sukan, tidak meminggirkan sukan seni silat di sekolah

rendah. Segelintir guru-guru besar tidak membenarkan penggiat sukan seni silat ini

mengajar di sekolah mereka. Alasan takut murid patah anggota dan tidak sesuai

kerana silat hanya melambangkan Melayu adalah pemikiran yang jumud, yang

sungguh keterkebelakang. Kejohanan Sukan Sea yang lalu, sukan seni silat juga

menyumbangkan pingat emas. Kita dapat melihat pada zaman ini silat di Malaysia

dipelajari oleh orang-orang dari luar negara, termasuk Negara China dan juga Jerman

pun mereka datang belajar.

Saya terkilan mendengar rintihan guru sekolah kebangsaan mengatakan pihak

Kementerian tidak membenarkan sukan seni silat diajar di sekolah kebangsaan.

Sekiranya ini benar bagai dikata, sesungguhnya saya terasa duka cita kepada pihak

yang membuat keputusan. Kementerian Pelajaran tidak payahlah melaksanakan

Program 1Murid 1Sukan sebagaimana yang diwar-warkan. Perkara ini diutarakan

Page 281: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

281

kepada saya oleh guru sekolah kebangsaan semasa saya merasmikan Pre-Junior

International Pencak Silat Interclub Johor Bahru di Larkin Stadium bulan lepas.

Sejajar dengan bajet untuk melaksanakan Transformasi Perkhidmatan Awam, saya

ingin membincangkan mengenai kualiti jalan raya dalam Negeri Johor yang begitu

rendah mutunya sebagaimana yang rakan-rakan kita katakan tadi. Saya merasakan

kualiti jalan raya dalam Negeri Johor begitu rendah mutunya kerana adalah mungkin

kualiti tarnya yang digunakan tidak mengikut spesifikasi atau semasa pembinaan

dibuat, tidak mengikut peraturan ataupun orang yang menjaga kerja tidak

berkemahiran. Ini menjadi persoalan besar kepada rakyat. Kita dapat lihat jalan raya

kita begitu rapuh apabila musim hujan sebagaimana Bukit Naning kata tadi.

Hinggakan berlubang-lubang merata tempat dan membahayakan penggunaan

pengguna-pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal. Sering kali

berlaku kemalangan dan yang dipersalahkan adalah Wakil Rakyat. Saranan saya

adalah lebih baik kita cari punca sebenarnya kenapa permukaan tar jalan raya kita

begitu teruk sekali. Adakah pembekal minyak tar tidak dikawal mutunya oleh orang

yang pakar. Saya berharap kerajaan dapat memperuntukkan sejumlah kos membuat

kajian melalui R & D dan mencipta bahan campuran agar permukaan jalan raya di

Malaysia bermutu tinggi dah berkualiti.

Saya ingat kita serahkan kepada Bukit Naning kerana Bukit Naning banyak pakar-

pakar yang mendapat tauliah-tauliah katanya tadi.

Y.B. Dato’ Speaker : Hmm…

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Y.B. Dato’ Speaker : Ha…masa dah cukup.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Sebelum saya mengakhiri ucapan

saya, saya pun tak tahu adakah saya akan ada lagi di Dewan ini pada pilihan raya

yang akan datang.

Y.B. Dato’ Speaker : Insya-Allah kalau tak meninggal dunia. (Dewan ketawa).

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Sebab untung sabut timbul, untung

batu tenggelam.

Y.B. Dato’ Speaker : Ya.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Baling sabut tumpul, baling batu

pitam. Jadi oleh itu, nasib kita ni bergantung kepada ketentuan Allah SWT Maka, saya

ingin mengatakan juga oleh kerana rakan-rakan.

Y.B. Dato’ Speaker : Jadi maknanya Yang Berhormat kalau ditawarkan lagi

hendaklah?

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Eh… sudah tentu.

Page 282: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

282

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ingat nak umumkan nak tarik diri. Ha, bagus juga.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Seperti Stulang dan juga Nusajaya

dia dah keluar TV, jadi saya tak keluar lagi di TV maka saya.

Y.B. Dato’ Speaker : Dia tak semestinya keluar TV tu pilih, kadang lagi banyak keluar,

lagi tak pilih. (Dewan ketawa).

Y.B. Datuk Haji Abd.Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat keluar tv tu pasal

kawasan Johor Bahru tu, jambatan tu. (Dewan ketawa).

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Ha jadi saya nak cakap tentang

jambatan.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh..dah habis masa.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Sikit lagi Yang Berhormat, Tambak

Johor Tanjung Puteri, Selat Tebrau Airnya Biru.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Jadi, Tambak Johor ada Tanjung

Puteri. Jadi, kenalah buat kenyataan sedikit. Saya juga bersetuju untuk menjadikan air

bersih dan biru, baik di Timur dan Barat Tambak Johor dan bersetuju ianya dirobohkan.

Ini pandangan Tanjung Puteri.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah…

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Untuk menggantikan jambatan saya

bersetuju sekiranya jambatan itu tegak sebagaimana perancangan awal. Kedua

negara boleh berunding semula agar rakyat kedua negara tidak keliru pada masa

akan datang. Sebab apa kita takut, kita takut nanti anak cucu kita apabila pandang

jambatan tu bengkok, dia bertanyakan adakah pemimpin kita dulu bengkok. (Dewan

ketawa).

Ini yang kita jadi persoalan, walaupun mungkin cantik tapi bengkok. Kenapa di

peringkat yang sebelah lagi tidak menerima jambatan kita. Adakah mereka begitu

angkuh untuk tidak boleh berbincang antara jiran. Ha, ini yang kita khuatiri. Tetapi

untuk menggantikan Jambatan, Tanjung Puteri tiada masalah, terima. Tetapi mestilah

jambatan yang tegak ataupun kita cadangkan…

Y.B. Dato’ Speaker : Kalau tak tegak mana ada jambatan, Yang Berhormat.

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Tidak payah jambatan lagi Yang

Berhormat Dato’ Speaker, kita buat under ground tunnel. Bukan kita tidak ada

teknologi, teknologi kita dah tinggi sekarang ni. Maka saya cadangkan agar kita juga

boleh membuat under ground tunnel bagi kita melintasi daripada Johor Bahru ke

Singapura.

Y.B. Dato’ Speaker : Nak masuk bawah tanah, bawah laut. Oh macam London ke

Parislah. Ok.

Page 283: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

283

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru (Tanjung Puteri) : Akhir kata, saya berterima kasih

kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker dan menyokong usul yang dibawa oleh Yang

Berhormat ADUN Machap. Sekian, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Jemput siapa lagi Yang Berhormat nak berucap. Ha..Mengkibol….

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker

kerana memberi peluang kepada saya turut mengambil bahagian dalam bahas Bajet

2012. Saya ingin memulakan dengan …

Y.B. Dato’ Speaker : Pantun heh?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Oh bukan pantun.

Y.B. Dato’ Speaker : Habis?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Pandangan sayalah, iaitu di sini kita lawan, tetapi

di luar kita kawan.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah.. betul.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Jangan serius sangatlah, sini awak jalankan tugas,

saya pun jalankan tugas. Masing-masing jalankan tugas. Nothing personal, jangan

ada personal, jangan ada peribadi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, jangan macam…

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Mengenai peruntukan kepada DUN

Pembangkang, saya nak tahu di manakah ke semua peruntukan untuk enam DUN

Pembangkang itu pergi? Bagaimana ia digunakan, ada apa-apa rekod penggunaan

ini. Sebab setiap kali kita nak tolong minta peruntukan, tiada tempat nak minta.

Y.B. Datuk Haji Abd.Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Suruh MCA mintalah, Yang

Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tetapi Pegawai Khas Kepada Yang Amat

Berhormat Menteri Besar dapat membawa peruntukan. Itu yang ganjil. Saya rasa ini

satu sistem yang kurang memuaskan, mungkin itu polisi kerajaan, saya tidak tahu tetapi

kurang memuaskan.

Y.B. Dato’ Speaker : Betullah itu politik kerajaan betullah itu.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sepatutnya kalau demokrasi yang sebenar, saya

difahamkan di Amerika Syarikat, di London, siapa-siapa yang menang itu kawasan, dia

yang pakai wang itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat ada cadang mahu pergi Wakil Rakyat London?

Senang dapat tau.

Page 284: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

284

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Bukan itu satu,

Y.B. Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak jelas

sedikit, di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, Wakil Rakyat BN dapat

peruntukan tak?

Y.B. Dato’ Speaker : Eh, Yang Berhormat, Yang Berhormat dia nak…

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Yang Berhormat dia boleh celah tak?

Y.B. Dato’ Speaker : Tak boleh, itu sebab saya nak tegur dia. Yang Berhormat, dia saya

dah tegur, dia dah duduk, baguslah. Dia yang celah, bukan Yang Berhormat. Saya

baru nak tegur dia suruh duduk, Yang Berhormat bangun. Ha’ah, oklah, Mengkibol.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Saya kalau di negeri yang dikuasai oleh kita dan

kita tidak bagi kepada Pembangkang di situ iaitu BN, saya rasa pun tidak betul jugalah.

(Dewan Bertepuk dan ketawa).

Y.B. Datuk Haji Abd.Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Dia, dia kena pilih…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat jangan ganggulah.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sebab sesiapa di sesuatu kawasan itu ada

penyokong pembangkang, penyokong pemerintah, takkan penyokong yang kalah itu

diseksa. Tak bolehlah…

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Dia kena betulkan Pakatan Rakyat dulu

baru betulkan…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan kacaulah ini…hei Parit

Yaani.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dato’ Speaker, saya minta dia sampaikan

message ini kepada KM Pulau Pinang.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, biar dia cakap, tiada benda yang dia cakap,

dia.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Bentayan, awak sudah kena gantung, jangan anulah, duduklah,

tak bolehlah, apa pasal mahu cakap, (Dewan Ketawa). Sebab Yang Berhormat, itu

mungkin Yang Berhormat tidak suka tau, dia tepuk juga suruh duduk. (Dewan Ketawa)

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Takde, saya nak clarify sahaja, Dato’

Speaker, sebab…

Page 285: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

285

Y.B. Datuk Haji Abd.Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Bentayan ni patut duduk belakang ni, Bebas (Dewan Ketawa).

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat itu Mengkibol pun tak suka tau dia tepuk je terus

duduk. (Dewan ketawa).

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Takde, dia suruh saya teruskan.

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan, dia hentamlah tu, saya tahu, Yang Berhormat kan bagus…

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Saya nak clarified sikit, sebab…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat tak boleh cakap.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Di negeri-negeri Pakatan Rakyat, ahli-ahli BN

dapat peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, so, kita sini tidak dapat.

Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Peraturan, Bentayan duduk.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok lah. Yang Berhormat pula jawab, dialah. Dia punya gilir yang

berucap, dialah cakap.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Itulah masalah timbul, dia tidak ada pasal dia

bangun, ini Bentayan, eh ha ok. Ini macam Mahkamah, bila orang cakap kita duduk,

macam tulah. Ini macam Mahkamah sama sahaja.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, betullah, masalah macam inilah.

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan, Bentayan kacau Yang Berhormat.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sebabkan hormat kepada Dato’ Speaker…

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, good, ha… cakap lagi sikit, sikit aje. Ha…sambung. (Dewan

ketawa).

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Jadi masalah timbul, bila rakyat minta bantuan,

minta peruntukan kita kata pembangkang tidak ada peruntukan, terpaksalah setakat

boleh setiap kali kita hulurkan wang sendiri bagi. Ada orang minta buku, baju, kasut

kita bagi RM200.00 macam itu. Kalau orang kata dia bumbung sudah rosak, ada

perkara saya ada rekod, tiada bohong punya kita bagi RM300.00 dia baiki bumbung.

Macam tu sahaja tidak boleh buat apa-apa. Kita keluarkan duit sendiri.

Y.B. Dato’ Speaker : Seksa jadi Wakil Rakyat ek.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tapi saya kasihan kepada pembangkang, sama

juga lah pembangkang di kawasan kita di Utara situ.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat kasihan siapa?

Page 286: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

286

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : BN lah..

Y.B. Dato’ Speaker : Ha..saya ingat kasihan siapa tadi.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Pembangkang juga tidak dapat. Itu satu polisi

Kerajaan Pusat kena ubah untuk kesejahteraan rakyat semua. Rakyat nak pilih siapa

itu hak dia.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak kasihan ke itu Bentayan?

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Dato’ Speaker, ini tidak ada kena mengena

dengan Bentayan, Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Tidak, dia bila sebut dia kasihan Wakil Rakyat, dia kasihan itu, jadi

saya kata Yang Berhormat kasihan tidak Bentayan. Saya bukan kata kasihan apa. Ini

dua-dua susah betul saya, Yang Berhormat memang baguslah Mengkibol, ok. (Dewan

ketawa).

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Kita memang baik, tiada apa-apa, orang luar fikir

kita sudah apa-apa itu fikir…

Y.B. Dato’ Speaker : Ha… inilah betullah.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Itu khabar angin tiada apa-apa,

Y.B. Dato’ Speaker : Itu Skudai ok, Skudai?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Masa akan menunjukkan, membuktikan sesuatu

itu khabar angin.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, khabar angin eh?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Yalah.

Y.B. Dato’ Speaker : Siapa punya khabar angin?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Setakat inilah Dato’

Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah, tapi khabar angin pun 6 bulan. Ha’ah. (Dewan ketawa).

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Jadi jangan tuduh kita tidak boleh buat apa-apa,

setakat boleh cakap sahaja. Habis tiada duit, memanglah pakai otak, kena cakap,

beri nasihat pandangan, sekurang-kurangnya awak tiada duit, tiada bagi wang, awak

ada kerja, ada pandangan, ada bantuan setakat macam urusan sesuatu, orang pun

puas hati juga. Sama juga BN di sana pun kena buat macam ni, kalau terus tidur

habislah macam tu.

Sebab tu jangan tuduh kita tidak buat apa-apa, duit dalam tangan awak, macam

mana saya boleh buat. Awak tidak mahu kasi duit, saya boleh buat apa.

Page 287: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

287

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Setakat itu cukup…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, cakap Yang Berhormat tiada duit, jangan “awak”

lah.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sebab saya rasa tidak adil, tuduh kita tidak boleh

buat apa, tidak bagi peruntukan apa-apa, tiada hulur, tiada bantuan semua.

Y.B. Dato’ Speaker : Kasihan ek.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : It’s not fair, same thing happen to your fellow men

there…

Y.B. Dato’ Speaker : Can you stop speak English? Ha…you speak in Malay…Ha…ok.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Minta maaf, maknanya perkara yang sama

berlaku di situ. Mereka kena cucuk , mereka tahu sakit. Sini belum cucuk lagi tidak

tahu sakit.

Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Dato’ Speaker, I nak tanya…

(MASALAH GANGGUAN SISTEM ELEKTRONIK)

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Satu, dua , tiga, empat, lima, enam semua orang

cakap depan, nanti tunggu belakang kena hentam, kita tidak boleh jawab.

Maknanya ini baguslah cara ini. Terima kasih, terima kasih, fair, fair, fair, it’s fair. Dan

juga saya juga nak ucapkan terima kepada staf lah, staf Jurutulis, cukup efisien

lah..betul (Dewan bertepuk). Tengok, dia ni eh, sini kerja satu malam sampai pukul

11.00 saya diberitahu, sampai pukul 11.00, habiskan semua, 100 plus muka, berapa jam

kalau kata 8 jam, teruk sangat, itu kena dengar, macam tu susah. Jadi kita terima

kasih kepada dia lah, bagus.

Y.B. Dato’ Speaker : Lagi?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sekarang saya nak sentuh tentang ni, tak ada

pantun, saya tak pandai pantun. Nanti pantun teruk.

Y.B. Dato’ Speaker : Berehatlah Yang Berhormat. Minum air ke apa.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tak ada, tak ada. Ganggu sebab saya nak

cakap sudah ganggu. (Dewan ketawa). Jadi di sini, saya nak sentuh itu perkara isu,

jangan marah eh ini sebab ini juruaudit itu Ketua Audit Negara. Minta maaf.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, lambat. Yang Berhormat cari apa lagi tu?

Page 288: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

288

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sorry, sorry, sorry. Minta maaf. Tak perasan, tak

perasan.

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan minta maaf, tak cakap. Yang Berhormat senyap saja.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Di sini, saya nak sentuh ini, isu ini. Jadi ini muka

surat 135.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, itu muka pandang saya boleh tak? Ah, itu

macam. Mahu pandang sana nanti lagi dia hantam. Oklah. Itu buku apa? Pajak

gadai punyakah?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Laporan Ketua Audit Negara Negeri Johor Tahun

2010, saya cuma nak sentuh ini sajalah. Saya bimbang kenapa ini boleh berlaku?

Saya tak faham. Sini kata, aduh! (Dewan ketawa).

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Suruh dia telefon pukul 1:00 nanti.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Off, off.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh Bentayan, you jangan kacaulah.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Bukan dia, off, off.

Y.B. Dato’ Speaker : Mana, dia satu orang cakap, yang sebelah tak boleh kacau.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Off,off, off.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh. (Dewan ketawa). Yang Berhormat, ini macam drama filem

anulah.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sorry, sorry, sorry, minta maaf.

Y.B. Dato’ Speaker : Macam, ala ini Bentayan, sudah kesian Mengkibol.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Satu pagi tak ada bising ini, cakap dia bising.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, betullah ini.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Hairan, ini nasiblah, kadangkala macam ini.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tengok itu cuaca cerah, tapi keluar sekali hujan

pula. Itulah nasib. Hairan.

Y.B. Dato’ Speaker : Ala mencungap Yang Berhormat ha, baik-baik tau.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Kata eh…

Page 289: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

289

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat pandang Speaker, apa lagi tu? (Dewan ketawa).

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Ini eh, Color Doom Camera 420 TVL, ini kamera

sepatutnya harga RM220.00. Ini, ini. Tapi, dibayar RM600.00. RM220.00 bayar

RM600.00. Dan ini, 16 Channel Digital Video Recorder, harganya RM5,000.00 tapi

dibayar RM18,000.00.

Y.B. Dato’ Speaker : Itu mana punya Yang Berhormat?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Ini, ini, ini ada perbezaan yang tak betul.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh tak, laporan mana tu?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Laporan di, Audit, Audit.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, untuk negeri mana?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Johor.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, Laporan Audit Johor.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Johor, Johor. Lepas itu, 21 inci Flat Screen CRT

Color Monitor harganya sepatut RM1,560.00 tapi bayar RM4,000.00.

Y.B. Dato’ Speaker : Dia ada modified tak?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Lepas itu, ada Emergency Light Backup, itu

harganya RM110.00 tapi dibayar RM200.00.

Y.B. Dato’ Speaker : Ah, itu kecil, itu biasa tak.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Biasa?

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan, harga barang kadang-kadang harga RM50.00, RM60.00 tu,

hutang, kadang barangkali bayar cash RM1,000.00, hutang RM1,500.00. Mungkinlah

ada begitu agaknya.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau ini kurang

saya boleh faham, beza RM90.00 tak berapa banyak. Macam mana ini RM5,000.00

jadi RM18,000.00? Kalau saya, cuma demo, macam tunjuklah, jam tangan saya

sekarang saya kata harga saya RM153.00, tuan-tuan saya nak jual RM300.00. Nak beli?

Tuan-tuan mesti cakap, “Awak gilakah? Saya beli RM300.00, awak RM150.00?”.

Y.B. Dato’ Speaker : Siapa gila?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Mesti cakap saya gila.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ok. A’ah, bagus Yang Berhormat mengaku a’ah.

Page 290: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

290

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Macam ini juga. (Dewan ketawa).

Y.B. Dato’ Speaker : Makna yang sempat Yang Berhormat tunjuk tu saya gilalah kerana

bikin ini hargalah, betul jugalah.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Macam juga kalau ini saya kata, harganya

sebenar RM1,300.00 lebih macam itu eh, saya kata nak jual RM2,000.00, encik nak beli?

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dato’ Speaker, kalau barang dia punya untuk

kenangan mungkin saya beli. (Dewan ketawa).

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Oh, itu untuk kenangan jawapannya baik. Tapi, ini

untuk urusan pejabat.

Y.B. Dato’ Speaker : Buatan dia apa Yang Berhormat? Dia kadang-kadang ada

buatanlah agaknya itu. Made in apa tu? Yang Berhormat punya itu apa punya

buatan, negeri mana punya?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Johor.

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan, bukan, itu kamera. Astaga. (Dewan ketawa).

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Ini tak penting, yang saya cuba tunjuk, tunjuk

saja.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha. Saya ingat barangkali buatan manakah?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tak apa, tak apa. Saya punya, pakaian saya

semua bukan, bukan baik punya semua. Tak sampai RM200.00.

Y.B. Dato’ Speaker : Pakaian? Semua pun tak ada eh?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Semua ini. Kasut, RM80.00 itu saja.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh? Tie?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Ini pun RM300.00 saja itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh? Lagi?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tie, RM35.00.

Y.B. Dato’ Speaker : Seluar itu, seluar dalam berapa? (Dewan ketawa).

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Cukup, cukup, cukup. (Dewan ketawa).

Y.B. Dato’ Speaker : Berapa harga?

Page 291: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

291

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Dato’, saya teruskan, nanti tak ada masa.

Y.B. Dato’ Speaker : Memang tak ada masa dah ni, saya layan saja.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Jadi, saya nak taulah, saya tak nak cakap nak

apa, buat laporan ke apa, ambil tindakan ke, tapi tindakan siasatan dalamlah tengok

macam mana selesaikan perkara ini, sebab ini wang rakyat. Semua orang pakai.

Bayar cukai. Wang rakyat, jangan bazir.

Satunya, saya bersetuju dengan seruan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kata …

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, kenapa Yang Berhormat tunduk?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Saya tak nampak.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak nampak berhenti cakaplah. Nanti lagi sakit mata.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tak ada, tak ada. Kena jimat penggunaan

electricity di pejabat-pejabat, itu saya setuju sungguh. Saya juga bekas jurubahasa

kerja di Mahkamah selama 16 tahun lebih. Memang pejabat sejuk sangat. Sampai

pakai kot. Buat apa pakai kot? Aircond kuat-kuat, turunkan aircond, biar dia tak

begitu sejuk sangat, supaya jimat. Sekarang saya rasa ini sudah ok, dulu sejuk sangat.

Ini jimat. Satu hari berapa? Kalau satu hari dekat RM30.00 ke? Satu minggu? Kalau

kita jimat satu hari, jimat RM10.00 pun RM300.00 pun dapat. Jimat juga. Di rumah pun

sama. Saya punya aircond 26 saja di rumah.

Y.B. Dato’ Speaker : 26 apa? Bayaran? Mahal?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tak, tak, tak, kurang. RM150.00 tak habis.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Dia jimat, memang jimat.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Saya ingin menyentuh sikit tentang ini Dana

Johor. Dana Johor dulu Y.B. Dulu Parit Yaani, Yong Peng, minta maaflah, bising bila

saya sentuh isu. Tapi, saya untuk rakyat saja. Minta maaf. Bukan apa-apa. Tak ada

peribadi. Kalau sama-sama boleh tolong Dana Johor dijadikan dapat selesaikan, saya

terima kasih kepada semua pihak.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, dia bila

bercakap…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : …dia saja jaga, dia prihatin…

Page 292: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

292

Y.B. Dato’ Speaker : Tidak.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : …kita lagi prihatin. Dia mana tahu kita tak

usaha?

Y.B. Dato’ Speaker : Cuma, ADUN cakap…

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dia mana tahu perkara ini tak selesai? Sebab itu

saya suruh dia sabar, sabar.

Y.B. Dato’ Speaker : Sabar. Ok.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Ya, saya sabar tapi yang orang luar tak boleh

sabar, dia kata sudah dekat 20 tahun, ke lebih gitu. Ada yang bayar, masih bayar lagi

ansuran bank RM45.00, masih belum habis lagi.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dato’ Speaker saya rasa masalah Dana Johor

dia punya jawapan konkrit coming soon.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Coming soon?

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Coming soon. Sebab itu you tak payah

susahkan.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Jawapan itu saya tak nak sentuhlah. Macam ini

buang masa.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat ni Bentayan wakil Menteri Besar ke?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Betul eh?

Y.B. Dato’ Speaker : Patut MB jawab, dia jawab pula.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Reporter akan tulis nanti. Ok eh, tak apa. Lepas

itu, saya nak sentuh sedikit tentang guru sementara, guru sandaran. Guru sandaran

sebenarnya kesian. Saya juga kerja sebagai guru sementara dulu.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat banyak kerja eh, jurubahasa, sandaran.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Saya tukang sapu pun kerja dulu.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Ya, baik ada kerja. Tak ada kerja nak buat apa

dulu, tak boleh. Dulu tak ada kerja. Sekarang banyak kerja. Jadi, saya toreh getah

juga dulu tak ada kerja, sementara menunggu keputusan.

Page 293: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

293

Y.B. Dato’ Speaker : Lagi apa kerja? Toreh getah, lagi?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Saya kerja kongsi kong dulu.

Y.B. Dato’ Speaker : Gangster?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : RM2.50 tu, RM2.20.

Y.B. Dato’ Speaker : Apa, apa? Kongsi kong?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Itu, apa estet itu, estet secara…

Y.B. Dato’ Speaker : Bentayan, estet Bentayan?

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kenapa ada asal-asal Bentayan saja?

Bentayan satu jalan dekat Bandar Muar. Estetlah Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Tidak, dia tanya, saya ingatkan dia, betulkah Bentayan punya

estet?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Kongsi kong adalah macam dia ladang besarkan,

dia panggil pekerja pukul 6:00 sampai sana pukul 1:00 baru habis. RM2.00 dulu. Kita

budak, panas, matahari atas, cabut itu lalang.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah yalah, dulu tak usah ceritalah. Saya pun begitu.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Itu kongsi kong.

Y.B. Dato’ Speaker : Dululah.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Di kelapa sawit dulu.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, dah 20 minit. Lagi 2 minit saya izinkan.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Jadi, sejak tahun 70, 70 lebih saya menjadi guru

sementara sampai sekarang lebih kurang 40 tahun dah, 30 tahun lebih, masih ada guru

sementara. Saya nak tanya apa masalah dia? Kenapa tidak boleh kita memberi

kursus latihan kepada mereka? Buatlah satu perjanjian. Sekarang kata nak buat

perjanjian kontrak guru, tak ada guru sementara. Baiklah, tambah satu, satu ayat

sana…

Y.B. Dato’ Speaker : Ni sekolah yang mana Yang Berhormat? Sekolah mana ni yang

guru sementara Yang Berhormat maksudkan?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Yang saya tahu mana-mana sekolah pun kena

juga.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, bukan Sekolah Cina.

Page 294: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

294

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sekolah Cina banyak, Sekolah Cina banyak. Tamil

pun ada.

Y.B. Dato’ Speaker : Nanti dia tahu.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Melayu pun ada, saya tahu ada. Kalau guru

sandaran, tambah satu klausa kata kalau awak masuk sebagai kontrak, awak sign,

dalam tempoh sekian, dua tahun ke tiga tahun ke, kalau sekiranya awak layak

diberikan kursus kita bagi awak, kita janji. Macam itu ada. Orang baru pasti. Kalau tak

ada, sementara..

Y.B. Dato’ Speaker : Itu Yang Berhormat tujukan awak ke siapa?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Oh sorry.

Y.B. Dato’ Speaker : Awak? Yang Berhormat cakap dengan siapa? Yalah saya pun

hairan Yang Berhormat cakap awak, kalau bagi kerja saya, awak.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Maksud bukan awaklah, minta maaflah,

maksudnya kerajaanlah.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Kerajaan, kerajaan. Kalau kerajaan bagi satu

kontrak yang boleh menenangkan mereka maknanya hati mereka, mereka takut.

Satu tahun habis kontrak, next year tak tahu, tahun depan tak tahu. Lepas tu sekarang

sampai pukul…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat dahlah berjalan ke sini, balik semula tempat dah

makan masa lagilah. Ok Yang Berhormat nak habis.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Minta maaf, minta maaf. Tapi kalau sampai

hujung tahun kali ini dia cakap sekarang sebab awak kerja tak cukup awak sementara

punya, kita tak bayar bulan gaji akhir iaitu November ke Disember tak bayar, lepas itu

bonus pun tak bayar. Adoi, kesianlah pada mereka semua ini. Mereka kerja teruk

sangat. Di sekolah orang, dia pun macam second class cikgu. Tapi, kerajaan masih

tak mengendahkan sumbangan mereka. Selama ini 30 lebih tahun jangan itu tak

betul. Saya buat seruan, kerajaan mesti, mesti appreciate, dengan izin, appreciate

their contribution, sumbangan mereka.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok Yang Berhormat, habis time. Yang Berhormat, masa dah

habis. Ha’ah, ada lagi ramai yang nak berucap.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Apa nak karaoke? Tak nak. Mendengar itu…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat dengar tak, masa dah habis Yang Berhormat.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Mengenai ini, isu karaoke. Saya rasa Skudai itu dia

bermaksud orang yang macam ketagih, ketagih. Dia bukan kata orang pergi karaoke

Page 295: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

295

biasa ketagih. Ada dia cakap. Sebab itu dia gunakan perkataan kaki. Kaki

maknanya ketagihlah. Kalau judi, kaki judi, kaki karaoke maknanya ketagih maksud

saya yang saya fahamkanlah. Jadi kalau kamu tidak ketagih…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat …

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang

Berhormat Mengkibol ini, dia kelulusan dari mana?

Y.B. Dato’ Speaker : Tak tahu nak cakap.

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Dia nak tafsirkan perkataan itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, ha’ah, cakap saja.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Kalau di Mahkamah pun kita diberi hak untuk

mentafsirkan, lepas itu keputusan Tuan Hakim, itu saja.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat ini cerita…

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Kamu pergi Mahkamah tau…

Y.B. Encik Cheong Chin Liang (Bukit Batu) : Mengikut Peraturan 89 dia tak boleh hadir

seorang peguam. Saya minta dia supaya bertindak sebagai Wakil Rakyat.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat …

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Wakil Rakyat pun boleh mentafsirkan sesuatu

takkan bodoh duduk gitu saja.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, oklah.

Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya hanya nak

soal kepada Yang Berhormat Mengkibol, adakah dia setuju perkataan daripada

Skudai itu? Minta jawab, setuju, tidak?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Adalah keras sikit, saya tersetuju, keras sikit. Tapi

itu mungkin, saya nak…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Ya.

Y.B. Dato’ Speaker : Masa Yang Berhormat dah habis.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Siapa?

Y.B. Dato’ Speaker : Masa dah habis. Ucap-ucap…

Page 296: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

296

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sana kacau lima minit, sana tiga minit habis

sayalah.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat berleter saja.

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi dia

terangkan tak betul. Sebab dia kata minat karaoke atau pencuri, ini bukan lebih

sedikit, itu soal banyak melampau sangat.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Parit Yaani duduk. Ni Bentayan dah habis?

Bentayan pula.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Saya ingat boleh ucap lagi.

Y.B. Dato’ Speaker : Mengkibol.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sebab itu saya mengaku ada keterlaluan sikit,

ada lebih melampau sikitlah. Tapi…

Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Kalau melampau minta maaf. Kalau mengaku

dia salah minta maaf, faham.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tapi, dia pun…

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau

melampau tak boleh sikit. Banyakkah…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat Mengkibol, Yang Berhormat…

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tetapi dengan niat yang baik supaya…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat punya masa dah habis. Dah, dah lebih, saya dah

beri terlebih.

Y.B. Dato’ Speaker : Dah lebih, saya dah bagi terlebih.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sebab saya kena jawab mereka yang cakap...

Y.B. Dato’ Speaker : Tak ada, dah terlebih Yang Berhormat, Yang Berhormat nak apa,

dah habis.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Secara ringkas, secara ringkas.

Y.B. Dato’ Speaker : Tak boleh, dah tak ada masa lagi, dah lebih 25 minit.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Paling kurang saya kena jawab dia.

Page 297: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

297

Y.B. Dato’ Speaker : Tak ada, dia bukan Kerajaan, Yang Berhormat sentuh

Kerajaanlah. Ha’ah apa pulak nak jawab dia. Macam dia tu handal sangat nak

jawab soalan dia pulak. Ok

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Sesuatu perkataan yang keterlaluan itu, bukan

bermaksud yang jahat. Kadang-kadang nasihat, pandangan. Pandangan masing-

masing. Saya boleh tak setuju, tetapi tak setuju dengan pandangan dia tapi saya tahu

niat dia...

Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau tidak

setuju tidak payah jawab banyak. Masa dah tiba, kita menunggu, terima kasih.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Ok.

Y.B. Dato’ Speaker : Time, dah habis?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Terima kasih.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Adoi.

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan Yang Berhormat adoi, saya pun adoi. (Dewan ketawa). Ok

perbahasan diteruskan lagi, Ini dua bangun ni, saya nampak anu ni, Tanjung Surat dulu.

Ha’ah.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Bismillahirrahmaanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Yang dihormati Dato’ Speaker,

terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat

Dato’ Speaker, yang memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian

dalam perbahasan Bajet Kerajaan Johor 2012 yang telah dibentangkan oleh Yang

Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada 8 Disember yang bertemakan “Menjana

Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat”. Dengan tema ini memberi keselesaan, hidup

rakyat dan juga meningkat mutu hidup rakyat yang berbilang kaum di Negeri Johor ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mewakili penduduk DUN Tanjung Surat ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

Malaysia dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang telah membawa satu

projek petroleum dan gas di kawasan Penggerang yang bernilainya pelaburan lebih

daripada RM65 bilion. Projek ini memberi keuntungan dan faedah kepada masyarakat

di kawasan Penggerang terutama peluang pekerjaan, perniagaan, menambah

pendapatan penduduk, peluang kontraktor untuk dapat kerja dan lain-lain

keistimewaan seperti kemungkinan ramai penduduk di Penggerang akan menjadi

jutawan apabila tanahnya diambil oleh Kerajaan di atas projek tersebut. Begitu juga

Page 298: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

298

kaum nelayan, pula dapat mengubah cara hidup mereka daripada seorang nelayan

akan menjadi seorang pekerja industri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, walau projek ini mendapat tentangan hebat daripada

MP Penggerang yang mana beliau telah membuat hasutan dan menyampaikan

perkara-perkara yang boleh menyebabkan penduduk menjadi resah kepada,

terutama sekali kepada kaum nelayan dan penduduk tempatan. Terutama sekali,

tentang tuntutan pampasan nelayan, pengambilan tanah oleh kerajaan, pemindahan

penduduk di kawasan Penggerang dan lain-lain lagi, sebagai contoh ada setengah

pihak yang telah mengeluarkan borang kepada nelayan untuk membuat tuntutan

pampasan sehingga 1,500 orang. Ini termasuk kumpulan yang bukan nelayan

tempatan, seperti orang luar daripada JB, Pontian, Kota Tinggi, Muar, Mersing,

sedangkan nelayan yang layak hanya 112 orang sahaja. Iaitu 112 orang sudah pun

menerima pampasan dan 99 orang yang tidak menerima sehingga hari ini. Ini

menyebabkan, menyebabkan orang ramai terutama sekali parti PKR, DAP mengambil

kesempatan isu-isu mereka yang tidak bertanggungjawab.

Y.B. Dato’ Speaker : Ini siapa Yang Berhormat, yang bawa cerita? Yang Berhormat

bangkitkan ini.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Ya?

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat ni bangkitkan ini apa? Siapa yang anu? Borang-

borang apa yang banci, ni siapa?

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Borang untuk membuat tuntutan

pampasan nelayan.

Y.B. Dato’ Speaker : Ya la siapa buat?

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Ini MP Pengerang buat.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat tak payah sentuh, sehingga perkara itu selesai.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Tok dah tanya tadi, saya jawab

terus.

Y.B. Dato’ Speaker : Yalah, tunggu selesai, dia anu jelah.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Saya tak sebut tadi. Di samping itu

juga, beliau juga telah menyebarkan berita-berita pembuangan kepada penduduk di

kawasan Penggerang yang menyatakan penduduk...

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, saya ingat tajuk itu tak payah sebut kat sinilah

Yang Berhormat. Ini kat Dewan, citer anu lah...

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Speaker, saya

yakin bahawa projek ini akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk

Page 299: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

299

tempatan yang lebih daripada 70% supaya peluang pekerjaan ini diberikan kepada

anak nelayan dan juga anak petani.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih

juga kepada Yang Berhormat DUN Machap yang mencadangkan supaya membina

landasan kereta api daripada Johor Bahru ke Penggerang. Amat tepat masanya

kerana pembangunan industri, petroleum, gas, hotel terutama sekali di kawasan

Penggerang yang mana kawasan ini akan membangun dan memerlukan satu lagi

kemudahan kenderaan iaitu pembinaan kereta api untuk membawa pelancong

daripada Singapura, Thailand dan Utara Malaysia ke Desaru dan juga Penggerang.

Ini juga, memberi satu lagi impak yang sangat berkesan kepada penduduk terutama

di kawasan Desaru dan juga Penggerang. Dengan ini saya menyokong penuh,

supaya cadangan pembinaan landasan kereta api ini daripada JB ke Penggerang

akan dapat dilaksanakan supaya...

Y.B. Dato’ Speaker : Ikut mana Yang Berhormat? Ikut jalan mana tu? Ada dia punya

jalan, laluan dia.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Ikut jambatan yang ada sekarang

ini. Itu kerajaan fikir, kalau tidak dia panggil reporter.

Y.B. Dato’ Speaker : Kerajaan kalau dia fikir, boleh jadi tak buat. Itu Yang Berhormat

dia kadang...

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Saya cadangkan daripada Johor

Bahru – Kota Tinggi, Kota Tinggi ke Penggerang.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Itu lebih baik, kerana saya

percaya yakin di kawasan Penggerang ini ramai penduduknya tak pernah lihat kereta

api dan juga tak pernah lihat...(Dewan ketawa).

Y.B. Dato’ Speaker : (Ketawa) Yang Berhormat janganlah jatuhkan maruah orang

Penggerang. Takkanlah kereta api pun dia tak nampak. (Dewan ketawa)

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Saya pun baru naik dua kali kereta

api, tak pernah naik...

Y.B. Dato’ Speaker : Kita bukan tak nak tengok, naik sakit telinga dengar kereta api.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Dia tak pernah lihat, maknanya

dia tak pernah lihat dari dekatlah.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh, oh kapal selam lagi tak tengok ek.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Kapal selam dia tak payah

tengok.

Page 300: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

300

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar Johor yang

berjaya membina satu lagi lebuh raya daripada Senai ke Desaru sejauh 68 kilometer.

Walau bagaimanapun, jalan 2 lorong tetapi penduduk Penggerang berasa gembira

dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor yang dapat memendekkan perjalanan

masa bagi penduduk Penggerang ke Johor Bahru – Senai hanya makan masa 1 jam

sahaja jika dibandingkan sebelum ini makan masa 2 jam lebih. Bagaimanapun,

berlaku sedikit kerosakan, Batu 39, Tiram ke Desaru yang selalu mendapat kemalangan

semasa hujan lebat. Jadi, saya harap pihak syarikat berkenaan dapat membetulkan

kedudukan yang ada pada hari ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin tahu pembangunan projek perumahan

yang dilaksanakan Khazanah Holding Sdn. Bhd. Desaru yang mana syarikat tersebut

hanya membina rumah mewah sahaja. Di manakah letaknya tanggungjawab sosial

terhadap rakyat? Atau semata-mata untuk mencari keuntungan bagi syarikat yang

berkenaan?

Y.B. Dato’ Speaker : ini siapa buat? Yang Berhormat yang bina siapa?

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Khazanah,

Y.B. Dato’ Speaker : Khazanah apa?

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Khazanah Holding. Khazanah

Nasional.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, Khazanah, melalui syarikat apa tu?

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Syarikat dialah, dia buat sendiri.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, Khazanah. Ok.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Kenapa syarikat ini tidak membina

rumah kos sederhana rendah bagi rakyat yang tidak berkemampuan untuk membeli

rumah di kawasan pelancongan ini?

Di sini saya mencadangkan supaya Kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut dan

saya mencadang supaya diberi juga, kalau dia tak boleh buat, diberi juga pada pihak

KEJORA untuk membina, yang mempunyai tanah yang berhampiran di kawasan

pelancongan itu untuk membina kos rumah rendah dan sederhana rendah untuk

memberi peluang pada masyarakat yang tidak mampu untuk tinggal di kawasan

pelancongan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak menyentuh terus masalah, kerana masa tak

ada, Masalah di kawasan DUN Tanjung Surat:

Page 301: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

301

1. Saya ingin tahu kedudukan pembinaan Sekolah Agama di Kampung Tanjung

Seridit yang belum dilaksanakan sehingga hari ini. Walaupun janji tahun lepas,

2011 hingga 2012 pun tak nampak pembinaan dibina.

2. Saya ingin mengetahui tentang kedudukan Dewan Serba guna FELDA Keledang

sebanyak RM600,000.00 yang telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri

Besar sempena lawatan di Parlimen tahun lepas, belum nampak dilaksanakan.

3. Saya ingin tahu tentang kedudukan membina jambatan Tanjung Belungkur ke

Tanjung Surat yang kos jumlahnya RM24 juta. Bagaimanapun, pihak agensi

Kerajaan menyatakan pada dasarnya setuju, tapi masa sehingga ke hari ini masih

belum dapat dilaksanakan. Saya harap benda ini bukan sahaja diperjuangkan

oleh Wakil Rakyat semenjak 10, 20 tahun dulu sehingga hari ini saya lihat projek

pembinaan jambatan ini tidak dapat dilaksanakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin mengetahui tentang kedudukan

takungan air Sungai Lebam yang akan dikurangkan daripada 6,490 ekar kepada 3,500

ekar oleh Pengarah BAKAJ Johor untuk diwartakan. Saya difahamkan bahawa

keputusan Mesyuarat Kerajaan pada 1.2.1978, R/M. Bil.130 78 telah bersetuju

meluluskan 5800 ekar ditambah 690 ekar dengan jumlah 6,400 ekar. Itu saya ingin

tahu, adalah pihak berkenaan sudah mendapat kelulusan daripada Kerajaan untuk

mengeluarkan kawasan takungan air yang seluasnya lebih 2,500 ekar untuk

dikeluarkan. Kalau ini dilaksanakan maka kawasan takungan air ini akan menjadi kecil,

akhirnya akan menimbulkan masalah seperti yang berlaku takungan air di Sembrong.

Tambahan pula pembangunan perhotelan, perumahan Bandar Penawar, industri gas

dan industri-industri lain akan dibina di kawasan Penggerang dan di Bandar Penawar,

maka saya anggap kalau benda projek ini dapat dilaksanakan ia akan menimbulkan

masalah yang berlaku di kawasan Penggerang ini. Oleh sebab itu, saya harap

Kerajaan dapat mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya supaya

kawasan takungan air ini dapat dikekalkan pada peringkat awal iaitu 6,490 ekar.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pilihan raya yang ke-13 ini hampir tiba. Maka, parti-

parti pembangkang seperti PAS mula menggunakan, di mana sahabat saya di Panti

menyatakan Hukum Hudud untuk dapat menarik perhatian pengundi-pengundi

Melayu. Tapi malangnya rakan kerusi parti pakatan seperti DAP mendiam diri,

membisu kerana DAP dikehendaki menjaga perasaan orang-orang Melayu untuk

menang pilihan raya yang ke-13.

DAP pandai bersandiwara dan berpura-pura untuk menerima cadangan PAS.

Sebenarnya DAP adalah sebuah parti yang semenjak dari dulu tidak bersetuju dan anti

Melayu dan Islam. Ini menjadi kenyataan apabila pengerusi DAP nyatakan semenjak

daripada dulu sehingga hari ini tetap tidak setuju apa yang di bawa oleh PAS. Apa

gunanya parti PAS bersatu dengan DAP, sedangkan PAS mimpi berlainan dengan

mimpi DAP. Macam mana mereka boleh duduk bersama dan tidur bersama. Saya

mencadangkan kepada parti berkenaan, supaya keluar daripada pakatan dan

masuk parti BN untuk mengukuhkan umat Melayu kita dan Islam yang ada pada hari

ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, perancangan parti...

Page 302: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

302

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat lama lagi ni?

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Sikit lagi ni.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh lagi 5 minit. Ah ok.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Tak, saya nak ambil sikit je. 2 minit.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ah, ok.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Perancangan parti pembangkang

dalam Pilihan Raya ke-13 untuk menguasai Putrajaya, saya anggap beliau bercita-cita

mereka akan gagal. Sebelum menguasai kerajaan, di kalangan mereka tidak

persefahaman di antara satu sama lain. Ada seorang Wakil Rakyat parti

pembangkang luar Johor, yang salah gunakan wang kutipan derma untuk membina

bangunan tetapi Yang Berhormat membeli kenderaan. Akhirnya mereka kena

gantung keahlian. Kesian, kepada Yang Berhormat, berkenaan. Ini belum

memerintah, mereka sudah membuat perkara yang menyalahi Undang-Undang.

Kalau mereka memerintah saya percaya beliau akan menjual negara kita kepada

yang lain. Jadi saya harap, daripada mereka ini supaya kita bersama-sama bersatu

padu mengukuhkan perpaduan kita untuk menentukan negara kita akan terus

dikuasai oleh Kerajaan Barisan Nasional yang ada pada hari ini.

Y.B. Dato’ Speaker : Hemm.

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah (Tanjung Surat) : Yang Berhormat, dengan ini saya

menyokong usul yang dibawa oleh DUN Machap. Terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, perbahasan diteruskan lagi. Nak berucap juga?

Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Bismillahirrahmaanirrahim, saya

mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana

mengizinkan saya untuk memberi ucapan ataupun membahaskan...

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, tak adanya saya izin, duduk ah. Ahli Yang Berhormat Dewan

ini saya tangguhkan sehingga jam 2:30 petang ini.

Persidangan di tangguhkan pada jam 1:10 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 2:30 petang.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh,

selamat sejahtera. Perbahasan di sambung semula, jemput.

Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Bismillahirrahmaanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Page 303: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

303

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh.

Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Pertama-tama saya

mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Speaker, Yang Berhormat Timbalan

Speaker, kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan

Bajet 2012, yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Saya

mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat kerana telah

membentangkan Bajet 2012, pada kali ini dengan penuh berhemah. Dan, apa yang

saya amati bajet tersebut merupakan bajet yang boleh dikatakan bajet, balance

bajet atau bajet yang sama rata. Kerana walaupun kita mempunyai lebihan

sebanyak RM300 lebih juta tetapi kita membelanjakan lebihan tersebut kepada

pembangunan Negeri Johor. Syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar

dan semua jentera Kerajaan Negeri Johor yang mana telah sama-sama memikirkan

cara mana untuk memberi kembali kepada rakyat akan apa yang diterima oleh

Negeri Johor.

Dan, terima kasih saya juga kepada Pejabat Daerah Pontian dan juga Majlis Daerah

Pontian yang mana kali ini saya amati saya mempunyai team pegawai kerajaan yang

mana terdiri dari pegawai DOnya dan semua pegawai-pegawai di Pejabat Daerah,

yang amat prihatin, yang amat aktif dan boleh dikatakan yang terbaik semenjak saya

menjadi ADUN di Kukup. Dan, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang apa yang

dirakamkan oleh sahabat saya daripada Maharani, yang mana beliau telah pun

menyentuh tentang mempolitikkan Islam di peringkat awal dalam daerah-daerah

ataupun dalam Parlimen-Parlimen. Yang mana beliau menyebut, mengatakan di

Johor ini pemilihan Jawatankuasa perlu diteliti ataupun diluluskan oleh Ketua Bahagian

UMNO itu sendiri. Jadi, untuk pengetahuan Y.B. Maharani, perkara ini memang saya

rasa amat berketepatan kerana dengan cara ini bukan sahaja UMNO, bukan sahaja

Barisan Nasional malah Kerajaan Negeri Johor menjaga kesucian masjid kita di Negeri

Johor ini.

Apa yang saya amati, Yang Berhormat Timbalan Speaker, kita di Johor kita masih lagi

boleh mengawal masjid-masjid kita tidak seperti negeri-negeri yang telah pun

diperintah oleh parti pembangkang. Yang mana kalau kita pergi ke Selangor, kalau

kita ikuti khutbah Jumaatnya itu sendiri penuh dengan kata orang tu dengan fitnah-

fitnah, yang ada tu sampai sanggup menggunakan mimbar untuk mempertahankan

maksiat ye, yang kah mengutuk kerajaan yang tak pernah nampak Kerajaan Pusat

melakukan perkara-perkara yang baik. Jadi, itu berlaku di negeri-negeri yang

diperintah oleh pihak pembangkang, Yang Berhormat Datuk Speaker. Tetapi kita di

Negeri Johor ini, alhamdulillah dengan proses yang dilakukan, yang mana Ketua

Bahagian memastikan Jawatankuasa di peringkat masjid tidak dicemari oleh parti-

parti, yang mana hari ini kita tengok mereka ini lebih cenderung kepada

menggunakan agama untuk memenangi hati rakyat.

Dan, sebagaimana kita semua juga dengar hujah daripada Wakil Sungai Abong yang

mana membawa hudud ke dalam Dewan ini. Kalau tuan-tuan, puan-puan semua,

Yang Berhormat Datuk Speaker sedia maklum, satu hukum Allah itu mereka gunakan

sebagai gimik politik. Yang mana gimik politik ini tidak difahami oleh kebanyakan

lapisan masyarakat termasuk juga sesetengah orang Islam memperkatakan tentang

hukum hudud. Hukum hudud ini adalah satu hukum yang ditentukan oleh Allah SWT

Page 304: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

304

tetapi bagaimana mereka ini tergamak menggunakan hukum hudud ini sebagai gimik

satu permainan politik mereka. Dan, baru-baru ini kalau kita tidak lupa semalam

sebagaimana yang dibentangkan ada pulak hukum hudud PAS. Hukum hudud ini

tidak akan kita dengar kalau selepas pilihan raya. Bila nak pilihan raya aje timbullah

hukum hudud, lepas pilihan raya hilang hukum hudud. Memang mereka

menggunakan hukum hudud ini untuk mereka sebagai gimik kepada politik mereka.

Jadi, kalau kita sendiri melihat surah At-Taubah Ayat Ke-12, maka bagaimanakah Allah

SWT mengingatkan kita supaya kita tidak menjual ayat-ayat al-Quran itu dengan harga

yang sedikit. Tidakkah mereka mengambil iktibar daripada firman Allah itu. Dan,

mereka sanggup menyamakan pemimpin mereka kerana ketaksuban mereka

hinggakan pemimpin mereka pun mereka sanggup menyamai pemimpin mereka

dengan nabi. Apa bezanya kalau tuk guru mereka ini dikata nabi, apa bezanya

dengan kumpulan Ayah Pin? Saya nak bertanyakan dalam Dewan ini. Tidak ada

bezanya,Yang Berhormat Datuk Speaker.

Jadi, di sini Kerajaan Negeri Johor sebagaimana yang saya katakan tadi kita bersyukur

kerana proses pemilihan Jawatankuasa dalam masjid itu masih terkawal, bukan seperti

tempat mereka. Dan, kalau kita lihat Yang Berhormat Dato’ Speaker, hari ini di

Parlimen Tanjung Piai sahaja semasa satu penggal yang mana saya menjadi ketua,

menjadi ADUN sehingga hari ini kita telah pun membina 7 buah masjid baru, sebanyak

7 buah masjid baru kita dah bina di kawasan Parlimen Tanjung Piai itu sahaja, satu

Parlimen, Yang Berhormat Datuk Speaker. Dan, kalau kita kaji balik, kita lihat balik di

Negeri Kelantan, satu negeri yang mereka bangga-banggakan yang mereka

menghadap, mengiblatkan negara tersebut, negeri tersebut kononnya Serambi

Mekah, berapa masjid yang mereka bina untuk Negeri Kelantan? Hanya satu, kalau

kita bandingkan Negeri Kelantan dengan Tanjung Piai siapa yang memperjuangkan

Islam lebih? Adakah Negeri Kelantan yang dikatakan Serambi Mekah itu? Layakkah

Negeri Kelantan yang kita, yang ramai antara pengikutnya mengiblatkan sebagai

Serambi Mekah? Layakkah negeri ini disebut sebagai Serambi Mekah? Yang

mempunyai paling ramai, apa tu yang dijangkiti oleh penyakit HIV? Adakah negeri ini

yang kita nak jadikan contoh? Kadang-kadang saya terfikir juga Yang Berhormat

Datuk Speaker, bagaimanakah orang di Negeri Johor ini boleh terikut-ikut sedangkan

UMNO kita sebenar-benarnya memang memperjuangkan, memperjuangkan Islam,

memperjuangkan kesucian masjid itu, bukan hanya berkata-kata, bukan hanya retorik

tetapi kita mengotakan apa yang kita katakan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, macam saya katakan tadi bukan hanya 19 buah biji

malah lebih daripada 30 buah biji surau di Parlimen Tanjung Piai telah pun kita bantu

memberi peruntukan lebih daripada RM30,000.00 setiap satu surau di Parlimen Tanjung

Piai. Di tempat lain itu saya tak pastilah. Jadi, kalau di Tanjung Piai 7 buah masjid

mungkin di Parlimen lain mungkin lebih daripada itu. Jadi, di manakah yang mereka

katakan mereka memperjuangkan Islam dengan DAPnya yang kata bila dapat

memerintah Putrajaya separuh daripada kakitangan kerajaan akan dibuang, begitu

jugalah kalau mereka dapat berkuasa di Negeri Johor mungkin setengah daripada

pegawai-pegawai kerajaan yang di sekeliling kita ini, mungkin dah tak ada tempat

nak cari kerja. Dah mungkin hilang pekerjaan. Adakah itu yang kita inginkan berlaku di

Negeri Johor? Dan, tanggapan yang negatif sentiasa dalam benak fikiran mereka ini

tuan-tuan, puan-puan, Yang Berhormat Datuk Speaker, memang tak ada lain dalam

Page 305: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

305

pemikiran pembangkang adalah negatif. Apa kerajaan buat semua tak bagus.

Sampaikan orang pergi karaoke pun dia kata pencuri. Adakah itu adil? Kalau dikata

kaki judi tu menipu tu, saya tak nak mempertikaikan tetapi apabila mereka

mengatakan orang yang pergi karaoke ini adalah penipu, jadi ini, pencuri, ini adalah

satu tohmahan yang tidak boleh kita terima. Sampai hari ini, saya difahamkan di luar

tadi ada demonstrasi dan tengok mana pergi semua rakan-rakan kita yang berani

bersuara dalam Dewan ini, hilang satu orang pun tak ada. Ke mana mereka pergi?

(Dewan ketawa). Takut nak menghadapi orang awam, kerana apa, kerana mereka

menuduh orang yang pergi karaoke ini.

Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim (Maharani) : Yang Berhormat, pembetulan, eh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ya, Yang Berhormat kenapa?

Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim (Maharani) : Y.B. DAP ada turun bawah jumpa mereka.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ha, oklah, tak perlu nak jawab, jemput. Teruskan.

Y.B. Datuk Haji Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Jadi, Yang Berhormat Datuk

Speaker, kita tengok sahaja bila mereka dah mengeluarkan satu statement yang

tersasul kemungkinan, tetapi mungkin apa yang saya katakan tadi mereka ini memang

apa pun pihak pembangkang kita buat semua negatif, tengok sahaja Skudai, Senai

eh. Dalam saya mengikuti perbahasan beliau tak ada lain yang disebut rasuah, rasuah,

rasuah. Pegawai kerajaan yang ada di sekeliling kita ni semua dicap sebagai

pemakan rasuah. Cakap dalam Dewan boleh, cuba cakap di luar. Saya cabar dia

cakap di luar pegawai kerajaan kita makan rasuah, kalau boleh kita semua saman dia.

Tetapi oleh kerana dalam Dewan ini mempunyai imuniti mungkin kita tidak boleh

mengambil tindakan. Tetapi kalau beliau berani cakap di luar.

Dan, saya pun hairan juga ada sesetengah kita pegawai kerajaan ini masih ada yang

menyokong mereka. Sedangkan mereka sendiri tahu yang negatif tanggapan negatif

daripada pembangkang ini ditujukan kepada semua yang ada dalam Dewan ini

sementelah lagi pegawai kerajaan, tak ada lain dalam ucapannya adalah berbentuk

rasuah, rasuah, rasuah. Dan, saya cabar juga kepada dia, kalau benar pegawai-

pegawai kerajaan kita makan rasuah, buat laporan sebagaimana Yang Berhormat

Speaker, Dato’ Speaker, mengutarakan kepada beliau kalau boleh buat laporan Polis,

buat apa nak tuduh dalam Dewan ini sahaja. Cari bukti, tuduh. Dan, sebagaimana

yang disampaikan oleh Mengkibol tadi, membaca daripada Teks Laporan Audit harga

kamera sedemikian, harga kamera di apa tu dinaikkan kepada harga yang lebih

tinggi. Ini semua kalau tak berpuas hati jangan bawa dalam Dewan buat laporan

Polis.

Dan, kita kalau kita tengok di sini walaupun kita Barisan Nasional memerintah tetapi

pegawai yang membuat ini perlu bertanggungjawab. Tak semestinya pegawai yang

melaksana melakukan kerja-kerja ini adalah penyokong kepada Barisan Nasional,

mungkin mereka ini juga penyokong kepada pembangkang kita tak tahu. Jadi, buat

laporan majukan laporan tersebut di bawa ke muka pengadilan.

Page 306: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

306

Yang Berhormat Datuk Speaker, dan Mengkibol tadi beritahu dia kata baju dia

RM300.00, kasut dia RM70.00, nak di bawa ke dalam Dewan. Saya dalam Dewan ni

pun saya boleh cakap dalam Dewan baju saya, kasut saya semua saya beli kat

bundle lebih murah daripada apa yang dia beli. Dia beli RM300.00, saya beli RM100.00

di bundle. Banyak di Pekan Nenas kedai-kedai bundle. Jadi, apa yang diperkatakan

tadi banyak yang tidak berasas dan saya amat menyeru kepada parti pembangkang

khususnya kepada sahabat saya, walaupun kata Mengkibol dalam kita lawan luar kita

lawan. Tetapi Barisan Nasional tidak, dalam kita kawan luar pun kita kawan. Jadi,

cuma kita kata orang tu ada yang bertentangan dalam Dewan ini.

Dan, untuk PAS, saya ingin mengingatkan di sini menyeru, kalau boleh janganlah kalau

diri kita telah tersesat jangan kita menyesatkan orang lain. Kerana banyak, apa yang

saya lihat selain fakta-fakta ataupun fatwa-fatwa yang dikeluarkan itu sesat, yang

pada tanggapan saya, saya lihat memang tak boleh kita terima di sini. Contoh yang

paling ketara adalah apabila mereka menyamakan pemimpin mereka sebagai nabi.

Sedangkan kita semua tahu Nabi Muhammad SAW itu adalah nabi yang terakhir.

Dan, saya ingin membawa sedikit waktu kepada masalah dalam kawasan saya Yang

Berhormat Datuk Speaker, yang mana baru-baru ini di kawasan pantai di Tanjung Piai

telah pun dicemari oleh tumpahan minyak. Dan, ini mula berlaku, dan ini kerap berlaku

di pantai-pantai Tanjung Piai kerana begitu banyak kapal yang berlabuh di sana. Dan,

apa yang saya mohon kepada pihak-pihak yang berkuasa kalau boleh mengadakan

pemantauan. Selain daripada pemantauan juga mendapatkan nasihat daripada

mereka-mereka yang pakar. Apa yang saya diberitahu, apabila mereka melepaskan

minyak biasanya kita boleh trail kapal-kapal tersebut. Kita boleh tahu daripada mana

punca buangan minyak tersebut. Ini sebagai permulaan lebih kurang 700 meter

pantai tersebut telah di cemar oleh minyak, tumpahan minyak. Yang mana semua

kita tahu, di Tanjung Piai kita menghadapi masalah hakisan pantai dan selain daripada

hakisan pantai ini juga kita menghadapi masalah tumpahan minyak. Jadi, saya amat

mengharapkan kepada pegawai kerajaan yang terbabit dalam perkara-perkara ini

supaya mengambil tindakan yang sepatutnya untuk menghentikan perkara-perkara

ini.

Dan, sebagaimana yang dilaporkan dalam Bajet 2012, oleh Yang Amat Berhormat

Menteri Besar kita dalam memperlebarkan jalan-jalan kampung sebanyak lebih kurang

RM300,000.00 dalam RM300 juta itu sebahagiannya akan diserahkan kepada untuk

melebarkan jalan-jalan kampung. Yang mana hari ini jalan kampung memang telah

pun bertar tetapi sukar untuk kita berselisih. Dalam, di Parlimen Tanjung Piai ataupun di

dalam DUN Kukup itu pelebaran jalan kampung telah pun, projek tersebut telah pun

mula berjalan. Tetapi apa yang saya amati adalah perkara seperti apabila mereka

melebarkan jalan dan kontrak-kontrak ini diberikan kepada beberapa kontraktor-

kontraktor tetapi saya tengok daripada segi kualiti pelebaran jalan ini tidak sekata.

Dan, ada jalan yang baru mereka bina lebih kurang sebulan atau 2 bulan telah pun

pecah. Jadi, saya amat mengharapkan pihak yang terlibat dalam projek pelebaran

jalan-jalan kampung ini memastikan ada satu garis panduan, ada satu standard yang

mana memastikan setiap kontraktor mengikut standard tersebut supaya apabila projek

ini dilaksanakan tidak menjadi pembaziran kepada kerajaan dan juga kepada rakyat.

Dan, saya amat mengharapkan tindakan segera perlu diambil oleh mereka-mereka

yang bertanggungjawab.

Page 307: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

307

Y.B. Timbalan Datuk Speaker : Masa cukup, Yang Berhormat.

Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Sedikit lagi, Yang Berhormat Datuk

Speaker.

Y.B. Timbalan Datuk Speaker : Ha, tak jumpa?

Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup) : Tidak. Tengah memilih, Yang Berhormat

Datuk Speaker... point-point yang penting sahaja.

Y.B. Timbalan Datuk Speaker : Pilih yang penting je lah.

Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof (Kukup): Dalam pembangunan di Tanjung Piai

ataupun di DUN Kukup yang begitu pesat sekali, dengan petro-chemicalnya. Jadi,

saya juga ingin membawa perkara ini ke dalam Dewan, sebabnya adalah jalan-jalan

antara Pontian ke Kukup sebelum ini, oleh kerana kenderaan-kenderaan berat yang

membawa muatan-muatan yang berat kepada tapak projek petro-chemical ini,

menyebabkan banyak jalan di situ rosak. Dan, saya berterima kasih kepada Menteri di

Jabatan Kerja Raya yang telah pun memberikan peruntukan kepada kami untuk

membaiki jalan tersebut.

Dan juga terima kasih saya kepada Timbalan Perdana Menteri untuk menyelesaikan

masalah tersebut tetapi saya amat khuatiri walaupun sebahagian daripada jalan

tersebut telah pun disiapkan, memandangkan begitu banyak lori-lori yang berat ini

yang masih lagi lalu di atas jalan tersebut, mungkin ketahanan jalan tersebut tidak

boleh bertahan lama. Jadi, kalau boleh saya minta adanya persetujuan daripada

kontraktor-kontraktor yang membina di sekitar projek petro-chemical itu memastikan

apabila jalan tersebut rosak, mereka bertanggungjawab untuk membetulkannya

kembali. Dan, untuk projek petro-chemical ini juga, belum pun sempat beroperasi, baru

pun dalam pembinaan, baru-baru ini, ada pencemaran telah berlaku ke dalam sungai

di Sungai Pulai tersebut. Dan, banyak boleh dikatakan hampir habis pupus ikan di situ,

mati timbul kerana keracunan. Puncanya kita tidak tahu. Dan, ini belum, Yang

Berhormat Datuk Speaker, belum pun bermulanya projek petro-chemical ini, baru

dalam pembinaan telah berlaku pencemaran di sungai tersebut. Yang apa yang saya

khuatiri hari ini ialah, saya tidak tahu esok kalau operasi ini sudah bermula, dah

bermulanya operasi esok bagaimana mereka ini kita pantau, kita kawal, supaya

pencemaran esok yang lebih teruk lagi, kalau tidak kita pantau, tidak mengambil tahu,

kita tidak ada pemantauan yang berskala dan tidak ada standard untuk memastikan

maintenance kepada petro-chemical ini, esok akan melibatkan, akan terjadi

pencemaran yang lebih teruk lagi.

Jadi, saya sekali lagi memohon kepada semua pihak-pihak yang terlibat dalam projek

ini juga untuk memastikan setelah projek ini berjalan esok, memastikan tidak ada

pencemaran berlaku kerana di Sungai Pulai ini adalah satu kawasan sungai tertutup.

Apabila berlaku pencemaran di dalam kawasan tersebut, Yang Berhormat Datuk

Speaker, dia air tersebut bukan airnya yang mengalir, air dalam kawasan tersebut

adalah kawasan air yang mati dalam kawasan tersebut sahaja. Jadi, apabila berlaku

pencemaran, harus diingat bukan ada cara pemulihan yang kita boleh buat dengan

Page 308: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

308

cepat. Jadi, saya memohonlah kepada semua yang terlibat supaya memastikan

perkara pencemaran ini tidak berlaku dalam kawasan tersebut.

Jadi, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima

kasih dan mungkin sebagaimana rakan-rakan saya yang lain katakan tadi, ini adalah

kali terakhir kita di dalam Dewan ini dan kalau pilihan raya lebih awal esok mungkin kita

semua tidak terpilih. Jadi, pesan saya kepada semua rakan-rakan saya, tengok-

tengoklah muka Timbalan Speaker kita, Yang Berhormat Datuk Timbalan Speaker kita,

yang mungkin pada masa akan datang kita tidak berkesempatan melihat wajah

beliau yang handsome itu. Jadi, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih

kepada rakan-rakan saya dan kepada semua jabatan-jabatan kerajaan (ketawa)

kerana telah pun bersama-sama untuk memastikan rakyat di Negeri Johor ini

mendapat faedah yang terbaik daripada pembangunan di Negeri Johor ini. Jadi,

dengan itu, saya menyokong ADUN Machap. Sekian, terima kasih.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih, Yang Berhormat. Jemput yang lain. Ada?

Bukit Serampang.

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Selamat petang, salam

sejahtera, salam 1 Malaysia. Yang Berhormat Datuk Speaker, pertamanya seperti biasa,

saya mengambil kesempatan untuk mengucap syukur dan terima kasih kerana telah

pun diberikan peluang untuk turut sama membahaskan rundingan yang dibawa oleh

Yang Berhormat Machap dan tentunya kita menyokong penuh di atas usaha yang

telah dibuat oleh kerajaan negeri untuk memaju dan memakmurkan Negeri Johor

Darul Ta’zim. Untuk itu, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan

tahniah di atas pembentangan Bajet 2012 yang bertemakan “Menjana Pendapatan

Dan Berbelanja Demi Rakyat”. Di mana pelbagai program telah pun dirancang dan

disusun untuk dilaksanakan bukan sahaja dalam bentuk pembangunan ekonomi

semata-mata, malah dari segi kerohanian, modal insan dan alam sekitar demi

kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, ini adalah merupakan

amalan sejak daripada dahulu lagi. Kita rujuk dari segi sejarah kita mencapai

kemerdekaan. Sejak kerajaan yang telah pun diberikan tanggungjawab, bermula

dengan kerajaan yang dipanggil kerajaan perikatan, sampailah kepada hari ini,

diubah ataupun dikembangkan lagi dengan diberikan nama Barisan Nasional.

Memangnya telah pun merupakan sebuah kerajaan yang benar-benar telah pun

dipertanggungjawab dan telah pun memainkan peranan dan tanggungjawab ini

untuk kesejahteraan rakyat secara umumnya, lebih-lebih lagi dalam konteks

masyarakat Malaysia yang merupakan masyarakat majmuk.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sepertimana sahabat-sahabat saya yang telah pun

menyampaikan ucapan bahasan tadi, saya juga agak rasa terkilan, segala usaha

yang telah pun dibuat oleh pihak kerajaan selama ini seolah-olah tidak memberikan

manfaat kepada rakyat secara umumnya. Lebih-lebih lagi oleh pihak-pihak yang

menggelarkan dirinya sebagai anggota pakatan rakyat dan jelas sebagaimana kata

Page 309: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

309

Yang Berhormat sebentar tadi, Tanjung Piai sebentar tadi, gendang ataupun palu

yang dibuat ini hanyalah berlaku apabila menjelang pilihan raya. Pelbagai perkara

telah pun dilakukan, tohmahan demi tohmahan, fitnah memfitnah dan pelbagai

tindak laku yang dibuat semata-mata untuk merenggangkan keyakinan rakyat

kepada pimpinan kerajaan yang ada pada hari ini. Tetapi, sebahagian besar

daripada mereka yang mengadu domba seumpama ini sebenarnya adalah

berjayanya mereka sama ada dalam bidang pelajarannya, dalam bidang

pekerjaannya, dari segi perniagaannya adalah hasil daripada usaha yang telah pun

dibuat oleh kerajaan yang saya katakan tadi sejak kita mencapai kemerdekaan

sampailah ke hari ini. Seolah-olah tidak ada langsung rasa terima kasih kepada

kerajaan yang ada pada hari ini.

Dan, lebih malang lagi apabila pandangan-pandangan ataupun apabila kritikan-

kritikan itu sampai kepada tahap yang boleh merosakkan hubungan antara kaum di

dalam negara kita. Dan, dengan sendirinya akan mencemarkan nama baik negara

bukan sahaja di peringkat kita di dalam negara tetapi sampai kepada peringkat luar

negara. Sebab itulah, tidak keterlaluan orang-orang yang seumpama ini boleh

dianggap sebagai penderhaka kepada negara dan boleh dianggap juga mereka

merupakan insan, yang apa kata orang, kacang lupakan kulit. Tetapi lebih parah lagi,

Yang Berhormat Datuk Speaker, apabila soal isu-isu yang ada hubung kait

kerenggangan hubungan antara kaum ini diutarakan begitu nyata sehingga sanggup

melabelkan UMNO khususnya, Barisan Nasional sebagai parti racist, kafir dan

sebagainya, sedangkan ini adalah satu merupakan tuduhan yang tidak sepatutnya

dilakukan. Apakah, apabila UMNO mempertahankan, Barisan Nasional

mempertahankan perkara-perkara yang telah termaktub di dalam perlembagaan

seperti kita meletakkan isu-isu raja itu sebagai tahap yang tertinggi, adakah itu sebagai

racist? Apabila kita mempertahankan hak-hak yang terkandung di dalam

perlembagaan fasal 1153, 1152, adakah itu merupakan satu racist? Adakah rakan-

rakan kita, sahabat-sahabat kita daripada MCA ataupun Gerakan PPP, MIC

mempertahankan, mengharapkan hak bagi masyarakat India dan masyarakat

Tionghoa, dalam konteks Ini, adakah mereka itu dianggap racist? Saya rasa tentu

semua bersetuju dengan saya. Kita membela kepentingan rakyat kita di mana kita

diwakili dan di mana kita berada. Jadi, tidak timbul soal yang ada hubung kait, yang

saya katakan tadi, yang dikatakan racistlah dan sebagainya. Sebab itulah, Yang

Berhormat Datuk Speaker, saya mengajak semua pihak, dalam usaha untuk hendak

mengetengahkan ataupun hendak menjual produk parti masing-masing, janganlah

lupa, keharmonian negara ini perlu kita letakkan di tempat yang utama.

Well, Datuk Speaker, saya seperti juga Yang Berhormat yang lain, menyanjung tinggi

usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Johor. Pelbagai usaha telah pun

dibuat. Sebagai mungkin, saya pernah datang dari kawasan luar bandar agak rasa

kagum apabila pembangunan-pembangunan di kawasan luar bandar diberikan

tumpuan yang begitu baik. Sepertimana yang telah pun dilakukan, pembinaan jalan-

jalan kampung yang dulunya begitu teruk tetapi dengan adanya usaha-usaha

kerajaan, tidak dapat dibuat dengan duit yang ada pada tabung kerajaan,

ditubuhkan satu syarikat, KPRJ, yang pada satu ketika dahulu ditohmah dan macam-

macam, dilabelkan bermacam-macam oleh sesetengah pihak. Tapi, Alhamdulillah,

dengan inisiatif yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri, maka berlakulah jalan-jalan

Page 310: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

310

kampung ini diperbaiki sehingga sampai ke tahap lebih kurang 2500 kilometer jalan

kampung di seluruh Negeri Johor ini telah dapat diperbaiki dan diturap.

Itu tidak masuk lagi kalau kita memperkatakan soal bekalan api, soal bekalan air dan

juga berbagai-bagai lagi kemudahan-kemudahan bagi masyarakat khususnya

kawasan luar bandar. Tetapi, kita lihatlah, di setengah-setengah negara lain, kita

bukanlah hendak menepuk dada ataupun kata orang hendak masuk bakul angkat

sendiri. Tapi lihat bagaimana yang berlaku di sesetengah negara, di sesetengah

negeri. Kelantan umpamanya, kita lihat sampai sekarang masalah air tidak pun dapat

diperbaiki. Begitu juga tempat-tempat yang lain, tapi kita, Alhamdulillah. Di Johor,

dengan komitmen semua pihak, sokongan, dokongan khususnya, pegawai-pegawai

kerajaan di mana peringkat berada. Dengan sokongan itu dan komitmen itu telah pun

menyebabkan kita, kerajaan telah berjaya mengadakan perkara-perkara seumpama

ini.

Begitu juga dalam soal-soal yang lain, soal agama, soal pelajaran di negeri kita Johor

ini. Kita lihat bagaimana hebatnya sistem pelajaran agama di sekolah-sekolah kita hari

ini sehingga dijadikan sebagai salah satu contoh untuk di negeri-negeri, setengah-

setengah negeri, dari segi bagaimana kita menghidupkan suasana, kekuatan dari segi

sekolah-sekolah agama ini, termasuklah kebajikan pelajar-pelajar kita di Negeri Johor.

Saya suka memetik sebagaimana yang telah pun dilihat, di mana kerajaan negeri

telah pun membelanjakan lebih daripada RM115 juta setahun untuk hendak

membiayai pendidikan agama di negeri ini termasuklah dari segi pengurusan, bayaran

gaji guru, penyelenggaraannya dan kalau kita lihat pada keadaan seumpama ini,

kerajaan hanya boleh mampu membina paling banyak 7 buah sekolah sahaja agama

setahun. Jadi, sampai bila ia hendak mencukupi? Tetapi, atas inisiatif kerajaan negeri,

atas kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan di dokong oleh barisan

EXCO yang ada pada hari ini dan melalui kerjasama yang lain, satu cara telah pun

dilakukan iaitu pembiayaan kreatif dengan kerjasama sektor swasta, kerajaan sudah

pun mula melaksanakan pembangunan 25 buah sekolah agama melalui fasa 1 dan

sebanyak 121 buah sekolah agama akan dibina dalam tempoh 3 tahun sejak awal

tahun ini. Dan, pembinaan kesemua 121 sekolah agama ini akan dilaksanakan

menerusi kaedah pembayaran melalui tertangguh, sebanyak 15 tahun dengan

kerajaan negeri menanggung 70% daripada biayanya, manakala bakinya ditanggung

oleh Majlis Agama Islam. Melalui cara-cara ini, kerajaan telah pun dapat

melakukannya dan rakyat tidak perlu menunggu lama untuk memastikan anak-anak

mereka menikmati pendidikan agama dengan lebih baik dengan dan selesa lagi.

Begitu juga soal-soal kebajikan pelajar, kita lihat beberapa perubahan telah pun

berlaku dan kalau kita lihat bagaimana sehinggakan pada peringkat pelajar-pelajar

kita yang terkandas di Mesir oleh kerana perubahan keadaan berlaku di Mesir tak

selamat pada ketika itu, kerajaan negeri juga telah membiayai perbelanjaan mereka

untuk menghantar pulang dan juga membawa balik untuk keselamatan mereka. Ini

komitmen yang telah pun dilakukan oleh pihak kerajaan, khususnya kerajaan negeri

Johor dalam menangani masalah-masalah yang berlaku kepada kita semua. Jadi ini

yang perlu kita berterima kasih dan ini juga yang perlu direnungi oleh rakyat negeri

Johor, baik di mana kita berada, baik di mana peringkat kita berada kita harus melihat

perkara-perkara seumpama ini dan inilah yang perlu kita lakukan dan insya-Allah

dengan adanya renungan seumpama ini akan terbalaslah segala jasa baik kerajaan

Page 311: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

311

ini dalam bentuk sokongan yang akan kita hadapi pada masa-masa yang akan

datang khususnya dalam menghadapi pilihan-pilihan raya kelak insya-Allah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, soal-soal yang lain saya ingin menyentuh beberapa

perkara berhubung dengan beberapa yang telah ditimbulkan sama ada dalam

perbahasan kita, sama ada dalam bentuk lisan, dan juga soalan-soalan yang lain. Di

antaranya ialah Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin menyentuh soal yang

telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam mengenai

enakmen-enakmen yang telah pun diwujudkan dalam menangani masalah

permasalahan di negeri Johor ini yang ada hubung kait dengan peranan dan

tanggungjawab Jabatan Agama Islam. Soal yang saya lihat dari segi undang-undang

dah ada, cukup. Sama ada dalam menangani masalah gejala sosial ataupun dari segi

yang kita sentuh hari itu ialah mengenai ceramah-ceramah oleh mereka yang tidak

mendapat tauliah daripada pihak-pihak yang berkenaan. Persoalannya sejauh mana

pemantauan ini?. Ini yang nak kita timbul. Kadang-kadang kita lihat berlaku, berlaku

ceramah-ceramah yang dibuat sewenang-wenangnya yang kita sedar pada mulanya

memang hebat dengan ayat qurannya, dengan hadisnya, terpegun kita tetapi bila

dah penghujung-penghujungnya maki hamun timbul dan macam-macam lagi.

Jadi untuk nak mengelakkan suasana ini gejala –gejala ini, tentulah adanya pasukan

pemantau ataupun penguat kuasa. Saya faham, pegawai-pegawai tidak mencukupi

tetapi mungkin boleh dipertimbangkan supaya pegawai-pegawai ada di kawasan

persekitaran berkenaan kita lantik diberikan kuasa umpamanya, kalau dalam

menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan agama mungkin imam ataupun

penggerak masjid dan surau itu boleh kita berikan tauliah untuk mereka melihat apa

yang berlaku dalam ceramah-ceramah yang telah dibuat oleh mana-mana pihak.

Tentunya ianya memerlukan bantuan dengan pihak penguat kuasa seperti polis dan

sebagainya. Kerana kita sedar penguat kuasa ini hanya boleh memantau tetapi kuasa

tindakan undang-undang tidak ada pada mereka. Jadi atas dasar itu tindakan

bersepadu harus diambil untuk mereka ini menjalankan tugas dan sebagainya. Kita

bukan nak menghalang secara membuta tuli, tetapi yang jelas kalau tidak ditangani

sebaik mungkin, ceramah-ceramah yang berupa fitnah, merupakan hasut menghasut

ini akan merosakkan keharmonian masyarakat setempat. Itu yang kita bimbangkan,

elok-elok kita sesama kita pergi surau, pergi masjid bersama tetapi dengan adanya

ceramah-ceramah dan fitnah yang ditaburkan itu maka berlakulah pergeseran dan

kadang-kadang lebih malang pergeseran ini berlaku sesama dalam satu keluarga. Ini

yang kita bimbangkan yang kita katakan tadi macam mana supaya perkara-perkara

ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Masa cukup Yang Berhormat.

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Yang Berhormat Datuk Speaker,

saya minta dalam seminit dua lagi.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok, jemput.

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Ini masalah tempatan. Yang

Berhormat Datuk Speaker, Bukit Serampang ini yang jadi agak ialah semua dah tahu,

Page 312: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

312

kita ni ada dua daerah, sebahagian daripada kawasan saya ini tinggal dalam daerah

Muar dan sebahagian lagi ialah masuk dalam kawasan Ledang.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Untung Yang Berhormat.

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Ye?

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Untung ada dapat dua daerah.

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat (Bukit Serampang) : Patutnya untung tapi yang saya

nak ini, saya bersimpati dengan pegawai-pegawai kerajaan ini. Maksudnya ada

sebahagian daripada jabatan-jabatan ini dia masih lagi merujuk ke daerah Muar.

Contohlah saya ambil mudah, Pejabat Pelajaran, dia masih lagi merujuk pegawai

pelajaran daerah Muar sedangkan dia ada satu daerah lain. Begitu juga, ada

setengah-setengah yang lain, FAMA, Pertanian, dan sebagainya. Jadi telah sampai

masanya daerah Ledang itu yang telah pun ditabalkan sebagai satu daerah

mempunyai pegawai di peringkat daerah. Ini terutamanya ialah pegawai-pegawai di

peringkat persekutuan Yang Berhormat Datuk Speaker, negeri tak ada masalah, saya

nampak semua dah berpecahlah maknanya di bawah tanggungjawab masing-

masing.

Begitu juga bila sebut soal-soal yang ada hubung kait dengan pegawai-pegawai dan

penguatkuasaan ini saya nak menimbulkan satu perkara lagi. Saya dah timbul soalan

saya hari tu menyentuh mengenai bagaimana peranan kita membantu masyarakat-

masyarakat Orang Asli. Pelbagai usaha telah kita buat tetapi kita masih lagi belum

berpuas hati sebab masyarakat Orang Asli adalah merupakan juga masyarakat

warganegara kita yang perlu kita berikan perhatian tetapi yang timbul masalah, saya

nampak fokus jabatan kepada masyarakat orang asli ini agak belum lagi, maaf kalau

saya katakan belum begitu memuaskan. Bukan kerana tidak adanya komitmen ini

tetapi masalah juga saya nampak pegawai-pegawai.

Sebagai contoh, saya di fahamkan kalau betul, saya minta maaf. Bagi daerah Muar,

daerah Ledang dan juga daerah Segamat, cuma satu sahaja pegawai, dua pegawai

yang mengawasi atau menyelia perkampungan ataupun yang ada hubung kait

dengan masyarakat Orang Asli. Jadi, macam mana mereka itu nak menumpukan

perhatian sampai kepada tiga daerah? Jadi ini yang saya nampak agak sedikit

kejanggalanlah dan perlu diberikan perhatian oleh pihak-pihak yang

bertanggungjawab.

Jadi, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya tidak mengambil masa yang panjang bagi

memberi laluan kepada sahabat-sahabat yang lain. Jadi atas dasar itu, sepertimana

jugalah Yang Berhormat daripada Tanjung Piai, tadi mungkin ini adalah merupakan

sidang terakhir menjelang pilihan raya dan untuk itu yang pertama sekali saya

mengambil kesempatan juga untuk menyanjung tinggi mengucapkan terima kasih

kepada semua ketua-ketua jabatan sama ada peringkat persekutuan, negeri, daerah

yang selama ini banyak membantu kita dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab kepada kebajikan dan juga kebaikan rakyat dan dalam masa yang

sama mungkin dalam usaha untuk kita memberikan khidmat bakti pada rakyat secara

umumnya mungkin cara tindakan kami adalah agak kurang menyenangkan. Jadi atas

Page 313: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

313

dasar itu, saya mengambil kesempatan untuk mohon ampun dan maaf sebenarnya

apa yang kita lakukan ini adalah dengan tujuan dan niat yang baik, bukan kita nak

mempertikaikan semata-semata kepada pegawai-pegawai kerajaan tetapi untuk

menambah baikkan lagi tugas dan tanggungjawab kita bersama dan kita harap

bantuan, sokongan, kerjasama ini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang

untuk rakyat dan negara. Dengan kata-kata itu, saya, Bukit Serampang menyokong

usul yang dibawa oleh ADUN Machap. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Ada

yang lain Yang Berhormat nak berucap? Stulang.

Y.B. Encik Mok Chek Hou (Stulang) : Yang Berhormat Datuk Speaker, selamat pagi,

selamat sejahtera, salam mesra dan salam 1 Malaysia. Minta maaf, selamat petang.

Terlebih dahulu, saya merasa bersyukur dan ingin merakamkan ucapan terima kasih

kepada Yang Berhormat Datuk Speaker kerana telah diberi peluang dan kesempatan

ini kepada saya untuk berucap di Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat

Berhormat Dato’ Menteri Besar Johor kerana telah menyempurnakan penyampaian

Ucapan Bajet 2012 yang bertema ‘menjana pendapatan, berbelanja demi rakyat’.

Dan Bajet 2012 ini juga merupakan satu bajet yang mesra rakyat.

Kita ucapkan tahniah sebab belanjawan negeri bagi tahun 2012 adalah belanjawan

lebihan iaitu sebanyak RM1.21 juta, tetapi kerajaan negeri perlu sentiasa berhati-hati

dan berwaspada untuk meneruskan amalan berjimat dan berhemah supaya

peruntukan dan perbelanjaan yang tidak produktif serta segala pembaziran dapat

dielakkan. Dan kerajaan negeri perlu menumpukan usaha dan sumber kepada projek-

projek yang akan memberi impak dan kesan yang ketara kepada kesejahteraan

rakyat dan ekonomi negeri. Dengan tumpuan dan pendekatan ini, saya yakin ia akan

dapat menjana pertumbuhan ekonomi negeri khasnya dan ekonomi negara amnya

serta mempertingkatkan kedudukan kewangan negeri dan kesejahteraan rakyat juga

dapat terpelihara dan terjamin.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita perlu bersyukur kerana Malaysia yang mempunyai

rakyat yang berbilang kaum dan agama dilindungi daripada kekacauan dan

persengketaan. Walaupun masih ada pihak yang cuba mengganggu gugat

ketenteraman dan keamanan negara dengan membangkitkan isu-isu yang bukan-

bukan bagi agenda peribadi mereka. Rakyat yang mencintai perpaduan tidak akan

mudah terpengaruh dengan hasutan itu. Mereka tetap akan mengekalkan perpaduan

demi kesejahteraan tanah air yang tercinta ini.

Sehubungan itu, kita masih perlu berhati-hati dan berwaspada serta menyediakan diri

dengan sepenuhnya untuk menghadapi segala kerumitan dan cabaran yang

kadang-kadang berlaku hanya dalam sekelip mata dan tidak dapat di sangkakan

dan hanya dengan penuh persediaan keteguhan dan kesungguhan bolehlah kita

dapat mempertahankan dan memperkukuhkan kedudukan kita dalam dunia yang

begitu mencabar dan bersaing sengit itu.

Page 314: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

314

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebuah negara mesti membuat sesuatu yang luar

biasa atau di luar kotak sekiranya ia ingin memaju dan melakukan transformasi.

Manusia lazimnya suka kepada zon selesa atau dipanggil comfort zone dengan izin.

Hanya ingin buat perkara yang kita biasa sahaja dan sikap ini tidak akan

meningkatkan kita sebab dunia sentiasa berubah dan bersaing sengit. Transformasi

dan perubahan tidak datang bergolek, ia merupakan sifat semula jadi manusia bagi

menolak perubahan dan berpegang kepada cara dan benda serta perkara yang kita

biasa sahaja.

Ada sesetengah manusia rasa takut dan terancam dengan perkara baru atau

perubahan kerana perlu melakukan perkara dengan cara atau kaedah yang

berlainan. Jadi, kita perlu berubah sikap dan perlu berani melakukan perubahan dan

transformasi demi mempertingkatkan status kita di dunia ini. Justeru itu Program

Transformasi Negara yang diterajui oleh kerajaan untuk mempertingkatkan dan

mentransformasikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju dan rakyatnya

berpendapatan tinggi perlu disokong dan diamalkan oleh semua pihak.

Yang Berhormat Datuk Speaker, baru-baru ini pemegang konsesi EDL, Projek Lebuhraya

Penyuraian Timur, EDL (Eastern Dispersal Link) dengan izin. Pemegang konsesi itu ialah

syarikat MRCB. Dalam mengumumkan bahawa bayaran tol akan dikutip di pintu

masuk dan pintu keluar di CIQ itu. Dan tambahan pula, penggunaan EDL, pengguna

EDL sekiranya tidak masuk ke Singapura adalah percuma dan tidak perlu buat

sebarang bayaran. Sekiranya kita berpandukan dan berasaskan kepada

pengumuman tersebut, orang ramai dan banyak pihak telah menyuarakan

ketidakpuashatian dan membantah keputusan tersebut kerana apabila mereka

keluar atau masuk ke SIngapura, mereka perlu bayar tol. Tak kira mereka ada atau

tidak ada menggunakan EDL. Ini telah jelas melanggar atau bercanggah dengan

prinsip bayaran tol iaitu bayar sekiranya ada penggunaan atau gunakan tol itu. Jikalau

tidak menggunakan tol itu, tidak perlu bayar. Sudah bercanggah dengan prinsip itu.

Setiap hari, ada sebanyak 60,000 kenderaan yang menggunakan, yang keluar masuk

ke Singapura. Ini akan ada satu impak besar kepada mereka.

Oleh sebab itu, saya menyeru pihak MRCB dan juga Kerajaan Pusat atau Kerajaan

Persekutuan perlu memandang serius tentang isu ini dan bertindak segera untuk

menangani isu tersebut. Jangan kita sudah belanja RM1 bilion, dekat RM1 bilion untuk

satu projek yang canggih dan baik itu tetapi disebabkan oleh polisi atau cara

pengurusan yang tidak adil dan tidak munasabah itu, ia akan menjejaskan usaha, imej

dan niat baik kerajaan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di sini saya juga ingin membawa semula rintihan

pemilik unit di Blok A Rumah Pangsa, Jalan Stulang Darat itu. Walaupun Projek

Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) itu sudah hampir siap, mereka menyuarakan

ketidakpuashatian mereka dan mengadu tentang kelewatan proses pengambilan

tanah yang terlibat unit-unit mereka dalam projek Lebuhraya Penyuraian Timur. Seperti

sedia maklum, tapak rumah pangsa itu adalah terlalu hampir, terlalu dekat dan

berada di dalam kawasan jarak undur 13 meter. Kelewatan proses pengambilan balik

rumah pangsa Blok A tersebut telah membangkitkan banyak kesulitan kepada mereka,

termasuk kacau ganggu bunyi dan debu serta kekurangan tempat letak kereta. Oleh

sebab itu, saya menegaskan bahawa LLM, Lembaga Lebuhraya Malaysia perlu

Page 315: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

315

bersikap lebih profesional dan mempercepatkan serta menyelesaikan proses

pengambilan balik rumah pangsa tersebut dalam masa terdekat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, baru-baru ini saya dengan Ahli Parlimen Johor Bahru

telah membuat lawatan ke muara Sungai Tebrau. Kami rasa amat kecewa dengan

keadaan dan tahap kebersihan di kawasan tersebut. Didapati ada banyak sampah

sarap, termasuk tiram dan sebagainya yang terapung di sungai itu. Saya difahamkan,

Sungai Tebrau ini di bawah jagaan dan penyelenggaraan JPS. Dan selama ini, tidak

ada kontraktor yang dilantik JPS untuk kerja pembersihan sampah sarap itu. Pada

ketika ini, pencemaran sungai itu yang diakibatkan oleh sampah sarap adalah serius.

Oleh sebab itu, saya menyeru pihak JPS dapat bertindak segera untuk menyelesaikan

pencemaran sampah sarap di Sungai Tebrau itu dan mempertingkatkan kualiti air di

kawasan tersebut.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya sangat bersetuju dengan apa yang ditegaskan

oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu segala perubahan perlu di mula dari

peringkat atas. Perlu bermula dari pucuk pimpinan tertinggi. Sekiranya pucuk

pimpinan atasan berubah dan bersikap jujur, amanah dan efisien, ia akan menjadi

satu contoh dan teladan yang baik dan orang di bawah akan mengikut dan

mencontoh teladan itu. Memimpin melalui teladan adalah amanat yang sentiasa

ditegaskan dan dititikberatkan. Dan pucuk pimpinan perlu sentiasa mengambil berat

dan mengamalkan prinsip ini dengan sepenuhnya agar ia dapat mencetus

perubahan yang sentiasa ditegaskan oleh kerajaan dan yang kerap kali dituntut oleh

rakyat jelata.

Dan akhir kata, segala, semoga segala kebaikan dan kesempurnaan yang kita

usahakan dan akan dapat dicapai dan dipelihara. Dan dengan ini, saya menyokong

rundingan ADUN Machap. Sekian, terima kasih.

Y.B. Datuk Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput yang lain.

Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Datuk Haji Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Datuk Speaker,

Alhamdulillah kepada Allah SWT dan terima kasih kepada Datuk Speaker, kerana Yang

Berhormat Datuk Speaker kerana memberi kesempatan kepada saya. Pertama, saya

ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri

Johor apabila Yang Amat Berhormat telah berjaya menengahkan satu bajet yang

telah diperkatakan berbagai bentuknya yang telah dianggap sebagai satu bajet yang

holistik yang juga boleh dikatakan sebagai terbaik, kesinambungan kepada bajet-

bajet yang lalu.

Secara ringkas, saya ingin mengingatkan bahawa bajet ini. Ucapan Bajet ini adalah

sebagai satu janji. Janji kerajaan, khususnya Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim

kepada rakyatnya dan sebagai satu pelan tindakan yang harus diguna sama oleh

semua pihak, khususnya pada pelaksana-pelaksana dan juga delivery system dengan

Page 316: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

316

izin, agar apa yang diharapkan ini akan menjadi kenyataan dan sudah pasti mengikut

lunas-lunas yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebagai pembahas yang kawasan di zon hujung, saya

telah mengikuti perbahasan ini dan sudah pasti dapat melihat perbezaan dengan

empat tahun yang lalu. Kalau di peringkat awal dulu, khususnya pada tahun 2008,

suara-suaranya begitu garang sekali. Perbahasan bahasnya lebih hangat, banyak

perkara dibawa tapi Alhamdulillah, tahun ini, tahun 2011 dan dikatakan bahawa tahun

depan akan berlaku pilihan raya dan sebagainya, kita melihat mahu tidak mahu, suka

tidak suka, kita harus mengakui bahawa para pihak pembangkang juga mengakui

bahawa sebenarnya Johor ini dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, realiti ini harus kita terima. Kita selalu berharapkan

bahawa hari ini mestilah lebih baik daripada semalam dan esok itu adalah mesti baik

dari hari ini. Dan itu berlaku pada kita sekarang. Kerajaan yang dinamakan Kerajaan

Barisan Nasional ini, Yang Berhormat Datuk Speaker, kejayaannya adalah antara lain

adalah kejayaan menguruskan kepelbagaian dengan baik dan berjaya.

Kepelbagaian ini, yang pelbagai ini, ideologinya, kaumnya, pandangannya dan

sebagai mungkinnya, kita dapat atasi dan juga kita dapat urus dengan sebaik-baik.

Dan kita telah menukar, kita telah menukar kerumitan kepelbagaian ini, Yang

Berhormat Datuk Speaker kepada kelebihan yang amat positif sekali. Dan menjadikan

ia satu kelebihan persaingan. Dan Yang Berhormat Dato’ Speaker, kejayaan ini adalah

satu perkara yang significant dan monumental dalam sejarah Malaysia itu sendiri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan kita ini tidak guna kaedah Melting Port

dengan izin ataupun apa yang dikatakan kawah pelaburan, di mana terpaksa

mengorbankan perbezaan-perbezaan yang ada di antara kita sama ada bangsanya,

kaumnya, agamanya dan terpaksa mewujudkan satu identiti tunggal yang perlu

dicipta. Tidak ada segregasi, tidak ada asimilasi, tidak ada diskriminasi, itulah realitinya.

Dan itulah kejayaan kita. Kalau kita berbangga dengan kerajaan Malaysia, di bawah

kepimpinan Barisan Nasional, hari ini kita dalam Negeri Johor Darul Takzim ini sudah

pasti harus berbangga dengan kejayaan Negeri Johor Darul Takzim itu sendiri. Berbeza

dengan tahun lepas, berbeza dengan empat tahun yang lalu, ianya amat berbeza.

Kita melihat dan tak boleh menafikan bahawa Johor ini sebagai satu tanah di hujung

tanjung yang penuh dengan rahmat. Tunjukkan sahaja mana ada satu negeri dalam

Malaysia ini yang akan mendapat pelaburan sebanyak RM60 bilion. Subhanallah. Ini

semua adalah kerana kelebihan yang ada pada kita. Bukan kerana kita banyak

melobi, kerana tidak, tetapi kita melihat orang yang melihat kepada kelebihan kita,

kestabilannya, governance nya dengan izin dan lebih daripada itu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebenarnya kita hidup dalam Malaysia baik dalam

Negeri Johor ini sebenarnya, kita mempunyai alternatif option ataupun pilihan Yang

Berhormat Datuk Speaker. Kita masih ada pilihan. Yang tak suka dengan Johor

Premium Outlet tak apa, boleh pergi Pasar Larkin, boleh pergi Uda Ocean, boleh pergi

Kipmart, boleh pergi A Mart, no problem. Yang tidak suka makan restoran besar masih

boleh pergi ke makanan pergi kat warung-warung. Masih ada pilihan. Yang tak suka

yang kurus, ambil yang gemuk. Ada pilihan. Yang masalahnya, kalau kita hidup

dalam negara ini sudah tidak ada pilihan. Kita berbangga, kita berbangga dalam

dunia ini, hanya Malaysia inilah negara yang mempunyai sekolah pendidikan dalam

bahasa ibunda sebutkan mana ada lagi, tidak ada. Saya nak betulkan, jangan sebut

Page 317: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

317

sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil. Tidak ada sekolah Melayu, yang ada

Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan inilah di mana Cina, di mana India, di

mana Tamil masuk tetapi pada masa yang sama juga untuk bahasa ibunda ada

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, Cina. Cina dan juga Tamil hebat, apa lagi?

Yang Berhormat Datuk Speaker, ini adalah antara perkara-perkara dan realitinya saya

terima kasih kepada pihak pembangkang yang sebenarnya daripada riak wajah dan

body language dengan izin, sebenarnya dia mengakui apa yang kita buat ini. Tetapi

kita harus terimalah, mereka adalah pembangkang. Mereka akan mencari ruang-

ruang kecil untuk memperbaiki keadaan. Ambillah secara positif tetapi itu tidak

membenarkan, tidak menghalalkan untuk kerajaan ini ditumbangkan. Tidakkah begitu

Yang Berhormat Datuk Speaker?

Inilah dia, Yang Berhormat Datuk Speaker. Tak payahlah bernostalgia dengan tahun

2008, 2009. Kita sekarang berada di tahun 2011. Kita berhadapan dengan tahun 2012.

Nak bercerita berkenaan hutang 2008, nak cerita tentang kekurangan 2008, 2009, kita

harus realistik, kita berada di bumi nyata. Kita berhadapan dengan cabaran 2012.

Bagaimana? Kalau betul dulu dikatakan kita nak bankrap, alhamdulillah, kita selamat.

Beri bonus. Sebutkan, berapa negeri yang tak mampu nak beri bonus? Kita, ada

setengah pihak membakar pegawai-pegawai kerajaan, minta bonus, minta bonus,

minta bonus. Lupa bahawa mereka juga terpaksa membayar bonus di negeri masing-

masing. Bila tiba bonus, mereka tak mampu nak bayar. Johor, alhamdulillah, kita kena

RM11 juta. Bayar. Alhamdulillah. Cash lagi. Hebat kita. Dan kita harus juga ingat, di

Johor ini metodologi akaunnya berbeza. Biarkan Yang Amat Berhormat untuk

menerangkan lebih jelas lagi kenapa kita nampak sikit, orang lain nampak besar. Kita

banyak karung-karung yang kita tak masukkan lagi. Tabung-tabung warisan tak masuk

dalam akaun Kerajaan Negeri. Biarlah Yang Arif akan menerangkan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kita berhadapan dengan hadapan. Saya tidak ada

masalah berhadapan dengan rakan-rakan kita daripada pihak pembangkang. Yang

saya lebih fikirkan adalah bagaimana mereka menanam bibit-bibit, perkara-perkara,

menyampaikan perkara-perkara yang setengah masak di bawah sana. Ini yang

masalahnya ni. Saya tidak menyatakan ini setengah masak ini. Mereka tidak akan

dapat menguasai tetapi hikmahnya Yang Berhormat Datuk Speaker, apabila mereka

berada dalam pentas yang sama, tiga, empat, lima orang berucap, orang di bawah

sana menyatakan mereka melihat percanggahan dari segi ideologi dan mereka tolak.

Hikmahnya, teruskan apa yang ada ini, teruskan kerana rakyat akan menilainya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, satu perkara lagi adalah tentang konsistensi. Kita harus

ingat istiqamah. Kerajaan Barisan Nasional istiqamah, konsisten tentang apa yang

dibuat. Nak cerita pasal pembangkang, nak cerita pasal hudud, ayuh kita cerita.

Pada tahun 1981 dulu, apabila Kelantan diambil alih, PAS kata mengisytiharkan hudud

negara Islam akan diwujudkan negara Islam dan hudud melaksanakan. Pada 22

Disember 2008 pula, pemimpin mereka katakan sah PAS tak akan laksanakan hudud

pula. Selepas itu pula, pada 1 Oktober 2011, pemimpin pula dia kata, kat Kelantan

kata, PAS tetap melaksanakan hudud. 1 November 2011, pemimpin tu kata, Kelantan

tetap melaksanakan hudud. Tetapi Yang Berhormat Datuk Speaker, pada 11 Disember

2011, Presiden dia sendiri yang menyatakan bahawa dalam polisi terbarunya negara

kebajikan tawaran PAS, dia kata hudud bukan agenda PAS.

Page 318: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

318

Tengok, tak istiqamah, macam mana orang nak ikut. Dan, pada masa yang sama

juga pada tahun 2000, dia kata apabila dapat memerintah Terengganu, mereka kata

ini hanyalah 0.001 bahagian daripada hukum Islam. Apabila dapat kuasa memerintah

dikecilkan kepentingannya, sebagai contoh, Yang Berhormat Datuk Speaker, jangan

bezakanlah dengan Selangor, jangan bezakanlah dengan Kedah dan yang lain-lain

dengan Penang. Tak payah, jangan hina orang yang nak mengambil bantuan

RM500.00, Bantuan Rakyat 1Malaysia ni, kita memperuntukkan bukan sikit, kita

memperuntukkan RM2.6 bilion untuk 5.2 juta rakyat, keluarga, kepala keluarga dalam

Malaysia ni. Dan, itu adalah 79.5%, tak cukup, tambah. Berani bagi bermakna ada

duit. Berbahagia, jangan hina, hoi, jangan ambil itu sogokan. Tuan-tuan, Yang

Berhormat Datuk Speaker, ibu-ibu tunggal, mereka penama-penama dalam e-Kasih,

menunggu RM500.00 ini Yang Berhormat Datuk Speaker, memang tak besar kepada

pemimpin-pemimpin pembangkang tetapi kepada petani-petani, makcik-makcik di

kampung, menunggu Yang Berhormat Datuk Speaker, dan jangan hina mereka

sebagai orang yang mendapat sogokan daripada kerajaan. Kalau tak pandai memuji,

jangan mengeji, tak pandai memberi, jangan mengambil, tak pandai menambah,

jangan nak mengurang, tak pandai jadi garam untuk ikan jangan jadi busuk, jangan

jadi langau, yang menyebabkan ikan cepat busuk. Apa lagi nak?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Minta laluan, di mana, di mana kita ada hina?

Mana ada kat ucapan di sini.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Saya bercakap bukan anda dekat di

sini, dekat luar sana.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat, cukup Yang

Berhormat.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Tak ada di sini, tak ada.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat.

Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Datuk Speaker, saya

tak nak diganggu, saya tak pernah mengganggu orang. Yang Berhormat Datuk

Speaker, satu perkara, kita tak boleh ikut tempat lain, nak tunjuk propaganda melalui

billboard, dengan billboard meletakkan janji, 10 janji. Apa benda 10 perkara nak

tunjuk, kalau nak ditunjukkan kerajaan kalau kat Selangor, apa janji yang tak Kerajaan

Barisan Nasional lakukan? Saya nak tanya, mana bantuan ibu-ibu tunggal, mana

bantuan suri rumah sepenuh masa, mana bantuan kanak-kanak tadika, mana?

Banyak perkara-perkara yang tak dibuat. Oh, sekarang bertambah, nah apa jadi

pada Yayasan Selangor, dulu ada RM60 juta, sekarang defisit RM7.4 juta. Bagaimana

dengan KDEB, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, bagaimana dengan AKSB, dekat

Kelantan. Nak tunjuk tahun 2027, untuk dapat air bersih, Subhanallah. Tahun 2027,

mudah-mudahan saya masih menyaksikan benda itu.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Masa cukup Yang Berhormat.

Page 319: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

319

Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Ye, ye, Yang Berhormat Datuk Speaker,

perkara serius saya nak sampaikan, Yang Berhormat Datuk Speaker.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Ok.

Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Johor ini Yang Berhormat Datuk

Speaker, penuh rahmat. Salah satu organisasi, yang institusi yang kita banggakan

adalah JCorp. JCorp, Yang Berhormat Datuk Speaker. JCorp adalah masih relevan

bukan sahaja untuk Johor tetapi adalah untuk Malaysia. Slogan membina dan

membela akan terus dilaksanakan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, JCorp telah melalui liku-liku yang cukup berat dan

akhirnya kita berbangga dengan apa yang ada sekarang tentang JCorp itu sendiri.

Kalau pemimpinnya dulu bagus, pemimpinnya sekarang lagi bagus.

Yang Berhormat Datuk Speaker, JCorp jangan dipersoalkan, beri dia peluang untuk

bergerak, kita beri support, kita beri sokongan. Dan, pada masa yang sama Yang

Berhormat Datuk Speaker, gembar gembur menyatakan JCorp menjual itu dan ini.

Tidak betul, mereka tidak akan menjual ataupun membuat fire sale, dengan izin

ataupun penjualan yang membabi buta tapi saya percaya kita telah melihat bahawa

mereka menjual aset-aset dengan added value, agar mendapat pulangan yang lebih

besar. Kita beri peluang kepada mereka, mereka memang betul bonnya RM3.6 bilion.

Tetapi, harus dilihat bahawa asetnya ada, asetnya sahaja adalah RM14 bilion.

Kumpulan JCorp tu ada RM14 bilion asetnya, Yang Berhormat Datuk Speaker, RM3.6

bilion, beri peluang jangan kacau-kacau dan pada masa yang sama Yang Berhormat

Datuk Speaker, kita beri peluang kepada mereka. Berbangga kita JCorp kita ada 22

hospital seluruh negara dan luar negara. Kita ada 600 full time pakar, pakar sepenuh

masa. Dan, kita ada 200 lagi visiting pakar atau pakar yang melawat. Dan, pada

masa yang sama keseluruhannya, kita ada 8,000 supporting staff dalam KPJ. Dan,

pada masa yang sama juga ada 70,000 keluarga, bapa, ataupun ketua-ketua

keluarga mendapat rezeki bawah JCorp. Jangan diganggu mereka, beri mereka

peluang dan pada masa yang sama lagi kita harus ingati jangan sakiti JCorp kerana

sebenarnya dalam Negeri Johor ini bukan JCorp sahaja itik emas, itik yang bertelur

emas, ada banyak lagi. Yang ada ni, oklah, janganlah kerana dia bertelur emas kita

cepat-cepat supaya inject dia supaya lebih banyak telurlah, dan bukan-bukan, nak

belah supaya nak cepat telur tapi akhirnya emas ini, eh, itik ini akan mati, emas tak

ada, telur emas tak ada lagi. Ada lagi, kerana kita lebih banyak sumber-sumber

ekonomi baru dalam Negeri Johor ini. Ayuh, gunakan kepandaian kita beri peluang

kepada anak Johor ini untuk membuktikan bahawa mereka membawa panji-panji

Negeri Johor ini di merata tempat. Dan, inilah harapan kita agar kita sama-sama

mendoa dan membantu agar JCorp lebih cemerlang selaras dengan membina dan

membela.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pada masa yang sama juga, saya inginlah membawa

sedikit sebanyak perkara berkenaan dengan apa yang berlaku tentang pelancongan

kita ni. Kenderaan, saya dimaklumkan bahawa kenderaan agensi pelancongan

dengan permit sewa dan pandu tidak lagi dikeluarkan, tidak lagi dibenarkan masuk

Page 320: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

320

Singapura, jika kenderaan itu tidak dipandu sendiri oleh rakyat. Jika dipandu oleh

rakyat Malaysia. Ini satu perkara yang pelik juga. Syarat tersebut telah ditetapkan oleh

Land Trust Authority of Singapore dan dikuatkuasakan pada Mac 2011. Dan, ini

menyebabkan syarikat-syarikat ataupun agensi pelancongan tempatan mengalami

kerugian kerana tidak lagi dapat membawa pelancong-pelancong menggunakan

kenderaan sewa pandu mereka ke Singapura. Jadi, saya bercadang, mencadangkan

agar ambil langkah dalam menggunakan syarat-syarat yang ketat dan relevan

kepada pengusaha bas pelancong asing dan kita tidak mahu jumlah ini berlebihan

dan akhirnya merugikan orang-orang tempatan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga mengambil kesempatan di sini untuk

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaanlah, tahniah walaupun saya sendiri rasa

terharu apabila membaca akhbar, mendengar radio, menyatakan bahawa Bukit

Naning nak meninggalkan kawasannya dalam pilihan raya yang akan datang.

Kepada saya, inilah sebagai satu contoh orang yang berjiwa besar. (Dewan

bertepuk). Yang faham dengan keadaan.

Y.B. Datuk Haji Abdullah bin Md. Ali (Bukit Naning) : Terima kasih. (Dewan ketawa).

Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Datuk Speaker, saya

mengharapkan dia juga memikirkan kalau pihak masyarakat, rakyat dan negara

masih memerlukannya, kita doakan agar beliau dianugerahkan kesihatan yang lebih

baik dan sama-sama memikul tanggungjawab ini dengan lebih baik untuk Bukit Naning

ataupun di tempat-tempat yang lain. Saya takut, saya cuma takut dia kata

mengosongkan Bukit Naning tetapi dia nak pindah kat tempat lain. (Dewan ketawa).

Dan, kalau ini berlaku saya kata, saya cadangkan dia supaya dia pindah ke Bentayan.

(Dewan ketawa). Yang Berhormat Datuk Speaker.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : You are welcome. (Dewan ketawa).

Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Datuk Speaker, jangan

perasanlah.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Akhir sekali Yang Berhormat.

Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali (Semarang) : Yang Berhormat Datuk Speaker, terima

kasih, terima kasih kepada jabatan kerajaan yang membantu Semarang, terima kasih

kepada kakitangan kerajaan dan semua pihak yang telah memastikan kita boleh

sampai ke tahap yang ada ini. Tugas kita, peranan kita adalah untuk

mempertahankan yang ada.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya menyokong cadangan daripada, usul yang

dibawa oleh Machap. Sekian, wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Jemput yang lain, Johor Jaya.

Page 321: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

321

Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Terima kasih. Salam sejahtera Yang Berhormat

Datuk Speaker. Terlebih dahulu saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Yang

Berhormat Datuk Speaker kerana mengizinkan saya berucap di dalam Dewan yang

mulia ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan atas usaha serta

inisiatif yang diambil oleh kerajaan dan pihak IRDA dalam meningkatkan jumlah

pelaburan asing, FDI, untuk merangsang ekonomi negeri ini. Hasil usaha ini rakyat pula

telah dapat menikmati kemajuan infrastruktur seperti siapnya beberapa persimpangan

bertingkat untuk menyelesaikan masalah-masalah kesesakan lalu lintas dan juga dapat

membuka kawasan baru untuk potensi pelaburan dan tempat perumahan bagi

terusnya merangsangkan ekonomi Negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya berharap bahawa pihak IRDA akan terus

berusaha lebih gigih lagi dengan faktor-faktor negeri kita yang aman dan stabil dari

kemelut politik. Kita juga bebas dari bencana alam yang boleh menggugat

perkembangan ekonomi kita. Saya percaya dengan kombinasi kedua-dua faktor ini

iaitu kestabilan politik dan bebas dari bencana alam yang besar, negeri kita khususnya

memang mempunyai potensi sebagai tempat pelabur asing yang terbaik. Di sini, saya

juga ingin mengingatkan kepada rakan-rakan Yang Berhormat kita, yang di seberang

sana supaya tidak menghancurkan kestabilan ini demi mencari publisiti murah untuk

mendapatkan prihatin dari kuasa-kuasa asing dan juga bertindak menakutkan pelabur

asing serta pelancong-pelancong dengan mengaburkan mata mereka dengan fakta-

fakta yang tidak benar dan tidak berasas langsung.

Yang Berhormat Datuk Speaker, hasil lawatan kerja Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri kita ke negara jiran baru-baru ini telah berjaya menyelesaikan masalah

penghantaran pembantu rumah warga asing ke negara kita. Masalah ini tidaklah

harus kita pandang ringan kerana kebanyakan sekarang generasi muda di mana

suami dan isteri bekerja amat memerlukan seorang pembantu rumah dalam

membantu rumah dalam mengurus kerja-kerja harian di rumah bagi membolehkan

mereka menjalankan pekerjaan dan karier mereka di dunia korporat yang seterusnya

menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih agresif untuk

merealisasikan Wawasan 2020 kita menuju ke arah status negara maju.

Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau kita teliti bahawa pengambilan kumpulan

pembantu rumah sekarang sudah merupakan satu kos yang agak tinggi tidak lagi

seperti dahulu. Maka, adakah langkah-langkah untuk kita ambil dengan melatih

warganegara kita sendiri menceburi bidang ini. Mungkin, ini merupakan satu langkah

jangka masa panjang untuk menyelesaikan masalah pembantu rumah dan langkah ini

juga dapat mengurangkan jumlah pengaliran keluar wang di mana berjuta-juta ringgit

telah dihantar keluar ke negara asal mereka. Langkah ini juga akan bakal memberi

sumber bekalan pembantu rumah yang tidak lagi bergantung kepada perhubungan

diplomatik antara kerajaan kita dengan kerajaan negara asal mereka. Mungkin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengambil

peranan ini dengan memberi cadangan-cadangan yang bernas untuk menyelesaikan

masalah kekurangan pembantu rumah.

Page 322: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

322

Yang Berhormat Datuk Speaker, baru-baru di beberapa buah negeri telah berlakunya

di mana perkhidmatan bas awam telah menghentikan perkhidmatan mereka dengan

alasan bahawa mereka telah mengalami kerugian operasi. Tetapi, bagi rakyat di

dalam kumpulan yang berpendapat rendah amat memerlukan bergantung kepada

perkhidmatan bas seperti ini dalam kehidupan harian mereka. Adakah kerajaan telah

mengambil langkah-langkah persediaan untuk membendungkan masalah sebegini

daripada berlaku di Negeri Johor?

Yang Berhormat Datuk Speaker, lebuh raya utama di dalam DUN saya iaitu Lebuhraya

Pasir Gudang sudah begitu lama menantikan kerja-kerja menambahkan laluan

daripada 2 laluan kepada 3 laluan. Warga-warga Parlimen Pasir Gudang dan

pengguna jalan raya yang berulang alik setiap hari tertanya-tanya bilakah kerja-kerja

meluaskan lebuh raya akan dilaksanakan. Kesesakan jalan raya di lebuh raya ni

semacam sudah bertambah kerap dengan meningkatkan jumlah kenderaan

menggunakan lebuh raya ini. Di sini, saya ingin menimbulkan salah satu punca

kesesakan jalan raya di Lebuhraya Pasir Gudang ini adalah disebabkan kerosakan

permukaan jalan raya yang berlubang di sana sini beberapa tempat tertentu

walaupun kontraktor baru sahaja menurap jalan yang rosak ini, tetapi dalam tempoh

masa seminggu sahaja kerosakan yang sama akan berlaku lagi. Pernah saya melawat

tapak tersebut untuk meneliti dengan lebih dekat lagi punca ini, apabila saya tanya

dengan kontraktor sebab mengapa baru diturap semula tetapi rosak kembali?

Kontraktor mengatakan ini adalah disebabkan oleh kenderaan berat seperti lori besar

yang merosakkan jalan-jalan tersebut. Bukan kerana kualiti kerja mereka. Di sini, saya

benar-benar ingin tahu, bahawa pihak yang mana sepatutnya mengambil langkah

proaktif dalam mencari penyelesaian kepada masalah ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bukan sahaja kerja-kerja baik pulih ini menelan kos

perbelanjaan yang tinggi, bahkan perkara ini mendapat pandangan seorang dari

rakyat bahawa pembaziran wang kerajaan dalam kerja membaiki jalan raya begitu

kerap sekiranya pihak penguat kuasa tentu gagal menangani gejala-gejala

kenderaan lebih muatan maka pihak JKR pula harus menyediakan satu spesifikasi yang

baru untuk membolehkan permukaan jalan tersebut menampungkan berat yang

tertentu bagi mengurangkan kekerapan kerja-kerja penyelenggaraan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pemansuhan akta-akta pencegahan dan tahanan

seperti Akta Darurat oleh Perdana Menteri baru-baru ini adalah dialu-alukan, tetapi

rakyat ingin tahu sama ada sebarang pengawasan itu, pemantauan akan dilakukan

oleh pihak Polis untuk memastikan bahawa bekas-bekas tahanan ini tidak akan

membawa sebarang gangguan atau ancaman keselamatan kepada rakyat secara

amnya. Saya harap janganlah pihak kerajaan terlalu terikut-ikut dengan selera pihak

pembangkang, hanya pandai memutar belit fakta-fakta demi mendapatkan

kebebasan menggunakan demonstrasi jalan raya untuk mencari penyelesaian dan

sokong dengan politik mereka.

Yang Berhormat Datuk Speaker, akhir sekali dengan beberapa perkataan saya, parti

DAP parti dahulukan arahan PAS, parti DAP parti utamakan kerusi, oleh sebab kita soal

die senyap-senyap sahaja. Kasihannya parti DAP sudah di jajahkan oleh PAS, kalau

Page 323: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

323

parti pun boleh dijajah, apa lagi mereka tidak boleh digadai. Dengan kata-kata ini

saya menyokong usul yang dibawa oleh ADUN Machap. Sekian, terima kasih.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. Ada yang lain? Takda?

Ada? Berapa orang lagi yang nak berucap ni?

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Bismillahirrahmaanirrahim...

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : 2? Ada 5?

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi taala Wabarakatuh. Salam sejahtera, salam

1Malaysia, salam perpaduan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Eh Yang Berhormat, hauslah. Jemput duduk. Ahli-Ahli

Yang Berhormat, saya tangguhkan persidangan ini selama 15 minit.

Persidangan ditangguhkan pada jam 3.55 petang.

Persidangan disambung semula pada jam 4.15 petang.

Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.

Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, perbahasan disambung semula. Jemput.

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi taala Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat

Dato’ Speaker, kerana terlebih dahulu memberi peluang kepada Bukit Permai untuk

mengucapkan terima kasih dalam membentangkan Bajet 2012 ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di kesempatan ini juga Bukit Permai ingin merakamkan

setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor kerana telah

pun membentangkan Bajet 2012 yang pada pandangan Bukit Permai merupakan satu

bajet yang bersepadu serta menyeluruh, ampuh bukan sekadar menyentuh aspek-

aspek tertentu sahaja. Bajet 2012 yang bertemakan “Menjana Pendapatan Berbelanja

Demi Rakyat” merupakan belanjawan mesra rakyat serta menjamin pengukuhan

ekonomi dan kestabilan politik Negeri Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, hakikat bahawa Negeri Johor merupakan negeri yang

semakin maju dan dipandang tinggi martabatnya di mata dunia adalah tidak dapat

disangkal lagi. Semuanya adalah kerana usaha kerajaan dan rakyat yang tidak

pernah mengenal erti mengalah dan putus asa, berusaha untuk kesejahteraan rakyat,

agama, bangsa dan negara. Jutaan terima kasih, jutaan tahniah dan ucapkan

kepada barisan kepimpinan negara kerana dengan usaha mereka maka rakyat dapat

hidup aman, sejahtera, perpaduan semakin sekata, ekonomi berkembang tidak

hentinya, justeru kerajaan merasa berbangga kerana itulah jasa Barisan Nasional parti

untuk rakyat, agama, bangsa dan negara.

Page 324: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

324

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sejajar dengan kepesatan pembangunan yang

sedang berlangsung, maka dengan peluang dan kesempatan tersebut, Bukit Permai

ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri. Yang sebelum, Bukit Permai ada dua

tiga perkara Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak bangkitkan isu FELDA Global

Venture Berhad Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana di DUN Bukit Permai ni ada 3

FELDA kita sedia maklum kerana peneroka-peneroka di DUN Bukit Permai keliru dengan

penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi FELDA dan Ahli Lembaga. Saya tentang

pengapungan FELDA ini di bursa saham. Yang jadi peliknya saya, iaitu ada

mengatakan pihak pengurusan, dia ni kalau peribahasa dia, jangan baling batu

sembunyi tangan, kerana ada yang menyokong ada, yang tidak menyokong di

kalangan pengurusan, jadi menghasut peneroka. Jadi peneroka tanya saya, jadi kalau

boleh dalam isu ini, isu-isu yang melibatkan pengapungan FELDA ini yang bursa saham

kerana pembangkang dah mengeksploitasikan isu ini Yang Berhormat Dato’ Speaker,

jadi kalau boleh saya minta Pengerusi FELDA dan juga Ahli Lembaga Pengurusan

Kanan dan sebagainya turun memberi penerangan yang agresif dan komprehensif

kepada FELDA-FELDA yang di dalam DUN ataupun di dalam Parlimen yang

mempunyai FELDA. Ha, itu yang pentingnya Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang

keduanya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya dimaklumkan adalah orang tanya

saya, dia kata isu parking tiket kereta parking…

Y.B. Dato’ Speaker : Emm..

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Dia kata Yang Berhormat Dato’

Speaker, dia kata kenapa di Johor ini kita ada Zon parking tiket ini, kita dah namakan

1Malaysia, jadi dia ada dua zon, Zon A dengan Zon B. Zon A ini Pontian hingga Muar,

Zon B, JB hingga Mersing, jadi kalau boleh dimansuhkan zon ini. Jadi tiket ini boleh

digunakan semua dia takda zon-zon, jadi kita buat 1Malaysia jadi tak perlulah ada zon,

dia tak boleh pakai. Di antara tiket yang hendak kalau dia hendak pergi zon ni Zon A

dia tidak boleh pergi ke Zon B kena beli tiket Zon B, jadi…

Y.B. Dato’ Speaker : Dia lain tauke tak?

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Tak, satu syarikat Yang Berhormat

Dato’ Speaker, saya difahamkan. Jadi kalau sebutkan nama syarikat nanti tak itu, jadi

pada saya, kalau boleh dimansuhkan dan buat satu tiket, kita pun 1Malaysia satu

negeri, PBT pun sama ya, jadi settle revenue ini dari state saya rasa bukan daripada PBT

keluarkan tiket tu. Jadi ini dibangkitkan oleh rakan-rakan, orang ramai kepada saya,

dia kata kalau boleh dibangkitkanlah Y.B. benda ini supaya tak itu…

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.. tauke satu eh?

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Satu Yang Berhormat Dato’

Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Kalau satu oklah.

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Bukit Permai ingin mencadangkan kepada kerajaan iaitu kalau boleh kita sejajar

dengan pembangunan yang ada, Bukit Permai inginkan jalan ladang yang melalui

Page 325: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

325

FELDA ini, iaitu Bukit Permai, FELDA Taib Andak ke FELDA Pasir Raja, FELDA Taib Andak ke

FELDA Inas dan FELDA Inas ke Kampung Sri Muar, Layang-Layang, dari FELDA Inas ke

FELDA Pasir Raja ini mesti related, sama. Jadi kita besarkan jalan ladang ini supaya

senang dibangunkan transformasi luar bandar ini dapat disaksikan jadi hasil ladang

yang ada di antara satu FELDA, satu ladang ke satu ladang dapat berjalan mengikut

jalan yang saya sebutkan tadi.

Yang Keduanya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bukti Permai ingin mencadangkan

kepada kerajaan demi untuk, kita cerita tentang perpaduan kaum, jadi Bukit Permai

ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk membina dewan kebudayaan di dalam

DUN Bukit Permai ini. Jadi, supaya dapat ini bila kita sebut kita wujudkan dewan

pembangunan, dewan budaya ini kebudayaan ini, dewan itu dapat berfungsi sebagai

memupuk kesedaran kebangsaan, kenegaraan bercirikan kemanusiaan, spiritual dan

mental. Sebab itu, Bukit Permai inginkan bahawa matlamat utama pembinaan dewan

kebudayaan ini melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan

pertimbang kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang

tinggi. Sekali gus akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik selain

daripada dewan tersebut juga berfungsi sebagai medan yang dapat meningkatkan

keharmonian sesama kaum, kebudayaan dan agama serta lapisan dan golongan

masyarakat pelbagai kaum, budaya, agama dan negara.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pengiktirafan dan penerimaan hakikat ini serta

persefahaman di antara agama keakraban antara tamadun perlu dijadikan langkah

strategik untuk meningkatkan keharmonian negara, memelihara kebudayaan dan

agama, begitu penting peranan kemudahan dewan ini menjadi medan penggerak

bagi membina benteng perpaduan yang kukuh demi generasi yang akan datang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker…

Y.B. Dato’ Speaker : Dah habis Yang Berhormat?

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Ada satu lagi Yang Berhormat

Dato’ Speaker…

Y.B. Dato’ Speaker : Emm..

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Dalam usaha mengoptimumkan

sumber dan penyatuan-penyatuan masyarakat. Ini yang ketiganya, saya minta

cadangan supaya…

Y.B. Dato’ Speaker : Encik tengah cari apa tu? Tinggalkan lebih baik..

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Cadangan keperluan rakyat dan

pembangunan pesat IRDA di Kulaijaya Yang Berhormat Dato’ Speaker, selari dengan

cadangan Kumpulan Perubatan Johor melihat daerah Kulaijaya sebagai prospek yang

berpotensi, maka diusulkan Johor Corporation membina hospital pakar selain terlibat

dalam pembangunan tanah bagi memastikan Bumiputera diberikan peluang bersaing

membantu agar ekonomi rakyat dapat dinikmati bersama. Saya minta Johor

Page 326: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

326

Corporation membina hospital pakar di daerah Kulaijaya Yang Berhormat Dato’

Speaker…

Y.B. Dato’ Speaker : Oh. Dia takda hospital eh?

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali (Bukit Permai) : Dia ada hospital, tapi saya rasa

kerana pembangunan yang pesat dekat sana, saya rasa dan ini dalam kawasan IRDA

dan kita lihat Johor Premium Outlet pun dah buka, banyak pelancongan, pelancong-

pelancong yang datang, saya rasa salah satu prospek untuk pelancong datang ke

hospital untuk berubat dan sebagainya sebagai satu ekonomi membantu. Yang

akhirnya yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan JPO telah dibuka dengan rasminya,

saya minta Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau boleh pembangunan usahawan

dapat melihat peluang-peluang agihan daripada pelancong yang datang beli

barang kat sana, dapat juga kita sediakan gerai-gerai atau kedai-kedai untuk orang-

orang kita, Melayu kita untuk berniaga di persekitaran kawasan di sana. Ini kalau boleh

di bangunkan gerai-gerai makan dan sebagainya, bolehlah orang-orang kita Melayu

ni dapat agihan daripada kedatangan pelancong di JPO ni. Kalau boleh kata, sejak

pembukaan tu saya kata bukan main ramai, banyak kereta masuk, pelancong masuk

tetapi kita cuma dapat melihat. Jadi, kalau boleh dapatlah kita fikir-fikirkan

bagaimana nak membangunkan peniaga-peniaga kecil Kulai khasnya, dapat

bersama-sama dalam limpahan pembangunan atau apa ni JPO itu.

Dengan itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’

Speaker dan selagi ada bulan dan bintang, selagi langit dan bumi disirami ni disirami

hujan, tanah yang subur, maka BN tetap dan akan memperjuangkan untuk membela

rakyat. Saya dengan itu menyokong cadangan apa ni daripada Machap. Sekian,

terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Terima kasih Bukit Permai. Ok, perbahasan disambungkan lagi.

Siapa nak berucap?. Dah habis saya tangguhkan. Ah, bangun pula Puteri Wangsa.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Salam sejahtera, salam

1Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya saya ingin mengambil

kesempatan ini mengucapkan terima kasih di atas keizinan kepada Yang Berhormat

Dato’ Speaker kepada saya, kerana memberi laluan bagi menyokong perbahasan

yang telah dibawa oleh DUN Machap dalam membahaskan tentang perancangan

kerajaan Negeri Johor untuk membangunkan negeri kita ini sebagaimana yang telah

dibukukan dalam Ucapan Bajet pada 18 Disember yang lalu, dalam erti kata untuk

memajukan negeri ini dengan tema “Menjana Pendapatan, Berbelanja Demi Rakyat”.

Sesungguhnya apa yang saya lihat bahawa dalam kita membangunkan Negeri Johor

ini, perancangan dan juga susunan untuk memajukan negeri ini dirancang dengan

teliti dan teratur walaupun ada kelemahan dan kekurangan. Sebagai rakyat negeri

dan juga sebagai Wakil Rakyat yang mewakili masyarakat berbilang kaum, kita harus

Page 327: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

327

ingat bahawa kita tidaklah 100% perfect. Ada kalanya kesilapan ataupun kita telah

terlepas pandang mengenai perkara-perkara yang menjurus kepada pembangunan

secara keseluruhan. Sebagai contoh kalau kita lihat bahawa bangunan ini sendiri atau

Nusajaya ini sendiri, Pusat Pentadbiran Kerajaan, kita datang ke sini dengan begitu

mudah pada peringkat awal, kali ini bila saya rasa saya terpaksa berputar-putar. Ada

seperti sebuah lagu yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan, kalau tajuknya “Abang

Beca”, apabila akhirnya berputar-putar , putar-putar macam tu. Tapi saya nyanyi ni

bukannya saya penipu dan pembohong, di mana yang dinyatakan oleh DUN Skudai.

Tetapi kalau kita lihat bagaimana pintu gerbang untuk masuk ke dewan ini, belum lagi

disiapkan.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ialah.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Begitu juga dengan papan-

papan tanda yang menunjukkan arah untuk ke dewan ini. Ini pembangunan. Kita maju

tetapi benda yang kecil, kita tidak dapat lihat bahawa itu juga akan dapat

menyukarkan masyarakat ataupun orang ramai untuk datang berurusan dengan

pihak kerajaan sedangkan kita ni pun dah selalu datang ni pun, boleh tersesat.

Y.B. Dato’ Speaker : Em,..

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Berpusing-pusing

sehinggakan sampai ke Puteri Harbour. Saya masa hadir untuk Pre-Council pun saya

bukan sesat tetapi terpusing-pusing, berpusing-pusing untuk hadir ke Dewan ini.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh itu Yang Berhormat lambat tu datang eh?

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Itu salah satu sebab.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh itu bukan kerana terlambat eh, kerana jalan ni tak senonoh

betullah.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Tetapi apa pun kalau kita

lihat begitu juga baru-baru ini Utusan membongkarkan tentang keadaan jalan raya

kita. Dalam negara kita ini negara yang maju. Kalau kita lihat Lebuhraya Utara –

Selatan, daripada Johor sampailah ke Perlis, jalannya baik dapat bertahan lebih

daripada 5 tahun, tetapi jalan-jalan Negeri dan Persekutuan, jalan-jalan lama

khususnya, jalan-jalan yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan, kadang-kadang

baru buat dua tiga minggu dah berlubang. Sebagai contoh di Seri Alam, sebagai

contoh di Taman Seri Austin ataupun di Taman Daya dan sebagainya, lebih-lebih lagi

musim hujan. Baru-baru ini saya membawa keluarga mengikut Jalan Senai – Desaru.

Jalan Senai – Desaru ni baru, telah dicadangkan oleh pihak Ranhill dan kalau kita lihat

bahawa pembinaan lebuh raya tersebut cantik hiasan tetapi keadaan jalan yang

tidak rata.

Y.B. Dato’ Speaker : Em,..

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Dan selepas jambatan Kong

Kong, di antara Kong Kong hingga ke Bandar Penawar, banyak kali kemalangan

Page 328: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

328

berlaku yang menyebabkan kemalangan jiwa disebabkan oleh lubang yang terhakis

oleh mungkin kerana hujan ataupun kualiti jalan yang tidak dibina dengan baik. Ini

membahayakan keselamatan pengguna. Begitu juga jalan lebuh raya yang baru

dibina daripada Kota Tinggi ke Johor Bahru. Saya ada membuat soalan, tentang

apakah S.O.P., prosedur atau syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk kita

menghilangkan cat warna putih. Dalam jawapan ini mestilah dibakar cat tersebut

supaya ianya dapat, dan tidak licin kepada pengguna jalan raya. Tetapi jalan-jalan

tersebut, line-line putih tersebut telah dicat dengan cat hitam. Memang berkilat. Kalau

sini jawapannya berkilat kalau guna cat hitam, memang berkilat dan tidak selamat

untuk pengguna-penguna jalan raya. Dan, yang jelas ini berlaku kepada saya semasa

saya balik daripada Rompin, bawa anak saya bawak motor. Dia di depan saya di

belakang, 80km per our dengan izin. Tiba-tiba di satu corner dan depan tu ada U-turn,

motor tersebut skid, disebabkan terlanggar line putih yang dicat warna hitam.

Kalau kita lihat statistik dalam hari-hari perayaan, hari raya, raya cina dan sebagainya,

pihak PDRM menyatakan bahawa statistik menunjukkan bahawa penunggang-

penunggang yang membawa motosikal ini yang banyak terlibat dalam kemalangan

di sebabkan oleh jalan raya kita yang tidak di selenggara dengan baik. Kalau kita buat

5 tahun 10 tahun, kualiti itu dijaga, saya rasa dari segi maintenance akan

menyebabkan kerajaan untung, tetapi baru 2 minggu kita kena repair, lepas tu jalan

rosak, setiap kali repair kena adakan kos, perbelanjaan ini adalah perbelanjaan yang

merugikan. Ini patut dilihat secara serius oleh pihak kerajaan dan orang-orang atau

jabatan-jabatan yang bertanggungjawab. Kena melihat bahawa perkara ini adalah

perkara yang menyebabkan orang boleh kehilangan nyawa disebabkan oleh

kecuaian ataupun memikirkan tentang keuntungan lebih daripada keselamatan

pengguna-pengguna jalan raya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kalau kita melihat tentang peredaran zaman, masa

berlalu dan kalau kita lihat keadaan negara kita ini di mana masyarakat berbilang

kaum mengamalkan budaya harmoni, perpaduan, kerjasama dan sebagainya dan

dalam masa yang sama kita memikirkan tentang keperluan rakyat untuk membela

rakyat-rakyat atau masyarakat yang memerlukan rumah-rumah murah umpamanya.

Setinggan kita pindahkan, kita berikan rumah, beri sewa yang murah dan sebagainya.

Di kawasan saya contohnya, di Setia Indah, ada satu projek yang dibina oleh Jabatan

Perumahan Negara yang kontraktornya adalah Technocis Sdn. Bhd., dah 3 tahun dah.

1 blok dah siap, ada 4 blok lagi defect kerana saliran mungkin pipeping ataupun

electrical yang tidak sempurna dan kalau dipasang pun terpaksa hack dengan izin. Ini

dipecahkan balik dan dibetulkan balik sistem tersebut. Persoalannya 2 tahun atau 3

tahun, kekosongan itu sepatutnya boleh diisi oleh mereka-mereka yang memerlukan

sepertimana yang telah kita nyatakan bahawa e-Kasih dan kerajaan telah pun letak

dan kerajaan PBT dan kerajaan akan bayar untuk membantu masyarakat. Kalau pihak

kerajaan yang membina rumah tersebut tidak dapat menyerahkan kepada

pengguna, bagaimana pula dengan pihak swasta yang semestinya syarat untuk

develope satu kawasan yang melebihi daripada 10 ekar mesti melebihi sekurang-

kurangnya 30 atau 40% membina rumah murah. Taman Mount Austin contohnya

sampai sekarang tak dapat dihuni. Keluar TV. Masyarakat marah, menuding jari

kepada kerajaan sedangkan projek tersebut adalah projek swasta yang dibina oleh

Kong San, sehingga kini tidak dibina.

Page 329: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

329

Ini yang menimbulkan kemarahan rakyat, dahlah mereka susah Yang Berhormat Dato’

Speaker. Terpaksa bayar sewa rumah, terpaksa bayar bulanan untuk memiliki rumah

tersebut dan rumah tersebut dan rumah tersebut masih belum siap lagi. Banyak lagi

rumah-rumah yang belum, contohnya di Taman Pelangi Indah, Yu Kong kalau ada

4,000 unit rumah yang dibina, 99% adalah rumah High M, rumah yang berharga lebih

daripada RM150,000.00 yang tidak mampu dibeli oleh mereka-mereka yang

memerlukan rumah. Di manakah penguatkuasaan? Di manakah syarat-syarat yang

telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk menentukan pihak-pihak developer yang

membangunkan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan itu, membina rumah-

rumah yang tersebut. Pelangi Indah sampai sekarang belum ada rumah murah. Jadi

saya harap..

Y.B. Dato’ Speaker : Dia tak ganti tempat lain? Kadang-kadang dia ganti..

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Bagi, saya projek di Pelangi

Indah tu belum ada gantian.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh…

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Walaupun ada gantian

sekalipun, tetapi belum nampak ianya jadi realiti dan Highway Pasir Gudang juga

sebelah ESSO, Taman Austin Perdana dah ada rumah tepi highway, pun belum

diduduki lagi. Saya tak tahu dan tak faham kenapa projek-projek rumah murah ini

selalunya dibiarkan begitu sahaja atau dilewat-lewatkan oleh pihak-pihak yang

membina rumah tersebut. Dan, ini semua adalah untuk keselesaan rakyat. Bagi

mereka-mereka yang mampu, mungkin mereka boleh beli rumah selebih daripada itu,

tetapi bagi mereka-mereka yang tidak mampu dan kita juga bercadang untuk

memastikan berkapita masyarakat Malaysia mempunyai gaji sekurang-kurangnya

RM3,500.00 ke atas, tetapi kalau perkara-perkara basic seperti ini kita terlepas

pandang, ianya akan menyebabkan masyarakat dan rakyat marah dan lebih-lebih

lagi kerajaan telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk membantu mereka. Badan-

badan pelaksana harus peka tentang perkara-perkara yang telah saya sebutkan tadi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker…

Y.B. Dato’ Speaker : Ok masa. Pendekkan sikit.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Ini menyentuh tentang

sekolah agama ni. Saya terlebih dahulu ingin menyatakan dalam Dewan yang mulia

ini, yang lepas saya ada tanya kalau maknanya kalau ada fasa 1, 2, 3, 4, 5. Fasa 1 ni

saya tak tahu dah berapa banyak yang dah siap. Yang dikatakan telah mula

pembinaan tersebut. Dalam pertanyaan saya Taman Mount Austin, saya merujuk

kepada kawasan saya tau. Jawapan yang diberikan 65% telah siap. Saya pergi ke site

baru-baru ini, saya rasa baru 70% sehingga kini. Bayangkan daripada yang diumumkan

melalui 65% sehingga kini saya rasa dah lebih daripada 3 bulan atau 4 bulan. Tak kan

3, 4 bulan hanya 5% pembinaan tersebut dapat dilaksanakan. Sepatutnya bangunan

tersebut telah diserahkan kepada Pejabat Agama untuk digunakan pada tahun

depan, bulan Januari. Dan sepatutnya diserahkan pada bulan 10. Ni dah bulan 12,

baru 70%. Ini baru Taman Mount Austin, belum taman-taman yang lain. Jadi, kalau

Page 330: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

330

perkara-perkara seperti ini menjadikan kekangan, menjadikan masalah kepada

kerajaan, memang masa cadangan elok, cantik.

Y.B. Dato’ Speaker : Ini masa jalan tengah buat lah ni.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Ini masih lagi berjalan, tetapi

saya tak nampak bahawa perkara ini disegerakan sebab kalau ada term and

condition, bahawa dia ada tempoh penyiapan. 6 bulan 1 tahun. Kalau lambat pun 1,

2 bulan. Tapi ni dah 2 bulan, masih lagi 70%. Sedangkan Sekolah Agama Taman Mount

Austin ni masih lagi menumpang di Sekolah Kebangsaan. Perlukan 8 bilik dan sekolah

tersebut tidak dapat menampung dan perlu tambahan sebanyak 2 lagi bilik darjah,

bermakna 10 dan berkongsi dengan Sekolah Kebangsaan Tamil Taman Mount Austin.

Jadi, kalau saya kata kalau perkara ini tidak dapat diatasi, masalah pembelajaran

murid di sekolah kebangsaan akan terjejas dan dalam masa yang sama, pengambilan

murid-murid baru untuk Sekolah Agama ini akan terbantut kerana kelambatan projek

yang baik yang dicadangkan oleh kerajaan tetapi tidak dapat disempurnakan

mengikut masa yang telah ditetapkan.

Y.B. Dato’ Speaker : Pekerja dia lari agaknya. Orang Malaysia tak nak kerja kontrak. Itu

masalahnya. Yang Berhormat, ok dah masa.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Ni ada 2 lagi, sikit lagilah.

Y.B. Dato’ Speaker : Satu.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Ni saya nak pilih yang mana

satu Yang Berhormat?

Y.B. Dato’ Speaker : Satu, pilihlah yang senang sikit.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Dialog Group nak bina oil

and gas.

Y.B. Dato’ Speaker : Dialog Group.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Di Pengerang dan Petronas.

Satu perancangan yang cukup baik yang melebihi daripada RM6 bilion. Kita harus

rancang daripada sekarang. Kita lihat IRDA, IRD telah berjaya membangunkan

Wilayah Pembangunan Iskandar. Dan sekarang ini Dialog Group dan Petronas

mengembangkan untuk memajukan ekonomi negeri kita ini di kawasan Pengerang.

Dan dalam masa yang sama, dalam ucapan bajet,Yang Amat Berhormat Menteri

Besar ada menyatakan bahawa ada satu unit, unit, unit oil and gas minyak Negeri

Johor. Saya tak tahu siapa yang mewakili unit ini dan apa persediaan untuk kontraktor

bumiputera dari Negeri Johor. Saya nyatakan di sini sebab, di Melaka ataupun di

Terengganu, ada mekanisme digunakan mana 30% tersebut atau profit oriented

ataupun kepada gross. Saya tak tahu. Tapi perlu dikaji supaya 30% kerja yang akan

diwujudkan bukan peluang pekerjaan. Kontraktor. Haruslah diberi kepada kontraktor

anak tempatan yang ada I/C: 01 atau berdaftar di Johor, diberi keutamaan. Supaya

kontraktor-kontraktor ini berjaya dan dapat melahirkan lebih ramai usahawan-

Page 331: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

331

usahawan. Dan kalau kita lihat di IIB atau pun IRDA, memang, memang dah diberikan

kerja tetapi kurang daripada 10%.

Y.B. Dato’ Speaker : Jadi, kuasa siapa Yang Berhormat, melantik? Kerajaan Johor ke

Negeri Johor ke federal atau Petronas?

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Kalau di sini ada unit oil dan

gas, maknanya, unit oil and gas ini di bawah seliaan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri

boleh tetapkan menggunakan kuasa-kuasa yang ada untuk memastikan bahawa

kontraktor ini dapat dijaga. Begitu juga di Teluk Danga, Danga Bay dan sebagainya.

Bagaimana pula kuota-kuota Bumiputera ni? Kuota-kuota Bumiputera, commercial

land, harga mesti lebih daripada RM20.00 contohnya. Janganlah mereka ini diberikan

harga macam ni lepas tu dijual pula kepada bumiputera dengan harga yang tinggi

dan akhirnya, bila bumiputera dalam masa 6 bulan tak boleh beli, jual kepada

commercial land dan akhirnya kuota Bumiputera ini akan hapus dan tidak dapat dibeli

oleh mereka-mereka yang ingin berniaga di kawasan tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana kesempitan masa, saya nak merujuk satu. Dua

hari lepas kalau silap saya dalam verbatim ini dia berpantun, saya tak tahu dia

berpantun ke, teka-teki ke, berjenaka eh?

Kaki karaoke biasa mencuri, kaki judi biasa menipu. Ia pencuri telunjuk jari, Wakil

Rakyat akan tunjuk hukum penipu. Bila Ahli-Ahli Dewan bangun, yang bercakap

khususnya kepada rakan-rakan kita di Batu Pahat, dia kata ini kaki karaoke penipu.

Saya nak tanyalah, saya ingat majoriti dalam Dewan ni atau di luar, di rumah-rumah

pun ada set. Saya pun minat menyanyi. Kalau gitu penyanyi-penyanyi yang ada dan

pengusaha–pengusaha karaoke di Negeri Johor atau di Malaysia boleh dikatakan

masyarakatnya ada yang Cina, ada yang Melayu dan India, majoritinya Cina, adakah

mereka penipu? Ini tuduhan. Kalau Skudai mengatakan bahawa menyanyi itu adalah

satu penipuan atau penipu, saya rasa, saya minta Skudai tarik balik. Kalau tidak, ini

satu tuduhan yang menyatakan bahawa peminat penyanyi dan artis adalah penipu.

Yang sepatutnya tidak harus dikeluarkan oleh seorang Wakil Rakyat yang mewakili

rakyat (Dewan bertepuk).

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Erm…

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya boleh bagi, berikan penjelasan.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Ini bukan masalah

penjelasan Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, yang sebenarnya kaki karaoke itu…

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Saya tak benarkan. Sebab

apa, masa pendek, dia dah kasi dah, 45 minit dah. Ini, ni, verbatim, dia bercakap,

sekarang ni dia nak pusing balik pulak.

Page 332: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

332

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : I sudah beri penjelasan Dato’ Speaker, itu, bahagian

pertama itu, I tak pernah rujuk kepada pengusaha-pengusaha. Kaki karaoke itu rujuk

pada MCA. Kaki judi tu rujuk pada Barisan Nasional.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Dato’

Speaker, ini satu tuduhan. Ni tuduhan. Saya pun menyanyi. Adakah saya ni penipu

Yang Berhormat Dato’ Speaker?

Y.B. Dato’ Speaker : Jadi Yang Berhormat, mana…

Y.B. Datuk Ng See Tiong (Parit Yaani) : Dato’ Speaker, saya harap dia tarik balik ni dia

tuduh pada MCA.

Y.B. Encik Tan Cher Puk (Johor Jaya) : Dato’ Speaker, sebenarnya kaki karaoke tu atas

pentas memang semua pemimpin DAP. Tiap-tiap tempat pergi jadi mencuri, menipu.

Y.B. Dato’ Speaker : Erm…

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Wakil Rakyat yang berkaraoke tu masa banjir, orang

rumah banjir, rumah orang banjir.

Y.B. Dato’ Speaker : Lawan, lawan dulu, saya ngantuk ni.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Saya ingatkan…

Y.B. Dato’ Speaker : Dah habis?

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Jadi, sebagai orang yang

bertanggungjawab, yang dipilih oleh rakyat, yang mengatakan membela rakyat,

mengeluarkan kata-kata tuduhan, saya rasa, beliau tidak layak untuk menjadi Wakil

Rakyat. Gantikan dengan Barisan Nasional untuk mengambil tempat beliau.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok Yang Berhormat, dah habis.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Dato’

Speaker…

Y.B. Dato’ Speaker : Dah, dah habis.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Dato’

Speaker…

Y.B. Dato’ Speaker: Dan, saya menyokong rundingan ini.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Bagi saya peluang …

Y.B. Dato’ Speaker: Oklah. Yalah, Yang Berhormat pun dah cakap puas. Dahlah.

Page 333: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

333

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Ini tahun terakhir. Dah bulan

12. Maknanya tutup. Dewan akan bersidang tahun depan. Jadi peluang dan ruang

ini untuk kita membetulkan persepsi yang tidak elok sebenarnya.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah yalah. Pasal masa tak cukup.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Dan kita ni, kerana nak

pilihan raya, menuduh yang bukan-bukan.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker saya nak mencelah. Kaki judi tu dia

tak cabar saya. Minta maaf, kaki judi tu dalam teks ucapan saya kata, kerajaan yang

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Dato’

Speaker…

Y.B. Dato’ Speaker : Saya memang suka Yang Berhormat berucap, jadi saya pun tak

ngantuk. Yang sebenarnya gitu, kalau ngantuk tu lecehlah.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Ini bukan mesyuarat DAP,

macam mana Pengerusi DAP hentam seorang lagi.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Itu sebab saya tak sebut nama MCA dalam…

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Ini membincangkan tentang

isu-isu dan perkara-perkara dasar kerajaan. Bila kita menuduh, dah tak betul dah.

Etiquette kita tak betul.

Y.B. Dato’ Speaker: Ha, ok.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Ini nak jadi War Lord kat sini

ke? Nak jadi War Lord Johor? Ataupun nak jadi God Father di Johor?

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ok.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Saya rasa tak mungkin.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, suruh dia tarik balik perkataan

War Lord itu.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat Dato’

Speaker…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, ini tak ada kena mengenalah, betullah juga.

Duduk Yang Berhormat. Habis cerita. Ok.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Belum tutup.

Page 334: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

334

Y.B. Dato’ Speaker : Dah Yang Berhormat. Tutuplah cakap, cadangan ni.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Ok Yang Berhormat Dato’

Speaker, saya sebenarnya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak

khususnya pegawai kerajaan, Jurutulis, EXCO dan Wakil-Wakil Rakyat termasuk Wakil

Rakyat pembangkang yang kadang-kadang menegur, membina dan sebagainya.

Kita jadikan ini sebagai satu jalan untuk kita bangunkan negeri kita.

Y.B. Dato’ Speaker : Dah Yang Berhormat, ni dah panjang lagi Yang Berhormat. Dah

macam ucapan Yang Berhormat. Saya nak kasi orang lain.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang Berhormat, saya yakin

bahawa…

Y.B. Dato’ Speaker: Nama Yang Berhormat...

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Yang negara kita ni akan

maju…

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, yalah, oklah tu.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Dengan itu, saya

menyokong…

Y.B. Dato’ Speaker : Ha’ah.

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman (Puteri Wangsa) : Usul yang di bawa oleh

Machap. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam. Saya ni kalau belah petang, belah petang ni

memang ngantuk. Jadi kalau bertengkar tu, celik mata saya balik. Ok, dah nak habis

ni. Tak ada benda, tak ada siapa nak bercakap lagilah. Dewan ditangguhkan

sekarang, boleh? Siapa pulak nak cakap tu? (Dewan ketawa).

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Gatallah Yang Berhormat Dato’.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, Yang Berhormat Nusajaya, saya beri 10 minit sahaja.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Saya kalau tak cakap, rasa

macam gelisah pulaklah. Kalau tak, ucapan penangguhan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumsalam.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Pertamanya, saya nak

mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1433 kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker

Page 335: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

335

dan semua Ahli Yang Berhormat. Dan saya juga mengucapkan terima kasihlah

kepada Yang Berhormat, yang mana telah memberi ruang kepada saya untuk

membahaskan Bajet 2012…

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan beri ruang, terpaksa.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Terpaksa…

Y.B. Dato’ Speaker : Kalau ikut, tak hendak…

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Sebenarnya, kalau saya tak

cakap, tak sah pulak. Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan

Negeri Johor di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin

Othman, selaku Menteri Besar Johor kerana telah berjaya membentangkan Bajet 2012

dengan berjaya yang bertemakan ‘Menjana Pendapatan, Perbelanjaan Demi Rakyat’

selama 2 jam 15 minit yang telah diisytiharkan oleh Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Pembentangan perolehan sebanyak RM825.99 juta dan anggaran perbelanjaan

mengurus tahun 2012 sebanyak RM824.78 juta dan mempunyai lebihan RM1.21 juta

menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri berjaya menguruskan kewangannya. Laporan

pembentangan tersebut dapat menafikan dakwaan setengah pihak yang

menjangkakan bahawa Kerajaan Negeri Johor bankrap.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya amat tertarik apa yang telah diperjelaskan di

dalam Bajet 2012 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan,

menyatakan, seperti yang dinyatakan mengambil hasil kerajaan yang mampan iaitu

mengenakan cukai kepada syarikat GLC. Ini juga, kalau perkara ini dilaksanakan atau,

dan dilaksanakan, saya rasa pendapatan ekonomi Kerajaan Negeri akan lebih lagi

seperti yang dijangkakan. Jadi, kalau kita mendapat kedengaran pada pihak-pihak

tertentu khasnya parti-parti pembangkang yang telah menyuarakan di Dewan ini,

Negeri Johor akan bankrap, tapi kali ini saya tidak kedengaran pula, di dalam Bajet

2012 ini tidak kedengaran. Bererti, apa yang kita laksanakan, mereka ini boleh

menerimanya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di dalam mengatasi beberapa masalah di dalam

kawasan-kawasan yang sedang membangun ini, saya juga ada beberapa masalah

yang perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkuasa. Saya juga mengucapkan

berbanyak terima kasih khasnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor

yang telah dapat melihat sendiri kawasan Gelang Patah, Skudai dan Nusajaya yang

sedang pesat membangun. Tetapi di dalam permasalahan-permasalahan yang tak

dapat kita nak perjelaskan di sini adalah sikap, sikap pihak-pihak pemaju di dalam

kawasan yang sedang pesat membangun khasnya di kawasan Nusajaya. Saya

berharap khasnya kepada Kerajaan Negeri supaya dapat memantau pihak-pihak

pemaju yang mana tidak mengikut arahan-arahan daripada pihak-pihak berkuasa.

Y.B. Dato’ Speaker : Pemaju siapa Yang Berhormat?

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Pemaju dekat Nusajaya ni

banyak. Pemaju-pemaju perumahan.

Page 336: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

336

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, kalau cari, kerajaan senang menyiasat.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Apabila melihat kerajaan kita

pada hari ini khasnya Negeri Johor yang sedang pesat membangun, pihak-pihak

swasta ini berlumba-lumba untuk mencari keuntungan dengan memajukan tanah-

tanah sama ada estet atau tanah-tanah yang dibelinya untuk dimajukan, untuk

membuat projek-projek perumahan.

Dan, baru-baru ini kita, terdapat lawatan daripada Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri kita. Dan, kalau kita lalu daripada Kota Iskandar ini nak balik ke Lima Kedai,

kita tengok satu taman perumahan yang saya rasa dia naikkan terlampau tinggi

sangat daripada paras jalan yang sedia ada. Jadi, perkara ini saya rasa apabila kita

bertanyakan dengan pihak berkuasa, sedangkan pihak berkuasa mengenakan syarat-

syarat tetapi pemaju-pemaju tersebut tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Y.B. Dato’ Speaker : Pemaju siapa Yang Berhormat? Kalau tak ikut syarat boleh ambil

tindakan.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Banyak pemaju-pemaju yang,

dan bukan itu sahaja, bahkan ada beberapa pemaju perumahan yang nak

bangunkan membuat taman-taman perumahan ni, dia tak tunggu lagi. Syarat-syarat

belum lulus, dia dah jalankan dulu. Contohnya, apabila rumah ni nak naik, dia kena

membuat apa ni, er..

Y.B. Dato’ Speaker : Buat apa?

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Tanah ni untuk diratakan.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Dato’ Speaker…

Y.B. Dato’ Speaker : Apa benda ni?

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Yang Berhormat Kempas dia tutup dia punya

skrin TV.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Bentayan, tolong jangan jadi batu

apilah.

Y.B. Dato’ Speaker : Bentayan, Yang Berhormat dah kena gantung, jangan cakap

banyaklah, diam-diamlah. Itu Skudai, jeling saja.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Saya rasa hairan…semua orang tengok skrin.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Speaker, jadi

saya berharaplah, pihak-pihak berkuasa supaya dapat memberi amaran kepada

pemaju-pemaju tersebut…

Page 337: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

337

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, mana Yang Berhormat tahu dia langgar syarat?

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Sebab, apabila banjir lumpur

berlaku contoh dia. Apabila banjir lumpur berlaku kita pun pergilah. apabila orang

kampung semua bising, kalau dulu banjir, air dia boleh kita berenang, tapi hari ini bila

banjir lumpur berlaku di kawasan-kawasan kampung. Jadi apabila lumpur berlaku, dia

pun panggillah Wakil Rakyat. Wakil Rakyat pun tinjaulah. Kalau kita tak tinjau nanti

Yang Berhormat Speaker nyatakan betul ke tidak?

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Jadi, kita tinjau nak benarkan

betul atau tidak tu dan kita lihat air-air yang turun semata-semata daripada taman-

taman perumahan yang baru naik.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, ok.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Tanpa ada kolam untuk menahan

lumpur-lumpur tersebut. Jadi, saya berharap…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, taman dia apa nama, taman tu?

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Taman banyak taman, kadang-

kadang dah tak ingat taman tu.

Y.B. Dato’ Speaker : Habis, yang jadi cerita tu taman apa?

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Ada Taman Nusa Bayulah, taman,

banyak lagi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ni bukan cerita banyak Yang Berhormat, Yang Berhormat…

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Terlampau banyak sangat…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat tuduh ni, jadi nanti pihak berkuasa checklah,

betul ke tidak. Senang dia jawab.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Tak. Perkara ni pun dah sering

kali dibawa ke mesyuarat.

Y.B. Dato’ Speaker : Mesyuarat Pembangunan?

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Dan saya juga mengikuti

mesyuarat-mesyuarat tersebut. Jadi, masih lagi terdapat pihak pemaju ini kadang-

kadang buat dek sahaja. Buat tidak faham sahaja sebab dia hendak mencari

keuntungan yang lebih. Kalau dia buatkan satu-satu kolam itu mungkin…

Y.B. Dato’ Speaker : Ini bukan kerajaan yang punya ya? Syarikat kerajaan ini?

Page 338: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

338

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Tidak, Yang Berhormat Dato’

Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh swasta punyalah.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Swasta.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Ok Yang Berhormat.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Sedikit Yang Berhormat.

Y.B. Dato’ Speaker : Ini bukan sedikit. Masa sudah lebih.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Saya hendak sentuhlah sedikit

Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Sedikit lagi.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Tadi saya tak nak sentuh. Saya

sudah terpaksa potong. Banyak yang saya hendak minta, salah satunya di dalam

pembangunan yang begitu pesat. Saya mohonlah kepada pihak-pihak yang

bertanggungjawab supaya kalau tidak dapat pembesaran Jalan Pontian ke Skudai,

kalau boleh pun daripada Ulu Choh ke Skudai pun sudah cukuplah. Sebab saya

difahamkan, masuk Rancangan Malaysia Yang Ke-9. Habis yang ke-9, masuk ke-10. Ke-

10 pula, round pertama tidak dapat, round kedua tidak dapat, round ketiga tidak

dapat. Kepesatan taman-taman perumahan ini, kalau kita lihat di persekitaran jalan

besar ini amatlah membangun sekali, dan kalau kita lihat sebelah pagi, jammed

terlampau berat sangat. Mungkin Yang Berhormat Dato’ Speaker, dekat Bandar

sekarang sudah tidak berapa jammed sebab banyak jalan-jalan cabang untuk ke

Nusajaya, untuk ke Bandar Johor Bahru. Tapi di sebaliknya sekarang, sudah beralih ke

kawasan-kawasan perumahan yang sedang membangun.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, teruk tempat Yang Berhormat ya? Teruk sangat?

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Tempat saya tidak teruk, dalam

kawasan ini. Tapi perjalanan, saya kasihan dengan orang Pontian, daripada Pekan

Nanas, Yang Berhormat Pekan Nanas…

Y.B. Dato’ Speaker : Habis, orang Kempas kalau hendak pergi sana Yang Berhormat

tidak kasihan? (Dewan ketawa)

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Dia dah banyak jalan dah.

Y.B. Dato’ Speaker : Ya? Kempas punya?

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Sebab hari itu pun saya

bercakap…

Page 339: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

339

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) :Kalau tidak jammed, Yang Berhormat

Dato’ Speaker, sebab Wakil Rakyat Kempas dia sabar, baik hati. Tapi yang sana dia

tidak sabar.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Dato’

Speaker…(Dewan ketawa)

Y.B. Dato’ Speaker : Dia salahlah tegur awak. Tidak boleh tegur.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : …baru-baru ini pun saya minta

Tambak Johor itu dibuka supaya dia boleh buat lalu jalan laut.

Y.B. Dato’ Speaker : Nak suruh siapa lalu?

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Kempas ke…

Y.B. Dato’ Speaker : Bukan kempas ke, cakap Kempas sahaja direct terus habislah

cerita. (Dewan ketawa)

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Skudai ke…jadi kalau saya kat sini

letak tol, dia tidak payah bayarlah.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk

pengetahuan Yang Berhormat Dato’ Speaker, Hospital Permai baru sahaja buka, mula

01.12.2011,dipersilakanlah kalau sapa-sapa yang ingin ke sana. (dewan ketawa)

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

masa sudah tinggal sedikit sahaja.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat tidak jawab?

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Takpelah Yang Berhormat Dato’

Speaker.(Dewan ketawa)

Y.B. Dato’ Speaker : Tahu takut ya. (Dewan ketawa)

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

saya hendak bercakap pasal masalah pembangunan dan bajet. Tetapi saya tengok

Kempas bangun, Bentayan bangun, Skudai bangun. Saya nak bercakaplah pasal

mereka ini. Sebenarnya mereka ini agak iri hati juga dengan apa yang kita ada pada

hari ini. Pembangunan yang ada dekat Nusajaya ini. Lebih-lebih lagi, pada hari ini,

realiti telah menjadi kenyataan…

Y.B. Dato’ Speaker : Macam cemburu ya Yang Berhormat, macam dia cemburu. Ha

betul jugalah.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Bukan dia cemburu. Dia sama

macam dia kecil hati, iri hati. Jadi hari ini dia duduk dalam Dewan yang bertuah ini…

Page 340: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

340

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Tadi saya belum bangun, dia sebut nama saya

Skudai. Sampainya hati ya.

Y.B. Dato’ Speaker : Dia sudah betulkanlah, Skudai, Kempas, kata dia. Haah.

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya

pun cemburu nak jadi pengurus bola sepak.

Y.B. Dato’ Speaker : Apa kena-mengena dengan bola sepak? Lain Yang Berhormat.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini

kalau saya hendak cerita dalam Dewan yang mulia ini, tiga-tiga yang naik ini semua

ada ceritanya. Sekarang ini pihak Skudai telah menggantung Bentayan. Bentayan

pula, apabila dia gantung, dia cakap dia bagitahu dengan Kempas minta izin supaya

Skudai ini hantar repair dekat Kempas. Jadi, tiga-tiga ini yang bangun. (Dewan

ketawa). Tapi saya setuju juga Yang Berhormat Dato’ Speaker sebab apa, saya

tengokkan apabila ucapan daripada Skudai, dia nak berpantun. Tapi pantun, saya

ingat pantun Yang Berhormat Dato’ Speaker pun lagi baik daripada Skudai. Kita pun

tidak faham. Jadi, kat situ saya sudah nampak Skudai pun agak kena repair juga Yang

berhormat Dato’ Speaker. Dan Bentayan ini apabila saya tengok…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, cerita Yang Berhormat sahaja. Jangan cerita hal

Bentayan. Tajuk Yang Berhormat belum habis itu.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Bukan apa Dato’ Speaker, tiga-

tiga ini ada kaitan. Saya hendak bercakap tentang pembangunan kawasan

Nusajaya…

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian (Kempas) : Nusajaya pun kena repair. (Dewan

ketawa).

Y.B. Dato’ Speaker : Nampaknya adik-beradik kena repair.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Saya sokong Kempas sahaja kena repair

hantar Kempas. Nusajaya hantar Kempas. Sebab tadi kita kat bilik rehat, itu tiga orang,

Skudai, Bentayan dan Kempas keluarkan tangan. Tapi kita panggil dia, dia tidak

berani. Panggil Nusajaya tidak berani. Panggil Nusajaya tidak berani. Hantar dia pergi

Kempas

Y.B. Dato’ Speaker : Ok. Sekarang Bentayan sudah baik sama Kempaslah. Sudah

hentam sanalah. Ok Yang Berhormat, ada apa-apa lagi.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

saya terpaksa habiskanlah Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kalau tidak, saya takut tiga-

tiga ini naik. Walau macam mana pun, saya mengucapkan berbanyak terima kasihlah

khasnya kepada Kerajaan Negeri yang telah membantu pasukan bola sepak kita.

Yang mana pada hari ini, kalau kita lihat kita telah pun merancang seperti kalau Ahli-

Ahli Yang Berhormat menidakkan perkara ini kita juga telah mengambil dua pemain

import untuk kita harap Wakil-Wakil Rakyat, Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya bersama-

Page 341: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

341

sama untuk memberi sokongan di dalam siri pertandingan Piala Malaysia 2012 yang

akan datang.

Y.B. Dato’ Speaker : Dari negeri mana Yang Berhormat ambil? Negeri mana?

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Seorang daripada Togo dan

seorang daripada UK. Dengan ini saya menyokong usul yang dibawa oleh Machap.

Sekian sahaja. Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam. Ini masa ini, sudah tidak cukup. Ada Yang

Berhormat berucap sudah habis masa. Minta maaflah kerana tiga-tiga ini kacau ya.

Saya cuma geli hati, dia ambil pemain Togo tu, saya cuma nak tanya tu, Togo tu

pasukan mana itu. Ok, Yang Berhormat. Perbahasan kita sudah habis. Esok Pihak

Kerajaan akan menjawab segala perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat. Maka dengan ini saya tangguh perbahasan kita sehingga hari esok jam

9.30 pagi.

Persidangan ditangguhkan pada jam 5:15 petang.

Page 342: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

342

PENYATA RASMI

MESYUARAT KETIGA (BAJET) BAGI PENGGAL

PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12

HARI KELIMA KHAMIS, 15 DISEMBER 2011 BIL. 16 TAHUN 12

HADIR

Y.B. Dato’ Speaker,

Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,

DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,

Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.

Dato’ Haji Ahmad Zahri bin Jamil, DPMJ., PJN., PIS.

(Sri Medan)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan

Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.

Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai

(Sungai Balang)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.

Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.

(Endau)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa

dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.

(Bekok)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.

Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN.

(Parit Raja)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.

Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN.

(Johor Lama)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan

dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.

Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.

(Tiram)

Page 343: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

343

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,

Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.

Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN.

(Gambir)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.

Encik Hoo Seong Chang, PIS.

(Paloh)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.

Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday

(Mahkota)

Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.

(Buloh Kasap)

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.

(Panti)

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.

(Tanjong Surat)

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.

(Bukit Serampang)

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., AMN., PIS.

(Kempas)

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP.

(Machap)

Y.B. Datuk Ng See Tiong, PJN., JP., KMN., AMN., PIS., PK.

(Parit Yaani)

Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.

(Yong Peng)

Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.

(Layang-Layang)

Y.B. Encik Lau Chin Hoon,

(Pemanis)

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., PPN., AMN.

(Kemelah)

Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

Page 344: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

344

Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.

(Bukit Naning)

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee, DPSM.

(Jementah)

Y.B. Encik Cheong Chin Liang,

(Bukit Batu)

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.

(Pulai Sebatang)

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.

(Nusajaya)

Y.B. Datuk Koh Chee Chai, PJN., PIS.

(Penggaram)

Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.

(Johor Jaya)

Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.

(Pasir Raja)

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.

(Benut)

Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,

(Penawar)

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,

(Kahang)

Y.B. Encik Tang Nai Soon,

(Pekan Nenas)

Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PMW.

(Jorak)

Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,

(Bukit Permai)

Page 345: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

345

Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.

(Tangkak)

Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,

(Sedili)

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, PPN.

(Senggarang)

Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.

(Tenggaroh)

Y.B. Encik Chia Song Cheng,

(Pengkalan Rinting)

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru, KMN., AMN., PIS.

(Tanjung Puteri)

Y.B. Encik Mok Chek Hou,

(Stulang)

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim

(Tenang)

Y.B. Encik Ong Kow Meng,

(Senai)

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,

(Sungai Abong)

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,

(Bentayan)

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau,

(Skudai)

Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim

(Maharani)

Y.B. Encik Ng Lam Hua,

(Mengkibol)

Page 346: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

346

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,

Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.

(Serom)

Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.

(Semerah)

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.

(Puteri Wangsa)

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu, PJN., PIS., BSI., KMN., AMN., PPN.

(Permas)

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN

NEGERI JOHOR)

Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,

Dato’ Haji Obet bin Tawil, DPMJ., PIS.

Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,

Tuan Haji Marsan bin Kassim

Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,

Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM.

Page 347: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

347

Persidangan bermula pada jam 9:30 pagi

Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.

DOA

(Jurutulis baca doa)

Y.B. Dato’ Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan

diucapkan selamat pagi, salam sejahtera Ahli Yang Berhormat sekalian. Perbahasan

Dewan Negeri disambung.

Jurutulis : SOALAN-SOALAN BERTULIS.

Jawapan kepada soalan-soalan bertulis oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ada

dibentangkan di atas meja mesyuarat.

SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA BAGI RANG

UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2012) TAHUN 2011.

Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rundingan Atas Perbahasan Bagi

Bacaan Kali Yang Kedua Bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2012)

Tahun 2011 diteruskan sekarang. Jemput Yang Berhormat.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Assalamualaikum warahmatullahi

taala wabarakatuh, selamat pagi, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. Pertama

sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker

kerana memberikan peluang kepada saya untuk memulakan penggulungan bagi

pihak Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Ketiga Bajet 2012 bagi Penggal Persidangan

Keempat Dewan Negeri Johor Kedua Belas. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat

Dato’ Menteri Besar yang telah membentangkan Bajet 2012 yang merangkumi

segenap lingkaran hidup rakyat yang akan menjadi panduan untuk kita mentadbir

negeri tercinta ini dan memastikan rakyat hidup sejahtera hari ini, esok dan selama-

lamanya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita bersyukur kerana dapat hidup dalam sebuah

negeri yang makmur, aman dan sejahtera. Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia

merupakan penyambung kepada kegemilangan Johor yang telah tercatat di dalam

sejarah sejak berabad lamanya. Sejarah mencatatkan selepas Empayar Kesultanan

Melaka jatuh pada tahun 1511, Sultan Alauddin Riayat Shah telah mengasaskan

Kerajaan Melayu Johor-Riau pada tahun 1528. Luasnya Empayar Johor-Riau

merangkumi Johor, Riau hingga ke Lingga, Klang dan Muar, juga Singapura yang

mengunjur sehingga ke Kampar dan Siak. Kehebatan Johor-Riau sebagai pusat

perdagangan antarabangsa yang strategik bukan sahaja menarik kuasa setempat

pada ketika itu seperti Acheh, tetapi juga menarik perhatian Portugis, Belanda dan

juga Inggeris. Selain menguasai perdagangan di Selat Melaka dan menjadi kuasa

maritim yang hebat pada abad ke-16 hingga ke abad ke-18, Johor-Riau juga dikenali

sebagai Pusat Pertumbuhan Budaya dan Persuratan Melayu. Namun kehebatan

Empayar Johor-Riau telah berakhir apabila Singapura dan Tanah Besar Semenanjung

Page 348: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

348

telah terpisah di bawah kuasa Inggeris, manakala Kepulauan Riau dikuasai oleh

Belanda.

Walaupun Johor-Riau telah terpisah dari segi politiknya, namun ia tidak dapat

menafikan kedudukan Johor sebagai pusat perdagangan yang strategik. Di zaman

pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar, baginda telah membuka pintu kepada

pedagang luar khususnya daripada Arab dan Negeri China yang telah menjadikan

Johor sebagai sebuah kuasa ekonomi baru sehingga dikenali sebagai Johor Moden.

Umpamanya kemasukan pekebun daripada Negeri China melalui Sistem Kangcu

ketika itu telah menjadikan Johor satu-satunya negeri di Semenanjung Tanah Melayu

yang menjadi pengeluar gambir dan lada hitam secara komersil dan besar-besaran.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, hari ini Johor telah bangkit semula melalui

pembangunan Iskandar Malaysia. Ia merupakan satu usaha yang telah dipelopori

oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita untuk bangkit menjadi sebuah

kuasa ekonomi bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh rantau ini. Kalau dahulu

sekadar pengaruh Arab dan China yang membantu pertumbuhan ekonominya, tetapi

hari ini telah menjangkau jauh ke Eropah sana. Maknanya, kalau dahulu orang Putih

menjajah kita dengan membawa hasil mahsul pulang ke negara mereka, tetapi kini

mereka datang semula untuk menanam modal di negeri kita.

Sejak dilancarkan pada tahun 2006, pembangunan fasa pertama yakni lima tahun

pertama, 2006 hingga 2011, Iskandar Malaysia telah membangunkan pelaburan

sebanyak RM47 bilion daripada sejumlah RM70 bilion pelaburan domestik dan juga

pelaburan asing yang telah komited. Manakala sasaran fasa kedua tahun 2011 dan

2015 dijangka dapat menarik pelaburan sebanyak RM73.3 bilion lagi iaitu kira-kira

RM13.3 bilion setahun. Dari segi peluang pekerjaan pula sehingga September 2011,

pembangunan Iskandar Malaysia telah mewujudkan sebanyak 27,299 pekerjaan baru

di dalam pelbagai sektor dan kemahiran. Manakala sasaran pada tahun 2015,

dijangka akan dapat menawarkan sebanyak 55,730 peluang pekerjaan baru. Dalam

masa yang sama, kerajaan juga telah menyediakan perumahan rakyat kepada

mereka yang tidak mampu memiliki rumah, dan pada hari ini sahaja sudah tersedia

1,500 unit pangsapuri moden yang menunggu untuk didiami. Kesimpulannya, kesan

pembangunan Iskandar Malaysia setidak-tidaknya memberikan:

1. Limpahan ekonomi kepada para peniaga termasuklah pelbagai kegiatan

ekonomi hiliran yang wujud hasil daripada ikon-ikon yang ada dalam wilayah ini.

2. Memberikan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya generasi

muda bagi meneruskan kelangsungan hidup yang sejahtera.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sebutkan perkara ini kerana nak memberitahu

khususnya pihak pembangkang yang berulang kali asyik membandingkan kerajaan

kita, Barisan Nasional dengan Kerajaan Pakatan Rapuh mereka yang hanya

berbangga kononnya mempunyai rizab simpanan berbilion ringgit walaupun, ia

diperolehi dengan menaikkan premium di samping tidak ada pun pembangunan

perumahan rakyat untuk golongan berpendapatan rendah. Kerajaan kita, Barisan

Nasional pandai untuk mencari hasil dan sumber dan pandai juga untuk berbelanja

bagi kesejahteraan rakyat. Pembangkang hanya pandai mencari salah dan memutar

belit fakta sehinggakan harga tiket untuk masuk ke Legoland yang belum siap pun

Page 349: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

349

dipertikaikan. Pakatan pembangkang yang rapuh ini memang hanya pandai

mengelirukan rakyat untuk menutup segala kelemahan dan kekeliruan yang timbul

sesama mereka serta sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa kerajaan kita,

Barisan Nasional bukan hanya memberikan harapan, tetapi sentiasa memenuhi impian

rakyat.

Saya menyambut baik saranan Yang Berhormat Senggarang dan Yang Berhormat

Tenang supaya golongan muda tidak diabaikan dan tidak ditinggalkan dari arus

pembangunan, apatah lagi sebahagian mereka berada di dalam persekitaran dunia

maya alam siber yang di dalamnya terselit himpunan fitnah dan putar belit

pembangkang. Mereka adalah pewaris masa hadapan yang perlu memahami dan

menghayati pembangunan yang sedang berlangsung. Justeru, Kerajaan Negeri

sedang mengorak langkah untuk mengadakan kerjasama antara Jabatan Belia dan

Sukan Negeri Johor, Iskandar Malaysia dan Majlis Belia Negeri Johor bagi memastikan

golongan belia akan terlibat secara langsung dengan pembangunan mega Iskandar

Malaysia. Kita bercadang untuk mengadakan Himpunan Belia Iskandar Malaysia

pada tahun 2012 dengan mengambil contoh kejayaan Himpunan Sejuta Belia di

Putrajaya pada tahun ini. Himpunan Belia ini akan menggabungkan kekuatan

Iskandar Malaysia dan kekuatan belia dengan tagline, ‘IM Youth’, dengan izin. IM

bermaksud Iskandar Malaysia dan youth bermakna belia.

Y.B. Dato’ Speaker : IM ya? Maksud Yang Berhormat IM, oh bukan saya ya, i’m

Iskandar.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Dalam Bahasa Inggeris, IM Youth, saya

belia.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Dalam konteks yang lain, IM, Iskandar

Malaysia, youth, belia , Saya belia Iskandar Malaysia.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, hebat.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Himpunan Belia Iskandar Malaysia ini

akan disegmenkan kepada beberapa zon yang mencakupi keseluruhan kehidupan

belia :

1. Penghargaan kepada yang mencapai kejayaan.

2. Kebudayaan dan kesenian.

3. Sukan dan permotoran.

4. Ekspo dan pameran.

5. Kesukarelaan.

6. Y Avenue.

Kita berharap melalui program ini mereka bukan sahaja dapat berhimpun di wilayah

ini, tetapi yang lebih penting mereka dapat memahami dan menghayati

pembangunan ini seterusnya mereka dapat menyediakan diri untuk terlibat secara

Page 350: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

350

langsung dengan mendapat manfaat hidup, seterusnya berbangga meneruskan

kesinambungannya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, golongan muda juga mempunyai bakat dan

kebolehan di dalam pelbagai bidang yang perlu diambil perhatian, antaranya ialah

dalam bidang sukan. Anak-anak muda kita, anak-anak Johor khususnya kalau

dibimbing dengan baik, ramai yang boleh menjadi bintang. Kejayaan Kontinjen

Harimau Selatan di dalam SUKMA yang terkini atas pimpinan Yang Berhormat

Semarang seharusnya menjadi suntikan kepada semua penggerak sukan di mana

sahaja untuk melahirkan lebih ramai lagi jaguh sukan yang akan mengharumkan nama

Negeri Johor. Kalau dahulu Kontinjen SUKMA tidak pernah mencapai kedudukan

kelima ke atas, hari ini mereka telah melonjak ke tempat keempat SUKMA 2010 di

Melaka dan naik lagi ke kedudukan ketiga pada tahun 2011 di SUKMA, Kuala Lumpur.

Y.B. Dato’ Speaker : Hmm.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Insya-Allah, Kontinjen Harimau Selatan

akan terus mengaum untuk mengejar tempat teratas di SUKMA Kuantan pada tahun

hadapan. Selain daripada itu, ramai juga anak-anak Johor yang telah membantu

mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Justeru, Kerajaan Negeri

Johor melalui Majlis Sukan Negeri Johor sedang menyiapkan blueprint, dengan izin,

iaitu hala tuju pembangunan sukan Negeri Johor yang merangkumi:

1. Pembudayaan sukan sebagai aktiviti dan gaya hidup sihat rakyat.

2. Melahirkan atlet berprestasi tinggi yang boleh mengharumkan nama negara.

3. Bidang sukan sebagai industri yang akan menyumbang kepada pembangunan

ekonomi negara.

Yang Berhormat Maharani ada menimbulkan kesangsian tentang kelemahan

pengauditan akaun Majlis Sukan Negeri Johor. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’

Speaker, Majlis Sukan Negeri Johor tidak mempunyai Enakmen sendiri tetapi

menggunakan ataupun mengguna pakai Jadual Kedua Enakmen Majlis Sukan Negara

seperti mana juga dipakai, diguna pakai oleh Majlis Sukan di negeri-negeri yang lain.

Oleh kerana ia tidak diwartakan yakni mengguna pakai Jadual Kedua Majlis Sukan

Negara, maka Jabatan Audit Negara tidak dapat mengaudit akaun Majlis Sukan

Negeri Johor secara sendirian.

Oleh itu, pengauditan akaun Majlis Sukan Negeri Johor hanyalah dilakukan secara

dalaman di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Tetapi

setelah penstrukturan semula pada awal tahun 2009, Lembaga Pengurus Majlis Sukan

Negeri Johor telah membuat keputusan supaya akaun Majlis Sukan Negeri Johor ini

diaudit sendiri walaupun menggunakan Jadual Kedua Majlis Sukan Negara semata-

mata untuk memastikan pentadbiran yang amanah dan juga telus. Maka telah ada

persefahaman antara Jabatan Audit Negara dan Majlis Sukan Negeri Johor supaya

proses pengauditan di bahagikan kepada dua fasa. Iaitu Fasa Pertama untuk tahun

1993 hinggalah tahun 2004 manakala Fasa Kedua bagi tahun 2005 hingga tahun 2010.

Jabatan Audit Negara juga telah melantik Tetuan Azzudin & Co. dan juga Tetuan

Salihin & Associate untuk menjalankan pengauditan tersebut.

Page 351: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

351

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kecemerlangan sukan juga berkait rapat dengan

pembangunan dan penyelenggaraan perlaksanaan sukan. Hari ini Perbadanan

Stadium Johor telah mengorak langkah berani untuk memastikan ia dapat memainkan

peranan bagi, supaya prasarana sukan utama di Negeri Johor sentiasa di selenggara

dengan baik. Antara langkah-langkah yang akan dilakukan :

1. Perbadanan Stadium Johor akan menjalani penstrukturan semula dengan

mempunyai pentadbiran sendiri yang mana pada ketika ini pentadbiran

Perbadanan Stadium Johor dipangku oleh Pengarah Majlis Sukan dan selepas

penstrukturan semula maka Perbadanan Stadium Johor akan mempunyai

pentadbiran sendiri.

2. Perbadanan Stadium Johor akan mengambil alih pengurusan beberapa

prasarana sukan, antaranya Stadium Hoki Taman Daya Johor Bahru, Kompleks

Stadium Kluang, Akademi Badminton dan juga Akademi Tenis di Taman Perling,

Johor Bahru di samping mengekalkan pengurusan Stadium Larkin yang telah dan

sedang melalui proses penambahbaikan.

3. Perbadanan Stadium Johor akan menubuhkan anak syarikat bagi menjana

pendapatan yang boleh digunakan untuk menguruskan prasarana sukan

tersebut.

Yang Berhormat Senggarang ada mencadangkan supaya Stadium Batu Pahat dinaik

taraf atau dibina semula. Untuk maklumat Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada masa

ini Stadium Batu Pahat adalah pengurusan Majlis Perbandaran Batu Pahat dan pihak

Perbadanan Stadium Johor pula masih tidak ada perancangan untuk mengambil alih

pengurusan tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi

dan Kebudayaan sentiasa peka dan mengambil berat tentang media di dalam

menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Yang Berhormat Kahang ada

mencadangkan supaya RTM mengembalikan semula Rangkaian Radio Tamil di Negeri

Johor. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker, pihak RTM memang telah

mewujudkan stesen-stesen khusus yang berpusat untuk bersiaran di dalam beberapa

bahasa. Untuk Bahasa Tamil, Stesen Minnal FM, Bahasa Mandarin Stesen Ai FM, Bahasa

Inggeris Stesen Traxx FM, untuk Orang Asli, Stesen Asyik FM serta untuk Bahasa Melayu,

Stesen Klasik Nasional dan Muzik FM. Kesemua stesen radio berpusat ini mempunyai

skala yang besar dan boleh didengar di seluruh pelosok tanah air. Kewujudan stesen

radio di peringkat negeri pula adalah di dalam skala yang kecil termasuklah Johor FM.

Ia hanyalah menggunakan Bahasa Melayu kerana mudah difahami oleh semua kaum

dan selaras dengan usaha kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai

Bahasa Kebangsaan. Walaupun berskala kecil, pihak Jabatan Penyiaran

sememangnya sentiasa mengalu-alukan penyertaan semua kaum untuk menjadi

juruhebah radio di mana pengambilannya diadakan secara terbuka.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Johor juga sangat prihatin dan menghargai

peranan wartawan serta pengamal media di dalam membantu membangunkan

minda rakyat seiring dengan pembangunan pesat yang berlaku di Negeri Johor ini.

Justeru, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Penerangan Negeri Johor dengan kerjasama

Kelab Media Johor telah mengadakan Malam Anugerah Media. Program ini akan

diteruskan dengan memberikan penambahbaikan dari masa ke masa di masa akan

Page 352: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

352

datang. Oleh itu, kita berharap wartawan dan pengamal media akan terus dapat

menyampaikan bukan sahaja berita semasa tetapi membantu kerajaan

menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan dasar kerajaan serta mesej pemimpin

yang ingin melihat rakyat akan hidup sejahtera sebagaimana tag line dengan izin,

“1Malaysia, Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan”.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya percaya ramai yang menganggap bahawa

Persidangan Dewan pada kali ini adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum

yang Ke-13. Justeru saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua

Jabatan dan kakitangan masing-masing yang telah membantu saya dalam usaha

untuk mentransformasikan Gerakan Belia dan Pembangunan Sukan di Negeri Johor ini.

Mudah-mudahan usaha kita semua ini akan terpahat di hati rakyat dan dapat...

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, pilihan raya dan dekat eh? Tak jumpa lagi eh?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Insya-Alah jumpa lagi.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, sedaplah sikit, jangan cakap tak jumpa. Tak duduk karang

saya kat sini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Nak cakap terima kasih kepada yang

mungkin tak jumpa nanti.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, kesian. (Dewan ketawa).

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Mudah-mudahan usaha kita semua

akan terpahat di hati rakyat dan mendapat keberkatan daripada Allah yang Maha

Esa. Sekian, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Terima kasih. Diteruskan lagi. Ha, yang ini memang tak ada.

(Dewan ketawa).

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna : Itu tak payah cakaplah.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, yalah. Sorrylah. Tak saya cakap ni nak menyenangkan hati

Parit Yaani. (Dewan ketawa).

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna : Ok. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasihlah kerana

mengizinkan saya turut serta dalam ucapan penggulungan dalam Dewan pada pagi

ini. Beberapa Ahli Yang Berhormat telah pun memberi pandangan dan cadangan

yang membina mengenai industri pelancongan Negeri Johor dalam masa perbahasan

mereka dalam Dewan ini. Saya dan juga pegawai-pegawai di Jabatan Pelancongan

Negeri telah meneliti semua perkara yang dibangkitkan dan akan mengambil langkah-

langkah yang sesuai demi kebaikan industri pelancongan Negeri Johor ini. Maka, saya

bagi pihak Kerajaan Negeri dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor ingin ucapkan

Page 353: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

353

terima kasih atas segala minat dan usaha yang ditunjukkan oleh Ahli-Ahli Yang

Berhormat untuk memajukan industri pelancongan di Negeri Johor ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sememangnya Kerajaan Negeri dalam usaha

memacu pembangunan industri pelancongan Negeri Johor, telah mengambil

beberapa langkah berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Negeri Johor

ataupun Economic Development Master Plan 2010 hingga 2020 yang mana telah

menggariskan 7 teras pelancongan untuk menjadikan Negeri Johor sebagai destinasi

pelancongan antarabangsa yang dinamik. Antara 7 teras pelancongan adalah :-

1. Tumpu kepada Pelancongan Luar Bandar ataupun Rural Tourism iaitu ada

berkaitan dengan homestay, pelancongan pertanian dan pelancongan eko.

2. Tentang Pelancongan Kebudayaan ataupun The Cultural Tourism iaitu ada

berkaitan dengan persembahan kebudayaan, alat muzik dan busana pelbagai

kaum dan sebagainya.

3. Pelancongan Kesihatan ataupun The Health and Wellness Tourism iaitu

mewujudkan hospital pakar dan pusat kecergasan dan juga Spa.

4. Pelancongan Warisan ataupun Historical Tourism iaitu ada berkaitan dengan

bangunan-bangunan bersejarah dan kesan-kesan peninggalan sejarah dan

sebagainya.

5. Pelancongan Pendidikan ataupun The Edu Tourism iaitu mewujudkan pusat-pusat

pengajian tinggi dan kita menggiatkan lagi Program Pelancongan Pelajar

ataupun 3P.

6. Pelancongan Marin ataupun The Marine Tourism iaitu mempertengahkan lagi

pantai-pantai dan pulau-pulau yang indah di Negeri Johor.

7. Pelancongan Bandar ataupun The Urban Tourism iaitu kita wujudkan pusat-pusat

membeli belah dan bangunan M.I.C.E. M.I.C.E. bererti pusat untuk mesyuarat,

pameran dan juga konvensyen.

Di samping itu juga, Kerajaan Negeri turut mengambil langkah untuk meningkatkan

tahap keselamatan, kebersihan, kemudahsampaian dan keselesaan serta

membangunkan fasiliti dan infrastruktur pelancongan di Negeri Johor ini. Dan untuk

makluman, melalui Rancangan Malaysia Ke-9 yang lepas, Kerajaan Negeri melalui

Kementerian Pelancongan Malaysia telah mendapat kelulusan sebanyak 18 projek

dengan jumlah peruntukan sebanyak RM41,175,000.00 bagi mempertingkatkan

kemudahan infrastruktur pelancongan di Negeri Johor.

Manakala di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi, Kerajaan Negeri telah memperolehi

peruntukan sebanyak RM39 juta bagi dibahagikan kepada beberapa destinasi

pelancongan termasuk membaik pulih kemudahan-kemudahan di Taman-Taman

Negara dan homestay-homestay di Negeri Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, usaha-usaha untuk mempertingkatkan kemudahan

infrastruktur pelancongan diteruskan oleh Kerajaan Negeri di dalam Rancangan

Malaysia Ke-10 di mana di dalam First Rolling Plan sebanyak 28 projek dengan jumlah

peruntukan RM43,385,410.00 telah diperolehi oleh Kerajaan Negeri demi projek seperti

berikut:-

1. 2 projek untuk penyediaan kemudahan pelancongan.

Page 354: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

354

2. 3 projek untuk pembangunan ekopelancongan.

3. 11 projek untuk menaik taraf projek yang sedia ada atas kemudahan

pelancongan.

4. 12 projek peningkatan kemudahan homestay di Negeri Johor.

Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, untuk membantu semua daerah di

Negeri Johor, usaha pembangunan kemudahan infrastruktur juga termasuklah

mewujudkan kaunter informasi pelancongan (The Tourist Information Counter) di setiap

daerah. Dan sehingga hari ini kita telah pun, ataupun sebanyak 6 Tourist Information

Counter telah pun dibangunkan iaitu di daerah Muar, Kluang, Mersing, Johor Bahru,

Kota Tinggi dan Pontian. Dan selain daripada itu kita akan teruskan dengan kerjasama

daerah-daerah yang belum lagi didirikan lagi TIC ini kita harap dalam masa yang

terdekat dapat kita bangunkan semua TIC yang ada di Negeri Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga turut

berusaha untuk mempertingkatkan dan meneruskan pemasaran serta promosi

pelancongan Negeri Johor melalui program-program pelancongan seperti :-

1. Penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa dan nasional.

2. Program lawatan pengenalan ataupun FAM trip yang kita akan anjurkan.

3. Program pemasaran secara online dengan mewujudkan portal pelancongan di

mana promosi dan pemasaran secara online adalah medium informasi utama

kepada pelancong pada masa kini.

4. Kempen-kempen pengiklanan Pelancongan Negeri Johor di majalah-majalah

pelancongan dan akhbar-akhbar utama di dalam dan juga di luar negara.

5. Meningkatkan sumber manusia berkualiti di dalam industri pelancongan untuk

mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta pengetahuan penggiat-penggiat

industri pelancongan.

6. Kita juga memberi tumpuan kepada misi jualan iaitu sales mission di semua

negeri di Malaysia dan juga di luar negara.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pelaksanaan program pelancongan di bawah Pelan

Induk Pembangunan Ekonomi Negeri Johor (The Economic Development Master Plan)

2010 hingga 2020 telah memberikan impak positif terhadap industri pelancongan

Negeri Johor terutamanya dari segi peningkatan jumlah kedatangan pelancong dan

pelawat ke Negeri Johor. Saya anggap ini sebagai KPI kepada Jabatan Pelancongan

Negeri Johor yang seperti saya telah pun membentangkan semasa sesi jawab pada 12

Disember yang lalu, iaitu peningkatan 6.4% bagi tempoh 6 bulan pertama bagi tahun

2011 kalau kita banding dengan tahun 2010. Kerajaan Negeri Johor yakin dan

percaya bahawa industri pelancongan Negeri Johor akan terus membangun

menjelang tahun 2012 dengan adanya beberapa produk pelancongan yang berprofil

tinggi yang akan dibangunkan di Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER), di kawasan

Desaru dan di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia seperti Johor

Premium Outlet, Lego Land, Pinewood Studio, Puteri Harbour Indoor Entertainment

Center dan Kulai Cybercity dan sebagainya.

Dan melihat kepada perubahan dan pembangunan pelancongan di Iskandar

Malaysia, di ECER dan di Desaru, Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi

Negeri Johor dan Jabatan Pelancongan Negeri bersama-sama dengan kerjasama

Page 355: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

355

daripada Tourism Malaysia dan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia di Negeri

Johor. Kita sedang menyiapkan pelan induk pelancongan Negeri Johor bagi tahun

2012 hingga 2021. Dengan memberi penumpuan kepada pelancongan bernilai tinggi

seperti mana digariskan dalam National Key Economy Area (NKEA) Pelancongan

yang seiring dengan Pelan Transformasi Ekonomi iaitu ke arah negara berpendapatan

tinggi menjelang tahun 2020, iaitu di mana NKEA Pelancongan Malaysia iaitu bagi

seluruh negara yang ditetapkan pada tahun 2020.

Kedatangan pelancong akan mencapai seramai 36 juta orang berbanding dengan 24

juta orang pada masa kini. Ini untuk Malaysia, ke seluruh negara. Manakala

pendapatan industri pelancongan pula mencapai RM168 bilion berbanding dengan

RM53 bilion pada masa kini. Dan, perbelanjaan pelancong perlu dicapai RM4,675.00

seorang berbanding dengan RM2,260.00 seorang pada masa kini. Maka di Negeri

Johor kita telah pun berusaha sedaya upaya. Di Negeri Johor telah pun ditetapkan

kedatangan pelancong antarabangsa dan domestik akan mencapai 6.94 juta orang

pada tahun 2020 berbanding dengan 3.6 juta orang pada masa kini. Pendapatan

industri pelancongan ditetapkan pada RM7.14 juta pada tahun 2020 berbanding

dengan RM1.9 juta pada masa kini. Dan perbelanjaan pelancong puratanya, perlu

mencapai RM1,030.00 seorang pada tahun 2020 berbanding cuma lebih kurang

RM450.00 pada masa kini.

Selaras dengan perubahan tersebut, Kerajaan Negeri telah pun menggariskan

beberapa langkah yang perlu diambil bagi mencapai hasrat tersebut seperti berikut

terutamanya :

1. Memastikan pembangunan penduduk yang menjadikan pemacu industri

pelancongan, di flagship dan dilaksanakan mengikut jadual seperti Johor

Premium Outlet, Lego Land, Family Entertainment Centre dan sebagainya.

2. Infrastruktur sokongan seperti di CIQ, Senai Airport, lebuh raya, perkhidmatan feri,

kereta api dan utiliti perlu dimantapkan lagi.

3. Pengurusan destinasi pelancongan perlukan penambahbaikan dan peningkatan

dari segi kualiti perkhidmatan, informasi, penyelenggaraan, pengurusan krisis dan

juga pakej lawatan.

4. Pembangunan Modal Insan perlu dipertingkatkan lagi memenuhi permintaan dan

penawaran serta kualiti pemandu pelancong.

5. Kemudahan penginapan di hotel-hotel bertaraf, baik bertaraf bintang-bintang

ataupun hotel bajet, homestay dan guest house. Langkah-langkah ini sedang di

perinci oleh Kerajaan Negeri melalui penyediaan Pelan Induk Pelancongan

Negeri Johor 2012 hingga 2021.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi memperkukuhkan serta meningkatkan lagi

tarikan pelancongan Negeri Johor dengan kewujudan produk pelancongan baru ini,

yang saya sebutkan tadi dengan segala produk baru ini, Kerajaan Negeri melalui

Jabatan Pelancongan Negeri Johor sedang memikirkan untuk mewujudkan satu

koridor pelancongan iaitu dari Tanjung Piai, iaitu Tanah Penghujung Benua Asia

kemudian ke Kukup, Pusat Makanan Laut, lepas itu ke Nusajaya di mana JSNAC, Puteri

Harbour Indoor Entertainment Centre dan sebagainya. Lepas itu ke Lego Land

Malaysia, lepas itu ke Johor Premium Outlet, kemudian ke Kulai Cyber City, selepas itu

Page 356: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

356

ke Desaru, itu pun merangkumi Kota Tinggi dan Mersing termasuklah pulau-pulau dan

pantai-pantai yang indah di Negeri Johor ini.

Maka, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kami di Jabatan Pelancongan Negeri akan

terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi memajukan sektor pelancongan di Negeri

Johor ini. Akhir sekali saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada

semua yang terlibat sama-sama untuk memajukan industri pelancongan di Negeri

Johor selama pada masa yang lepas sehingga masa yang akan datang. Sekian,

terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. Perbahasan diteruskan lagi, jemput.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan

Inovasi: Yang Berhormat Dato’ Speaker, salam sejahtera, selamat pagi dan salam

1Malaysia. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk saya turut sama dalam

perbahasan kali ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin merujuk kepada perkara yang dibangkitkan

oleh Yang Berhormat dari Skudai mengenai kebanjiran warga asing di Negeri Johor

yang mungkin akan menjejaskan peluang pekerjaan rakyat. Untuk makluman Dewan

yang mulia ini, kerajaan amat mementingkan keutamaan peluang pekerjaan bagi

rakyat tempatan. Pekerja asing hanya dibenarkan bekerja dalam lima sektor sahaja

iaitu sektor pembuatan, perladangan, pertanian, pembinaan dan beberapa bidang

perkhidmatan. Mengekalkan dasar bahawa penggajian pekerja asing adalah langkah

sementara bagi mengisi kekosongan jawatan yang tidak dapat dipenuhi oleh rakyat

tempatan, maka kerajaan telah mengambil langkah dalam usaha untuk memastikan

kuota pekerja tempatan dan pekerja asing dipatuhi oleh majikan. Antara langkah

berkenaan Yang Berhormat Dato’ Speaker ialah :

1. Majikan dikehendaki memaklumkan kekosongan kepada Jabatan Tenaga Kerja

terlebih dahulu supaya membolehkan pencari kerja rakyat tempatan yang

berdaftar dengan Jobs Malaysia diutamakan untuk mengisi kekosongan jawatan

tersebut.

2. Bilangan pekerja asing yang diluluskan oleh Jabatan Tenaga Kerja adalah

berasaskan kepada nisbah ataupun kuota yang ditetapkan mengikut sektor oleh

Pusat Proses Setempat. Itu sebab Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada majikan-

majikan yang merungut apabila mereka minta lulus pekerja asing di Jabatan

Tenaga Kerja, permohonan mereka ditolak.

3. Seterusnya kerajaan juga telah memutuskan untuk tidak membenarkan majikan

menggaji pekerja asing bekerja di restoran makanan segera ataupun sebagai

kedi di Golf Course, dengan izin.

Y.B. Dato’ Speaker : Kedi tak boleh eh?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan

Inovasi: Dengan semua langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan, maka

adalah diharap pematuhan kuota pekerja asing berbanding pekerja tempatan akan

membawa kepada penggajian pekerja asing pada jumlah yang lebih rendah dan

hanya dalam sektor tertentu yang memerlukan pekerja asing.

Page 357: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

357

Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya berhubung dengan perkara yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Pasir Raja. Sukalah saya memaklumkan

bahawa Kerajaan Negeri sedang mengambil langkah untuk mengadakan sudut

industri di sekolah-sekolah yang dikenal pasti bermula suku pertama tahun 2012. Untuk

makluman Dewan yang mulia ini, program ini akan melibatkan sejumlah 165 buah

sekolah dengan mensasarkan lebih 15 buah sekolah rendah dan menengah di setiap

daerah di seluruh Negeri Johor. Pelaksanaan juga melibatkan kerjasama Pejabat

Pelajaran Daerah dan juga Jabatan Tenaga Kerja Daerah yang akan

bertanggungjawab menyampai serta memperluaskan maklumat berkaitan keperluan

industri di Negeri Johor. Jabatan Tenaga Kerja Daerah juga berperanan untuk

mengenal pasti rakan industri yang terdiri daripada bekas Pengurus-pengurus Sumber

Manusia serta golongan Profesional Industri yang berpengalaman luas untuk

berperanan sebagai Penasihat Kerjaya kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah

yang terlibat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya berhubung dengan perkara

ketidaksepadanan penawaran pekerjaan dan permintaan tenaga kerja yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang sama. Kerajaan Negeri melalui Unit

Perancang Ekonomi Negeri Johor dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar

Malaysia akan membangunkan satu sistem yang dinamakan Sistem Klasifikasi Tenaga

Kerja Johor yang bertujuan khusus untuk mengetahui jumlah sebenar permintaan dan

penawaran kerja di Negeri Johor dan di kawasan Iskandar Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, melalui pendaftaran secara atas talian oleh pencari

kerja dan juga majikan, maka ia akan membolehkan tenaga kerja yang berdaftar

dalam sistem ini khusus untuk rakyat Negeri Johor. Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Sistem Klasifikasi ini juga secara langsung akan menunjukkan keperluan tenaga di

Negeri Johor bukan sahaja pada masa ini tetapi juga unjurannya pada masa

hadapan. Jadi, maklumat ini sebenarnya boleh dijadikan sebagai panduan oleh

pelajar-pelajar sekolah yang mungkin merupakan pencari kerja di masa hadapan juga

oleh penyedia-penyedia latihan yang akan menawarkan sesuatu kursus agar selari

dengan kehendak industri. Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk pelaksanaan sistem

klasifikasi kerja ini, Kerajaan Negeri akan bekerjasama erat dengan pihak Jabatan

Tenaga Kerja Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain jabatan kerajaan dan swasta

yang berkaitan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya berhubung dengan perkara yang

dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Benut berhubung dengan hab minyak di

Pengerang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya harap hab minyak di Pengerang ini tidak akan

menyerupai seperti mana hab projek kuari di Sabah. Kenapa saya sebut sedemikian

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerjasama

dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Pihak Berkuasa

Perbadanan Iskandar Malaysia akan mendapatkan peruntukan bagi melatih 1,000

orang pelatih sebagai pengimpal ataupun dengan izin, welder untuk membolehkan

mereka bekerja di hab minyak Pengerang. Dan dari jumlah berkenaan 70% daripada

pekerja-pekerja ini akan ditawarkan kepada rakyat Negeri Johor.

Page 358: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

358

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita menjangkakan pekerja-pekerja yang bekerja di

Pengerang adalah pekerja yang berkemahiran tinggi. Bagi memastikan terdapat

pekerja yang mahir dan menepati jumlah keperluan industri dalam bidang minyak dan

gas, sebuah akademi minyak dan gas sebagai mana akademi yang terdapat di

Kerteh, Terengganu dijangka akan ditubuhkan menjelang tahun 2014. Sehubungan itu,

saya ingin menyeru para kepada pencari kerja lepasan SPM dan graduan

menggunakan kesempatan dengan kewujudan institusi latihan untuk mendapatkan

latihan dan pengalaman dalam bidang minyak dan gas agar menjadi pekerja mahir

dalam bidang tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat dari Kempas mengenai keupayaan Malaysia untuk melatih dan

menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi yang juga diiktiraf di luar negara. Pelbagai

usaha dan perancangan yang telah diambil oleh kerajaan bagi melahirkan tenaga

kerja mahir yang setanding dengan negara luar. Malah khidmat nasihat dan

kepakaran juga diperlukan daripada tenaga kerja negara. Ini merupakan permulaan

awal dan gambaran yang positif dalam melahirkan modal insan yang berkualiti.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berhubung dengan itu bagi mencapai hasrat dan

maksud Kerajaan ini, dapat juga kita lihat melalui Program Johor Student Leadership

Council, dengan izin yang dijalankan bersama Jabatan Pelajaran sebagai inisiatif

kerajaan dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti bermula di alam

persekolahan lagi. Seramai 25 orang pelajar tingkatan empat dari seluruh daerah-

daerah Negeri Johor dipilih untuk menjalani latihan kepimpinan di dalam dan juga

mereka dihantar ke luar negara. Pelajar-pelajar yang terpilih ini adalah diharap

mampu menjadi role model, dengan izin atau pelajar contoh kepada rakan-rakan

yang lain agar dapat menyampaikan ilmu yang dipelajari sepanjang latihan mereka

kepada rakan-rakan mereka yang lain di sekolah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berhubung dengan prestasi keuntungan yang

menurun dalam tahun 2009 berbanding dalam tahun 2007 yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat daripada Skudai, disebabkan perkara ini sebenarnya disebabkan

kerana pihak PUSPATRI tidak menerima sebarang peruntukan dalam tahun 2008 dan

hanya menerima sebanyak 50% sahaja dalam tahun 2010 berbanding dengan tahun

2007. Jadi pencapaian pengambilan pelajar program jangka panjang sebenarnya

telah mencapai sebanyak 97.3% bukannya 2.7% sebagaimana yang dibangkitkan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pencapaian Latihan Pembangunan Modal Insan

kemahiran di PUSPATRI sebenarnya sejak ditubuhkan adalah seramai 42,667 peserta.

Manakala di Kolej Pelajaran YPJ adalah seramai 28,169 orang pelajar. Maka kedua-

dua institusi ini telah melahirkan pelatih-pelatih seramai 70,836 orang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya tiada berlaku sebarang pertindihan

pelaksanaan program di antara KPYPJ dan PUSPATRI, di mana masing-masing

mempunyai matlamat dan target group yang berbeza kerana PUSPATRI memberi

penekanan latihan kepada lepasan siswazah dan program spesifik industri. Untuk

makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada hari Isnin yang lepas, kita telah

Page 359: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

359

adakan majlis konvokesyen di mana lebih daripada 350 orang siswazah telah

menerima sijil dan selebihnya daripada SPM menerima sijil daripada PUSPATRI.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, KPYPJ pula melatih pelajar lepasan SPM

bagi mereka yang gagal memasuki IPTA dan merupakan second chance education

dengan izin, maka mereka mempunyai pilihan untuk meningkatkan kemahiran mereka

bagi mereka mendapatkan pekerjaan daripada sijil yang mereka perolehi daripada

KPYPJ. Malahan dengan adanya 2 atau lebih pusat latihan yang seperti ini akan

memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Johor khasnya untuk dilatih bagi

memenuhi keperluan pasaran dan lagi pun PUSPATRI terletak di selatan Johor Yang

Berhormat Dato’ Speaker, hanya satu PUSPATRI, tetapi KPYPJ ni terletak merata di

seluruh Negeri Johor. Jadi dengan keluasan yang begitu luas, maka kesempatan

daripada pelajar-pelajar yang tinggal sebelah utara mungkin mengambil kesempatan

di KPYPJ.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan ini,

saya ingin menyentuh mengenai Yang Berhormat Dato’ Speaker kepimpinan negara

kita Malaysia merupakan satu kepimpinan yang istimewa di mana setiap pemimpinnya

memastikan kesinambungan yang terus menerus sejak merdeka lagi agar kepentingan

rakyat semua lapisan masyarakat terbela dipelihara melalui perkongsian kuasa yang

terbaik yang diteruskan sejak merdeka ini. Perkara kesinambungan ini diteruskan oleh

kepimpinan negara kini oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri dengan

slogan 1Malaysia,’ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ di mana pelbagai

perancangan melalui Economic Transformation Programmed (ETP) atau Government

Transformation Programmed (GTP) dan lain-lain yang telah mula membuah hasilnya

sekarang. Begitu juga Yang Berhormat Dato’ Speaker, peneraju Negeri Johor, Yang

Amat Berhormat Menteri Besar Johor seorang pemimpin yang cukup berwibawa.

Urusan pentadbirannya yang adil mengimbangi keperluan, kepentingan pelbagai

lapisan masyarakat di Johor iaitu Melayu, Cina, India termasuk masyarakat orang asli.

Bidang agama, bidang pendidikan, peluang kerja, prasarana di kawasan bandar,

prasarana di kawasan luar bandar, alam sekitar, kebersihan dan keceriaan,

pemuliharaan hutan sebut apa saja, semuanya terjaga, terpelihara dan

diperkembangkan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bukti keterampilan kepimpinan Kerajaan Negeri yang

jelas adalah jumlah pelaburan di Iskandar Malaysia yang sebenarnya pada asalnya

disasarkan sebanyak RM47 bilion untuk jangka masa 5 tahun kini telah menjangkau

kepada RM77 bilion di mana 40% daripadanya telah pun dilaksanakan. Oleh yang

demikian, kita sebagai rakyat Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya, harus

menyokong kerajaan dan kepimpinan Barisan Nasional tanpa berbelah bagi, bagi

memastikan ketenangan, keamanan, keharmonian Negeri Johor dan negara yang

terpelihara selama ini diteruskan selama-lamanya di bawah kepimpinan Barisan

Nasional.

Akhirnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengambil kesempatan di sini untuk

mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak

terutamanya Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai

Kerajaan yang sentiasa telah memberi nasihat, dorongan, kerjasama yang terbaik bagi

Page 360: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

360

saya melaksanakan tugas-tugas jabatan agar ianya diteruskan pada masa-masa akan

datang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya turut sokong rundingan yang dibawa oleh ADUN

Machap.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, Yang Berhormat tak pergi mesyuarat KL ya? Ok, perbahasan

diteruskan lagi. Ha, Yang Berhormat.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,

Kebudayaan dan Warisan : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,

Kebudayaan dan Warisan : Salam sejahtera, salam 1Malaysia. Yang Berhormat Dato’

Speaker, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta

dalam penggulungan perbahasan atas pembentangan Bajet 2012 bagi Penggal

Persidangan Yang Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-12 oleh Yang Amat

Berhormat Menteri Besar Johor pada 8 Disember 2011 yang lalu.

Di kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan

cadangan serta pandangan dan juga teguran tentang perkara-perkara yang

berhubung kait dengan jabatan-jabatan di bawah portfolio Jawatankuasa Kemajuan

Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, menyentuh mengenai dengan apa yang telah

dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Pengkalan Rinting dan juga Skudai mengenai

dengan masyarakat Orang Asli, kampung Orang Asli Sungai Temun terletak di kawasan

Dewan Undangan Negeri Pengkalan Rinting mempunyai bilangan penduduk seramai

307 orang dan 60 ketua isi rumah dan kemudahan awam serta kemudahan asas yang

ada di kampung ini ialah seperti bekalan elektrik, bekalan air, jalan tar, dewan orang

ramai , TABIKA dan juga rumah guru TABIKA. Kawasan yang diduduki oleh masyarakat

Orang Asli Sungai Temun bukanlah rizab Orang Asli tetapi mereka tinggal di tanah

Kerajaan Negeri dan rizab pantai.

Walau bagaimanapun, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memindahkan

penduduk di kedua-dua kampung tersebut ke satu kawasan yang lebih sesuai dan

memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli dengan perancangan yang teliti

serta menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap termasuklah kemudahan

sumber ekonomi yang berterusan, supaya apabila masyarakat Orang Asli ini

dipindahkan mereka dapat bersaing dalam arus perdana. Kawasan perkampungan

Orang Asli Pasir Salak Yang Berhormat Dato’ Speaker, terletak di kawasan DUN Tiram.

Mempunyai 140 orang penduduk dan 28 ketua isi rumah. Bagi bekalan air bersih di

kawasan tersebut kerajaan telah pun membina telaga tiub pada tahun 2010 yang

pada awalnya berfungsi dengan baik, tetapi berlaku permasalahan dalam isu bekalan

minyak diesel, maka generator tidak dapat berfungsi dan mengalami kerosakan.

Page 361: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

361

Jabatan Kemajuan Orang Asli telah pun membuat lawatan bagi mendapatkan kos

baik pulih sistem tersebut dan dalam tindakan pada masa ini.

Mengenai bekalan elektrik pula, Jabatan Kemajuan Orang Asli telah pun membuat

permohonan kepada pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk

dimasukkan ke dalam bekalan elektrik luar bandar.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai masalah yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat ADUN Kahang iaitu Kampung Orang Asli Sedohok, di Kampung Orang Asli

Sedohok dan juga Kampung Puchor bagi memastikan masyarakat Orang Asli

mendapat bekalan air yang bersih dan terawat, kerajaan telah membina telaga tiub

di dua perkampungan Orang Asli iaitu di Kampung Orang Asli Sedohok dan Kampung

Orang Asli Puchor.

Bagi perkampungan Orang Asli Sedohok, telaga tiub tersebut dapat berfungsi dengan

baik dan dapat dinikmati oleh penduduk setempat tanpa gangguan bekalan setelah

di baik pulih dalam bulan September 2011. Manakala bagi perkampungan Orang Asli

Puchor telaga tiub tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan. Walau

bagaimanapun, Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti kerosakan dan

membuat anggaran kos baik pulih kepada telaga tiub tersebut. Manakala bagi dua

projek kampung Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Peroh dan Kampung Orang

Asli Air Pasir yang telah terbengkalai hampir setahun. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, projek ini adalah di dalam peringkat pembinaan, dan pihak kontraktor

telah berjanji untuk menyiapkannya pada tahun ini juga iaitu pada akhir bulan

Disember ini. Dan sebenarnya pada masa ini untuk makluman, projek-projek air

adalah terdapat 7 kampung dengan belanjanya RM3.5 juta.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai 6 perkampungan Orang Asli yang belum

dirizabkan di dalam DUN Kahang, ke semua 6 kampung tersebut sebahagiannya

tinggal di tanah-tanah kerajaan. Dan Jabatan Kemajuan Orang Asli telah pun

memajukan permohonan kepada Kerajaan Negeri pada bulan September 2011 untuk

penyemakan semula kepada kerajaan.

Mengenai dengan peranan kakitangan bagi membantu masyarakat Orang Asli yang

dibangkitkan ADUN Bukit Serampang, Jabatan Kemajuan Orang Asli sedar, bahawa

kekurangan kakitangan menyebabkan penyampai maklumat agak terbatas, walau

bagaimanapun, kekurangan itu bukanlah satu faktor yang menyebabkan kurangnya

tumpuan dalam melaksanakan tanggung jawab terhadap masyarakat Orang Asli

setempat dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor telah pun membuat

semakan justifikasi berkaitan dengan kekurangan kakitangan dan penempatan

pegawai ke Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia untuk pertimbangan.

Yang Berhormat ADUN Sedili membangkitkan mengenai dengan isu hak milik peneroka

FELDA di kawasan DUN Sedili kerana terdapat 3 buah rancangan FELDA dalam

gugusan Lok Heng yang belum mendapat hak miliknya. Sebenar di dalam kawasan

DUN Sedili terdapat 9 buah FELDA dan 5 daripadanya telah pun mendapat hak milik.

Di dalam Rancangan FELDA Lok Heng yang terdiri daripada Lok Heng Selatan, Lok

Heng Barat dan juga Lok Heng Timur, sebenarnya Lok Heng Selatan untuk makluman

Yang Berhormat ADUN Sedili, telah pun diluluskan permohonannya oleh kerajaan bagi

Page 362: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

362

mendapatkan hak milik peneroka untuk seramai 110 peneroka, pada bulan ini dan

bagi FELDA Lok Heng Barat seramai 317 peneroka bagi peringkat 1 dan juga bagi

FELDA Lok Heng Timur untuk seramai 204 orang peneroka bagi peringkat 1 juga telah

pun dibawa untuk kelulusan peringkat Kerajaan Negeri.

Dan untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, khususnya yang menjaga dalam

kawasan FELDA, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan yang

telah ditunjukkan semua ADUN-ADUN yang mempunyai Rancangan FELDA di dalam

kawasannya kerana setakat ini di dalam Rancangan FELDA di seluruh Negeri Johor

seramai 18,394 peneroka yang telah pun mendapat hak miliknya dan dalam proses

untuk menerima hak milik seramai 2,695 orang dan yang belum menerima hak miliknya

adalah seramai 6,377 orang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat ADUN Penawar, menggesa agar tanah lot-lot kosong disegerakan untuk

dijadikan kawasan perumahan bagi generasi kedua. Sebagaimana yang telah saya

maklumkan sebelum ini, bahawa terdapat 18 buah Rancangan FELDA yang telah

dikenal pasti di seluruh Negeri Johor mempunyai tanah kosong untuk dijadikan

kawasan perumahan bagi generasi kedua FELDA melibatkan kawasan seluas 167.75

hektar. Daripada keluasan ini sebanyak 2,720 lot kosong yang sesuai untuk

dibangunkan dan terdapat 3,734 permohonan telah diterima daripada generasi

kedua. Daripada jumlah ini sebanyak 2,552 pemohon yang telah berjaya. Dan,

sebenarnya pihak FELDA sentiasa bekerjasama dengan pihak Pejabat Tanah Daerah

dan juga PTG untuk menyegerakan permohonan lot kosong ini. Dan kelewatannya

sebagaimana yang kita sedia maklum adalah kerana kita ingin mengenal pasti lot

kosong yang akan diserahkan kepada generasi kedua ini sesuai diduduki, bukan

kawasan paya dan bukit. Ini bagi mengelakkan masalah timbul di masa yang akan

datang.

Dan, juga untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita juga bagi pihak Negeri Johor

sepatutnya seharusnya berbangga dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh

FELDA-FELDA. Ini semua adalah berkat daripada jasa baik, kerjasama yang telah

diberikan oleh semua ADUN yang mewakili FELDA ini kerana semenjak Anugerah

Keceriaan Kampung FELDA ataupun AKKF dilancarkan pada tahun 2008 hingga 2011

kesemuanya dimenangi oleh FELDA-FELDA di dalam Negeri Johor. Iaitu pada tahun

2008 FELDA Semenchu, 2009 FELDA Ulu Belitong, 2010 FELDA Kledang dan 2011 adalah

FELDA Tunggal. Mereka ini mewakili 73 buah Rancangan FELDA dengan 27,641

peneroka. Tahniah ya kepada ADUN-ADUN yang mewakili FELDA tersebut.

Y.B. Dato’ Speaker : Kawasan Yang Berhormat menang?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,

Kebudayaan dan Warisan : Kawasan saya belum lagi. Dapat peringkat akhir aja Yang

Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Peringkat akhir? Oh.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,

Kebudayaan dan Warisan : Yang Berhormat ADUN Sedili juga membangkitkan

Page 363: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

363

mengenai dengan projek FELCRA Berhad Sungai Ara, Kota Tinggi, kenapa luas

pegangan 10 ekar seorang dengan pendapatan bulanannya RM700.00 sebulan.

Sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Projek FELCRA Berhad Sungai Ara

merupakan Rancangan Tanah Belia yang diluluskan pembangunan tanah oleh

Kerajaan Negeri Johor kepada FELCRA Berhad pada tahun 1971. Pada tahun 1975

pengambilan peserta dari kalangan belia rakyat Negeri Johor seramai 380 orang telah

FELCRA jalankan secara berperingkat kemasukannya yang dikenali sebagai Belia Tani.

Namun yang mampu berdaya tahan seramai 287 orang sahaja dan selebihnya telah

menarik diri serta memilih kerjaya di bidang yang lain. Belia Tani ini bekerja sendiri

membangunkan tanah tersebut yang ditanam getah dengan dibayar elaun RM75.00

seorang sebulan sehingga projek berhasil. Mereka disediakan asrama khas untuk

kediaman serta makan dan minum.

Dan pada tahun 1996, projek FELCRA Berhad Sungai Ara telah selesai hutang

pembangunan serta hutang semasa pada tahun 2004. Dan, setiap peserta

dikurniakan tanah ladang seluas 10 ekar serta tapak rumah 0.25 ekar. Dan pada 25

Julai 2007, undian plot telah dijalankan bagi tujuan kurniaan hak milik tapi hak milik

belum dikurniakan lagi dan masih dalam tindakan PTG, Yang Berhormat Dato’

Speaker. Dan, pembelian 10 ekar seorang lot tanah dan tapak rumah adalah selaras

dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor sebagaimana pemakaian

peruntukan dalam Akta Penempatan Beramai-ramai atau Akta GSA 1960. Dan,

kenapa pendapatan bulanan mereka adalah berkurangan dan sebanyak RM700.00

sebulan ya, Yang Berhormat Dato’ Speaker, projek FELCRA Berhad Sungai Ara telah

ditanam semula pada tahun 2006 dengan tanaman kelapa sawit.

Dan projek kini pada tahun 2011 berada pada tahun pertama penghasilan dengan

keluasan berhasil seluas 500 hektar dan menjelang April 2012 projek diunjurkan berhasil

sepenuhnya iaitu seluas 715 hektar untuk manfaat 201 orang peserta. Ini kerana

sebilangan 86 orang apabila projek selesai hutang pembangunan, telah mengambil

keputusan untuk mengurus sendiri tanah-tanah mereka. Dan untuk itu, mereka yang

bersama FELCRA Berhad seramai 200 orang dalam tempoh pembangunan atau

tanam semula telah dibayar pendahuluan tunai bulanan sejumlah RM800.00 seorang.

Ini kerana projek belum mampu membayar dividen sebenar oleh faktor tahun pertama

penghasilan iaitu buah tandan segar ataupun BTS kecil dan kadar perahan minyak

rendah di bawah 16% dan tidak keseluruhan lot yang berhasil. Dan pembelian dividen

kepada peserta adalah tertakluk kepada keupayaan projek berhasil, tahun berhasil

selain faktor harga komoditi dengan mengambil kira tolakan hutang pembangunan

dan juga kos operasi. Dan bagi projek FELCRA Berhad Mawai Baru yang berada di

Kampung Orang Asli Sungai Selangi, dividen yang diagihkan kepada peserta orang Asli

adalah sama dengan konsep agihan yang dilaksanakan kepada peserta Projek

FELCRA Berhad yang lain iaitu berdasarkan kepada lebihan sebenar hasil projek yang

berkait dengan faktor keluasan pegangan, keupayaan pokok berhasil serta dirian

pokok, usia pokok, harga komoditi dan sebagainya.

Dan, bagi Projek Mawai Baru 2 atau Rancangan Tanah Orang Asli Selangi, purata

dividen diagihkan sejumlah RM350.00 sebulan tidak termasuk Hari Raya dan awal

musim persekolahan. Dan projek ini telah menjangkau usia matang iaitu hampir 25

tahun berhasil dan berada di bawah keupayaan sebenar pengeluaran hasil atau

dengan kata lain pencapaian hasil berada di bawah paras yang ditetapkan iaitu 13

Page 364: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

364

metrik tan per hektar per tahun dan akan ditanam menjelang, tanam semula

menjelang Mac 2012.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai dengan yang dibangkitkan oleh ADUN

Benut mengenai dengan cadangan Pusat Bimbingan Usahawan di Alor Bukit, Pekan

Nenas yang telah dipilih oleh Kerajaan Pusat menjadi transformasi luar bandar di

kawasan selatan, sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, berhubung dengan

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN

Benut, kerajaan sedang dalam proses untuk memperluaskan perlaksanaan RTC ke

beberapa negeri seperti Kelantan, Sarawak, Kedah dan juga Johor. Dan tempat yang

dicadangkan untuk dijadikan RTC di Negeri Johor adalah Pusat Pembangunan

Teknologi Tanaman Nenas (PPTTN). Pusat ini akan dijadikan hab untuk perlaksanaan

inisiatif-inisiatif utama RTC dan skop perlaksanaannya juga meliputi kawasan-kawasan

sekitar dalam lingkungan 50 kilometer hingga 100 kilometer radius. Dan perlaksanaan

inisiatif-inisiatif ini akan dijangka bermula pada bulan September 2012.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Adun Penawar membangkitkan permasalahan

mengenai dengan KEJORA iaitu isu pembinaan rumah kos rendah dan isu pelantikan

kontraktor. Isu pembinaan perumahan kos rendah di kawasan KEJORA, sejak

penubuhan KEJORA telah berjaya menyediakan beberapa kategori rumah terutama

di Bandar Mas dan Bandar Penawar. Dan pada peringkat awal penubuhan KEJORA

sebanyak 80% rumah yang telah dibangunkan di Bandar Mas dan di Bandar Penawar

yang merupakan rumah kos rendah dan sehingga kini 70% daripada rumah yang ada

di kawasan, di sekitar kawasan tersebut adalah terdiri daripada rumah kos rendah ya.

Di kawasan Bandar Mas 80% dan di Bandar Penawar 70%. Dan akhir-akhir ini KEJORA

tidak lagi diberikan peruntukan oleh Kementerian melaksanakan projek perumahan.

Ekoran daripada itu, KEJORA telah pun mengambil pendekatan dengan

menswastakan projek-projek perumahan di mana dalam setiap projek perumahan

yang dilaksanakan seperti perumahan di Taman Desaru Utama di Bandar Penawar,

pemaju adalah terikat dengan dasar kerajaan untuk membangunkan 30% rumah jenis

kos rendah. Dan rumah kos rendah ini telah pun dibangunkan dan akan dibangunkan

di fasa-fasa berikut perumahan tersebut.

Di Bandar Mas pada masa ini juga Yang Berhormat Dato’ Speaker, KEJORA telah

menyiapkan rumah sesebuah yang telah pun dijual pada harga di antara

RM120,000.00 hingga RM150,000.00 kepada seluruh penduduk Bandar Mas mengikut

harga kontrak di mana KEJORA tidak meraih sebarang keuntungan untuk tujuan

tersebut.

Dalam lawatan Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar ke KEJORA baru-baru

ini, beliau telah mengarahkan pihak KEJORA membina rumah dengan harga di bawah

RM100,000.00 di Bandar Mas. Dan pembangunan perumahan ini akan dilaksanakan di

Fasa 4 Bandar Mas di atas kawasan seluas 18 ekar. Pada masa ini KEJORA sedang

menyiapkan pelan perancangan pembangunan rumah tersebut dengan sebahagian

kos infrastruktur ditanggung secara geran oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah untuk membolehkan rumah di bawah RM100,000.00 ini dibina. Dan untuk

isu pelantikan kontraktor pula, Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada masa kini semua

projek sebut harga di KEJORA adalah dibuat secara panggilan sebut harga dan

pemilihan kontraktor juga dipilih di bawah satu Jawatankuasa Pengurusan KEJORA.

Page 365: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

365

Mesyuarat pemantauan projek-projek tersebut dibuat secara berkala bagi memastikan

projek-projek ini dapat berjalan dengan lancar. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya

akhiri penggulungan saya ini dengan sekali lagi untuk mengucapkan dan

merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Yang

Berhormat yang telah mengemukakan pandangan dan persoalan yang menyentuh

perkara-perkara di bawah bidang dan tanggungjawab saya. Saya telah sedaya

upaya untuk memberikan jawapan dan ulasan termasuklah permasalahan yang

dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan ini. Namun begitu,

dalam keadaan masa yang singkat ini kemungkinan terdapat perkara-perkara...

Y.B. Dato’ Speaker : Eh tak, boleh jawab lagi kalau nak.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,

Kebudayaan dan Warisan : terlepas pandang dalam ucapan balas ini dan insya-Allah

jabatan-jabatan yang berkenaan akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga mengambil kesempatan di sini sekali lagi

mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat telah

banyak memberikan kerjasama dan berjuang di dalam memastikan rakyat di seluruh

Negeri Johor ini mendapat kemudahan, keselesaan dan pembangunan yang

sebaiknya khasnya masyarakat di kawasan luar bandar di dalam tempoh

perkhidmatan yang telah diamanahkan. Untuk itu, saya akhiri dengan beberapa

bingkisan ungkapan sebagai menghargai seluruh sokongan dan juga jasa yang telah

diberikan.

“Memimpin rakyat ianya gigih, tahan bersakit mahu berpedih, imannya kuat pantang

beralih, tugas terlantar hatinya sedih, memikul beban tahan ditindih.

Dalam berkorban hatinya bersih, dijadikan pemimpin ia terpilih, dijadikan tua banyak

yang boleh, dijadikan induk ia pengasih, memimpin umat tuah berlebih.

Ikhlas menolong tak harap sanjung, ikhlas berbudi tak harap puji, ikhlas berkorban tak

harap imbalan, ikhlas memberi tak harap ganti, ikhlas mengajar tak harap ganjaran,

ikhlas memerintah tak harap sembah.

Rela berkorban membela kawan, rela mati membalas budi, rela melengas kerana

tugas, rela beralah dalam menang, rela ditegur jikalau silap, rela menanya ingin

menahu, rela berpenat menegak dapat, rela terkebat membela umat, rela binasa

membela bangsa”.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Hm, panjang pantun. Pagi-pagi gosok gigi, insya-Allah Yang

Berhormat dipilih lagi. Ok, siapa lagi nak berucap. Dipersila, ha Yang Berhormat.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani :

Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam

sejahtera, salam 1Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya ingin

Page 366: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

366

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana diberi ruang serta

kesempatan untuk turut sama mengambil bahagian dalam sesi penggulungan

perbahasan Persidangan Dewan Negeri Johor di Dewan yang mulia ini. Saya juga

merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang

telah dapat bersama-sama memberikan idea, cadangan dan mengemukakan

permasalahan serta isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya Pertanian dan Industri

Asas Tani Negeri Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya mengambil kesempatan untuk merujuk

permasalahan industri burung Walet yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN

Kahang dan juga Yang Berhormat ADUN Pekan Nenas. Sukalah dimaklumkan bahawa

pihak kerajaan telah mengeluarkan Garis Panduan Pembangunan Industri Burung

Walet atau lebih dikenali dengan 1GP pada tahun 2010. Garis panduan ini antara

lainnya menerangkan aspek perancangan pembinaan premis burung Walet, kaedah

pelesenan, amalan baik penternakan burung Walet ataupun dengan izin Good Animal

Husbandry Practices dan juga...

Y.B. Dato’ Speaker : Apa tu Yang Berhormat? Terjemahan dia?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Good Animal

Husbandry Practices.

Y.B. Dato’ Speaker : What is it? Can you translate to Malay?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Amalan Baik

Penternakan. Amalan baik penternakan dan juga aspek penguatkuasaan. Garis

panduan 1GP ini telah dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Johor pada 18 Mei

oleh Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri Johor

telah bersetuju mengguna pakai 1GP ini. Untuk makluman dalam 1GP, penternakan

burung Walet dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah tertakluk dalam

bidang kuasa PBT, manakala di luar kawasan PBT ianya dalam bidang kuasa

pengawalan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. 1GP ini juga akan mengguna

pakai perundangan dan akta yang sedia ada di Jabatan Veterinar, di Pihak Berkuasa

Tempatan dan juga Jabatan Kesihatan.

Memandangkan bidang usaha penternakan Walet ini masih baru, ramai pengusaha

yang juga masih baru, kurang berpengetahuan dalam mengamalkan praktik

penternakan yang baik. Sehubungan dengan itu, Jabatan Veterinar Negeri dengan

kerjasama Persatuan-persatuan Penternak telah mengadakan kursus dan seminar bagi

memberi penerangan kepada pengusaha-pengusaha dan juga bakal-bakal

pengusaha bidang-bidang yang meliputi dalam kursus ini termasuklah garis panduan

pembangunan industri burung Walet, amalan baik penternakan burung Walet

ataupun dengan singkatan GAHP. Seterusnya prosedur pengambilan sampel bagi

pengujian-pengujian kualiti yang dijalankan di makmal, undang-undang dan juga

penguatkuasaan di bawah Jabatan Veterinar dan seterusnya pelesenan dan

penguatkuasaan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.

Pada tahun ini sebanyak 5 kursus telah dijalankan dan mendapat sambutan

menggalakkan. Kursus-kursus tersebut telah dijalankan di Labis, di mana sebanyak 350

Page 367: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

367

peserta menyertai, Kota Tinggi, 300 peserta; Segamat, 250 orang peserta; Yong Peng,

200 peserta dan Kluang, 150 orang peserta yang berjumlah kesemuanya 1,250 orang

peserta. Kursus-kursus ini akan diteruskan lagi untuk meliputi kesemua pengusaha

burung Walet. Pada masa yang sama pemantauan berterusan akan dijalankan

bersama-sama agensi kerajaan yang berkenaan. Ini diharap dapat melahirkan

pengusaha Walet yang mengamalkan GAHP ataupun penternakan baik dan tidak

menimbulkan masalah dan kacau ganggu kepada penduduk setempat. Kesimpulan

daripada 1GP ini adalah bagi memastikan penternakan burung Walet ini tidak

menimbulkan kacau ganggu dan masalah kepada penduduk setempat dan orang

ramai.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk perkara yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat, Ahli Yang Berhormat dari kawasan Yong Peng, pihak MPOB akan

menjalankan semburan udara produk BP selepas menjalankan bancian ulat bungkus di

Mukim Chaah. Ini bagi menentukan tarikh sebenar operasi semburan. Bancian ini

bertujuan mengenal pasti keaktifan ulat bungkus yang menyerang dan memakan

daun dan menjejaskan pertumbuhan pokok kelapa sawit serta menyebabkan hasil

buah berkurangan. Definisi keaktifan ulat bungkus ini ialah apabila ulat bungkus

mencapai umur 10 hari selepas menetas. Untuk makluman, bancian ulat bungkus

akan dilaksanakan pada awal Januari 2012. Selepas itu, pihak MPOB akan membuat

perancangan awal dengan syarikat penyemburan untuk menyusun jadual

penyemburan memandangkan pihak syarikat hanya mempunyai seorang juruterbang

yang berpengalaman. Sekarang ni pun juruterbangnya sedang cuti Krismas, balik

Australia.

Y.B. Dato’ Speaker : Eh, apasal dia balik?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Pasal juruterbang yang

mahir ni dia orang Australia.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh, tak ada orang, kita tak boleh eh?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Setakat ini tak ada,

pasal seperti kata Y.B. ADUN Yong Peng, dia pandai terbang rendah.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh..orang kita pandai terbang tinggi. Lagi baik…Ha’ah.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Kerja-kerja lain yang

berkaitan urusan penyemburan ini akan diurus dan diatur oleh pihak syarikat

penyemburan udara untuk menjamin kehadiran juruterbang pada masa yang tepat

dan operasi berjalan dengan lancar. Ahli-Ahli Yang Berhormat, salah satu punca

kemunculan ulat bungkus ini ialah tidak mengamalkan amalan pertanian baik. Ni

kadang-kadang kebun ladang kelapa sawit ni, dia tak boleh bersih sangat. Dia kalau

bersih sangat dia akan menghasilkan sesuatu yang tidak baik seperti ulat bungkus ni.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh…

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Sewajarnya setiap

kebun atau ladang perlu ada tanaman bermanfaat seperti penutup bumi. Ini

Page 368: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

368

bertujuan untuk menarik dan mendatangkan serangga yang boleh mengawal

pembiakan ulat bungkus ini. Proses ini adalah proses kawalan semula jadi ataupun

dengan izin, biological control.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Tanjung Surat, ada

membangkitkan isu pampasan nelayan oleh MP Pengerang. Akibat terjejas

pendapatan ekoran syarikat pemaju terminal, petroleum dan gas yang

membangunkan di Pengerang. Sebuah projek terminal petroleum dan gas sedang

dibangunkan oleh Dialog Group di Tanjung Kapal hingga Tanjung Ayam, Pengerang.

Pembangunan projek tersebut melibatkan kawasan perairan penangkapan ikan

tradisional nelayan. Kerja-kerja pembangunan kawasan melibatkan tebus guna

perairan khususnya di perkampungan terlibat. Syarikat pemaju telah melaksanakan

tanggungjawab sosial korporat dengan membayar saguhati kepada nelayan-nelayan

dari kampung Sungai Buntu dan Sungai Kapal dengan kadar RM30,000 seorang bagi

nelayan yang mempunyai lesen dan RM15,000 seorang bagi nelayan yang tidak

mempunyai lesen. Seramai 121 orang nelayan telah menerimanya. Lanjutan daripada

itu, nelayan-nelayan yang tinggal di perkampungan sepanjang pantai Pengerang

seperti Sungai Rengit, Kampung Jawa, Kampung Langkah Baik, Teluk Empang dan

Pengerang merasakan mereka juga patut menerima bayaran saguhati dari pihak

pemaju.

Kerja-kerja pembangunan yang dilakukan melibatkan kerja pengerokan lumpur dan

penambakan pasir di tapak pembangunan. Sudah tentu aktiviti tersebut

mengganggu aktiviti nelayan tradisional dengan kehadiran kapal-kapal yang

senantiasa melakukan kerja-kerja penambakan. Tuntutan nelayan yang dibawa oleh

Yang Berhormat Ahli Parlimen Pengerang ada fakta yang menyokong kerana

kehadiran kapal menjalankan kerja penambakan menyebabkan hasil pendapatan

mereka terjejas dengan aktiviti pembangunan kerana kawasan penangkapan ikan

adalah di kawasan yang lebih kurang sama dengan nelayan yang tinggal di Sungai

Buntu dan Sungai Kapal. Oleh itu, pihak Kerajaan akan memberi pertimbangan wajar

ke atas cadangan Yang Berhormat Ahli Parlimen Pengerang supaya pihak pemaju

memberi pertimbangan sewajarnya akan tuntutan ini seramai 600 orang nelayan.

Jabatan Perikanan akan membuat bancian bagi mengenal pasti nelayan-nelayan

yang benar-benar terlibat dan menerima kesan akibat pembangunan tersebut.

Di samping itu juga, saya juga ingin menyarankan agar pemaju-pemaju yang

membangunkan pesisir pantai di Negeri Johor ini sewajarnya bertimbang rasa

memikirkan nasib nelayan-nelayan yang selama ini menjadikan kawasan yang ingin

dibangunkan sebagai sumber rezeki golongan nelayan-nelayan ini. Janganlah

pemaju-pemaju ketawa mendapat untung besar tetapi golongan nelayan menangis,

kehilangan sumber mata pencarian.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat ADUN Panti ada membangkitkan

mengenai industri akuakultur. Industri akuakultur adalah salah satu subsektor perikanan

yang berpotensi untuk meningkatkan pengeluaran ikan. Bagi memastikan

pengeluaran ikan berterusan, kawasan akuakultur sedia ada perlu dikekalkan dan

kawasan baru akan dikenal pasti. Di Sedili Kecil sepertimana yang disebutkan oleh

Yang Berhormat ADUN Panti, aktiviti akuakultur telah pesat membangun sejak tahun

80-an lagi. Ketika ini, terdapat 6 buah syarikat mengusahakan 180 buah kolam

Page 369: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

369

ternakan udang dengan keluasan 206 hektar dan kebanyakan pengusaha menternak

udang putih. Di perairan sungai Sedili Kecil juga, terdapat 3 orang pengusaha

ternakan ikan dalam sangkar. Terdapat sebanyak 187 petak sangkar berkeluasan

3,909 meter persegi. Spesies ikan ternakan adalah ikan siakap dan boleh dijual dalam

tempoh 7 bulan. Jabatan Perikanan telah mengenal pasti masalah di Sungai Sedili

Kecil iaitu sering berlaku limpahan air tawar yang banyak terutama pada musim

tengkujuh.

Pada bulan Mac 2011, telah berlaku kematian ikan secara besar-besaran ke atas

seorang penternak dan mengalami kerugian hampir RM300,000. Jabatan Perikanan

telah memberi suntikan bantuan benih dan makanan ikan kepada penternak tersebut

sebanyak RM164,818 supaya projek dapat berjalan seperti sedia kala. Khidmat nasihat

juga telah diberikan dan menasihatkan pengusaha menjadualkan masa penternakan

agar ikan ternakan boleh dipasarkan sebelum musim tengkujuh.

Kejadian kawasan perairan Sungai Sedili Kecil sering dilanda oleh limpahan air tawar

adalah kesan semula jadi alam dan tiada tindakan pemulihan dapat dilakukan. Bagi

kawasan Sungai Pulai, terdapat 6 pengusaha sangkar ternakan ikan. Sebanyak 187

petak sangkar dengan keluasan 9,456 meter persegi telah diusahakan dengan

ternakan ikan siakap, senangin, cupak, merah dan kerapu. Jabatan Perikanan telah

membina sangkar dengan izin high density polyclean sebagai sebuah projek perintis

pada tahun 2006 dahulu. Walau bagaimanapun, apabila sebuah projek

pembangunan seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pembangunan industri berat

Tanjung Bin, kualiti air telah menurun dan penternak mempunyai risiko yang tinggi

kerana perubahan kualiti air yang mendadak boleh mendatangkan kematian kepada

ikan.

Walau bagaimanapun, dengan limitasi dan risiko yang lebih tinggi aktiviti, pengeluaran

perlu diteruskan. Jabatan Perikanan telah mengenal pasti kawasan-kawasan baru

untuk dibangunkan seperti Sungai Johor, perairan Tanjung Surat, Sungai Lebam, Sungai

Santi dan Teluk Sengat di Kota Tinggi. Bagi Daerah Johor Bahru, perairan Kong Kong

Laut dan Tanjung Langsat hingga ke Sungai Tiram. Di Daerah Pontian, Jabatan

Perikanan mengenal pasti perairan Kukup berpotensi untuk dibangunkan. Kesemua

kawasan-kawasan ini telah pun dibuat permohonan untuk dijadikan industri akuakultur

Negeri Johor. Pembukaan kawasan baru ini diharap dapat menarik minat pelabur

dalam industri akuakultur.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai mengakhiri penggulungan saya

mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah

membangkitkan perkara-perkara serta memberi pandangan membina dalam portfolio

Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan yang mulia ini.

Sehubungan dengan itu, saya terpanggil untuk memberi pandangan pula kepada

Ahli-Ahli Yang Berhormat dari Pakatan Pembangkang agar mereka mengambil

langkah bijak demi rakyat seperti mana yang diambil oleh pemimpin PKR daripada

Bukit Gelugor semalam, yang meninggalkan parti PKR kerana DAP menjadi punca

masalah. DAP menjadi duri dalam daging. Daging yang sudah kena duri akan

menjadi busuk.

Page 370: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

370

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Jadi nampaknya...

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Yang Berhormat Pengerusi, berapa u bayar? U bagi

dia bayar keluar itu PKR?

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, oklah itu tak ada, jawab dalam soalan jelah.

Oklah Yang Berhormat tak payah.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Tak, ini nak beri

pandangan.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha yalah tak apalah. Tak ada kena mengena dengan apa tu

perbahasan. Ha tak apalah semua dunia dah tahu dah. Ok.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Begitu juga saya nak

menasihatkan 2 Yang Berhormat daripada PAS, dapat difikir-fikirkan kepincangan

dalam parti seperti mana kenyataan mantan Timbalan Ketua PAS semalam. Begitu

juga EXCO Agama Selangor akan dirinya yang dipinggirkan.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Begitulah keadaan parti

PAS yang sudah lari daripada perjuangan.

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Yang Berhormat…

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Oleh itu, Yang

Berhormat, saya minta Maharani dan Sungai Abong…

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat…

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Cepat-cepat...

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Penggulungan sepatutnya apa yang kita soal,

awak jawab. Yang Berhormat jawab.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Oleh itu, Yang

Berhormat, saya minta Maharani dan Sungai Abong…

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, biar dia berucap. Nak berceramah,

tak ada orang nak dengar.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, saya ingat cukuplah tu. tak apalah.

Page 371: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

371

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Dapat mengubah

haluan kepada 1Malaysia.

Y.B. Dato’ Speaker Ok. Ha, yalah. Ok.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Didahulukan. Sekian, terima kasih. (Dewan bertepuk).

Y.B. Dato’ Speaker : Jemput, siapa lagi? Jemput Yang Berhormat.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Izinkan saya membuat pembentangan sekarang Yang Berhormat

Dato’ Speaker. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya terus menuju kepada perkara

yang dibangkitkan, pertamanya oleh ADUN Maharani iaitu mengenai Program

Membasmi Kemiskinan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kemiskinan lebih

dirasakan di kawasan bandar berbanding di kawasan luar bandar berikutan kos sara

hidup yang lebih tinggi dan kekurangan sokongan kemasyarakatan. Justeru, sudah

sampai masanya pihak kerajaan mengimbangi salah satu keperluan asas masyarakat

iaitu memiliki sebuah rumah yang bukan sahaja bagi golongan berpendapatan

rendah tapi juga bagi mereka yang berpendapatan sederhana.

Dalam dasar perumahan rakyat Johor yang baru diluluskan dan berkuat kuasa buat

permulaannya dalam kawasan Iskandar Malaysia ini, Kerajaan Negeri tidak pernah

melupakan sebenarnya keperluan golongan berpendapatan rendah dan mewajibkan

pemaju perumahan di negeri ini yang hendak membangun di kawasan Iskandar

membina rumah kos rendah tetapi diberi imej dan penjenamaan baru iaitu dipanggil

Perumahan Komuniti Johor ataupun ringkasnya PKJ yang harganya adalah di antara

RM42,000.00 dan RM80,000.00 seunit dengan keluasan binaan di antara 720 kaki

persegi sehingga 850 kaki persegi. Ini lebih besar daripada rumah kos rendah sedia

ada Yang Berhormat Dato’ Speaker iaitu seluas 680 kaki persegi yang harganya

sekarang ialah RM35,000.00 Jadi, keluasan lantai itu ditambah luaskan untuk

memberikan selebih keselesaan kepada pembeli. Dipercayai penjenamaan semula ini

dibuat bagi mengubah stigma dan pandangan masyarakat terhadap kualiti dan imej

komponen rumah kos rendah. Perubahan ini juga dilakukan bagi memenuhi keperluan

para pembeli, pengguna yang memerlukan keluasan binaan yang lebih luas demi

keselesaan hidup berkeluarga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, melalui perlaksanaan Dasar Perumahan yang baru,

kerajaan juga telah memperkenalkan segmen Rumah Mampu Milik atau ringkasnya

RMM bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana yang rata-rata

tidak mampu beli rumah di pasaran bebas malah tidak layak untuk memohon rumah

kos rendah atau Rumah Mesra Rakyat. Penyediaan Rumah Mampu Milik adalah

seiring, Yang Berhormat Dato’ Speaker dengan matlamat Perumahan Rumah Rakyat

1Malaysia ataupun ringkas PRIMA yang bertujuan bagi mengimbangi kekurangan

bekalan rumah kos sederhana dan memastikan Program dan Skim Kewangan Rumah

Pertamaku yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan tercapai. Selain

daripada pembinaan PKJ dan RMM itu tadi oleh pemaju swasta, Kerajaan Negeri

masih lagi meneruskan pembinaan Projek Rumah Rakyat. Ini khusus untuk golongan

berpendapatan rendah untuk disewa bagi mereka ini atau gagal untuk mendapatkan

Page 372: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

372

pinjaman perumahan serta menempatkan semula setinggan-setinggan dan golongan

miskin.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita semua sedia maklum Akta Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672), telah diluluskan oleh Parlimen pada 17

Julai 2007 dan telah diwartakan pada 30 Ogos tahun yang sama dan ia mula berkuat

kuasa sepenuhnya pada 1 September 2011 yang lalu. Akta 672 telah memberi kuasa

eksekutif kepada Kerajaan Pusat untuk menyelaras sepenuhnya pengurusan sisa

pepejal dan pembersihan awam di seluruh semenanjung melalui penubuhan

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ataupun ringkasnya

PPSPPA.

Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Yong Peng,

Penggaram dan Bukit Naning perlulah saya memberikan sedikit gambaran situasi yang

berlaku mengenai pengurusan sisa pepejal dan tapak pembuangan sampah di negeri

ini. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker, sejumlah 2,500 hingga 3,000 tan

sampah sehari dilupuskan di 14 buah tapak pelupusan sisa pepejal sedia ada yang

beroperasi di 16 buah PBT di seluruh negeri. Daripada 14 buah tapak pelupusan sisa

pepejal ini atau ringkasnya (TPS), 2 buah adalah tapak pelupusan jenis sanitari ataupun

dalam bahasa Inggerisnya dengan izin, sanitary landfill iaitu di TPS Seelong, Kulaijaya

dan di TPS Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Manakala yang lainnya itu adalah tapak

pelupusan sampah terbuka ataupun dalam bahasa Inggerisnya, open dumping. Suka

juga saya menjelaskan konsep pembangunan tapak pelupusan sampah secara

sanitari bagi menangani kekeliruan pemahaman yang timbul di kalangan masyarakat

bahawa TPS memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan. Tapak

pelupusan sanitari ini adalah merupakan tapak pelupusan yang mempunyai lapisan

dasar yang menghalang leachate ataupun air busuk sampah ini, Yang Berhormat

Dato’ Speaker, daripada masuk terus meresap ke dalam sumber air bawah tanah,

juga mempunyai sistem pengumpulan dan peredaran melalui paip bawah tanah,

leachate tadi dan loji ada juga loji untuk merawat leachate Ini, atau cecair toksid

leachate ini.

Tapak pelupusan sampah sanitari juga mempunyai penutup harian, maknanya hari-

hari ditutup iaitu plastik atau tanah liat yang digunakan untuk menutup sampah yang

dilupuskan bagi mengelakkan risiko bau serta dikerumuni hidupan seperti lalat, tikus

dan burung gagak. Dalam pada itu, berbanding bau sampah yang boleh dihidu

sejauh mungkin dua atau tiga kilometer dari kawasan TPS terbuka, masalah itu tidak

berlaku di tapak pelupusan sanitari yang lebih bersih ini. Tapak pelupusan sanitari juga

punya sistem saluran paip untuk menyerap gas metana, atau methane dalam bahasa

Inggeris yang dihasilkan daripada proses pereputan sampah dalam tempoh tertentu

yang kemudian boleh ditukar menjadi tenaga elektrik.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan

Pengurusan Sisa Pepejal Negara, (JPSPN) serta agensi-agensi teknikal berkaitan telah

mengenal pasti tapak-tapak baru pelupusan sisa pepejal dan juga telah

mencadangkan tapak pelupusan yang telah penuh untuk ditutup selamat iaitu tapak

pelupusan sampah terbuka itu tadi. Dan bagi tujuan mengatasi masalah pelupusan

sisa pepejal terutamanya di kawasan tengah, Utara dan Pontian negeri ini yang

termasuk dalam Pelan Rancangan Pembangunan Pelupusan Kerajaan Negeri Johor,

Page 373: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

373

sejumlah 3 buah tapak pelupusan sanitari baru telah dicadangkan dan dirancangkan

iaitu :-

1. Tapak Sanitari Bukit Payung di Batu Pahat

2. Tapak Sanitari Pagoh di Muar, dan

3. Tapak Sanitari Pekan Nenas, Pontian

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Penggaram dan Yong Peng. Proses

pengambilan tanah di TPS Bukit Payung dan pembayaran pampasan telah pun selesai

dan pada masa sekarang tanah tersebut dalam proses pertukaran nama kepada

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Pihak JPSPN juga telah melantik juru perunding bagi

melaksanakan Kajian Terperinci Penilaian Alam Sekitar yang akan bermula pada bulan

Januari 2012 hingga bulan September tahun depan. Projek ini akan dilaksanakan

secara reka dan bina dan tender akan dibuat pada bulan November 2012 dan akan

jangka siap pada November 2013, beroperasi sepenuhnya pada Januari 2014. Bagi

melupuskan sisa pepejal dari kawasan daerah kecil Yong Peng, Labis, daerah

Segamat, Batu Pahat dan daerah Kluang.

Berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bukit Naning mengenai

adanya lori-lori sampah dari luar kawasan yang turut membuang sampah di Bukit Bakri.

Ingin saya jelaskan di sini bahawa sejumlah 8 unit kompaktor dari kawasan Majlis

Perbandaran Batu Pahat telah buang sampah di TPS Bukit Bakri kerana kekangan

kawasan TPS di Ladang CEP 1, Simpang Renggam yang turut menerima sampah

daripada Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Daerah Simpang Renggam dan

sebahagian daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Untuk mengelakkan gangguan operasi pelupusan sisa pepejal di daerah Batu Pahat

berikutan ketidakmampuan TPS Ladang CEP 1 itu tadi menerima sampah dari 3 PBT,

syarikat konsesi yang dipertanggungjawabkan perlu melupuskan sebahagian sisa

pepejal itu tadi di TPS Bukit Bakri. Walau bagaimanapun, pelupusan sisa pepejal di Bukit

Bakri dari Batu Pahat telah pun kita berhentikan pada 12 Disember 2011 yang lalu,

kerana orang Muar bising.

Y.B. Dato’ Speaker : Hhmm..

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Pada masa ini, TPS Bukit Bakri sedang melaksanakan kerja-kerja

naik taraf dan penutupan selamat yang telah dijadualkan siap pada 2012. Kerja-kerja

penutupan selamat merangkumi dua pertiga kawasan tapak yang melibatkan kerja-

kerja capping iaitu tambakan tanah, lapisan Geo-synthetic Clay Liner, dengan izin

atau ringkasnya GCL, lapisan Geo-synthetic Drain Liner, dengan izin, sistem paip

leachate untuk landfill gas dan sistem paip gas metana, kolam leachate dan rawatan

leachate. Manakala kerja-kerja naik taraf merangkumi satu pertiga lagi kawasan tapak

yang melibatkan kerja-kerja lapisan bawah tanah, lapisan High Dense Polyethylene,

dengan izin, sistem paip leachate, sistem paip metana, kolam leachate dan rawatan

leachate. Tapak ini masih boleh digunakan bagi pelupusan sisa pepejal sehingga 2014,

sehingga TPS Sanitari Pagoh mula beroperasi.

Page 374: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

374

Izinkan saya juga Yang Berhormat Dato’ Speaker, menerangkan kedudukan terkini TPS

Sanitari Pagoh yang tertangguh buat beberapa ketika kerana perkara-perkara yang

tidak dapat dielakkan oleh Kementerian. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat,

TPS Sanitari Pagoh yang berkeluasan sebanyak 148 ekar lebih kurang, di Lot 354, Mukim

Jorak, Muar dirancang untuk kegunaan zon utara yang melibatkan 4 PBT iaitu Majlis

Perbandaran Muar, Majlis Daerah Tangkak, Majlis Daerah Segamat dan Majlis Daerah

Labis bagi menggantikan TPS Bukit Bakri yang sudah penuh itu. Laporan Terperinci

Penilaian Alam Sekitar telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 21 April 2011.

Projek ini dijangka akan di tender pada April 2012 dan akan bermula kerja pada

September 2012 dan seterusnya dijangka siap pada September 2013.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, masalah banjir di Kampung Poh Chee Leng yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Skudai. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

telah pun melaksanakan pembesaran monsoon drain menuju ke Kampung Poh Chee

Leng sepanjang 150 meter tambahan dan akan di naik taraf secara berperingkat. Di

samping itu, kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan monsoon drain juga

dilakukan secara berkala. Pihak Majlis akan sentiasa memantau dan mengambil

tindakan dari masa ke semasa sekiranya masalah banjir berulang lagi di kawasan

tersebut.

Pihak MPJBT mendapati punca banjir kilat di Jalan Makmur, Taman Damai Jaya adalah

disebabkan oleh pertembungan hujan lebat dan air pasang. Oleh itu, MPJBT bersama

Jabatan Pengairan dan Saliran telah merangka perancangan bagi mengatasi

masalah tersebut, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, mengenai isu

iklan haram yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maharani. Dalam usaha

membasmi iklan-iklan haram selaras dengan arahan Kerajaan Negeri pada 26

November 2008, supaya semua PBT menubuhkan unit khas yang bertujuan untuk

membanteras kegiatan memasang dan menampal iklan haram secara bergilir bagi

tempoh 24 jam. Pasukan penguatkuasaan PBT ini bergerak dari semasa ke semasa

untuk menjalankan operasi pembersihan di seluruh kawasan pentadbirannya termasuk

kawasan-kawasan komersial, industri serta kediaman yang mana kerja-kerja

menanggalkan iklan haram digerakkan secara intensif sebagai langkah mengatasi

masalah tersebut. Antara tindakan-tindakan Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi

menangani iklan-iklan haram adalah seperti berikut :-

1. Bagi iklan yang tidak berlesen atau iklan haram, PBT akan mengambil tindakan

membuka atau menurunkan iklan tersebut seterusnya mengeluarkan kompaun

sebagaimana peruntukan Undang-Undang Kecil Iklan dan Undang-Undang Kecil

Vandalisme.

2. Jabatan Kejuruteraan di setiap PBT juga sedang melaksanakan program

menukarkan bentuk-bentuk papan tanda jalan yang tidak membolehkan iklan-iklan

haram dipasang. Sebagai contoh, Bandaraya antara PBT terawal yang telah

memulakan usaha menukar papan tanda jenis plastik sedia ada kepada papan

tanda nama jenis ACM ataupun Aluminium Composite Material bertiang dengan

ketinggian 8 kaki dari atas tanah.

Page 375: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

375

Di samping itu juga, sebagai contoh mengambil langkah mengecat tempat-tempat

awam yang berpotensi digunakan bagi menampal iklan haram seperti pondok bas

dengan menggunakan cat anti-sticker dengan izin, sebagaimana juga yang telah

disebut oleh Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan sticker-sticker yang ditampal

mudah ditanggalkan. Penggunaan cat tersebut juga mampu mengurangkan

masalah iklan-iklan haram di tempat yang berkenaan. Contohnya, antara pondok bas

yang menggunakan cat ini ialah :-

1. Di Jalan Tarom.

2. Di Jalan Perwira.

3. Jalan Dato’ Sulaiman, dan

4. Jalan Dato’ Abdullah Tahir.

5. Dua unit di hadapan Pejabat Jabatan Pelajaran Johor.

Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam, Yang Berhormat Dato’

Speaker, Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha

Negara sendiri telah membincangkan langkah-langkah pembasmian dan

penguatkuasaan terhadap iklan-iklan haram. Dan PBT-PBT diarahkan hendaklah

mengemukakan maklumat mengenai nombor telefon yang dipaparkan pada iklan-

iklan haram kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan

pembatalan talian telefon tersebut. Tindakan yang diambil oleh setiap PBT adalah

berterusan dalam menangani permasalahan iklan-iklan haram yang sememangnya

mencacatkan pemandangan dan memberikan imej yang tidak baik kepada PBT.

Bagaimanapun, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya berharap kerjasama daripada

pihak awam seperti Persatuan Penduduk juga diperlukan dalam mengatasi masalah ini

yang boleh membuat teguran mungkin secara terus kepada mana-mana individu

yang dilihat memasang iklan-iklan haram tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, penubuhan Task Force berperanan sebagai mata dan

telinga dalam kawasan PBT. Ia adalah sejajar dengan pendekatan untuk memastikan

tindakan responsif kerajaan dalam menangani permasalahan yang dihadapi orang

ramai supaya tindakan segera dapat diambil dan keselesaan dapat dipertingkatkan.

Sebagai contoh unit Task Force di Bandaraya bertugas 24 jam sehari dan dibahagikan

mengikut zon dan kawasan yang mampu menjimatkan masa dan jarak perjalanan

anggota Task Force tersebut. Melalui kaedah ini, aduan dapat diambil tindakan

dalam jangka masa sekurang-kurangnya satu jam dan selewat-lewatnya tidak

melebihi satu hari. Dengan kaedah ini, aduan-aduan seperti jalan berlubang, sampah

tidak diangkat, pokok tumbang, parit tersumbat dan kerja-kerja awam yang tidak

melibatkan kos yang tinggi dapat diambil tindakan segera.

Manakala Pasukan 3K pula Yang Berhormat Dato’ Speaker, bertindak sebagai

pelengkap kepada perkhidmatan-perkhidmatan kebersihan, keceriaan dan

keindahan yang dijalankan secara berkala di dalam kawasan PBT. Melalui tindakan

Pasukan 3K, pihak PBT sentiasa proaktif terhadap masalah-masalah harian seperti

langkah untuk memastikan sasaran untuk mencapai zero aduan, ataupun sifar aduan

dapat direalisasikan. Mengambil contoh, adalah Program Abadi iaitu “Anda Bersih,

Anda Dihargai”, di Majlis Bandaraya Johor Bahru telah diwujudkan Task Force yang

menjangkakan punca kepada permasalahan sisa pepejal, kebersihan dan kesihatan,

keceriaan dan keindahan.

Page 376: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

376

Penubuhan Skuad Perwira yang dianggotai oleh semua anggota pekerja Bandaraya

bertindak sebagai mata dan telinga dalam memantau aduan orang ramai di samping

mengenal pasti langkah-langkah pencegahan sebelum berlaku permasalahan.

Sehubungan dengan itu, inisiatif yang dijalankan oleh PBT melalui penubuhan Task

Force dan Pasukan 3K adalah dilihat Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai satu

faktor tambah nilai kepada perkhidmatan PBT.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menjelaskan Majlis Perbandaran Kulai telah

pun memasang 33 unit kamera CCTV di dalam kawasan pentadbirannya dengan

lokasi ditentukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Semua CCTV tersebut berfungsi

dengan baik. Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh PDRM terdapat pengurangan

kadar jenayah setelah pemasangan CCTV dilaksanakan. Penyelenggaraan berkala

juga telah dilakukan sebanyak 4 kali seminggu dengan kos sebanyak RM57,800.00

sebulan dengan RM37,905.00 dibiayai oleh KPKT dan bakinya RM19,905.00 ditanggung

oleh Majlis.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab isu-isu dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Bentayan berhubung dengan Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang

menyentuh tentang aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap

pembinaan bangunan tambahan Majlis Bandaraya dan perbandingan harga

perolehan dengan harga pasaran berkaitan kerja pemasangan CCTV, pemasangan

lampu dan pendawaian talian elektrik. Perkara ini Yang Berhormat Dato’ Speaker,

akan disemak dan diteliti seperti biasa oleh Jawatankuasa Kira-Kira Raya yang telah

kita lantik. Kita juga maklum bahawa Jawatankuasa ini mempunyai kuasa memanggil

mana-mana pihak yang berkaitan dan mendapatkan segala surat dan rekod yang

bersangkut paut dengan kira-kira atau perkara yang diperiksa itu.

Oleh yang demikian Yang Berhormat Dato’ Speaker, eloklah kita menunggu

Jawatankuasa ini melihat perkara ini secara terperinci dan oleh kerana ianya telah

dibangkitkan, saya berharap Jawatan Kira-Kira Raya akan menyegerakan perkara ini

untuk memperbetulkan dan memperbaiki keadaan jika ada. Dan laporannya itu nanti

akan di bentang semula dalam Dewan yang mulia ini sebagaimana Peraturan

Bilangan 110 Di Bawah Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan

Negeri Johor.

Inilah Yang Berhormat Dato’ Speaker, antara sistem yang ada di dalam pentadbiran

awam untuk menentukan kita mencapai ketelusan sebaik mungkin dalam setiap

jabatan dan agensi kerajaan yang ada. Walau bagaimanapun, pihak Majlis

Bandaraya Johor Bahru adalah telah diarah untuk terus memberi perhatian terhadap

isu-isu yang dibangkitkan dan mengamalkan perbelanjaan berhemah dalam urusan

perolehan dan perbelanjaan yang hendak kita lakukan.

Bagi menjawab isu penebangan pokok di kawasan padang Jalan Perdana 8, Taman

Perdana, Jalan Bakri, Muar yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentayan,

saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Muar memang sudah sedia

maklum berkenaan dengan perkara ini dan sedang dalam proses untuk melantik

kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut. Majlis Perbandaran Muar juga

sentiasa memperbaiki mana-mana sistem perparitan didapati rosak dan tidak

Page 377: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

377

berfungsi dengan baik apabila menerima aduan orang ramai. Bagi kerosakan sistem

perparitan di kawasan yang dimaksudkan, pelaksanaan kerja-kerja baik pulih sedang

diatur dan kerosakan sistem perparitan tersebut akan diatasi segera. Sistem lampu

isyarat di kedua-dua persimpangan tersebut direka bentuk dengan sistem operasi

sedia ada setelah mengambil kira persimpangan–persimpangan kecil yang terdapat

sebelum dan selepas persimpangan tersebut. Ini adalah Yang Berhormat Dato’

Speaker, bertujuan untuk memberi masa dan peluang kepada kenderaan keluar dan

masuk di persimpangan yang berkenaan, bagi mengurangkan kesesakan jalan raya

dan kemungkinan berlakunya kemalangan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, menjawab isu dibangkitkan oleh ADUN Pengkalan

Rinting, sistem letak kereta yang diamalkan di Majlis Bandaraya Johor Bahru bertujuan

untuk memberi keselesaan pengguna jalan raya di samping memastikan sistem letak

kereta yang sistematik dan teratur. Majlis Bandaraya Johor Bahru juga turut menyedari

jumlah kenderaan yang semakin bertambah mampu menimbulkan masalah kepada

Majlis Bandaraya Johor Bahru khususnya, tempat letak kereta yang semakin terhad.

Indikator ini menunjukkan pembangunan di bandar raya Johor Bahru khususnya di

kawasan pusat bandar, semakin maju dan pesat membangun.

Pengurusan tempat letak kereta terbuka ataupun street parking, Zon B Negeri Johor,

termasuk kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru dilaksanakan secara penswastaan

oleh Syarikat Fajar Able Parking Sdn. Bhd. Menggunakan sistem letak kereta berkupon

yang mana kadarnya RM0.60 bagi satu jam atau RM0.40 bagi setiap setengah jam.

Pas bulanan juga boleh digunakan dengan kadar RM75.00 sebulan. Sekiranya kadar

kupon ini hendak ditukar sebagaimana yang digunakan oleh Dewan Bandaraya Kota

Kinabalu, iaitu semakin lama kenderaan diletak di suatu petak akan dikenakan

bayaran yang lebih tinggi, maka Perintah Lalu Lintas Jalan yang diguna pakai perlu

dipinda dan pindaan yang membabitkan Undang-Undang perlulah dijalankan

dengan teliti.

Manakala kaedah yang diguna pakai di Melbourne, Australia Yang Berhormat Dato’

Speaker, yang menghadkan masa untuk meletakkan kenderaan pada satu had masa

yang dibenarkan boleh dipraktikkan bagi kawasan yang aktif seperti pusat bandar.

Walau bagaimanapun, kaedah pemantauan untuk memastikan kenderaan diletakkan

tidak melebihi had masa yang ditetapkan diakui memerlukan satu pendekatan yang

menyeluruh bagi memastikan keberkesanan kaedah tersebut.

Salah satu cara yang boleh dilaksanakan buat masa ini Yang Berhormat Dato’

Speaker, bagi mengurangkan kenderaan diletakkan terlalu lama di sesuatu petak,

adalah dengan tidak membenarkan penggunaan pas bulanan di kawasan yang aktif

khususnya di kawasan bandar raya. Sehubungan dengan itu, kajian yang terperinci

perlu dijalankan bagi sebarang perubahan kepada sistem pengurusan tempat letak

kereta supaya tidak menimbulkan sebarang permasalahan kelak. Dan

memandangkan pengurusan tempat letak kereta telah diserahkan secara

penswastaan yang mana perjanjian ditandatangani melibatkan Kerajaan Negeri dan

7 pihak PBT dan syarikat yang berkenaan, maka persetujuan juga perlu diperolehi

kepada semua pihak yang terlibat.

Page 378: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

378

Sehubungan dengan itu, Bandaraya telah menyedari permasalahan ini yang

menimbulkan kesulitan kepada warga bandar raya. Justeru itu, satu kajian pengurusan

trafik dan lalu lintas yang komprehensif hendaklah dijalankan yang mencakupi aspek

perundangan, pandangan orang ramai dan aspek teknikal yang dihubung kait

dengan sistem trafik di bandar raya supaya masalah tempat letak kereta yang

semakin berkurang ini dapat diatasi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai dengan pengurusan industri burung Walet

yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang berkenaan, saya akan

menyentuh tentang industri burung Walet yang dijalankan dalam kawasan PBT. Tadi,

rakan saya telah menyentuh tentang industri ini di kawasan luar PBT.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, aspek perancangan bagi aktiviti burung Walet

di kawasan bandar adalah sebagaimana berikut:

1. Permis sedia ada yang terletak di kawasan bandar tapi bukan dalam pusat

tumpuan utama aktiviti bandar. Adalah dibenarkan terus beroperasi mengikut

garis panduan yang disebutkan tadi.

2. Premis sedia ada di pusat tumpuan utama aktiviti bandar. Premis sedia ada di

pusat tumpuan utama aktiviti bandar adalah dibenarkan terus beroperasi

sekiranya mengamalkan GAHP, iaitu amalan baik penternakan haiwan dan

mendapat kelulusan PBT.

3. Ubah suai fasat, tambahan bangunan dan pembesaran bangunan adalah

tidak dibenarkan.

4. Jack roof, iaitu tempat keluar masuk, laluan keluar masuk burung Walet. Perlu

sesuai dan harmoni dengan bangunan persekitaran.

5. Mengemukakan permohonan lesen premis kepada PBT kemudian,

6. Pemohon perlu mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang dan Ubahan

Tambahan.

Untuk mengelakkan berlakunya kacau ganggu atau aduan daripada orang ramai

Yang Berhormat Dato’ Speaker, aktiviti industri burung Walet ini sama sekali tidak

dibenarkan dalam bangunan yang mana syarat kegunaan bangunan itu adalah untu

kediaman, iaitu sebagai contoh, deretan rumah teres. Ini tak dibenarkan sama sekali.

Pengawalan tahap bunyi pula adalah perlu agar tidak menimbulkan kacau ganggu.

Maka setiap pengusaha hendaklah memasang corong pembesar suaranya

menghadap langit pada sudut sekurang-kurangnya 60° dari dasar lantai. Tahap bunyi

bising ikut garis panduan tidak melebihi 40 desibel. Kemungkinan besar Kerajaan

Negeri, kita akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri, untuk Johor kita naikkan

sedikit 60 desibel kerana Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita telah membuat

beberapa ujian dan kita dapati 40 desibel ini tidak boleh dicapai. Dalam Dewan yang

agak senyap begini pun kita tak boleh capai kalau kita ada peralatan mengesan

bunyi itu, tak boleh capai 40 desibel ini. Jadi kita akan jalankan kajian terus dan

kemungkinan di Negeri Johor kita akan minta lebih sedikit, mungkin 60 desibel. Barulah

industri ini dapat kita kawal dengan lebih sempurna.

Y.B. Dato’ Speaker : Langit luas ya. Betul juga.

Page 379: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

379

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

kemudahan Awam : Dan penggunaan pembesar suara untuk tujuan panggil burung

hanya boleh dimainkan atau dibunyikan dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi,

kemudian dari jam 5:00 petang hingga 8:00 malam sahaja. Tidak macam hari ini,

matahari naik dan matahari turun. Tidak, dia ada masanya. Kerana itulah selepas

kajian dibuat sebelum garis panduan ini dikeluarkan, menetapkan masa yang burung

keluar dan masa burung hendak balik. Jadi, kalau masa burung dah keluar dan tak

perlu balik, tak payah dibunyikan suara burung.

PBT juga Yang Berhormat Dato’ Speaker, boleh mengambil tindakan penguatkuasaan

ke atas pengusaha yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan berdasarkan kepada

Peruntukan Akta 171 iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976, iaitu dengan mengeluarkan

Notis Kacau Ganggu, Kompaun atau Perintah Penutupan Premis tersebut. Kegagalan

mematuhi Notis tersebut, pengusaha boleh didakwa dan sekiranya dapati bersalah

ianya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000.00 atau dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Bagi memenuhi tanggungjawab kepada masyarakat untuk membentuk kehidupan

yang sejahtera dan berkualiti, usaha-usaha yang sewajarnya telah pun dilaksanakan

oleh PBT sebagai contoh, Bandaraya menjalankan rondaan dan pemantauan dari

masa ke semasa ke atas semua perusahaan burung Walet dalam kawasan bandar

raya bagi memastikan aktiviti ini tidak mengganggu kesihatan penduduk setempat.

Sehingga November 2011, sebanyak 115 premis telah dikenakan tindakan Notis

Amaran di bawah Peruntukan Akta 172. Kelulusan bagi aktiviti ini akan diberikan

kepada pengusaha sekiranya mematuhi Garis Panduan Pembangunan Industri Burung

Walet 1GP. Aspek kebersihan, keselamatan dan tidak menimbulkan kacau ganggu

merupakan kriteria utama dan perlu diberikan perhatian demi kesejahteraan

masyarakat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menjawab isu dibangkitkan oleh ADUN

Yang Berhormat Tangkak mengenai kemudahan taman permainan, rekreasi, sudut

landskap di taman-taman perumahan. Kerajaan Negeri telah pun menyediakan polisi

keperluan tanah lapang dalam pembangunan di Negeri Johor yang diguna pakai

oleh PBT dan jabatan-jabatan teknikal yang terlibat dalam proses pembangunan.

Justeru itu, dalam pembangunan baru Kerajaan Negeri telah menetapkan

penyediaan tanah lapang sebanyak 10% meliputi 7% keluasan mutlak dan 3% lagi

melibatkan kolam takungan, kemudahan utiliti dan lain-lain yang dikira sebagai

kawasan lapang.

Majlis Daerah Tangkak telah mensyaratkan penyediaan taman permainan kanak-

kanak bagi permohonan Kebenaran Merancang. Pihak Majlis juga sedang ke arah

penyediaan tanah lapang melalui pemakaian sasaran petunjuk dua hektar untuk

setiap 1,000 penduduk. Taman Sentosa merupakan sebuah taman lama yang mana

tiada syarat untuk menyediakan kelengkapan dan kemudahan taman permainan.

Walau bagaimanapun, setiap permohonan pemaju perumahan pada masa kini yang

mempunyai kawasan lapang telah diwajibkan menyediakan kemudahan permainan

kanak-kanak, kerusi rehat dan tong sampah bagi penduduk taman dan kawasan

sekitar.

Page 380: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

380

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengenai isu jalan tidak berkualiti yang kerap rosak

yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puteri Wangsa. Untuk makluman, kerja-kerja

pembaikan jalan dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu :

1. Secara tampalan atau turapan semula. Kerja-kerja dijalankan mengikut spek

JKR iaitu dari ketebalan tampalan atau turapan 40 mm bahan tampalan

menggunakan Premix Bitumen Macadam Wearing (BMW) 14 serta lapisan Tax

Coat 1 liter ataupun 2 liter persegi luas kawasan yang nak ditampal atau

diturap.

Mengenai kerosakan semula Jalan Daya 2 di Taman Daya didapati kontraktor

menjalankan kerja-kerja turapan jalan semasa cuaca hujan. Kontraktor telah

diarahkan menjalankan kerja-kerja pembaikan dan kerja-kerja tersebut dijangka akan

dilaksanakan pada minggu ketiga bulan ini. Dari siasatan didapati tiada kerosakan

jalan berlaku di Taman Seri Austin pada masa ini. Sehubungan itu, pihak Majlis akan

memantau pelaksanaan kerja-kerja yang membabitkan kontraktor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat ADUN Tanjung Puteri, saya ingin

memaklumkan penyelenggaraan sistem perparitan yang rosak di kawasan MBJB

dijalankan oleh kontraktor tahunan. Penyelenggaraan tahunan dengan kos

penyelenggaraan tahunan sebanyak RM4 juta setahun. Untuk sistem perparitan yang

telah lama dan tidak dapat menampung kapasiti air akibat pembangunan akan di

naik taraf secara berperingkat di mana pada tahun 2011 Bandaraya telah

menjalankan kerja naik taraf sistem perparitan di beberapa kawasan :

1. Taman Tasek dengan kos RM200,000 melalui peruntukan Majlis sendiri.

2. Di Kampung Ungku Mohsin dengan kos RM400,000 melalui peruntukan

Kementerian.

3. Naik taraf sungai dan Jambatan Plentong di Kampung Saujana dengan kos RM1

juta melalui peruntukan Kementerian juga.

4. Jalan Sultanah Rogayah, Taman Iskandar dengan kos RM90,000 melalui

peruntukan Kementerian.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Bukit Permai, dimaklumkan penswastaan pengurusan tempat letak kereta

Kerajaan Negeri telah dimulakan pada 1 Oktober 2003 dan dibahagikan kepada dua

zon iaitu Zon A yang diuruskan oleh Metro Parking Sdn. Bhd. yang terdiri daripada lima

PBT iaitu Perbandaran Muar, Perbandaran Batu Pahat, Tangkak, Pontian dan Segamat

dan bagi Zon B, ia diuruskan oleh Fajar Able yang meliputi tujuh PBT iaitu Bandaraya,

Kluang, Johor Bahru Tengah, Kulai, Simpang Renggam, Kota Tinggi dan Mersing. Untuk

Majlis Daerah Labis dan Majlis Daerah Yong Peng, penswastaan pengurusan tempat

letak kereta ditangguhkan. Walau bagaimanapun, berkuatkuasa pada 31 Ogos 2008,

pengurusan tempat letak kereta Zon A telah diserahkan semula kepada PBT yang

berkenaan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat

Permas berhubung dengan jalan dari Pasir Gudang ke Permas Jaya dijangka dapat di

siap sepenuhnya pada akhir Februari 2012. Sementara, Jambatan Permas Jaya

dijangka dapat disiapkan pada akhir Januari 2012 dan boleh dibuka kepada lalu lintas

Page 381: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

381

pada awal Februari 2012. Dengan siapnya jalan ini nanti dijangka akan dapat

mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jalan Pasir Gudang.

Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Batu, mengenai masalah banjir

kilat di hadapan Taman Prisma dan Batu 24 Kelapa Sawit, Jalan Johor Bahru – Ayer

Hitam akan diatasi dengan menggantikan pembetung yang lebih besar supaya air

dapat mengalir dengan baik dan lancar. Kerja-kerja akan dilaksanakan pada bulan

Jun 2012.

Yang Berhormat Panti ada membangkitkan masalah jalan berlubang dan rosak di

Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak JKR telah

memohon peruntukan sebanyak RM5 juta daripada Kementerian Kerja Raya untuk

melaksanakan kerja-kerja menurap semula Kilometer 22 hingga Kilometer 34 di mana

skop asal projek naik taraf jalan ini tidak melibatkan kerja-kerja menurap jalan raya

sedia ada dan ianya dijangka dapat dilaksanakan pada pertengahan tahun 2012.

Mengenai masalah lampu isyarat di Persimpangan Jalan Salleh, Jalan Bakariah dan

Jalan Ismail, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentayan akan di naiktarafkan

oleh JKR pada awal tahun 2012 untuk membolehkan kenderaan membelok ke arah

bandar apabila lampu isyarat hijau dari bandar, Jalan Salleh ke Bukit Pasir.

Begitu juga dengan masalah kerosakan lampu jalan di Persimpangan Jalan Kulai dan

Jalan Sungai Sayong seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Raja akan

diperbaiki pada awal Januari 2012. Untuk makluman Yang Berhormat Pengkalan

Rinting, cadangan pembinaan jejantas yang boleh dilalui motosikal di Jalan Kolam Air

tidak akan dibina kerana telah ada perancangan pembinaan persimpangan lampu

isyarat di simpang Jalan Kolam Air-Jalan Nong Chik iaitu di hadapan masjid. Yang

Berhormat Dato’ Speaker, ianya akan dilaksanakan oleh pemaju yang berkenaan iaitu

Mudra Tropika yang sedang membangunkan Nong Chik Height.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh…orang putih, nama tukar…

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Dengan siapnya persimpangan lampu isyarat ini, pengguna jalan

raya tidak perlu membuat pusingan U di jalan Thompson/Jalan Sungai Chat dan

bulatan di Taman Tasek Merdeka.

Cadangan memperbaiki simpang maut di jalan keluar masuk FELDA Kemelah, seperti

yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kemelah masih belum dapat dilaksanakan

kerana peruntukan yang dipohon dari Kementerian belum diperolehi dan ianya tidak

boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri kerana jalan tersebut adalah merupakan

jalan persekutuan. Kerosakan dan kekurangan papan tanda dan pagar keselamatan

di jalan baru dari Ulu Belitong ke Renggam seperti yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Kahang, adalah disebabkan kekangan peruntukan yang diterima dari

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Oleh demikian, skop kerja terpaksa

dikurangkan sebagai contoh, lapisan turapan yang sepatutnya dua lapisan terpaksa

dikurangkan kepada satu lapisan sahaja kerana di laluan tersebut melalui kawasan

berbatu yang mana kerja-kerja pecah tanah, pecah batu di laluan tersebut makan

belanja yang sangat tinggi. Pihak JKR walau macam mana pun akan berusaha

Page 382: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

382

membaik pulih pada tahun 2012 bagi memberikan keselesaan kepada pengguna

jalan raya tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat

Skudai mengenai persimpangan bertingkat Senai, akan dapat disiapkan sepenuhnya

pada 30 April 2012. Di mana pihak kontraktor dapat lanjutan masa kedua disebabkan

kelewatan pihak SAJ mengalih paip utama yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan.

Sementara persimpangan bertingkat Taman Impian Emas dijangka dapat disiapkan

sepenuhnya pada akhir bulan Ogos 2012. Persimpangan bertingkat di Senai ini Yang

Berhormat Dato’ Speaker, telah pun dilawati sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri

Besar dan keputusannya telah dibuat di tapak tersebut juga di mana, 30 April 2012 ini

akan dapat disiapkan, apa ni… interchange Senai ini.

Masalah kerosakan jalan raya yang berulang di tempat yang sama di sepanjang Jalan

Pasir Gudang seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Johor Jaya, adalah

disebabkan kerja-kerja pembaikan tidak dapat dibuat dengan sempurna kerana jalan

raya terpaksa dibuka semula kepada lalu lintas sebaik sahaja pembaikan selesai

dijalankan. Turapan yang baru dibuat belum betul-betul sejuk sebenarnya Yang

Berhormat Dato’ Speaker, dan perlu menunggu selama empat jam sebelum

digunakan. Pihak JKR akan memastikan kerja-kerja pembaikan dijalankan mengikut

peraturan yang ditetapkan.

Berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Nusajaya,

mengenai projek perumahan di Jalan Lima Kedai, sebenarnya telah mendapat

kelulusan dari pihak berkuasa. Untuk makluman Yang Berhormat, jalan raya di

hadapan Taman Nusa Sentral akan di naik taraf oleh pemaju dengan meninggikan

aras jalan dan menaik taraf jalan sedia ada kepada jalan raya empat lorong dua hala

di hadapan kawasan perumahan berkenaan.

Secara tuntasnya, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon maaf sekiranya ada

perkara yang tidak dapat saya jawab dalam Persidangan Dewan kali ini yang telah

pun ada di antaranya telah dijawab dalam Jawapan Bertulis ataupun dalam

Jawapan Lisan. Natijahnya teguran dan pandangan yang membina oleh Ahli-Ahli

Yang Berhormat bagi penambahbaikan perkhidmatan awam demi untuk

kesejahteraan rakyat Negeri Johor khasnya, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Akhirnya, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya akhiri penggulungan saya dengan satu

pantun lama. Satu pantun lama yang dah lama kita tak sebut-sebut, akan tetapi

pantun ini sentiasa evergreen, dengan izin, dalam kehidupan kita iaitu, Yang Berhormat

Dato’ Speaker. Pisang emas di bawa belayar, masak sebiji atas peti, hutang emas

boleh bayar, hutang budi kita bawa mati.

Sekian, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Huh…tengok tu, falsafah, falsafah. Yang Berhormat, siapa lagi?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk turut

Page 383: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

383

serta mengambil bahagian bagi perbahasan Dewan Undangan Negeri Johor Tahun

2011 pada pagi yang berbahagia ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi

terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah sudi mengemukakan

beberapa perkara yang berhubung kait dengan Jawatankuasa Perdagangan

Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat dari kawasan Machap telah

membangkitkan soalan mengenai liputan Jalur Lebar. Secara amnya, Jalur Lebar

boleh didapati dari pembekal servis Telco iaitu Celcom, Digi, Maxis, P1, Yes, U-Mobile,

TM, Time Engineering dan juga sebagainya dengan bayaran tertentu di banyak

tempat khasnya di bandar dan desa. Pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi

dan Multimedia Malaysia, telah mengatur dan melaksana pelbagai langkah serta

projek bagi memperluaskan dan mempertingkatkan capaian Internet Jalur Lebar ke

kawasan-kawasan luar bandar.

Pelaksanaan usaha SKMM dijalankan melalui dana perkhidmatan sejagat USP dan juga

dana SKMM. Di antara projek-projek yang telah pun dilaksanakan adalah

pembangunan Pusat Jalur Lebar Komuniti, Perpustakaan Jalur Lebar, pembinaan

menara telekomunikasi yang baru di bawah Projek T3 di kawasan pedalaman dan

penyediaan Internet secara WIFI melalui Projek Kampung Tanpa Wayar.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, menerusi projek-projek ini, komuniti luar bandar telah

dapat menikmati perkhidmatan Internet Jalur Lebar berkualiti secara kolektif. Kadar

bayaran yang di charge juga adalah amat rendah atau percuma sepenuhnya.

Sebagai contoh, di Pusat Jalur Lebar Komuniti, pengguna hanya perlu membayar RM1

sejam untuk menggunakan Internet Jalur Lebar. Manakala, penggunaan di

perpustakaan Jalur Lebar pula adalah percuma. Pelaksanaan projek-projek oleh SKMM

dijalankan secara berperingkat-peringkat dan secara berterusan. Oleh yang demikian,

penambahan infrastruktur kemudahan Internet Jalur Lebar akan dibuat dan diteruskan

pada tahun-tahun akan datang ke kawasan-kawasan luar bandar yang lain.

Rumusan infrastruktur yang telah dibangunkan oleh SKMM di seluruh Negeri Johor

adalah seperti berikut, Pusat Jalur Lebar Komuniti, 45 buah, Perpustakaan Jalur Lebar 5

buah, menara komunikasi 41 buah, kampung tanpa wayar 24 tiang di pasang di 143

kampung. Pihak SKMM juga sedang menilai pendekatan-pendekatan baru yang

boleh dibuat bagi memberi lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk

menikmati perkhidmatan Internet Jalur Lebar.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi soalan keselamatan, radiasi dan infrastruktur

menara pemancar, jawapan telah dijawab secara bertulis pada sesi Persidangan

Dewan semalam dalam Soalan Lisan 25 (A19) yang telah dikemukakan oleh Yang

Berhormat daripada Semarang. Yang Berhormat dari kawasan Maharani

membangkitkan mengenai khidmat Jalur Lebar di Kota Iskandar. Bagi penyediaan

WIFI dalam bangunan Kota Iskandar adalah di bawah pengurusan Asia Debit Sdn. Bhd.

Namun demikian, perkhidmatan-perkhidmatan Jalur Lebar komersial seperti

perkhidmatan berwayar dari Syarikat TM atau Time Engineering, perkhidmatan tanpa

berwayar seperti 3G dan Wi-Max daripada syarikat Telco seperti Celcom, Digi, Maxis,

P1, U-Mobile, Yes telah pun tersedia di Kota Iskandar. Terpulanglah kepada seseorang

untuk memilih khidmat Jalur Lebar mengikut kesesuaian masing-masing.

Page 384: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

384

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat dari kawasan Pekan Nenas mengenai perkhidmatan Jalur Lebar, Syarikat TM

telah mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan kerja-kerja

penambahbaikan kabel, gentian optik dan peralatan jalur lebar dengan jumlah kos

RM170,580.00. Kerja-kerja ini telah bermula pada November 2011 dan dijangka siap

Mac 2012.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab masalah yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat dari kawasan Panti berkaitan Projek Tebatan Banjir Sungai Kemang,

permohonan bagi projek tersebut telah dimasukkan dalam permohonan Rancangan

Malaysia Ke-10 di bawah Rolling Plan 1 dan Rolling Plan 2. Namun begitu, projek ini

tidak diluluskan di bawah kedua-dua rolling plan tersebut. Justeru, JPS akan

memasukkan projek ini di bawah permohonan rolling plan ke-3 dengan anggaran kos

RM10 juta. Skop kerja adalah merangkumi pembinaan rumah pam, penyediaan sistem

pam dan pembinaan benteng banjir Sungai Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat dari kawasan Tangkak

membangkitkan mengenai masalah banjir di beberapa kawasan beliau. Kerajaan

telah pun mengambil tindakan pencegahan banjir dengan menjalankan kerja-kerja

menyelenggara dan menaik taraf saliran utama di kawasan tersebut. Kerja-kerja

dengan kos RM11.3 juta telah pun dilaksanakan dari tahun 2007 hingga 2011. Selain

itu, kerja pembinaan benteng banjir dan pintu air juga dijalankan bagi mengatasi

banjir di kawasan tersebut. Selain daripada itu, kerajaan juga telah menjalankan kerja

membuang kelodak dan mendalamkan Sungai Tangkak dengan kos RM30 juta. Projek

ini yang siap pada tahun 2001 telah banyak membantu mengurangkan kejadian banjir

di kawasan Tangkak.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab masalah yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat dari kawasan Kukup mengenai isu pencemaran. Aktiviti perkapalan di

Tanjung Piai dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar secara berkala dengan kerjasama

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Tujuannya untuk memantau

sekiranya berlaku aktiviti yang menyumbang kepada pencemaran minyak dari kapal-

kapal berdekatan di Tanjung Piai seperti aktiviti desludging dan desloping, dengan izin.

Manakala pemantauan bagi Projek Pemuliharaan Seaport sememangnya dilakukan

dengan kerap oleh Jabatan Alam Sekitar serta juga pihak IRDA di bawah

Jawatankuasa Ops Lumpur. Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar Sekeliling

(EIA) bagi Projek Seaport ini telah diluluskan pada 23 Julai 2007.

Seterusnya, Laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) telah diluluskan pada 18

Februari 2009. Pemaju projek adalah disyaratkan melaksanakan pembangunan tapak

projek yang meliputi kawasan seluas 2,000 ekar ini secara berperingkat kerana hendak

memastikan impak pencemaran kepada persekitaran terutama Sungai Pulai yang

sebahagian tapak projek terletak bersebelahan sungai tersebut adalah minima.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jabatan Alam Sekitar menetapkan syarat agar

pemaju projek menyediakan langkah-langkah kawalan yang berkesan bagi

meminimakan silt sediment dan kelodakan daripada memasuki sungai semasa kerja-

kerja di tapak berjalan. Keperluan pemasangan alat kawalan seperti silt curtain,

dengan izin, silt fence, dengan izin dan rock revetment, dengan izin yang sempurna

Page 385: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

385

akan berfungsi mengurangkan kelodakan dan sediment dari mencemari sungai

berhampiran. Pemaju projek juga diminta menjalankan pemantauan mingguan dan

bulanan ke atas kualiti air dari point-point yang telah dikenal pasti dan

mengemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar bertujuan menilai keberkesanan alat

kawalan yang disediakan. Kandungan pepejal terampai (TSS) hendaklah tidak

melebihi 50mg setiap liter bagi setiap masa.

Pada masa ini bacaan yang diperolehi dari point-point sepanjang Sungai Pulai adalah

mematuhi paras yang dibenarkan. Pegawai Penguatkuasaan Pasca EIA Jabatan

Alam Sekitar juga telah menjadualkan pemeriksaan ke tapak projek ini pada setiap

minggu untuk memastikan semua syarat-syarat dalam Laporan EIA adalah

dilaksanakan sepenuhnya oleh pemaju projek. Pihak IRDA melalui Jawatankuasa Ops

Lumpur juga telah mengenal pasti Projek Seaport ini sebagai salah satu projek yang

dipantau, bertujuan memastikan pemaju projek melaksanakan pembangunan projek

itu tanpa menjejaskan kualiti air Sungai Pulai.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, begitulah sedikit sebanyak ulasan yang dapat saya

berikan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang

Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Mana-mana perkara yang tidak dapat saya

jelaskan di sini, penjelasan secara bertulis akan diberikan kemudian. Sekian, terima

kasih.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Bismillahirrahmaanirrahim…

Y.B. Dato’ Speaker : Ya Yang Berhormat, ok jemput. Jemput duduk sekejap saja. Ahli-

Ahli Yang Berhormat, Persidangan Dewan ini saya tangguhkan sehingga jam 2:30

petang.

Persidangan ditangguhkan pada jam 12:30 tengah hari.

Persidangan disambung semula pada jam 2:30 petang.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker mengetuai Persidangan.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh,

selamat sejahtera, perbahasan disambung semula. Jemput Yang Berhormat.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum

warahmatullahi taala wabarakatuh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullahi taala wabarakatuh.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Datuk Speaker, terlebih dahulu

saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker

kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta di dalam sesi perbahasan

sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-12.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat

Berhormat Menteri Besar Johor yang telah membentangkan Bajet 2012 pada 8

Disember 2011 yang lalu.

Page 386: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

386

Yang Berhormat Datuk Speaker, sesungguhnya strategi kedua Bajet 2012 yang

memberi tumpuan kepada pemangkin pembangunan dan penghayatan agama

Islam di Negeri Johor sebagai gagasan yang bertanggungjawab di bawah

kepimpinan Yang Amat Berhormat untuk memastikan perkara-perkara yang berkaitan

dengan hal ehwal agama Islam di negeri ini khususnya seperti pentadbiran agama

Islam dan sistem pendidikan agama sentiasa terpelihara kesuciannya bahkan

pengamalan serta penghayatan Agama Islam sentiasa dipertingkatkan dari masa ke

semasa. Ini amat bertepatan sekali dengan tuntutan Allah SWT sepertimana yang

telah dijelaskan di dalam al-Quran dalam Surah Al-Qasas Ayat 77 yang berbunyi:

“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah

kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat

baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan

janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang

yang berbuat kerosakan.”

Berdasarkan ayat ini Yang Berhormat Datuk Speaker, adalah sangat bertepatan usaha

Kerajaan Negeri membangunkan negeri ini dengan tidak mengabaikan

pembangunan dan penghayatan agama Islam di kalangan rakyat iaitu, sejumlah

peruntukan telah diberikan bagi melaksanakan beberapa langkah mempertingkatkan

kefahaman dan penghayatan agama Islam yang merangkumi perlembagaan

peringkat masyarakat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih

kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sentiasa memberi perhatian yang

berat kepada Portfolio Agama dengan memberikan peruntukan yang besar, melebihi

RM180 juta pada Bajet 2012 ini, seperti juga di tahun-tahun yang lalu. Di samping itu,

bagi pihak para guru Sekolah Agama Kerajaan Johor, saya mengucapkan jutaan

terima kasih di atas persetujuan pihak kerajaan untuk pelaksanaan sistem kenaikan

pangkat secara time based kepada guru-guru agama.

Selain kenaikan elaun pegawai masjid dan surau serta penggerak masjid yang akan

dilaksanakan mulai 2012 yang akan datang. Saya berharap dengan persetujuan dan

kenaikan elaun ini memberi suntikan semangat dan menaikkan iltizam pegawai-

pegawai ini untuk menjunjung konsep ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’,

di samping terus memberikan sokongan kepada kerajaan yang ada. Kita harap

mereka berterima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT kerana janji Allah sekiranya

kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan maka Allah taala akan menambahkan

lagi nikmatnya pada masa-masa yang akan datang, insya-Allah.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dari

Panti, Kahang, Puteri Wangsa, Bukit Serampang, Maharani, Sedili, Tanjung Surat dan

Tanjung Puteri yang sentiasa memberi perhatian terhadap isu-isu yang berkaitan

dengan jabatan-jabatan di bawah portfolio saya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, merujuk kepada perkara yang dikemukakan oleh

Yang Berhormat dari Panti, yang mencadangkan agar kajian semula perlu dilakukan

terhadap sistem pendidikan di Sekolah Agama Kerajaan Johor khususnya di peringkat

Page 387: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

387

Darjah Khas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kurikulum Sekolah Agama

Kerajaan Johor yang diguna pakai sekarang sebenarnya telah mengambil kira tahap

umur serta keupayaan murid dalam mempelajari teori dan melaksanakan amali.

Perubahan kurikulum ini dibuat ekoran keputusan kerajaan membenarkan pelajar-

pelajar Darjah 1 Sekolah Kebangsaan memasuki Darjah 1 Sekolah Agama, berbanding

amalan sebelumnya semasa mereka dalam Darjah 3 di Sekolah Kebangsaan saja.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pembelajaran amali seperti amali solat,

membaca dan memahami Al-Quran dan lain-lain telah diperuntukkan sebanyak 30

hingga 40 minit setiap hari atau 5 jam seminggu bermula dari Tahun 1 hingga ke Darjah

Khas. Dan, berdasarkan fakta ini adalah dijangkakan seorang pelajar itu sepatutnya

mampu mempraktikkan apa yang telah dipelajari melainkan pelajar itu mempunyai

sebab-sebab tertentu contohnya sering kali tidak hadir ke sekolah. Justeru, dakwaan

pelajar sekolah agama Darjah Khas tidak dapat mengambil wuduk dengan sempurna

barangkali ini adalah kes-kes terpencil, Yang Berhormat Datuk Speaker.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat Datuk Speaker, Kerajaan Negeri mengambil

perhatian serius pandangan Ahli Yang Berhormat dari kawasan Panti ini agar matlamat

yang ditetapkan, murid-murid bukan sahaja mahir dalam ilmu agama tetapi

termasuklah amalinya sekali. Bagi mengatasi masalah seumpama ini, saya juga ingin

menekankan peranan masyarakat terutamanya di kalangan ibu bapa dan rakan

sebaya adalah amat penting. Pengamalan didikan agama anak-anak apabila di

rumah seperti solat dan lain-lain hendaklah sentiasa dititikberatkan oleh ahli keluarga

agar ianya mencapai matlamat pengajaran di sekolah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, bagi memperkasakan pendidikan agama di peringkat

Darjah Khas, Bahagian Pendidikan Agama, Jabatan Agama Johor sedang merangka

transformasi pelaksanaan Darjah Khas dari satu tahun kepada tiga tahun. Dan melalui

langkah ini, masa pembelajaran dan pengajaran akan dilanjutkan bagi membolehkan

pelajar mendapat lebih banyak masa untuk mendalami ilmu pengetahuan agama

yang lebih tinggi. Dan dengan pelaksanaan Darjah Khas tiga tahun ini, adalah

diharapkan ilmu agama yang lebih tinggi seperti ilmu tasawuf, muamalat, faraid,

jenayah, munakahat, hadis dan Bahasa Arab tinggi benar-benar dapat dikuasai oleh

pelajar sebagai panduan hidup apabila berada di tengah-tengah masyarakat nanti.

Dengan ini, lepasan Darjah Khas adalah diyakini mampu menjadi seorang Muslim yang

berketerampilan, memiliki jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

berintelektual serta berdaya saing serta memiliki kefahaman akidah yang kental.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat kawasan Panti juga, ada

membangkitkan tentang perlunya usaha-usaha yang lebih kreatif bagi mendekati

belia Islam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap masjid dan surau telah

mewujudkan Jawatankuasa masing-masing, lengkap dengan pelbagai biro

termasuklah Biro Rekreasi dan Rakan Muda Masjid. Perwujudan Biro Rekreasi dan

Rakan Muda ini bertujuan memastikan penyertaan dan peranan belia khususnya

dalam bidang-bidang berkenaan melalui masjid-masjid sekarang ini. Banyak program

yang telah ditetapkan dan antara program-program tersebut ialah:-

1. Program Khemah Ibadah bentuk pengisiannya ialah qiamullail, tansir solat serta

zikir.

Page 388: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

388

2. Program Rekreasi Remaja. Pertandingan futsal, badminton, sepak takraw, bola

sepak, ekspedisi dan sebagainya.

3. Kaunseling iaitu bimbangan untuk pelajar dan panduan kerjaya.

4. Kelas bimbangan serta kursus kemahiran komputer.

5. Kelas agama seperti fardu ain, berzanji dan sebagainya.

6. Seni mempertahankan diri seperti silat, judo, tekwando.

7. Kesenian Islam seperti nasyid, kompang, marhaban, qasidah dan sebagainya.

Selain itu, program yang lebih bersepadu dan setempat, akan dilaksanakan dengan

pendekatan masa kini seperti Karnival Belia Islam yang telah di sebut oleh Yang Amat

Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan Bajet 2012 yang lalu dan ini bertujuan

mendekatkan mereka dengan cara kehidupan Islam. Antara aktiviti ialah Pameran,

Pertandingan Seni Khat, Pertandingan Anggun Solehah, Mencari Bakat Taranum,

Kompang Berirama, Pertandingan Nasyid, Berzanji, Marhaban, Kuiz dan Persembahan

Kesenian dan Pertemuan Islam.

Yang Berhormat Datuk Speaker, program telah ditentukan. Namun demikian,

terpulanglah kepada masjid-masjid, kariah masing-masing ambil tindakan untuk

mengaktifkan pelbagai biro yang diwujudkan khususnya Biro Rekreasi dan Rakan

Muda. Dalam hal ini, insya-Allah Majlis bersedia membantu mereka.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat dari Kahang ada membangkitkan

berkenaan bantuan baik pulih Sekolah Agama Ulu Belitong dan Sekolah Agama

Kampung Contoh, Kahang Batu 21. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada

tahun ini kedua-dua sekolah telah menerima peruntukan sebanyak RM65,000.00 bagi

kerja-kerja baik pulih iaitu RM50,000.00 untuk Sekolah Agama Ulu Belitong dan

RM15,000.00 untuk Sekolah Agama Kampung Contoh, Kahang Batu 21. Namun yang

sedemikian, sekiranya ada lagi kerja-kerja yang perlu dibuat, saya harap Yang

Berhormat dapat menghubungi saya untuk kita berikan pertimbangan bagi memenuhi

permintaan baik pulih, kerja-kerja baik pulih sekolah berkenaan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, berkenaan pembinaan Sekolah Agama Mount Austin

yang dibangkitkan Ahli Yang Berhormat Puteri Wangsa. Untuk makluman, kerja-kerja

pembinaan tersebut masih lagi sedang dijalankan. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, sedang dijalankan dengan kemajuan kerja adalah sebanyak 90%. Untuk

makluman Ahi Yang Berhormat, sepatutnya projek ini siap pada Oktober 2011. Pihak

pemaju telah mendapat kebenaran tempoh siapnya dilanjutkan sehingga April 2012

kerana terdapat masalah teknikal di awal pembinaannya. Bagaimanapun, kita telah

dimaklumkan oleh pihak pemaju, dan adalah dijangkakan sekolah ini akan dapat

disiapkan lebih awal iaitu bulan Februari 2012 yang akan datang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Bukit Serampang

membangkitkan isu pemantauan ceramah agama. Untuk makluman, Jabatan

Agama Johor ada menerima aduan berkenaan penceramah tanpa tauliah.

Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Johor pada lazimnya akan mengambil

tindakan bagi aduan seperti ini dengan pendekatan:

1. Memberi peringatan dan nasihat;

Page 389: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

389

2. Menarik balik sijil tauliah sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 119

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003, tentang kesalahan

mengajar tanpa tauliah. Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi

tempoh 2006 hingga 2011, sebanyak 29 kes yang telah diambil tindakan sama

ada dalam bentuk amaran, tamatkan tauliah ataupun didakwa di mahkamah.

Berkenaan pemantauan, yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat Bukit

Serampang juga, sememangnya menjadi amalan kita iaitu para Imam dan penggerak

masjid yang dilantik oleh Jabatan Agama Johor adalah bertanggungjawab

memastikan sebarang aktiviti ceramah yang nak dijalankan di masjid-masjid

hendaklah mendapat kebenaran dari Pejabat Kadi Daerah. Mereka ini perlu memberi

maklumat kepada Jabatan Agama mengenai perkara-perkara yang melanggar

peraturan yang ditetapkan bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya diambil.

Yang Berhormat Datuk Speaker, berkenaan pelantikan Jawatankuasa Masjid yang

dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Maharani. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, ianya dilaksanakan mengikut prosedur yang disediakan, bermula dari

peringkat kariah dan diputuskan di peringkat daerah yang dipengerusikan oleh

Pegawai Daerah masing-masing.

Yang Berhormat Datuk Speaker, berkenaan dengan pembinaan Sekolah Agama

Tanjung Seridit, Kota Tinggi sebagaimana dibangkitkan Ahli Yang Berhormat Tanjung

Surat, sekolah ini telah dijadualkan pembinaannya dalam Fasa 2 dan dijangka akan

dimulakan pembinaan penghujung bulan Disember 2011 ini dan dijangka siap Oktober

2012. Kerja-kerja piling telah pun disiapkan.

Berkenaan cadangan Ahli Yang Berhormat Tanjung Puteri, untuk menambahkan kelas

Tadika Agama Johor (TAJ) sehingga kini terdapat sebanyak 319 kelas Tadika Agama

Johor di seluruh Negeri Johor. Manakala di daerah Johor Bahru terdapat sebanyak 49

kelas. Penambahan kelas ini adalah berdasarkan keperluan semasa di setiap daerah.

Pihak jabatan bersedia menimbangkan permohonan jika ada permintaan dan juga

keperluan. Kelas TAJ ini sememangnya telah mendapat sambutan yang sangat baik

dari ibu bapa di negeri ini dan kejayaannya telah dapat dilihat di mana baru-baru ini

kita telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi anak-anak dari kelas TAJ dengan

penyertaan seramai 335 orang.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Sedili ada membangkitkan

berkenaan kewangan pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor. Pandangan Ahli Yang

Berhormat diambil maklum untuk mempertingkatkan usaha memberi bantuan mereka

yang memerlukan. Usaha-usaha ini sentiasa dilakukan mengikut perancangan pihak

Kerajaan dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan

kewangan semasa.

Dan untuk makluman Ahli di Dewan yang mulia ini, bagi tahun ini sebanyak RM13 juta

dibelanjakan untuk menampung keperluan pembiayaan pembinaan 121 buah

sekolah-sekolah agama.

Akhirnya Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk

mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker, atas peluang

Page 390: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

390

yang diberikan untuk turut serta dalam perbahasan ini. Saya juga mengucapkan

terima kasih, kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan perhatian,

teguran, cadangan juga kritikan membina bagi memperbaiki sistem penyampaian

jabatan-jabatan di bawah portfolio saya. Saya amat menghargai segala pandangan

yang diutarakan. Dan saya akan cuba memberikan jawapan kepada isu-isu yang

dibangkitkan, namun demikian, jika ada isu yang terlepas pandang tidak disentuh

dalam ucapan saya. Saya yakin, pegawai-pegawai saya akan mengambil tindakan

susulan kemudian. Akhirnya saya juga ingin merakam terima kasih kepada kakitangan-

kakitangan di bawah portfolio saya dan kakitangan Dewan Undangan Negeri yang

memberikan kerjasama untuk membolehkan saya menjalankan tanggungjawab saya

selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama. Sekian, terima kasih.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Jemput yang lain.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullahi taala wabarakatuh.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan

Pengajian Tinggi : Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Yang Berhormat Datuk

Speaker, alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya,

maka pada petang ini dapat bersama-sama dalam Dewan yang mulia ini

bersempena dengan pembentangan Bajet Kerajaan Negeri Johor bagi Tahun 2012

oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Saya juga ingin merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Speaker, kerana telah memberi

peluang serta ruang pada saya untuk menyampaikan ucapan penggulungan bagi

menjawab serta menjelaskan perkara-perkara yang telah disentuh oleh Ahli-Ahli Yang

Berhormat dalam sesi perbahasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk

mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang

telah mengemukakan soalan, pandangan, cadangan, teguran serta kritikan yang

membina khususnya mengenai perkara-perkara yang melibatkan portfolio

Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya menjawab perkara-perkara yang

dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, izinkan saya memaklumkan di Dewan

yang mulia ini mengenai dengan bantuan khas persekolahan 2012. Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012 telah mengumumkan

pelaksanaan bantuan khas awal persekolahan tahun 2012 sebanyak RM100.00 kepada

semua murid sekolah Kerajaan serta bantuan Kerajaan. Bagi Negeri Johor,

pelaksanaan pembayaran tersebut telah dilaksanakan dan status pembayaran

bantuan awal persekolahan Negeri Johor sehingga 18 November 2011 adalah seperti

berikut:-

Murid yang layak menerima 583,716 dengan peruntukan RM58,371,600.00. Daripada

jumlah tersebut, 564,978 ataupun 96.79% telah pun mengambil bantuan tersebut

dengan jumlah peruntukan RM56,497,800.00.

Page 391: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

391

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya beralih kepada perkara-perkara yang

dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang

Berhormat daripada Bukit Serampang, ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini,

bahawa semua pihak amat memaklumi perubahan geopolitik Negeri Johor dengan

kewujudan sebuah daerah yang baru iaitu Daerah Ledang. Walaupun pada dasarnya

apabila wujud daerah baru, ini bermakna perlu diwujudkan satu perkhidmatan khas

untuk daerah berkenaan. Namun ianya adalah berbeza dalam soal perkhidmatan

pendidikan. Jabatan Pelajaran Johor sebenarnya memang mengalu-alukan

kewujudan sebuah lagi Pejabat Pelajaran Daerah di Ledang. Namun begitu Yang

Berhormat Datuk Speaker, dalam soal perkhidmatan pendidikan di negara kita, ianya

adalah bersifat centralise iaitu segala arahan perkhidmatan datangnya daripada

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Dan, segala arahan perkhidmatan sama ada

yang bersifat kurikulum mahupun perjawatan dalam perkhidmatan guru adalah

ditentukan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Oleh itu, berhubung dengan persoalan

mengapa tidak diwujudkan Pejabat Pelajaran Daerah di Ledang, ianya adalah di

dalam kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia. Dan, sehingga kini memang belum lagi

diwujudkan waran perjawatan untuk membenarkan Pejabat Pelajaran Daerah

beroperasi di Daerah Ledang, Johor.

Dan, sebagai maklumat tambahan untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat,

walaupun pada dasarnya pihak Pejabat Pelajaran Daerah Muar masih lagi

menunjangi urusan pendidikan bagi daerah Ledang dan daerah Muar dan Ledang

tetap berupaya menunjukkan prestasi pencapaian yang baik dalam pendidikan, sama

ada dalam bidang kurikulum ataupun kokurikulum di peringkat Negeri Johor.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat dari Permas, untuk makluman Dewan

yang mulia ini, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri Johor

dan Pejabat Pelajaran Daerah amat prihatin terhadap keperluan sekolah di Negeri

Johor terutama di kawasan yang pesat membangun seperti kawasan Pasir Gudang.

Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Ke-9, sekolah-sekolah yang telah

diluluskan pembinaannya di kawasan Pasir Gudang adalah seperti Sekolah

Kebangsaan Taman Nusa Damai yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap

pada akhir tahun 2011 dan seterusnya akan dibuka pada tahun 2012.

Begitu juga dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Damai yang telah siap

dibina dan beroperasi pada tahun 2011 ini. Dengan terbinanya sekolah-sekolah

tersebut adalah diharapkan dapat menampung keperluan penduduk di Taman Nusa

Damai serta taman-taman yang berhampiran seperti Taman Scientex dan sebagainya.

Dan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 pula, First Rolling Plan dengan izin Yang

Berhormat Dato’ Speaker, di kawasan Pasir Gudang Kementerian Pelajaran Malaysia

juga telah meluluskan pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Dahlia di mana ianya

sedang dalam peringkat pembinaan, Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3 di peringkat

penyediaan dokumen tender dan juga Sekolah Kebangsaan Taman Cahaya Masai

yang juga dalam pembinaan.

Jabatan Pelajaran Johor juga telah memajukan permohonan untuk pembinaan

Sekolah Kebangsaan Taman Scientex, Sekolah Menengah Taman Scientex dan

Sekolah Menengah Cahaya Masai di dalam Second Roling Plan Rancangan Malaysia

Ke-10 ke Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pelajaran Johor telah difahamkan

Page 392: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

392

bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah memajukan permohonan ini ke Unit

Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk dipertimbangkan.

Bagi kawasan Taman Megah Ria pula telah terdapat sebuah Sekolah Kebangsaan

iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria yang masih lagi berjalan satu sesi dan

Sekolah Menengah Kebangsaan Megah Ria juga satu sesi yang masih dapat

menampung keperluan persekolahan di kawasan tersebut. Sehubungan dengan itu

adalah diharapkan dengan terbinanya sekolah-sekolah yang telah dirancang ini ianya

akan dapat memberikan kemudahan pendidikan kepada penduduk di kawasan Pasir

Gudang serta dapat mengurangkan kesesakan dan kepadatan pelajar di sesebuah

sekolah serta beban sampingan yang ditanggung oleh penduduk di kawasan tersebut.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli daripada Penggaram menyentuh soal bantuan

kepada Sekolah Jenis Kebangsaan dan juga Sekolah Mubaligh. Untuk makluman Yang

Berhormat dari Penggaram, Sekolah Bantuan Kerajaan Yang dulunya disebut Bantuan

Modal yang terdiri daripada Sekolah Mubaligh, Sekolah Kebangsaan Cina dan Sekolah

Jenis Kebangsaan Tamil. Kesemua tapak tanah dan bangunan sekolah adalah

dipunyai oleh Lembaga Pengurusan Sekolah. Oleh itu segala urusan berhubung

dengan pembangunan fizikal dan tanah sekolah diuruskan sepenuhnya oleh

Lembaga Sekolah.

Walau bagaimanapun, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa

bersikap prihatin dan sentiasa membantu dalam soal atau masalah pembangunan

prasarana dan fizikal sekolah-sekolah tersebut. Perkara ini dapat dibuktikan dengan

pemberian peruntukan melalui peruntukan untuk Sekolah Bantuan Kerajaan

Peruntukan Khas Menteri dan Menteri Besar. Pakej Rangsangan Ekonomi dan yang

terbaru seperti yang diumumkan dalam Bajet Tahun 2012, kerajaan telah

memperuntukkan RM100 juta bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, RM100 juta bagi

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan RM100 juta juga bagi Sekolah Mubaligh bagi

tujuan pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih, menyelenggara dan membina

bangunan sekolah gantian yang tidak selamat untuk digunakan.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat ataupun Ahli daripada Mengkibol. Untuk makluman di Dewan yang

mulia ini, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi peluang

kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih atau GSTT melalui beberapa kursus-kursus

program perguruan seperti kursus di dalam cuti dan Latihan Perguruan Berasaskan

Sekolah ataupun dipanggil LPBS khususnya untuk kumpulan guru-guru GSTT di sekolah

kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil serta di

sekolah menengah.

Untuk makluman Yang Berhormat pada tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia

telah melaksanakan pelantikan GSTT ini dalam skim apa yang disebut dengan izin

contract for service. Skim ini diwujudkan untuk membolehkan GSTT yang sedia ada,

yang sedang berkhidmat di sekolah dapat meneruskan perkhidmatan sehingga

Disember tahun 2011 ini. Dan ianya juga untuk membolehkan GSTT yang

berpengalaman tetapi tidak dilantik semula disebabkan waran perjawatan yang telah

diisi oleh guru tetap dilantik semula mulai 17 Julai 2011 hingga 31 Disember 2011. Dan

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru telah membuat

Page 393: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

393

semakan dokumen kepada semua guru GSTT yang berpengalaman mengajar lebih

dua tahun untuk ditawarkan Kursus-Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan

Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) ataupun Kursus Dalam Cuti (KDC) kepada

semua yang layak di seluruh negara yang berjumlah 13,184 orang murid mulai tahun

2012 di Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berperingkat-peringkat sebelum dilantik

sebagai guru tetap.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin merujuk kepada perkara yang

dibangkitkan oleh Ahli daripada Tanjung Puteri. Untuk makluman di Dewan yang mulia

ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya tidak pernah mengeluarkan sebarang

surat arahan ataupun larangan berhubung aktiviti pembelajaran silat di sekolah

sebagai aktiviti kokurikulum, malah Kementerian Pelajaran Malaysia amat mengalu-

alukan aktiviti silat di sekolah dengan menggalakkan setiap sekolah menubuhkan

kelab-kelab atau persatuan silat kerana dilihat mampu memberi kesan positif

perkembangan emosi dan jasmani serta disiplin murid-murid.

Sehubungan itu, sebarang kenyataan yang mengatakan aktiviti silat tidak dibenarkan

untuk dilaksanakan sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah adalah tidak benar sama

sekali. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, silat adalah disenaraikan sebagai salah

satu aktiviti kokurikulum yang boleh diajar serta dilaksanakan di sekolah. Malahan

sebahagian besar sekolah-sekolah kebangsaan khususnya serta sekolah menengah di

Negeri Johor telah menjadikan silat sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah dan sebagai

tanda galakan terhadap aktiviti silat di sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri telah menganjur dan mengelolakan

aktiviti pertandingan silat sekolah-sekolah peringkat Negeri Johor dan seterusnya

dilanjutkan sehingga ke peringkat kebangsaan.

Dan selain daripada itu, bagi tujuan menyemarakkan lagi aktiviti ini beberapa kursus

berkaitan silat turut dilaksanakan seperti Kursus Jurus Wajib Silat, Kursus Muzik Tempur

Silat dan Kursus Wasit dan Juru Silat kepada murid dan guru-guru sekolah. Jika pun

terdapat sekolah yang tidak menyenaraikan silat sebagai aktiviti kokurikulum, pihak

sekolah mungkin mempunyai alasan sendiri seperti tidak memilikki tenaga pengajar

untuk aktiviti silat ataupun ruang yang terhad ataupun mungkin sekolah telah memilikki

terlalu banyak aktiviti kokurikulum yang telah dipilih atau dilaksanakan. Oleh itu,

berdasarkan kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali kenyataan yang

mengatakan bahawa aktiviti silat tidak dibenarkan untuk diajar sebagai aktiviti

kokurikulum di sekolah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh

Ahli daripada Senai. Saya cuma ingin merasa, ingin melahirkan Yang Berhormat Dato’

Speaker, rasa kekesalan sikit dengan Yang Berhormat dari Senai yang menggunakan

perkataan yang boleh ditafsirkan bersikap prejudis terhadap komitmen kerajaan

dalam bidang pendidikan, apatah lagi beliau menyebut perkataan yang

menimbulkan kegusaran seolah-olah kaum Cina dipinggirkan, seperti yang telah pun

saya maklumkan sebelum ini dan diulang, oleh rakan saya dari Semarang bahawa

tidak ada negara dalam dunia ini yang mempunyai sekolah dalam bahasa

penghantar ibunda masing-masing dengan jumlah yang besar kecuali di negara kita

di mana kita ada SJKC untuk kaum Cina dan kita ada SJKT untuk kaum India.

Page 394: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

394

Malah dalam negara kita juga tidak ada sekolah untuk kaum Melayu, Sekolah Aliran

Perdana iaitu Sekolah Kebangsaan adalah sekolah untuk semua kaum dengan

bahasa penghantarnya menggunakan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub

dalam Perlembagaan Negara. Walau bagaimanapun, berdasarkan kontrak sosial

sebelum ini kerajaan memang telah bersetuju mengekalkan Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sedia ada untuk memberi

peluang kepada kaum Cina dan India mendapat pendidikan di dalam bahasa ibunda

masing-masing. Ini merupakan satu keistimewaan yang tidak ternilai dan tidak ditemui

di mana-mana negara. Kerajaan bukan sahaja membenarkan malah menanggung

semua kos pengurusan termasuklah gaji guru, aktiviti dan juga bantuan-bantuan lain.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh

Ahli daripada Skudai mengenai dengan KPYPJ yang mengalami kerugian berturut-

turut di antara 2007 dan 2009. Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman di

Dewan yang mulia ini, Kumpulan Pendidikan YPJ adalah, ataupun KPYPJ bukanlah

sebuah entiti yang berteraskan keuntungan. Ia adalah sebuah anak syarikat YPJ yang

ditubuhkan pada tahun 1996 yang berteraskan akademik dan akan terus memainkan

peranan dalam menyediakan peluang pendidikan kedua seterusnya melahirkan

tenaga manusia dari segi kemahiran dan juga akademik. Memang ada sedikit

kerugian dari segi wang ringgit, tapi ianya merupakan pelaburan modal insan yang

memberi pulangan lebih besar kepada masyarakat dan juga kepada negeri dan juga

negara ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin merujuk kepada perkara yang dibangkitkan

oleh Ahli daripada Kahang berhubung dengan KOBERA. Untuk makluman Dewan yang

mulia ini, sehingga tarikh 12 Disember 2011 sebanyak 44 permohonan penubuhan

KOBERA telah diterima daripada 56 DUN. Daripada jumlah tersebut 29 telah pun

didaftarkan dan baki 15 KOBERA masih lagi dalam peringkat pendaftaran. Ada juga

KOBERA yang telah mendapatkan kejayaan yang agak baik walaupun baru

beroperasi dalam tempoh dua tahun. Sebagai contoh KOBERA Gambir Ledang

Berhad yang menjalankan aktiviti perkhidmatan dan pertanian, merekodkan urus

niaga berjumlah RM1,587,852.40 dengan keuntungan sebanyak RM49,198.68 bagi

tahun 2011.

Yang Berhormat Datuk Speaker, nampaknya Persidangan Dewan kali ini agak kurang

sikit perkara-perkara yang berbangkit mengenai portfolio yang saya jaga. Namun

begitu, ada juga Ahli-Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan soal yang jika kita

war-warkan akan menjadi agak sensitif dalam hubungan masyarakat berbilang kaum

dan dalam soal yang berkaitan dengan pendidikan, pihak jabatan juga merasakan

bahawa ada isu-isu yang perlu kita selesaikan di peringkat jabatan kerana isu tersebut

mungkin boleh menimbulkan salah tafsir ataupun kemarahan pihak-pihak tertentu.

Saya mengharapkan Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya dapat memahami masalah

tersebut dan saya dengan penuh harapan agar tidak ada niat di kalangan kita untuk

mensensasikan soal yang dirasakan boleh mencetuskan perasaan kurang selesa dan

sangkaan buruk antara kaum dalam negara kita. Saya juga berharap isu-isu yang

sensitif ini tidak dipolitikkan demi melihat bidang pendidikan mencapai objektif yang

sebenar.

Page 395: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

395

Yang Berhormat Datuk Speaker, ada di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat sewaktu

berbahas merasakan bahawa mungkin ini merupakan pembentangan Bajet yang

terakhir di Persidangan Dewan Negeri Johor ini. Oleh itu saya jugalah ingin mengambil

kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang

telah diberikan kepada saya oleh semua pihak yang terlibat termasuklah Dato’

Speaker, Dato’ Timbalan Speaker, rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak Jurutulis

dan kakitangannya, ketua-ketua jabatan dan tidak dilupakan juga pengawal-

pengawal keselamatan yang bertugas di Dewan Negeri ini. Sekian, wabillahi taufik

walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima

kasih Yang Berhormat, jemput.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum

warahmatullahi taala wabarakatuh.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada

saya untuk mengambil bahagian dalam Ucapan Penggulungan Perbahasan Atas

Rundingan Bacaan Kali Ke-2 bagi Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2012

Tahun 2011. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat ADUN Kemelah telah

menanyakan peranan JKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengatasi

kemiskinan orang Melayu bandar dan luar bandar.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita memang tak ada spesifik untuk orang Melayu

atau orang India atau orang Cina, dari sejak merdeka dulu kita memang, Jabatan

Kebajikan Masyarakat memberi bantuan kepada semua kaum, semua warganegara

Malaysia. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan 11 jenis bantuan dan

pelbagai program bagi mengatasi masalah kemiskinan di negeri ini. Dan 11 jenis

bantuan itu adalah Bantuan Kanak-Kanak diberi RM100.00 hingga RM450.00 sebulan,

Bantuan Anak Pelihara, RM250.00 sebulan. Seorang kanak-kanak, maksimum RM500.00

sebulan yang memelihara 2 atau lebih anak yatim, anak-anaklah. Bantuan Orang Tua,

RM300.00 sebulan, Elaun Pekerja Cacat, RM300.00 sebulan seorang, Bantuan Latihan

Perintis, RM200.00 sebulan, Bantuan Am, RM115.00 untuk Kerajaan Negeri Johor.

Alhamdulillah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita telah umumkan dalam Bajet

baru ini dinaikkan daripada RM115.00 kepada RM150.00 seorang.

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar, RM300.00 sebulan,

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, RM150.00 sebulan, Bantuan Alat Tiruan, kadar

sebenar tergantung kepada apa yang alat tiruan yang diperlukan, Bantuan Geran

Pelancaran, maksimum RM2,700.00 sekali gus. Dan, Tabung Bantuan Mangsa Serangan

Binatang Buas, maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan

keupayaan kekal. Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan

berdasarkan peratusan kategori kecederaan.

Page 396: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

396

Kelayakan am permohonan bantuan adalah, hendaklah ia warganegara Malaysia

dan pendapatan keluarga tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan iaitu RM720.00

sebulan. Selain itu, kita juga adakan Product To Welfare, di mana semua penerima

bantuan yang produktif akan diberi peluang mengikuti pelbagai program bagi tujuan

menjana pendapatan agar mereka boleh berdikari dan mempunyai pendapatan

melepasi garis kemiskinan semasa. Antara program yang mereka ikuti adalah Azam

Niaga, Azam Khidmat, Azam Tani dan Azam Kerja. Selain itu, jabatan juga

mengendalikan program keusahawanan kepada mereka untuk tujuan mendedahkan

penerima bantuan kepada perniagaan dan kepada mereka yang mempunyai

kemahiran dan minat untuk perniagaan telah disalurkan bantuan geran pelancaran

sebanyak maksimum RM2,700.00, bagi modal perniagaan mereka.

Ahli Yang Berhormat daripada Pekan Nenas telah menanyakan, kenapa garis

kemiskinan ini adalah outdated, dan minta dinaikkan sampai RM1,000.00 bagi semua

negeri termasuklah orang miskin dan sebagainya. Setiap permohonan bantuan

kewangan perlu memenuhi syarat dan kelayakan yang telah digariskan oleh pihak

Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut skim bantuan yang sesuai diberikan kepada

setiap pemohon. Kelayakan am bagi setiap pemohon bantuan adalah sebagaimana

di bawah. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia dan jika penduduk

tetap hendaklah bermastautin di Malaysia sebelum tahun 1957. Dan, pendapatan

keluarga tidak melebihi RM720.00 sebulan bagi Semenanjung Malaysia.

Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dengan mengambil kira lain-

lain faktor seperti bilangan anak, tanggungan dan sebagainya. Dan, perbezaan paras

garis kemiskinan ini di antara negeri adalah ditentukan oleh Unit Perancangan Ekonomi

di peringkat Pusat. Manakala, untuk menaikkan kadar PGK ke RM1,000.00 bagi semua

bantuan negeri terhadap ibu tunggal dan orang miskin mengikut keadaan masa

sekarang adalah perlu mendapat persetujuan daripada Kabinet di Dewan Rakyat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat hanyalah sebagai pelaksana dasar yang telah

ditentukan oleh kerajaan untuk menyalurkan sebarang bantuan kepada masyarakat

yang berkeperluan.

Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat daripada Kahang menyatakan, mencadangkan

supaya kad senior citizen, diwujudkan. Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada

NGOs, seperti Persatuan BERIDA dan sebagainya terutama untuk orang tua warga

emas. Jadi, untuk mendapatkan kad senior citizen ini hendaklah menjadi ahli

daripada persatuan itu. Jadi, saya nasihatkan bagi orang-orang senior citizen ni kalau

hendakkan kad senior citizen ni jadilah ahli kepada persatuan itu supaya

mendapatkan kad. Dan, seperti juga kalau dia kata, dapat diskaun di farmasi. Di

farmasi sekarang dia memang kasi diskaun tapi siapa-siapa aje mestilah jadi ahli

daripada farmasi itu. Dan untuk membeli ubat, farmasi itu akan mengeluarkan kad

dan dia kasi 10% kalau beli ubat.

Jadi, walau bagaimanapun, kalau yang tak ada kad ni, sebenarnya boleh dipakai kad

pengenalan saja. Jadi, kad pengenalan tu kita dah tahu dia tu senior citizen dan boleh

dapat tambang percuma, bukan percumalah, half 50% of ke, berapa percent of,

dalam semua sistem pengangkutan, bas ke, kapal terbang dan sebagainya malah

disediakan wheel chair sekali. Jadi, kalau nakkan kad senior citizen jadilah ahli kepada

persatuan tu dan memadai ajelah kad pengenalan kita dengan dia dah tahu umur

Page 397: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

397

kita. Kadang-kadang dia yang offer untuk memberi diskaun kepada senior citizen ini

ye.

Ahli Yang Berhormat ADUN Yong Peng ye, hendakkan lebih ramai petugas Jabatan

Kebajikan Masyarakat di ni. Kalau dulu kita ada sambilan daripada Batu Pahat,

sekarang kita dah ada 2 pegawai tetap di Yong Peng. Walau bagaimanapun, jika

ada penambahan petugas akan kita tambahkan, insya-Allah.

ADUN Kemelah juga, menyatakan bahawa kalau suami gajinya kurang RM1,500.00

dan isteri jawatan Jururawat Rendah, gaji rendah akan menimbulkan gejala, pelbagai

gejala sosial yang negatif. Pendapatan seisi rumah yang kurang daripada RM3,000.00

sebulan boleh kita kategorikan sebagai berpendapatan rendah. Dan, inilah sebabnya

mengapa kerajaan sekarang prihatin dengan menawarkan bantuan sebanyak

RM500.00 pada golongan ini. Dengan pendapatan di bawah RM3,000.00 sebulan,

dengan kehidupan di bandar mereka juga boleh hidup dengan selesa tetapi dengan

cara dan amalan perbelanjaan yang sederhana dan bukan bermewah. Namun

perkaitan taraf gaji suami isteri yang rendah sehingga boleh menimbulkan pelbagai

gejala sosial yang negatif hanya persepsi sendiri sahaja. Sebenarnya, ada juga

daripada statistik yang menunjukkan bahawa gejala sosial di Johor ni, datangnya

daripada keluarga yang berpendapatan tinggi. Dalam erti kata yang lain, mereka

yang berpendapatan seisi rumah RM3,000.00 ke atas itu, boleh juga menimbulkan

banyak masalah sosial eh.

ADUN Pemanis telah menyentuh tentang banjir eh, dia kata bolehkah mendapat satu

dana khusus? Bagi Yang Berhormat, saya nak ceritakan di sini eh, Jawatankuasa dan

Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana adalah mengikut tahap-tahap yang

ditetapkan. Jawatankuasa-Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana

hendaklah ditubuh seperti berikut:-

Pada tahap 1, tahap bencana 1, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana

adalah di peringkat daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, di mana

Ketua Polis Daerah sebagai Komander Operasi dan Pegawai Bomba Daerah sebagai

Timbalan Komander. Jadi, agensi-agensi lain dan badan-badan sukarela adalah di

bawah Jawatankuasa itu. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, menganggotai

Jawatankuasa ini sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam memberi bantuan

dan pemulihan kepada mangsa-mangsa.

Bila tiba pula bagi bencana tahap ke 2, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan

Bencana Negeri, Peringkat Negeri dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha

Kerajaan Negeri dan Ketua Polis Negeri sebagai Komander Operasi dan Pengarah

Bomba Negeri sebagai Timbalan Komander dan jabatan-jabatan lain sebagai

anggota. Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri menganggotai ini sebagai agensi

yang bertanggungjawablah memberi bantuan.

Dan, bencana tahap 3 ini adalah bantuan bencana pusat. Di mana dipengerusikan

oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri yang dilantik oleh

Perdana Menteri. Dan, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman

Awam sebagai Komander dan Pengarah Operasi sebagai Timbalan Komander. Jadi,

Page 398: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

398

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Pengarah

Kebajikan Masyarakat Malaysia menganggotai Jawatankuasa ini.

Bantuan bencana di peringkat tahap 3 atau bencana pusat tidak disalurkan secara

terus kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat ADUN tetapi dikawal oleh Majlis Keselamatan

Negara yang mana diuruskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pengerusi

Bencana Negeri. Jadi, tidak dapat diberikan kepada ADUN berseorangan. Yang

Berhormat daripada Skudai telah menyentuh pemindahan, pasal banjir yang terjadi di

Jalan Makmur, Taman Damai Jaya kurang daripada 6 jam. Memang kita, kalau kita

hanya Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya membantu jika mangsa banjir atau

bencana dipindahkan ke Pusat Pemindahan.

Yang Berhormat ADUN Kahang, telah tanya kriteria lantik petugas PDK. Pelantikan

petugas PDK tertakluk kepada Garis Panduan PDK dan bukan sebagai pekerja di

bawah Akta Kerja 1955. Petugas PDK adalah individu yang dilantik oleh Jawatankuasa

PDK untuk bertugas secara sukarela di bawah kontrak untuk perkhidmatan, Contract

For Service. Dan, syarat pelantikan adalah warganegara Malaysia, sihat tubuh badan,

berusia 18 sampai 60 tahun, kelulusan SPM dan setaraf dengannya, berminat dan

mempunyai komitmen untuk bekerja dengan OKU, bersifat penyayang dan

mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Kursus juga kita adakan yang wajib diikuti

selepas dilantik sebagai petugas PDK. Ini adalah termasuk Kursus Asas petugas PDK di

mana setiap petugas dipastikan dan diajar teknik bagaimana mengendalikan kanak-

kanak OKU yang mempunyai masalah pembelajaran fizikal, masalah pertuturan,

masalah pendengaran, mental, penglihatan dan lain-lain. Setiap petugas juga

digalakkan mengambil kursus lanjutan di MAKPEM (Majlis Pemulihan Malaysia) dan

diajar bagaimana mengendalikan pelatih PDK. Modul dalam kursus asas ini

merangkumi pengenalan kepada Terapi, Kemahiran, Vokasional, Rancangan

Pengajaran Individu, Simulasi, Kemahiran Individu. Dan, modul ini dikendalikan oleh

CBR Network yang terdiri dari Jurupulih Anggota, Speech Therapy dan mereka yang

berpengalaman dalam sesi penjagaan OKU. Sukatan pelajaran adalah dia ada

manual dia, jadi petugas-petugasnya akan mengikuti Manual Majlis Pemulihan

Malaysia tu.

Yang Berhormat ADUN Permas, tak ada eh. Sebab, dia telah mengutarakan tentang

kes 1Azam ni. Saya, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya dah terang panjang lebar

pada bulan Jun sesi Dewan hari itu. Tapi, saya nampak ni, dia tanya lagi, dan dia

tanya A dengan B pun dia tanya juga, tentang 1Azam ni. Ni, dia tak ada pula.

Macam mana ni, saya harap dia tak tanyalah Dewan yang akan datang… (ketawa).

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat panggil dia je lah.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Ya?

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Yang Berhormat ajak ajela dia pejabat.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : (Ketawa) Runding. Insurans 1Azam melindungi semua

ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang tersenarai dalam e-Kasih. Tempoh, dia tanya

Page 399: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

399

juga bagaimana nak mendaftar dan sebagainya. Tempoh perlindungan insurans ini

daripada 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011. Dah habis dah. Jadi, sehingga kini

masih belum ada lagi dasar untuk memperluaskan insurans berkenaan kepada individu

atau pihak lain. Jadi kita kena mengetehlah satu hari untuk memberi penerangan

selanjutnya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Permas juga tanya tentang apa tu,

mencadangkan supaya, untuk kerajaan memberi rawatan subsidi kepada pesakit-

pesakit yang menerima dialisis di hospital swasta dan tempat-tempat swasta, eh.

Untuk makluman, insentif RM50.00 diberikan kepada setiap sesi dialisis di luar daripada

hospital kerajaan. Insentif ini meliputi semua pusat dialisis, NGO, dialisis persendirian

dan hospital swasta. Mereka yang memerlukan insentif ini diminta melengkapkan

borang permohonan yang boleh diperolehi daripada pusat dialisis atau hospital swasta

yang mengendalikan dialisis itu.

ADUN Permas juga telah mencadangkan untuk mendirikan sebuah hospital di apa tu,

di tempat beliau ya di Permas, Pasir Gudang, Hospital Pasir Gudang dengan private

sector. Sebenarnya memang kerajaan, Jabatan Kesihatan Negeri telah pun

mengemukakan permohonan untuk membina Hospital Pasir Gudang yang untuk

diluluskan pada Second Rolling Plan, Rancangan Malaysia Ke-10 kerana, dan untuk

Hospital Pasir Gudang ni kita dah ada tanah, kerajaan telah ada tanah jadi, sebesar 20

ekar, jadi tak payahlah untuk private sector ataupun Seri Alam Properties ni sebab

membeli tanah daripada private sector ini sangat tinggi, makan harga yang mahal

tapi kita sedia ada tanah. Jadi untuk, kita dah majukan kepada Kementerian dan

insya-Allah akan masuk pada Second Rolling Plan. Begitu juga Hospital Segamat.

Yang Berhormat telah bertanyakan pembinaan Hospital Segamat. Kita pun telah

masukkan ke dalam Second Rolling Plan pada Rancangan Malaysia Ke-10.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mengakhiri penggulungan saya dan mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan

kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan idea, pandangan dan

teguran berhubung dengan jabatan-jabatan di bawah Jawatankuasa Pembangunan

Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor. Dan, jika

tidak dapat saya jawab secara lisan ini, pegawai-pegawai saya akan mengikuti

dengan jawapan bertulis ya. Akhir sekali, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih

kepada jabatan di bawah saya, pihak Jurutulis, terima kasih banyak kerana kerjasama

yang telah diberikan untuk saya menjalankan tugas dalam pekerjaan saya ini. Jadi,

sekian, terima kasih.

Y.B. Datuk Timbalan Speaker : Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat,

persidangan ini saya tangguhkan sehingga hari Isnin, 19 Disember 2011, jam 9:30 pagi.

Persidangan ditangguhkan jam 3:30 petang.

Page 400: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

400

PENYATA RASMI

MESYUARAT KETIGA (BAJET) BAGI PENGGAL

PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12

HARI KEENAM ISNIN, 19 DISEMBER 2011 BIL. 16 TAHUN 12

HADIR

Y.B. Dato’ Speaker,

Dato’ Haji Mohd. Ali bin Hassan,

DPMJ., PJN., KMN., PIS., AMN., PPN.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Johor,

Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, DK., SPMJ., PIS.

(Serom)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan,

Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor.

Dato’ Haji Ahmad Zahri bin Jamil, DPMJ., PJN., PIS.

(Sri Medan)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan

Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri, Johor.

Dr. Hajah Robia binti Dato’ Haji Kosai

(Sungai Balang)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri, Johor.

Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Osman, SPMJ., KMN., PIS.

(Endau)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa

dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Encik Tan Kok Hong @ Tan Yi, JMN., PIS.

(Bekok)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Johor.

Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi, PJN., PIS., AMN.

(Parit Raja)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Johor.

Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff, AMN.

(Johor Lama)

Page 401: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

401

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan

dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Johor.

Datuk Haji Maulizan bin Bujang, DMSM., KMN., BSK.

(Tiram)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,

Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Johor.

Encik M. Asojan a/l Muniyandy, AMN.

(Gambir)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor.

Encik Hoo Seong Chang, PIS.

(Paloh)

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Johor.

Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday

(Mahkota)

Y.B. Datuk Haji Othman bin Jais, PJN., SMJ., KMN., PIS., BSI., AMN.

(Buloh Kasap)

Y.B. Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, DPMJ., PLP., PIS., BSI.

(Panti)

Y.B. Datuk Haji Harun bin Abdullah, PJN., PIS., AMN.

(Tanjong Surat)

Y.B. Tuan Haji Tahir bin Mohd. Taat, JP., KMN., PIS., AMN., PPN.

(Bukit Serampang)

Y.B. Dato’ Haji Osman bin Haji Sapian, DSNS., AMN., PIS.

(Kempas)

Y.B. Datuk Haji Abd. Hamid bin Haji Abd. Rahman, PJN., KMN., PIS., JP.

(Machap)

Y.B. Datuk Ng See Tiong, PJN., JP., KMN., AMN., PIS., PK.

(Parit Yaani)

Y.B. Puan Lim Kee Moi, PIS.

(Yong Peng)

Y.B. Dato’ Haji Abdul Halim bin Suleiman, DSNS., KMN., AMN.

(Puteri Wangsa)

Y.B. Tuan Haji Onn bin Mohd. Yassin, AMN., KMN., PIS., PPA., PSSB.

(Layang-Layang)

Page 402: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

402

Y.B. Encik Lau Chin Hoon,

(Pemanis)

Y.B. Datuk Haji Ayub bin Rahmat, DPSM., PPN., AMN.

(Kemelah)

Y.B. Datuk Samsol Bari bin Jamali, DMSM., KMN., PIS.

(Semarang)

Y.B. Datuk Haji Abdullah @ Md. Khalid bin Md. Ali, DMSM., PIS., AMN.

(Bukit Naning)

Y.B. Datuk Dr. Lee Hong Tee, DPSM.

(Jementah)

Y.B. Encik Cheong Chin Liang,

(Bukit Batu)

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong, DMSM.

(Pulai Sebatang)

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian, DMSM., KMN., AMN.

(Nusajaya)

Y.B. Datuk Koh Chee Chai, PJN., PIS.

(Penggaram)

Y.B. Tuan Haji Ayub bin Jamil, PIS.

(Rengit)

Y.B. Encik Tan Cher Puk, AMN.

(Johor Jaya)

Y.B. Datuk Dr. Adham bin Baba, DMSM.

(Pasir Raja)

Y.B. Datuk Ir. Hasni bin Mohamad, PGDK., PIS., KMN., AMN.

(Benut)

Y.B. Datuk Munusamy a/l Mareemuthu, PJN., PIS., BSI., KMN., AMN., PPN.

(Permas)

Y.B. Puan Hamimah binti Mansor,

(Penawar)

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan,

(Kahang)

Page 403: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

403

Y.B. Encik Tang Nai Soon,

(Pekan Nenas)

Y.B. Datuk Dr. Shahruddin bin Md. Salleh, PMW.

(Jorak)

Y.B. Datuk Md. Othman bin Haji Yusof, DMSM., DSM.

(Kukup)

Y.B. Tuan Haji Kamaruzaman bin Ali,

(Bukit Permai)

Y.B. Encik Goh Tee Tee, PIS.

(Tangkak)

Y.B. Tuan Haji Rasman bin Ithnain,

(Sedili)

Y.B. Tuan Haji Ja’affar bin Hashim, PPN.

(Senggarang)

Y.B. Puan Murukasvary a/p S. Thanarajan, PIS., AMN.

(Tenggaroh)

Y.B. Encik Chia Song Cheng,

(Pengkalan Rinting)

Y.B. Datuk Haji Adam bin Sumiru, KMN., AMN., PIS.

(Tanjung Puteri)

Y.B. Encik Mok Chek Hou,

(Stulang)

Y.B. Encik Mohd. Azahar bin Ibrahim

(Tenang)

Y.B. Encik Ong Kow Meng,

(Senai)

Y.B. Dr. Haji Sheikh Ibrahim bin Salleh,

(Sungai Abong)

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang,

(Bentayan)

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau,

(Skudai)

Page 404: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

404

Y.B. Dr. Mohamad bin Taslim

(Maharani)

Y.B. Encik Ng Lam Hua,

(Mengkibol)

TURUT HADIR

(MENURUT FASAL 6(3) BAHAGIAN KEDUA UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN

NEGERI JOHOR)

Y.B. Setiausaha Kerajaan Johor,

Dato’ Haji Obet bin Tawil, DPMJ., PIS.

Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor,

Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, DMSM., DSM.

Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Johor,

Tuan Haji Marsan bin Kassim

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

Y.B. Datuk Haji Ariss bin Samsudin, DMSM., DSM., BCM., PIS., PPN.

(Semerah)

Page 405: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

405

Persidangan bermula pada jam 9.30 pagi.

Y.B. Dato’ Speaker mengetuai Persidangan.

DOA

(Jurutulis baca doa)

Y.B. Dato’ Speaker : Bismillahirrahmaanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala

wabarakatuh dan diucapkan selamat pagi, salam sejahtera Ahli-Ahli Yang Berhormat

sekalian. Persidangan diteruskan.

Jurutulis : SAMBUNGAN PERBAHASAN ATAS RUNDINGAN BACAAN KALI YANG KEDUA,

BAGI RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN (2012) TAHUN 2011.

Y.B. Dato’ Speaker : Ahli-Ahli Yang Berhormat, Perbahasan disambung sekarang. Yang

Amat Berhormat Dato’ jemput.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya

merakamkan penghargaan di atas perkara-perkara yang telah pun dibangkitkan oleh

Ahli Yang Berhormat, dan serentak dengan itu memberi kesempatan bagi pihak

kerajaan untuk menjelaskan di antaranya keadaan dan kedudukan yang sebenarnya.

Maka di antara yang dibangkitkan ialah Dato’ Speaker, oleh Yang Berhormat

daripada Senai yang membawa perkara berkaitan dengan sama ada kerajaan

memantau kegiatan penyelewengan yang didakwa oleh beliau yang berlaku dalam

aktiviti pengeksportan batu-batuan ke Singapura. Mengikut Ahli Yang Berhormat,

penyelewengan itu berlaku melalui lebihan muatan yang tidak diisytiharkan melalui

borang pada lori yang mengangkut batuan tersebut. Dan, kalau itu berlaku maka

kerajaan kerugian dari segi royalti yang boleh dipungut lebih-lebih lagi bila tak kurang

antara 800 ke 1,000 buah lori yang berulang-alik ke Singapura.

Dato’ Speaker, Pentadbiran Tanah Negeri Johor sentiasa mengambil berat dalam

urusan eksport terutamanya bagi memantau lori-lori yang membawa muatan batuan

ke Singapura. Bahan batuan yang dieksport oleh Negeri Johor pada masa ini ialah

batu pejal di bawah 228 milimeter iaitu 9 inci, batu bata, tanah rumput, pasir silika, pasir

tapisan, genting tanah liat, genting tanah merah dan batu biasa. Setiap pergerakan

lori yang memasuki laluan eksport di Kompleks Kastam dikehendaki mengemukakan

beberapa dokumen seperti Permit 4C Kanun Tanah Negara, Kupon Eksport PTG,

Borang Kastam K2, Permit Eksport yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar dan resit pesanan yang juga bersamaan dengan resit, dan juga resit

timbangan muatan yang dikeluarkan dan disahkan oleh pengusaha kuari. Maka

semua dokumen ini akan diperiksa kesahihan maklumatnya, manakala muatan lori

juga diukur di Kompleks Kastam sebelum diluluskan untuk pelepasan ke Singapura.

Walaupun timbangan muatan telah disahkan dalam resit timbangan, muatan lori-lori

berkenaan diukur dari segi isi padunya, jika berlaku lebihan muatan dari segi isi padu

berbanding timbangan yang dinyatakan dalam resit timbangan, maka caj atas

lebihan isi padu itu tetap dikenakan ke atas lori berkenaan. Oleh itu, dakwaan adanya

Page 406: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

406

penyelewengan bayaran royalti melalui lebihan muatan yang di bawa adalah tidak

timbul kerana jumlah royalti bahan batuan tersebut dikenakan mengikut jumlah

sebenar yang di bawa sama ada kenderaan itu membawa lebihan muatan ataupun

sebaliknya. Selain daripada tugas memantau dan memungut royalti bahan yang di

bawa, pihak PTG juga akan memantau jumlah kuota eksport yang dibenarkan.

Bagi melaksanakan tugas penguatkuasaan ini, seramai 10 orang anggota Pejabat

Tanah dan Galian telah ditempatkan di laluan eksport di Bangunan Sultan Iskandar

Johor Bahru dan 6 orang anggota ditempatkan di Kompleks Kastam Sultan Abu Bakar,

Gelang Patah setiap hari bermula pada jam 7:00 pagi hingga 7:00 petang melainkan

hari Cuti Minggu dan Cuti Umum. Pada masa sekarang pihak Pejabat Tanah dan

Galian Johor sedang membangunkan satu sistem iaitu Sistem Elektronik Pas bagi

mengendalikan urusan eksport bahan batuan dengan lebih efisien dan berkesan

dalam menangani masalah kelancaran isu-isu permit dan eksport bahan batuan. Dan

Pentadbiran Tanah Negeri Johor juga sedang merangka kajian untuk menggunakan

System Electronic Mens bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan bahan batuan.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, ianya masih lagi diukur dan diperiksa walaupun

ditambah untuk memastikan muatan adalah seperti yang dinyatakan dalam borang-

borang yang saya sebutkan sebentar tadi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat daripada Machap

membangkitkan mengenai beberapa tuduhan yang dibuat oleh setengah pihak

bahawa Negeri Johor akan bankrup dalam ceramah-ceramah mereka. Jadi, Dato’

Speaker, dakwaan-dakwaan yang dibuat bahawa Negeri Johor akan muflis telah pun

disebut-sebut sejak, saya ingat setahun, dua kebelakangan ini. Tapi alhamdullilah ada

yang mengatakan bahawa pada masa tersebut akan muflis dalam masa tiga bulan

pun Dato’ Speaker. Ingin saya maklumkan bahawa kedudukan kewangan Kerajaan

Negeri pada akhir tahun 2010 adalah pada tahap yang baik. Kumpulan Wang

Disatukan Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM274.42 juta ataupun 118.6%

kepada RM505.1 juta berbanding dengan RM231.39 juta pada akhir tahun 2009. Pada

tahun 2010, Kerajaan Negeri telah berjaya mencatatkan surplus dalam Akaun Hasil

Disatukan sejumlah RM158.36 juta dan dengan itu kedudukan defisit terkumpul pada

tahun 31 Disember 2010 telah pun berkurangan sebanyak 32.7% kepada RM325.69 juta

berbanding dengan RM484.05 juta pada akhir tahun 2009.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang lebih membanggakan Penyata Hasil Kerajaan

Negeri Johor pada tahun 2010 juga telah meningkat sejumlah RM272.75 juta atau

peningkatan sebanyak 36.3% berbanding pungutan pada tahun 2009. Dalam tahun

2010, Penyata Hasil Kerajaan Negeri telah mencecah RM1bilion, RM23.1 juta eh, maaf

RM1,023.17 juta bersamaan dengan kalau ambil angka kasar RM1.02 bilion. Ini adalah

satu perkara yang harus dibanggakan oleh rakyat dan Kerajaan Negeri Johor kerana

buat pertama kalinya Penyata Hasil Kerajaan Negeri telah mencecah paras 1 bilion.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit

Negara terhadap Penyata Kewangan Negeri Johor 2010, Kerajaan Negeri telah

diberikan sijil bersih oleh Ketua Audit Negara dan dengan itu, selama 9 tahun berturut-

turut Kerajaan Negeri telah berjaya mengekalkan prestasi tersebut. Bahkan Kerajaan

Negeri juga melalui Perbendaharaan Negeri telah berikan pengiktirafan Anugerah

Tertinggi Empat Bintang oleh Ketua Audit Negara (Dewan bertepuk) dalam

Page 407: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

407

pengurusan kewangan kerajaan. Ini tidak disebut oleh semua pihak Dato’ Speaker.

Anugerah ini menunjukkan bukti dan komitmen Kerajaan Negeri dalam mencapai

kecemerlangan dan tadbir urus kewangan yang telus dan berintegriti. Secara

keseluruhannya prestasi kewangan kerajaan pada tahun 2010 adalah jauh lebih baik

berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, Kerajaan Negeri masih mampu untuk

menampung perbelanjaan pengurusan pada setiap tahun melalui kutipan hasil yang

dibuat. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga melaksanakan program-program

pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah

membelanjakan sejumlah RM1,013.4 juta bagi tempoh 5 tahun lalu melalui sumber

Kerajaan Negeri sendiri. Oleh itu Dato’ Speaker, sekiranya tiada perbelanjaan

pembangunan dibuat setiap tahun, kerajaan Negeri akan mencatatkan surplus dalam

Akaun Hasil Disatukan. Sebagai contoh sekiranya tiada pembiayaan untuk projek

pembangunan, Kerajaan Negeri mampu mencatatkan surplus berjumlah RM285.21 juta

dalam tahun 2004, dan surplus RM258.36 juta dalam tahun 2010 tapi apakah wajar kita

mengumpulkan surplus dengan mengorbankan pembangunan daripada dinikmati

oleh rakyat jelata (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya dimaklumkan bahawa ada setengah negeri

pendapatan hasil pun tidak cukup untuk membiayai perbelanjaan pengurusan, tapi

kita tak kata negeri itu bankrap. Saya tak nak sebutlah nama negeri...

Y.B. Dato’ Speaker : Semua faham tu.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Berlarutan, nak bayar gaji kakitangan kerajaan pun tak

cukup, daripada hasil dia. (Dewan bertepuk). Kita tak pernah pun mengatakan

bahawa negeri itu akan bankrap. Sementara itu, Kerajaan Negeri Johor mempunyai

lebihan daripada keperluan pengurusan dan kita gunakan lebihan itu untuk

perbelanjaan pembangunan demi rakyat. Dato’ Speaker, sebagai contoh Dato’

Speaker, di Masai, sekolah agama, oleh kerana pertumbuhan penduduk di bandar

seperti Masai. 3,000 pelajar sekolah agama. Jadi, dah tiba pada tahap di mana

sekolah menumpang di rumah-rumah kedai untuk beberapa tahun Dato’ Speaker, ini

sebagai contoh. Jadi, bila kita melihat bahawa perlu kepada pembangunan,

peruntukan pembangunan untuk memastikan bahawa anak-anak Johor juga

mendapat kemudahan untuk belajar di bilik-bilik darjah yang selesa. Itu sebagai

contoh. Jadi, sehinggakan kalau tak salah saya, projek untuk membangunkan sekolah

agama sebagai contoh sebanyak lebih daripada 100 untuk keperluan 100,000 anak-

anak Johor, sebagai contoh, mengapa kita perlu kepada pembiayaan untuk

pembangunan. Jadi, Dato’ Speaker, itu yang saya katakan di sesetengah negeri saya

dimaklumkan mereka sengaja bangunkan surplus dengan cara menjual harta kerajaan

Yang Dato’ Speaker (Dewan bertepuk).

Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan

sentiasa proaktif melaksanakan program pembangunan yang membawa kesan

langsung kepada masyarakat termasuk masyarakat yang ada di luar bandar

sekalipun. Yang terkini Dato’ Speaker, kita melihat bahawa di antara yang perlu kita

bantu juga ialah untuk masyarakat di bandar di mana, memang kita maklum bahawa

sistem perparitan pun yang perlu dinaikkan taraf, maka itu juga perlu kepada

Page 408: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

408

perbelanjaan. Antaranya Dato’ Speaker, projek-projek pembangunan berterusan di

Negeri Johor ini ialah sama ada jalan-jalan negerinya, jalan-jalan kampungnya,

selenggara parit-parit dan sungai dan program bantuan untuk industri asas tani dan

haiwan, bantuan kepada rakyat termiskin, pemeliharaan alam sekitar dan perhutanan,

masjid-masjid dan surau-surau, sekolah-sekolah agama. Jadi Dato’ Speaker, saya

percaya, satu dua hari ini belum adalah dakwaan mengatakan bahawa kerajaan

berbelanja dengan hal-hal yang tak, tidak ada faedah. Sekurang-kurangnya tidak

adalah dakwaan itu satu dua hari ini, melainkan Dato’ Speaker kalau sekiranya pihak

yang berkenaan mengatakan bahawa membina Kota Iskandar ini pun adalah projek

yang tidak membawa faedah. Tapi rata-rata kita tak bina hotel Dato’ Speaker. Kita

tidak bina golf course Dato’ Speaker. Kita bina demi rakyat. Dan, kalau saya ambil

contoh Kota Iskandar, kalau betullah kerajaan bankrap dan tak mampu, saya ingat

Kota Iskandar ini pun tak akan terbina Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi takkanlah

kita nak biarkan Jabatan Kerajaan di tempatkan di rumah-rumah kedai di Johor Bahru

Dato’ Speaker kerana Bangunan Sultan Ibrahim pun dah tak muat. Jadi, maka kita

binalah Kota Iskandar ini dan belanjanya lebih kurang RM500 juta. Adakah itu bukti

bahawa Kerajaan Negeri sudah pun bankrap dan bahkan mampu membina Kota

Iskandar ini sekalipun Dato’ Speaker (Dewan bertepuk). Jadi, kita tidak berbelanja

seperti yang saya katakan tadi buat golf course ke agaknya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sebutkan tadi surau-surau, sekolah dan saya

ambil satu contoh khusus, antara 2006 dan 2010 ialah kita bina bukan sahaja sekolah

agama, pada kos RM49.6 juta. Dan oleh kerana tekanan keperluan kepada sekolah-

sekolah agama, maka kerajaan bersetuju untuk membina 121 lagi buah sekolah

agama sebagai contoh. Dan ini Dato’ Speaker, menyelesaikan masalah lebih 100,000

murid yang belajar dengan menumpang di sana sini, sama ada di balai raya, di

sekolah kebangsaan ataupun di rumah-rumah kedai yang disewa. Dan Dato’ Speaker,

yang terkini kerajaan memperuntukkan juga satu peruntukan untuk 3 tahun yang akan

datang sebanyak RM88 juta untuk menaikkan taraf jalan kampung.

Dato’ Speaker, 15 tahun yang lalu di Johor ini Dato’ Speaker tak kurang dekat-dekat

4,000 kilometer jalan kampung dalam keadaan tanah merah lagi Dato’ Speaker.

Memang pada masa tersebut kita mengharapkan peruntukan daripada pihak

Kerajaan Persekutuan. Saya mengalaminya secara langsung sebagai seorang Wakil

Rakyat di peringkat Parlimen Ledang sebagai contoh, saya terpaksa berkongsi satu

peruntukan tak lebih RM2 juta untuk Daerah Muar. Dan Daerah Muar ada 4 Parlimen

Dato’ Speaker, Pagoh, Muar, Bakri dan Ledang. Kami terpaksa berkongsi. 4 Parlimen

ada sebanyak RM2 juta kadang-kadang RM1 juta bahagi empat untuk satu tahun

membina jalan kampung yang antaranya 4,000 kilometer jalan kampung dalam

keadaan yang merah. Bayangkan Dato’ Speaker, adakah bermakna bahawa orang

kampung tidak wajar menerima jalan yang lebih baik lagi? Maka kerajaan mencari

peruntukan untuk membiayainya.

Kita mengakuinya bahawa jalan tersebut kukuh dari segi binaannya tetapi tidak cukup

luasnya. Jadi, maka kita dah sampai pada peringkat Dato’ Speaker, nak

meluaskannya, tambah dia punya keluasan dia dan projek ini akan makan masa lebih

kurang 3 tahun. Dan, apabila ianya cukup keluasannya, lebarnya dan cukup dari segi

mutu kekuatan binaannya, maka ianya berhak untuk mendapat peruntukan, apa

yang dikatakan peruntukan MARRIS, dari segi penyelenggaraannya. Maka, itu adalah

Page 409: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

409

satu yang amat tepat dengan melalui projek ini, maka selepas dibina melalui projek ini

maka ia akan berhak untuk menerima peruntukan penyelenggaraan. Bayangkan

Dato’ Speaker, 4,000 kilometer sebagai contoh, mendapat peruntukan selenggara

tahunan daripada Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan MARRIS. Maka insya-Allah,

dalam masa 3 tahun kita akan dapat cukup untuk memastikan bahawa walaupun

jalan kampung, dia sudah pun pada tahap yang terbaik dan juga akan terus dapat

diselenggarakan melalui peruntukan tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya katakan tadi bahawa di antara contoh-contoh

yang saya sebutkan tadi adalah demi rakyat. Ada banyak lagi amanah dan harapan

rakyat yang telah disempurnakan oleh Kerajaan Negeri melalui program-program

pembangunan. Justeru, kita perlu menyebarkan maklumat ini supaya dakwaan-

dakwaan yang tidak bertanggungjawab itu dapat disangkal dan saya percaya

bahawa rakyat masih lagi mempunyai pendirian bahawa kewangan Kerajaan Negeri

dapat diuruskan dengan baiknya. Dan Kerajaan Negeri mampu untuk menguruskan

pentadbirannya dan seterusnya untuk terus membawa pembangunan demi

kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Yang Berhormat daripada Skudai menyebut tentang tabung, kalau tak salah saya,

what is this, mengenai 72% wang pelaburan Kerajaan Negeri dalam Tabung Amanah

Warisan Negeri Johor, 72% dilabur dalam saham berisiko tinggi di pasaran terbuka

dengan pulangan yang tidak konsisten dan ianya bercanggah dengan keputusan

Kerajaan Negeri, November 1991.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat daripada Skudai juga

membangkitkan tentang hutang awam Kerajaan Negeri yang dikatakan meningkat

pada tahun 2010 daripada RM1.2 bilion, 2009 kepada RM1.38 bilion, 2010.

Kemudian ketiganya, Yang Berhormat juga membangkitkan tentang masalah SAJ

Holding Sdn. Bhd. di mana adakah Kerajaan Negeri memastikan pinjaman daripada

syarikat-syarikat kerajaan GLC termasuk di antara SAJ Holding, Special Water Sdn. Bhd

dan JCorp. Sebenarnya, SAJ Holding bukan syarikat Kerajaan Negeri Dato’ Speaker

dan juga Special Water, Special Water dan JCorp, sama ada pinjaman-pinjaman itu

membebankan pihak Kerajaan Negeri pada masa akan datang, memandangkan

PAAB akan mengambil alih aset SAJ dan anak syarikatnya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Laporan Ketua Audit Negara tahun 2010 mengenai

Tabung Amanah Warisan Negeri Johor membangkitkan isu pelaburan Tabung di mana

72% ataupun RM311 juta daripada jumlah keseluruhan dana Tabung yang berjumlah

RM431.82 juta dilaburkan ke dalam saham-saham yang berisiko tinggi di pasaran

terbuka. Saya nampak banyak perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Audit

dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat di sini. Terima kasihlah sebab berikan

kesempatan kepada saya untuk menjelaskan latar belakangnya, suasana yang

sebenarnya, gambaran yang lebih tepat dan lebih jelas lagi selain dari apa yang

disebut dalam Laporan Audit.

Dato’ Speaker, pihak Audit telah membuat penilaian ke atas pelaburan Tabung yang

dibuat oleh pengurus dana yang dilantik iaitu AmInvestment Management Sdn. Bhd,

jumlah dana yang diuruskan oleh AmInvestment Management Sdn. Bhd adalah

Page 410: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

410

sebanyak RM85.2 juta dan 83.7 % daripada dana tersebut telah dilaburkan di dalam

saham yang kurang berisiko iaitu dalam bentuk trusty stock. Sejumlah RM49 juta pula

telah dilaburkan oleh Tabung ke dalam dana amanah yang juga merupakan saham

yang kurang berisiko. Baki dana tabung yang berjumlah RM297.5 juta yang diuruskan

sendiri oleh Tabung yang belum dibuat penilaian telah diandaikan oleh pihak Audit

sebagai saham yang telah dilaburkan di dalam saham berisiko tinggi.

Dato’ Speaker, Seksyen 81 (A) hingga (E) Enakmen No. 4 Tahun 1991 telah menyatakan

jenis-jenis pelaburan yang dibenarkan, manakala Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

pada 4 November 1989 telah memutuskan sekurang-kurangnya 70% daripada

pelaburan dalam bentuk saham hendaklah dilaburkan dalam saham kurang berisiko

iaitu bersamaan dengan trusty stock. Saham kurang risiko merupakan saham-saham

yang telah memberi dividen sekurang-kurangnya 5% setiap tahun dalam tempoh 5

tahun yang lalu.

Dato’ Speaker, kedudukan jumlah dana terkumpul dalam Tabung Amanah Warisan

Johor setakat 30 November 2011 adalah RM346 juta. Daripada jumlah tersebut,

sebanyak RM227 juta telah dilaburkan di dalam saham jangka panjang dan jangka

pendek iaitu lebih kurang 65.6% daripada keseluruhan dana. Penilaian telah dibuat ke

atas jumlah pelaburan RM227,000,000.00 tersebut dan mendapati 90% ataupun

RM204.2 juta telah pun dilaburkan ke dalam saham-saham yang kurang berisiko iaitu

trusty stock. Oleh itu, kedudukan terkini pelaburan tabung telah mematuhi arahan

yang ditetapkan oleh kerajaan dan Enakmen Tabung. Prestasi pelaburan sebanyak

RM227 juta ini juga adalah baik di mana sejak penubuhan Tabung hingga tahun 2011,

jumlah keuntungan dari pelaburan ini adalah berjumlah RM90 juta.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Hutang-Hutang Awam Kerajaan Negeri. Betul, telah

meningkat daripada RM1.27 bilion tahun 2009 kepada RM1.38 bilion tahun 2010.

Meningkat sebanyak 8.6%. Hutang Awam ini mengikut jenis pinjaman atau projek

adalah seperti berikut :-

Rumah awam untuk tujuan pinjaman rumah awam kos rendah. Tahun 2009 RM98.93

juta, 2010 dia turun, kita bayar, jadi RM54.26 juta. Pinjaman untuk bekalan air

RM1,690.88 juta , 2009, naik kepada RM1,208.22 juta. Johor Corporation daripada 2009

RM71 juta naik kepada RM84 juta. Kemudian projek pelbagai, daripada RM64 juta

turun kepada 2010 kepada RM33 juta. Maka Audit dan Yang Berhormat daripada

Skudai bawa perkara ini memang betul ada peningkatan daripada RM1,274 juta

dibandingkan RM1,379 juta.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pinjaman yang menjadi tanggung jawab Kerajaan

Negeri untuk membuat bayaran balik pinjaman setiap tahun kepada Kerajaan Pusat

adalah untuk projek rumah awam kos rendah dan projek pelbagai. Pinjaman untuk

rumah awam kos rendah telah dapat dikurangkan daripada RM68.93 juta tahun 2009,

kepada RM54.26 juta pada tahun 2010 maknanya Kerajaan Negeri membayar

pinjaman tersebut, maka pinjaman itu menyusut sebanyak 21.28%. Dan, dalam tahun

2011 ini setakat 30 November jumlah tersebut telah dapat disusutkan lagi sebanyak

36% menjadi RM34.59 juta.

Page 411: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

411

Untuk projek pelbagai pula, ianya telah dapat dikurangkan sebanyak RM64.4 juta

dalam tahun 2009 kepada RM33.46 juta tahun 2010 turun sebanyak 84%. Dan, pada 30

November 2011 turun lagi kepada RM31 juta, turun sebanyak 7.2% lagi. Pinjaman untuk

Johor Corporation dan projek bekalan air Johor adalah menjadi tanggung jawab

agensi berkaitan untuk menjelaskan kepada Kerajaan Persekutuan dan Johor

Corporation ada membuat bayaran balik kepada Kerajaan Pusat pada setiap tahun

mengikut kemampuan kewangannya.

Dalam tahun 2009 sejumlah RM1.45 juta telah dijelaskan kepada Kerajaan Pusat,

manakala dalam tahun 2010 sebanyak RM1.62 juta telah dijelaskan. Peningkatan

hutang Johor Corporation dalam tahun 2010 berbanding tahun 2009 adalah

disebabkan agensi berkaitan ada menerima pinjaman baru berjumlah RM14.61 juta

daripada Kerajaan Pusat dalam tahun 2010.

Satu lagi pinjaman, ini yang besar ni, iaitu bagi projek bekalan air pula. Maka berlaku

peningkatan baki pinjaman daripada RM1,69.88 juta dalam tahun 2009 kepada

RM1,208.22 juta dalam tahun 2010, meningkat sebanyak 12.93% daripada 1,069

kepada 1,208.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini adalah disebabkan oleh penjadualan semula

pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Pusat untuk projek bekalan air yang menerima

pinjaman daripada bank luar negara seperti Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia

(ADB). Jumlah yang terlibat akibat daripada penjadualan semula pinjaman tersebut

adalah sebanyak RM166.2 juta. Walau bagaimanapun, peningkatan tersebut telah

dikurangkan apabila sejumlah RM27.93 juta amaun pinjaman untuk projek bekalan air

luar bandar telah dihapuskan oleh Kerajaan Pusat dalam tahun 2010.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak maklumkan, sebenarnya hutang

yang terkumpul untuk pinjaman air ini Dato’ Speaker, dia berpunca kepada satu

dokumen. Apabila status air di Johor ini diswastakan, maka ada dokumen tercatat di

dalamnya bahawa Negeri Johor tak perlu lagi bantuan Kerajaan Persekutuan dalam

hal air ini. Jadi, dalam satu Mesyuarat Antara Menteri-Menteri Besar dengan Kerajaan

Persekutuan maka tersenarailah Dato’ Speaker, sepanjang 15 tahun berapa banyak

peruntukan Kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri

dalam bentuk pemberian-pemberian, walhal Kerajaan Negeri Johor tidak diberikan

kerana ada dokumen yang mengatakan selepas penswastaan Kerajaan Negeri tidak

perlu bantuan Kerajaan Persekutuan. Saya tengok, Pulau Pinang dalam tempoh 15

tahun itu menerima dekat-dekat RM1.0 bilion dalam bentuk grant Kerajaan

Persekutuan. Walhal Johor tidak menerima satu sen pun. Jadi saya nak tuntut, dia

kata No, ini dokumen yang mengatakan, maka if you kata dia kata patuh dengan

ayat tersebut. Tapi oleh kerana perkara ini perkara yang baik Dato’ Speaker, maka

akhirnya ada penyelesaian, kerana rata-rata pinjaman itu adalah untuk membekalkan

air di luar bandar di antaranya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, merujuk kepada hutang awam Kerajaan Johor.

Merujuk kepada kedudukan hutang Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, baki pinjaman Kerajaan Negeri setakat 31

Disember setahun lalu, 2010, adalah berjumlah RM1,379.98 juta. Daripada jumlah

tersebut sebanyak RM1,208.22 juta adalah merupakan pinjaman untuk projek-projek

Page 412: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

412

bekalan air di Johor. Ini yang saya maksudkan tadi. Dalam tahun 2011 ini, tahun ini

Dato’ Speaker, sejumlah RM873.1 juta untuk projek-projek bekalan air tersebut telah

pun dikeluarkan daripada rekod pinjaman Kerajaan Johor. Setelah ianya diambil alih

oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), so daripada 1,000 lebih 800 sudah pun

berpindah kepada pihak syarikat Perbendaharaan sebenarnya, iaitu Pengurusan Aset

Air Berhad. Bermakna baki ialah sebanyak RM334.51 juta.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 254.78 juta telah dipohon kepada Kerajaan

Persekutuan untuk dijadikan sebagai grant. Memandangkan ianya adalah pinjaman

untuk projek bekalan air luar bandar, dan faedah ke atas pinjaman itu sendiri. Ini satu,

memang Dato’ Speaker, akhirnya Kerajaan Persekutuan akur. Cuba bayangkan Dato’

Speaker, kita nak membekalkan air untuk orang kampung, maka kita terpaksa

meminjam daripada Kerajaan Persekutuan, akhirnya Kerajaan Persekutuan menerima

hujah kita. Adalah satu yang saya percaya tidaklah adil, akhirnya Kerajaan

Persekutuan menerima bahawa luar bandar itu tanggung jawab dia. Kerana,

membekalkan air ini satu kos yang besar Dato’ Speaker, bukan sahaja keperluan untuk

sistem paip, tetapi juga loji-loji yang perlu dibina.

Seterusnya, bakinya Dato’ Speaker, daripada jumlah 334 tadi selepas ditolak 254, ialah

RM79.7 juta akan diambil alih oleh pihak syarikat Perbendaharaan ini iaitu PAAB,

setelah syarat-syarat tambahan dipersetujui bersama antara Kerajaan Persekutuan

dan PAAB dan SAJ Holdings. Oleh itu Dato’ Speaker, selepas saya huraikan satu

persatu secara terperinci, dengan tindakan-tindakan yang dibuat berkenaan perkara

yang diselesaikan, maka baki pinjaman Kerajaan Negeri Johor dengan Kerajaan

Persekutuan hanyalah tinggal RM149 juta. (Dewan bertepuk).

Y.B. Dato’ Speaker : Tak banyak.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Tetapi ada pihak mengatakan kalau tidak ada PAAB,

maka Kerajaan Negeri akan terus terhutang. Sebenarnya Dato’ Speaker, pendekatan

yang terakhir yang terkini dibuat oleh Kerajaan Persekutuan memanglah sesuatu yang

tepat. Kerana dalam bab air ini Dato’ Speaker, dia adalah satu sektor yang

memerlukan capital perbelanjaan modal yang besar. Kita jangan ambil ringan

tentang perkara ini. Misalnya kita nak membekalkan air yang lebih mantap lagi untuk

Kluang misalnya, kita perlu satu lagi empangan, dam, di Kahang, belanjanya kalau tak

salah saya dekat RM100 juta lebih. Cuba Dato’ Speaker bayangkan, ada negeri-

negeri dia kata dia untung dengan Syarikat Air dia, tapi saya tak banyak nak beri

nasihat. Tapi saya diam sahajalah. Nanti tunggu dulu, kalau rakyat dia bertambah di

sana sini dia perlu kepada capital yang besar, saya ingat dia akan terpaksa menerima

di satu susunan yang baru di mana Kerajaan Persekutuan melalui syarikat

Perbendaharaan yang mempunyai kekuatan dari segi kewangan, mengambil segala

aset dan liabiliti yang ada di negeri-negeri, rata-rata banyak negeri dah ambil

termasuklah Pulau Pinang, tetapi Selangor masih lagi ber, apa tu ber, apa dipanggil, ya

untuk dia mendapat nilai yang terbaik aset-aset yang ada pada dia. Maka itu satu

penyelesaian yang amat baik, di peringkat negara Dato’ Speaker, tetapi hak air

mentah masih lagi pada Kerajaan Negeri. Dan, itu adalah satu sumber yang

bermakna kerana sejak kebelakangan ini nampaknya ada industri-industri yang

memerlukan air tidak perlu diolah, perlu kepada air yang dibekalkan secara langsung,

Page 413: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

413

dan ini adalah di antara sumber baru Kerajaan Negeri yang boleh kita harapkan pada

masa hadapan.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat daripada Skudai juga

bangkitkan tentang soal ekonomi Johor menguncup pada paras yang agak tinggi

peratusannya, 12%. Dan per kapita berasas kepada priority, kuasa beli juga turun.

Kemudian impak kepada kenaikan harga minyak, di mana indek harga pengguna

melambung kepada paras 5.4% pada tahun 2008.

Yang Berhormat Dato Speaker, kadar penguncupan yang dinyatakan adalah bagi

tahun 2009, tahun di mana ekonomi global mengalami kemerosotan paling teruk

dalam sejarah moden akibat krisis kewangan antarabangsa dan sebahagian besar

negara di dunia mengalami penguncupan yang ketara. KDNK per kapita Negeri Johor

telah menguncup pada kadar minus, -12.5% ataupun penguncupan KDNK sebanyak

4.2% pada harga RM2,000.00. Untuk makluman penguncupan di peringkat nasional

ialah -1.7%.

Oleh kerana Ahli Yang Berhormat mengambil banyak contoh untuk dibandingkan

dengan Pulau Pinang, saya, oklah, saya ambillah contoh, bandingkanlah, dan di

Pulau Pinang rekod penguncupan ialah terbesar iaitu minus -10.8%. (Dewan ketawa).

Biasa saya tak bandingkanlah untuk negeri Dato’ Speaker, tetapi oleh kerana sekali

sekala dia sentiasa gunakan, kadang-kadang nak gunakan bandingkan pulak dengan

Singapura.

Pada tahun 2010, KDNK Negeri Johor kembali pulih dan meningkat pada kadar 9.3%

berbanding tahun sebelumnya. Jadi, meningkat daripada 2009 ke 2010, meningkat

pada paras di antara yang tertinggi. Malah KDNK Negeri Johor merekodkan

peningkatan yang lebih tinggi daripada kadar nasional sebanyak 7.2%. Dan, bagi

KDNK per kapita pula, Johor telah kembali mencatatkan pertumbuhan

memberangsangkan sebanyak 12% pada tahun 2010, walaupun menguncup pada

2009. Dan, kadar ini per kapita tadi, adalah lebih tinggi daripada kadar nasional

sebanyak 10.4%. Dan, KDNK per kapita dalam ukuran pariti, kuasa beli juga meningkat

pada kadar 21.2%. Manakala, di peringkat nasionalnya ialah 19.7%. Keseluruhan

pencapaian KDNK Negeri Johor pada tahun 2010, adalah lebih baik daripada KDNK di

peringkat nasional pun.

Dato’ Speaker, 2009 ini, maka berlakulah penurunan ketara dalam permintaan global

dan perdagangan dunia dan mengakibatkan kemerosotan dalam eksport dan

pengeluaran sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, seiring dengan pemulihan

ekonomi global, sektor perindustrian sekali lagi telah memacu ekonomi negeri dengan

mencatatkan pertumbuhan sebanyak 9.8% berbanding sektor-sektor lain pada tahun

2010.

Dato’ Speaker, penstrukturan semula subsidi bahan api yang dijalankan, diakui

menyebabkan kenaikan indeks harga pengguna yang agak tinggi pada tahun 2008.

Walau bagaimanapun, isu kenaikan harga bahan api dan inflasi bukan merupakan

satu isu ekonomi domestik sahaja. Isu ini merupakan isu global yang melibatkan

kenaikan bahan komoditi utama termasuk bahan api dan harga makanan. Dalam

masa yang sama, ianya telah memberi tekanan yang tinggi kepada paras harga

Page 414: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

414

domestik. Kenaikan Indeks Harga Pengguna Malaysia, iaitu 5.4%. Ini sebenarnya,

merupakan kadar inflasi paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN. Pada

tahun tersebut negara-negara ASEAN lain seperti Singapura mencatatkan inflasi

sebanyak 6.6%, Indonesia 9.8%, Filipina 9.3% dan Thailand 5.5%. Meskipun mencatat

peningkatan inflasi terendah, kerajaan tetap peka dengan isu ini untuk mengatasi

kesan peningkatan harga bahan api dan makanan kepada rakyat terutama golongan

berpendapatan rendah, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah seperti

memberi subsidi kepada pengeluaran padi domestik, memberi subsidi minyak kepada

nelayan dan operator pengangkutan awam serta memberi rebat tunai kepada

pengguna jalan raya.

Bagi tahun 2010, dalam usaha mengatasi dan mengurangkan impak inflasi, kerajaan

telah mengumumkan beberapa inisiatif dalam Bajet Persekutuan. Ini termasuk

memberi bantuan khas kepada isi rumah, menaikkan elaun bantuan kepada

golongan miskin, mempergiatkan industri pertanian dan sebagainya.

Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat daripada Skudai, adakah, apakah tindakan

kerajaan memastikan pihak YPJ memainkan peranan dalam usaha mempertingkatkan

taraf pendidikan dan tenaga manusia di Johor? Pada tahun 2011, pelaburan YPJ

dalam syarikatnya iaitu sebanyak RM261 juta. Tetapi, 24% ataupun RM61 juta

pelaburan YPJ tidak dapat disahkan. Ha, ini saya nak perbetulkanlah dari segi

peratusannya dan angkanya. Tidak dapat disahkan kerana ketiadaan dokumen oleh

pihak Audit. Adakah pihak Audit menjalankan peranan mereka dengan telus? Satu

lagi ialah YPJ telah pun, Yang Berhormat daripada Skudai mendakwa melabur dalam

saham syarikat gergasi Ranhill Berhad sebanyak RM70 juta tetapi harga saham

berkenaan turun hingga RM25 juta. Maka, YPJ mengalami rugi yang besar sebanyak

RM44 juta disebabkan pelaburan yang berisiko tinggi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada 3 perkara di sini:-

1. Mengenai YPJ. Yayasan Pelajaran Johor, Dato’ Speaker, merupakan sebuah

Badan Berkanun Kerajaan Negeri telah dipertanggungjawabkan dan memainkan

peranan dalam usaha mempertingkatkan taraf pendidikan melalui kegiatan-

kegiatan antaranya, pemberian biasiswa kepada murid di sekolah menengah

dari tingkatan 1 hingga 6, yang dinamakan Biasiswa Dato’ Onn. Pinjaman

Pelajaran kepada pelajar di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Skim

Bantuan Pendaftaran kepada pelajar baru mendaftar ke institusi pengajian tinggi

tempatan, untuk pelajar dari kalangan yang mendaftar di pangkalan data E-

Kasih. Program Hikmah, untuk murid-murid sekolah rendah iaitu Tuisyen Kampung

juga dan Program Kecemerlangan seperti seminar dan kursus.

Dato’ Speaker, seramai 68,339 pelajar telah menikmati kemudahan biasiswa dan

pinjaman daripada Yayasan Pelajaran Johor yang berjumlah RM191.74 juta dari tahun

84 hingga 2010. Walaupun Biasiswa Dato’ Onn mempunyai sejarah yang jauh lebih

lama, kita ambil angka daripada 84. Pemberian biasiswa dan pinjaman ini turut

meliputi semua kaum Dato’ Speaker, daripada Dato’ Onn lagi. Sebagai contoh, dalam

tempoh 3 tahun lalu seramai 7,194 pelajar menerima Biasiswa Dato’ Onn, yang

melibatkan 5,696 pelajar Melayu, 1,086 pelajar Cina dan 412 pelajar India. Ini Johor,

Dato’ Speaker. (Dewan bertepuk).

Page 415: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

415

Ada contoh-contoh, saya nak ambil satu contoh, misalnya, kalau tak salah saya,

Pengarah Pendaftar mendapat Biasiswa Kerajaan Johor untuk belajar sampai ke luar

negara. Pengarah Pendaftaran Negeri Johor sebagai contoh. Ada lagi, sapa lagi?

Saya tak dapat biasiswa, Dato’. Bekas Menteri Kesihatan Malaysia juga dapat Biasiswa

Kerajaan Johor, Dato’ Speaker, tak gitu?

Seterusnya Dato’ Speaker, selain daripada itu, sejumlah RM48.88 juta telah

dibelanjakan sebagai pembiayaan Tuisyen Kampung dan Ibnu Sina dengan memberi

manfaat kepada 501,415 orang pelajar sejak tahun 1977 hingga 2010. Dato’ Speaker,

di antara yang kita perhatikan, anak-anak di kampung ni, dia tak ada tuisyen Dato’

Speaker, kita tahu, kita yang mampu, kita hantar anak-anak kita untuk kelas-kelas

tambahan. Jadi, itu sebabnya selalu kita lihat bahawa sebenarnya padang ini tak rata

sebenarnya. Jadi, kita perlu kepada di antaranya langkah-langkah Affirmative, Dato’

Speaker. Maka, Kerajaan Johor melalui YPJ mewujudkan tuisyen supaya anak-anak di

kampung, di sekolah-sekolah yang ada di kampung juga, ada peluang untuk dia

mendapat kelas tambahan untuk meningkatkan. Jadi, yang mungkin gagal dapat

paras kelulusan, yang lulus boleh kita pertingkatkan paras pencapaiannya dan Ibnu

Sina ialah untuk kecemerlangan di kalangan mereka.

Kumpulan Pendidikan, itu tadi YPJ. Seterusnya, Kumpulan Pendidikan YPJ Johor, anak

syarikat YPJ eh, ialah sebuah anak syarikat YPJ yang ditubuhkan pada tahun 96,

dengan berteraskan akademik untuk memainkan peranan dalam menyediakan

peluang pendidikan kedua, second chance. Dan seterusnya, melahirkan sumber

manusia berkemahiran dan mempunyai kelulusan akademik. Dato’ Speaker, dulu ialah

banyak negeri membuat universiti, tapi Negeri Johor, kita tahu, kita tak mampu untuk

buat universiti, kita buat di peringkat kolej komuniti, 15 tahun yang lalu. Kerana kita nak

beri peluang kepada anak Johor supaya mereka yang keluar daripada sekolah, tak

sampai kepada maktab, tak sampai kepada universiti, maka tidaklah dia terus ke

pasaran buruh ni, tenaga kerja tanpa kemahiran langsung. Jadi, sekurang-kurangnya

anak Johor, boleh mengambil peluang second chance ini, untuk mendapat

kemahiran dalam bidang-bidang yang diperlukan, kemahiran yang diperlukan oleh

pasaran.

Dato’ Speaker, KPYPJ ini mempunyai 4 kolej utama iaitu Kolej Islam Johor, Institut

Teknologi Perindustrian YPJ, Institut Hospitaliti dan Kolej Komuniti YPJ. Keseluruhan

jumlah pelajar yang belajar di kolej-kolej KPYPJ pada masa ini ialah sebanyak 1,827

orang pelajar. Ok, sejak penubuhannya pada tahun 97 hingga 2011, seramai 28,673

orang pelajar telah menuntut di kolej-kolej di bawah kendalian KPYPJ ini, Kumpulan

Yayasan Pelajaran Johor. Dan, KPYPJ ini Dato’ Speaker, telah berjaya melahirkan

seramai 24,850 orang graduan di peringkat diploma dan sijil kemahiran. Manakala,

3,319 orang yang telah berjaya menamatkan sijil pra pengajian mereka.

Antara bidang pengajian yang ditawarkan oleh KPYPJ mencakupi bidang

kebolehpasaran iaitu marketability, dengan izin, yang tinggi adalah Diploma

Pengurusan Perhotelan, Diploma Penyediaan Makanan dan Kulinari, Diploma

Kejuruteraan Elektrik, Mekatronik dan Diploma Teknologi Elektronik iaitu Industri. Kursus-

kursus di peringkat diploma dan sijil yang dikendalikan oleh KPYPJ, dijalankan secara

usaha sama dengan Universiti Teknologi Mara, Universiti Teknologi Malaysia dan ada

Page 416: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

416

yang dijalankan secara dalaman dan telah mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan

Malaysia (MQA) dan insya-Allah menjelang tahun 2013 nanti, sebuah kampus induk

KPYPJ yang menelan belanja sebanyak RM78 juta, yang akan dibiayai oleh YPJ Holding

sedang dalam pembinaan di Jalan Kulai Jaya, di Kota Tinggi. Dan, di sini akan

diletakkan kolej-kolej KPYPJ yang digabungkan terdiri daripada Kolej Islam YPJ, Institut

Hospitaliti YPJ dan Institut Teknologi Perindustrian YPJ. Dan, apabila kampus ini siap

nanti akan menampung seramai 5,000 orang penuntut dan menawarkan kursus-kursus

seperti Hotel, Perhotelan, Perbankan Islam, Kejuruteraan Elektrik, Senibina dan lain-lain

kursus yang dapat memenuhi pasaran di peringkat sijil dan juga diploma.

Dato’ Speaker, pengauditan Penyata Kewangan YPJ bagi tahun 2009, telah

dilaksanakan oleh Tetuan Noriza and Company, selaku firma audit swasta yang dilantik

oleh Jabatan Audit Negara. Tugas, peranan dan fungsi audit adalah tertakluk kepada

terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara kepada firma

audit swasta berkenaan. Pada tahun 2009, amaun yang tidak dapat disesuaikan,

disahkan di dalam pelaburan YPJ adalah merupakan baki dihutang ataupun

terhutang oleh, ataupun kepada YPJ dengan syarikat-syarikat subsidiari berjumlah

RM8.039 juta iaitu 3% daripada jumlah pelaburan YPJ. Perkara ini berlaku disebabkan

ketiadaan dokumen sewaktu pengauditan berlaku pada tahun 1996 hingga 1999.

Namun, YPJ telah melaksanakan beberapa tindakan pencarian dokumen, pelarasan

dan juga mewujudkan Pasukan Task Force, untuk menyelesaikan perkara ini bermula

tahun 2009 hingga 2011. Semua usaha, penemuan dokumen, pelarasan dan juga

penambahbaikan penyata kewangan berdasarkan peraturan yang dibenarkan oleh

Piawaian Laporan Kewangan, Financial Reporting Standard, telah dilaksanakan dan

semua baki telah pun dapat disesuaikan dan disediakan pada Penyata Kewangan YPJ

untuk tahun berakhir 31 Disember 2010 dan 31 Disember 2011. Memandangkan

perkara ini telah pun dapat diselesaikan pada tahun 2010, maka Jabatan Audit

Negara telah pun memberikan Sijil Bersih kepada Penyata Kewangan YPJ pada tahun

2010.

Dato’ Speaker, YPJ Corporation Sdn. Bhd., ini YPJ Corporation, tadi KPYPJ, ini YPJ

Corporation ialah anak syarikat kepada YPJ yang membuat pelaburan dalam saham

di Ranhill Berhad. Ia merupakan pelaburan bersifat jangka panjang. Dato’ Speaker,

pelaburan di Ranhill Berhad bermula pada tahun 1999 di mana atas permintaan

Kerajaan Negeri, saham SAJ Holdings Berhad sebanyak 15% bersamaan 1.5 juta unit

saham telah diberikan secara percuma kepada Kerajaan Negeri Johor melalui YPJ

Corporation. Jadi, Dato’ Speaker ini apabila penswastaan air berlaku dengan Ranhill

maka, Ranhill bersetuju untuk memberi saham sebanyak 1.5 juta.

Dato’ Speaker, pada ketika itu, YPJ Corporation ini mengakaunkan ke dalam

akaunnya nilai saham berkenaan pada harga pasaran. Walaupun tiada bayaran

yang dibuat untuk memperolehi saham SAJH ini, jumlah harga saham yang diambil kira

pada ketika itu adalah nilai RM70,080,637.00. Tindakan ini diambil bagi memastikan

Penyata Kewangan YPJ Corporation menilai saham itu pada harga semasa dan

saksama agar boleh menilai kebolehan dan prestasi syarikat SAJ Holdings ini. Berikutan

penyenaraian SAJ Holding di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur melalui Ranhill

Utilities Berhad. Pada tahun 2002, semua saham SAJ Holding telah diambil oleh Ranhill

Utilities Berhad dan sebagai ganti YPJ Corporation diberi saham di dalam Ranhill Utilities

Page 417: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

417

Berhad berjumlah 30 juta unit saham. Pada tahun 2003, Ranhill Berhad telah membuat

tawaran untuk mengambil alih saham di dalam Ranhill Utilities Berhad.

YPJ Corporation melalui Lembaga Pengarahnya bersetuju untuk menerima tawaran

pertukaran saham YPJ Corporation di dalam RUB iaitu Ranhill Utilities Berhad pada

saham Ranhill Berhad. Setelah penukaran ini serta bonus syer yang diterbitkan oleh

Ranhill Berhad, jumlah saham YPJ Corporation di dalam Ranhill Berhad setakat tarikh

semasa adalah berjumlah 30,692,250 unit saham. Ranhill Berhad telah membayar

dividen kepada YPJ Corporation berjumlah lebih kurang RM500,000.00 setiap tahun.

Memandangkan saham Ranhill Berhad mengalami turun naik nilai saham kerana faktor

ekonomi dan perniagaan, maka penurunan ataupun kenaikan harga saham

hendaklah direkodkan di dalam Penyata Kewangan. Pada tahun 2009, saham Ranhill

Berhad mencatatkan penurunan harga dan mengikut Piawaian Laporan Kewangan,

Financial Reporting Standard. Penurunan nilai saham Ranhill Berhad di YPJ Corporation

berjumlah RM44 juta hendaklah diambil kira ke dalam akaun YPJ Corporation sebagai

peruntukan penurunan nilai saham, dengan izin, provision in diminution in value.

Memandangkan pelaburan asal saham Ranhill Berhad merupakan pemberian

percuma daripada SAJ Holding, maka kerugian disebabkan oleh peruntukan

penurunan nilai tersebut merupakan kerugian di atas kertas sahaja.

Kerajaan Negeri melalui YPJ Corporation masih mempunyai pegangan saham

berjumlah 30,692,250 unit saham dan masih menerima dividen daripada pelaburan ini.

Sebenarnya tidak ada kerugian secara fiskal dan berbentuk kewangan yang timbul

daripada pelaburan ini.

Yang Berhormat daripada Skudai lagi, pada tahun 2010 bilangan warga asing yang

menetap di Johor telah mencecah 293,000 orang daripada 3 juta penduduk Johor.

Bagaimana kerajaan bertindak supaya kadar warga asing mesti dikurangkan kepada

5%. Kita pun baca surat khabar tiap-tiap hari banyak diberkas di sana-sini, termasuk di

Johor, Dato’ Speaker. Saya percaya Yang Berhormat daripada Skudai pun faham

bahawa tindakan terus dibuat terhadap orang asing yang tanpa dokumen.

Dato’ Speaker, warga asing yang menetap di Johor terdiri daripada pelbagai kategori

sama ada suami orang ke, isteri orang ke, kepada warganegara, isteri warganegara,

suami warganegara, ekspatriat, pegawai dagang, pelajar, pelajar asing dan juga

pekerja asing. Mengikut perangkaan terkini, seramai 206,754 orang pekerja asing telah

berjaya didaftarkan dalam tempoh Program 6P ini. Program 6P, merangkumi 6

tindakan :

1. Pendaftaran pekerja dan pendatang asing tanpa izin, PATI.

2. Pemutihan PATI.

3. Pengampunan PATI.

4. Pemantauan PATI.

5. Penguatkuasaan PATI.

6. Pengusiran PATI.

Ini 6P lah tu. Maka, kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia telah memperluaskan

usaha dengan menaik taraf sistem dan juga kualiti perkhidmatan agar jumlah warga

asing dan keberadaan mereka di negara ini dapat dipastikan dengan tepat.

Page 418: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

418

Pelaksanaan pengambilan cap jari di pintu-pintu masuk negara mulai 1 Jun 2011 telah

menampakkan keberkesanan apabila kita telah berjaya mengenal pasti mereka yang

cuba memalsukan dokumen dan identiti. Langkah tersebut telah berjaya

mengurangkan jumlah mereka yang berhasrat masuk dan tinggal secara haram di

negara ini. Dan kerajaan sentiasa menilai keperluan sebenar tenaga kerja asing

mengikut sektor-sektor yang memerlukan supaya tidak berlaku lambakan warga asing

dan juga aktiviti pemerdagangan orang. Kerajaan melalui agensi-agensi kawal selia

sentiasa mengadakan naziran dan pemeriksaan ke atas syarikat-syarikat ataupun

kilang-kilang untuk memastikan kelulusan yang telah dikeluarkan menetapi keperluan.

Pemberian kemudahan tinggal kepada suami ataupun isteri kepada warganegara

juga melalui proses semakan yang diteliti bagi memastikan kemudahan tersebut tidak

disalah guna oleh pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan.

Selain daripada itu, agensi kerajaan termasuk Jabatan Imigresen sentiasa menjalankan

aktiviti penguatkuasaan untuk memeriksa, menahan mana-mana warga asing yang

disyaki melakukan kesalahan. Operasi secara besar-besaran secara bersepadu yang

melibatkan pelbagai agensi kerajaan akan digerakkan mulai 10 Januari 2012 bagi

membanteras pendatang asing tanpa izin yang masih degil dan tidak mahu pulang ke

negara asal, mana-mana PATI yang ditahan akan didakwa di Mahkamah dan majikan

yang melindungi PATI juga akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.

Saya beralih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Bentayan, tapi masih lagi merujuk

tentang Laporan Audit. Ini mengenai Laporan Audit yang mana disebut bahawa

Kerajaan Negeri membelanjakan RM1.78 juta bagi e-NCR yang masih lagi belum

beroperasi walaupun sepatutnya dijadualkan. Kenapa tiada tarikh diberikan kepada

kontraktor untuk menyiapkan kerja tersebut dalam tempoh 10 bulan? Adakah

dikenakan penalti? Kenapa Kerajaan Negeri perlu bayar RM1.78 juta, advance

payment kepada kontraktor bagi sistem yang belum boleh dilayari? Apakah tindakan

yang akan diambil terhadap Pegawai yang bertanggungjawab dalam unit dan

adakah wujud rasuah disini? Yang Berhormat dari Bentayan membangkitkan perkara

ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, maksud kepada e-NCR ini ialah elektronik Nikah Cerai

dan Rujuk. Jadi, Yang Berhormat daripada Bentayan minat bab ni. (Dewan Ketawa).

Mengenai di kalangan masyarakat Islam yang bernikah di Johor, yang bercerai di

Johor dan rujuk semula di Johor. Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker kalau ada yang

bernikah sekali ke, beberapa kali, semua tercatit di dalam elektronik ini. Saya percaya

Yang Berhormat daripada Bentayan nak merujuk tentang soal kontrak. Biarlah saya

huraikan mengenai perkara ini, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Agak panjang sedikit

tapi, saya ingat penjelasan yang elok untuk makluman Dewan ini. Sebenarnya sistem

Nikah Cerai Rujuk, e-NCR sebenarnya satu daripada aplikasi yang dibangunkan di

bawah projek Kerajaan Elektronik Johor atau dikenali sebagai Johor e-Government,

Johor Electric Government, Fasa Kedua. Cadangan pembangunan Johor Electric

Government, Fasa Kedua telah mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri pada Februari 2007. Matlamat utama pembangunan e-Nikah Cerai

Rujuk ini adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan keluarga Islam,

dengan menyediakan sistem pendaftaran, penyemakan pelbagai urusan berkaitan

dengan Nikah Cerai dan Rujuk secara online. Terdapat 6 Modul utama di dalam sistem

ini iaitu :

Page 419: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

419

1. Modul sebelum kahwin, pra perkahwinan.

2. Modul Profail, siapa dia.

3. Modul Nikah, Cerai dan Rujuk.

4. Modul Khidmat Nasihat, Kaunseling.

5. Modul Kamus Jawi.

6. Modul Laporan.

Setakat ini, Johor merupakan negeri yang pertama yang membangunkan sistem ini

secara lengkap bermula dari Kursus Pra Perkahwinan sehinggalah ke Pendaftaran

Nikah, Cerai dan Rujuk serta perkhidmatan kaunseling. Kerajaan Negeri telah

menetapkan tempoh pembangunan sistem e-NCR ini adalah selama 10 bulan iaitu

bermula dari April 2007 sehingga Januari 2008. Namun, tempoh pembangunan

terpaksa dilanjutkan hingga 31 Disember 2011 kerana perkara-perkara berikut.

Memang betul dah lama. Janji 10 bulan tapi berlarutan sampai, tak salah saya 2 tahun

agaknya.

1. Kesukaran di dalam proses migrasi data Nikah, Cerai dan Rujuk ni. Nak dipindah

tadi. Migrasi, istilahnya migrasi. Migrasi data-data Nikai, Cerai dan Rujuk

melibatkan proses carian, the search, dengan izin. Pengasingan, terjemahan,

daripada Jawi ke Rumi, semakan daripada Pegawai Jabatan Agama Johor dan

penukaran ke format digital. Pihak kontraktor perlu memigrasikan, memindahkan

data daripada sijil yang telah wujud semenjak tahun 1900 sehingga tahun 2007.

1900 tu jangan main-main. Jumlah data yang telah dimigrasikan dan kini sedang

dalam proses semakan adalah sebanyak 537,771 data nikah, 66,136 data cerai,

11,709 data rujuk. Antara masalah utama yang dihadapi semasa proses migrasi,

adalah sijil telah rosak, tulisan yang telah kabur, tulisan Jawi sukar difahami,

pertindihan maklumat dan maklumat di dalam sijil tidak lengkap.

2. Kesukaran dalam terjemahan Jawi ke Rumi. Dalam proses migrasi data, terdapat

keperluan untuk menterjemahkan sijil-sijil berkaitan dari tulisan Jawi ke Rumi. Oleh

itu, pihak kontraktor telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu kumpulan

penterjemah yang mempunyai pengetahuan Jawi. Namun, wujud kesukaran

kerana kebanyakan sijil-sijil lama menggunakan ejaan Jawi lama dan bertulisan

Khat. Agak daripada orang-orang sekarang baca jawi melalui baku, Dato’

Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Oh ya.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Dulu ejaan mutaalbadrin pun berbeza dengan baku, dan

berbeza dengan ejaan Johor. Kalau tak salah saya ejaan bumi jadi, ba, wau..

Y.B. Dato’ Speaker : Bum.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Bum.

Y.B. Dato’ Speaker : Hmm, bum.

Page 420: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

420

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Bagi mengatasi masalah tersebut, satu Bengkel

Pembelajaran Ejaan Jawi dan Tulisan Khat telah diadakan khusus untuk penterjemahan

tersebut.

3. Perubahan dan pertambahan skop pembangunan. Bagi memastikan Sistem e-

Nikah Cerai Rujuk memenuhi keperluan dan kehendak Jabatan Agama, Proses

Kajian Keperluan Pengguna telah dilaksanakan dengan melibatkan kakitangan

Jabatan Agama. Hasil kajian tersebut telah dijadikan panduan dalam mereka

bentuk dan membangunkan sistem. Namun begitu, terdapat beberapa

perubahan dan pertambahan skop semasa proses mereka bentuk dan

membangunkan sistem. Ini disebabkan faktor-faktor seperti perubahan dasar,

pertukaran semula proses dan penemuan keperluan baru yang kritikal. Akibatnya

jadual kerja reka bentuk dan pembangunan perlu disusun semula.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Seterusnya ialah perlu…

4. Perlu kepada penglibatan kerjasama dengan agensi yang lain. Pembangunan

sistem e-Nikah Cerai dan Rujuk, bukan sahaja melibatkan Jabatan Agama

malahan agensi yang lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),

Jabatan Pendaftaran Negara, Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Pertahanan

dan Mahkamah Syariah. Ini disebabkan wujud keperluan perkongsian data di

antara Jabatan Agama dengan agensi tersebut. Bagi memastikan perkongsian

maklumat atau data berjaya dilakukan, maka beberapa proses perlu dilakukan

antaranya, perancangan, penyeragaman, perlaksanaan dan penerimaan yang

sudah pasti melibatkan komitmen dari agensi berkaitan. Secara tidak langsung,

jadual projek akan saling bergantung dengan kesediaan agensi untuk

memberikan komitmen.

Setakat ini, Kerajaan Negeri tidak mengenakan sebarang penalti kepada pihak

kontraktor kerana pihak kontraktor telah membuat permohonan lanjutan tempoh

perlaksanaan projek hingga 31 Disember 2011 dan ianya telah mendapat kelulusan

melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu, Johor Electronic Government Fasa Ke-2.

Kebenaran pihak kontraktor untuk kemukakan permohonan lanjutan tempoh

sememangnya telah termaktub di dalam Perjanjian di mana Kerajaan Negeri boleh

mempertimbangkannya. Namun begitu, pembangunan sistem e-Nikah Cerai Rujuk

telah pun siap dan kini berada di Fasa Percubaan, iaitu Trial Run, dengan izin di semua

pejabat-pejabat Agama semenjak April 2010. Sistem ini akan digunakan sepenuhnya

dan dibuka kepada orang awam sebaik sahaja mendapat kelulusan Kerajaan Negeri

bagi penyelarasan kadar caj dan perubahan sijil nikah dari saiz A3 kepada saiz A4.

Dato’ Speaker, berdasarkan kepada perjanjian yang telah ditandatangani, pihak

kontraktor perlu menyiapkan 7 komponen utama pembangunan Johor, Electronic

Government Fasa ke-2 iaitu :

1. Komponen naik taraf rangkaian Johor Net.

2. Kompenen perlaksanaan telefon, VOIP online internet protocol, dengan izin.

3. Kompenen Pembangunan Sistem Elektronik Lesen.

4. Komponen Pembangunan Sistem Elektronik Kontrak.

5. Komponen Pembangunan sistem Elektronik Nikah Cerai Rujuk.

Page 421: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

421

6. Komponen Pembangunan Sistem Elektronik RMKJ, dan seterusnya

7. Komponen Pembangunan Sistem Elektronik Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Jumlah keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM39.5 juta, di mana RM30.4 juta

adalah kos bagi pembangunan komponen di atas dan RM9.05 juta adalah bagi

penyelenggaraan rangkaian Johor Net selama 5 tahun. Sehingga Oktober 2010,

Kerajaan Negeri telah membayar sebanyak RM20.99 juta kepada pihak kontraktor

bagi kos pembangunan. Pembayaran ini adalah bagi komponen-komponen yang

telah siap diuji dan telah diterima pakai iaitu komponen naik taraf rangkaian Johor Net,

komponen perlaksanaan telefon VOIP online internet protocol, komponen

pembangunan Sistem e-Lesen dan komponen pembangunan Sistem e-Lesen dan

komponen pembangunan e-Sistem Kontrak. Lain-lain komponen Kerajaan Negeri

masih belum membuat pembayaran kerana masih lagi di peringkat percubaan. Ini

bermakna Kerajaan Negeri tidak pernah membayar advance payment kepada

kontraktor, sebaliknya pembayaran dibuat berdasarkan kepada perjanjian iaitu

pembayaran dibuat sebaik sahaja komponen siap dan boleh diterima pakai. Secara

tidak langsung, Kerajaan Negeri telah melindungi kepentingan kerajaan daripada

menanggung risiko projek gagal. Perkara ini telah diperjelaskan kepada Jabatan Audit

Negara pada 22 Jun 2011. Masuk tak, penjelasan ini Dato’?

Y.B. Dato’ Speaker : Hhmm.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Kerajaan Negeri mendapati tiada unsur rasuah, melainkan

ada pra sangka agaknya, mahupun unsur kelalaian pegawai di dalam perkara ini.

Sebaliknya pegawai berkaitan telah menjalankan amanah dan tanggungjawab

dengan penuh dedikasi dan ikhlas. Ini terbukti Dato’ Speaker, dengan pencapaian-

pencapaian diperolehi sebelum ini antaranya, penjimatan perbelanjaan telefon

Kerajaan Negeri sebanyak 85% melalui projek perlaksanaan telefon VOIP online

internet protocol ini. Sebagai contoh, bahkan kita menerima Anugerah 5 bintang bagi

Portal Kerajaan Negeri Johor untuk 2 tahun berturut-turut (Dewan bertepuk). Dan

pencapaian kedudukan Top 10 bagi transaksi online payment paling aktif melalui

Projek Johor Online Payment. Pembangunan 18 sistem secara in-house di mana telah

menjimatkan wang kerajaan hampir RM2 juta. Dan seterusnya, penganjuran Minggu

Sains, Teknologi dan ICT Negeri Johor yang diadakan setiap 2 tahun, di mana telah

menjadi sebagai salah satu program terbesar Kerajaan Negeri yang telah menarik

hampir 50,000 orang pengunjung dan juga dapat menarik perhatian di negeri-negeri

lain.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya merujuk kepada Ahli Yang Berhormat daripada

Maharani mengenai hutang awam Johor meningkat seperti telah saya huraikan

sebentar tadi, kepada pada paras 8.3%. Kemudian, mengingatkan kepada Kerajaan

Negeri supaya dapat menampung hutang RM6.6 bilion hutang JCorp yang akan

matang pada tahun depan kerana kerajaan adalah merupakan penjamin kepada

semua hutang pihak JCorp. Sebenarnya, saya nak sebut jaminan ini adalah bersama

dengan Kerajaan Persekutuan, GG dipanggil, Government Guarantee, back to back,

antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, dalam bab ini Dato’ Speaker.

Ahli Yang Berhormat daripada Maharani telah membangkitkan seperti yang saya

sebutkan sebentar tadi. Berhubung dengan perkara yang dibangkitkan, suka saya

Page 422: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

422

maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Johor Corporation mempunyai

pinjaman bernilai RM3.65 bilion yang akan matang pada Julai tahun depan. Dan

Kerajaan Negeri membuat jaminan sebanyak RM3.06 bilion.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Johor Corporation mempunyai sejumlah aset yang

mencakupi iaitu sebanyak RM9.6 bilion. Maknanya, pinjaman RM3.6, dengan izin, aset

RM9.68 bilion. Berbanding dengan jumlah hutang sebanyak RM2.9 bilion, dengan itu

wujudnya lebihan aset sebanyak RM6.78 bilion setelah ditolak hutang tersebut. Maka

aset melebihi daripada liabiliti sebanyak 234%. Di samping itu, Johor Corporation telah

mengenal pasti beberapa cadangan transformasi Kumpulan Johor Corporation yang

dijangka akan menambah baikkan aliran tunai kepada Johor Corporation berserta

juga pemantapan bisnes-bisnes asas Kumpulan dan akhirnya akan melibatkan struktur

Kumpulan yang lebih efisien lagi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, insya-Allah, berdasarkan kepada Pelan Transformasi

yang telah dikenal pasti berserta juga dengan lebihan aset berbanding dengan

hutang, Johor Corporation yakin untuk memastikan pinjaman yang dilaksanakan akan

dapat dilunaskan dalam tempoh yang ditetapkan dan penebusan bon yang akan

matang pada 31 Julai 2012 akan dapat diselesaikan dengan kerjasama daripada

semua pihak. Dan, saya percaya bahawa sempena dengan penyelesaian ini, maka

dengan sendirinya terlepaslah kedudukan Kerajaan Negeri sebagai di antara penjamin

kepada pinjaman Johor Corporation ini.

Jadi Dato’ Speaker, satu yang menjadi lumrah ialah segala bentuk pinjaman daripada

Johor Corporation memerlukan jaminan daripada Kerajaan Negeri sebenarnya. Tetapi

berkaitan dengan bon yang saya sebutkan tadi, RM3.6 bilion itu adalah jaminan

bersama di antara pihak Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri. Oleh itu Yang

Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini,

insya-Allah perkara ini akan dapat diselesaikan termasuk juga Johor Corporation akan

membayar Dana Johor pada nilai RM1.00 dalam tempoh, awal tahun, bulan-bulan

terdekat awal tahun ini untuk dilaksanakan pembayaran Dana Johor bernilai

RM1.00(Dewan bertepuk).

Y.B. Dato’ Speaker : Hmm, ok.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Dan menyelesaikan juga masalah apa tu, pinjaman yang

berbentuk bon tadi. Dato’ Speaker, oleh kerana dia melibatkan aset-aset sama ada

aset langsung milik JCorp ataupun aset dalam bentuk syarikat-syarikat yang tersenarai,

maka langkah-langkah yang sedang pun diusahakan ialah, ada di antaranya tidak

boleh dimaklumkan kepada umum, jadi saya menyimpan keyakinan, insya-Allah ianya

akan dapat diselesaikan bahkan JCorp akan pada kedudukan yang agak lebih kukuh

lagi.

Kalau tak salah saya, Ahli Yang Berhormat dari Skudai membangkitkan tentang soal

ketelusan di antara langkah yang dibuat oleh JCorp, di antaranya membeli ladang-

ladang JCorp oleh pihak Kulim. Nanti saya jawab, kalau tak salah saya ada dalam

soalan yang akan, selepas ini.

Page 423: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

423

Seterusnya saya merujuk kepada Ahli Yang Berhormat daripada Machap. Di mana di

antaranya Yang Berhormat merujuk tentang soal Projek Perumahan Rakyat di Iskandar

ini, Iskandar Malaysia, termasuk golongan pendapatan rendah dan juga pendapatan

rendah sederhana. Apakah perancangan di Iskandar Malaysia untuk perumahan

kumpulan ini?

Dato’ Speaker, Projek Perumahan Iskandar Malaysia merupakan satu projek peneraju,

it’s a pilot project yang dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan

kebolehlaksanaan model perumahan mampu milik yang selesa dan berkualiti selaras

dengan peningkatan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat. Dengan kejayaan projek

tersebut, pihak IRDA sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk merancang dan

memantau pembangunan di Iskandar Malaysia, secara keseluruhannya akan

meneruskan usaha sedemikian dengan sokongan dan bantuan daripada Kerajaan

Negeri dan Kerajaan Pusat. Ini terbukti dengan usaha yang dijalankan oleh Kerajaan

Negeri dengan meluluskan Dasar Perumahan Rakyat Johor di Iskandar Malaysia dan

telah pun dikuatkuasakan untuk semua Projek Perumahan Baru di Iskandar Malaysia

yang memberi penekanan terhadap kualiti dan keselesaan rumah mampu milik. Dasar

ini, ditujukan kepada golongan yang berpendapatan isi rumah tidak lebih daripada

RM5,000.00 sebulan. Dengan rumah yang keluasannya tidak kurang 1000 kaki persegi.

Kerajaan juga akan mewujudkan Lembaga Perumahan Negeri dan Enakmen

Perumahan Negeri akan digubal untuk memastikan pemaju mematuhi dasar yang

telah ditetapkan oleh kerajaan demi meningkatkan taraf hidup rakyat. Bukan setakat

itu sahaja, semua dasar dan pendekatan ini akan diteliti keberkesanannya akan

diperluaskan ke seluruh Negeri Johor, berperingkat sekiranya objektif langkah ini dapat

dicapai.

Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker kita nampak bahawa, ada di antara keluarga

pendapatan RM3,000.00 ke bawah, walaupun RM5,000.00 ke bawah sudah pun tidak

mampu untuk memiliki rumah, walaupun rumah bersambung yang sudah pun

melampaui RM500,000.00. Jadi, saya terjumpa juga di antara keluarga-keluarga muda,

2-3 hari kebelakangan ini, yang mana mereka mengharapkan bahawa Projek Rumah

Mampu Milik ini dapat dibina dengan lebih banyak lagi supaya mereka mampu beli.

Jadi, kalau sekiranya keluarga bersama RM3,000.00 ke bawah, ataupun RM5,000.00 ke

bawah dengan rumah selesa tak kurang 1000 kaki persegi, jadi yang dilancarkan oleh

Dato’ Najib minggu lalu ialah seribu kalau tak salah saya, 1,300 unit, keluasannya satu

ribu kaki persegi. 3 bilik, 2 bilik air. Satu lagi, lebih kurang dekat 200 unit, 1,200 kaki

persegi, 4 bilik, 2 bilik air. Dan reka bentuk yang menarik, susun atur yang juga yang

menarik, dengan kemudahan-kemudahan yang lain pada kos yang agak mampu

dibina dan apabila nanti untuk dijual, projek-projek untuk dijual pada paras yang

mampu dibeli oleh keluarga pendapatan kurang daripada RM3,000.00 dan RM5,000.00

ini.

Jadi Kerajaan Negeri akan mengenal pasti tapak-tapak yang sesuai dan Kerajaan

Persekutuan telah pun memperuntukkan melalui PRIMA cara untuk membantu

Kerajaan Negeri melalui IRDA untuk membina projek-projek ini selain daripada tapak

yang kita sama-sama saksikan sejak dibina lebih kurang kalau tak salah saya 2 tahun

yang lalu. Jadi, ini adalah di antara projek yang dapat menampung keperluan milik

rumah di kalangan golongan pendapatan sederhana rendah tadi.

Page 424: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

424

Sementara itu pula, saya juga ingin maklumkan juga di Dewan yang mulia ini bahawa

ada juga yang tak mampu kerana, yang tak mampu pada paras RM100,000.00 untuk

membeli rumah. Yang mampu hanyalah sekadar RM35,000.00 hingga ke RM40,000.00.

Maka kerajaan masih lagi mensyaratkan pembinaan rumah pada keluasan kalau tak

salah saya, 700 lebih kaki persegi pada kos, 30, kalau tak salah saya RM38,000.00

walaupun di Iskandar ini. Tapi, jumlah rumah seperti sebegini Dato’ Speaker, telah pun

dibina dengan banyaknya hingga tidak ada permintaan. Jadi, kali ini kita melihat

sama ada dari segi pasaran, nampaknya yang lebih tinggi permintaannya daripada

paras RM100,000.00 lebih dan kurang daripada RM150,000.00 harga rumah untuk

dimiliki oleh pendapatan kumpulan pertengahan rendah ini.

Yang Berhormat daripada Penggaram, mengenai Dana Johor. Jadi, saya telah pun

sebutkan tadi bahawa tak lama pada awal tahun depan kita akan laksanakan

membeli saham-saham pada harga RM1.00. (Dewan bertepuk).

Yang Berhormat daripada Skudai. Masih lagi merujuk kepada soal pinjaman yang

akan matang. Minta saya maklumkan kepada Dewan untuk menyelesaikan bon tadi.

Tadi dah saya jelaskan. Kemudian, Yang Berhormat juga merujuk tentang KULIM

membeli 33,000 ekar tanah daripada Johor Corporation melalui Sindora Sdn. Bhd

dengan bayaran RM700 juta. Harga jualan adalah RM20,000.00 satu ekar ataupun

RM51,000.00 sehektar, minta saya membentangkan laporan penilaian untuk

meyakinkan pihak pelabur bahawa syarikat Kerajaan Negeri berurusan secara telus.

Maka berpanjanganlah kita ni tak telus Dato’ Speaker. Kemudian, 30% anak syarikat

JCorp bersikap dormant, oklah dan tidak beroperasi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi saya telah jawab dengan panjang lebar

mengenai Johor Corporation menyelesaikan masalah bon. Saya tak perlu

mengulangkannya. Kemudian saya nak berbalik kepada mengenai KULIM membeli

ladang Johor Corporation daripada anak syarikatnya Sindora.

Pihak Johor Corporation telah memeterai perjanjian dengan Kulim Malaysia Berhad

iaitu sebuah syarikat di dalam kumpulan Johor Coporation yang tersenarai di Papan

Utama Bursa Saham pada 16 Ogos 2011 untuk menjual sebahagian daripada ladang-

ladang milik Johor Corporation dan kumpulannya seluas 13,687 hektar pada harga

keseluruhan berjumlah RM700 juta yang akan disempurnakan keseluruhannya oleh

Kulim Malaysia Berhad secara tunai. Proses penjualan ini sedang dalam peringkat

perlaksanaan. Dan penjualan tersebut adalah sebagai sebahagian daripada usaha

yang diambil untuk menyelesaikan penebusan bon terakhir yang diterbitkan melalui

pelan induk penstrukturan korporat Johor Corporation yang akan matang pada 31

Julai 2012. Sebagai sebuah organisasi yang menitik beratkan aspek-aspek amalan

terbaik di dalam semua peringkat, Johor Corporation dan Kulim Malaysia Sdn. Bhd

telah mengambil segala langkah yang perlu untuk memastikan ketelusan di dalam

transaksi penjualan tersebut. Penilaian telah dibuat oleh juru perunding hartanah

bertauliah iaitu Tetuan C.H William Talha and Wong yang menepati segala peruntukan

Suruhanjaya Sekuriti. Berdasarkan kepada penilaian yang telah dibuat nilaian aset,

nilaian estet yang dijual kepada Kulim adalah RM714.82 juta berbanding harga jualan

iaitu RM700.00, RM700 juta, maaf. Harga jualan yang lebih rendah adalah berdasarkan

khidmat nasihat daripada Maybank Investment Berhad, Maybank Investment Bank dan

KAF, KAF Investment Bank, setelah mengambil kira usia pokok kelapa sawit yang telah

Page 425: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

425

matang dan juga untuk mendapatkan persetujuan pelabur minoriti memandangkan

Johor Corporation tidak layak untuk mengundi semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa

Kulim Malaysia Berhad.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita gunakan consultant, juru perunding untuk

menilainya maka jualan kepada Kulim ialah sebanyak RM700 juta. Bermakna Dato’

Speaker, daripada JCorp melalui Sindora, Kulim membeli pada harga RM700 juta.

Maka RM700 juta ialah tunai kepada JCorp. Jadi bermakna daripada RM3.6 bilion tadi

Dato’ Speaker, sudah pun ada tunai RM700 juta. Jadi, kita ada lagi aset-aset yang

lain. Apa yang berlaku ialah perpindahan daripada JCorp kepada, kepentingan

Jcorp juga. Jadi, sekruang-kurangnya aset ini tidak terjual lebih daripada kepentingan

Johor Corporation, Dato’ Speaker. Jadi, saya boleh bayangkan serba sedikit langkah-

langkah penstrukturan aset yang boleh membawa pulangan kepada Jcorp untuk

membayar bon. Sementara itu pula aset-aset ini masih lagi kita harap kekal dalam,

dalam penguasaan JCorp. Jadi, ini satu exercise yang sudah pun kita atur. Jadi,

walaupun Ahli Yang Berhormat dah dengar macam-macam orang nak beli aset Johor

Corporation, nak beli harta Kulim, nak beli ladang di New Guinea, nak beli KFC dan

sebagainya. Jadi, kita ada.. Jadi ini di antara langkah-langkah yang dilaksanakan dan

Ahli Yang Berhormat pun maklum, minggu lalu diumumkan tentang langkah yang

berkaitan KFC dan QSR, itu pun di antara langkah-langkah yang sedang pun di

peringkat perlaksanaan untuk membantu JCorp membayar bon sementara itu pula

meletakkannya pada kedudukannya lebih kukuh lagi dengan pemilikan aset-aset

tersebut.

Yang Berhormat juga membangkitkan tentang 455 buah syarikat yang mana 32%

daripadanya adalah syarikat yang tidak aktif. Dato’ Speaker, Johor Corporation

sedang mengambil tindakan untuk menstruktur semula sebahagian daripada syarikat-

syarikat yang tidak aktif ini dan prosesnya akan mengambil masa untuk disempurnakan

kerana ianya melibatkan penyelesaian tanggungan-tanggungan syarikat berkenaan

kepada pihak penghutang sebagai satu langkah pembubaran menurut peruntukan

undang-undang. Johor Corporation juga bersedia untuk menggunakan syarikat-

syarikat tersebut bagi tujuan menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan baru yang akan

menjimatkan kos syarikat baru.

Yang Berhormat daripada Skudai lagi mengenai PUSPATRI yang dikata menurun dari

segi hasilnya dan juga pelajarnya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman

Dewan yang mulia ini, peruntukan dalam bentuk geran daripada Kerajaan

Persekutuan pada tahun 2009 oleh PUSPATRI diterima pada pertengahan tahun. Ini

telah memberi kesan kepada keuntungan PUSTPATRI pada tahun 2009. Maka,

peruntukan datang pertengahan tahun, maka dia menunjukkan tentang kedudukan

kewangan PUSPATRI pada tahun yang berkenaan kerana sebahagian daripada

peruntukan 2009 itu terpaksa dibawa kepada tahun 2010. Sebahagian daripada

geran tersebut telah digunakan bagi penganjuran kursus-kursus oleh PUSPATRI pada

tahun 2010 dan secara langsung membolehkan PUSTPATRI mencatatkan keuntungan

yang hampir sama dengan prestasi 2007 iaitu RM2.8 juta. Jadi, butiran pengambilan

pelajar-pelajar jangka panjang yang mengikuti kursus prestasi keuntungan dan

perolehan geran oleh PUSPATRI bagi tempoh 5 tahun sebelumnya adalah, sebenarnya,

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dari segi pelajar yang diambil di peringkat siswazah

Page 426: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

426

dan SPM sebenarnya tidaklah menurun. Lebih kurang sama di antara tahun-tahun

2009, 2010 dan 2011.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat daripada Benut membangkitkan

tentang hab minyak dan gas di Pengerang. Langkah kerajaan memastikan setiap

lapisan masyarakat terutama penduduk tersebut mendapat manfaat dan setimpal

dengan pembangunan hab minyak dan gas tersebut.

Dato’ Speaker, selain daripada memastikan pembangunan hab minyak dan gas di

kawasan Pengerang berjalan lancar, Unit Oil and Gas ini juga akan memastikan aspek

sosial dan kebajikan penduduk di sekitar kawasan tersebut terjaga. Di samping itu,

Kerajaan Johor melalui UPEN juga akan memastikan penduduk di kawasan tersebut

diberi peluang untuk terlibat dengan aktiviti perniagaan, peluang-peluang pekerjaan

dan peluang untuk meningkatkan kemahiran ataupun melanjutkan pelajaran di

bidang-bidang yang berkaitan minyak dan gas.

Seterusnya Ahli Yang Berhormat dari Senai membangkitkan tentang pelaburan dan

jumlah perbelanjaan dari projek-projek yang melibatkan kerjasama Khazanah Nasional

dengan Temasek Holdings. Khazanah Nasional dan Temasek Holding telah

mengadakan kerjasama dengan menubuhkan 2 syarikat iaitu Pulau Indah Venture

Sdn. Bhd dan MS Property Limited, Malaysia Singapore Property Limited. Khazanah

Nasional dan Temasek Holdings melalui syarikat usaha sama Pulau Indah Venture Sdn.

Bhd telah mengenal pasti lokasi-lokasi bersesuaian di Wilayah Iskandar Malaysia untuk

pembangunan projek-projek komersial di Medini Utara dan di dalam cluster Warisan di

Medini Central. Antara projek-projek di dalam perancangan termasuk pembinaan

apartment perkhidmatan, pembangunan projek kediaman, pembinaan pusat latihan

korporat dan peruncitan dan pembinaan pusat penjagaan kesihatan dan kecergasan

dianggarkan membawa nilai pembawa pembangunan kasar, Gross Development

Value, sebanyak RM3 bilion tertakluk kepada reka bentuk dan rancangan

pembangunan.

Sementara itu pula M&S Property Limited pula akan membangunkan 4 bidang tanah di

Marina South dan 2 bidang tanah di Ophir/Rochor, Singapura. Tapak ini akan

dimajukan untuk hotel, pejabat, kediaman dan pusat komersial dengan nilai

pembangunan RM27 bilion.

Yang Berhormat daripada Naning membangkitkan tentang komposisi pemilikan

hartanah dan perniagaan diagihkan mengikut keutamaan di Iskandar Malaysia.

Rancangan Pembangunan Komprehensif Wilayah Ekonomi Johor Selatan iaitu Iskandar

Malaysia, 2006 dan 2025 menunjukkan pemilikan hartanah mengikut kaum di kawasan

Pihak Berkuasa Tempatan di Iskandar Malaysia pada kadar 15.7% bagi Bumiputera,

35.5% Cina, 3.6% India, 13.6% dimiliki oleh pemaju dan 31.7% dimiliki oleh entiti

perniagaan dan institusi. Dari segi nilai hartanah pula, golongan Bumiputera

memegang 11.2% daripada jumlah nilai harta yang di tafsir manakala masyarakat

Cina memegang bahagian yang lebih besar iaitu 30.5%, kaum India memegang 3%

dan pemaju memegang 10%, entiti syarikat memegang 43.6% dan lain-lain 1.8%.

Kerajaan Negeri telah mengambil langkah untuk meningkatkan lagi komposisi

pemilikan hartanah terutamanya di kalangan Bumiputera dan juga nilai hartanah yang

Page 427: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

427

dimiliki. Ini adalah penting supaya rakyat di Iskandar Malaysia bukan sahaja dapat

memiliki hartanah malah dapat menikmati penambahan nilai hartanah mereka.

Penawaran unit kediaman di Iskandar Malaysia merupakan yang tertinggi di Negeri

Johor pada suku keempat 2010 sebanyak 36,729 unit kediaman ditawarkan bagi

daerah Johor Bahru sahaja. Jumlah rumah kos rendah yang siap dibina pada suku

keempat 2010 juga adalah tinggi bagi Daerah Johor Bahru iaitu sebanyak 85,997 unit

dan Kulaijaya sebanyak 12,672 unit daripada 169,150 unit bagi seluruh Negeri Johor.

Kata dia negeri sebelah utara langsung tak buat rumah kos rendah. Betul ke? (Dewan

ketawa) Utilities Development agaknya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menyelesaikan komposisi pemilikan, Kerajaan

Negeri memperkenalkan segmen rumah mampu milik dengan harga maksimum di

antara RM120,000.00 dan RM150,000.00. Segmen ini mensasarkan golongan

berpendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000.00 sebulan agar mereka mampu

untuk memiliki kediaman sendiri. Kerajaan juga menyedari bahawa dengan adanya

peluang-peluang pekerjaan di Iskandar Malaysia, terdapat keperluan bagi unit-unit

kediaman untuk di sewa. Rumah Iskandar di Lima Kedai yang dilancarkan oleh Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri pada 11 Disember yang lalu merupakan satu usaha

menyediakan kediaman yang bermutu tinggi pada kadar sewa yang mampu dibiayai

oleh rakyat.

Kerajaan Negeri juga terus menggalakkan pemilikan hartanah dan institusi seperti

Pelaburan Hartanah Berhad, UDA dan lain-lain. Pada masa akan datang, IRDA akan

merencanakan satu program perkongsian kekayaan yang bertujuan menaikkan taraf

pemilikan hartanah oleh masyarakat tempatan termasuk yang berpendapatan

rendah menerusi mekanisma-mekanisma komersial yang akan dilaksanakan menerusi

program ini dengan kerjasama pihak tertentu. Program ini merangkumi penjanaan

kekayaan di Iskandar Malaysia, pengagihan kekayaan menerusi REIT ataupun Amanah

Pelaburan Hartanah dan yang terpenting sekali perkongsian kekayaan wilayah

tempatan menerusi kaedah-kaedah Koperasi Muafakat Harta dan tabung-tabung

awam seperti Tabung Haji, KWSP dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhormat daripada Pulai Sebatang

membangkitkan tentang soal jenayah yang melibatkan hubungan kerjasama di

antara pihak Polis Malaysia dengan Singapura lebih-lebih lagi masalah pelanggaran

undang-undang yang melibatkan dua negara. Misalnya terdapat warga Singapura

melupuskan kereta dengan melaporkan bahawa keretanya dicuri di Johor bagi

mengelakkan bayaran tertentu yang dikenakan oleh kerajaan Republik itu. Macam-

macam digunakan di Negeri Johor ini. Dia hilang, dia jual kereta dia, dia kata kereta

dia kena curi di Johor.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kedudukan jenayah curi kenderaan tertinggi di Johor

Bahru bagi tempoh Januari-November 2011. Menurut rekodnya bagi tempoh Januari-

November 2011 sebanyak 1,826 kes curi motokar dilaporkan di Johor meningkat

sebanyak 285 kes berbanding tempoh yang sama sebelumnya. Bagi kes curi motokar

melibatkan milik warga Singapura jumlah yang dilaporkan adalah 22 kes bagi tempoh

Januari hingga November 2011 berbanding 20 kes pada tahun yang sama tahun 2010.

Statistik kes-kes curi kenderaan di Johor dan kes-kes melibatkan warga Singapura

adalah, saya katakan tadi tak sampai pun 20 kes yang melibatkan warga Singapura.

Page 428: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

428

Oleh itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, usaha dan tindakan kerajaan dalam

membanteras jenayah, pelbagai usaha telah diambil oleh pihak Polis Johor

menangani isu ini di antaranya, pihak urus setia di peringkat Bukit Aman, mengenai

satu MOU dengan Polis Republik Singapura telah bersetuju untuk mengadakan

hubungan dua hala dengan mengadakan mesyuarat dua kali setahun yang

dijadualkan dalam bulan Jun dan Disember setiap tahun. Melalui hubungan ini

banyak perkara yang dibincangkan di antaranya kes-kes kecurian kenderaan,

pertukaran maklumat, pertukaran tangkapan, bantuan tangkapan serta lain-lain

perkara yang berkaitan.

Langkah-langkah yang diambil oleh PDRM, pihak Polis khususnya mengambil tindakan

yang drastik secara berterusan dalam mencegah dan mengesan penjenayah

termasuk di kalangan warga asing. Semua langkah-langkah ini diambil oleh pihak Polis

Johor seperti melipatgandakan jumlah keanggotaan meronda, cegah jenayah,

mewujudkan task force jika berlakunya kes-kes menarik perhatian melibatkan warga

asing. Siasatan yang lebih berhemah dan teliti terus ditekankan dalam usaha

mengesahkan kesahihan laporan yang dibuat, walaupun terdapat maklumat yang

mengatakan kegiatan melupuskan kereta dengan melaporkan bahawa kereta

mereka dicuri di Johor, tetapi tiada maklumat yang sahih atau keterangan yang

mencukupi bagi mengesahkan terdapat pengaduan yang sedemikian. Mengikut

rekod sepanjang tahun, tempoh Januari hingga Oktober 2011 terdapat 699 kes

jenayah indeks telah dilakukan oleh warga asing. Daripada jumlah kes ini, pihak Polis

telah berjaya menyelesaikan 479 kes serta telah membuat tangkapan seramai 479

orang warga asing.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Pengkalan Rinting, mengenai IPD Nusajaya dan Johor

Bahru, ingin saya maklumkan bahawa cadangan projek pembinaan IPD di Nusajaya

akan dilaksanakan di atas Lot 166916, Nusajaya, Johor dengan keluasan 20 ekar.

Kementerian Dalam Negeri telah membuat pengambilan balik tanah dengan bayaran

pampasan sebanyak RM13 juta dan telah pun dijelaskan dengan pihak PDRM Johor

telah memohon projek pembinaan IPD Nusajaya di bawah Rancangan Malaysia Ke-

10. Dan, kita harap ianya dapat dilaksanakan dalam tempoh yang terdekat ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, itulah di antara perkara-perkara yang dibangkitkan

oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dapat saya perjelaskan tentang kedudukan yang

sebenarnya. Saya ucapkan terima kasih di atas perhatian yang diberikan oleh pihak

Dewan. Terima kasih Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-Undang Enakmen

Perbekalan (2012) Tahun 2011 dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-Ahli yang

bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, Rang Undang-Undang ini

dibaca kali yang kedua.

Jurutulis : Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan

Wang Disatukan untuk perkhidmatan Tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu

untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Page 429: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

429

Y.B. Dato’ Speaker : Dewan bersidang sebagai jawatankuasa.

Jurutulis : JADUAL.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan

berjumlah RM709,000.00 bagi Maksud B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan

RM154,042,000.00 bagi Maksud B.03 Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor; jadi

sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud Bekalan

B.01, peruntukan sebanyak RM709,000.00 adalah diperlukan untuk pengurusan pejabat

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri. Daripada jumlah tersebut sebanyak

RM453,000.00 diperlukan untuk pembayaran emolumen serta elaun-elaun kepada

anggota-anggota jabatan dan bakinya sebanyak RM256,000.00 ialah untuk

perbelanjaan-perbelanjaan pengurusan yang lain.

Bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan, peruntukan sebanyak

RM154,042,000.00 diperlukan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran

pejabat-pejabat di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam

melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kerajaan bagi memajukan dan

meningkatkan taraf hidup rakyat Negeri Johor. Peruntukan yang diperlukan bagi tiap-

tiap aktiviti adalah seperti berikut: Bahagian Pengurusan, RM20,301,000.00, Pelbagai

Perkhidmatan, RM32,978,000.00, Menteri Besar, RM13,566,000.00, Unit Perancang

Ekonomi Negeri Johor, RM58,660,000.00, Pentadbiran Dewan Negeri, RM12,600,000.00,

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, RM3,490,000.00, Unit Sains Teknologi dan ICT

Negeri Johor, RM12,353,000.00 dan Audit Dalam, RM94,000.00.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapat keputusan, Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu

dipersetujukan.

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM17,542,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor jadi

sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B03,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, sejumlah RM17,542,000.00 adalah disediakan bagi

pelaksanaan aktiviti-aktiviti seperti berikut iaitu:-

Kerajaan Tempatan sebanyak RM7,821,000.00;

Perumahan - RM8,503,000.00, dan;

Landskap - RM1,168,000.00.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu

dipersetujukan.

Page 430: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

430

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM5,280,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor jadi sebahagian

daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud Bekalan

B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, sejumlah RM5.28 juta adalah merangkumi

peruntukan bagi perbelanjaan mengurus perkhidmatan dan bekalan serta

perbelanjaan bagi projek-projek dan program-program bagi Tahun 2012 dianggarkan

peruntukan bagi perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM2.9 juta. Manakala

peruntukan bagi perbelanjaan projek-projek dan program-program adalah sebanyak

RM2.38 juta yang merangkumi perbelanjaan bagi pelaksanaan Program Penghayatan

Modul Sakinah, Program Menjana Pendapatan Golongan Berpendapatan Rendah,

Program Kaunseling dan Motivasi, Program Wanita dan NGO, Persidangan FM, Projek

Khas, Pengiktirafan Pembangunan Modul dan Latihan dan Pembangunan Sistem.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu

dipersetujukan.

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM12,000,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor jadi

sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian,

Kebudayaan dan Warisan : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud

Bekalan B03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, peruntukan sebanyak

RM12,000,000.00 disediakan untuk pelaksanaan kegiatan-kegiatan Kebudayaan, Seni

dan Warisan Negeri Johor.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu

dipersetujukan.

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM1,648,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor jadi sebahagian

daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.03, Pejabat

Setiausaha Kerajaan Johor, sejumlah RM1,648,000.00 disediakan untuk perbelanjaan

pengurusan dan pentadbiran bagi Jabatan Pelancongan.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli yang

bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM18,741,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor jadi

sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Page 431: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

431

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi,

peruntukan berjumlah RM18,741,000.00 disediakan di bawah Maksud Bekalan B.03,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bagi Program Rakan Muda dan kegiatan-kegiatan

sukan negeri.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli yang

bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju, perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM11,074,000.00 bagi Maksud B.04, Perbendaharaan Negeri jadi sebahagian daripada

Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar :Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.04,

peruntukan sebanyak RM11,074,000.00 diperlukan bagi pengurusan pentadbiran dan

kewangan Perbendaharaan Negeri. Daripada jumlah tersebut sebanyak

RM4,056,000.00 adalah untuk perbelanjaan emolumen. RM1,647,000.00 untuk

perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM100,000.00 untuk pemilikan aset,

RM271,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap dan baki

RM5,000,000.00 untuk perbelanjaan pulang balik hasil dan hapus kira.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli yang

bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM16,493,000.00 bagi Maksud B.07, Jabatan Pertanian; RM71,005,000.00 bagi Maksud

B.08 Jabatan Pengairan dan Saliran dan RM7,903,000.00 bagi Maksud B.10 Jabatan

Perkhidmatan Veterinar jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’

Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.07, Jabatan Pertanian, peruntukan yang

disediakan ialah berjumlah RM16,493,000.00. Ianya adalah bagi menampung segala

perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan Pejabat-Pejabat Pertanian di seluruh

negeri merangkumi perbelanjaan-perbelanjaan lain termasuk untuk melaksanakan

tugas-tugas membimbing serta melatih petani-petani dan perbelanjaan emolumen

anggota jabatan di bawah aktiviti pentadbiran am.

Di bawah Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran, peruntukan yang

diperlukan adalah berjumlah RM71,005,000.00. Sejumlah RM23,615,000.00 disediakan

untuk perbelanjaan emolumen, RM46,615,000.00 diperlukan untuk perkhidmatan dan

bekalan termasuk pengendalian dan penyelenggaraan sungai-sungai, RM301,000.00

disediakan untuk pemilikan aset jabatan dan RM474,000.00 pula disediakan untuk

pemberian dan kenaan bayaran tetap termasuk bayaran gantian cuti rehat kepada

anggota-anggota jabatan yang bersara.

Akhir sekali, di bawah Maksud Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar,

peruntukan sebanyak RM7,903,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pentadbiran dan

pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar termasuk emolumen kakitangan dan

Page 432: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

432

bagi melaksanakan tugas-tugas membantu dan melatih penternak-penternak serta

menjaga kesihatan ternakan-ternakan di seluruh negeri.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM4,631,000.00 bagi Maksud B.12, Kebun Bunga Kerajaan dan RM3,799,000.00 bagi

Maksud B.13 Jabatan Perancang Bandar Dan Desa jadi sebahagian daripada Jadual

Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.12,

peruntukan berjumlah RM4,631,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan

Kebun Bunga Kerajaan dan peruntukan sebanyak RM3,799,000.00 di bawah Maksud

Bekalan B.13 adalah untuk Jabatan Perancang Bandar Dan Desa bagi melaksanakan

tugas-tugas pengawalan pembangunan fizikal, penyelarasan perancangan fizikal

serta penyediaan rancangan-rancangan tempatan.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM10,740,000.00 bagi Maksud B.19, Jabatan Hutan jadi sebahagian daripada Jadual

Rang Undang-Undang ini.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud

Bekalan B.19, peruntukan sebanyak RM10,740,000.00 diperlukan untuk perbelanjaan

pengurusan dan pentadbiran Jabatan Hutan. Daripada jumlah tersebut sebanyak

RM9,256,000.00 adalah perbelanjaan emolumen, RM1,431,000.00 untuk perbelanjaan

perkhidmatan dan bekalan, RM50,000.00 untuk pemilikan aset dan baki sebanyak

RM3,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM128,779,000.00 bagi Maksud B.21, Jabatan Agama dan RM29,358,000.00 bagi

Maksud B.22, Pendidikan Agama Islam menjadi sebahagian daripada Jadual Rang

Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama: Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud

Bekalan B.21, Jabatan Agama, peruntukan sebanyak RM128,779,000.00 diperlukan

untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan agama di dalam usaha-usaha meninggikan

syiar Islam. Peruntukan yang diperlukan adalah bagi tiap-tiap aktiviti ialah

sebagaimana berikut:-

1. Emolumen : RM115,768,000.00;

2. Perkhidmatan dan Bekalan : RM12,603,000.00;

Page 433: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

433

3. Pemilikan Aset : RM200,000.00;

4. Pemberian dan Kenaan : RM208,000.00.

Bagi Maksud Bekalan B.22, Pendidikan Agama Islam, peruntukan yang diperlukan

adalah berjumlah RM29,358,000.00. Daripada jumlah tersebut RM17,301,000.00 untuk

perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM175,000.00 untuk pembelian alat

kelengkapan sekolah-sekolah agama dan sebanyak RM11,882,000.00 untuk bantuan

kepada Sekolah-Sekolah Arab, Sekolah Rakyat/KAFA dan juga ganjaran kepada guru-

guru kontrak.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM19,278,000.00 bagi Maksud B.23, Kebajikan Masyarakat jadi sebahagian daripada

Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud Bekalan

B.23, Kebajikan Masyarakat, peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2012 ialah

berjumlah RM19,278,000.00. Dari jumlah tersebut, sebanyak RM3,543,000.00 diperlukan

untuk pembayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan, RM1,859,000.00

untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM2,545,000.00 juta untuk pemilikan

aset dan baki sebanyak RM11,331,000.00 untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan

bayaran tetap yang merupakan bantuan-bantuan dan sumbangan kebajikan kepada

individu dan juga masyarakat. Ini termasuklah bantuan kepada penduduk-penduduk

miskin, bantuan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan bantuan malapetaka

seperti banjir dan bantuan air di musim kemarau. Ianya juga melibatkan perbelanjaan

bagi pengurusan pusat perlindungan kanak-kanak yang diwujudkan sebagai tempat

penempatan sementara kanak-kanak mangsa penderaan.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM70,886,000.00 bagi Maksud B.24, Jabatan Kerja Raya jadi sebahagian daripada

Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud Bekalan B.24,

Jabatan Kerja Raya, peruntukan yang diperlukan bagi tahun 2012 ialah berjumlah

RM70,886,000.00 dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM37,582,000.00 adalah perlu

untuk membayar emolumen kepada anggota-anggota jabatan, RM32,620,000.00

untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM175,000.00 untuk pemilikan aset

dan baki sebanyak RM509,000.00 lagi untuk perbelanjaan pemberian dan kenaan

bayaran tetap. Peruntukan ini juga merangkumi bagi perbelanjaan pengurusan

penyelenggaraan jalan dan jambatan, penyelenggaraan bangunan, perbelanjaan

pengangkutan barang-barang, perbelanjaan utiliti, sewaan dan juga bekalan bahan-

bahan mentah seperti minyak jentera dan bahan-bahan batu dan termasuk

Page 434: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

434

pembayaran ganjaran dan gantian cuti rehat kepada anggota-anggota yang

bersara.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM2,757,000.00 bagi Maksud B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor dan

RM100,000,000.00 bagi Maksud B.28 sumbangan kepada Kumpulan Wang Berkanun

jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud

Bekalan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar, Istana Besar Johor, peruntukan yang

diperlukan ialah sebanyak RM2,757,000.00. Daripada jumlah tersebut sebanyak

RM1,216,000.00 adalah untuk perbelanjaan pentadbiran am dan bakinya sebanyak

RM1,541,000.00 adalah untuk pembayaran emolumen kepada kakitangan muzium.

Peruntukan yang diperlukan di bawah Maksud Bekalan B.28 pula, peruntukan

sebanyak RM100,000,000.00 diperlukan untuk peruntukan kepada Kumpulan Wang

Berkanun. Jumlah tersebut diperlukan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang

Pembangunan.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM7,774,000.00 bagi Maksud B.29, Mahkamah Syariah dan RM1,856,000.00 bagi

Maksud B.32, Jabatan Mufti jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang

ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah

Maksud Bekalan B.29, peruntukan sebanyak RM7,774,000.00 disediakan untuk

perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Mahkamah Syariah bagi tahun 2012.

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3,877,000.00 disediakan untuk perbelanjaan

emolumen, sebanyak RM3,055,000.00 untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan,

sebanyak RM840,000.00 untuk perbelanjaan pemilikan aset, dan sebanyak RM2,000.00

sebagai ganjaran kepada anggota-anggota kontrak.

Selain daripada itu, di bawah Maksud Bekalan B.32, peruntukan sebanyak

RM1,856,000.00 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran bagi

Jabatan Mufti.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM5,150,000.00 bagi Maksud B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru, RM5,757,000.00 bagi

Maksud B.42, Pejabat Daerah Muar, RM5,046,000.00 bagi Maksud B.43, Pejabat Daerah

Batu Pahat, RM3,817,000.00 bagi Maksud B.44, Pejabat Daerah Pontian, RM4,414,000.00

Page 435: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

435

bagi Maksud B.45, Pejabat Daerah Segamat, RM3,576,000.00 bagi Maksud B.46,

Pejabat Daerah Kluang, RM4,811,000.00 bagi Maksud B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi,

RM3,575,000.00 bagi Maksud B.48, Pejabat Daerah Mersing, RM3,302,000.00 bagi

Maksud B.49, Pejabat Daerah Kulaijaya dan RM3,008,000.00 bagi Maksud B.50, Pejabat

Daerah Ledang jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud Bekalan

B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru, peruntukan sebanyak RM5,150,000.00, di bawah

Maksud Bekalan B.42, Pejabat Daerah Muar diperuntukkan sebanyak RM5,757,000.00,

di bawah Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat, diperuntukkan sebanyak

RM5,046,000.00, di bawah maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian,

diperuntukkan sebanyak RM3,817,000.00 di bawah Maksud Bekalan B.45, Pejabat

Daerah Segamat, diperuntukkan sebanyak RM4,414,000.00, di bawah Maksud Bekalan

B.46, Pejabat Daerah Kluang, diperuntukkan sebanyak RM3,576,000.00, di bawah

Maksud Bekalan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak

RM4,811,000.00 di bawah Maksud Bekalan B.48, Pejabat Daerah Mersing diperuntukkan

sebanyak RM3,575,000.00, di bawah Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulaijaya

diperuntukkan sebanyak RM3,302,000.00 dan di bawah Maksud Bekalan B.50, Pejabat

Daerah Ledang diperuntukkan sebanyak RM3,008,000.00. Kesemua peruntukan

tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran Pejabat-Pejabat

Daerah seluruh Negeri Johor.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM15,748,000.00 bagi Maksud B.51, Pejabat Tanah dan Galian Johor; RM3,938,000.00

bagi Maksud B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru; RM3,764,000.00 bagi Maksud B.53,

Pejabat Tanah Muar; RM4,296,000.00 bagi Maksud B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat;

RM2,178,000.00 bagi Maksud B.55, Pejabat Tanah Pontian; RM2,970,000.00 bagi Maksud

B.56, Pejabat Tanah Segamat; RM2,805,000.00 bagi Maksud B.57, Pejabat Tanah

Kluang; RM2,875,000.00 bagi Maksud B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi; RM2,121,000.00

bagi Maksud B.59, Pejabat Tanah Mersing; RM2,181,000.00 bagi Maksud B.60, Pejabat

Tanah Kulaijaya dan RM1,903,000.00 bagi Maksud B.61, Pejabat Tanah Ledang jadi

sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat, Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud

Bekalan B.51, Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Johor di peruntukan sebanyak

RM15,748,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru di

peruntukan sebanyak, RM3,938,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah

Muar di peruntukan sebanyak, RM3,764,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.54,

Pejabat Tanah Batu Pahat di peruntukan sebanyak, RM4,296,000.00. Di bawah Maksud

Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian di peruntukan sebanyak, RM2,178,000.00. Di

bawah Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat di peruntukan sebanyak,

RM2,970,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang di peruntukan

sebanyak, RM2,805,000.00. Di bawah Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi

di peruntukan sebanyak, RM2,875,000.00 dan di bawah Maksud B.59, Pejabat Tanah

Mersing di peruntukan sebanyak RM2,121,000.00. Di bawah Maksud B.60, Pejabat

Tanah Kulaijaya di peruntukan sebanyak RM2,181,000.00 dan di bawah Maksud

Page 436: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

436

Bekalan B.61, Pejabat Tanah Ledang di peruntukan sebanyak RM1,903,000.00.

Kesemua peruntukan tersebut disediakan bagi perbelanjaan pengurusan dan

pentadbiran Pejabat-Pejabat Tanah di seluruh Negeri Johor.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Jurutulis : FASAL 2.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi

sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli yang bersetuju jemput angkat

tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang

ini.

Jurutulis : FASAL YANG PERTAMA.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal yang

pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju

jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Fasal yang pertama jadi sebahagian

daripada Rang Undang-Undang ini.

Dewan bersidang semula.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon

memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam

Jawatankuasa satu persatunya, dan dipersetujukan tanpa pindaan, dari itu saya

membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga

dan diluluskan sekarang.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker saya menyokong rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah, supaya Rang Undang-

Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan (2012) Tahun 2011 dibaca kali yang

ketiga dan diluluskan sekarang. Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan

keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju Rang

Undang-Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.

Jurutulis : Bahawa dengan ini adalah diperbuat Undang-Undang oleh Dewan Negeri

Johor seperti berikut: Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2012)

Tahun 2011 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.

PERANGGARAN TAMBAHAN PEMBANGUNAN KETIGA TAHUN 2011.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon membawa

rundingan supaya Dewan ini serta merta berpindah menjadi Jawatankuasa bagi

keseluruhan Dewan Negeri untuk menimbangkan Peranggaran Tambahan

Pembangunan Ketiga Tahun 2011 telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat

Page 437: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

437

Bilangan 37 Tahun 2011 dan memperakukan sama ada peranggaran itu patut

diluluskan oleh Dewan ini dengan dipinda atau tidak dipinda. Tambahan peruntukan

pembangunan ini merupakan tambahan yang ketiga bagi tahun 2011. Tambahan

peruntukan pembangunan yang diperlukan adalah sebanyak RM5,164,000.00 di

bawah dua jawatankuasa berikut:

Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan

Ekonomi Negeri Johor – RM5,000,000.00;

Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam

Negeri Johor – RM164,000.00.

Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat

Jawatankuasa berkenaan.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker saya menyokong rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju rundingan itu

dipersetujukan.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah, supaya peruntukan wang berjumlah

RM164,000.00 bagi Maksud B.53, Kerajaan Tempatan Negeri Johor dipersetujukan.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud Pembangunan

B.53, Kerajaan Tempatan Negeri Johor memerlukan peruntukan tambahan sebanyak

RM164,000.00 bagi menampung perbelanjaan kerja-kerja pengubahsuaian serta

menaik taraf persekitaran di Zoo Negeri Johor.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah, supaya peruntukan wang berjumlah

RM5,000,000.00 bagi Maksud B.56, Pejabat Menteri Besar Johor dipersetujukan.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud

Pembangunan B.56, Pejabat Menteri Besar Johor memerlukan peruntukan tambahan

sebanyak RM5,000,000.00 bagi menampung perbelanjaan bagi projek-projek sempena

lawatan Menteri Besar keseluruh Negeri Johor dan lawatan-lawatan kerja yang lain di

dalam tahun 2011.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, oleh sebab maksud-

maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 37 Tahun

Page 438: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

438

2011 itu telah pun selesai ditimbangkan, maka saya membawa rundingan supaya

ketetapan-ketetapan jawatankuasa itu dimaklumkan serta merta kepada Dewan

Negeri.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapat keputusan. Ahli yang

bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Dewan Negeri bersidang semula.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon

memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan

meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaraan yang dinyatakan dalam

Kertas Mesyuarat Bilangan 37 Tahun 2011, dari itu saya membawa rundingan supaya

Dewan ini bersetuju dengan ketetapan-ketetapan jawatankuasa itu, iaitu peruntukan

yang berjumlah RM5,164,000.00 yang dicadangkan bagi Peranggaraan Tambahan

Pembangunan Ketiga Tahun 2011 itu diluluskan oleh Dewan ini dan dengan ini

mengambil ketetapan bahawa satu jumlah wang yang tidak melebihi RM5,164,000.00

hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan dalam Tahun

Kewangan 2011 bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan dalam Kertas

Mesyuarat yang tersebut.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker saya menyokong rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan itu dikemukakan untuk mendapat keputusan. Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu

dipersetujukan.

Jurutulis : ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR TAHUN 2012.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon membawa

rundingan supaya Dewan ini berpindah menjadi Jawatankuasa bagi ke seluruh Dewan

Negeri untuk menimbangkan Anggaran Perbelanjaan, Pembangunan Negeri Johor

Tahun 2012 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 36(A) Tahun

2012 dan memperakukan sama ada peranggaran itu patut diluluskan oleh Dewan ini

dengan dipinda atau tidak dipinda.

Peruntukan yang diperlukan untuk Peranggaraan Pembangunan Tahun 2012 adalah

berjumlah RM311,196,070.00 di bawah 5 jawatankuasa seperti berikut:

Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan

Ekonomi Negeri Johor, RM98,755,000.00; Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan

Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor RM147,970.040.00;

Jawatankuasa Agama Negeri Johor RM20,000,020.00; Jawatankuasa Pertanian dan

Industri Asas Tani Negeri Johor RM39,971,010.00; Jawatankuasa Pelancongan dan

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Johor RM4,500,000.00.

Penjelasan lanjut, bagi peruntukan tersebut akan diberi di peringkat jawatankuasa

berkenaan.

Page 439: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

439

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker saya menyokong rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu

dipersetujukan.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan

wang berjumlah RM670,010.00 bagi Maksud 49, Perikanan; RM7,350,000.00 bagi

Maksud P.50, Pertanian; RM22,701,000.00 bagi Maksud P.51, Pengairan dan Saliran, dan

RM9,250,000.00 bagi Maksud P.52, Perkhidmatan Veterinar dipersetujukan.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Yang Berhormat Dato’

Pengerusi di bawah Maksud Pembangunan 49, Perikanan, peruntukan sebanyak

RM670,010.00 disediakan bagi tahun 2012. Daripada jumlah tersebut, sebanyak

RM70,000.00 untuk latihan perikanan dan projek pemuliharaan penyu. RM500,000.00

disediakan untuk perlaksanaan projek pemesatan pembangunan akuakultur,

manakala selebihnya sebanyak RM100,000.00 diperlukan khusus untuk pembinaan jeti.

Di bawah Maksud Pembangunan 50, Pertanian, peruntukan sebanyak RM7,350,000.00

disediakan untuk tahun 2012 bagi program-program pertanian serta bantuan

perkhidmatan perkembangan dan perundingan pertanian dan juga rancangan-

rancangan yang lain yang bertujuan meningkatkan daya pengeluaran sektor pekebun

kecil di luar bandar.

Bagi Maksud Pembangunan 51, Pengairan Dan Saliran, amount sebanyak

RM22,701,000.00 diperuntukkan untuk perlaksanaan projek-projek saliran bagi tahun

2012. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM401,000.00 adalah bagi pembelian aset

serta kerja-kerja menaik taraf kemudahan asas jabatan dan sebanyak RM9,000,000.00

disediakan untuk projek-projek saliran bandar bagi mengatasi banjir di kawasan

bandar dan selebihnya sebanyak RM13,300,000.00 disediakan bagi perlaksanaan

projek-projek saliran dan pengairan yang lain di seluruh Negeri Johor.

Akhir sekali, di bawah Maksud Pembangunan 52, Perkhidmatan Veterinar peruntukan

sebanyak RM9,250,000.00 disediakan untuk perlaksanaan projek-projek pembangunan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar termasuk pembangunan industri ternakan lembu dan

kerbau, kambing berbiri, khidmat kesihatan veterinar dan kawalan pencemaran

industri ternakan. Di samping itu, peruntukan juga disediakan bagi Pembangunan

Keusahawanan Industri Ternakan yang bertujuan memberi bimbingan kepada

usahawan kecil supaya mereka mempunyai daya saing sekali gus berjaya dalam

industri ternakan.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-

Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu

dipersetujukan.

Page 440: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

440

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah, supaya Peruntukan Wang berjumlah

RM10,000,000.00 bagi Maksud P.53, Kerajaan Tempatan, dan RM2,450,030.00 bagi

Maksud P.54 Perumahan dipersetujukan.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud Pembangunan

53, Kerajaan Tempatan, peruntukan sebanyak RM10,000,000.00 disediakan pada tahun

2012. Sebahagian besar daripada jumlah tersebut, iaitu sebanyak RM6,000,000.00

disediakan sebagai Geran Keseimbangan Kerajaan Negeri kepada Pihak Berkuasa

Tempatan seluruh Negeri. Geran ini berfungsi untuk perlaksanaan untuk projek-projek

pembangunan, kemudahan-kemudahan asas, serta perkhidmatan kepada

masyarakat seperti kerja-kerja pembersihan kawasan, pengangkutan sampah,

pembiayaan bil-bil lampu jalan dan lampu isyarat serta lain-lain lagi. Peruntukan juga

disediakan untuk RM1,000,000.00 sebagai sumbangan pada Pihak Berkuasa Tempatan

untuk program-program pengindahan kawasan. Di samping itu, peruntukan sebanyak

RM500,000.00 disediakan untuk kerja-kerja tambahan di Zoo Negeri dan sebanyak

RM300,000.00 untuk kerja-kerja membaiki kemudahan-kemudahan awam di kawasan

Air Panas Grisek. Peruntukkan sebanyak RM2.2 juta juga disediakan sebagai bantuan

Kerajaan Negeri untuk projek-projek pembangunan di kawasan Penguasa-Penguasa

Tempatan.

Bagi Maksud Pembangunan P.54 Perumahan pula, peruntukan berjumlah

RM2,450,030.00 disediakan pada tahun 2012. Daripada jumlah tersebut sebanyak

RM650,000.00 adalah untuk kerja-kerja penyediaan tapak bagi projek-projek rumah

awam kos rendah di samping subsidi ke atas faedah di bawah sistem jualan terus.

Peruntukan juga disediakan sebanyak RM600,000.00 untuk penggantian tangki-tangki

air di rumah-rumah pangsa awam dan sebanyak RM700,000.00 pula untuk mengganti

lif rumah-rumah pangsa. Sebanyak RM500,000.00 pula disediakan untuk mengecat

rumah-rumah pangsa kerajaan.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM31,500,000.00 bagi Maksud P.55 Pejabat Daerah dan Tanah, RM61,000,000.00 bagi

Maksud P.56, Pejabat Menteri Besar dan RM5,755,000.00 bagi Maksud P.57, Hutan

dipersetujukan.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud

Pembangunan 55, Pejabat Daerah dan Tanah sebanyak RM30,000.00 disediakan untuk

melaksanakan projek-projek jalan dan jambatan kampung, manakala sebanyak

RM1,500,000.00 pula diperuntukkan untuk projek-projek kecil tali air di kawasan-

kawasan kampung.

Bagi Maksud Pembangunan 56, Pejabat Menteri Besar peruntukan bagi melaksanakan

projek-projek kecil pembangunan di seluruh negeri disediakan sebanyak

RM41,000,000.00. Sebanyak RM1,000,000.00 disediakan untuk Rancangan Penggalakan

Industri Kampung dan sebanyak RM1,000,000.00 juta disediakan bagi Rancangan

Meningkatkan Penggunaan Tanah Terbiar. Manakala sebanyak RM3,000,000.00

Page 441: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

441

disediakan untuk perbelanjaan pengambilan balik tanah bagi tujuan projek-projek

pembangunan dan sebanyak RM500,000.00 adalah untuk pembaikan serta

pengubahsuaian kompleks-kompleks penghulu. Sebanyak RM5,000,000.00 juga

dicadangkan sebagai geran pelancaran untuk rancangan membasmi kemiskinan.

Peruntukan sebanyak RM1,500,000.00 disediakan untuk tabung pembangunan

keusahawanan, RM1,000,000.00 disediakan untuk melaksanakan program-program

industri kecil dan sederhana, RM5,000,000.00 disediakan bagi pembinaan dewan orang

ramai dan dewan serba guna sementara sebanyak RM1,000,000.00 lagi diperuntukkan

untuk pembinaan padang permainan di setiap mukim seluruh Negeri Johor. Baki

sebanyak RM1,000,000.00 lagi disediakan untuk membiayai pelaksanaan infrastruktur

pengangkutan awam Negeri Johor.

Bagi Maksud Pembangunan 57, Hutan, peruntukkan sebanyak RM2,050.00 disediakan

untuk pengurusan dan pembangunan sumber hutan. Sebanyak RM1,200,000.00

disediakan untuk infrastruktur dan utiliti, dan sebanyak RM1,145,000.00 diperuntukkan

untuk pembangunan hutan lipur dan ekopelancongan. Di samping itu juga sebanyak

RM160,000.00 bagi penjagaan kualiti biji benih dan bahan-bahan tanaman. Sebanyak

RM200,000.00 untuk operasi dan penguatkuasaan, sebanyak RM800,000.00 untuk

pemuliharaan sumber serta pusat kecemerlangan hutan dan sebanyak RM200,000.00

pula lagi diperuntukkan untuk ICT, publisiti dan pengembangan perhutanan Negeri

Johor.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Nak bahas P.56, Pejabat Menteri Besar.

Mengenai peruntukan Pejabat Menteri Besar, Bentayan nak mengingatkan Yang Amat

Berhormat Menteri Besar Johor supaya peruntukan RM1 juta kepada Sekolah Tinggi

Persendirian Chung Hwa Muar patutlah diberikan dengan segera sebab apa yang

telah dijanjikan oleh MB di Parlimen Muar baru-baru ini. Untuk pengetahuan Yang Amat

Berhormat Menteri Besar, bangunan empat tingkat itu sudah siap, so diharapkan

pemberian dengan serta mertalah. Jangan dengan mok ceklah, cek yang kecik itu.

Terima kasih.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Ah ok. Ok ambil perhatian. Perkara di hadapan jawatankuasa ini

ialah supaya peruntukan wang berjumlah RM20,000,000.00 bagi Maksud P.58, Pejabat

Agama dipersetujukan. Minta maaf ye, tadi ni pasal ganggu sekejap tadi.

Perkara dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli yang bersetuju jemput

angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM20,000,000.00 bagi Maksud P.58 Pejabat Agama dipersetujukan.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah

Maksud P.58, Pejabat Agama, peruntukan sebanyak RM3,000,000.00 disediakan untuk

penyelenggaraan kemudahan-kemudahan di Pusat Islam Iskandar Johor.

RM5,000,000.00 untuk pembinaan Sekolah-Sekolah Agama di seluruh Negeri Johor,

manakala RM2,500,000.00 untuk pembinaan pembaikan Pejabat Agama di daerah-

daerah seluruh Negeri Johor. Dan sebanyak RM3,100,000.00 untuk pelaksanaan kerja-

Page 442: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

442

kerja yang dirancangkan mengikut peringkat-peringkat bagi membina rumah-rumah

pegawai dan kakitangan masjid-masjid jamek kerajaan, membina rumah-rumah guru-

guru agama di kawasan LKPT serta pembelian kenderaan dan hamparan bagi masjid

jamek kerajaan. Manakala sebanyak RM1,700,000.00 adalah bagi kelengkapan dan

kemudahan di tanah-tanah perkuburan. Baki sebanyak RM4,700,000.00 lagi adalah

untuk membina dan memperelok masjid-masjid serta bangunan-bangunan

Mahkamah Syariah Negeri Johor.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM1,920,000.00 bagi Maksud P.59, Jabatan Landskap dan RM133,600,010.00 bagi

Maksud P.60, Kerja Raya dipersetujukan.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, bagi Maksud P.59 Jabatan

Landskap peruntukan sebanyak RM1,920,000.00 disediakan pada tahun 2012 bagi

melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah jabatan tersebut. Dan daripada

jumlah ini sebanyak RM320,000.00 disediakan untuk pembangunan taman awam,

sementara RM1,300,000.00 adalah untuk kerja-kerja pembangunan landskap,

manakala bakinya sebanyak RM300,000.00 disediakan untuk program-program

pengindahan.

Manakala di bawah Maksud P.60, Kerja Raya peruntukan sebanyak RM40,000,000.00

diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan menaikkan taraf serta memperelokkan jalan

dan jambatan negeri. Sebanyak RM500,000.00 untuk membina tembok tepi sungai dan

pantai dan RM500,000.00 bagi rancangan mengelakkan banjir.

Peruntukan juga disediakan sebanyak RM50,000.00 untuk kemudahan dan

keselamatan Bangunan Sultan Ibrahim dan sekitarnya. Sebanyak RM3,000,000.00 untuk

kerja-kerja menambah dan memperelok bangunan-bangunan negeri dan

RM3,250,000.00 lagi disediakan untuk kerja-kerja pembinaan dan ubahsuai bangunan

pejabat kerajaan di daerah-daerah, manakala sebanyak RM1,000,000.00 pula

diperuntukkan untuk melebarkan jalan-jalan negeri dalam kawasan Majlis.

RM3,000,000.00 bagi melakukan kerja-kerja kecil serta RM75,000,000.00 diperlukan untuk

memperelok dan memperbaiki bangunan-bangunan istana Negeri Johor.

Terakhir sekali sebanyak RM500,000.00 disediakan untuk penyelenggaraan bangunan-

bangunan Yayasan Warisan Negeri Johor, RM900,000.00 untuk penyelenggaraan

bangunan dan keperluan woksyop, RM1,500,000.00 untuk stor-stor JKR dan alat

penghawa dingin serta RM1,300,000.00 untuk rumah-rumah buruh, alatan rumah

kerajaan dan juga alat-alat ukur dan makmal dan RM2,000,000.00 untuk pembelian

kenderaan-kenderaan jabatan. Selebihnya iaitu sejumlah RM1,100,000.00 disediakan

untuk kerja-kerja kecil elektrik.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Page 443: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

443

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM4,500,000.00 bagi Maksud P.61 Pelancongan dipersetujukan.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi bagi Maksud P.61, Pelancongan

peruntukan sebanyak RM4,500,000.00 disediakan bagi tahun 2012 untuk melaksanakan

program-program dan juga aktiviti-aktiviti yang ditetapkan bagi menggalakkan aktiviti

pelancongan di Negeri Johor.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM500,000.00 bagi Maksud P.62, Wang Cadangan Belanja Mengejut dipersetujukan.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Wang Cadangan Belanja

Mengejut Pembangunan Negeri berjumlah RM500,000.00 diadakan untuk

membolehkan perbelanjaan dibuat ke atas keperluan-keperluan yang mendesak di

mana tiada peruntukan baginya di dalam belanjawan negeri. Di atas kuasa Yang

Amat Berhormat Menteri Besar, perbelanjaan akan dilakukan sementara

mendapatkan kelulusan daripada Dewan Negeri. Pendahuluan yang dikeluarkan di

atas perbelanjaan-perbelanjaan begini akan dipelaraskan kepada peruntukan yang

berkenaan apabila peruntukan tersebut telah diluluskan oleh Dewan Negeri.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, oleh sebab maksud-

maksud peranggaran yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 36(A) tahun

2011 telah pun selesai ditimbangkan, maka saya membawa rundingan supaya

ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu dimaklumkan serta merta kepada Dewan

Negeri.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Dewan Negeri Bersidang Semula.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon

memaklumkan bahawa Jawatankuasa Dewan ini telah pun menimbang dan

meluluskan tanpa pindaan maksud-maksud peranggaran yang dinyatakan dalam

Kertas Mesyuarat Bilangan 36(A) Tahun 2011. Dari itu saya membawa rundingan

supaya Dewan ini bersetuju dengan ketetapan-ketetapan Jawatankuasa itu iaitu

peruntukan wang berjumlah RM311,196,070.00 yang dicadangkan bagi Anggaran

Perbelanjaan Pembangunan Negeri Johor Tahun 2012 itu diluluskan oleh Dewan Negeri

ini.

Dan dengan ini mengambil ketetapan bahawa satu jumlah wang yang tidak melebihi

RM311,196,070.00 hendaklah dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan

Page 444: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

444

dalam Tahun Kewangan 2012 bagi Maksud yang dinyatakan dalam Kertas Mesyuarat

yang tersebut.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker: Rundingan itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-

Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rundingan itu

dipersetujukan.

Jurutulis : RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN PERBEKALAN TAMBAHAN (2011) (NO. 4)

TAHUN 2011

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon membawa

rundingan supaya Rang Undang-Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan

Tambahan (2011) (No. 4) Tahun 2011 dibacakan kali yang pertama.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker: Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang pertama.

Jurutulis : Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan

Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2011 dan

bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud tertentu.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon

memaklumkan bahawa saya akan membawa rundingan untuk bacaan kali yang

kedua bagi Rang Undang-Undang ini pada hari ini juga. Dan saya membawa

rundingan supaya Peraturan tetap 112(2) ditangguhkan sementara agar

pertimbangan Rang Undang-Undang ini pada peringkat-peringkat yang lain dapat

diselesaikan pada hari ini juga.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker: Rundingan dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Peraturan tetap 112(2)

ditangguhkan sementara.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon membawa

rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tambahan peruntukan ini merupakan tambahan yang keempat bagi perbelanjaan

bagi tahun 2011. Tambahan peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak

RM18,841,000.00 sebagaimana yang dimaksudkan di dalam Enakmen Perbekalan

Tambahan di bawah enam Jawatankuasa seperti berikut:

1. Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan

Pembangunan Ekonomi Negeri Johor - RM5,230,000.00;

Page 445: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

445

2. Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan

Awam Negeri Johor - RM1,778,000.00;

3. Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan

Kesihatan Negeri Johor - RM80,000.00;

4. Jawatankuasa Agama Negeri Johor - RM7,641,000.00;

5. Jawatankuasa Belia dan Sukan - RM500,000.00;

6. Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor - RM3,612,000.00.

Penjelasan lanjut bagi tambahan-tambahan tersebut akan diberi di peringkat

Jawatankuasa berkenaan.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-

Undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-

Undang ini dibaca kali yang kedua.

Jurutulis : Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan

Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2011 dan

bagi memperuntukkan wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu.

Y.B. Dato’ Speaker : Dewan Bersidang Sebagai Jawatankuasa.

Jurutulis : JADUAL

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan

wang berjumlah RM25,000.00 bagi Maksud B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;

RM146,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian

Pengurusan; RM1,511,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,

Pelbagai Perkhidmatan; RM98,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan

Johor, Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor; dan RM38,000.00 bagi Maksud B.03,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor, jadi

sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di Bawah Maksud

Bekalan B.01, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Johor diperuntukkan sebanyak

RM25,000.00 bagi menampung bayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi

Tahun 2011.

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian

Pengurusan diperuntukkan sebanyak RM146,000.00 bagi menampung bayaran

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2011.

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Pelbagai

Perkhidmatan diperuntukkan sebanyak RM1,511,000.00 Sebanyak RM586,000.00

diperlukan bagi menampung perbelanjaan di bawah perkhidmatan dan bekalan

Page 446: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

446

jabatan manakala selebihnya sebanyak RM925,000.00 diperlukan bagi menampung

perbelanjaan pemberian dalam negeri jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Pejabat Jurutulis

Dewan Undangan Negeri, Johor diperuntukkan sebanyak RM98,000.00 Sebanyak

RM75,000.00 diperlukan bagi menampung pembayaran emolumen anggota-anggota

jabatan manakala sebanyak RM23,000.00 untuk menampung bayaran ganjaran

kepada anggota-anggota jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Unit Sains

Teknologi Dan ICT Johor diperuntukkan sebanyak RM38,000.00 bagi menampung

bayaran Imbuhan Tahunan bagi Bayaran Khas Prestasi Tahun 2011.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemuka bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM42,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Kerajaan

Tempatan; RM264,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,

Bahagian Perumahan dan RM130,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha

Kerajaan Johor, Landskap; jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.03,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Kerajaan Tempatan diperuntukkan

sebanyak RM42,000.00 bagi menampung bayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran

Khas Prestasi Tahun 2011.

Di Bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian

Perumahan pula diperuntukkan sebanyak RM264,000.00 bagi menampung

perbelanjaan di bawah emolumen jabatan.

Di Bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Landskap,

diperuntukkan sebanyak RM130,000.00 bagi menampung bayaran di bawah

emolumen jabatan.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemuka bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM500,000.00 bagi Maksud B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Rakan Muda Dan

Sukan Negeri Johor, jadi sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Di

Bawah Maksud Bekalan B.03, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Rakan Muda Dan

Sukan Negeri, Johor diperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi menampung

perbelanjaan pemberian dalam negeri jabatan.

Page 447: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

447

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemuka bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM691,000.00 bagi Maksud B.07, Jabatan Pertanian Negeri Johor. RM2,604,000.00 bagi

Maksud B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor dan RM317,000.00 bagi

Maksud B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor jadi sebahagian daripada

Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani : Di Bawah Maksud

Bekalan B.07, Jabatan Pertanian Negeri, Johor diperuntukkan sebanyak RM691,000.00

bagi menampung bayaran di bawah emolumen jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.08, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, Johor

diperuntukkan sebanyak RM2,604,000.00. Sebanyak RM2,387,000.00 diperlukan bagi

menampung bayaran di bawah emolumen jabatan manakala selebihnya sebanyak

RM217,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran gantian cuti rehat kepada

anggota-anggota jabatan yang telah bersara.

Di bawah Maksud Bekalan B.10, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Johor

diperuntukkan sebanyak RM317,000.00 bagi menampung bayaran di bawah

emolumen jabatan.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-

Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu

dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM224,000.00 bagi Maksud B.12, Kebun Bunga Kerajaan Negeri Johor dan RM75,000.00

bagi Maksud B.13, Perancang Bandar dan Desa Negeri Johor jadi sebahagian

daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Di bawah Maksud Bekalan B.12,

Kebun Bunga Kerajaan Negeri, Johor diperuntukkan sebanyak RM224,000.00.

Sebanyak RM204,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran Imbuhan Tahunan dan

Bayaran Khas Prestasi Tahun 2011 manakala selebihnya sebanyak RM20,000.00

diperlukan bagi menampung bayaran di bawah pemilikan aset jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.13, Perancang Bandar Dan Desa Negeri, Johor

diperuntukkan sebanyak RM75,000.00 bagi menampung bayaran Imbuhan Tahunan

dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2011.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemuka bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM572,000.00 bagi Maksud B.19, Pejabat Perhutanan Negeri Johor jadi sebahagian

daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Page 448: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

448

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud

Bekalan B.19, Pejabat Perhutanan Negeri, Johor diperuntukkan sebanyak RM572,000.00

bagi menampung bayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2011.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemuka bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM1,382,000.00 bagi Maksud B.21, Jabatan Agama Negeri Johor dan RM5,685,000.00

bagi Maksud B.22, Pendidikan Agama Islam Negeri Johor jadi sebahagian daripada

Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Di bawah

Maksud Bekalan B.21, Jabatan Agama Negeri Johor diperuntukkan sebanyak

RM1,382,000.00. Sebanyak RM1,182,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2011 manakala selebihnya

sebanyak RM200,000.00 diperlukan bagi menampung bayaran perjalanan dan sara

hidup anggota –anggota jabatan.

Sementara itu, di bawah Maksud Bekalan B.22, Pendidikan Agama Islam Negeri, Johor

diperuntukkan sebanyak RM5,685,000.00 bagi menampung bayaran di bawah

emolumen jabatan.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemuka bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM80,000.00 bagi Maksud B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor jadi

sebahagian daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan

Masyarakat dan Kesihatan : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud

Bekalan B.23, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Johor diperuntukkan sebanyak

RM80,000.00 bagi menampung bayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi

Tahun 2011.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemuka bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu

dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM1,043,000.00 bagi Maksud B.24, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor jadi sebahagian

Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan B.24,

Jabatan Kerja Raya Negeri, Johor diperuntukkan sebanyak RM1,043,000.00 bagi

menampung bayaran di bawah emolumen jabatan.

Page 449: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

449

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemuka bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM78,000.00 bagi Maksud B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar, Johor jadi sebahagian Rang

Undang-Undang ini.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud

Bekalan B.26, Muzium DiRaja Abu Bakar, Johor diperuntukkan sebanyak RM78,000.00

bagi menampung bayaran di bawah emolumen jabatan.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemuka bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM512,000.00 bagi Maksud B.29, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor dan

RM62,000.00 bagi Maksud B.32, Jabatan Mufti Negeri Johor jadi sebahagian daripada

Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Agama : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah

Maksud Bekalan B.29, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri, Johor diperuntukkan

sebanyak RM512,000.00 bagi menampung bayaran di bawah emolumen jabatan.

Manakala Di Bawah Maksud Bekalan B.32, Jabatan Mufti Negeri, Johor diperuntukkan

sebanyak RM62,000. Sebanyak RM31,000 diperlukan bagi menampung bayaran di

bawah emolumen jabatan manakala selebihnya RM31,000.00 diperlukan bagi

menampung perbelanjaan perjalanan dan sara hidup anggota-anggota jabatan.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemuka bagi mendapatkan keputusan. Ahli-Ahli

yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM70,000.00 bagi Maksud B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru. RM315,000.00 bagi

Maksud B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat. RM149,000.00 bagi Maksud B.44, Pejabat

Daerah Pontian. RM116,000.00 bagi Maksud B.45, Pejabat Daerah Segamat.

RM96,000.00 bagi Maksud B.46, Pejabat Daerah Kluang. RM103,000.00 bagi Maksud

B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi. RM91,000.00 bagi Maksud B.48, Pejabat Daerah

Mersing dan RM65,000.00 bagi Maksud B.49, Pejabat Daerah Kulaijaya jadi sebahagian

daripada Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud

Bekalan B.41, Pejabat Daerah Johor Bahru, Johor diperuntukkan sebanyak RM70,000.00

bagi menampung bayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2011.

Di bawah Maksud Bekalan B.43, Pejabat Daerah Batu Pahat, Johor diperuntukkan

sebanyak RM315,000.00. Sebanyak RM260,000.00 diperlukan bagi menampung

tambahan bayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan manakala

Page 450: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

450

selebihnya sebanyak RM55,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan di

bawah perkhidmatan dan bekalan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.44, Pejabat Daerah Pontian, diperuntukkan sebanyak

RM149,000.00. Sebanyak RM143,000.00 diperlukan bagi menampung tambahan

bayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan manakala selebihnya

sebanyak RM6,000.00 diperlukan bagi menampung perbelanjaan sewaan jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.45, Pejabat Daerah Segamat, Johor diperuntukkan

sebanyak RM116,000.00 bagi menampung tambahan bayaran emolumen kepada

anggota-anggota jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.46, Pejabat Daerah Kluang, Johor diperuntukkan

sebanyak RM96,000.00 bagi menampung bayaran Imbuhan Tahunan dan bayaran

khas prestasi tahun 2011.

Di bawah Maksud Bekalan B.47, Pejabat Daerah Kota Tinggi, diperuntukkan sebanyak

RM103,000.00 bagi menampung tambahan bayaran emolumen kepada anggota-

anggota jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.48, Pejabat Daerah Mersing, diperuntukkan sebanyak

RM91,000.00 bagi menampung bayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi

tahun 2011.

Di bawah Maksud Bekalan B.49, Pejabat Daerah Kulaijaya, diperuntukkan sebanyak

RM65,000.00 bagi menampung bayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi

tahun 2011.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-

Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu

dipersetujukan.

Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya peruntukan wang berjumlah

RM486,000.00 bagi Maksud B.51, Pejabat Tanah dan Galian Johor; RM77,000.00 bagi

Maksud B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru; RM131,000.00 bagi Maksud B.53, Pejabat

Tanah Muar; RM209,000.00 bagi Maksud B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat; RM89,000.00

bagi Maksud B.55, Pejabat Tanah Pontian; RM140,000.00 bagi Maksud B.56, Pejabat

Tanah Segamat; RM133,000.00 bagi Maksud B.57, Pejabat Tanah Kluang; RM71,000.00

bagi Maksud B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi; RM97,000.00 bagi Maksud B.59, Pejabat

Tanah Mersing; RM39,000.00 bagi Maksud B.60, Pejabat Tanah Kulaijaya dan

RM285,000.00 bagi Maksud B.61, Pejabat Tanah Ledang jadi sebahagian daripada

Jadual Rang Undang-Undang ini.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, di bawah Maksud

Bekalan B.51, Pejabat Tanah dan Galian Johor diperuntukkan sebanyak RM486,000.00

bagi menampung bayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi tahun 2011.

Page 451: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

451

Di bawah Maksud Bekalan B.52, Pejabat Tanah Johor Bahru diperuntukkan sebanyak

RM77,000.00 bagi menampung bayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi

tahun 2011.

Di bawah Maksud Bekalan B.53, Pejabat Tanah Muar, diperuntukkan sebanyak

RM131,000.00 bagi menampung bayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi

tahun 2011.

Bagi Maksud Bekalan B.54, Pejabat Tanah Batu Pahat, diperuntukkan sebanyak

RM209,000.00 bagi menampung bayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi

tahun 2011.

Bagi, di bawah Maksud Bekalan B.55, Pejabat Tanah Pontian diperuntukkan sebanyak

RM89,000.00 bagi menampung bayaran imbuhan tahunan, bayaran khas prestasi

tahun 2011.

Di bawah Maksud Bekalan B.56, Pejabat Tanah Segamat, diperuntukkan sebanyak

RM140,000.00 bagi menampung bayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi

tahun 2011.

Di bawah Maksud Bekalan B.57, Pejabat Tanah Kluang diperuntukkan sebanyak

RM133,000.00 bagi menampung bayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi

tahun 2011.

Di bawah Maksud Bekalan B.58, Pejabat Tanah Kota Tinggi diperuntukkan sebanyak RM

71,000.00 bagi menampung tambahan bayaran emolumen kepada anggota-anggota

jabatan.

Di bawah Maksud Bekalan B.59, Pejabat Tanah Mersing diperuntukkan sebanyak

RM97,000.00 bagi menampung bayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi

tahun 2011.

Bagi Maksud Bekalan B.60, Pejabat Tanah Kulaijaya diperuntukkan sebanyak

RM39,000.00 bagi menampung bayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi

tahun 2011.

Di bawah Maksud Bekalan B.61, Pejabat Tanah Ledang diperuntukkan sebanyak

RM285,000.00. Sebanyak RM122,000.00 diperlukan bagi menampung tambahan

bayaran emolumen kepada anggota-anggota jabatan, sebanyak RM163,000.00

diperlukan bagi menampung perbelanjaan di bawah perkhidmatan dan bekalan

jabatan.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara itu dikemukakan bagi mendapatkan keputusan. Ahli-

Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Perkara itu

dipersetujukan.

Jadual jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang Ini.

Jurutulis : FASAL 2.

Page 452: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

452

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal 2 jadi

sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli yang bersetuju angkat

tangan, yang tidak bersetuju, Fasal 2 jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang

ini.

Jurutulis : FASAL YANG PERTAMA.

Y.B. Dato’ Pengerusi : Perkara di hadapan Jawatankuasa ini ialah supaya Fasal Yang

Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju Fasal Yang

Pertama jadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Dewan Negeri Bersidang Semula.

Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon

memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang ini telah pun ditimbangkan dalam

Jawatankuasa satu persatunya dan dipersetujukan tanpa pindaan. Dari itu, saya

membawa rundingan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga

dan diluluskan sekarang.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam: Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong rundingan itu.

Y.B. Dato’ Speaker : Rundingan di hadapan Dewan ini ialah supaya Rang Undang-

Undang yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan 2011 (No.4) Tahun 2011,

dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Ahli-Ahli yang bersetuju jemput angkat tangan, yang tidak bersetuju. Rang Undang-

Undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan.

Jurutulis: Bahawa dengan ini adalah diperbuat Undang-Undang oleh Dewan Negeri

Johor seperti berikut: Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan

Tambahan (2011) (No. 4) Tahun 2011.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam: Yang Berhormat Dato’ Speaker...

Y.B. Dato’ Speaker : Ya, nak apa?

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan

Kemudahan Awam: Saya membawa rundingan supaya Dewan ini kita tangguhkan.

Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air,

Komunikasi dan Alam Sekitar : Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong

rundingan itu.

Jurutulis : UCAPAN TANGGUHAN MESYUARAT.

Page 453: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

453

Y.B. Dato’ Speaker : Ada pula tu Ucapan Penangguhan. Yang Berhormat Encik Tang

Nai Soon, jemput.

Y.B. Encik Tang Nai Soon (Pekan Nenas): Selamat tengah hari, salam sejahtera dan

salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih

kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk

turut serta dalam ucapan penangguhan pada sidang Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, hampir 5.7 juta orang atau 20% dari jumlah populasi

negara kita berusia di antara 15 hingga 25 tahun yang dikategorikan sebagai

golongan remaja. Mereka adalah harapan dan pemimpin masa depan negara.

Akan tetapi masalah sosial dan kes jenayah yang melibatkan golongan remaja amat

membimbangkan. Mereka bukan sahaja tersabit dengan gejala sosial biasa seperti

bergaduh, kongsi gelap, melepak, menghisap dadah, malahan mereka kini juga

merupakan penyumbang besar kepada masalah anak luar nikah dan pembuangan

bayi di negara kita.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berdasarkan kepada laporan rasmi Jabatan

Pendaftaran Negara pada tahun 2010, seramai 52,982 orang bayi daripada jumlah

510,462 bayi yang dilahirkan iaitu 10.38% telah didaftarkan sebagai anak luar nikah.

Bermakna pada tahun lepas, 1 daripada setiap 10 orang bayi yang dilahirkan

merupakan anak luar nikah. Jika kita kira dari segi kadar kelahiran, sejumlah 52,982

orang anak luar nikah direkodkan pada tahun 2010 bermaksud sebanyak 145 orang

anak luar nikah dilahirkan setiap hari di Malaysia ataupun 6 orang setiap jam ataupun

1 kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 10 minit.

Untuk kes pembuangan bayi pula, statistik yang dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia

menunjukkan 396 kes dicatatkan dari tahun 2005 hingga tahun lalu. Sebilangan besar

individu yang terbabit dengan kes pembuangan bayi itu berusia 25 tahun ke bawah

iaitu golongan remaja kita. Statistik yang disebutkan itu tidak termasuk bayi yang

digugurkan, bayi yang dibunuh atau ditanam selepas dilahirkan, pembuangan bayi

yang tidak dapat dikesan dan anak luar nikah yang tidak dilaporkan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, beberapa kajian yang telah dilakukan di negara ini,

menunjukkan bahawa lebih kurang 27% daripada remaja kita hari ini mengadakan

hubungan seks luar nikah. Lebih membimbangkan ialah sebahagian besar daripada

mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah itu adalah pelajar di institusi

pengajian tinggi dan juga di sekolah menengah. Memandangkan masalah anak luar

nikah dan pembuangan bayi ini akan menjejaskan struktur masyarakat kita dan boleh

menggagalkan usaha kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah

negara maju, semua pihak termasuk kerajaan, masyarakat awam, NGO-NGO, para

media, ibu bapa dan remaja sendiri perlu sama-sama memainkan peranan untuk

menyelesaikan gejala sosial ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan perlu menyediakan silibus pendidikan seks

yang betul supaya setiap individu khasnya remaja memahami sepenuhnya berkenaan

implikasi-implikasi dan tanggungjawab-tanggungjawab yang dipikul akibat hubungan

seks. Kajian yang mendalam perlu dibuat bagi memastikan keberkesanan

Page 454: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

454

penyampaian silibus pendidikan seks kepada remaja di sekolah. Penglibatan dan

sokongan padu ibu bapa amat penting dalam pelaksanaan pendidikan seks di

sekolah, agar pengetahuan seks yang tepat dapat disalurkan kepada golongan

remaja yang bersikap curious, dengan izin dan mudah tercemar fikirannya oleh bahan-

bahan lucah dan anasir tidak sihat yang disebarkan melalui Internet dan media cetak.

Pihak sekolah dan guru juga perlu memainkan peranan yang lebih luas yang tidak

hanya memfokuskan kejayaan pelajar dalam bidang akademik sahaja. Bahkan perlu

juga memastikan pelajar cemerlang di dalam pembentukan sahsiah dan kepimpinan

remaja. Pelajar-pelajar yang bermasalah mestilah dikenal pasti dengan lebih awal

dan disalurkan kepada program pemulihan atau memberi kaunseling. Pendidikan

moral dan agama di sekolah perlu diperkasakan lagi bagi memberikan kesedaran

kepada generasi muda tentang pentingnya menjaga maruah dan keselamatan diri

sendiri agar tidak terjebak dalam masalah sosial terutamanya yang melibatkan kes

kelahiran anak tidak sah taraf dan pembuangan bayi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan juga perlu menubuhkan lebih banyak pusat

kaunseling dan pusat pemulihan untuk membantu remaja yang hamil akibat kelakuan

seks luar nikah. Remaja yang hamil di luar nikah perlulah diberi bantuan bagi menjalani

pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil,

tetapi yang paling utama membina kekuatan dalaman dan memberi pengisian

rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan anak yang bakal

dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat

dikurangkan walaupun tidak secara sepenuhnya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim

telah melancarkan Projek Baby Hatch ataupun Pusat Perlindungan Bayi pada 29 Mei

tahun lepas untuk menyelamatkan bayi dibuang ibu bapa yang tidak menghendaki

mereka. Kewujudan pusat perlindungan bayi ini tidak bertujuan menggalakkan kes

kehamilan luar nikah, sebaliknya ianya bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian

bayi luar nikah yang tidak berdosa itu dengan menyediakan tempat perlindungan

kepada bayi supaya mereka tidak dibuang ke dalam tandas awam, sungai, tong

sampah, semak dan sebagainya. Pusat perlindungan bayi sedemikian perlu

diwujudkan di Negeri Johor dan ianya perlu dibantu dan dipantau oleh pihak kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, NGO khasnya Persatuan-Persatuan Belia memainkan

peranan yang penting dalam menangani permasalahan ini. NGO boleh membantu

remaja menghala tujukan kehidupan mereka agar lebih terarah dan terurus. Banyak

NGO di Malaysia yang bergiat aktif bagi menangani permasalahan remaja dengan

menganjurkan pelbagai program dan aktiviti remaja, contohnya aktiviti sukan, kem

motivasi, pasukan beruniform, program khidmat masyarakat dan sebagainya. Aktiviti-

aktiviti dan program sihat yang dianjurkan oleh NGO-NGO ini seharusnya disokong

penuh oleh semua pihak termasuklah dari pihak kerajaan sendiri. Bantuan teknikal dan

kewangan yang diperlukan oleh NGO yang menangani masalah remaja seharusnya

disalurkan kepada mereka secara yang paling optima.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, media masa khasnya media baru memainkan

peranan yang sangat penting terhadap apa yang telah dan sedang berlaku pada

Page 455: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

455

ketika ini. Kandungan laman-laman web Internet perlu dipantau dan ditapis supaya

laman-laman web yang berisi kandungan lucah dan kotor dapat disekat. Sebelum

nasi menjadi bubur, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah proaktif terhadap

pihak media, khasnya media baru untuk mengelakkan minda golongan remaja kita

diracuni dengan bahan-bahan media yang kotor dan tidak sihat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, prevention is better than cure, dengan izin, mencegah

lebih baik daripada merawat. Setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum

haruslah bersatu padu, berganding bahu dan menggembleng tenaga dalam usaha

mencegah dan membanteras masalah anak luar nikah dan pembuangan bayi oleh

golongan remaja supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius lagi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan kata-kata ini saya mengakhiri ucapan

penangguhan saya. Sekian, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha, terima kasih. Yang Berhormat Encik Lau Chin Hoon, jemput.

Y.B. Encik Lau Chin Hoon (Pemanis) : Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli

sidang Dewan sekalian. Terima kasih di atas kesempatan yang diberi kepada saya

untuk menyampaikan Ucapan Tangguhan. Dan, ada tiga perkara disebut yang saya

ingin, izinkan saya sentuh dan menarik perhatian Dewan :

1. Transformasi Persatuan Ibu bapa dan Guru

2. Melaksanakan agenda yang mendekatkan produktiviti masyarakat

3. Memperkasakan pertubuhan bukan kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pada pendapat saya ketiga-tiga elemen itu amat

kritikal untuk mempertanggungjawabkan rakyat dan mengupayakan komuniti. Di

mana kita, itu pada pendapat saya merupakan satu usaha yang amat diperlukan

untuk menjana tenaga yang berterusan demi kesejahteraan negara.

Untuk perkara pertama, Transformasi PIBG. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya

cadangkan supaya kerajaan memberikan satu latihan dan pendidikan berkenaan

dengan pengurusan PIBG sebagai sebuah institusi dan NGO yang benar-benar

berkesan, dan juga digalakkan supaya PIBG dapat diupayakan untuk bekerjasama

dengan masyarakat membentuk satu bentuk sinergi yang kita boleh anggap komuniti

itu untuk pendidikan dan pendidikan itu untuk komuniti.

Kedua, saya cadangkan supaya kerajaan menjadikan PIBG sebagai landasan untuk

Kementerian Pelajaran menerangkan kepada ibu bapa dan masyarakat berkenaan

sebarang perubahan terhadap dasar atau kurikulum pengajaran dan pembelajaran

yang hendak dilaksanakan di sekolah.

Perkara ketiga dalam Transformasi PIBG ialah kerajaan perlu lengkapkan PIBG supaya

ia dapat berfungsi sebagai tempat untuk memberikan pendidikan lanjutan dan

berterusan kepada ibu bapa dan masyarakat. Jadi menerusi PIBG, ibu bapa dan

masyarakat tidak akan putus hubungan dengan dunia menimba ilmu dan melalui

pendidikan sebegitu, ibu bapa akan dapat memainkan peranan sebagai pendidik

yang berkesan dan dapat mempertingkatkan kandungan ilmu dalam masyarakat.

Page 456: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

456

Yang Berhormat Dato’ Speaker, perkara kedua ialah Melaksanakan Agenda Yang

Mendekatkan Produktiviti Masyarakat. Dalam hal ini, saya percaya negara

memerlukan rakyatnya menjadi produktif untuk memacu pembangunan bukan sahaja

dalam bidang ekonomi, malah dalam bidang-bidang yang melibatkan sosial dan

kemasyarakatan. Dengan ini saya menyeru agar agenda peningkatan produktiviti

dan kualiti ini diserap dalam setiap misi, visi, dasar perancangan dalam segenap

lapisan masyarakat dan entiti pertubuhan di negara ini. Saya juga ingin

mencadangkan sekali lagi supaya mewujudkan satu Unit Kemajuan Ekonomi dan

Produktiviti pada peringkat daerah yang memfokus untuk membangun pembangunan

ekonomi dan peningkatan produktiviti setempat.

Perkara ketiga ialah Memperkasakan Pertubuhan Bukan Kerajaan. Untuk ini, saya

mencadangkan agar fungsi NGO diperkasakan lagi, perlunya ada satu kementerian

ataupun agensi khusus bagi menyelaras dan membantu pembangunan NGO di

negara ini. Pada masa sekarang ini, fungsi tidak dapat dimainkan oleh Pendaftar

Pertubuhan semata-mata. Satu sistem penilaian juga perlu diwujudkan bagi

memastikan bahawa setiap NGO melaksanakan sistem pengurusan dan

pembangunan program secara terus dan berkesan. Kerajaan mempunyai

tanggungjawab memantapkan NGO dan memilih yang benar-benar berfungsi untuk

memikul tanggungjawab tertentu. Ini akan menjadikan setiap NGO fokus terhadap

apa yang hendak mereka capai dan laksanakan. Dan, kita juga perlu untuk melatih

NGO agar mereka dapat melahirkan pekerja sosial yang benar-benar berkualiti dan

wujudkan satu struktur kerjaya untuk pekerja sosial sepenuh masa yang mantap.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebagai kesimpulan, saya anggap sebagai

agenda awal, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memberikan sumber yang

bersesuaian dan menurunkan kuasa tertentu bagi memastikan agenda

Mentransformasi PIBG, Mendekatkan Produktiviti Dalam Masyarakat dan

Memperkasakan NGO dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Dengan ini,

keseluruhan sistem di dalam negara ini akan dapat dimantapkan menerusi kerjasama

antara kerajaan dan NGO setempat dan dapat diwujudkan satu keadaan di mana

komuniti yang sebagaimana saya sebut awal tadi, komuniti yang berupaya, rakyat

bertanggungjawab untuk rela memikul tanggungjawab dan memperkukuhkan dan

dapat menikmati demokrasi yang wujud. Dengan ini, terima kasih Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, oleh sebab Yang Berhormat daripada DUN Kukup, Datuk

Othman tidak berapa anu, nak ucap, dia maklumkan pada saya, dengan ini saya

beralih terus kepada Yang Berhormat Datuk Haji Abd. Aziz bin Sapian, jemput.

Dialukan lagi, siapa tak nak?

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang pertama, marilah kita

mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat kita bersama-

sama menjalankan tanggungjawab serta amanah untuk rakyat dan negeri pada

Page 457: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

457

Persidangan Dewan Negeri Bagi Penggal Yang Keempat pada kali ini. Terima kasih

kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana telah memberikan saya peluang untuk

memberikan ucapan dalam sesi ucapan penangguhan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker serta Ahli Dewan yang dihormati sekalian. Terlebih

dahulu di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin menyeru kepada Ahli-Ahli Yang

Berhormat serta diri saya sendiri agar mereka insaf dengan penuh kesedaran bahawa

negeri dan negara kita ini berada di dalam suasana aman, makmur serta rakyat yang

sejahtera, sedang di negeri lain pula telah berlaku berbagai musibah alam seperti

kemarau, banjir besar, tsunami dan sebagainya di mana menyebabkan kehilangan

banyak nyawa, mahu atau tidak mahu, kejadian tersebut adalah kejadian alam

semula jadi dengan izin dan kehendak Allah SWT. Namun begitu, terdapat juga

musibah yang disebabkan oleh penindasan oleh pemimpin sesebuah negara kepada

rakyatnya sehingga menyebabkan rakyat menerima kesan yang tidak baik. Sehingga

dalam satu tempoh masa tertentu apabila mereka tidak boleh bertahan lagi, mereka

bangkit bertindak menjatuhkan kerajaan sama ada melalui cara demokrasi atau

kekerasan.

Ada juga negara yang mengalami masalah ekonomi, begitu serius sehingga menjadi

muflis disebabkan sikap pemimpin politik yang berkuasa kononnya untuk membela

rakyat dan majukan negara apabila mendapat kuasa, tetapi sebaliknya mereka ini

sebenarnya hendak mendapat jawatan untuk kepentingan diri dan juga individu

tertentu sahaja. Masalah ini dapat kita lihat di negara maju seperti di Benua Amerika

dan juga Eropah. Tidak cukup di dalam negara mereka sendiri, harta negara lain juga

mereka ingin rompak dan mengambil pendekatan pecah dan perintah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker serta Ahli Dewan yang dihormati sekalian, setelah 54

tahun merdeka, Malaysia telah dipimpin oleh pemimpin yang hebat, yang mempunyai

pemikiran yang melangkaui zaman. Sehingga pada hari ini, kita mendapat nikmat

daripada keikhlasan mereka untuk mensejahterakan rakyat serta memakmurkan

negara. Faktanya ialah kerajaan kepimpinan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh

UMNO, MCA dan MIC di dalam tempoh 54 tahun merdeka telah berjaya

mengurangkan kadar kemiskinan rakyat sehingga 5%.

Dalam tempoh tersebut juga, kerajaan kepimpinan Barisan Nasional telah berjaya

mewujudkan peluang pekerjaan di dalam bidang yang profesional kelas pertama

sehingga pra profesional. Melahirkan ramai ahli korporat malahan menduduki dalam

senarai teratas dalam ahli korporat di rantau Asia. Menaikkan taraf pendidikan anak-

anak Malaysia sehingga universiti pendidikan tinggi awam, melahirkan ramai siswa dan

siswi lepasan ijazah yang sentiasa bertambah pada setiap tahun. Kejayaan tersebut

bukanlah datang dengan sendiri, tetapi hasil daripada kebijaksanaan pemimpin

Barisan Nasional dari yang terdahulu sehingga yang ada pada masa sekarang. Dan,

ianya akan terus berkesinambungan kerana dilapisi generasi kepimpinan yang telah

dilatih oleh pemimpin yang terdahulu.

Yang Berhormat Dato’ Speaker serta Ahli Dewan yang dihormati sekalian, di

kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih serta merakamkan ucapan

tahniah saya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Razak,

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Pertama kerana telah

Page 458: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

458

membentangkan Bajet 2012 yang dianggap pembentangan bajet yang terbaik di

antara pembentangan bajet sebelum ini. Pengumuman Bajet 2012 akan dapat

membantu meringankan beban rakyat terhadap krisis ekonomi global yang dijangka

kesannya terhadap Malaysia pada tahun hadapan.

Saya amat yakin rakyat merasa bertuah dan berterima kasih kepada kerajaan

kepimpinan Barisan Nasional kerana telah menyalurkan bantuan persekolahan anak-

anak RM100.00 setiap seorang untuk persediaan persekolahan pada tahun hadapan.

Eloknya bantuan ini tidak hanya kepada murid-murid daripada keluarga miskin atau

sederhana, malahan tidak terkecuali kepada murid-murid dari kalangan keluarga

yang berpendapatan tinggi dan anak-anak parti pembangkang juga.

Bagi keluarga yang berpendapatan rendah di bawah RM3,000.00 pula, pada tahun

2012 mereka berhak menerima bantuan sebanyak RM500.00 setiap keluarga. Inilah

yang dikatakan, ‘kata dikota, janji ditepati’ yang bersesuaian dengan prinsip kerajaan

pada hari ini iaitu, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Sebaliknya, apa

yang bertentangan oleh pembangkang dalam Bajet Buku Jingga mereka ialah

penipuan kepada rakyat semata-mata. Sehingga pada hari ini, apa yang ditulis dan

dicetak di dalam buku tersebut masih tidak berjaya dilaksanakan walau pun parti

pembangkang telah berjaya memerintah empat negeri.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dato’ Speaker, Dato’ Speaker, bantahan menurut

Peraturan 34 sebab dia kata Buku Jingga itu penipuan. Saya nak penjelasan daripada,

ulasan daripada..

Y.B Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Kamu mana tahu tu..

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Tipulah pasal dia

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Pasal dia tak menghormati parti pembangkang...

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok Yang Berhormat.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Apa yang dia kata itu satu penipuan. Kata itu

Perlembagaan Persekutuan, itu penipuan. Kita minta...

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Penjelasan daripada ...

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : ‘Siakap senohong gelama ikan

duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri’.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dia kena jelas....

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat...

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Itu penipuan.

Page 459: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

459

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat teruskan ajelah, tak payah sebutkan apa lagi.

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dia belum baca Buku Jingga lagi itu.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker

dan Ahli Dewan yang dihormati sekalian, saya rasa amat dukacita terhadap

kenyataan kepimpinan daripada parti pembangkang di mana usaha kerajaan

mewujudkan Kedai 1Malaysia telah dipolitikkan. Pemikiran pemimpin parti

pembangkang tidak lagi normal apabila usaha mewujudkan Kedai 1Malaysia oleh

kerajaan mendapat kritikan negatif daripada parti pakatan khususnya DAP.

Kewujudan Kedai 1Malaysia terbukti telah dapat menjimatkan harga barangan

keperluan asas sehingga 40%. Sudah tentu usaha kerajaan ini dapat menjimatkan

perbelanjaan keperluan harian rakyat selain dapat lebihan simpanan berbanding

sebelum ini. Perkara ini telah pun diakui oleh rakyat malahan telah mendapat

permintaan yang tinggi daripada beberapa negeri termasuklah di negeri yang

dipimpin oleh parti pembangkang.

Kepada pemimpin parti pembangkang, saya ingin berpesan, janganlah menjadi

‘ayam jantan yang berkokok membidang dada tetapi duburnya bergelumuran

dengan najis sendiri’, ‘kuman di seberang laut anda boleh dilihat, tetapi gajah di

depan mata tidak perasan’. Janganlah diprejudiskan negara dan rakyat demi untuk

mencapai cita-cita politik, sepatutnya telah menjadi contoh dan iktibar kepada kita

dengan apa yang telah berlaku kepada negara yang telah ditimpa musibah

disebabkan perjuangan politik yang bertunjangkan kepentingan peribadi dan puak

tertentu. Tidak ada sesiapa yang akan mendapat keuntungan malahan negara akan

menjadi kucar-kacir dan rakyat menjadi tidak keruan.

Y.B. Dato’ Speaker : Masa cukup.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Y.B. Dato’ Speaker : 10 minit.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Ganti Yang Berhormat

daripada...

Y.B. Dato’ Speaker : Tak, dah cukup 10 minit. Ha, yalah.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Terima kasih Yang Berhormat

Dato’. Sebelum saya akhiri, sekali lagi saya tambah sikit lagi...

Y.B. Dato’ Speaker : Eh, dah cukup 10 minit, mana boleh main tambah-tambah, tak

ada dalam teks.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yalah, ada dalam teks lagi ni.

Y.B. Dato’ Speaker : Hmmm, dah.

Page 460: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

460

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Seperkara lagi pihak

pembangkang saya ingin bertanya, terdesak sangatkah..

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Bantahan Yang Berhormat Dato’ Speaker, ni bukan

ceramah,

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat...

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Ini retorik politiklah, ini Ucapan Penangguhan...

Y.B. Dato’ Speaker : Ha yalah.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Bukan untuk menyerang pakatan. Ini ucapan...

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, masa dah cukup.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Y.B. Dato’ Speaker : Ini Ucapan Penangguhan...

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Dia takut dia ceramah kat luar, orang tak datang.

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat, Yang Berhormat dah habis tempoh masa.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Saya ingat dia kena repair juga

pergi kat anu..

Y.B. Dato’ Speaker : Tak, dia ni bukan bahas Yang Berhormat.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

saya akhirkan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sebelum saya akhiri..

Y.B. Dr. Boo Cheng Hau (Skudai) : Jangan ceramah dekat sinilah...

Y.B. Dato’ Speaker : Yang Berhormat...duduklah. Tak payah kacaulah. Ok Yang

Berhormat dah habis masa.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Ok, sebelum saya mengakhiri,

sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’

Speaker atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk berucap di dalam sesi

Ucapan Penangguhan Persidangan kali ini.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Marilah dalam sesi ucapan,

marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT agar negeri dan negara yang kita

cintai ini sentiasa dalam perlindungan dan rahmat-Nya.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok.

Page 461: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

461

Y.B. Datuk Haji Abd. Aziz bin Haji Sapian (Nusajaya) : Sekian, saya akhiri ucapan saya

dengan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Y.B. Dato’ Speaker : Waalaikumussalam. Yang Berhormat...

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Kita minta jangan ketuk meja lah, kita tak boleh

balaslah.

Y.B. Dato’ Speaker : Encik Vidyananthan a/l Ramanadhan jemput. Nak jawab?

Y.B. Encik Ng Lam Hua (Mengkibol) : Minta jangan kutuk kita, kita tak boleh balas apa-

apa.

Y.B. Dato’ Speaker : Ha yalah tak payah, tak apalah dah lepas.

Y.B. Encik Ong Kow Meng (Senai) : Keadilan tak ada Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok, ok.

Y.B. Encik Gwee Tong Hiang (Bentayan) : Kasi kita last, satu lah, boleh?

Y.B. Encik Vidyananthan a/l Ramanandhan (Kahang) : Salam sejahtera dan salam

1Malaysia. Secara umumnya konsep 1Malaysia adalah gagasan yang meminta rakyat

bersatu hati tanpa mengira kaum bersama-sama membangunkan Negara Malaysia.

Konsep 1Malaysia memerlukan integrasi nasional dan perpaduan sebenar yang

dicapai dengan mengetepikan pelbagai faktor penghalang sama ada wilayah, kaum,

taraf hidup, perbezaan budaya, agama, fahaman politik, di samping saling

menghormati dan keyakinan antara satu sama lain.

Konsep 1Malaysia bertujuan menjamin tidak ada masyarakat atau komuniti tercicir

atau terpinggir dari sebarang bentuk pembangunan yang dilaksanakan kerajaan iaitu

dengan memperjuangkan soal kemiskinan yang mesti dilihat merentasi semua kaum

sama ada di bandar, luar bandar, estet kampung, atau kumpulan orang asli.

Kesimpulannya konsep 1Malaysia tidak meminggirkan ciri-ciri kenegaraan,

perlembagaan, hak asasi dan sifat kependudukan negara ini. Ia memerlukan anjakan

pemikiran politik yang merentasi ideologi untuk melonjakkan wacana agenda nasional.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di samping kita bersyukur dengan nikmat yang kita

peroleh, adalah menjadi tanggungjawab kepada generasi hari ini mewarisi

kemudahan yang dimiliki negara kita. Kita perlu menokok tambah kejayaan yang kita

peroleh kini dengan mempertingkatkan usaha dengan lebih gigih lagi iaitu

menggunakan segala kesempatan dan kemudahan yang ada pada hari ini yang

lebih baik berbanding dahulu, terutamanya ketika zaman kita mula-mula mencapai

kemerdekaan.

Kemampuan bangsa kita kini lebih baik daripada generasi dahulu. Anak-anak muda

lebih berilmu pengetahuan, menguasai pelbagai bidang ilmu dan menjadi profesional

serta pakar dan penyelidik dalam pelbagai bidang yang hari ini menyumbang kepada

Page 462: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

462

pembangunan negara. Golongan yang berilmu pengetahuan dalam bidang sains

dan teknologi dan pelbagai profesion lain jauh lebih ramai berbanding dahulu. Ini

bermakna kemampuan kita bagi mewujudkan negara maju jauh lebih besar.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, menguasai pelbagai bidang akan memberi manfaat

kepada diri dan negara kita terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dan juga

ilmu-ilmu baru yang kini menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi seperti ICT,

bioteknologi, nanoteknologi dan lain-lain. Ini akan dapat dilakukan jika kita dapat

menokok tambah keupayaan kita dengan menguasai ilmu pengetahuan secara

berterusan. Kita harus pastikan yang apa yang kita lakukan kini adalah demi negara,

bangsa dan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ilmu pengetahuan adalah tonggak kepada

pembentukan sebuah tamadun dan pelapik asas bagi mencapai kecemerlangan.

Keutamaan kepada sistem pembangunan pendidikan, akan melahirkan tenaga kerja

berbakat, berkemahiran tinggi dan mempunyai daya kreativiti serta berinovatif.

Program Memperkasakan Pendidikan Awal, Memantapkan Pendidikan Sekolah

Rendah dan Menengah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan, Memperkasakan Institusi

Pengajian Tinggi, Mempergiat Program Latihan dan Kemahiran dan Program Latihan

1Malaysia, akan membantu mempertingkatkan lagi tahap pendidikan dan

meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang. Namun begitu Program Latihan

tidak dapat sepenuhnya dijalankan kerana sesetengah kemahiran tersebut hanya

menyasarkan sesetengah bidang yang tidak diminati oleh golongan belia dan

sesetengah Institut Latihan tidak dapat menawarkan bidang yang mereka minati.

Adalah tanggungjawab bagi kita untuk memastikan bahawa golongan ini mendapat

kemahiran yang mereka minat melalui pemantauan setiap institut latihan yang

menawarkan latihan tersebut. Jika setiap kawasan mempunyai pusat institut latihan,

tidak terkecuali di kawasan luar bandar, program latihan 1Malaysia akan dapat

dijayakan dengan cemerlang dan akan membantu golongan belia daripada terjebak

dengan masalah sosial.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan adanya program latihan dan program-

program yang disebut di atas, maka dengan sendirinya peluang perniagaan akan

semakin meluas kerana mereka yang menyertai program tersebut dalam

mempertingkatkan lagi ekonomi juga mengambil langkah untuk memulakan

perniagaan sampingan atau tetap bagi mempertingkatkan lagi ekonomi diri serta

mempertingkatkan lagi kehidupan masing-masing. Di samping itu juga, kerajaan juga

menawarkan pinjaman bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan

dengan pelbagai cara. Dengan kewujudan peluang perniagaan dan pelbagai sektor

ini, maka dengan sendirinya peluang perniagaan akan terbuka. Jika, kita akan dapat

melihat jika peluang perniagaan semakin meluas dan kadar pengangguran juga akan

berkurangan sekali gus kira ini akan dapat membantu ekonomi Negara.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, “Negara Maju Negeri Maju” itulah slogan yang patut

diamalkan di setiap negeri. Bagi mencapai pembangunan yang mampan, kerajaan

telah mewujudkan satu program di mana setiap kawasan luar bandar juga akan

mengecapi pembangunan seperti kawasan Bandar. Program Transformasi Luar Bandar

atau RTP merupakan pelengkap program transformasi menyeluruh Negara. program ini

Page 463: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

463

akan menarik minat pelabur swasta menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan

ekonomi akan melonjak tinggi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan juga telah mengambil inisiatif untuk

melaksanakan Program Lonjakan Mega Luar Bandar. Program Agropolitan adalah

dalah satu program lonjakkan mega luar bandar yang melibatkan tanaman komoditi

penanaman kontan dan ternakan ikan sangkar. Program Agropolitan ini bertujuan

memastikan setiap kawasan mempunyai hasil yang berbagai yang mampu menaikkan

ekonomi sesebuah negeri di samping dapat mempertingkatkan taraf kehidupan

penduduk di sesuatu kawasan. Dengan peruntukan RM110,000,00.00, program

Agropolitan ini hanya terdapat di 11 kawasan. Mengapa kita tidak merebut peluang ini

bagi memajukan negeri kita?. Adakah kita hanya mahu melihat tanpa mengambil

apa-apa inisiatif?. Di negeri kita terdapat banyak kawasan-kawasan yang sesuai bagi

projek tersebut dan mengapa kita tidak menambah lagi bilangan kawasan program

projek Agropolitan ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan amat komited terhadap usaha memajukan

sektor pertanian kerana sektor ini mempunyai masa depan yang cerah walaupun

berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran. Sektor ini akan kekal sebagai teras

ekonomi dan pemangkin kepada perkembangan pengeluaran Negara. Justeru

penglibatan golongan muda khususnya lepasan Institusi Pengajian Tinggi amatlah

dituntut sebagai penggerak utama industri asas tani.

Y.B. Dato’ Speaker : 1 minit lagi

Y.B. Encik Vidyanathan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

kerajaan juga telah memperuntukkan RM1.8 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar

dan Program Jalan Perhubungan Desa. Bagi membina 2,749 kilometer, jalan-jalan raya

yang akan membawa manfaat kepada 1.76 juta penduduk luar bandar. RM2.1 bilion

diperuntukkan bagi bekalan air bersih kepada 200,000 rumah serta RM1.1 bilion untuk

bekalan elektrik di kawasan luar bandar kepada 9,000 rumah. Bagi menghapuskan

jurang bandar dan luar bandar, pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan bagi

kemajuan sesuatu kawasan di mana setiap Wakil Rakyat harus diberi peranan yang

penting bagi membangunkan kawasan masing-masing melalui peruntukan yang telah

pun diberikan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan telah membuka peluang kepada pelabur-

pelabur swasta bagi membuat pelaburan dalam sesuatu sektor untuk membantu

menunaikan ekonomi negeri. Pelabur swasta juga harus memastikan projek-projek

dijalankan pada skala komersial. Aspek pengurusan ini harus dijalankan oleh syarikat

swasta tanpa menggugat kedudukan hak milik tanah malah pemilik akan berpeluang

memperolehi pendapatan yang lebih tinggi hasil daripada pulangan pertanian

berskala besar tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, jika tiada jurang membabitkan ekonomi penduduk

luar bandar dan bandar sesebuah negeri akan maju kerana masalah ekonomi

penduduk di sesuatu kawasan tidak akan timbul dan seterusnya negeri tersebut akan

maju.

Page 464: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

464

Y.B. Dato’ Speaker : Ok

Y.B. Encik Vidyanathan a/l Ramanadhan (Kahang) : Yang Berhormat Dato’ Speaker,

sebagai akhir, dengan pendekatan tersebut, pihak bertanggungjawab juga

hendaklah diberi kuasa sepenuhnya bagi pembangunan ekonomi sesuatu kawasan

pentadbiran dengan ketulusan. Kerajaan negeri pula memainkan peranan penting di

mana peruntukan telah diberikan oleh Kerajaan Pusat diguna pakai untuk

pembangunan ekonomi sesuatu kawasan dalam negeri tersebut. Bagi menjadikan

negeri maju di samping tidak keciciran, pembangunan ekonomi dan mampu bersaing

dengan negeri lain, marilah kita bersatu padu memajukan negeri kita.

Y.B. Dato’ Speaker : Ok

Y.B. Encik Vidyanathan a/l Ramanadhan (Kahang) : Saya akhiri dengan serangkap

pantun. Datang bertandang diminta menjamu, pelbagai juadah semua setuju, semua

atlit bersatu padu, mencapai wawasan negeri maju. Sekian, terima kasih.

Y.B. Dato’ Speaker : Alhamdulillah, semua selesai. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya ucap

terima kasih, belanjawan pun telah selesai kita luluskan. Jadi ada tunggakan-

tunggakan arrears yang belum ni, dapat disegerakan. Yang kedua, saya pun ucap

terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian kerana dapat kita bersidang

walaupun ada perbahasan, biasalah dalam Dewan Negeri. Biasalah kalau ada

percakapan, biasalah dalam Dewan Negeri. Lebih baiklah kita tak sampai bertumbuk

eh. Yang ketiga, saya ucap terima kasih juga tak tau kita akan dapat berjumpa lagi

tak Dewan akan datang, kalau pilihan raya diadakan lebih awal, saya rasa kita tak

dapat berjumpa lagi dan kalau boleh saya tak nak nengok yang ada di sebelah sana

lagi ada. Ha’ah. (Dewan ketawa).

Dengan ini saya jemput Ahli-Ahli Yang Berhormat ke jamuan tengah hari. Semua sekali

Ahli-Ahli Dewan Negeri, Ketua Jabatan, Pemerhati, Wartawan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ini saya tangguhkan ke satu tarikh yang akan

ditetapkan kemudian.

Persidangan ditangguhkan pada jam 1:15 petang.

Page 465: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

465

PEGAWAI-PEGAWAI BERTUGAS:

Jurutulis

Tuan Haji Mohd. Halim bin Hasbullah

Penolong Jurutulis

Encik Abdul Azim bin Shamsuddin

Kordinator

Encik Abdul Rahman bin Mohd. Yusof

Setiausaha Pejabat

Puan Asiah binti Moklis

Pembantu Penerbitan

Puan Malina binti Mohd. Nasir

Puan Noraisah binti Mohd. Yusof

Encik Ariff bin Abu Bakar

Pembantu Tadbir

Puan Hanita binti Mohamed

Pembantu Am Pejabat

Encik Razine bin Sulaiman

Encik Mohd. Hassan bin Jamian

Encik Norhayadi bin Hussien

Encik Muhamad Khirunizam bin Pahmi

Encik Mohd. Norazri bin Kasim

Encik Hamdan bin Markom

Setiausaha Pejabat

Puan Saniah binti Kassim

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Johor

Puan Azlin binti Bahrin

Pejabat Pengarah Kerja Raya Negeri Johor

Puan Junaidah binti Paing

Pejabat Pengarah Perancang Bandar dan

Desa Negeri Johor

Puan Zahiti binti Muhammad Hamdi

Pejabat SUKJ Bahagian Kerajaan Tempatan

Puan Siti Rojimah binti Abd. Razak

Pejabat Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran

Page 466: PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012 ......2011/12/19  · 1 PENYATA RASMI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2012) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 HARI PERTAMA

466

Puan Suriati binti Abdul Hajar

Pejabat Y.B. Pegawai Kewangan Negeri

Puan Nurzamila binti Sapie

Pejabat Bendahari Negeri Johor

Puan Nurul Ain binti Zainal Abidin

Pejabat Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Johor

Puan Norliza binti Md. Aris

Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor

Puan Haironisha binti Zainal Abidin

Pejabat Menteri Besar Johor

Puan Hazmaliza binti Hassan

Pejabat Ketua Penolong Setiausaha

SUK Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Puan Nordalila binti Dahlan

Pejabat Timbalan Pengarah Agama

Puan Fakhrinnazia binti Fuad

Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor

Puan Iza Hasima binti Mohamad Hashim

Pejabat Ketua Penolong Setiausaha SUK Bahagian Pengurusan

Puan Sarimah binti Said

Pejabat Tanah Dan Galian Johor

Puan Aida binti Idris

Pejabat Pengarah Landskap Negeri Johor

Puan Nur Adeliah binti Abidi

Pejabat Pengarah BAKAJ Negeri Johor

Rakaman

Encik Abdul Rahman bin Elias

Jabatan Penerangan Negeri Johor

Encik Ahmad Jauzi bin Adnan

Jabatan Penerangan Negeri Johor

PEJABAT DEWAN NEGERI

Johor

13 Januari 2012