penyakit tidak berjangkit (ncd)

11
PENGENALAN Penyakit tidak Berjangkit (Non-Communicable Diseases) merupakan ancaman kesihatan baharu di negara ini dengan peningkatan jumlah pesakit saban tahun. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penyakit tak berjangkit (PTB), kebanyakannya adalah penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan dari seorang individu kepada individu yang lain. Penyakit-penyakit ini biasanya berkembang perlahan-lahan dan bertahan untuk masa yang lama, selalunya sepanjang hayat. Penyakit tidak berjangkit dapat dibahagikan kepada beberapa kategori yang utama dan telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan masyarakat. Antara kategori tersebut ialah : a) Penyakit kardiovaskular (jantung dan salur darah) seperti serangan jantung, strok, tekanan darah tinggi/hipertensi, hiperkolesterolemia/kolesterol tinggi) b) Barah/kanser c) Penyakit pernafasan kronik seperti penyakit peparu sesak/tersumbat yang kronik dan lelah d) Diabetes/kencing manis e) Penyakit mental f) Penyakit yang berkaitan dengan atau disebabkan oleh kecederaan yang pernah dialami Masalah ini merupakan isu yang kritikal kerana penyakit ini berkait rapat dengan gaya hidup seseorang itu sendiri. Apa yang membimbangkan ialah masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa mereka telah menghidap NCD selain masih juga yang tidak sedar mengenai risiko penyakit ini dengan menganggap ia sebagai remeh.Cara pemakanan seseorang dilihat sebagai faktor utama yang menjadi punca penyakit sebegini selain gaya hidup sedantari yang tidak sihat sama sekali.

Upload: ameerul-syarief

Post on 11-Dec-2015

75 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

GKK1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan

TRANSCRIPT

Page 1: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

PENGENALAN

Penyakit tidak Berjangkit (Non-Communicable Diseases) merupakan ancaman kesihatan

baharu di negara ini dengan peningkatan jumlah pesakit saban tahun. Menurut Pertubuhan

Kesihatan Sedunia, penyakit tak berjangkit (PTB), kebanyakannya adalah penyakit kronik yang

tidak boleh disebarkan dari seorang individu kepada individu yang lain. Penyakit-penyakit ini

biasanya berkembang perlahan-lahan dan bertahan untuk masa yang lama, selalunya

sepanjang hayat.

Penyakit tidak berjangkit dapat dibahagikan kepada beberapa kategori yang utama dan

telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan masyarakat. Antara kategori tersebut ialah :

a) Penyakit kardiovaskular (jantung dan salur darah) seperti serangan jantung,

strok, tekanan darah tinggi/hipertensi, hiperkolesterolemia/kolesterol tinggi)

b) Barah/kanser

c) Penyakit pernafasan kronik seperti penyakit peparu sesak/tersumbat yang

kronik dan lelah

d) Diabetes/kencing manis

e) Penyakit mental

f) Penyakit yang berkaitan dengan atau disebabkan oleh kecederaan yang

pernah dialami

Masalah ini merupakan isu yang kritikal kerana penyakit ini berkait rapat dengan gaya hidup

seseorang itu sendiri. Apa yang membimbangkan ialah masih ramai rakyat Malaysia yang tidak

sedar bahawa mereka telah menghidap NCD selain masih juga yang tidak sedar mengenai

risiko penyakit ini dengan menganggap ia sebagai remeh.Cara pemakanan seseorang dilihat

sebagai faktor utama yang menjadi punca penyakit sebegini selain gaya hidup sedantari yang

tidak sihat sama sekali.

Menurut kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia(A Prioritized Agenda for

Prevention and Control of Noncommunicable Diseases,2011),sebanyak 36 billion kematian

direkodkan akibat daripada NCD. Angka tersebut mewakili dua pertiga daripada jumlah

kematian global dan kebanyakkannya terjadi di negara berpendapatan sederhana dan rendah.

29% daripada kematian tersebut terjadi kepada mereka yang berumur kurang daripad 69 tahun.

Page 2: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

KANSER

1.Pengenalan

Kanser merupakan penyakit yang telah dikenal pasti sejak dahulu lagi dan terdapat

rekod mengenai kanser yang berusia 2500 sebelum masihi. Namun begitu,kajian secara

terperinci telah dibuat oleh seorang zoologis Jerman, Theodor Boveri. Beliau telah menemui

struktur sel kanser dan menamakannya pada tahun 1902. Menurut kajian beliau,beliau

berpendapat bahawa mutasi krosmosom menyebabkan pertambahan jumlah sel dan

menyebabkan pertumbuhan tanpa batasan dan boleh diwarisi secara keturunan.Hasil kajian

tersebut mendapat konklusi di mana kanser mungkin disebabkan radiasi,tindakbalas kimia dan

serangan patogen.

2.Punca penyakit

Dr. Peter Kovacic mengulas dalam bukunya, Current Medicinal

Chemistry(2001),daripada banyak teori penyebab kanser yang diutarakan oleh para

saintis,hanya teori tekanan oksidatif sahaja yang terbukti kebenarannya. Tekanan oksidatif

merupakan satu situasi di mana  jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan

tubuh untuk meneutralkannya(Chandra et al,2015). Apabila situasi ini terjadi,sel tubuh

mengalami kadar pengoksidaan yang tinggi dan menyebabkan lebih banyak kerosakan sel lalu

menjadi punca mutasi sel di mana DNA tubuh mengalami perubahan akibat tindak balas

dengan radikal bebas atau karsinogen. Sistem imuniti badan akan cuba membaiki sel yang

rosak namun mutasi sel menjadi di luar kawalan dan mampu menyerang sel yang lain di mana

mana bahagian tubuh.

3.Simptom penyakit

Penyakit kanser atau barah memiliki beberapa tanda tanda awal yang menjadi simptom

seseorang itu menghidap kanser. Berikut merupakan antara tanda tanda awal kanser.

a) Ketulan pada payu dara yang muncul secara tiba tiba.

b) Batuk melebihi 3 minggu,sukar bernafas dan sakit dada.

c) Muntah dan sakit perut tanpa sebab yang munasabah.

d) Sakit pada bahagian abdomen dan dubur.

e) Pendarahan sewaktu kencing,di lubang dubur,sewaktu batuk dan muntah

f) Hilang berat badan secara tiba tiba

g) Tahi lahat yang gatal,berkerak serta berdarah(simptom kanser kulit)

Page 3: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

4.Rawatan dan cara mengatasi kanser

Kanser dapat dirawat dengan menggunakan kaedah kemoterapi.Kemoterapi melibatkan

penggunaan bahan kimia bagi memusnahkan sel kanser dalam tubuh.Kaedah ini dibuat secara

berperingkat menerusi kitaran rawatan. Kaedah ini dilihat sebagai kaedah paling berkesan

namun begitu bahan kimia yang digunakan bukan sahaja memusnahkan sel kanser malah sel

sel yang sihat di sekitar sel tersebut. Hal ini menyebabkan kesan sampingan seperti kehilangan

rambut,kerosakan organ seperti hati,jantung dan buah pinggang,mandul dan sebagainya.

Bagi mengatasi kanser sebelum ia merebak,pengambilan makan antioksidan perlu dititik

beratkan bagi mengurangkan tekanan oksidatif sel dan mengurangkan risiko kanser pada masa

yang sama.Elakkan merokok kerana hampir keseluruhan bahan yang digunakan dalam rokok

bersifat karsinogen. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan yang seimbang

serta mengikut piramid makanan. Kekal aktif dan banyakkan bersenam bagi menyingkirkan

toksik dalam badan yang mungkin bersifat karsinogen melalui perpeluhan. Dengan ini,risiko

kanser dapat dikurangkan dan kehidupan yang sihat dapat dicapai.

Page 4: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

PENYAKIT ALZHEIMER

1.Pengenalan

Alzheimer merupakan penyakit yang ditemui oleh Dr. Alios Alzheimer pada 1906 dan

diberi nama sempena nama beliau.Penyakit ini merupakan penyakit penurunan fungsi saraf

otak yang menjadi semakin teruk mengikut perkembangan usia (Burns,2009).Dalam

perubatan,penyakit ini dikelaskan dalam golongan nyanyuk(dementia) di mana pengidap

mengalami masalah pengurangan kebolehan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan,

perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal.Penyakit ini terjadi apabila protein

yang memastikan perkembangan sel otak terus hidup dan berkembang terputus dan terkumpul

di dalam tengkorak.Mereka yang menghidap Alzheimer mengalami perubahan bentuk otak di

mana otak mengecut dan tidak mampu berfungsi dengan baik lalu menjejaskan sistem

saraf.Mereka yang menghidap Alzheimer akan hilang keupayaan urus diri dan terpaksa

bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

2.Punca Penyakit

Hingga kini,para saintis gagal menemui punca sebenar bagaimana Alzheimer boleh

terjadi kepada seseorang.Kebanyakkan punca yang dikemukakan oleh para pengkaji hanya

hipotesis dan tidak mampu menjurus kepada punca sebenar Alzheimer.Salah satu hipotesis

yang dikemukakan ialah apabila protein amyloid beta yang menjadi sumber kehidupan sel

mengurai dan terkumpul bersama protein tau dan membentuk plak,Sel neuron yang yang

kehilangan sumber untuk terus hidup menjadi mati dan mengecut.Hal ini menyebabkan fungsi

tubuh seseorang yang dikawal oleh beberapa bahagian otak terganggu dan tidak

berfungsi( Priller, Bauer, Mitteregger, Krebs, Kretzschmar dan Herms,2006) .Jika seseorang itu

pernah mengalami kemalangan di kepala,mengalami masalah obesity ataupun darah

tinggi,risiko untuk mendapat Alzheimer akan meningkat (Burns,2009).

3.Simptom penyakit

Penyakit Alzheimer merupakan penyakit yang mudah dikenal pasti memandangkan

simtom yang dialami penghidap agak ketara.Berikut merupakan beberapa contoh simptom

Alzheimer.

a) Mengalami kehilangan memori jangka pendek

b) Kesukaran dalam berbahasa

c) Hilang arah tuju dan lupa tentang keberadaan diri

Page 5: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

d) Masalah gangguan emosi

e) Hilang keyakinan diri

f) Tidak mampu mengurus diri

g) Masalah tingkah laku tidak normal

(Burns,2009)

4.Rawatan dan cara mengatasi Alzheimer

Hingga kini,masih tiada rawatan khusus bagi mengubati masalah Alzheimer.Pengambilan

ubat ubatan dilihat sebaga cara paling berkesan pada masa kini namun masih tiada tanda-

tanda bahawa ubat-ubatan mampu menghalang atau melambatkan perkembangan penyakit

Alzheimer.Ubat ubatan antipsikotik turut digunakan bagi mengawal agresif penghidap dan

gangguan mental yang dialami.namun begitu,ubat ubat sebegini membawa kesan sampingan

seperti strok,kesukaran bergerak dan gangguan kemahiran kognitif (Ballard et al,2009)

Bagi mengatasi penyakit ini sebelum ia terjadi,amalan gaya hidup sihat perlu

diamalkan.Amalkan aktiviti senaman yang teratur bagi melancarkan peredaran darah ke seluruh

badan hingga ke otak.Dengan bersenam,jantung akan mengepam darah dan oksigen yang

mencukupi serta menyingkirkan kolestrol dalam tubuh. Selain itu,amalkan pemakanan yang

seimbang kerana pengambilan nutrisi yang betul akan meningkatkan kemahiran kognitif dan

mengurangkan risiko Alzheimer.Banyakkan aktiviti yang menggunakan akal fikiran seperti

bermain catur,menghafal,mengira dan sebagainya agar otak tidak mudah mati dan kurang

berfungsi.

Page 6: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

EPILEPSI

1.Pengenalan

Epilepsi merupakan sekumpulan penyakit saraf yang menyebabkan sawan (Chang dan

Lowenstein,2003) Epilepsi berlaku apabila aktiviti sel di dalam otak terganggu lalu

menyebabkan sawan di mana penghidap akan menjadi kejang dan tidak mampu bergerak.Kira

kira 1% penduduk dunia mengalami epilepsi dan hampir 80% berlaku di negara membangun.

Penyakit ini sering terjadi kepada kanak-kanak dan orang tua namun begitu dalam era yang

membangun masa kini,epilepsi turut berlaku kepada remaja dan mereka yang berada dalam

umur pertengahan.

2.Punca epilepsi

Epilepsi dikaitkan dengan dengan hasil daripada kecedaraan otak,tumor otak,strok dan

salah guna bahan.Punca-punca ini akan mengganggu perjalanan sel otak lalu mewujudkan

situasi di mana pesakit diserang sawan lalu mengalami kekejangan.

3.Simptom Epilepsi

Terdapat beberapa simptom yang berlaku jika seseorang itu mengalami serangan

sawan epilepsi. Berikut merupakan simptom yang terjadi dan perlu diambil tindakan dengan

segera.

a) Tiba-tiba menjadi diam

b) Keliru dan hilang kesedaran secara tiba-tiba

c) Kaki dan tangan menjadi keras dan kejang

d) Kaki dan tangan menyentak-nyentak

e) Tiba-tiba jatuh ke lantai dan kaku

4.Rawatan dan cara mengatasi epilepsi

Penyakit ini mampu dikawal dengan pengambilan ubat ubatan (Eadie,2012).Jika ubat

ubatan tidak berkesan,pembedahan,rawatan stimulasi saraf dan perubahan diet pemakan boleh

dipertimbangkan sebagai kaedah rawatan.Diet ketogenik juga boleh diamalkan dengan

pengambilan diet yang tinggi lemak, rendah karbohidrat dan protein mencukupi .Diet sebegini

memberi kesan seawal dua minggu dan mengurangkan kadar berlakunya sawan epilepsi

(Liu,2008).

Page 7: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Serangan sawan epilepsi mungkin berlaku secara tiba tiba kepada pesakit dan

pertolongan cemas perlu dibuat bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Jika situasi

tersebut terjadi,gulingkan pesakit ke sisi bagi mengelakkan cecair memasuki paru-paru.Elakkan

meletakkan jari pada mulut pesakit bagi menghalang pesakit mengigit lidah kerana khuatir

pesakit akan menggigit jari anda.Apabila pesakit tidak sedarkan diri,gunakan saluran udara

nasofarinks bagi memastikan laluan udara terus terbuka dan lidah tidak akan menghalang

laluan udara ke dalam badan. Penggunaan alat ini penting kerana apabila seseorang itu tidak

sedarkan diri,otot rahang akan menjadi relaks dan lidah akan tergulung ke dalam lalu

menghalang laluan udara.Dengan menggunakan alat tersebut,laluan udara yang terus terbuka

dapat dikekalkan dan dapat terus membekalkan udara kepada badan.

Page 8: Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

REFLEKSI

Pada awal proses untuk menghasilkan kerja kursus ini,saya agak keliru dengan format

dan cara untuk menyiapkan sebuah penulisan ilmiah yang menepati syarat tugasan.Saya

memulakan tugasan ini sendiri dengan mencari maklumat di internet dan berusaha semampu

mungkin.Selepas selesai menyiapkan isi penting dalam tugasan ini,saya telah pergi menemui

pensyarah dan pensyarah telah memberi komen dan tunjuk ajar mengenai cara-cara yang

sepatutnya dilakukan dalam membuat sebuah penulisan ilmiah.Saya telah mencari bahan-

bahan rujukan di Perpustakaan Al-Basuti dan mampu memperoleh beberapa bahan yang

membantu saya melengkapkan penulisan ini.

Alhamdulillah,berkat usaha dan kegigihan bertanya kepada senior dan

pensyarah,tugasan ini telah lengkap dan menepati syarat yang dikemukakan. Dengan

ini,semoga hasil kerja kursus saya ini mendapat penilaian dan pertimbangan pensyarah dengan

sewajarnya.