penyakit berjangkit h1n1

Upload: eleyna-salvatore

Post on 04-Nov-2015

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Gerko

TRANSCRIPT

PENYAKIT PENYAKIT BERJANGKIT : Influenza A (H1N1)

1.0 PengenalanDemam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.2.0 Definisi Influenza A (H1N1)

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit pernafasan yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.3.0 Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia.Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit seperti kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan serta kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

4.0 Punca penyebaran Influenza A (H1N1)Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka. Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ketujuh selepas dijangkiti. Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

5.0 Kesan Influenza A (H1N1)

Walaupun influenza babi biasanya menyerang babi sahaja, namun turut menyebabkan penyakit di kalangan manusia. Manusia biasanya medapat jangkitan melalui sentuhan langsung kepada cecair badan babi yang sakit seperti rembesan air liur, air kencing dan najis babi. Bagi manusia, simptom-simptom jangkitan selsema babi adalah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, batuk, lemah badan dan rasa tidak selesa. Dalam kes-kes yang lebih serius, selsema babi boleh menyebabkan jangkitan paru-paru teruk yang dipanggil pneumonia yang boleh membawa kepada kematian.Jangkitan tidak terhad dari babi kepada manusia sahaja malah lebih teruk apabila ia boleh berjangkit dari manusia yang telah mendapat selsema babi kepada manusia lain yang berdekatan dengannya. Jangkitan manusia ke manusia berlaku secara langsung apabila rembesan cecair badan orang yang mendapat selsema babi seperti air liur semasa bercakap, cecair mulut dan hidung semasa batuk dan bersin terkena terus kepada orang-orang disekeliling mereka. Secara tidak langsung apabila kita tersentuh permukaan seperti meja, tombol pintu, kertas tisu dan tangan semasa bersalam yang telah tercemar dengan virus ini.6.0 Cara Menghindari Penyakit Influenza A (H1N1)Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Sentiasa berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit. CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi pil, cecair ataupun ubat sedut yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan.7.0 Rujukan

INFLUENZA A (H1N1), http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/3392-selesema-babi-atau-swine-flu.html Diakses pada 12 Julai 2015. TANDA DAN CARA MENGATASI PENYAKIT H1N1, http://www.mysumber.com/tanda-dan-cara-mencegah-penyakit-h1n1-selsema-babi.html Diakses pada 12 Julai 2015.