penulihan akedemik

24
TUGASAN SEPTEMBER 2012 SEMESTER KOD SUBJECT CODE : UCS 101 TAJUK MATA PELAJARAN : PENULISAN AKADEMIK PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : MOHD ZAIRI BIN OMAR NO. MATRIK : E30203120304 FASILITATOR AKADEMIK : NOOR AZLINDA BT.ZAINAL ABIDIN PUSAT PEMBELAJARAN : SEMPURNA RESORT,KUANTAN

Upload: zaioma-mono

Post on 06-Aug-2015

2.036 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: penulihan akedemik

TUGASAN

SEPTEMBER 2012 SEMESTER

KOD SUBJECT CODE : UCS 101

TAJUK MATA PELAJARAN

: PENULISAN AKADEMIK

PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : MOHD ZAIRI BIN OMAR

NO. MATRIK : E30203120304

FASILITATOR AKADEMIK

: NOOR AZLINDA BT.ZAINAL ABIDIN

PUSAT PEMBELAJARAN

: SEMPURNA RESORT,KUANTAN

Page 2: penulihan akedemik

ISI KANDUNGAN:

1. Pengenalan Tugasan

2. Bahagian A

3. Bahagian B

4. Rujukan

Page 3: penulihan akedemik

Pengenalan

Tugasan ini mengandungi dua bahagian penulisan iaitu

1. Bahagian A.

Bahagian ini mengandungi 3 unit penulisan berdasarkan soalan yang diberi

iaitu

Soalan 1: Perenggan Deskriptif [5 markah]

Anda mempunyai seorang kawan yang anda tidak pernah temui. Tulis satu perenggan sepanjang 150 patah perkataan yang memerihalkan rupa (muka dan anggota badan) anda kepada teman berkenaan.

Soalan 2: Perenggan Ekspositori [5 markah]

Tulis satu perenggan sepanjang 150 patah perkataan yang bertajuk “Peningkatan Tabiat Merokok di Kalangan Remaja”.

Soalan 3: Perenggan Naratif [5 markah]

Tulis satu perenggan sepanjang 150 patah perkataan berkenaan satu peristiwa yang amat menakutkan yang pernah anda alami.

2.Bahagian B

Bahagian ini mengandungi 2 unit penulisan iaitu

a. Soalan 4 : Esei Perbandingan [10 markah] – Esei perbandingan menunjukkan persamaan dan perbezaan di antara dua atau lebih perkara, peristiwa atau benda.

Tulis satu esei sepanjang 900 patah perkataan yang membandingkan Bandaraya Daro dan Nipur dengan berpandukan kepada maklumat yang diberikan dalam jadual dibawah. Perhatikan bahawa kedua-dua bandar ini adalah bandar rekaan dan anda digalakkan memberi maklumat tambahan.

b. Soalan 5: Esei Analisis Proses [10 markah] – Esei analisis proses menerangkan bagaimana melakukan sesuatu atau menerangkan bagaimana sesuatu berlaku.

Pilih SATU tajuk daripada senarai di bawah dan tulis satu esei sepanjang 900 patah perkataan.

1. Kitaran hidup sejenis serangga (Nyamuk]

Page 4: penulihan akedemik

BAHAGIAN A

Bahagian ini mengandungi 3 bentuk penulisan yang berlandaskan kepada Perenggan

iaitu;

Soalan 1:

Perenggan Deskriptif

Perenggan deskriptif (penceritaan)lebih menjurus kepada sifat infomasi iaitu menerangkan

sesuatu idea dengan memberikan maklumat tertentu kepada pembaca tentang sesuatu perkara

dengan lebih terperinci dan mendalam.Memberikan gambaran visual agar pembaca dapat

membayangkan perkara tersebut dengan jelas (Adenan Ayob,2003).Perenggan deskriptif

memberi pembaca suatu gambaran dalam bentuk perkataan.

Penulisan satu perenggan sepanjang 150 patah perkataan yang memerihalkan rupa (muka

dan anggota badan) saya kepada teman .

Tajuk: Mengenai diri saya.

Asalamualaikum……Sahabat baruku,

Memandangkan kita belum pernah bertemu muka ,maka terlebih dahulu ingin saya

menceritakan sedikit tentang perawakan saya kepada saudara. Saya adalah seorang insan

yang sukakan kesederhanaan. Berumur awal 40an. Secara fizikalnya saya tidak terlalu tinggi

dan tidak terlalu rendah iaitu berketinggian 154 sm. Memiliki bentuk badan yang tidak

gemuk atau tidak terlalu kurus .Dengan kata lain bersaiz sederhana dan agak sasa memiliki

berat badan 60 kg. Berkulit agak gelap atau sawo matang .Saya berketurunan Melayu Jawa.

Kata kawan-kawan, muka saya hendsom tiada tapi manis ada.Bermata sepet yang berwarna

coklat. Memiliki hidung yang agak mancong,tapi tidaklah semancong Shah Rukhan.

Bermisai dan berjanggut. Saya seorang mudah tersenyum dan agak peramah.Mudah mesra

dan suka berlawak. Berambut hitam ikal dan tersisir ke belakang tidak berbelah.Tidak

mempunyai tanda-tanda yang ketara di bahagian muka.

Page 5: penulihan akedemik

Dari segi berpakaian ,saya lebih suka berpakaian cassual tetapi sempoi.Berseluar jeans dan

memakai baju t-shirt berkoler.Warna pakaian yang saya gemari ialah biru,kerana bagi saya

biru adalah warna yang ceria dan harmoni.Bersesuaiam dengan jiwa saya yang sukakan

dengan keramahan dan keharmonian.Saya berharap agar saudara dapat mengenali saya

dengan lebih dekat lagi dengan penjelasan saya ini.Semoga saudara mendapat serba sedikit

gambaran bagaimana saya seadanya.Sekian Terima kasih.

Soalan 2:

Perenggan Ekspositori

Perenggan ekspositori (Pendedahan)menguraikan,menyingkap ,memapar atau menunjuk

maklumat dengan jelas serta terperinci supaya maklumat tersebut dapat difahami ole

pembaca.Menggunakan fakta dan maklumat statistik,hubungan sebab-kesan atau contoh.

Penulisan satu perenggan sepanjang 150 patah perkataan yang bertajuk “Peningkatan Tabiat

Merokok di Kalangan Remaja”.

Tajuk : PeningkatanTabiat Merokok Di Kalangan Remaja.

Kadar peningkatan tabiat merokok di kalangan remaja dewasa ini amat

membimbangkan.Semakin ramai remaja yang telah terlibat dengan gejala merokok

ini.Statistik pada tahun 2006 menunjukkan peningkatan yang amat serius.Walaupun pelbagai

kempen telah dilaksanakan seperti Kempen anti Merokok.Kempen “Tak Nak” dijalankan

namun remaja hari ini seakan tidak mengindahkannya.Ini mungkin disebabkan oleh

kurangnya tindakan undang-undang yang dijalankan oleh pihak kerajaan sebagaimana yang

pernah dilakukan iaitu larangan merokok di tempat-tempat awam.Tindakan yang dilakukan

seperti “melepaskan batuk di tangga”.Dan sekarang ini tindakan saman yang dilancarkan

seperti tidak berjalan atau tidak dilaksanakan.Dan dapat dilihat perokok-perokok bebas

merokok di mana-mana sahaja di kawasan awam.Tidak terkecuali remaja-remaja yang masih

di bangku sekolah lagi bebas merokok di merata tempat tanpa takut dimarah atau disaman

oleh pihak yang berwajib.Walaupun harga rokok semakin meningkat namun golongan

remaja yang merokok juga masih terus bertambah.

Page 6: penulihan akedemik

Merokok bagi mereka adalah memperlihatkan seakan mereka sudah dewasa atau

melambangkan kehebatan mereka.Tanpa mereka sedari sikap ego dan bangga menjadi

seorang perokok akan memudaratkan diri mereka sendiri.Tambahan pula dewasa ini bukan

sahaja kaum lelaki sahaja yang merokok ,namun dapat dilihat kaum wanita dewasa juga

sudah mula berani memperlihatkan diri mereka seorang perokok ditempat-tempat awam.Ini

akan menjadi alasan yang lebih kukuh untuk remaja-remaja melibatkan diri dengan gejala

merokok.Lagi pula dewasa ini ramai ibubapa yang tidak melarang anak-anak mereka

merokok kerana bagi mereka biar anak mereka merokok asal anak mereka tidak terlibat

dengan dadah..Tetapi mereka tidak sedar bahawa merokok adalah titik permulaan bagi

seseorang remaja itu terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Page 7: penulihan akedemik

Soalan 3:

Perenggan Naratif

Naratif (narrative)bermaksud memberitahu..(Dictionary.Com.)Perenggan yang menceritakan

tentang pengalaman penulis samada benar atau rekaan (fiksyen).Perenggan naratif

menceritakan sesuatu perkara atau peristiwa dalam bentuk kronologi atau susun masa.

Penulisan satu perenggan sepanjang 150 patah perkataan berkenaan satu peristiwa yang amat

menakutkan yang pernah saya alami.

Tajuk : Peristiwa ngeri yang pernah saya lalui

Pada tahun 2010 yang lalu saya telah melalui satu pengalaman yang amat ngeri sekali dalam

hidup.Peristiwa ini berlaku pada 17 September 2010. Malam itu adalah malam 27

ramadan,sehari sebelum menyambut hariraya Aidilfitri.Pada malam itu, jam 8.30 malam

setelah berbuka bersama keluarga di Restoran Bitara Resort kami pun bergerak untuk pulang

ke rumah bapa mertua saya di Felda Sungai Mas.Saya masih ingat lagi pesanan sahabat saya

yang berbangsa cina iaitu tuan punya restora.”Bawa jangan laju-laju,janji sampai rumah

selamat, lambat pun tak apa”pesannya.Setelah mengucapkan terima kasih atas pesanan itu

saya pun memandu dengan berhati-hati.

Setelah tiba di satu kawasan berhampiran Felcra Sungai Ara,saya mengekori sebuah lori

yang membawa muatan jentolak yang agak panjang dan lebar.Keadaan ini menyebabkan

saya tidak dapat melihat keadaan jalan di hadapan dengan jelas kerana terlindung oleh saiz

muatan lori tersebut. Bila tiba di suatu kawasan yang saya rasakan selamat untuk memotong

lori tersebut saya pun menukar gear dan mula memotong kenderaan tersebut.Namun

setibanya saya di tengah-tengah bahagian lori tersebut saya lihat sepasang lampu kenderaan

yang bergerak dengan laju menuju ke arah kereta saya.Berderau darah apabila memikirkan

pastinya kenderaan tersebut akan merempuh kereta saya. Saya pun merapatkan kereta saya

hampir dengan lori tersebut dengan harapan dapat memberi ruang untuk kenderaan yang

datang dari arah bertentangan untuk mengelak dan Alhhamdulillah kenderaan tersebut

sempat mengelak dan melepasi kenderaan saya.Namun kedudukan kereta saya yang terlalu

Page 8: penulihan akedemik

hampir dengan lori tersebut boleh mengundang padah .Tiba-tiba, terdengar bunyi letupan

kuat di bahagian sisi kereta yang berhampiran dengan lori tersebut. Terkejut mendengar

bunyi tersebut serta menyedari bahawa kenderaan saya berada di satu selekoh yang amat

merbahaya ,saya terpaksa menekan brek untuk memperlahankan dan menjarakkan kereta

saya secara tergesa-gesa.Tindakan saya menjarakkan kenderaan dengan lori tersebut secara

tergesa-gesa menyebabkan kereta saya tidak dapat dikawal dan terbabas ke bahu jalan

sebelah.Kereta saya terus meluncur laju dan merempuh beberapa batang anak pokok

walaupun brek yang saya tekan pastinya mematikan putaran tayar kereta saya.Namun saya

amat bersyukur apabila keluar dari kereta untuk mendapatkan pertolongan ,saya dapati kereta

saya berhenti betul-betul dihadapan sebatang pokok kelapa sawit yang besar dan tinggi.Dan

seluruh keluarga saya berada dalam keadaan selamat serta kereta saya tidak mengalami

kerosakan yang teruk dan masih boleh bergerak.Terutama anak kecil saya yang berumur tiga

tahun masih duduk dengan elok di tengah-tengah kedudukan antara saya dan isteri tanpa

berganjak pun dari tempat duduknya.Saya berasa terlalu bersyukur kerana terlepas dari dua

bencana dalam satu kejadian ialah tidak dirempuh oleh kenderaan yang datang dari arah

bertentangan walaupun dalam situasi yang amat genting dan keduanya tidak merempuh

pokok kelapa sawit yng besar ketika kereta terbabas laju.Bayangkan jika kenderaan saya itu

dirempuh atau merempuh pokok sawit tersebut apa yang akan berlaku……..terlalu ngeri

apabila memikirkannya.Namun apa yang saya perolehi dari pengalaman itu ialah kelebihan

membaca Ayatul Kursi yang kami sekeluarga amalkan ketika memulakan perjalanan sebagai

doa amatlah mustajab dan diberkati Allah….Amin..

Page 9: penulihan akedemik

BAHAGIAN B

Soalan 4:

Esei Perbandingan .Esei perbandingan menunjukkan persamaan dan perbezaan di

antara dua atau lebih perkara, peristiwa atau benda.

Penulisan esei di bawah membandingkan antara Bandaraya Daro dan Nipur dengan

berpandukan kepada maklumat yang diberikan dalam jadual dibawah.

Bandaraya Daro Bandaraya Nipur

Ditubuhkan Tahun 1600 Tahun 1825

Bilangan Penduduk 4.3 juta orang 2.4 juta orang

Keluasan 500 km persegi 270 km persegi

Suhu Musim Panas

Suhu Musim Dingin

Hujan

25°C

10°C

1550 mm setahun

30°C

25°C

1600 mm setahun

Fenomena Alam Kerap dilanda gempa bumi &

tsunami

2010 – gempa bumi &

tsunami berlaku – 1200

kematian

Dilanda angin taufan

2009 – dilanda taufan yang

menyebabkan banjir dan

100 kematian

Komposisi Penduduk Pelbagai kaum – Arab (40%),

Cina (25%), Inggeris (20%)

dan Indonesia (15%)

Pelbagai kaum – Arab

(40%), Thai (25%), Turki

(20%) & India (15%).

Agama Islam, Kristian, Buddhisme Islam, Buddhisme,

Hinduisme

Bahasa Kebangsaan Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris

Kegiatan Ekonomi

Penduduk di bandar-

bandar ini

Perdagangan

Perbankan & Kewangan

Perkhidmatan & Pentadbiran

Pelancongan

Rekreasi – golf, sukan air,

marina untuk kapal layar

Perdagangan

Page 10: penulihan akedemik

Tajuk:Keistimewaan Bandaraya Daro dan Bandaraya Nipur.

Terdapat dua bandaraya yang sangat popular terletak di wilayah Arab utara. Kedua-dua

bandaraya ini diperintah oleh kerajaan Emyriah Arab Bersatu yang dipimpin oleh seorang

raja bernama Raja Ahmed Shah .Kedua-dua bandaraya ini amat maju dan dikenali di seluruh

dunia .Kemajuan dikedua-dua Bandaraya ini disebabkan oleh kemajuan dan keaktifan

kegiatan ekonomi masing-masing.Walaupun kedua-dua bandaraya ini terkenal dengan

kepesatan dan kemajuan namun keduanya mempunyai perbezaan yang ketara sekali.

Usia kewujudan dan penubuhan kedua-duanya amatlah berbeza sekali,yang mana Bandaraya

Daro adalah bandaraya yang terawal dan tertua jika dibandingkan dengan Bandaraya

Nipur .Bandaraya Daro telah ditubuhkan pada tahun 1600 manakala Bandaraya Nipur pula

mula ditubuhkan pada tahun 1825. Disebabkan perbezaan tahun penubuhan inilah penduduk

di Bandaraya Daro bergitu ramai hingga mencecah 4.3 juta orang berbanding Bandaraya

Nipur yang hanya mempunyai penduduk seramai 2.4 juta orang.

Walaupun memiliki jumlah penduduk yang ramai tetapi Bandaraya Daro dianggapkan

memiliki peratusan kepadatan yang hampir sama dengan Bandaraya Nipur.Ini disebabkan

oleh keluasan atau saiz kawasan di kedua-dua bandaraya ini.. Bandaraya Daro merupakan

Bandaraya besar kerana memiliki kawasan tanah yang luas berbanding Bandaraya Nipur.Saiz

Bandaraya Daro adalah 500 km persegi berbanding Bandaraya Nipur yang hanya

berkeluasan 270 km persegi.Namun jika dikira berdasarkan pembahagian saiz kawasan dan

jumlah penduduk dapat dilihat jumlah peratus kepadatannya hampir sama.

Perbezaan jumlah penduduk dikedua-dua bandaraya ini juga dipengaruhi oleh kedudukan dan

sifat muka buminya.Walaupun kedua-dua bandaraya ini berkedudukan hampir dengan laut

tetapi Bandaraya Daro yang berada dikedudukan paling utara mengadap Lautan artik

berhampiran dengan tanah jajahan Mongol, mengalami iklim yang lebih sejuk berbanding

Bandaraya Nipur yang terletak di kawasan yang mengalami iklim panas.Suhu di Bandaraya

Daro adalah 25ºC pada musim panas dan mencecah 10ºC pada musim sejuk.Manakala

Bandaraya Nipur pula mencapai 30ºC pada musim panas dan hanya 25ºC pada musim

sejuk.Oleh sebab itu Bandaraya Nipur sering mengalami jumlah hujan yang banyak iaitu

1600mm setahun berbanding Bandaraya Daro yang hanya mendapat hujan sebanyak

1550.mm setahun.

Page 11: penulihan akedemik

Oleh kerana kedudukan bandaraya Daro yang berhampiran kawasan gunung berapi aktif

maka ia sering dilanda gempa bumi dan tsunami. Peristiwa gempa bumi dan tsunami yang

berlaku pada tahun 2010 telah mengakibatkan 1200 kematian. Manakala Bandaraya Nipur

pula sering dilanda taufan yang sering menyebabkan banjir besar.Kedudukannya yang

bergitu hampir dengan laut menyebabkan ia terdedah dan mudah menerima tiupan angin

kencang yang menjadi punca kejadian pusaran angin atau dikenali sebagai puting beliung dan

juga taufan.Kejadian Taufan pada tahun 2009 telah menyebabkan banjir besar dan

kemusnahan mengakibatkan 100 kematian.

Walaupun kedua-dua bandaraya ini diperintah oleh Kerajaan Emyriah Arab Bersatu dan

mempunyai komposisi penduduk yang pelbagai kaum ,namun kaum-kaum yang mendiami

kawasan bandaran di kedua-dua bandaraya adalah berbeza. Kaum-kaum yang mendiami

Bandaraya Daro terdiri daripada Bangsa arab sebanyak 40% daripada keseluruan

penududk.Bangsa Cina 25 %,Bangsa Inggeris sebanyak 20% serta Bangsa Indonesia

sebanyak 15%.Manankala penduduk Bandaraya Nipur terdiri daripada Bangsa Arab

sebanyak 40%,Bangsa Thai 25% ,selebihnya bangsa Turki 20 % dan bangsa. India

sebanyak 15%.

Agama yang dianuti di kedua-dua bandaraya ini ada yang sama dan ada yang tidak.Kedua-

dua bandaraya ini memiliki penduduk Islam dan juga penduduk yang menganut

Buddhisme.Tetapi ada penduduk Bandaraya Daro yang menganut Kristian dan tiada di

bandaraya Nipura.Manakala ada penduduk Nipura yang beragama Hinduisme tetapi tiada di

Daro.Namun bergitu bahasa kebangsaan yang digunakan dikedua-dua bandaraya ini adalah

sama iaitu Bahasa Inggeris.

Kegiatan ekonomi dikedua-dua bandaraya ini yang mengalami kemajuan telah menjadikan

kedua-dua bandaraya ini popular dan amat dikenali di serata dunia,Walaupun berbeza

kegiatan ekonominya namun kedua-dua bandaraya ini terus mengalami kepesatan dalam

kemajuan masa kini.Bagi Bandaraya Daro yang menjalankan kegiatan

perdagangan,perbankan dan kewangan telah menjadikannya sebagai pusat perkidmatan dan

pentadbiran.Manakala bagi kerajaan Nipura pula telah menjadikan Pelancongan sebagai

sumber pendapatan utama.Antara kegiatan yang dapat menarik pelancong dari dalam dan

luar negeri ialah padang golf,sukan air,marin untuk kapal layar.

Page 12: penulihan akedemik

Sehingga hari ini bandaraya Daro dan Bandaraya Nipura terus berkembang ,bukan hanya

meneruskan perdagangan yang dijalankan sahaja tetapi terus menambahhkan pelbagai

sumber lain dapat meningkatkan kemajuan dikedua-dua bandaraya.

Page 13: penulihan akedemik

Soalan 5:

Esei Analisis Proses – Esei analisis proses menerangkan bagaimana melakukan sesuatu

atau menerangkan bagaimana sesuatu berlaku.

Tajuk:

2. Kitaran hidup sejenis serangga Nyamuk .

Nyamuk adalah serangga yang kecil tetapi boleh memberikan impak yang sangat

besar kepada manusia.Berdasarkan info Kementerian kesihatan dan penyelidikan

haiwan Nyamuk terdiri daripada 2700 spesis.Nyamuk adalah serangga kecil yang

mempunyai dua kepak bersisik,memiliki tubuh yang langsing,memiliki enam pasang

kaki.Saiz nyamuk adalah berbeza mengikut spesisinya, dan berwarna gray coklat,

coklat atau hitam. Nyamuk dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kepala, dada

dan perut. Panjang jarum di atas kepala adalah 12 hingga 15 mm,tetapi jarang sekali

saiznya melebihi 15mm. Berat nyamuk hanyalah 2 hingga 2.5 mg Nyamuk mampu

terbang dengan kelajuan diantara 1.5km/j hingga 2.5km/j.

Nyamuk merupakan sejenis serangga yang mengalami kitaran hidup atau

metamorphosis yang amat singkat. Tumbesaran Nyamuk dari telur hingga menjadi

Nyamuk dewasa mengambil masa yang singkat iaitu selama 7 hari hingga 10 hari

sahaja.

Page 14: penulihan akedemik

Ini adalah merupakan kitaran hidup nyamuk. 3/4 atau 75 % kitaran nyamuk berada didalam air.Dari telur hingga dewasa mengambil masa 7 hingga 10 hari.

Berdasarkan carta kitaran nyamuk di atas dapatlah dinyatakan bahawa Nyamuk mengalami

metamorfosis lengkap setelah mengalami empat peringkat perkembangan yang jelas. Empat

peringkat itu ialah telur, pupa, larva dan nyamuk dewasa.Pada peringkat pertama hingga

peringkat ketiga ,usia nyamuk dihabiskan dikehidupan di air. Tempoh tiga peringkat pertama

bergantung kepada spesies dan suhu. Culex tarsalis boleh melengkapkan kitaran hayat

nyamuk dalam tempoh 14 hari pada 20 °C dan hanya sepuluh hari pada suhu 25 °C. Setelah

menjadi nyamuk dewasa ,barulah nyamuk bergerak ke kehidupan di darat atau

terbang.Peringkat perkembangan nyamuk dapat dijelaskan lagi sebagaimana penerangan di

bawah.

Page 15: penulihan akedemik

Peringkat Telur.

Nyamuk betina akan melepaskan telurnya apabila mendapatkan protin dari darah yang

dihisapnya.Nyamuk betina akan melepaskan telurnya yang kecil dan banyak secara

kelompok berbentuk rakit.Sekelompok telur nyamuk mengandungi 40 hingga 400 biji telur

halus yang berwarna putih,terapung pada permukaan air bertakung.Kebiasaanya nyamuk

bertelur pada waktu malam.

Peringkat Larva.

Setelah mencapai tempoh kematangan iaitu dalam tempoh seminggu,telur akan bertukar

menjadi larva. . Larva nyamuk dikenali sebagai Jentik-jentik Dalam tempoh 7 hingga 14

hari ,larva akan berkembang dan membesar.. Masa perkembangannya dihabiskan di dalam

air.Namun,kadangkala larva akan naik kepermukaan air untuk bernafas melalui tiub

pernafasan. Larva bernafas melalui salur udara yang terdapat pada hujung ekor .Larva akan

memakan alga dan organisma yang tinggal di dalam air dan terapung dipermukaan air untuk

mendapatkan zat pertumbuhannya.Kadang-kadang larva juga akan memakan sesama sendiri

untuk mendapatkan zat.Dalam proses pembesarannya larva akan bertukar kulit sebanyak

empat kali.Pada peringkat keempat larva akan bertukar kepada pupa.

Peringkat Pupa.

Pada peringkat ini pupa tidak akan makan.Biasanya pupa akan berada di dalam air selama 1

hingga 4 hari bergantung kepada sepesis dan suhu air.Warna pupa lebih cerah berbanding

warnanya semasa peringkat larva.Pada peringkat ini pupa mudah dilihat dipermukaan air.Ini

memudahkannya bernafas melalui 2 salur yang dipanggil trumpet atau sifon pada bahagian

belakang kepala pupa..Setelah matang pupa akan memecahkan dan membuka kulitnya dan

keluar sebagai seekor nyamuk tetapi masih belum matang lagi.

Page 16: penulihan akedemik

Peringkat Nyamuk dewasa.

Setelah memecahkan sarung pupa nyamuk akan keluar dan mula terbang.Nyamuk akan

mengambil masa beberapa hari untuk matang dan menjadi nyamuk dewasa.

Jangka hayat seekor nyamuk adalah singkat iaitu beberapa minggu sahaja.Setelah matang

nyamuk dewasa akan mendapatkan pasangan untuk mencetuskan pembenihan dan akan

melakukan proses metamorphosis yang sama bagi tujuan pembiakannya.

Nyamuk menjadi igauan kepada semua manusia kerana nyamuk dianggap sebagai penggangu

tidur.Sehinggakan banyak syarikat yang membuat kajian bagi menghapuskan

nyamuk.Sesetengah nyamuk sememangnya mampu menyebarkan penyakit seperti

malaria,pembawa virus filariasis seperti demam kuning,demam denggi, encephalitis dan

virus Nil Barat.Cara yang digalakan bagi tujuan penghapusan nyamuk adalah menghapuskan

tempat pembiakannya iaitu tempat air bertakung ,samada di dalam rumah atau bangunan

mahupun di luar.Ini adalah kerana nyamuk tidak akan membiak berhampiran tempat

kediaman supaya penyibaran penyakit tidak akan berlaku dengan cepat.Dan ini menjadi

tanggung jawab bersama.

Page 17: penulihan akedemik

RUJUKAN

1. http://jpmipgmtaa.webs.com/penulisanakademik2. Karangan 03 Penulisan Perenggan Abdul Manaf Bin Mohd Yasir on Oct 21,

2008.3. http://pelajarpkpgmoraluum.blogspot.com/2012/01/panduan-penulisan-

perenggan-karangan.html4. http://mzaroncikgusains.blogspot.com/2010/03/kitaran-hidup-nyamuk-

metamorfosis.html5. www.anteaters.com.my/bm/.../nyamuk.html -6. bq2.blogspot.com/.../kitar-hidup-haiwan_2..