pentaksiran pertengahan tahun 2019 tahun 5 bahasa …

13
1 PPT © 2019 [Sila lihat sebelah SULIT BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Tahun 5 Mei 2019 1 jam PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 Nama : ……………………………………………………… Kelas : ……………………… BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

Upload: others

Post on 01-Oct-2021

23 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 BAHASA …

1

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

SULIT

BAHASA MELAYU

Kertas 1 - Pemahaman

Tahun 5

Mei

2019

1𝟏𝟒 jam

PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019

TAHUN 5

Nama : ……………………………………………………… Kelas : ………………………

BAHASA MELAYU Kertas 1 - Pemahaman

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B,

C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan

kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

Page 2: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 BAHASA …

2

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Penduduk kampung membantah ________________ membina tempat

pelupusan sampah berdekatan kampung mereka.

A. gagasan C. cadangan

B. keizinan D. pendapatan

2. Antara pemain badminton negara yang terkenal di peringkat antarabangsa

ialah _______________ .

A. Datuk Haruan Yahya C. Datuk Rabuan Pit

B. Datuk Lee Chong Wei D. Datuk Ridzuan Sidek

3. “____________________” cara membuat ketupat palas?” tanya Rakesh

kepada Zulhelmi.

A. Bagaimanakah C. Apakah

B. Bilakah D. Adakah

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Pengemis itu tidur di kaki lima hanya dengan _________________ lengan dan

dalam kesejukan.

A. bertilamkan C. bersandarkan

B. bertindihan D. berbantalkan

Page 3: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 BAHASA …

3

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

5. “Saya _______________ berkhemah di tapak perkhemahan itu pada tahun

lepas,” kata Asrul.

A. pernah C. harus

B. sedang D. akan

6. Najib tidak berasa ______________ dengan kekayaan yang dimiliki oleh

keluarga angkatnya.

A. hebat C. sangsi

B. megah D. kagum

7. Reena segera keluar dari biliknya ______________ terdengar namanya

dipanggil oleh ibunya.

A. sambil C. apabila

B. semenjak D. jikalau

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. “Sungguh indah pemandangan matahari terbenam di sebelah _____________

itu,” kata Syima kepada Syuhadah.

A. barat C. selatan

B. timur D. utara

9. Kebanyakan petani sudah menggunakan baja organik untuk _______________

tanaman mereka.

A. disuburkan C. menyuburkan

B. kesuburan D. penyuburan

Page 4: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 BAHASA …

4

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

10. Harimau belang itu lari ______________ masuk ke dalam hutan apabila

ternampak pemburu yang membawa senapang.

A. ulang-alik C. lintang-pukang

B. hiruk-pikuk D. gegak-gempita

11. Cik Maisha memang ________________ untuk berkongsi cara-cara mengecap

kain batik dengan jiran-jirannya.

A. terang hati C. hati waja

B. murah hati D. ada hati

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

12. I. Rumah ketua kampung itu sungguh besar.

II. Adik saya sudah semakin besar.

III. Fikirannya besar kerana tidak mahu membaca buku.

IV. Hatinya menjadi besar apabila menerima berita itu.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan IV

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.

13. Ya, kakak saya akan mula bertugas sebagai doktor pada minggu hadapan.

A. Mengapakah kakak kamu berminat menjadi doktor?

B. Siapakah yang akan mula bertugas sebagai doktor pada minggu

hadapan?

C. Bilakah kakak kamu akan mula bertugas sebagai doktor?

D. Adakah kakak kamu akan mula bertugas sebagai doktor pada

minggu hadapan?

Pilih jawapan yang sesuai berdasarkan ayat tanya yang diberi.

14. Mengapakah komputer dapat mendorong minat kanak-kanak untuk

belajar?

A. Pembelajaran melalui komputer adalah selamat.

B. Pembelajaran melalui komputer tidak membuang masa.

C. Pembelajaran melalui komputer tidak susah.

D. Pembelajaran melalui komputer mudah dan menyeronokkan.

Page 5: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 BAHASA …

5

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

15. Ibu melarang Aishah menyelongkar barang-barang kakaknya.

A. “Jangan selongkar barang-barang Aishah, kakak,” kata ibu.

B. “Aishah, kakak kamu akan marah jika kamu selongkar barang-

barangnya,” kata ibu.

C. “Jangan selongkar barang-barang kakak kamu, Aishah,” kata ibu.

D. “Aishah, kamu dilarang menyelongkar barang-barang kakak kamu,”

kata ibu.

Pilih ayat yang betul.

16. I. Mak Senah menasihati cucunya supaya menjadi anak yang soleh.

II. Bas pelancong itu sudah tolak ke Melaka.

III. Lelaki tampan itu bukan kekasih saya.

IV. Pada minggu lepas, kami sekeluarga akan bercuti di Pulau Pangkor.

A. I dan II C. III dan IV

B. I dan III D. I, II, III dan IV

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Page 6: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 BAHASA …

6

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

17. Atap rumbia menjadi pilihan untuk dibuat sebagai bumbung rumah kerana

A. atap rumbia lebih murah

B. atap rumbia mudah dipasang

C. bumbung kelihatan lebih rapi

D. lebih menyejukkan ruang dalam rumah

18. Berdasarkan petikan, manakah bukan merupakan peralatan untuk membuat

atap rumbia?

A. Kulit bemban

B. Rotan

C. Daun rumbia

D. Serat batang pisang

19. Pilih pernyataan yang benar tentang cara membuat atap rumbia.

I. Daun rumbia dilipat sama panjang kiri dan kanan.

II. Rotan digunakan untuk mengukur panjang atap.

III. Kulit bemban diraut dalam ketebalan kelingking dewasa.

IV. Buluh bertindak sebagai tulang atap rumbia.

A. I dan II C. II dan III

B. I dan III D. I dan IV

20. Perkataan mengukuhkan dalam petikan membawa maksud

A. menstabilkan C. menguatkan

B. mengekalkan D. menginjakkan

Page 7: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 BAHASA …

7

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

(a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya. Tulis

perkataan yang betul dalam ruang yang disediakan.

(i) Aufa berkenan membeli kereta Perodua Aruz malahan harganya

mahal.

________________________

(ii) Aaira menggergaji kek coklat yang baru dibelinya.

________________________

(iii) Parit tenggelam menjadi punca banjir kilat di kawasan perumahan itu.

________________________

[3 markah]

(b) Tandakan (√) di dalam petak yang disediakan bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

(i) Azhana ___________________ senaskhah majalah sementara menunggu

ketibaan ayahnya.

(ii) Semua murid dinasihati menjaga kesihatan kerana mereka akan

_________________ pentaksiran pertengahan tahun pada minggu

hadapan.

[2 markah]

(c) Tulis jawapan yang sesuai bagi soalan yang diberikan dengan ayat yang

lengkap.

Hulubalang 1 : Tuan hamba hendak pergi ke mana?

Hulubalang 2 : ____________________________________________________________

______________________________________________________________

[2 markah]

mengaji membaca melihat

menduduki menonton melihat

Page 8: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 BAHASA …

8

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

Soalan 22

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan

yang diberi.

Sesetengah orang berasa takut (a) ______________________ mahu berjumpa dengan

doktor gigi. Ramai yang beranggapan mendapatkan rawatan gigi itu menyakitkan

dan menggerunkan. Ternyata tanggapan ini salah sama (b) ______________________.

Terdapat beberapa petua yang boleh diambil sekiranya anda berasa takut (c)

______________________ hendak membuat pemeriksaan gigi. Pertama, tenangkan

diri dengan membayangkan perkara-perkara yang menyeronokkan. Kedua,

bernafaslah dengan teratur (d) ______________________ anda menjadi tenang dan

bersedia. Ketiga, anda boleh beri isyarat kepada doktor sekiranya berasa sakit (e)

______________________ tidak selesa ketika sedang dirawat.

[5 markah]

Soalan 23

(a) Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan untuk

melengkapkan dialog di bawah.

Daliyana: ______________________________________________________________

______________________________________________________________

Azimah : Saya pulang ke kampung pada Sabtu yang lepas.

[2 markah]

supaya

tetapi

apabila

serta

maka

dan

sambil

sekali

atau

ketika

Page 9: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 BAHASA …

9

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

(b) Teliti maklumat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat yang lengkap.

(i) Sekiranya Zahid mempunyai sebarang kemusykilan tentang Kejohanan

Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Melor, dia boleh menghubungi

___________________________________________________________________________

[1 markah]

(ii) Pada pendapat kamu, apakah objektif pelaksanaan Kejohanan Merentas

Desa oleh Sekolah Kebangsaan Melor?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[3 markah]

Page 10: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 BAHASA …

10

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

Soalan 24

Teliti carta di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(a) Sebelum kain tengkolok dibentuk, apakah perkara yang perlu dilakukan

supaya mudah untuk melipat tengkolok?

(i) ____________________________________________________________________

(ii) ____________________________________________________________________

[2 markah]

(b) Mengapakah lipatan tengkolok harus dijahit kemas selepas dibentuk?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk memperkenalkan seni

lipatan tengkolok ini kepada golongan muda masa kini?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[3 markah]

Page 11: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 BAHASA …

11

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

Soalan 25

Baca resipi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat yang lengkap.

(a) Nyatakan bahan terbanyak yang digunakan dalam membuat layang-

layang tersebut?

___________________________________________________________________________

[1 markah]

(b) Jika tiada gam, apakah peralatan yang sesuai untuk menggantikannya?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Apakah cara yang boleh membantu menyeimbangkan layang-layang

supaya dapat terbang lebih tinggi dan kelihatan menarik?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[2 markah]

Kertas soalan tamat

Page 12: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 BAHASA …

12

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A

1. C

2. B

3. A

4. D

5. A

6. B

7. C

8. A

9. C

10. C

11. B

12. A

13. D

14. D

15. C

16. B

17. D

18. D

19. D

20. C

BAHAGIAN B

Soalan 21

(a) i) walaupun

ii) memotong

iii) tersumbat

(b) i) membaca

ii) menduduki

(c) Hamba hendak pergi ke rumah Temenggung.

Soalan 22

a) apabila

b) sekali

c) ketika

d) supaya

e) atau

Page 13: PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2019 TAHUN 5 BAHASA …

13

PPT © 2019 [Sila lihat sebelah

Soalan 23

(a) Apakah yang kamu buat pada Sabtu yang lepas?

(b) i) Setiausaha Sukan iaitu Encik Hassan.

ii) Pada pendapat saya, antara objektif pelaksanaan Kejohanan Merentas

Desa oleh Sekolah Kebangsaan Melor ialah membina kecergasan fizikal dan

mental murid di samping memupuk semangat kerjasama dalam kalangan

guru dan murid.

Soalan 24

(a) i) Kain tengkolok dipotong.

ii) Kain tengkolok diukur dengan tepat.

(b) Lipatan tengkolok harus dijahit supaya kelihatan kemas dan tidak terbuka

apabila dipakai.

(c) Pada pendapat saya, seni tradisional ini perlu diperkenalkan pada peringkat

sekolah untuk menarik minat generasi muda mempelajarinya supaya ia tidak

lapuk ditelan zaman.

Soalan 25

(a) Benang merupakan bahan terbanyak yang digunakan semasa membuat

layang-layang.

(b) Pelekat lut sinar (selotape) atau gam kering.

(c) Cara yang boleh membantu menyeimbangkan layang-layang adalah

dengan menambahkan ekor layang-layang kira-kira 1 meter panjang.