penjodoh bilangan

11
PENJODOH BILANGAN angkatan Untuk kumpulan atau kelompok benda atau manusia seperti pasukan tentera, bala tentera, belia dan penulis. Contoh: Mereka adalah seangkatan penjuang yang menuntut kemerdekaan tanah air. bakul Untuk benda-benda yang diisi dalam bakul seperti buah-buahan, biji-bijian dan sampah. Contoh: Mak Siti menjunjung sebakul sayuran ke pasar untuk dijual. baris Untuk benda yang berderet atau manusia yang beratur seperti rumah, khemah, pondok, pokok, tentera, polis dan pasukan beruniform. Contoh: Badan-badan beruniform membuat barisan di hadapan sekolah. batang Untuk benda yang lurus, panjang dan keras seperti besi, kelapa, jalan raya, sungai, dll. Contoh: Di kampung saya terdapat sebatang anak sungai yang sangat jernih airnya. bentuk Untuk kegunaan benda kecil yang berbentuk lengkung seperti kail, cincin, dll. Contoh: Emak menyimpan lima bentuk cincin berlian dan beberapa bentuk cincin emas di dalam peti kecil. berkas Untuk benda yang boleh diikat menjadi satu ikatan seperti lidi, kayu, buluh, ranting, pelepah, dll. Contoh: Pak Seman memikul seberkas kayu api untuk dibawa pulang. bidang Untuk benda yang luas, lebar, dan rata seperti tanah sawah, tanah bendang, ladang, kebun, layar, permaidani, tikar, dll. Contoh: Di belakang rumah saya ada sebidang kebun kelapa kepunyaan Haji Zamri. biji Untuk benda kecil dan buah-buahan seperti botol, bola, guli, durian dan manggis. Contoh: Rusli memasukkan dua biji botol, sebiji bola, dan beberapa biji buah manggis ke dalam karung. bilah Untuk senjata atau benda-benda yang tajam dan runcing seperti pisau, keris, pedang, lembing, buluh, lidi, jarum, gergaji, dll. Contoh: Pak Sudin menyimpan beberapa bilah kapak, gergaji dan tukul di

Upload: dyglynx

Post on 19-Nov-2015

123 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

TATABAHASA

TRANSCRIPT

PENJODOH BILANGAN

angkatanUntuk kumpulan atau kelompok benda atau manusia seperti pasukan tentera, bala tentera, belia dan penulis.Contoh: Mereka adalah seangkatan penjuang yang menuntut kemerdekaan tanah air.

bakulUntuk benda-benda yang diisi dalam bakul seperti buah-buahan, biji-bijian dan sampah.Contoh: Mak Siti menjunjung sebakul sayuran ke pasar untuk dijual.

barisUntuk benda yang berderet atau manusia yang beratur seperti rumah, khemah, pondok, pokok, tentera, polis dan pasukan beruniform.Contoh: Badan-badan beruniform membuat barisan di hadapan sekolah.

batangUntuk benda yang lurus, panjang dan keras seperti besi, kelapa, jalan raya, sungai, dll.Contoh: Di kampung saya terdapat sebatang anak sungai yang sangat jernih airnya.

bentukUntuk kegunaan benda kecil yang berbentuk lengkung seperti kail, cincin, dll.Contoh: Emak menyimpan lima bentuk cincin berlian dan beberapa bentuk cincin emas di dalam peti kecil.

berkasUntuk benda yang boleh diikat menjadi satu ikatan seperti lidi, kayu, buluh, ranting, pelepah, dll.Contoh: Pak Seman memikul seberkas kayu api untuk dibawa pulang.

bidangUntuk benda yang luas, lebar, dan rata seperti tanah sawah, tanah bendang, ladang, kebun, layar, permaidani, tikar, dll.Contoh: Di belakang rumah saya ada sebidang kebun kelapa kepunyaan Haji Zamri.

bijiUntuk benda kecil dan buah-buahan seperti botol, bola, guli, durian dan manggis.Contoh: Rusli memasukkan dua biji botol, sebiji bola, dan beberapa biji buah manggis ke dalam karung.bilahUntuk senjata atau benda-benda yang tajam dan runcing seperti pisau, keris, pedang, lembing, buluh, lidi, jarum, gergaji, dll.Contoh: Pak Sudin menyimpan beberapa bilah kapak, gergaji dan tukul di dalam tong di belakang rumahnya.

botolUntuk bahan cecair yang diisi di dalam botol seperti minuman, petrol, minyak tanah, susu, ubat, dll.Contoh: Muthu membeli dua botol susu lembu setiap hari.buahUntuk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti rumah, kerusi, kenderaan, gelanggang permainan, alat muzik, pulau, dll.Contoh: Encik Zaidi membeli sebuah rumah baru di kampung itu.

bukuUntuk benda berbuku-buku dan berbongkah kecil seperti sabun, roti, dan benang.Contoh: Mei Lin pergi ke kedai untuk membeli sebuku sabun mandi.

bungkusUntuk kumpulan benda yang dibungkus seperti coklat, nasi lemak, mi, rokok, dll.Contoh: Encik Kamil membeli tiga bungkus nasi lemak, dua bungkus mi goreng, dan satu bungkus coklat untuk anak-anak di rumah.

carikUntuk benda-benda yang dikoyak kecil memanjang seperti kertas, sirih, daun dan perca.Contoh: Dia mencatat sesuatu pada secarik kertas itu.

cebisUntuk benda yang sudah dipotong atau dikoyak kecil-kecil.Contoh: Encik Ibrahim membawa secebis perca kain sebagai contoh kain yang dikehendaki.

cekakUntuk benda yang dipegang secara mencekak.Contoh: Mak Utih memasukkan secekak cili padi ke dalam gulai asam pedas.

cubitUntuk benda yang diambil sedikit sahaja.Contoh: Ustaz Nik mengambil secubit buah tamar lalu ditenyeh ke dalam mulut bayi sebagai tanda mula bercukur.

cucukUntuk benda ditusuk dengan lidi, bilah buluh, dll.Contoh: Kak Hasmah mengambil beberapa cucuk daging bakar lalu dihiris-hiriskan.

dasUntuk bunyi letupan seperti pistol, senapang, meriam, dll.Contoh: Empat puluh das tembakan meriam dilepaskan sebagai tanda bermula perbarisan sempena pertabalan sultan.

deretUntuk bangunan dan kenderaan seperti rumah, kedai, gerai, warung, kereta, lori, bas, motorsikal, basikal, kapal layar, dll.Contoh: Sederet kedai baru dibina di pekan itu untuk kemudahan para peniaga.

ekarUntuk kawasan yang luas seperti ladang, bendang, sawah dan tanah.Contoh: Tanah seluas dua ekar di belakang rumah Haji Ismail itu ditanam dengan pokok salak.

ekorUntuk kegunaan binatang, ikan, burung, serangga, ayam, merpati, lembu, semut, dll.Contoh: Harga seekor burung ketitir yang merdu suaranya boleh mencecah sehingga seribu ringgit.

gelasUntuk kegunaan cecair yang diisi di dalam gelas.Contoh: Encik Ramesh memesan lima gelas air batu bandung untuk keluarganya.

gelungUntuk benda panjang dan bergulung seperti rotan, tali, wayar, kawat dan dawai.Contoh: Encik Lee menyuruh pekerja mengakat beberapa gelung kawat untuk dimasukkan ke dalam lori.

gemalUntuk benda yang dikumpul dan diikat.Contoh: Mak Cik Siti mengangkut beberapa gemal padi lalu dimasukkan ke dalam rumah padi.

genggamUntuk benda yang digenggam seperti garam, benih, biji-bijian, dll.Contoh: Pak Leman memasukkan segenggam garam ke dalam kawah gulai itu.

gerombolanUntuk kumpulan orang jahat seperti pengganas, pemberontak, penjahat dan komunis.Contoh: Segerombolan penjahat bertempur dengan pihak keselamatan di perbatasan.

gugusUntuk kumpulan benda yang berkelompok dan buah-buahan dalam setangkai seperti kunci, duku, anggur, rambutan dan pulau.Contoh: Di sebelah Tenggara Asia terdapat gugusan kepulauan Melayu.

gulungUntuk membilang benda yang panjang dan bergulung seperti tilam, tikar, filem, kain, kertas, permaidani, dll.Contoh: Hartawan itu telah menghadiahkan lima gulung permaidani kepada masjid di kampung saya.

gumpalUntuk benda yang bergumpal seperti kapas, kekabu, asap, tembakau, tanah, dll.Contoh: Laili mengambil segumpal kapas untuk mengesat darah di jarinya.helaiUntuk kegunaan benda-benda nipis, lembut, lebar seperti daun, kertas, kain, bulu ayam, cadar, dll.Contoh: Pekerja itu memungut beberapa helai daun kering yang berguguran di halaman sekolah.

hirisUntuk digunakan kepada benda yang sudah dipotong nipis seperti timun, bawang, lada, lobak, lengkuas, dll.Contoh: Emak memasukkan beberapa hiris lengkuas ke dalam masakan sup.

ikatUntuk digunakan kepada benda yang sudah diikat seperti atap, papan, sayur-sayuran, dll.Contoh: Kak Chah membeli seikat kacang panjang dan seikat daun pandan di gerai Pak Hashim.

jambakUntuk kegunaan benda berangkai seperti bunga, kunci, dll.Contoh: Bilal terjumpa sejambak kunci di tangga masjid.

jambanganUntuk kumpulan bunga atau seumpamanya yang digubah.Contoh: Pagi-pagi lagi Cik Wahida menerima sejambak bunga yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali.

jemputUntuk benda yang dapat diambil dengan hujung jari.Contoh: Mak Timah mengambil sejemput garam lalu dimasukkan ke dalam masakan sayur.

jengkalUntuk ukuran bagi sesuatu benda sama ada lebar atau panjang.Contoh: Kayu yang dipotong oleh Pak Lias itu panjangnya sejengkal setiap satu.

kajangUntuk benda berbentuk lebar seperti kertas, layar, kain, dll.Contoh: Dia mengambil sekajang kertas lalu menampal pada dinding yang berlubang.

kakiUntuk digunakan pada payung atau cendawan.Contoh: Encik Ah Ping menyuruh anaknya menyusun beberapa kaki payung di atas rak di dalam kedainya.

kalungUntuk benda yang diikat secara bersambung dalam bentuk bulatan seperti bunga, manik dan mutiara.Contoh: Pegawai itu dikalungkan dengan kalungan bunga oleh guru besar sekolah itu sempena hari mesyuarat agung PIBG sekolah.

kandangUntuk haiwan di dalam kandang.Contoh: "Lebih baik menjaga lembu sekandang daripada menjaga anak yang tidak mahu mendengar nasihat," kata Mak Jah.

kapurDigunakan kepada sirih yang telah disapu kapur.Contoh: Mak Andan menyuruh pengantin mengunyah sekapur sirih supaya mukanya berseri.

karanganUntuk bunga yang siap digubah.Contoh: Kakak membeli sekarangan bunga gubahan untuk hiasan di dalam biliknya.

kawanUntuk kumpulan haiwan.Contoh: Sekawan kerbau yang sedang berkubang di tengah bendang.

kelompokDigunakan untuk kumpulan haiwan, benda dan haiwan seperti kambing, doktor, guru, nelayan, awan, dll.Contoh: Di tepi padang sana ada sekelompok biri-biri yang sedang makan rumput.

kepalUntuk benda-benda yang boleh dikepal seperti tanah liat, nasi, pulut, dll.Contoh: Nenek mengambil sekepal pulut lalu dimasukkan ke dalam perut sotong sebelum dimasak untuk membuat ketupat sotong.

kepingDigunakan bagi benda yang rata, nipis dan lebar, seperti getah, atap, kertas, biskut, papan, roti, setem, zink, gambar, dll.Contoh: Ramlah mengambil dua keping setem lama lalu disimpan di dalam album setemnya.

kepulUntuk kegunaan benda-benda yang berkepul-kepul seperti asap dan awan.Contoh: Dari jauh kelihatan berkepul-kepul asap hitam yang keluar dari pusat penapisan minyak.

keratUntuk benda yang sudah dikerat atau jumlah manusia yang sedikit.Contoh: Pak Dollah menggunakan sekerat papan untuk membaiki tangga itu.

ketulUntuk kegunaan benda-benda yang berketul-ketul atau padu seperti air batu, daging, kuih, sabun, arang, batu, roti, tanah, dll.Contoh: Encik Raju memasukkan dua tiga ketul ais ke dalam gelas minumannya.ketumbukanDigunakan untuk kumpulan manusia seperti tentera, penjahat, dll.Contoh: Pihak berkuasa Malaysia menghantar satu ketumbukan tentera gerak khas ke sempadan untuk mengawal keselamatan di sana.

kotakDigunakan untuk benda-benda yang disimpan di dalam kotak seperti mancis, ubat gigi, sabun, kapur, lilin, paku, pensel, ubat nyamuk, kasut, dll.Contoh: Encik Zubir mengisi beberapa kotak kasut, mancis api, ubat gigi, sabun dan barang-barang lain ke dalam van untuk dihantar ke pasar malam.

kumpulanUntuk kumpulan manusia seperti kanak-kanak, murid-murid, pelajar, penari, penjahat, perompak, dll.Contoh: Satu persembahan tarian tradisional dipersembahkan oleh kumpulan penari dari Pantai Timur.

kuntumUntuk bunga.Contoh: Mak cik Suraya memetik sekuntum bunga lalu diselit pada sanggulnya.

larasUntuk digunakan pada senjata api.Contoh: Polis telah menemui dua laras pistol yang tersorok di dalam guni beras dalam satu sekatan jalan raya baru-baru ini.

lembarUntuk digunakan pada benda yang halus dan panjang seperti benang, kertas, rambut dan dawai.Contoh: Hafizah terkejut kerana terdapat selembar rambut di dalam kuih yang sedang dimakannya.

lingkarUntuk benda-benda yang bergulung seperti wayar, dawai, tali, ubat nyamuk dan rotan.Contoh: Pak Rashid membawa balik selingkar rotan yang dicari di dalam hutan berhampiran rumahnya.

longgokUntuk benda-benda yang dilonggokkan seperti buah-buahan, ikan, udang, ketam, sayur-sayuran, pasir, batu, tanah, pakaian dan lain-lain.Contoh: Harga selonggok udang galah itu ialah RM 24.00.

mangkukUntuk digunakan benda-benda yang diisi di dalam mangkuk seperti cendol, air batu kacang, bubur, kari, gulai, sayur, sup, dll.Contoh: Hari ini saya makan semangkuk air batu cendol di kedai Pak cik Jabar.

mayangDigunakan untuk bunga pinang, kelapa, kabung dan enau.Contoh: Encik Ah Siu mengambil dua mayang bunga pinang untuk dijadikan perhiasan rumahnya sempena hari perkahwinan anaknya.

naskhahUntuk bahan bacaan seperti buku, kitab, majalah, risalah dan akhbar.Contoh: Ayah saya membaca sekurang-kurangnya senaskhah akhbar setiap hari.

orangUntuk manusia.Contoh: Hari ini seorang penyanyi ditahan oleh polis kerana terbabit dengan pengedaran dadah.

pangsaDigunakan untuk buah-buah (contohnya : durian) dan rumah yang mempunyai pangsa.Contoh: Buah durian ini mempunyai empat pangsa dan lima ulas isi sahaja.

papanUntuk kegunaan benda berkeping seperti petai, mercun, dan gambir.Contoh: Ayah membeli tiga papan petai untuk hidangan makan tengah hari.

pasangUntuk benda dan manusia yang berpasangan seperti gelang, kasut, anting-anting, baju, cermin mata, pengantin, merpati, selipar, sepatu, suami isteri, telinga, dll.Contoh: Sempena hari kemerdekaan negara kita, Yang Berhormat Menteri Besar melepaskan dua puluh pasang burung merpati.

pasukanDigunakan bagi manusia yang berpakaian seragam seperti polis, tentera, kastam, pengakap, kadet, bulat sabit, bomba, pemain, pandu puteri, pancaragam, silat, taekwando, pendaki, dll.Contoh: Pasukan seni silat akan membuat persembahannya pula setelah pasukan taekwando selesai membuat persembahan.

patahUntuk perkataan atau percakapan.Contoh: Setelah beliau berucap dua tiga patah, tiba-tiba bekalan elektrik terputus dan menyebabkan beliau tidak dapat berucap lagi.

penggalUntuk siri atau masa seperti cerita, persekolahan, dll.Contoh: "Pada cuti penggal persekolahan nanti, anak-anak saya akan balik bercuti di kampung," kata Mak Melah.

persalinanUntuk pakaian yang lengkap seperti pakaian Melayu, dll.Contoh: "Datuk Bendahara, berikan dua persalinan pakaian pembesar negeri kepada Datuk Laksamana yang baru ini," titah Baginda Sultan.

petakUntuk benda yang luas dan rata seperti sawah, bendang dan tanah, dll.Contoh: Haji Ismail mempunyai sepuluh petak sawah di belakang rumahnya.

pintuUntuk digunakan pada bangunan berderet seperti berek, kedai, rumah, rumah panjang, rumah sewa dan rumah teres.Contoh: Encik Jefri membeli sepintu rumah kedai di Jalan Seremban, berhampiran sekolah rendah.

potongUntuk benda yang sudah dipotong seperti roti, kek, daging, kuih, dll.Contoh: Kakak menghidang lima potong kek di atas meja untuk minum petang bersama keluarga.

pucukDigunakan kepada senjata dan benda-benda yang halus dan nipis seperti pistol, meriam, kertas dan surat.Contoh: Pagi tadi Mei Yee menerima sepucuk surat daripada kawannya yang sedang belajar di luar negeri.

puntungDigunakan untuk rokok atau kayu api.Contoh: Dewan itu kotor kerana terdapat puntung rokok di merata-rata tempat.

ragaUntuk bahan yang diletakkan di dalam raga seperti buah, sayur, dan ikan.Contoh: Ramlah membawa seraga buah limau untuk dibahagi-bahagikan kepada jirannya.

rangkaiUntuk susunan beberapa benda yang berangkai seperti rantai, madah, lagu, doa, dan perkataan.Contoh: Cikgu Ganesh membaca beberapa rangkai madah patriotik pada malam puisi di dewan Anjung Seri.

rangkapUntuk tulisan berangkap seperti pantun, gurindam, seloka, syair, dan sajak.Contoh: Amutha menulis beberapa rangkap pantun berkaitan budi.

rawanDigunakan untuk benda yang tersirat dan dapat digunting seperti pukat, jala, dan jaring.Contoh: Pak Arif membeli tiga rawan jala baharu di pasar tani.

ricihUntuk benda yang sudah dihiris atau dipotong nipis.Contoh: Mak Ani memasukkan beberapa ricih daging bakar ke dalam nasi kerabu.

ruasUntuk benda yang beruas-ruas seperti buluh, tebu, dan rotan.Contoh: Shari memotong beberapa ruas buluh untuk membuat rangka layang-layang.

rumpunUntuk tumbuh-tumbuhan yang tumbuh berkumpulan seperti buluh, lalang, padi, rumput, tebu, dan serai.Contoh: Isteri Encik Yahya menanam beberapa rumpun serai di sekeliling rumahnya.

sendukUntuk makanan atau cecair yang diambil dengan menggunakan senduk seperti cendol, bubur, nasi, kari, sup, dll.Contoh: Pak Bahari menambah nasi sesenduk lagi kerana berselera dengan kari ayam kampung.

sikatUntuk digunakan pada buah pisang yang masih lekat pada sikatnya.Contoh: Selepas makan, kami dihidangkan dengan sesikat pisang emas.

sisirUntuk digunakan pada buah pisang yang masih lekat pada sisirnya.Contoh: Encik Dahlan membeli sesisir pisang emas untuk dimakan bersama-sama keluarganya.

suapUntuk makanan yang disuap ke dalam mulut (contohnya : nasi)Contoh: Pak Lebai sempat makan beberapa suap nasi sebelum jatuh pengsan.

susunUntuk benda-benda yang bersusun seperti kerusi, meja, akhbar, pinggan, kotak, sirih, baldi, buku, majalah, dll.Contoh: Tauke kedai itu meletakkan beberapa susun baldi di atas kaki lima bangunan menyebabkan lalu-lalang terhalang.

tandanUntuk buah-buahan yang bertandan seperti kelapa sawit, kelapa, pinag, nipak, kabung, enau, pisang, dll.Contoh: Beberapa tandan kelapa sawit yang telah digugurkan itu mesti dipungut oleh pekerja untuk dibawa ke kilang.

tangkaiUntuk benda yang bertangkai seperti bunga-bungaan, dan buah-buahan.Contoh: Cikgu Zaitun memetik beberapa tangkai bunga mawar lalu di letak di atas meja di dalam bilik guru.

tegukUntuk minuman yang ditelan sekali seperti kopi, air, ais, susu, dll.Contoh: Dia hanya minum seteguk sahaja air kopi itu kerana rasanya sangat pahit.timbunUntuk guna yang bertimbun atau berlonggok.Contoh: Pihak Jabatan Kerja Raya mencurahkan beberapa timbunan batu di tempat itu untuk kerja-kerja membaiki jalan.

tingkatUntuk rumah atau bangunan yang bertingkat.Contoh: Tanah lapang di kaki bukit itu akan dibina rumah banglo dua tingkat sebanyak 50 unit untuk dijual.

titikUntuk cecair yang menitik.Contoh: Kakak menitik dua titik ubat ke dalam mata emak yang sakit.

tompokUntuk benda atau cecair yang bertompok seperti dakwat, arang, cat, warna dan darah.Contoh: Polis dapat mengesan penjenayah itu melalui beberapa tompok darah di atas lantai rumahnya.

tongkolUntuk tumbuhan yang buahnya atau ubi yang bertongkol seperti jagung, keledek, ubi kayu, dan keladi.Contoh: Puan Kalaivani memotong beberapa tongkol keladi untuk digoreng.

ulasUntuk isi buah-buahan seperti nangka, durian, langsat, cempedak, manggis dan limau.Contoh: Kakak membeli beberapa ulas cempedak goreng di warung Mak Timah.

untaiUntuk benda yang berangkaian atau beruntaian seperti madah, mercun, kalung, pantun, rantai, dll.Contoh: Puan Mahani kehilangan seuntai kalung emas apabila rumahnya dimasuki pencuri pada malam tadi.

uratUntuk benda yang panjang dan halus seperti rambut, dawai, kawat, benang, dll.Contoh: Pak cik Rastam mengambil seurat dawai dari bilik stornya untuk mengikat tiang pagar yang patah.

utasUntuk benda yang panjang dan halus seperti tali, dawai, rantai, dll.Contoh: Pak Awang membeli seutas tali di kedai Tan Meng untuk dijadikan tali pengikat pukat.