penjodoh bilangan darjah 2

19

Upload: sekolah-rendah-park-view

Post on 11-Nov-2014

28.447 views

Category:

Education


48 download

DESCRIPTION

Aktiviti Penjodoh Bilangan untuk P2

TRANSCRIPT

PENJODOH BILANGAN

* perkataan yang digunakan untuk membilang .

* ia digunakan bersama-sama Kata Bilangan

* ia hendaklah diletakkan selepas Kata Bilangan dan sebelum Kata Benda

Contoh

Dua buah buku

Kata Bilangan

Penjodoh Bilangan

Kata Benda

BUAH

* digunakan untuk membilang benda-benda yang besar.

Boleh digunakan juga dengan kenderaan,tempat

Contoh

Sebuah komputerSebuah rumahSebuah kapal terbang

BIJI

* digunakan untuk membilang buah-buahan dan benda kecil yang bulat.

Contoh

Sebiji bolaSebiji ragaSebiji semangkaSebiji nanas

HELAI

* digunakan untuk membilang benda yang lembut,lebar dan pakaian

Contoh

Sehelai kertasSehelai baju panasSehelai seluarSehelai baju

EKOR

* digunakan untuk membilang binatang.

Contoh

Seekor kelawarSeekor badak Seekor burung

KUNTUM

* digunakan untuk membilang bunga.

Contoh

Tiga kuntum bunga matahariTujuh kuntum bunga tulip

BATANG

* digunakan untuk membilang benda yang lurus, keras dan panjang.

Contoh

Sebatang pokokSebatang penselSebatang tiang lampuSebatang sungaiSebatang jalan raya

PASANG

* digunakan untuk membilang benda berpasangan

Contoh

Sepasang kasutSepasang cermin mataSepasang sarung tanganSepasang pengantin

BILAH

* digunakan untuk membilang senjata yang tajam dan runcing.

Contoh

Sebilah kapakSebilah pedangSebilah pisau

LARAS

* digunakan untuk membilang senjata api.

Contoh

Selaras meriam.Selaras senapang

BUTIR

* digunakan untuk membilang benda yang bujur dan kecil.

Contoh

Sebutir peluruSebutir telurSebutir bom tangan

DAS

* digunakan untuk membilang bunyi letupan dan tembakan.

Contoh

Dua das tembakan pistol.Satu das tembakan meriam.

BANG!

•Sekuntum bunga

•Sebiji bola

•Seekor rakun

•Sebatang pembaris

•Sebuah basikal roda tiga

Nyatakan Penjodoh Bilangan yang sesuai.

pasang

kuntum

buah

Nyatakan Penjodoh Bilangan yang sesuai.

ekor

buah

bilah

Nyatakan Penjodoh Bilangan yang sesuai.

buah

ekor

pasang

Baca ayat dengan ayat di sini. Kemudiannyatakan sama ada penggunaan PenjodohBilanga betul atau salah.

Emak membeli tiga buah ikan kembung di pasar.

Rumah Pak Mat terletak berdekatan dengan sepasang sungai.

Dia membeli sebatang pensel baru.

Cikgu menyuruh saya mengeluarkan sebuah kertas.

Salah ~ ekor

Salah ~batang

Betul

Salah ~ helai

Baca ayat dengan ayat di sini. Kemudiannyatakan sama ada penggunaan PenjodohBilanga betul atau salah.

Emak memotong ikan menggunakan sekuntum pisau.

Sebutir telur berharga dua puluh lima sen.

Dia membeli sepasang kasut sukan di kedai itu.

Lina membeli sekuntum buah epal.

Salah ~ bilah

Betul

Betul

Salah ~ biji