penjodoh bilangan
DESCRIPTION
penjodoh bilanganTRANSCRIPT
Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan
bersama-sama dengan kata bilangan.
Contohnya:se- , dua , tiga, empat…
botol瓶
Untuk benda yang diisi di dalam botol.
susu , minyak , dakwat , cuka , ubat
Contoh ayat :
Ibu telah membeli dua botol minyak dari kedai runcit Pak Abu.
utas条
Untuk benda yang panjang dan boleh digulung
Benang , tali , dawai , jam tangan , rantai
Contoh ayat :
Bapa menghadiahkan seutas rantai kepada ibu sempena hari jadinya.
bungkus包
Untuk benda yang dibalut.
biskut, coklat ,Nasi lemak, keropok
Contoh ayat :
Puan Siti membeli tiga bungkus nasi lemak dari gerai Pak Mat untuk anaknya.
jambak束、串、把
Untuk benda yang bertangkai / berangkai-
rangkai
bunga , kunci
Contoh ayat :
Saya terjumpa sejambak kunci di atas lantai di luar bilik darjah.
Kerja KumpulanArahan: Bina ayat tunggal / ayat majmuk dengan menggunakan penjodoh bilangan .
-Cuba bina ayat majmuk untuk mendapatkan markah yang tinggi.
-Had masa : 10minit
Selamat maju jaya!
Apa yang telah kamu belajar dalam kelas hari
ini?
botol
utas
bungkus
jambak
Sekian, Terima Kasih!