pengurusan kantin sekolah

3

Click here to load reader

Upload: siti-musiah-matnor

Post on 20-Jul-2015

7.953 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan kantin sekolah

BAHAGIAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH, JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

TANGGUNGJAWAB PENGUSAHA KANTIN

Pengusaha kantin bertanggungjawab untuk memastikan:

Lesen perniagaan yang sah diperolehi daripada Pihak Berwajib

Kontrak dengan pihak sekolah dipatuhi.

Amalan kebersihan dan keselamatan di kantin sentiasa dititikberatkan.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan peraturan lain pengurusan kantin sekolah berkuatkuasa dipatuhi.

Makanan yang dijual sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat.

Pengendali makanan telah menjalani pemeriksaan kesihatan, menghadiri kursus pengendalian makanan dan dalam keadaan sihat.

Pengendali makanan mengamalkan tabiat yang sihat semasa bertugas.

Pengendali makanan berpakaian bersih, sopan dan lengkap semasa bertugas (memakai apron, sarung tangan, berkasut, penutup kepala, tiada luka yang terdedah)

Bangunan kantin, kemudahan lain dan kawasan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan selamat.

Pengendali makanan sentiasa berbudi bahasa semasa melayan pelanggan.

Makanan bermasak disediakan di kantin sekolah.

Page 2: Pengurusan kantin sekolah

Kantin tidak dijadikan sebagai tempat kediaman.

Tiada memelihara haiwan atau berkeliaran di kawasan kantin.

Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisyen.

Kepentingan agama pelanggan diamilkira semasa membuat persediaan dan menyimpan makanan dan minuman.

Menjual hanya makanan dan minuman halal: (sila rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/10/981 bertarikh 9 Februari 1982 seperti lampiran 2)

Pengendali makanan telah diakui sihat oleh Pegawai Perubatan.

Semua pengendali makanan berpakaian sopan, lengkap dan bersih (sila rujuk muka surat 10)

Pengendali makanan menjada kebersihan diri dan mengelakkan amalan-amalan yang boleh menyebabkan pencemaran terhadap makanan dan minuman.

Memastikan pengendali makanan menjual makanan yang bersih, bermutu , berkhasiat dan selamat.

Semua pengendali makanan telah diberi pelalian tifoid dan sihat semasa mengendalikan makanan.

Pengendali makanan telah menghadiri Kursus Pengendalian Mkanan.

Segala panduan dan peraturan seperti yang terkandung dalam buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah dipatuhi

Makanan dan minuman dari luar sekiranya perlu hendaklah bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat untuk dimakan. Maklumat mengenai pembekal dari luar hendaklah dimaklumkan pada jawatankuasa kantin sekolah:

Page 3: Pengurusan kantin sekolah

Nama Penuha Pembekal :

Alamat Pembekal :

No. Telefon :

Jenis makanan/minuman yang dibekalkan :