penguasaan bahasa inggeris dalam … tahap 1 dan 2 dalam malaysian university english test (muet)....

21
PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR SPH DI UTM SKUDAI JOHOR AZIMAH BINTI MOHD AJIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hanga

Post on 02-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR SPH

DI UTM SKUDAI JOHOR

AZIMAH BINTI MOHD AJIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN

PELAJAR SPH DI UTM SKUDAI JOHOR

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya AZIMAH BINTI MOHD AJIS__________________________ mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: PUAN NOR FADILA MOHD AMIN NO 4 KAMPUNG SUNGAI KLUANG, Nama Penyelia 83100 RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR

Tarikh: Tarikh:

Page 3: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penyelia : PN NOR FADILA BINTI MOHD AMIN

Tarikh : ……………………

Page 4: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

i

PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR

SPH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

AZIMAH BINTI MOHD AJIS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2009

Page 5: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya)”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : AZIMAH BINTI MOHD AJIS

Tarikh : ……………………………………

Page 6: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

iii

DEDIKASI

Kuabadikan dedikasi ini istimewa buat......

Ayahanda Mohd Ajis Sanin dan ibunda Zaleha Hassan Raya yang disayangi,

Bonda mertuaku, Rokiah Hamid

Doa, jasa dan pengorbananmu sumber kejayaanku….

Buat suami tercinta , Mohamad Azarai dan anakanda tersayang Nur Khairina

Inspirasi dan dorongan kalian obor perjuanganku....

Kekanda – kekanda Azlina dan Norazah serta Adinda – adinda Mohd Noh ,

Atikah dan Azizah...

Kejayaanku pendorong buat kalian.........

Pn Nor Fadila Mohd Amin

Jasa dan bakti tidak boleh ditukar ganti....

Teman – teman seperjuangan....4SPH

Kenangan bersama tak mungkin hilang di memoriku....

Suka duka perjalanan telah kita lalui bersama....

Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.....

Kejayaan ini adalah milik bersama....

Page 7: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…..

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang dengan izin, taufik dan

hidayahnya dapat saya menyiapkan dan menyempurnakn penyelidikan ini

dengan sebaik mungkin.

Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia yang dihormati, Pn

Nor Fadila Mohd Amin di atas bimbingan, dorongan serta nasihat sepanjang

menjalankan penyelidikan ini.

Ribuan teima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa dan ahli keluarga

yang telah memberi semangat dan sokongan moral yang amat berharga

sepanjang menyiapkan kajian ini dan sepanjang belajar di bumi UTM ini.

Juga kepada rakan – rakan seperjuangan yang telah memberi panduan

dan pertolongan. Kenangan bersama tetap dalam ingatan dan terima kasih di

atas segala sokongan. Semoga Allah membalas jasa kalian.

Wassalam...

Page 8: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

v

ABSTRAK

Satu kajian berbentuk deskriptif tinjauan telah dijalankan untuk

mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar SPH.

Kajian ini memberi fokus kepada 3 faktor utama iaitu minat , pengajaran

pensyarah dan persekitaran. Seramai 113 orang pelajar tahun 2 dan 4 dipilih

secara rawak sebagai sampel kajian. Instrumen kajian terdiri daripada soal

selidik yang mengandungi 38 item. Nilai kebolehpercayaan, alpha cronbach

bagi instrumen ini adalah 0.84. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif

dengan menggunakan SPSS bagi memperoleh nilai kekerapan dan peratus.

Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya penguasaan bahasa Inggeris

responden adalah pada tahap sederhana. Kajian mendapati masalah yang

dihadapi oleh pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris adalah kurangnya

sokongan daripada keluarga, malu apabila hendak menyampaikan

pembentangan menggunakan Bahasa Inggeris dan berasa rendah diri apabila

mendapat gred yang rendah dalam Bahasa Inggeris.

Page 9: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

vi

ABSTRACT

This study was conducted to identify the mastery level of English

language among SPH students. This descriptive research focused on three

factors namely interest , lecturer and learning environment . 113 second year

and final year SPH students were randomly selected as respondents. The

research instrument used is questionnaire which consists of 38 items. Reliability

value, alpha cronbach for the questionnaire is 0.84. Data descriptive were

analyzed by using SPSS to get the value of frequency and percent. Study shows

that English language mastery level among students is moderate. The study also

reveals that students encounter a few problems such as less support from family

members, lack of confident and feel inferior whenever they get lower mark.

Page 10: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 5

1.6 Skop Kajian 6

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

Page 11: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

viii

1.7 Definisi Istilah 7

1.7.1 Masalah Penguasaan 7

1.7.2 Minat 7

1.7.3 Persekitaran 7

1.7.4 Motivasi 8

1.7.5 Rakan Sebaya 8

1.7.6 Faktor Pengajaran 8

1.8 Kesimpulan 8

II SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 9

2.1 Kepentingan Bahasa Inggeris 10

2.2 Pengajaran Pensyarah 12

2.3 Pengaruh faktor Persekitaran 13

2.4 Motivasi Dalam Pembelajaran 14

2.5 Minat 16

2.6 Kajian-kajian lepas 17

2.7 Kesimpulan 19

III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 20

3.1 Reka bentuk kajian 20

3.2 Prosedur Persampelan 21

3.3 Instrumen kajian 22

3.3.1 Bahagian A 23

3.3.2 Bahagian B 24

3.4 Pengesahan Instrumen 26

3.5 Kajian rintis 28

3.6 Prosedur kajian 29

Page 12: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

ix

3.7 Analisis data 29

3.8 Batasan kajian 31

3.9 Kesimpulan 31

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 32

4.2 Soalan kajian 1 : Apakah Kebolehan Pelajar Dalam Menguasai

Bahasa Inggeris 33

4.3 Soalan kajian 2 : Apakah Faktor Minat yang mendorong pelajar

menguasai Bahasa Inggeris 35

4.4 Soalan kajian 3 : Apakah faktor pengajaran pensyarah mendorong

pelajar menguasai Bahasa Inggeris 37

4.5 Soalan kajian 4 : Apakah faktor persekitaran mendorong pelajar

menguasai Bahasa Inggeris. 39

4.6 Soalan kajian 3 : Apakah faktor pengajaran pensyarah mendorong

pelajar menguasai Bahasa Inggeris 41

4.7 Kesimpulan 43

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 44

5.2 Rumusan 45

5.3 Perbincangan

5.3.1 Minat terhadap Bahasa Inggeris 46

5.3.2 Pengajaran pensyarah dalam bahasa Inggeris 47

5.3.3 Faktor Persekitaran Yang mendorong Menguasai Bahasa Inggeris

48

Page 13: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

x

5.3.4 Masalah yang di hadapi Oleh pelajar Dalam menguasai Bahasa

Inggeris 49

5.4 Cadangan 50

5.5 Cadangan Kajian lanjutan 51

5.6 Kesimpulan 52

BIBLIOGRAFI 53

LAMPIRAN 58

Page 14: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Pelajar mengikut Tahun Kursus dan Jantina 21

3.2 Bahagian A : Maklumat Peribadi Responden 23

3.4 Taburan item-item Bahagian B borang soal selidik 25

3.5 Pemeringkatan Skala Likert 26

3.6 Soalan Item Soal selidik yang diperbetulkan 27

3.7 Nilai alpha cronbach 28

3.8 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 30

3.9 Tahap penilaian responden berdasarkan min 30

3.10 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 31

4.1 Analisis kebolehan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris 34

4.2 Analisis faktor minat yang mendorong pelajar menguasai Bahasa Inggeris 36

4.3 Analisis faktor pengajaran pensyarah yang mendorong pelajar menguasai 38

Bahasa Inggeris

4.4 Analisis faktor persekitaran yang mendorong pelajar menguasai 40

Bahasa Inggeris

4.5 Analisis masalah yang dihadapi dalam menguasai Bahasa Inggeris 42

Page 15: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

xii

SENARAI SINGKATAN

MUET - Malaysian University English Test IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

BBM - Bahan Bantu Mengajar

SPSS - Statistical Packages Science Social

.

Page 16: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK

A Contoh Borang Soal Selidik

B Pengesahan Instrumen

Page 17: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Bahasa ialah alat atau perantaraan komunikasi. Kita mempelajari bahasa bukan

untuk tujuan mempelajari budaya yang asing, tetapi kita mempelajari bahasa untuk

membolehkan kita berkomunikasi dengan mereka yang datang dari budaya yang lain.

Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua selepas bahasa Melayu. Bahasa kedua ini adalah

bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu. Menurut Kamaruddin (1986)

bahasa kedua adalah bahasa yang dipelajari oleh seseorang itu disamping bahasa

kandung yang dia perolehi. Mempelajari bahasa bermakna kita menguasai satu lagi

kemahiran untuk membolehkan kita menyampaikan idea dan buah fikiran kepada

seseorang yang lain. Di samping itu, kita turut mengupayakan diri kita untuk memahami

fikiran dan ilmu yang disampaikan pada kita.

Mempelajari Bahasa Inggeris ialah seperti mempelajari sesuatu disiplin atau

kemahiran. Ia memerlukan kesabaran, disiplin, ketekunan, dan yang paling penting,

semangat. Memang sukar untuk kita menerima hakikat apabila kita membuat kesilapan

ketika bertutur, dan amat memalukan apabila kesilapan kita digelakkan. Sememangnya

mempelajari bahasa memerlukan semangat waja. Penguasaan bahasa datang dengan

Page 18: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

2

kebiasaan. Jika kita selalu menggunakan Bahasa Inggeris lama – kelamaan kita akan

menjadi mahir dengan sendirinya. Sekiranya kita tidak menggunakan bahasa, maka lama

kelamaan kita akan kehilangan bahasa tersebut. Begitu juga dengan Bahasa Inggeris di

mana kita perlu menggunakannya seberapa banyak yang mungkin. Mempelajari Bahasa

Inggeris akan membuka minda pelajar kepada dunia lain.

Dunia hari ini menuju ke era globalisasi yang menjadikan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa perantaraan. Dalam menjadi bangsa yang maju mencapai wawasan 2020

sudah tentulah bahasa Inggeris mesti dikuasai. Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan

supaya bidang sains dan teknologi diajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris dan

kabinet mempersetujuinya sejak tahun 1993 lagi (Berita Harian, 28 Disember 1993 dan

Utusan Malaysia, 28 Disember 1993).

Pada masa kini, internet juga membuka luas peluang meraih ilmu pengetahuan,

tetapi kebolehan pelajar untuk menerokai bidang ilmu yang luas ini hanya akan

meningkat sekiranya mereka menguasai Bahasa Inggeris. Dalam dunia Internet dan IT,

90 peratus komunikasi ialah dalam bahasa Inggeris. Ini diperkukuhkan lagi dengan

ucapan Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Raja Permaisuri Perak Tuanku

Bainun yang mana beliau menekankan kepentingan mempelajari dan menguasai Bahasa

Inggeris yang amat mendesak berikutan peranannya sebagai bahasa teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT) (Amran Mulup, 22 Ogos 2002). Keadaan semasa telah

menjadikan dunia tanpa sempadan sehingga memungkinkan semua orang hidup sebagai

warga dunia dengan satu bahasa utama iaitu Bahasa Inggeris.

Page 19: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

3

1.1 Latar Belakang Masalah

Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di negara ini berdasarkan Akta

Pelajaran yang diluluskan pada 1961 setelah Bahasa Melayu mengambil alih sebagai

bahasa rasmi sejak negara mencapai kemerdekaan (Akta Pelajaran 1961). Oleh itu, asas

penguasaan bahasa kedua ini jauh bezanya jika dibandingkan dengan penguasaan bahasa

pertama atau bahasa ibunda yang berlaku secara semula jadi.

Hampir 30 peratus pelajar kolej komuniti , politeknik dan universiti awam hanya

menguasai tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian

awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar menguasai

tahap 1 , 23% tahap 2 , 1.9% menguasai tahap 6 , 5.1% pada tahap 5, 43.3% di tahap 3

dan 21% pada tahap 4 ( Mustapha Mohamed , 23 Januari 2007). Kajian ini jelas

menyatakan bahawa pelajar IPTA masih belum dapat menguasai bahasa inggeris dengan

cekap. Justeru itu , mereka perlu berusaha lebih untuk setaraf dengan negara luar untuk

mencapai standard yang dikehendaki dalam menceburi dunia pekerjaan kelak.

Pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu menggandakan

usaha menguasai bahasa Inggeris bagi meningkatkan peluang memasuki pasaran

pekerjaan yang kini semakin sukar dan kompetitif. Bersesuaian dengan pernyataan

Mohd Fuad Razali dan Norzilawati Abdul Halim (23 Mei 2003) yang menyatakan

bahawa pelajar perlu menguasai kemahiran berkomunikasi supaya berkebolehan

menyampaikan pandangan secara berkesan. Menguasai bahasa sahaja belum mencukupi,

jika tidak disertai kemahiran berkomunikasi yang berkesan. Sesiapa yang tidak boleh

berkomunikasi, sebenarnya tercicir daripada persaingan untuk menguasai maklumat

dalam era pengetahuan ini. Rakyat Malaysia, seperti juga warga dunia lain, tidak boleh

ketinggalan dalam mempelajari Bahasa Inggeris (Abdullah Ahmad 23 Mei 2003). Fakta

ini jelas untuk mengaitkan senario pembelajaran bahasa Inggeris dengan hasrat

Kementerian Pengajian Tinggi supaya pelajar kita menguasai bahasa Inggeris dalam

mengharungi sistem pembelajaran di peringkat universiti.

Page 20: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

4

Pengajaran atau pembelajaran subjek bahasa sama ada bahasa pertama (bahasa

melayu) dan bahasa kedua (bahasa Inggeris) adalah berbeza jika dibandingkan dengan

subjek-subjek lain seperti Matematik dan Sains yang lebih memberatkan kepada

maklumat dan fakta. Penguasaan bahasa kedua bukanlah boleh didapati melalui

pemerolehan semata-mata tetapi dikuasai melalui pembelajaran (Kamaruddin Husin ,

1986).

Kita tidak dapat menolak kenyataan bahawa seseorang yang mampu bertutur

lebih daripada satu bahasa lebih terdedah kepada maklumat malah akan diberi

keutamaan daripada segi peluang pekerjaan. Kenyataan ini lebih ketara lagi apabila

bahasa kedua yang dituturkan itu adalah bahasa Inggeris iaitu bahasa antarabangsa yang

digunakan dikebanyakan negara-negara di dunia. Kita mesti memperolehi dan

menguasai bahasa kedua jika kita mahu bangsa dan negara kita terus maju dan dapat

bersaing terus mendahului negara-negara jiran.

1.2 Pernyataan Masalah

Penguasaan bahasa Inggeris menjadi satu isu yang sangat penting

diperbincangkan dewasa ini , bukan sahaja dalam kalangan pendidik tetapi juga dalam

kalangan masyarakat dan pihak kerajaan. Kelemahan menguasai bahasa Inggeris akan

menyebabkan sesuatu bangsa itu akan ketinggalan dalam arus pembangunan.

Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan penyelidik ingin mengkaji tahap

penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar SPH berdasarkan faktor minat ,

pengajaran pensyarah dan persekitaran. Di samping itu juga penyelidik akan mengkaji

masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris.

Page 21: PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DALAM … tahap 1 dan 2 dalam Malaysian University English Test (MUET). Kajian Kajian awal Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2006 mendapati 5.7% pelajar

5

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk melihat penguasaan Bahasa

Inggeris di kalangan pelajar Tahun 2 dan 4 SPH UTM Skudai. Secara khususnya

objektif kajian adalah seperti berikut :

i. Mengenal pasti kebolehan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris

ii. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar menguasai Bahasa

Inggeris

iii. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai Bahasa

Inggeris

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut:

i. Apakah kebolehan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris ?

ii. Apakah faktor minat yang mendorong pelajar menguasai Bahasa

Inggeris?

iii. Apakah faktor pengajaran pensyarah yang mendorong pelajar menguasai

Bahasa Inggeris?

iv. Apakah faktor persekitaran yang mendorong pelajar menguasai Bahasa

Inggeris?

v. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai

Bahasa Inggeris?

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak – pihak yang

berkenaan khususnya kepada :