pengkhususan dan sistem barter

3
1.4 PENGKHUSUSAN 1.4a Maksud Pengkhususan Adalah penumpuan kepada sesuatu aktiviti dalam pengeluaran. 1.4b Pewujudan Pengkhususan Dalam Pengeluaran 1. Pengkhususan berlaku kerana :- i. perbezaan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh seseorang. ii. perbezaan sumber yang terdapat di sesuatu kawasan. iii. perbezaan iklim dan bentuk mukabumi. iv. perbezaan tingkat teknologi. 2. Jenis-jenis pengkhususan. JENIS PENGKHUSUSAN KETERANGAN CONTOH 1. Pengkhususan mengikut profesion. Individu melakukan satu jenis pekerjaan mengikut kebolehan, pengalaman dan kelulusan. Ada individu yang menjadi doktor, polis, nelayan, peguam dan penyanyi. 2. Pengkhususan mengikut proses. Proses pengeluaran di kilang dibahagi kepada beberapa proses / pengendalian / operasi. Dalam sebuah kilang nenas, terdapat pekerja yang mengupas nenas, mengetin, melabel dan membungkus. 3. Pengkhususan mengikut kawasan. Berlaku antara kawasan dalam sesebuah negara kerana perbezaan bentuk mukabumi, kesuburan tanah, cuaca, berhampiran dengan pasaran dan bekalan tenaga buruh. Aktiviti utama negeri Trengganu ialah perikanan, Kedah penanaman padi dan Johor penanaman nenas. 4. Pengkhususan Antarabangsa. Setiap negara mengkhusus dalam produk tertentu kerana perbezaan alam semulajadi, iklim dan buruh. Indonesia adalah negara pertanian, Singapura negara perindustrian dan Afrika Selatan negara perlombongan. 1.4c Kesan Pengkhususan Dalam Pengeluaran.

Upload: mustafa-kamal-md-yusof

Post on 15-Jun-2015

2.420 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengkhususan Dan Sistem Barter

1.4 PENGKHUSUSAN

1.4a Maksud Pengkhususan Adalah penumpuan kepada sesuatu aktiviti dalam pengeluaran.

1.4b Pewujudan Pengkhususan Dalam Pengeluaran 1. Pengkhususan berlaku kerana :- i. perbezaan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh seseorang. ii. perbezaan sumber yang terdapat di sesuatu kawasan. iii. perbezaan iklim dan bentuk mukabumi. iv. perbezaan tingkat teknologi.

2. Jenis-jenis pengkhususan.

JENIS PENGKHUSUSAN KETERANGAN CONTOH

1. Pengkhususan mengikut profesion.

Individu melakukan satu jenis pekerjaan mengikut kebolehan, pengalaman dan kelulusan.

Ada individu yang menjadi doktor, polis, nelayan, peguam dan penyanyi.

2. Pengkhususan mengikut proses.

Proses pengeluaran di kilang dibahagi kepada beberapa proses / pengendalian / operasi.

Dalam sebuah kilang nenas, terdapat pekerja yang mengupas nenas, mengetin, melabel dan membungkus.

3. Pengkhususan mengikut kawasan.

Berlaku antara kawasan dalam sesebuah negara kerana perbezaan bentuk mukabumi, kesuburan tanah, cuaca, berhampiran dengan pasaran dan bekalan tenaga buruh.

Aktiviti utama negeri Trengganu ialah perikanan, Kedah penanaman padi dan Johor penanaman nenas.

4. Pengkhususan Antarabangsa.

Setiap negara mengkhusus dalam produk tertentu kerana perbezaan alam semulajadi, iklim dan buruh.

Indonesia adalah negara pertanian, Singapura negara perindustrian dan Afrika Selatan negara perlombongan.

1.4c Kesan Pengkhususan Dalam Pengeluaran.

1. Kelebihan melakukan Pengkhususan.1. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan. Ini kerana pekerja melakukan

kerja yang sama berulang kali.2. Meningkatkan pengeluaran. Pekerja menjadi lebih produktif iaitu dapat

mengeluarkan banyak barang dalam masa yang singkat.3. Menjimatkan kos dan masa melatih pekerja. Pekerja hanya perlu

mempelajari satu kemahiran sahaja.4. Membolehkan pengggunaan mesin. Pembahagian kepada beberapa proses

pengeluaran yang berulang-ulang membolehkan penggunaan mesin.

2. Kekurangan melakukan Pengkhususan.1. Membosankan pekerja. Pekerja melakukan kerja yang sama setiap hari.

Page 2: Pengkhususan Dan Sistem Barter

2. Kehilangan daya cipta, seni pertukangan dan kreativiti. Pekerja hanya mengetahui sebahagian proses pengeluaran dan harus mematuhi rekabentuk yang telah ditetapkan.

3. Hasil yang standard. Pilihan pengguna terhad kerana hasil keluaran sama standard.

4. Risiko pengangguran. Kemahiran pekerja yang terbatas menyebabkan pekerja yang berhenti sukar mencari kerja di tempat lain.

5. Terlalu bergantung antara satu sama lain. Semua kerja tergendala apabila satu unit tidak berfungsi.

1.5 SISTEM BARTER.

1.5a Maksud Sistem Barter. Adalah aktiviti pertukaran barang dengan barang tanpa menggunakan wang.

b. Syarat untuk berlaku Sistem Barter ialah :- i .ada lebihan barang ii. wujud kemahuan serentak iaitu kedua-dua pihak yang hendak bertukar barang bersetuju untuk melakukan pertukaran.

1.5b Masalah Sistem Barter.

MASALAH KETERANGAN1.Masalah pertemuan kemahuan serentak

Kedua-dua pihak mesti bersetuju untuk melakukan pertukaran kerana mempunyai kemahuan yang saling memenuhi.

2. Kesukaran untuk menentukan nilai pertukaran.

Apabila barang hendak ditukarkan, sukar untuk menentukan nilai satu barang dengan barang yang lain.Contoh : seguni beras = berapa ekor ikan.

3. Kesukaran membahagi barang.

Pembahagian barang kepada unit yang lebih kecil tidak boleh dilakukan untuk sesetengah barang. Contoh : Seekor lembu tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada unit yang kecil untuk ditukarkan dengan beberapa ekor ikan tanpa mengorbankannya.

4. Barang tidak tahan lama. Terdapat barang yang mudah rosak/busuk jika tidak ditukar dengan segera. Contoh : Ikan, sayur, daging, buah-buahan.

5. Masalah membawa barang Sukar membawa barang yang besar, berat dan banyak untuk melakukan pertukaran kerana tiada pengangkutan yang sesuai.