pengenalan_statistik

25
PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirr ahim Assalamualaikum w.b.t , Selamat Sejahtera dan Salam satu Malaysia Alhamdulilah, Segala pujian bagi Allah S.W.T, pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, dan para sahabat-sahabat baginda. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi,dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya dapat menyiapkan jua tugasan yang diberi dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekalung penghargaan di ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Lukman Bin Mohd pensyarah pembimbing bagi subjek Teras Matematik di atas kesudian beliau untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar, bantuan dan juga teguran yang membina dalam usaha untuk menjayakan kerja kursus ini. Beliau juga telah banyak membantu saya serta rakan sekelas dalam penyelesaian masalah yang terdapat didalam tugasan ini semasa ia di jalankan. Juga tidak dilupakan kepada guru-guru pelatih yang banyak membantu sepanjang proses tugasan ini dijalankan, terutama guru pelatih PPISMP SEM 3. Segala sumbangan berbentuk idea, pendapat serta tunjuk ajar daripada mereka banyak membantu saya dalam proses penambahbaikkan kerja kursus ini. Kepada semua rakan sekelas, ribuan terima kasih saya ucapkan atas segala bantuan yang telah dihulurkan. Semestinya orang yang tidak boleh dilupakan ialah ibu bapa serta keluarga yang turut terlibat sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Segala bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral daripada mereka amat saya hargai dan hanya ucapan terima kasih dan 1

Upload: hafiz-yatin

Post on 14-Nov-2015

68 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

STATISTIK

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t , Selamat Sejahtera dan Salam satu MalaysiaAlhamdulilah, Segala pujian bagi Allah S.W.T, pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, dan para sahabat-sahabat baginda. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi,dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya dapat menyiapkan jua tugasan yang diberi dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekalung penghargaan di ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Lukman Bin Mohd pensyarah pembimbing bagi subjek Teras Matematik di atas kesudian beliau untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar, bantuan dan juga teguran yang membina dalam usaha untuk menjayakan kerja kursus ini. Beliau juga telah banyak membantu saya serta rakan sekelas dalam penyelesaian masalah yang terdapat didalam tugasan ini semasa ia di jalankan.

Juga tidak dilupakan kepada guru-guru pelatih yang banyak membantu sepanjang proses tugasan ini dijalankan, terutama guru pelatih PPISMP SEM 3. Segala sumbangan berbentuk idea, pendapat serta tunjuk ajar daripada mereka banyak membantu saya dalam proses penambahbaikkan kerja kursus ini. Kepada semua rakan sekelas, ribuan terima kasih saya ucapkan atas segala bantuan yang telah dihulurkan.Semestinya orang yang tidak boleh dilupakan ialah ibu bapa serta keluarga yang turut terlibat sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Segala bantuan dari segi kewangan dan sokongan moral daripada mereka amat saya hargai dan hanya ucapan terima kasih dan doa dapat saya berikan. Sesungguhnya tanpa penglibatan mereka, segala kerja saya menjadi sia-sia kerana tidak mendapat restu daripada mereka.Akhir sekali, saya berharap agar dapat menghasilkan kerja kursus yang tepat, jelas dan lengkap menetapi soalan yang diberikan dari segi maklumat yang diberikan dan saya juga berharap agar mampu meningkatkan mutu serta kualiti kerja kursus saya yang diberikan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

TAJUK:STATISTIK

1.0 Pengenalan StatistikPerkataan statistik mempunyai berbagai makna di dalam budaya kita. Websters Third New International Dictionary memberikan definasi statistik yang komprenhensif sebagai sains yang berurusan dengan pungutan, analisis, tafsiran dan persembahan data numerik. Dari sudut pandangan ini, statistik akan kita bincangkan di dalam kursus ini. Statistik juga merupakan satu cabang matematik, dan banyak daripada sains statistik berdasarkan kepada pemikiran matematik, dan terbitannya. Banyak daripada bidang-bidang akademik, termasuk perniagaan, menawarkan kursus statistik di dalam disiplinnya. Walau bagaimanapun, statistik telah menjadi satu bidang pengajian di dalam bidangnya.Manusia kerapkali menggunakan perkataan statistik dengan merujuk kepada kumpulan data. Sebagai contoh, mereka mungkin berkata mereka memungut statistik dari operasi perniagaan mereka. Apa yang mereka rujukkan adalah mengukur kenyataan dan angka. Pilihan model kereta dan lain-lain juga menggunakan perkataan statistik untuk merujuk kepada kematian.Pernyataan statistik adalah digunakan sekurang-kurangnya di dalam dua cara yang penting. Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran perihalan yang dikira daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi. Penggunaan ini akan dicincangkan kemudian. Kedua, statistik merupakan taburan yang digunakan di dalam analisis data. Sebagai contoh, penyelidik menggunakan taburan t untuk menganalisis data yang akan merujuk kepada statistik di dalam menganalisis data. Antara contoh beberapa penggunaan yang biasa bagi perkataan statistik ialah sains yang memungut, menganalisis, mentafsir dan mempersembahkan data., cabang metematik, kursus pengajian, kenyataan dan angka, pengukuran yang diambil dari sampel dan jenis taburan yang digunakan untuk menganalisis data.

2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATATajuk tugasan:Fokus tugasan ini ialah menjalankan kajian kepada isu-isu yang menarik dan realisti. Pelajar dikehendaki memugut dan mengolahkan data serta membina visual untuk mempersembahkan data. Visual ini boleh dibuktikan dalam bentuk graf bergambar/piktograf, carta pai, carta palang, dan graf garis. Isu yang dipilh adalah dalam bentuk trend yang menarik di kalangan rakan selah anda. Berdasarkan tugasan di atas, anda dikehendaki menulis satu laporan.

Soalan: 2.1 Data MentahSuatu soal selidik telah dijalankan ke atas guru pelatih BM3 (SJKT) PPISMP semester 3 seramai 24 orang untuk mengetahui maklumat mengenai rancangan kegemaran di siaran astro Disney. Antara rancangan tersebut ialah upin ipin, mickey mouse, mr bean, totally spies dan boboi boy. Berikut merupakan jadual data mental yang telah dipungut.:JantinaSaluran / Cerita kartun yang digemari

Upin Ipin (1)Mickey Mouse (2)Mr. Bean(3)Totally Spies(4)Boboy Boi(5)

Faiz/

Jay/

Shahmi/

Thom/

Aznizan/

Julianah

/

Khairunisa

/

Lorshini

/

Mona

/

Lin

/

Amira

/

Hannis

/

Ezatul

/

Fatin

/

Izzati

/

Farhana/

Yuvarani/

Shatya/

Atieykah/

Maisara/

Arifah/

Ain Syamimi/

Suaidah/

Afifah/

2.2 Data Yang Telah Diolah:

Saluran / Cerita kartun yang digemariGundalanKekerapan

Upin Ipin

//// ////10

Totally Spies

//// /6

Mr. Bean

///3

Boboy Boi

///3

Mickey Mouse

//2

Jumlah:25

Jadual Kekerapan Longgokan:

3.0 PERSEMBAHAN DATA3.1 Graf Piktograf Kadangkala sesuatu maklumat itu lebih menarik dan lebih mudah difahami jika diberikan dalam bentuk grafik berbanding dengan angka. Oleh itu angka diwakili dengan simbol seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Bentuk grafik tersebut di kenali sebagai piktograf. Untuk menghasilkan graf piktograf haruslah mempunyai sesuatu objek atau grafik yang dapt mengambarkan agka yang diwakili.

Saluran / Cerita kartun yang digemariKekerapan

Upin Ipin

Totally Spies

Mr. Bean

Boboy Boi

Mickey Mouse

mewakili 2 orang guru pelatih

3.2 Carta Pai

Graf pai digunakan untuk menunjukkan peratusan atau pecahan pembolehubah. Carta pai merupakan satu bulatan yang mempunyai nilai keseluruhannya ialah 360, yang dibahagikan kepada bebrapa sektor mengikut nilai yang diwakilinya. Carta pai boleh menggambarkan taburan dan menunjukkan kadar peratusan. Saiz bulatan menggambarkan jumlah kesuluruhan ciri yang dikemukan

Antara cara-cara untuk melukis carta pai adalah yang pertama perlulah mengumpul data, tukarkan data kepada bentuk peratus, seterusnya tukarkan peratus kepada sektor bulatan. Lukiskan bulatan besar dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut sudut sector bulatan dan labelkan tiap-tiap sector serta lengkapkan carta dengan tajuk yang berkenaan. Graf pie adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Carta pai : Peratusan saluran kartun yang digemari oleh guru pelatih BM3

3.3 Carta Palang

3.4 Graf Garis

Untuk melakarkan graf garis haruslah membuat pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi. Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang sama. Garisan permulaan menyentuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan. Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain. Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang berlapis.. Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza. Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk menampakkan kejelasan media yang dibina.

Selain itu, elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina. Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada di dalam media.Antaranya ialah tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh ), pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul, perlu ada skala, petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media serta Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagiankanan dan bawah media.

4.0 ANALISIS DATA.4.1 Penggunaan Carta PaiBerdasarkan empat graf yang telah dibina, saya telah memilih carta pai sebagai graf pilihan untuk diterangkan cara penggunaannya. Carta pai digunakan untuk menunjukkan peratusan atau pecahan pembolehubah.Carta pai juga merupakan satu bulatan yang mempunyai nilai keseluruhannya ialah 360, yang dibahagikan kepada bebrapa sektor mengikut nilai yang diwakilinya. Carta pai boleh menggambarkan taburan dan menunjukkan kadar peratusan. Saiz bulatan menggambarkan jumlah kesuluruhan ciri yang dikemukan. Antara cara-cara untuk melukis carta pai adalah yang pertama perlulah mengumpul data, tukarkan data kepada bentuk peratus, seterusnya tukarkan peratus kepada sektor bulatan. Lukiskan bulatan besar dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut sudut sector bulatan dan labelkan tiap-tiap sector serta lengkapkan carta dengan tajuk yang berkenaan. Graf pie adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.Untuk membina carta pai yang mempunya sektor, haruslah mempunyai langkah-langkahnya yang tertentu untuk menukar sesuatu angka kepada sektor yang mewakili graf pai. Antara langkahnya ialah bilangan guru pelatih ditukarkan terlebih dahulu kepada peratus seperti formula tersebut x 100, seterusnya daripada peratus ditukarkan kepada sudut sektor, iaitu:Jum. peratus 100 x360

Saluran / Cerita kartun yang digemariKekerapanPeratus (%)Sektor ()

Upin Ipin

1042%151

Totally Spies

625%90

Mr. Bean312.5%45

Boboy Boi

312.5%45

Mickey Mouse 28%29

Jumlah: 25100%360

Carta pai : Peratusan saluran kartun yang digemari oleh guru pelatih BM3

4.2 Graf Yang Sesuai ( Carta Palang )Berdasarkan graf yang dibina dan diterangkan iaitu graf piktograf, graf pai, graf palang dan graf garis. Saya telah memilih graf palang sebagai graf yang paling sesuai untuk dibina dan untuk menunjukkan data yang saya perolehi secara detail.Graf palang meupakan salah satu graf yang paling mudah untuk memahami maklumat yang didapati. Ianya merupakan suatu gambarajah yang menunjukkan kekerapan dan pengunaan dengan menggunakan palang. Peningkatan ketinggian setiap palang adalah bergantung kepada kekerapan maklumat yang diberikan. graf palang adalah graf yang paling mudah untuk dikaji dan dibina. Ini kerana dengan hanya melihat secara lansung sahaja graf tersebut kita dapat melihat hasil yang kita inginkan tanpa berasa was-was. Graf ini juga turut digunakan untuk bertujuan menunjukan peratusan yang biasanya memberikan gambaran yang lebih jeles dan menarik Selain itu, graf palang ini juga dapat menarik minat seseorang pengguna untuk menggunakannya kerana bentuknya yang lebih jelas serta menarik dan mudah untuk difahami. Graf palang juga biasanya digunakan untuk membuat perbezaan jumlah kekerapan yang lain dalam suatu masa. Carta palang juga mudah dibina asalkan mengikut skala yang ditetapkan supaya hasil yang diinginkan dapat diperoleh dengan tepat dan berkesan.

Melalui graf palang tersebut, saya percaya pembaca akan terus memperolehi maklumat serta dapat mengetahui kekerapan siaran kartun yang manakah paling digemari oleh guru pelatih BM3 dan juga siaran kartun yang manakah yang paling rendah menjadi pilihan. Manakala itu, carta palang juga mungkin akan terus menunjukkan maklumat yang diperolehi dengan jelas dan mudah difahami difahami oleh sesiapa sahaja yang melihatnya. Carta palang juga dapat menghasilkan nilai yang tepat dan padat yang dapat memudahkan para pembaca senang mentafsir maklumat.

4.3 Graf Paling Lemah ( Carta Pai ).Sementara itu, graf yang paling lemah untuk dibina dan dikaji adalah carta pai. Carta pai biasanya digunakan untuk menunjukkan peratusan atau pecahan pembolehubah. Untuk membina carta pai yang mempunyai satu bulatan yang bernilai keseluruhannya iaitu 360, mempunyai pelbagai langkah yang harus dipatuhi supaya menghasilakan jawapan yang betul jika tidak ia akan memberikan jawapan yang salah. Antaranya ialah untuk mendapatkan sektor sesuatu bahagian sektor tersebut haruslah dibahagikan kepada beberapa sektor mengikut nilai yang diwakilinya. Untuk dibahagikan kepada beberapa sektor tersebut, ianya mempunyai beberapa formula untuk mendapatkan nilai yang tepat. Ini dapat menyukarkan pengguna untuk mendapatkan jumlah yang betul. Selain itu, carta pai mempunyai cara-cara untuk melukis menghasilkannya, antaranya ialah perlulah mengumpul data terlebih dahulu, tukarkan data kepada bentuk peratus, seterusnya tukarkan peratus kepada sektor bulatan. Lukiskan bulatan besar dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut sudut sector bulatan dan labelkan tiap-tiap sector serta lengkapkan carta dengan tajuk yang berkenaan. Graf pie adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Melalui cara-cara sebegini ia lagi merumitkan untuk memperolehi maklumat dengan tepat dan betul.Manakala itu, apabila sektor-sektor yang terdapat dalam carta pai itu terlalu kecil ianya haruslah mempunyai petunjuk. Jika tidak, carta pai tersebut akan mengelirukan pembaca dalam mengenalisis sesuatu maklumat yang diperolehi dalam carta pai. Selain itu, untuk membina carta pai yang mempunya sektor, mempunyai langkah-langkahnya yang tertentu untuk menukar sesuatu angka kepada sektor yang mewakili graf pai. Akhir sekali, carta pai tidak menunjukkan jumlah kekerapan tetapi ianya hanya menunjukkan peratusan dan sudut sektor sahaja. Jika kita tidak mempuyai maklumat data yang lengkap sebelum membina carta pai, ia akan mengelirukan pengguna dalam menentukan nilai kekerapan yang sebenar

Saluran / Cerita kartun yang digemariKekerapanPeratus (%)Sektor ()

Upin Ipin

1042%151

Totally Spies

625%90

Mr. Bean312.5%45

Boboy Boi

312.5%45

Mickey Mouse 28%29

Jumlah: 25100%360

5.0 RUMUSAN.Melalui penghasilan kajian yang telah dibuat dapatlah dirumuskan bahawa graf-graf yang dibuat mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri. Graf adalah suatu kaedah atu cara perwakilan bergambar atau berajah yang mempunyai tujuan untuk menyampaikan maklumat yang diperolehi serta memberikan gambaran secara menyeluruh mengenai maklumat-maklumat semada data mentah atau pun data yang telah diolah. Dalam pembinaan sesuatu graf, cara yang paling utama perlu dipentingkan adalah memungut dan mengolah data mentah yang diperolehi. Apa yang dimaksudkan dengan data mentah adalah data mentah ini adalah data yang telah dikumpul tetapi belum di olah, sementara data yang telah diolah ialah data yang telah siap dikumpulkan serta dapat menyampaikan maklumat dengan lebih jelas dan tepat.Graf bergambar atau piktograf adalah perwakilan yang digambarkan oleh sesuatu grafik ataupun gambarajah. Untuk menghasilkan graf piktograf haruslah mempunyai sesuatu objek atau grafik yang dapat mengambarkan agka yang diwakili. Kadangkala sesuatu maklumat itu lebih menarik dan lebih mudah difahami jika diberikan dalam bentuk grafik berbanding dengan angka. Manakala carta palang ialah suatu graf yang mempunyai palang yang menegak dimana graf palang lebih mudah untuk difahami seadanya dibina dalam sesuatu soalan berdasarkan maklumat yang diberikan.

Seterusnya graf pai, graf pai digunakan untuk menunjukkan peratusan atau pecahan pembolehubah. Carta pai merupakan satu bulatan yang mempunyai nilai keseluruhannya, yang dibahagikan kepada beberapa sektor mengikut nilai yang diwakilinya. Carta pai boleh menggambarkan taburan dan menunjukkan kadar peratusan. Dalam pembinaan carta pai, perlunya ada kepintaran untuk mengira peratus dan juga sudut sektor. Penggunaan carta pai amat sukar kerana carta pai memerlukan langkah yang panjang serta perlunya ketelitian.

Akhir sekali, adalah graf garis, graf garis mempunyai pembolehubah yang tersendiri untuk diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang sama. Garisan permulaan menyentuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan. Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain. Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang berlapis. Melalui graf-graf ini, kita dapat mempelajari sesuatu yang baru untuk kegunaan pada masa akan datang. Pembelajaran ini tidak seharusnya di sia-siakan kerana ianya amat berguna kepada kita pada masa akan datang.REFLEKSIAssalamualaikum dan Salam satu Malaysia, syukur alhamdulilah akhirnya dengan izin yang maha Esa saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sepanjang proses melaksanakan tugasan ini terdapat kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Semasa saya mula mendapat tugasan, saya agak beryakin untuk menyiapkannya. Hal ini demikian walaupun masih banyak ilmu yang belum saya ketahui dalam menyiapkan tugasan ini tetapi saya cuba untuk menyiapkannya dalam masa yang telah ditetapkan. Tambahan, dengan bantuan Tuan Haji Lukman bin Mohd selaku pensyarah pembimbing bagi subjek Teras Matematik dari jabatan Matematik, segala kekusutan yang memberi tekanan kepada saya dapat dirungkaikan satu persatu.Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak pengalaman yang saya peroleh. Bukan sahaja mengajar saya erti kesabaran, bahkan saya juga dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kaedah-kaedah penulisan mengenai statistik, bagaimana cara untuk mengaplikasikannya dalam penggunaan seharian serta dapat mempelajari pelbagai jenis graf yang dapat menarik minat saya. Contoh saya dapat mengetahui bagaimana cara untuk melaksanakan kajian dan memungut data untuk diterjemahkan dalam bentuk graf serta dapat menyediakan laporan hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan. Walaupun saya sudah mengetahui apa itu yang dimaksudkan dengan statistik sebelum ini, namun saya memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkannya.Dalam pelaksanaan tugasan ini, jelas bahawa pembelajaran statistic ini sememangnya cukup berfaedah dan manfaat. Dengan adanya kerja kursus sebegini ianya dapat melatih para guru pelatih dalam menyediakan pelbagai jenis graf andainya ditugaskan untuk mengajar bagi matapelajaran matematik. Sebagai contohnya apabila saya telah ditugaskan di sekolah kelak, jika diminta untuk mengantikan kelas buat sementara waktu dan telah disuruh untuk mengajar matapelajaran matematik dimana pada masa itu pembelajarannya ialah mengenai statistik, sekurang-kurangnya saya tidak terpinga-pinga kerana semasa di IPGKKB saya telah mempelajari ilmu statistik ini terlebih dahulu. Ianya penting kerana ilmu ini jarang dipelajari dan apabila kita mempelajarinya, ilmu baru ini menjadi sebuah ilmu yang seronok dipelajari. Walaupun agak sukar, tetapi ia merupakan sebuah kelainan dalam mempelajari komunikasi bertulis. Ini merupakan satu ruang dan peluang bagi guru pelatih untuk meningkatkan lagi kecekapan dalam komunikasi bertulis serta Ilmu Bahasa Melayu.

Selain itu, kita tidak dapat menjangka apa akan berlaku pada masa hadapan. Justeru itu apa yang saya dapat perhatikan bahawa, guru-guru bahasa kini harus berkemahiran dalam pelbagai bidang untuk memdalami profesionalisme keguruan ini kerana dalam usaha menjamin kualiti seorang guru itu sendiri ianya dating dari hasil usaha dan penat lelah diri sendriri bukannya hanya menungu ia datang bergolek di hadapan kita sahaja. Ini kerana terdapat satu keperluan mendadak untuk menghasilkan guru-guru yang dapat berdaya saing pada peringkat global dan menepati falsafah pendidikan Negara. Selain itu penghasilan untuk membentuk sikap-sikap yang sihat dan mulia dikalangan pelajar supaya mereka akan menghormati dan menyayangi sesama manusia yang lain, mewarisi suatu komitmen dan rasa tanggungjawab terhadap kemakmuran dan kemajuan Negara serta menghormati bidang-bidang lain.

RUJUKANHajah Noresah Binti Baharom, B. Sc. (UM), M.A. (Birmingham). (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ooi Soo Huat, Moy Wah Guon, Wong Teck Sing, 2005, Additional Math, Nur Niaga Sdn.Bhd, SelangorTan Chong Eng, Lye Min Soon And Khor Bean Hwa, 2004, Pure And Statistic Stpm, Fajar Bakti, Selangor

http://chabyeofmath.wordpress.com/sejarah-statistik/. Diakses pada 9 September 2012.http://www.google.com.my/search?hl=en&q=free%20clipart&psj=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&biw=1024&bih=677&um=1&ie=UTF-8&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=CJ1OULXSIKLeigfQxIHoBw#um=1&hl=en&tbm=isch&sa=1&q=carta+pai&oq=carta+pai&gs_l=img.3...4841.9106.0.9743.10.8.0.0.0.0.0.0..0.0...0.0...1c.1.FMbTNPzDrKw&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&fp=5a3ccd00b8efdbd7&biw=1024&bih=634. Diakses pada 11 September 2012.http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_statistics. Diakses pada 11 September 2012.http://instructions.wikihow.com/Make-a-Pictograph. Diakses pada 11 September 2012.http://www.studyzone.org/testprep/math4/d/pictogra4l.cfm. Diakses pada 11 September 2012.http://web2.concordia.ca/Quality/tools/2barchart.pdf. Dkses pada 11 September 2012.http://nas-pgsrbahasamelayu.blogspot.com/2010/09/graf.html. Diakses pada 11 September 2012.http://wiki.answers.com/Q/What_are_the_advantages_of_bar_graphs. diakses pada 11 September 2012.http://www.ehow.com/list_6822794_advantages-bar-graphs.html. diakses pada 11 September 2012.http://www.ehow.com/info_8692947_disadvantages-pictographs.html. Diakses pada 11 September 2012.http://www.ehow.com/list_6715678_advantages-disadvantages-pie-chart.html. diakses pada 11 September 2012.LAMPIRAN

20