pengenalan - jesohjes.weebly.com · program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan...
TRANSCRIPT
-
i
Pengenalan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(Semakan 2017), Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(Semakan 2017) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) akan mula dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat bermula dengan
kohort murid Tahun 1 bagi KSSR (Semakan 2017) dan
Tingkatan 1 (KSSM) pada tahun 2017. Pelaksanaan
kurikulum ini diperjelaskan melalui arahan pentadbiran
Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 7/2016 Pelaksanaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan
2017), Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 8/2016:
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(Semakan 2017) Secara Berperingkat-Peringkat Mulai
Tahun 2017 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2016:
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017.
Penjelasan melalui SPI berkenaan memperincikan kuasa
perundangan kepada pelaksanaan KSPK (Semakan 2017),
KSSR (Semakan 2017) dan KSSM. Namun, terdapat
beberapa persoalan berkaitan perkara asas
-
ii
KSPK (Semakan 2017), KSSR (Semakan 2017) dan KSSM
yang turut perlu diperjelaskan bagi memastikan
semua pihak berkepentingan memahami maksud dan
hasrat pelaksanaan kurikulum tersebut.
Hasil permuafakatan umum (public engagement)
bersama-sama pihak berkepentingan melibatkan
Majlis Guru Besar, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia,
Kesatuan Guru, Kumpulan Penggerak Sarana
Kebangsaan, MARA, IPTA dan IPTS, Bahagian KPM, JPN
dan PPD, Bahagian Pembangunan Kurikulum berupaya
mengumpul dan menyenaraikan soalan lazim yang
berkaitan pelaksanaan KSPK (Semakan 2017), KSSR
(Semakan 2017) dan KSSM. Hasilnya, buku soalan lazim
KSPK (Semakan 2017), KSSR (Semakan 2017) dan KSSM
yang disediakan ini diharap dapat membantu semua
pihak berkepentingan untuk menerangkan persoalan
yang lazim ditanya berkenaan pelaksanaan KSPK
(Semakan 2017), KSSR (Semakan 2017) dan KSSM.
-
iii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangankan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berkerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
-
iv
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN
3. Kurikulum Kebangsaan
(1) Kurikulum kebangsaan ialah suatu
program pendidikan yang termasuk kurikulum
dan kegiatan kurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma,
nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.
Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
[PU(A)531/97]
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
1
1 Apakah tujuan Pendidikan Prasekolah?
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur 4-6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu, meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif agar murid bersedia untuk menghadapi cabaran serta mengikuti pembelajaran seterusnya.
2 Berapakah umur kanak-kanak yang menyertai tadika?
Tadika adalah untuk kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun.
3 Adakah semua tadika perlu mengguna pakai KSPK (Semakan 2017)?
Semua tadika dalam sistem Pendidikan Kebangsaan perlu menggunakan KSPK (Semakan 2017).
4 Mengapa semua tadika perlu mengguna pakai KSPK (Semakan 2017)?
Ini adalah berdasarkan Akta Pendidikan 1996, yang menetapkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika.
5 Adakah tadika boleh melaksanakan program tambahan? Berdasarkan peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996, tadika
boleh melaksanakan program tambahan kepada kurikulum Prasekolah Kebangsaan selepas mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pendaftar.
6 Berapakah peruntukan masa minimum di tadika?
Peruntukan masa minimum di tadika ialah sekurang-kurangnya 240 minit sehari untuk kanak-kanak yang berumur 5+ tahun dan 210 minit sehari untuk kanak-kanak yang berumur 4+ tahun.
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) (SEMAKAN 2017)
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
2
7 Siapakah yang mengajar Pendidikan Islam di tadika?
Pendidikan Islam di tadika diajar oleh guru Pendidikan Islam yang bertauliah sekurang-kurangnya 120 minit seminggu.
8 Apakah maksud Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang terdapat dalam dokumen DSKP KSSR (Semakan 2017)?
Perkara Keterangan
Standard Kandungan
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Standard Prestasi
Satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
3
Contoh: Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika - Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
9 Adakah Pendidikan Moral diajar jika tadika tidak mempunyai
atau mempunyai kurang daripada 5 orang murid beragama
Islam?
Pendidikan Moral boleh diajar mengikut masa yang diperuntukan untuk Pendidikan Moral ataupun disepadukan dalam pembelajaran. Peruntukan masa bagi Pendidikan Moral ditambah dalam Pembelajaran Bersepadu.
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
4
10 Kenapa peruntukan waktu bagi Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dalam KSPK (Semakan
2017) dikurangkan daripada 90 minit seminggu ke 60 minit
seminggu?
Peruntukan waktu 60 minit seminggu adalah untuk murid mempelajari kemahiran asas bahasa. Walau bagaimanapun Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga dipelajari pada masa Pembelajaran Bersepadu.
11 Kenapa peruntukan waktu bagi Matematik Awal hanya 40
minit seminggu?
Peruntukan waktu 40 minit seminggu adalah mencukupi kerana waktu tersebut diperuntukan untuk murid mempelajari kemahiran asas matematik.Matematik Awal juga dipelajari semasa Pembelajaran Bersepadu.
12 Kenapakah operasi tambah dan tolak dalam Matematik Awal
hanya dalam lingkungan18?
Operasi tambah dan tolak dalam Matematik Awal hanya dalam lingkungan 18 kerana18 merupakan fakta asas bagi operasi tambah dan tolak.
13 Bolehkah Aktiviti Luar dijalankan di dalam kelas?
Aktiviti Luar bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar kelas. Walau bagaimanapun kelonggaran diberikan jika tadika tidak mempunyai ruang yang sesuai untuk menjalankan aktiviti di luar kelas atau dalam keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
5
14 Bolehkah Aktiviti Fizikal dan Main Bebas dilaksanakan pada
hari yang sama?
Aktiviti Fizikal dan Main Bebas tidak boleh dilaksanakan pada hari yang sama. Walau bagaimanapun, Aktiviti Fizikal atau Main Bebas perlu dilaksanakan setiap hari.
15 Apakah yang dimaksudkan dengan Main Bebas?
Main Bebas ialah aktiviti yang memberi kebebasan kepada murid untuk membuat pilihan tentang apa, bagaimana dan tempoh masa untuk bermain. Mereka juga bebas untuk menentukan peraturan dan peranan semasa bermain.
16 Apakah peranan guru semasa Main Bebas?
Guru berperanan sebagai perancang, fasilitator, play partner dan pemerhati. Guru juga perlu bijak menyediakan persekitaran supaya Main Bebas berkesan dan bermakna.
17 Apakah pengisian waktu rehat?
Waktu rehat diperuntukkan untuk murid prasekolah makan dan minum serta merehatkan minda dan fizikal mereka. Waktu rehat juga boleh dimanfaatkan dengan melibatkan murid dalam membantu penyediaan makanan dan tempat makan. Selain daripada itu, aspek pengurusan diri, adab makan dan pemakanan yang sihat serta seimbang perlu diberi penekanan semasa rehat. Waktu rehat merupakan sebahagian daripada waktu PdP.
18 Apakah aktiviti rutin?
Aktiviti rutin ialah aktiviti yang dijalankan pada setiap hari dan diberi peruntukan waktu yang khusus. Aktiviti ini merangkumi perbualan awal, rehat dan aktiviti penutup.
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
6
19 Apakah yang boleh dilaksanakan semasa perbualan awal?
Semasa perbualan awal, murid dibimbing untuk berkomunikasi
secara berhemah melalui soal jawab antara guru-murid dan
rakan sebaya. Murid digalakkan untuk menyuarakan
pendapat/idea, mengemukakan cadangan serta berkongsi
pengalaman dan pengetahuan baru.
20 Adakah perlu menulis Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
untuk Perbualan Awal?
RPH untuk Perbualan Awal tidak perlu ditulis kerana objektif Perbualan Awal adalah sama setiap hari iaitu untuk menyediakan murid dari aspek mental dan emosi supaya dapat mengikuti pembelajaran pada hari tersebut dengan lebih berfokus.
21 Apakah fungsi pusat pembelajaran?
Pusat pembelajaran berfungsi sebagai satu ruang yang kondusif untuk murid melaksanakan aktiviti sama ada secara berstruktur atau bebas.
22 Apakah rasionalnya pusat pembelajaran diwujudkan dalam
tadika?
Pusat pembelajaran memberi peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba dan berinteraksi dengan peralatan dan persekitaran mengikut minat dan kadar pembelajaran masing-masing secara bebas atau terancang.Pusat pembelajaran membantu memudahkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti PdP di tadika.
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
7
23 Adakah RPH perlu ditulis setiap hari jika menggunakan strategi
PdP di pusat pembelajaran?
RPH tidak perlu ditulis setiap hari jika menggunakan strategi PdP di pusat pembelajaran. Guru perlu menyediakan RPHuntuk suatu tempoh seperti yang dirancang.
24 Bagaimanakah pentaksiran prasekolah dilaksanakan?
Pentaksiran prasekolah dilaksanakan melalui pemerhatian secara berterusan untuk mengesan pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh murid. Biasanya pentaksiran dijalankan dalam keadaan yang tidak formal dan secara tidak langsung.
25 Mengapakah ujian atau peperiksaan tidak dijalankan di
tadika?
Kaedah pentaksiran di prasekolah adalah melalui pemerhatian yang berterusan dan penilaian hasil kerja. Ujian atau peperiksaan formal tidak harus dilaksanakan.
26 Mengapakah perlunya transisi semasa pelaksanaan PdP
tadika?
Transisi merupakan satu proses peralihan atau perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.Transisi bertujuan bagi menyediakan murid dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor sebelum memulakan proses PdP seterusnya.
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
8
27 Mengapakah penggunaan buku kerja tidak digalakkan di
tadika?
Penggunaan buku kerja tidak digalakkan di tadika kerana murid belajar dan memperoleh pengetahuan serta kemahiran melalui pelbagai aktiviti pembelajaran seperti aktiviti bermain, hands-on dan penerokaan persekitaran. Buku kerja biasanya berfokus kepada latihan bertulis dan berperanan sebagai bahan sokongan sahaja.
28 Siapakah yang sesuai menggantikan guru tadika untuk
mengajar jika guru tadika cuti/berkursus/menghadiri
mesyuarat?
Guru yang mengajar di tahap satu boleh menggantikan guru tadika untuk mengajar.
29 Adakah Pembantu Pengurusan Murid boleh menggantikan
guru tadika untuk mengajar jika guru tadika
cuti/berkursus/bermesyuarat?
Pembantu Pengurusan Murid tidak boleh menggantikan guru tadika untuk mengajar. Mereka hanya boleh membantu semasa proses PdP sahaja.
30 Di mana saya boleh dapatkan KSPK (Semakan 2017)?
KSPK (Semakan 2017) boleh dimuat turun daripada laman web http://bpk.moe.gov.my
http://bpk.moe.gov.my/
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
9
31 Apakah perbezaan antara KSPK 2010 dengan KSPK (Semakan
2017)?
Bil. Perkara KSPK 2010 KSPK
(Semakan 2017)
a) Organisasi Kurikulum
1. Standard Kandungan
2. Standard Pembelajaran
1. Standard Kandungan
2. Standard Pembelajaran
3. Standard Prestasi
b) Penyusunan semula disiplin ilmu
Modul bertema Pembelajaran Bersepadu
Tunjang Sains dan Teknologi • Awal Sains,
Awal Matematik, Pembinaan & Penggunaan ICT
Tunjang Sains dan Teknologi • Sains Awal • Matematik
Awal
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
10
Bil. Perkara KSPK 2010 KSPK
(Semakan 2017)
c) Peruntukan waktu
BM, BI, BC, BT - 90 minit seminggu
BM, BI, BC, BT - 60 minit seminggu
Aktiviti Luar - 80 minit seminggu
Aktiviti Luar - 120 minit seminggu
Aktiviti Fizikal
Main Bebas
Modul bertema a. SK – 430
minit b. SJK – 340
minit
Pembelajaran bersepadu a. SK – 800 minit b. SJK – 740 minit
d) Penerapan KBAT
Secara implisit Secara eksplisit
e) Penulisan SP Dalam bentuk pernyataan kemahiran, sikap, nilai dan aktiviti yang perlu dikuasai oleh murid
Dalam bentuk pernyataan kemahiran, sikap dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
11
1 Mengapa KSSR disemak semula?
KSSR disemak semula bagi mengambil kira saranan yang terkandung dalam PPPM 2013-2025. KSSR yang telah dilaksanakan pada tahun 2011. telah melalui satu pusingan pelaksanaan pada tahun 2016. KSSR yang disemak semula memberi fokus kepada saranan PPPM 2013-2025 seperti berikut:
• 6 aspirasi murid • Kemahiran Abad ke-21 • Perpaduan dan keharmonian kaum • Kemahiran komunikasi
2 Apakah maksud Standard Kandungan, Standard Pembelajaran
dan Standard Prestasi yang terdapat dalam dokumen DSKP
KSSR (Semakan 2017)?
Perkara Keterangan
Standard Kandungan
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Standard Prestasi
Satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) (SEMAKAN 2017)
ALIRAN PERDANA
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
12
Contoh:
Mata pelajaran Matematik Tahun 1 KSSR (Semakan 2017)
NOMBOR DAN OPERASI
3.0 PECAHAN
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD
PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
3.1 Konsep
perdua dan
perempat
pecahan
wajar.
3.2 Penyelesai-
an Masalah.
.
Murid boleh:
3.1.1 Mengenal
pasti satu
perdua, satu
perempat,
dua perempat
dan tiga
perempat.
3.1.2 Menyelesai-
kan masalah
yang
melibatkan
situasi harian.
1
Menyatakan satu
perdua, satu perempat,
dua perempat dan tiga
perempat.
Memahami
pecahan
merupakan
bahagian yang
sama dan
menjelaskan
pecahan
perdua dan
perempat
daripada satu
objek.
Menggunakan
perkataan
‘setengan’,
‘separuh’, ‘suku’
dan ‘tiga suku’
dengan
menggunakan
objek, lipatan
kertas dan
gambar.
Pembentukan
satu perempat
daripada
pelbagai variasi
perlu diberi
penekanan.
2
Melorek satu perdua, satu perempat, dua perempat dan tiga perempat.
3
Membentuk satu perdua, satu perempat, dua perempat dan tiga perempat.dengan menggunakan objek dan lipatan kertas.
4
Menyelesaikan masalah harian yang rutin melibatkan pecahan.
5
Menyelesaikan masalah harian yang rutin melibatkan pecahan dengan pelbagai strategi.
6
Menyelesaikan masalah harian yang bukan rutin melibatkan pecahan secara kreatif dan inovatif.
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
13
3 Apakah ciri-ciri murid selepas melalui KSSR (Semakan 2017)?
Murid yang mengikuti KSSR (Semakan 2017) akan mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
• Kemahiran berfikir • Komunikasi • Kerja sepasukan • Kepimpinan fleksibel • Berinisiatif dan terarah kendiri • Teknologi maklumat dan komunikasi • Keusahawanan • Belajar sepanjang hayat • Kebolehan menyesuaikan diri
4 Apakah perbezaan KSSR dengan KSSR (Semakan 2017)?
Perbandingan antara KSSR dan KSSR (Semakan 2017)
Bil. Aspek KSSR KSSR Semakan
1 Reka bentuk kurikulum
Berasaskan 6 Tunjang; • Komunikasi • Perkembangan
Fizikal & Estetika • Kemanusiaan • Keterampilan
Diri • Sains dan
Teknologi • Kerohanian,
Sikap & Nilai
Berasaskan 6 Tunjang; • Komunikasi • Perkemba-
nganFizikal&Estetika
• Kemanusiaan • Keterampilan
Diri • Sains dan
Teknologi • Kerohanian,
Sikap&Nilai
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
14
Bil. Aspek KSSR KSSR Semakan
Berasaskan Standard;
- kandungan - pembelajaran - prestasi
berasaskan Standard; - kandungan - pembelajaran - prestasi
2 Dokumen kurikulum
Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) • Dokumen
Standard Kurikulum (DSK)
Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) • Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
3 Peruntukan masa
• Mengikut minit seminggu
• Mengikut minimumjam setahun
4 Organisasi kurikulum
Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) Modul Teras
Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif
Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran
Teras & Elektif
Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)
• Mata pelajaranTeras&Elektif
Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) Mata
pelajaranTeras&Elektif
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
15
Bil. Aspek KSSR KSSR Semakan
5 Elemen Merentas Kurikulum
• Bahasa • Sains &
Teknologi • Teknologi
Maklumat & Komunikasi (TMK)
• Kelestarian Alam Sekitar
• Nilai Murni • Patriotisme
• Bahasa • Sains &
Teknologi • Teknologi
Maklumat & Komunikasi (TMK)
• Kelestarian Alam Sekitar
• Nilai Murni • Patriotisme • Kreativiti dan
Inovasi • Keusahawa-
nan • Kelestarian
Global
6 Fokus kurikulum
4M • Membaca • Menulis • Mengira • Menaakul
4M • Membaca • Menulis • Mengira • Menaakul
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
16
Bil. Aspek KSSR KSSR Semakan
7 Penekanan Pedagogi
• pembelajaran berasaskan inkuiri
• penyelesaian masalah
• pembelajaran kontekstual
• pembelajaran kolaboratif
• pembelajaran berasaskan projek
• pembelajaran berasaskan inkuiri
• pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah
• pembelajaran kontekstual
• pembelajaran kolaboratif
• pembelajaran berasaskan projek
• pendekatan konstruktivis-me
• pendekatan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM)
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
17
Bil. Aspek KSSR KSSR Semakan
8 Pentaksiran Pentaksiran Sekolah • Sumatif • Formatif
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): • Pentaksiran
Pusat • Pentaksiran
Sekolah • Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
• Pentaksiran Psikometrik
9 Penjenamaan semula mata pelajaran
• Dunia Sains Teknologi (Tahap I)
• Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai mata pelajaran
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan
• Dunia Kesenian (Tahap I) -Dunia Muzik -Dunia Seni Visual
• Sains • Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) sebagai modul tambahan
• Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
• Pendidikan Kesenian (Tahap 1 & Tahap 2)
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
18
5 Apakah kelebihan memperuntukkan waktu mata pelajaran
mengikut jam setahun dalam pelaksanaan KSSR (Semakan
2017)?
• memberi keluwesan kepada pentadbir menyusun jadual waktu mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah.
• membolehkan guru merancang dan melaksanakan pembelajaran secara lebih mendalam dengan mengaplikasikan KBAT melalui pendekatan inkuiri.
• membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam dan bermakna.
• Pendidikan Seni Visual (Tahap 2)
• Pendidikan Muzik (Tahap 2)
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
19
6 Apakah mata pelajaran yang ditawarkan dan peruntukan
masa minimum jam setahun bagi pelaksanakan KSSR
(Semakan 2017)?
MATA PELAJARAN & PERUNTUKAN WAKTU TAHAP I
KSSR (Semakan 2017)
BIL. MATA PELAJARAN
TAHAP I
MINIMUM JAM
SETAHUN
MATA PELAJARAN TERAS SK SJK
1 Bahasa Melayu 192 160
2 Bahasa Inggeris 160 80
3 Bahasa Cina/ Bahasa Tamil - 192
4 Matematik 96 96
5 Sains 48 48
6 Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral 96 64
7 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
48 48
8 Pendidikan Kesenian 48 48
MATA PELAJARAN TAMBAHAN SK SJK
9 B. Arab/ B.Cina SK/ B. Tamil SK/ B. Iban/ B. Kadazandusun/ B. Semai
48 -
Perhimpunan 16 16
JUMLAH JAM SEMINGGU 752 752
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
20
MATA PELAJARAN & PERUNTUKAN WAKTU TAHAP II
KSSR (Semakan 2017)
BIL. MATA PELAJARAN
TAHAP II
MINIMUM JAM
SETAHUN
MATA PELAJARAN TERAS SK SJK
1 Bahasa Melayu 160 128
2 Bahasa Inggeris 160 96
3 Bahasa Cina/ Bahasa Tamil - 160
4 Matematik 96 96
5 Sains 64 64
6 Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral 96 80
7 Sejarah 32 32
8 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
48 48
9 Pendidikan Kesenian 48 48
10 Reka Bentuk dan Teknologi 32 32
MATA PELAJARAN TAMBAHAN SK SJK
11 B. Arab/ B.Cina SK/ B. Tamil SK/ B. Iban/ B. Kadazandusun/ B. Semai
48 -
Perhimpunan 16 16
JUMLAH JAM SEMINGGU 800 800
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
21
7 Mengapa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) tidak
ditawarkan sebagai mata pelajaran di bawah KSSR (Semakan
2017)
TMK masih ditawarkan tetapi dilaksanakan secara merentas kurikulum menggunakan modul tambahan di bawah Elemen Merentas Kurikulum (EMK).
8 Bagi KSSR (Semakan 2017) adakah Pentaksiran Sekolah (PS)
dilaksanakan secara atas talian?
PS bagi murid Tahun 1 bermula 2017 akan dilaksanakan secara luar talian (off line) sepenuhnya.
9 Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat
berkaitan KSSR (Semakan 2017)?
• Laman web BPK (http://bpk.moe.gov.my) • Kementerian Pendidikan Malaysia
(Bahagian Pembangunan Kurikulum) • Jabatan Pendidikan Negeri
(Sektor Pengurusan Akademik) • Pejabat Pendidikan Daerah
(Unit Akademik)
http://bpk.moe.gov.my/
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
22
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
23
1 Mengapa KSSR Pendidikan Khas disemak semula?
KSSR Pendidikan Khas disemak semula bagi mengambil kira saranan yang terkandung dalam PPPM 2013-2025. KSSR Pendidikan Khas yang telah dilaksanakan pada tahun 2011 telah melalui satu pusingan pelaksanaan pada tahun 2016. KSSR Pendidikan Khas yang disemak semula memberi fokus kepada saranan PPPM 2013-2025 seperti berikut:
• 6 aspirasi murid • Kemahiran Abad ke-21 • Perpaduan dan keharmonian kaum • Kemahiran komunikasi
2 Apakah maksud Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang terdapat dalam dokumen DSKP KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)?
Perkara Keterangan
Standard
Kandungan
Penyataan spesifik tentang perkara yang
murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai
Standard
Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator
kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard
kandungan
Standard
Prestasi
Satu set kriteria yang menunjukkan tahap-
tahap penguasaan murid sebagai petunjuk
bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) (SEMAKAN 2017)
ALIRAN PENDIDIKAN KHAS
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
24
3 Apakah kelebihan memperuntukkan waktu mata pelajaran
mengikut jam setahun dalam pelaksanaan KSSR Pendidikan
Khas (Semakan 2017)?
• memberi keluwesan kepada pentadbir menyusun jadual
waktu mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah. • membolehkan guru merancang dan melaksanakan
pembelajaran secara mendalam dengan mengaplikasikan KBAT melalui pendekatan inkuiri.
• membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pembelajaran yang bermakna.
4 Apakah mata pelajaran yang ditawarkan dan peruntukan
masa minimum jam setahun bagi pelaksanakan KSSR
Pendidikan Khas (Semakan 2017)?
MATAPELAJARAN & PERUNTUKAN WAKTU PENDIDIKAN KHAS KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN KSSR (Semakan 2017)
BIL. MATA PELAJARAN MINIMUM JAM
SETAHUN
MATA PELAJARAN TERAS TAHAP I TAHAP II
1 Bahasa Melayu 192 160
2 Bahasa Inggeris 160 160
3 Bahasa Cina/ Bahasa Tamil - -
4 Matematik 96 96
5 Sains 48 64
6 Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
96 96
7 Pendidikan Jasmani* dan Pendidikan Kesihatan
48 48
8 Pendidikan Kesenian 32 32
9 Sejarah - 32
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
25
10 Reka Bentuk & Teknologi* - 32
11 Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan
32 32
MATA PELAJARAN TAMBAHAN TAHAP I TAHAP II
12 B. Arab/ B.Cina SK/ B. Tamil SK/ B. Iban/ B. Kadazandusun/ B. Semai
32 32
Perhimpunan 16 16
JUMLAH JAM SEMINGGU 752 800
MATAPELAJARAN & PERUNTUKAN WAKTU PENDIDIKAN KHASKETIDAKUPAYAAN PENDENGARANKSSR(Semakan 2017
BIL. MATA PELAJARAN MINIMUM JAM
SETAHUN
MATA PELAJARAN TERAS TAHAP I TAHAP II
1 Bahasa Melayu* 160 160
2 Bahasa Inggeris* 160 160
3 Bahasa Cina/ Bahasa Tamil - -
4 Matematik 96 96
5 Sains 48 64
6 Pendidikan Islam*/ Pendidikan Moral
80 96
7 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
48 48
8 Pendidikan Kesenian 48 32
9 Sejarah - 32
10 Reka Bentuk & Teknologi - 32
11 Bahasa Isyarat Komunikasi 96 64
Perhimpunan 16 16
JUMLAH JAM SEMINGGU 752 800
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
26
MATAPELAJARAN & PERUNTUKAN WAKTU PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN KSSR (Semakan 2017)
BIL. MATA PELAJARAN MINIMUM JAM
SETAHUN
MATA PELAJARAN TERAS TAHAP I TAHAP II
1 Asas 3M 192 -
2 Bahasa Melayu - 96
3 Bahasa Inggeris - 64
4 Matematik - 80
5 Pengurusan Kehidupan 240 96
6 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
96 96
7 Pendidikan Jasmani 64 -
8 Pendidikan Jasmani & Kesihatan
- 48
9 Pendidikan Seni Kreatif 128 -
10 Pendidikan Muzik - 32
11 Pendidikan Seni Visual - 32
12 Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar
- 80
13 Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- 32
14 Kemahiran Hidup Asas - 96
Perhimpunan 16 16
JUMLAH JAM SEMINGGU 736 768
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
27
5 Mengapa TMK tidak ditawarkan sebagai mata pelajaran KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017) kepada MBK kategori Ketidakupayaan Penglihatan dan Ketidakupayaan Pendengaran?
TMK tidak ditawarkan sebagai mata pelajaran kepada MBK
Ketidakupayaan Penglihatan dan Ketidakupayaan Pendengaran kerana ia dilaksanakan secara merentas kurikulum menggunakan modul tambahan di bawah EMK selaras dengan KSSR (Semakan 2017).
6 Apakah perbezaan KSSR Pendidikan Khas dengan KSSR
Pendidikan Khas (Semakan 2017)?
Berikut adalah perbandingan antara KSSR Pendidikan Khas dan KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017):
Bil. Aspek KSSR KSSR Semakan
1
Reka bentuk kurikulum
berasaskan 6 Tunjang; • Komunikasi • Perkembangan
Fizikal & Estetika
• Kemanusiaan • Keterampilan
Diri • Sains dan
Teknologi • Kerohanian,
Sikap & Nilai
berasaskan 6 Tunjang; • Komunikasi • PerkembanganF
izikal&Estetika • Kemanusiaan • KeterampilanDir
i • Sains dan
Teknologi • Kerohanian,
Sikap&Nilai
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
28
berasaskan standard; - kandungan - pembelajaran - prestasi
berasaskan standard; - kandungan - pembelajaran - prestasi
2 Dokumen kurikulum
Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) • Dokumen
Standard Kurikulum (DSK)
Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) • Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
3 Peruntukan masa
• Mengikut minit seminggu
• Mengikutminimumjam setahun
4 Organisasi kurikulum
Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) • Modul Teras
(Kategori Masalah Pembelajaran)
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif (Kategori Ketidakupayaan
Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) • Mata
pelajaranTeras (Kategori Masalah Pembelajaran)
• Mata pelajaran Teras dan Elektif (Kategori Ketidakupaya-
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
29
Penglihatan dan Ketidakupayaan Pendengaran)
an Penglihatan dan Ketidakupaya-an Pendengaran)
Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) • Modul Teras
(Kategori Masalah Pembelajaran)
• Mata pelajaran Teras & Elektif (Kategori Ketidakupaya-an Penglihatan dan Ketidakupaya-an Pendengaran)
Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) • Modul Teras
(Kategori Masalah Pembelajaran)
• Mata pelajaranTeras&Elektif (Kategori Ketidakupaya-an Penglihatan dan Ketidakupaya-an Pendengaran)
5 Elemen Merentas Kurikulum
• Bahasa • Sains &
Teknologi • Teknologi
Maklumat & Komunikasi (TMK)
• Kelestarian Alam Sekitar
• Nilai Murni • Patriotisme
• Bahasa • Sains &
Teknologi • Teknologi
Maklumat & Komunikasi (TMK)
• Kelestarian Alam Sekitar
• Nilai Murni • Patriotisme • Kreativiti dan
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
30
Inovasi • Keusahawanan • Kelestarian
Global
6 Fokus kurikulum
4M • Membaca • Menulis • Mengira • Menaakul
4M • Membaca • Menulis • Mengira • Menaakul
7 Penekanan Pedagogi
• pembelajaran berasaskan inkuiri
• penyelesaian masalah
• pembelajaran kontekstual
• pembelajaran kolaboratif pembelajaran berasaskan projek
• pembelajaran berasaskan inkuiri
• pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah
• pembelajaran kontekstual
• pembelajaran kolaboratif
• pembelajaran berasaskan projek
• pendekatan konstruktivis-me
• pendekatan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM)
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
31
8 Pentaksiran Pentaksiran Sekolah • Sumatif • Formatif
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): • Pentaksiran
Pusat • Pentaksiran
Sekolah • Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
• Pentaksiran Psikometrik
9 Penjenama-an semula mata pelajaran
• Dunia Sains Teknologi (Tahap I)
• TMK sebagai mata pelajaran
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan
• Dunia Kesenian (Tahap I) -Dunia Muzik -Dunia Seni Visual
• Sains • TMK sebagai
modul tambahan
• Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
• Pendidikan Seni Visual (Tahap 2)
• Pendidikan Muzik (Tahap 2)
• Pendidikan Kesenian (Tahap 1 & Tahap 2)
(bagi Kategori
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
32
(bagi Kategori Ketidakupayaan Penglihatan dan Ketidakupayaan Pendengaran)
Ketidakupayaan Penglihatan dan Ketidakupayaan Pendengaran)
7 Bagi KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017) adakah
Pentaksiran Sekolah (PS) dilaksanakan secara atas talian?
PS bagi murid Tahun 1 bermula 2017 akan dilaksanakan secara luar talian (off line) sepenuhnya.
8 Apakah ciri -ciri Pembelajaran Abad ke-21
• Kemahiran berfikir • Komunikasi • Kerja sepasukan • Kepimpinan Fleksibel • Berinisiatif dan terarah kendiri • Teknologi maklumat dan komunikasi • Keusahawanan • Belajar sepanjang hayat • Kebolehan menyesuaikan diri • Teknologi maklumat dan komunikasi
9 Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KSSR Pendidikan Khas(Semakan 2017)?
• Laman web BPK (http://www.bpk.moe.gov.my) • Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian
Pembangunan Kurikulum) • Jabatan Pendidikan Negeri (Sektor Pengurusan
Akademik dan Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas)
• Pejabat Pendidikan Daerah (Unit Akademik)
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
33
1 Apakah KSSM dan bila dilaksanakan?
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah kurikulum persekolahan yang dilaksanakan di semua sekolah menengah. KSSM akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KSSM akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di sekolah menengah bermula dengan murid Tingkatan 1 mulai 2017.
2 Mengapa KSSM diperkenalkan?
KSSM diperkenalkan kerana terdapat keperluan untuk menjadikan Kurikulum Kebangsaan lebih holistik dan relevan dengan keperluan abad ke-21 bagi melahirkan modal insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa dan global.
3 Apakah maksud kurikulum standard?
Kurikulum standard adalah kurikulum yang dibangunkan mengikut suatu set kriteria yang ditetapkan berdasarkan peringkat persekolahan. Kurikulum Standard diterjemahkan melalui Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.
4 Apakah dokumen yang digunakan bagi melaksanakan
kurikulum semua mata pelajaran di bawah KSSM?
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
ALIRAN PERDANA
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
34
5 Apakah maksud Standard Kandungan, Standard Pembelajaran
dan Standard Prestasi yang terdapat dalam dokumen DSKP
KSSM?
Perkara Keterangan
Standard Kandungan
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Standard Prestasi
Satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
35
Contoh: Mata pelajaran Geografi Tingkatan 1 KSSM 2.0 GEOGRAFI FIZIKAL: BENTUK MUKA BUMI DAN SALIRAN
STANDARD KANDUNG-
AN
STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
CATATAN
TAHAP PENGUASA-
AN
TAFSIRAN
2.1 Bumi
.
Murid boleh: 2.1.1 Menjelaskan
empat sistem fizikal bumi.
2.1.2 Menjelaskan
struktur bumi. 2.1.3 Mengenal
pasti benua, lautan, laut utama dan selat.
2.1.4 Membincang-
kan kesan pergerakan kerak bumi.
1
Menamakan sistem fizikal dan struktur bumi.
Cadangan Aktiviti
Mencari maklumat tentang empat sistem fizikal bumi, struktur bumi, pergerakan bumi yang berlaku dengan mengguna-kan TMK.
Membina model lapisan struktur bumi.
2
Menjelaskan sistem fizikal dan struktur bumi.
3
Menerangkan stuktur bumi dan sistem fizikal bumi dengan memberi contoh tiga benua, tiga lautan, satu laut utama dan satu selat.
4
Menerangkan kejadian kesan pergerakan kerak bumi di benua dan lautan.
5
Membincang-kan kesan pergerakan kerak bumi di sesuatu kawasan.
6
Menghasilkan karya kreatif dan menunjukkan keaslian dengan menggunakan pelbagai media berkaitan tajuk bumi.
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
36
6 Apakah aspek pembaharuan dalam KSSM?
Ada 3 aspek pembaharuan dalam KSSM iaitu:
1 Aspek Kandungan
Penambahbaikan kandungan mengikut trend global dan tanda aras antarabangsa.
2 Aspek Pedagogi
Pendekatan pembelajaran secara mendalam, kontekstual dan berkesan.
3 Aspek Pentaksiran
Perkembangan pembelajaran murid ditaksir secara berterusan.
7 Apakah ciri-ciri murid yang dihasratkan selepas melalui KSSM?
Murid yang mengikuti KSSM akan mempunyai ciri-ciri yang dihasratkan seperti berikut:
• Kemahiran berfikir • Komunikasi • Kerja sepasukan • Kepimpinan Fleksibel • Berinisiatif dan terarah kendiri • Teknologi maklumat dan komunikasi • Keusahawanan • Belajar sepanjang hayat • Kebolehan menyesuaikan diri
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
37
8 Apakah perbezaan antara KBSM dan KSSM?
Perbandingan antara KBSM dan KSSM adalah seperti berikut:
Bil. Aspek KBSM KSSM
1 Reka bentuk kurikulum
Kerangka Kurikulum berasaskan 3 bidang: • Komunikasi • Manusia
dan Alam Sekeliling
• Perkemba-ngan Diri Individu
Kerangka Kurikulum berasaskan 6 tunjang: • Komunikasi • Perkembangan
Fizikal&Estetika
• Kemanusiaan • KeterampilanD
iri • Sains dan
Teknologi (STEM)
• Kerohanian, Sikap&Nilai
Berasaskan hasil pembelajaran
Berasaskan standard: • Standard
kandungan • Standard
pembelajaran • Standard
prestasi
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
38
Bil. Aspek KBSM KSSM
2 Dokumen kurikulum
• Sukatan Pelajaran
• Huraian Sukatan Pelajaran
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
3 Peruntukan masa
Mengikut minit seminggu
Mengikut minimumjam setahun
4 Organisasi kurikulum
• Mata pelajaran Teras
• Mata pelajaran Wajib
• Mata pelajaran Tambahan
• Mata pelajaran Elektif
• Mata pelajaran Teras
• Mata pelajaran Wajib
• Mata pelajaran Tambahan
• Mata pelajaran Elektif
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
39
Bil. Aspek KBSM KSSM
5 Elemen Merentas Kurikulum
• Bahasa • Sains &
Teknologi • Teknologi
Maklumat & Komunikasi (TMK)
• Kelestarian Alam Sekitar
• Nilai Murni • Patriotisme
• Bahasa • Sains &
Teknologi • Teknologi
Maklumat & Komunikasi (TMK)
• Kelestarian Alam Sekitar
• Nilai Murni • Patriotisme • Kreativiti dan
Inovasi • Keusahawanan • Kelestarian
Global
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
40
Bil. Aspek KBSM KSSM
6 Penekanan Pedagogi
• Pembelajaran berasaskan inkuiri
• Penyelesaian masalah
• Pembelajaran kontekstual
• Pembelajaran kolaboratif
• Pembelajaran berasaskan projek
• Pembelajaran berasaskan inkuiri
• Pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah
• Pembelajaran kontekstual
• Pembelajaran kolaboratif
• pembelajaran berasaskan projek
• Pendekatan konstruktivisme
• Pendekatan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM)
7 Pentaksiran Pentaksiran Sekolah Sumatif Formatif
Pentaksiran disuratkan dalam DSKP sebagai Standard Prestasi
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
41
Bil. Aspek KBSM KSSM
8 Penjenamaan semula mata pelajaran
• Program Literasi TMK (SMR)
• Kemahiran Hidup
• Mata Pelajaran Elektif Teknikal
• Asas Sains Komputer (SMR)
• Reka Bentuk Teknologi
• Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas
9 Penawaran mata pelajaran baharu
-
• Bahasa Korea • Bahasa Semai • Mata pelajaran
Pendidikan Khas Vokasional
9 Adakah KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM?
Semua prinsip KBSM dikekalkan dalam pelaksanaan KSSM. Prinsip tersebut adalah: • Kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan
menengah. • Pendidikan umum untuk semua murid. • Penggunaan disiplin ilmu yang ada. • Kesepaduan antara unsur intelek, rohani, emosi dan
jasmani. • Penekanan nilai murni. • Peningkatan penggunaan Bahasa Melayu. • Pendidikan sepanjang hayat.
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
42
10 Apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran teras, wajib, tambahan dan elektif?
Mata pelajaran
Keterangan
Teras Wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan swasta.
Wajib Wajib dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
Tambahan Mata pelajaran bahasa yang ditawarkan oleh sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sebagai pilihan.
Elektif
Mata pelajaran yang ditawarkan untuk memenuhi bakat, minat, kebolehan dan potensi murid. Mata pelajaran ini dikategorikan kepada kumpulan Bahasa, STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik), Pengajian Islam dan Kemanusiaan & Sastera Iktisas. Murid boleh membuat pilihan berdasarkan kecenderungan dan kesediaan sekolah menawarkan mata pelajaran elektif.
11 Apakah kelebihan memperuntukkan waktu mata pelajaran mengikut jam setahun dalam pelaksanaan KSSM?
memberi keluwesan kepada pentadbir menyusun jadual
waktu mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah.
membolehkan guru merancang dan melaksanakan pembelajaran secara mendalam dengan mengaplikasikan KBAT melalui pendekatan inkuiri.
membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam dan bermakna.
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
43
12 Apakah yang dimaksudkan dengan Elemen Merentas
Kurikulum (EMK)?
EMK ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam PdP selain yang ditetapkan dalam Standard Kandungan. Elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
13 Bagaimanakah EMK dilaksanakan dalam PdP?
EMK disepadukan dalam PdP mengikut kesesuaian topik dan mata pelajaran seperti yang dijelaskan dalam DSKP dan buku panduan EMK.
14 Bolehkah pihak pentadbir sekolah mengurangkan peruntukan
waktu mata pelajaran yang telah ditetapkan?
Pihak pentadbir sekolah perlu mematuhi peruntukan waktu minimum jam setahun seperti yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran.
15 Bolehkah sekolah menggunakan peruntukan waktu minumum jam setahun bagi kelas KBSM?
BOLEH. Sekolah digalakkan menggunakan peruntukan minimum jam setahun untuk memudahkan pengurusan dalam aspek penjadualan waktu PdP.
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
44
16 Apakah mata pelajaran yang ditawarkan dan peruntukan
masa minimum jam setahun bagi pelaksanakan KSSM
menengah rendah?
MATA PELAJARAN MINIMUM
JAM SETAHUN
TERAS
Bahasa Melayu 128
Bahasa Inggeris 112
Matematik 112
Sains 112
Sejarah 64
Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral 128/ 64 + 32
WAJIB
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
64
Geografi 48
Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer *
64
Pendidikan Seni Visual / Pendidikan Muzik * 32
TAMBAHAN
B. Cina/ B. Tamil/ B. Kadazandusun/ B. Semai/ B. Iban/ B. Perancis/ B. Jepun/ B. Jerman/ B. Korea
64
B. Arab di SMKA/ KAA/ SMAP 96
*Dilaksanakan mengikut pilihan murid dan kesediaan sekolah
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
45
17 Apakah mata pelajaran yang ditawarkan dan peruntukan masa minimum jam setahun bagi pelaksanakan KSSM menengah atas?
Penawaran mata pelajaran bagi peringkat menengah atas akan dilaksanakan pada 2020, bermula dengan tingkatan 4.
MATA PELAJARAN MINIMUM JAM
SETAHUN TERAS
Bahasa Melayu 128
Bahasa Inggeris 112
Matematik 112
Sains 112
Sejarah 64
Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral 96
WAJIB
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 64
*ELEKTIF
*STEM (96 jam
setahun)
*BAHASA (64 jam
setahun)
*Kemanusiaan dan Sastera Iktisas
(64-96 jam setahun)
*Pengajian Islam
(96 jam setahun)
• Fizik • Kimia • Biologi • Matematik
Tambahan • Sains
Tambahan • #Asas
Kelestarian • #Pertanian
• Bahasa Cina
• Bahasa Tamil
• Bahasa Kadazandusun
• Bahasa Iban
• Bahasa Semai
• #Prinsip Perakaunan (96)
• #Ekonomi (96) • #Perniagaan (96) • Pendidikan Seni
Visual (64) • Pendidikan
Muzik (64) • Geografi (64) • Kesusasteraan
Melayu (64)
• Pend. Al- Quran dan Al- Sunnah
• Pend. Syariah Islamiah
• Tasawwur Islam
• Bahasa Arab
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
46
• #Sains Rumah Tangga
• #Reka Cipta • #Sains
Komputer • #Sains Sukan • #Grafik
Komunikasi Teknikal
• Bahasa Perancis
• Bahasa Jepun
• Bahasa Jerman
• Bahasa Korea
• Kesusasteraan Inggeris (64)
• Kesusasteraan Cina (64)
• Kesusasteraan Tamil (64)
# Pelaksanaan Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) mulai 2017.
18 Apakah maksud Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan
Pentaksiran Sekolah (PS)?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran bersifat holistik menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor. PBS mengandungi 4 komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). PS merupakan satu komponen dalam PBS. PS adalah pentaksiran yang dilaksanakan secara berterusan dalam bentuk formatif atau sumatif di peringkat sekolah.
19 Mengapa PS penting? PS penting kerana maklumat yang diperoleh daripada PS akan
digunakan oleh pihak sekolah dan ibu bapa dalam merancang tindakan susulan ke arah peningkatan perkembangan pembelajaran murid.
20 Bagaimana PS dilaksanakan? PS dilaksanakan sepanjang tahun dan direkodkan dengan
menggunakan templat perekodan PS secara luar talian (off line) melalui 3 (tiga) kaedah:
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
47
Pemerhatian,
Tugasan
Ujian/ Peperiksaan
21 Berapa kerap PS perlu dilaporkan?
Minimum 2 (dua) kali setahun.
22 Bilakah PS dilakukan?
Semasa dan selepas proses PdP.
23 Apakah perbezaan PS dalam KSSM dengan PS dalam KBSM?
Bagi murid Tingkatan 1 KSSM 2017 perekodan tahap penguasan murid dilaksanakan secara luar talian (off line) berpandukan Standard Prestasi dalam DSKP. Murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 yang mengikuti KBSM masih menggunakan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.
24 Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat
berkaitan KSSM?
Laman web BPK (http://bpk.moe.gov.my)
Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pembangunan Kurikulum)
Jabatan Pendidikan Negeri (Sektor Pengurusan Akademik)
Pejabat Pendidikan Daerah (Unit Akademik)
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
48
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
49
1 Apakah yang dimaksudkan dengan KSSM Pendidikan Khas? Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas
adalah kurikulum yang direka bentuk khusus untuk murid berkeperluan khas (MBK) selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. Kurikulum ini dilaksanakan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK). KSSM Pendidikan Khas akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan murid Tingkatan 1 mulai 2017.
2 Siapakah yang mengikuti KSSM Pendidikan Khas? KSSM Pendidikan Khas boleh diguna pakai oleh semua murid
berkeperluan khas (MBK) yang berada di tahap kefungsian sederhana dan rendah. MBK berkefungsian tinggi yang berada di Program Inklusif akan mengikuti KSSM. Walau bagaimanapun, mereka juga dibenarkan memilih untuk mengikuti KSSM Pendidikan Khas..
3 Mengapakah KSSM Pendidikan Khas diperkenalkan?
KSSM Pendidikan Khas diperkenalkan bagi menyediakan ruang dan peluang kepada MBK untuk menguasai kemahiran vokasional ke arah mencapai matlamat kurikulum seiring dengan Kurikulum Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk menghasilkan MBK yang berkemahiran dan mampu berdikari.
4 Berapakah umur minimum dan maksimum untuk murid
mengikuti KSSM Pendidikan Khas ini di tingkatan satu?
Murid yang mengikuti KSSM Pendidikan Khas di tingkatan 1 berumur antara 13 hingga 15 tahun.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
ALIRAN PENDIDIKAN KHAS
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
50
5 Berapakah jumlah murid dalam satu-satu kelas?
Bilangan murid bagi setiap kelas bergantung kepada norma perjawatan yang ditetapkan.
6 Apakah dokumen yang digunakan bagi melaksanakan
kurikulum semua mata pelajaran di bawah KSSM Pendidikan
Khas?
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
7 Apakah maksud Standard Kandungan, Standard Pembelajaran
Standard Prestasi dan kriteria pencapaian yang terdapat
dalam dokumen DSKP KSSM Pendidikan Khas?
Kurikulum standard adalah kurikulum yang dibangunkan mengikut suatu set kriteria yang ditetapkan berdasarkan peringkat persekolahan. Kurikulum Standard diterjemahkan melalui Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Kriteria pencapaian pula adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan. Kriteria pencapaian juga merupakan set sub-kompetensi minima yang perlu dicapai oleh murid bagi mencapai standard pembelajaran dan standard kandungan.
8 Adakah KSSM Pendidikan Khas mengekalkan semua prinsip
KBSM?
Semua prinsip KBSM dikekalkan dalam pelaksanaan KSSM Pendidikan Khas.
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
51
9 Apakah perbezaan antara KBSM dan KSSM Pendidikan Khas?
Bil. Aspek KBSM KSSM
1 Elemen Merentas Kurikulum
• Bahasa • Sains &
Teknologi • Teknologi
Maklumat & Komunikasi
• Kelestarian Alam Sekitar
• Nilai Murni • Patriotisme
• Bahasa • Sains &
Teknologi • Teknologi
Maklumat & Komunikasi (TMK)
• Kelestarian Alam Sekitar
• Nilai Murni • Patriotisme • Kreativiti dan
Inovasi • Keusahawanan • Kelestarian
Global
2 Penekanan Pedagogi
• Pembelajaran berasaskan inkuiri
• Penyelesaian masalah
• Pembelajaran kontekstual
• Pembelajaran kolaboratif
• Pembelajaran
• Pembelajaran berasaskan inkuiri
• Pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah
• Pembelajaran kontekstual
• Pembelajaran
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
52
berasaskan projek
kolaboratif • Pembelajaran
berasaskan projek
• Pendekatan konstruktivisme
• Pendekatan Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM)
3 Pentaksiran • Pentaksiran Sekolah
• Sumatif • Formatif
Pentaksiran disuratkan dalam DSKP sebagai Standard Prestasi bagi subjek teras dan kriteria pencapaian bagi subjek kemahiran
4 Penawaran mata pelajaran baharu
Mata pelajaran Pendidikan Khas Vokasional
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
53
10 Apakah aspek pembaharuan dalam KSSM Pendidikan Khas?
i. Peruntukan masa bagi setiap matapelajaran adalah
berasaskan jam seminggu ii. Penggunaan DSKP bagi menggantikan sukatan pelajaran
dan huraian sukatan pelajaran iii. Penggunaan bahan sokongan Bahan Pengajaran Bertulis
Written Instructional Material (WIM) bagi subjek kemahiran
iv. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dieksplisit dalam standard pembelajaran
v. MBK boleh memperolehi pengiktirafan melalui persijilan dari badan profesional
vi. Perkembangan pembelajaran murid ditaksir secara berterusan
11 Apakah kelebihan memperuntukkan waktu mata pelajaran
mengikut jam setahun dalam pelaksanaan KSSM Pendidikan
Khas?
• memberi keluwesan kepada pentadbir menyusun jadual
waktu mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah.
• membolehkan guru merancang dan melaksanakan
pembelajaran secara mendalam dengan mengaplikasikan
KBAT melalui pendekatan inkuiri.
• membolehkan murid mendapat pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman pembelajaran yang bermakna
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
54
12 Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat
berkaitan KSSM Pendidikan Khas?
• Laman web BPK (http://www.bpk.moe.gov.my) • Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pembangunan
Kurikulum) • Jabatan Pendidikan Negeri (Sektor Pengurusan Akademik) • Pejabat Pendidikan Daerah (Unit Akademik)
-TAMAT-
-
Kurikulum Kebangsaan: Soalan-Soalan Lazim
55