pengenalan litar siren

7
PROJEK ELEKTRONIK LITAR SIREN PENGENALAN: Projek litar siren ini adalah satu sistem yang ringkas dan juga satu sistem yang kompleks. Pada kebiasaanya penggera atau siren atau loceng adalah merupakan peranti yang boleh menghasilkan gelombang bunyi apabila diaktifkan. Penggera yang baik mampu menghasilkan bunyi yang kuat dan bising mampu menghalau penceroboh atau kenderaan diceroboh. Tahap kekuatan bunyi siren bergantung kepada bahan binaan dan saiznya. Semakin besar saiz penggera semakin kuat bunyi yang dihasilkan.Penggera boleh terdiri dari pelbagai bunyi atau jenis seperti Buzzer, Siren atau Speaker yang mempunyai nilai keluaran frekuensi tertentu. 1

Upload: mna-ena

Post on 28-Oct-2015

579 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Litar Siren

PROJEK ELEKTRONIK LITAR SIREN

PENGENALAN:

Projek litar siren ini adalah satu sistem yang ringkas dan juga satu

sistem yang kompleks. Pada kebiasaanya penggera atau siren atau loceng

adalah merupakan peranti yang boleh menghasilkan gelombang bunyi

apabila diaktifkan. Penggera yang baik mampu menghasilkan bunyi yang kuat

dan bising mampu menghalau penceroboh atau kenderaan diceroboh. Tahap

kekuatan bunyi siren bergantung kepada bahan binaan dan saiznya.

Semakin besar saiz penggera semakin kuat bunyi yang dihasilkan.Penggera

boleh terdiri dari pelbagai bunyi atau jenis seperti Buzzer, Siren atau Speaker

yang mempunyai nilai keluaran frekuensi tertentu.

Contoh Litar Skematik Litar Siren

1

Page 2: Pengenalan Litar Siren

ALATAN DAN KOMPONEN:

BIL. ALATAN / BAHAN KEGUNAAN

1 Alat Pemateri Alat pemanas yang digunakan bersama bahan pateri untuk memateri komponen elektronik pada papan litar

2 Bahan pateri Bahan logam yang digunakan untuk memateri

3 Penjalur wayar Menanggalkan bahan penebat pada wayar

4 Pemotong sisi Memotong lebihan kaki komponen

5 Penyedut Bahan pateri Menyedut lebihan bahan pateri pada papan litar

6 WayarMengalirkan arus elektrik

7 Pemegang bateriMemegang bateri

2

Page 3: Pengenalan Litar Siren

KOMPONEN YANG DIGUNAKAN:

BIL. KOMPONEN NILAI

1. Perintang : R1 10MΩ

2. Perintang : R2=R5 100KΩ

3. Perintang : R3=R7 1MΩ

4. Perintang : R4 47KΩ

5. Perintang : R6 100Ω

6. Kapasitor (Pemuat) C1 103

7. Kapasitor (Pemuat) C2 102

8. Pemuat Elektronik C3 10µF

9. Transistor :Q1 PNP

10. Dynamic Speaker 4 / 8 Ω

11. Suis tekan -

12. Switching Diode: D1=D2 1N4148

3

Page 4: Pengenalan Litar Siren

LANGKAH MEMATERI:

1. Sediakan semua alatan dan komponen yang akan digunakan.

2. Litar elektronik diterjemahkan dan difahami sebelum memateri.

3. Kenal pasti komponen elektronik yang ingin dipaterikan. Contohnya;

Perintang, Kapasitor dan Transistor.

4. Kenal pasti kedudukan komponen elektronik yang ingin dipaterikan

berada dalam kedudukan yang betul.

5. Pateri komponen pada kedudukannya dengan kemas.

6. Langkah ini diulangi pada komponen yang lain sehingga siap.

7. Potongkan lebihan kaki komponen dengan pemotong dawai.

8. Sekiranya terdapat lebihan pateri pada litar, gunakan penyedut pateri

untuk menyedut lebihan pateri.

9. Pengujian litar adalah penting untuk menentukan litar dipasang dengan

betul dan berfungsi.

LANGKAH KESELAMATAN:

1. Berhati-hati ketika menggunakan alatan tangan.

2. Pastikan alat pemateri digunakan dengan cermat dan berhati-hati

untuk mengelakkan terkena orang lain.

4

Page 5: Pengenalan Litar Siren

REFLEKSI

Alhamdulillah telah siap hasil tugasan kami ini. Projek litar siren ini

adalah projek RBT 3118 bagi memenuhi keperluan pemarkahan untuk projek

Elektik dan Elektronik. Ia banyak memberikan pendedahan kepada kami

tentang cara-cara untuk mengajar murid-murid di sekolah nanti. Terima kasih

kepada pensyarah pembimbing kami En. Amran kerana banyak membantu

dan memberi tunjuk ajar kepada kami dan juga kepada rakan-rakan yang

banyak membantu menghasilkan tugasan ini.

Banyak ilmu pengetahuan yang kami dapat semasa menjalankan

aktiviti projek ini. Pengetahuan dan ilmu tentang alatan dan bahan yang

digunakan serta komponen yang digunakan dalam projek litar siren ini seperti

nama komponen, fungsi dan nilai-nilai tertentu pada komponen elektronik.

Kami juga mempelajari cara membaca litar skematik dan mengenal

komponen melalui simbolnya yang unik.

Selain itu, kami juga dapat mempelajari memateri komponen-

komponen elektronik di papan litar elektronik. Langkah-langkah memateri dan

teknik memateri dipelajari dengan teliti agar tidak merosakkan komponen dan

papan litar. Percubaan demi percubaan dilakukan untuk menghasilkan

pematerian yang terbaik.

Langkah-langkah keselamatan juga perlu kami ambil agar kemalangan

tidak berlaku semasa menggunakan alatan tangan dan juga alat pemateri.

Pengujian projek litar siren dilakukan agar litar berfungsi dengan baik.

Kemasan pemasangan dilakukan dengan cermat dan teliti agar tidak

merosakkan litar. Litar yang kami hasilkan adalah usaha kami dalam

memenuhi RBT 3118 ini.

5