pengenalan kepada alam seketar - ftsm.ukm.my buku/pendahuluan buku sains sosial... · manusia...

3
ii Pendahuluan Buku ini adalah edisi semakan kepada edisi yang ditulis pada tahun 2003. Buku ini ditulis khas untuk mahasiswa sains dan teknologi maklumat yang mengambil kursus TM1813 Pengantar Sains Sosial. Walaupun kursus ini bersifat pengantar tetapi isu yang dibincangkan adalah isu semasa yang relevan dengan kehidupan kontemporari. Berdasarkan pengalaman penulis mengajar kursus ini beberapa semester, topik fundamental dalam sains sosial seperti falsafah, teori, aliran pemikiran dan tokoh besar dalam sains sosial tidak dapat dihayati oleh mahasiswa sains dan teknologi maklumat lalu tidak dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Lantas peranan disiplin Sains Sosial tidak dapat dihayati. Pengalaman tersebut mendorong penulis untuk mendedahkan mahasiswa kepada isu-isu sosial yang menjadi fokus sains sosial gunaan atau sains sosial moden. Globalisasi, hak asasi, alam sekitar dan keadilan adalah tema penting yang mendapat perhatian sosiologi moden. Sains Sosial yang fundamental hanya sesuai diajar jika pelajar mempunyai peluang mengambil kursus sains sosial gunaan. Oleh kerana pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat tidak mempunyai peluang tersebut, maka penulis berasakan kursus ini harus memberi pendedahan yang luas terhadap isu yang sedang mengguliti masyarakat global dengan harapan pelajar sentiasa peka, memahami sesab musabab dan berwaspada dalam menghadapi cabaran sosial pada masa-masa mendatang. Kursus ini juga merupakan satu usaha mendokong pendidikan liberal dengan harapan dapat menjadikan graduan yang serba boleh dan sentiasa peka kepada isu yang berkaitan dengan kemanusiaan dan kesejahteraan sosial. Lantas, kursus ini direka sedemikian rupa bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sifat dan asal usul disiplin sains sosial serta bidang rangkumannya. Sains sosial memberi tumpuan kepada hal-hal sosial dan kemasyarakatan yang sering dikaitkan dengan disiplin Antropologi dan Sosiologi dan tidak perlu dipelajari oleh pelajar sains dan teknologi. Ini adalah tangapan yang terkeliru kerana intipati kepada aplikasi sains dan teknologi ialah manusia itu sendiri. Setiap inovasi teknologi harus mengutamakan kesejahteraan sosial dan kursus ini dapat menyedarkan mahasiswa akan peranannya dalam masyarakat dan tujuan inovasi sains dan teknologi dilakukan. Tidak dinafikan bahawa disiplin Sains Sosial terutama sosiologi gunaan telah banyak mengkaji hal-hal kemanusiaan dan kemasyarakatan serta terbukti berjaya menggarab masalah dan isu sosial dengan baik termasuk yang ditimbulkan oleh sains dan teknologi. Meskipun sains sosial berbeza daripada sains tulen namun disiplin ini menggunakan kaedah saintifik untuk melakukan penyelidikan. Ciri-ciri sains ditekankan supaya penyelidikan berdasarkan bukti empirikal meskipun subjek kajian adalah manusia dan masyarakat. Ini berbeza dari kajian sains tulen yang menekankan kajian makmal. Oleh itu mahasiswa sains dan teknologi maklumat harus didedahkan dengan kaedah penyelidikan sains sosial supaya dapat mengimbangi pengetahuan dalam kaedah pembangunan projek yang diberi penekanan dalam kursus prasiswazah selama tiga tahun. Kandungan kursus ini diolah khas supaya pengisiannya dapat memaparkan isu-isu semasa yang menyelubungi kehidupan seharian. Oleh itu mahasiswa sains dan teknologi maklumat dapat mengimbangi pengetahuan mereka supaya apa juga perancangan yang

Upload: vudiep

Post on 06-Feb-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan kepada Alam Seketar - ftsm.ukm.my Buku/Pendahuluan Buku Sains Sosial... · Manusia sebagai khalifah yang diamanahkan dengan tanggungjawab harus memikul tanggungjawab tersebut

ii

Pendahuluan

Buku ini adalah edisi semakan kepada edisi yang ditulis pada tahun 2003. Buku ini ditulis

khas untuk mahasiswa sains dan teknologi maklumat yang mengambil kursus TM1813

Pengantar Sains Sosial. Walaupun kursus ini bersifat pengantar tetapi isu yang

dibincangkan adalah isu semasa yang relevan dengan kehidupan kontemporari.

Berdasarkan pengalaman penulis mengajar kursus ini beberapa semester, topik

fundamental dalam sains sosial seperti falsafah, teori, aliran pemikiran dan tokoh besar

dalam sains sosial tidak dapat dihayati oleh mahasiswa sains dan teknologi maklumat

lalu tidak dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Lantas peranan disiplin

Sains Sosial tidak dapat dihayati. Pengalaman tersebut mendorong penulis untuk

mendedahkan mahasiswa kepada isu-isu sosial yang menjadi fokus sains sosial gunaan

atau sains sosial moden. Globalisasi, hak asasi, alam sekitar dan keadilan adalah tema

penting yang mendapat perhatian sosiologi moden. Sains Sosial yang fundamental hanya

sesuai diajar jika pelajar mempunyai peluang mengambil kursus sains sosial gunaan.

Oleh kerana pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat tidak mempunyai peluang

tersebut, maka penulis berasakan kursus ini harus memberi pendedahan yang luas

terhadap isu yang sedang mengguliti masyarakat global dengan harapan pelajar sentiasa

peka, memahami sesab musabab dan berwaspada dalam menghadapi cabaran sosial pada

masa-masa mendatang. Kursus ini juga merupakan satu usaha mendokong pendidikan

liberal dengan harapan dapat menjadikan graduan yang serba boleh dan sentiasa peka

kepada isu yang berkaitan dengan kemanusiaan dan kesejahteraan sosial.

Lantas, kursus ini direka sedemikian rupa bagi memberi pendedahan kepada pelajar

mengenai sifat dan asal usul disiplin sains sosial serta bidang rangkumannya. Sains sosial

memberi tumpuan kepada hal-hal sosial dan kemasyarakatan yang sering dikaitkan

dengan disiplin Antropologi dan Sosiologi dan tidak perlu dipelajari oleh pelajar sains

dan teknologi. Ini adalah tangapan yang terkeliru kerana intipati kepada aplikasi sains

dan teknologi ialah manusia itu sendiri. Setiap inovasi teknologi harus mengutamakan

kesejahteraan sosial dan kursus ini dapat menyedarkan mahasiswa akan peranannya

dalam masyarakat dan tujuan inovasi sains dan teknologi dilakukan. Tidak dinafikan

bahawa disiplin Sains Sosial terutama sosiologi gunaan telah banyak mengkaji hal-hal

kemanusiaan dan kemasyarakatan serta terbukti berjaya menggarab masalah dan isu

sosial dengan baik termasuk yang ditimbulkan oleh sains dan teknologi.

Meskipun sains sosial berbeza daripada sains tulen namun disiplin ini menggunakan

kaedah saintifik untuk melakukan penyelidikan. Ciri-ciri sains ditekankan supaya

penyelidikan berdasarkan bukti empirikal meskipun subjek kajian adalah manusia dan

masyarakat. Ini berbeza dari kajian sains tulen yang menekankan kajian makmal. Oleh itu

mahasiswa sains dan teknologi maklumat harus didedahkan dengan kaedah penyelidikan

sains sosial supaya dapat mengimbangi pengetahuan dalam kaedah pembangunan projek

yang diberi penekanan dalam kursus prasiswazah selama tiga tahun.

Kandungan kursus ini diolah khas supaya pengisiannya dapat memaparkan isu-isu

semasa yang menyelubungi kehidupan seharian. Oleh itu mahasiswa sains dan teknologi

maklumat dapat mengimbangi pengetahuan mereka supaya apa juga perancangan yang

Page 2: Pengenalan kepada Alam Seketar - ftsm.ukm.my Buku/Pendahuluan Buku Sains Sosial... · Manusia sebagai khalifah yang diamanahkan dengan tanggungjawab harus memikul tanggungjawab tersebut

iii

melibatkan teknologi tidak mengabaikan kesejahteraan sosial. Walau apapun kemajuan

yang dibawa, manusia tetap menjadi subjek utama. Manusia juga pencetus pembangunan

dan mempunyai kreativiti yang seharusnya dijana untuk kemakmuran dan kesejahteraan

sejagat. Pengetahuan tentang budaya dan kejadian manusia membantu mahasiswa

memahami hakikat kehidupan bahawa teknologi seharusnya digunakan untuk

meningkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan sosial. Teknologi yang mengancam

manusia dan persekitaran harus dijauhi. Manusia sebagai khalifah yang diamanahkan

dengan tanggungjawab harus memikul tanggungjawab tersebut dengan baik dan tidak

mengorbankan kemanusiaan semata-mata faedah yang menguntungkan terutamanya

apabila yang melibatkan teknologi maklumat dan komunikasi.

Pemahaman tentang budaya, norma dan aturan hidup juga penting supaya projek

pembangunan teknologi dapat diterima selaras dengan nilai dan pegangan hidup

masyarakat setempat. Perlu juga difahami bahawa tidak semua masalah boleh

diselesaikan menggunakan teknologi.

Teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih dan terkini tidak mungkin dapat

dihargai sekiranya masalah asas seperti pencemaran alam sekitar, hak asasi manusia

yang tercabul, keadilan yang tidak terlaksana, masyarakat yang pincang dan ikatan

kekeluargaan yang longgar tidak ditangani. Bakal pengusaha teknologi maklumat yang

kelak menerajui bidangnya diharap tidak mengabaikan tanggungjawab sosial. Oleh itu

pengetahuan mengenai tanggungjawab pemimpin, teori ekonomi, nilai dan

tanggungjawab manusia adalah penting sebagai bekalan yang boleh memandu mereka

dalam dunia teknologi maklumat

Banyak topik yang boleh dirangkumi tetapi pengarang menghadkan kepada 14 topik

selaras dengan jangka masa perkuliahan selama 14 minggu. Topik-topik ini mewakili

setiap disiplin yang terangkum dalam sains sosial seperti sains politik, ekonomi,

psikologi, sosiologi, antropologi, undang-undang, sejarah dan geografi. Setiap isu

dibincangkan dari sudut pemikiran Barat dan juga Islam supaya mahasiswa melihat

sesuatu isu dari perspektif yang luas lantas memahami masalah sosial dengan baik.

Meskipun sains tabii kini turut cenderung menerangkan konsep manusia tetapi dari aspek

sains semata-mata. Manusia saintifik, rasional dan mantik yang dibangunkan ini

kehilangan pertimbangan moral yang berpaksikan kepada nilai tradisi dan agama. Ini

akhirnya melenyapkan kebahagiaan dan kedamaian kehidupan manusia moden.

Kemajuan dan kemakmuran tidak bererti jika manusia saintifik tidak lagi memahami

konsep kebahagian dan kesejahteraan dan lupa tujuan asal kehidupan. Mengenali hakikat

manusia adalah penting kerana pembangunan manusia dari perspektif yang sebenarnya

adalah penting. Kemajuan teknologi tidak membawa erti jika manusia tidak dapat

menjaga alam persekitaran tempat tinggalnya dan meningkatkan ketamadunan.

Penguasaan sains dan teknologi belum boleh menjanjikan kepuasan seandainya manusia

tidak memahami hakikat dan tujuan hidup. Sains dan pemikiran rasional dan logik

semata-mata dibimbangi akan melahirkan mahasiswa yang rakus dan pengeksploitasi

yang akhirnya memusnahkan alam ini.

Page 3: Pengenalan kepada Alam Seketar - ftsm.ukm.my Buku/Pendahuluan Buku Sains Sosial... · Manusia sebagai khalifah yang diamanahkan dengan tanggungjawab harus memikul tanggungjawab tersebut

iv

Keperluan kepada sains sosial adalah sepanjang masa. Dunia tetap memerlukan manusia

yang berfikiran kritis, berfikir secara falsafah yang boleh merenungi dan menganalisis

masyarakatnya. Meskipun kursus ini tidak memenuhi tuntutan pasaran kerja semasa

tetapi adalah penting untuk meningkatkan tamadun manusia.

Kursus ini merupakan kursus yang mengajak para mahasiswa berfikir. Kursus-kursus

dalam bidang tujahan FTSM banyak melibatkan data, numerik dan logik menyebabkan

mahasiswa kurang menggunakan kemahiran berfikir secara kritis mengenai kemanusiaan.

Kursus ini memberi ruang kepada mahasiswa berfikir di luar dari wewenang sains dan

teknologi maklumat.

Terdapat beberapa perubahan dalam edisi semakan ini. Selain dari daripada beberapa

penambahan fakta dan pengguguran, edisi semakan ini menambah satu topik baru iaitu

‘Stratifikasi Sosial’ dan menggabungkan topik ‘Sejarah, Perkembangan dan Kedudukan

Sains Sosial’ dan ‘Sains Sosial dalam Islam’ kepada topik baru iaitu ‘Sains Sosial,

Sejarah dan Pengaruh Islam’.

Wassalam

Pengarang