penentuan kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur metakognitif dengan analisis model rasch

9
C S S R 0 8’ 0 9 14- 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H Paper number: 1442616 Penentuan Kesahan Dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Metakognitif Dengan Analisis Model Rasch Ch’ng Pei Cheng, & Ch’ng Pei Eng Jabatan Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang [email protected], [email protected] ABSTRAK Sejak kebelakangan ini, pengetahuan metakognitif semakin mendapat perhatian dalam bidang pendidikan kerana ia merupakan satu aspek pengaplikasian kemahiran pembelajaran yang penting dalam domain inkuiri. Alat ukur Metacoginitve Awareness Inventory (MAI) dibangunkan oleh Schaw & Dennison amat popular digunakan untuk mengukur metakognitif pada pelajar dewasa. Ia dipilih kerana rekabentuknya adalah berupa soalselidik dan mudah ditakbirkan untuk memperolehi maklumat tahap kesedaran metakognitif pelajar. Alat ukur MAI adalah antara alat ukur metakognitif yang telah diuji kesahannya di negara Barat. Namun kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur metakognitif tersebut masih belum dikenalpasti di Malaysia. Ramai pendidik menjalankan penyelidikan dengan mengandaikan kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur yang dibangunkan di negara barat adalah sama untuk konteks di Malaysia, ini merupakan satu amalan yang tidak wajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada skala MAI adalah bolehpercaya dan sah digunakan di dalam konteks Malaysia. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 300 orang pelajar yang dipilih daripada dua buah institusi pengajian tinggi di Pulau Pinang dengan menggunakan analisis Model Rasch. Setakat ini, alat ukur MAI belum pernah diuji kebolehpercayaan dan kesahannya dengan menggunakan model ini. Melalui kajian ini, didapati indeks kebolehpercayaan item dan indeks kebolehpercayaan individu masing-masing mencatatkan 0.93 dan 0.96. Kajian ini juga dapat mempersembahkan satu susunan item-item mengikut aras kesukaran mengikut tahap-tahap yang dipersetujui oleh pelajar. Hierarki item adalah mengikut aras kesukaran yang meningkat telah membuktikan alat ukur MAI adalah sah dari segi konstruk kandungannya untuk mengguji metakognitif pelajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Paras kesukaran item metakognitif dalam MAI selari dengan keupayaan metakognitif pelajar di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan konstruk dalaman MAI yang disenaraikan berlainan dengan faktor-faktor yang dicadangkan oleh Schraw & Dennison. Kata-kata kunci: metakognitif, kesahan, kebolehpercayaan, Model Rasch. 1. PENGENALAN Metakognitif didefinasikan sebagai keupayaan untuk mengawasi, menilai dan merancang pembelajaran seseorang (Flavell, 1979; Brown 1980) dan merupakan penilaian konstruk hasil minda pemikiran seseorang. Konstruk pemikiran manusia adalah kompleks, tidak dapat diperhatikan dan sukar dinilai (O’Neil, 1991). Oleh itu penyelidik-penyelidik yang bergiat dalam bidang ini mengalami kerumitan untuk menilai konstruk metakognitif. Kebanyakan definisi metakognisi mengambilkira kedua-dua komponen iaitu komponen pengetahuan dan komponen strategi. Pengetahuan dipertimbangkan sebagai metakognitif sekiranya ianya digunakan secara aktif untuk mengenalpasti suatu matlamat telah dicapai secara strategik. Metakognisi sering dirujuk sebagai “pemikiran tentang pemikiran” dan boleh digunakan untuk membantu pelajar-pelajar “belajar bagaimana untuk belajar”. Strategi-strategi kognitif telah digunakan untuk membantu mencapai matlamat

Upload: fairus

Post on 27-Jul-2015

1.360 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Sejak kebelakangan ini, pengetahuan metakognitif semakin mendapat perhatian dalam bidangpendidikan kerana ia merupakan satu aspek pengaplikasian kemahiran pembelajaran yang pentingdalam domain inkuiri. Alat ukur Metacoginitve Awareness Inventory (MAI) dibangunkan oleh Schaw& Dennison amat popular digunakan untuk mengukur metakognitif pada pelajar dewasa. Ia dipilihkerana rekabentuknya adalah berupa soalselidik dan mudah ditakbirkan untuk memperolehi maklumattahap kesedaran metakognitif pelajar. Alat ukur MAI adalah antara alat ukur metakognitif yang telahdiuji kesahannya di negara Barat. Namun kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur metakognitiftersebut masih belum dikenalpasti di Malaysia. Ramai pendidik menjalankan penyelidikan denganmengandaikan kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur yang dibangunkan di negara barat adalah samauntuk konteks di Malaysia, ini merupakan satu amalan yang tidak wajar. Kajian ini bertujuan untukmengenalpasti sama ada skala MAI adalah bolehpercaya dan sah digunakan di dalam konteksMalaysia. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 300 orang pelajar yang dipilih daripada dua buahinstitusi pengajian tinggi di Pulau Pinang dengan menggunakan analisis Model Rasch. Setakat ini, alatukur MAI belum pernah diuji kebolehpercayaan dan kesahannya dengan menggunakan model ini.Melalui kajian ini, didapati indeks kebolehpercayaan item dan indeks kebolehpercayaan individumasing-masing mencatatkan 0.93 dan 0.96. Kajian ini juga dapat mempersembahkan satu susunanitem-item mengikut aras kesukaran mengikut tahap-tahap yang dipersetujui oleh pelajar. Hierarki itemadalah mengikut aras kesukaran yang meningkat telah membuktikan alat ukur MAI adalah sah darisegi konstruk kandungannya untuk mengguji metakognitif pelajar di institusi pengajian tinggi diMalaysia. Paras kesukaran item metakognitif dalam MAI selari dengan keupayaan metakognitifpelajar di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan konstruk dalaman MAI yang disenaraikan berlainandengan faktor-faktor yang dicadangkan oleh Schraw & Dennison.

TRANSCRIPT

Page 1: Penentuan Kesahan Dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Metakognitif Dengan Analisis Model Rasch

C S S R 0 8’ 0 9 14- 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 1442616

Penentuan Kesahan Dan Kebolehpercayaan Alat Ukur

Metakognitif Dengan Analisis Model Rasch

Ch’ng Pei Cheng, & Ch’ng Pei Eng

Jabatan Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif, Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Sejak kebelakangan ini, pengetahuan metakognitif semakin mendapat perhatian dalam bidang

pendidikan kerana ia merupakan satu aspek pengaplikasian kemahiran pembelajaran yang penting

dalam domain inkuiri. Alat ukur Metacoginitve Awareness Inventory (MAI) dibangunkan oleh Schaw

& Dennison amat popular digunakan untuk mengukur metakognitif pada pelajar dewasa. Ia dipilih

kerana rekabentuknya adalah berupa soalselidik dan mudah ditakbirkan untuk memperolehi maklumat

tahap kesedaran metakognitif pelajar. Alat ukur MAI adalah antara alat ukur metakognitif yang telah

diuji kesahannya di negara Barat. Namun kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur metakognitif

tersebut masih belum dikenalpasti di Malaysia. Ramai pendidik menjalankan penyelidikan dengan

mengandaikan kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur yang dibangunkan di negara barat adalah sama

untuk konteks di Malaysia, ini merupakan satu amalan yang tidak wajar. Kajian ini bertujuan untuk

mengenalpasti sama ada skala MAI adalah bolehpercaya dan sah digunakan di dalam konteks

Malaysia. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 300 orang pelajar yang dipilih daripada dua buah

institusi pengajian tinggi di Pulau Pinang dengan menggunakan analisis Model Rasch. Setakat ini, alat

ukur MAI belum pernah diuji kebolehpercayaan dan kesahannya dengan menggunakan model ini.

Melalui kajian ini, didapati indeks kebolehpercayaan item dan indeks kebolehpercayaan individu

masing-masing mencatatkan 0.93 dan 0.96. Kajian ini juga dapat mempersembahkan satu susunan

item-item mengikut aras kesukaran mengikut tahap-tahap yang dipersetujui oleh pelajar. Hierarki item

adalah mengikut aras kesukaran yang meningkat telah membuktikan alat ukur MAI adalah sah dari

segi konstruk kandungannya untuk mengguji metakognitif pelajar di institusi pengajian tinggi di

Malaysia. Paras kesukaran item metakognitif dalam MAI selari dengan keupayaan metakognitif

pelajar di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan konstruk dalaman MAI yang disenaraikan berlainan

dengan faktor-faktor yang dicadangkan oleh Schraw & Dennison.

Kata-kata kunci: metakognitif, kesahan, kebolehpercayaan, Model Rasch.

1. PENGENALAN

Metakognitif didefinasikan sebagai keupayaan untuk mengawasi, menilai dan merancang

pembelajaran seseorang (Flavell, 1979; Brown 1980) dan merupakan penilaian konstruk hasil minda

pemikiran seseorang. Konstruk pemikiran manusia adalah kompleks, tidak dapat diperhatikan dan sukar

dinilai (O’Neil, 1991). Oleh itu penyelidik-penyelidik yang bergiat dalam bidang ini mengalami

kerumitan untuk menilai konstruk metakognitif.

Kebanyakan definisi metakognisi mengambilkira kedua-dua komponen iaitu komponen pengetahuan

dan komponen strategi. Pengetahuan dipertimbangkan sebagai metakognitif sekiranya ianya digunakan

secara aktif untuk mengenalpasti suatu matlamat telah dicapai secara strategik. Metakognisi sering dirujuk

sebagai “pemikiran tentang pemikiran” dan boleh digunakan untuk membantu pelajar-pelajar “belajar

bagaimana untuk belajar”. Strategi-strategi kognitif telah digunakan untuk membantu mencapai matlamat

Page 2: Penentuan Kesahan Dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Metakognitif Dengan Analisis Model Rasch

C S S R 0 8’ 0 9 14- 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 1442616

tertentu manakala strategi-strategi metakognitif digunakan untuk memastikan matlamat tersebut telah

dicapai.

Pengetahuan metakognitif melibatkan proses pemantauan secara eksekutif berkait dengan perolehan

maklumat tentang proses pemikiran. Ia melibatkan keputusan-keputusan seperti:

� mengenalpasti perkara/kerja yang sedang dijalankan

� menyemak tahap kemajuan terkini ke atas kerja yang dilakukan

� menilai kemajuannya, dan

� meramal hasilan yang akan dicapai

Strategi metakognitif melibatkan proses tatacara eksekutif berkait dengan tatacara pemikiran. Ia

melibatkan keputusan seperti:

� memperuntukkan sumber-sumber untuk kerja semasa

� mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyempurnakan suatu tugas

secara tertib

� menetapkan usaha dan kelajuan untuk melakukan suatu kerja

Menurut Schraw & Dennison (1994), domain metakognitif dibahagikan kepada 2 komponen utama,

iaitu:

1. Pengetahuan kognitif merujuk kepada aspek pengetahuan pelajar tentang tahap

pengetahuan kognitif pada diri mereka sendiri. Contohnya, pelajar mengetahui apakah

strategi yang paling sesuai bagi dirinya pada situasi yang tertentu. Konsep pengetahuan

merangkumi pengetahuan deklaratif, prosedural dan konditional.

2. Regulasi kognitif merujuk kepada aspek kawalan dalam pembelajaran iaitu pelajar

mempunyai peraturan/regulasi berkait dengan kognitifnya. Konsep ini mengkaji

pengetahuan tentang cara diri mereka merancang, mengimplimentasikan strategi,

memantau/ mengesan, memperbetulkan kefahaman, dan menilai pembelajaran.

2. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian rintis ke atas suatu alat ukur metakognitif yang sedia ada dan agak

terkenal iaitu Inventori Kesedaran Metakognitif ataupun lebih dikenali sebagai ‘Metacognitive Awareness

Inventory’ (MAI) yang dibangunkan oleh Schraw & Dennison (1994). Alat ukur ini dipilih untuk kajian

ini kerana ia adalah di antara alat ukur yang popular digunakan untuk mengukur metakognitif di kalangan

pelajar-pelajar dewasa di luar negara. Secara amnya, alat ukur MAI direkabentuk dalam format

soalselidik untuk mengukur kesedaran metakognitif pelajar dewasa yang berkaitan dengan aktiviti semasa

menyelesaikan masalah secara umum. Alat ukur ini perlu disemak dari segi kesahan dan

kebolehpercayaan sama ada ianya sesuai digunakan dalam konteks Malaysia. Dengan itu, tujuan kajian

ini adalah untuk mengenalpasti kesahan dan kebolehpercayaan skala ini sama ada ianya sesuai digunakan

di atas pelajar-pelajar dewasa di negara ini.

Dua persoalan kajian yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah:

1. Adakah alat ukur MAI sah dan mempunyai kebolehpercayaan untuk mengukur metakognitif

pelajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia?

2. Adakah konstruk dalaman MAI sama seperti yang dicadangkan oleh Schraw & Dennison (1994)?

3. METODOLOGI

Analisis Model Rasch digunakan dalam kajian ini untuk memperolehi kesahan konstruk, kesahan

kandungan dan indeks kebolehpercayaan struktur yang tersirat dalam satu alat ukur kesedaran

metakognitif yang terpilih sama ada sesuai digunakan ke atas pelajar-pelajar Malaysia.

3.1 Intrumen kajian

Alat ukur MAI mengandungi 52 item metakognitif meliputi domain pengetahuan kognitif dan domain

regulasi kognitif. Kesemua 52 soalan dalam MAI berbentuk pilihan skala Likert 5 titik. Faktor-faktor

dalam metakognitif disusun secara rawak. Terdapat 17 item mewakili tahap pengetahuan kognitif pelajar

Page 3: Penentuan Kesahan Dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Metakognitif Dengan Analisis Model Rasch

C S S R 0 8’ 0 9 14- 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 1442616

dan 35 item mewakili tahap regulasi kognitif pelajar. Faktor pengukuran tahap pengetahuan kognitif

pelajar merangkumi strategi, masa penggunaan strategi dan kesedaran kognitif diri pelajar sendiri. Contoh

pernyataan adalah “Saya memahami kekuatan dan kelemahan intelektual saya”. Faktor regulasi kognitif

merangkumi keupayaan pelajar memantau pembelajaran diri mereka. Contoh pernyataan adalah “Saya

mempertimbangkan beberapa alternatif untuk sesuatu masalah sebelum saya menjawab”. Pelajar diminta

mencatatkan tahap persetujuannya pada setiap kenyataan. Jikalau pelajar memilih respons 5, ia memberi

makna individu tersebut sangat setuju terhadap kenyataan tersebut. Manakala, respons 1 bermakna

kenyataan tersebut sangat tidak dipersetujui individu tersebut.

Faktor pengetahuan kognitif mengandungi 3 subskala utama iaitu:

a) Deklaratif pengetahuan : 8 soalan

b) Prosedural pengetahuan : 4 soalan

c) Konditional pengetahuan : 5 soalan

Faktor regulasi kognitif mengandungi 5 subskala utama iaitu:

a) Perancangan : 7 soalan

b) Pengurusan strategi maklumat : 10 soalan

c) Pemantauan : 7 soalan

d) Strategi mengesan kesilapan : 5 soalan

e) Penilaian : 6 soalan

3.2 Kaedah kajian

Untuk kajian ini, versi asal alat ukur MAI telah diterjemahkan kepada dwibahasa iaitu Bahasa

Malaysia dan Bahasa Inggeris. Seterusnya Inventori Kesedaran Metakognitif ubahsuai yang mengandungi

52 item dicetak dan diedarkan kepada pelajar-pelajar di dua buah institusi pengajian tinggi di Pulau

Pinang iaitu UiTM Pulau Pinang dan Kolej INTI Pulau Pinang. Dua buah institusi ini dipilih bagi tujuan

untuk mewakili komposisi kaum yang lebih sama rata.

Data yang diperolehi daripada subjek yang menjawab soalselidik ini dikutip dan dimasukkan ke dalam

komputer untuk penganalisaan dengan menggunakan perisian WINSTEPS ver 3.0. Sebagai permulaan,

proses pembersihan data dijalankan. Seterusnya, melalui analisis Model Rasch, satu nilai purata min dan

varians bagi setiap item dan individu dapat dihasilkan secara berasingan. Perbandingan akan dilakukan ke

atas statistik item dan statitik individu bagi mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan

bagi kedua-dua item dan individu. Ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap kesesuaian item-item

dalam alat ukur yang dikaji berbanding dengan tahap keupayaan pelajar di negara ini. Model Rasch juga

dapat digunakan untuk memperolehi indeks kebolehpercayaan bagi item dan indeks kebolehpercayaan

bagi individu. Ini penting kerana indeks kebolehpercayaan item dapat mengenalpasti kesahan alat ukur,

sementara indeks kebolehpercayaan individu dapat digunakan untuk mengenalpasti kebolehpercayaan alat

ukur.

Kesahan konstruk metakognitif diperolehi daripada kajian ke atas setiap item. Nilai min kuasa dua infit

dan min kuasa dua outfit setiap item dan individu akan dihitung terlebih dahulu, dan seterusnya julat nilai

infit dan outfit setiap item dan individu harus terletak dalam lingkungan 0.5-1.5 (Wright & Linacre, 1992).

Sekiranya suatu item dan individu didapati tidak memenuhi syarat ini, maka ianya akan dipertimbangkan

untuk disingkirkan.

Melalui analisis Model Rasch, nilai logit setiap item dan individu turut dihasilkan dan nilai ini akan

dirujuk untuk membangunkan satu susunan item-item mengikut aras kesukaran di mana terdapat item-

item yang sukar dipersetujui oleh pelajar dan item yang mudah dipersetujui oleh pelajar. Dengan itu,

pengkaji dapat memperbandingkan hasil yang diperolehi dengan asas teori konstruk metakognitif.

Tindakan ini dapat dijalankan untuk mengenalpasti kesahan konstruk dan kesahan kandungan alat ukur.

4. DAPATAN KAJIAN

Sebanyak 350 set borang soalselidik telah diedarkan dan kadar pemulangan mencatatkan 86%

(bersamaan dengan 300 set). Di peringkat awal, data 5 orang pelajar terpaksa disingkirkan kerana

maklumat tidak lengkap.

Page 4: Penentuan Kesahan Dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Metakognitif Dengan Analisis Model Rasch

C S S R 0 8’ 0 9 14- 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 1442616

4.1 Persoalan 1: Adakah alat ukur MAI sah dan mempunyai kebolehpercayaan untuk mengukur

metakognitif pelajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia?

Analisis data dijalankan ke atas 295 data sampel pelajar dengan menggunakan perisian WINSTEPS.

Indeks kebolehpercayaan item mencatatkan nilai 0.92 manakala indeks kebolehpercayaan individu

mencatatkan nilai 0.97. Ini telah menggambarkan bahawa tahap keupayaan individu adalah lebih tinggi

berbanding dengan tahap kesukaran item. Proses pembersihan data perlu dilakukan. Untuk tujuan tersebut,

statistik min kuasa dua infit dan min kuasa dua outfit setiap item dan setiap individu dianalisa secara teliti.

Proses pembersihan data diberhentikan sebaik sahaja nilai min kuasa dua infit dan min kuasa dua outfit

individu mencapai nilai di dalam julat 0.64 - 1.53 manakala nilai min kuasa dua infit dan min kuasa dua

outfit item berada dalam julat 0.72 - 1.47. Ini dapat dicapai dengan penyingkiran sejumlah 147 data

individu Dengan itu, kerja penganalisaan data yang seterusnya hanya dilakukan ke atas data 148 individu

terhadap 52 item. Yakni, indeks kebolehpercayaan item yang baru mencatatkan nilai 0.93 dan indeks

kebolehpercayaan individu yang baru mencatatkan nilai 0.96. Berdasarkan kepada kedua-dua nilai ini,

adalah jelas bahawa tahap pengukuran kesedaran metakognitif yang terkandung dalam alat ukur ini adalah

hampir sama dengan tahap kesedaran metakognitif pelajar sebenar. Dengan itu, ia telah membuktikan

bahawa wujudnya kesesuaian item-item dalam alat ukur MAI yang boleh digunakan ke atas sasaran

pelajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Kesahan konstruk dan kesahan kandungan diperolehi dengan merujuk kepada skor logit setiap item.

Berdasarkan kepada skor logit setiap item, item-item berjaya disusun secara menaik mengikut nilai skor

logit yang minimum kepada skor logit maksimum. Jadual 1 menunjukkan hierarki item-item mengikut

nilai logit secara menaik.

Jadual 1: Hierarki Item-item Mengikut Nilai Logit Secara Menaik

Item-item Logit

Saya mahir dalam mengorganisasikan maklumat. 1

Saya memang bagus dalam mengingati maklumat. 0.92

Saya membuat ringkasan tentang apa yang telah dipelajari selepas saya menghabiskannya. 0.71

Saya mendapati diri saya menggunakan strategi yang dapat membantu pembelajaran secara

automatik 0.68

Saya mempunyai kawalan terhadap sejauh manakah kemajuan pembelajaran saya 0.66

Saya mempersoalkan diri tentang sesuatu bahan sebelum saya bermula. 0.6

Saya mendapati diri saya menganalisa kelebihan strategi yang digunakan semasa saya

belajar 0.55

Saya menfokus kepada maksud keseluruhan daripada spesifik. 0.5

Saya mendapati diri saya selalu berhenti seketika untuk meneliti kefahaman saya 0.49

Saya menanya diri saya samada saya telah mempertimbangkan kesemua option selepas

saya menyelesaikan sesuatu masalah. 0.46

Saya merupakan penilai yang bagus tentang tahap kefahaman saya terhadap sesuatu benda 0.38

Saya melukis gambar atau diagram untuk membantu saya memahami sesuatu semasa

belajar. 0.38

Saya cuba membahagikan pembelajaran kepada bahagian yang lebih kecil 0.37

Saya mewujudkan contoh saya sendiri untuk membuat maklumat lebih bermakna. 0.34

Saya memperuntukkan masa pembelajaran saya supaya saya mempunyai masa yang

mencukupi. 0.27

Saya mengetahui bilakah setiap strategi yang saya gunakan memberi kesan yang efektif 0.27

Saya mengaturkan masa saya untuk mencapai matlamat saya. 0.22

Saya menggunakan kekuatan intelektual saya untuk memperbaiki kelemahan saya 0.18

Saya menanya diri jika saya telah belajar sebanyak mana yang saya boleh sebaik sahaja 0.15

Page 5: Penentuan Kesahan Dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Metakognitif Dengan Analisis Model Rasch

C S S R 0 8’ 0 9 14- 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 1442616

Item-item Logit

saya menghabiskan sesuatu tugas.

Saya menfokus kepada makna dan maklumat yang baru 0.12

Saya mengorganisasikan struktur teks untuk membantu pembelajaran saya 0.12

Saya mengetahui ekspektasi guru tentang apa yang perlu dipelajari. 0.09

Saya sedar strategi yang saya gunakan semasa saya belajar. 0.09

Saya mempunyai satu tujuan yang spesifik bagi setiap strategi yang saya gunakan. 0.07

Saya memperlahan diri semasa saya menemui maklumat penting 0.06

Saya mengetahui apakah jenis maklumat yang paling penting untuk dipelajari 0.04

Saya menanya diri saya sejauh mana saya telah mencapai matlamat saya sebaik sahaja saya

menghabiskannya. 0.02

Saya memikirkan tentang apa yang perlu dipelajari sebelum saya memulakan sesuatu tugas. -0.01

Saya menanya diri saya samada saya telah mempertimbangkan kesemua kaedah semasa

menyelesaikan sesuatu masalah. -0.01

Saya menanya diri saya dari semasa ke semasa samada saya telah mencapai matlamat saya. -0.05

Saya menetapkan matlamat khusus sebelum saya memulakan sesuatu tugas. -0.05

Saya menggunakan strategi pembelajaran yang berbeza bergantung kepada situasi. -0.05

Saya dari semasa ke semasa mengimbas kembali untuk membantu saya mengesan

perhubungan yang penting -0.07

Saya menanya diri saya persoalan tentang sejauh manakan kemajuan saya semasa saya

belajar sesuatu yang baru. -0.09

Saya menanya diri sendiri samada terdapat kaedah yang lebih senang untuk

menyelesaikannya selepas saya menghabiskan sesuatu tugas. -0.1

Saya menanya diri saya tentang apa yang saya pelajari mempunyai kaitan dengan apa yang

saya sudah ketahui -0.11

Saya mengetahui sejauh manakah kerja yang saya lakukan sebaik sahaja saya

menghabiskan sesuatu tugas. -0.12

Saya menilai semula andaian saya apabila saya menjadi keliru. -0.16

Saya sedar bahawa fokus tumpuan saya adalah pada maklumat yang penting. -0.17

Saya menukar strategi apabila saya gagal memahami sesuatu. -0.18

Saya cuba mentafsirkan maklumat baru ke dalam perkataan sendiri. -0.27

Saya berhenti dan balik semula kepada maklumat baru yang tidak jelas. -0.27

Saya boleh memotivasikan diri saya sendiri untuk belajar semasa saya memerlukannya. -0.3

Saya memikirkan beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah dan memilih cara yang

terbaik. -0.36

Saya memahami kekuatan dan kelemahan intelektual diri. -0.38

Saya mempertimbangkan beberapa alternatif bagi sesuatu masalah sebelum saya

menjawabnya. -0.4

Saya cuba menggunakan strategi dulu yang berkesan -0.47

Saya berhati-hati membaca arahan sebelum saya memulakan sesuatu tugas. -0.49

Saya berhenti dan membaca semula apabila saya menjadi keliru. -1.09

Saya belajar dengan baik sekali apabila saya mengetahui tentang sesuatu topik. -1.32

Saya meminta bantuan orang lain semasa saya tidak memahami sesuatu perkara. -1.49

Saya belajar dengan banyak semasa saya meminati sesuatu topik -1.71

4.2 Persoalan 2: Adakah konstruk dalaman MAI sama seperti yang dicadangkan oleh Schraw &

Dennison (1994)?

Page 6: Penentuan Kesahan Dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Metakognitif Dengan Analisis Model Rasch

C S S R 0 8’ 0 9 14- 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 1442616

Berasaskan kepada teori, didapati dua konstruk utama MAI adalah terdiri daripada pengetahuan

kognitif dan membuat aturan kognitif. Dua konstruk ini boleh dibahagikan kepada lapan subskala yang

terdiri daripada deklarasi pengetahuan, prosedural pengetahuan, konditional pengetahuan, perancangan,

pengurusan maklumat, strategi yang digunakan, strategi pembetulan dan penilaian.

Jadual 2 menunjukkan hierarki item-item berbanding dengan subskala dalam faktor yang dicadangkan

oleh Schraws & Dennison (1994). Di sebelah kiri Jadual 2, merupakan senarai faktor-faktor bagi setiap

item yang digenerasikan oleh Schraw & Dennison (1994). Amat jelas bahawa faktor strategi pengurusan

maklumat dan faktor pengawasan berkelompok dengan baik pada satu tahap metakognitif di pertengahan

kontinuum. Tetapi bagi faktor-faktor lain, ia bertabur dengan berselerak di sepanjang kontinuum bukan

seperti yang dicadangkan oleh Schraw & Dennison (1994). Sesetengah item dikenalpasti agak tersisih

daripada kumpulan faktor tersebut seperti prosedural, konditional pengetahuan, deklarasi dan penilaian.

Jika dikaji secara terperinci didapati faktor membuat aturan kognitif berada di bawah kontinuum

berbanding dengan faktor pengetahuan kognitif. Apabila subskala diperhatikan, didapati bahawa subskala

pembetulan strategi merupakan faktor yang berada di tahap metakognitif yang paling rendah, dan ia

diikuti oleh subskala perancangan, strategi pengurusan maklumat. Bagi subskala strategi pengurusan

maklumat, pengawasan dan penilaian, ia bertaburan di bahagian pertengahan tahap metakognitif yang

lebih tinggi. Pada tahap kesedaran metakognitif yang tertinggi pula, taburan subskala terdiri daripada

pengetahuan konditional, pengetahuan prosedural dan pengetahuan deklaratif, ianya disusun mengikut

tertib secara menaik. Walaupun terdapat item-item dalam komponen faktor aturan kognitif seperti

pembetulan strategi, ianya didapati terselit di bawah faktor utama pengetahuan kognitif, begitu juga item-

item dalam komponen faktor pengetahuan kognitif seperti deklaratif adalah terselit di bawah faktor utama

aturan kognitif. Namun boleh dikatakan bahawa faktor pengetahuan mempunyai konstruk yang dicampur-

adukkan dengan strategi metakognitif yang senang dan sukar digunakan. Berdasarkan kepada hasil kajian

ini, konstruk dalaman MAI yang disenaraikan dalam Jadual 1 mungkin boleh ditafsirkan jika melihatnya

daripada perspektif yang berlainan berbanding dengan komponen faktor yang dicadangkan oleh Schraw &

Dennison (1994). Ia dijangkakan masih dapat berfungsi untuk dijadikan alat untuk mengukur kesedaran

metakognitif pelajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Jadual 2: Hierarki Item-item Berbanding Dengan Subskala Dalam Faktor Yang Dicadangkan Oleh

Schraws & Dennison (1994).

Subskala Item-item dalam Komponen MAI

Pengetahuan

Deklaratif

Saya mahir dalam mengorganisasikan maklumat.

Pengetahuan

Deklaratif

Saya memang bagus dalam mengingati maklumat.

Penilaian

Saya membuat ringkasan tentang apa yang telah dipelajari selepas saya

menghabiskannya.

Pengetahuan

Prosedural

Saya mendapati diri saya menggunakan strategi yang dapat membantu

pembelajaran secara automatik

Pengetahuan

Deklaratif

Saya mempunyai kawalan terhadap sejauh manakah kemajuan pembelajaran

saya

Perancangan Saya mempersoalkan diri tentang sesuatu bahan sebelum saya bermula.

Pemantauan

Saya mendapati diri saya menganalisa kelebihan strategi yang digunakan

semasa saya belajar

Strategi Pengurusan

Maklumat

Saya menfokus kepada maksud keseluruhan daripada spesifik.

Pemantauan

Saya mendapati diri saya selalu berhenti seketika untuk meneliti kefahaman

saya

Penilaian

Saya menanya diri saya samada saya telah mempertimbangkan kesemua option

selepas saya menyelesaikan sesuatu masalah.

Pengetahuan Saya merupakan penilai yang bagus tentang tahap kefahaman saya terhadap

Page 7: Penentuan Kesahan Dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Metakognitif Dengan Analisis Model Rasch

C S S R 0 8’ 0 9 14- 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 1442616

Deklaratif sesuatu benda

Strategi Pengurusan

Maklumat

Saya melukis gambar atau diagram untuk membantu saya memahami sesuatu

semasa belajar.

Strategi Pengurusan

Maklumat

Saya cuba membahagikan pembelajaran kepada bahagian yang lebih kecil

Strategi Pengurusan

Maklumat

Saya mewujudkan contoh saya sendiri untuk membuat maklumat lebih

bermakna.

Perancangan

Saya memperuntukkan masa pembelajaran saya supaya saya mempunyai masa

yang mencukupi.

Pengetahuan

Konditional

Saya mengetahui bilakah setiap strategi yang saya gunakan memberi kesan

yang efektif

Perancangan Saya mengaturkan masa saya untuk mencapai matlamat saya.

Pengetahuan

Konditional

Saya menggunakan kekuatan intelektual saya untuk memperbaiki kelemahan

saya

Penilaian

Saya menanya diri jika saya telah belajar sebanyak mana yang saya boleh

sebaik sahaja saya menghabiskan sesuatu tugas.

Strategi Pengurusan

Maklumat

Saya menfokus kepada makna dan maklumat yang baru

Strategi Pengurusan

Maklumat

Saya mengorganisasikan struktur teks untuk membantu pembelajaran saya

Pengetahuan

Deklaratif

Saya mengetahui ekspektasi guru tentang apa yang perlu dipelajari.

Pengetahuan

Prosedural

Saya sedar strategi yang saya gunakan semasa saya belajar.

Pengetahuan

Prosedural

Saya mempunyai satu tujuan yang spesifik bagi setiap strategi yang saya

gunakan.

Strategi Pengurusan

Maklumat

Saya memperlahan diri semasa saya menemui maklumat penting

Pengetahuan

Deklaratif

Saya mengetahui apakah jenis maklumat yang paling penting untuk dipelajari

Penilaian

Saya menanya diri saya sejauh mana saya telah mencapai matlamat saya sebaik

sahaja saya menghabiskannya.

Perancangan

Saya memikirkan tentang apa yang perlu dipelajari sebelum saya memulakan

sesuatu tugas.

Pemantauan

Saya menanya diri saya samada saya telah mempertimbangkan kesemua

kaedah semasa menyelesaikan sesuatu masalah.

Pemantauan

Saya menanya diri saya dari semasa ke semasa samada saya telah mencapai

matlamat saya.

Perancangan Saya menetapkan matlamat khusus sebelum saya memulakan sesuatu tugas.

Pengetahuan

Konditional

Saya menggunakan strategi pembelajaran yang berbeza bergantung kepada

situasi.

Pemantauan

Saya dari semasa ke semasa mengimbas kembali untuk membantu saya

mengesan perhubungan yang penting

Pemantauan

Saya menanya diri saya persoalan tentang sejauh manakan kemajuan saya

semasa saya belajar sesuatu yang baru.

Penilaian

Saya menanya diri sendiri samada terdapat kaedah yang lebih senang untuk

menyelesaikannya selepas saya menghabiskan sesuatu tugas.

Strategi Pengurusan

Maklumat

Saya menanya diri saya tentang apa yang saya pelajari mempunyai kaitan

dengan apa yang saya sudah ketahui

Page 8: Penentuan Kesahan Dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Metakognitif Dengan Analisis Model Rasch

C S S R 0 8’ 0 9 14- 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 1442616

Penilaian

Saya mengetahui sejauh manakah kerja yang saya lakukan sebaik sahaja saya

menghabiskan sesuatu tugas.

Strategi Mengesan

Kesilapan

Saya menilai semula andaian saya apabila saya menjadi keliru.

Strategi Pengurusan

Maklumat

Saya sedar bahawa fokus tumpuan saya adalah pada maklumat yang penting.

Strategi Mengesan

Kesilapan

Saya menukar strategi apabila saya gagal memahami sesuatu.

Strategi Pengurusan

Maklumat

Saya cuba mentafsirkan maklumat baru ke dalam perkataan sendiri.

Strategi Mengesan

Kesilapan

Saya berhenti dan balik semula kepada maklumat baru yang tidak jelas.

Pengetahuan

Konditional

Saya boleh memotivasikan diri saya sendiri untuk belajar semasa saya

memerlukannya.

Perancangan

Saya memikirkan beberapa kaedah untuk menyelesaikan masalah dan memilih

cara yang terbaik.

Pengetahuan

Deklaratif

Saya memahami kekuatan dan kelemahan intelektual diri.

Pemantauan

Saya mempertimbangkan beberapa alternatif bagi sesuatu masalah sebelum

saya menjawabnya.

Pengetahuan

Prosedural

Saya cuba menggunakan strategi dulu yang berkesan

Perancangan Saya berhati-hati membaca arahan sebelum saya memulakan sesuatu tugas.

Strategi Mengesan

Kesilapan

Saya berhenti dan membaca semula apabila saya menjadi keliru.

Pengetahuan

Konditional

Saya belajar dengan baik sekali apabila saya mengetahui tentang sesuatu topik.

Strategi Mengesan

Kesilapan

Saya meminta bantuan orang lain semasa saya tidak memahami sesuatu

perkara.

Pengetahuan

Deklaratif

Saya belajar dengan banyak semasa saya meminati sesuatu topik

5. KESIMPULAN

Kajian ini merupakan satu kajian rintis untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur

MAI berdasarkan analisis Model Rasch. Hasil dapatan kajian mencatatkan indeks kebolehpercayaan item

dan indeks kebolehpercayaan individu yang tinggi maka ini membuktikan alat ukur MAI adalah

bolehpercaya. Kesahan konstruk dapat diperolehi dalam kajian ini kerana item-item dalam MAI dapat

disusun secara hierarki mengikut aras kesukaran item berdasarkan kepada kadar respons persetujuan

pelajar. Dari segi kesahan kandungan pula, didapati terdapat sedikit kelainan dari segi konstruk dalaman

seperti yang dicadangkan oleh Schraw & Dennison (1994). Yakni, alat ukur MAI adalah sesuai dan boleh

digunakan dalam konteks di negara ini tetapi ia perlu digunakan secara berhati-hati.

RUJUKAN

Brown, A.L. (1980). Metacognitive development and reading. Dalam Spiro, B.B. Bruce, & W.F. Brewer

(Eds.), Theoretical issues in reading comprehension. Hillsdale, N.J.: Lawrence Erlbaum Associates.

Flavell, J.L.(1979). Metacognition and cognitive monitoring: A new area of cognitive-development

inquiry. American Psychologist, 34, 906-911.

Page 9: Penentuan Kesahan Dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Metakognitif Dengan Analisis Model Rasch

C S S R 0 8’ 0 9 14- 15 March 2009 C O N F E R E N C E O N S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Paper number: 1442616

O’Neil, H.F.,Jr.(1991). Metacognition: Teaching and Measurement. Kertas pembentangan di Annual

Convention of the American Psychological Association, San Francisco.

Schraw, G. & Dennison, R.S. (1994). Assessing metacognitive awareness. Contemporary Educational

Psychology, 19, 460-475.