pendudukan jepun di tanah melayu. hsm 313

Upload: sue-suriati

Post on 04-Jun-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu. Hsm 313

    1/13

  • 8/13/2019 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu. Hsm 313

    2/13

    2

    1.0 PENGENALANPendudukan Jepun di Tanah Melayu telah bermula sejak daripada 15 Februari

    1942 sehingga 12 September 19451. Walaupun, tempoh masa pendudukan Jepun ini

    dilihat sebagai satu tempoh yang singkat namun, tempoh itulah sebenarnya yang

    membawa penderitaan yang amat besar kepada penduduk di Tanah Melayu. Padahal,

    sewaktu awal kedatangan Jepun di Tanah Melayu, penduduk tempatan menganggap

    bahawa Jepun akan membawa satu pentadbiran yang lebih baik kepada penduduk

    tempatan dibandingkan dengan pentadbiran British sebelum ini, dan kehidupan penduduk

    tempatan menjadi semakin sulit sehingga menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat

    di Tanah Melayu untuk membebaskan diri daripada belenggu Jepun.

    Penaklukan Jepun di Tanah Melayu bermula dengan proses penaklukan yang

    dimulai dengan serangan Jepun ke atas Tanah Melayu melalui tiga penjuru di utara

    melalui Jitra, Jalan Keroh Grik dan melalui Pantai Timur pada 8 Disember 1941

    sebelum Jepun benarbenar dapat menakluki Tanah Melayu 15 Februari 19422. Tempoh

    yang diambil Jepun untuk menguasai Tanah Melayu hanyalah 55 hari sahaja.

    Sebagaimana penjajah lain, pentadbiran Jepun ini turut bertujuan untuk menguasai

    sumber semula jadi yang wujud dengan meletakkan pengaruh dan kawalan ke atas

    penduduk tempatan. Bagaimanapun, kawalan dan pengaruh tersebut telah menimbulkan

    pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu ini

    1Kratoska, Paul H, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1942-1945:Kumpulan Esei Sejarah Malaysia oleh

    Pelajar Pelajar U.S.M,Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia,1989,hlm.5.2Mohd Radzi Abd Hamid, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa

    dan Pustaka, 2009,hlm.134.

  • 8/13/2019 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu. Hsm 313

    3/13

    3

    kemudiannya telah menimbulkan kesan kepada penduduk di Tanah Melayu sama ada

    daripada aspek sosial, ekonomi dan politik.

    Berdasarkan dokumen yang telah saya peroleh melalui arkib arkib yang telah

    saya kunjungi kita dapat melihat dengan jelas reaksi masyarakat tempatan terhadap

    pemerintahan Jepun, cara pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dan kesan kerugian yang

    terpaksa ditanggung sepanjang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

    2.0 REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PEMERINTAHAN JEPUN.Berdasarkan dokumen yang telah saya peroleh di arkib iaitu risalah lama, ( rujuk

    lampiran 1 ) dapat kita lihat secara umum reaksi masyarakat yang wujud pada ketika itu,

    telah dinyatakan dalam risalah tersebut bahawa terdapat sekelompok masyarakat ingin

    menghapuskan Jepun daripada Malaya dan kelompok masyarakat ini ingin memulihkan

    kesenangan negeri seperti sebelum kedatangan Jepun. Risalah tersebut turut menyarankan

    penduduk kampung supaya menjauhkan diri daripada tempat tempat bahaya dan

    seandainya adalah sukar bagi penduduk untuk menjauhkan diri daripada tempat tempat

    bahaya, telah dinasihatkan kepada mereka untuk berlindung di kawasan longkang atau

    parit atau hanya merebahkan diri ke atas bumi sekiranya langsung tiada perlindungan lain

    yang sempat untuk diambil.

    Merujuk kepada fakta sejarah yang lainnya, masyarakat tempatan telah

    menunjukkan pelbagai reaksi yang berbeza terhadap pendudukan Jepun di Tanah Melayu

    sama ada sewaktu awal kedatangan Jepun, sewaktu zaman kekejaman Jepun atau sewaktu

    zaman Jepun di ambang kekalahan3. Sewaktu pada awal kedatangan Jepun, sebahagian

    3Muhammad Isa Othman,Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945:( Tumpuan di Negeri Kedah ),

    Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992,hlm.129.

  • 8/13/2019 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu. Hsm 313

    4/13

    4

    besar daripada penduduk tidak menentang kedatangan Jepun kerana telah terpengaruh

    dengan slogan yang telah digunakan oleh Jepun iaitu Asia untuk orang Asia dan

    rancangan Kawasan Kesemakmuran bersama Asia Timur Raya, tambahan pula orang

    Melayu pada ketika itu diberikan layanan yang baik.

    Namun, hal sebaliknya berlaku apabila Jepun telah berjaya menguasai Tanah

    Melayu, orang Melayu mula memberikan penentangan terhadap pemerintahan Jepun. Hal

    ini adalah disebabkan oleh Jepun memerintah secara ketenteraan dan dasar dasar yang

    diperkenalkan Jepun kemudiannya dianggap sebagai menyusahkan rakyat. Slogan Jepun

    yang pada mulanya digunakan hanyalah muslihat untuk meraih sokongan daripada

    penduduk tempatan awalnya4. Kemerdekaan yang dijanjikan sebelum ini tidak diberikan

    sebaliknya status Tanah Melayu sebelum ini telah bertukar menjadi Tanah Jajahan.

    Manakala, NegeriNegeri Melayu Utara telah diserahkan kepada Siam sebagai ganjaran

    kerjasama daripada Siam sebelum ini. Tentera Jepun sudah mulai kejam terhadap sesiapa

    yang dianggapnya sebagai pesalah. Bukan itu sahaja golongan Jepun ini juga tidak

    mengiktiraf dan menghormati kedudukan rajaraja Melayu.

    Reaksi daripada kaum Cina juga pula, bersifat agresif kerana telah berusaha

    menentang segala tindakan yang dilakukan oleh Jepun, kerana Jepun sangat kerap

    melakukan kekejaman terhadap orang Cina yang dianggap selalu memberikan bantuan

    kepada tentera China sewaktu peperangan antara Jepun dan China berlaku suatu ketika

    dahulu. Manakala, reaksi yang positif diberikan oleh kaum India terhadap pemerintahan

    4Barbara, Watson Andaya & Leonard Y. Andaya,Sejarah Malaysia,Petaling Jaya, Macmillan Press,

    1989,hlm.53.

  • 8/13/2019 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu. Hsm 313

    5/13

  • 8/13/2019 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu. Hsm 313

    6/13

    6

    setiap dasar yang diperkenalkan oleh Jepun semuanya mempunyai muslihat tertentu di

    samping penduduk langsung tidak mempunyai hak untuk bersuara. Bagaimanapun,

    kekejaman yang dilakukan tentera Jepun terhadap rakyat tempatan ini paling jelas dilihat

    terhadap kaum Cina berbanding India dan Melayu kerana kebencian melampau Jepun

    terhadap bangsa Cina yang dianggap telah membantu kerajaan China sewaktu

    peperangan Jepun dan China dahulu.

    Hal yang sebaliknya berlaku, apabila Jepun mulai sedar bahawa Jepun

    berkemungkinan besar akan kalah pada Perang dunia kedua. Jepun mula melaksanakan

    dasardasar yang mendatangkan kebaikan kepada semua rakyat di Tanah Melayu bagi

    meraih semula sokongan penduduk tempatan bagi menghalang kemasukan British ke

    Tanah Melayu semula7. Dasar pemerintahan Jepun yang pelbagai ini dapat dilihat

    daripada ketigatiga aspek utama iaitu aspek politik, ekonomi dan sosial.

    Jika dilihat daripada aspek politik, kedudukan raja tidak lagi menjadi

    pemerintah di setiap negeri dan Tanah Melayu pula hanya dianggap sebagai tanah

    Jajahan Jepun. Seterusnya, Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan kemudiannya setelah

    Jepun hampir kalah dalam peperangan. Selain itu, daripada aspek ekonomi pula Jepun

    telah melaksanakan catuan makanan dan ekonomi sara diri turut digalakkan bagi

    pengeluaran untuk makanan harian. Hal ini sangat lah membebankan rakyat di Tanah

    Melayu tambahan pula semua ekonomi di Tanah Melayu pada ketika itu telah

    dieksploitasi untuk aktiviti perindustrian dan pembiayaan peperangan.

    Bukan itu sahaja dasar yang diamalkan Jepun daripada aspek sosial turut harus

    ditumpukan kerana turut menyumbang kepada pembentukan reaksi masyarakat pada

    ketika itu, dasar penutupan sekolah Inggeris dan Cina telah diamalkan bagi mengekang

    7Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu,Kuala Lumpur, Pustaka Antara, 1981,hlm.87.

  • 8/13/2019 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu. Hsm 313

    7/13

    7

    pengaruh Cina dan Inggeris dan taat setia rakyat Tanah Melayu difokuskan hanya

    kepada Maharaja Jepun dan bahasa Jepun kemudiannya dijadikan bahasa penghantar di

    sekolahsekolah. Bagaimanapun, dasar yang telah dilaksanakan Jepun itu masih gagal

    untuk mengekang penentangan masyarakat tempatan itu sendiri terhadap Jepun.

    Tambahan pula, layanan yang diberikan Jepun kepada ketiga tiga kaum juga

    adalah berbeza dan kaum Cina mendapat layanan yang paling kasar daripada Jepun dan

    seterusnya membawa kepada penentangan yang keras daripada golongan ini.

    Berdasarkan dasar dasar pentadbiran yang telah dijalankan Jepun ini maka, tidak

    hairanlah kiranya masyarakat tempatan kemudiannya bersatu padu untuk menghapuskan

    Jepun daripada Tanah Melayu.

    4.0 KERUGIAN YANG TELAH DIALAMI PENDUDUK DI TANAH MELAYUKETIKA PENDUDUKAN JEPUN

    Berdasarkan dokumen kedua yang telah diperoleh di arkib cawangan Pulau

    Pinang ( rujuk lampiran kedua ), telah dinyatakan beberapa kerugian yang terpaksa

    ditanggung oleh penduduk di Tanah Melayu disebabkan oleh pendudukan Jepun antara

    tahun 1942 1945 dan merujuk kepada dokumen yang diperoleh, terdapat beberapa

    maklumat tentang proses proses yang berlaku sebelum rekod mengenai kerugian

    tersebut dilaporkan.

    Laporan pertama menyatakan bahawa pihak Jepun telah banyak menggunakan

    kawasan tanah untuk tujuan ketenteraan tetapi apa yang menimbulkan permasalahan di

    sini ialah prosedur pembayaran pampasan bagi tanah yang digunakan hanyalah

    melibatkan tanaman sahaja. Dinyatakan bahawa kira kira 31 ekar tanah di kampung

  • 8/13/2019 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu. Hsm 313

    8/13

    8

    Perlis kawasan tanah rizab tanaman pokok api- api telah digunakan untuk penanaman

    padi. Selain itu, turut dianggarkan bahawa enam peratus daripada kawasan penanaman

    getah telah digunakan untuk dibuat kayu api dan sebagai kawasan penanaman padi.

    Seterusnya turut dinyatakan bahawa syarikat Jepun telah memulakan projek arang

    batu di Pulau Betong dan projek tersebut telah melibatkan penggunaan mesin operasi

    sebanyak 14 buah namun kilang tersebut kemudiannya telah ditutup tiga bulan sebelum

    pengunduran Jepun dari Tanah Melayu. Sebelum pengunduran tersebut berlaku syarikat

    Jepun di bawah milik Kobe Kairiku telah membuat beberapa percubaan pembuatan

    garam namun percubaan tersebut telah mengalami kegagalan. Anggaran penggunaan

    tanah oleh pihak Jepun yang telah dibuat ini kemudiannya telah menimbulkan beberapa

    cadangan supaya pihak kerajaan yang ada pada ketika itu melakukan tinjauan dengan

    lebih terperinci untuk mengenal pasti dengan tepat berapa kawasan dan ekar tanah yang

    telah digunakan oleh pihak Jepun bagi mengenal pasti kerugian yang telah berlaku

    sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

    Laporan sebelum ini yang menyarankan tinjauan untuk dilakukan telah mendapat

    kelulusan dan galakan bagi menyelesaikan masalah berkaitan penggunaan tanah oleh

    pihak Jepun yang melibatkan kawasan penanaman periuk api, aktiviti ketenteraan dan

    sebarang aktiviti penggunaan tanah yang melibatkan pihak Jepun. Sebarang penggunaan

    tanah ini kemudiannya harus dilaporkan terus kepada orang atasan di kawasan tersebut

    sebelum kemudiannya menjadi kewajipan bagi orang atasan yang telah ditetapkan di situ

    untuk melawat ke kawasan tanah yang telah dilaporkan itu bagi membincangkan dan

    menyelesaikan segala permasalahan yang wujud dan data yang diperoleh ini tidak perlu

  • 8/13/2019 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu. Hsm 313

    9/13

    9

    lagi diragui oleh pegawai tanah yang akan merekodkan data tersebut ke dalam sistem

    untuk kegunaan pada masa hadapan.

    Segala data berkenaan penggunaan tanah oleh pihak Jepun yang telah

    memberikan kerugian kemudiannya, telah dicatatkan secara terperinci dalam laporan

    termasuklah kerosakan kawasan tanaman secara terus, iaitu melibatkan kerugian tanaman

    yang telah ditumbangkan secara sengaja dengan merujuk kepada anggaran tanaman yang

    ditumbangkan dan nilai pokok tanaman yang ditumbangkan mengikut nilai setiap batang

    pokok. Seterusnya, kerugian kawasan tanaman yang disebabkan oleh kurang penjagaan

    yang baik bagi kawasan tersebut turut direkodkan. Jika dilihat secara keseluruhan data

    yang telah diberikan, nyata kerugian yang telah berlaku sewaktu pendudukan Jepun di

    Tanah Melayu bukanlah dalam jumlah nilai yang kecil sebaliknya melibatkan nilai yang

    besar.

    Merujuk kepada dokumen lampiran dua yang telah dilampirkan itu hanya

    sebahagian kecil kerugian yang telah dilakukan oleh pihak Jepun sebaliknya jika kita

    melihat kepada semua fakta yang telah dikemukakan, dan merujuk kepada bukan hanya

    kerugian kawasan tanaman di sesebuah kawasan kita pasti akan menemukan fakta

    bahawa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan kerugian besar kepada

    Tanah Melayu daripada segi kehilangan nyawa termasuk sewaktu pembinaan landasan

    kereta api8

    dan wang yang terpaksa dihabiskan hanya kerana perlu menyelesaikan

    penentangan daripada pihak anti Jepun yang kemudiannya muncul selepas Jepun keluar

    daripada Tanah Melayu dan bagi menyelesaikan masalah ekonomi yang teruk berlaku di

    Tanah Melayu.

    8Lotfi Ismail,Sejarah Malaysia 1400 1963,Kuala Lumpur, Utusan Publications, 1983,hlm.23.

  • 8/13/2019 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu. Hsm 313

    10/13

    10

    5.0 KESIMPULANSebagai kesimpulannya, pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942-

    1945 banyak menimbulkan reaksi yang negatif dalam kalangan rakyat tempatan

    disebabkan oleh dasar dasar pelbagai yang telah dilaksanakan oleh Jepun hanya

    menguntungkan pihak mereka sahaja tanpa memikirkan kesannya pada rakyat tempatan

    dan tanpa memikirkan soal kebajikan rakyat secara berterusan sebaliknya setiap tindakan

    yang dibuat oleh pihak Jepun sentiasa mempunyai muslihat untuk kepentingannya

    sendiri. Walaupun, dikatakan kedatangan Jepun ini telah menimbulkan semangat

    nasionalisme yang tinggi dalam kalangan rakyat tempatan namun melihat kepada data

    dokumen yang telah dijalankan jelas pentadbiran yang dijalankan oleh pihak Jepun ini

    mendatangkan kerugian yang besar kepada ekonomi Tanah Melayu dan menimbulkan

    reaksi negatif dalam kalangan rakyat sehingga mereka bertekad untuk menghapuskan

    Jepun dari Tanah Melayu.

  • 8/13/2019 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu. Hsm 313

    11/13

    11

    LAMPIRAN

  • 8/13/2019 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu. Hsm 313

    12/13

    12

    BIBLIOGRAFI

    BUKUBUKU

    Barbara, Watson Andaya & Leonard Y. Andaya.Sejarah Malaysia.Petaling Jaya.Macmillan Press. 1989.

    Ibrahim Mahmood. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu.Kuala Lumpur . Pustaka

    Antara. 1981.

    Kratoska, Paul H. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1942-1945:Kumpulan Esei

    Sejarah Malaysia oleh Pelajar Pelajar U.S.M. Pulau Pinang. Universiti Sains

    Malaysia.1989.

    Lotfi Ismail.Sejarah Malaysia 14001963.Kuala Lumpur. Utusan Publications. 1983.

    Mohd Radzi Abd Hamid.Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo.Kuala

    Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2009.

    Muhammad Isa Othman.Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945:( Tumpuan di

    Negeri Kedah ).Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992.

  • 8/13/2019 Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu. Hsm 313

    13/13

    13