pendudukan british di tanah melayu

Upload: kseven-hv

Post on 14-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Pendudukan British Di Tanah Melayu

    1/10

    PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH

    MELAYU

    PENGENALAN

    Era kolonial yang berlaku di Tanah Melayu meninggalkan pelbagai kesan yang

    mendalam dari segi ekonomi, politik dan sosial masyarakat pribumi. Menurut Cheah Boon

    Kheng, kolonialisme bermaksud satu keadaan buruk bagi jajahan atau eksploitasi jajahan

    oleh negara imperialis.[1]Secara rasminya kedatangan British di Tanah Melayu bermula

    sejak tahun 1786 setelah Francis Light menduduki Pulau Pinang dan perluasan wilayah

    sehingga ke Seberang Perai berlaku dengan termeterainya perjanjian pada tahun

    1800.[2]Perlu kita ketahui kedatangan utama pihak British ke Tanah Melayu mempunyai

    tujuan yang amat jelas iaitu kekayaan dan kekuasaan, berbeza dengan ekspedisi Sepanyol

    ke Filipina yang banyak menumpukan kepada aspek keagamaan. Oleh sebab itulah pihak

    British tidak campur tangan dalam urusan agama dan adat tempatan di Tanah Melayu yang

    diserahkan kepada tanggungjawab Raja. Untuk merealisasikan hasrat untuk mencari hasil

    kekayaan, mereka telah memperkenalkan pertanian ekspot dan memonopoli sektor

    perlombongan untuk mendapatkan bekalan serta keuntungan hasil dagangan.[3]

    Penduduk di Malaysia mengamalkan pertanian tradisional yakni untuk keperluan

    keluarga sahaja dan lebihan hasil akan ditukarkan dengan barangan lain (sistem barter).Namun selepas kedatangan British, mereka memperkenalkan penanaman getah dan

    memperluaskan pelaburan dalam sektor penanaman lain seperti lada hitam, gambir, buah

    pala, tebu dan sebagainya. Memang benar orang-orang Cina merupakan perintis kepada

    tanaman berikut tetapi aspek modal yang besar dan teknologi itensif daripada pihak

    Eropah menyebabkan orang-orang Cina tidak mampu bersaing.[4]Oleh sebab itu pemodal

    daripada Eropah ini boleh dikatakan mengeksploitasi sumber alam secara maksimum

    berdasarkan kelebihan-kelebihan yang mereka miliki. Dalam aspek perlombongan bijih

    timah pula, ia bukanlah perkara baru di Tanah Melayu. Menurut catatan rekod pedagang

    Belanda sebelum abad ke-17, di Melaka telah wujud perdagangan bijih timah dengan China,

    India dan Jawa dan dianggarkan pengeluaran hasil hampir 2 ribu tan.[5]Sebelum

    kedatangan Inggeris, konsesi perusahaan lombong diberikan kepada orang Cina namun

    selepas orang-orang Inggeris mula menceburi sektor perlombongan, persaingan dari segi

    http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn1http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn1http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn1http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn2http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn2http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn2http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn3http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn3http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn3http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn4http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn4http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn4http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn5http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn5http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn5http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn5http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn4http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn3http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn2http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn1
  • 7/30/2019 Pendudukan British Di Tanah Melayu

    2/10

    teknologi dan modal menyebabkan orang-orang Cina ketinggalan jauh dan akhirnya pihak

    Inggeris yang memonopolinya.[6]

    Walaubagaimanapun, kedatangan pihak Inggeris memang benar hanya sekadar

    mengaut keuntungan di Malaysia dan manfaat yang seharusnya diperolehi kaum pribumidinafikan misalnya keuntungan pertanian, penguasaan tanah, hasil perlombongan,

    kemudahan pendidikan dan infrastruktur perbandaran. Inilah manfaat yang sepatutnya

    dinikmati penduduk pribumi tetai dinafikan oleh pihak pentabir kolonial.

    HASIL PERLOMBONGAN

    Perusahaan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada pertengahan kurun ke-

    19 dijalankan oleh pelombong-pelombong dari China namun selepas berlakunya Revolusi

    Perindustrian di Eropah, permintaan bijih timah semakin meningkat dalam industri

    pengetinan, kenderaan, wayar, keretapi dan sebagainya. Faktor inilah yang mendorong

    pihak Inggeris campur tangan dalam perusahaan perlombongan bijih timah yang

    mendatangkan hasil yang lumayan. Pemodal daripada Eropah mula melabur di Tanah

    Melayu secara besar-besaran seawal dekad pertama abad ke-20 misalnya Straits Trading

    Company, Syarikat Messrs, Osborne dan Chapel di Tnjung Rambutan dan Syarikat Malayan

    Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Kesemua syarikat ini memperkenalkan teknologi

    perlombongan moden misalnya pam kelikir, monitor dan kapal korek seperti yang

    digunakan di New Zealand dan Australia.[7]

    Dari segi pengeluaran, usaha-usaha pentadbiran Inggeris yang menyediakan

    suasana yang menyenangkan dan perkhidmatan yang baik menyebabkan hasil

    perlombongan sangat menakjubkan. Dalam tahun 1874, dari 36 000 ribu tan pengeluaran

    bijih timah dunia, sumbangan Tanah Melayu hanya dianggarkan sebanyak 4 200 tan sahaja.

    Manakala dalam tahun 1895, Tanah Melayu menyumbangkan 45 529 tan bijih timah yakni

    melebihi 50 peratus daripada jumlah pengeluaran bijih timah dunia sebanyak 90 207

    tan.[8]Pertambahan jumlah pengeluaran ini menguntungkan kerajaan penjajah dari segi

    pendapatan cukai ekspot, di Selangor dan Perak misalnya berjumlah $389 381 dari jumlah

    http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn6http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn6http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn6http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn7http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn7http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn7http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn8http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn8http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn8http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn8http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn7http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn6
  • 7/30/2019 Pendudukan British Di Tanah Melayu

    3/10

    hasil $536 759.[9]Berdasarkan Laporan Jabatan Perlombongan Negeri-negeri Melayu

    Bersekutu pada tahun 1901, didapati bahawa jumlah logam timah yang dieksport adalah

    sebanyak 364 000 tan dan jumlah eksport timah yang masih dalam bentuk biji galian

    adalah sebanyak 412 000 tan dengan jumlah eksport keseluruhannya sebanyak 785,000tan. Dengan jumlah ini, Syarikat Trading Company berjaya mengatasi eksport pelebur-

    pelebur Cina tempatan yang menjadi pesaing British pada masa itu. Tambahan pula,

    syarikat British inimemperoleh pendapatan melalui aliran masuk wang ke dalam

    NMB hasil daripada pembayaran import bijih timah daripada pasaran

    utama Tanah Melayu iaitu Amerika Syarikat.[10] Misalnya, sejak akhir abad ke-19, Amerika

    Syarikat menjadi pengguna terbesar bijih timah di Semenanjung Malaysia dan sehingga

    tahun 1925, Amerika Syarikat telah menggunakan 76 000 yakni 50.6 peratus daripada 150 000 tan

    yang digunakan pada tahun itu.[11]

    Peningkatan permintaan bijih timah menyebabkan kerajaan British membawa

    masuk ramai pelombong-pelombong dari China kerana kepakaran, kerajinan dan kos

    bayaran yang rendah. Tidak cukup dengan keuntungan dari cukai ekspot bijih timah,

    kerajaan penjajah ini juga mengenakan cukai ke atas aktiviti orang Cina misalnya cukai

    arak, perjudian, kegiatan pelacuran, kedai pajak, candu dan sebagainya. Bukan sahaja hasil

    keuntungan bijih timah dikaut pihak British malah kepada pekerja yang memberi mereka

    keuntungan juga yakni orang-orang Cina dibebankan dengan kepelbagaian cukai. Tidak

    ubah sikap penjajah British ini bagai manusia kerakusan wang yang sanggup berbuat apa

    sahaja demi mendapatkan keuntungan.

    Penguasaan pihak British di Borneo bermula selepas perjanjian tahun 1877 di

    antara kompeni Overbeck dan Bent dengan Sultan Abdul Mumin dengan Pangeran

    Temenggung. Pada tahun 1881, Sabah ditadbir oleh William Cowie iaitu pengarah urusan

    Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Menurut Thomas Stamford Raffles, Wakil Gabenor

    Jeneral Negeri-Negeri Melayu, pulau Borneo bukan sahaja salah sebuah negeri paling subur

    di dunia malah memiliki banyak emas dan berlian.[12]Di Sarawak pula, James Brooke

    mula mentadbir pada Februari 1841, setelah menerima gelaran Residen Sarawak oleh

    Raja Muda.[13]Sebenarnya sesetengah pendapat mengatakan Brooke bersifat pelindung

    kepada kaum pribumi Sarawak kerana tidak membenarkan pemodal-pemodal Eropah

    http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn9http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn9http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn9http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn10http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn11http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn11http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn12http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn12http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn12http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn13http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn13http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn13http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn12http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn11http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn10http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn9
  • 7/30/2019 Pendudukan British Di Tanah Melayu

    4/10

    masuk ke Sarawak adalah tidak benar. Buktinya perlombongan petroleum yang dijalankan

    di Miri seawal tahun 1910an, Syarikat Petroleum Anglo-Saxon dan Royal Ducth-Shell Group

    telah mendapat lesen untuk mengusahakan cari gali minyak di kawasan tersebut.[14]Pada

    tahun 1911, jumlah pengeluaran sebanyak 260 tan dan meningkat secara mendadaksebanyak 26 607 tan pada tahun 1913. Perlombongan emas pula dari tahun 1864 hingga

    1921 mencatatkan penghasilan hampir 1 juta aun, dengan nilai anggaran $26 juta.[15]

    Walaupun hasil bumi Sabah dan Sarawak kaya dengan arang batu, emas, antimoni,

    petroleum dan bauksit, kaum pribumi masih hidup dalam keadaan primitif. Segala

    keuntungan dieksploitasi oleh Syarikat Borneo Utara British dan Brooke dalam usaha

    mereka untuk mengaut segala keuntungan yang ada di bumi Malaysia.

    PENGUASAAN DAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG TANAH

    Kedatangan British ke Tanah Melayu menyaksikan tanah-tanah pertanian milik

    pribumi ini dikuasai dan dieksploitasi hasilnya. Menurut kajian seorang sarjana Jepun di

    Malaysia, lebih daripada 180 buah syarikat British di Tanah Melayu yang menguasai

    hampir 800 000 ekar pokok getah yakni hampir 59 peratus ladang getah yang terdapat di

    Tanah Melayu misalnya Rubber Esatate Agency of London (REAL), Sandylands Buttery &

    Co, Sime Darby Ltd, Guthrie & Co serta pelbagai lagi.[16]Selepas wujudnya proses

    pemvulkanan dan kemajuan-kemajuan dalam pemprosesan getah, pemodal-pemodal

    British berlumba-lumba melabur di Tanah Melayu. Ladang-ladan luas milik orang Eropah,

    kemudian 1/5 milik pemodal Cina dan orang Melayu hanya sedikit sahaja dan dianggarkan

    hanya 165 000 ekar milik orang Melayu.[17]

    Di Kelantan misalnya, Syarikat Pembangunan Duff melabur modal dalam

    perusahaan getah di Hulu Kelantan dan memiliki lebih daripada 2 ribu ekar tanah dengan

    cukai maksimum $0.25 sen seekar. Dengan adanya modal yang besar, tiga buah estet telah

    dibuka iaitu Estet Taku seluas 713 ekar, Estet Kenneth seluas 371 ekar dan Estet Kluat

    meliputi kawasan tebing sungai anggaran 189 ekar. Pada akhir tahun 1908, jumlah

    keseluruhan estet di Kelantan ialah 3 740 ekar, namun milik orang Melayu hanya 123 ekar

    yakni 3.5 peratus daripada keseluruhan.[18]

    Pada tahun 1913, British telah memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu

    bertujuan untuk melindungi tanah-tanah kaum pribumi ini daripada dimiliki oleh orang

    http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn14http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn14http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn14http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn15http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn15http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn15http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn16http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn16http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn16http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn17http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn17http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn17http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn18http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn18http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn18http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn18http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn17http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn16http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn15http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn14
  • 7/30/2019 Pendudukan British Di Tanah Melayu

    5/10

    lain, hanya Residen mempunyai kuasa untuk memberikan konsesi tanah perusahaan

    kepada mana-mana pemodal.[19]Dalam hal ini, di setiap kawasan Tanah Simpanan,

    kegiatan pertanian ekspot tidak dibenarkan.[20]Undang-undang ini diperkukuhkan lagi

    dengan pelaksanaan Enakmen Tanah Padi pada tahun 1917, iaitu larangan penanamangetah di kawasan-kawasan penananman padi. Secara teorinya memang British berusaha

    melindungi tanah-tanah orang Melayu daripada dipindah milik kepada orang-orang Cina,

    India mahupun kaum lain, namun secara praktikalnya ia bertujuan untuk mengekalkan

    keseimbangan ekonomi. Orang-orang Melayu perlu membekalkan makanan kepada

    pekerja-pekerja British di sektor perlombongan dan perladangan sekaligus mengukuhkan

    rantaian sistem pengeluaran yang lebih progresif.[21]Tidak cukup dengan sekatan

    tersebut, British memperkenalkan lagi Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada

    tahun 1934 dengan memberi kuoto kecil sahaja kepada orang-orang Melayu yang masih

    mahu menjalankan penanaman getah.[22]Namun hal yang sebaliknya berlaku kepada

    pemodal-pemodal Eropah, British memperkenalkan pelbagai skim pelaburan dan cukai

    yang rendah untuk menarik minat mereka melabur dalam pertanian ekspot bagi

    merancakkan kegiatan perusahaan perindustrian namun orang-orang Melayu dihalang

    untuk menceburkan diri dalam pertanian ekspot sekaligus merencatkan pertumbuhan

    ekonomi dan mencacatkan peredaran sosial mereka.

    Di Sarawak pula, beberapa akta diperkenalkan untuk melindungi tanah milik

    pribumi misalnya Land Order pada tahun 1931 dan Land Settlement Order pada tahun

    1933. Undang-undang ini melarang penduduk pribumi memajak atau menjual mana-mana

    tanah bertujuan untuk mengekalkan pemilikannya hak pribumi namun Rajah yakni

    Keluarga Brooke mempunyai kuasa mutlak menentukan status tanah tersebut bertujuan

    komersian ataupun tidak. Jika benar Keluarga Brooke mahu melindungi tanah-tanah milik

    pribumi, orang-orang Cina Foochow, Hakka dan Kantonis tidak akan diberi konsesi tanah

    dan modal permulaan untuk penanaman lada.[23]Diantara tahun 1935 hingga 1939,

    Sarawak merupakan pengeluar lada kedua terbesar di dunia dengan hitungan purata

    pengeluaran 2 700 tan setahun.[24]

    Tiga kawasan utama perusahaan lada di kawasan Kuching-Serian di Bahagian

    Pertama milik orang Hakka, dan di Bahagian Ketiga iaitu Sarikei-Binatang milik orang-

    http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn19http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn19http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn19http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn20http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn20http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn21http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn21http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn22http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn22http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn22http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn23http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn23http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn23http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn24http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn24http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn24http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn24http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn23http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn22http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn21http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn20http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn19
  • 7/30/2019 Pendudukan British Di Tanah Melayu

    6/10

    orang Foochow dan Kantonis. Penglibatan orang-orang Iban dan Dayak Darat hanya 26

    peratus daripada nilai keseluruhan sehingga tahun 1959.[25]Dalam hal perlombongan

    emas pula, hasil pengeluarannya seawal tahun 1840an lagi, namun semuanya dimiliki oleh

    orang-orang Cina misalnya di Bau-Bidi, Tai Ton dan Tai Parit. Menurut laporan akhir tahun1959, jumlah emas yang dihasilkan sebanyak 1 235 000 aun namun kaum pribumi

    hanyalah sekadar pekerja sahaja. Lombong-lombong ini milik Syarikat Borneo, Syarikat

    Perlombongan Emas Say Seng, Syarikat Perlombongan Kwei Fah, Ng Kui Hiung dan banyak

    lagi. Maka jelas pelaksanaan undang-undang ini hanya di atas kertas tetapi kebenaran

    berlaku disebaliknya kerana penduduk pribumi masih tertinggal jauh dalam arus

    pembangunan sosioekonomi semasa.

    Di Sabah pula, pengenalan kepada Proklamasi III Perlindungan Hak Pribumi pada

    tahun 1889 menyatakan bahawa hak milik tanah pribumi diletakkan di bawah kuasa

    Pegawai Daerah dan jual beli tanah dengan pelabur-pelabur Eropah perlu mendapat

    persetujuan Ketua Pribumi. Ini adalah perkara yang termaktub di dalam undang-undang

    namun selepas desakan daripada pemodal-pemodal Eropah, British mengambil alih

    pentadbiran Sabah daripada Syarikat British Utara Borneo (SBUB) pada 26 Jun 1946. Hal

    ini jelas menunjukkan undang-undang untuk melindungi hak pribumi hanya sekadar di

    atas kertas kerana hasil bumi Sabah terus-menerus dieksploitasi oleh pemodal Eropah

    maka akhirnya kaum pribumi ini masih mengamalkan sistem kehidupan tradisional

    mereka.

    DASAR PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN

    Pengenalan dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) yang diamalkan oleh British

    di Tanah Melayu benar-benar menyebabkan kaum pribumi terpisah jauh dari arus

    pembangunan ekonomi. Pada asalnya, tujuan British memperkenalkan dasar ini adalah

    untuk memudahkan pentadbiran mereka agar pertelingkahan kaum dapat dielakkan maka

    pengasingan dilakukan. Sekitar tahun 1920an misalnya menyaksikan bagaimana pola

    kependudukan terbentuk dan perpisahan fizikal nyata berlaku apabila wujudnya

    perbandaran. Orang-orang Cina tertumpu di Pulau Pinang, Telok Anson, Kelang, Muar,

    Ipoh, Kucing dan banyak lagi semuanya di kawasan-kawasan bandar manakala orang India

    http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn25http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn25http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn25http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn25
  • 7/30/2019 Pendudukan British Di Tanah Melayu

    7/10

    terus di ladang-ladang hanya segelintir kecil di kawasan bandar manakalan orang Melayu

    majoriti besarnya di kawasan luar bandar.

    Umum kita ketahui bagaimana prasarana di kawasan-kawasan bandar yang lebih

    baik misalnya pendidikan. Pada tahun 1872, A. M. Skinner iaitu Inspektor Sekolah-sekolahNegeri Selat telah mewujudkan sekolah Melayu sebanyak 16 buah dengan jumlah pelajar

    427 orang.[26]Konsep pengajarannya hanya berteraskan tiga aspek iaitu membaca,

    mengira dan menulis (3M). Matlamatnya bukan mahu melahirkan pelajar-pelajar Melayu

    yang cemerlang tetapi sekadar lebih baik dari ibu bapa mereka, sama juga halnya dengan

    penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada 2 Januari 1905 kepada golongan elit dari

    kalangan orang Melayu.[27]Tujuannya adalah untuk menginggeriskan mereka dan

    membolehkan pentadbiran berjalan lebih mudah misalnya Tunku Abdul Rahman sendiri

    kehidupannya bagai orang British, hanya Melayu di hadapan orang-orang Melayu. Di

    kawasan bandar pula, orang-orang Cina lebih banyak mendapat pendidikan yang baik

    misalnya dengan penubuhan Penang Free School, Chatolic Free School, Victoria Institution,

    St. Johns Institution dan banyak lagi. Sekolah-sekolah ini melahirkan pelajar yang

    cemerlang dari segi pendidikan dan pengajarannya, namun yuran yang mahal

    menyebabkan orang-orang Melayu tidak ramai mampu menuntut di sana.[28]

    Maka jelas pengenalan dasar oleh pihak kolonial ini menyebabkan kaum pribumi

    dinafikan haknya dari segi pembangunan ekonomi dan pelajaran. Orang-orang Cina di

    bandar lebih sofistikated dan berpelajaran, berbanding kehidupan orang-orang Melayu

    tertinggal jauh dalam segala aspek di Tanah Melayu.[29]

    KESIMPULAN

    Memang benar secara teorinya penduduk pribumi tidak ditindas dengan kejam

    seperti kerajaan Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia, tetapi secara pengamalan

    melalui dasar-dasar dan sikap yang diamalkan oleh kerajaan kolonial menyababkan hak-

    hak yang sepatutnya diperolehi kepada penduduk pribumi dinafikan misalnya dalam aspek

    kemajuan pertanian, penguasaan perlombongan dan aspek pendidikan. Maka jelaslah

    tujuan asal kedatangan British ke Tanah Melayu hanya untuk mengeksploitasi hasil bumi

    dan segala tindak tanduk mereka menjelaskan apa sahaja yang dilakukan supaya

    kedudukan ekonomi mereka di Malaysia terjejas.

    http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn26http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn26http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn26http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn27http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn27http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn27http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn28http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn28http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn28http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn29http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn29http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn29http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn29http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn28http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn27http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftn26
  • 7/30/2019 Pendudukan British Di Tanah Melayu

    8/10

    BIBLIOGRAFI

    Awang Had Salleh. 1979. Malay Secular Education and Teacher Training in BritishMalaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia, KualaLumpur : Mac Milan Publisher Sdn. Bhd.

    Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad. 1990. Kolonialisme di Malaysia dam diNegara-negara Lian. Petaling Jaya: Fajar Bakti.Chelliah, D.D. 1947.A Short History of The Educational Policy of the Straits Settlement,1800-1925, Kuala Lumpur: Government Press. 1947.

    Institut Tadbiran Awam Negara. 1982. Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.Irhim, Graham. 1965. Nineteenth Century Borneo. A Study in Diplomatic Rivalry.

    Sinagpore: Donald Mooore.Mahathir Mohamad. 1970. The Malay Dilemma. Kuala Lumpur: Times BooksInternational.

    Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia 1800-1963. Kuala Lumpur: UtusanPublication & Distributors Sdn. Bhd.

    Nik Hasslinda Nik Hussain. 2011. Pentadbiran Kolonial dan Isu Pemilikan Tanah diKelantan, 1881-1941. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

    Ramlah Adam. 1987. Dato Onn Jaafar: Peranan dalam Politik dan Pentadbiran diPersekutuan Tanah Melayu, 1895-1962, University of Michingan: Gateway PublicationHouse.

    Rupert Emerson. 1987. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule. terjemahan;Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Yip Yat Hoong. 1969. The Development of the Mining Industry of Malaya, KualaLumpur: University of Malaya Press.

  • 7/30/2019 Pendudukan British Di Tanah Melayu

    9/10

    [1] Cheah Boon Kheng, Imperialisme dan Kolonialisme: Beberapa pandangan dalam, Cheah BoonKheng dan Abu Talib Ahmad (peny.) Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain, (PetalingJaya: Fajar Bakti, 1990) m.s 15.

    [2] Julia De Bierre, Penang: Through Gilded Doors, (Areca Books: Pulau Pinang). ms. 13.[3] Ramlah Adam, Dato Onn Jaafar: Peranan dalam Politik dan Pentadbiran di Persekutuan TanahMelayu, 1895-1962, ( University of Michingan: Gateway Publication House, 1987 ) m.s 35.[4] Nicholas J. White, British Business in Post Colonial Malaysias 1957-1970, Neo-Colonialism orDisengagement, (terjemahan, London: Routledge Curzon, 2004) m.s 6.[5] Institut Tadbiran Awam Negara, Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasarPembangunan, (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1982) m.s 17.[6] Rupert Emerson, Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule, ( terjemahan; Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka) m.s 42.[7] Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, (Kuala Lumpur: Utusan Publication &Distributors Sdn. Bhd. 2002) m.s 193.[8] Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, (terjemahan, KualaLumpur : Mac Milan Publisher Sdn. Bhd. 1983) m.s 245.[9] Institut Tadbiran Awam Negara, Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasarPembangunan, (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1982) m.s 18.[10] Ibid. m.s 23.[11] Yip Yat Hoong, The Development of the Mining Industry of Malaya, (Kuala Lumpur: Universityof Malaya Press, 1969). m.s 113.[12] Raffles kepada Minto, 10 Jun 1811. Sophia Raffles, Memoir of the Life and Public Services ofSir Stamford Raffles. (Perpustakaan Pejabat India MSS Eur.E.) m.s 59.[13] Graham Irwin, Nineteenth Century Borneo A Study in Diplomatic Rivalry, (Singapore: DonaldMoore, 1986) m.s 96.[14] James C. Jackson, Sarawak: A Georaphical Survey of a Developing State, (terjemahan, KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976). m.s 171.[15] Ibid. m.s 165.

    [16] Nicholas J. White, British Business in PostColonial Malaysias 1957-1970, Neo-Colonialism orDisengagement, m.s 5.[17] Perangkaan yang dikeluarkan dari Buku Tahunan Tanah Melayu, 1935 (Singapura, 1935). Bagiperusahaan getah, lihat juga penerbitan yang dikeluarkan Jabatan Pertanian Negeri-negeri Selatdan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Nationality of Ownership and Nature of Constitution of RubberEstate in Malaya oleh D.H Grist( Kuala Lumpur, 1931).[18] Nik Hasslinda Nik Hussain, Pentadbiran Kolonial dan Isu Pemilikan Tanah di Kelantan, 1881-1941, (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2011) m.s 69.[19] Ramlah Adam, Dato Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan, ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka, 1992) m.s 215.[20] Rupert Emeson, Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule, m.s 61.[21] Ibid. m.s 64.

    [22] Ibid. m.s 47.[23] H. Longhurst, The Borneo Story, (London: Newman Neame, 1956) m.s 65.[24] G. Dalton, Pepper Growing in Upper Sarawak(Journal Muzium Sarawak, Jilid 1 Bilangan 2,1912) m.s 55.[25] Banci Pertanian Sarawak, 1960, Kucing, n.d. (minesgraph) m.s 23.[26]Awang Had Salleh, Malay Secular Education and Teacher Training in British Malaya ( KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979) m.s 3-4.[27] Ibid. m.s 10.

    http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref1http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref1http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref2http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref2http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref3http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref3http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref4http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref4http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref5http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref5http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref6http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref6http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref7http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref7http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref8http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref8http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref9http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref9http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref10http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref10http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref11http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref11http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref12http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref12http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref13http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref13http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref14http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref14http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref15http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref15http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref16http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref16http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref17http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref17http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref18http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref18http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref19http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref19http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref20http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref20http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref21http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref21http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref22http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref22http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref23http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref23http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref24http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref24http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref25http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref25http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref26http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref26http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref27http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref27http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref27http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref26http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref25http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref24http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref23http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref22http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref21http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref20http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref19http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref18http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref17http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref16http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref15http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref14http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref13http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref12http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref11http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref10http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref9http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref8http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref7http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref6http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref5http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref4http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref3http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref2http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref1
  • 7/30/2019 Pendudukan British Di Tanah Melayu

    10/10

    [28] D.D Chelliah,A Short History of The Educational Policy of the Straits Settlement, 1800-1925, (Kuala Lumpur: Government Press. 1947) m.s 42.[29] Mahathir Mohamad, The Malay Dilemma, ( Kuala Lumpur: Times Books Internatioanal, 1970)m.s 22.

    http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref28http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref28http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref29http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref29http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref29http://c/Users/ACER/Documents/HSM%20319/PRINT/PENGENALAN.docx%23_ftnref28