pendekatan ibu bapa

5
NOTA PRA 3112 NURUL DIYANA SULIMAN KEMAHIRAN IBU BAPA JENIS GAYA KEIBUBAPAAN Gaya Keibubapaan Ciri – Ciri Autoritatif (Berwibawa) Tegas dan boleh mengawal keadaan. Sedia mendengar pandangan anak. Boleh bertolak ansur jika perlu. Anak-anak membesar dalam suasana penuh kemesraan. Kanak-kanak dijangka untuk berkelakuan intelektual seiring umur dan sosial mereka. Neglecting/ Indifferent (Mengabaikan atau cuai) Tidak ambil peduli di mana anak mereka berada, apa aktiviti yang dilakukan, siapa kawan-kawannya, tidak tahu hal ehwal pelajarannya serta suasana persekitaran sosial anak mereka. Ibu bapa terlalu buntu atau sibuk dengan kehidupan dan tugas mereka. Autortarian (Kuku besi) Terlalu mengawal ketat dan tidak boleh bertolak ansur dengan anak- anak. Menetapkan harapan tinggi dan tidak munasabah terhadap anak-anak Gagal menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala. Indulgent (Memanjakan) Hanya menurut keperluan dan tuntutan anak. Kurang menetapkan batasan terhadap anak. Apakah Gaya Keibubapaan Yang Lebih Sesuai ? Gaya keibubapaan berwibawa kerap dirujuk sebagai Keibubapaan yang positif. Ia adalah gaya keibubapaan yang paling berkesan. Ibu bapa yang berwibawa adalah ibu bapa yang: Peka dengan perlakuan anak dan memberi galakan, rangsangan serta bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar. http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php? option=com_content&view=article&id=466&Itemid=10

Upload: yana-suliman

Post on 23-Oct-2015

121 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pra

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan Ibu Bapa

NOTA PRA 3112 NURUL DIYANA SULIMAN

KEMAHIRAN IBU BAPA

JENIS GAYA KEIBUBAPAAN

Gaya Keibubapaan Ciri – Ciri

Autoritatif (Berwibawa)

Tegas dan boleh mengawal keadaan. Sedia mendengar pandangan anak. Boleh bertolak ansur jika perlu. Anak-anak membesar dalam suasana

penuh kemesraan. Kanak-kanak dijangka untuk berkelakuan

intelektual seiring umur dan sosial mereka.

Neglecting/ Indifferent(Mengabaikan atau cuai)

Tidak ambil peduli di mana anak mereka berada, apa aktiviti yang dilakukan, siapa kawan-kawannya, tidak tahu hal ehwal pelajarannya serta suasana persekitaran sosial anak mereka.

Ibu bapa terlalu buntu atau sibuk dengan kehidupan dan tugas mereka.

Autortarian(Kuku besi)

Terlalu mengawal ketat dan tidak boleh bertolak ansur dengan anak-anak.

Menetapkan harapan tinggi dan tidak munasabah terhadap anak-anak

Gagal menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala.

Indulgent(Memanjakan)

Hanya menurut keperluan dan tuntutan anak.

Kurang menetapkan batasan terhadap anak.

Apakah Gaya Keibubapaan Yang Lebih Sesuai ?

Gaya keibubapaan berwibawa kerap dirujuk sebagai Keibubapaan yang positif. Ia adalah gaya keibubapaan yang paling berkesan. Ibu bapa yang berwibawa adalah ibu bapa yang:

Peka dengan perlakuan anak dan memberi galakan, rangsangan serta bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar.

Berinteraksi secara positif, di samping menyemai emosi yang bersesuaian serta bertanggungjawab.

Dapat membantu anak-anak mengawal diri dengan menetapkan batasan dan peraturan rumah.

Gaya keibubapaan yang lain adalah kurang berkesan.

Apakah Kebaikan Dari Gaya Keibubapaan Yang Positif?

Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak Meningkatkan rasa harga diri anak

http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=466&Itemid=10

Page 2: Pendekatan Ibu Bapa

NOTA PRA 3112 NURUL DIYANA SULIMAN

Menggalakkan disiplin diri anak Mengajar anak berfikir untuk diri sendiri Menyediakan peluang untuk ibubapa membimbing anak Membantu anak mempunyai kawalan diri.

Apakah Keburukan Gaya Keibubapaan Yang Negatif?

Merendahkan rasa harga diri anak Anak gagal mempunyai sikap asertif Anak menjadi tidak bertanggungjawab dan kurang matang Perhubungan antara ibu bapa dan anak menjadi kurang mesra Anak yang kerap memprotes secara melampau

Cara Menjadi Ibu Bapa Yang Positif :

1) Luangkan masa berkualiti bersama anak Memperbaiki perhubungan sihat antara ibu bapa dan anak. Menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk mengenali, memahami

dan membimbing anak. Contohnya :

Meminta izin anak untuk turut serta dalam aktiviti seperti bermain.

Tunjukkan minat terhadap aktiviti tersebut dengan bertanya cara bermain.

Raikan kejayaan apabila anak telah mencapai sesuatu dengan memuji mereka.

2) Kerap menggunakan pujian Pujian membuat kanak-kanak memahami apakah tingkah laku yang

baik, merasai ibu bapa menyayanginya dan dapat meningkatkan rasa harga dirinya.

Kata-kata negatif tidak membantu malahan boleh merosakkan rasa harga diri anak.

Anak tidak dapat belajar cara memperbaiki dirinya bila disindir atau dimaki. Malah perasaan takut dan marah akan bersarang dalam dirinya.

Panggil anak dengan namanya atau panggilan yang mesra. Pastikan anda menjelaskan kepada anak apa kebaikan yang telah

mereka lakukan dan kemudian ibu bapa menyatakan perasaan. Beri perhatian tambahan terhadap perlakuan positifnya melalui

sentuhan, dakapan, ciuman atau tepukan. Luahkan pujian serta merta dan secara konsisten setiap kali mereka

berkelakuan baik.

3) Tetapkan peraturan dan undang-undang di rumah

http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=466&Itemid=10

Page 3: Pendekatan Ibu Bapa

NOTA PRA 3112 NURUL DIYANA SULIMAN

Setiap keluarga mesti mempunyai peraturan di rumah yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli keluarga.

Anak perlu tahu apa yang seharusnya mereka patuh. Penting untuk ibu bapa menyatakan dengan jelas kepada anak akan

peraturan-peraturan tersebut. Langkah ibu bapa mengatasi tingkah laku :

a. Menerangkan tingkah laku yang tidak baik sekiranya mereka berkelakuan tidak wajar.

b. Beri penjelasan kenapa tingkah laku tersebut dianggap tidak wajar.

c. Tunjuk perlakuan pilihan yang lebih sesuai.d. Terangkan kesan positif dari tingkah laku yang sesuai

4) Jangan peduli/ jangan ambil endah Ada ketikanya ibu bapa akan menegur tingkah laku anak tetapi anak

tetap berbuat sebaliknya dari apa yang dikehendaki ibu bapa. Pada ketika ini amat penting untuk ibubapa memahami bahawa anak

mahukan perhatian dengan perbuatan tersebut. Oleh itu ibu bapa tidak patut mengendahkan perbuatan anak itu. Langkah ini dipanggil "ignoring" atau "tak ambil endah".

Ibu bapa perlu faham bahawa anak kadangkala mahu menguji kesabaran ibu bapa. Oleh itu jangan endahkan ia pada masa itu sehingga ia berkelakuan seperti yang diingini.

Langkah yang boleh ibu bapa ambil :a. Jangan pandang ke arah anak.b. Jangan bercakap dengan mereka.c. Asingkan diri darinya seperti keluar dari bilik.

Apabila ini berlaku, beri perhatian kepadanya dan bertanya apa yang dikehendakinya. Amat penting untuk anak faham bahawa hanya kelakuan yang baik sahaja yang akan mendapat perhatian ibu bapa.

http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=466&Itemid=10

Page 4: Pendekatan Ibu Bapa

NOTA PRA 3112 NURUL DIYANA SULIMAN

5) Memberi peluang anak membuat keputusan Amat penting membimbing anak berfikir untuk diri sendiri dan ibu

bapa perlu menolong anak melalui proses atau langkah-langkah membuat keputusan.

Elakkan terus membuat keputusan untuk anak.

6) Kemahiran tambahan Keibubapaan adalah satu cara hidup. Pelbagai situasi boleh timbul dari

masa ke semasa yang menuntut kemahiran tambahan. Beri anak pilihan untuk menggalakkan ia membuat keputusan. Beri peringatan awal kepada anak sebelum waktunya. Jika ibu bapa mahu anak menurut kehendak anda, beri arahan yang

ibu bapa hendak ia lakukan dengan kata kerja. Gunakan langkah 'Apabila..... kemudian" untuk menjelaskan kepada

anak kesan tingkah lakunya Biarlah tuntutan atau harapan anda bersesuaian dengan apa yang

anak-anak boleh lakukan.

http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=466&Itemid=10