pendahuluan bahasa melayu

2

Click here to load reader

Upload: hafizah90

Post on 19-Jun-2015

1.621 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDAHULUAN BAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi bagi negara Malaysia. Kita

menggunakan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sesama kita dalam

kehidupan seharian. Namun, tahunkah kita tentang asal-usul bahasa Melayu yang

kita gunakannya setiap hari? Sebagai warga Malaysia yang patriotik, kita sewajarnya

mengkaji dan mengetahui susur galur dan meneroka liku-liku pertumbuhan bahasa

Melayu. Bunyi cogan kata “ Maju bangsa majulah bahasa” bukan sahaja tepat bagi

usaha menegakkan bahasa kebangsaan oleh sesebuah negara merdeka yang ingin

membina identitinya, tetapi juga bagi pertumbuhan sesuatu bahasa dan

perkembangannya.

Bahasa Melayu juga mempunyai pelbagai fungsi dalam kehidupan seharian.

Antara fungsi-fungsinya ialah bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran dan

pengurusan, bahasa persuratan dan bahasa komunikasi. Hal ini menunjukkan

peranan bahasa Melayu yang universal sesuai dengan gelarannya sebagai bahasa

rasmi dalam negara Malaysia. Namun, terdapat juga penggunaan bahasa Melayu

yang rojak dan dicampur adukkan dengan slanga-slanga moden yang dicipta oleh

golongan yang kurang mencintai bahasa ibunda. Hal ini harus dibendung dengan

segera kerana jika hal ini dibiarkan maka bahasa Melayu mungkin akan mengalami

kemerosotan bahasa dan seterusnya hilang identiti sebagai bahasa Melayu itu

sendiri.

Setiap bahasa mempunyai sistem-sistem bunyinya ynag tersendiri. Begitu

juga bahasa Melayu yang mempunyai sistem bunyi yang dikenali sebagai bunyi

bahasa dan bunyi bukan bahasa. Bidang yang mengkaji bunyi-bunyi ini dikenali

sebagai bidang fonetik dan fonologi. Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi

bahasa yang dihasilkan oleh manusia manakala fonologi ialah bidang linguistik yang

mempelajari, menganalisis dan membicarakan bunyi bahasa.