penda pat

2
PENDAPAT Pencapaian murid yang tinggal di asrama adalah lebih baik daripada murid yang tinggal di rumah. Berikan pendapat anda Kebanyakan sekolah menyediakan asrama untuk dihuni oleh murid-muridnya. Kemudahan asrama yang disediakan ini dapat memudahkan mereka pergi ke sekolah. Sehubungan dengan itu, murid-murid akan menuntut ilmu dengan selesa. Tidak dapat dinafikan bahawa murid yang tinggal di asrama mendapat pencapaian yang lebih cemerlang berbanding dengan murid yang tinggal di rumah. Hal ini disebabkan hampir 80 peratus mereka yang tinggal di asrama mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang di sekolah rendah. Tambahan pula pihak pengurusan asrama sentiasa menyediakan persekitaran kondusif untuk membantu mereka mendapatkan keputusan yang baik. Dari aspek suasana pembelajaran, murid yang tinggal di asrama belajar dalam keadaan yang amat berbeza daripada murid yang tinggal di rumah. Mereka terpaksa mematuhi peraturan belajar yang tetap. Contohnya waktu belajar pada sebelah malam ialah dari pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam. Ketika belajar mereka dilarang menonton televisyen. Jika ingkar mereka akan didenda atau dibuang dari asrama. Peraturan ini mendorong mereka supaya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran tanpa sebarang gangguan luar. Mereka ditimbuni maklumat tentang isu semasa dan pelajaran lantas menjadikan pemikiran mereka matang dan luas. Punca lain yang membantu pencapaian murid tinggal di asrama ialah bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya guru Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris akan mengadakan kelas tambahan pada waktu malam. Pada hujung minggu pula murid didedahkan tentang teknik belajar dan pengurusan masa yang efektif melalui ceramah moivasi yang dianjurkan oleh pihak Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Oleh itu, murid di asrama mempunyai cara belajar yang betul dan terdorong untuk lulus dengan cemerlang. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa badan yang sihat menyebabkan otak cerdas. Oleh itu, pada sebelah petang murid-murid

Upload: hariharaan-shanmugam

Post on 08-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

first class

TRANSCRIPT

PENDAPATPencapaian murid yang tinggal di asrama adalah lebih baik daripada murid yang tinggal di rumah.Berikan pendapat anda

Kebanyakan sekolah menyediakan asrama untuk dihuni oleh murid-muridnya.Kemudahan asrama yang disediakan ini dapatmemudahkan mereka pergi ke sekolah.Sehubungan dengan itu,murid-murid akan menuntut ilmu dengan selesa.

Tidak dapat dinafikan bahawa murid yang tinggal di asrama mendapat pencapaian yang lebih cemerlang berbanding dengan murid yang tinggal di rumah.Hal ini disebabkan hampir 80 peratus mereka yang tinggal di asrama mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang di sekolah rendah.Tambahan pula pihak pengurusan asrama sentiasa menyediakan persekitaran kondusif untuk membantu mereka mendapatkan keputusan yang baik.

Dari aspek suasana pembelajaran, murid yang tinggal di asrama belajar dalam keadaan yang amat berbeza daripada murid yang tinggal di rumah.Mereka terpaksa mematuhi peraturan belajar yang tetap.Contohnya waktu belajar pada sebelah malam ialah dari pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam.Ketika belajar mereka dilarang menontontelevisyen.Jika ingkar mereka akan didenda atau dibuang dari asrama.Peraturan ini mendorong mereka supaya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran tanpa sebarang gangguan luar.Mereka ditimbuni maklumat tentang isu semasa dan pelajaran lantas menjadikan pemikiran mereka matang dan luas.

Punca lain yang membantu pencapaian murid tinggal di asrama ialah bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.Contohnya guru Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris akan mengadakan kelas tambahan pada waktu malam.Pada hujung minggu pula murid didedahkan tentang teknik belajar dan pengurusan masa yang efektif melalui ceramah moivasi yang dianjurkan oleh pihak Bimbingan dan Kaunseling sekolah.Oleh itu, murid di asrama mempunyai cara belajar yang betul dan terdorong untuk lulus dengan cemerlang.

Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa badan yang sihat menyebabkan otak cerdas.Oleh itu, pada sebelah petang murid-murid yang tinggal di asrama diwajibkan melakukan aktiviti riadah seperti senamrobik, bermain bola, berjoging dan lain-lain.Selain itu, aktiviti riadah juga dapat melapangkan fikiran dan mengurangkan tekanan.

Kesimpulanya, pencapaian murid yang tinggal di asrama adalah lebih baik daripada murid yang tinggal di rumah.Hal ini demikian kerana suasana dan persekitaran belajar yang kondusif di asrama dapat membantu seseorang itu cemerlang dalam akademik.Oleh itu,murid-murid tidak seharusnya melepaskan peluang untuk belajar di sekolah asrama.